• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kehadiran bunga hias untuk mempercantik taman sangat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kehadiran bunga hias untuk mempercantik taman sangat "

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

LADA HITAM

(Piper nigrum Linn) yang dipercayai berasal dari Barat-Daya India rempah daripada keluarga Piperaceae yang digunakan dengan meluas diseluruh dunia. Serbuk lada hitam digunakan sebagai perasa makananmerupakan produk buah daripada tumbuhan tropika jenis memanjat. Di Malaysia tanaman lada hitam banyak ditanam di Sarawak selain daripada sedikit di Johor (Kulai) dan Sabah. Keluasan tanaman lada hitam di Malaysia adalah pada kadar sekitar 13,000 hektar dimana kebanyakannya ditanam oleh pekebun kecil terutama di negeri Sarawak. Tanaman lada telah ditanam sejak tahun 1856 tetapi penanaman secara meluas bermula pada tahun 1900-an. Tanaman ini telah dibawa masuk ke negara kita oleh penjajah yang membawanya daripada negara lain. Artikel kali ini dalam “Anim Agro Technology” saya akan membincangkan teknologi tanaman lada hitam berdasarkan pembacaan dan pengalaman penulis yang telah bertugas di Jabatan Pertanian Sarawak pada tahun 1995 – 1997 dan memberikan khidmat pengembangan teknikal semasa melawat projek lada hitam. Tanaman lada hitam merupakan tanaman yang perlukan perubahan teknologi untuk ianya lebih berdaya saing.

(2)

semasa kawasan penanaman lada ialah kira-kira 13,000 hektar. Di Johor Lada Hitam di tanam oleh beberapa pengusaha Cina di Kawasan Kulai dan Kluang. Malaysia mengeksport sebanyak 19,748 tan metrik lada pada tahun 2004 dan 18,824 tan metrik pada tahun 2002 yang masing-masingnya bernilai RM113.2 juta dan RM120.0 juta. Hampir 98 peratus pengeluaran lada di Malaysia adalah di Sarawak. Pengeluaran untuk tahun 2004 adalah 20,000 tan metrik. Malaysia kini menduduki tangga kelima negara pengeluar lada dunia selepas negara Vietnam, India, Indonesia dan Brazil. Kira-kira 95 peratus perdagangan lada dunia adalah dalam bentuk lada hitam dan putih, manakala selebihnya adalah dalam bentuk oleoresin lada, minyak lada, lada hijau dan lada kisar.

(3)

Bunga lada keluar pada buku yang bertentangan dengan setiap daun di dahan sisi. Kebanyakan kultivar lada mempunyai bunga dwiseks yang kebiasaannya mengalami pendebungaan sendiri. Buah lada yang lebih dikenali sebagai beri, berwarna hijau dan berkeadaan lembut di peringkat awal pembentukan. Ia bertukar ke warna hijau tua dan menjadi keras apabila matang. Kulit luar (eksokarpa) berwarna kuning dan merah cerah dan menjadi lembut apabila masak. Setiap beri lada mengandungi biji tunggal yang diselaputi isi buah (mesokarpa). Lada hitam terdiri daripada keseluruhan beri yang telah dikeringkan manakala lada putih adalah biji lada. Rasa pedas buah lada adalah disebabkan oleh kehadiran alkaloid piperine, chavisine dan piperettine manakala minyak pati menghasilkan aroma lada. Kedua-dua sebatiantersebut membentuk oleoresin yang dapat diperolehi melalui proses ekstraksi pelarut. Kepedasan lada juga dipengaruhi oleh varieti dan persekitaran penanaman lada.

(4)

ialah Jenis ‘Kuching ‘. Melalui penyelidikan, dua kultivar, iaitu ‘Semongok perak’ dan ‘Semongok emas’ telah disyorkan kepada petani. Terdapat 47 ‘kemasukan’ (accessions) Piper nigrum dan 46 ‘kemasukan’ (accessions) spesies Piper di dalam koleksi germplasma lada di Pusat Penyelidikan Pertanian Semongok, Sarawak. Bahan-bahan ini digunakan untuk program penambahbaikan tanaman lada. Lada mula ditanam oleh pekebun Cina. Kini kira-kira 87 peratus daripada pekebun lada adalah kaum bumiputera, terutama kaum Iban dan Bidayuh, hasil daripada galakan dan bantuan skim penanaman yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian sejak tahun 1972. Bantuan merupakan anak benih, baja asas, tiang tanaman dan khidmat nasehat teknikal dari pegawai pertanian. Harga lada hitam yang tidak menentu dulu telah menjadikan industri ini pernah lumpuh satu ketika dulu.

(5)

sempurna. Pokok lada yang masih muda dilatih untuk tumbuh memanjat pada tiang sokongan. Secara tradisional, tiang kayu belian digunakan sebagai sokongan. Walau bagaimanapun, hasil kajian telah mendapati tiang sokongan hidup daripada pokok jenis kekacang (contohnya Gliricidia sepium dan Erythrina indica) sesuai digunakan sebagai tiang sokongan alternatif.

(6)

Pokok lada lazimnya mengeluarkan hasil yang pertama pada awal musim hujan di tahun kedua penanaman. Pengutipan hasil dilakukan mulai bulan Mac hingga Ogos. Lada hitam dihasilkan dengan menjemur buah lada yang telah matang tetapi belum masak di bawah cahaya matahari. Lada putih diproses dengan merendam buah lada dalam air bersih yang mengalir untuk membuang lapisan isi buah (perikarpa) sebelum dikeringkan di bawah matahari. Untuk penghasilan lada putih, sagaran buah yang mempunyai banyak buah yang hampir masak digunakan.

