• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGGUNAAN SENARAI BAHAN BAGI PESANAN PEMBELIAN BAHAN BINAAN OLEH KONTRAKTOR NUR HAYATI BINTI DERIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENGGUNAAN SENARAI BAHAN BAGI PESANAN PEMBELIAN BAHAN BINAAN OLEH KONTRAKTOR NUR HAYATI BINTI DERIS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA"

Copied!
97
0
0

Teks penuh

(1)

PENGGUNAAN SENARAI BAHAN BAGI PESANAN PEMBELIAN BAHAN BINAAN OLEH KONTRAKTOR

NUR HAYATI BINTI DERIS

(2)

“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan”

Tandatangan : ………..

Penyelia : ENCIK ISMAIL BIN HARON

Tarikh : ………..

Tandatangan : ………..

Pembaca Kedua : PROF MADYA ABDUL WAHID KAMARULZAMAN

Tarikh : ………..

(3)

PENGGUNAAN SENARAI BAHAN BAGI PESANAN PEMBELIAN BAHAN BINAAN OLEH KONTRAKTOR

NUR HAYATI BINTI DERIS

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan

Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia

(4)

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………...

Nama Penulis : NUR HAYATI BINTI DERIS

(5)

iii

DEDIKASI

Teristimewa kepada nyawa kakak iaitu abah dan umi tercinta, Deris bin Che Noh dan Zainab binti Daud terima kasih untuk semua pengorbanan yang diberikan kepada kakak sepanjang kakak belajar, kakak sangat sayang kalian

berdua,

Semua adik beradik yang tersayang abang Zulkifli, abang ngah Khudri, abang chik Zakaria dan adik Sabri yang sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada kakak untuk meneruskan pengajian, kalian merupakan

nyawa kedua kakak,

Kepada kakak-kakak dan bakal adik ipar, kak Tie, kak Ha, Emmy dan Nurul terima kasih selalu dengar masalah dan luahan kakak, kalian memang terbaik,

Tidak dilupakan kepada kawan yang bergelar sahabat ‘Afifah, Cecilia, Jia Hui, Roxanne dan Shah Nur terima kasih atas tunjuk ajar dan kenangan yang

diberikan, semoga persahabatan kita kekal hingga hujung nyawa.

Terakhir, buat kawan baikku Nur Shida Ismail dan Norjuzana Jusoh, terima kasih atas nasihat dan sokongan kalian walaupun kita saling berjauhan.

(6)

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dengan keizinan dan berkat dariNya dapat saya siapkan Projek Sarjana Muda ini. Di sini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang memberi bantuan kepada saya bagi memenuhi penulisan projek sarjana muda ini.

Jutaan terima kasih saya kepada Encik Ismail bin Haron, selaku penyelia yang banyak memberikan tunjuk ajar dan idea serta memberi sokongan kepada saya dalam melengkapkan kertas projek ini. Kesudian beliau meluangkan masa untuk membantu dan membimbing saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini amat dihargai. Terima kasih encik.

Penghargaan juga turut ditujukan khas kepada rakan-rakan kelas 3 SBEQ yang turut memberi sokongan serta pandangan dalam saya menyiapkan kajian ini. Dua tahun setengah bersama kalian pelbagai pengalaman dan kenangan diperoleh, terima kasih untuk semua itu. Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam proses penyediaan Projek Sarjana Muda ini.

(7)

v

ABSTRAK

Kos bahan merupakan elemen kos yang paling banyak diperuntukkan dalam keseluruhan projek. Hal ini kerana harga bahan binaan tidak akan tetap dan mengikut harga pasaran dunia. Jadi bagi memastikan tiada pembaziran bahan binaan berlaku, pengukuran kuantiti bagi bahan dengan tepat amat diperlukan sebelum melakukan sebarang pesanan pembelian bahan binaan. Pengukuran kuantiti yang tepat di dalam senarai bahan akan membantu sesebuah syarikat kontraktor untuk mengurangkan pembaziran dan meningkatkan keuntungan. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap penggunaan senarai bahan bagi pesanan pembelian bahan binaan oleh kontraktor dan juga mengenalpasti kaedah lain selain senarai bahan bagi pesanan pembelian bahan binaan. Data kajian diperoleh melalui kaedah borang soal selidik dengan dua puluh lima orang responden yang mempunyai bekerja dalam syarikat kontraktor Kelas A dan juga Gred 7. Kajian ini menggunakan perisian

Microsoft Excel 2007 dan Microsoft Word 2007 bagi memudahkan data dianalisis.

Hasil kajian yang telah dianalisis dipersembahkan dalam bentuk jadual, carta pai dan carta bar bersama huraiannya. Dapatan objektif pertama ini menunjukkan kebanyakan syarikat kontraktor lebih menggunakan senarai bahan sebagai rujukan utama bagi pesanan pembelian bahan binaan dan bagi objektif kedua iaitu kaedah lain yang turut digunakan selain senarai bahan adalah lukisan dan spesifikasi.

(8)

ABSTRACT

Cost of materials is the most important provision in the entire project. This is because the price of building materials are unfixed and fluctuation according to the market price. So to ensure that no waste materials occur, the exact measurement quantity of material is needed before making any purchase orders for building materials. Accurate measurement of the quantity in bill of quantity will guide a company to reduce waste and increase profits. This study was to determine the level of use of the bill of quantity for building materials purchase orders by the contractor and also to know the other method that are used by the contractors to order materials. Data were obtained through questionnaires with twenty-five respondents who had worked in the contractor' company of Class A and Grade 7. This study has been using Microsoft Excel 2007 and Microsoft Word 2007 to facilitate data analysis. The findings were analyzed are presented in tables, pie charts and bar charts together with the description. It is found that most companies prefer to use the bill of quantity as a reference material for the procurement of construction materials purchase orders and use drawing and specification as an alternative despite of bill of quantity.

(9)

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

BAB 1 PENGENALAN

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Pernyataan Masalah 3

1.2 Persoalan Kajian 5

1.3 Objektif Kajian 5

1.4 Skop Dan Limitasi Kajian 6

1.5 Kepentingan Kajian 6

1.6 Kaedah Kajian

1.6.1 Carta Alir Penyelidikan

7 8

(10)

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Kontrak 2.1.1 Pengenalan 2.1.2 Kepentingan Kontrak 2.1.3 Elemen-Elemen Kontrak 2.1.3.1 Tawaran 2.1.3.2 Penerimaan 2.1.3.3 Balasan

2.1.3.4 Niat Atau Hasrat

2.1.3.5 Dilakukan Secara Rela/Tanpa Paksaan

2.1.3.6 Mengikut Undang-Undang 2.1.3.7 Kemampuan

2.1.3.8 Kapasiti 2.1.4 Kontrak Binaan

2.1.5 Pihak-Pihak Yang Terlibat

9 9 10 11 12 12 12 12 13 13 13 13 14 16 2.2 Dokumen Kontrak

2.2.1 Definisi Dokumen Kontrak 2.2.2 Isi Kandungan Dokumen Kontrak

2.2.2.1 Borang Tender 2.2.2.2 Surat Setujuterima 2.2.2.3 Perkara-Perkara Perjanjian 2.2.2.4 Syarat-Syarat Kontrak 2.2.2.5 Kerja Awalan 2.2.2.6 Senarai Bahan 2.2.2.7 Spesifikasi 2.2.2.8 Lukisan 2.2.2.9 Lampiran 18 18 20 20 20 21 21 21 22 22 22 23 2.3 Senarai Bahan 2.3.1 Pengenalan

2.3.2 Definisi Senarai Bahan

23 23 24

(11)

ix

2.3.3 Format Senarai Bahan 2.3.3.1 Elemen 2.3.3.2 Pertukangan (Trade) 2.3.3.3 Operasi (Operational) 2.3.3.4 Aktiviti (Activity) 2.3.3.5 Seksyen Pertukangan (Sectionalized Trade) 2.3.3.6 Petunjuk (Annotated)

2.3.4 Bahan Binaan Utama Dalam Pembinaan

2.3.4.1 Simen 2.3.4.2 Pasir

2.3.4.3 Besi Tetulang 2.3.4.4 Batu Baur

2.3.4.5 Konkrit Bancuh Siap (Ready Mix) 2.3.4.6 Batu Bata 2.3.4.7 Kemasan 25 25 25 26 26 26 27 27 27 28 28 29 30 30 32

2.4 Pesanan Bahan Binaan 2.4.1 Pembelian

2.4.1.1 Pesanan 2.4.1.2 Penerimaan

2.4.2 Prosedur Pesanan Bahan Binaan 2.4.2.2 Sebut Harga 2.4.2.2 Pemilihan Pembekal 2.4.2.3 Memesan Bahan 2.4.2.4 Penghantaran Bahan 2.4.2.5 Penyemakan 33 34 34 34 34 35 35 36 36 37

2.5 Perolehan Bahan Binaan 2.5.1 Definisi Perolehan 2.5.2 Jenis-Jenis Perolehan

37 37 38

(12)

2.5.2.1 Senarai Bahan

2.5.2.2 Penjadualan Bahan Binaan (Resources Scheduling) 2.5.2.3 Lukisan Dan Spesifikasi 2.5.2.4 Program Kerja 38 38 39 40 2.6 Rumusan Bab 41

