• Tidak ada hasil yang ditemukan

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH UN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH UN"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Perancangan Akademik

JMS 212/4

SEJARAH ASIA

TENGGARA

TRADISIONAL

Sidang Akademik 2017/2018

KELAS WEBEX

WEBEX Tarikh Jam

Perjumpaan 1

Perjumpaan 2

Perjumpaan 3

Perjumpaan 4

Perjumpaan 5

Perjumpaan 6

(Tarikh dan masa kelas sidang video perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual kuliah Sidang Video Sidang Akademik 2017/2018 yang telah dimuat turun

(2)

JMS 212/4 - SEJARAH ASIA TENGGARA TRADISIONAL

PENGURUS KURSUS: DR. AHMAD JELANI HALIMI

PENGENALAN

Diucapkan salam bahagia kepada para pelajar yang mengambil kertas JMS 212 : Sejarah Asia Tenggara Tradisional. Semoga dengan pemilihan kertas ini saudara/saudari bukan sahaja akan mengetahui sejarah awal Asia Tenggara, bahkan akan dapat memahami identiti kita sendiri di tengah-tengah gelombang kedatangan pengaruh-pengaruh asing dari semasa ke semasa. Masalah yang patut dipersoalkan di sini ialah tentang ciri keaslian identiti peribumi, dan sejauh manakah sumbangan pengaruh asing dalam pembentukan identiti penduduk Asia Tenggara. Di sinilah timbulnya kepentingan pendekatan (approach) yang sesuai dalam kajian tentang sejarah awal Asia Tenggara, agar pandangan kita menepati matlamat kursus ini.

PENDEKATAN

Dalam mengkaji kursus ini, beberapa pendekatan harus diketahui, dan seterusnya memilih pendekatan mana yang dianggap lebih sesuai dalam konteks sejarah Asia Tenggara tradisional. Dalam perspektif dikotomi, sudah tentu terdapat dua pendekatan yang saling bercanggah antara satu sama lain, iaitu pendekatan tradisi dan pendekatan moden. Mengenai pendekatan tradisi, yang ditekankan ialah keunggulan tradisi asli atau peribumi, walaupun didatangi berbagai-bagai unsur dan pengaruh asing. Sedangkan pendekatan moden pula menekankan unsur-unsur pengaruh baru, terutama pengaruh Barat. Dengan penekanan kepada pengaruh Barat moden ini, dengan sendirinya pengaruh tradisi dianggap rendah dan mundur. Di tengah-tengah pendekatan yang ekstrim inilah terdapat pendekatan gabungan kedua-duanya, yang dikenali sebagai pendekatan tradisi dan perubahan (tradition and change). Melaluli pendekatan ini, diharapkan berlaku penilaian yang lebih adil dan saksama terhadap pengaruh lama dan baru.

MATLAMAT KURSUS

Kursus ini pada amnya ingin memberi pendedahan kepada para pelajar tentang sejarah awal Asia Tenggara, yang bukan sahaja menyentuh tentang aspek politik dan kenegaraan bahkan merangkumi aspek-aspek kebudayaan dan tamadunnya. Tetapi secara khususnya kursus ini bertujuan cuba mendalami ciri dan identiti penduduk Asia Tenggara sendiri, iaitu sama ada identitinya benar-benar asli ataupun cuma dipengaruhi oleh unsur-unsur tamadun asing, ataupun kedua-duanya sekali.

(3)

mendapat hakikat ilmu tentang sesuatu. Jadi gabungan antara matlamat jangka-pendek dan matlamat jangka-panjang ini hendaknya dapat membuka minda dan kesedaran terhadap kepentingan kursus ini.

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini mengandungi tiga bahagian besar, yang membincangkan topik-topik seperti berikut :

Bahagian Pertama :

TRADISI ASLI

1. Teori Prasejarah

Membahaskan antara lain masalah konsep prasejarah, kaedah prasejarah, dan kaedah pentarikhan.

2. Kepercayaan Asli

Membahaskan teori-teori kepercayaan asli menurut pandangan sarjana Barat dan Timur, serta kesesuaiannya dalam konteks Asia Tenggara.

3. Kebudayaan Asli

Membahaskan perkembangan kebudayaan asli menurut teori para sarjana sejarah dan arkeologi, yang biasanya mengandungi Zaman Airbatu, Zaman Batu, dan Zaman Logam.

4. Perdagangan awal dan pembentukan negara.

Bahagian Kedua :

PENGARUH INDIA

1. Proses Pengindiaan

Membincangkan tentang perhubungan awal India dengan Asia Tenggara, serta peranan dua-hala dalam proses pengindiaan di Asia Tenggara ini.