(7)

Penyakit yang perlu diawasi oleh pekebun lada ialah Penyakit reput akar (Phytophthora capsici), Penyakit buah hitam (Colletotrichum capsici, C. piperis dan C. gloeosporioides), Penyakit Cendawan angin (Corticium salmonicolor), Penyakit hawar lembut (Septobasidium sp.), Penyakit akar putih (Rigidoporus lignosus) dan Penyakit kuning (disebabkan oleh gabungan serangan Cacing nematod Radopholus dan Kulat Fusarium Fusarium solani). Cacing nematod (Meloidogyne spp.) menyerang bahagian akar pokok lada. Penyakit daun keriting yang disebabkan oleh virus juga boleh menyerang pokok lada muda dan matang. Kawalan perlindungan tanaman lada daripada serangga perosak dan penyakit dengan menggunakan bahan kimia menyebabkan kos pengeluaran lada meningkat.

Kira-kira 70 peratus lada keluaran Sarawak dieksport dalam bentuk lada hitam dan selebihnya adalah sebagai lada putih, jeruk lada, lada nilai tambah dan produk hasil lada yang lain seperti serbuk lada hitam (Foto sebelah) . Di kawasan pedalaman, pekebun menjual hasil lada mereka kepada peniaga di kampung yang kemudiannya menjual kepada peniaga di bandar. Di kawasan yang berhampiran bandar, pekebun akan menjual terus kepada peniaga di bandar atau pengeksport. Lembaga Pemasaran Lada Hitam, sebuah Agensi Persekutuan yang ditubuhkan pada tahun 1972, bertanggungjawab terhadap maklumat pemasaran, promosi dan pengembangan, penambahbaikan kualiti, perdagangan, peraturan pemasaran melalui pelesenan peniaga dan pengeksport lada serta pembangunan produk lada.

Masalah utama dan kekangan yang dihadapi oleh pekebun lada adalah

:-1. Peningkatan kos pengurusan serangga perosak dan penyakit

2. Harga baja dan kos tenaga kerja bertambah

(8)

Berikut adalah beberapa program penyelidikan untuk menyokong perkara diatas 1. Germplasma lada – koleksi dan penilaian peringkat lading

2. Pembiakbaikan dan pemilihan genotip yang sesuai dengan ciri yang diingini

• Keperluan baja mengikut jenis tanah, genotip dan tanaman penutup bumi

• Amalan penanaman untuk sistem pengeluaran lada berkos-rendah

• Pembangunan kaedah pengutipan hasil menggunakan tenaga buruh yang kurang

• Kajian lanjutan ke atas kawalan penyakit reput akar Phytophthora.

• Amalan penanaman dan kawalan kimia terhadap penyakit utama lada yang lain.

• Kawalan bersepadu terhadap kumbang belalai dan serangga perosak

semasa penyimpanan.

• Analisis sisa baki racun perosak bagi lada yang diproses

• Mengguna kaedah bioteknologi untuk pembiakbakaan, penandaan DNA dan diagnostik penyakit lada

(9)

Penanaman Lada Hitam di Malaysia merupakan satu aktiviti pertanian yang perlu ditingkatkan amalan teknologinya. Jemaah Lada Hitam Malaysia perlu meneruskan fungsinya sebagai agensi yang membantu membangunkan penanaman dan promosi lada hitam di Malaysia. Selain dari produk tradisi lada hitam juga perlu diproses untuk nilai tambah lebih tinggi pada masa akan datang. Wassalam….

TANAM LADA….LADA HITAM NAMANYA…

SEMONGGOK EMAS…VARIETI TERNAMA…

HARGA TINGGI…DIPASARAN DUNIA….

SARAWAK….PENGELUAR UTAMA…

By

Referensi

Dokumen terkait

KATA PENGANTAR Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT yang telah memberikan rahmat, serta hidayah-Nya sehinnga penulis dapat menyelesaikan skrpsi ini dengan judul Pengembangan

Data hRfc dan AUC sampel yang sama pada 5 plat berbeda ini dimasukkan ke dalam persamaan cosinus kemudian dihitung dengan program Microsoft excell dan SPSS,

Untuk mengetahui variabel experiential marketing X yang terdiri dari sensory experience X1, emotional experience X2 dan social experience X3 yang berpengaruh dominan terhadap

Informasi perihal aktivitas dalam sekolah ini menjadi penting karena selain dapat dipergunakan sebagai sarana untuk membagikan informasi terbaru, juga dapat menjadi

Simpanan zat besi yang sangat rendah lambat laun tidak akan cukup untuk membentuk sel- sel darah merah di dalam sumsum tulang sehingga kadar hemoglobin terus menurun di bawah

Ada beberapa tipe flum yang dipakai untuk mengalirkan air irigasi melalui situasi-situasi medan tertentu, misalnya: - flum tumpu ( bench flume ), untuk mengalirkan air di

Posner, Economic Analysis of Law, (Canada: Little, Brown and Company, 1986), h.. 7 Sanksi tersebut dapat saja berbentuk sanksi administratif, seperti pengumuman terbuka yang

Apabila hyperparameters dalam conjugate prior distribution tidak diketahui, hyperparameters tersebut dapat dianggap sebagai parameter yang tidak diketahui dan dengan