• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesan campuran media ke atas pertumbuhan rumput tikar (Axonopus compressus)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kesan campuran media ke atas pertumbuhan rumput tikar (Axonopus compressus)"

Copied!
27
0
0

Teks penuh

(1)KESAN CAMPURAN MEDIA KE ATAS PERTUMBUHAN RUMPUT TIKAR (Axonopus compressus). ZAHRATUL AIN BINTI JAMAL. DISERTASI INI KEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PERTANIAN DENGAN KEPUJIAN. PROGRAM HORTIKULTUR DAN LANDSKAP SEKOLAH PERTANIAN LESTARI UNIVERSm MALAYSIA SABAH. 2016.

(2) PUMS 99: 2. UNIVERSITIMALAYSIASABAH BORANG PENGESAHANTESIS. JUDUL:"7F=m3--Or' 48flN R.Uivi" 'fl 1-A-R. CAMPuPA~N mEDM CAxöraoQus compeKusý. Pýä11JMýu ý. XE 1tT1ý.4 .. BARcTXNfl fAUIDfl SPVINS PMW1NIKN IJAZAH:S3NaA, H ). Y-EP(AcTl A-N C HCiTtý-ut'luR IOA-N "N Br--A-1D SAYA : 074{} RaTU L. AIR. I91Pfi1. dAmA-l " SESIPENGAIIAN :. OtTtýN. OM13. /z. 01 -+. (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis'(LPSM/Sarjana/Doktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Sabah. 2. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian 4.. tinggi. Sila tandakan (/). I. I. SULZT. (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di AKTA RAHSIARASMI 1972). O. TERHAD. (Mengandungi maklumat TERHADyang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). 1/I. TIDAK TERHAD Disahkan oleh:. ý. (TANDATANGANPENULIS) AlamatTetap: Hr'o I61-A,. l-eRoN4, rneHo ol"N k-cA `tEt{ 4A N0 6bo00 _ KwR-cter, ä'oltoR'. NURULAINBlNTI ISMý L P STAKAWANKANA h RSITIMALAYSIAS P&P. (TANDATANGANPUSTAKAWAN. MOHR. LASSIM PROF. OR. MOHAMMAD BIN PFNSYARAH. TARIKH: Catatan: "Potong yang tidak berkenaan. "Jika tesis ini SUUT dan TERHAD,sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. "Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana Secara Penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara keda kursus dan Laporan Projek Sadana Muda (LPSM)..

(3) PENGAKUAN. Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasanyang setiap satunya telah sayajelaskan sumbernya.Sayajuga mengakuibahawa disertasi ini tidak pernah atau sedang dihantar untuk perolehi ijazah dari universiti ini atau manamana universitiyang lain.. ZAHRATUL AIN BINTI JAMAL BR13110192 13 JANUARI2017. 11.

(4) DIPERAKUI OLEH. 1. Prof. Dr. MohammadBin Mohd Lasim PENYELIA PROF. DR. MOHAMMAD BIN MOHD. LASSIM PENSYARAH FAKULTI PERTANIAN LESTARI UMS KAMPUS SANDAKAN. 2. Prof. Dr. Abd RahmanBin Milan PENYELIABERSAMA PROF.DR. ABC)RAHMAN MILAN PENSYARAH FAKULTIPERTANIANLESTARI UMS KAMPUSSANDAKAN. iii.

(5) PENGHARGAAN. Saya ingin merakamkan setinggi penghargaankepada Allah atas keizinan-Nya untuk saya menyiapkan projek serta kertas kerja yang telah saya jalankan. Selain dari, saya juga ingin mengucapkansetinggi penghargaanjuga kepada semua yang telah banyak menyumbangkantenaga clan ilmu dalam penaklukan saya untuk menyiapkan kertas kerja ini sehinggaberjaya. Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyelia dan pembantu penyelia saya, Prof. Dr. Mohammad Bin Mohd Lasim dan Prof. Dr. Abd Rahman Bin Milan, mereka yang telah banyak membantu saya serta memberi nasihat yang membina mengenai kerja saya, cadanganyang berharga, galakan berterusan di pelbagaiperingkat penyediaankertas kerja ini. Penghargaanjuga ditujukan kepada semua tenaga pengajar dan kakitangan yang secaratidak langsung membantu saya dalam menjayakanprojek penyelidikanini. Selain itu, saya ingin mengucapkanterima kasih kepada rakan seperjuangansaya iaitu Nurulhayati bin Mohammad dan semua rakan-rakan saya di Fakulti Pertanian Lestari yang telah menyumbangke arah menyiapkanprojek penyelidikanini. Akhir sekali, saya ingin mengucapkanterima kasih kepada ahli keluarga saya yang tidak putus-putus memberi semangatiaitu EncikJamal bin Abd. Samaddan Puan Siti Raamah bind Jumani, tidak lupa juga sokongan darf suami tercinta, Encik MohammadNashih Ulwan Bin Ibrahim serta adik-beradikyang telah memberikansaya rasa cinta yang tidak berkesudahanserta sokongandarf segi emosi serta moral kepada saya. SemogaAllah membalassegalajasa yang kalianberikan.. iv.

