• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kain Tenunan Warisan Cabaran dan Masa De

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kain Tenunan Warisan Cabaran dan Masa De"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

Kain Tenunan Brunei: Warisan, Cabaran dan Masa Depan.

Kertaskerja disediakan untuk Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu.

Warisan Seni Budaya Melayu: Pelestarian dan Pembangunan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya,

Kuala Lumpur, Malaysia. 8-9 November 2006.

Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah, Ph.D Akademi Pengajian Brunei

Universiti Brunei Darussalam. Emel: snhw@apb.ubd.edu.bn

Pengenalan.

Kelestarian pengeluaran dan penggunaan kain tenunan di negara Brunei

Darussalam bergantung penuh kepada kepentingannya dalam tradisi dan adat

masyarakat Melayu secara keseluruhannya. Bagi masyarakat Brunei, tradisi

adalah merupakan salah satu aspek kehidupan yang melambangkan jati diri dan

warisan budaya masyarakat Melayu yang mesti dipelihara dan dipertahankan.

Ini tidak bermakna bahawa masyarakat Melayu di Brunei Darussalam tidak

mengalami perubahan dan menolak kemajuan tetapi melihat tradisi itu sebagai

elemen asas yang membentuk dan mengukuhkan budaya dan identiti Brunei.

Dari itu, pengeluaran dan penggunaan kain tenunan itu penting dipertahankan

dan dipertingkatkan bagi memastikan kesinambungan warisan budaya Melayu.

Kain Tenunan Brunei dan Tradisi.

Penggunaan kain tenunan di Brunei Darussalam jelas dilihat dalam

(2)

seperti perkahwinan, kelahiran dan juga kematian. Penggunaan kain tenunan

dalam upacara-upacara ini tidak hanya semata-mata sebagai perlambangan nilai

budaya, tetapi juga pelestarian tradisi masyarakat (Renne 1995). Bagi

masyarakat Melayu di Brunei Darussalam, kain tenunan Brunei adalah

sebahagian dari budaya Melayu yang digunakan dalam tradisi Melayu; dan

meninggalkan amalan tradisi ini dianggap sebagai mengabaikan asal usul

mereka.

Kain tenunan Brunei digunakan sebagai pakaian dan juga hantaran

perkahwinan. Dalam keadaan ini, kain tenunan mempunyai peranan yang

penting dalam mewujud dan mengeratkan hubungan sosial, serta

melambangkan status sosial. Bagi masyarakat Melayu Brunei, kain tenunan

Brunei jenis jong sarat dijadikan sebagai salah satu hantaran perkahwinan yang

mesti diberikan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Sebuah

perkahwinan tersebut dianggap tidak sempurna, malah boleh menimbulkan aib

jika pengantin lelaki tidak mampu memberikan kain tenunan Brunei kepada bakal

isterinya. Di samping melambangkan kasih sayang, pemberian kain tenunan

juga menunjukkan kestabilan kedudukan kewangan pengantin lelaki (Siti

Norkhalbi 2005).

Kain tenunan yang diberikan sebagai balasan hantaran pertunangan atau

perkahwinan dari pengantin perempuan menunjukkan bahawa pengantin

perempuan tersebut mempunyai status yang sama atau lebih tinggi taraf

sosialnya dengan pengantin lelaki. Selain dari hantaran, kain tenunan Brunei

(3)

upacara tersebut, pasangan pengantin akan memakai pakaian sedondon yang

diperbuat dari kain tenunan. Keseragaman warna dan ragam hias pakaian

tersebut melambangkan kesatuan dan kesefahaman (Siti Norkhalbi 1999).

Pemakaian kain tenunan dalam majlis perkahwinan dalam masyarakat

Melayu tidak hanya dilihat sebagai perluahan makna simbolik tentang hubungan

sosial, tetapi juga perasaan tanggungjawab yang perlu dipenuhi dalam melayani

pasangan pengantin dengan sewajarnya sesuai dengan pepatah Melayu bahawa

pasangan pengantin adalah merupakan ‘raja sehari’ di hari perkahwinan mereka.

Selain dari majlis perkahwinan, kain tenunan juga biasa dipakai ketika

‘majlis mandi berlawat’. Majlis ini diadakan bagi ibu yang melahirkan anak

pertama dan biasanya diadakan selepas 40 hari, iaitu melimpasi waktu pantang.

Majlis ini diadakan sebagai tanda kesyukuran dan proses peralihan kepada

status baru sebagai seorang ibu. Ketika majlis mandi berlawat ini, ibu yang

diraikan memakai pakaian seperti pengantin, manakala anaknya akan

dipakaikan dengan baju baru dan disalut dengan kain jong sarat.

Majlis berkhatan juga biasa diadakan di kalangan masyarakat Melayu

Brunei bukan hanya bagi anak lelaki, tetapi juga anak perempuan.

