• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kajian populasi buaya air masin, Crocodylus Porosus di Sungai Klias, Sabah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kajian populasi buaya air masin, Crocodylus Porosus di Sungai Klias, Sabah"

Copied!
30
0
0

Teks penuh

(1)KAHAN POPULASI BUAYA AIR MASIN, Crocodylus porosus 01 SUNGAI KLIAS, SABAH.. MARLIN A SiNTl LASAMA ffRPUSTAKAAN UftMRSITI MALAYSIA SA8A~. DISERTASI INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI IJAZAH SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN. PROGRAM BIOLOGI PEMULIHARAAN INSTITUT PENYELIDIKAN BIOLOGI DAN PEMULIHARAAN SEKOLAH SAINS DAN TEKNOLOGI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. MEl 2008.

(2) .. .~. :. ~. ..,,.. PUMS99 :1. UNIVERSITI MAlr.AYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS@ JUDUL:. kA1IAf'l. ~N GA I. P-DP\JI..~I. ~l.' AS. t. ~ lal "'/\. SA YA. fguA'fA A\1t f'V\/.\SIN,. L~o(()Dillf.5 (o£OsuS , DI. 5At?A H.. t?lNTI LA S." MA (HURUF BESAR). SESI PENGAJIAN:. 2oo~ /200'i. mengaku membenarkan tesis (LPS~oktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:\. 2.. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sabah. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pcngajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institutsi pengajian tinggi. Sila tandakan (I). 3.. 4.. D 0. SULIT. (Mengandungi maklumat yang berdarjah kese1amatan atau Kcpcntingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKT A RAHSIA RASMI 1972). TERHAD. [ I TIDAK TERHAD. (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan) Disahkan Oleh. ~. NURULAINBINT. ISMAil. -4--..&~~--!.v-..,......................."L1"",BRraARIAI \ fTAWAN PENULlS) Alamat Tetap:...,te:r l )1) F-AT ~'l, l~T ..&L.J iN UT/!tA, «03ti'f 'i~DA"JtN (5Ae~H Tarikh:. ~. Jf. (TANDATANGP~~LAY~ IASABAH.. ftto~. 1VV't o~!c. I>p-. A~DvL. I. i. HA M 10 NHMp. Nama Penyclia. 01 Met 1..C01 --.--. CAT AT AN:- ·Patong yang tidak berkenaan . •• like tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihal< berkuasa lorganisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. @Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian seeara kerja kursus dan Laporan Projek Sarjana Muda (LPSM).. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(3) ii. PENGAKUAN. Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah dijelaskan sumbernya.. MEl 2008. MARLINA BINTI LASAMA HS2005 - 3379. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(4) iii. DIPERAKUKAN OLEH. Tandatangan. 1. PENYELIA Prof. Madya Dr. Abdul Hamid Ahmad. ~~.. ~. 2. PEMERIKSA 1 Puan Anna Wong. 3. PEMERIKSA2 Encik Zuthazman Hamzah. 4. DEKAN Prof. Madya Dr. Shariff A. K Omang. 7. ~. ~ ~'~7-. ~. UMS. UNIVEASITI MALAVSIA SABAH.

(5) iv. PENGHARGAAN. Alhamdulillah Hirabbil A'lamin.. Dengan keizinan dan limpah kumia dari Allah S.W.T maka akhimya projek tahun akhir saya telah dapat disiapkan. Di kesempatan ini, saya kalungkan jutaan terima kasih penghargaan kepada Universiti Malaysia Sabah khasnya kepada Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan dan juga Sckolah Sains dan Teknologi kerana telah memberi peluang dan ihsan dalam menjalankan penyelidikan bagi projek Tahun Akhir saya ini untuk memenuhi sebahagian daripada syarat untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Sains, Program Biologi Pemuliharaan.. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada penyeJia projek saya, Prof. Madya Dr. Abdul Hamid Ahmad di atas nasihat, teguran, tunjuk ajar, panduan dan idea yang disumbangkan kepada saya yang mana banyak membantu saya dalam menyiapkan kajian ini dengan lebih baik. Terima kasih juga kepada kedua-kedua pemeriksa projek saya, Dr. Anna Wong dan Encik Zulhazman Hamzah yang telah membetulkan kesilapan dan memberi tunjuk ajar dalam penulisan saya. Ucapan terima kasih buat Encik Awang Masis, Encik Zainal dan Encik Nordin yang telah ban yak membantu. Tidak lupa juga kepada kedua ibubapa saya yang selama ini telah banyak memberi dorongan dan sokongan sepanjang saya menjalankan kajian saya.. Akhir sekali. kepada rakan-rakan seperjuangan terutamanya Norafiza Bte Lunggo@Yusri, Yene Juliana dan Mohd Izwan kerana telah banyak memberikan pertolongan dan sokongan kepada saya sepanjang usaha menyiapkan projek tahun akhir ini. Jasa kalian amat dihargai dan ucapan terima kasih saya kalungkan. Semoga Allah S. W.T merahmati kalian.. Sekian, terima kasih.. MARLlNA BINTI LASAMA HS2005 - 3379. UMS. UNIVEASITI MALAVSIA SABAH.