(6) ABSTRAK. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan campuran media yang berbeza ke atas pertumbuhanrumput tikar (Axonopus compressus).Kajian telah dijalankan di kawasan terbuka ladang Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah, Sandakan. Kajian telah dijalankan selama dua belas minggu dengan menggunakankaedah Rekabentuk Rawak Blok Lengkap (RCBD). Rekabentuktersebut mengandungi lima rawatan dan empat replikasi. Tiga komponen rawatan yang berbezadengan menggunakannisbah yang berlainan iaitu pasir, tanah atas dan bahan organik mengikut nisbah yang berbeza iaitu campuran1 (kawalan-1:0:0), campuran2 (3:2: 1), campuran3 (2: 2:2), campuran4 (1:4: 1) dan campuran 5 (4: 1:1). Parameter yang diukur dalam rawatan ini ialah pemanjanganstolon, bilangan nod, lebar daun, panjang daun (diambil datanya setiap dua minggu sekali), warna, peratusan penutupan bumi (% penutupan bumi), berat basah, berat kering bahagian atas rumput, dan peratusan kandungan air, peratusan penutupan bumi, diambil datanya pada akhir kajian. Pada akhir kajian ini dijangka campuran 4 iaitu nisbah media 1:4: 1, nisbah yang paling sesuai diguna pakai dalam penanamanrumput tikar.. V.

(7) THE EFFECTOF MEDIA MIXTURE ON THE GROWTH OF CARPETGRASS (Axonopus Compressus) ABSTRACT. This study was conducted to examine the effect of different media mixture on the growth of carpet grass (Axonopuscompressus).This researchwas carried on outside of rain shelter nearby hostel, SustainableAgriculture Faculty, Universiti MalaysiaSabah in Sandakanfor twelve weeks using RandomizedCompletely Block Design (RCBD). Five different soil mixture were prepared by mixing three soil componentswhich included sand, top soil and organic matter by volume and four times for each treatment. Mixture 1 (control- 1:0:0), mixture 2 (3: 2:1), mixture 3 (2:2: 2), mixture 4 (1:4: 1) and mixture 5 (4:1:1). The parameters to be measuredin this treatment is the elongation of stolon, number of nodes, width of leaf, long of leaf (collected data every two weeks), color, percentagecover of surface (% covering of surface),wet weight of grass, dry weight of grass and percentageof water contents the was collected end of the treatment. At the end of this studies and expected mixture 4, media ratio 1:4: 1 that is most suitable to be used in carpet grasscultivation.. VI.

(8) ISI KANDUNGAN. Kandungan. Muka. PENGAKUAN. ii. PERAKUAN PENGHARGAAN. iv. ABSTRAK. v. ABSTRACT. vi. ISI KANDUNGAN. vii. SENARAIRAJAH. x. SENARAIJADUAL. xi. SENARAISIMBOL,UNIT DANSINGKATAN. xii. SENARAIFORMULA. xiv. Bab 1. PENGENALAN. 1.1. Latar belakang. 1. 1.2. Justifikasi. 2. 1.3. Objektif. 3. 1.4. Hipotesis. 3. Bab 2. ULASAN PERPUSTAKAAN. 2.1. Pengenalanrumput turf. 4. 2.2. Definisirumput turf. 4. 2.3. Botanirumput turf musim panas. 7. 2.4. Kualitirumput turf di Malaysia. 8. 2.5. Pengertianmedia. 9. 2.6. Penggunaanmedia yang sesuaiuntuk rumput turf Komponenmediayang digunakan. 9 10. 2.7.1. Pasirpantai. 11. 2.7.2. Tanah atas. 12. 2.7.3. Organik. 13. 2.7. 2.8 2.9. Kesancampuranmediaterhadap pertumbuhanrumput turf Penyelenggaraanrumput turf. VII. 14 15.

