• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

PENGGUNAAN BAHASA KOMUNIKASI GURU PELATIH DALAM BILIK DARJAH SEMASA MENJALANI PRAKTIKUM

Mohd Zamri bin Mohd Akhir Nazri bin A. Bakar

Azhan bin Yusoff

Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang Malaysia

Abstract

This study is aimed to identify the use of various categories of language in communication among trainee teachers in Bachelor of Education Programme (PISMP) during their teaching practice in schools. Instruments used in this study are constructed and adjustments are made based on the five elements of the language used in communications by Abdullah Hassan and Mohd Ainon (2005). Five elements of this language are Positive Language, Descriptive Language, ConfirmationLanguage, My Language and label Language. Each element of positive language has its own unique characteristics. A total of 31 samples were selected have been composing of trainee teachers, Institute of Teacher Education Kampus Tuanku Bainun. Respondents did their practicum in schools through out Kedah and Penang for 12 weeks. Data collected were analyzed using descriptive statistics mean (), standard deviation (SD) and Chi Square analysis excel and software applications Special Statistic Package for the Social Sciences (SPSS) for Windows version 21. The findings showed the tendency to use positive language among trainee teachers during practicum was high. The findings also indicated there are significant differences in the use various categories of language among teacher trainees according to the classification of gender, ethnicity, area of specialization and the semester of studying at the Institute of Teacher Education. Several suggestions were the teacher trainees were proposed to increase the level of language use among teacher trainees at the Institute of Teacher Education, which can be practiced during the process of teaching and learning in schools.

Keywords: Positive Language, English Descriptive, English Confirms, My Language, Language Label, Practicum, Significant.

1.0 PENGENALAN

Sebagai bakal seorang pendidik yang akan bertanggungjawab melaksanakan tugasnya sebaik mungkindi dalam bilik darjah,perlu menguasai beberapa kemahiran dalam berkomunikasi.Kemahiran yang perlu dikuasai adalah komunikasi interpersonal di dalam bilik darjah yang terdapatnya ciri-ciri bahasa positif yang perlu diamalkan. Instrumen digunakan, dibina, dan dibuat penyesuaian berpandukan lima unsur bahasa yang digunakan dalam komunikasi oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2005), Lima unsur bahasa ini adalah Bahasa Positif, Bahasa Deskriptif, Bahasa Mengesahkan, Bahasa Saya dan Label.

(2)

Bahasa Positif mempunyai 3 ciri iaitu bahasa mengiktiraf kehadiran murid, bahasa mengiktiraf keistimewaan murid, dan bahasa menghargai murid. Bahasa Deskriptif mempunyai 3 ciri iaitu terangkan apa sebenarnya terjadi, terangkan sahaja apa perasaan kita, dan terangkan sahaja apa perkara yang menyebabkan timbulnya perasaan itu. Bahasa Mengesahkan mempunyai 4 ciri iaitu jawapan yang mengesahkan, jawapan yang mengandungi perasaan positif, jawapan yang menyatakan persetujuan, dan meminta penjelasan lanjut. Bahasa Saya mengandungi 4 ciri iaitu ia mengandungi penghargaan yang jelas dan yang tersirat, ia menghormati murid, dan ia lembut. Label mengandungi 2 ciri iaitu label positif dan perasaan positif. Dalam suasana negara menuju ke arah mencapai Wawasan 2020, pelbagai perubahan berlaku dengan pesatnya. Dengan ini peranan komunikasi menjadi sangat penting dan mencabar, terutamanya dalam dunia pendidikan yang mempunyai pengaruh langsung dalam pembentukan generasi akan datang. Paling utama adalah interaksi guru dan murid di dalam bilik darjah. Guru seharusnya mempunyai kemahiran berkomunikasi bagi membekalkan segala maklum balas kepada murid-murid.

Tidak ada satu definisi yang mudah dan tepat bagi komunikasi yang diterima secara universal oleh para pengkaji. Walau bagaimanapun tidak ada percanggahan di antara para pengkaji dalam mendefinisikan makna komunikasi itu. Setiap pengkaji memberikan definisi menurut pandangannya, keperluan dan kemudahan kajian masing-masing.

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2000), menjelaskan dalam konteks sekolah, berkomunikasi ialah proses bagaimana guru berkongsi pengalaman dengan murid-muridnya, dan begitu juga sebaliknya. Setiap guru mempunyai pengalaman dan pengetahuan. Apabila guru menyampaikan pengalaman dan pengetahuannya kepada murid-muridnya, itu namanya berkomunikasi. Dalam proses guru dan murid-murid bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan, mereka mencipta makna antara satu sama lain. Dalam komunikasi di sekolah, baik pihak guru mahupun pihak murid, masing-masing mempunyai pengalaman dan pengetahuan. Apabila mereka berkomunikasi, mereka saling menyatakan pengalaman dan pengetahuan masing-masing. Dengan cara itu mereka mendapat makna daripada pertukaran tersebut.

Muhd Mansur Abdullah (2002) mendefinisikan komunikasi sebagai aktiviti bersimbol iaitu individu mahupun kelompok yang terlibat menginterpretasikan dan mempengaruhi dunia sosialnya. Komunikasi juga dianggap sebagai satu perkongsian

(3)

maklumat dan makna antara dua orang atau lebih.Secara umum, komunikasi ialah proses penghantaran, penerimaan dan pertukaran maklumat, pendapat atau idea melalui tulisan, percakapan atau imej visual atau mana-mana gabungan ketiga-tiga unsur tersebut supaya bahan yang dituturkan itu difahami dengan jelas oleh mereka yang terlibat.

Zaidatol Akmalah Lope Pihie (1990:95) menjelaskan komunikasi ialah pemindahan maklumat atau mesej daripada sumber kepada penerima dan adalah satu proses pengaliran maklumat dan kefahaman. Proses ini bermula dengan niat berkomunikasi iaitu keinginan bagi memindahkan maklumat kepada orang lain. Ini membuktikan komunikasi adalah satu proses penting dalam sistem organisasi yang formal, kerana komunikasi dapat membuatkan sistem menjadi dinamik dan menghubungkan tujuan organisasi dengan penglibatan kakitangan.

Untuk tujuan kajian ini komunikasi didefinisikan sebagai proses manusia menyampaikan dan menerima maklumat(Berlo,D.K.1960:106). Terdapat lima aspek yang signifikan dalam definisi ini:

1.1. Proses

Proses dalam komunikasi bermakna bahawa komunikasi adalah berterusan dan dinamik. Komunikasi tidak boleh dihentikan buat sementara waktu. Apabila dua orang enggan berinteraksi, “keengganan ini menyampaikan mesej,bahawa perasaan marah dan permusuhan wujud di antara merekaberbagai rangsangan luaran boleh memasuki hubungan komunikasi antara dua orang. Rangsangan-rangsangan ini boleh mengganggu atau meninggikan ketepatan penyampaian maklumat antara dua orang.Tambahan lagi, komunikasi tidak hanya bergantung pada waktu masa kini tetapi juga ditentukan oleh apa yang telah berlaku pada masa lampau dan apa yang akan berlaku pada masa depan. 1.2. Manusia

Manusia mempelajari,menyesuaikan diri dan mengawal persekitarannya melalui komunikasi.Komunikasi membolehkan manusia mengurangkan ketidaktentuan kewujudan dirinya dengan membantunya dalam mengawal persekitarannya. Ia membolehkan manusia memperoleh pengetahuan daripada pengetahuan dan pengalaman orang lain.

