• Tidak ada hasil yang ditemukan

CIRI KESENIAN ISLAM DALAM SERAMIK JEPUN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "CIRI KESENIAN ISLAM DALAM SERAMIK JEPUN"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

PPPJ3633 SEJARAH KESENIAN ISLAM SEMESTER 1, SESI PENGAJIAN 2016/2017

TAJUK TUGASAN:

CIRI KESENIAN ISLAM DALAM SERAMIK JEPUN

DISEDIAKAN UNTUK:

PROF. MADYA DR. ROZIAH BINTI SIDEK @ MAT SIDEK

DISEDIAKAN OLEH:

AMIRUL MUKMIN BIN MD. DERUS (A149553)

WAN MOHD AMIROL ASHRAF BIN WAN MOHD BADRUDDIN (A150026) MOHAMMAD ARIFF SYAZWAN BIN MASLAN (A150792)

MUHAMMAD SYAMIL BIN MOHD HATTA (A150868)

JABATAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BANGI

(2)

KANDUNGAN

HALAMAN

ABSTRAK 1

1.0 PENGENALAN 2

2.0 KESENIAN ISLAM

2.1 Definisi Kesenian Islam

2.2 Pengaruh Kesenian Islam

2.3 Teras Kesenian Islam

3

3

3

5

3.0 PENCIPTAAN SERAMIK JEPUN PADA ABAD KE-16

HINGGA KE-20 MASIHI

3.1 Sejarah Penciptaan Seramik di Jepun

3.2 Penciptaan Seramik pada Abad ke-20

3.3 Ciri Kesenian Seramik mengikut Kawasan di Jepun

8

8

9

13

4.0 UNSUR KESENIAN ISLAM PADA SERAMIK JEPUN 17

5.0 KESIMPULAN 20

(3)

Ciri Kesenian Islam Dalam Seramik Jepun

AMIRUL MUKMIN BIN MD. DERUS

WAN MOHD AMIROL ASHRAF BIN WAN MOHD BADRUDDIN MOHAMMAD ARIFF SYAZWAN BIN MASLAN

MUHAMMAD SYAMIL BIN MOHD HATTA

ABSTRAK

(4)

PENGENALAN

Seramik membawa maksud kepada bahan keras dan rapuh yang dibuat dengan membakar tanah liat malah merujuk kepada barang seperti kepingan lantai yang dihasilkan daripada tanah liat. Selain itu, seramik adalah salah satu bentuk seni dan teknik membuat barang-barang daripada tanah liat (tembikar) (Kamus Dewan Pustaka Keempat, 2005). Sumber asas kepada seramik adalah tanah liat yang dibakar atau dikering dengan suhu yang tinggi. Seramik ini telah dicipta semenjak zaman Prasejarah di Asia Tenggara seperti mana yang dijumpai oleh para arkeologi. Terdapat pelbagai fungsi dan kegunaan seramik seperti bekas air dan alas makanan basah atau kering serta penyimpanan bahan makanan yang diawet (Thomas 1982). Hal ini menunjukkan bahawa tahap kepakaran dalam bidang penciptaan alat telah wujud sebelum berlakunya perkembangan seni seperti lukisan dan inovasi bentuk. Oleh itu, penciptaan seramik ini telah melakar sejarah dunia sebagai alat keperluan yang bernilai dalam sejarah malah meningkatkan kemahiran mengukir selepas pembawaan unsur budaya dan kepercayaan setiap entiti di dunia.

(5)

KESENIAN DALAM ISLAM

Kesenian dalam Islam bukanlah sekadar hiasan dan hiburan, sebaliknya kesenian itu dijadikan medium untuk menjadi khalifah yang terbaik di muka bumi Allah ini. Selain itu, kesenian dalam Islam bertujuan untuk membimbing manusia ke arah konsep tauhid dan pengabadian diri kepada Allah s.w.t.. Walaubagaimanapun, seni dibentuk untuk melahirkan manusia yang benar-benar baik dan beradab. dan seharusnya lahir sebagai satu proses pendidikan yang bersifat positif dan tidak lari daripada batas-batas syariat.