(9) Bab 3. METODOLOGI. 3.1. Lokasiclantempoh kajian. 18. 3.2. Bahan-bahan. 18. 3.3. Kaedahkajian. 19. 3.3.1. Pembersihankawasan. 19. 3.3.2. Penyediaanmedia. 19. 3.3.3. 20. 3.3.4. Penyediaanstolon rumput Penyediaanbaja permulaan. 3.3.5. Penanamankeratanstolon rumput turf. 21. 3.3.6. Rekabentuk eksperimen. 21. 3.3.7. Susunatur plot kajian. 21. Rawataneksperimen Parameteryang diukur. 21. 3.3.8. 3.4. Pemanjanganstolon. 21. 3.4.2. Bilangannod. 21. 3.4.3. Lebardaun. 21. 3.4.4. Panjangdaun. 22 22. 3.4.6. Warna dan peratusanpenutupanbumi (% penutupan bumi) Berat basahbahagianatas rumput. 3.4.7. Berat kering bahagianatas rumput. 22. 3.4.8. Peratusankandunganair. 23. Analisisstatistik. Bab 4 4.1. 21. 3.4.1. 3.4.5. 3.5. 20. 22. 23. KEPUTUSAN. Kesancampuranmediayang berbezake atas pertumbuhan. 24. rumput tikar (Axonopuscompressus) 4.1.1 Pemanjanganstolon. 27. 4.1.2. Bilangannod. 28. 4.1.3. Lebardaun. 29. 4.1.4. Panjangdaun. 30. 4.1.5 Warna dan peratusanpenutupan(% penutupanmuka. 31. bumi) 4.1.6. Berat basahbahagianatas rumput. 33. 4.1.7. Berat kering bahagianatas rumput. 34. VIII.

(10) 4.1.8. Bab 5. Peratusankandunganair rumput bahagianatas PERBINCANGAN. Kesancampuranmediayang berbezake atas pertumbuhan. 5.1. 36. 37. rumput tikar (Axonopuscompressus) 5.1.1. Pemanjanganstolon. 38. 5.1.2. Bilanganstolon. 38. 5.1.3. Lebardaun. 39. 5.1.4 Panjangdaun. 39. 5.1.5 Warna dan peratusanpenutupan(% penutupanmuka bumi). 40. 5.1.6. Berat basahbahagianatas rumput. 40. 5.1.7. Berat kering bahagianatas rumput. 41. 5.1.8 Peratusankandunganair rumput bahagianatas. 42. KESIMPULAN DAN CADANGAN. Bab 6 6.1. Kesimpulan. 43. 6.2. Cadangan. 44. RU7UKKAN. 45. LAMPIRAN. 47. VIIII.

(11) SENARAI RAIAH. Rajah. -. Muka surat. 1.1. Rumputtikar yang terdapat di tanah beriklim khatulistiwa. 5. 1.2. Rumputturf Axonopuscompressusyang lebih terperinci sifat rumputnya. 7. 1.3. Segitiga tekstur tanah serta peratusankomponen. 10. 1.4. Pasirpantai yang sesuaiuntuk penanamanrumput turf. 11. 1.5. Lapisantanah yang digunakanuntuk campuranmedia penanaman. 12. 1.6. Bajaorganik yang mudah didapati. 13. 1.7. Antara penyakitdi rumput bermusimpanas. 15. 4.2. Perbezaanwarna dan peratusanpenutupanrumput tikar selepas8 minggu penanamanke atas perbezaan nisbah media. X. 30 - 31.

(12) SENARAI7ADUAL. 3adual. Muka surat. 1.1. Taksonomirumput Axonopuscompresses. 3.1. Nisbahmedia mengikut rawatanyang dijalankan. 19. 4.1. Ujian tanah yang dijalankanmengikut rawatanyang telah dilakukansebelum kajian bermula. 23. 4.2. ANOVAbagi pertumbuhanrumput tikar untuk perbezaannisbahmedia. 24. 4.3. Perbezaanpurata antara rawatan yang dianalisis secaraLSDbagi setiap rawatan. 25. 4.4. Perbezaanantara min. 25. 4.1.1. Graf menunjukkankombinasiserta rawatan-rawatan yang direkodkanbermuladarf penanamansehingga minggu ke-8 pengumpulandata. 26. 4.1.2. Graf menunjukkanbilangannod rumput tikar dan rawatandarf minggu pertamasehinggaminggu ke-8 pengumpulandata. 27. 4.1.3. Graf menunjukkanpurata kelebarandaun rumput tikar dari munggupertama penanamansehingga minggu ke-8 pengumpulandata. 28. 4.1.4. Graf menunjukkanpurata pemanjangandaun tikar dan rawatannyadari minggu pertamapenanaman sehinggaminggu ke-8 pengumpulandata. 29. 4.3. Jadual berat basahbahagianatas selepasproses menuaidan prosespengeringanrumput tikar pada. 32. 4.5. Graf menunjukkanberat basahbagi semua rawatan kajian terhadap rumput tikar yang dilakukan pada minggu ke-10 kajian. 33. 4.4. Jadual berat kering bahagianatas prosesmenuai rumput tikar. 34. xi. 5.