1.3. Menyampaikan

Penyampaian menyarankan bahawa ada maklumat yang ingin diberikan seorang individu kepada individu yang lain.Kebiasaannya,individu menyampaikan maklumat itu

(4)

melalui percakapan tetapi percakapan hanya merupakan sebahagian kecil daripada jumlahtingkah laku berkomunikasi.Cara seseorang berjalan, bercakap,bergerak,rupanya dan caranya menyampaikan mesej melibatkan kedua-dua penyampaian sengaja,iaitu usaha sedar untuk menonjolkan idea kepada orang lain,dan penyampaian tidak sengaja,iaitu menyampaikan mesej tanpa disedari.

1.4. Menerima

Apabila maklumat disampaikan seharusnyamaklumat itu diterima individu yang lain. Kalau tiada pihak yang menerima, maka dikatakan komunikasi tidak berlaku.Manusia menerima maklumat bukan melalui telinga dan mata sahaja,malah melalui panca indera lain seperti hidung dan sentuhan.

1.5. Sentuhan

Maklumat yang dituturkan dinamakan mesej.Terdapat dua jenis mesej. Mesej bersuara dinamakan lisan, manakala mesej bukan ditulis atau disuarakan dinamakan bukan lisan.Beribu-ribu jenis maklumat yang berpotensi disampaikan dalam interaksi yang singkat di antara dua orang, tetapi rangsangan-rangsangan berpotensi itu menjadi maklumat hanya selepas ianya diproses oleh manusia.

Definisi komunikasi yang diberikan di atas tidak menyentuh maklum balas, kerana tujuan kajian ini adalah bagi melihat ciri-ciri bahasa positif dalam komunikasi guru dalam bilik darjah sahaja. Sebenarnyaaspek maklumat balikadalah mustahak kepada kejayaan proses komunikasi. Maklumat balik adalah gerak balas yang dilakukan setelah seseorang individu menerima sesuatu maklumat. Maklumat balik ini boleh diberikan secara lisan ataupun bukan lisan. Dalam erti kata yang lain, maklumat balik adalah lingkaran tertutup yang mengaitkan penghantar dengan penerima dan menjadikan komunikasi itu dinamik (Berlo, D.K.1960).Berdasarkan definisi-definisi yang diberikan dapat dibuat kesimpulan bahawa komunikasi membawa implikasi berikut:

(a) sekurang-kurangnya ada 2 orang, iaitu penghantar dan penerima (b) bermakna

(c) komunikasi adalah satu proses

(d) saling bergantung antara penghantar, penerima dan persekitaran (e) persekitaran menentukan proses komunikasi

Terdapat dua jenis komunikasi iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan. Komunikasi lisan melibatkan perbualan bersemuka, perbincangan kumpulan, perbualan telefon.Kelebihan komunikasi adalah membolehkan maklum balas yang

(5)

cepat, lebih mudah, tidak memerlukan peralatan (seperti kertas, pensel)dan hanya memerlukan sedikit persediaan.

Pergerakan anggota badan boleh menghasilkan komunikasi bukan lisan seperti isyarat gerakan tangan,isyarat air muka dan bahasa badan.Komunikasi bukan lisan adalah satu ciri komunikasi yang penting. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah perlakuan lisan turut diberi perhatian, malahan menentukan kesantunan sesuatu perlakuan. Secara tidak langsung, komunikasi bukan lisan boleh menyampaikan sikap utusan yang sukar dilahirkan melalui pertuturan atau tulisan. Sebenarnya isyarat tanpa lisan boleh menggambarkan emosi, personaliti, tujuan dan status sosial seseorang individu.Seorang penutur yang mahir akan menggunakan segala isyarat tanpa lisan mengukuhkan hujah mesej yang disampaikan malah berguna mendapatkan maklum balas dengan membaca maksud yang tersirat melalui isyarat yang ditunjukkan penerima mesejnya.

Guru bukan sahaja menjadi model kepada murid-murid menerusi sifat-sifat seperti jujur, ikhlas, sabar, kasih sayang, warak dan takwa bahkan menerusi sifat-sifat lahiriah seperti tutur kata, tingkah laku kebersihan diri, pakaian dan tempat tinggal.

2.0 MASALAH KAJIAN

Personaliti guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ini kerana personaliti guru menjadi perhatian dan ikutan pelajar.Salah satu personaliti guru dalam bilik darjah adalah cara berkomunikasi dengan murid.Salah satu faktor mewujudkan suasana pembelajaran lebih ceria ialahperanan guru sebagai pencetusnya iaitu aspek berkomunikasi dengan kesantunan.Guru perlu pandai mencipta dan membudayakan komunikasi yang berkesan.

Dalam kalangan murid, mereka ini selalu membezakanantara guru-guru yang mengajar dalam pelbagai aspek. Cara berkomunikasi guru dengan murid selalu dibincangkan dan diperkatakan.Ada antara murid kurang senang cara guru berkomunikasi lisan dengan mereka.Mungkin faktor guru berkomunikasi dengan tidak sopan atau menimbulkan rasa tidak selesa sewaktu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung akan memberi kesan kurang mood terhadap pengajaran guru tersebut. Oleh itu guru perlu berkomunikasi dengan baik dan akan mempengaruhi murid untuk terus minat terhadap pelajaran.

(6)

berkomunikasi menggunakan bahasa yang ada unsur kesantunan.Kesantunan berbahasa itu dilihat dari aspek penggunaan bahasa positif semasa berkomunikasi. Bahasa positif merupakan salah unsur kesantunan berbahasa yang perlu diaplikasikan oleh guru di dalam bilik darjah.Bagi memastikan proses pengajaran guru disukai dan disenangi murid tindakan guru mestilah sentiasa sopan-santun semasa berkomunikasi.Apabila pengajaran dapat disampaikan dengan penggunaan bahasa positif dengan baik secara langsung akan menjadi contoh dan ikutan murid apabila berkomunikasi.Maka berlaku hubungan komunikasi yang baik antara guru dengan pelajar akan menimbulkan rasa hormat, selesa dan membawa pelajar rasa terangsang untuk meningkatkan terhadap pencapaian dalam akademik. Koheler dan Prior(1993)ada menjelaskan bahawa bahasa interaksi guru dengan pelajar adalah sangat penting. Interaksi guru dengan pelajar dan rakan sebaya dikatakan sebagai denyutan nadi proses pengajaran dan pembelajaran.Tahap penggunaan bahan yang baik guru dengan murid-murid akan mampu mempengaruhi motivasi dan komitmen yang tinggi pelajar terhadap apa pelajaran yang diajar guru.

