• Tidak ada hasil yang ditemukan

CAMPUR TANGAN SIAM DALAM POLITIK KEDAH 1

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "CAMPUR TANGAN SIAM DALAM POLITIK KEDAH 1"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

CAMPUR TANGAN SIAM DALAM POLITIK KEDAH 1821-1841M.

Campurtangan di Kedah adalah satu isu yang rumit yang melibatkan 3 kuasa politik

iaitu Siam,British dan Kedah. Namun dalam melihat campur tangan ini berdasarkan tarikh

1821 adalah sukar untuk melihat sejauh mana perkembangan ini berlaku pada sebenarnya.

Campur tangan Siam ke atas Kedah bermula semenjak zaman Sultan Sulaiman lagi iaitu pada

abad ke 16. Namun ia menjadi lebih jelas pada zaman Sultan Muhammad Jiwa (1710-1778).

Setelah runtuhnya dinasti Ayutthaya kepada kerajaan kerajaan Burma, dinasti Chakri muncul

sebagai penguasa baru di Siam. Melalui rajanya yang pertama iaitu Thaksin seluruh Siam

berjaya disatukan semula.1 Walaupun begitu Thaksin tidak dapat memberi tumpuan

sepenuhnya keatas Kedah kecuali menawan Ligor (Nakhon Si Thammarat).

Pada tahun 1782, Dinasti Chakri telah menggantikan Dinasti Thonburi dengan rajanya

yang pertama bernama Thong Duang (1782-1809) dengan memakai gelaran Rama I. Setelah

berjaya mengukuhkan kedudukan negaranya dan menguatkan pertahanan di sempadan timur

dan barat, Rama I mengalihkan perhatian ke kawasan selatan terutama sekali Patani dan

berjaya menawan negara tersebut pada tahun 1808. Hakikatnya campurtangan di negeri

Melayu bukanlah secara lansung dari Bangkok tetapi diketuai oleh Ligor dan Songkla.

Ini dibuktikan dengan kedatangan Tunku Pangeran dan Tunku Bisnu ke Songkla bagi

menyelesaikan masalah perebutan kuasa diantara mereka pada tahun 1801. Pada tahun 1802

dengan sokongan Raja Songkla, kedua-dua putra diraja ini tiba di Bangkok. Tunku Pangeran

dan Tunku Bisnu tiba di Bangkok pada tahun 1802 dan akhirnya pada tahun 1803 bersama

5000 orang tentera dan seorang wakil kerajaan Thai tiba di Kedah baginda diangkat menjadi

Sultan Kedah dengan memakai gelaran Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah II dan juga diberi

gelaran Phaya Ratnasongkram Ramaphakdi Si Sultan Muhammad Ratnarachawangsa dan

Tunku Bisnu sebagai Raja Muda Kedah dan diberi gelaran Phya Aphainurat. Baginda Tunku

(2)

Pangeran juga telah memindahkan pusat pemerintahan Kedah dari Kota Setar ke Kota Kuala

Muda. Tunku Dziaunuddin pula menjadi pemerintah Kayang sehingga baginda mangkat pada

tahun 1815. Dari kaca mata pihak Thai, Tunku Pangeran telah menyerahkan Negeri Kedah

kepada mereka dan menganggap Kedah merupakan sebahagian dari wilayah Thai dan apabila

Kedah cuba membuat hubungan dengan Burma, pihak Thai menggangap tindakan tersebut

sebagai pengkhianatan kepada mereka.2 Secara halusnya Kedah telah tunduk kepada

kekuasaan Siam tanpa ia sedar.

Pada tahun 1818 pasukan Kedah dengan kekuatan 200 buah perahu dan 5000 orang

tentera telah menyerang Perak dan berjaya menawan Perak dengan tumbangnya Pasir Garam

yang pada ketika itu merupakan kawasan istana Perak.3 Kenyataan ini dikuatkan dengan

kenyataan Sultan Abdul Malik Mansur Syah melalui suratnya kepada Gabenor Pulau Pinang

bahawa Perak kini berada di bawah takluk Kedah.4 Kemenangan ini menyebabkan Raja Ligor

berasa cemburu atas kejayaan Kedah sehingga baginda Sultan diberikan gelaran Chao Phrya

