MODUL
PERSEDIAAN
AKHIR
SEJARAH 1249
CALON-CALON SPM 2017 KERTAS 1249 – SEJARAH
OBJEKTIF
Memudahkan ulangkaji akhir bagi calon-calon peperiksaan SPM 2017 dengan memberi fokus kepada tajuk-tajuk yang dianggap popular dan
berpotensi untuk SPM 2017.
DALAM MENJAWAB SOALAN KBAT DAN KBKK PEMAHAMAN KEPADA SEJARAH ITU ADALAH PENTING
KERTAS 1
Memberi fokus kepada konsep-konsep penting , peristiwa-peristiwa utama dan tokoh-tokoh yang membawa perubahan dalam Sejarah.
KONSEP-KONSEP UTAMA
TINGKATAN EMPAT
1. Konsep Tamadun Ibn Khaldun
Dalam Kitab Al-Muqaddimah, Ibn Khaldun mengemukakan istilah yang merujuk kepada Tamadun iaitu Umran (tanah yang didiami secara tetap, berkembang maju) dan Hadharah (perkembangan bandar).
Rujuk Sudut Maklumat, Hal.5 (Ting. 4)
2. Mandat daripada Tuhan
Raja yang memerintah dengan adil dan negara makmur diangga[ mendapat restu daripada Tuhan, tetapi jika berlaku zalim, Tuhan akan marah. Tandanya negara akan mengalami malapetaka alam, pemberontakan dan kejatuhan kerajaan.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 21 (Ting. 4)
3. Yin Yang
Alam semesta terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi iaitu Yang (+) dan Yin (-).
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 33 (Ting. 4)
4. Feng Shui
Falsafah Tao yang merujuk antara manusia dengan alam sekitar iaitu bagaimana manusia menyesuaikan diri mewujudkan keharmonian dengan alam sekitar.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 33 (Ting. 4)
5. Negara Kota Tamadun Yunani
Tamadun Yunani membangun dengan perkembangan Negara Kota yang dilengkapi dengan pusat pentadbiran, pusat ibadah, pusat perdagangan dan kawasan pertanian. Antara negara kota penting ialah Athens, Sparta dan Corinth.
6. Jalan Sutera Darat
Satu-satunya jalan yang menghubungkan China dengan India dan Barat yang dinamakan Jalan Sutera Darat.
Rujuk Tahukah Anda, Hal. 52. (Ting. 4)
7. Peperiksaan Awam China
Mengandungi tiga tahap, iaitu: (1) Hsiu Tai (Ijazah Pertama): Dilaksanakan di daerah, (2) Chun Jen (Sarjana) : Dilaksanakan di ibu kota daerah dan (3) Chin Shih (Doktor Falsafah): Dilaksanakan di ibu kota empayar.
Rujuk perenggan 3, Hal. 55 (Ting. 4)
8. Falsafah Veda
Falsafah yang berteraskan kitab Veda (Yajur Veda, Rig Veda, Sama Veda dan Attharva veda) yang mengajar tentang kuasa alam seperti api dan angin terhadap kehidupan manusia.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 57 (Ting. 4)
9. Order Kosmos
Negara dianggap sebagai suatu alam semesta dimana Raja dan ibu kotanya merupakan pusat alam dan pusat pemerintahan. Raja bertanggungjawab untuk mengatur kesejehteraan rakyat.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 88 (Ting.4)
10. Agama Hanif
Sebilangan kecil masyarakat Arab Jahiliyyah menganut agama Hanif iaitu agama tinggalam Nabi Allah Ibrahim a.s. . Namun menjelang 3500 tahun kemudian, pengikutnya kian berkurangan malahan ada yang mencampuradukkan amalan Jahiliyyah dengan ajaran agama Hanif. Pengikut agama Hanif antaranya ialah: Waraqah Naufal, Uthman Huwairith, Abdullah Jahsy, Umaiyyah Abi Salt, Aminah Abdullah dan Abdullah Abdul Muttalib.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal 101 (Ting. 4)
11. Hijrah
Berasal dari perkataan Arab iaitu berpindah. Perpindahan orang Islam (kaum muslimin) dari Kota Makkah ke Kota Madinah bagi memperkukuhkan kedudukan Islam. Dalam konteks lebih luas iaitu perjuangan menegakkan kebenaran dan meninggal-kan kejahatan.
Rujuk Konsep Hijrah, Hal. 119 (Ting. 4)
12. Khalifah
Memberi makna sebagai pengganti iaitu menggantikan pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w. dan mengikuti apa yang telah dilaksanakan oleh baginda iaitu melaksanakan tanggung-jawab mentadbir negara Islam di bawah landasan syari’at.
13. Revolusi Abbasiyyah
Ditaja oleh Ali Abdullah dan mula bergerak secara terbuka pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz bagi menentang pemerintahan Kerajaan Umaiyyah dengan menggunakan slogan Ahl al-Bayt dengan pusat operasinya di Khurasan (Abdu Muslim al-Khurasani), Humaimah dan Kufah (Abu Salamah Al-Khallal).
Rujuk pembentukan kerajaan Abbasiyyah, perenggan 1, Hal. 156 (Ting. 4)
14. Baitulhikmah
Salah sebuah university terulung dalam Sejarah kerajaan Abbasiyyah yang telah didirikan pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid (786-809M) dengan mengendalikan aktiviti penterjemahan secara sistematik dibawah pengawasan seorang penyelaras.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 156 (Ting. 4)
15. Syiah dan Khawarij
Syiah merupakan golongan yang menyokong Khalifah Ali Abu Talib manakala golongan Khawarij ialah golongan yang menentang Khalifah Ali dan Khalifah Muawiyyah Abu Sufyan (bani Umaiyyah). Kedua-dua golongan muncul selepas Perang Siffin.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 155 (Ting. 4)
16. Semangat Ghazi
Semagat berani mati yang ditanamkan dalam diri penglima dan tentera Islam kerajaan Turki Uthmaniyyah hingga kerajaan Uthmaniyyah berjaya meluaskan empayar dan mengukuhkan kuasanya hingga ke Eropah.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 162 (Ting. 4)
17. Dasar Sosial Islam
Dasar sosial Islam di bawah Turki Uthmaniyyah menggalakkan kecemerlangan individu, di mana individu yang menunjukkan prestasi akan diberi ganjaran dan pengiktirafan bukan kerana faktor keturunannya.
Rujuk perenggan 3, Hal. 163 (Ting. 4)
18. Golongan Mudejar
Penduduk minority Islam dalam kalangan penduduk tempatan yang kekal tinggal di bawah pemerintahan orang Kristian.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 166 (Ting. 4)
19. Pengislaman Raja-raja
Pengislaman raja-raja bermakna Raja-raja memeluk Islam di bawah bimbingan mubaligh dari Tanah Arab seperti yang berlaku di Asia Tenggara apabila Malik Al-Saleh, Raja Samudera Pasai memeluk Islam , Phya Tu Nakpa, Raja Pattani yang turut memeluk Islam dan Parameswara di Melaka. Kesannya rakyat dan pembesar turut
memeluk Islam dan sistem pentadbiran kerajaan beralih kepada pentadbiran cara Islam.
Rujuk pengislaman Raja. Hal. 180 (Ting.4)
20. Wali Songo
Merujuk kepada wali Sembilan orang yang pernah menerajui Kesultanan Demak pada abad ke 15 hingga 16 M dan menyebarkan syiar Islam ke seluruh Pulau Jawa.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 184 (Ting. 4)
21. Kanun Mahkota Alam
Mencatatkan adat dan peraturan tradisi Acheh yang menjadi asas kepada protocol dan amalan pentadbiran berkaitan tugas dan kuasa Raja-raja.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 186 (Ting. 4)
22. Bayangan Allah di muka bumi
Warisan amalan kerajaan Bani Abbasiyyah, Saljuk, Mamluk dan Khilji bagi menunjukkan kemuliaan dan keutamaan Sultan sebagai golongan pemerintah (umara’) yang perlu ditaati.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 197 (Ting. 4)
23. Daulat dan Daulah
Seseorang Raja atau Sultan itu mempunyai kuasa tertentu yang menyebabkan rakyat yang menentang akan mendapat tulah (akibat derhaka kepada Raja) manakala daulah bermakna kerajaan atau empayar.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 198 (Ting. 4)
24. Pendidikan Nilai-nilai murni
Pendidikan disampaikan secara tidak formal melalui kaedah bercerita kerana paling berkesan dan digemari oleh kanak-kanak. Cerita juga dapat memberikan pengajaran seperti cerita Anjing dengan baying-bayang, Sang Kancil dan sebagainya.
Rujuk Pendidikan, perenggan 2, Hal. 201 (Ting. 4)
25. Bentuk Rumah Melayu
Rumah Melayu dapat dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan bentuknya iaitu Rumah Perabung Panjang, Rumah Tiang 12, Rumah Perabung 3, Rumah Melaka, Rumah Minangkabau dan Rumah Limas.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 208 (Ting. 4)
26. Mata Wang Emas Kelantan dan Johor
Mata wang emas yang digunakan di Kelantan dikenali sebagai Kijang kerana terdapat gambar Kijang pada mukanya manakala mata wang emas Johor digelar Kupang yang mengandungi emas seberat 10grain.
27. Renaissance
Zaman Pemulihan Budaya di Eropah iaitu orang Eropah kembali menghargai ilmu-ilmu Yunani dan Rom yang telah ditinggalkan setelah gesaan menonjolkan keupayaan berfikir dicetuskan oleh puak Humanis melalui aliran Humanisme oleh Francesco Petrarch, Giovanni Bocacicio dan niccolo Machiavelli.
Rujuk Zaman Renaissance, Perenggan 1. Hal. 217 (Ting.4)
28. Gerakan Reformation
Gerakan pemisahan agama Kristian menjadi dua mazhab yang dimulakan oleh Martin Luther , pensyarah Teologi di Jerman setelah banyak penyelewengan dilakukan oleh Paderi Katholik seperti kehidupan bermewah-mewah, penjualan Surat Pengampunan Dosa dan kekuasaan yang berlebihan membawa kemunculan mazhab baru iaitu Protestan.
