• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDUAN SKIM FELO PAKAR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PANDUAN SKIM FELO PAKAR"

Copied!
37
0
0

Teks penuh

(1)

PANDUAN

SKIM FELO PAKAR

(2)

KANDUNGAN    i   

‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐

KANDUNGAN i

KATA PENGANTAR iii

PRAKATA iv

KELULUSAN JAWATANKUASA PENGURUSAN UNIVERSITI v

PENDAHULUAN Sejarah Penubuhan UTM

Latar Belakang Universiti Sejarah Pentadbiran Universiti Falsafah Universiti

Struktur Organisasi Universiti Objektif Penerbitan Punca Kuasa 1 2 3 4 5 5 6

BAHAGIAN 1 LATAR BELAKANG PEWUJUDAN SKIM FELO PAKAR

1.1 Tujuan Pewujudan Skim 7

1.2 Peranan dan Tanggungjawab Pihak Pengurusan 7

BAHAGIAN 2 PELANTIKAN FELO PAKAR

2.1 Tujuan Pelantikan 9

2.2 Kriteria dan Syarat Lantikan Felo Pakar 9

2.3 Tugas dan Tanggungjawab 9

2.4 Insentif dan Kemudahan 10

2.5 Tempoh Pelantikan 10

BAHAGIAN 3 PENUTUP 12

LAMPIRAN 1 Proses Kerja Pengurusan Pelantikan Felo Pakar 13

LAMPIRAN 2 Format Kertas Kerja Untuk Kelulusan Jawatankuasa Pengurusan 14

Universiti (JPU)

(3)

SETULUS PENGHARGAAN 21

(4)

KANDUNGAN   S kurnia dapat di P mengen UTM. S memuda perlu dia K pelantik dan men S pengeta secara la Sekian, Wan Mo Pendafta Universi 2010 N   Saya ingin m dan izin-N iterbitkan. Penerbitan ai proses d elain itu, ahkan kese ambil di da Kepada pih kan Felo Pa ngawal seli Saya amat huan serta angsung m terima kas ohd. Zawaw ar iti Teknolog Assalamu mengucapk Nya buku P buku ini a dan prosed dengan ter emua pihak alam mengu hak pentad akar, buku a semua pr berharap a memberi mahupun tid sih. wi bin Wan gi Malaysia

KATA

ualaikum w kan syukur Panduan S adalah ber dur pelanti rbitnya bu k yang terl uruskan pe biran yang ini akan m roses dan p dengan te i manfaat dak. n Abd. Rahm a

PENGANT

wr. wbt dan r ke hadrat Skim Felo P rtujuan un kan Felo P uku pandua libat untuk elantikan F g bertindak menjadi ruju prosedur ya erbitnya bu yang besa man

TAR

Salam Seja t Allah S.W Pakar Univ ntuk memb Pakar yang an ini seca k mengetah Felo Pakar. k sebagai ukan dan p ang telah d uku ini ak ar kepada ahtera, W.T kerana versiti Tekn beri maklum g sedang be ara tidak hui langkah urus setia panduan un ditetapkan. kan dapat semua sta ‐Kembali Ke dengan lim nologi Mala mat yang j erkuatkuas langsung a h-langkah y a dalam pr ntuk mengu meningka af yang ter  iii  e Halaman Kandun mpah aysia jelas sa di akan yang roses urus atkan rlibat ngan‐

(5)

PRAKATA

Panduan Urusan Pelantikan Felo Pakar ini merupakan salah satu inisiatif

Seksyen Dasar dan Peraturan, Bahagian Pengurusan Modal Insan untuk

menyokong visi Universiti di dalam mengejar status APEX University.

Adalah tidak dinafikan bahawa pandangan serta khidmat nasihat profesional daripada pakar menjadi medium yang semakin penting di dalam membantu meningkatkan pencapaian Universiti. Melalui skim Felo Pakar ini juga, pihak Universiti berpeluang untuk menggunakan sepenuhnya kepakaran yang dikenalpasti mampu menyumbang kepada kejayaan Universiti.

Diharapkan supaya dengan terbitnya buku panduan ini, semua staf dan pihak yang terlibat mampu menjalankan fungsi dan peranan di dalam urusan ini dengan lebih jelas.

