• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dasar Luar USA di Amerika Latin

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Dasar Luar USA di Amerika Latin"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

BINCANGKAN SECARA KRITIS DASAR LUAR AMERIKA SYARIKAT DI AMERIKA LATIN

1.0:PENDAHULUAN

Joshua Goldstein melalui bukunya International Relations melihat dasar luar adalah satu

strategi yang akan diaplikasi oleh sesebuah kerajaan itu bagi melaksanakan tindakannya dalam

pentas arena antarabangsa. Dasar Luar adalah cara dan objektif yang penting untuk mewujudkan

dan mengekalkan hubungan dengan negara-negara luar. Dalam pada masa yang sama juga, jika

kita lihat, objektif dasar luar sesebuah negara itu adalah melibatkan aktiviti-aktiviti dan

hubungan interaksi negara dengan negara lain1. Perkembangan dasar luar negara dipengaruhi

oleh pertimbangan dalam negeri, dasar-dasar atau kelakuan negeri-negeri lain, serta rancangan

untuk memajukan reka bentuk geopolitik tertentu. Leopold von Ranke menekankan keutamaan

geografi dan ancaman luar berupaya dalam membentuk dasar luar, selain daripada faktor-faktor

dalam negeri.

Dasar luar negara Amerika Syarikat (AS) pula merujuk kepada tindakan kerajaan

Amerika Syarikat bagi menjaga kepentingan nasional negara mereka terutamanya di luar negara.

AS dilihat amat mementingkan kepentingan nasional mereka iaitu dalam aspek untuk

memastikan keselamatan dan kesejahteraan Amerika dan kekuatan dalam daya saing ekonomi

negara mereka2. Dari segi sejarahnya, dasar luar AS mula rancak di bawah Presiden Monroe.

Monroe mengumumkan bahawa jika mana-mana negara cuba untuk menjajah semula Amerika

Latin, atau jika Rusia cuba untuk bergerak ke atas pantai barat Amerika, Amerika Syarikat akan

bertindak balas dengan kekerasan.

1 Yacob, Shakila. Amerika Syarikat : Pembentukan Negara Bangsa Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005. Hlm 32.

(2)

Selepas mencapai kemenangan pada perang kemerdekaan pada tahun 1783 Amerika

Syarikat (AS) telah pun menggariskan dasar tidak campur tangannya terhadap mana-mana kuasa.

Namun untuk memperluaskan kuasanya maka AS mula melonggarkan dasar tidak masuk

campurnya melalui dasar penerokaan ke barat3. Dasar luar merupakan satu proses sesebuah

negara menjalinkan hubungan dengan negara lain untuk mencapai kepentingan negaranya baik

dari sudut politik, ekonomi dan sosial4.

Seterusnya pula kita lihat kepada negara Amerika Latin (AL). AL Latin Amerika

merupakan negara-negara yang berada di tengah Amerika dan juga kepulauan caribean.

MEXICO,BRAZIL,VANEZUELA,COLOMBIA,CUBA,ARGENTINA,URUGUAY,

HONDURAS adalah antara negara benua AL. Amerika dan negara-negara amerika latin telah

menjalinkan hubungan sejak tahun 1830-an lagi5. Terdapat beberapa dasar luar yang telah

digariskan oleh AS dalam memastikan hubungan kerjasama dengan Amerika Latin antaranya

good neighbor policy, pan-America, drug policy dan banyak lagi. Dasar-dasar luar ini telah

banyak membentuk positif dan negatifnya tahap hubungan AS dengan negara-negara Amerika

Latin. Pelbagai dasar yang dijalankan oleh AS terhadap AL akan dibincangkan secara kritis di

dalam penulisan ini.

2.0: ISI KANDUNGAN

2.1: DASAR LUAR AS KE ATAS AMERIKA LATIN (AL)

Secara umumnya, terdapat beberapa dasar luar yang dijalankan oleh AS terhadap AL.

antaranya adalah seperti berikut :

3 Rainey, Gene E. Contemporary American Foreign Policy : The Official Voice. Columbus, Ohio : E. Merrill Pub. Co, 1969. Hlm 36.

4 Ibid.

(3)

1. DOKTRIN MONROE (Dasar pemencilan- Isolasi) 1823

Dasar luar AS adalah dimulakan dengan Dasar Pemencilan/Isolasi pada tahun 1823. Dasar ini

bermaksud pengasingan, pemencilan dan pemisahan. Jika diteliti AS telah berada dalam dasar

pemencilan kuasa di mana pada masa itu, negara mereka lebih banyak menumpukan perhatian

kepada masalah dalam negara serta pembangunan negaranya6. Dalam pada masa yang sama juga,

menerusi dasar pemencilan, Amerika dapat membina negaranya melalui Doktrin Monroe.

Doktrin Monroe dilihat oleh Amerika supaya dapat menghalang kuasa Eropah daripada

camputangan dalam urusan negara Amerika Latin yang pada ketika itu baru berada di bawah

dominasinya7. Terdapat empat ciri penting terdapat dalam Doktrin Monroe ini iaitu8:  Hemisfera Barat tidak terbuka untuk dijajah oleh mana-mana kuasa eropah.

 Mana-mana percubaan oleh mana-mana negara eropah untuk menubuhkan koloni-koloni

baru di dunia baru atau untuk mengawal politik mana-mana negara di Hemisfera Barat

akan dipandang sebagai tindakan tidak bersahabat dengan Amerika.  Amerika tidak boleh campurtangan dalam urusan-urusan Eropah

Sejarahnya, Dasar Monroe ini adalah hasil buah fikiran Presiden James Monroe iaitu

Presiden AS yang kelima. Beliau percaya bahawa keselamatan Amerika dan kepentingan

ekonomi negara mereka akan terselamat dengan kebebasan negara-negara Hemisfera Barat9.