(13) 4.6. Graf menunjukkanpenurunankandunganair yang terkandungdalam rumput tersebut selepas dikeringkanpada minggu ke-10 kajian berjalan. 34. 4.7. Graf menunjukkanpurata peratusankandunganair rumput tikar dan rawatannyadarf minggu penanaman hinggaminggu ke-10 pengumpulandata. 35. XII.

(14) SENARAI SIMBOL, UNIT DAN SINGKATAN.. Peratus Tambah, tolak Lebihbesar Lebihkecil Samadengan Negatif Positif Darab Darjah Celsius Analisisvarian Sentimeter Kaki Jilin Gram Hue Hektar Kecerahan Liter LeastSignificantDifferent Milimeter Ketara. % f > <. + x oc ANOVA. cm fc 9 H ha L L LSD ml p. XIII.

(15) SENARAI FORMULA. Muka surat. Formula. 1.1. Formulapengiraankandunganair dalam rumput %=. berat basah (g) - berat kering (g) berat basah (g). XIV. x100. 22.

(16) BAB 1 PENGENALAN. 1.1. Latar belakang. Rumput turf boleh didefinisikan sebagaitumbuhan yang menutupi sesebuahkawasan. Ianya dipotong rapat, tumbuh dengan padat dan mempunyai batang serta daun yang berangkai (Venguis, 1973). Rumput juga antara tumbuhan penutup bumi, monokotiledon, dan dikelaskan dalam keluarga Poaceae. Rumput turf mempunyai kepentinganyang sangat tinggi dalam kehidupanseharian penduduksejak zaman dulu hingga hari ini. Penanamanrumput turf bukan sesuatuyang asing lagi di negara kita, Malaysia. Antara rumput yang sesuaiditanam di negara yang beriklim panas seperti di Malaysia (Zoysia matrella, Zoysia adalah rumput tikar (Axonopus compressus),rumput zoysia japonica, Zoysia tenufolia), rumput Bermuda (Lyndon dectylon), rumput lipan (Eremohloa ophiuroides), rumput Paspalum (Paspa/um vaginatum), rumput St. Augustine(Stenotaphrumsecundatum)(AldousclanChivers,2002). Pengurusan rumput turf yang sempurna dapat menghasilkan pemandangan Iandskap yang cantik dan menarik. Selain itu, rumput turf juga antara salah satu tanaman penutup bumi yang tahan kepada daya pijakan dan cuaca yang beriklim tropika. Rumput turf yang dapat menghasilkanpermukaanyang cantik dan sedapmata memandang, sesuai ditanam di padang pemiainan, taman rekreasi dan kawasan perumahan(Emmons,1995). Lazimnya rumput turf kerap digunakan untuk menutupi permukaan bumi yang dapat menghalang daripada hakisan tanah terjadi, dapat menstabilkan tanah, dapat.

(17) merendahkansuhu persekitaran, dapat menyerap gas pencemaran udara dan dapat mencantikkanalamsekitar di kawasantersebut (MustafaKamal,2000). Penanamanrumput turf boleh dilakukan dengan menggunakanbiji benih dan pembiakan tampang. Penanaman rumput turf yang menggunakan biji benih jarang dilakukan di negara beriklim tropika, kerana faktor persekitaranyang kurang sesuaidan memerlukan masa yang agak lama untuk berkembang berbanding pembiakan secara tampang. Pembiakansecaratampang adalah cara yang sering diaplikasikandi Malaysia dengan menggunakan kaedah kepingan rumput, ketulan-ketulan rumput, cebisan rumput dan taburan keratan stolon. Penanamansecara pembiakan tampang dapat dapat mempercepatkan penanaman menjimatkan masa dan tenaga manusia serta rumput untuk menutupisesebuahkawasanyang dikehendaki. Untuk menghasilkanrumput turf yang berkualiti tinggi, pengurusanpenanaman yang teratur adalah diperlukan. Kerja-kerja pengurusanrumput turf yang merangkumi aspek pengendalianrumput serta proses penjagaannyaseperti menyiram, membaja, pemotongan paras rumput, penggunaan media yang sesuai dan Cara pengawalan penyakitserta perosakyang ada pada rumput turf. Media merupakan komponen yang berkait rapat dan penting dalam sistem dapat dipisahkan walaupun nisbah penanamantumbuhan. Media dan tumbuhan tidak dan bahan yang digunakanberbezadalam proses penanaman.Seperti yang diketahui, tumbuhan hidup dengan mengambilnutrien daripadatanah dan akhirnya dikembalikan serta dibebaskanuntuk di kitar semula penggunaannyaapabila tisu tumbuhan itu mati dan mereput (Rosiyahdan Chan, 1992). Campuran media memainkanperanan yang sangat penting dalam pengurusan tanaman. Kajian yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti campuran media yang terbaik bagi pertumbuhan rumput turf jenis tikar (Axonopus compresuss).Kajian ini dapat memudahkan pihak pengurusanrumput turf dan dapat mengendalikan rumput tikar dengan balk khususnyadalam bidangpengurusanIandskapdan padangpermainan.. 2.