(6) v. ABSTRAK. Sebanyak tiga tinjauan telah dilakukan untuk mengkaji populasi buaya air masm,. Crocodylus porosus di Sungai Klias, Sabah. Tinjauan dilakukan pada bulan Januari sehingga Februari 2008 merangkumi sepanjang lebih kurang 37 kilometer Sungai Klias. Buaya yang dikesan dikelaskan ke dalam tujuh kategori kelas iaitu: Kelas 1 (~0.5); Kelas 2 (0.5 -. ~. 1.0); Kelas 3 (> 1.0 -. ~. 1.5); Kelas 4 (> 1.5 -. ~. 2.0); Kelas 5 (> 2.0 -. ~. 3.0);. Kelas 6 (> 3.0) dan Kelas 7 (Mata Sahaja). Setiap koordinat lokasi di mana buaya dikesan telah ditandakan menggunakan GPS (Global Positioning System). Sejumlah 71 individu telah dikesan dengan kepadatan minimum di antara 0.49 - 0.89 km-I. Kelas 1 mencatatkan kekerapan yang paling tinggi iaitu 63.38% diikuti dengan Kelas 7 iaitu 19.72%. Kelas 2 mencatatkan sebanyak 14.08% dan Kelas 3 sebanyak 2.82%. Kepadatan populasi buaya di Sungai Klias adalah stabil dan dapat dibandingkan dengan kepadatan populasi pada kajian sebelum ini. Struktur populasi buaya menunjukkan bahawa buaya masih lagi dapat membiak dengan baik di Sungai Klias. Berdasarkan bilangan individu anak buaya yang tinggi, Sungai Klias merupakan kawasan yang diperlukan sebagai habitat untuk pemuliharaan Crocodylus porosus di Sabah.. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(7) Vi. ABSTRACT. Three spotlight surveys for the saltwater crocodile, Crocodylus porosus were carried out from January to February 2008 along an approximately 37 km stretch of the Klias River, Sabah. Crocodiles sighted were divided into seven size classes: Class J ($, 0.5); Class 2 (0.5 • ~ 1.0); Class 3 (> 1.0 - ~ 1.5); Class 4 (> 1.5 • ~ 2.0); Class 5 (> 2.0 - ~ 3.0); Class 6 (> 3.0) and Class 7 (Eyes only). Coordinate of the location where crocodile have been sighted was mapped using GPS (Global Positioning System). A total of 71 crocodiles were sighted with minimum densities in the range 0.49 - 0.89 km- J• Class J individuals were most frequently encountered (63.38%) followed by Class 7 (19.72%). Class 2 encountered (J 4.08%) while Class 3 (2.82%). Population densities remain stable and is comparable to the previous surveys. The population structure ref/ects that Klias River still consists of healthy breeding of crocodile. Based on the large numbers of hatchlings, Klias River is suggested to be a desirable site for the conservation of Crocodylus paras us..

(8) Vll. KANDUNGAN. PENGAKUAN. ii. PENGESAHAN. iii. PENGHARGAAN. iv. ABSTRAK. v. ABSTRACT. vi. SENARAIKANDUNGAN. VII. SENARAI JADUAL. x. SENARAI RAJAH. xi. SENARAI SIMBOL. XII. PENDAHULUAN. BAD I. I. 1.1. PengenaJan. 1. 1.2. Justifikasi Kajian. 2. 1.3. Objektif Kajian. 3. 1.4. Hipotesis. 3. ULASAN LITERATUR. BAB 1. 2.1. 4. Pengenalan. 4. 2.1.1. 5. Taburan Buaya.