Justeru itu bagi Monroe, penting bagi AS untuk menjaga kepentingan tersebut. Namun sepanjang

penghujung 1800an dan awal 1900an AS dikatakan telah mula mengorak langkah untuk cuba

menjauhkan negaranya daripada polisi isolasi iaitu keluar daripada dasar terdahulu.

6Yacob, Shakila. Amerika Syarikat : Pembentukan Negara Bangsa Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005. Hlm 28.

7 Morgenthau., Hans J. A New Foreign Policy for the United States New York : Pub. for the Council on Foreign Relations by F.A. Praeger, 1969. Hlm 100.

8 Rainey, Gene E. Contemporary American Foreign Policy : The Official Voice. Columbus, Ohio : E. Merrill Pub. Co, 1969. Hlm 40.

(4)

Maka dengan itu, AS telah mula membina kekuatan militari dan memainkan peranan dalam

urusan antarabangsa. Hal ini dapat dilihat pada tahun 1898 Amerika telah mengalahkan Sepanyol

dalam perang Sepanyol dan Amerika dapat mengawal beberapa kawasan yang dimiliki sepanyol

di laut Carribean dan laut pasifik termasuklah Puerto Rico, Guam dan Filipina10. Situasi

sedemikian jelas menunjukkan bahawa AS telah mula memfokuskan untuk memajukan

ketenteraan negara mereka termasuk di AL.

Tambahan pula, doktrin tersebut turut digunapakai oleh Presiden seterusnya iaitu Presiden

Roosevelt. Beliau telah memberi interprestasi baru terhadap Doktrin Monroe di mana beliau

telah menggunakan Slogan “Speak sofly and carry a big stick”11. Hal ini dapat dilihat apabila

Roosevelt telah mula masuk campur dalam urusan negara-negara di Amerika Latin. Amerika

telah menggunakan kuasa polis antarabangsanya atau international police power12. AS melihat

kuasa tersebut adalah amat penting kerana negara mereka mempunyai hak untuk memikul

tanggungjawab bagi melindungi dan menjaga kehidupan serta harta benda awam. Dalam pada

masa yang sama, penggunaan Polis Antarabangsa ini juga dikatakan dapat menghalang negara

Eropah daripada terus campur tangan dalam Amerika Latin.

Walaubagaimanapun, semasa AS berada dibawah Woodrow Wilson, Amerika semakin jauh

dari dasar isolasinya. Pasukan tentera Amerika telah mula memasuki Republik Dominica dan

Mexico untuk terus memerintah dan menghalang campurtangan Eropah13. Keadaan ini dilihat

ada kaitan dengan Dasar Imperialisme yang pada waktu itu baru sahaja muncul. Imperialisme ini

adalah amat penting kepada AS kerana pada masa itu, Revolusi Perindustrian baru sahaja

10 Ibid.

11 Morgenthau., Hans J. A New Foreign Policy for the United States New York : Pub. for the Council on Foreign Relations by F.A. Praeger, 1969. Hlm 86.

12 Tigner, Graham H. Stuart & James L. Latin America & the United States. 6 ed. New Jersey: Prentice-Hall Inc, 1975. Hlm 96.

(5)

bermula. Revolusi ini membawa kepada penjajahan tanah jajahan yang dilihat berupaya dalam

meluaskan lagi pengaruh AS terutamanya di kawasan AL.

Tambahan pula, jika kita teliti secara kritis, Dasar Monroe ini berevolusi mengikut pemikiran

para pemimpin iaitu Presiden AS sebenanrnya. Hal ini demikian kerana terdapat beberapa

persamaan dan perbezaan dasar yang dilakukan oleh pemimpin mereka dan dalam pada masa

yang sama juga, dasar ini menjadi satu model lengkap untuk mengorak langkah keluar daripada

dasar isolasi. Maka dengan itu, dalam era dasar tersebut, dilihat bahawa kebanyakan negara di

AL telah dijadikan bahan ekspriment buat AS terutamanya melibatkan campur tangan AS dan

penguasaan tanah jajahan mereka.

2. GOOD NEIGHBOR POLICY (GNP 1990-an)

Beralih pula kepada dasar seterusnya yang dijalankan AS di AL iaitu Good Neighbor Policy

(GNP). GNP pula merupakan dasar luar yang dijalankan ketika era pentadbiran Presiden

Amerika Syarikat Franklin Roosevelt. Prinsip utama dasar itu adalah non-intervention iaitu

tidak campur tangan dalam hal-ehwal dalam negeri Amerika Latin tetapi menggunakan prinsip

membantu. Dalam hal ini, AS dikatakan akan menjadi "jiran yang baik" dan terlibat dalam

pertukaran dua hala dengan negara-negara Amerika Latin14. Aspek tersebut jika dilihat akan

berupaya untuk mewujudkan peluang ekonomi baru dalam bentuk perdagangan dua hala serta

menjadi penanda aras bagi meluaskan lagi pengaruh Amerika Syarikat di Amerika Latin.

Dasar ini telah mula membawa pewujudkan peluang AS untuk menjadi jiran yang baik

kepada AL terutamanya dalam aspek ekonomi serta sosial. Hal ini dapat dilihat dalam aspek

ekonomi antaranya terdapat beberapa perjanjian hubungan dua hala di antara AS dengan AL

seperti Latin American Free Trade Association (LAFTA)15. LAFTA telah ditandatangani pada

1961diantaraArgentina,Brazil,Chile,Peru,Paraguay,Uruguay,Mexico,Venezuela,Colombia,Ecuad

14 Molineu, Harold. U.S. Policy Towards Latin America:From Regionalism to Globalism. 2 ed.: Westview Press Inc, 1990. Hlm 143.

