• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengaruh tamadun luar dalam kehidupan ma

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pengaruh tamadun luar dalam kehidupan ma"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Pengaruh tamadun luar dalam kehidupan masyarakat Melayu

Hubung kait Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu

Islam mempunyai kaitan yang rapat terhadap perkembangan tamadun manusia termasuklah di Malaysia. Perkataan Islam itu sendiri berasal daripada perkataan Arab salima bererti selamat sentosa atau kedamaian. Dari perkataan salima ini lahir perkataan aslama yang bermaksud terpelihara dalam keadaan selamat sentosa. Ia juga bererti menyerah diri, tunduk patuh dan taat.

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu menganut fahaman animisme. Keadaan ini berubah selepas kedatangan Islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan Tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas Islam telah berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam, kehidupan harian masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan dengan akidah ditinggalkan secara beransur-ansur (Ruslan Zainuddin, 2004).

Agama Islam menjadi asas utama dalam pembentukan Tamadun Melayu dahulu dan sekarang. Islam telah menjadi agama rasmi sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Malaysia. Islam juga menjadi anutan yang tidak boleh dipisahkan daripada Tamadun Melayu. Dalam perkembangannya, tamadun Melayu semakin mantap dengan kedatangan agama Islam dan kewujudan adat istiadat Melayu. Islam dan adat budaya Melayu telah berinteraksi dan berintegrasi antara satu sarna lain serta saling melengkapi antara keduanya dalam Tamadun Melayu.

Kedatangan Islam telah menyebabkan berlaku proses Islamisasi di alam Melayu dengan kesan-kesannya sebagaimana yang dilihat dalam sejarah. Antaranya, berlaku perubahan akidah Melayu kepada kehidupan kerohanian. Namun, masih ada unsur unsur budaya Hindu-Buddha dan animisme yang masih diamalkan. Proses Islamisasi dalam masyarakat Melayu telah merubah pelbagai aspek kehidupan seperti rohani, intelektual dan kemasyarakatan.

Perkembangan Islam di alam Melayu unik kerana tidak terdapat sebarang bukti penggunaan kekerasan atau ekspedisi-ekspedisi ketenteraan yang motif utamanya mengembangkan Islam. Jika ada pun, perselisihan yang wujud adalah bersifat setempat dan tidak menyeluruh disebabkan faktor keengganan menerima perubahan. Tarikh sebenar kedatangan Islam ke alam Melayu masih lagi menjadi bahan pertikaian dan perdebatan. Meskipun sedemikian, setidak-tidaknya terdapat beberapa bahagian di alam Melayu yang telah pun menerima Islam sejak abad ke-7 ataupun ke-8 masihi seperti di Sumatera sementara di Tanah Melayu pula sejak abad ke-9 atau ke-10 masihi. Ramai juga sarjana yang meletakkan bahawa kemasukan Islam ke Sumatera dan Tanah Melayu sebenarnya lebih lewat dari itu dan mengatakan bahawa di Sumatera sekitar abad ke-13 sementara di Tanah Melayu pada abad ke-14.

Secara umumnya, terdapat tiga teori dalam melihat kedatangan Islam ke mlam Melayu. Tiga punca ini termasuklah Islam dibawa dari Tanah Arab, dari China dan dari India. Terdapat satu persamaan dalam ketiga-tiga teori ini iaitu agama Islam berkembang melalui perdagangan.

(2)

ibn Jaafar iaitu salah seorang daripada ahli rombongan Muhamad bin Jaafar al-Siddiq dengan Puteri Makhdum Tanshuri iaitu adik perempuan raja Perlak. Maharaja Derbar Raja II, raja Kedah telah pun diislamkan pada tahun 531 H/1136 M oleh Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad al-Qaumiri seorang ulama berbangsa Arab yang datang dari Yaman.

Islam dari India. Pada zaman pemerintahan Kesultanan Delhi (abad ke-13), agama Islam sudah bertapak di India. Kota Baghdad telah merosot kerana ditawan oleh tentera Mongol. Kerajaan Islam di Sepanyol pula menghadapi Perang Salib. Akibatnya, banyak orang Islam yang berhijrah ke Timur (alam Melayu). Para sarjana seperti S.Q. Fatimi, Morison Harison, RA. Kern dan Snouck Hurgronje berpendapat bandar pelabuhan Gujerat di India memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam melalui perdagangan. Snuck Hurgronje dan Brian Harisson (orientalis Barat) telah menyatakan, “Masyarakat alam Melayu memandang India bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan termasuklah akhirnya dalam persoalan agama.” Penemuan batu nisan di Pasai yang bertarikh 1428M dan di Gerisik yang bertarikh 1419M oleh Morquette merupakan bukti Islam dibawa ke Pasai melalui perdagangan. Bentuk fizikal kedua-dua batu nisan ini mempunyai ciri persamaan dengan batu nisan di Gujerat. Realiti ini membawa pada kesimpulan sejarah oleh sejarawan iaitu Islam sampai ke alam Melayu pada awal kurun ke-15M. Selain itu, persamaan mazhab iaitu mazhab Shafie menyebabkan Thomas Arnold dalam bukunya The Preacing of Islam meletakkan bahawa Islam di Asia Tenggara dibawa oleh pedagang dan pendakwah dari Malabar.

