• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEPENTINGAN PENGLIBATAN IBU BAPA DI TADI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KEPENTINGAN PENGLIBATAN IBU BAPA DI TADI"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

DRAF KEPENTINGAN PENGLIBATAN IBU BAPA DI TADIKA

1.0 PENDAHULUAN

 Penerangan mengenai kurikulum kanak-kanak

2.0 ISU DAN PERMASALAHAN

 Kesukaran penglibatan ibu bapa

 Ibu bapa kurang memahami kurikulum tadika

 Ibu bapa kurang pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak  Ibu bapa kurang memberikan idea kepada guru-guru.

 Ibu bapa kurang memberi kerjasama.

3.0 PERBINCANGAN ( cadangan dan penyelesaian masalah)

3.1 Jenis Penglibatan Ibu Bapa Yang Dapat Membantu Dalam Perkembangan Kanak

 Kebaikan penglibatan ibu bapa :

o Dapat melihat sendiri tingkah laku anak mereka.

 Guru boleh mendapatkan idea daripada ibu bapa mengenai perkembangan kanak-kanak

 Ibu bapa perlu berfikiran positif.  Cadangan :

o Perjumpaan antara ibu bapa dan guru o Jemputan melawat ke tadika

o Bergotong-royong o Hari terbuka tadika o Dan lain-lain

4.0 KESIMPULAN

 Penglibatan ibu bapa sangat penting untuk perkembangan kanak dan dapat memberi kesan yang positif dalam kehidupan anak-anak.

(2)

1.0 PENDAHULUAN

Kurikulum merupakan satu set aktiviti yang memenuhi matlamat dan objektif yang dirangcang, rangka kerja untuk membuat keputusan berkenaan pemilihan bahan dan aktiviti, ataupun pendekatan komprehensif untuk memupuk perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Catron dan Allen (1999:4). Selain itu menurut Feldman (1991:53) kurikulum sebagai senarai matlamat dan objektif tingkah laku untuk pelbagai tahap ataupun perancangan pelajaran dan aktiviti harian. Terdapat juga pendapat lain menyatakan kurikulum ini hanya akademik ataupun segala yang berlaku di sekolah. Pada asasnya, kurikulum merupakan rancangan pengajaran dan pembelajaran yang disusun bagi mencapai sesuatu matlamat pendidikan.

Kurikulum di Malaysia berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu :

“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawap dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga. Masyarakat dan negara. “

Kurikulum pendidikan awal kanak-kanak ini melibatkan penglibatan ibu bapa. Penglibatan ditakrifkan sebagai usaha bersama-sama atau saling bantu-mambantu antara dua pihak ataupun lebih. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan membantu untuk meningkatkan kejayaan kanak-kanak dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Menurut Morrison (1978) pengertian penglibatan ibu bapa yang komprehensif adalah proses aktualisasi daripada potensi ibu bapa, untuk membantu ibu bapa mencari bakatnya serta menggunakan bagi diri mereka sendiri dan keluarga. Penglibatan ibu bapa sangat menentukan pencapaian kanak-kanak dalam matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak prasekolah manakala menurut Conway (2003) menyatakan penglibatan ibu bapa perlu lagi digalakkan kerana memberi kesan yang mendalam teradap perkembangan sosial dan kejayaan akademik kanak-kanak.

(3)

Dalam keadaan masyarakat kita sekarang, sebahagian besar ibu bapa bekerja dan mempunyai waktu yang sangat terhad untuk memberangsangkan perkembangan kanak-kanak di rumah. Kanak-kanak daripada latar belakang keluarga yang kurang bernasib baik kurang mendapar perhatian tentang stimulasinya daripada ibu bapa mereka. Menurut Rohaty (2003) dalam kajiannya di Malaysia, seringkali keadaan di rumah kurang merangsangkan pembelajaran di persekitaran mereka. Sedangkan ibu bapa daripada golongan berada biasanya sibuk bekerja dan kurang dapat meluangkan masa bagi melayan anak-anak mereka ke arah penyediaan pengetahuan dan kemahiran yang menjadi syarat kejayaan di sekolah. Akhirnya ibu bapa kehilangan peluang untuk mengembangakan perkembangan anak-anak secara maksimum. Pendidikan prasekolah boleh menjadi institusi yang membantu ibu bapa menyelesaikan permasalahan ini.