Berdasarkan penyataan di atas, kajian ini cuba melihat tahap kesantunan guru pelatih IPG KTB berkomunikasi semasa mengajar berdasarkan rangka teori ciri-ciri bahasa positif dalam komunikasi lisan guru dalam bilik darjah (Abdullah Hassan& Ainon: 2005).

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian adalah:

3.1. Menilai tahap penggunaan bahasa positif guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran;

3.2. Mengesan pola tahap penggunaan bahasa positif dalam bidangpengkhususan pengajian;

3.3. Mengesan pola tahap penggunaan bahasa positif dalam kalangan pelajar etnik Melayu danbukan Melayu;

3.4. Mengesan pola tahap penggunaan bahasa positif dalam kalangan pelajar lelaki dan pelajarperempuan.

4.0 PERSOALAN KAJIAN

Bagi mencapai objektif yang ditetapkan, 3 soalan kajian dan 2 hipotesis nul telah dibina seperti berikut:

4.1. Apakah kecenderungan menggunakan bahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru pelatih?

(7)

4.2. Apakah kecenderungan menggunakan pelbagai kategori bahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru pelatih?

Bagi menjawab soalan 4.2, maka hipotesis Nul 1 seperti berikut:

H01 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kecenderungan

menggunakan pelbagai kategori bahasa dalam P&P guru pelatih?

H02 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kecenderungan

menggunakan kategori bahasa dalam P&P Guru Pelatih mengikut klasifikasi jantina?

H03 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kecenderungan

menggunakan kategori bahasa dalam P&P Guru Pelatih mengikut klasifikasi etnik?

H04 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kecenderungan

menggunakan kategori bahasa dalam P&P Guru Pelatih mengikut klasifikasi bidang pengajian?

H05 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kecenderungan

menggunakan kategori bahasa dalam P&P Guru Pelatih mengikut klasifikasi semester?

5.0 TINJAUAN LITERATUR KONSEP BAHASA POSITIF

Bahasa positif adalah sesuai dengan ungkapan kesantunan bahasa kerana pengkaji sama ada dari barat atau tempatan menggunakan ungkapan dalam menjelaskan bahasa positif yang dimaksudkan. Antara pengkaji barat yang terkenal tentang kesantunan ini adalah Geoffrey Leech. Dalam kajiannya, G. Leech memperkenalkan petua kesantunan menerusi Prinsip Kesantunan. Prinsip Kesantunan ini dimuatkan dalam bukunya yang bertajuk “Principles of Pragmatics”(1983). G. Leech membahagikan prinsip kesantunankepada beberapa petua, iaitu petua kedermawanan, petua sokongan, petua kerendahan hati dan petua simpati. Aspek kesantunan yang ditekankan oleh G. Leech merangkumi semua jenis konsep kesantunan dalam perhubungan sesama manusia dalam semua bahasa. Aspek utama yang ditekankan adalah maksud yang ingin disampaikan oleh penutur dan keberkesanan makna difahami oleh penerima.

Za’ba (1969) pernah membincangkan kesantunan Melayu yang menyatakan bahasa Melayu adalah ungkapan bahasa yang istimewa dan mampu disesuaikan dengan suasana dan keadaan masyarakat. Antara ciri utama yang menandakan kesantunan dalam bahasa Melayu adalah taraf seseorang pada kedudukan yang sesuai dengan darjat, kuasa dan umur. Za’ba juga pernah menulis tentang nilai dalam perlakuan dan budi bahasa Melayu. Dalam penulisannya itu, Za’ba menyenaraikan perkara-perkara yang menjadi peraturan ketat dalam masyarakat Melayu bagi mengawal perlakuan dan budi

(8)

bahasa. Salah satu perlakuan yang disebutkan itu adalah perlakuan dalam percakapan. Menurutnya, pengawalan suara adalah sangat penting. Kita sama sekali tidak boleh menjerit dan meninggikan suara seolah-olah sedang marah atau bercakap dengan orang pekak. Kita juga diingatkan agar tidak membolot sidang perbualan dan bercakap terlalu banyak apa lagi tentang diri sendiri.Memuji diri adalah perlakuan yang tidak dapat diterima orang ang mendengarnya.

Asmah Omar (2000), pernah menulis kesantunan dalam perbincangan dan perbualan.Menurutnya,strategi ialah kaedah yang digunakan penutur bagi mencapai tujuan tertentu.Jadi sekiranya strategi itu dikaitkan dengan kesantunan, maka strategi itu perlu ditandai dengan tingkah laku dan tutur kata yang santun. Strategi kesantunan melibatkan beberapa faktor seperti kesedaran dan peranan masing-masing, kesedaran tentang perbezaan taraf sosial, kuasa dan kepatuhan mengawal perbincangan berdasarkan tajuk serta menjaga air muka. Air muka meliputi “muka”dan budaya yang berakar umbi berasaskan maruah dan martabat.

Asmah Omar membahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu, kesantunan asas dan kesantunan kendala.Kesantunan asas ialah kesantunan sedia ada iaitu pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain dengan cara menunjukkan adanya sikap berbaik-baik. Kesantunan kendala ialah kesantunan yang menggambarkan usaha dilakukan ahli masyarakat dalam perhubungan antara satu sama lain.Antara kendala tersebut adalah taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan dalam keadaan yang bagaimana, apa yang hendak dipercakapkan, mengapa percakapan itu berlaku dan percakapan disampaikan. Bagi Asmah Hj Omar kesantunan bukan strategi semata-mata, sebaliknya yang lebih asas kesantunan itu adalah ciri budaya yang menghendaki ahli masyarakatnya bersopan santun dengan menghormati antara satu sama lain.

Berdasarkan pentakrifan makna kesantunan yang diberikan tiga orang pengkaji, dapatlah disimpulkan bahawa kesantunan adalah penggunaan kata-kata yang sesuai, tidak menimbulkan konflik dan sentiasa menjaga air muka pendengar.Ini bererti,pentakrifan makna kesantunan berfokus pada penjagaan air muka pendengar sewaktu berlangsungnya perbualan dengan menggunakan strategi berbahasa yang mampu mengekalkan keharmonian suasana perbualan. Hanya Asmah Omar meluaskan takrifan kesantunan dengan memasukkan keluarga dan masyarakat sebagai pihak yang perlu dititikberatkan dalam menentukan konsep kesantunan. Orang Melayu yang berpegang pada ajaran Islam meletakkan setiap perlakuan dan tindakan sama ada

(9)

komunikasi lisan atau tanpa lisan sebagai satu nilai suci yang membolehkan manusia mendapat ganjaran pahala selagi perlakuannya menjurus ke arah amar makruf nahi dan mungkar. Oleh itu setiap perlakuan dan penggunaan bahasa yang datang daripada hati yang ikhlas, iaitu hati orang-orang yang bertakwa diterima sebagai komunikasi yang santun.