Islam dari China. Emanuel Godinho De Evedia mengatakan Islam datang ke nusantara dari China melalui Canton dan Hainan pada kurun ke-9 masihi. Pendapat ini terbukti dari hasil penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu yang terletak di pantai Timur Tanah Melayu. Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, pemberontakan di Canton (878 masihi) telah menyebabkan para pedagang Islam berhijrah ke Kedah dan Palembang demi mendapatkan perlindungan. Kedatangan mereka ke Kedah dan Palembang ini dijadikan asas teori Islam datang dari China.

Pedagang-pedagang Arab telah singgah di beberapa pelabuhan di alam Melayu untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman sebelum meneruskan perjalanan ke negara China. Semasa singgah di alam Melayu, mereka berpeluang mengenal adat resam penduduk tempatan. Sebilangan dari mereka telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan mengislamkan isteri serta keluarga pihak isteri. Perkampungan Arab telah wujud dengan banyaknya di Campa, Kemboja dan Sumatera. Ini menyebabkan Islam dapat disebarkan dengan mudah dan meluas.

Raja serta golongan bangsawan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap penduduk tempatan. Penduduk tempatan akan mengikut segala tindakan raja atau ketua mereka. Ini menyebabkan penduduk tempatan memeluk agama Islam.

Raja yang memeluk agama Islam akan mengamalkan pentadbiran bercorak Islam seperti Melaka di Tanah Melayu. Kerajaan Islam telah meluaskan jajahan takluk dan menyebarkan agama Islam kepada penduduk tempatan. Contohnya, Bendahara Tun Perak di Melaka telah meluaskan kuasanya ke Pahang, Pattani, Terengganu, Johor, Bangkalis, Siak, Kampar, Rokan dan Inderagiri. Penduduk tempatan dapat menerima kemasukan Islam dan telah memeluk Islam tanpa sebarang paksaan.

(3)

Setiap kerajaan Islam yang kuat dan masyhur akan memainkan peranan penting sebagai pusat kebudayaan Islam di alam Melayu. Pada mulanya peranan ini dimainkan oleh Perlak dan Pasai, kemudian diambil alih oleh Melaka, Acheh dan Riau. Pusat tersebut juga terkenal sebagai pusat perdagangan dan pusat intelektual. Pusat tersebut mempunyai institusi pendidikan seperti pondok sekolah. Banyak pusat kegiatan intelektual didirikan untuk masyarakat setempat mendalami ajaran Islam.

Kedatangan Islam telah memberi kesan yang besar terhadap masyarakat Melayu. Kesan ini juga jelas dilihat di dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu. Kehidupan masyarakat Melayu banyak diguna pakai dalam adat dan ajaran agama Islam. Kesan dan pengaruh Islam dalam tamadun Melayu adalah seperti berikut:

Agama dan Kepercayaan.

Masyarakat Melayu meninggalkan ajaran Hindu-Buddha dan animisme serta bertukar kepada konsep ketuhanan, hormat-menghormati dan pentingkan soal persamaan taraf. Islam telah mengubah world view masyarakat Melayu daripada mempercayai roh, semangat dan dewa kepada mempercayai Tuhan Yang Maha Esa, nabi-nabi, malaikat dan kitab suci. Walau bagaimanapun, tradisi dan adat lama masih sukar dihapuskan dan hilang sedikit demi sedikit.

Politik dan Pemerintahan.

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah memberi perubahan terhadap sistem politik. Beberapa institusi Islam didirikan bagi membantu mengukuhkan sistem pentadbiran berasaskan Islam. Antara institusi yang didirikan adalah Jabatan Agama Islam dan Syariah. Institusi kesultanan telah diperkenalkan berdasarkan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Tanah Melayu menggunakan undang-undang syariah untuk menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat sama seperti kerajaan Islam. Gelaran sultan digunakan oleh ketua kerajaan dan baginda menjadi ketua agama Islam. Baginda dianggap sebagai pemegang amanah Allah swt iaitu bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat jelata. Penasihat, ulama dan mufti turut membantu baginda dalam menguruskan pentadbiran. Selain itu, kedatangan Islam telah menyemarakkan semangat jihad orang Melayu menentang penjajah. Semangat yang berkobar-kobar itu akhirnya melahirkan semangat kebangsaan penduduk tempatan untuk menentang penjajah Portugis, Belanda, Sepanyol dan Inggeris.

Bahasa dan Kesusasteraan.

Bahasa Melayu menerima pengaruh Islam pada abad ke-14. Masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan Arab kepada bahasa Melayu dan diubah suai sebagai tulisan Jawi. Pada masa itu, bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa persuratan dan sebagai alat penyebaran Islam di seluruh alam Melayu. Berlaku pinjaman kata bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu seperti hakim, mahkamah, akal, tamadun, roh, iman, ilmu. Agama Islam membawa perubahan besar terhadap kesusasteraan Melayu. Antara hasilnya adalah Hikayat Nabi Muhammad saw, Hikayat Para Nabi dan Rasul.

Pendidikan.

(4)

seperti pondok dan madrasah. Sekolah pondok banyak terdapat di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Lahirlah para cendiakawan Melayu seperti Hamzah Fansuri dan Syeikh Abdul Malik Abdullah.

Adat dan Cara Hidup.

Tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti dengan adat dan cara hidup Islam yang dilakukan sejak individu itu lahir di dunia sehinggalah hari kematiaannya. Tiada lagi sistem kasta yang berasaskan ajaran agama Hindu diamalkan dalam masyarakat Melayu.

Sistem Kekeluargaan.