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan

3.2 Rekabentuk Kajian 3.3 Instrumen Penyelidikan

3.3.1 Kuantitatif 3.4 Populasi Kajian

3.5 Proses Menjalankan Kajian

3.5.1 Peringkat Pertama: Pengenalpastian Masalah Atau Isu

3.5.2 Peringkat Kedua: Penentuan Dan Pengumpulan Data

3.5.3 Peringkat Ketiga: Pengumpulan Data 3.5.4 Peringkat Keempat: Analisis Data 3.5.5 Peringkat Kelima: Keputusan,

Cadangan Serta Rumusan 3.6 Rumusan Bab 42 43 43 44 45 45 46 46 47 47 51 52

BAB 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan

4.2 Maklumbalas Yang Diterima

4.3 Maklumat Latar Belakang Responden 4.4 Mengenalpasti Tahap Penggunaan Senarai

Bahan Bagi Pesanan Pembelian Bahan Binaan

4.4.1 Tahap Penggunaan Senarai Bahan 4.4.2 Pihak Yang Bertanggungjawab Dalam

53 54 54

57 58

(13)

xi

Membuat Pengukuran Kuantiti

4.4.3 Tahap Ketepatan Pengukuran Kuantiti 4.4.4 Tahap Keberkesanan Penggunaan

Senarai Bahan

4.5 Kaedah Perolehan Lain Selain Senarai Bahan Bagi Pesanan Pembelian Bahan Binaan 4.5.1 Kaedah Perolehan Lain Selain Senarai

Bahan

4.5.2 Pengukuran Kuantiti Yang Lebih Tepat Berbanding Menggunakan Senarai Bahan 4.5.3 Kaedah Yang Lebih Mudah Berbanding

Menggunakan Senarai Bahan

4.5.4 Masalah Yang Timbul Menggunakan Kaedah Lain Selain Senarai Bahan

60 62 64 66 66 68 70 72

BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan

5.2 Rumusan

5.2.1 Objektif Pertama 5.2.1 Objektif Kedua

5.3 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Semasa Kajian 5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

74 74 75 76 76 77 RUJUKAN 78 LAMPIRAN Lampiran A Lampiran B Lampiran C 82 83 84

(14)

SENARAI JADUAL

NO

JADUAL TAJUK

MUKA SURAT

4.1 Maklumbalas yang diterima 56

4. 2 Min skor penggunaan senarai bahan dalam pesanan

pembelian bahan binaan 60

4. 3 Min skor tahap ketepatan pengukuran kuantiti bagi

pesanan pembelian bahan binaan 64

4. 4 Min skor tahap keberkesanan penggunaan senarai

bahan bagi pesanan pembelian bahan binaan 67 4. 5 Min skor kaedah perolehan lain selain senarai bahan

bagi pesanan pembelian bahan binaan 70

4. 6 Min skor pengukuran kaedah lain yang lebih tepat

berbanding senarai bahan 72

4. 7 Min skor kaedah yang lebih mudah berbanding

senarai bahan 74

4. 8 Min skor masalah yang timbul penggunaan kaedah

(15)

xiii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA

SURAT 2.1 Proses pembentukan kontrak di antara klien dan

kontraktor 15

4. 1 Jawatan responden yang menjawab borang soal

selidik 57

4. 2 Tahun pengalaman kerja responden yang menjawab 58

4. 3 Skop kerja syarikat kontraktor 59

4. 4 Tahap penggunaan senarai bahan dalam pesanan

pembelian bahan binaan 61

4. 5 Pihak bertanggungjawab dalam membuat pengukuran

kuantiti 63

4. 6 Tahap keyakinan bagi ketepatan pengukuran

kuantiti bagi pesanan pembelian bahan binaan 65 4. 7 Tahap keberkesanan penggunaan senarai bahan bagi

pesanan pembelian bahan binaan 68

4. 8 Kaedah perolehan lain selain senarai bahan bagi

pesanan pembelian bahan binaan 70

4. 9 Pengukuran kaedah lain yang lebih tepat berbanding

senarai bahan 72

4. 10 Kaedah yang lebih mudah berbanding senarai bahan 74 4. 11 Masalah yang timbul penggunaan kaedah lain selain

(16)

SENARAI SINGKATAN

BQ Bill Of Quantity

CIDB - Construction Industry Development Board (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysian)

CESSM Civil Engineering Standard Method Of Measurement

G7 - Gred 7

ISM Institute Surveyor Malaysia (Pertubuhan Juruukur Malaysia) PKK - Pusat Khidmat Kontraktor

(17)

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Bagi permulaan sesebuah projek pembinaan, pihak yang terlibat akan membuat perjanjian antara satu sama lain yang mana dikenali sebagai kontrak. Kontrak merupakan satu ikatan yang wujud di antara dua pihak yang mana satu pihak menawar dan satu pihak lagi menerimanya. Borang Tender yang diisi dan ditandatangani oleh kontraktor semasa rnemasuki sesuatu tender adalah satu penawaran dan surat setuju terima yang dikeluarkan adalah satu penerimaan oleh kerajaan. Secara ringkasnya, kontrak merupakan penerangan perjanjian bertulis yang mengikat kedua-dua belah pihak yang terlibat iaitu klien dan juga kontraktor.

Secara amnya kontrak terbahagi kepada dua iaitu peringkat iaitu Pra Kontrak dan juga Pos Kontrak. Antara tindakan yang perlu diambil semasa peringkat Pra Kontrak adalah seperti penyediaan dokumen tender, pelawaan dan penerimaan tender, penilaian dan setuju terima tender. Manakala bagi tindakan yang perlu diambil semasa peringkat Pos Kontrak ialah seperti penyediaan dokumen kontrak, penyeliaan, pengesanan kemajuan dan rekod tapak bina, bayaran ke atas kontrak, perubahan kerja, kelambatan dan lanjutan masa, perakuan kerja tidak siap,

(18)

penamatan pengambilan kerja kontraktor , akaun muktamad, penyiapan kerja dan penyerahan kerja serta kecacatan.

Seeley (1997), mentafsirkan jurukur bahan sebagai individu yang dilatih secara professional, seorang individu yang layak dan berpengalaman dalam mengendalikan masalah-masalah yang timbul sebagai wakil kepada pemilik projek atau klien. Jurukur bahan bertanggungjawab dalam anggaran kos, perancangan kos, penyediaan dokumen tender dan kontrak, penilaian kerja, bayaran interim dan juga penyelesaian akaun akhir. Dari sudut pengurusan dan pentadbiran kerja pembinaan, dokumen kontrak bukan sahaja digunakan untuk menyampaikan maksud dan niat pereka bentuk kepada semua yang terlibat, bahkan berfungsi mengatur cara dan koordinasi setiap item kerja pembinaan. Ini sekaligus menjadikan suatu dokumen kontrak sebagai titik rujukan utama dalam proses pembinaan. Antara item terpenting yang terdapat dalam dokumen kontrak adalah Senarai Kuantiti.

Senarai kuantiti atau Bill of Quantity (BQ) merupakan satu senarai bahan beserta kuantiti yang telah disediakan oleh Jurukur Bahan melalui pengukuran yang telah dibuat. Pengukuran yang dibuat adalah berdasarkan kepada lukisan yang telah disediakan samada oleh Arkitek atau Jurutera Awam. Senarai kuantiti juga mengandungi perkara-perkara penerangan seperti kerja-kerja awalan, speksifikasi, wang kos prima, wang peruntukan sementara, wang luar jangka dan lain-lain. Bagi kerja-kerja bangunan, Senarai Kuantiti yang disediakan hendaklah berdasarkan kepada Standard Method Measurement (SMM) yang telah diterbitkan oleh Pertubuhan Juruukur Malaysia (ISM) manakala bagi kerja-kerja kejuruteraan awam adalah merujuk kepada Civil Engineering Standard Method Of Measurement (CESMM) yang mana telah diterbitkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

(19)

3

1.1. Penyataan Masalah

Bahan binaan, jentera dan tenaga pekerja (buruh) merupakan sumber yang amat penting di dalam menjalankan sesuatu projek pembinaan. Sumber-sumber ini perlu dalam memastikan projek binaan dapat berjalan dengan lancar iaitu mengelakkan dari projek yang dijalankan tergendala ataupun lewat siap. Di antara ketiga-tiga sumber di atas, bahan binaan mencapai kos pembelian yang paling tinggi. Hal ini kerana, kebiasaannya kos bahan binaan mencapai sehingga 50 peratus daripada kos pembinaan. Menurut Ahamad Abdullah (2006), kos bahan binaan akan mencecah antara 40 peratus sehingga 60 peratus daripada keseluruhan kos pembinaan yang akan dilaksanakan. Namun, peratusan kos ini akan berubah mengikut jenis kerja dan cara pembinaan itu dijalankan. Semakin sukar dan besar sesebuah projek, semakin meningkat kos bahan binaan yang digunakan.