(6)

or,Bolivia. Pewujudan LAFTA ini dilihat amat membantu dalam meluaskan lagi pengaruh AS di

AL terutamanya dalam aspek perdagangan bebas.

Hal ini demikian kerana AL mengenakan pelbagai kemudahan kepada AS seperti

pengurangan tarif, cukai, duti eksport, serta memudahkan barangan dari AS masuk ke dalam

pasaran negara AL. Hal ini dapat dibuktikan apabila dilaporkan perdagangan AS-AL telah

berkembang dari 1968 – 1970 di mana hasil import AS (12%) manakala eksport telah

berkembang sebanyak 22%16.

Di samping itu, melalui dasar tersebut juga, AS dilihat membantu kebanyakan negara di AL

dalam aspek sosial. Hal ini dapat dilihat di mana Kerajaan AS telah membantu untuk membaiki

kekurangan nutrisi dalam kalangan negara AL dengan bantuan daripada Food and Agriculture

Organization of the United Nations (FAO)17. AS telah menjalankan operasi “Food For Peace”

di mana mereka telah mewujudkan bantuan kepada 13 hingga 15 buah sekolah kanak-kanak di

18 buah negara AL. Bantuan tersebut adalah dalam bentuk dana untuk pendidikan kanak-kanak.

Contohnya pada 1969, dana AS telah membantu dalam membina lebih daripada 50ribu bilik

darjah, mencetak beribu-ribu buku teks, dan memberi latihan kepada 100,000 guru-guru.

Pemberian dana tersebut adalah bertujuan untuk mengurangkan kadar buta huruf dalam kalangan

kanak-kanak di AL18. Justeru itu, segala kemudahan yang diberikan berupaya membantu

pembangunan modal insan yang bermula daripada kanak-kanak itu sendiri.

Selain daripada itu, jika dilihat mendalam, kemunculan dasar jiran yang baik ini adalah salah

satu agenda AS di mana mereka melancarkan dasar tersebut dengan tujuan untuk memulihkan

imej AS di mata dunia terutamanya di AL. Hal ini demikian kerana AS ingin menaikkan imej

mereka selepas peristiwa Krisis Cuba 1916 di mana mereka dilihat negatif pada waktu tersebut.

16Ibid. Hlm 146.

17Molineu, Harold. U.S. Policy Towards Latin America:From Regionalism to Globalism. 2 ed.: Westview Press Inc, 1990. Hlm 243.

(7)

Walaubagaimanapun, dasar ini dilihat seperti menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu AS di

mana mereka telah mula menjadi rakan baik AL dan mula menjalankan perdagangan dengan

negara rantau tersebut. Bukan itu sahaja, bantuan yang diberikan juga jika dikaji seperti memberi

pelbagai manfaat kepada negara AL tetapi perlu diingatkan bahawa dasar yang dijalankan oleh

kebanyakan negara tidak akan lari daripada mencapai kepentingan nasional mereka begitu juga

bagi AS.

3. PAN-AMERICANISM

Pan – Americanism merupakan satu pergerakan yang muncul pada abad ke-18. Pada masa

tersebut, kesemua negara Amerika Selatan cuba untuk memerdekakan negara mereka daripada

kuasa-kuasa eropah dan juga Amerika Syarikat melalui gerakan yang dipanggil Pan-American

Movement19. Pada 1881 James G. Blaine iaitu Setiausaha Negara Amerika Syarikat telah

menjemput semua anggota AS mengadakan satu mesyuarat. Objektif utama mesyuarat adalah

untuk mengelakkan peperangan di kawasan hemisfera barat, serta menggalakkan kerjasama

diantara negara dan rantau. Akan tetapi, mesyuarat ini ditangguhkan sehingga tahun 1889.

Daripada mesyuarat ini lahirlah Pan-American Union yang menjadi sebahagian prinsip dalam

Inter-American System. Pada 1932 kerjasama Pan-American ini mula dilaksanakan. Kerjasama

ini dimulakan dengan persidangan di Montevideo pada tahun 1933.

Melalui kerjasama tersebut, AS bersetuju bahawa negaranya tidak akan masuk campur dalam

urusan negara-negara jirannya termasuklah negara AL. Dalam persidangan 1945 di Mexico City

satu akta telah digariskan iaitu Act of Chaputepec yang mana mengisytiharkan bahawa Amerika

berupaya menjamin keselamatan negaranya dari ancaman luar. Satu perjanjian pula telah

(8)

ditandatangani pada 2 September 1947 di persidangan Rio iaitu satu perjanjian pertahanan bagi

rantau tersebut. Antara isi perjanjian20:

 Mempertahankan Amerika dan kawasan himesferanya daripada diserang pihak luar.

 Satu dokumen khas yang menggariskan skop, organisasi dan tugas Organisation of

American States (OAS).

 Satu dokumen yang akan dibuat mengenai proses yang perlu dipatuhi dalam

mengenengahkan isu pertindihan sempadan dalam kalangan ahli.

 Melopori Program Bantuan Militari/Military Assistance Program dalam bentuk misi

ketenteraan, hubungan bilateral Brazil dan Mexico (dalam menyokong pasukan kombat)

 Mengadakan latihan ketenteraan untuk Latin Amerika di AS dan Panama Canal.

