BAB 5
Inspirasi Khutbah
RASULULLAH
bab
05
KHUTBAH
Pengharaman Alat Muzik dan Arak
KHUTBAH 15
Abu Umamah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: “Allah mengutuskan saya semata-mata sebagai petunjuk dan rahmat kepada orang Mukmin. Dia menyuruh saya mengetepikan alat muzik, nyanyian, alat muzik bertali, salib dan perkara-perkara jahiliah. Tuhanku bersumpah atas kemuliaan dan keagungan-Nya bahawa siapa dengan sengaja meminum seteguk air arak di dunia ini, pasti Allah menuangkan nanah yang bercampur dengan darah kepadanya pada hari Kiamat sebagai ganti arak. Sama ada sebagai orang yang diampuni atau orang yang diazab. Sekiranya seorang meninggalkannya semata -mata kerana takut kepada-Ku, pasti Aku memasukkannya ke dalam syurga. Tidak dihalalkan menjualnya, membelinya, memperniagakannya dan wang jualannya adalah haram.”
(Direkodkan oleh Abu Daud dan Ahmad)
“Kuasa taubat, menghapuskan segala dosa.”
Tidaklah aku tinggalkan semua ini melainkan demi mendapatkan kasih sayang -Mu wahai Allah. Terimalah
taubatku!
Dosa dan Maksiat
bab
05
KHUTBAH
Rasulullah sebagai Rujukan Umatnya
• Allah mengutuskan seorang manusia yang mempunyai keperluan yang sama dengan manusia lain bagi membimbing mereka menjalani hidup di dunia.
• Sekiranya diutuskan seorang malaikat sebagai panduan manusia, tentu mereka tidak dapat menerimanya.
• Sebagai seorang manusia, Rasulullah SAW juga makan dan minum, tidur dan bekerja, serta berkahwin. Apa yang dialami oleh Baginda ketika hidupnya adalah rujukan berguna kepada kita dalam mencari keredhaan Allah dalam pelbagai aspek kehidupan.
Larangan Alat Muzik
• Allah melarang daripada perkara yang melalaikan manusia daripada mengingati-Nya dan menjerumuskan diri mereka dalam kancah kebinasaan.
• Walaupun terdapat ilmuwan Islam yang mengharuskan muzik, tetapi industri hiburan dan muzik yang ada pada hari ini lebih menjerumuskan manusia kepada kelalainan dan kemusnahan.
• Pergaulan bebas, perzinaan, dadah dan ajaran sesat adalah antara kerosakan yang ditawarkan industri ini kepada peminat-peminatnya.
15
KHUTBAH
Inspirasi Khutbah
RASULULLAH
bab
05
KHUTBAH
16
Larangan Minum Arak
• Allah mengharamkan semua minuman yang memabukkan dan mereka yang melanggar larangan-Nya diancam dengan azab neraka.
• Pengharaman arak bukan hanya kepada orang yang meminumnya sahaja, bahkan juga mereka yang terlibat dalam menghasilkan dan menyediakan arak.
• Gaji atau upah yang diperoleh daripada bekerja di kilang arak, menghidangkan arak, menjual arak dan membawa arak adalah haram.
• Arak adalah maksiat yang lebih hina dibandingkan dengan maksiat yang lain seperti mencuri, zina dan membunuh. Ini kerana, arak menyebabkan seorang itu hilang kemampuannya berfikir hingga sanggup melakukan apa-apa sahaja dosa-dosa besar yang lain seperti berzina dan membunuh.
• Oleh itu, arak dianggap sebagai punca atau ibu segala maksiat.
Allah Kasih kepada Hamba-Hamba-Nya
yang Meninggalkan Maksiat kerana
Mengharapkan Kasih Sayang-Nya
• Allah yang Maha Pengampun sentiasa bersedia memaafkan dosa orang yang
melakukan maksiat tetapi kemudiannya berhenti semata-mata kerana
mengharapkan redha Allah terhadapnya.
• Walau sebesar mana pun dosa yang dilakukan oleh hamba-hamba-Nya, Allah bersedia mengampunkan dan memasukkan mereka ke dalam syurga sekiranya mereka sedia
bertaubat.
TAUBAT
menghapuskan
DOSA,
sebagaimana
PEMADAM
menghilangkan
TULISAN.