Hal ini dibuktikan lagi dengan keterangan Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Seri Michael K C Yam yang dinyatakan dalam Berita Harian online (2011), faktor utama kenaikan rumah kepada 20 peratus adalah kerana meningkatnya kos bahan binaan. Menurut Kwan Foh Kwai presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) berkata dalam Berita Harian online (2011), harga bahan binaan untuk sektor pembinaan dijangka meningkat bagi tahun itu berikutan peningkatan dalam permintaan sejajar kerancakan semula bagi sektor pembinaan. Jadi, bagi mengelakkan berlakunya sebarang kerugian, pihak kontraktor perlu mengambil kira kos bahan binaan yang terlibat bagi sesebuah projek pembinaan yang dijalankan. Anggaran dan pengukuran yang dibuat oleh jurukur bahan haruslah tepat bagi mengelakkan kekurangan bahan binaan di tapak dan sekaligus kelewatan projek untuk siap berlaku.

Menurut Portal rasmi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan atau lebih dikenali sebagai CIDB, bahan binaan utama bagi setiap pembinaan adalah simen, pasir, besi bulat, BRC, aggregat atau batu baur, konkrit siap bancuh dan juga batu bata. Bahan-bahan ini amat penting dalam setiap projek yang berjalan dan tidak

(20)

boleh ditukar ganti kerana sebarang kekurangan akan mempengaruhi tahap pengeluaran serta memerlukan alternatif bekalan yang tertentu.

Bagi mendapatkan bahan binaan, pihak kontraktor perlu untuk membuat pesanan pembelian bagi mendapatkan bahan tersebut. Kebiasaanya kontraktor membuat pesanan dengan merujuk kepada senarai bahan yang telah disediakan oleh Jurukur Bahan. Senarai bahan digunakan untuk memudahkan kontraktor dalam membuat pesanan pembelian. Sekiranya anggaran jurukur bahan memberikan anggaran yang hampir lengkap dengan reka bentuk projek yang akan dilaksanakan, maka tiada perbezaan diperlukan (Hayati Hashim et al, 1994). Ini bermaksud sekiranya anggaran jurukur bahan adalah hampir dengan anggaran sesebuah syarikat kontraktor itu, maka kontraktor akan menggunakan kuantiti yang sama dalam membuat pesanan pembelian bahan binaan.

Namun sekiranya, anggaran yang dibuat adalah berbeza, maka pihak kontraktor akan membuat pengukuran lain seperti menggunakan senarai bahan sebagai rujukan. Namun terdapat segelintir kontraktor memilih untuk tidak menggunakan senarai bahan sebagai rujukan utama dalam membuat pesanan pembelian bahan binaan. Kajian ini dibuat untuk mengenalpasti sejauh mana tahap penggunaan senarai bahan di kalangan pihak kontraktor dan kaedah lain sebagai rujukan.

(21)

5

1.2. Persoalan Kajian

Antara persoalan kajian yang didapati dalam Penggunaan Senarai Bahan bagi Pesanan Pembelian Bahan Binaan oleh Kontraktor adalah:

1. Adakah Senarai Bahan digunapakai oleh kontraktor dalam memesan bahan binaan?

2. Apakah kaedah lain yang digunakan oleh Kontraktor selain Senarai Bahan dalam memesan Bahan Binaan?

1.3. Objektif Kajian

Matlamat kajian ini adalah untuk mengenalpasti penggunaan senarai bahan bagi pesanan pembelian bahan binaan oleh kontraktor. Bagi mencapai matlamat tersebut beberapa objektif perlu dicapai iaitu:

1. Mengenalpasti tahap penggunaan Senarai Bahan dalam Dokumen Kontrak untuk pesanan bahan binaan oleh kontraktor.

2. Mengenalpasti kaedah lain yang digunakan oleh kontraktor untuk pesanan pembelian bahan binaan selain Senarai Bahan.

(22)

1.4. Skop dan Limitasi Kajian

Bagi mencapai objektif kajian ini, skop kajian adalah berdasarkan perkara di bawah: 1. Bahan Binaan utama dalam pembinaan:

 Konkrit  Pasir  Batu Baur  Besi Tetulang  Batu bata  Kemasan Lantai  Kemasan Bumbung

2. Responden adalah daripada pihak Kontraktor kelas A dan Gred 7.

1.5. Kepentingan Kajian

Kajian ini amat perlu bagi mendapatkan tahap penggunaan senarai bahan sebagai rujukaan bagi pesanan pembelian bahan binaan. Dengan adanya kajian ini, dapat mengetahui samada kontraktor menggunakan senarai bahan sebagai rujukan utama atau kaedah lain dalam membuat pesanan pembelian bahan binaan bagi suatu projek pembinaan yang berjalan.

Selain itu juga, kajian ini penting kerana dapat menambah ilmu baru dalam kaedah lain yang digunakan kontraktor dalam membuat pesanan bahan binaan sekiranya pihak kontraktor itu tidak menggunakan senarai bahan sebagai rujukan utama. Dengan adanya kajian ini, pelajar dapat mengetahui kaedah kontraktor dalam membuat pesanan pembelian bahan binaan.

(23)

7

1.6. Kaedah Kajian

Pengumpulan data dibahagikan kepada dua bahagian iaitu hasil daripada instrumen kajian seperti temubual, borang soal selidik, pemantauan atau pemerhatian secara terus terhadap kajian yang dibuat dan yang keduanya adalah pengamatan daripada hasil penulisan seperti jurnal, buku-buku rujukan, majalah, artikel, internet dan laporan-laporan yang berkaitan serta bahan bacaan yang lain. Bagi kajian ini, penyelidik akan menggunakan borang soal selidik yang akan diedarkan kepada kontraktor kelas A dan juga Gred 7 (G7).

Kajian literatur secara praktis berasaskan kepada kaedah kedua iaitu pengamatan daripada hasil penulisan. Hasil penulisan yang diperoleh akan dikaji, dianalisis dan dipersembahkan dalam bentuk graf dan jadual. Kajian literatur ini dibuat untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan dengan tajuk tesis yang akan dikumpul dan diterangkan dengan lebih lanjut dalam bab dua dan tiga nanti. Segala maklumat dan data yang diperolehi akan dikaji dan terma-terma penting akan diselitkan dalam penulisan kajian ini.

Hasil daripada kedua-dua kaedah tersebut, penyusunan data akan dilakukan. Ini bertujuan bagi memudahkan dan memperjelaskan lagi hasil data yang diperolehi. Setelah itu, kesimpulan dan cadangan turut akan dihasilkan daripada data-data yang telah diperolehi. Untuk gambaran yang lebih jelas dapat dilihat dari carta alir di bawah.

(24)

HASIL PENULISAN 1.6.1. Carta Alir Penyelidikan

MENGENALPASTI MASALAH MENGENALPASTI KAJIAN  OBJEKTIF  SKOP KAJIAN SOAL SELIDIK PENGUMPULAN DATA / MAKLUMAT ANALISA DATA

PEBENTANGAN PENCAPAIAN OBJEKTIF, RUMUSAN DAN KESIMPULAN

(25)

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1. Kontrak

Kontrak merupakan satu perjanjian antara kontraktor dan pihak klien bagi memastikan semua pihak terlibat melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

2.1.1. Pengenalan

Menurut Uzairi (2007), kontrak merupakan satu perjanjian yang dijalin di antara dua pihak atau lebih yang mana dikuatkuasakan dari segi undang-undang. Pelbagai kaedah boleh dilaksanakan perjanjian sesuatu kontrak. Antaranya ialah perjanjian secara lisan, perbuatan dan yang paling baik adalah secara bertulis yang mana meliputi hak dan tanggungjawab pihak-pihak yang terlibat dengan perjanjian (Mohd Nazir, 2008).

(26)

Di Malaysia, menurut Seksyen 2 (h) Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa:- “Sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah suatu kontrak”. Ini membuktikan bagi setiap perjanjian yang terjalin mestilah dikuatkuasakan oleh undang-undang. Hal ini kerana, semua kontrak adalah perjanjian tetapi bukan semua perjanjian adalah kontrak. Semua perjanjian hanya akan dikatakan kontrak sekiraanya dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah dan dengan sesuatu tujuan yang sah. Daripada semua definisi yang telah dinyatakan, ini menunjukkan kontrak merupakan item yang paling penting dan perlu ada bagi setiap ikatan perjanjian yang terjalin antara pemilik projek dan pihak yang menjalankan projek pembinaan tersebut.

Dari segi kontrak, pihak utama yang telibat dalam kontrak binaan ialah kontraktor yang mana bertanggungjawab untuk menjalankan projek yang akan dibina dan juga majikan iaitu tuan punya sesebuah projek tersebut. Bagi setiap perjanjian yang terjalin antara kontraktor dan majikan boleh dilaksanakan secara lisan, perbuatan atau yang paling baik adalah secara bertulis.

2.1.2. Kepentingan Kontrak

Menurut Mohd Nazir (2008), kontrak merupakan perkara yang paling penting bagi satu ikatan. Tanpa adanya ikatan, pihak yang mungkir mungkin akan terlepas dari menunaikan tanggungjawab. Dalam sesebuah industri pembinaan, kontraktor yang bertanggungjawab untuk melaksanakan sesuatu projek memerlukan ikatan kontrak untuk mengelakkan berlakunya kontraktor melarikan diri dan akan mengakibatkan projek tersebut terberhenti dan seterusnya berlaku kelewatan dari tempoh siap pembinaan yang telah dipersetujui di dalam kontrak. Jadi dengan adanya kontrak, ia menerangkan tanggungjawab kontraktor untuk menanggung kerugian sekiranya berlaku kelewatan berpunca daripada kontraktor.