Walaubagaimanapun perlaksanaan majlis ini berbeza di antara lelaki dan

perempuan. Bagi lelaki, majlis berkhatan biasanya diadakan setelah melalui

proses berkhatan ketika berumur sekitar sepuluh tahun, manakala bagi anak

perempuan pula diadakan pada usia semuda beberapa bulan hingga dua tahun.

Biasanya majlis berkhatan ini diadakan setelah anak lelaki atau perempuan yang

(4)

ibu bapa anak yang diraikan akan menjemput saudara mara dan sahabat handai

mereka, dan para tetamu akan dijamu dengan berbagai-bagai jenis makanan

sama ada makanan basah atau kering. Di samping itu para tetamu juga akan

diberikan bungkusan berbentuk makanan atau bunga telur untuk dibawa pulang.

Dalam majlis tersebut, anak lelaki yang diraikan dipakaikan pakaian Melayu yang

lengkap, termasuk songkok atau dastar (tanjak) dan sinjang (samping) dari kain

tenunan. Mana kala bagi anak perempuan pula akan dibalut dengan kain jong

sarat.

Majlis sempena meraikan akil baligh bagi remaja perempuan yang

dikenali sebagai majlis mandi berhias juga diadakan terutama di kalangan

golongan bangsawan dalam masyarakat Melayu Brunei. Majlis ini diadakan

setelah remaja tersebut mendapat haid pertama. Perlaksanaan majlis ini serupa

dengan majlis berkhatan bagi lelaki. Dalam majlis tersebut remaja perempuan

akan dihias dan dipakaikan dengan pakaian seperti pengantin serta dipakaikan

‘kain kapit’ dari kain tenunan.

Penggunaan kain tenunan ini tidak hanya terhad dalam upacara-upacara

meraikan kehidupan, tetapi juga digunakan dalam upacara kematian. Dalam

masyarakat Melayu, kain tenunan digunakan sebagai kain penutup keranda

terutama di kalangan golongan atasan. Penggunaan ini bukan hanya dilihat

sebagai pemakaian akhir yang menandakan penghormatan kepada simati, tetapi

juga melambangkan status sosial dan ekonomi simati dan keluarganya (Siti

(5)

Kuasa dan Identiti.

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem monarki, adat istiadat

diraja masih diamalkan walaupun terdapat perubahan selaras dengan

perkembangan semasa. Kain tenunan mempunyai kepentingan dalam adat

istiadat diraja Brunei. Kegunaannya tidak hanya terhad sebagai pakaian adat,

malah juga sebagai anugerah dan alat kebesaran diraja. Ini banyak dicatatkan

oleh pengembara-pengembara yang datang ke Brunei di zaman dahulu, dan

Pigafetta menyatakan bahawa kain tenunan tidak hanya dipakai di kalangan

pembesar diraja yang berstatus tinggi, tetapi juga di kalangan pegawai negara

yang lebih rendah statusnya (Nicholl 1975). Andaya (1992: 411) berpendapat

bahawa penggunaan kain tenunan tersebut adalah untuk menunjukkan bahawa

Brunei ketika itu merupakan sebuah kuasa besar.

Dalam istiadat perpuspaan1 sultan yang ditabalkan akan memakai

pakaian kerajaan dari kain tenunan tradisional yang dilengkapi dengan keris Si

Naga. Dalam istiadat pemujaan pepuspaan tersebut, sultan juga akan

dipakaikan mahkota yang merupakan sebagai legitismasi kekuasaan. Dalam hal

ini, pakaian bukan hanya semata-mata mempunyai fungsi sebagai penutup

badan dan perhiasan tetapi juga boleh diterjemahkan sebagai lambang kuasa

dan kewibawaan (Cohn 1989). Penggunaan alat kebesaran dan pemakaian kain

tenunan Brunei oleh sultan sebagai pakaian kerajaan dalam adat istiadat

berpuspa adalah merupakan penzahiran gagasan kedaulatan dan kekuasaan

yang terkandung dalam bentuk budaya material (Siti Norkhalbi 2004b). Sebagai

negara yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja, perletakan kuasa

1

(6)

terhadap sultan sebagai kedaulatan nasional merupakan perlambangan

kekuasaan dan juga identiti kebangsaan (Lominitz 2001). Dalam istiadat

pemasyhuran Pengiran Muda Mahkota, kain tenunan juga digunakan sebagai

pakaian Pengiran Muda Mahkota. Di Brunei Darussalam, Pengiran Muda

mahkota merupakan bakal pengganti sultan. Dari itu kedudukannya merupakan

suatu perlambangan kesinambungan kekuasaan dan kedaulatan pemerintahan

beraja (Siti Norkhalbi 2003).