(9) viii. 2.1.2. Ciri-ciri Buaya. 5. 2.1.3. Pergerakan Buaya. 9. 2.1.4. Pembiakan Buaya. 10. 2.2. Kajian Buaya di Sabah. 13. 2.3. Kajian Buaya di Klias. 15. BAB 3. BAHAN DAN KAEDAH. 19. 3.1. Kawasan Kajian. 20. 3.2. Kaedah. 21. 3.3. Analisa Berkomputer. 23. BAB4. KEPUTUSAN. 24. 4.1. Keputusan Kajian Secara Keseluruhan. 24. 4.2. Tinjauan Pertama. 26. 4.3. Tinjauan Kedua. 28. 4.4. Tinjauan Ketiga. 30. 4.5. Anggaran Kepadatan PopuJasi Buaya. 32. 4.6. Pembetulan Kepadatan PopuJasi. 33. 4.7. Anggaran PopuJasi Buaya. 34. 4.8. Taburan Populasi Buaya. 35. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(10) ix. PERBINCANGAN. BABS. 38. 5.1. Taburan dan Kelimpahan Buaya. 38. 5.2. Perbandingan Data dengan Kajian Sebelumnya. 40. 5.2.1 Taburan Buaya. 40. 5.2.2 Kepadatan Buaya. 41. 5.3. Struktur Populasi Buaya. 42. 5.4. Pemilihan Habitat. 42. 5.5. Anggaran Pertumbuhan Populasi Buaya. 43. BAB 6 6.1. KESIMPULAN Kesimpulan. 44 44. RUJUKAN. 46. LAMPI RAN. 52.

(11) x. SENARAJ JADUAL. No. Jadual. Muka Surat. 2.2. Bilangan buaya yang dikesan di beberapa Sungai utama di Sabah. 14. 3.1. Kategori kelas buaya. 22. 4.1. Bilangan individu buaya yang dikesan pada sepanjang tinjauan. 24. 4.2. Bilangan individu buaya yang dikesan pada tinjauan pertama. 26. 4.3. Bilangan individu buaya yang dikesan pada tinjauan kedua. 28. 4.4. Bilangan individu buaya yang dikesan pada tinjauan ketiga. 30. 4.5. Kepadatan populasi buaya di Sungai Klias. 32. 4.6. Pembetulan kepadatan populasi. 33. 4.7. Anggaran populasi buaya. 34. 4.8. Taburan populasi buaya yang dikesan. 35. 5.1. Anggaran kepadatan populasi buaya pada kajian sebelumnya. 41.

(12) Xl. SENARAI RAJAH. No. Rajah. Muka Surat. 2.1. Pandangan atas dan sisi kepala buaya. 8. 3.1. Peta Sungai Klias. 19. 4.1. Perbandingan bilangan individu buaya mengikut kelas. 25. 4.2. Bilangan individu buaya yang dikesan pada tinjauan pertama. 27. 4.3. Bilangan individu buaya yang dikesan pad a tinjauan kedua. 29. 4.4. Bilangan individu buaya yang dikesan pada tinjauan ketiga. 31. 4.5. Perbandingan kepadatan populasi buaya bagi setiap tinjauan. 32. 4.6. Kepadatan minimum dan pembetulan kepadatan populasi buaya. 33. 4.7. Anggaran populasi buayadi Sungai Klias. 34. 4.8. Taburan buaya yang dikesan pada tinjauan pertama. 36. 4.9. Taburan buaya yang dikesan pada tinjauan kedua. 36. 4.10. Taburan buaya yang dike san pada tinjauan ketiga. 37. 4.11. Taburan buaya yang dikesan pada ketiga-tiga tinjauan. 37.

(13) XII. SENARAI SIMBOL. m. meter. km. kilometer. %. peratus. %0. per seribu. °C. darjah celcius. km- I. per kilometer. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(14) BABl. PENDAHULUAN. 1.1. Pengenalan. Kewujudan buaya di muka bumi ini dipercayai wujud sejak zaman jurasik lagi iaitu sejak lebih 200 juta tahun yang dahulu. lni dapat dibuktikan dengan rekod-rekod rosH, rangka haiwan ini telah dijumpai di dalam batu-batuan tua mengikut skala geologi. Sejak zaman kewujudannya sehinggalah sekarang. didapati bahawa rupa bentuk buaya tidak banyak berubah. Dalam sistematik, buaya dapat dikelaskan seperti yang berikut:. Alam: Animalia Filum: Chordata Kelas: Reptilia Subkelas: Diapsida Superorder: Archosauria Order: Crocodilia Fami1i: Crocodilidae Subfamili: Crocodilinae Genus: Crocodylus Spesies: Crocodylus porosus.