Dosa dan Maksiat
bab
05
KHUTBAH
Dosa Meninggalkan Kesan dalam
Hati
KHUTBAH 16
Huzaifah r.a. menceritakan, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Dosa-dosa yang dilakukan akan dibentangkan pada penghujung hari seperti sehelai tikar. Apabila hati dimasuki dosa, ditoreh satu titik hitam padanya. Hati yang mengingkari dosa-dosa, ditoreh satu titik putih. Sehingga hati menjadi dua jenis;
Hati yang putih seperti batu karang, tidak ada dosa yang menimbulkan kemudaratan kepadanya selagi masih ada langit dan bumi.
Hati yang hitam kelam seperti cangkir yang terbalik. Ia tidak mengenal perkara yang makruf dan tidak mencegah kemungkaran, melainkan hanya mengikut hawa nafsunya,”
Huzaifah berkata kepada Umar, “Antara dirimu dan dosa-dosa itu, terdapat pintu yang
tertutup, tetapi ia akan segera terkopak.”
Umar berkata, “Terkopak? Aku tidak mempedulikan kamu. Sekiranya pintu itu terkopak, ia perlu segera ditutup kembali.”
16
Inspirasi Khutbah
RASULULLAH
bab
05
KHUTBAH
Dosa Merosakkan Hati
• Dosa dan maksiat yang dilakukan seorang hamba akan menjejaskan hati hingga akhirnya ia mati.
• Sebagaimana tubuh, hati juga boleh cedera disebabkan oleh dosa-dosa yang mencalar dan melukakan hati. Semakin banyak dosa dilakukan, hati semakin parah.
• Dosa besar dan dosa kecil, kedua-duanya memberikan kesan kepada hati.
• Antara maksiat yang menjejaskan hati:
i. Syirik kepada Allah dengan meletakkan pergantungan kepada makhluk lain sama ada manusia seperti pemimpin atau orang kaya, atau benda seperti wang ringgit dan harta.
ii. Mengikut hawa nafsu hingga melanggar larangan Allah dan meninggalkan suruhannya. Secara umumnya, orang yang kerap
meninggalkan arahan Allah seperti solat dan puasa, akan cenderung untuk melakukan larangan Allah
seperti mencuri, berbohong dan berzina. Begitu juga, orang yang melakukan maksiat,
tidak akan teragak-agak meninggalkan kewajipannya.
iii. Penyakit nifak yang lain daripada hati yang sakit dan lemah. Oleh itu, orang yang memakan harta anak yatim dan menimbunkan harta dengan jalan ribu juga adalah orang sombong, bongkak, tamak dan kedekut.
“
Orang yang kerap
“
meninggalkan
arahan Allah akan
cenderung melakukan
larangan-Nya. Begitu
juga, orang yang
melakukan maksiat,
tidak akan
teragak-agak meninggalkan
kewajipannya.
16
Dosa dan Maksiat
bab
05
KHUTBAH
Taubat Penawar bagi Hati yang Sakit
• Apa pun maksiat dan dosa yang dilakukan sama ada yang kecil atau yang besar, hanya taubat dapat membersihkan semua dosa ini dan mengubati kembali hati yang parah menderita.
• Hati juga boleh dibersihkan dengan beberapa cara:
i. Mengerjakan semua kewajipan ibadah yang diberikan kepada manusia seperti solat fardu, puasa Ramadhan dan menunaikan haji.
ii. Membiasakan diri dengan ibadah-ibadah sunat seperti solat -solat sunat, puasa sunat, sedekah dan umrah.
iii. Baiki hati yang rosak dengan kasih sayang sesama manusia. Berasa belas kepada mereka yang lemah dan memerlukan dan menghormati mereka yang lebih tua dan berjawatan.
ﮋ ﮊ ﮉ ﮈ ﮇ ﮆ ﮅ ﮄ ﮃ ﮂ ﱹ
ﱸ ﮐ ﮏ ﮎ ﮍ ﮌ
Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepadamu pengajaran daripada Tuhanmu, dan penawar bagi penyakit yang ada di dalam dadamu, dan petunjuk, serta rahmat bagi orang yang beriman.
(Surah Yunus, ayat 57)
Allah kalaulah aku boleh bersabar dan tidak terburu
-buru mengikut nafsu.
Atas kesalahan membunuh dengan niat terhadap seorang lelaki tua yang melanggar kereta
kamu secara tidak sengaja, anda didapati bersalah dan akan
dikenakan hukuman penjara seumur hidup.
-Hakim-Hapuskan dosa-dosa lalu dengan taubat dan
penyesalan.
Inspirasi Khutbah
RASULULLAH
bab
05
KHUTBAH
Pembunuh dan Mangsa
Ditempatkan di dalam Neraka
KHUTBAH 17
Abu Hurairah r.a. melaporkan, Rasulullah SAW bersabda:
“Sekiranya dua orang Islam saling menghulurkan pedang antara satu sama lain, maka siapa yang membunuh dan yang terbunuh dimasukkan ke dalam neraka.”