Kesantunan dalam masyarakat Melayu melibatkan perlakuan yang berkaitan dengan nilai-nilai keagamaan. Dalam membicarakan perlakuan yang santun ,nilai-nilai Islam adalah pengukur dan penentu terhadap nilai kesantunan orang Melayu. Semua perlakuan tersebut menjurus ke arah rasa ketakwaan terhadap Allah SWT. perlakuan yang lahir kerana Allah Taala adalah perlakuan yang ikhlas dan merupakan satu ibadah

6.0 KERANGKA TEORI CIRI-CIRI BAHASA POSITIF DALAM

KOMUNIKASI GURU DALAM BILIK DARJAH

Komunikasi salah satu aspek penting dalam tugas seorang guru. Berjaya atau gagal sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran mungkin berpunca daripada kurangnya pengetahuan dan kemahiran dalam komunikasi. Komunikasi yang baik dan berkesan adalah penting bagi melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bilik darjah,strategi-strategi baru, penilaian program dan mengambil tindakan sewajarnya setelah pembetulan dibuat. Ini dapat mengelakkan kekeliruan dan salah faham di antara pihak-pihak yang terlibat. Manusia boleh bekerja sama bagi mencapai sesuatu matlamat melalui sistem komunikasi yang baik.Oleh yang demikian komunikasi amat penting dalam semua bidang dan kegiatan organisasi terutama di sekolah-sekolah, demi mencapai sesuatu matlamat yang ditetapkan. Justeru kajian ini cuba melihat ciri-ciri positif dalam komunikasi guru-guru pelatih PISMP yang menjalani praktikum di sekolah-sekolah.

Pengkaji menjadikan unsur bahasa yang dikemukakan Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (2005) sebagai rangka teoretis ciri-ciri bahasa positif dalam komunikasi lisan guru dalam bilik darjah menjadi fokus kajian pengkaji. Pengkaji membuat penyesuaian terhadap unsur bahasa dikemukakan dengan mengambil lima unsur bahasa dimaksudkan adalah Bahasa Positif, Bahasa Deskriptif, Bahasa Mengesahkan, Bahasa Saya dan Bahasa Label. Bahasa Positif mempunyai tiga ciri iaitu mengiktiraf kehadiran murid, mengiktiraf keistimewaan murid dan menghargai murid. Bahasa Komunikasi Deskriptif mempunyai tiga ciri iaitu terangkan apa sebenarnya terjadi, terangkan sahaja

(10)

apa perasaan kita dan terangkan sahaja apa perkara yang menyebabkan timbulnya perasaan itu, jangan menuduh. Bahasa Mengesahkan mempunyai empat ciri iaitu jawapan yang mengesahkan, jawapan yang mengandungi perasaan positif, jawapan yang menyatakan persetujuan dan meminta penjelasan lanjut. Bahasa Saya, pengkaji mengambil empat ciri daripada sembilan ciri dikemukakan iaitu mengandungi penghargaan yang jelas, ia mengandungi penghargaan yang tersirat, ia menghormati murid dan ia bahasa lembut. Akhir sekali, Bahasa Label mempunyai dua ciri iaitu label positif dan perasaan positif. Kesemua unsur bahasa dinyatakan dianalisis dan dijadikan dapatan kajian pengkaji.

Pengkaji melabelkan kelima-lima unsur bahasa dan ciri-cirinya seperti berikut bagi memudahkan analisis dapatan dilakukan:

6.1. Bahasa positif

6.1.1. Bahasa mengiktiraf kehadiran murid 6.1.2. Bahasa yang menyatakan persetujuan 6.1.3. Bahasa mengiktiraf keistimewaan murid 6.1.4. Bahasa menghargai murid

6.2. Bahasa deskriptif

6.2.1. Terangkan apa sebenarnya terjadi

6.2.2. Terangkan sahaja apa perasaan kita, jangan menuduh

6.2.3. Terangkan sahaja apa perkara yang menyebabkan timbulnya perasaan itu.

6.3. Bahasa mengesahkan

6.3.1. jawapan yang mengesahkan

6.3.2. jawapan yang mengandungi perasaan positif 6.3.3. jawapan yang menyatakan persetujuan 6.3.4. meminta penjelasan lanjut

6.4. Bahasa saya

6.4.1. Ia mengandungi penghargaan yang jelas 6.4.2. Ia mengandungi penghargaan yang tersirat 6.4.3. Ia menghormati murid

6.4.4. Ia lembut

6.5. Bahasa label

6.5.1. Label Positif 6.5.2. Perasaan positif

Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (2005), salah satu bahasa orang yang berjaya dan mempunyai esteem diri tinggi ialah mereka itu bercakap dengan gaya yang lancar, dan nahu mereka betul. Bahasa yang bercampur aduk, umpama bahasa

(11)

Melayu yang dicampur aduk dengan bahasa Inggeris bila bercakap, menimbulkan kesan negatif kepada imej esteem diri kita. Akibatnya, kata-kata tidak akan dapat mempengaruhi pemikiran orang yang hendak kita pengaruhi. Bahasa yang patah-patah dan bercampur aduk dengan bahasa asing menimbulkan gambaran kita seorang yang tidak yakin dengan apa yang kita ucapkan. Ia juga menimbulkan kesan kita tidak yakin pada perkataan dan bahasa yang kita gunakan.

Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. (2005) lagi, bahasa ialah alat yang sangat berkesan bagi mempengaruhi orang lain. Dengan menggunakan bahasa, guru-guru boleh mengawal tingkah laku murid-murid di dalam bilik darjah. Salah satu cara bagaimana bahasa digunakan bagi menguasai murid-murid ialah dengan cara berkata-kata secara positif kepada mereka.

Bab ini membincangkan konsep bahasa positif, 5 cara bagaimana maklumat disalurkan, 2 model komunikasi dan 5 unsur bahasa yang menjadi ciri-ciri bahasa positif dalam komunikasi guru-guru pelatih yang menjalani praktikum dalam bilik darjah yang seterusnya menjadi kerangka kajian ini.

7.0 METODOLOGI

Bahagian ini memberikan gambaran terperinci perkara yang berkaitan kajian yang dilakukan. Ini termasuklah reka bentuk penyelidikan, pungutan bahan kajian, latar belakang tempat kajian, prosedur pengumpulan data dan penganalisisan data.

7.1. Reka Bentuk Penyelidikan

Kajian ini dilakukan dengan menggunakan 2 kaedah iaitu kaedah lapangan dan kaedah kepustakaan. Kajian lapangan dilaksanakan dengan melakukan pemerhatian aktiviti pengajaran dan pembelajaran bilik darjah. Pemerhatian dilakukan terhadap penggunaan ciri-ciri bahasa positif dalam komunikasi guru di sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pemerhatian dibuat dengan pencerapan menggunakan borang pemerhatian berpandukan 5 unsur bahasa, ciri-ciri bahasa positif.

Kajian kepustakaan dilakukan dengan melibatkan penggunaan perpustakaan awam dan perpustakaan universiti dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kajian kepustakaan adalah penting untuk menyediakan dan memberikan maklumat kepada pengkaji. Rujukan yang meluas diperlukan bagi membolehkan kajian terperinci dapat dijalankan

(12)

dan segala aspek yang berkaitan bidang ini dapat diperjelaskan dengan baik. Bahan-bahan rujukan diperoleh daripada pelbagai sumber seperti buku-buku, majalah-majalah, dan tesis-tesis berkaitan dengan kajian ini.Pengkaji juga turut mendapatkan maklumat berkaitan ciri-ciri bahasa positif dalam komunikasi guru ini komunikasi guru-guru pelatih yang menjalani praktikum.