(15) 2. 1.2. Justifikasi Kajian. Kajian ini dijalankan untuk menganggar jumlah buaya yang terdapat di Sungai Klias. Ini untuk menyediakan data terkini tentang jumlah buaya yang terdapat di Sungai Klias. Melalui kajian ini, taburan populasi buaya akan dikesan dan untuk membolehkan peta taburan buaya di Sungai Klias disediakan. Perubahan populasi buaya juga akan dipantau untuk menentukan sarna ada bilangan buaya semakin bertambah atau berkurang dengan perubahan masa.. Kajian ini sememangnya dapat menentukan tabu ran dan kepadatan populasi buaya di Sungai Klias namun terdapat faktor-faktor lain yang harus diambil kira ketika membuat kajian. Semasa melakukan tinjauan, keadaan euaea, keadaan pasang surut air serta tumbuhan di sepanjang tebing sungai merupakan faktor penting yang akan mempengaruhi anggaran taburan buaya di sungai ini, seterusnya untuk memastikan anggaran yang dibuat adalah lebih jitu kerana terdapat kemungkinan bahawa populasi buaya di Sabah adalah tersebar dengan lebih meluas.. UMS. UNIVEASITI MALAVSIA SABAH.

(16) 3. 1.3. Objektif Kajian. Tujuan utama kajian ini dijalankan ialah untuk rnenentukan sarna ada populasi Crocodylus porosus di Sabah sernakin meningkat atau sebaliknya. Objektif kaj ian: a. Menentukan taburan dan kelimpahan Crocodylus porosus di Sungai Klias. b. Mengkaji struktur populasi Crocodylus porosus Sungai Klias. c. Menganggarkan pertumbuhan populasi buaya di Sungai Klias rnelalui perbandingan dengan kajian-kajian sebelumnya.. 1.4. Hipotesis. Kajian yang dijalankan pada tahun 1987 - 1988 serta projek yang berikutnya pada tahun 1991 - 92 telah rnembuktikan bahawa Sungai Klias rnerupakan kawasan penting yang berpotensi untuk pembiakan Crocodylus porosus (Stuebing dan Shahrul, 1992). Oleh itu, kajian ini dijangka akan rnenunjukkan bahawa taburan populasi Crocodylus porosus di Sungai Klias sernakin rneningkat..

(17) BAB2. ULASAN LITERATUR. 2.1. Pengenalan. Perkataan Crocodylus berasal daripada Bahasa Greek krokodeilos yang bennaksud "eacing kerikil" (kroko = batu kerikil ; dei/os = eacing, atau manusia). Perkataan ini merujuk kepada penampilan buaya.. Terdapat empat spesies buaya yang terdapat di Borneo iaitu Crocodylus. porosus, C. siamensis, C. raninus dan juga Tomisloma schlegelii. Taburan buaya ini wujud di kebanyakan sungai di Sarawak, Sabah dan Kalimantan. Namun hanya satu spesies sahaja yang pernah direkodkan di Sabah iaitu Crocodylus porosus (Whitaker, 1984).. Crocodylus siamensis mempunyai eiri-ciri yang lebih kurang sarna seperti Crocodylus porosus namun spesies ini mempunyai muncung yang lebih lebar dan mempunyai lebih banyak sisik di bahagian kerongkong. Buaya daripada spesies ini agak keeil, biasanya berukuran kurang daripada 4 m (13 kaki). Buaya ini dijumpai di kawasan tanah rendah tropika di Asia Tenggara seperti di Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam dan Kepulauan Indonesia. Crocodylus raninus hanya dikenalpasti wujud di. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(18) 5. kawasan terpencil di kawasan utara dan tengah Borneo (Das dan Charles, 2000; Ross, 1990).. Tomistoma schlegelii hanya merupakan satu-satunya spesies daripada genus Tom;sloma. T. schlegelii juga dikenali sebagai buaya julung-julung di kalangan penduduk tempatan. Buaya ini mempunyai muncung yang runcing. Buaya ini biasanya dijumpai di kawasan air tawar, paya, tasik dan sungai. Taburan Tomistoma. schlegelii pula dikenalpasti dari sungai di pedalaman Sarawak, di bahagian timur, barat dan tengah Kalimantan namun tiada bukti yang kukuh menunjukkan buaya ini pernah wujud di Sabah (Sah, 2003).. 2.1.1. Taburao buaya. Rekod fosi1 menunjukkan bahawa taburan buaya di seluruh dunia adalah lebih luas pada masa dahulu berbanding pada masa sekarang. Taburan spesies buaya di seluruh dunia biasanya tertumpu di kawasan berik.lim tropika dan subtropika (Ahmad, 1998).. Buaya air mas in mempunyai taburan yang amat luas iaitu dari India ke Asia Tenggara dan kepulauannya sehinggaJah ke Utara Australia (Messel et a/., 1981). Di Malaysia, hanya dua spesies buaya yang didapati wujud iaitu buaya tembaga dan buaya julung-julung..