(4)

2.0 ISU DAN PERMASALAHAN

Setiap tadika dan taska tidak terlepas daripada isu dan permasalahan yang dihadapi. Permasalahan terjadi daripada beberapa faktor antaranya ialah faktor persekitaran, ibu bapa, kanak-kanak itu sendiri, orang luar dan pihak-pihak tertentu. Faktor paling utama yang menyebabkan isu dan permasalahan di tadika dan taska ialah melibatkan antara ibu bapa, kanak-kanak dan guru.

2.1 Kesukaran Penglibatan Ibu Bapa

Faktor-faktornya adalah kesukaran ibu bapa untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak tadika atau taska. Ibu bapa merupakan individu yang paling rapat dengan kanak-kanak. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti di tadika membuatkan anak-anak mereka lebih bersemangat sama ada terhadap aktiviti yang dilakukan mahupun dalam pengajaran dan pembelajaran di tadika.

2.2 Ibu Bapa Kurang Memahami Kurikulum Tadika

Ibu bapa yang kurang peka terhadap kurikulum kanak-kanak di sekolah juga menjadi masalah terhadap perkembangan kanak-kanak kerana setiap kanak-kanak perlu perhatian dan bimbingan ibu bapa juga selain daripada guru. Guru hanya memberi perhatian semasa di tadika sahaja dan selebihnya dibimbing oleh ibu bapa sendiri untuk mencapai perkembangan kanak-kanak secara optimum.

2.3 Ibu Bapa Kurang Pengetahuan Tentang Perkembangan Kanak-Kanak Selain daripada itu, ibu bapa kurang berpendidikan dan kurang berpengetahuan dalam perkembangan kanka-kanak. Begitu juga ibu bapa kurang peka terhadap keperluan kanak-kanak dari segi sosial, emosi, fizikal dan kognitif. Kanak-kanak-kanak akan jadi terbantut perkembangan mereka jika ibu bapa mereka tidak endah dan peka terhadap keperluan anak-anak.

(5)

untuk berhadapan dengan orang lain keran kurang bersosial dan bermain bersama rakan-rakan. Dalam hal ini, ibu bapa haruslah memainkan peranan penting untuk meningkatkan pengetahuan tentang mendidik dan menjaga anak-anak supaya suatu hari kelak anak-anak yang kita didik menjadi manusia yang berguna dan dapat menjaga kita apabila sudah tua.

2.4 Ibu Bapa Kurang Memberikan Idea Kepada Guru-Guru.

Selain itu, ibu bapa kurang memberi idea untuk memperkembangkan kurikulum kanak-kanak. Mereka lepas tangan kepada pihak tadika untuk menguruskan segala hal berkaitan kurikulum kanak-kanak. Dalam hal ini, jika berlaku sesuatu terhadap pembelajaran anak-anak mereka, guru-guru tadika juga yang akan dipersalahkan disebabkan oleh kurikulum yang tidak berkesan atau tidak sesuai untuk kanak. Di sini, peranan ibu bapa dalam penglibatan terhadap aktiviti-aktiviti tadika memberi kesan kepada kanak-kanak. Ibu bapa harus memberikan dan berkongisi idea dengan guru-guru untuk meningkatkan kualiti kurikulum kanak-kanak.

2.5 Ibu Bapa Kurang Memberi Kerjasama.

Tidak ramai ibu bapa dapat memberi kerjasama dengan pihak tadika baik dari segi melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti sekolah mahupun meningkatkan kualiti tadika anak-anak mereka. Ada juga ibu bapa yang sukar menerima pandangan guru terhadap kurikulum yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Bagi mereka kurikulum tersebut tidak memberi kesan kepada perkembangan anak-anak mereka.

Selain daripada ibu bapa, terdapat juga guru-guru yang kurang senang apabila ibu bapa sering bertanyakan dan ingin tahu mengenai anak-anak mereka di tadika. Guru juga kurang memberi kerjasama dengan ibu bapa, bagi mereka penglibatan ibu bapa melambatkan lagi proses kurikulum mereka apabila ibu bapa sering memberi pandangan dan idea tentang kurikulum mahupun aktiviti kanak-kanak.