Definisi Kesenian Islam

Kesenian Islam merupakan satu cabang keindahan dalam agama Islam. Islam amat mementingkan keindahan, kecantikan dan ketenangan dalam jiwa penganutnya.

Dalu Jones (1978) mendefinisikan kesenian Islam sebagai satu kesenian yang lebih mengutamakan intelek daripada emosi di mana segala yang tersingkap dapat diluahkan. Kesenian Islam merupakan seni mengandungi konsep yang mampu menyeimbangkan pertanyaan dengan jawapan.

Selain itu, Ernst Diez mengungkapkan bahawa kesenian Islam merupakan satu kesenian yang akan menambahkan pengabdian diri kepada Allah. Manakala, Ismail R. Faruqi (1980) berpendapat bahawa kesenian Islam tidak seperti kebudayaan lain yang mengaitkan keindahan sebagai kemewahan, nilai intrinsik yang difahami untuk kepentingan sendiri, kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang bergantung keseluruhannya terhadap kesahihan Islam itu sendiri.

Teras Kesenian Islam

 Unsur Tauhid

(6)

Kesenian Islam juga mampu mengungkapkan keindahan dan konsep tauhid sebagai esensi akidah, tata nilai dan norma Islam iaitu menyampaikan mesej keesaan Tuhan. Kesenian Islam perlu diilhamkan oleh spiritual Islam secara langsung yang akan membentuk karakter mahmudah. Sesuatu kesenian yang berlandaskan hikmahdan pengetahuan Islam bukan sahaja akan terlihat pada zahirnya, malahan mengandungi makna pada batinnya (Nanang Rizali, 2012).

 Unsur Keindahan

Kesenian Islam seharusnya memancarkan ciri –ciri yang mempunyai nilai keislaman. Akal menuntut keilmuan, jiwa menuntut kerohanian dan pancaindera menuntut kesenian. Kesemua ini akan bersatu “di laut intelek dan falsafah mencari kebenaran”. Dalam meniti sesebuah keindahan, setiap manusia perlu melihat bukan sahaja daripada mata lahiriah akan tetapi, sertakan sekali dengan pandangan mata hati (Abdullah, 1990).

Unsur keindahan dalam Islam merupakan satu manifestasi dalam kembara membentuk ketaqwaan kepada Allah. Perkara ini turut dinyatakan oleh Shafie (1990):

Puncak keindahan adalah manifestasi kesempurnaan dan mengharungi

keindahan adalah kembara mencari kesempurnaan dan puncak

kesempurnaan itu ialah Allah. Sesungguhnya keindahan alamiah

adalah nisbi dan manifestasi Allah yang bersifat abadi. Jika keindahan

alamiah yang bersifat sementara itu dikagumi, maka keindahan Yang

Abadi itu seharusnya berlebih-lebih lagi.

 Unsur Syumul

(7)

Kesenian dalam Islam mampu menghubungkan rohani antara pengkarya dengan masyarakat awam. Melalui sebuah karya yang dihasilkan, pengkarya mampu mengajak orang awam untuk berfikir sama tentang makna yang tersirat di sebalik sesebuah karya.

Kesenian yang mempunyai nilai yang tinggi akan mendorong ke arah ketaqwaan, kemakrufan, kesahihan dan budi yang mantap (Hasan, 1981). Kesenian dalam Islam mampu menimbulkan kesedaran terhadap semua lapisan manusia tentang hakikat kedudukan hamba yang kerdil di sisi Allah. Muhammad Uthman El-Muhammady menjelaskan kesenian Islam merupakan kesenian suci yang mendorong akal manusia untuk meneliti dan mengingati kembali kedudukannya sedalam-dalamnya (Ludin & Nor, 1995).