(27)

11

Menurut Mohd Nazir (2008) juga, setelah kontrak dipersetujui, pihak berkontrak tidak boleh mengubah apa-apa perjanjian kecuali ianya diubah atau dirombak atas persetujuan kedua-dua pihak. Sebagai contoh, kesilapan pengukuran daripada pihak kontraktor ketika mengisi tender untuk mendapatkan sesuatu projek dan menyebabkan ralat terhadap kos pembinaan. Kontraktor berkenaan tetap terikat dan bertanggungjawab untuk menyiapkan projek berkenaan dengan harga yang silap tersebut. Namun sekiranya terdapat budi bicara daripada pihak klien untuk mengubah atau meminda persetujuan itu, maka kontraktor dapat menukar harga kontrak tersebut.

2.1.3. Elemen-elemen kontrak

Bagi membentuk satu kontrak yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang memerlukan beberapa elemen yang penting seperti yang telah dinyatakan oleh Mohd Nazir (2008). Antara elemen-elemen tersebut adalah:

2.1.3.1.Tawaran

Mengikut Akta Kontrak 1950 (semakan 1974) Seksyen 2(a) menyatakan tawaran merupakan cadangan atau perjanjian yang dibuat oleh pembuat tawaran kepada penerima untuk melakukan sesuatu atau menahan diri daripada melakukan sesuatu bagi mewujudkan hubungan yang berkuatkuasa dari segi undang-undang. Tawaran yang diberikan mestilah jelas, lengkap dan muktamad. Hal ini kerana untuk mengelakkan berlakunya kesamaran di samping untuk mengelakkan sebarang kesulitan yang mungkin akan timbul semasa pelaksanaan kontrak tersebut.

(28)

2.1.3.2.Penerimaan

Mengikut Akta Kontrak 1950 (semakan 1974) Seksyen 2(b) pula menerangkan penerimaan sebagai satu penerimaan cadangan daripada pihak yang membuat tawaran. Penerimaan ialah pengakuan persetujuan terhadap tawaran yang dikemukan tanpa ada syarat-syarat tambahan.

2.1.3.3.Balasan

Mengikut Akta Kontrak Seksyen 2(d), balasan adalah kehendak pembuat janji atau sesiapa sahaja yg telah membuat atau telah menahan diri dari membuat sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri.

2.1.3.4.Niat atau Hasrat

Menurut Mohd Nazir (2008), bagi memastikan kontrak yang terjalin adalah sah, pihak yang terlibat dalam kontrak mestilah mempunyai niat atau hasrat untuk memulakan sesuatu kontrak. Menurut Noresah (1994), hasrat didefinisikan sebagai suatu keinginan, harapan dan kehendak yang kuat untuk mencapai sesuatu. Seorang pemilik yang berniat untuk membina sesebuah bangunan akan membuat kontrak dengan pihak yang berniat untuk membina dan merealisasikan niat tersebut iaitu kontraktor.

(29)

13

2.1.3.5.Dilakukan Secara Rela / Tanpa Paksaan

Setiap kontrak yang terjalin mestilah tanpa sebarang penipuan dan paksaan dari pihak lain (Mohd Nazir, 2008). Sekiranya kontrak yang terikat dibuat secara paksaan dan tidak rela, maka kontrak dianggap tidak sah dari segi undang-undang.

2.1.3.6. Mengikut Undang-undang

Menurut Mohd Nazir (2008), juga setiap kontrak yang terjalin mestilah berdasarkan kepada undang-undang yang telah ditetapkan. Ini adalah memastikan jika berlaku sebarang masalah atau pertelingkahan, ianya dapat dirujuk semula menggunakan undang-undang yang telah ditetapkan.

2.1.3.7.Kemampuan

Menurut Noresah (1994), kemampuan adalah kesanggupan, kebolehan, atau kekuatan seseorang individu untuk melakukan sesuatu. Kemampuan juga diterangkan Mohd Nazir (2008), sebagai pihak yang berkontrak iaitu pihak yang menawar dan pihak yang menerima mempunyai kemampuan untuk melaksanakan setiap tanggungjawab masing-masing.

2.1.3.8.Kapasiti

Kapasiti merupakan kemampuan atau kebolehan membuat sesuatu (Noresah, 1994). Hal ini bermaksud pihak yang hendak memeteraikan kontrak ini hendaklah diwakili oleh orang yang sesuai kapasitinya dan terdiri daripada individu yang boleh diambil tindakan undang-undang ke atas mereka. Pihak yang berkapasiti juga

(30)

haruslah bertanggungjawab terus kepada kontrak tersebut (Mohd Nazir, 2008) jika berlaku sebarang masalah atau pertelingkahan.

2.1.4. Kontrak Binaan

Pelaksanaan sesuatu projek biasanya dijalankan melalui kontrak di antara klien dengan kontraktor. Kontrak merupakan elemen penting sebelum satu projek pembinaan dijalankan. Ini untuk memastikan pihak yang berkontrak bertanggungjawab sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti pemilik tidak membuat bayaran kepada kontraktor, kontraktor melarikan diri dan tidak menyiapkan kerja pembinaa dan sebagainya. Jadi bagi membentuk sesuatu kontrak di antara klien dan kontraktor, terdapat tiga proses proses harus dilalui. Di bawah merupakan proses-proses yang telah diringkaskan daripada Mohd Nazir (2008).

(31)

15

Rajah 2.1 Proses pembentukan kontrak di antara klien dan kontraktor (Sumber : Pengenalan Kepada Pentadbiran Kontrak)

• Klien menyediakan ringkasan projek.

• Arkitek menggambarkan dalam bentuk lakaran. • Jurukur Bahan menyediakan anggaran kasar. PROSES

PERTAMA

• Setelah klien bersetuju, arkitek akan memulakan lukisan-lukisan arkitektual seperti yang dikehendakkan oleh klien.

• Jurutera-jurutera (sivil, struktur,mekanikal dan elektrikal) pula akan melaksanakan rekabentuk mengikut bidang masing-masing.

• Seterusnya semua rekabentuk akan ditafsirkan oleh Jurukur Bahan dalam bentuk dokumen tender. Ini adalah untuk kontraktor bagi membuat tawaran.

PROSES KEDUA

• Jurukur bahan akan menganalisa tawaran yang telah dihantar oleh kontraktor yang berminat. Setelah mendapat persetujuan dengan klien, maka surat setujuterima akan dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya.

• Maka terjalinlah kontrak antara klien dan kontraktor. Kedua-dua pihak mempunyai hak dan tanggungjawab berdasarkan syarat-syarat kontrak yang telah dipersetujui.

• Setelah itu, kontraktor akan menlaksanakan kerja-kerja pembinaan mengikut apa yang telah dipersetujui yang telah terdapat di dalam kontrak yang telah dipersetujui. PROSES

(32)

2.1.5. Pihak-pihak yang terlibat

Dalam pembinaan terdapat beberapa pihak yang akan terlibat secara langsung bagi setiap projek yang diterima. Pihak yang terlibat ini bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja mengikut skop-skop kerja yang telah dinyatakan. Seperti yang dinyatakan oleh Mohd Nazir (2008), pihak utama yang terlibat secara terus dengan kontrak binaan terdiri daripada klien dan kontraktor:

a) Klien

i) Klien merupakan orang yang berniat untuk membangunkan sesebuah projek.

ii) Klien merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk melantik perunding dan kontraktor untuk melaksanakan projek yang diingininya.

iii) Klien juga merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk membayar segala kos yang terlibat dalam pembinaan seperti kos keseluruhan projek yang dibayar kepada kontraktor, kos iktisas yang dibayar kepada pihak perunding dan sebagainya.

b) Kontraktor utama

i) Kontraktor utama merupakan pihak yang bertanggunjawab untuk melaksanakan projek yang dikehendaki oleh pihak klien.

ii) Kontraktor utama bertanggungjawab untuk mematuhi segala syarat-syarat yang telah dipersetujui dengan klien seperti mana yang tedapat dalam kontrak yang telah ditandatangani.

(33)

17

Namun begitu, menurut beliau juga terdapat pihak-pihak sampingan lain yang mana turut terlibat di dalam kontrak binaan. Pihak-pihak ini kadangkala disebut dalam perjanjian antara klien dan kontraktor utama di mana pihak-pihak ini mempunyai peranan yang tersendiri dalam sesebuah projek. Pihak-pihak tersebut adalah seperti berikut:

a) Perunding

i) Antara perunding yang terlibat dalam industri pembinaan adalah pihak arkitek, jurutera, jurukur bahan dan sebagainya.

ii) Kesemua pihak perunding ini mempunyai perjanjian dan tanggungjawab yang berlainan.

iii) Syarat-syarat perjanjian, tugas-tugas yang perlu dilakukan dan bayaran akan dibuat mengikut akta yang diluluskan bagi bidang masing-masing.

b) Subkontraktor Dinamakan

i) Subkontraktor Dinamakan dilantik melalui proses tender atau rundingan terus yang dikendalikan oleh pihak klien. Secara amnya subkontraktor ini tidak mempunyai kontrak dengan klien tetapi berkontrak dengan kontraktor utama.

c) Subkontraktor Domestik

i) Subkontraktor Domestik dipilih dan dilantik oleh kontraktor utama untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan bagi pihak kontraktor utama.