(5)

Hubung kait Tamadun India dengan Tamadun Melayu

Masyarakat majmuk di Malaysia dibentuk oleh kepelbagaian kaum dan amalan budaya mereka. Masyarakat India merupakan salah satu kompenen penting dalam kependudukan di negara kita. Daripada segi kebudayaan India pula ia adalah sebahagian daripada elemen budaya silam yang menyumbang kepada pembentukan identiti budaya Melayu selain daripada elemen agama Islam. Pengaruh peradaban India berkembang di nusantara secara dominan daripada kurun masihi yang pertama sehingga kurun ke-14 dan ke-15 melalui dua falsafah kepercayaaan yang penting iaitu Hinduisme dan Buddhisme (A.Aziz, 1994). Proses asimilasi budaya Hindu-Budha dalam masyarakat tempatan dikenali sebagai proses penghinduan atau pengindiaan. Ia juga turut terkenal dengan beberapa istilah lain seperti The Greater India dan Indianization. Proses ini secara evolusinya berjaya membentuk sistem sosial dalam masyarakat Melayu yang kemudiannya di asimilasi mengikut amalan tempatan.

Kedatangan orang-orang India ke Tanah Melayu berlaku sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada kedatangan masyarakat tersebut. Antara yang terpenting adalah kedudukan Semenanjung Tanah Melayu sebagai tempat persinggahan dan sekali gus sebagai kawasan perdagangan yang menawarkan banyak sumber perdagangan kepada semua pedagang daripada serata negara yang menarik minat pedagang-pedagang dari India Selatan. Mereka menjadikan Semenanjung Tanah Melayu sebagai pusat perdagangan mereka di rantau Asia Tenggara.

Pada abad ke-19, kemasukan imigrasi India adalah lebih besar daripada pedagang-pedagang sebelumnya. Rasionalnya kemasukkan orang-orang dari India adalah kononnya kerana orang Melayu tidak suka makan gaji. Sebenarnya kedatangan kaum India ke negara ini adalah berkait secara langsung dengan dasar ekonomi British. Pemilihan kaum India sebagai tenaga buruh utama dalam sektor perladangan kolonial berdasarkan pada beberapa faktor seperti kemerosotan ekonomi masyarakat tempatan India akibat daripada sistem monopoli British.

Kemelesetan dan kemelaratan ekonomi ini ditambah lagi dengan bencana-bencana alam yang menyebabkan mereka bersedia untuk keluar dari India bagi memulakan hidup baru di negara lain. Selain daripada itu, sebagai sebuah kuasa yang menjajah India, British sedia maklum dengan masalah sosiobudaya yang melingkari masyarakat India. Sikap merendah diri dan jiwa kehambaan yang wujud dalam diri penduduk India terutamanya mereka daripada golongan berkasta rendah memudahkan lagi British menguasai dan memanipulasi mereka yang menjadi buruh di Tanah Melayu. British juga berpendapat tenaga buruh India ini mampu digunakan dengan sebaik-baiknya apabila sistem yang teratur dapat diperkenalkan oleh mereka.

Selain daripada dasar British yang sememangnya menjadikan rakyat di India sebagai tumpuan dalam menyelesaikan masalah tenaga buruh yang diperlukan oleh Tanah Melayu, faktor dalaman di India sendiri adalah penyumbang besar kepada kehadiran rakyatnya ke negara ini. Antaranya, kesengsaraan sosial akibat daripada banjir dan kemarau yang melanda di samping wabak penyakit seperti malaria dan beri-beri. Keadaan ini ditambah lagi dengan peluang kerja yang terhad akibat daripada pertambahan penduduk yang amat ketara iaitu seramai 130,000,000 orang pada tahun 1845 ke 390,000,000 orang pada tahun 1941 menyebabkan ramai penduduk mengalami kebuluran.

(6)

menggalakkan orang India daripada kasta-kasta rendah untuk berhijrah ke Tanah Melayu. Mengikut Rabindra Daniel, golongan kasta rendah ini sering dizalimi dan teraniaya serta peluang-peluang mereka disekat secara sewenang-wenangnya. Anak-anak mereka tidak mendapat peluang belajar dengan lebih baik dan sekali gus peluang mendapat pekerjaan juga tertutup. Oleh yang demikian, mereka melarikan diri daripada terus berada dalam sistem dan budaya yang tidak adil, mereka membuat keputusan untuk berpindah ke tempat yang tidak mengamalkan sistem tersebut. Sehubungan dengan itu, lebih satu pertiga daripada jumlah orang India yang berhijrah dari Madras ke Tanah Melayu pada tahun 1931 berasal daripada kasta-kasta rendah.

Akibat penjajahan British yang membawa bersama pembaharuan-pembaharuan memberikan impak negatif ke atas masyarakat tempatan India. Selaras dengan berlakunya Revolusi Industri di Eropah, kerajaan Inggeris menggunakan tanah-tanah jajahan bagi membekalkan bahan mentah untuk industri mereka. Monopoli British menyebabkan peluang-peluang ekonomi dan pemasaran hasil pemasaran menjadi semakin kecil dalam kalangan penduduk tempatan. Selain daripada itu, cukai-cukai yang dikenakan terlalu tinggi sehingga 80 peratus bagi setiap hasil keluaran (Azmah Abdul Manaf, 2001). Ini mengakibatkan petani-petani kehilangan tanah kerana terpaksa menyerahkannya kepada kerajaan dan ceti-ceti akibat kegagalan membayar cukai yang tinggi yang dikenakan oleh pihak British. Mereka tertindas akibat faedah yang tinggi yang dikenakan oleh para peminjam wang. Kesempitan hidup yang diakibatkan oleh British menyebabkan mereka memilih untuk berhijrah ke Tanah Melayu juga atas tawaran British.