 Unsur Kesatuan

Berbeza dengan kesenian Barat yang hanya mementingkan keseronokan yang pada akhirnya membawa kepada perpecahan, Islam sebaliknya hadir dengan kesenian berunsur kesatuan. Kesenian Islam tidak boleh lari daripada mengemukakan ciri-ciri kebenaran dan kebaikan. Beberapa kualiti seperti kesatuan, keadilan dan keikhlasan merupakan pancaran daripada kesenian yang dianjurkan Islam. Ibrahim Titus Burkhart menjelaskan (Ludin & Nor, 1995):

Kesatuan, keadilan dan murah hati merupakan tiga sifat yang

membentuk tiga aspek kesenian. Pengertian yang lebih tepat lagi

dapat ditakrifkan sebagai kesatuan, keseimbangan kemewahan.

(8)

Pengaruh Kesenian Islam

 Kaligrafi

Kaligrafi merupakan antara cabang kesenian yang sinonim dengan Islam. Kaligrafi adalah seni visual yang berkaitan dengan tulisan. Ia adalah reka bentuk dan pelaksanaan huruf dengan instrumen tip luas, berus dan instrumen bertulis yang lain. Amalan kaligrafi boleh ditakrifkan sebagai seni memberi bentuk kepada tanda-tanda dalam ekspresif, harmoni dan cara yang mahir.

Kaligrafi mendapat perhatian pencinta kesenian Timur di Barat. Peninggalan yang jelas didapati pada hari ini terletak pada sebuah topi yang ditempatkan di Muzium Kunsthisterischen, Vienna. Topi tersebut ditenun dengan tulisan kufi dan dihias dengan reka bentuk Islam. Topi ini digunakan untuk majlis pertabalan King Roger II, Sicily pada tahun 525 H/1130 M.

Selain itu, pengaplikasian kaligrafi turut dilakukan ke atas pembuatan mata wang di Eropah. Mata wang negara Mercia mempunyai tulisan kalimah syahadah dan Offa Rex

yang dikeluarkan pada tahun 774 M. Mata wang tersebut dipercayai ditempah oleh Raja Mercia bernama Offa (757-796 M). Tulisan kalimah syahadah ditulis dengan kaligrafi silam gaya kufi.

Kaligrafi kufi merupakan gaya popular yang sering terdapat pada artifak yang ditemui. Antara penemuan tersebut ialah kerusi St. Peter di sebuah gereja Antioch S. Pietro di Castello yang telah diukir dengan kaligrafi kufi yang mempunyai motif dekorasi.

 Arabes

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Arabes merupakan corak hiasan pada catan, ukiran kayu dan sebagainya yang bermotifkan tumbuh-tumbuhan, haiwan atau manusia yang disusun dengan garisan bersegi, bergeometri atau berlengkok-lengkok, awan larat.

(9)

bandingnya. Corak yang tidak terbatas ini digunakan oleh seniman Barat dalam catan, ukiran barang-barang kemas, bangunan dan lain-lain.

Pelukis Itali Paolo Veneziano (1362 M) telah menggunakan hiasan arabes pada pakaian jubbah dalam catannya, “The Coronation of the Virgin”. Hiasan-hiasan arabes juga terdapat di gereja-gereja Sicily apabila pulau itu ditakluk oleh Norman. Manakala pada permulaan abad ke-17 M merupakan detik permulaan bagi pereka dan pengukir menghiasi barang kemas dengan reka bentuk arabes. Antara pengukir yang terkenal ialah Jacques Hurtu dan Marcus Grundler (Ludin & Nor, 1995).

Selain itu, seni arabes juga digunakan dalam penciptaan gelas, tembikar, logam dan tekstil. Produk gelas yang menggunakan seni arabes ini banyak ditemui di Sweden, selatan Rusia dan China.Gelas enamel di Syria bertarikh abad ke-15 M terhampar di gereja Marby. Manakala sekitar abad ke-12 dan ke-13 M, corak arabes tekstil telah ditiru dan dijadikan hiasan di Lucca dan Regensburg di Eropah. Abad ke-15 pula menyaksikan tembikar-tembikar Islam amat popular di Eropah. Tembikar ini menjadi satu kebanggaan, kemegahan dan perlambangan status dalam kalangan bangsawan di Sepanyol (Ludin & Nor, 1995).