Saiburi oleh Rama II. Di samping itu pada tahun 1817 semasa angkatan tentera Kedah sedang

berperang di Perak, Tunku Embun5 telah memohon untuk memerintah kawasan Setul dan

Kayang6 namun permintaan ini telah di tolak Sultan Ahmad Tajuddin kerana baginda hendak

2 Haji Ibrahim Ismail, 2008, Sejarah Kedah Sepintas Lalu, Penerbit Universiti Utara Malaysia, , hlm 64-68. Buyong Adil,

Sejarah Negeri Kedah, 1980, Dewan Bahasa Pustaka, hlm 53. Muhammad Isa Othman, 1990, Politik Tradisional Kedah, Dewan Bahasa Pustaka, hlm 25. Kobkua Suwannathat Pian, 1991, Sejarah Thai Zaman Bangkok, Dewan Bahasa Pustaka, hlm 82. Cyril Skinner, 1981, Prince Damrong's Introduction to the "Dispatches of Luang Udom Sombat",JMBRAS Vol. 54, No.2, hlm 80. Menurut http://www.royalark.net/Malaysia/kedah5.htm baginda digelar sebagai Phaya Ratna Sangrama Ramabhakti Sri Sultan Muhammad Ratna Raja Varman dan kemudiannya dinaikkan gelaran kepada Chao Phya Ratna Sangrama Ramabhakti Sri Sultan Muhammad Ratna Raja “Bodin Tersurin Terwerei” Varman Chao Phya Seraipuri pada tahun 1811.

3 R.Booney,1974, Kedah 1771 -1821, Oxford University Press, hlm 128. Abdullah Long Puteh, 1958, terjemahan Wan Adnan B Wan Long, 1971, Sejarah Negeri Setol, Persatuan Sejarah Malaysia Negeri Kedah, hlm 3.Tentang perjalanan pasukan Kedah menyerang Perak yang bermula dari Alor Star hingga ke Pasir Garam lihat Buyong Adil, 1980, Sejarah Negeri Kedah, Dewan Bahasa Pustaka hlm 59.

4R.O Windstedt & R.J Wilkinson, 1974, History of Perak, MBRAS, Reprint No 3, hlm 65.

5 Tunku Embon dilantik mejadi Raja Muda semasa zaman Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah pada tahun 1815. Lihat

http://www.royalark.net/Malaysia/kedah4.htm. R.Booney,1974, Kedah 1771 -1821, Oxford University Press, hlm 127. Buyong Adil, 1980, Sejarah Negeri Kedah, Dewan Bahasa Pustaka,hlm 55-56.

(3)

memberi kawasan itu kepada Tunku Yusof anakanda kepada Almarhum Tunku Dhiauddin

yang merupakan pemerintah asal bagi kedua kawasan tersebut.7 Oleh kerana permintaannya di

tolak maka Tunku Embun telah pergi ke Ligor dan menghasut Raja Ligor agar menyerang

Kedah. Antara alasan lain yang diberikan Tunku Embun ialah Sultan Kedah merancang ingin

menyerahkan kuasa pentadbiran Kedah kepada Raja Siak.8Ini menambahkan lagi alasan bagi

Raja Ligor yang telah sedia cemburu atas kejayaan Sultan Ahmad Tajuddin yang berpangkat

lebih tinggi darinya. Disebabkan fitnah dan adu domba Tunku Embun, Sultan Kedah telah

dituduh bersekongkol dengan Burma bagi menentang Thai dan telah menyerahkan Pulau

Pinang tanpa kebenaran Rama II.9

Selain punca-punca diatas perluasan kuasa oleh Siam keatas Kedah mempunyai

pelbagai faktornya yang tersendiri terutama sekali kedudukan Kedah yang berada di kawasan

Selat Melaka. Ini terbukti apabila misi-misi yang dihantar oleh British sehingga tahun 1826

berpaksikan kepada kawasan ini secara tidak lansung dan dibalas dengan jawapan dari Rama

III yang berbunyi :

“Pada masa ini British cuba menguasai kawasan dari Pulau Pinang hingga ke Victoria Point