Seksyen Dasar dan Peraturan Bahagian Pengurusan Modal Insan Pejabat Pendaftar

(6)

KANDUNGAN    v   

‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐

   

SKIM FELO PAKAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INI TELAH DILULUSKAN OLEH

JAWATANKUASA PENGURUSAN

UNIVERSITI YANG DIBUAT SECARA

EDARAN PADA 25 OKTOBER 2010

(DISAHKAN KELULUSANNYA OLEH

JAWATANKUASA PENGURUSAN

UNIVERSITI BIL. 21/2010

DI DALAM MESYUARATNYA

PADA 4 NOVEMBER 2010)

(7)
(8)

   1   

‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐

PENDAHULUAN

Sejarah Penubuhan UTM

Sejarah penubuhan institusi pengajian tinggi ini bermula pada tahun 1904 sebagai sebuah kelas pengajian teknik di Bangunan Dewan Bandaran Kuala Lumpur. Pada tahun 1906, kelas teknik telah dijadikan Sekolah Teknik, bertempat di Sekolah Batu Lane dan kemudian berpindah ke Bangunan Muzium, di Bukit Nanas. Objektif utama mewujudkan sebuah sekolah teknik ketika itu adalah untuk melatih tenaga pekerja bagi mengendalikan pembangunan prasarana seperti jalan raya dan jalan keretapi menghubungkan pusat-pusat perlombongan ke bandar persisiran Selat Melaka seperti Taiping di Larut, Kuala Lumpur di Selangor dan Seremban di Sungai Ujung.

Pada tahun 1925, Sekolah Teknik yang baru telah dibuka di Jalan Brickfields (Jalan Tun Sambathan), Kuala Lumpur. Sekolah Teknik ini dikelolakan oleh Jabatan Kerja Raya untuk melatih kakitangan teknik Jabatan Keretapi, Jabatan Ukur dan Jabatan Kerja Raya. Kemudian, pada tahun 1930, Sekolah Teknik Kuala Lumpur telah diperbesarkan di tapak baru di High Street, iaitu kini di Jalan Bandar.

Pada tahun 1941, sekolah Teknik ini telah disyorkan agar dinaik taraf ke peringkat maktab. Namun ia tidak dapat dilaksanakan akibat meletusnya Perang Dunia Kedua. Rancangan tersebut hanya dapat dilaksanakan pada tahun 1946, dengan dikenali sebagai Maktab Teknik. Ketika itu, Maktab Teknik menawarkan kursus peringkat diploma yang mengambil masa tiga tahun. Bidang yang ditawarkan ialah Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Jentera, Kejuruteraan Elektrik, Senibina, Perancang Bandar dan Kampung, Ukur Tanah dan Ukur Bahan. Pembinaan Maktab Teknik yang baru di Jalan Gurney (kini Jalan Semarak), Kuala Lumpur bermula dalam tahun 1951 dan mula digunakan pada bulan Mac 1955.

Pada tahun 1960, Maktab Teknik telah mengorak langkah dengan mengendalikan kursus kejuruteraan di peringkat ikhtisas. Pelajar yang mengikuti kursus ini mengambil peperiksaan ikhtisas yang dianjurkan oleh Institution of

(9)

Civil Engineers dan Institution of Electrical Engineers, United Kingdom. Kursus ini adalah bertaraf ijazah dan kemajuan yang dicapai oleh para pelajar sangatlah menggalakkan. Pada tahun 1967, Jawatankuasa Perancang Pelajaran Tinggi telah memperakukan supaya Maktab Teknik dinaikkan taraf sebagai sebuah institusi bertaraf Universiti mulai tahun 1969. Walau bagaimanapun, perakuan tersebut hanya terlaksana tiga tahun kemudian, iaitu dengan tertubuhnya Institut Teknologi Kebangsaan pada 14 Mac 1972, di bawah Seksyen 6(1) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Pada 1 April 1975, nama institut ini telah ditukar kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Latar Belakang Universiti

Bermula daripada Sekolah Teknik dan dinaik taraf kepada Maktab Teknik pada tahun 1946, perjalanan dari sebuah sekolah ke Universiti akhirnya sempurna apabila institusi ini menjadi Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1975. Semenjak penubuhannya, UTM telah diamanahkan untuk melahirkan graduan yang kompeten dan berkebolehan dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan dan sehingga ke hari ini UTM kekal sebagai sebuah institusi terkemuka dalam bidang pembangunan sains dan teknologi, inovasi dan pencapaian. Kini UTM merupakan Universiti yang unggul dan ternama di rantau ini dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi.