Rujuk Gerakan reformation, Hal. 221. (Ting 4)
29. Enjin Berkuasa Wap Newcomen
Thomas New Comen telah mencipta enjin berkuasa wap digunakan meluas dalam perlombongan arangbatu kemudian digunakan bagi memajukan industri perkapalan dan maritime dengan pembinaan Kapal Wap yang menjadi sebab kemunculan kuasa Imperialis (Penjajah).
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 232 (Ting. 4)
30. Ekonomi Tradisional
Ekonomi yang berteraskan kegiatan sara diri menggunakan tenaga manusia dan binatang serta kawasan pertanian yang terhad. Kegiatan dilakukan secara kecil-kecilan seperti bercucuk tanam, menternak binatang dan menangkap ikan. Tidak menghasilkan lebihan produk bagi tujuan pemasaran.
Rujuk Ekonomi Tradisional, Perenggan 2. Hal. 244 (Ting. 4)
31. Ekonomi Dagangan
Merujuk kepada kegiatan pertanian dan perlombongan yang melibatkan lebihan pengeluaran untuk tujuan pemasaran. Pengeluaran dalam skala besar, menggunakan sumber tenaga buruh yang ramai, modal besar, teknologi tinggi dan pemasaran yang luas.
Eujuk Ekonomi Dagangan, Perenggan 1. Hal 248 (Ting. 4)
32. Kheh Thau
Individu yang bertanggungjawab mengumpulan tenaga kerja dari China untuk dibawa ke Tanah Melayu melalui pelabuhan di China.
Rujuk Sudut Maklumat. Hal 253 (Ting. 4)
33. Komprador
Pemodal Eropah yang amat rapat dengan kerajaan British.
TINGKATAN LIMA
34. Beban Orang Putih
Slogan yang digunakan oleh kuasa British dan Belanda untuk menghalalkan langkah mereka melakukan penjajahan di Timur.
Rujuk Perenggan 2, Hal. 7 (Ting. 5)
35. Sistem Birokrasi Barat
Pelaksanaan pentadbiran Barat di tanah jajahan yang memperlihatkan ciri-ciri berikut: (1) penubuhan kerajaan pusat, (2) perlantikan Gabenor Jeneral, (3) penubuhan jabatan (biro), (4) Pegawai Barat sebagai ketua biro dan (pengenalan undang-undang Barat.
Rujuk pengenalan Sistem Birokrasi Barat, perenggan 2. Hal. 8 (Ting. 5)
36. Sistem Encomienda
Pentadbiran tempatan yang dikemukakan Sepanyol di Filipina bagi menggantikan pentadbiran tradisional dan pengaruh golongan Datu yang diketuai oleh Encomiendero.
Rujuk Perenggan 1, Hal. 9 (Ting. 5)
37. Golongan Mandarin
Golongan berpengaruh di Vietnam yang dipilih melalui peperiksaan awam seperti di China dalam bidang bahasa dan kesusasteraan.
Rujuk Perenggan 2. Hal. 11 (Ting. 5)
38. Kerajaan Revolusi
Kerajaan yang ditubuhkan oleh pejuang Kelantan setelah Perang Pasir Putih dengan Engku Jeram sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che’ Ishak sebagai Pegawai Daerah.
Rujuk Perenggan 2. Hal. 41 (Ting. 5)
39. Gerakan Islah
Gerakan yang digerakkan oleh lepasan Mesir di Tanah Melayu untuk membetulkan pandangan masyarakat Melayu terhadap ajaran islam. Penggerak gerakan ini ialah Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh Al-Hadi dan Dr. Burhanuddin al-Helmy.
Rujuk Gerakan Islah, Perenggan 1. Hal. 49 (Ting. 5)
40. PASPAM
Persatuan Sahabat Pena Malaya yang ditubuhkan untuk mengumpul golongan penuliss dan sasterawan dipimpin oleh cerdik pandai Pulau Pinang iaitu S.M Zainal Abidin B.A dengan tujuan berkongsi idea dan bertukar-tukar pandangan bagi memajukan diri sendiri dan bangsa.
41. Melayu Raya atau Indonesia Raya
Pembentukan sebuah negara merdeka yang menggabungkan Tanah Melayu dengan Sumatera bagi menghidupkan semula empayar Melayu dicetuskan oleh Abdul Hadi Hassan (Pensyarah Ilmu Sejarah, MPSI) kemudian direalisasikan oleh Ibrahim Hj Yaakob dengan menubuhkan KRIS tetapi tidak dapat dijayakan dan gagal.
Rujuk Perenggan 1-2, Hal. 59 (ting. 5)
42. Bangsa Malaysia
Konsep baru yang merujuk kepada masyarakat berbilang kaum yang berlainan bahasa, budaya, kepercayaanbdan pendapat terhadap keduniaan . Dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan, pengamalan budaya kebangsaan dan falsafah Rukun Negara sebagai asas negara.
Rujuk Perenggan 1. Hal. 67 (Ting. 5)
43. Kerakyatan Malayan Union
Kerakyatan Malayan Union adalah berdasarkan jus soli iaitu sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura, berusia 18 tahun ke atas dan bermastautin 10 hingga 15 tahun, yang berusia kurang 18 tahun tetapi ibu bapa adalah rakyat Tanah Melayu dan semua rakyat British di Tanah Jajahan yang memilih menjadi Rakyat Malayan Union.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 96. (Ting. 5)
44. Goloingan Melayu Radikal
Iaitu golongan Melayu yang menolak sistem feudal serta memperjuangkan kemerdekaan melalui cara kekerasan dan gerakan radikal (bawah tanah/gerila) terhadap British. Kebanyakannya merupakan golongan dagang/penghijrah dari Indonesia.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 99 (Ting. 5)
45. Perlembagaan Rakyat 1947
Perlembagaan yang dikemukakan oleh AMCJA (Majlis Tindakan Bersama Seluruh Malaya) dan PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) sebagai Perlembagaan Republik Melayu Raya. Antara isinya ialah penyatuan Singapura, penubuhan kerajaan pusat dan Majlis Negeri, kedudukan istimewa orang Melayu dikembalikan, kerakyatan sama rata, bendera Merah Putih sebagai bendera rasmi dan rakyatnya dinamakan Melayu.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 106.
46. Rukun Tiga Belas
Kumpulan yang menentang penyerahan Sarawak kepada British yang dianggotai oleh anak muda dalam Pergerakan Pemuda Sibu.
47. Sistem Ahli
Kabinet terawal Tanah Melayu pada tahun 1951 sebagai persediaan kea rah kemerdekaan yang memegang beberapa portfolio dan digelar Ahli. Perlantikan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-raja. Terdiri daripada 9 Ahli.
Rujuk Ciri-ciri Sistem Ahli, Hal. 117 (Ting. 5)
48.. Pakatan Murni
Pakatan kerjasama antara parti politik Melayu dan Bukan Melayu iaitu merujuk kepada pakatan UMNO, MCA dan MIC dalam menghadapi Pilihanraya Negeri dan Pilihanraya Persekutuan 1955.
Rujuk Sistem Ahli, Hal. 119. (Ting.5)
49. Ganyang Malaysia
Kempen yang dilancarkan oleh Presiden Sukarno, Indonesua bagi memburuk-burukkan dan menentang penubuhan Malaysia hingga berjaya mendaratkan Tentera Nasional Indonesia di Johor dan Sarawak.
Rujuk Sudut Maklumat. Hal. 146 (Ting. 5)
50. Negara Demokrasi
Negara demokrasi mengamalkan dua bentuk pemerintahan iaitu: (1) Raja Berperlembagaan seperti Malaysia, Brunei dan (2) Republik seperti Indonesia dan Filipina.
Rujuk perenggan 1. Hal 161 (Ting.5).
51. Keluhuran Perlembagaan
Merupakan prinsip Rukun Negara Ketiga yang bermaksud keagungan dan ketertinggian undang-undang atau Perlembagaan Malaysia mengatasi Yang Di Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah.
Rujuk Keluhuran Perlembagaan, Hal. 163. (Ting 5)
52. Kuasa Pemerintahan Malaysia
Kuasa pemerintahan Negara Malaysia daripada tiga badan iaitu: (1) Badan Legislatif yang menggubal undang-undang di Parlimen, (2) Badan Pelaksana (Eksekutif) menguatkuasakan undang-undang iaitu penjawat awam dan (3) Badan Kehakiman (Judisiari) iaitu yang melaksanakan dan menjatuhkan hukuman kepada pesalah undang-undang.
Rujuk Hal. 172-175. (Ting. 5)
53. Pilihanraya
Pilihanraya merupakan pelaksanaan demokrasi yang memberi hak kepada rakyat untuk memilih pemimpin samada di peringkat Dewan Undangan Negeri ataupun Parlimen. Pilihanraya dikendalikan oleh sebuah badan iaitu Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang bebas dan adil.
54. Negara Persekutuan
Negara Persekutuan membawa takrifan penyatuan beberapa buah negeri yang mempunyai sebuah kerajaan Persekutuan dan beberapa buah kerajaan negeri berdasarkan kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia.
Rujuk Negara Persekutuan, Perenggan 1. Hal. 184. (Ting. 5)
55. Penyata Razak 1956
Telah mengemukakan dua elemen penting dalam dasar pendidikan yang dapat menyuburkan semangat perpaduan iaitu: (1) sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk dan (2) penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan.
Rujuk perenggan 2. Hal. 213 (Ting. 5)
56. FELDA
Sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk mengeluarkan rakyat miskin di luar bandar dengan membuka tanah untuk kawasan petempatan dan ladang tanaman komoditi (getah dan kelapa sawit). Ditubuhkan pada tahun 1956 oleh Tun Abdul Razak Husin dan menjadi agensi pembangunan tanah yang amat berjaya. Antara petempatan Felda terbesar ialah Felda Jengka.
Rujuk Tahap Pertama, Perenggan 4. Hal. 198 (Ting. 5)
57. Agensi Kerajaan
Lembaga Beras dan Padi Negara yang bertujuan menstabilkan harga padi (LPN); Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia yang bertujuan memodenkan industri perikanan negara (LKIM); Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah bagi membantu pekebun kecil getah dari segi penyelidikan dan penanaman semula getah (RISDA); Lembaga Pertubuhan Peladang yang bertujuan membantu golongan petani yang melibatkan diri dalam kegiatan koperasi (LPP) dan PNB yang berjaya membangunkan industri petroleum dan gas (PETRONAS).