(18) 1.2. Justifikasi.. Permintaan rumput turf semakin luas tidak kira di padang golf, padang permainan, taman perumahan mahupun di kawasan pengajian. IN berlaku disebabkan kelebihan menanam rumput turf di persekitaran kawasan dapat mengurangkan hakisan tanah, dapat menambahkannilai estetik serta dapat menghasilkanudara yang segar clan oksigen kepada pengguna. Pengurusanyang teratur dapat menghasilkanrumput turf yang berkualiti. Walau bagaimanapun,jika media yang digunakantidak sesuai, rumput turf tidak akan dapat dihasilkandenganjayanya. Setakat ini belum ada media standard untuk penanamanrumput turf jenis tikar. Percubaandiharap dapat menghasilkannisbah media yang sesuai untuk rumput yang cantik dan sihat serta selamatdigunakanoleh semua lapisanmasyarakat.Jika sesebuah kawasansukar untuk mendapatkanpasir pantai, penggunaannisbah yang tinggi pada tanah atas dan bahan organik, mungkin dapat menghasiikanrumput turf yang berkualiti tinggi. Kajian ini dijalankan untuk menilai, bagaimanaperbezaannisbah media dapat mempengaruhipertumbuhanrumput karpet tersebut. 1.3. Objektif.. Objektif bagi kajian yang dijalankanialah seperti berikut: Untuk menilaikesan komponenmediaterhadap pertumbuhanrumput tikar i. (Axonopuscompressus). 1.4. Hipotesis.. H,:. Nisbahmediayang berbezatidak memberi kesanterhadap pertumbuhanrumput tikar (Axonopuscompressus).. Ha:. Nisbahmediayang berbezatelah memberi kesanterhadap pertumbuhanrumput tikar (Axonopusmmpressus).. 3.

(19) BAB 2 ULASANPUSTAKA. 2.1. Pengenalan rumput turf. Padaakhir tahun 1980, industri rumput turf berkembangpesat sejajar dengan industri lain di Malaysia.Padazaman tersebut, banyak kawasan penempatantelah dibuka dan diwujudkan, terutamanya di kawasan Lembah Kiang dan bandar-bandar yang pesat membangun.Banyakpelaburyang telah melaburkanwangnya dalam bidang pembinaan taman rekreasi yang dianggap mewah, seperti Taman RekreasiThe Mines dan Sunway Lagoon. Minat pelabur disebabkan oleh permintaan yang tinggi daripada pengguna di kawasan tersebut. Penambahankawasan landskap, padang rumput tempat rekreasi telah menjadikan permintaan rumput turf meningkat (Vengris, 1973). Pada masa tersebut, penggunaanrumput turf hanya terhad di tempat tertentu seperti di padang golf, padangpermainan,kawasansukan, perumahan,taman-tamandan tempat rekreasi (Bread, 1973).. 2.2. Definisi rumput turf. Rumput turf juga mewakili beberapajenis rumput yang berasal dari Poaceae,telah dipilih khas untuk dijadikan sebagai pokok yang menutupi bumi seperti padang permainan dan mengawal hakisan tanah (Mustafa Kamal, 1989). Ciri-ciri rumput turf untuk rumput tikar bolehdilihat padaJadual 1.1 seperti dinyatakan..

(20) Taksonomi rumput Axonopus compressus. Jadual 1.1. Tajuk. Keterangan. Kawasan. Eukaryota. Kerajaan. Plantae. Filum. Spermatophyta. Sub-filum. Angiopspermae. Kelas. Monocotyledonae. Jenis. Cyperales. Famili. Poaceae. Genus. Axonopus. Spesies. A. compressus. Sumber. Emons,2008. Rajah1.1. Rumputtikar yang terdapatdi tanah beriklim khatulistiwa. Gambar Rajah 1.1 telah menunjukkan ciri-ciri warna dan bentuk rumput tikar yang kerap dijumpai di kawasan lapang dan kerap digunakan sebagai tumbuhan penutup bumi yang boleh mengurangkan kecederaansemasa melakukan aktiviti luar seperti bermain bola sepak. Seperti yang telah dinyatakan di Bab Pengenalan,cara penanamanrumput turf denganmenggunakandua cara iaitu dengan menggunakanbiji benih dan pembiakan tampang. Penanaman secara tampang banyak kaedahnya, antaranya dengan menggunakan kepingan rumput, ketulan-ketulan rumput, cebisan rumput dan taburan keratanstolon. Kaedahyang menggunakankepingan rumput dihasilkandengan ukuran rumput yang bersaiz 30sm X 30sm dan 6sm ketebalan. Kepingan ini disediakan dengan menggunakan mesin pemotong kepingan rumput atau cangkul. Kepingan rumput 5.