Apabila seseorang dikurniakan gelaran, beliau juga akan dianugerahkan

dengan persalinan pakaian, termasuk ‘pakaian kerajaan’ dan alat kebesaran,

seperti keris. Dalam pakaian kerajaan itu termasuklah sepasang baju dan

seluar, samping dan dastar dari kain tenunan. Warna dan rekabentuk kain

samping dan dastar itu bergantung kepada kedudukan orang yang dikurniakan

gelaran itu di dalam hieraki politik tradisi Brunei. Dalam sistem politik tradisi,

sesuatu gelaran yang dikurniakan bukan sahaja merupakan penghormatan

semata-mata, tetapi juga merupakan tanggungjawab. Tanggungjawab mereka

sebagai ‘mata, telinga dan mulut’ kepada sultan untuk mendapatkan maklumat

-maklumat mengenai keadaan rakyat dan menyampaikan sesuatu hasrat baginda

kepada pihak yang berkenaan bagi menyempurnakan amanah rakyat (Pg Hj

Ahmad 1988). Penganugerahan persalinan pakaian dan regalia yang lain

seolah-olah menggambarkan penyerahan suatu eleman tugas dan

tanggungjawab dari raja kepada orang yang dikurniakan gelaran tersebut. Di

samping itu, penganugerahan tersebut juga merupakan suatu pemindahan

(7)

untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai orang yang

diamanahkan untuk membangun dan menjaga kesejahteraan serta keamanan

negara (Siti Norkhalbi 1999). Pengagihan kain tenunan dan alat kebesaran yang

lain dalam penganugerahan gelaran itu juga boleh ditafsirkan sebagai

pengukuhan hubungan antara raja dengan pembesar yang dilantik. Objek

digunakan sebagai perluahan dalam bentuk yang nyata atau tangible expression

(Layton 1981) tentang pengakuan kepimpinan dan kuasa yang diamanahkan

terhadap orang yang dianugerahi gelaran tersebut.

Di zaman dahulu, persalinan pakaian juga dianugerahkan kepada

perutusan yang dilantik oleh sultan. Dalam Silsilah Raja-Raja Brunei dicatatkan

bahawa apabila sultan menghantar perutusan baginda ke luar negara, setiap ahli

rombongan perutusan tersebut dikurniakan dengan sepengadak pakaian

persalinan, dan pegawai-pegawai utama juga akan dikurniakan dengan alat

kebesaran seperti keris, pedang dan payung (Sweeney 1998:73).

Penganugerahan ini boleh dilihat sebagai metafora kuasa dan kewibawaan

(Cohn 1989) yang memberikan kekuasaan ke atas pegawai-pegawai yang diutus

untuk bertindak bagi pihak raja. Penerimaan penganugerahan itu pula

melambangkan ketaatan mereka kepada raja dan kesediaan mereka untuk

menjunjung perintah raja (Siti Norkhalbi 2005).

Di zaman kontemporari ini, penggunaan kain tenunan di dalam istiadat

diraja telah diperkembangkan. Para jemputan yang hadir ditentukan kod pakaian

mereka sesuai dengan taraf dan darjatnya. Ketika menghadiri jemputan istiadat

(8)

dianugerahi gelaran terutama golongan masyarakat Melayu dikehendaki

memakai baju kebangsaan, iaitu baju Melayu bagi lelaki dan baju kurung atau

kebaya bagi kaum wanita. Warna juga ditetapkan iaitu warna hitam jika majlis

diadakan di waktu siang manakala warna putih jika majlis diadakan diwaktu

malam. Kod pakaian ini dimaklumkan di dalam kad jemputan rasmi yang

diagihkan oleh Jabatan Adat Istiadat Negara.

Bagi pembesar diraja yang dianugerahi gelaran oleh sultan seperti ceteria,

pehin manteri dan manteri hulubalang, mereka dikehendaki memakai pakaian

rasmi atau pakaian kerajaan yang telah dikurniakan kepada mereka semasa

majlis penganugerahan gelaran mereka. Para pembesar negara, seperti menteri

dan timbalan menteri, dan pegawai utama pentadbiran seperti ketua-ketua

jabatan dalam perkhidmatan kerajaan moden juga memakai pakaian rasmi yang

telah diberikan kepada mereka. Bagi lelaki, kain samping dan dastar dari kain

tenunan Brunei adalah merupakan sebahagian dari pakaian rasmi. Warna dan

reka bentuk kain tenunan tersebut adalah selaras dengan pangkat dan

kedudukan mereka. Manakala bagi pegawai tadbir perempuan juga dikehendaki

memakai pakaian rasmi termasuk kain kepit dan sarung dari kain tenunan yang

mempunyai rekabentuk dan warna yang sama dengan pegawai lelaki yang sama

kedudukan dengan mereka.

Pakaian rasmi bagi para pembesar dan pegawai kerajaan direka khas

bagi mereka. Penetapan dan perbezaan warna dan reka bentuk pakaian rasmi

para pembesar dan pegawai kerajaan tertentu telah digarispandukan oleh pihak

(9)

dalam masyarakat dan juga sebagai suatu perlambangan keutamaan martabat

atau prestij sosial (Bennet, Emmison and From 1999) yang diberikan kepada

mereka. Kepatuhan mereka mematuhi kod pakaian yang telah ditetapkan

menunjukkan ketaatan dan pengabdian mereka terhadap raja sebagai

pemerintah dan kuasa yang tertinggi (Siti Norkhalbi 2004a).