Rujuk Agensi dan Fungsi, Hal. 202. (Ting 55).
58. Pembangunan In-Situ
Strategi meningkatkan produktiviti dan nilai tambah kepada kawasan pertanian sedia ada yang telah dibangunkan tetapi tidak begitu produktif.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 206 (Ting. 5)
59 Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1971.
60. Wawasan 2020
Merupakan gagasan Negara untuk menjadi sebuah negara yang maju menjelang 2020. Idea ini dicetuskan oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed pada 28 Februari 1991. Matlamatnya menjadikan Malaysia sebuah negara industri yang maju menurut acuan sendiri.
Rujuk Wawasan 2020. Hal 219 (Ting. 5)
61. Pakatan Perang Dunia Pertama
Terdapat dua pakatan yang wujud dalam Perang Dunia Pertama iaitu: (1) Perikatan Kuasa Tengah yang terdiri daripada Jerman, Austria-Hungary dan Itali serta (2) Pakatan Bertiga yang terdiri daripada Britain, Peranchis dan Rusia.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 230 (Ting. 230)
62. Blok Dunia
Selepas Perang Kedua, telah muncul dua kuasa besar dunia yang membentuk dua blok dunia, iaitu: (1) Blok Kapitalis yang ketuai oleh Amerika Syarikat dan sekutunya dan (2) Blok Komunis yang diketuai oleh Russia sehingga mencetuskan Perang Dingin.
Rujuk Jadual Blok Dunia, Hal. 234 (Ting. 5)
63. Dasar Apartheid
Dasar membezakan warna kulit yang diamalkan oleh Negara Afrika Selatan ketika di bawah pemerintahan orang Kulit Putih, Afrika Selatan.
Rujuk Dasar Apartheid, Hal. 239 (Ting. 5)
66. Deklarasi Langkawi
Persetujuan yang ditandatangani oleh Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada tahun 1989 di Langkawi berhubung dengan tanggungjawab dalam mengawal dan mengatasi masalah pencemaran.
Rujuk Sudut Maklumat. Hal. 244 (Ting. 5)
67. Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM)
Ditubuhkan pada tahun 1961 semasa kemuncak Perang Dingin yang dianggotai oleh negara-negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika Selatan dengan matlamat untuk mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong Blok Barat atau Blok Komunis.
PERISTIWA-PERISTIWA PENTING TINGKATAN EMPAT
1. Hasil Inovasi manusia
Melahirkan kemajuan dalam bidang pertanian dari segi penanaman, penyimpanan makanan, penternakan binatang dan penciptaan alat-alat pertanian seperti cangkul dan sistem pengairan.
Rujuk Perenggan 1, Hal. 6 (Ting. 4)
2. Punca pembahagian masyarakat yang kompleks
Pertambahan penduduk dan kepelbagaian kegiatan ekonomi telah mewujudkan sistem sosial dalam masyarakat tamadun awal.
Rujuk Perenggan 2, Hal. 6 (Ting. 4)
3. Pemilihan Lembah Sungai sebagai lokasi Tamadun
Antara sebab Lembah Sungai diplih sebagai lokasi Tamadun ialah: (1)kesuburan tanah disekitarnya, (2) bekalan air yang berterusan, (3) bekalan protein dan (4) sebagai jalan pengangkutan dan perhubungan.
Proses Pembentukan Tamadun, Perenggan 1, Hal. 8 (Ting. 4)
4. Sistem Pemerintahan Teokrasi
Raja dianggap wakil tuhan dan pemilik negara kota (Raja Pendeta). Raja pendeta yang paling berpengaruh ialah Raja Kota Akkad iaitu Naramsin (Dalam al-Qur’an : Namrud) yang mengaku dirinya Tuhan.
Rujuk Perenggan 3, Hal. 12 (Ting. 4)
5. Kepercayaan Orang Mesir
Orang Mesir percaya akan konsep Politeisme yang mengaitkan Tuhan dengan unsur alam seperti: (1) Tuhan Matahari (Re), (2) Tuhan Langit (Ra-Atum) dan (3) Tuhan Angin (Amun). Orang Mesir juga percaya tentang kehidupan selepas mati sebab itulah mayat dilengkapi dengan peralatan dan kelengkapan harian.
Rujuk Perenggan 3, Hal. 20 (Ting.4)
6. Perancangan Bandar Tamadun Indus
Bandar-bandar dalam Tamadun ini disusun berasaskan blok segiempat yang dipisahkan dengan jalanraya dan mempunyai sistem kumbahan yang teratur. Bandar ini juga dihubungkan dengan sungai sebagai jalan perhubungan.
Rujuk Ciri-ciri Tamadun Indus, Perenggan 1, Hal. 24 (Ting. 4)
7. Sistem Demokrasi Yunani
Terdapat Dewan Perhimpunan dimana semua lelaki dewasa Athens menjadi ahli antara enam bulan hingga 1 tahun dan bersidang sebanyak tiga kali sebulan bagi membincangkan dasar-dasar kerajaan serta Majlis yang mengendalikan keputusan Dewan.
8. Kerajaan kecil dan Kerajaan Besar
Antara tahun 600 – 320 S.M terdapat dua bentuk kerajaan di India. Kerajaan kecil mempunyai ciri-ciri berikut: (1) Bersifat kepuakan dan (2) Tidak mempunyai Raja manakala kerajaan besar diketuai oleh Raja seperti kerajaan Kashi, Kosala dan Magadha.
Rujuk perenggan 4, Hal. 44 (Ting. 4)
9. Perusahaan di India
Perusahaan membuat Sutera merupakan perusahaan terawal Tamadun India yang berpusat di Bengal dan Benares. Perusahaan berasaskan barangan emas, mutiara dan batu permata turut berkembang. Cukai juga dikenakan terhadap hasil perdagangan seperti hasil pertanian dan hasil buah-buahan. Cukai itu untuk menyara anggota tentera, pentadbir dan Raja.
Rujuk perenggan ke 7, Hal. 51 (Ting. 4)
10. Hubungan Asia Tenggara dengan China dan India
Hubungan kawasan petempatan awal Asia Tenggara telah wujud semenjak Zaman Logam terutama hubungan perdagangan. Buktinya penemuan gendang Gangsa Dongson di Batu Buruk, Besut, Thailand, Indonesia dan Myanmar.
Rujuk perenggan 2, Hal. 73 (Ting. 4)
11. Pelabuhan Kerajaan Maritim
Pelabuhan kerajaan maritim terbahagi kepada tiga iaitu: (1) Pelabuhan Kerajaan iaitu petempatan yang menjadi pembekal barangan berkembang menjadi negeri; (2) Pelabuhan Pembekal iaitu pelabuhan terawal membekalkan barang dagangan kepada para pedagang dan (3) Pelabuhan Entrepot iaitu pelabuhan yang menjalankan kegiatan perdagangan import dan eksport dengan kemudahan pelabuhan yang lengkap.
Rujuk Tahukah Anda, Hal. 79 (Ting. 4)
12. Turunnya Wahyu Pertama
Selepas enam bulan Nabi Muhammad SallalLahu alayhi wasallam bertahanuth di Gua Hira’, akhirnya pada 6 Ogos, 610 M (17 Ramadhan) Allah telah menurunkan wahyu pertama tentang kepentingan membaca melalui Ayat 1-5, Surah Al-Alaq. Peristiwa ini juga menandakan berakhirnya Zaman Jahiliyyah.
Rujuk perenggan 3, Hal. 107 (Ting. 4)
13. Penyebaran Islam di Makkah
Penyebaran Islam di Makkah dilakukan secara berperingkat-peringkat iaitu secara rahsia kepada : (1) Ahli keluarga dan (2) Sahabat yang rapat. Pada masa ini yang memeluk Islam ialah Khadijah Khuwailid, Ali Abi Talib, Zaid Harithah dan Abu Bakr al-Siddiq kemudian disebarkan pula
secara terbuka kepada kaum Quraisy setelah turunnya wahyu ayat 94, Al-Hijr.
Rujuk hal. 109 (Ting. 4)
14. Golongan Hamba menjadi penganut Islam terawal
Sebab-sebab golongan bawahan tertaik dengan Islam kerana Islam memberi layanan yang sama kepada semua manusia, kemurnian ajarannya dan kebijaksanaan Nabi Muhammad. Walau bagaimanapun terdapat golongan hamba yang telah diseksa kerana menyatakan keislaman, iaitu Bilal Rabah (dijerut leher), Keluarga Yassir (dijemur ditengah Padang Pasir sehingga syahid bersama anak dan isterinya Sumayyah), Amir Fuhairah (diseksa hingga jadi gila) dan Zunainah (diseksa oleh Abu Lahab hingga buta).
Rujuk Penerimaan terhadap Islam, perenggan 2, Hal. 110 (Ting. 4)
15. Orang Quraisy menentang Islam
Alasan mereka menentang kerana: (1) Islam menyarankan prinsip persamaan taraf, (2) Islam membawa konsep persaudaraan, (3) Larangan Islam terhadap amalan Jahiliyyah seperti mencuri dan menindas, (4) Tidak mahu tunduk di bawah kepimpinan Nabi dan (5) Menjejaskan kegiatan ekonomi masyarakat Arab Jahiliyyah iaitu menjual Patung Berhala.
Rujuk Penentangan terhadap Islam, Hal. 111-112 (Ting. 4)
16. Hijrah ke Habsyah
Merupakan hijrah yang pertama kerana mendapat perlindungan daripada Raja Habsyah iaitu Najjasyi bagi mengurangkan tekanan dan penindasan kaum Quraisy.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal 113 (Ting 4)
17. Persembunyian di Gua Thur
Nabi Muhammad s.a.w. dan Saidina Abu Bakr bersembunyi di Gua Thur dalam perjalanan ke Madinah. Antara pihak yang membantu hijrah Nabi, ialah: (1) Abdullah Abu Bakar sebagai pengintip perjalanan Quraisy, (2) Asma’ Abu Bakr yang menghantar makanan dan (3) Amir Fuhairah mengembala kambing bagi membekalkan air susu.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 120 (Ting. 4)
18. Sebab dan Tujuan Hijrah ke Madinah
(1) Perintah Allah melalui wahyu dalam surah al-Anfal, (2) Merupakan satu strategi dakwah Islamiyyah, (3) Jemputan masyarakat Arab Madinah.