7.2. Pungutan Bahan Kajian

Kajian ini dijalankan dengan memilih sepuluh sampel kajian daripada beberapa buah sekolah rendah di Seberang Perai dan Bukit Mertajam. Pemilihan sampel dalam kajian ini dibuat berdasarkan keperluan kajian dan sampel yang dipilih tidak mengambil kira jantina dan umur sampel kajian.

7.3. Latar Belakang Tempat Kajian

Prosedur yang dilalui dalam proses pengumpulan data adalah dengan menjadikan beberapa buah sekolah di daerah Seberang Perai yang berada di sekitar tidak jauh dari tempat pengkaji bertugas di IPG Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam.

7.4. Prosedur Pengumpulan Data

Prosedur dilalui dalam proses pengumpulan data dengan menjadikan daerah Seberang Perai Utara sebagai lokasi pendidikan kerana daerah ini adalah kawasan tempat tinggal pengkaji. Oleh yang demikian, adalah mudah bagi pengkaji menjalankan penyelidikan di sekolah tersebut. Beberapa rakaman akan dibuat melibatkan 31 orang guru pelatih terlibat dalam pengumpulan data yang didapati daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

8.0 ANALISIS

Sebanyak 13 item, iaitu daripada lima kategori bahasa yang digunakan dalam kajian ini, dilaksanakan ujian realibility analisis dengan menggunakan Cronbach's Alpha, bagimemperoleh nilai pekali kebolehpercayaan bagi setiap item yang digunakan dalam kajian ini. Didapati nilai pekali kebolehpercayaan alpha = 0.67, yakni dikategorikan sebagai sederhana tinggi.

(13)

dua satu sampel dan khi kuasa dua berganda secara manual berbantukan aplikasi exceldan perisian Special Package for the Social Statistic (SPSS) for Window versi 21:

x2 = Ʃ (O - E)

2

E di mana:

Ʃ = Jumlah

O = kekerapan pemerhatian di dalam setiap kategori. E = kekerapan jangkaan di dalam setiap kategori.

8.1. Apakah kecenderungan menggunakan bahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru pelatih?

Daripada Jadual 8.1 ditunjukkan 10 item daripada 13 item yang terkandung dalam 31 rakaman proses pengajaran dan pembelajaran guru pelatih semasa menjalani praktikum. Hasilnya dikesan mereka menggunakan bahasa yang terkandung dalam lima kategori bahasa seperti yang disenaraikan sebagaimana berikut:

Jadual 8.1 : Kekerapan, Min dan Sisihan Piawai Menggunakan Bahasa Pelbagai Guru Pelatih

Jenis Bahasa Kekerapan Menggunakan Bahasa Pelbagai Ʃ Min Sd

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Bahasa Positif1 7 15 3 3 3 31 2.74 1.886 Bahasa Positif3 3 3 1.03 0.629 Bahasa Positif4 6 6 0.98 0.359 Bahasa Deskriptif1 3 3 6 1.50 0.359 Bahasa Deskriptif2 4 4 1.01 0.539 Bahasa Mengesahkan1 1 3 4 1.78 0.539 Bahasa Mengesahkan2 9 9 1.00 0.090 Bahasa Mengesahkan3 3 3 6 1.50 0.359 Bahasa Mengesahkan4 7 6 3 6 22 2.37 1.078 Bahasa Saya2 1 1 0.93 0.808 Bahasa Saya3 9 4 13 1.31 0.269 Bahasa Saya4 1 3 3 3 10 3.10 0.000 Bahasa Label2 6 3 9 2.34 0.090

Didapati kekerapan kecenderungan menggunakanBahasa Positif (94) adalah tinggi berbanding kekerapan kecenderungan menggunakan Bahasa Mengesahkan (77), Bahasa Saya (49), Bahasa Label (21) dan Bahasa Deskriptif (13) dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru pelatih semasa menjalani praktikum.

8.2. Apakah kecenderungan menggunakan pelbagai kategori bahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru pelatih?

(14)

H01 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kecenderungan

menggunakan pelbagai kategori bahasa dalam P&P guru pelatih?

Jadual 8.2 menunjukkan taburan kekerapan kecenderungan menggunakan pelbagai kategori bahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru pelatih semasa menjalani praktikum.

Jadual 8.2 : Kecenderungan Menggunakan Pelbagai Kategori Bahasa dalam Proses PnP Guru Pelatih

Kekerapan Kecenderungan Menggunakan Bahasa

Positif Desk Sahkan Saya Label

Ʃ 94 13 77 49 21 254

x2 36.74 28.13 13.51 0.06 17.48 95.92

Min 2.350 1.300 2.484 2.042 2.333

Sd 2.362 0.546 1.789 1.378 0.418

Jadual Khi Kuasa Dua (darjah kebebasan,df = 4):

p 0.05 0.025 0.01 0.005 0.001

x2 9.45 11.43 13.28 14.86 18.47

Didapati nilai khi kuasa dua, x2 = 95.92, darjah kebebasan, df = 4, adalah tidak signifikan pada paras p˃0.05. Ini bermakna nilai khi kuasa dua, x2 = 95.92 yang dikira lebih tinggi berbanding dengan nilai yang diperoleh daripada jadual khi kuasa dua, x2= 9.45. Dengan hal yang demikianpernyataan hipotesis H01yang menyatakan bahawa

tidak terdapat perbezaan taburan kekerapan kecenderungan menggunakan pelbagai kategori bahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru pelatih semasa menjalani praktikum, ditolak. Justeru, terdapat perbezaan taburan kekerapan menggunakan pelbagai kategori bahasa positif, bahasa deskriptif, bahasa mengesahkan, bahasa saya dan bahasa label. Didapati hanya bahasa saya yang nilai khi kuasa dua, x2 = 0.06, kurang daripada nilai yang diperoleh daripada jadual khi kuasa dua, x2 = 9.45, signifikan pada paras p ˂ 0.05, manakala bahasa positif (x2=36.74), bahasa deskriptif (x2=28.13), bahasa mengesahkan (x2=13.51), dan bahasa label (x2=17.48), masing-masing lebih tinggi daripada nilai yang diperoleh daripada jadual khi kuasa dua, x2 = 9.45 adalah tidak signifikan pada paras p ˃ 0.05.

H02 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kecenderungan

menggunakan kategori bahasa dalam P&P Guru Pelatih mengikut klasifikasi jantina?