(21) disusun rapat dan kemas serta pastikan akar bersentuhan dengan tanah. Kebaikan menggunakan kepingan rumput ialah, ia boleh dilakukan dengan cepat dan mudah. Selain itu, hampir seratus peratus kejayaan yang akan dicapai dan tidak memerlukan penjagaan yang banyak selepas proses penanaman rumput. Akan tetapi, kelemahan menggunakankepingan rumput ini ialah mahal, menggunakanbanyak bahan tanaman serta memerlukanalatan khas sepertimesin memotongsod (MustafaKamal, 1989). Kaedah kedua ialah dengan menggunakanketulan rumput yang terhasil darf keratan rumput yang dipotong daripada kepingan yang bersaiz kurang darf 8sm darf garis pusat. Lubangkecil disediakanuntuk memasukkanketulan rumput tersebut dan penjagaannyaagak rumit. Penyiramanair yang kerap dan teratur akan menghasilkan rumput turf yang cantik (MustafaKamal, 1989). Kaedah seterusnya dengan menggunakan cebisan rumput, di mana stolon dipotong sepanjang10sm - 15smyang mempunyaisekurang-kurangnya3 hingga 4 ruas rumput tersebut. Kepingan rumput yang diambil perlu direndam di dalam air untuk membuang tanah yang ada pada akar supaya cebisan stolon tersebut lebih mudah diasingkan daripada rumput. Sebelum menanam cebisan rumput, parit kecil perlu disediakan supaya mudah proses penanamannya.Jarak yang digunakanantara cebisan ialah, 5sm - 15sm bergantung pada kadar pertumbuhanpokok, kadar lilitan yang ingin dipenuhi serta jumlah bahantanamanyang digunakan(MustafaKamal, 1989). Kaedah taburan keratan stolon atau lebih dikenali dengan membiak menggunakan keratan stolon. Cara penanamannyalain daripada tiga cara di atas, dengan menabur rata keratanstolon di kawasanyang diingini. Selepasitu, satu lapisan tanah atas yang peroi setebal 2-3sm ditaburkan di atas keratan tersebut clan akan diratakan dengan menggunakanpenggelek yang sederhana. Penyiramanperlu untuk mempercepatkanpenyebaranrumput dengan baik (Mohd Hilmi, 2005). 2.3. Botani rumput turf tropika. Terdapat empat jenis rumput hiasan yang terkenal di tanam di Malaysiayang sesuai dengan iklim tropika di negara ini seperti Axonopus compressus, Cynadon dactylon, Zoysiasp. clanR. Augustine(Turgeon,2008). 6.

(22) Iklim tropika seperti yang terdapat di Malaysiaadalah tidak semua rumput turf sesuaiuntuk ditanam disini. Pengurusandan penyelenggaraanrumput turf di kawasan tropika memerlukan kemahiran yang tinggi. Rumput tikar biasanyatumbuh di tempat terbuka dan juga di kawasanyang agak terlindung daripadacahaya matahari, dibawah naungan(Aldousdan Chivers,2002). Rumput tikar atau lebih dikenali sebagaiAxonopus compressusyang popular di Malaysia dan mudah dijaga, tidak perlu banyak baja dan sukar diserang penyakit. Rumput ini juga tidak cepat panjang, kecuali pengurusrumput memberi terlalu banyak baja atau terlalu banyak perlindunganseperti di tempat teduh dan dilindungi daripada terkena cahaya matahari. la mempunyaiakar yang agak cetek, dan kerana itu rumput tikar tidak tahan kepadacuaca kemarau dan kurang air. Ciri-ciri rumput tersebut ialah warna hijau pekat, tumbuh lebih rapat ke tanah dan lebih sesuai ditanam di halaman rumah dah mudah di jaga. Sifat rumput untuk rumput tikar yang lebih terperinci boleh merujuk pada Rajah 1.2 yang menunjukkanciri-ciri rumput. Batangnyayang berbuku, padat, tiap buku berakar serabut, dan daun yang lebih lebar berbanding rumput yang lain.. i. Rajah 1.2. Rumput turf Axonopuscompressusyang lebih terperinci sifat rumputnya. Sumber. Aldousdan Chivers,2002. 7.