19. Kepentingan Hijrah
Peristiwa Hijrah amat penting dalam perkembangan Sejarah Islam kerana, melalui Hijrah: (1) Dapat mendamaikan suku Arab Madinah iaitu Aus dan Khazraj, (2) Dakwah Islam dapat dapat dilaksanakan dengan aman dan tanpa berselindung, (3) Dapat menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dan Madinah dan (4) Dapat menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama.
Rujuk kepentingan Hijrah, Hal. 122 (Ting. 4)
20. Pencabulan Perjanjian Hudaibiyyah
Selepas dua tahun, Perjanjian Hudaibiyyah kaum Quraisy telah mencabuli Perjanjian ini apabila terjadinya peperangan (mengangkat senjata) antara Kabilah Bani Bakr dan Kabilah Bani Khuza’ah.
Rujuk Sudut Maklumat. Hal. 133 (Ting. 4)
21. Pembukaan Kota Makkah
Ketika memasuki Kota Makkah, Nabi Muhammad s.a.w. telah mengumumkan: (1) Kata-kata berunsurkan pengampunan kepada tawanan Quraisy, (2) Jaminan keselamatan kepada sesiapa yang memasuki rumah Abu Sufyan, (3) Jaminan keselamatan kepada sesiapa yang berada di rumah sendiri dan (4) Jaminan keselamatan kepada sesiapa yang memasuki Masjidil Haram.
Rujuk Sudut Maklumat. Hal. 136 (Ting. 4)
22. Isi Khutbah terakhir RasululLah s.a.w.
(1) Penghormatan terhadap darah dan harta, (2) Setiap orang Islam adalah bersaudara dan (3) Bagi mengelakkan kesesatan hendaklah berpegang kepada dua perkara iaitu Al-Qur’an dan sunnah RasululLah
Rujuk Sudut Maklumat. Hal. 137 (Ting. 4)
23. Pembaharuan Khalifah Abu Bakr
Sebagai pentadbir kerajaan Islam, khalifah Abu Bakr telah berjaya: (1) Mengatasi masalah perpecahan yang melanda, (2) Mengambil tindakan tegas terhadap golongan Al-Riddah dan golongan Murtad dengan mendapat sokongan padu masyarakat hingga beliau digelar Penyelamat Umat Islam.
Rujuk perenggan 1 -2, Hal. 145
24. Jasa dan Sumbangan Khalifah Uthman
Beliau telah berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afghanistan, Samarqand, Cyprus dan Tripoli; Mengukuhkan pertahanan negara Islam dengan membina Angkatan Tentera Laut Islam dan memperkenalkan Mushaf Uthmani bagi menyelaraskan bacaan Al-Qur’an (Qira’at).
25. Pusat Penterjemahan di Sepanyol
Penubuhan sekolah-sekolah penterjemahan di Toledo telah memberi peluang kepada masyarakat tempatan dan rakyat Umaiyyah mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan daripada terjemahan itu sekaligus menyemarakkan kegiatan para ilmuwan Andalusia.
Rujuk Perenggan 2, Hal. 153 (Ting. 4)
26. Penubuhan Baitul Mal
Mewujudkan sistem kewangan untuk mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan negara melalui sumber-sumber: (1) Cukai tanah (Kharaj), (2) Cukai kepala (Jizyah), (3) Zakat dan (4) Cukai hasil pertanian (Usyur).
Rujuk Perenggan 4 dan 1, Hal. 153-154 (Ting. 4)
27. Sumbangan Dinasti Abbasiyyah
Dinasti Abbasiyyah telah memberi sumbangan dalam pelbagai aspek, antaranya ialah: (1) Menjadikan Kota Baghdad sebagai pusat ilmu pengetahuan dan kegiatan intelektual, (2) Pembinaan institusi keilmuan unggul iaitu Bait al-Hikmah, (3) Penglibatan golongan ulama dalam kegiatan penulisan melalui penghasilan karya-karya termasyhur seperti Kitab al-Muwatta’ oleh Imam Malik dan Fatwa Imam Ahmad.
Rujuk perenggan 1, Hal. 157 (Ting. 4)
28. Faktor Penyebaran Islam ke Eropah
Islam tersebar ke Eropah melalui pelbagai cara, iaitu: (1) Menjadi jajahan takluk Negara Islam semasa Umaiyyah sepanyol, (2) Penaklukan Constantinople oleh Muhammad al-Fatih membawa kepada penyebaran Islam ke Eropah Timur, (3) Semangat Ghazi tentera Islam Uthmaniyyah hingga mengalahkan banyak negara Eropah, (4) Tahap keimanan dan ketaatan kepada Allah dalam kalangan tentera Islam serta (5) Sistem ketenteraan Uthmaniyyah yang tersusun.
Rujuk Faktor Penyebaran Islam, Hal. 162 (Ting. 4)
29. Islam di Balkan
Penduduk Islam di Balkan pada bancian yang dibuat pada tahun 1530 ialah seramai 19% yang terumpu di kawasan Bandaraya Bosnia (45%), Sofia (66%) dan Edirne (82%).
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 163 (Ting. 4) 30. Pengislaman Raja di Asia Tenggara
Peristiwa pengislaman Raja-raja di Asia Tenggara ada diterangkan dalam karya tempatan seperti Hikayat Merong Mahawangsa tentang pengislaman Sultan Kedah oleh Syeikh Abdullah dari Yaman, Hikayat Acheh yang menerangkan tentang pengislaman Raja Pasai oleh Syed Abdullah Arif dan Sejarah Kepulauan Sulu yang menerangkan peranan Sharif Hassan Awlia dalam mengembangkan Islam di Sulu.
31. Adat Istiadat Melayu
Adat istiadat Melayu adalah membabitkan cara berpakaian, bahasa dan pengucapan serta tingkahlaku yang tertib. Istiadat pertabalan bertujuan menggambarkan kedaulatan seorang Sultan.
Rujuk perenggan 1. Hal. 198 (Ting. 4)
32. Adat Perpatih
Adat perpatih merupakan adat yang diamalkan di Negeri Sembilan warisan dari Pagaruyung, Minangkabau yang memihak kepada keturunan sebelah ibu (Matrilineal) dan hidup dalam kesukuan yang mempunyai ketua adat (lembaga). Perlantikan ketua adalah dari bawah (bottom-up) melalui pemilihan buapak, lembaga, undang dan Yang Di Pertuan Besar. Rujuk Hal. 198-199 (Ting. 4)
33. Undang-undang Negeri di bawah pemerintahan Islam
Kehadiran agama Islam telah memperkembangkan undang-undang bertulis seperti penggubalan Undang-undang Pahang oleh Sultan Abdul Ghaffur Muhyituddin (1592-1614), Undang-undang Kedah yang melibatkan undang-undang pelabuhan dan tentera serta Undang-undang Perak yang turut dikenali sebagai Undang-Undang-undang 99.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 200 (Ting. 4)
34. Jenis-jenis Kesenian
Bidang kesenian merupakan kegiatan menghargai nilai keindahan (estetika) dalam bentuk seni halus. Seni rupa, seni tampak, seni persembahan, seni tekstil, seni busana dan seni bina.
Rujuk Kesenian, Perenggan 1. Hal. 205
35. Melaka sebagai pusat perdagangan
Kehadiran pedagang asing di Melaka telah menyebabkan kerajaan Melaka menyediakan kemudahan agar aktiviti perdagangan berjalan lancar seperti mewujudkan jawatan Laksamana bagi urusan kelautan dan jawatan Syahbandar sebagai ketua pelabuhan, manakala Undang-undang Laut Melaka menjadi landasan yang harus dipatuhi dalam kegiatan perdagangan.
Rujuk Perdagangan, Perenggan 1. Hal. 209 (Ting. 4)
36. Zaman Gelap di Eropah
Zaman Gelap di Eropah merupakan zaman kemunduran masyarakat akibat keruntuhan Rom Barat hingga tiada lagi pemerintah pusat, kemunculan golongan lintah darat yang menindas petani iaitu Baron (tuan tanah), kegiatan perdagangan yang terhad akibat pemahaman yang salah tentang bumi dan keganasan orang-orang gasar iaitu Magyar dan Viking, malahan semua jalan laut dikuasai pedagang Islam. Sebab yang lain kerana kongkongan oleh pihak Gereja yang sempit dan kolot.
37. Aliran Humanisme
Aliran humanism di Eropah muncul hasil kebangkitan kesedaran di Eropah yang dicetuskan oleh pelajar-pelajar Eropah yang pulang dari Dunia Islam. Tokoh yang dianggap Bapa Humanisme ialah Francesco Petrarch yang menyatakan manusia mempunyai potensi kekuatan akal yang perlu digunakan bagi menyelesaikan masalah dengan cara meneroka bidang baru, menggunakan kaedah inkuiri dan memenuhi rasa ingin tahu.
Rujuk Zaman Renaissance, Perenggan 1-2. Hal. 217
38. Kejayaan Gerakan Reformation di Jerman
Kejayaan Gerakan Reformation di Jerman dibantu oleh penciptaan mesin cetak Johann Guternberg sehingga Bible dapat dihasilkan dalam masa yang singkat.
Rujuk Perenggan 2, Hal. 221 (Ting. 4)
39. Pelayaran Ke Timur
Pelaut Portugal lebih awal sampai ke Timur berbanding pelaut Sepanyol disamping mempunyai kepentingan di Amerika Selatan hingga saling
bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan hingga
hampirmencetuskan pertikaian yang dapat diselesaikan dengan campurtangan Paus melalui Perjanjian Tordesillas. Antara pelaut unggul pada waktu itu ialah Christopher Columbus yang pertama kali menemui Benua Amerika dan Ferdinad Magellan yang dapat sampai hingga ke Filipina tetapi telah terbunuh.
