• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sifat Sifat Ahli Tassawur Yang Perlu Dit

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sifat Sifat Ahli Tassawur Yang Perlu Dit"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Sifat-Sifat Ahli Tassawur Yang Perlu Diterapkan Dalam Diri

Imam Al-Ghazali R.A. telah menggariskan 10 sifat Mahmudah/terpuji dan 10 sifat

Mazmumah/tercela di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin tentang menentukan “maqam” di dalam tasawwuf dan merupakan sifat-sifat yang perlu ada dan tidak perlu ada di dalam diri ahli

tasawwuf iaitu : 9. Redha dengan qada’ Allah (رضا)

10. Zikrul Maut (mengingati mati)

SIFAT MAZMUMAH

1. Syarhut Tha’am (banyak makan)

2. Syarhul Kalam (banyak bercakap)

3. Ghadhab ( emarah) (غضب )

4. Hasad (dengki) (حسد )

5. Bakhil (kedekut) (بخيل )

6. Hubbul Jah (kasihkan kemegahan)

7. Hubbud Dunya (kasihkan dunia)

8. Takabbur (sombong) (تكبر)

9. ‘Ujub (bangga diri) (عجب )

10. Riya’(رياء )

1. Taubat(توبة )

Taubat ialah kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat yang tertentu. Taubat juga adalah asas di dalam perjalanan kesufian. Setiap manusia tidak dapat mengelakkan dirinya daripada membuat kesalahan dan terlu a, melainkan manusia yang ma’asum (ter elihara daripada dosa) seperti rasul-rasul dan nabi-nabi. Seseorang itu hendaklah bersungguh-sungguh memelihara diri daripada dosa iaitu dengan memelihara seluruh anggota daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh agama. Syarat-syarat taubat adalah seperti berikut :

1. Meninggalkan maksiat atau perkara dosa tersebut.

2. Menyesal atas maksiat atau dosa yang telah dilakukan.

(2)

4. Mengembalikan hak-hak makhluk yang dizalimi.

5. Memperbanyakkan amal kebajikan.

2. Khauf (Takut) (خوف)

Khauf bererti takut akan Allah S.W.T. iaitu rasa gementar dan rasa gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah S.W.T. serta takut akan kemurkaan-Nya dengan mengerjakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-perintah-Nya. Seseorang itu tidak akan berasa takut kepada Allah S.W.T. jika tidak mengenal-Nya. Mengenal Allah S.W.T. ialah dengan cara mengetahui sifat-sifat ketuhanan dan sifat-sifat-sifat-sifat kesempurnaan bagi zat Allah. Seseorang itu juga hendaklah mengetahui segala perkara yang disuruh dan segala perkara yang ditegah oleh agama Islam. Dengan mengenal Allah S.W.T. dan mengetahui segala perintah dan larangan-Nya, maka seseorang itu akan dapat merasai takut kepada Allah S.W.T. Rasa takut dan gerun kepada Allah S.W.T. akan menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T. dan seterusnya patuh dan tekun dalam mengerjakan perkara yang disuruh dengan hati yang khusyuk dan ikhlas.

3. Zuhud (زهد)

Zuhud bererti meninggalkan dunia melainkan kadar yang patut daripadanya. Sebagai contoh, jika diberikan harta, seseorang itu tidak suka pada harta itu dan rasa menderita apabila mendapatnya. Maka dia tidak mengambil harta tersebut dan menjaga dirinya daripada kejahatan dan gangguan harta tersebut. Zuhud yang sempurna ialah meninggalkan perkara lain selain Allah S.W.T. Dunia ialah tiap-tiap perkara yang tidak dituntut oleh syarak dan ianya sebagai tempat bercucuk-tanam (berbuat kebaikan dan amalan soleh) untuk akhirat yang kekal abadi selama-lamanya. Setiap manusia berkehendak kepada beberapa perkara bagi meneruskan hidup yang mana manusia berkehendak kepada makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain lagi. Oleh itu, sifat zuhud itu adalah mencari keperluan hidup sekadar yang boleh membantu diri untuk beribadah kepada Allah S.W.T. (zuhud orang awam).

4. Sabar (صبر)

Sabar bermaksud menahan diri daripada keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai dan musibah yang melanda seseorang. Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut :

1. Menahan diri daripada keluh kesah dan menahan diri daripada mengadu kepada orang lain daripada Allah S.W.T. ketika berlaku sesuatu bala atau bencana.

2. Menahan diri dalam mengerjakan segala perintah Allah.

3. Menahan diri dalam meninggalkan segala larangan Allah.

(3)

dirinya adalah kehendak Allah yang tidak dapat dielak lagi. Begitulah juga orang yang taat kepada Allah tidak akan merasa susah dalam mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.

5. Syukur (شكر)

Syukur bermaksud mengaku dan memuji Allah atas nikmat yang diberikan dan menggunakan segala nikmat itu untuk berbuat taat kepada Allah S.W.T. Tiap-tiap nikmat yang diberi oleh Allah S.W.T. kepada makhluk-Nya adalah dengan limpah kurnia-Nya semata-mata, seperti nikmat kesihatan, kekayaan, kepandaian dan sebagainya. Oleh yang demikian, kita hendaklah bersyukur dan berterima kasih atas nikmat-nikmat tersebut yang diberikan oleh Allah kepada kita. Setiap nikmat juga hendaklah disyukuri kerana orang yang tidak berterima kasih adalah orang yang tidak mengenang budi. Oleh itu, hendaklah digunakan nikmat-nikmat Allah itu untuk menambahkan ibadah kepada Allah dan sangatlah keji dan hina menggunakan nikmat-nikmat itu untuk menderhakai Tuhan yang memberi nikmat kepada manusia.