UTM berhasrat untuk menjadi Universiti Bertaraf Dunia, dan untuk menjadikan matlamat ini satu kenyataan, UTM telah merintis jalan ke arah menjadi organisasi pembelajaran yang menyemai dan memupuk budaya cemerlang dan terbilang.

Dalam usahanya, UTM terus mencetuskan dan mengukuhkan kecemerlangannya dengan memastikan kualiti menerusi:

• Sistem tadbir urus yang berkesan yang disokong oleh staf pentadbiran (Pengurusan dan Sokongan) yang berkompetensi dan dinamik.

• Staf yang berwibawa dengan kelulusan terbaik, dedikasi dan tumpuan yang tidak berbelah bahagi untuk penambahbaikan berterusan dalam disiplin atau bidang pengkhususan masing-masing.

(10)

   3   

‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐ • Staf yang berwibawa dengan reputasi tersohor dan kredibiliti terkemuka

yang diiktiraf dan dikenali ramai atas kecemerlangan dalam penyelidikan dan budaya inovasi.

• Suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan berkesan untuk memastikan modal insan yang cemerlang dan staf sokongan yang kompeten. • Pengambilan pelajar yang berkualiti tinggi dan melahirkan graduan dengan

pencapaian yang seimbang antara akademik dengan penglibatan ko-kurikulum untuk memastikan modal insan yang cemerlang dan berkualiti. • Perkongsian bestari dan jalinan strategik dengan pihak industri dan

berkepentingan menghasilkan kerjasama dan sinergi yang bermakna.

Sejarah Pentadbiran Universiti

Selaras dengan perkembangan pesat Universiti, pihak pengurusan Universiti dari semasa ke semasa telah membuat penyelarasan semula pentadbiran berikutan bilangan pelajar, kursus, staf, dan fakulti yang bertambah. Atas keperluan ini, Universiti telah memperkenalkan sistem pengurusan berpusat kepada sistem pengurusan modular bermula pada tahun 1993.

Asas ini telah diteruskan sehingga ke hari ini dan adanya penambahbaikan dari semasa ke semasa. Ini dapat mengurangkan karenah birokrasi dan menjadikan sistem penyampaian perkhidmatan dan tadbir urus lebih mantap dan berkesan. Sistem modular ini dilaksanakan bagi mengambil kira usaha untuk menyediakan pelan strategik ke arah Universiti Bertaraf Dunia.

(11)

Falsafah UTM

Menjana Minda Kreatif dan Inovatif

FALSAFAH UNIVERSITI

Hukum Allah adalah dasar kepada sains dan teknologi. Maka Universiti Teknologi Malaysia berusaha secara menyeluruh dan bersepadu memperkembangkan kecemerlangan sains dan teknologi untuk kesejahteraan dan kemakmuran sejagat

sesuai dengan kehendak-Nya.

VISI

Diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan akademik dan teknologi bertaraf dunia.

MISI

Menjadi peneraju dalam pembangunan modal insan dan teknologi inovatif demi pengkayaan khazanah Negara.

COGANKATA UNIVERSITI

(12)

   5   

‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐

Struktur Organisasi Universiti

Objektif Penerbitan

Objektif penerbitan Panduan Skim Felo Pakar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini adalah mencakupi aspek berikut:

(a) Menerangkan proses dan prosedur pelantikan Felo Pakar yang sedang berkuatkuasa dan diguna pakai di UTM;

(b) Memberi panduan kepada Pemohon (Fakulti/Bahagian) tentang langkah-langkah yang perlu diambil sebelum membuat permohonan.