Rujuk perenggan 1-2, Hal. 224 (Ting. 4)
40. Pemilikan Tanah Persendirian
Sebelum berlakunya Revolusi Pertanian (penanaman secara ladang), terdapat dua sistem pemilikan tanah iaitu tanah persendirian (yang terletak di kawasan paling strategic dan mempunyai nilai yang tinggi) dan tanah awam (kawasan yang jauh dan kawasan hutan). Rakyat diizinkan menggunakan tanah awam untuk mencari rezeki.
Rujuk Pemilikan Tanah Persendirian, Hal. 227 (Ting. 4)
41. Pengkhususan Pengeluaran
Pembelian jentera memerlukan modal yang amat tinggi. Oleh kerana itu, bagi mengawal kos, para pemodal tidak dapat melibatkan diri dalam pelbagai bidang. Hal ini telah mendorong golongan pengusaha mewujudkan kepakaran dan pengkhususan dalam satu-satu pengeluatan agar lebih kompetetif dan berdaya maju.
42. Protes pekerja mahir terhadap penggunaan mesin
Selepas mesin membuat stoking, renda dan pakaian dicipta, ramai pekerja mahir yang emosi kerana kemahiran mereka sebagai tukang tenun dan tukang jahit tidak diperlukan sehingga mereka bertindak merosakkan mesin pembuatan stoking, renda dan pakaian. Antara kegiatan yang muncul seperti ini ialah Pergerakan Luddite.
Rujuk Perenggan 1, Hal. 236 (Ting. 4)
43. Kedatangan Kuasa Barat Ke Asia
Terdapat beberapa faktor yang mendorong kedatangan kuasa Barat ke Asia iaitu: (1) Mendapatkan bahan mentah, (2) Penciptaan jalan keretapi dan kapal Wap, (3) Mencari pasaran barangan di Asia, (4) Menyebarkan pengaruh agama Kristian dan tamadun Barat melalui slogan The White man’s burden, mission civilisatrice dan the blessings
of the Anglo Saxon protection.
Rujuk Hal. 238 (Ting. 4)
44. Amalan Sebelum Melombong
Orang Melayu masih percaya kepada perkara-perkara khurafat apabila sebelum perlombongan dilakukan, upacara menyemah tempat yang hendak dilombong akan dibuat bagi mengelakkan sebarang mala petaka.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 246 (Ting. 4)
46. Penghasilan Gambir
Gambir dihasilkan dengan merebus daun gambir, setelah hampir kering, baki air yang tinggal akan ditapis dan direbus lagi hingga pekat lalu dituang ke dalam acuan dan dibiarkan kering, kemudian dipotong kecil untuk dijual.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 247 (Ting. 4)
47. Penguasaan Industri Perlombongan oleh Pemodal Eropah
Pada awal abad ke 20, industri perlombongan bijih timah mula dikuasai oleh pelombong dari Eropah kerana kemampuan mereka menyediakan modal bagi menggunakan teknologi Kapal Korek bagi membolehkan aktiviti perlombongan secara besar-besaran.
Rujuk Perenggan 2, Hal. 251 (Ting. 4).
48. Penubuhan Bank
Penubuhan Bank di Tanah Melayu telah memperkenalkan sistem kewangan moden yang berorientasikan keuntungan dengan memperkenalkan kadar faedah yang tinggi. Antara Bank yang ditubuhkan ialah Mercantile Bank (1859), The Chartered Bank (1875), Hong Kong and Shanghai Bank (1894), Algemene Bank of Netherlands (1899), Kwong Yik Bank (1913), Ban Hin Lee (1935) dan bank pertama
orang Melayu pada tahun 1947 iaitu Malay National Banking Corporation (tetapi tidak bertahan lama).
Rujuk Perenggan 2, Hal. 257 (Ting. 4)
49. Undang-undang Tanah Zaman British
Secara amnya, British telah membahagikan tanah mengikut kegunaan dan nilai komersialnya seperti Tanah Ladang, Tanah Peribumi dan Tanah Perlombongan. Kadar cukai juga mengikut jenis tanah.
Rujuk Perenggan 4. Hal. 259. (ting. 4)
50. Dasar British Terhadap Pekebun Kecil Getah
Oleh kerana penjajah mahu mengekalkan orang Melayu dalam ekonomi tradisional, Enakmen Tanah Padi 1917 telah digubal yang melarang penanaman getah di kawasan tanaman Padi, malah premium untuk tujuan penerokaan tanah bagi penanaman getah dinaikkan malahan selepas 1930, dilarang sama sekali.
Rujuk Dasar British Terhadap Pekebun Kecil, Hal. 261. (ting. 4)
51. Pembandaran
Perkembangan pesat ekonomi menyebabkan berlakunya proses pembandaran terutama di kawasan yang kaya dengan sumber semulajadi seperti Ipoh, Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban.
TINGKATAN LIMA
52. Union Indochinoise
Sebuah persekutuan yang diperkenalkan oleh Peranchis bagi mewujudkan pentadbiran pusat yang dianggotai oleh Vietnam, Kemboja (1887) dan kemudiannya oleh Laos (1904) dengan diketuai oleh Gabenor Jeneral dan memakai Undang-undang Peranchis.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal 11 (Ting. 5)
53. Karya Kesusasteraan Asia Tenggara
Karya kesusasteraan di Asia Tenggara berperanan menbang-kitkan nasonalisme dan menyampaikan mesej kesengsaraan serta kekecewaan terhadap penindasan penjajah seperti cerpen Kerikil-kerikil Tajam dan puisi Ke Makam Bonda (Chairil Anwar), Putera Gunung Tahan (Pak Sako), Noli Me Tenggere (Jose Rizal) dan Hilang Gelap Terbitlah Terang (Raden Adjeng Kartini).
Rujuk Hal. 16 (Ting. 5)
54. Sebab-sebab Orang Melayu Menentang British
Penentangan terhadap British dilakukan kerana : (1) Penjajahan bererti satu pencabulan lagi pula British menguasai pembesar Melayu, menguasai hasil dan sumber galian seperti Bijih Timah, memaksakan Sistem Pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan manakala pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh.
Rujuk Sebab-sebab Penentangan, Hal. 30 (Ting. 5)
55. Perang Naning Kedua (1832)
Pada tahun 1832, British sekali lagi bersama 1200 orang askar upahan menyerang Naning. Dato’ Dol Said dan pengikutnya tidak mendapat sebarang bantuan luar. British berjaya mengalahkan tentera Dol Said. Beliau menyerah diri dan dibuang daerah ke Melaka.
Rujuk Perenggan 2, Hal. 32 (Ting. 5)
56. Sebab-sebab Yam Tuan Antah menentang British
(1) Brittish menduduki kawasan Sungai Linggi, (2) British menyokong Dato’ Kelana menduduki Terachi dan Paroi dan (3) British menduduki Bukit Putus, Jempol dan Terachi.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 39 (Ting. 5)
57. Faktor-faktor pemangkin Nasionalisme
Terdapat 8 faktor yang menjadi penggerak kepada kebangkitan Nasionalisme di Tanah Melayu iaitu pengenalan dasar British dalam pelbagai sektor yang bertentangan dengan adat resam tempatan, pendudukan Jepun menyedarkan rakyat bahawa Barat dapat dikalahkan, kekejaman komunis selama 14 hari memberikan pengajaran kepada orang Melayu, peranan wartawan dalam media cetak terutamanya Akhbar, Gerakan Pan Islamisme yang anti
penjajahan Barat di dunia Islam, kesedatran politik yang digerakkan oleh tokoh-tokoh serantau serta pengenalan sistem pendidikan telah melahirkan golongan intelektual.
Rujuk Faktor-faktor pemangkin Nasionalisme, Hal. 45 (Ting.5)
58. Isu-isu dalam Majalah Guru
Majalah guru membangkitkan tentang isu-isu berkaitan pendidikan anak-anak Melayu bagi meningkatkan taraf hidup mereka serta menyeru kea rah perpaduan, semangat cintakan tanahair serta memajukan kegiatan bahasa dan sastera.
Rujuk Majalah, Hal. 52 (Ting. 5)
59. Gerakan Bawah Tanah Menentang Jepun
Parti Komunis Malaya (PKM) telah menubuhkan MPAJA (Tentera Rakyat Tanah Melayu Anti Jepun) dan mendapat bantuan British serta latihan ketenteraan bagi menjalankan perang gerila terhadap Jepun.
Rujuk Perenggan 2, Hal. 58 (Ting. 5)
60. Penyatuan Jerman oleh Bismarck
Bismarck telah menyatukan Jerman dengan cara yang paling jahat menggunakan pelbagai cara seperti tipu helah, pemalsuan dokumen, provokasi dan ugutan.
Rujuk teks Hal. 69 (Ting. 5)
61. Sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan
British telah mengemukakan beberapa sebab kenapa Malayan Union perlu segera dilaksanakan menggantikan :Pentadbiran Tentera British (BMA), iaitu: (1) Bagi membentuk satu bangsa Malayan Union, (2) Untuk menjimatkan kos pentadbiran negara melalui pentadbiran ber;pusat dan seragam, (3) Dapat mengaeal kuasa Politik orang Melayu, (4) Melicinkan pentadbiran melalui pelaksanaan undang-undang dan sistem birokrasi yang selaras dan (5) Persediaan membentuk kerajaan sendiri kepada rakyat Tanah Melayu.
Rujuk sebab-sebab pengenalan MU, Hal. 95 (Ting. 5)
62. Tindakan Menentang Malayan Union
Berikut ialah cara dan tindakan yang diambil oleh orang Melayu bagi menentang Malayan Union: Menyuarakan bantahan melalui surat khabar, Mengadakan demonstrasi seperti di Kota Bharu dan Alor Setar, Menghidupkan semula Persatuan-persatuan Melayu, Mengadakan Kongres hingga membawa kepada penubuhan UMO dan UMNO dan mengadakan rapat umum.
63. Peranan Pegawai British dalam Pembentukan PTM, 1948
Pembentukan PTM 1948 mendapat sokongan dari bekas Pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Frank Swettenham. Cecil Clementi Smith dan juga Pegawai tinggi British seperti Malcolm Mac Donald dan Edward Gent.