(23) 2.4. Kualiti rumput turf di Malaysia. Rumput turf yang berkualiti mempunyaiciri-ciri penggunaanyang berpanjangan,daya ketahanan dad serangan penyakit, ketahanan dengan cahaya serta kecantikan.Aspek yang perlu dititikberatkanialah pengurusandan penyelenggaraanyang baik. Pengurusan rumput turf amat sukar serta pengurusanyang tinggi kosnya. Umpamanyapenjagaan turf mencapai 17.6% kos pengurusannya untuk setahun bagi padang golf yang mempunyai 18 lubang, penggunaanbaja sebanyak3.2% dan penjagaan mesin adalah 31.3% bagi keluasanyang sama(Zakaria, 1998). Selain itu, penilaian kualiti rumput turf ialah dengan berpandukan pada warna, pertumbuhan yang optimum, ketumpatan batang dan daun, ketahanan penyakit, kebolehan tumbuh serta padat dan kekerapan pemotongan. Kualiti rumput turf juga boleh ditentukan dengan dua faktor iaitu, faktor visual dan faktor fungsi. Faktor visual ialah faktor kepadatan, tekstur, keseragaman, warna, gaya pertumbuhan dan kelembutan (Emmons, 2008). Manakala faktor fungai pula ialah dengan ketegaran, kekenyalan, penghasilan keratan rumput, corak pengakaran dan keupayaan sembuh daripadapenyakit dengancepat (Turgeon,2008). 2.5. Pengertian media. Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan sesebuah tanaman terdiri daripada faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman merupakan faktor yang terdapat pada biji benih mahupun jenis tanaman itu sendiri. Manakalafaktor luaran pula yang terdapat pada luar biji benih, iaitu faktor persekitaran, pembajaan, cara tanaman dan media campuranyang digunakan(Russell,2003). Media tanaman yang balk adalah media yang mampu memberikan air dan nutrien yang mencukupi kepada tanaman. IN terbukti pada media yang digunakan cukup kandungan air, pengudaraanyang balk untuk akar, nutrien yang cukup untuk pertumbuhanpokok dan persekitaranyang baik untuk pertumbuhantanaman. Pelbagaijenis media yang dapat digunakan,tetapi ciri-ciri media yang bagus clan tepat mampu memberikan pertumbuhan yang optimal pada tumbuhan tersebut.. 8.

(24) Mempunyaiempat fungsi media tanaman untuk pembantu pertumbuhantanaman yang balk, antaranyamampumemegangair yang mencukupiuntuk tanaman, dapat membuat penukaran udara antara akar dan atmosfera di atas media penanaman dan dapat menyokongpertumbuhantanaman(Anonymous,2011). Proses penanamantumbuhan dapat dilakukan dengan menggunakanpelbagai jenis media seperti pasir, tanah atas, sekam padi, vermikulit, perlite, Cocopeat, sebuk kayu dan sebuksabut kelapa. Penggunaan media yang sesuai untuk rumput turf. 2.6. Penyediaanmedia penanaman yang sesuai merupakan antara salah satu keperluan utama di dalam penyediaanrumput turf. Tidak terdapat nisbah campuran tanah yang khusus untuk menanamrumput turf yang sebenar,tetapi untuk penanamanpokok lain, kebiasaannya nisbah campuran John Innes akan digunakan. Nisbah ini akan menggunakanmediatanah atas, bahan organik dan pasir dengan nisbah 3:2:2 (Nor Ain, 1993). Namun begitu, dengan ukuran diameter akar 0.06 milimeter hingga 0.25 milimeter (Aldous, 1999), nisbah campuran (3:2: 1) bukanlah nisbah campuran media yang terbaik bagi pertumbuhan rumput turf kerana ini akan mempengaruhi kadar pergerakan udara, penyerapanair dan penyerapan nutrient di dalam tanah oleh akar rumput. Sistem pengudaraanyang balk penting untuk pertumbuhan akar rumput turf. Sistem akar yang balk mampu membekalkankadar air dan nutrien yang mencukupi untuk perkembanganakar rumput turf tersebut. Keadaanfizikal tanah juga diambil kira faktor yang akan mempengaruhisistempengudaraanpertumbuhanturf ini (Lunt, 1961). Tambahan pula,. penggunaan media yang. bercampur-campur dengan. menggunakan nisbah yang sesuai juga dapat merendahkan atau meminimumkan kepadatan tanah terutamanya pada kawasan-kawasanyang sering digunakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti luar. IN kerana, antara kesan yang akan datang atas sebab kepadatan tanah adalah pengurangan liang-liang udara yang akan menyebabkan. 9.