Pihak pentadbiran British menggalakkan kemasukan imigran ke Tanah Melayu selepas tahun 1870-an. Tiada sebarang sekatan ke atas penghijrahan masuk imigran ke Tanah Melayu sehingga tahun 1929. Tabung Imigrasi India dan undang-undang diperbaiki menyebabkan semakin ramai buruh India bekerja di ladang-ladang getah.

Sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, dasar kerajaan British sendiri menggalakkan penghijrahan penduduk dari luar ke negara ini bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di ladang-ladang dan perkhidmatan kerajaan. Rakyat India seperti kaum Punjabi dibawa masuk untuk berkhidmat dalam pasukan-pasukan polis dan keselamatan. Orang India yang berpendidikan Inggeris dari India dan Sri Lanka diambil untuk berkhidmat dalam perkhidmatan-perkhidmatan perkeranian dan teknikal. Sementara itu penghijrahan penduduk dari India Selatan digalakkan bagi memenuhi keperluan tenaga dalam pembinaan jalan kereta api dan jalan-jalan raya ke Negeri-negeri Selat pada tahun 1972.

Perladangan getah yang diusahakan oleh pemodal Eropah sejak tahun 1890-an menyebabkan kemasukan buruh India ke Tanah Melayu. Penghijrahan yang paling ramai berlaku antara tahun 1911 hingga 1921 iaitu semasa harga getah melambung tinggi. Kemasukan imigran India adalah melalui Sistem Kangani yang diadakan pada tahun 1810. Pengusaha ladang menghantar seorang ketua ke India untuk mendapatkan buruh. Pihak Inggeris menerapkan seorang pegawai British di Madras untuk urusan pengambilan buruh. Pihak Inggeris juga membuat persetujuan dengan kerajaan India supaya kemasukan orang India lebih mudah untuk sektor perladangan dan awam. Kerajaan juga mewujudkan Tabung Imigrasi India untuk mendapatkan sumbangan wang daripada pemilik kilang.

(7)

Kestabilan politik di Tanah Melayu ketika itu juga mendorong kepada kemasukan imigran India. Pada tahun 1875, British berjaya memulihkan keamanan di Tanah Melayu dengan menamatkan Perang Saudara dan perbalahan kongsi gelap. Pemerintahan British melalui Sistem Residen juga telah menjamin keselamatan harta benda dan nyawa. Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896 telah mewujudkan satu sistem kerajaan yang cekap dan stabil. Keadaan inilah yang mendorong kemasukan imigran India ke Tanah Melayu.

Salah satu daripada cara penyebaran tamadun India ke Tanah Melayu adalah melalui aktiviti perdagangan. Secara tidak langsung aktiviti ini telah memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi dengan penduduk setempat. Selain itu, tamadun ini juga disebarkan melalui aktiviti perkahwinan. Pedagang-pedagang dari India telah berkahwin dengan anak pembesar - pembesar di Tanah Melayu.

Perkahwinan campur antara pedagang India dengan penduduk tempatan membentuk komuniti Chetti di Melaka. Mereka merupakan hasil perkahwinan campur antara penduduk yang berbangsa India dengan masyarakat Cina dan Melayu tempatan dan lain-lain. Masyarakat ini wujud hasil daripada hubungan perdagangan yang wujud antara Melaka dengan India semasa kegemilangan kerajaan Melayu Melaka dahulu. Pada masa itu wujud suatu penempatan yang dikenali sebagai ‘Kampung Keling’ sebagai penempatan para pedagang India bagi memudahkan mereka berurus niaga. Menurut seperti yang tercatat dalam buku Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah, perkataan ‘keling’ berasal daripada ‘Kaling Gappatinam’ atau ‘Kalinggam’ yang dikenali sebagai Benua Keling. Di Pulau Pinang perkahwinan campur antara India Muslim dengan wanita Melayu telah melahirkan komuniti Peranakan Jawi.

Berdasarkan faktor-faktor sejarah dan perkembangan ugama Hindu di Tanah Melayu ini, ciri-ciri kebudayaan dan kesenian masyarakat 'India Chetti' ini hampir merangkumi kebudayaan di negara ini kerana mereka turut mengamalkan perkahwinan campur, adat menyambut tetamu dan pakaian tradisional mereka. Sebagai contoh, pakaian tradisional mereka lebih mirip kepada bangsa Melayu iaitu kebaya labuh dan bersanggul tiga bagi wanita manakala yang lelakinya pula berkain pelekat, baju Melayu labuh dan talapa iaitu kain seperti serban bagi menutup kepala.

Oleh kerana kehidupan mereka dipengaruhi oleh alam sekeliling dan pergaulan dengan masyarakat tempatan, maka makanan harian mereka juga adalah seperti orang-orang Melayu iaitu nasi. Namun terdapat juga makanan tradisi mereka yang biasanya dihidangkan pada hari-hari kebesaran agama atau perayaan. Makanan itu ialah tause dan itali. Kedua-dua makanan ini diperbuat daripada beras yang direndam dan dikisar halus.