(10)

PENCIPTAAN SERAMIK JEPUN PADA ABAD KE-16 HINGGA KE-19

Sejarah Penciptaan Seramik di Jepun

Seramik tradisional di Jepun adalah salah satu contoh yang terawal di dunia. Walau bagaimanapun, masyarakat Cina merupakan pihak yang mempelopori seni membuat porselin dan salah sebuah negara terawal dalam pembuatan porselin yang akhirnya menjadi terkenal di seluruh China dan mempunyai kebergantungan dengan negara lain seperti Korea. Tukang tembikar Jepun banyak mempelajari seni seramik dengan belayar ke China dan Korea atas faktor tertarik dengan seni seramik mahupun berhijrah atas dasar peperangan.

Kebanyakan perbahasan berkaitan penghasilan porselin yang terbaik pada masa zaman Edo telah dibahagikan kepada dua, iaitu pendapat pertama yang mengatakan bahawa masyarakat China lebih pakar dalam pembuatan seramik manakala pendapat kedua menjelaskan bahawa masyarakat Jepun telah jauh mengatasi kepakaran masyarakat China dalam pembuatan seramik ini. Pada mulanya, porselin banyak dihasilkan di empat wilayah penting di Jepun iaitu Owari, Hizen, Hirado dan Kaga (Turkel, 2015). Hal ini menunjukkan terdapat pertukaran idea dan rentas disiplin ilmu dalam kesenian masyarakat Jepun dengan negara luar. Kebanyakan disiplin ilmu seramik dipelajari daripada proses pembuatan sehingga ukiran dan lukisan di bahagian seramik.

(11)

mahir dalam pembuatan seramik di Jepun seterusnya meningkatkan tahap kesenian dalam kalangan masyarakat Jepun.

Sebelum munculnya industri pembuatan seramik di Jepun, terdapat kerajaan lain yang telah menghasilkan seramik seperti China, Korea, negara Timur Tengah dan juga India. Pengaruh utama dalam penghasilan seramik di Jepun bermula dengan peniruan hasil daripada seramik China dan Korea. Kebanyakan tukang tembikar telah membuat beberapa keping porselin dengan tanah liat yang diperoleh dari China pada 920M namun penghasilan seramik tersebut mempunyai kualiti yang tidak bermutu (Wilson, 1905). Lantaran perkembangan industri seramik, wilayah Hize yang mempunyai pelabuhan yang besar telah menjadi terkenal dengan adanya kilang seramik dan porselin seni selain mempunyai banyak barangan yang terkenal dalam masa tersebut.

Selain itu, penemuan kaolin di Jepun telah menyebabkan penghasilan seramik di Jepun bertambah pesat kerana mempunyai salah satu sumber mineral yang bermutu untuk membuat seramik (Othman, 1978). Rentetan itu, porselin di wilayah Hize semakin dikenali dan telah menarik minat oleh Eropah kerana barangan Imari di wilayah tersebut telah dijual dalam kuantiti yang banyak melalui peniaga Belanda pada abad 17 dan ke-18 (Wilson, 1905). Hal ini secara langsung membuatkan Jepun menjadi salah satu pengeluar hasil seramik yang setanding dengan negara China dan Korea yang mana mempunyai kepakaran yang tersendiri mengikut kawasan seperti Imari dan Kakiemon di Jepun.