(19) 6. 2.1.2. Ciri-ciri Buaya. Crocodylus porosus juga dikenali sebagai buaya air masin dan buaya tembaga. Buaya jantan boleh mencapai sehingga 6 sehingga 7 meter dan berat antara 1000 hingga 1200 kilogram. Buaya betina biasanya bersaiz lebih kecil.. Gigi buaya tumbuh di sepanjang rahang atas dan rahang bawah. Buaya mempunyai 64 sehingga 68 batang gigi. Kesemua gigi tersemat di dalam soket tulang yang ada pada rahang. Rahang yang kasar dengan otol yang besar pada pangkal rahang membantu buaya mengigit mangsa dengan kuat (Ahmad, 1998).. Buaya yang masih kecil berwama kuning pucat dengan belang berwama hitam dan tompok pada bahagian badan dan juga ekomya. Pewamaan sebegini biasanya bertahan sehingga beberapa tahun sehingga buaya tersebut meningkat dewasa.. Buaya merupakan haiwan pemangsa yang cekap kerana mempunyai ciri-ciri seperti anggota badan yang besar dan beroto!, bentuk tubuh yang luTUS, rahang yang kuat beserta dengan gigi yang kukuh serta muncung dan kepaJa yang sesuai untuk mengigit. Selain itu. buaya mempunyai kebolehan untuk menyembunyikan diri di dalam air atau lumpur (Burton, 2003).. Buaya mempunyai kadar metabolisma yang rendah dan ini menyebabkan buaya terpaksa berjemur di matahari untuk menaikkan suhu badan mereka. Semasa buaya berasa terlalu panas mereka biasanya akan masuk ke dalam air dan hanya akan menunjukkan mata dan hidung mereka sahaja. Persekitaran yang masin tidak menjadi. (l) llMA~.

(20) 7. masalah kepada buaya kerana mereka menggunakan sistem peredaran darah untuk mengeluarkan garam daripada badan mereka. Kelenjar garam (Grigg dan Taplin. 1981) yang terletak di dalam tisu Iidah dalam mulut buaya digunakan untuk mengeluarkan lebihan garam apabila buaya tesebut berada di persekitaran yang mempunyai tahap kemasinan yang tinggi.. Crocodilia dapat dibezakan daripada order yang lain rnelalui beberapa ciri yang kelihatan pada mcrcka. Antara ciri-ciri tersebut adalah bentuk muncung buaya air masin lebar di pangkal tetapi semakin sempit di hujung. Hampir semua gigi tersemat ke dalam soket yang ada di rahang atas apabila mulut ditutup tetapi gigi keempat di rahang bawah tersemat di celah satu lekukan di rahang atas dan jelas kelihatan ketika mulut ditutup (Penny, 1991).. Aligator pula dapat dibezakan dengan melihat kepada rahang bawah yang kelihatan lebih pendek daripada rahang atas. Bentuk muncung pula lebih pendek dan lebar serta kurang meruncing di bahagian hujung. Gigi dari rahang bawah tersemat di dalam lubang-Iubang khas yang ada pada rahang atas. Apabila mulut ditutup, tiada gigi dari rahang bawah yang kelihatan.. Gavial mempunyai ciri-ciri yang senang untuk dibezakan. Muncung gavial sempit bermula dari pangkal rahang. Saiz muncung sarna hingga ke bahagian hujung. Gigi-gigi hampir sarna saiz di sepanjang rahang. Gavial jantan dewasa sentiasa mempunyai struktur seperti tombol di bahagian atas hujung muncung.. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(21) 8. a). b). Crocodylus porosus. Tomistoma schlegelii (Iskandar, 2001). Rajah 2.1. Pandangan atas dan sisi kepala buaya a) Crocodylus porosus mempunyai muncung yang lebar di pangkal dan semakin sempit di hujung. b) Tomistoma schlegelii mempunyai muncung yang runcing bennula dari pangkal rahang sehingga hujung.. UMS. UN IVERSITI MALAYSIA SABAH.