Bukti kedatangan Tamadun India dapat dilihat melalui penemuan Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang, Kedah. Candi ini merupakan tinggalan pengaruh ajaran Hindu Kerajaan Chola ketika menguasai Kedah. Kesemua candi yang dijumpai tinggal bahagian tapak sahaja. Candi pada masa dahulu merupakan monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha serta berperanan sebagai rumah ibadat. Candi juga berfungsi sebagai tempat simpan abu jenazah raja dan keluarganya. Di samping itu, candi juga ialah tempat menyimpan patung dewa utama bagi sesebuah kerajaan awal dan menjadi lambang kepada keagungan seseorang pemerintah berdasarkan kehebatan seni binanya. Candi agama Hindu terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu vimana dan mandapa. Vimana ialah bahagian suci tempat arca keagamaan diletakkan dan mandapa ialah bahagian luar candi. Candi berunsur Buddha pula memiliki pelan jenis cruciform.

(8)

Oleh sebab bahasa Sanskrit merupakan bahasa keagamaan seperti yang terdapat dalam kitab-kitab berkaitan keagamaan dan bahasa berkaitan dengan pemerintah dan ilmu, maka, banyak perkataan tersebut masih kekal terdapat dalam bahasa Melayu dan bahasa lain di Asia Tenggara. Sesetengah perkataannya telah mengalami penyesuaian dengan bahasa Melayu yang ada pada hari ini.

Kesan positif kedatangan Tamadun India ke Tanah Melayu dari segi penyebaran agama ialah agama Hindu dan Buddha telah diterima dan menjadi pegangan penduduk tempatan yang sebelumnya berpegang kepada kepercayaan animisme.

Dari segi sistem pemerintahan, konsep ‘Dewaraja’dalam bahasa Sanskrit yang bermakna God King diperkenalkan pada masa dahulu. Ini merupakan konsep ketuhanan agama Hindu yang membesarkan keagungan dewa-dewi dan dikaitkan dengan kedudukan serta status raja sebagai jelmaan Tuhan. Konsep ini telah diaplikasikan semasa upacara pertabalan raja-raja. Simboliknya upacara ini adalah untuk mengekalkan status tinggi raja sebagai pemerintah tertinggi negara kita.

Manakala dari segi bahasa dan kesusasteraan pula, bahasa Sanskrit telah mula tersebar di Tanah Melayu. Ini dapat dibuktikan melalui penemuan Batu Bersurat Talang Tuwo, Batu Bersurat Terengganu dan sebagainya. Pada Batu Bersurat Terengganu, selain daripada perkataan Arab, turut ditemui juga 29 perkataan daripada bahasa Sanskrit. Sesetengah perkataan bahasa Melayu yang kita gunakan sekarang sebenarnya berasal daripada bahasa Sanskrit seperti perkataan bhakti, bhumi, dosa dan banyak lagi.

Kesusteraan Sanskrit seperti Epik Ramayana dan Mahabharata juga tersebar. Hikayat Seri Rama yang cukup terkenal sebenarnya telah mendapat inspirasi daripada Epik Ramayana. Selain itu, Epik Mahabharata turut diberi wajah tempatan dan lahirlah hikayat seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Panca Delima dan Hikayat Sang Boma. Karya kesusasteraan Melayu tradisional amat menitikberatkan aspek kesenian, keromantisan, keagungan raja-raja dan menyelitkan unsur epik dan mitos. Ia juga turut diaplikasi dalam persembahan wayang kulit.

Dari segi adat resam dan budaya, kedatangan agama Hindu mempengaruhi kehidupan seharian dan adat resam masyarakat Melayu seperti amalan jampi dan mentera untuk mengubati orang sakit. Amalan adat dalam kalangan masyarakat Melayu seperti melenggang perut, bertindik telinga, bersanding dan berinai juga merupakan adaptasi daripada pengaruh agama Hindu.

Dari segi ekonomi dan sosial pula, aktiviti perdagangan sekitar abad ke-14 dan ke-15 masihi membolehkan Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan entrepot dan kota metropolis yang sangat terkenal di seluruh nusantara pada masa itu. Ekonomi di Tanah Melayu pada ketika itu juga turut berkembang ekoran daripada perkembangan pesat dalam pengeluaran kelapa sawit, getah dan sebagainya.

Kedatangan para pedagang India Islam terutamanya dari wilayah Benggala ke Melaka membentuk masyarakat campuran hasil daripada perkahwinan mereka dengan wanita-wanita tempatan. Kumpulan ini memberi impak yang kuat pada perkembangan di negeri itu. Zaman kegemilangan Melaka memperlihatkan pengaruh India-Islam dalam hal ehwal politik di dalam kerajaan itu. Kedatangan tamadun India juga telah melahirkan masyarakat majmuk yang mempunyai pelbagai kebudayaan dan adat resam. Ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang berbilang kaum dan kaya dengan adat resam.

(9)

salah satu contoh seni bina Selatan India, dibina oleh ketua masyarakat India Muslim atau Kapitan. Seni bina India Muslim ini jelas kelihatan pada menara yang tinggi dan kubah potong bawang.

Di samping itu, terbinanya bandar-bandar yang lebih terancang. Kesan akibat perkembangan bandar ialah mendorong terbinanya sistem pengangkutan moden yang lebih baik. Ia juga melahirkan kemudahan persekolah untuk penduduk setempat memperolehi pendidikan. Contohnya, sekolah terawal di Malaysia ialah Penang Free School yang telah dibuka pada tahun 1825. Kesan yang lain ialah taraf kesihatan yang lebih tinggi di bandar dan terdapatnya kemudahan perubatan seperti hospital, pusat penyelidikan dan sebagainya. Kemudahan hospital yang terawal di Malaysia dibina di bandar-bandar perlombongan seperti di Taiping pada tahun 1878.