(25) RU]UKAN. Aldous, D. E., 1999. International Tun`ManagementHandbook.Australia Inkata Press: 34 Aldous, D. E., 1946.: A ManualFor Use and Identification. Sport Tuff andAmenity Grasses:Land Links:Australia: 112 Anonymous. 2011. Pengaruh Penggosokan Benih clan Media Tanam Pada Perkecambahan Benih Karet (Hevea brassiliensis Mue/ Arg.). http://4m3one.wordpress.com. Diakses pada 20 April 2016 Anonymous. 2011. Tanah. Media Pembelajaran https://viranaluph.wordpress.com/materi. Diaksespada 25 April 2016. IPa.. Bread, G. W.,1973. An Historical Review Of The Utilisation Of The Warm Season Tun`grassIn Australia.Sydney,UniversityOf Sydney Chika S.G. 2007. Pengaruh Media Pasir TerhadapPertumbuhan dan Kualitas Aksesi Rumput Bermuda Cynodondactylon. L. DisertasiMahasiswaProgramStudi Hortikultura, DepartmentAgronomi dan Hortikultura. Bogor:32 David, W. B., 1983. Problemsand solutionto maintainingsand greens and playingfield. CalifoniaTurfgrassCulture33,1-2 Emmons,R. D., 1995. TurfgrassScienceand Management.Ed. Ke 2. Delmar Publishers. NewYork: 512 Emmons,R. D., 2000. TurfgrassScienceand Management.Ed. Ke 3. Delmar Publishers NewYork: 535 Emmons, R. D.,2008. TurfgrassScienceand Management.Ed. Ke 4. Delmar Publishers. New York: 567 Jones, A. J., Dickey, E.C., Eisehauer, D. D.,Wiese, R. A., 1997. Identification of Soil Compactionand Its Limitations to Root Growth. Departmentof Agriculture, Universityof Nebraska Kho, B. L., 1977. Organic Fertilizerin MalaysianAgriculture in the Year 2000. Conf. on Foodand Agric. Malaysia2000, UPM Lunt, D. R., 1961. Soil mixesand TurfgrassManagement.California TurfgrassCulture 11 (3), 23-24 Mohd Hilmi, B. I. 2005. Kesan CampuranMediake Atas PertumbuhanRumput Bermuda Cynodon dactylon. Disertasi Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian. Universiti MalaysiaSabah:57. 44.

(26) MustafaKamalM. S., 1989. Hordku/turHiasandan Landskap.KualaLumpur: DBP:299 Nor Ain M. R., 1993. LandskapKediaman.DewanBahasadan Pustaka,KualaLumpur: 78 Parr, ]. F., 1974. Chemicaland BiochemicalConsiderationfor Maximum the Effect of FertilizerNitrogen, OrganicMaterialas Fertilizer.Soil Bull, 27, FAO Rosiyah,A. B., 1992. BiogeografiKajianTumbuhan Dalam Ekosfera.Dewan Bahasadan Pustaka,KualaLumpur. Russell, E.W., 2003. Soil Conditions and Plant Growth. Ed. Ke 8. Biotech Books. Tri Nagar, Delhi: 635 Sill, M. 1. dan Carrow, R.N., 1982. Soil CompactionEffects on Nitrogen in Tall Fescue.J. Amer. Soc.Hort. Sci. 107(5), 934-937 Turgeon, A. 1., 2008. TurfgrassManagement.Ed. Ke 8. United Kingdom: Prentice Hall: 436 Wilson, C. G., 1968. The correct sand for putting green. California Turfgrass Culture 18(4), 31-31 Zakaria S., 1998. KesanP#akan TerhadapEmpat SpesiesRumput Tun` DisertasiIjazah Master Sains.UniversitiPutra Malaysia:98. 45.

(27)

(28)

Referensi

Dokumen terkait

menyadari proses yang dilakukan. Dengan demikian dapat disimpulkan bahwa pemahaman matematis terdiri dari beberapa tahapan dan semua itu membutuhkan proses sehingga pemahaman

Rancangan penelitian eksprerimen ini adalah After Only Design, dengan 4 perlakuan dan 6 kali pengulangan. Kompos dibuat dengan perbandingan 2:1 antara bahan dengan

Kelola Mina Laut di Kendari dan (3) Pengaruh karakteristik individu dan karakteristik pekerjaan terhadap produktivitas kerja pada PT. Kelola Mina Laut di Kendari. Data

Setiap pelaku pembangunan rumah susun komersial yang mengingkari kewajibannya untuk menyediakan rumah susun umum sekurang-kurangnya 20% (dua puluh persen) dari

Berdasarkan hasil analisis data dapat disimpulkan bahwa (1) Pembelajaran kimia pada materi pokok larutan penyangga dengan model inkuiri dapat meningkatkan penguasaan

Likuiditas merupakan kemampuan perusahaan dalam memenuhi kewajiban jangka pendek dengan menggunakan aktiva lancar yang dimilikinya.Rasio ini menunjukkan faktor dari

Hasil penelitian tentang latar belakang terjadinya kasus melarikan pinangan orang lain, berdasarkan keterangan dari lima pasang responden yang menjadi sampel

Pandangan Marx yang menyatakan bahwa keberadaan manusia ditentukan atau dikondisikan oleh realitas material yang berada di luar jangkauan kesadaran, dan pada saat yang sama