6. Ikhlas (إخلاص)

Sifat ikhlas ialah menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan semata-mata kerana Allah S.W.T. dan diqasadkan (niat) untuk menjunjung perintah Allah semata-mata serta membersihkan hati dari dosa riya’, ujub atau ingin akan ujian manusia. Setia ekerjaan yang dilakukan hendaklah dibersihkan daripada sesuatu tujuan yang lain daripada taat kepada perintah Allah S.W.T. Ikhlas pada tauhid itu bermakna tidak menyekutukan Allah. Kita hendaklah

membersihkan niat kita daripada sebab-sebab yang lain dari sifat-sifat yang keji (sifat

mazmumah) se erti riya’, ujub, inginkan kemasyhuran dan lain-lain lagi. Tetapi jika orang yang beramal kerana mengharapkan syurga dan takutkan neraka maka dia ikhlas dalam beramal. Ikhlas pada amal ialah bahawa syaitan tidak melihat kepadanya dan tidak dilihat oleh malaikat lalu ditulis amalannya itu. Dalam meninggalkan larangan Allah S.W.T. hendaklah diniatkan untuk taat kepada Allah semata-mata bukan kerana malu kepada makhluk atau sebagainya.

7. Tawakkal (توكل)

Tawakkal ialah menetapkan hati dan berserah kepada Allah pada segala perkara yang berlaku serta jazam (putus) pada iktiqad bahawa Allah S.W.T. yang mengadakan dan memerintahkan tiap-tiap sesuatu. Tidak berpaling hati itu kepada yang lain daripada Allah walau apa pun yang berlaku. Berserah kepada Allah pada segala perkara itu hendaklah disertakan dengan ikhtiar dan usaha kerana Allah dan Allah menjadikan sesuatu mengikut sebab-sebabnya, seperti dijadikan pandai kerana belajar, dijadikan kaya kerana rajin berusaha dan sebagainya.

. Kasih ke ada Allah ( )

(4)

9. Redha dengan qada’ Allah (رضا)

Redha dengan qada' Allah ialah menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T sama ada berbentuk nikmat atau berbentuk musibah (malapetaka). Di dalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah S.W.T. iaitu mereka memuji Allah (bertahmid) dalam keadaan yang susah atau senang. Rasulullah S.A.W. bersabda apabila memperolehi kegembiraan :

Baginda berkata : " Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah

kebaikan ". Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan : " Segala puji bagi Allah atas segala perkara ". Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah S.W.T. dijelaskan di dalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud : " Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentakdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " .

(Riwayat Muslim)

Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah S.W.T. ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandarkan kepada dua pengertian :

Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah S.W.T. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi diri Allah kerana bagi Allah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.

Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah S.W.T. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

" Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ".

(Riwayat Muslim)

10. Zikrul Maut (mengingati mati) (ذكر الموت)

(5)

keinginannya, sudah pasti hatinya lalai dari mengingati mati. Barang yang berharga pada orang mukmin itu adalah mati kerana mati akan melepaskan diri mereka dari azab menahan nafsu syahwat kepada dunia dan lalai kepada akhirat.

Rujukan

Prof. TK. H. Ismail Yakub MA –SH. (1992). Ihya’ Ulumiddin Imam Ghazali, Jil. 4, Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.

Referensi

Dokumen terkait

Pada suhu yang lebih rendah daripada suhu yang dikehendaki tanaman bawang merah, pembentukan umbi akan terganggu atau umbi terbentuk dengan tidak sempurna..

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui perbedaan angka prevalensi sindroma metabolik dan komponennya pada penderita psoriasis dan kontrol yang tidak menderita psoriasis,

Secara kualitatif bahwa pelaksanaan pembelajaran dengan pendekatan saintifik sudah sangat baik hal tersebut dapat dilihat dari pelaksanaan dari langkah-langkah dalam

Proses produksi adalah metode atau teknik untuk membuat suatu barang atau jasa bertambah nilainya dengan menggunakan sumber tenaga kerja, mesin, bahan baku, bahan tambahan dan

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk menentukan kebutuhan luas area gudang produk jadi dan merancang tata letak usulan gudang produk jadi, yang dapat mempermudah proses

Menurut Undang-Undang RI Nomor 10 Tahun 1998 tanggal 10 November 1998 tentang Perbankan, yang di maksud dengan BANK adalah “badan usaha yang menghimpun dana dari

Berdasarkan fokus penelitian diatas, maka untuk memahami lebih mendalam dan komprehensif terhadap fenomena yang terjadi, peneliti memusatkan perhatian pada strategi

Dari kisah Awu Wukha itu dan dari batu-batu yang masih kokoh berdiri, saya jadi mengetahui bahwa batu-batu megalitik didirikan terkait dengan pengukuhan status seseorang, bukan