4. KERJASAMA KESELAMATAN & KETENTERAAN

Semasa era perang dingin 1945, pada mulanya AS tidak begitu mengambil berat tentang

keadaan di negara-negara Amerika Latin secara amnya. Hal ini demikian kerana AS menyedari

bahawa mereka merupakan sekutu yang kuat semasa perang dunia kedua. Dan dalam pada masa

yang sama, Amerika Latin pula telah merasakan negara mereka seperti terabai tambahan pula

tindakan AS meletakan negara mereka sebagai secondary space yang bermaksud kebanyakan

negara AL merupakan tanah jajahan mereka dalam erti kata lain seperti tanah pajakan21. Mereka

merasa terabai kerana mereka tidak langsung diberikan peranan dalam strategi tentera juga

ekonomi serta politik. Perkara ini dapat dibuktikan lagi apabila dikatakan AL ketika ini menjadi

seperti benign neglect.

Akhirnya, pada tahun 1950-an AS telah mula sedar akan kepentingan negara mereka untuk

menjaga hubungannya dengan Amerika Latin. Daripada kesedaran tersebut, maka AS telah mula

20Tigner, Graham H. Stuart & James L. Latin America & the United States. 6 ed. New Jersey: Prentice-Hall Inc, 1975. Hlm 98.

(9)

menjalankan hubungan bilateral dalam bidang keselamatan dan ketenteraan dengan hampir

17 buah negara Amerika Latin seperti Brazil, Argentina, dan Mexico. Sekitar tahun 1961

kerjasama AS dengan Amerika Latin diperkuatkan lagi setelah Regim Fidel Castro telah

memerintah Cuba. Antara kerjasama yang dijalankan di antara kedua-dua buah negara tersebut

ialah melalui pewujudan The Inter- American Defense College and Central American Defence

Council (CONDECA) dan banyak lagi. Antara kerjasama lain yang dijalankan adalah seperti

berikut:

i. Intel – American Naval Conferences (CNI)

CNI bermula pada tahun 1959, apabila tentera laut negara benua AL telah dijemput untuk

menghadiri Persidangan Semi-Tahunan Ketua-Ketua Misi Tentera Laut Amerika Syarikat.

Sebagai hasil daripada perbahasan dan perbincangan yang diadakan, kedua-dua buah negara iaitu

AS serta rantau AL telah mula merangkan keperluan kerjasama dalam aspek ketenteraan laut

mereka22. jika dilihat, persidangan tersebut adalah amat penting kepada AS serta AL dalam

membantu menjaga keselamatan maritim mereka.

Sehingga tahun 2010, dua puluh tiga Persidangan Naval Inter- Amerika telah diadakan.

Ahli-ahlinya adalah Angkatan-angkatan laut Argentina, Bolivia, Brazil, Chile, Colombia, Republik

Dominika, Ecuador, El Salvador, Guatemala, Honduras, Mexico, Nicaragua, Panama, Paraguay,

Peru, Amerika Syarikat, Uruguay dan Venezuela. Manakala Inter- American Naval

Telecommunications Network (IANTN) dan Inter – American Development Bank (IADB)

adalah organisasi pemerhati bagi persidangan tersebut23.

ii. Cooperation System of American Air Forces (SICOFAA)

Sistem Kerjasama Tentera Udara Amerika (SICOFAA) telah diwujudkan pada 16 April 1961,

dalam rangka Persidangan Pertama Ketua-Ketua dari Tentera Udara Amerika. Matlamat

22 (RESDAL), Red de Seguridad y Defensa de America Latin. "Chapter 5 : Hemispheric Relations." A Comparative Atlas of Defence in Latin American and Caribbean, 2010 Edition. Hlm 75.

(10)

utamanya adalah untuk menjadi sistem integrasi dan kerjasama antara Angkatan Udara Amerika,

untuk bertukar-tukar pengalaman, kakitangan, memberi latihan dan pendidikan terutamanya di

negara hemisfera selatan iaitu di AL24.

Ahli- ahli SICOFAA adalah terdiri daripada Tentera Udara Argentina, Bolivia, Brazil,

Kanada, Chile, Colombia, Republik Dominika, Ecuador, El Salvador, Guatemala, Honduras,

Nicaragua, Panama, Paraguay, Peru, Amerika Syarikat, Uruguay dan Venezuela. Manakala

negara pemerhati adalah Belize, Costa Rica, Guyana, Haiti, Jamaica dan Mexico. Terdapat

pelbagai aspek kerjasama yang diketengahkan oleh kerjasama ini seperti menjalankan latihan

kepada sumber manusia, menjalankan operasi udara bersama, latihan, pembangunan teknologi

serta cara bagi mengelakkan pencegahan kemalangan pesawat25. Kerjasama dalam bidang ini

adalah dapat memberi manfaat baik kepada AS mahupun AL itu sendiri di mana jika dilihat

ruang udara merupakan peranan penting untuk keselamatan mana-mana negara sekalipun.

iii. Inter-American Air Forces Academy (IAAFA)

IAAFA ditubuhkan pada bulan 15 Mac, 1943. Akademi Angkatan Udara ini terletak di

Pengkalan Tentera Udara Lackland, Texas, Amerika Syarikat. Penubuhan Akademi ini adalah

untuk melatih dan mendidik angkatan tentera (generasi baru) agar mereka berupaya membina

dan menjana kebolehan untuk menyokong kestabilan dunia dan keselamatan. Selain itu, akademi

ini juga turut menawarkan kursus-kursus latihan terutamanya kepada negara AL. Kursus tersebut

adalah untuk merekrut para pegawai-pegawai baru yang berpangkat Officers (ISOS) and

professional training courses for Non-Commissioned Officers (INCOA).