Ada yang bertanya, “Wahai Rasulullah! Selayaknya seorang pembunuh mendapat balasan. Tetapi
mengapakah yang dibunuh juga mendapat balasan.” Baginda menjawab, “Kerana dia juga mahu membunuh rakannya.”
(Disepakati riwayatnya oleh al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah dan an-Nasa'i)
Dosa dan Maksiat
bab
05
KHUTBAH
Pembunuhan adalah Dosa yang
Membawa ke Neraka
• Hadis ini menunjukkan bahawa pembunuhan adalah dosa besar yang amat dikecam Allah dan menjadi punca seorang itu dihumbankan ke neraka jahanam.
• Islam memelihara dan menghargai nyawa setiap manusia dan mengharamkan pembunuhan ke atas orang yang tidak berdosa. • Pembunuhan adalah kesalahan jenayah yang mewajibkan
hukuman qisas atau hukuman balas daripada waris mangsa. Sekiranya waris mangsa sepakat memaafkan pembunuh itu, pembunuhan balas tidak dilakukan tetapi digantikan dengan diyat, iaitu bayaran dalam jumlah tertentu yang perlu dibayar oleh pembunuh kepada waris-waris mangsa.
Mangsa yang Dibunuh juga Berdosa
• Sekiranya dua pihak saling berbunuhan antara satu sama lain atas sebab yang tidak harus seperti kerana dendam atau pergaduhan, kedua-dua pihak berdosa.
• Pembunuh berdosa kerana membunuh orang yang tidak bersalah. • Mangsa yang dibunuh juga berdosa kerana berniat untuk
membunuh lawannya. Dia dihukum atas niat jahatnya untuk membunuh orang yang tidak bersalah atas sebab-sebab yang tidak diharuskan syarak.
Rampasan kuasa yang dilakukan dengan bantuan pasukan tentera dan polis Mesir adalah pengkhianatan terhadap
kerajaan Muhammad Morsi yang dipilih oleh rakyat Mesir secara demokrasi. Pembunuhan rakyat Mesir yang mempertahankan maruah negara mereka adalah dosa besar.
17
Khutbah
Inspirasi
Inspirasi Khutbah
RASULULLAH
bab
05
KHUTBAH
Berperang dan Berbunuhan Demi
Mempertahankan Diri, Keluarga, Harta dan Negara
adalah Wajib
• Hadis ini tidak menunjukkan bahawa semua penentangan atau pembelaan daripada kekejaman orang lain juga dianggap berdosa.
• Sebaliknya, bermati-matian mempertahankan diri, ahli keluarga, harta dan negara adalah wajib dan mendapat ganjaran syahid. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW:
Siapa dibunuh kerana mempertahankan
hartanya, ia adalah syahid. Siapa dibunuh
kerana mempertahankan darahnya, ia
adalah syahid. Siapa dibunuh kerana
mempertahankan agamanya, ia
adalah syahid. Siapa dibunuh kerana
mempertahankan keluarganya, ia adalah
syahid.
(Laporan Amr bin Nufail: Sunan Abu Daud
dan Sunan al-Tirmizi)
“
“
Mempertahankan tanah air daripada pemerintah yang zalim
dan membunuh rakyat sendiri sebagaimana yang berlaku di Syria adalah wajib dan jihad yang
memungkinkan syahid.
KHUTBAH
Dosa dan Maksiat
bab
05
KHUTBAH
Pengharaman Senjata Pemusnah Besar-Besaran
• Sekiranya menggunakan senjata seperti pedang sahaja sudah diharamkan kerana boleh menyebabkan kecederaan dan kematian orang tidak berdosa, sudah tentu penggunaan senjata -senjata berat yang membunuh beribu-ribu manusia juga adalah haram.
• Penggunaan senjata-senjata pemusnah seperti bom kimia, bom atom dan bom nuklear menyebabkan kematian beratus-ratus ribu orang yang tidak berdosa, dan mencederakan berjuta-juta yang lain. Ia juga menyebabkan kemusnahan terhadap alam sekitar hingga memakan masa bertahun-tahun untuk dipulihkan.
Perang Dunia Kedua yang berlangsung sejak 1939 hingga
1945 telah menyebabkan kemusnahan yang dahsyat kepada manusia seluruh dunia. Dianggarkan
72,000,000 mangsa dikorbankan demi kerakusan pihak tertentu bagi
menakluki negara lain.