Langkah-langkah pelestarian kain tenunan telah diusahakan

berbagai-bagai pihak terutama pihak kerajaan, sektor swasta dan masyarakat secara

menyeluruh. Pengaplikasian kain tenunan dalam masyarakat Brunei telah

diperluaskan lagi di mana penggunaannya tidak hanya terhad dalam istiadat

diraja dan upacara-upacara tradisi. Kepentingan kain tenunan itu berkembang

dari segi penggunaan dan pengeluarannya seiring dengan era kemodenan dan

globalisasi. Pembentukan ‘tradisi baru’ seperti upacara Konvokesyen Universiti

Brunei Darussalam, sambutan Hari Kebangsaan, Hari Guru dan seumpamanya

telah memberikan nafas baru yang memastikan penggunaan dan pengeluaran

kain tenunan dalam masyarakat berterusan. Dalam upacara-upacara ini, kain

tenunan Brunei digunakan sebagai sebahagian dari pakaian rasmi dan hadiah.

Penggunaan kain tenunan dalam majlis-majlis seperti ini telah digiatkan dan

memberikan makna baru bagi memanifestasikan identi kebruneian (Siti Norkhalbi

2004b) dan sebagai lambang kebanggan terhadap warisan budaya.

Selain pengaplikasian kain tenunan sebagai pakaian dan hadiah, kain

tenunan juga digunakan sebagai perhiasan dalaman. Kain tenunan dijadikan

sebagai hiasan dinding dan pelengkap sentuhan dekorasi di rumah-rumah

(10)

tenunan dari pelbagai rekabentuk digunakan sebagai hiasan dinding di bilik-bilik

persidangan dan dewan di bangunan Kementerian Pembangunan dan Pusat

Persidangan Antarabangsa.

Pengeluaran Kain Tenunan.

Secara tradisi, pengeluaran kain tenunan didominasi oleh kaum wanita dari

Kampong Ayer. Di zaman sebelum naungan British, Kampong Ayer bukan

sahaja merupakan pusat pemerintahan, tetapi juga pusat kebudayaan dan

perekonomian yang sangat penting (Md Zain 1996). Pada ketika itu, terdapat

beberapa buah kampung yang dinamakan bersempena dengan kemahiran atau

pekerjaan penduduk kampung (Abdul Latif 1996).

Kini, aktiviti bertenun kain ini masih lagi didominasi oleh kaum wanita

namun kemahiran ini juga telah tersebar di kawasan darat (Siti Norkhalbi 2006).

Penubuhan Pusat Latihan Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei pada tahun

1975 yang menawarkan latihan kemahiran pertukangan tangan termasuk

bertenun kain telah membuka peluang kepada kaum wanita yang berminat di

seluruh negara samada yang tinggal di Kampong Ayer atau di darat untuk

mempelajari kemahiran tersebut. Penubuhan pusat ini boleh dilihat sebagai

usaha pihak kerajaan untuk mengekalkan dan mengembangkan tradisi

kraftangan Brunei.

Kemasukan pelatih untuk mengikuti kursus bertenun kain di Pusat Latihan

Kesenian dan Pertukangan Tangan Brunei menunjukkan minat kaum wanita

(11)

menghasilkan seramai 441 orang penenun yang terlatih. Dari jumlah ini 14

orang telah menubuhkan perusahaan bertenun kain, 25 orang membuat usaha di

bawah kelolaan bengkel Pusat dan selebihnya bertenun secara bersendirian di

rumah (Hjh Fatimah & Norwatiza 2004).

Satu lagi usaha yang dibuat bagi memastikan kesinambungan warisan

tradisi bertenun kain ini ialah dengan menubuhkan bengkel tenunan di kawasan

perumahan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Kampong Bolkiah A dan B

yang terletak di kawasan Kampong Ayer. Penubuhan bengkel tenunan di

Kampong Ayer ini adalah merupakan langkah untuk menghidupkan semula

aktiviti tradisi masyarakat di lokasi asal bagi menarik pelancong asing

(Muhammad Hadi 2006). Di samping itu, bengkel ini diwujudkan untuk memberi

galakan kepada penduduk di kawasan ini untuk mempertingkatkan sumber

ekonomi mereka.