Jadual 1 : Jumlah Graduan daripada AL yang berjaya menamatkan latihan di IAAFA

24 (RESDAL), Red de Seguridad y Defensa de America Latin. "Chapter 5 : Hemispheric Relations." A Comparative Atlas of Defence in Latin American and Caribbean, 2010 Edition. Hlm 75

(11)

Sumber : Sekretariat SICOFAA melalui laman web Tentera Udara Chile (Julai 2007).

Tambahan lagi, pelbagai kerjasama yang dijalankan ini amat menguntungkan bagi

kedua-dua belah pihak. Kita dapat lihat bahawa AS dikatakan telah berupaya meluaskan lagi pengaruh

mereka di seluruh negara AL terutamanya dalam bidang keselamatan. Contohnya melalui

peluasan pengkalan armada laut mereka serta kerjasama udara. Manakala bagi negara AL pula,

kerjasama tersebut adalah amat penting bagi mereka. Hal ini demikian kerana kerjasama tersebut

dilihat berupaya menjaga keselamatan rantau mereka. Walaubagaimanapun, pelbagai kerjasama

yang dijalankan tersebut tidak dapat lari daripada matlamat utama sesebuah negara itu sendiri

iaitu kepentingan nasional.

5. PROHIBITION of NUCLEAR WEAPON IN LATIN AMERICA/

DINUCLEARIZATION of LATIN AMERICA

Satu perjanjian telah ditandatangani pada 14 Februari 1967 yang dipanggil the Tlatelolco

Treaty.Perjanjian Tlatelolco adalah Perjanjian bagi Larangan Senjata Nuklear di Amerika Latin

(12)

Caribbean”. Di bawah perjanjian ini, pihak-pihak AS dan AL bersetuju untuk melarang dan

mencegah segala bentuk "ujian, penggunaan, pembuatan, pengeluaran atau pemerolehan dengan

apa cara sekalipun daripada mana-mana senjata nuklear" dan "penerimaan, penyimpanan,

pemasangan, penggunaan dan sebarang bentuk pemilikan apa-apa senjata nuklear26."

Hal ini kerana Amerika Syarikat ingin membentuk satu zon bebas daripada senjata nuclear di

Amerika Latin. Maka dengan itu, segala bentuk penghasilan, pengimportan, penyimpanan dan

penggunaan senjata neklear adalah dilarang. Satu perjanjian pelucutan senjata telah

ditandatangani sebelum ini pada tahun 1923 di antara El Salvador, Costa Rica, Guatemala,

Honduras dan Nicaragua27. Namun kurang kesepakatan menyebabkan perjanjian ini lupus dalam

20 tahun kemudian. Kawalan senjata ini amat disambut baik oleh Costa Rica dan Brazil. Namun

idea ini sebenarnya kurang mendapat sokongan AS sendiri sehinggalah tragedi Cuba Missile

1963. Amerika menandatangani protokol pada 1977 kerana bimbang akan hubungan Cuba dan

USSR. Zon bebas tersebut sebenarnya adalah amat penting kerana senjata nuklear merupakan

senjata yang amat berbahaya dan berupaya memusnahkan sesebuah negara. Dalam pada masa

yang sama juga, ratifikasi sedemikian berupaya mengelak berlakunya lagi peristiwa seperti

Hiroshima dan Nagasaki.

6. DRUG POLICY

Drug Policy adalah cubaan kerajaan AS untuk memerangi kesan-kesan negatif daripada

penagihan dadah dan penyalahgunaan dalam masyarakat di samping memerangi kemasukan

dadah dalam negara AS28. Dasar ini dimulakan apabila AS di bawah Presiden George. W. Bush.

Pada masa itu, Bush mula melihat di mana kebanyakan negara AL terutamannya Bolivia, Peru

dan Columbia merupakan negara yang terlibat dengan aktiviti perdagangan dadah. Menurut UN

26http://www.armscontrol.org/act/1997_04/seanfwz. Diakses pada 20 Oktober 2013.

27http://www.opanal.org/Docs/Desarme/NWFZ/SPNFZ_and_Protocols_Status_Report.pdf. Diakses pada 20 0ktober 2013.

(13)

Office on Drug and Crime’s 2007, Amerika Latin menghasilkan hampir satu ribu metrik

tan kokain setiap tahun, dalam pada masa yang sama menjadi pembekal kepada pasaran dadah

AS iaitu bernilai lebih daripada $60 billion dollar. Antara dadah yang dipasarkan adalah seperti

heroin, marijuana, dan methamphetamine29.

Saiz perdagangan dadah yang besar ini telah memberi kesan negatif kepada aspek

keselamatan negara AS. Hal ini demikian kerana negara Bolivia, Peru dan Colombia merupakan

negara yang menghasilkan dadah, manakala bagi Mexico, Venezuela, Brazil pula merupakan

sebahagian daripada laluan perdagangan dadah tersebut30. Justeru itu, dasar ini amat penting bagi

menangani situasi sedemikian.

Di samping itu juga, Drug Policy turut menjalankan pelbagai langkah untuk mengurangkan

penyalahgunaan dadah kepada komuniti AS. Langkah yang diaplikasi ialah melalui larangan,

denda bagi kesalahan dadah, pemenjaraan bagi orang yang disabitkan dengan kesalahan dadah,

rawatan (pemulihan secara sukarela atau paksaan), kempen kesedaran, perkhidmatan sosial

masyarakat, dan sokongan untuk keluarga31. Pengurangan penawaran melibatkan

langkah-langkah seperti menggubal dasar luar yang bertujuan untuk membasmi penanaman antarabangsa

tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk membuat ubat-ubatan dan pemintasan pengedaran

dadah turut digunapakai.