(34)

ii) Pelantikan bagi subkontraktor ini adalah mengikut apa-apa kaedah yang dipilih oleh kontraktor utama seperti tender atau rundingan terus.

d) Pembekal Dinamakan

i) Pembekal jenis ini dilantik oleh klien untuk membekalkan bahan-bahan bagi pihak kontraktor utama untuk sesuatu projek.

e) Pembekal Domestik

i) Pembekal jenis ini ialah pembekal bahan binaan yang dipilih dan dilantik terus oleh kontraktor utama.

2.2. Dokumen Kontrak

Menurut PWD 203A, (2007) dokumen kontrak merupakan dokumen yang membentuk tender dan penerimaan yang mana terdapat kandungan utama.

2.2.1. Definisi Dokumen Kontrak

Dokumen kontrak didefinisikan sebagai satu dokumen yang dihasilkan oleh jurukur bahan hasil dari penerimaan oleh klien terhadap tawaran yang dibuat oleh

(35)

19

kontraktor (Mohd Nazir, 2008). Secara amnya kandungan dokumen kontrak ini adalah sama dengan dokumen tender cuma dokumen ini ditambahkan dengan beberapa dokumen-dokumen lain yang telah dipersetujui antara klien dan kontraktor.

Menurut Milne (1971), dokumen kontrak adalah dokumen yang membentuk satu asas kepada kontrak-kontrak bangunan seperti lukisan-lukisan berkaitan pembinaan, syarat-syarat kontrak, kehendak-kehendak kontrak, senarai bahan dan juga surat setuju terima yang mana menyatakan kesanggupan kontraktor yang dipilih untuk melaksanakan pembinaan tersebut.

Dalam mengeluarkan dokumen kontrak, skop kerja sebenar jurukur bahan akan berubah bersama dengan penyusunan kontrak. Hal ini kerana, jurukur bahan akan menyediakan syarat-syarat kontrak kerana jurukur bahan merupakan individu yang bertanggungjawab membuat draf kerja-kerja awalan. Ini menyebabkan pihak jurukur bahan lebih memahami dengan mendalam tentang sesuatu kontrak pembinaan tersebut (Hayati Hashim et al, 1994).

Setelah jurukur bahan menyusun dengan rapi dan mengemaskini dokumen-dokumen yang ditambah, dokumen-dokumen ini akan dijilidkan sebelum ia ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang terlibat iaitu pihak klien dan pihak kontraktor utama. Dokumen ini akan dijadikan rujukan dan panduan dalam pelaksanaan sesuatu projek yang bakal dijalankan.

(36)

2.2.2. Isi kandungan Dokumen Kontrak

Berdasarkan PWD 203A (2007) dalam fasal 1 (a)(i) menyenaraikan kandungan utama yang perlu ada dalam dokumen kontrak. Antara kandungan utama dokumen kontrak adalah seperti berikut:

2.2.2.1.Borang Tender

Menurut Mohd Nazir Ismail (2008), borang tender merupakan tawaran yang disediakan pihak kontraktor kepada pihak klien. Borang tender disediakan berbentuk surat daripada pihak kontraktor kepada klien yang mana menyatakan kesanggupan kontraktor untuk melaksanakan projek. Di dalam borang tender akan dinyatakan nama klien, arkitek dan projek yang mana harus dirujuk kepada garis kasar dokumen-dokumen penenderaan (Hayati Hashim et al, 1994).

2.2.2.2.Surat Setujuterima

Menurut PAM Contract (2006), surat setujuterima merupakan surat persetujuan klien menerima tawaran kontraktor. Dalam surat setujuterima ini akan dinyatakan sekali tarikh milik tapak, syarat-syarat lain yang diperlukan oleh kontraktor sebelum masuk tapak, harga kontrak, dan tempoh pembinaan yang dipersetujui (Mohd Nazir, 2008).

(37)

21

2.2.2.3.Perkara-perkara perjanjian

Seperti yang dinyatakan oleh Mohd Nazir (2008), dalam dokumen kontrak akan dinyatakan perkara-perkara perjanjian yang mana menggariskan perjanjian yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

2.2.2.4.Syarat-syarat Kontrak

Selain itu juga, Mohd Nazir (2008), telah menerangkan bahawa syarat-syarat kontrak akan menekankan perjanjian dengan lebih terperinci seperti yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak yang berkontrak iaitu klien dan kontraktor. Sebagai contoh syarat-syarat kontrak ini adalah kontraktor bertanggungjawab untuk membina bangunan dan menyiapkan kerja berdasarkan kepada lukisan yang dinyatakan dalam senarai kerja (Ashworth dan Hogg, 2002).

2.2.2.5.Kerja Awalan

Menurut Ashworth dan Hogg (2002), kerja-kerja awalan adalah untuk memenuhi keperluan pemilik dan tanggungjawab kontraktor dalam melaksanakan kerja pembinaan. Dalam bahagian ini juga akan diterangkan kerja-kerja yang perlu dilaksanakan oleh kontraktor yang terpilih di peringkat awal kerja atau sebelum melakukan kerja pembinaan (Mohd Nazir, 2008).

(38)

2.2.2.6.Senarai Bahan

Senarai bahan akan dibuat bagi menyenaraikan secara terperinci bahan binaan, kerja-kerja yang terlibat dalam setiap projek yang berjalan dan kuantiti yang telah dibuat pengukuran oleh jurukur bahan (Mohd Nazir, 2008).

2.2.2.7.Spesifikasi

Menurut Williams et al (1986), menerangkan bahawa spesifikasi merupakan maklumat yang dikenalpasti oleh pihak arkitek mengenai sesebuah projek untuk diberikan kepada jurukur bahan dan seterusnya kepada kontraktor. Spesifikasi juga merupakan keperluan kerja dengan lebih terperinci termasuklah tentang bahan binaan, kaedah mutu kerja dan juga keadaan di mana sesuatu kerja itu perlu dilaksanakan (Mohd Nazir, 2008).

2.2.2.8.Lukisan

Merupakan lukisan keseluruhan yang akan digunakan semasa menyediakan senarai bahan dan juga semasa proses pembinaan. Menurut Williams et al (1986), lukisan mewakili semua niat pemilik atau klien terhadap setiap pembinaan yang akan dilaksanakan yang mana arkitek akan mengaplikasikannya ke dalam lukisan.

2.2.2.9.Lampiran

Ruang lampiran digunakan untuk melengkapkan butiran-butiran untuk pelaksanaan projek. Menurut Noresah (1994), lampiran didefinisikan sebagai sesuatu yang dilampirkan sebagai contohnya surat keterangan atau butiran tambahan.

(39)

23

2.3. Senarai Bahan

Senarai bahan merupakan satu senarai yang mana menunjukkan jenis bahan dan kuantiti bahan tersebut yang diperlukan sepanjang projek pembinaan dijalankan.

2.3.1. Pengenalan

Menurut Noresah (2002), senarai didefinisikan sebagai catatan, nama, perkara dan lain-lain yang mana disusun berderetan atau mengikut urutan tertentu dari atas ke bawah. Bagi bahan pula, Noresah (2002), mendefinisikan sebagai sesuatu atau beberapa benda yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan.

Istilah bahan digunakan bagi merujuk kepada bahan mentah, bahagian-bahagian komponen, produk yang telah siap, produk yang akan habis, bungkus dan pembungkusan dan juga peralatan (Stukhhart, 1995). Secara umumnya, senarai bahan merupakan senarai item buruh dan bahan yang mana merangkumi cara kerja yang harus dilakukan dan jenis serta kuantiti bahan yang akan digunakan bagi sesebuah projek pembinaan.

Menurut kajian Kherun Nita Ali (1997), sehingga kini, senarai bahan atau juga dikenali sebagai senarai kuantiti yang mana merupakan salah satu elemen di dalam dokumen tender dan juga dokumen kontrak yang mana masih digunakan. Senarai ini mengandungi kuantiti bahan binaan yang mana akan terlibat dalam setiap aktiviti pembinaan sesebuah bangunan. Di dalam senarai bahan juga dinyatakan huraian kerja dan bahan-bahan, cara pelaksanaan kerja dan kuantiti bahan bagi setiap

(40)

elemen untuk kegunaan pihak kontraktor sebagai rujukan. Kuantiti tersebut merupakan hasil daripada pengukuran yang telah dibuat oleh Jurukur bahan berdasarkan lukisan yang telah disediakan oleh Arkitek dan Jurutera.

2.3.2. Definisi Senarai Bahan

Senarai bahan merupakan satu dokumen yang mana mengandungi senarai bahan binaan berserta kuantiti bahan yang digunakan bagi melaksanakan sesuatu projek pembinaan. Senarai bahan ini juga disediakan kerana kepentingannya sebagai rujukan utama bagi menghargakan bahan yang mana bertujuan untuk mengetahui kos keseluruhan pembinaan bagi sesebuah projek yang ingin dilaksanakan (Rosli Abd Rashid, 1996).