(d) Menjadi sumber rujukan kepada Urus Setia dalam mengurus dan mengawal selia semua proses pelantikan Felo Pakar.

(13)

Punca Kuasa

Bahagian Pengurusan Modal Insan, Pejabat Pendaftar, UTM berperanan sebagai Urus Setia Pusat di dalam proses pelantikan Felo Pakar. Urus setia mendapat kuasa untuk menjalankan proses ini daripada :

a) Keputusan Jawatankuasa Pengurusan Universiti (Secara Edaran) pada 25 Oktober 2010 (Disahkan kelulusannya di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil.21/2010 pada 4 November 2010).

(14)
(15)

LATAR BELAKANG

PEWUJUDAN SKIM FELO

PAKAR

1.1 Tujuan Pewujudan Skim Felo

Pakar

(16)

   7   

‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐

BAHAGIAN 1

LATAR BELAKANG PEWUJUDAN SKIM FELO PAKAR

1.1 Tujuan Pewujudan Skim Felo Pakar

Tujuan utama pewujudan skim Felo Pakar ini adalah untuk menjemput pakar-pakar daripada luar UTM untuk memberi khidmat nasihat profesional yang diperlukan di dalam membantu pihak Universiti mencapai visi dan objektif yang telah ditetapkan.

1.2 Peranan dan Tanggungjawab

(a) Pemohon

Pemohon bertanggungjawab untuk mengemukakan permohonan kepada Urus Setia dengan cara:

(i) Mengenalpasti calon Felo Pakar yang ingin dilantik.

(ii) Mengemukakan kertas kerja berserta lampiran kepada Urus Setia sebelum dipanjangkan ke Jawatankuasa Pengurusan Universiti untuk kelulusan. Lampiran-lampiran yang diperlukan adalah seperti berikut :

• Surat Sokongan daripada Ketua Jabatan; • Curriculum Vitae ; dan

• Senarai Tugas.

(iii) Membuat rekod dan pemantauan yang berkala bagi memastikan kelancaran aktiviti atau projek yang dilaksanakan;

(iv) Menguruskan pembayaran serta insentif yang layak diperolehi oleh Felo Pakar yang dilantik;

(17)

(v) Mengemukakan laporan kepada Urus Setia setelah tamat tempoh lantikan Felo Pakar berkaitan.

(b) Urus Setia

Urus Setia di dalam urusan pelantikan Felo Pakar ini adalah Bahagian Pengurusan Modal Insan, Pejabat Pendaftar yang bertanggungjawab untuk:

(i) Mengawal dan memantau kriteria dan kelayakan calon yang ingin dilantik oleh Pemohon;

(ii) Menyediakan kertas kerja perakuan pelantikan Felo Pakar ke Jawatankuasa Pengurusan Universiti untuk mendapatkan kelulusan;

(iii) Mengeluarkan surat lantikan kepada Felo Pakar yang ditandatangani oleh Pendaftar serta memberikan salinan kepada Pemohon dan Pegawai Kanan Universiti Teknologi Malaysia.

(c) Jawatankuasa Pengurusan Universiti

Jawatankuasa Pengurusan Universiti adalah bertanggungjawab untuk :

(i) Membuat pertimbangan untuk meluluskan pelantikan Felo Pakar yang telah dikemukakan oleh Urus Setia dan Pemohon.

(18)
(19)

PELANTIKAN FELO PAKAR

2.1 Tujuan Pelantikan

2.2 Ciri-ciri Felo Pakar

2.3 Tugas dan Tanggungjawab

2.4 Insentif dan Kemudahan

2.5 Tempoh Pelantikan

(20)

   9   

‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐

BAHAGIAN 2

PELANTIKAN FELO PAKAR

2.1 Tujuan Pelantikan

Tujuan pelantikan Felo Pakar memberi khidmat nasihat profesional yang diperlukan di dalam membantu pihak Universiti mencapai visi dan objektif yang telah ditetapkan.

2.2 Kriteria dan Syarat Lantikan Felo Pakar

Felo Pakar yang ingin dilantik haruslah menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti seperti berikut :

(i) Mempunyai kepakaran di dalam satu-satu bidang yang berkaitan (tidak semestinya mempunyai gelaran Profesor atau berdasarkan kelayakan Ph.D); dan

(ii) Mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang yang berkaitan.