Dasar ini turut boleh membantu mengurangkan kesan-kesan penyalahgunaan dadah iaitu

melalui langkah pertukaran jarum dan program penggantian dadah , serta kemudahan percuma

untuk menguji ketulenan ubat. Hal ini dikukuhkan lagi apabila laporan dikeluarkan May 21,

29 U.S Council on Foreign Relations. "Report of an Independent Task Force." U.S-Latin American Relations : A New Direction For a New Reality, 2008. Hlm 85.

30 Crabb, Cecil van Meter. American Foreign Policy in the Nuclear Age 4th ed ed.: New York : Harper & Row, 1983. Hlm 178.

(14)

2012 the U.S Government published an updated version of its Drug Policy-AS melihat dasar

tersebut sebagai satu pendekatan "jalan ketiga" kepada usaha kawalan dadah di AS.

Selain daripada itu, menurut thenewamerican.com. keluaran pada 12 Februari 2013 melalui

artikel “Obama Expands U.S. Military Role in Latin America, Again” Obama melihat adalah

amat penting bagi menjalankan “War On Drug” melalui campur tangan tentera di AL. Laporan

siasatan diterbitkan oleh Associated Press pada 3 Februari 2013, melaporkan bahawa hampir

90% daripada $ 1 Billion Dolar telah dibelanjakan untuk operasi “War On Drug” tersebut32.

Jumlah yang dibelanjakan adalah besar kerana operasi tersebut melibatkan pelbagai agensi

ketenteraan iaitu Tentera Laut AS yang dilengkapi dengan Pengawal Pantai, serta Tentera Udara

AS. Menurut Jabatan Negeri dan pegawai-pegawai Pentagon, menamatkan organisasi

pengedaran dadah telah menjadi satu perkara keselamatan negara kerana dadah berupaya

melemahkan demokrasi negara.

7. U. S. - LATIN AMERICA TRADE AGREEMENTS

Perdagangan merupakan isu penting bagi menjamin kerjasama di antara AS dengan AL

amnya. Dari segi sejarah, pertumbuhan dalam perdagangan AS dengan AL telah mengatasi benua

yang lain. Dilihat bahawa kedua-dua negara tersebut mula menjalankan perjanjian perdagangan

bebas Free Trade Agreement (FTA) lebih daripada 15 tahun dahulu lagi. Negara AL telah mula

mencapai kemajuan dalam aktiviti liberalisasi perdagangan dan keadaan ini telah mula menarik

minat AS untuk menjalankan perdagangan bebas dengan AL33.

AS melihat negara AL mempunyai potensi besar untuk ekonomi mereka. Justeru itu, AS telah

mula menjalankan perdagangan dengan negara-negara AL Dari tahun 1996 hingga 2006, jumlah

32

http://www.thenewamerican.com/usnews/foreign-policy/item/14492-obama-expands-us-military-role-in-latin-america-again. Diakses pada 19 Oktober 2013.

(15)

dagangan AS dengan Amerika Latin meningkat sebanyak 139 peratus pada 2006, berbanding

dengan 96 peratus pada 1996, AS menjalankan eksport sebanyak $223 billion nilai barangan ke

AL (berbanding $55 billion ke China)34. Latin America is the United States’ most important

external source of oil, accounting for nearly 30 percent of imports (compared with 20 percent

from the Middle East)35,

Menurut data yang lain pula, Amerika Latin juga merupakan rakan dagang terbesar AS (lihat

Rajah 1). Manakala, antara tahun 1998 dan 2009, jumlah perdagangan AS (eksport serta import)

dengan Amerika Latin meningkat sebanyak 82% berbanding dengan 72% bagi Asia (sebahagian

besarnya didorong oleh China), 51% untuk Kesatuan Eropah, 221% untuk Afrika, dan 64%

untuk dunia. Manakala dalam rantau AL, Mexico merupakan rakan dagang terbesar AS. Rajah 1 : Jumlah Aliran Dagangan Dunia AS, Tahun 1996 dan 2009

Sumber : Jabatan Perdagangan AS (data seperti yang dinyatakan dalam World Trade Atlas).

Nota LAC : Latin America and the Caribbean, except Mexico.

34 Jentleson, Bruce W. American Foreign Policy : The Dynamics of Choice in the 21st Century 2nd ed ed.: New York : Norton, 2004. Hlm 185.

(16)

Jadual 2: Keterbukaan Perdagangan Rakan Dagangan AS di AL

Data : Calculations by CRS from Global Trade International Services (GTIS) and United Nations

Economic Commission on Latin America and the Caribbean (ECLAC) data.

Di samping itu juga wujud beberapa lagi perjanjian perdagangan di antara AS dengan AL.

Antaranya adalah seperti berikut :

i. United States-Chile Free Trade Agreement in 2003

Perjanjian perdagangan bebas antara Amerika Syarikat dan Chile ditandatangani pada 6

Jun, 200336. Perjanjian itu mula berkuatkuasa pada 1 Januari, 2004. Pada tarikh tersebut, tarif ke

atas 90% daripada eksport AS ke Chile dan 95% daripada eksport Chile ke Amerika Syarikat

telah dihapuskan serta-merta37. Perjanjian itu juga menetapkan bahawa Chile dan Amerika

Syarikat akan mewujudkan perdagangan bebas cukai dalam semua produk dalam tempoh

maksimum 12 tahun iaitu pada (2016). Selain itu, pada tahun 2009, perdagangan dua hala antara

Amerika Syarikat dan Chile mencapai US $15.4 bilion, iaitu berlaku peningkatan sebanyak

36http://www.nytimes.com/2003/06/07/business/chile-and-us-sign-accord-on-free-trade.html. Diakses pada 20 Oktober 2013.