(6)

3.1 Jenis Penglibatan Ibu Bapa Yang Dapat Membantu DalamPerkembangan Kanak-Kanak

Pelbagai jenis penglibatan yang dapat disertai oleh ibu bapa antaranya ialah derma, melibatkan diri dengan penglibatan sekolah, membantu kepakaran kepada guru, guru sukarela, dan kegiatan luar.

Ibu bapa boleh melibatkan diri dengan prasekolah ataupun tadika memlalui memberikan derma atau sumbangan. Dengan cara ini, ibu bapa akan lebih dapat mendekatkan diri dengan pihak tadika. Pelbagai jenis sumbangan yang boleh diberikan kepada pihak tadika seperti dalam bentuk kewangan, makanan, pakaian, buku dan lain-lainnya. Antara sumbangan yang dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak ialah berkaitan dengan sukan contohya alatan sukan kanak-kanak. Disini, secara tidak langsung ianya membantu dari segi perkembangan fizikal kanak-kanak dimana kanak-kanak yang kurang mampu dalam membeli alatan sukan akank dapaat bersama-sama bermain apabila alatan sukan mencukupi. Selain itu, ibu bapa boleh menderma dari segi buku untuk perkembangan kognitif mereka dan lain-lainnya.

Keduanya ialah melibatkan diri dengan penglibatan sekolah. Ibu bapa perlu mendekatkan diri dengan penglibatan di sekolah. Hal ini ternyata dapat memberikan sumbangan atau idea yang bernas demi menjamin perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa haruslah melibatkan diri dengan kegiatan di tadika seperti bergotong-royong, sukaneka, hari keluarga, berkebun dan sebagainya. Sumbangan ibu bapa dari segi tenaga bergotong-royong mampu mengembangkan fizikal, sosial dan emosi dikalangan kanak-kanak itu melakukan aktiviti mengutip sampah dan dengan cara itu ia dapat meningkatkan perkembangan fizikal kanak-kanak. Selain daripada itu, kanak-kanak dapat bersosial dengan rakan-rakan dan ibu bapa kepada rakan-rakan mereka. Dan ini dapat perkembangan sosial kanak-kanak dan seterusnya ialah ibu bapa juga boleh menghadiri hari keluarga, hal ini dapat meningkatkan perkembangan emosi kanak-kanak secara tidak langsung.

(7)

fizikal, sosial dan emosi kanak-kanak tersebut. Mereka dapat bertanya kepada jururawat dan melakukan pergerakan yang di ajar oleh jururawat tersebut.

Selain itu, jenis penglibatan ibu bapa yang seterusnya ialah ibu bapa menjadi guru sukarela terhadap kanak-kanak. Ibu bapa juga boleh memberi ilmu dan juga boleh meningkatkan perkembangan fizikal, emosi, sosial dan kognitif kanak-kanak. Sumbangan yang boleh diberikan oleh ibu bapa adalah seperti mengajar mengenai bahasa, mengajar bersenam, mengajar bermain bola dan sebagainya. Penglibatan ibu bapa bermaksud melibatkan aktiviti di biik darjah secara sukarela, membantu guru menyediakan bahan dan menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak. Pihak tadika sangat menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam memberikan bantuan secara sukarela khususnya dalam memberikan bantuan secara sukarela khususnya dalam aktiviti kemahiran akademik seperti membaca dan menulis. Ibu bapa juga membantu guru menyediakan bahan bantu mangajar untuk digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya jenis penglibatan ibu bapa ialah kegiatan luar. Pihak institusi boleh menganjurkan seminar keibubapaan dan perkembangan kanak-kanak. Ia bertujuan mendedahkan ibu bapa cara-cara menguruskan dan mendidik anak di rumah terutama dalam meningkatkan perkembangan pemikiran anak-anak.