2.3 Tugas dan Tanggungjawab Felo Pakar

Antara tugas dan tanggungjawab Felo Pakar yang telah dikenalpasti adalah :

(i) Memberi pandangan, cadangan dan khidmat nasihat yang berkaitan dengan bidang kepakaran;

(ii) Memberi penilaian dan ulasan yang berkaitan dengan bidang kepakaran (sekiranya melibatkan projek rasmi Universiti yang melibatkan aktiviti penilaian);

(21)

(iv) Kesemua perkhidmatan yang diberikan hendaklah berunsurkan kepentingan dan kemajuan Universiti.

2.4 Insentif dan Kemudahan

Setiap Felo Pakar yang diperakukan dan dilantik secara rasmi oleh pihak Universiti adalah layak menerima insentif dan kemudahan seperti berikut :

(i) Menerima elaun tetap sebanyak RM 1,000 setiap bulan sepanjang dilantik sebagai Felo Pakar;

(ii) Menerima elaun sebanyak RM 500 bagi setiap kali kehadiran di dalam mesyuarat;

(iii) Menerima kadar bayaran saguhati Penceramah/Fasilitator mengikut kelayakan berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2005 dan Pekeliling Pentadbiran Bil. 31/2010 sekiranya terlibat sebagai Penceramah/Fasilitator;

(iv) Tambang perjalanan kapal terbang pergi/balik kelas pertamajika ada urusan yang berkaitan; dan

(v) Bayaran hotel mengikut kadar kelayakan.

2.5 Tempoh Pelantikan

Tempoh pelantikan bagi satu-satu jawatan Felo Pakar adalah seperti berikut :

 

(i) Tempoh minimum pelantikan di dalam satu-satu masa adalah satu (1) tahun;

(22)

   11   

‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐ (ii) Pihak Universiti boleh memendekkan tempoh atau menamatkan

perkhidmatan Felo Pakar pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang sebab;

(iii) Pihak Universiti boleh menyambung dan melanjutkan tempoh pelantikan Felo Pakar dengan kelulusan Jawatankuasan Pengurusan Universiti Teknologi Malaysia.

(23)
(24)
(25)

BAHAGIAN 3

PENUTUP

3.1 Buku Panduan Skim Felo Pakar ini merupakan sebuah rujukan yang telah menggaris serta menetapkan prosedur yang perlu diikuti oleh semua pihak yang terlibat di dalam melantik Felo Pakar Universtiti Teknologi Malaysia. Adalah diharapkan supaya melalui buku panduan ini, semua staf dapat memanfaatkan satu lagi kemudahan dan galakkan daripada Universiti di dalam mencapai visi yang telah ditetapkan.

3.2 Kesemua permohonan untuk melantik Felo Pakar perlu dibuat melalui Urus Setia seperti berikut :

Seksyen Perjawatan,

Bahagian Pengurusan Modal Insan ,

Pejabat Pendaftar,

UTM, Johor Bahru.

(26)
(27)

Lampiran 1

PROSES KERJA PROSEDUR PELANTIKAN FELO PAKAR

Standard Carta Alir Tanggungjawab

Fakulti/Bahagian terlibat Fakulti/Bahagian terlibat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bahagian Pengurusan Modal Insan, Pejabat Pendaftar

Fakulti/Bahagian terlibat

Mula

Pemohon Mengenalpasti Calon

Kemukakan untuk Kelulusan Unversiti melalui Pejabat Pendaftar

• Kertas Kerja JPU • CV

• Senarai Tugas • Tempat dan Tempoh

Lantikan

• Peruntukan/Bajet

Kelulusan JPU

Keluarkan Surat Lantikan yang ditandatangani oleh Pendaftar (s.k kepada Pemohon dan Pegawai Kanan)

Tanggungjawab Pemohon • Rekod & Pemantauan • Uruskan Pembayaran • Laporan setelah tamat

tempoh lantikan Selesai Dikembalikan untuk dilengkapkan dan penambahbaikan   1.3 1.2 1.1 1.4 Lulus Tidak Lulus