37

(17)

141% berbanding tahap perdagangan dua hala sebelum FTA AS-Chile berkuat kuasa. Manakala

eksport AS ke Chile pada tahun 2009 menunjukkan peningkatan 248% berbanding paras sebelum

FTA.

ii. Colombia Trade Promotion Agreement in 2006 (CTPA)

CTPA telah ditandatangani pada 22 November 2006, diantara Wakil Timbalan

Perdagangan AS John Veroneau dan Menteri Perdagangan, Industri, dan Pelancongan Colombia,

Jorge Humberto Botero38. CTPA merupakan perjanjian yang akan menghapuskan tarif dan

halangan lain kepada perdagangan barangan dan perkhidmatan di antara Amerika Syarikat dan

Colombia. Colombia merupakan pasaran ke – 28 terbesar bagi eksport AS ($5.41 billion 2005)

dan berkedudukan 31 terbesar bagi import Amerika Syarikat ($8.85 billion in 2005). Dominan

item import Amerika Syarikat dari Colombia merupakan minyak mentah (38% daripada import

Amerika Syarikat dari Colombia pada tahun 2005), diikuti oleh arang batu, petroleum minyak

lain, batu permata, kopi, teh, dan bunga dan tumbuh-tumbuhan39.

iii. Peru-United States Free Trade Agreement signed in 2006

Perjanjian ini pula ditandatangani pada 12 April 2006. Perjanjian telah disahkan oleh

Kongres Peru pada 28 Jun 2006 bersama-sama Dewan Perwakilan Amerika Syarikat pada 2

November 2007 dan Senat Amerika Syarikat pada 4 Disember 2007. Rentetan itu, maka secara

rasminya perjanjian ini telah dilaksanakan pada 1 Februari 200940. Perjanjian tersebut

38http://www.ustr.gov/uscolombiatpa. Diakses pada 20 Oktober 2013. 39http://www.ustr.gov/uscolombiatpa. Diakses pada 21 Oktober 2013.

(18)

bertunjangkan objektif menghapuskan halangan kepada perdagangan, menyatukan akses kepada

barangan dan perkhidmatan, menggalakkan pelaburan swasta dalam dan di antara Amerika

Syarikat dan Peru. Menurut perjanjian ini, dianggarkan bahawa 80 % daripada eksport barangan

AS (barangan pengguna dan perindustrian) ke Peru dan lebih daripada dua pertiga daripada

eksport barang perladang semasa AS ke Peru akan bebas sebaik sahaja perjanjian tersebut

berkuatkuasa41.

KESIMPULAN:

Kesimpulannya, AS telah menjalankan dasar luar mereka kepada AL di dalam beberapa

bentuk terutamanya dalam aspek kerjasama bersama negara AL. hal ini dapat dilihat melalui

aspek baik politik, ekonomi, serta sosial. Dasar luar yang diaplikasikan AS tersebut jika dilihat

mendalam bolehlah dikatakan bahawa ia berlandaskan untuk mendapat serta mencapai

kepentingan nasional negara mereka walaupun wujud pelbagai jenis bantuan yang disalurkan di

negara hemisfera selatan tersebut. Tambahan pula, setiap pemimpin AS memiliki pemikiran serta

cara yang tersendiri di dalam menjalankan dasar luar negara mereka demi pembangunan negara

mereka.

Selain daripada itu, kepentingan nasional yang dicapai perlulah selari dengan dasar luar

mereka. Sebagai contoh semasa era Presiden George W. Bush. Apabila Bush dipilih pada tahun

2000, beliau telah berjanji untuk menjadikan Amerika Latin sebagai rantau berkepentingan

dalam dasar luar negaranya. Menerusi “Report of an Independent Task Force Sponsored by the

U.S. Council on Foreign Relations, yang diterbitkan pada 2008, menerangkan bahawa :

(19)

“Latin America has never mattered more for the United States. The region is the largest

foreign supplier of oil to the United States and a strong partner in the development of alternative

fuels. It is one of the United States’ fastest-growing trading partners, as well as its biggest

supplier of illegal drugs. Latin America is also the largest source of U.S. immigrants, both

documented and not. All of this reinforces deep U.S. ties with the region—strategic, economic,

and cultural—but also deep concerns42.”

Justeru itu, Bush telah mula mengorak langkah yang lebih agresif dalam dasar luarnya di

AL. Empat bidang yang menjadi keutamaan Bush adalah “poverty and equality, public security,

human mobility, intergration through migrations and energy”43. Mengambil contoh integrasi

melalui migrasi. Hal ini menjadi keutamaan AS dengan Mexico kerana Mexico merupakan

negara jirannya dan seringkali masalah migrasi yang melibat persempadanan mengangu gugat

hubungan kedua-dua negara tersebut. Maka dasar serta kerjasama adalah penting bagi negara

tersebut untuk mengurangkan serta mengelakkan masalah tersebut terus menganggu hubungan

antarabangsa mereka.

Di samping itu juga, malalui laporan keluaran Time World : The Obama Administration

Looks to Latin America After Years of Neglect terbitan 13 Mei 2013, Obama turut meningkatkan

kerjasama dengan AL terutamanya di negara yang kurang diberi perhatian sebelum ini. Hal ini

dapat dibuktikan apabila Obama telah menghantar Naib Presiden Joe Biden ke Brazil, Colombia

dan Trinidad and Tobago pada akhir bulan Mei 2013 bertujuan mengukuhkan lagi kerjasama AS

dengan negara tersebut44. Kerjasama yang dijalankan adalah menerusi aspek politik, ekonomi

42 U.S Council on Foreign Relations. "Report of an Independent Task Force." U.S-Latin American Relations : A New Direction For a New Reality, 2008. Hlm 12.