Pemeliharaan dan pengembangan pengeluaran kain tenunan tidak hanya

berperanan sebagai pengekalan warisan bangsa Melayu, tetapi juga sebagai

suatu sumber ekonomi atau pendapatan individu khususnya, swasta amnya

(Muhammad Hadi 2006; Siti Norkhalbi 2005). Dari itu pihak kerajaan mempunyai

peranan penting dalam menyokong dan memantau perkembangan pengeluaran

kain tenunan ini. Pihak kerajaan menyediakan program-program galakan dan

skim bantuan kewangan. Di samping itu, bantuan dalam bentuk kemudahan

untuk mendapatkan bahan-bahan mentah juga disediakan terutama bagi

(12)

Aktiviti komersial kain tenunan mempunyai kesan yang penting dalam

usaha pelestarian pengeluaran kain tenunan yang menyumbang ke arah

peningkatan kualiti kain tenunan dan merangsang kreativiti serta innovasi

penciptaan rekabentuk dan warna-warna baru sesuai dengan permintaan

pengguna atau pelanggan. Sebagai sokongan pihak kerajaaan ke atas para

pengusaha kain tenunan ini, mereka ini dikategorikan di dalam pengusaha kecil

dan sederhana dan dikecualikan dari membayar cukai. Para pengusaha kain

tenunan ini juga diberikan bantuan dan peluang promosi untuk memasarkan

barangan mereka pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa melalui

perbadanan kerajaan dan swasta yang berkaitan.

Negara Brunei Darussalam kini giat mempromosikan negara sebagai

destinasi pelancongan. Penggalakan pelancongan ini dilihat sebagai suatu jalan

di mana para artisan, termasuk penenun dan pengusaha kain tenunan untuk

mempelbagaikan pengeluaran kain tenunan untuk memenuhi kehendak

pelancong. Kain tenunan boleh dikeluarkan semula sebagai hasil kraftangan

tempatan untuk dijadikan sebagai hadiah atau kenang-kenangan.

Cabaran.

Proses globalisasi dan modenisasi tidak dinafikan memberikan

sumbangan dalam memperkaya budaya tekstil dan meningkatkan kegiatan serta

nilai komersial tekstil di negara Brunei Darussalam. Sejak abad ke 6, Brunei

sudah terdedah dengan pengaruh luar yang dibawa oleh proses globalisasi di

(13)

pedagang-pedagang yang datang dari Arab, India dan China yang mendedahkan penduduk

setempat dengan barangan dari luar, termasuk tekstil dan pakaian dan dijadikan

sebagai pertukaran dengan hasil tempatan. Perkembangan komersial global

juga telah meningkatkan berbagai-bagai jenis tekstil dan pakaian yang diimpot ke

Brunei Darussalam. Kini, tekstil dan pakaian tidak hanya diimpot dari China dan

India, tetapi juga kawasan-kawasan lain, seperti Malaysia dan Indonesia.

Pelbagai jenis tekstil seperti polyester, kapas, batik, renda, sifon dan sutera

sangat popular di kalangan pengguna tempatan. Di samping itu, kain songket

atau kain tenunan dari Malaysia, Thailand, Indonesia dan India juga diterima baik

di kalangan penduduk tempatan.

Fabrik yang diimpot dari luar ini memang sangat penting kerana

pengeluaran jenis-jenis fabrik yang terhad di Brunei Darussalam.

Walaubagaimanapun, kemasukan fabrik yang diimpot ini juga telah memberikan

cabaran terhadap penggunaan tekstil keluaran tempatan. Pengaplikasian

kain-kain dari luar ini tidak hanya terhad untuk digunakan sebagai pakaian harian,

malah juga digunakan dalam upacara-upacara tertentu. Bahkan ada jenis-jenis

kain yang telah diadaptasi penggunaannya dalam kebudayaan Melayu di Brunei.

Faktor-faktor penyebab penerimaan jenis tekstil dari luar ini adalah kerana

pengguna mementingkan pemakaian yang lebih praktikal, keselesaan,

kemudahan untuk memperolehi fabrik dan harga yang berpatutan.

Pengaruh fabrik dari luar ini juga telah menyumbang terhadap kurangnya

penggunaan kain tenunan keluaran tempatan. Tidak dinafikan kain tenunan

(14)

yang lama, tetapi nilai harganya agak tinggi berbanding dengan kain yang

diimpot. Faktor harga ini sangat mempengaruhi pengguna terutama di kalangan

masyarakat yang berpendapatan rendah. Bagi memastikan kesinambungan

pengeluaran kain tenunan ini, penggunaannya tidak harus terhad di kalangan

masyarakat elite dan berpendapatan tinggi, tetapi juga di kalangan masyarakat

secara menyeluruh.

Dalam abad 20, gaya pakaian di Brunei Darussalam banyak dipengaruhi

oleh iklim fesyen Barat dan negara jiran. Mulai 1906, terdapat ramai

orang-orang Eropah dan Melayu dari negara-negara jiran yang datang ke Brunei untuk

berkerja di sektor awam dan swasta. Penemuan minyak pada tahun 1929 telah

membukakan peluang pekerjaan kepada pakar-pakar dan pekerja-pekerja dari

luar untuk bekerja di Brunei. Pakaian gaya Barat telah diadaptasi bukan hanya

sebagai pakaian harian malah telah diterima sebagai pakaian seragam atau

pakaian kerja. Ledakan teknologi seperti media telah meningkatkan lagi

pendedahan masyarakat Brunei terhadap gaya dan fesyen pakaian semasa, dan

perkembangan ciptaan pereka fesyen antarabangsa terkenal seperti Calvin

Klein, Gianni Versace, Giorgio Armani dan Christian Dior juga kini telah

mempengaruhi pengguna di Brunei Darussalam (Siti Norkhalbi 2005).