(28)

   14   

‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐

Lampiran 2 FORMAT KERTAS KERJA UNTUK KELULUSAN

JAWATANKUASA PENGURUSAN UNIVERSITI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CADANGAN PELANTIKAN FELO PAKAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

1.0 TUJUAN

1.1 Tujuan kertas kerja ini ialah untuk mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Universiti berhubung cadangan untuk melantik Felo Pakar di Universiti Teknologi Malaysia.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Latar Belakang Projek

3.0 CADANGAN FELO PAKAR

3.1 Nama Calon

3.1.1 Latar Belakang Calon 1

(CV Calon seperti di Lampiran A) 3.2.2 Latar Belakang Calon 2

(CV Calon seperti di Lampiran B) 3.2 Tugas dan Tanggungjawab Felo Pakar

3.2.1 Memberi pandangan, cadangan dan khidmat nasihat yang berkaitan dengan bidang kepakaran;

(29)

3.2.2 Memberi penilaian dan ulasan yang berkaitan dengan bidang kepakaran (sekiranya melibatkan projek rasmi Universiti yang melibatkan aktiviti penilaian);

3.2.3 Memberi taklimat atau ceramah berkaitan dengan bidang kepakaran;

3.2.4 Kesemua perkhidmatan yang diberikan hendaklah berunsurkan kepentingan dan kemajuan Universiti.

3.5 Tempoh Pelantikan dan Penamatan Perkhidmatan Felo Pakar 3.5.1 Tempoh pelantikan adalah satu (1) tahun.

3.5.2 Pihak Universiti boleh memendekkan tempoh atau menamatkan perkhidmatan Felo Pakar pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang sebab.

3.5.3 Pihak Universiti boleh menyambung dan melanjutkan tempoh pelantikan Felo Pakar dengan kelulusan Jawatankuasan Pengurusan Universiti Teknologi Malaysia.

4.0 IMPLIKASI KEWANGAN

4.1 Bagi tujuan bayaran kepada Felo Pakar ini, sumber kewangan yang akan digunakan adalah dari sumber kewangan peruntukan pengurusan Universiti. Anggaran kos bagi elaun tetap yang

ditanggung bagi pelantikan seorang Felo Pakar mengikut tempoh pelantikan minimum (1 tahun = 12 bulan) adalah seperti

berikut:-

5.0 KEPUTUSAN

5.1 Dengan segala hormatnya Jawatankuasa Pengurusan Universiti adalah dipohon untuk menimbangkan cadangan pelantikan skim Felo Pakar Universiti Teknologi Malaysia seperti yang dicadangkan di perenggan 3.0.

(30)

   16   

‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐

Lampiran 3 FORMAT SURAT PELANTIKAN FELO PAKAR

NOMBOR RUJUKAN SURAT MENGIKUT FAKULTI/BAHAGIAN TARIKH

NAMA JAWATAN ALAMAT

Y. Bhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

PELANTIKAN SEBAGAI FELO PAKAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Dengan segala hormatnya Universiti dengan sukacitanya melantik Y. Bhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan sebagai Felo Pakar Universiti Teknologi Malaysia mulai ________________ hingga ________________.

2. Sebagai Felo Pakar, Y. Bhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan berperanan dan bertanggungjawab di dalam perkara seperti berikut:

i. Memberi pandangan, cadangan dan khidmat nasihat yang berkaitan dengan bidang kepakaran.

ii. Memberi penilaian dan ulasan yang berkaitan dengan bidang kepakaran (sekiranya melibatkan projek rasmi Universiti yang melibatkan aktiviti penilaian).

iii. Memberi taklimat atau ceramah berkaitan dengan bidang kepakaran. iv. Memberi ceramah atau taklimat berkaitan bidang kepakaran.

v. Lain-lain tugas yang dirasakan perlu dan sesuai untuk dilaksanakan dari semasa ke semasa yang berunsurkan kepentingan dan kemajuan Universiti.

3. Dalam tempoh pelantikan ini, Y. Bhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan akan diberikan kemudahan:

i) Tambang perjalanan kapal terbang pergi/balik kelas pertama jika ada urusan yang berkaitan.