(22) 9. 2.1.3 Pergerakan buaya. Kajian terhadap buaya menunjukkan bahawa buaya mempunyai beberapa jenis pergerakan yang khusus. Pergerakan ini adalah penting agar buaya dapat menguasai habitatnya. Terdapat tigajenis pergerakan buaya yang utama ketika di darat.. Pergerakan berjalan dipamerkan ketika seekor buaya sedang bergerak menuju ke sesuatu tempat dalam keadaan tidak gerganggu. Pergerakan ini dipanggil sebagai 'high walle'. Ini dilakukan dengan merangkak sambil mengangkat tubuh dari. permukaan tanah. Pergerakan ini mampu membawa buaya ke suatu jarak yang jauh (Ross, 1989).. Buaya juga bergerak secara merangkak. Pergerakan ini berupa kayuhan dari kaki hadapan dan kaki belakang sambil menyeret tubuh ke hadapan. Pergerakan ini dipanggil sebagai 'belly crawl'. Pergerakan ini boleh berlaku dengan pantas sungguhpun buaya tidak mengangkat tubuhnya dari permukaan tanah. Contohnya, ketika buaya berada di dalam lumpur dan meluncur untuk mendapatkan mangsa yang sedang berada di gigi air. Pada ketika itu, buaya yang sedang menyerang akan tiba· tiba menjerkah dari lumpur dan mengatup mulutnya dengan pantas sebaik sahaja mana-mana anggota mangsa sudah berada di rahangnya. Pergerakan ini juga dilakukan oleh buaya yang sedang berada berhampiran dengan air seperti di pantai, pantai berlumpur atau di tebing sungai. Ketika diganggu buaya akan melakukan pergerakan 'belly crawl' dan terus lenyap di dalam air.. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(23) 10. Satu lagi jenis pergerakan ialah pergerakan yang disebut 'gallop' (Webb dan Gans, 1982). Pergerakan ini biasanya dilakukan oleh buaya yang bersaiz kecil dan langsing. Pergerakan ini adalah kombinasi pergerakan anggota hadapan dan anggota belakang yang menyebabkan buaya tersebut kelihatan seolah melompat-Iompat dengan pantas. Pergerakan ini kadangkala dilihat pada buaya Johnston di Australia. lni biasanya dilakukan dalam keadaan terdesak atau terkejut (Ahmad, 1998).. 2.1.4 Pembiakan buaya. Buaya merupakan haiwan yang bertelur namun musim sebenar pembiakan buaya di Malaysia tidak diketahui. Menurut kajian yang dilakukan di Sabah, anak buaya daripada kelas 1 dan kelas 2 adalah tinggi di antara bulan Disember hingga Februari. Oi kawasan yang beriklim tropika seperti di Afrika. buaya Nil bertelur pada dua musim iaitu di antara akhir bulan Ogos dan awal September atau pada bulan Oisember sehingga Januari (Ahmad, 1998).. Ketika menghampiri musim mengawan, beberapa perubahan tabiat akan berlaku pada buaya dan ini amat ketara pada buaya jantan. Perubahan tabiat dapat dilihat apabila buaya jantan mula bergerak menghampiri kawasan bertelur untuk buaya betina. Buaya betina biasanya menggunakan kawasan yang sarna setiap kali untuk membiak. Pada ketika ini, buaya jantan akan bertindak untuk menguasai dan mempertahankan kawasan sekitar kawasan pembiakan dengan menonjolkan dirinya di dalam kawasan itu melalui beberapa tabiat. Buaya jantan akan muncul di permukaan air dan berenang mundar-mandir di kawasan tersebut. Apabila buaya jantan yang lain menghampiri kawasannya. buaya tersebut akan mengangkat kepalanya sambil. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(24) 11. rnenganga dan berenang ke arah buaya yang lain. Kepalanya akan dijatuhkan secara tiba-tiba dan mulutnya ak.an dikatup dengan pantas. Gerak laku ini akan menimbulkan bunyi deburan yang kuat. Kadangkala buaya jantan akan mengeluarkan bunyi rnelalui getaran otot-<>tot yang terdapat di belakangnya. Bunyi seperti rneneran juga dikeluarkan dengan menekan udara keluar dari tubuh me1alui mulut buaya tersebut.. Tidak seperti buaya jantan, buaya betina bebas berenang dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Buaya betina ak.an menghampiri buaya jantan dengan menenggelamkan bahagian kepala dan ekornya dan hanya bahagian tengah belakang yang timbul. Proses mengawan berlaku di kawasan air yang cetek dan buaya jantan akan berada di atas belakang buaya betina. Ekor buaya akan dibengkokkan sehingga bahagian kloaka buaya jantan berternu dengan kloaka buaya betina. Persenyawaan . garnet jantan dan garnet betina akan berlaku di dalam badan. Proses mengawan rnengambil rnasa antara 40 saat sehingga beberapa minit. Buaya rnerupakan haiwan poligamus dan seekor buaya jantan boleh rnengawan dengan beberapa ekor buaya betina pada satu musim membiak (penny, 1991).. Telur buaya memerlukan suhu antara 2SOC hingga 340C untuk menetas. Suhu yang lebih rendah daripada 27'C dan lebih tinggi daripada 34°C akan membunuh embrio yang ada di dalam telur (penny, 1991). Jutat suhu yang kecil bukan sabaja penting untuk menentukan telur buaya berkembang dengan baik dan menetas malah turut berperanan dalam penentuan jantina anak buaya. Hampir semua buaya mempunyai julat subu antara 28°C hingga 34°C namun terdapat sedikit perbezaan pada julat suhu di antara aligator, kaiman dan buaya..