Rujuk Hal. 103 dan 104 (Tingkatan 5)
64. Pembikaan Keahlian UMNO kepada bukan Melayu
Bagi melaksanakan langkah kerjasama antara kaum, Dato’ Onn telah berucap dalam perhimpunan UMNO sambil menyatakan akan membuka keahlian kepada bukan Melayu , namun orang Melayu mengecam hebat tindakannya itu,. Akhirnya Dato’ Onn meninggalkan UMNO.
Rujuk Perenggan 4, Hal. 120 (Ting. 5)
65. Pilihanraya Majlis Bandaran Kuala Lumpur
Pada bulan Februari, 1952 kerjasama antara UMNO-MCA telah diwujudkan bagi menyertai Pilihanraya melalui usaha Abdul Razak Yahya (UMNO KL) dan Ong Yoke Lin (MCA Selangor) hingga memenagi 26 kerusi daripada 37 kerusi yang dipertandingkan.
Rujuk 5.2.2, Hal. 121. (Ting. 5)
66. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum (JPPk)
Jawatankuasa ini telah ditubuhkan di Singapura pada tahun 1961 bagi menerangkan kepada orang ramai tentang Gagasan Malaysia serta mengumpulkan pandangan penduduk bagi menguatkan usaha pembentukan Malaysia.
Rujuk Perenggan 2, Hal. 149 (Ting. 5)
67. Pindaan Perlembagaan
Pindaan perlembagaan diperlukan untuk melindungi kepen-tingan rakyat, menjaga keselamatan negara dan melicinkan urusan ;pentadbiran negara. Perlembagaan perlu dipinda supaya sentiasa relevan dan sesuai dengan keperluan semasa.
Rujuk Pindaan, Perenggan 1. Hal. 165 (Ting. 5)
68. Pilihanraya Kecil
Pilihanraya Kecil akan diadakan apabila berlakunya kekosongan kerusi di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri disebabkan kematian, perletakan jawatan dan perlucutan jawatan. Pilihanraya ini mesti diadakan dalam tempoh 60 hari (Semenanjung) dan 90 hari (Sabah dan Sarawak) dari hari kejadian.
69. Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970)
Rancangan Malaysia Pertama memberi tumpuan kepada pembentukan Integrasi Nasional antara rakyat berbilang kaum di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dan merangkan pelan pembangunan dengan fokus kepada kesejahteraan rakyat. Pembangunannya bersifat bersepadu iaitu merangkumi semua bidang ekonomi dengan mempelbagaikan kegiatan dalam sektor pertanian dan perindustrian. Antara badan kerajaan yang berperanan ialah FELDA, FELCRA dan RIDA yang kemudian digantikan dengan nama MARA. Selain itu MARDi yang berfungsi untuk menjalankan penyelidikan pertanian, MIDA dalam bidang perindustrian turut ditubuhkan.
Rujuk Perenggan 3, Hal, 200 (Ting. 5)
70. Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)
Rancangan pembangunan pertama di bawah Dasar Ekonomi Baru dengan tumpuan menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial antara kaum, kawasan dan wilayah. Antara langkah yang diambil ialah menyediakan peluang pekerjaan dan menghapuskan identiti kaum berdasarkan sektor ekonomi.
Rujuk RMK-2, Hal. 201 (Ting. 5)
71. Rancangan Malaysia Ketiga (1976 – 1980)
Masih meneruskan agenda DEB dengan tujuan membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Antara langkah yang terus diambil untuk membasmi kemiskinan ialah pembukaan tanah secara besar-besaran bagi pembangunan Tanah Rancangan Felda di seluruh negara termasuk juga peranan Lembaga Pembangunan Wilayah seperti KEJORA, DARA, KESEDAR dan KETENGAH.
Rujuk Perenggan 3, Hal. 202 (Ting. 5)
72. MAGERAN
Ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei, 1969. Antara peranannya mengembalikan keamanan, melaksanakan undang-undang darurat dan mengembalikan kestabilan politik. Pentadbiran MAGERAN diketuai oleh Tun Abdul Razak yang berlangsung selama 21 bulan.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 210 (Ting. 5)
73. Punca Perang Dunia Pertama
Punca segera yang mencetuskan Perang Dunia Pertama ialah pembunuhan Archduke Franz Ferdinand iaitu Putera Mahkota Austria-Hungary dan isterinya Duches Sophie oleh seorang pengganas Serbia ketika membuat lawatan di Sarajevo, Bosnia.
74. Punca Perang Dunia Kedua
Perang Dunia Kedua meletus apabila Jerman menyerang Poland dari Barat mnakala USSR menyerang Poland dari arah Timur. Serangan ke atas Poland ini menyebabkan Britain dan Peranchis mengisytiharkan perang ke atas Jerman, manakala di Lautan Pasifik serangan Jepun ke atas Pearl Harbour telah mencetuskan peperangan antara Jepun dan Amerika.
Rujuk Perenggan 4, Hal. 233 (Ting. 5)
75. Peranan Malaysia Dalam OIC
Malaysia telah memainkan peranan yang amat penting dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) apabila Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Setiausaha Agung Pertama, menjadi perantara menyelesaikan konflik Iran dan Iraq, memberi sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin mewujudkan Negara Palestin merdeka.
Rujuk Hal. 251-252 (Ting. 5)
TOKOH-TOKOH PENTING TINGKATAN EMPAT
1. Hammurabi (1792-1750 S.M)
Raja Babylon dari keturunan Amorite yang membina banyak negara kota, menakluki Akkad, membentuk Empayar Mesopotamia dan menggubal kod undang pertama yang dinamakan Undang-undang Hammurabi. Undang-Undang-undang ini berjaya mewujudkan perpaduan rakyat dan mengukuhkan sistem organisasi Mesopotamia.
Sudut Maklumat dan Sumbangan Tamadun, Perenggan 2, Hal. 14 (Ting. 4)
2. Fir’aun Menes (3200 S.M)
Berjaya menyatukan kesemua nome di Mesir sehingga menubuhkan sebuah kerajaan dengan menjadikan Thinis sebagai pusat pentadbiran (Selepasnya pusat pentadbiran berpindah ke Memphis dan Thebes).
Rujuk Ciri-ciri Tamadun Mesir Purba, Perenggan 1, Hal. 18 (Ting. 4)
3. Imhotep
Memperkenalkan teknik pembinaan bangunan berbentuk Piramid menggunakan batu bata. Piramid pertama ialah Piramid Sakkara tempat bersemadi Firaun Djoser (3150 S.M).
Rujuk Sumbangan Tamadun Mesir Purba, Perenggan 1, Hal. 21 (Ting. 4)
4. Maharaja Shih Huang Ti
Merupakan pengasas Dinasti Chin dan membentuk sebuah empayar yang luas sehingga ke Sungai Merah, Vietnam dan membentuk sebuah pentadbiran pusat.
5. Julius Caesar
Pada tahun 62 S.M beliau telah dilantik menjadi praeotor (pemerintah tentera) kemudian pada tahun 59 S.M menjadi Konsul dalam pentadbiran Rom. Dalam perang saudara Pompei, beliau mengalahkan Jeneral Pompei dan mengisytiharkan diri sebagai Diktator Rom . 44 S.M telah dibunuh oleh pengikut Pompei.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 44 (Ting. 4)
6. Alexander The Great
Menjadi Raja Yunani menggantikan Raja Philip dan berjaya mengalahkan Parsi hingga membentuk empayar yang kuat. Menjadi panglima yang paling agung dalam Sejarah. Seluruh kawasan Laut Mediterranean berada di bawah kekuasaan Empayat Yunani semasa pemerintahannya meliputi Parsi, Mesir, Turkistan dan Samarqand.
Rujuk Perluasan Kuasa, perenggan 3, Hal. 48 (Ting. 4)
7. Socrates (470-300 S.M)
Bapa falsafah Barat yang memulakan kaedah tanya jawab dan mengkaji unsur-unsur masyarakat dan kebahagiaan. Walau bagaimanapun dituduh merosakkan pemikiran masyarakat sehingga dihukum minum racun oleh Raja.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 56 (Ting. 4)
8. Keutamaan Saidina Uthman
(1) Mempunyai ramai saudara mara di Kota Makkah, (2) Merupakan sahabat yang paling matang, (3) Merupakan menantu RasululLah s.a.w. (Mengahwini Saidatina Ummu Kalthum dan Saidatina Ruqayyah) dan (4) Mempunyai sifat yang lemah lembut dan penuh tolak ansur.
Rujuk Sudut Maklumat. Hal 132 (Ting. 4)
9. Khalifah Abu Bakr al-Siddiq
Khalifah pertama menerajui Negara Islam Madinah selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Di gelar al-Siddiq kerana sentiasa membenarkan segala perkataan Nabi, bersifat ikhlas, jujur, setia kepada RasululLah s.a.w. Nama sebenarnya Abdullah Abu Quhafah.
Rujuk Khalifah Abu Bakr, Perenggan 1, Hal. 144 (Ting. 4)
10. Ibn Al-Nafis
Pakar bedah yang amat masyhur di Damsyik dan telah menghasilkan buku perubatan bertajuk Al-Shamil fil Sana’ah al-Tabibiyah yang membincangkan tentang teknik pembedahan dan rawatan selepas pembedahan. Ibn Al-Nafis juga membetulkjan idea pergerakan darah dalam ebb turun naik oleh Galen dengan menyatakan bahawa darah itu sebenarnya mengalir.
11. Hulagu Khan (1217-1265 M)
Pengasas kerajaan di Ilkhan, Iraq iaitu cucu kepada Genghiz Khan. Hulagu telah meruntuhkan kerajaan Abbasiyyah dengan mengusir Khalifah al-Musta’sim . Beliau meninggal di Pulau Shah sebagai seorang muslim.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 156 (Ting. 4)
12. Khalifah Uthmaniyyah yang berjaya
Kejayaan Murad I dan Bayezid I menguasai Balkan, Mehmed II berjaya menawan kota Constantinople serta mengukuhkan empayar Uthmaniyyah dan Sulaiman I yang memperkenalkan kod Undang-undang baru (Sulaiman al-Kanuni).