Perkembangan pengeluaran kain tenunan Brunei secara komersial telah

menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi masyarakat tempatan. Malah

perkembangan ini juga memberikan sumbangan dalam meningkatkan ekonomi

regional di mana perusahaan kain tenunan Brunei ini telah menyediakan peluang

(15)

negara jiran terutama Indonesia dan Malaysia. Perkembangan ini secara tidak

langsung telah memberikan cabaran kemungkinan pengaliran keluar rekabentuk

tempatan dan kemahiran bertenun kain. Pengaliran ini boleh dilihat sebagai

suatu cabaran yang mungkin memberikan saingan kepada pengeluaran kain

tenunan jika tenaga kerja ini kembali ke tempat asal mereka di mana

kemungkinan mereka untuk mengaplikasikan kemahiran tersebut untuk

mengeluarkan kain tenunan Brunei dan menembusi pasaran di Brunei sendiri.

Pengaruh globalisasi yang mementingkan kegiatan komersial telah

memberikan cabaran di mana Brunei juga menghadapi masalah replika kain

tenunan Brunei dipasaran tempatan. Replika rekabentuk dan motif kain tenunan

tempatan yang dihasilkan dengan mesin dan dikeluarkan secara besar-besaran

di luar negara dan diimpot semula serta dipasarkan di negara Brunei

Darussalam. Replika ini mendapat sambutan dari masyarakat tempatan bukan

kerana aspek kualiti tetapi ianya mempunyai rekabentuk dan motif yang sama

dengan harga yang jauh lebih murah.

Faktor harga merupakan cabaran yang sangat penting. Para pengeluar

kain tenunan di Brunei masih mengekalkan keaslian kain tenunan iaitu dengan

menggunakan alat-alat tradisi dan proses pembuatan tangan. Proses pembuatan

ini menjamin keaslian dan kehalusan buatan tangan yang menyumbang

terhadap ketinggian nilainya dari segi kualiti dan juga harga. Di samping itu,

Brunei Darussalam tidak mengeluarkan benangnya sendiri malah bergantung

penuh kepada bekalan dari luar negara seperti Jepun dan India. Para penenun

(16)

mereka semata-mata kerana mereka berpendapat bahawa hasil kerja mereka itu

melambangkan ketelitian dan ketinggian nilai budaya Brunei (Siti Norkhalbi

2005).

Masa Depan.

Kelestarian pengeluaran kain tenunan Brunei bergantung penuh kepada

hidupnya penggunaan tradisi tekstil di kalangan masyarakat. Keutuhannya

adalah merupakan perlambangan tentang identiti masyarakat dan budaya

bangsa Melayu. Bagi memastikan budaya ini tidak pupus, tanggungjawab bagi

mengekal dan memperkembangkan tradisi ini tidak hanya terpikul ke atas orang

perseorangan, tetapi juga pihak kerajaan serta semua ahli masyarakat secara

keseluruhan.

Pihak kerajaan dan swasta telah mengambil langkah memperkenalkan

penggunaan kain tenunan sebagai pakaian rasmi yang dipakai oleh para

pegawai dan kakitangan di institusi tertentu seperti Kementerian Hal Ehwal Luar

Negeri dan Perdagangan dan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei ketika

menghadiri majlis-majlis rasmi boleh dilihat sebagai usaha melestarikan

pengaplikasian kain tenunan. Di samping itu, kain tenunan Brunei terus

dijadikan sebagai hadiah kepada orang-orang yang diiktiraf sempena sambutan

tertentu seperti Guru Cemerlang, Tokoh Hijrah dan seumpamanya.

Berbagai-bagai ragamhias dan warna kain tenunan Brunei juga dicipta dan digunakan

sebagai sebahagian daripada jubah akademik bagi para graduan dan pegawai

(17)

Jururawat Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Saadatul Bolkiah dan Institut

Teknologi Brunei yang menunjukkan status pegawai dan tahap pengajian

graduan adalah merupakan usaha mempertahankan peranan kain tenunan

sebagai warisan budaya tradisi dan lambang identiti kebruneian (Siti Norkhalbi

2004a).

Pemasyarakatan penggunaan kain tenunan terutama dalam

upacara-upacara keraian seperti perkahwinan, kelahiran pertama, khatan dan

seumpamanya perlu untuk dipertahankan bagi memastikan kesinambungan

masa depan tradisi ini. Fabrik impot telah sedikit sebanyak menggantikan kain

tenunan tempatan, namun kain tenunan Brunei masih lagi mempunyai peranan

yang sangat penting terutama sebagai hantaran pertunangan. Penggunaan kain

tenunan Brunei dalam upacara ini tidak hanya sebagai lambang identiti budaya

tetapi juga untuk menunjukkan status sosial dan lambang kekayaan.