Ibu bapa juga boleh menjadi pengajur untuk sesuatu aktiviti, contohnya seperti berkelah, mengadakan hari membuat latihan berfikir, mengadakan lawatan, membuat hari keluarga dan guru bersama-sama. Dengan cara ini dapat kita lihat perkembangan sosial kanak-kanak dapat di pertingkatkan. Selain itu, dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan ibu bapa itu juga boleh meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak dimana mengadakan hari membuat latihan berfikir itu adalah aktiviti seperti diberi satu kertas bergambar dan harus kanak-kanak tersebut mencari gambar yang ada didalam kertas tersebut. Aktiviti tersebut diadakan diluar pusat institusi, contohnya seperti zoo.

(8)

Kebaikan penglibatan ibu bapa ini ialah mereka sendiri dapat melihat tingkah laku anak-anak mereka dengan lebih dekat. Mereka juga boleh mempelajari cara dan kaedah guru mengatasi masalah tingkah laku anak-anak mereka dan mereka dapat memahami apa yang telah dipelajari, sedang dipelajari dan akan dipelajari oleh anak mereka semasa berada di tadika. Ibu bapa juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kanak-kanak inni secara tidak langsung.

Penglibatan ibu bapa juga memberi kebaikan kepada guru juga sama ada dari segi guru boleh mendapatkn idea-idea baru dan maklum balas secara langsung daripada ibu bapa kanak-kanak mengenai kurikulum kanak-kanak-kanak-kanak ini. Mereka pun dapat berkongsi masalah dan boleh berbincang bersama-sama untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Disini ada kebaikan dalam perbincangan antara guru dan ibu bapa dimana ibu bapa tidak boleh menyalahkan guru dan sebaliknya jika berlaku perkara yang tidak diingini berlaku kepada kanak-kanak. Selain itu juga, guru-guru di sekolah tadika dapat meningkatkan ilmu pengetahuan secara langsung daripada ibu bapa hasil interaksi antara mereka yang mempunyai pelbagai latar belakang dan pekerjaan dan yang paling utama, guru-guru senang untuk bekerjasama dengan ibu bapa dalam setiap aktiviti yang dijalankan terutamanya melibatkan tenaga dan kewangan.

Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih belajar di tadika, mereka perlulah berfikiran positif dan fokus, berfikiran terbuka, ikhlas dalam melakukan perkara berkaitan dengan tadika, dan berbudi bahasa dengan orang sekeliling.

Ibu bapa perlulah sentiasa berfikir dengan positif dan fokus supaya matlamat yang hendak dicapai dapat dilaksanakan dengan jayanya. Setiap perbincangan antara dua pihak, guru dan ibu bapa akan memberi kesan yang positif juga apabila semua orang berfikiran positif. Selain itu juga, ibu bapa hendaklah berfikiran terbuka dengan setiap cadangan yang dikemukan oleh guru-guru. Begitu juga guru-guru, perlu berfikiran terbuka dengan setiap cadangan yang disuarakan oleh ibu bapa untuk meningkatkan prestasi kurikulum kanak-kanak di tadika dimana anak mereka belajar. Keikhlasan perlu wujud dalam jiwa ibu bapa agar setiap aktiviti yang dilakukan teratur dan sempurna. Keikhlasan juga membuatkan ibu bapa tidak mengharapkan sebarang pemberian atau hadiah. Ibu bapa juga perlu berbudi bahasa dengan orang sekeliling mereka tanpa mengira taraf dan ini merupakan contoh yang baik yang perlu ditunjukan kepada anak-anak kita.

(9)

ibu bapa kanak-kanak. Perjumpaan ini juga membolehkan kedua-dua pihak untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi secara damai dan saling berkongsi idea untuk memantapkan lagi kurikulum kanak-kanak di tadika tersebut. Selain itu, menganjurkan seminar dan bengkel. Ibu bapa juga boleh terlibat dalam seminar ini untuk menambahkan lagi pengetahuan tentang kurikulum yang dijalankan di tadika berkenaan dan cara-cara untuk membantuk perkembangan kanak-kanak secara optimum. Kedua-dua pihak antara ibu bapa dan pihak tadika boleh saling berhubung dengan membuat panggilan telefon atau e-mel. Hal ini membolehkan ibu bapa mengetahui setiap perkembangan anak-anak mereka secara cepat apabila ibu bapa tiada masa untuk berjumpa dengan guru kepada anak mereka.