(15)

Jadual 8.3 menunjukkan kekerapan, min dan nilai khi kuasa pada paras signifikan p ˂ 0.05 kecenderungan menggunakan pelbagai kategori bahasa dalam proses PnP Guru Pelatih mengikut klasifikasi jantina. Daripada Jadual 8.3 didapati nilai khi kuasa dua bagi Bahasa Positif (x2=9.721), Bahasa Deskriptif (x2=6.975) dan Bahasa Saya (x2=10.579) adalah signifikan pada paras, p ˂ 0.05. Dengan hal demikian pernyataan hipotesisyang menyatakan bahawatidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kecenderungan menggunakan kategori bahasa dalam PnP Guru Pelatih mengikut klasifikasi jantina, diterima. Justeru, wujud kecenderungan yang seragam secara bererti tahap menggunakan bahasa, Bahasa Positif, Bahasa Deskriptif dan Bahasa Saya dalam proses PnP dalam kalangan Guru Pelatih lelaki dan perempuan. Didapati min kecenderungan menggunakan bahasa Guru Pelatih lelaki, iaitu Bahasa Positif (X

=3.25), Bahasa Deskriptif (X=0.44) dan Bahasa Saya (X=1.94 lebih tinggi berbanding

dengan min kecenderungan menggunakan bahasa dalam kalangan Guru Pelatih perempuan, iaitu Bahasa Positif (X=2.80), Bahasa Deskriptif (X =0.40) dan Bahasa

Saya (X=1.20). Hal ini berlaku pelajar lelaki lebih menekankan 3 kategori komunikasi

bahasa dengan dengan lebih tegas semasa proses pengajaran yang menitikberatkan mengiktiraf dan menghargai murid berbanding pelajar perempuan. Begitu juga kategori bahasa deskriptif yang mana pelajar lelaki lebih suka pelajar berterus terang. Jika dibandingkan aspek penegasan secara jelasnya tentulah guru lelaki lebih menunjukkan sifat ini berbanding guru perempuan yang bersifat lemah lembut. Sifat berani dan yakin dalam proses pengajaran juga menjadikan guru lelaki menunjukkan penggunaan yang tinggi dalam kategori komunikasi bahasa ini.

Jadual 8.3 : Kecenderungan Menggunakan Pelbagai Kategori Bahasa dalam Proses PnP Guru PelatihMengikut Klasifikasi Jantina?

Kategori Bahasa Bil Ʃ Kkrpn Min sd khi df p ˂ 0.05

Bahasa Positif Lelaki 16 52 3.25 5.03 9.721 4 0.045 Perempuan 15 42 2.80 4.04 94 Bahasa Deskriptif Lelaki 16 7 0.44 1.82 6.975 2 0.031 Perempuan 15 6 0.40 1.55 13 Bahasa Mengesahkan Lelaki 16 23 1.44 2.46 10.12 1 5 0.072

(16)

Perempuan 15 54 3.60 5.74 77 Bahasa Saya Lelaki 16 31 1.94 4.15 10.57 9 3 0.014 Perempuan 15 18 1.20 2.40 49 Bahasa Label Lelaki 16 6 0.38 1.23 3.699 2 0.157 Perempuan 15 15 1.00 3.06 21

Daripada Jadual 8.3 juga didapati nilai khi kuasa dua bagi Bahasa Mengesahkan (x2=10.121) dan Bahasa Label (x2=3.699) adalah tidak signifikan pada paras, p ˃ 0.05. Dengan hal demikian pernyataan hipotesis yang menyatakan bahawatidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kecenderungan menggunakan kategori bahasa dalam P&P Guru Pelatih mengikut klasifikasi jantina, ditolak. Ini bermakna terdapat perbezaan secara bererti tahap kecenderungan menggunakan kategori bahasa dalam P&P Guru Pelatih Guru Pelatih lelaki dan perempuan. Ternyata min kecenderungan menggunakan bahasa Guru Pelatih perempuan, iaitu Bahasa Mengesahkan (X=3.60),

dan Bahasa Label (X =1.00) lebih tinggi berbanding dengan min kecenderungan

menggunakan bahasa dalam kalangan Guru Pelatih lelaki, iaitu Bahasa Mengesahkan (

X=1.44), dan Bahasa Label (X=0.38).

H03 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kecenderungan

menggunakan kategori bahasa dalam P&P Guru Pelatih mengikut klasifikasi etnik?

Jadual 8.4 menunjukkan kekerapan, min dan nilai khi kuasa pada paras signifikan p ˂ 0.05 kecenderungan menggunakan pelbagai kategori bahasa dalam proses PnP Guru Pelatih mengikut klasifikasi etnik.

Jadual 8.4 : Kecenderungan Menggunakan Pelbagai Kategori Bahasa dalam Proses PnP Guru PelatihMengikut Klasifikasi Etnik?

Kategori Bahasa Bil Ʃ Kkrpn Min sd khi df p ˂ 0.05

Bahasa Positif Melayu 22 73 3.32 7.19 13.52 7 4 0.009 Cina 9 21 2.33 1.93 94 Bahasa Deskriptif Melayu 22 10 0.45 2.65 1.879 2 0.391 Cina 9 3 0.33 0.74

(17)

13 Bahasa Mengesahkan Melayu 22 62 2.82 6.74 15.39 9 5 0.009 Cina 9 15 1.67 1.52 77 Bahasa Saya Melayu 22 46 2.09 6.27 6.247 3 0.100 Cina 9 3 0.33 0.38 49 Bahasa Label Melayu 22 21 0.95 4.37 5.188 2 0.075 Cina 9 0 0.00 0.00 21

Daripada Jadual 8.4 didapati nilai khi kuasa dua bagi Bahasa Positif (x2= 13.527), Bahasa Mengesahkan (x2=15.399) danBahasa Saya (x2=6.247) adalah signifikan pada paras, p ˂ 0.05. Dengan hal demikian pernyataan hipotesisyang menyatakan bahawatidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kecenderungan menggunakan kategori bahasa dalam PnP Guru Pelatih mengikut klasifikasi etnik, diterima.Walau bagaimanapun didapati nilai khi kuasa dua bagi Bahasa Deskriptif (x2= 1.879) dan Bahasa Label (x2= 5.188), adalah tidak signifikan pada paras, p ˃ 0.05. Dengan hal demikian pernyataan hipotesis yang menyatakan bahawatidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kecenderungan menggunakan kategori bahasa dalam P&P Guru Pelatih mengikut klasifikasi etnik, ditolak. Sungguhpun demikianterdapat pola yang seragam min kecenderungan menggunakan semua kategori bahasa dalam PnP, iaitu Guru Pelatih dalam kalangan kumpulan Melayu, Bahasa Positif (X=3.32),

Bahasa Deskriptif (X=0.45), Bahasa Mengesahkan (X=2.82), Bahasa Saya (X=2.09),

Bahasa Label (X=0.95) lebih tinggi berbanding min kecenderungan menggunakan

semua kategori bahasa dalam PnP, iaitu Guru Pelatih dalam kalangan kumpulan Cina, iaitu Bahasa Positif (X=2.33), Bahasa Deskriptif (X =0.33), Bahasa Mengesahkan (X

=1.67), Bahasa Saya (X=0.33), Bahasa Label (X =0.00).

H04 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kecenderungan

menggunakan kategori bahasa dalam P&P Guru Pelatih mengikut klasifikasi bidang pengajian?