Rujuk Hal. 159 (Ting. 4)
13. Penulis Ensaiklopedia Sains Islam
Pada zaman kegemilangan pemerintahan Turki, muncul golongan ilmuwan yang berkaliber iaitu Mehmed al-Fanari, Molla Lutfi dan Katip Celebi menghasilkan Ensaiklopedia Sains Islam yang menjadi rujukan penting dunia ilmiah pada zaman silam.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 161 (Ting. 4)
14. Ibn Rushd
Seorang ahli falsafah dan ilmuwan Islam yang unggul. Antara hasil tulisan beliau yang terkenal ialah: Tahafut Tahafut, Mabadi’ al-Falasifah dan Muwalaqah al-Hikmah wa Shari’a yang banyak menekankan tentang ilmu mantiq dan mempengaruhi pemikiran di Eropah.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 167. (Ting. 4)
15. Tuk Ku Pulau Manis
Nama sebenarnya Syaikh Abdul Malik bin Abdullah dan anak murid ulama’ Acheh Abdul rauf Singkel dan mempunyai hubungan rapat dengan Sultan Terengganu setelah balik dari Makkah beliau telah menubuhkan Institusi Pondok di Terengganu yang disebut Pondok Pulau Manis.
Rujuk Hal. 202-203. (Ting. 4)
16. Francesco Petrarch
Bertanggungjawab mengumpulkan semula ilmu-ilmu Yunani dan Rom serta kitab-kitab ilmu ilmuwan Islam sehingga mencetuskan idea tentang keupayaan berfikir dan mengembangkan aliran humanism dan membangkitkan kesedaran ke arah pemulihan budaya hingga akhirnya Eropah keluar dari Zaman Gelap kepada Zaman Renaissance (Kemajuan).
17. Martin Luther
Pelopor Gerakan Reformation yang bermula di Jerman bagi menentang penyelewengan Gereja Katolik. Alirannya dinamakan Protestan dan dikembangkan oleh Zwingli ke Swittzerland . Ajarannya juga dinamakan Lutheran dan berkem-bang di negara-negara Scandinavia. Penerus kelangsungan ajarannya ialah John Calvin.
Rujuk Hal. 221-222. (Ting. 4)
TINGKATAN LIMA
18. Pemimpin Gerakan Islah
Merupakan Gerakan pembaharuan dalam Islam yang digerakkan oleh tokoh-tokoh pelajar yang balik dari Mesir dan mendapat idea daripada Pan Islami oleh Sheikh Muhammad Abduh. Pemimpin yang menggerakkan Gerakan Islah ini ialah: (1) Sheikh Tahir Jalaluddin, (2) Syed Sheikh Al-Hadi dan (3) Dr. Burhanuddin al-Helmy.
Rujuk 2.2.2. Hal. 49 (Ting. 5)
19. Pendeta Za’aba
Seorang tokoh pemikir dan cendekiawan ulung Melayu dan pejuang bahasa. Antara karyanya yang terkenal ialah Ilmu Mengarang Melayu dan Pelita Bahasa Melayu. Malahan beliau juga seorang wartawan yang terkenal pada tahun 1920-an sebelum kemunculan Abdul Rahim Kajai.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 50 (Ting. 5)
20. Mohamad Eunos Abdullah
Merupakan pengasas kepada Kesatuan Melayu Singapura pada tahun 1926 dan bergerak aktif bagi memajukan ekonomi masyarakat Melayu Singapura. Beliau menjadi wakil KMS dalam Pentadbiran British, Ahli Majlis Perundangan Negeri-negeri Selat malah telah berjaya mendapatkan penempatan khas bagi orang Melayu di kawasan Geylang Serai.
Rujuk Mohamad Eunos, Hal. 54, (Ting. 5)
21. Ibrahim Hj. Yaakob
Merupakan wartawan akhbar Majlis di Kuala Lumpur yang memimpin pertubuhan Melayu pertama di Tanah Melayu iaitu Kesatuan Melayu Muda (KMM). Beliau telah menjalankan kerjasama antara KMM dengan Jepun untuk menghalau penjajah British,
22 Woodrow Wilson
Perdana Menteri Britain mempengrusikan Perjanjian Damai di Peranchis menamatkan Perang Dunia I dengan mengemukakan dua prinsip bagi mengasaskan Negara Bangsa melalui Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson, iaitu: (1) penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri dan (2) sempadan negara berasaskan bangsa.
Rujuk perenggan 1, Hal. 68 (Ting. 5).
23. Nicollo Machiavelli
Menghasilkan buku The Prince yang mengusulkan amalan realpolitik iaitu mewajarkan apa sahaja cara seperti tipu helah, kekerasan bersenjata dann peperangan bagi mencapai matlamat politik.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 68 (Ting. 5)
24. Nabi Muhammad Sallallahu alayhi wasallam
Rasul utusan Allah SWT yang telah menyebarkan dakwah Islam di Makkah dan berhijrah ke Madinah serta memimpin Negara Islam Madinah serta mengasaskan tamadun yang gilang gemilang berteraskan aqidah dan ajarah Syari;at untuk memberi rahmat kepada sekelian alam.
Rujuk Nabi Muhammad sebagai pemimpin, Hal. 71 (Ting. 5)
25. Sultan Abu Bakar
Diberi gelaran Bapa Johor Moden dengan menerapkan birokrasi barat bagi memodenkan Negeri Johor dengan dibantu oleh pembesar Johor yang berwibawa.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 80 (Ting. 5)
26. Dato’ Nik Ahmed Kamil
Terlibat sebagai anggota dalam jawatankuasa membentuk Persekutuan Tanah Melayu 1948 menggantikan Malayan Union dengan mendesak British melindungi kepentingan orang Melayu dan kuasa Raja-raja Melayu. Beliau juga terlibat dalam menubuhkan UMNO dan salah seorang anggota Rombongan Kemerdekaan ke London.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 109
27. Rosli Dhobie
Salah seorang anggota Pergerakan Pemuda Melayu Sibu yang menjadi anggota Rukun 13 Belas yang menentang penyerahan Sarawak secara kekerasan. Beliau telah membunuh Duncan Stewart, bakal Gabenor Sarawak pada 1949 hingga akhirnya ditangkap dan dihukum gantung.
28. Dato’ Panglima Bukit Gantang
Menteri Besar Perak yang menjadi Ketua yang mewakili Sultan Melayu dalam Rombongan Ke London. Beliau juga menjadi Setiausaha Agung UMNO yang pertama.
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 123 (Ting. 5)
29. Datu Mustapha Datu Harun
Tokoh berpengaruh dalam politik di Sabah yang mengasaskan Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), merupakan Yang Di Pertua Negeri Sabah yang pertama 1963 dan Ketua Menteri Sabah yang ketiga (1967-1975).
Rujuk Sudut Maklumat, Hal. 143 (Ting. 5)
30. A.M.Azahari
Pemimpin Parti Rakyat Brunei (PRB) yang menentang penyertaan Brunei ke dalam Malaysia dengan matlamat bagi membentuk Persekutuan Borneo Utara (Kalimantan Utara) yang terdiri daripada Sarawak, Sabah dan Brunei. Beliau telah menentang pembentukan Malaysia melalui gerakan bersenjata di bawah Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU). Beliau mendapat bantuan dan sokongan dari Filipina dan Indonesia. Pemberontakan Brunei 1962 berjaya dipatahkan, tetapi AM Azahari tidak berjaya ditangkap kerana berada di Filipina dan akhirnya mendapat perlindungan di Indonesia.
Rujuk Hal. 145-146 (Ting. 5)
31. Abdul Rahman Talib
Menjadi Menteri Pelajaran Malaysia yang ketiga (1960-1962) dan Kelima (1964-1965). Beliau mempengerusikan Jawatankuasa Mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan yang melahirkan Penyata Rahman Talib 1961 yang mencadangkan penubuhan Sekolah Kebangsaan dan Pelajaran percuma kepada semua pelajar Sekolah Rendah. Beliau juga mencgasaskan penubuhan Sekolah Vokasional bagi mengatasi keciciran dan memberi tempat kepada murid yang rendah dalam Peperiksaan SRP.
KERTAS 2 [1249/2]
BAHAGIAN A : SOALAN STRUKTUR
[Pilihan 2017]
TINGKATAN EMPAT
A.1 ZAMAN PRA SEJARAH
1.1 Istilah Arkeologi
1.2 Zaman Pra Sejarah
1.3 Ciri-ciri baru Zaman Neolitik
1.4 Alatan besi Zaman Logam
1.5 KBKK
A.2 SUMBANGAN TAMADUN HWANG HWO
2.1 Dasani pentadbiran
2.2 Tujuan penciptaan kolar kuda
2.3 Pembangunan pertanian di China
2.4 Kemajuan perusahaan
2.5 KBKK
A.3 ALIRAN FALSAFAH YUNANI
3.1 Takrifan Falsafah
3.2 Tokoh-tokoh Falsafah
3.3 Ajaran Plato
3.4 Karya dan Falsafah Aristotles
3.5 KBKK
A.4 PENGARUH HINDU – BUDDHA
4.1 Pengaruh Hindu-Buddha dalam politik
4.2 Kepentingan Bahasa Sanskrit
4.3 Maklumat pada Batu Bersurat
4.4 Kepentingan Telaga Batu
4.5 KBKK
A.5 HIJRAH
5.1 Pendapat Orientalis tentang Hijrah
5.2 Hujah menangkis pendapat Orientalis
5.3 Sebab dan Tujuan Hijrah
5.4 Kepentingan Hijrah
A.6 KHALIFAH UTHMAN DAN KHALIFAH ALI
6.1 Keperibadian Khalifah Uthman
6.2 Keutamaan Khalifah Uthman
6.3 Sumbangan Khalifah Uthman
6.4 Keutamaan Khalifah Ali
6.5 Sumbangan Khalifah Ali
A.7 ZAMAN GELAP DI EROPAH
7.1 Pengertian Zaman Gelap
7.2 Ciri-ciri Zaman Gelap
7.3 Persamaan Feudalisme Eropah dan Tanah
Melayu
7.4 KBKK
A.8 PENYEBARAN ISLAM
8.1 Sasaran dakwah secara rahsia
8.2 Abu Bakar menarik tokoh Quraisy memeluk
Islam
8.3 Tarikan kepada dakwah Islam peringkat awal
8.4 Langkah Nabi melaksanakan perintah Allah
A.9 UNDANG-UNDANG TANAH
9.1 Tujuan British memperkenalkan U.U. Tanah
9.2 Akta perlindungan tanah pribumi Sarawak
9.3 Kesan pengenalan akta tanah
9.4 Pembahagian tanah
9.5 KBKK
TINGKATAN LIMA
A.10 BIROKRASI BARAT DI THAI
10.1 Ciri-ciri Birokrasi yang diperkenalkan
10.2 Gerakan Nasionalisme Tahap I
10.3 Pemimpin Revolusi Thai 1932
10.4 Gerakan Nasionalisme Tahap II
10.5 KBKK
A.11 RUKUN NEGARA
11.1 Penggubalan Rukun Negara
11.2 Latar belakang pembentukan Rukun Negara
11.3 Matlamat Rukun Negara
11.4 Kepercayaan kepada Tuhan
A.12 PERLEMBAGAAN
12.1 Maksud keluhuran Perlembagaan
12.2 Kepentingan Perlembagaan
12.3 Pindaan Perlembagaan
12.4 KBKK
A.13 NEGARA BANGSA KESULTANAN MELAKA
13.1 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melaka
13.2 Pengertian Kedaulatan
13.3 Alat-alat kebesaran Di Raja
13.4 Asas pembentukan negara bangsa
13.5 KBKK
A.14 BADAN PEMERINTAHAN
14.1 Tiga Badan Pemerintahan
14.2 Keahlian Dewan Negara
14.3 Syarat-syarat menjadi Senator
14.4 Tugas utama Dewan Rakyat
14.5 KBKK
A.15 DASAR-DASAR KERAJAAN
15.1 Matlamat Dasar Persyarikatan Malaysia
15.2 Pengertian Dasar Penswastaan
15.3 Strategi Dasar Hala Tuju Cara Baru
15.4 Agansi kerajaan yang diswastakan
15.5 KBKK
A.16 ASEAN
16.1 Matlamat pembentukan ASEAN
16.2 Kedudukan Papua New Guinea
16.3 Penjelasan Logo ASEAN
16.4 Maksud AFTA
TINGKATAN EMPAT
A.1 ZAMAN PRA SEJARAH
[Rujuk Buku Teks : Hal 2-3]
Penemuan artifak di tapak cari gali menjadi bukti bahawa telah wujud petempatan manusia Zaman Pra Sejarah di Tanah Melayu..