(25) 46. RUJUKAN. Abd. Hamid Ahmad. 1998. Sir; haiwan d; dalam persekitaran kita: Buaya. Cetakan Pertama. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.. Bayliss, P. Webb, G. J. W., Whitehead, P. J., Dempsey, K. and Smith, A. 1986. Estimating the abundance of saltwater crocodile, Crocodylus porosus Schneider, in tidal wetland of the Northern Territory: a mark-recapture experiment to correct spotlight counts to absolute numbers, and the calibration of helicopter and spotlight counts. Australian Wildlife Research. 5: 309 - 320. Bayliss, P. 1987. Survey methods and monitoring within crocodile management programmes. Wildlife management: Crocodiles and alligators. Surrey Beatty & Sons (in association with the Conservation Commission of the Northern. Territory), Sydney. 157 -75.. Burton, L. 2003. Fish and Wildlife, Principles o/Zoology and Ecology. 2nd Edition. Delmar Publisher. 368 - 371.. Cox, J. dan Gombek, F. 1985. A preliminary survey of the crocodile resources in Sarawak, East Malaysia. IUCNIWWF Project No. MAL 74/85. World Wildlife Fund, Kuala Lumpur.. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(26) 47. Das, I. dan Charles, J. K. 2000. A record of Crocodylus raninus Muller & Schlegel, 1844, from Brunei, north-western Borneo. Sabah Parks Nature Journal. 3: 1 - 5. Franklin, C. G., Seebacher, F. 2003. The effect of heat transfer mde on heart rate responses and hysteresis during heating and cooling in the estuarine crocodile, Crocodylus porosus. The Journal of Experimental Biology. 206: 1143-1151. Fukuda, Y., Whitehead, P., dan Boggs, G. 2007. Broad-scale Environmental Influences on the Abundance of Saltwater Crocodiles, Crocodylus porosus in Australia. Australia Wildlife Research. 34: 167-176. Grigg. G. C dan Tapli~ L.E. 1981. Salt glands in the tongue of the estuarine crocodile, Crocodylus porosus. Journal Science. 212:1045 -1047. Hutton, J. and Woolhouse. 1989. Mark-recapture to assess factors affecting the proportion of a Nile crocodile population seen during spotlight counts at Ngezi, Zimbabwe and the use of spotlight counts to monitor crocodile abundance. Journal ofApplied Ecology. 26: 381 - 395.. Iskandar, D. 2001. Turtles and crocodiles of Insular Southeast Asia and New Guinea. Institut Teknologi Bandung, Bandung, Indonesia. ms 191. UMS. UN IVERSITI MALAYSIA SABAH.