Jadual 8.5 menunjukkan kekerapan, min dan nilai khi kuasa dua pada paras signifikan p ˂ 0.05 kecenderungan menggunakan pelbagai kategori bahasa dalam proses PnP Guru

(18)

Pelatih mengikut klasifikasi bidang pengajian. Daripada Jadual 8.5 didapati nilai khi kuasa dua bagi Bahasa Positif (x2= 41.85), Bahasa Deskriptif (x2=38.75), Bahasa Mengesahkan (x2= 21.635), Bahasa Saya (x2= 21.921) dan Bahasa Label (x2= 19.551) adalah signifikan pada paras, p ˂ 0.05. Dengan hal demikian pernyataan hipotesisyang menyatakan bahawatidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kecenderungan menggunakan kategori bahasa dalam PnP Guru Pelatih mengikut klasifikasi bidang pengajian, diterima.

Jadual 8.5 : Kecenderungan Menggunakan Pelbagai Kategori Bahasa dalam Proses PnP Guru Pelatih Mengikut Klasifikasi Bidang Pengajian? Kategori Bahasa Bil Ʃ

Kkrpn Min sd khi df p ˂ 0.05 Bahasa Positif PM 16 46 2.88 4.45 41.85 8 0.000 SEJ 12 18 1.50 1.70 MZK 3 30 10.00 2.06 94 Bahasa Deskriptif PM 16 7 0.44 1.82 38.75 4 0.000 SEJ 12 0 0.00 0.00 MZK 3 6 2.00 1.11 13 Bahasa Mengesahkan PM 16 53 3.31 5.66 21.635 10 0.017 SEJ 12 21 1.75 2.19 MZK 3 3 1.00 0.23 77 Bahasa Saya PM 16 25 1.56 3.35 21.921 6 0.001 SEJ 12 12 1.00 1.57 MZK 3 12 4.00 1.14 49 Bahasa Label PM 16 6 0.38 1.23 19.551 4 0.001 SEJ 12 9 0.75 1.80 MZK 3 6 2.00 0.87 21

Ini bermakna terdapat perbezaan secara bererti minkecenderungan menggunakan pelbagai kategori bahasa dalam PnP dalam kalangan kumpulan Guru Pelatih mengikut klasifikasi bidang pengajian. Didapati, minkecenderungan menggunakan pelbagai kategori bahasa dalam PnP dalam kalangan kumpulan Guru Pelatih Pengajian Muzik, Bahasa Positif (X =10.00), Bahasa Deskriptif (X=2.00), Bahasa Saya (X=4.00) dan

(19)

Bahasa Label (X=2.00) adalah tinggi berbanding minkecenderungan menggunakan

pelbagai kategori bahasa dalam PnP dalam kalangan kumpulan Guru Pelatih Pengajian Melayu, Bahasa Positif (X=2.88), Bahasa Deskriptif (X=0.44), Bahasa Saya (X

=1.56) dan diikuti oleh minkecenderungan menggunakan pelbagai kategori bahasa dalam PnP dalam kalangan kumpulan Guru Pelatih Pengajian Sejarah, Bahasa Positif (

X=1.50), Bahasa Deskriptif (X=0.00). Bahasa Label (X=0.75)dan Bahasa Saya (X

=1.00). Walau bagaimanapun, kedudukan menggunakan bahasa kategori Bahasa Mengesahkan agak berbeza dengan yang dinyatakan sebelum ini, iaitu kumpulan Guru Pelatih Pengajian Melayu, (X=3.31) adalah tinggi, diikuti Pengajian Sejarah(X=1.75)

dan yang terendah Pengajian Muzik (X =1.00).

H05 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kecenderungan

menggunakan kategori bahasa dalam P&P Guru Pelatih mengikut klasifikasi semester?

Jadual 8.6 menunjukkan kekerapan, min dan nilai khi kuasa pada paras signifikan p ˂ 0.05 kecenderungan menggunakan pelbagai kategori bahasa dalam proses PnP Guru Pelatih mengikut klasifikasi semester pengajian.

Jadual 8.6 : Kecenderungan Menggunakan Pelbagai Kategori Bahasa dalam Proses PnP Guru PelatihMengikut Klasifikasi Semester? Kategori Bahasa Bil Ʃ

Kkrpn Min sd khi df sig.

Bahasa Positif Semester 5 12 18 1.50 1.70 27.98 9 8 0.000 Semester 6 9 21 2.33 1.93 Semester 7 10 55 5.50 5.11 94 Bahasa Deskriptif Semester 5 12 7 0.58 0.66 14.76 2 4 0.005 Semester 6 9 0 0.00 0.00 Semester 7 10 6 0.60 0.56 13 Bahasa Mengesahkan Semester 5 12 21 1.75 2.19 28.60 1 10 0.001 Semester 6 9 15 1.67 1.52 Semester 7 10 41 4.10 4.21 77 Bahasa Saya Semester 5 12 12 1.00 1.57 20.74 6 0.002

(20)

Semester 6 9 3 0.33 0.38 Semester 7 10 34 3.40 4.37 49 Bahasa Label Semester 5 12 9 0.38 1.8 19.79 8 4 0.001 Semester 6 9 0 0.75 0.00 Semester 7 10 12 2.00 2.36 21

Daripada Jadual 8.6 didapati nilai khi kuasa dua bagi Bahasa Positif (x2= 27.989), Bahasa Deskriptif (x2=14.762), Bahasa Mengesahkan (x2=28.601), Bahasa Saya (x2=20.74) danBahasa Label (x2=19.798)adalah signifikan pada paras, p ˂ 0.05. Dengan hal demikian pernyataan hipotesisyang menyatakan bahawatidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kecenderungan menggunakan kategori bahasa dalam PnP Guru Pelatih mengikut klasifikasi semester pengajian, diterima. Ini bermakna terdapat perbezaan secara bererti minkecenderungan menggunakan pelbagai kategori bahasa dalam PnP dalam kalangan kumpulan Guru Pelatih mengikut klasifikasi semester pengajian. Pelajar daripada kumpulan Guru Pelatih Semester 7 mendominasi semua minkecenderungan menggunakan pelbagai kategori bahasa, Bahasa Positif (X

=5.50), Bahasa Deskriptif (X=0.60), Bahasa Mengesahkan (X=4.10), Bahasa Saya (X

=3.40) dan Bahasa Label (X=2.00) adalah tinggi berbanding minkecenderungan

menggunakan pelbagai kategori bahasa, Bahasa Positif (X=2.33), Bahasa Deskriptif ( X=0.00), Bahasa Mengesahkan (X=1.67), Bahasa Saya (X =0.33) dan Bahasa Label ( X=0.75) dalam kalangan kumpulan Guru Pelatih Semester 6, dan Bahasa Positif (X

=1.50), Bahasa Deskriptif (X=0.58), Bahasa Mengesahkan (X=1.75), Bahasa Saya (X

=1.00) dan Bahasa Label (X=0.38) dalam kalangan kumpulan Guru Pelatih Semester 7.