(31)

ii) Bayaran hotel mengikut kadar yang ditetapkan mengikut kelayakan yang bersesuaian;

iii) Elaun mesyuarat sebanyak RM 500.00 bagi setiap kehadiran di dalam mesyuarat yang dianjurkan; dan

iv) Elaun tetap sebanyak RM 1000.00 sebulan.

4. Syarat-syarat perkhidmatan sebagai Felo Pakar, Universiti Teknologi Malaysia adalah seperti di Lampiran A. Pelantikan ini ialah untuk jangkamasa satu (1) tahun dan ia boleh diperbaharui mengikut keperluan.

5. Saya bagi pihak Universiti penuh yakin bahawa kepakaran dan pengalaman Y. Bhg. Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kecemerlangan dan prestasi Universiti ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

PROF. DATO’ DR. ZAINI BIN UJANG

Naib Canselor

Universiti Teknologi Malaysia

s.k - Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

UTM, Johor Bahru

- Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

UTM, Johor Bahru

- Timbalan Datuk Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni)

UTM, Johor Bahru

- Pendaftar

UTM, Johor Bahru

(32)

   18   

‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐ NOMBOR RUJUKAN SURAT MENGIKUT FAKULTI/BAHAGIAN

LAMPIRAN A

SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN FELO PAKAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DR. ABU HASAN BIN ISMAIL

1. Tempoh : Tempoh perkhidmatan Felo Pakar ialah untuk tempoh (1) tahun mulai dari tarikh pengesahan persetujuan pelantikan. Walau bagaimanapun, pihak Universiti Teknologi Malaysia boleh menyambung perkhidmatan pegawai dari masa ke semasa tertakluk kepada keperluan Universiti Teknologi Malaysia.

2. Elaun : Felo Pakar akan dibayar :

a) Elaun tetap sebanyak RM1000.00 sebulan; b) Elaun mesyuarat sebanyak RM500.00 bagi

setiap kali kehadiran ke mesyuarat yang dianjurkan.

3. Kemudahan Hotel : Universiti Teknologi Malaysia akan memberi kemudahan penginapan hotel sekiranya perlu berdasarkan kelayakan yang bersesuaian.

4. Tambang Kapal terbang : Kemudahan tambang percuma pergi/ balik kelas pertama untuk datang ke Universiti Teknologi Malaysia, Kampus Skudai, Johor/International Campus, Kuala Lumpur. Tambang bagi maksud ini ialah perjalanan paling dekat dan yang ditetapkan Universiti.

5. Rawatan Perubatan : Dalam tempoh perkhidmatan, felo pakar layak menerima kemudahan perubatan (kecuali rawatan gigi) di Hospital/ Klinik Kerajaan atau Doktor Panel Universiti Teknologi Malaysia tertakluk kepada syarat-syarat yang

(33)

ditetapkan dari masa ke semasa. Felo pakar dikehendaki membuat bayaran wad hospital mengikut kadar dan peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan sekiranya dimasukkan ke wad hospital Kerajaan.

6. Penerbitan : Universiti Teknologi Malaysia boleh membiayai penerbitan yang diterbitkan oleh felo pakar atas nama Universiti Teknologi Malaysia.

7.

Kewajipan Pegawai : Felo pakar pada setiap masa adalah tertakluk kepada Akta Universiti Teknologi Malaysia dan Kolej Universiti Teknologi Malaysia 1971, Perlembagaan Universiti Teknologi Malaysia 1976, Kaedah-kaedah UTM (Tatatertib Staf) 1979, Statut, Akta, Peraturan, Pekeliling dan lain-lain peraturan yang berkuatkuasa di Universiti Teknologi Malaysia.

8. Pemberhentian Perkhidmatan

: Universiti Teknologi Malaysia pada bila-bila masa boleh memberhentikan perkhidmatan pegawai dengan memberi sebulan notis secara bertulis dan begitu juga felo pakar boleh pada bila-bila masa berhenti dari perkhidmatan dengan memberi sebulan notis.