Penciptaan Seramik Jepun pada Abad Ke - 20

(12)

Lebih awal daripada 1980 iaitu selepas daripada Perang Dunia ke-2 yakni pada tahun 1946, dunia seni seramik Jepun mulai mekar dan kembali hidup semula. Ianya merupakan salah satu daripada ciri-ciri zaman selepas perang pada ketika itu. Peningkatan penghasilan seramik Jepun pada ketika itu berkembang melalui penubuhan institut-institut seni dan juga penubuhan kumpulan-kumpulan penggiat seni seramik dan juga penggiat seni yang lain. Setiap daripada kumpulan dan juga institut ini telah terlibat dalam proses membina silibus dan juga citra masing-masing dalam dunia seni seramik. Sebahagian daripada mereka menumpukan kepada penghasilan melalui teknik dan juga kaedah tradisional, yang lain pada kreativiti dan berbagai lagi.

Satu perkumpulan penggiat-penggiat seni seramik dari Kyoto yang dikenali sebagai Sodeisha telah mempromosikan kaedah silang dan pelakuran di antara moden dan tradisi. Kumpulan ini pada ketika itu diketuai oleh Yagi Kazuo, Kumakura Junkichi dan Suzuki Osamu.( Louise Allison Cort : 2004) Antara kaedah yang diketengahkan oleh mereka dalam penghasilan seramik Jepun pada ketika itu adalah kaedah “ pengungkapan diri” atau dalam bahasa Iggerisnya art as a medium self expression. Sebelum daripada diasaskan Sodeisha, Yagi dan sahabat-sahabatnya telah membuat satu keputusan yang agak fundamental iaitu untuk menjauhkan diri mereka daripada taraf kebiasaan bentuk seramik Jepun yang diambil daripada sejarah Jepun. Mereka menetapkan pendirian mereka untuk tidak membuat mankuk teh untuk sebarang bentuk pameran malah dalam apa juga keadaan. ( Louise Allison Cort : 2004)

(13)

Para artisan seramik Jepun pada ketika ini telah berjaya memposisikan semula proses-proses pembuatan seramik berdasarkan kaedah tradisional iaitu melalui proses pembinaan seramik diatas pemutar, proses pengeringan, proses menjadikan kaca, proses pembakaran dan proses sentuhan akhir ke dalam metodologi seni kontemporari. Perbincangan mengenai formasi seramik atau pembentukan sisi seni seramik telah mendapat asasnya dalam penghasilan kerja seramik pada era ini.

Terdapat beberapa hasil seramik yang dihasilkan berdasarkan kepada penggunaan kaedah dan juga motif tertentu dalam penghasilan seramik Jepun kontemporari. Antaranya ialah motif tersebut ialah objek berbentuk bekas berongga atau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil vessel form ceramic. Antara pengemar dan juga artisan yang mengunakan kaedah ini adalah Takiguchi Kazuo, Domon Kunikatsu, Fukami Sueharu, Miyashita Zenji, Yanagihara Mutsuo, dan Yoshikawa Seido. Obejk kraftangan ianya diakui sebagai satu objek yang menggabungkan kedua-dua fungsi utility dan juga kecantikan. Dalam proses pembinaan bentuk bagi tanah liat sama ada diatas pemutar tanah liat atau melalui pembentukan tangan atau teknik-teknik yang lain kebiasaanya akan mempunyai kecenderungan untuk meninggalkan satu ruang kosong dalam tanah liat tersebut.

(14)

Motif imej figurative banyak digunakan oleh artisan seperti Araki Takako, Sasayama Tadayasu, Nakamura Kinpei, Matsuda Yuriko, Mishima Kimiyo, Miwa Ryosaki, Yanagihara Mutsuo, Ito Kosho, Kumakura Junkichi, dan juga Suzuki Osamu. Kategori ini kebiasaanya memasukkan kerja-kerja yang menggabungkan kiasan, bentuk yang mewakili sesuatu, atau diinspirasikan oleh kiasan dan juga imej yang mewakili sesuatu. Sebagai contoh Matsuda dan Miwa menghasilkan seramik yang didasarkan kepada bahagian-bahagian badan manusia yang mewakili masyarakat kontemporari. Manakala Nakamura Kinbei telah mencampurkan beberapa komponen-komponen Jepun seperti pokok, dahan dan juga batuan untuk menonjolkan sisi tersendiri budaya Jepun. Manakala Suzuku telah menggabungkan imej-imej daripada bentuk-bentuk tertentu seperti kuda, burung, malah juga kanak-kanak dalam pengahasilan karya-karyanya.