(hari ini ia dinamakan Khawthaung, Burma). Mereka menunggu peluang untuk membuat

rundingan untuk menjadikan Semenanjung itu milik mereka dan sekiranya orang British

mampu mencari peluang untuk membantu orang Melayu dan orang Melayu menjadikan

mereka sebagai pelindung sudah pastilah orang Melayu akan menyerang Jong Salan,

Thalang, Phang Nga,Takuatung (Tongkah) dan Takuapa (Kupa). Keadaan ini akan

menyebabkan Thai hilang semua kawasan itu kepada British”.10

7 Buyong Adil, 1980, Sejarah Negeri Kedah, Dewan Bahasa Pustaka , hlm 59.

8 Buyong Adil, 1980, Sejarah Negeri Kedah, Dewan Bahasa Pustaka , hlm 61.

9 Joginder Singh Jessy, 1990, Malaysia,Singapura dan Brunai 1400-1965, Longman Press, hlm 199.

(4)

Bagi pihak Thai kehilangan kawasan ini sudah pastilah akan menyebabkan mereka

tidak mempunyai kawasan lautan dan pelabuhan di sebelah barat dunia dan terpaksa

menumpukan perhatian mereka sepenuh nya di kawasan Laut China Selatan. Ini akan

menyebabkan kerajaan Thai terpaksa bergantung kepada pedangang dari sebelah Barat

sepenuhnya dan terpaksa mengimport hasil dagangan itu dari Singapura. Atas sebab inilah

juga yang menyebabkan pihak Thai mencuba sehabis mungkin untuk menguasai kawasan itu

sehingga tahun 1909 melalui perjanjian Bangkok kemudiannya selain daripada usaha mereka

untuk menguasai pelbagai hasil dagangan di kawasan itu. Bagi Sultan Kedah pula sekiranya

kawasan ini dapat dipertahankan sudah pastilah akan mengekalkan penguasaan mereka

selama ratusan tahun ini dan sekiranya diberi peluang dan bantuan oleh British sudah pastilah

Sultan Kedah akan memberi perhatian sepenuhnya untuk mendapatkan kawasan itu kerana

Kedah sudah tidak lagi diancam oleh kuasa Burma atau Thai namun apakan daya dasar tidak

campurtangan British didalam isu Thai-Melayu menyebabkan kawasan itu kekal menjadi

milik Thai hingga hari ini.

Namun secara tidak sedar yang bijih timah terdapat di Jong Salang (Phuket) adalah

punca utama kepada perluasan kuasa ini selain daripada bijih timah yang terdapat di

sepanjang Sungai Muda. Industri bijih timah Kedah ini berpusat di Phuket yang mempunyai

hubungan dengan kaum Cina di Negeri – negeri Selat. Perusahaan ini semakin berkembang

pesat dengan kemasukan imigran Cina ke kawasan Segenting Kra disebabkan permintaan

terhadap bijih timah yang begitu tinggi. Menurut Francis Light pada tahun 1787 sudah ada

perindustrian bijih timah yang dipelopori oleh orang Cina di kawasan tersebut.11 Manakala

menurut laporan Crawfurd pada tahun 1820 terdapat kira – kira 20,000 pelombong Cina di

kawasan tersebut.12 Barangan ini juga turut di tukar dengan pelbagai barangan import dari

11 Wilferd Blythe, 1969, The Impact of Chinese Secret Societies In Malaya, Oxford University Press,hlm 42. Selepas tahun 1824 data-data kemasukan orang Cina telah dilaporkan seperti di Kelian Intan, Lukut. Kemasukan ini berkembang selepas tamatnya siri-siri peperangan di Utara negeri Melayu pada tahun 1842. Bagi Negeri Kedah, orang Cina mula masuk sewaktu pemerintahan Sultan Zainal Rashid I (1843-1854).

(5)

seluruh dunia antaranya ganja, senjata api, sutera dan lain-lain. Selain itu turut disenaraikan

jenis cukai yang dikenakan oleh kerajaan Thai kepada semua jenis hasil dan pendapatan. 13

Menurut Low antara beberapa tempat di Jong Salang yang mengeluarkan bijih timah ialah

Pittong, Takrean, Ban (Kampung) Sako, Ban Khatong dan lain-lain lagi. Bijih timah juga

terdapat di Pulau Panjang dan Punggah (Phangnga).14 Kesemua kawasan ini adalah milik

Kedah sehingga tahun 1909.