Seterusnya, jemputan melawat ke tadika. Ibu bapa yang prihatin akan sentiasa menerima jemputan untuk melawat ke tadika anak mereka, banyak kelebihan ibu bapa apabila melawat ke tadika antaranya ialah mereka dapat melihat sendiri suasana dan keadaan tadika untuk anak-anak mereka belajar dengan tenang dan berkembang secara holistik. Ibu bapa juga boleh berbincang dan menyelesaikan masalah dan memberi cadangan kepada pihak sekolah.

Di samping itu juga, bergotong-royong semua pihak yang terlibat antaranya ibu bapa, guru dan kanak-kanak. Bergotong-royong ini adalah untuk membersihkan kawasan tadika dan yang paling penting ialah merapatkan silaturrahim antara satu sama lain. Sikap bergotong-royong ini dapat memberi contoh kepada kanak-kanak antara nilai murni yang dapat diterapkan ialah bekerjasama, beramah mesra, rajin dan hormat-menghormati. Semua aktiviti-aktiviti ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Kejayaan hidup seseorang tidak sempurna melainkan hasil daripada peranan ibu bapa. Kasih sayang, didikan, nasihat dan doa yang dipanjatkan kedua-duanya sangat penting dalam pembentukan karakter anak-anak.

(10)

Penglibatan ibu bapa dan perhatian pihak sekolah amat penting bagi menyokong kejayaan kanak-kanak. Pendidikan untuk masa depan kanak-kanak perlu diambil kira, ibu bapa harus memahami kepentingan pendidikan ini kepada mereka kerana pendidikan inilah yang akan menjadikan mereka individu yang berilmu dan berguna pada masa akan datang.

Oleh yang demikian, ibu bapa dan komuniti seharusnya mengambil pendekatan yang serius dalam membimbing kanak-kanak seawal usia lagi kerana mereka bakal menerajui pentadbiran dunia kelak. Penglibatan ibu bapa, penjaga dan komuniti adalah sangat digalakkan kerana ia adalah elemen penting dalam pelaksanaan kurikulum prasekolah. Permuafakatan antara guru dan ibu bapa, penjaga dan komuniti dapat membantu dalam perkembangan dan kemajuan murid secara berterusan ke arah melahirkan warganegara yang celik akal dan berintegriti.

(11)

Bibliografi

Dr. Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2004), Panduan Pendidikan Prasekolah. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Abdul Rahman Rashid. (1995). Kepentingan alat bantu mengajar dalam pengajaran bahasa, Jurnal Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Azizah Lebai Nordin. 2002. Pendidikan Awal Kanak-Kanak Teori Dan Amali. Penerbitan Universiti Malaya.

Choong Lean Keow. (2011). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

http://www.slideshare.net/arranaim/penglibatan-ibu-bapa

Referensi

Dokumen terkait

Tambahan lagi, tahap pendidikan yang tinggi dalam kalangan ibu bapa kelas menengah membolehkan anak-anak daripada kelas ini mempunyai lebih banyak peluang

Berdasarkan latar belakang masalah dalam kajian ini, objektif umum kajian ini adalah untuk menyelidiki sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara gaya asuhan ibu bapa

Berdasarkan latar belakang masalah yang dinyatakan, kajian yang akan dijalankan lebih menumpukan kepada beberapa persoalan yang berkaitan dengan persepsi ibu bapa terhadap

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penglibatan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran anak di rumah ,mengenalpasti tahap pencapaian akademik murid, mengenalpasti

Tambahan lagi, tahap pendidikan yang tinggi dalam kalangan ibu bapa kelas menengah membolehkan anak-anak daripada kelas ini mempunyai lebih banyak peluang

Manakala, melalui kepentingan Teori Perkembangan Moral, ibu bapa mampu untuk membantu perkembangan moral anak-anak mereka dengan menggunakan pelbagai teknik yang betul dan

Ini memudahkan ibu bapa dan guru membantu dan menyokong pembelajaran anak mereka Secara khususnya, kajian ini melihat kepada faktor-faktor yang mencirikan budaya

Faktor Kesedaran ibu bapa dalam penglibatan pembelajarn murid pendidikan khas etnik dusun di rumah dan sekolah Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa ibu bapa anak bekeperluan