1.1 Apakah yang dimaksudkan dengan istilah arkeologi?
Kajian terhadap tinggalan artifak, ekofak dan feature masyarakat zaman silam secara sistematik melalui kaedah gali cari.
[ 2 markah ]
1.2 Namakan dua zaman pra sejarah yang wujud di Tanah Melayu
Zaman Batu Awal (Paleolitik) Zaman Batu Akhir {Neolitik}
Zaman Logam
[ 2 markah ]
1.3 Kemukakan ciri-ciri baru Zaman Neolitik.
i. Menyara diri dengan bercucuk tanam
ii. Menjalan usaha menternak binatang
- Penciptaan alatan batu yang dilicinkan
- Pembuatan tembikar dari tanah liat
[ 2 markah ]
1.4 Namakan alatan besi tinggalan Zaman Logam yang ditemui di negara
kita.
Mata lembing bersoket; Kapak; Tulang Mawas; Beliung dan Sabit [ 2 markah ]
1.5 Berdasarkan tiga zaman pra Sejarah, kenapakah Zaman Logam
dianggap paling maju?
Manusia telah dapat mencipta alatan daripada besi Manusia telah memulakan kegiatan pelayaran
Kegiatan perdagangan menggunakan Sistem Barter berlaku [ 2 markah ]
A.2 SUMBANGAN TAMADUN CHINA
[Rujuk Buku Teks : Hal. 49 dan 52] Kejayaan Shih Huang Ti menyatukan seluruh kerajaan kecil di China telah membawa kepada pembentukan empayar.
2.1 Nyatakan dua corak pemerintahan Shih Huang Ti dalam Dinast Chin.
i. Menjalankan pemerintahan secara tegas
ii. Berkuasa mutlak
- Menghapuskan kuasa golongan bangsawan
[ 2 markah ]
2.2 Dinasti China juga memperkenalkan teknik ikatan kolar kuda. Apakah
tujuannya?
Menarik bebanan sehingga 1.5 tan tanpa mencekik leher kuda dan tidak menganggu kelajuan larian kuda
[ 3 markah ] 2.3 Nyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh Empayar China
untuk membangunkan sektor pertanian di negaranya.
i. Penciptaan tenggala untuk membuat batas
ii. Menggunakan kuda untuk menggembur tanah dengan penyisir
tanah
- Penanaman secara bergilir
- Penanaman secara teres
- Sistem pengairan
- Pembinaan terusan bagi kawalan banjir
[ 2 markah ]
2.4 Namakan perusahaan yang berkembang dalam Tamadun China.
i. Perusahaan logam
ii. Perusahaan tembikar
[ 2 markah ]
2.5 “Pertanian adalah satu perniagaan”. Apakah pendapat anda tentang
slogan ini?
i. Pertanian merupakan tulang belakang ekonomi negara
- Sektor pertanian memajukan industri IKS
- Sektor pertanian menyediakan peluang pekerjaan
A.3 FALSAFAH YUNANI
[Rujuk Buku Teks : Hal. 55-56 ]
Kemunculan ahli falsafah dalam sesebuah tamadun menandakan tradisi ilmu yang tinggi.
3.1 Apakah yang dimaksudkan dengan kegiatan berfalsafah?
Menggunakan akal untuk berfikir secara berterusan bagi mencari jawapan yang logik dan rasional terhadap sesuatu persoalan
[ 2 markah ]
3.2 Namakan dua orang tokoh falsafah Yunani yang masyhur
i. Herodotus
ii. Socrates
- Aristotles
- Plato
[ 2 markah ]
3.3 Apakah falsafah Plato tentang masyarakat?
Masyarakat yang sempurna merupakan masyarakat yang diperintah oleh ahli falsafah (cerdik pandai/ ilmuwan)
[ 2 markah ] 3.4 Aristotles merupakan seorang ahli falsafah yang paling berkaliber,
Nyatakan idea beliau dan karya yang dihasilkan.
Membaiki dunia ke arah yang lebih baik. Karyanya ialah Politics [ 2 markah ]
3.5 Bagaimanakah kegiatan berfalsafah dapat mendekatkan diri kita
kepada pencipta?
Manusia akan menemui rahsia kejadian alam, sebab-sebab kejadian dan kebesaran ciptaan Tuhan.
A.4 PENGARUH HINDU-BUDDHA
[ Rujuk Buku Teks : Hal. 85-87; 93 ] Rajah berikut menunjukkan pengaruh Hindu-Buddha dalam kera-jaan awal Asia Tenggara.
4.1 Nyatakan tiga ciri-ciri Hindu-Buddha dalam pemerintahan kerajaan awal Asia Tenggara.
i. Pemerintahan beraja diamalkan
ii. Di bawah raja terdapat kerabat Di raja
- Raja berkuasa mutlak dalam aspek pemerintahan
- Konsep dewa-Raja digunakan dalam pemerintahan
- Istiadat pertabalan bagi mengukuhkan kedaulatan Raja
[ 2 markah ]
4.2 Senaraikan dua kepentingan Bahasa Sanskrit pada zaman
pemerintahan Hindu-Buddha di Asia Tenggara.
i. Bahasa pengantar utama dalam pentadbiran
ii. Rekod-rekod kerajaan di tulis dalam bahasa Sanskrit
- Bahasa keagamaan
[ 2 markah ] 4.3 Apakah catatan yang tertulis pada Batu Bersurat yang ditemui di
Palembang?
Menerangkan tentang cara pemerintahan serta amaran raja kepada pembesar dan rakyat agar tidak menderhaka
[ 2 markah ]
4.4 Apakah kepentingan Telaga Batu dalam pemerintahan
Hindu-Buddha di Kota Palembang.
Telaga Batu merupakan tempat suci bagi masyarakat Palembang kerana terdapat perigi tua dan penemuan Patung Buddha.
[ 2 markah ]
4.5 Dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia, tempat suci agama
lain perlu dihormati. Berikan sebabnya.
Memelihara hubungan antara kaum dan mengelakkan berlakunya sebarang konflik yang boleh mencetuskan kekacauan.
[ 2 markah ]
Hindu-Buddha
Pemerintahan Kesusasteraan
A.5 HIJRAH
[ Rujuk Buku Teks : Hal. 119 – 124 ]
5.1 Apakah pandangan oreintalis tentang Hijrah?
Hijrah dianggap sebagai satu pelarian
[ 1 markah ]
5.2. Kemukakan tiga hujah anda untuk menangkis pendapat di atas.
i. Peristiwa hijrah berlaku kerana jemputan Arab Yathrib
ii. Ketibaan umat Islam Makkah disambut penuh meriah
iii. Umat Islam Makkah diberikan tempat tinggal
- Umat Islam Makkah diberikan jaminan keselamatan
- Nabi Muhammad SallalLahu ‘alayhi wasallam dilantik sebagai pemimpin Negara Islam Madinah
[ 3 markah ]
5.3 Apakah sebab-sebab berlakunya Hijrah?
i. Perintah Allah berdasarkan Wahyu; Surah al-Anfal
ii. Meneruskan dakwah Islamiyyah
- Jemputan masyarakat Arab Madinah
- Membentuk sebuah masyarakat Islam yang bersatu padu
[ 2 markah ]
5.4 Kemukakan dua kepentingan Hijrah kepada umat Islam.
i. Dakwah Islam dapat dilaksanakan secara aman
ii. Mendamaikan suku Arab Aus dan Khazraj
- Mempersaudarakan golongan Ansar dan Muhajirin
- Orang Islam Makkah diberi gelaran Muhajirin
- Orang Islam Yathrib di beri gelaran Ansar
- Kota Yathrib diberi nama Madinah al-Munawwarah
- Pembinaan institusi Masjid sebagai markas dakwah
- Permulaan taqwim Hijrah
[ 2 markah ]
5.5 Apakah bentuk hijrah yang dapat kita lakukan masa kini?
Perjuangan untuk menegakkan kebenaran (haq) dan meninggalkan keburukan atau kebatilan