Jelas sekali walaupun banyak kajian tentang campurtangan Siam ke atas Kedah ialah

berpunca dari sudut politik yang telah dibincangkan oleh para sejarawan namun faktor

ekonomi adalah punca paling utama kepada mana-mana campurtangan kuasa asing keatas

negara yang lebih kecil sepertimana yang kita lihat hari ini. Walaupun Kedah berjaya

mendapatkan semula negerinya setelah melalui beberapa siri peperangan dan perjanjian berat

sebelah namun negeri tersebut telah menjadi salah satu negeri taklukan Siam sehinggalah ia

dibebaskan melalui Persetiaan Bangkok pada tahun 1909.

Bibliografi

Buku

Abdullah Long Puteh, 1958, terjemahan Wan Adnan B Wan Long, 1971, Sejarah Negeri Setol, Persatuan Sejarah Malaysia Negeri Kedah

.

13 Untuk keterangan lebih lanjut lihat National Library of Bangkok, The Crawfurd Papers, 1915, Gregg International Publishers Limited, Republish 1971, hlm 101 - 167. Surat tersebut bertarikh 3 April 1823.

(6)

Buyong Adil, 1980, Sejarah Negeri Kedah, Dewan Bahasa Pustaka.

Colin Mackay, 2013, A History of Phuket and The Surrounding Region, White Lotus, Bangkok.

D.J.M Tate, 1981, Sejarah Pembentukan Asia Tenggara Jilid 2, Fajar Bakti

Haji Ibrahim Ismail, 2008, Sejarah Kedah Sepintas Lalu, Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Joginder Singh Jessy, 1990, Malaysia,Singapura dan Brunai 1400-1965, Longman Press. Kobkua Suwannathat Pian, 1991, Sejarah Thai Zaman Bangkok, Dewan Bahasa Pustaka. Muhammad Isa Othman, 1990, Politik Tradisional Kedah, Dewan Bahasa Pustaka.

National Library of Bangkok,1915, The Crawfurd Papers, Gregg International Publishers Limited, Republish 1971.

R.Booney, 1974, Kedah 1771 -1821, Oxford University Press

R.O Windstedt & R.J Wilkinson, 1974, History of Perak, MBRAS, Reprint No 3.

Wilferd Blythe,1969, The Impact of Chinese Secret Societies In Malaya, Oxford University Press.

Anthony Farrington, 2007, Low’s Mission to Southern Siam 1824, White Lotus, Bangkok,

Jurnal

Referensi

Dokumen terkait

Ayam yang terkena heat stress dapat mengalami penurunan bobot badan lebih besar dibandingkan dengan penurunan konsumsi pakan karena sebagian dari energi

Berdasarkan hasil pengujian tabung kolimator pesawat sinar-X merk Toshiba type E2739, dapat disimpulkan bahwa hasil uji iluminensi lampu kolimator adalah 124,75 lux,

Konsumsi bahan bakar spesifik adalah parameter unjuk kerja mesin yang berhubungan langsung nilai ekonomis sebuah mesin, karena dengan mengetahui hal ini dapat dihitung

Pada saat kontraksi mulai (uterus menjadi bulat atau tali pusat memanjang) tegangkan kembali tali pusat ke arah bawah (dengan hati-hati) bersamaan dengan itu, lakukan

Perlindungan dari pembekuan selain resiko kerusakan kemasan (wadah), pembekuan suatu sediaan (artikel) dapat menyebabkan kehilangan kekuatan / potensi, atau merusak

5.. KMP!"!#S$ %ASA& Pem'elajaran P!M!*A+A&A# $#%$KA"& ,AK"- 9.9 Menganalisis peranan lem'aga/lem'aga peradilan *em'aga Peradilan o Perangkat atau

Program latihan yang diberikan adalah selama 4 minggu dan ujian yang digunakan untuk melihat keberkesanan program latihan pliometrik adalah ujian lompatan

Lumba-lumba jantan hidung botol yang dipelihara di Taman Safari Indonesia, Cisarua Bogor memiliki range frekuensi suara klik dengan nilai intensitas tertinggi yaitu sebesar 32