Hal ini dapat dijangka kerana ini merupakan praktikum ke-3 bagi kumpulan Guru Pelatih Semester 7, praktikum ke-2 bagi kumpulan Guru Pelatih Semester 6 dan praktikum buat pertama kali bagi kumpulan Guru Pelatih Semester 5. Cuma, faktor luaran seperti kelulusan subjek Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan peluang komunikasi berbahasa Melayu yang lebih luas menyebabkan berbanding minkecenderungan menggunakan pelbagai kategori bahasa, Bahasa Deskriptif (X

=0.58) dan Bahasa Saya (X =1.00) daripada kumpulan Guru Pelatih Semester 5 lebih

tinggi berbanding dengan minkecenderungan menggunakan pelbagai kategori bahasa, Bahasa Deskriptif (X =0.00) dan Bahasa Saya (X=0.33) daripada kumpulan Guru

Pelatih Semester 6.

(21)

Dapatan kajian mendapati penggunaan bahasa komunikasi guru pelatih mengikut kecenderungan pelbagai kategori bahasa adalah pelbagai dan tidak tertumpu kepada satu kategori sahaja.Namun didapatiguru pelatih lebih banyak berkomunikasi menggunakan bahasa kategori bahasa positif yang meliputi aspek bahasa mengiktiraf kehadiran murid,bahasa mengiktiraf keistimewaan murid, bahasa menghargai murid.Di sini jelas semasa dalam proses pengajaran guru pelatih lebih menunjukkan kesantunan semasa berkomunikasi dengan murid.Kecenderungan bagi guru pelatih lelaki ataupun perempuan berkomunikasi dengan murid menggunakan pelbagai kategori bahasa tidak menunjukkan perbezaan kerana masing-masing mengamalkan komunikasi yang setara, berkemungkinan mereka ini terdahulu awal didedahkan dalam kursus yang berkaitan dengan pedagogi dan komunikasi kesantunan berbahasa. Namun ada sedikit sahaja perbezaan kecenderungan penggunaan bahasa label dan mengesahkan, mendapati pelajar perempuan lebih tinggi penggunaannya. Mungkin dalam aspek komunikasi guru pelatih perempuan mempunyai sifat lemah lembut semula jadi dan berkesantunan bahasa yang lebih tinggi berbanding dengan guru pelatih lelaki.

Bagi keseluruhan penggunaan bahasa komunikasi guru pelatih semasa pengajaran, guru pelatih berbangsa Melayu lebih berkecenderungan menggunakan pelbagai kategoribahasa jika dibandingkan guru pelatih bukan Melayu. Ini semestinya berlaku kerana sebagai bahasa ibunda mereka,tidak timbul masalah dengan cara pendekatan ini. Di samping itu semua guru pelatih tidak kira bidang pengajian sentiasa menunjukkan kecenderungan penggunaan kategori bahasa dalam pengajaran. Mereka ini telah didedahkan terlebih dahulu dalam pengajaran mikro teaching sebelum menjalani praktikum. Namun bidang pengajian Melayu telah mendominasikan beberapa kategori bahasa dalam pengajaran mereka berbanding dengan bidang pengkhususan yang lain.Perbezaan juga jelas dilihat penggunaan bahasa komunikasi dengan pelbagai kategori bahasa mengikut Fasa Praktikum. Bagi guru pelatih semster 7, mereka sudah mempunyai pengalaman mengajar 2 kali menjalani praktkum.Maka sudah pastilah tahap penggunaan bahasa komunikasi lebih baik daripada pelajar semster 6, yang baru kali kedua menjalani praktikum. Pengalaman berkomunikasi dalam pengajaran membantu pelajar ini membuat penambahbaikan selama 3 kali menjalani praktikum sepanjang menjalani kursus perguruan.

Komunikasi yang berkesan memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan pendidikan bermutu. Oleh itu setiap guru yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah perlu memahami, menghayati dan memahirkan diri dalam komunikasi. Dari segi pendidikan, guru sebenarnya berperanan

(22)

sebagai penyampai maklumat, isi pelajaran, ilmu pengetahuan, idea, tunjuk ajar dan nasihat kepada murid-murid dengan baik dan tepat tanpa menimbulkan kekaburan, kelemahan mahupun salah faham dengan menggunakan bahasa yang sesuai, betul dan sempurna tatabahasanya.

Ciri-ciri bahasa positif dalam komunikasi guru dalam bilik darjah, perlu dikaji dan dijadikan pedoman bagi semua guru. Hal ini adalah kerana sebagai guru seharusnyalah dapat menggunakan bahasa yang positif dan baik bagi dicontohi oleh murid-murid. Penggunaan bahasa yang positif, baik dan santun, sangat berpengaruh dan ada antaranya yang dapat mengubahkan seseorang dari tingkah laku yang kasar kepada tingkah laku yang lembut dan bersopan santun seperti kejayaan Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabatnya menyampaikan seruan agama kepada Firaun yang zalim.

RUJUKAN

Abdullah Hassan & Ainon Mohd (2005). Kemahiran Interpersonal Untuk Guru.PTS Publication& Distributors Sdn.Bhd.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan.Kuala Lumpur.Fajar Bakti

Asmah Hj.Omar (2002),Setia dan Santun Bahasa. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Berlo, D.K. (1960). The Process of Communication, New York: Holt, Rinehart and Winston

Leech, G. (1993) Prinsip Pragmatik. (Azhar M.Simin, Terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Muhd.Mansur Abdullah (2002). Komunikasi Dalam Pengurusan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaidatol Akmalah Lope Pihie(1990). Pentadbiran Pendidikan.Kuala Lumpur:Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Zainal Abidin Ahmad (Za’ba). (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Referensi

Dokumen terkait

Diantaranya dari rancangan tahap compress file zip untuk prototyping sistem operasi sama halnya dengan compress file system , lau tahap persiapan dan memasuki

memberi pelayanan kesehatan yang aman, bermutu, antidiskriminasi, dan efektif dengan mengutamakan kepentingan pasien sesuai dengan standar pelayanan Puskesmas;.. memberikan

Dengan membuat short movie yang mengangkat fenomena orang tua yang selalu marah kepada anaknya yang mendapat nilai ulangan yang tidak bagus, diharapkan orang tua

Dengan menggunakan metode FMEA maka dapat diperoleh dan dipilih 3 faktor penyebab cacat yang memiliki nilai RPN terbesar dari setiap cacat dominan, sehingga dapat

Perbedaan antara penelitian kedua dengan penelitian yang akan dilakukan adalah pada penelitian kedua lebih di fokuskan pada tindakan monopoli yang mengganggu

MAKMAL NO. AMALI PENYELARAS/ PENGAJAR BIL. KOD PROGRAM/ MAJOR/ KLASIFIKASI/ KUOTA BIL. ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID (

Prota disusun oleh guru kelas dengan menjabarkan alokasi waktu untuk merancang dan memanajemen waktu berdasarkan kalender pendidikan yang telah disesuaikan oleh sekolah sehingga

Metodologi yang digunakan menerapkan teknik terbaru dalam pembuatan program sehingga diharapkan dapat lebih baik dalam menganalisis kebijaksanaan, mengkaji dampak lingkungan dan