Hackett et al. (2007), mendefinisikan senarai bahan sebagai dokumen yang menerangkan kualiti dan menyediakan kuantiti bagi kerja-kerja pembinaan yang dicadangkan. Senarai bahan ini digunakan untuk menyediakan satu asas yang seragam bagi persaingan tender pukal dan jadual kadar harga bagi menghargakan perubahan.

Senarai bahan merupakan satu dokumen yang menyatakan penerangan setiap item bahan binaan dan buruh yang diperlukan untuk melaksanakan kerja pembinaan beserta dengan kuantiti bahan binaan yang diperlukan (Milne, 1971).

Daripada definisi-definisi yang telah diberikan, secara ringkasnya dapat disimpulkan Senarai Bahan sebagai satu dokumen yang bertulis yang mana mengandungi kualiti kerja dan kuantiti bahan binaan yang mana telah dihasilkan daripada pengukuran daripada pelan asal bangunan.

(41)

25

2.3.3. Format Senarai Bahan

Dalam sesebuah projek pembinaan, bagi memudahkan kerja kepada pihak-pihak yang terlibat senarai bahan telah dibentuk dalam beberapa jenis format. Format-format ini telah diadaptasi dari satu bentuk ke bentuk yang lain. Menurut kajian yang telah dibuat oleh Chew, (1993) format senarai bahan terbahagi kepada tiga jenis iaitu format elemen, pertukangan dan operasi. Namun begitu, terdapat beberapa jenis lagi format yang telah dikenalpasti hasil daripada kajian Kherun Nita Ali (1997) iaitu format aktiviti, seksyen pertukangan dan petunjuk.

2.3.3.1.Elemen

Format elemen merupakan bentuk yang banyak digunakan di Malaysia. Bagi jenis format ini, bahan binaan disenaraikan mengikut bahagian atau elemen bangunan (Rosli Abd Rashid, 1996). Elemen-elemen bangunan bagi setiap projek pembinaan adalah seragam iaitu bermula daripada kerja-kerja sub struktur, diikuti kerja-kerja super struktur seperti kerangka, lantai atas, tangga, dinding luar, dan sebagainya. Format elemen ini dibentuk bertujuan untuk mendapatkan harga tender dengan lebih tepat.

2.3.3.2.Pertukangan (Trade)

Format ini merupakan cara tradisional yang mana mengikut kaedah pengukuran setara (Rosli Abd Rashid, 1996). Format jenis ini dibuat dimana kerja dan bahan binaan disenaraikan mengikut kerja pertukangan yang sedang berjalan di tapak bina. Sebagai contohnya, pertukangan kerja bata, antara bahan binaan yang disenaraikan adalah batu bata, mortar untuk menyambung batu bata tersebut, simen untuk kerja-kerja melepa dan sebagainya. Ini memudahkan kontraktor untuk

(42)

membahagikan bahan binaan yang perlu digunakan mengikut aturan kerja yang sedang berjalan.

2.3.3.3.Operasi (Operational)

Menurut Rosli Abd Rashid (1996), format jenis ini dibahagikan mengikut operasi pembinaan sebenar di tapak bina yang sedang berjalan. Format jenis ini menyenaraikan bahan binaan, loji dan buruh secara berasingan. Dengan penggunaan format jenis ini, kontraktor boleh menentukan kaedah pembinaan yang paling optima dengan bebas. Hal ini kerana, walaupun format jenis ini disusun mengikut operasi kerja, namun ia tidak menentukan cara kerja untuk setiap operasi.

2.3.3.4.Aktiviti (Activity)

Senarai bahan jenis ini menyenaraikan bahan binaan mengikut aktiviti kerja pembinaan yang sedang berjalan di tapak bina. Format jenis ini adalah bentuk yang lebih kurang sama dengan format operasi. Hanya membezakan kedua jenis ini ialah bentuk ini tidak mengasingkan bahan binaan dan loji.

2.3.3.5.Seksyen Pertukangan (Sectionalized Trade)

Senarai bahan jenis ini pula ialah bagi bahan binaan ianya disenaraikan mengikut kerja pertukangan dan item bagi setiap kerja pertukangan akan disenaraikan mengikut elemen.

(43)

27

2.3.3.6.Petunjuk (Annotated)

Senarai bahan bentuk ini mempunyai nota petunjuk kepada lokasi yang berkaitan dengan bahan binaan tersebut. Hal ini adalah kerana setiap bahan binaan yang dihuraikan tidak dapat dikenalpasti lokasinya walaupun lukisan yang diterima adalah lengkap dan cukup (Rosli Abd Rashid, 1996).

2.3.4. Bahan Binaan Utama dalam Pembinaan

Terdapat banyak bahan binaan yang digunakan dalam industri pembinaan dalam memenuhi kehendak bangunan yang akan dibina. Menurut indeks harga bahan binaan yang didapati dalam portal rasmi CIDB, terdapat beberapa jenis bahan binaan yang utama yang mana akan digunakan bagi setiap projek pembinaan seperti simen, pasir, besi tetulang, batu baur, konkrit siap bancuh (ready mix) dan batu bata. Menurut di dalam indeks harga bahan binaan itu juga, bahan binaan bangunan ditakrifkan bahan yang digunakan dalam setiap aktiviti pembinaan dari kerja-kerja bawah tanah sehinggalah kerja-kerja kemasan dan kelengkapan bangunan. Ini menunjukkan bahan untuk kemasan juga penting. Antara kemasan yang digunakan adalah bahan untuk kemasan lantai dan kemasan bumbung.

2.3.4.1.Simen

Simen merupakan sejenis bahan buatan yang dihasilkan dengan membakar campuran batu kapur dan tanah liat (Tan, 2000). Disebabkan simen mempunyai dua sifat utama iaitu sifat lekatan dan lekitan, menjadikannya dapat bertindak sebagai bahan pengikat yang baik terutama untuk mengikat batu bata dalam kerja pembinaan

(44)

seperti pembinaan dinding. Menurut Taylor (2000), berdasarkan kepada sifat-sifat dan kandungan bahan kimianya, simen dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:

i. Simen Portland Biasa ii. Simen Cepat Keras iii. Simen Cepat Membeku iv. Simen Putih

v. Simen Berwarna vi. Simen Berhaba Rendah vii. Simen Lebih Alumina

2.3.4.2.Pasir

Menurut Tan (2000), pasir boleh didapati daripada lombong atau sungai. Pasir halus biasanya digunakan untuk bancuhan mortar manakala bagi pasir kasar pula digunakan untuk membancuh konkrit dan membuat blok simen. Pasir sungai pula mutunya lebih baik jika sekiranya tidak mengandungi kekotoran yang berlebihan. Menurut Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah et al. (2010), penggredan pasir adalah berdasarkan ayak piawaian BS 410:1969 di mana ayak bersaiz 10mm, 4.76mm, 2.36mm, 1.18mm, 600µm, 300 µm dan 150 µm.

2.3.4.3.Besi Tetulang

Besi tetulang yang biasanya digunakan terdiri dari beberapa jenis iaitu keluli jenis tegasan tinggi, keluli lembut atau fabrik biasa (Tan, 2000). Besi tetulang digunakan bagi mengukuhkan lagi struktur konkrit yang dibina. Hal ini adalah bagi memastikan struktur binaan tersebut kuat dan kukuh walaupun dikenakan beban yang tinggi. Besi tetulang merupakan komponen yang penting bagi memastikan setiap struktur konkrit yang dibina adalah tahan untuk menerima beban. Semua besi

(45)

29

tetulang adalah besi yang rendah karbon (Taylor, 2000). Hal ini kerana besi tetulang yang berkarbon rendah akan memperoleh kemuluran (ductibility) dan kebolehkimpalan (weldability) yang baik.

Di dalam SMM telah menyatakan bahawa berat besi tetulang yang diukur hendaklah merangkumi cangkuk dan bengkok (Sandra Lee et al., 2011) Seperti yang dipraktikkan oleh jurukur bahan, dalam membuat pengukuran kuantiti bagi tujuan anggaran, hendaklah dibuat secara teliti dan lengkap bagi mengelakkan berlakunya pembaziran atau pengurangan bahan binaan di tapak bina. Pengukuran kuantiti yang tepat akan dimasukkan ke dalam senarai kuantiti atau lebih dikenali sebagai BQ sebagai rujukan kontraktor untuk memasukkan harga tender atau untuk pembelian bahan binaan.

2.3.4.4.Batu Baur

Menurut Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah et al. (2010), kandungan batu baur dalam konkrit adalah ¾ daripada isipadu konkrit. Ini adalah untuk memastikan konkrit yang dibancuh hasilnya adalah lebih kuat dan lasak. Batu baur merupakan bahan binaan yang lebih murah berbanding dengan simen, jadi daripada segi ekonomi amat menguntungkan jika batu baur digunakan dalam kuantiti yang banyak untuk setiap bancuhan konkrit (Mat Lazim Zakaria, 1987).