               

(34)

   20    ‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐ LAMPIRAN B  Pendaftar Pejabat Pendaftar

Bahagian Pengurusan Modal Insan Universiti Teknologi Malaysia 81310 UTM, Skudai

Johor Tuan,

PENERIMAAN TAWARAN PELANTIKAN SEBAGAI FELO PAKAR DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Saya ... No. Kad Pengenalan ……….………. *bersetuju /tidak bersetuju untuk menerima tawaran jawatan sebagai Felo Pakar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor selama satu (1) tahun mulai ……… sehingga ...

2. Saya juga *bersetuju/ tidak bersetuju dengan syarat-syarat perkhidmatan seperti yang ditetapkan di Lampiran A dalam tawaran tersebut.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………...………...

DR. ABU HASAN BIN ISMAIL

s.k - Dato’ Naib Canselor

Universti Teknologi Malaysia, Johor Bahru

- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru

- Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru

- Timbalan Datuk Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni)

Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru

- Bahagian Pengurusan Modal Insan, Pejabat Pendaftar

Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru (* Potong mana yang tidak berkenaan)

(35)

SETULUS PENGHARGAAN

Y. Bhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini bin Ujang Naib Canselor

Universiti Teknologi Malaysia

Y. Bhg. Prof. Dr. Marzuki Bin Khalid Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

Y. Bhg. Prof. Dr. Mohd. Azraai Bin Kassim Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

Y. Bhg. Prof. Dr. Mohd. Tajudin Bin Hj. Md. Ninggal Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni)

Y. Bhg. Tn. Hj. Wan Mohd. Zawawi Bin Wan Abd. Rahman Pendaftar

Seksyen Dasar dan Peraturan

Bahagian Pengurusan Modal Insan, Pejabat Pendaftar

Dan

Semua Pihak Yang Terlibat Dalam Menjayakan Buku Garis Panduan Polisi Kenaikan Pangkat Staf Akademik Universiti Teknologi Malaysia.

(36)

   22   

‐Kembali Ke Halaman Kandungan‐

JAWATANKUASA PENGGERAK

Tuan Haji Wan Mohd. Zawawi bin Wan Abd. Rahman (Pendaftar)

Tuan Haji Hassan bin Husin (Timbalan Pendaftar Kanan) Encik Khairull Azmi bin Ishak

(Timbalan Pendaftar) Puan Nurulhuda Binti Abu Talib

(Penolong Pendaftar) Cik Nurrul Ain binti Yaacop

Cik Noreha binti Mat Isa @ Abd. Rahman Cik Siti Aishah binti Md. Johari

(37)

Referensi

Dokumen terkait

11.4 Peserta dapat mengambil salinan Adendum Dokumen Sayembara yang disediakan oleh Pejabat Pengadaan pada Sekretariat Daerah Kabupaten Barito Selatan Dalam Adendum Dokumen

Pada beban lampu pijar menghasilkan THDi sebesar 1,7 % dengan arus 0,159 A dimana beban ini mempunyai bentuk gelombang yang tidak mengalami distorsi (sinusoidal)

140 Modul Paket Keahlian Akomodasi Perhotelan - Sekolah Menengah Kejuruan (SMK) pembelajaran bagi peserta didiknya. Apabila tanpa persiapan pada umumnya proses

Peneliti mengunakan metode dekomuntasi untuk memperoleh data tentang Pembelajaran Pendidikan Agama Islam Berbasis Multikultural di MTsN 2 Tulungagung. Penggunaan

Bahasa Negara Kesatuan Republik Indonesia yang selanjutnya disebut Bahasa Indonesia adalah bahasa resmi nasional yang digunakandi seluruh wilayah Negara Kesatuan

yang menghasilkan selai lembaran durian (Durio zibethinus Murr.) dengan kualitas terbaik jika dilihat dari analisis kimianya berdasarkan -karoten dan tingkat kesukaan panelis

Adanya disparitas harga yang cukup tinggi antara susu segar di dalam negeri dan bahan baku susu impor merupakan peluang bagi peternak untuk memperoleh harga

Skripsi dengan judul “Pengaruh Penerapan Model Cooperative Learning Tipe Jigsaw dengan Metode Inkuiri Terhadap Kemampuan Pemecahan Masalah Matematika Siswa di MTs