Terdapat juga kesan-kesan negatif akibat kedatangan bangsa India. Antaranya ialah kejatuhan empayar Melaka. Kejatuhan empayar ini dikaitkan dengan pergolakan politik yang melibatkan beberapa tokoh India Muslim di Melaka pada pertengahan abad yang ke-15. Konflik yang berlaku antara Bendahara Tun Mutahir dengan Sultan Mahmud Shah digunakan oleh Raja Mandeliar bagi mendapatkan pengaruh daripada pihak sultan. Peristiwa ini akhirnya menjadi faktor yang mempercepatkan keruntuhan Kesultanan Melayu Melaka ditangan Portugis pada tahun 1511.

Antara kesan negatif dalam bidang sosial dan ekonomi akibat daripada kemasukan imigran India ke Tanah Melayu adalah menyukarkan proses perpaduan kaum kerana mereka telah membentuk organisasi sosial dan budaya masing-masing. Manakala dari segi struktur kemasyarakan pula, akibat pengaruh dari sistem kasta (susun lapis dalam masyarakat) terdapat pemisahan jenis golongan atasan atau bangsawan yang dianggap lebih mulia dengan golongan rakyat biasa. Pengaruh ini telah membawa kepada munculnya masyarakat feudal dalam kehidupan masyarakat Melayu. Selain itu, akibat daripada perkahwinan campur menyebabkan kes perebutan anak apabila pasangan itu sudah bercerai dan anak akan dibawa lari ke negara asal mereka. Keadaan ini akan merumitkan lagi keadaan.

(10)

Hubung kait Tamadun China dengan Tamadun Melayu

Hubungan antara China dengan alam Melayu sudah lama wujud iaitu sebelum permulaan tahun masihi iaitu sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M). Hubungan China dengan alam Melayu melonjak ke peringkat yang lebih tinggi sesudah munculnya Dinasti Tang (618-907 M) dan Empayar Srivijaya di alam Melayu pada abad ke-7. Pemerintahan zaman Dinasti Tang (618-907 M) telah mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara luar melalui pembukaan tujuh jalur jalan dagang dengan dunia luar, satu daripadanya ialah perjalanan laut dari Guangzhou dengan India, Parsi dan Arab melalui alam Melayu.

Zaman gemilang hubungan tamadun Melayu-China berlaku dalam zaman Dinasti Ming pada abad ke-15. Persahabatan antara Melaka dan China wujud sebelum itu lagi apabila Melaka di bawah pemerintahan Raja Parameswara (Sultan Iskandar Syah) menjadi destinasi pertama misi Maharaja Ming Cheng Zhu ke alam Melayu pada tahun 1403. Sejarah pembukaan hubungan diplomatik antara China dengan Melaka itu tercatat dalam Ming Shi (Sejarah Dinasti China)

Hubungan Melayu-China yang kurang aktif disebabkan masalah dalaman kerajaan China dan penjajahan Barat di alam Melayu terjalin semula dalam abad 18/19, tetapi dengan pola yang jauh berbeza, kerana kedatangan orang Cina bukan dibawa oleh pemerintah Cina atas hubungan diplomasi, melainkan dibawa oleh penjajah Barat untuk memenuhi keperluan ekonominya, dengan kebanyakan pendatang itu dijadikan buruh di lombong bijih timah dan sebilangan yang lain mencuba nasib dalam perniagaan.

Mengikut kajian sejarah, Tamadun China telah datang ke dalam Tanah Melayu melalui hubungan perdagangan. Ianya bermula di Jakarta (1619) dan Singapura. Di Singapura lebih pesat pada tahun 1819 selepas pembukaannya oleh Raffles dan pada tahun 1845, hampir separuh dari penduduk Singapura ialah pendatang Cina. Pola penduduk ini juga berlaku di pusat-pusat bandar seperti Pulau Pinang, Melaka dan Kuching. Mereka menjadi sumber buruh di Tanah Melayu dan merupakan modal dalam perkembangan perdagangan import dan eksport antara Barat dan Timur.

Pendatang Cina menjadi sumber buruh apabila sektor perlombongan dan pertanian komersial telah berkembang di Tanah Melayu. Contoh kawasan perlombongan ialah di Larut, Perak dan telah terdapat 40,000 pendatang Cina di sana pada tahun 1873. Selain menjadi buruh di sektor perlombongan, tenaga buruh mereka turut digunakan di ladang lada dan gambir.

Penghijrahan secara besar-besaran telah berlaku apabila Inggeris mengambil alih Pulau Pinang dari Sultan Kedah pada 1786, Singapura dari Sultan Johor pada 1819 dan selepas penubuhan Negeri-Negeri Selat 1826. Migrasi secara bebas dari China telah mendapat galakan dari Kerajaan Selat (Inggeris) dan undang-undang untuk galakan imigran telah ditubuhkan iaitu The Chinese Immigrants dan The Crimpling Ordinance. Jabatan perlindungan Orang Cina turut ditubuhkan bagi melindungi buruh-buruh Cina. Sehinggalah pada 1933, kemasukan orang asing telah dihadkan oleh Ordinan Orang Asing.