Menurut Tan (2000) pula, batu baur boleh didapati daripada lombong atau kuari batu. Batu besar yang didapati akan dihancurkan dengan mesin dan akan digredkan mengikut kegunaannya yang tertentu. Kebanyakan batu baur terdiri daripada serpihan batu yang saiznya melebihi 5 mm. Namun, saiz maksimum bagi batu baur adalah tidak melebihi 50 mm. Jenis batu yang biasa digunakan sebagai batu baur adalah batu granit dan batu kapur. Hal ini kerana kedua-dua jenis batu ini mudah didapati di pasaran dan juga harganya yang murah.

(46)

Pemilihan bentuk dan permukaan batu baur akan memberikan hasil bancuhan konkrit yang baik. Hal ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Mat Lazim Zakaria (1987), batu baur berbentuk bulat, tidak sekata dan bersegi paling sesuai digunakan berbanding bentuk-bentuk yang berkeping dan panjang kerana sukar untuk menghasilkan konkrit yang benar-benar padat. Manakala permukaan yang kasar dan berlubang akan memberikan kesenangan kerja yang baik dan permukaan jenis ini memberikan kekuatan ikatan antara simen dan batu baur di dalam bancuhan konkrit.

2.3.4.5.Konkrit Siap Bancuh (ready mix)

Konkrit siap bancuh digunakan bertujuan untuk mempercepatkan kerja-kerja konkrit. Pemilihan konkrit siap bancuh juga adalah disebabkan faktor kawasan tapak yang kecil dan kerja-kerja pembancuhan tidak boleh dilakukan (Ahamad Abdullah, 2006). Penggunaan konkrit siap bancuh dapat mengurangkan penggunaan pekerja di tapak bina. Kos bagi penggunaan konkrit bancuh siap ini adalah berdasarkan kepada spesifikasi konkrit, kuantiti yang diperlukan dan juga jarak perjalanan antara kilang pembekal dengan tapak projek.

2.3.4.6.Batu Bata

Penggunaan batu bata telah lama digunakan iaitu sejak 5 ribu tahun yang lalu sehingga sekarang. Walaupun penggunaan batu bata bermula sejak dulu, namun ia masih salah satu bahan pembinaan yang paling popular (Tan, 2000). Menurut Mat Lazim Zakaria (1987), batu bata diperbuat daripada tanah liat yang mana jenisnya adalah tanah lembut, mudah dibentuk dan tidak mengalami kecutan yang banyak semasa dipanaskan atau dibakar.

Panjang batu bata adalah dua kali ukuran lebarnya dan tebalnya adalah bergantung kepada kegunaannya. Dimensi lazim bagi bata ialah 216mm x 103mm x

(47)

31

65mm. Menurut Soeharto (1961), batu bata yang digunakan haruslah bersisi tajam dan dalam bentuk segi empat panjang yang telah dibakar. Saiz batu bata tidak sentiasa tepat kerana ianya mengalami pengecutan dan pengembangan dalam proses pengeringan dan pembakaran.

Menurut Ahamad Abdullah (2006), bata terbahagi kepada beberapa jenis yang mana mempunyai pembentukan dan komposisi yang berbeza. Antara jenis bata yang biasa digunakan ialah:

a) Bata Tanah Liat

Bata jenis ini dibakar dalam tanur dan diperbuat daripada berbagai campuran tanah liat dan syal.

i) Bata Biasa

Bata jenis ini tidak mempunyai nilai estetika kerana kebiasaan kegunaannya adalah untuk dinding, tiang yang mana permukaannya biasanya diplaster.

ii) Bata Muka

Bata jenis ini lebih kuat dari bata biasa dan kebiasaanya ia digunakan sebagai hiasan muka dinding dan tidak diplasterkan kerana permukaannya yang cantik.

iii) Bata Kejuruteraan

Kebiasaannya bata jenis ini digunakan sebagai struktur pembinaan seperti tiang, jambatan dan kerja-kerja kejuruteraan kerana ianya mempunyai tahap kepadatan yang tinggi.

(48)

b) Bata Simen dan Pasir

Bata jenis ini digunakan bagi kerja-kerja bangunan yang tidak menanggung beban kerana bata jenis ini mempunyai kekuatan yang lebih rendah. Disebabkan kekuatan yang rendah, ianya lebih murah berbanding jenis lain.

2.3.4.7.Kemasan

Menurut Ahamad Abdullah (2006), kemasan merupakan elemen yang sangat penting untuk memastikan bangunan yang dibina kelihatan estetik, cantik dan memberikan nilai estetika yang tinggi. Dalam elemen kemasan, terdapat beberapa kumpulan seperti kemasan bumbung dan kemasan lantai. Setiap kemasan yang dipilih dan digunakan mengikut kesesuaian dan fungsi sesuatu ruang bangunan itu.

Bagi kerja-kerja kemasan bumbung, terdapat banyak jenis kemasan yang dipilih. Antara kemasan bumbung yang sering digunakan adalah jenis genting, zink, kaca dan sebagainya. Bagi pengukuran kemasan bumbung, perkara pertama perlu dibuat adalah untuk mengenalpasti jenis bumbung yang digunakan samada bumbung curam atau rata (Sandra Lee et. al.,2011). Hal ini adalah untuk memudahkan kerja-kerja pemilihan jenis kemasan yang sesuai digunakan.

Bagi kemasan lantai pula menurut Ahamad Abdullah (2006), terdapat beberapa jenis iaitu antaranya ialah turapan simen, jubin seramik, jubin kuari, jubin mozek, jubin marmar, jubin terazo dan sebagainya. Menurut Sandra Lee et. al., (2011), bagi kemasan jenis in situ dan jubin lantai yang fleksibel luas yang diukur adalah kawasan yang bersentuhan dengan dasar atau lantai bangunan. Bagi jubin lantai yang keras pula, pengukuran dibuat dengan mengambil kira kawasan yang merangkumi sesuatu ruang.

(49)

33

Bagi kerja-kerja pengukuran, tiada penolakan akan dibuat bagi kawasan kosong sekiranya tidak melebihi 0.5 meter persegi daripada ruang kerja. Kebiasaanya pengukuran menggunakan jubin lebih senang kerana ianya hanya merangkumi luas sesuatu ruang di mana panjang ruang tersebut didarabkan dengan lebar ruang di samping membuat penolakan bagi ruang yang terbuka seperti pintu, tingkap dan sebagainya. Sekiranya luas ruang diukur dengan betul, maka tidak menjadi masalah kepada jurukur bahan untuk meggunakan kuantiti tersebut dan memasukkan ke dalam senarai kuantiti.

2.4. Pesanan Bahan Binaan

Setiap bahan binaan yang diterima di tapak bina akan dibuat pesanan terlebih dahulu. Ini adalah bagi memastikan bahan binaan yang diperlukan semasa pembinaan dijalankan ada dan sentiasa mencukupi.

2.4.1. Pembelian

Menurut Noresah (2002), pembelian merupakan tindakan untuk mendapatkan bahan, bekalan dan perkhidmatan. Proses pembelian terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

i) Pesanan ii) Penerimaan

(50)

2.4.1.1.Pesanan

Menurut Noresah (2002), pesanan ditakrifkan sebagai sesuatu yang ditempah atau permintaan hendak membeli supaya dikirim atau dibuat. Ini menunjukkan pesanan merupakan tempahan yang dibuat bagi mendapatkan sesuatu barang.

Di dalam industri pembinaan, pesanan bahan binaan merupakan perkara yang paling penting kerana setiap bahan binaan yang ditempah dan dihantar ke tapak melibatkan penggunaan kos yang banyak. Jika terdapat kesilapan dalam membuat tempahan bahan binaan akan menyebabkan kontraktor mengalami kerugian terutama dari segi kos dan masa.

2.4.1.2.Penerimaan

Menurut Sinha (1983), proses penerimaan bahan bermula apabila bahan yang dipesan telah sampai ke tapak bina dan pihak yang menerima menandatangani perjanjian dengan pembekal yang dipilih. Proses ini berakhir dengan resit bahan yang lengkap dan diakui daripada pihak pembekal. Antara tindakan yang perlu dilakukan ke atas pesanan yang sampai di tapak bina iaitu memastikan bahan yang betul sampai pada masa yang tepat. Bahan yang dihantar oleh pembekal perlu diperiksa, bahan-bahan yang mempunyai kualiti yang rendah akan ditolak dan pembayaran dilakukan selepas berpuas hati dengan bahan yang telah diterima.

2.4.2. Prosedur Pesanan Bahan Binaan

Bagi pemesanan bahan binaan, adalah penting memastikan bahan yang diperlukan ada dan memastikan bahan tiba di tapak pada tarikh yang diperlukan. Ini

(51)

35

adalah kerana bahan boleh memberi kesan kepada keseluruhan projek sekiranya bahan binaan tidak sampai pada masa yang ditetapkan. Menurut kajian Syed Ahmad Azrol (2005), pesanan bahan binaan mempunyai beberapa prosedur iaitu:

i. Sebut Harga

ii. Pemilihan Pembekal iii. Memesan Bahan iv. Penghantaran Bahan v. Penyemakan

2.4.2.1.Sebut Harga

Sebut harga akan diperolehi sebelum sesuatu pesanan pembelian dibuat. Dengan menggunakan sebut harga ini segala perkara yang berkaitan dengan harga, tarikh penghantaran, syarat dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pembekal dapat dibandingkan. Dengan adanya sebut harga ini, pihak kontraktor dapat memilih pembekal yang layak untuk membekal bahan binaan.