2. Pengarauh India : Kerajaan

Membincangkan tentang kemunculan kerajaan-kerajaan awal di Tanah Besar, Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Jawa dan Bali, Borneo dan Filipina.

3. Pengaruh India : Kepercayaan

(4)

4. Pengaruh India : Kebudayaan

Pembahasan tentang masalah ini akan meliputi aspek-aspek Politik, Sosial, Ekonomi, Kesenian dan Hiburan, Pendidikan dan Bahasa, serta Sastera dan Ilmu Pengetahuan.

Bahagian Ketiga :

PERDAGANGAN DAN PERKAPALAN ASIA TENGGARA

1. Perdagangan dan perkapalan awal Asia Tenggara.

2. Perdagangan dan perkapalan Melayu di Selat Melaka selepas runtuhnya Kerajaan Melayu Melaka.

3. Perdagangan dan pelanunan.

Bahagian Empat:

PENGARUH ISLAM

1. Proses Pengislaman

Selepas berlakunya perhubungan awal di antara dunia Arab dengan Asia Tenggara, berlakunya proses pengislaman yang melalui beberapa tahap atau peringkat yang tertentu.

2. Pengaruh Islam : Kerajaan

Membahaskan tentang kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu-Islam di Sumatera, Jawa, Maluku, Sulawesi, Filipina, Semenanjung Tanah Melayu , dan Tanah Besar.

3. Pengaruh Islam : Kepercayaan

Membahaskan tentang latar-belakang ajaran Islam tentang Aqidah, serta pengaruhnya di Nusantara.

4. Pengaruh Islam : Kebudayaan

Pembahasan tentang masalah ini meliputi aspek-aspek Politik, Sosial, Ekonomi, Kesenian dan Hiburan, Pendidikan dan Bahasa, serta Sastera dan ilmu pengetahuan.

BAHAN-BAHAN BACAAN

Bacaan Asas

Abdul Rahman Hj. Abdullah, 2003. Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara, Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Abdul Rahman Hj. Abdullah. 1995. Falsafah Alam Semesta di Nusantara. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

(5)

Bacaan Tambahan

Al-Attas, S.M.N. 1972. Islam Dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu,

UKM, Bangi.

BHM Vlekke. 1967. Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dawee, Daweewarn, 1982. Brahmanism in Southeast Asia, New Delhi: Sterling Publishers.

Hooker, M.B. 1983. Islam in Southeast Asia, Leiden: E.J.Brill.

Ismail Hussein, Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981.

James L. Peacock, Indonesia: An Anthropological Perspectives. California: Goodyear Publishing Co., Inc., 1973.

John F. Cady, Southeast Asia: Its Historical Development. New Delhi: Tata MacGraw-Hill Publishing Co. Ltd., 1976.

K.P. Landon, Southeast Asia: Crossroad of Religions. Chicago: Chicago University Press, 1949.

Kenneth R. Hall, Maritime Trade and State Development in Early Southeast Asia. Sydney: George Allen & Unwin, 1985.

Majumdar, R.C. 1979. India and Southeast Asia, Delhi: B.R.Pub. Corp.

Mohd. Dahlan Mansoer, 1979. Pengantar Sejarah Nusantara Awal, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Mohd. Supian Sabtu, 2002. Tamadun Awal Lembah Bujang. DBP, Kuala Lumpur.

Mohd. Taib Osman, Malay Folk Beliefs. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989.

Muhammad Yusuf Hashim, Kesultanan Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989.

Nicholas Tarling, ed. The Cambridge History of Southeast Asia, From Early Times to c. 1800, vol. 1. Cambridge: Cambridge University Press, 1992.

Paul Wheatley, The Golden Khersonese. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 1980.

(6)

Quaitch Wales, H.G. 1976. The Malay Peninsula in Hindu Times, London: Bernard Quaitch.

R. Soekmono, Pengantar Sejarah Kebudayaan Indonesia, jld. 1-3. Jakarta: Yayasan Kanisius, 1973.

R.C. Majumdar, Hindu Colonies in the Far East. Calcutta: Firma K.L. Mukhopaday, 1963.

Reginald LeMay, The Culture of Southeast Asia: The Heritage of India. London: George Allen & Unwin, 1964.

RO Winstedt, The Malays: A Cultural History. Singapore: Graham Brash Ltd., 1981.

Slametmuljana, A Story of Majapahit. Singapore: Singapore University Press, 1976.

Smith R.B. & Walson W. (ed). 1979. Early Southeast Asia, New York: Oxford University Press.

Zakaria Ahmad, Sekitar Kerajaan Aceh 1520-1675. Medan: Penerbit Monora, 1972.

Zalila Sharif, et, al. (eds), Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993.

Anthony Reid, 1988. Southeast Asia in the Age of Commerce, 1450 – 1680, Jilid Satu & Dua, New Haven: Yale University Press.