(11)

Kemudian mereka menjadi semakin gigih hingga mampu menempa kerjaya dalam perniagaan, pertanian, perlombongan dan lain-lain. Justeru itu, pada pandangan pihak berkuasa Inggeris kadar migrasi mereka selaras dengan pertumbuhan ekonomi.

Pemujaan atau penyembahan roh nenek moyang adalah penting. Penyembahan ini dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali setahun iaitu menjelang Tahun Baru iaitu sepuluh hari sebelum dan sepuluh hari selepas perayaan Cheng Beng dan bila-bila masa terutamanya pada hari ulang tahun kelahiran dan kematian mereka. Pemujaan juga dijalankan semasa sambutan ulang tahun pelbagai dewa dan dewi serta Hari Wesak. Namun begitu, terdapat juga kaum Baba dan Nyonya terutamanya kaum Nyonya yang tidak menjalankan sesetengah upacara pemujaan ini. Mereka akan ke kuil Hindu dengan membawa kelapa dan pisang kepada sami untuk sembahyang, melumurkan debu suci di atas dahi dan membawa pulang seketul arang dari lombong untuk digunakan dalam acara berjalan di atas bara.

Masyarakat Baba dan Nyonya tidak bercakap menggunakan bahasa nenek moyang mereka sebaliknya bercakap menggunakan bahasa Melayu dikenali bahasa Melayu Baba. Mereka akan mencampurkan perkataan dan frasa bahasa Melayu dan bahasa Hokkien. Kadangkala, bahasa Portugis dan Tamil juga dicampuradukkan ke dalam bahasa tersebut. Berbeza dengan masyarakat Baba dan Nyonya Pulau Pinang. Mereka tidak bercakap dan menggunakan budaya Melayu. Sebaliknya, pelbagai jenis bahasa Hokkien walaupun mereka fasih berbahasa Melayu.

Kebanyakan daripada mereka masih mengamalkan adat dan peraturan Cina tradisional tetapi adat dan kebudayaan Melayu masih lagi dominan mempengaruhi kehidupan sosial masyarakatnya. Mereka harus belajar cara terbaik melayan orang-orang yang lebih tua, cara berpakaian yang sempurna dan berkeyakinan serta bagaimana dan bila harus memohon sembah. Mereka juga harus berjalan dengan lemah-lembut dan apabila duduk tidak boleh bersilang kaki.

Makanan kaum ini adalah mengikut cita rasa masakan Melayu, Cina, India dan Serani. Terdapat juga sesetengah hidangan istimewa masyarakat Baba yang dikenali sebagai makanan Nyonya iaitu gabungan masakan Cina dan Melayu tetapi mengikut cara Baba yang tersendiri. Biasanya, masakan Nyonya adalah pedas dan menggunakan banyak cili. Malah mereka sentiasa menyediakan sambal untuk dimasak bersama daging atau ikan atau udang bersama-sama dengan sayur, sup dan nasi sebagai hidangan harian. Mereka juga menggunakan perencah yang biasa digunakan oleh orang Melayu iaitu belacan, asam, buah keras, lengkuas, dan serai di samping bahan masakan orang Cina mengikut kesesuaian jenis makanan.

‘Kuih Ku Merah’ misalnya merupakan kuih kaum Cina yang dibuat dari pulut dan kacang hijau. Ia biasanya dihidangkan semasa anak yang dilahirkan mencapai umur satu bulan. Kuih dodol, kuih karas, dan kuih wajik adalah kuih tradisional Melayu tetapi menjadi hidangan istimewa masyarakat Baba. Kuih mereka yang asal adalah seperti kuih koci dan kuih talam.

Ia dilakukan beberapa minggu sebelumnya, di mana rumah-rumah dibersih, dikemas dan dicat. Kain langsir dan alas meja ditukar baru dan kain ‘chyee kee’ iaitu kain merah yang panjang digantung di hadapan pintu besar sehari sebelum Tahun Baru tiba. Pada malam tersebut, semua anggota keluarga berkumpul bersama untuk makan malam dengan diiringi oleh bunyi petas (mercun) untuk mengirimkan hari terakhir tahun lama. Ia akan dibunyikan sehingga keesokan pagi. Pintu rumah sentiasa dibuka hingga lewat malam untuk ‘menyambut tahun baru’. Membakar petas dan bunyi-bunyi meriah akan mengusir tanda dan niat jahat keluar.

(12)

belum berkahwin akan diberi ‘ang pow’. Pada hari ini, mencuci dan menyapu sampah tidak dibenarkan bagi mengelakkan rezeki baik yang dibawa oleh Tahun Baru diusir keluar. Pada hari kelima belas, perayaan Chap Goh Mei disambut bagi menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina. Bunyi petas akan kedengaran untuk kali yang terakhir. Mereka akan ke kuil-kuil Cina untuk bersembahyang dan membawa pulang abu-abu suci untuk disimpan. Manakala, anak-anak dara akan melemparkan buah limau kedalam sungai dengan harapan untuk mendapat suami yang baik.

Pada peringkat awal, sebelum majlis perkahwinan berlangsung, pihak lelaki akan menghantar wakil bagi merundingkan hal perkahwinan. Pihak perempuan akan menetapkan masa yang tertentu untuk memberikan persetujuan. Pasangan ini tidak dibenarkan berjumpa antara satu sama lain sehingga hari perkahwinan. Pada hari perkahwinan, pengantin perempuan akan memakai baju yang disulam indah, menarik dan berwarna-warni yang dikenali sebagai ‘kuah’.