Motif bentuk organik. Antara pengkarya yang menggunakan kaedah ini adalah Akiyama Yo, Imura Toshimi, Hayami Shiro, dan Maeda Tsuyoshi. Akiyama mencipta bentuk silinder daripada papak tanah liat kemudiannya mengunakan pembakar untuk mengenakan haba yang lebih kuat di atas permukaanya. Hasil daripada pendedahan haba yang berbeza diantara permukaan tanah liat dan juga bahagian dalam tanah liat tersebut menghasilkan retakan pada permukaannya. Retakan ini menjadi simbolik kepada tenaga , kekuatan pada bumi ini sendiri.

Ciri Kesenian Seramik mengikut Kawasan di Jepun

(15)

Perkilangan Seramik di Imari

Keseluruhan para pakar seramik Jepun bersetuju bahawa perkembangan porselin dan cara membuatnya mula berlaku di Arita. Kebangkitan wilayah Arita sebagai pusat penghasilan seramik sangat dibantu oleh faktor semula jadi. Hal ini kerana wilayah tersebut mempunyai bekalan yang hampir tidak terhad kepada kaolin. Bahan ini banyak didapati di cerun berdekatan pergunungan Izamiyama. Wilayah Hizen mempunyai dua pelabuhan penting dan terbuka kepada perdagangan. Di dalam wilayah tersebut hanya Nagasaki dan Imari sahaja yang mempunyai kilang seramik. Kilang ini kemudiannya akan mengeluarkan seramik dalam kuantiti yang banyak daripasa wilayah tersebut untuk dihantar ke luar negara (Othman, 1978 dan Turkel, 2005).

Pembuatan seramik di kilang Imari ini mempunyai cara mereka yang tersendiri. Kilang ini akan membuat dan menghasilkan porselin berasaskan kepada warna biru dan putih. Mereka juga menggunakan teknik sepuh untuk meletakkan warna kobalt kemudian dihiaskan dengan sepuhan warna merah, hijau, kuning dan ungu serta bahan enamel lain untuk dijadikan hiasan tambahan keatas seramik. Porselin daripada wilayah Arita kebiasaanya bersifat keras, tahan lama dan tahan rosak. Porselin wilayah Arita juga mempunyai permukaan lebih kasar dan lebih berwarna kelabu berbanding dengan seramik-seramik China. Pada abad ketujuh belas Masihi, kebanyakkan porselin wilayah Arita mempunyai ciri-siri seperti dipenuhi dengan lubang minit pin malahan juga lambang taji pada tapak porselin tersebut (Othman, 1978).

(16)

Pembuatan seramik di Kilang Kakiemon

Kilang Kakiemon mempamerkan hasil seramik yang mempunyai ciri-ciri elegan dan tulen. Malah ciri-ciri seramik mereka juga terdapat enamel beserta dengan sepuhan merah, biru, hijau, hitam dan kuning. Pada kepingan biru dan putih, reka bentuk yang dicat dengan teliti dan halus, nilam biru pigmen kobalt. Ciri-ciri kesenian ini mengambarkan bahawa seramik buatan wilayah Kakiemon ini adalah bersifatkan halus dan luar biasa untuk diperjelaskan. Hasil seramik mereka juga menonjolkan falsafah kesenian mereka (Othman, 1978). Kesenian ini lebih menekankan penggunaan enamel yang pelbagai dan juga penggunaan teknik sepuhan . Ciri inilah yang menunjukkan seramik Kakiemon ini mempunyai perbezaan daripada Imari.