Penggabungan penggunaan kain tenunan Brunei dan kain impot seperti sutera

dan sifon boleh dilakukan bagi menyesuaikan dengan rekabentuk fesyen dalam

penggunaan kontemporari. Kreativiti pereka fesyen dalam membuat

penggemblengan di antara fabrik produk tempatan dan impot ini pastinya akan

dapat mengekalkan keggunaan kain tenunan Brunei yang tidak hanya dipakai

sebagai pakaian pengantin atau pakaian adat, tetapi juga boleh dipakai oleh

orang ramai ketika menghadiri jemputan dan seumpamanya.

Para pengusaha kain tenunan juga perlu untuk mengembangkan material

yang digunakan dengan tidak hanya terlalu bergantung kepada penggunaan

(18)

sekarang. Sudah sampai masanya bagi para pengusaha atau penenun untuk

mencari alternatif lain seperti menggunakan jenis benang yang lebih ringan dan

sesuai dengan perkembangan fesyen kontemporari yang mementingkan

keselesaan. Rekabentuk atau ragamhias kain yang lebih mudah dan tidak

memerlukan teknik yang sukar juga perlu dicipta dan dihasilkan agar harga dapat

dikurangkan sesuai dengan kemampuan pengguna terutama di kalangan

golongan yang rendah pendapatan tanpa mengorbankan kualiti kain tenunan

tersebut.

Produk kain tenunan perlu untuk dipelbagaikan sebagai langkah

pelestarian. Pengeluaran kain tenunan perlu untuk diperluaskan dengan tidak

hanya menghadkan kepada pakaian, tetapi juga jenis-jenis produk yang lain

seperti asesori wanita dan lelaki, serta barang-barang perhiasan dalaman.

Sesuai dengan tuntutan era globalisasi, sasaran pasaran perlu diperluaskan

dengan tidak hanya bergantung kepada pasaran tempatan, malah perlu

meneroka pasaran global. Dari itu, para pengeluar kain tenunan perlu untuk

membuat kajian untuk memahami citarasa pengguna.

Adaptasi rekabentuk dan motif kain dari budaya lain bukan merupakan

suatu yang baru kerana ini memang berlaku secara berterusan dalam sejarah,

namun ianya tidak sepantas yang berlaku kini (Prangwattanakun danNaenna

1998). Walaubagaimanapun, ini bukan satu alasan yang membolehkan untuk

melakukan peniruan yang berleluasa. Dari itu langkah yang wajar perlu dibuat

dengan menggubal perlindungan hak cipta bagi memelihara hak cipta dan

(19)

Pengawalan dari segi pasaran juga perlu diambil seperti mengenakan

cukai bagi fabrik yang diimpot yang mempunyai jenis yang serupa dengan kain

tenunan Brunei. Langkah ini perlu dibuat bukan untuk menghadkan pasaran

barangan dari luar tetapi sebagai menyediakan saingan yang sihat dalam

pasaran tempatan. Saingan yang ada ini pastinya akan memberi peluang

kepada pengguna untuk membuat pilihan sesuai dengan selera mereka.

Kesimpulan.

Kemasukan tekstil dari luar tidak dinafikan mempengaruhi budaya tekstil

di Brunei di mana tekstil impot ini juga telah diadaptasi penggunaannya dalam

masyarakat tempatan. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa kain

tenunan Brunei telah diabaikan. Malah kain tenunan terus mempunyai peranan

yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu. Kain tenunan adalah salah

satu warisan budaya bangsa Melayu. Pengeluaran dan penggunaannya

mempunyai peranan tidak hanya sebagai perlambangan identiti bangsa, tetapi

juga sebagai sumber ekonomi. Dari itu berbagai-bagai langkah pelestarian telah

diusahakan ke atas khazanah warisan turun temurun ini agar masa depan

(20)

Bibliografi.

Abdul Latif Haji Ibrahim (Haji). 1996. ‘Kampong Ayer: Warisan, Cabaran dan Masa Depan’. Simposium Antarabangsa Kampong Ayer. Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam. 6-9 September 1996

Andaya, B W. 1992. 'Political Development between Sixteenth Century and Eighteenth Centuries' in The Cambridge History of Southeast Asia: Volume One: From Early Times to c.1800. Edited by Nicholas Tarling, pp. 402-459. Cambridge: Cambridge University Press.

Bennet, T, Emmison, M, and Frow, J. 1999. Accounting For Tastes: Australian Everyday Cultures. Cambridge: Cambridge University Press.

Brown, D E. 1974. 'Antonio Pigafetta's Account of Brunei in 1521'. Brunei Museum Journal 2:2: 171-179.

Cohn, B S. 1989. 'Cloth, Clothes, and Colonialism: India in the Nineteenth Century.' in Cloth and Human Experience. Edited by A B Weiner and J Schneider, pp. 303 -353. Washington and London: Smithsonian Institution Press.