Pada hari perkahwinan juga hanya pihak lelaki yang akan mengadakan kenduri. Pihak lelaki bersama-samapengantin lelaki akan menjemput pengantin perempuan kerumah persatuan dimana diadakan jamuan the bagi menjalani istiadat perkahwinan mereka. Upacara dimulakan dengan pemberian ‘Chiu-thau’ yang dianggap suci dan disusuli pula dengan ‘Chim-Pong’ apabila kedua-dua pengantin bertemu buat pertama kalinya semasa menziarahi Dewa Syurga, Bumi dan Manusia di hadapan tempat pemujaan khas bertingkat tiga yang dipanggil ‘Sam Kai’.

Pada umumnya, China kaya dengan bahasa. Bangsa Han mempunyai tujuh jenis loghat;

-Loghat Bei Fang Hua atau loghat utara -Dialek Wu

-Dialek Xiang -Dialek Gan

-Dialek Kejia atau Hakka -Dialek Yue atau Kantonese -Dialek Min atau Hokkien

Tulisan Cina dikenali sebagai Hanzi atau tulisan Han. Ada dua jenis tulisan yang utama;

-Wen (gambar-gambar mudah) -Zi (huruf-huruf campuran)

Seni lukis dalam tamadun China merupakan kesenian yang penting kerana mendapat naungan dari istana. Terdapat beberapa jenis seni lukis Cina, antaranya seni potret yang memaparkan dewa-dewi, bangsawan, gadis dan rakyat biasa. Ciri kesenian lukisan Cina ialah dihasilkan secara spontan. Perbuatan spontan ini dibuktikan dengan gerakan berus yang digunakan. Dakwat hitam yang berair membolehkan tangan bergerak dengan lebih bebas dan pantas. Lukisan Cina juga menunjukkan makna sajak.

Pada peringkat awal, dikatakan datang dari Tanah Besar China ekoran daripada hubungan perdagangan kedua-dua belah pihak. Hal ini terbukti dengan penemuan batu bersurat di Campa bertarikh 1039, di Brunei (1048) dan di Laren, Jawa (1082) yang mengatakan Islam datang dari Canton dan Hainan pada kurun ke-9. Mewarisi Cina Peranakan yang dikenali sebagai Baba dan Nyonya. Kebudayaan Baba dan Nyonya mempunyai unsur-unsur kebudayaan Melayu. Bahasa Melayu Baba pula banyak dipengaruhi oleh perkataan Hokkien, salah satu cabang dalam bahasa Cina. Cina Peranakan juga turut dipengaruhi oleh gaya masakan Melayu dan mereka juga biasa makan menggunakan tangan. Malahan, golongan ini menggunakan kebaya dan kain sarong sebagai pakaian mereka seharian.

(13)

kain sutera dan kain kapas, barangan porselin, tembikar dan logam serta makanan seperti kicap, taugeh dan tauhu. Malahan, adat memberi ang pau yang bermaksud sampul merah ketika perayaan Tahun Baru Cina juga diperkenalkan.

Aspek perubatan dan teknologi yang dibawa oleh Tamadun China seperti rawatan akupuntur dan herba adalah sangat mujarab dan bertujuan menyeimbangkan yin dan yang mengikut kepercayaan masyarakat Cina. Perubatan herba Cina menggunakan lebih seribu jenis herba juga dapat mengubati penyakit seperti asma, anemia dan kanser. Teh Cina iaitu teh hijau juga mempunyai banyak khasiat kepada tubuh badan. Dalam bidang teknologi, Tamadun China membawa teknologi membuat gula dari tebu ke Kepulauan Melayu seperti di Jawa selain daripada penghasilan barangan lain seperti kertas, kain, bahan letupan dan lilin.

Referensi

Dokumen terkait

Pada siklus pertama, pembelajaran dalam Penelitian Kemitraan Penggunaan Penilaian Berbasis Kelas untuk Meningkatkan Kualitas Proses dan Hasil Belajar Siswa Kelas IV pada Mata

Dalam perencanaan penentuan Daya mesin yang akan digunakan dalam kapal Dredger ini maka untuk akan dibantu dengan Software Hullspeed yang mana akan

Pekerja Synder, dkk (2008) menjelaskan yang selalu berperilaku aman dengan bahwa iklim keselamatan adalah persepsi mematuhi peraturan keselamatan yang ada pekerja

Itulah kiat-kiat Azmil Mufarricha Fajarani yang akhirnya meraih predikat sebagai wisudawan terbaik jenjang S-1 dalam wisuda Maret 2017 dari Fakultas Perikanan dan Kelautan

ACE Inhibitor dan angiotensin receptor blockers mempunyai efek yang baik pada fungsi renal dan memperbaiki sensitivitas insulin, oleh karena itu ACE Inhibitor dan

Factor  lingkungan sosial juga dapat berperan dalam pengaruh emosional seseorang yang diantaranya pengaruh teman pergaulan, dan apabila teman pergaulannya dan

Secara khusus dalam membahas strategi kemari man Indonesia yang mengiku visi Poros Mari m Dunia gagasan Jokowi, maka untuk menuju ke arah itu Tentara Nasional

Namun, untuk mock up drag load test belum tersedia, oleh karena itu peneliti ingin membuat rancang bangun wind tunnel yang mensimulasikan drag load test