Ahmad Jelani Halimi, 2013, Undang Laut Melayu, Undang-Undang Perahu, Undang-Undang-Undang-Undang Belayar, Kuala Lumpur: DBP.

KEPERLUAN KURSUS

a) Kerja Kursus - 40%

Kerja kursus ini terbahagi dua;

i) Tugasan: Sebuah esei sepanjang 8 – 10 halaman – bernilai 20%. Soalan esei dilampirkan.

ii) Ujian: Soalan Esei (4 soalan- Jawab 1 sahaja) – bernilai 20%. Ujian akan diadakan semasa kursus intensif.

b) Peperiksaan Akhir - 60%

(7)

KELAS WEBEX

Kursus ini mempunyai 6 slot webex iaitu 3 slot sebelum Kursus Intensif dan 3 slot selepas Kursus Intensif.

Dalam siri-siri telesidang yang akan diadakan, pada umumnya ia bercorak perbincangan atau tutorial tentang topik-topik tertentu. Bagaimanapun dalam keadaan tertentu, ia boleh juga bercorak kuliah apabila timbul masalah-masalah penting yang ingin ditekankan secara serius.

KURSUS INTENSIF

Kursus Intensif bermula dari 22 Januari – 10 Februari 2017. MULA SIDANG AKADEMIK 2017/2018, KELAS BERSEMUKA SEMASA KURSUS INTENSIF DIBATALKAN DAN IA AKAN DIGANTIKAN DENGAN RAKAMAN WEBEX SEBANYAK 4 JAM.

Selamat belajar dan terus berjaya!

(8)

Lampiran Tugasan

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Sidang Akademik 2017/2018

JMS 212/4 - Sejarah Asia Tenggara Tradisional

Dr. Ahmad Jelani Halimi

TUGASAN

Anda dikehendaki menulis sebuah esei sepanjang 8 – 10 halaman kertas A4

tentang salah satu tajuk berikut:

1. Bincangkan tentang kepercayaan-kepercayaan masyarakat Jawa sebelum dipengaruhi agama Islam.

2. Bincangkan peranan Srivijaya dalam perdagangan Timur-Barat dari abad ke-6.

3. Bincangkan perhubungan antara kerajaan Majapahit dengan kerajaan-kerajaan Melayu di Semenanjung sebelum lahirnya Melaka.

4. Sejauh mana benarnya pandangan yang mengatakan Melaka telah wujud sejak pertengahan abad ke-13 lagi?

5. Bincangkan tentang sejarah masuknya Islam ke Tanah Melayu.

6. Pihak Barat menuduh bahawa semua raja-raja Melayu di sekitar Selat Melaka adalah ‘kepala lanun’ pada abad ke-19. Sejauh mana benarnya tuduhan ini?

PENTING:

1. Semua tugasan hendaklah ditaip di atas kertas A4 atau cetakan komputer. Tulisan tangan tidak akan diperiksa.

2. Setiap tugasan adalah tugsan individu dan hendaklah disertakan dengan nota kaki/belakang dan bibliografi.

3. Semua tugasan hendaklah sampai ke PPPJJ selewat-lewatnya pada 31 DISEMBER 2017. Tugasan yang lewat tidak akan

Referensi

Dokumen terkait

(Wikipedia). Pesan dalam komunikasi dapat bersifat informative, persuasive, dan cursive. Komunikasi pendamping dalam melakukan perannya baik sebagai peranan dalam upaya

Lampiran 13 Tabel kesesuaian antara landasan penyusunan Kurikulum Tingkat Satuan Pendidikan (KTSP) dari Badan Standar Nasional Pendidikan (BSNP) dengan landasan

Untuk itu penulis tertarik untuk membuat Iklan layanan Masyarakat Bertema bahaya narkoba dengan unsur 2D yang bertujuan untuk menyampaikan pesan bagaimana bahaya narkoba bagi

Peraturan hukum tentang pelayanan publik terkait SIMKAH secara khusus diatur dalam keputusan Direktur Jenderal Bimbingan Masyarakat (Dirjen Bimas) Islam Nomor

 Fu Mu Bang, aplikasi untuk aktivitas parenting memiliki momentum pertumbuhan yang tinggi dengan kepemilikian lebih dari 1,7 juta pelanggan pada akhir 2016. Bonnie Bears Armor

Pada bangunan terjun dan bangunan got miring di saluran irigasi tersimpan potensi sumberdaya air yang dapat dimanfaatkan untuk pembangkit listrik tenaga air skala kecil. Debit

[r]

ketika PDII mengembangan Web 2.0.. saat ini layanan online sudah menjadi ke- butuhan utama jasa-jasa di PDII, seperti jasa meja informasi, jasa penelusuran informasi, jasa