(27) 48. Letnic, Mike., Connors, Greg. 2006. Changes in the distribution and abundance of saltwater crocodile in the upstream, freshwater reaches of rivers in the Northern Territory, Australia. Wildlife research 33: 529 - 538 .. Messel, H. and Vorlicek, G. C. 1986. Population dynamics and status ofCrocodylus. porosus in the waterways of Northern Australia. Australian Wildlife Research. 13:71-111. Messel, H. el al.• 1981. Surveys ofthe Tidal River Systems in the Northern Territory. of Australia and Their Crocodile Populations. Monograph No.1: The BlythCadell River Systems Study and The Status of Crocodylus porosus in the Tidal Waterways in Northern Australia. Methods for Analysis and Dynamics of Populations of Crocodylus porosus. Sydney: Pergamon Press Ltd.. Penny, M. 1991. Alligators and crocodiles. Boxtree Limited. New York.. Pough, F. Harvey., Janis, M. Christine. dan Heiser, John B. 2005. Vertebrate Life. Seventh Edition. Pearson Prentice Hall. 392 - 396. Read, A., Miller, D., Bell, P. and Felton. 2004. The distribution and abundance of the estuarine crocodile in Queensland. Wildlife Research. 31: 527-534. Ross, C. A. 1989. Crocodiles and alligators. Weldon Owen Pty Limited. New York... UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(28) 49. Ross, C.A., 1990. Crocodylus raninus S. Muller and Schlegel (Reptilia: Crocodylidae) a valid species of crocodile from Borneo. Proceedings of the Biological. Society of Washington 105(2): 400-402. Ross, C. A. 1990. Crocodylus raninus S. Muller and Schlegel, a valid species of crocodile (Reptilia: Crocodylia) from Borneo. Proceedings Biological Society. of Washington. 103: 955 -961. Sabah Wildlife Department, 2002. Crocodile Management Plan. Sabah Wildlife Department,. Kota. Kinabalu.. http://www.sabah.gov.my//sabah. wildlife. management.com. Shahrul, A. M. S. and Stuebing, R. 1996. Diet, growth and movements of juvenile crocodiles Crocodylus porosus in the Klias River, Sabah. Tropical Ecology. 12(5): 651 - 662. Shahrul, A.M.S. 2003. Klias River Crocs: A Model For Crocodile Conservation In Sabah. Herpetology and The Future: Proceedings of The International Conference on Bornean Herpetology. Research and Education Component (REC). BBEC programme c/o Institute of Tropical Biology and Conservation (ITBC, VMS). BBEC Publication. No. 26 (Bornean Biodiversity and Ecosystems Conservation).

(29) 50. Stuebing, R., Ismail, G. and Ling, H. C. 1994. The distribution and abundance of the Indo-Pacific Crocodile, Crocodylus porosus Schneider in the Klias River, Sabah. Journal o/Conservation Biology 69(1): 1- 7. Stuebing, R., Bezuijen, M. R., Auliya, M., and Voris, H. K. 2006. The Curent and Historic Distribution ofTomistoma Schlegelii (The False Gharial). The Rnffles. Bulletin of Zoology. 54(1): 181-197. Taylor, J. A. 1979. The Foods and Feeding Habits of Subadult Crocodylus porosus Schneider in Northern Australia. Australian Wildlife Research. 6: 347 - 359. Tide Table Malaysia. 2007. National Hydrographic centre, Volume 2, Royal Malaysia Navy. I. .I. Walsh, B., Whitehead, J. 1993. Problem Crocodiles, Crocodylusporosus. at. J. ... ~. c.,.. Nhulunbuy, Northern Territory: an Assessment of Relocation as a. ~. Management Strategy. Australia Wildlife research. 20: 127-35. ;Q J.-. i;! l:. Webb, G. J. W., Messel, H. 1978. Morphometric analysis of Crocodylus Porosus from the North Coast of Arhem Land, Northern Australia. Australian Journal. Zoology 26: 1 - 27. Webb, G. J. W., Buckworth, R., Manolis, S.C. 1983. Crocodylusjohnstoni in the McKinlay River Area. N.T. Growth, Movement and the Population Age Structure. Australia Wildlifo Research. 10: 383 - 401. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(30) 51. Webb, G. J. W., Messel, H. 1978. Morphometric Analysis of Crocodylus porosus from the North Coast of Amhem Land, Northern Australia. Australian Journal Zoology. 26: 1 - 27. UMS. UNIVERSIll MALAYSIA SABAH.

(31)

Referensi

Dokumen terkait

sehingga gaji dapat diberikan pada pegawai sesuai dengan haknya. Prosedur-prosedur yang berkaitan dengan sistem penggajian terdiri dari :.. a) Prosedur pencatatan waktu hadir.

Peserta yang diundang menghadiri tahap pembuktian kualifikasi adalah pimpinan perusahaan yang tertera di dalam Akta atau staff yang diberikan kuasa oleh pimpinan

• Contoh : Pembelian alat pemotong pada UKM keripik apel senilai 7 juta dapat memberikan keuntungan selama empat tahun : 1 juta; 1,75 juta; 2,5 juta; 3,25 juta. Hitunglah

PUSKESMAS KECAMATAN GAMBIR KOTA ADMINISTRASI JAKARTA PUSAT TAHUN ANGGARAN

Peserta yang diundang menghadiri tahap pembuktian kualifikasi adalah pimpinan perusahaan yang tertera di dalam Akta atau staff yang diberikan kuasa oleh pimpinan

[r]

Peserta yang diundang menghadiri tahap pembuktian kualifikasi adalah pimpinan perusahaan yang tertera di dalam Akta atau staff yang diberikan kuasa oleh pimpinan

 It is important to improve access to quality drinking water by children, familly, school, working palce, and community.  Efforts should be made to educate