Fatimah Haji Aji (Hajah), and Norwatiza Mohd. Zaidi. 2004. Directory of Handicraft Entrepreneurs in Brunei Darussalam. Bandar Seri Begawan: Brunei Museums Department.

Layton, R. 1981. The Anthropology of Art. London: Granada Publishing.

Lomnitz, C. 2001. 'Elusive Property: The Personification of Mexican National Sovereignty.' in The Empire of Things: Regimes of Value and Material Culture. Edited by F Myer, pp. 119-138. New Mexico: School of American Research Press.

Md. Zain bin Haji Serudin (Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr Haji). 1996. Ucapan Rasmi Majlis Pembukaan Rasmi Simposium Antarabangsa Kampong Ayer. Simposium Antarabangsa Kampong Ayer Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam. 6 September 1996.

Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong. 2006. 'Kampong Ayer (Aying): Cabaran dan Masa Depan'. Konferensi Antaruniversiti di Borneo-Kalimantan ke 2: Transformasi Sosial Masyarakat Perkotaan/ Bandar di Borneo-Kalimantan, Pontianak, Kalimantan Barat Indonesia, 13-15 Ogos 2006.

(21)

2: Transformasi Sosial Masyarakat Perkotaan/ Bandar di Borneo-Kalimantan, Pontianak, Kalimantan Barat Indonesia, 13-15 Ogos 2006.

Nicholl, R. (Peny.). 1975. European Sources for the History of the Sultanate of Brunei in the Sixteenth Century. Bandar Seri Begawan.: Muzium-Muzium Brunei.

Pengiran Ahmad Pengiran Mohd Yusof (Dato Seri Paduka Haji). 1988. Adat Istiadat Dalam Kursus untuk Graduan-Graduan yang baru Berkhidmat. Bandar Seri Begawan: Jabatan Adat Istiadat Negara.

Prangwattanakun, S and Naenna, P C. 1998. ‘T’ai Lu Textiles: Cultural Reproduction’ in Traditional T’ai Arts in Contemporary Perspective. Edited by M.C. Howard, W. Wattanapun, and A. Gordon, pp. 57-138. Bangkok: White Lotus.

Renne, E.P. 1995. Cloth That Does Not Die: The Meaning of Cloth in Bunu Social Life. Seattle: University of Washington Press.

Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah. 1999. The Traditional Woven Textiles of Brunei Darussalam. MA Thesis, University of Durham.

Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah. 2003. 'Penggunaan Kain Tenunan Tradisional Dalam Masyarakat Melayu Brunei: Satu Tinjauan Awal'. Beriga 79:April-June: 3-17.

Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah. 2004a. 'Material Budaya dan Pembinaan Identiti Budaya Kebangsaan Brunei Darussalam.' Seminar Kebangsaan Calak Brunei: Ke Arah Mengangkat Martabat Bangsa, Universiti Brunei Darussalam, Brunei Darussalam, 2004.

Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah. 2004b. 'Kain Tenunan Tradisional Dalam Adat Istiadat Diraja Brunei: Manifestasi Perlambangan Status dan Kekuasaan'.

Beriga 85:October- December: 63-75.

Siti Norkhalbi Haji Wahsalfelah. 2005. Traditional Woven Textiles: Tradition and

Identity Construction in the ‘New State’ of Brunei Darussalam. Ph.D. Thesis.

University of Western Australia.

(22)

Referensi

Dokumen terkait

Apakah disekitar tempat tinggal ibu/bapak alat kontrasepsi tersedia dengan lengkap (pil, suntik, IUD/AKDR, implan/susuk)b.

Untuk meningkatkan ROA maka diperlukan intellectual capital (IC) yang merupakan komponen dari aset tidak berwujud yang berupa ilmu pengetahuan atau daya pikir,

Agama Islam Negeri Walisongo Semarang, yang telah memberikan izin penelitian dalam rangka penyusunan skripsi ini. Nasirudin,M.Ag, selaku Ketua Jurusan PAI Tarbiyah

kontraktor di kota Padang adalah varaibel faktor tenaga kerja sub variabel faktor kurang teliti dalam penggunaan material, sehingga ada material konstruksi yang

Berdasarkan indeks tersebut diketahui bahwa tanah di lahan pasir pantai Samas yang telah ditambah tanah lempung dan pupuk kandang, dan digunakan sebagai lahan

Akronim yaitu proses pemendekan yang menggabungkan huruf atau suku kata atau bagian lain yang ditulis dan dilafalkan sebagai sebuah kata yang sedikit banyak memenuhi kaidah

Sehingga untuk meningkatkan populasi dan performan reproduksi ternak lokal yang ada di provinsi Riau, perlu dilakukan perbandingan kualitas semen, kualitas hijauan

Selain itu, petugas KUA juga perlu melakukan program konseling yang bertujuan untuk mendampingi pasangan muda dalam mengelola keluarga dengan lebih matang, dan