Di pertengahan abad ke-17 Masihi, seorang tukang seramik di wilayah Arita bernama Sakaida Kakiemon mempelajari teknik menghias seramik dengan enamel dan juga sepuhan tindih dari tukang seramik Cina yang menetap di Nagasaki. Teknik ini kemudiannya dipelihara dan dikomersialkan seterusnya menjadi aset kepada Kakiemon. Porselin dan juga seramik Kakiemon perlu melalui dua atau lebih peringkat dan proses tertentu sebelum ia benar-benar boleh dijual. Pada peringkat pertama, seramik akan dibentuk dan kemudiannya dibakar dan disejukkan. Setelah disejukkan seramik tersebut akan dicat dan dilukis dengan pelbagai pigmen. Lapisan yang pertama kemudiaanya akan ditambak dan prosese tersebut akan berulang-berulang sehinggalah ianya selesai.(Turkel, 2015).

(17)

Pembuatan Seramik di kilang Nabeshima

Kilang Nabeshima merupakan salah satu pengeluar seramik yang bertaraf ekslusif yang mana banyak dihasilkan untuk golongan atasan seperti keluarga shogun, tuan-tuan tanah (daimyo) dan bangsawan. Kilang ini dipelopori oleh keluarga bangsawan Nabeshima dan kebanyakkan hasil seramik disimpan rapi dan tidak didedahkan kepada masyarakat atau keluarga lain untuk megelakkan sebarang unsur peniruan dan persamaan dengan pengeluar seramik lain (Turkel, 2015). Seramik daripada keluarga Nabeshima kebiasaannya merupakan seramik putih. Seramik ini juga akan dihiasi dengan lapisan enamel berwarna dan garisan halus sebagai hiasan. (Othman, 1978).

(18)

UNSUR KESENIAN ISLAM PADA SERAMIK JEPUN

Jika dilihat secara terus, seramik jepun tidak terdapat langsung ciri-ciri yang menggambarkan Islam padanya. Tidak seperti yang terdapat pada seramik China yang mempunyai tulisan dan angka Arab. Akan tetapi pada seramik Jepun terdapat unsur-unsur Islam atau unsur-unsur yang patuh pada nilai-nilai seni dalam Islam.

Menurut NoorZahidah Mohd Zain dan Sakinah Abdullah (2014), unsur islam dapat dilihat dari segi hiasan jenis Mina‟i (figura), hiasan Arabes, hiasan gelasir, hiasan bermotif flora dan fauna, hiasan geometri dan hiasan kaligrafi. Kebanyakan seramik Jepun mempunyai corak atau motif berunsurkan hidupan seperti tumbuhan dan haiwan. Sebagai contoh, seramik buatan Imari mempunyai pembawaan unsur kerajaan China yang bermotifkan unsur hidupan seperti tumbuhan dan haiwan.

(19)

Rajah 2 : Mangkuk Imari Jepun (Motif Pokok Buluh)

Rajah 3 : Mangkuk Imari Jepun (Motif Pokok Buluh)

(20)

Rajah 2 : Pinggan Imari (Motif Bunga)

Selain itu, menurut Turkel (1997) seramik yang dibuat oleh keluarga Kakiemon yang dikenali dengan Tembikar Kakiemon. Motif yang biasa digunakan ialah burung-burung di atas pokok yang kembang, rumput yang panjang atau singa-singa, buluh-buluh dan juga tokoh-tokoh manusia yang diukir dalam kuantiti warna yang sedikit seperti warna biru, hijau, coklat dan merah, yang mana kebanyakan badan tembikar dibiar tinggal warna putih sahaja. Tembikar ini juga selalu dibentuk dengan bentuk bunga kekwa dan pasu hexagon.