43 Ibid. Hlm 33.

(20)

serta sosial. Malah Obama sendiri turut membuat lawatan diplomatik ke beberapa negara AL

tersebut. Contohnya lawatan ke Costa Rica. Seperti gambar di bawah :

Gambar 1 : Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan rakan sejawat dari Costa Rica

Laura Chinchilla menghadiri acara kebudayaan dengan pelajar-pelajar di San José, Costa Rica,

pada 3 Mei 201345.

BIBLIOGRAFI:

Crabb, Cecil van Meter. American Foreign Policy in the Nuclear Age 4th ed ed.: New York :

Harper & Row, 1983.

Farer., Tom J. The Future of the Inter-American System. New York : Praeger, 1979.

(21)

Hancock, Donald M. American Foreign Policy in International Perspective. Englewood Cliffs,

N.J. : Prentice-Hall, 1971.

Hastedt, Glenn P. American Foreign Policy:Past, Present, Future. 4 ed. New Jersey:

Prentice-Hall Inc, 2000.

Jentleson, Bruce W. American Foreign Policy : The Dynamics of Choice in the 21st Century 2nd

ed ed.: New York : Norton, 2004.

Jr, Charles O Lerche. America in World Affairs. New York : McGraw-Hill, 1963.

Molineu, Harold. U.S. Policy Towards Latin America:From Regionalism to Globalism. 2 ed.:

Westview Press Inc, 1990.

Morgenthau., Hans J. A New Foreign Policy for the United States New York : Pub. for the

Council on Foreign Relations by F.A. Praeger, 1969

Rainey, Gene E. Contemporary American Foreign Policy : The Official Voice. Columbus, Ohio :

E. Merrill Pub. Co, 1969.

U.S Council on Foreign Relations. "Report of an Independent Task Force." U.S-Latin American

Relations : A New Direction For a New Reality, 2008.

(RESDAL), Red de Seguridad y Defensa de America Latin. "Chapter 5 : Hemispheric

Relations." A Comparative Atlas of Defence in Latin American and Caribbean, 2010

Edition.

Robert Devlin and Paolo Giordano, "The Old and New Regionalism: Benefits, Costs, and

Implications for the FTAA," in Integrating the Americas: FTAA and Beyond, ed. Antonio

Estevadeordal, Dani Rodrik, Alan M. Taylor, and Andrés Velasco. Cambridge: Harvard

University Press, 2004.

(22)

Thomas G. Paterson, J. Garry Clifford, Kenneth J. Hagan. American Foreign Relations : A

History since 1895. 5th ed ed.: Houghton Mifflin Company, 2000.

Tigner, Graham H. Stuart & James L. Latin America & the United States. 6 ed. New Jersey:

Prentice-Hall Inc, 1975.

Yacob, Shakila. Amerika Syarikat : Pembentukan Negara Bangsa Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka, 2005.

Laman Web :

http://www.thenewamerican.com/usnews/foreign-policy/item/14492-obama-expands-us-military-role-in-latin-america-again

http://www.armscontrol.org/act/1997_04/seanfwz.

http://www.opanal.org/Docs/Desarme/NWFZ/SPNFZ_and_Protocols_Status_Report.pdf.

http://www.public.navy.mil/comusnavso-c4f/iantn/Pages/InterAmericanNavalConferences.aspx

http://www.nytimes.com/2003/06/07/business/chile-and-us-sign-accord-on-free-trade.html.

http://www.ustr.gov/about-us/press-office/fact-sheets/archives/2004/june/-us-chile-free-trade-agreement-early-record-suc.

http://www.ustr.gov/uscolombiatpa.

http://www.cfr.org/peru/united-states---peru-trade-promotion-agreement/p21173.

Gambar

Gambar 1 : Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan rakan sejawat dari Costa Rica

Referensi

Dokumen terkait

Pada perlakuan penambahan deterjen selama penelitian mengalami peningkatan dari awal perlakuan namun berangsur menurun pada pengambilan dataA. hari ke-

Dari data hasil belajar selanjutnya dilakukan analisis data uji ketuntasan klasikal menggunakan One Sample Test dan diperoleh hasil seperti yang dapat dilihat pada

Terkadang seorang suami yang sudah bercerai dengan istrinya mengambil anak-anaknya dengan paksa dari ibu mereka yang tidak lain adalah mantan istrinya, sehingga si ibu

Dengan nilai signifikansi di bawah 0,05 tersebut menunjukkan bahwa kehandalan (reliability) memiliki pengaruh yang signifikan terhadap kepuasan konsumen, ini berarti

Apabila pengertian motivasi dikaitkan dengan judul penelitian dan subjek penelitian ini maka pengertian motivasi menjadi suatu alasan atau dorongan yang menyebabkan seseorang

Analisis regresi linier berganda digunakan untuk menganalisis pengaruh (positif atau negatif) dan seberapa besar pengaruh faktor-faktor (curahan waktu kerja dan

Tes Kemampuan akhir siswa dilakukan untuk melihat hasil belajar siswa setelah dilakukan pembelajaran materi redoks dengan menerapkan model kooperatif tipe course

Hal ini menunjukkan bahwa masih banyak konsumen yang mengonsumsi buah lokal, baik itu karena jenisnya lebih banyak maupun selera konsumen yang lebih menyukai rasa