(21)

KESIMPULAN

Penghasilan seramik menjadi salah satu bidang pekerjaan dan profesinaliti dalam masyarakat Jepun. Malah ia juga merupakan platform untuk mengembangkan hasil kesenian masyarakat Jepun. Hal ini dapat dilihat berdasarkan unsur dan motif utama kesenian dalam pembuatan seramik bertitik tolak daripada pengaruh pemerintahan, pengaruh hubungan luar dan juga pengaruh suasana dan keadaan masyarakat setempat. Sehubungan dengan itu, hasil seramik Jepun ini telah menjadi medan keilmuan dalam persejarahan Jepun, malah juga kerjaya masyarakat setempat dan komoditi perdagangan yang bernilai di dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.

(22)

RUJUKAN

Abdullah. A. K. 1990. Kesenian Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bakar. S. A. 1990. Keindahan Kesenian dalam Islam. dlm. Ahmad Kamal Abdullah. Kesenian Islam. Ampang : Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Cort, L.A. 2004. Crawling Through Mud: Avant-garde Ceramics in Postwar Japan. The Studio Potter: December

Faruqi. I. R. 1980. Islam and Culture. Kuala Lumpur : Angkatan Belia Islam Malaysia.

Faulkner, R. 1995. Japanese Studio Crafts: Tradition and the Avant-garde. United States of America: The University of Pensylvania Press Philadelphia.

Hassan. M. K. 1981. Konsep Keindahan Dalam Islam Dan Hubungannya Dengan Seni Dan Sastera: Suatu Pandangan Umum. Jurnal Islamiyat 3: 39-50.

Jones. D. 1978. Pattern and light. Dlm. George Michell. Architecture of the Islamic World Its History & Social Meaning, London : Thames and Hudson.

Lerner M. 1978. Blue and White Early Japanese Export Wares. t.tmpt. The Metropolitan Museum of Art.

Ludin. M. M. & Nor. A. S. M. 1995. Aspek-aspek Kesenian Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noor Zahidah Mohd Zain ; Sakinah Abdullah. 2014. Seramik China Berunsurkan Islam. Jurnal Al-Muqaddimah Bil 2 (2): 64-75.

Rizali. N. 2012. Kedudukan Seni Dalam Islam. Jurnal Kajian Seni Budaya Islam 1(1):1-8.

(23)

Turkel E. 2015. The Effects Of Edo Period On Japanese And European Porcelain Tradition.The Journal of International Social Research, Vol. 8, Issue 39, 404-417 August 2015.

Referensi

Dokumen terkait

Untuk mendukung peralatan dalam suatu gedung distribusi Listrik merupakan salah satu rangkaian penting dalam melayani kebutuhan energi listrik, dimulai dari pembangkit

La irritació del general Martínez Campos no la degueren originar les frases his- toriades de Gras, sinó més aviat les que van esgrimir els altres oradors, començant pel

Semen Gresik (PERSERO), Tbk tingkat kesadahan air yang berasal dari raw water (di atas 300 ppm) harus dikurangi agar apabila digunakan pada proses (air pendingin) maka tidak

Gap analisis digunakan untuk mengetahui selisih antara harapan konsumen terhadap produk canting konvensional dengan produk canting baru. Kebutuhan konsumen yang memiliki gap

Peningkatan Keterampilan Menulis Karangan Berbentuk Paragraf Dengan Menggunakan Media Gambar Kartun Mata Pelajaran Bahasa Indonesia Siswa Kelas IV MI Tarbiyatul Ulum Temas Kota

Vastaajista 29 14,2 % oli sitä mieltä, että vastaanotossa onnistuttiin erittäin hyvin palvelussa ja 19 9,3 % piti henkilökunnan palvelua hyvänä.. Tyydyttävänä

Penelitian yang dilakukan oleh Sari Ramadhana, Sri Walny Rahayu tahun 2017 yang berjudul “Tanggung Jawab Pelaku Usaha Depot Air Minum dalam penerapan kualitas standar

Sama seperti video musik sebelumnya, remaja menunjukkan perkembangan identitas ego melalui aktivitasnya yaitu melakukan introspeksi diri, juga menggunakan 2 pandangan ego