2.4.2.2.Pemilihan Pembekal

Pemilihan pembekal yang sesuai harus dipertimbangkan sebelum sebarang pesanan bahan binaan dibuat. Hal ini kerana, kesilapan memilih pembekal akan memberi kesan ke atas keuntungan dan aktiviti kerja sesebuah pembinaan. Menurut Ahamad Abdullah (2006), kontraktor perlu mengenalpasti pembekal-pembekal untuk pesanan sekiranya pemilik projek menginginkan bahan-bahan yang perlu diimport dari luar negara seperti marmar dari Itali, kaca dari England dan lain-lain.

(52)

Dengan adanya pengenalpastian pembekal-pembekal ini, kontraktor dapat membuat pesanan dengan cepat dan bahan binaan diterima di tapak bina lebih cepat. Pembekal yang baik akan menawarkan kualiti, kuantiti dan perkhidmatan yang baik dengan harga yang berpatutan.

2.4.2.3.Memesan Bahan

Setelah jenis bahan dan keperluan projek ditentukan, pihak kontraktor akan memesan bahan yang diperlukan. Dalam membuat pesanan bahan binaan, kuantiti bahan dengan harga yang berpatutan mesti ditetapkan terlebih dahulu.

Kebiasaan pesanan pembelian dibuat secara bertulis dan dihantar kepada pembekal samada melalui faks, dihantar terus, secara email atau pos berdaftar (Ahamad Abdullah, 2006). Hal ini adalah untuk memastikan pesanan tersebut sampai ke tangan pembekal. Sekiranya kontraktor memerlukan bahan binaan dalam jangka masa yang singkat, adalah lebih baik sekiranya membuat pesanan menggunakan telefon sebelum pesanan bertulis dihantar.

2.4.2.4.Penghantaran Bahan

Menurut Ahamad Abdullah (2006), pembekal hendaklah menghantar pesanan bahan dengan kualiti dan kuantiti yang betul pada masa yang tepat. Setiap penghantaran yang dibuat, hendaklah disertakan dengan invois sebagai simpanan pihak kontraktor. Simpanan ini penting sebagai rekod dan semakan kos bahan bagi kegunaan masa hadapan sekiranya berlaku turun naik harga dan tuntutan bayaran daripada pihak pembekal.

(53)

37

Bagi penghantaran bahan binaan utama dan komponen juga, akan dinilai oleh pihak kontraktor. Jadual penghantaran adalah penting bagi memastikan perjalanan pembinaan berjalan lancar. Jadual ini perlu dibuat juga bagi memastikan penerimaan bahan binaan di tapak adalah berjalan lancar.

2.4.2.5.Penyemakan

Penyemakan adalah penting supaya semua bahan binaan dan komponen yang dipesan adalah tepat. Ianya akan diperiksa apabila bahan tersebut tiba di tapak bina dan disemak bagi memastikan tiada kerosakan berlaku semasa kerja pengendalian, kualiti yang dibekalkan adalah betul dan semua bahan dalam keadaan baik. Setiap pembayaran yang dibuat oleh pihak kontraktor akan dibuat sekiranya bahan yang diterima adalah mengikut spesifikasi pesanan (Ahamad Abdullah, 2006).

2.5. Perolehan Bahan Binaan

Perolehan bahan binaan adalah cara atau kaedah yang digunakan oleh pihak kontraktor bagi mendapatkan bahan binaan yang diperlukan dalam memastikan projek pembinaan berjalan dengan lancar dan siap pada masa yang ditetapkan.

2.5.1. Definisi Perolehan

Perolehan didefinisikan sebagai sesuatu barang atau hasil, dan lain-lain yang diperoleh atau didapati. Ini bermakna perolehan merupakan aktiviti untuk

(54)

mendapatkan sesuatu bekalan atau perkhidmatan atau kerja dengan mengikut tatacara yang telah ditetapkan. Perolehan bahan binaan ditapak bina diterima berdasarkan kepada pesanan yang telah dibuat oleh pihak kontraktor.

2.5.2. Jenis-jenis Perolehan

Cara perolehan bahan binaan di tapak adalah berlainan bagi setiap organisasi kontraktor. Setiap pihak kontraktor mempunyai kriteria mereka masing-masing untuk menentukan cara perolehan bahan binaan. Antara cara yang digunakan adalah dengan menggunakan senarai bahan, penjadualan bahan atau lebih dikenali resources

seheduling dan juga menggunakan program kerja.

2.5.2.1. Senarai Bahan

Senarai bahan merupakan kebiasaan kontraktor guna dalam memesan bahan binaan yang dikehendaki. Seperti yang telah diterangkan di atas, pelbagai bentuk senarai bahan boleh didapati bagi kontraktor untuk membuat pesanan. Antara format tersebut adalah dalam bentuk elemen, pertukangan, operasi, aktiviti, seksyen pertukangan dan juga petunjuk. Pihak kontraktor bebas untuk memilih bentuk yang dikehendaki bagi memesan bahan binaan yang diperlukan.

2.5.2.2.Penjadualan Bahan Binaan (Resources Scheduling)

Menurut Wyatt (1991), penjadualan bahan binaan merupakan dokumen yang disediakan bagi membuat pesanan pembelian bahan binaan. Hal ini menjelaskan bahawa penjadualan bahan binaan merupakan salah satu cara yang digunakan untuk

(55)

39

menentukan tarikh bagi memudahkan pesanan bahan binaan dibuat dan yang akan digunakan bagi setiap projek pembinaan yang berjalan berdasarkan jadual.

Penjadualan bahan binaan ini digunakan oleh sesetengah kontraktor kerana cara ini dapat melancarkan permintaan bahan binaan dan juga untuk mengelakkan kelewatan memesan bahan binaan yang diperlukan. Jika kelewatan bahan binaan ini berlaku menyebabkan kerja di tapak bina tidak dapat berjalan dan secara langsung memberi kerugian kepada pihak kontraktor.

Menurut Wyatt (1991) juga, tujuan utama penjadualan bahan binaan ini adalah untuk memantau keperluan bahan binaan semasa projek pembinaan berjalan. Selain itu juga, penjadualan bahan binaan ini digunakan untuk meminimumkan perubahan kerja yang mungkin berlaku dalam memenuhi keperluan bahan binaan.

2.5.2.3.Lukisan dan Spesifikasi

Menurut William et al (1986), lukisan mewakili keseluruhan perkara yang penting yang mana menyampaikan segala kehendak klien terhadap pembinaan yang diinginkan. Lukisan ini sangat penting kepada jurukur bahan untuk membuat anggaran awalan pembinaan, kepada kontraktor dan sub-kontraktor sebagai rujukan pembinaan. Setiap lukisan yang disediakan hendaklah jelas, teratur bagi memastikan maklumat yang diperlukan dapat difahami oleh pihak tersebut. Menurut Hackett et al (2007) pula, menyatakan bahawa dengan adanya lukisan yang jelas akan mendorong kepada sesuatu projek pembinaan untuk berjalan lancar. Ini mununjukkan lukisan yang tidak lengkap akan mempengaruhi setiap pembinaan yang dilaksanakan.

(56)

Menurut Syed Abdul Haris dan Bushral Karim Md Yusob (2007), spesifikasi digunakan untuk menghuraikan segala penggunaan bahan dan kerja yang perlu dijalankan. Dalam spesifikasi juga akan menetapkan kualiti bahan yang perlu dipatuhi oleh kontraktor. Di peringkat pra-kontrak, dalam perbincangan dengan pihak klien, adalah penting untuk pemilihan awalan penggunaan peralatan, jenis dan kualiti bahan, dan juga tenaga manusia bagi memastikan projek pembinaan siap seperti tarikh yang telah ditetapkan. (Hackett et al, 2007). Pemilihan bahan ini yang dinyata dan diterangkan dalam spesifikasi lukisan.

Lukisan dan spesifikasi menunjukkan hampir kesemua kerja yang dilaksanakan bagi sesuatu projek dan adalah menjadi tanggungjawab jurukur bahan untuk memastikan tiada berlakunya penyalinan lukisan dan spesifikasi daripada projek-projek lepas (Cooper, 1945). Penyusunan kuantiti bahan di dalam senarai kuantiti adalah sama turutan dengan apa yang terdapat dalam lukisan dan spesifikasi yang mana bermula daripada kerja-kerja pengorekan dan berakhir dengan penyiapan. Ini menunjukkan lukisan dan spesifikasi adalah penting kepada jurukur bahan dalam membuat pengukuran kuantiti.

2.5.2.4.Program Kerja

Menurut Cooke dan Williams (2009), program kerja mesti menerangkan skop projek yang mana harus dikenalpasti bagi perkara yang perlu dan yang tidak perlu dimasukkan. Skop kerja di dalam program kerja juga perlu diurus dengan efektif bagi memastikan setiap kerja yang dijalankan di tapak bina dapat berjalan dengan lancar.

Menurut Stukhart (1995), program kerja merupakan pengenalpastian bahan binaan bagi sesuatu projek termaksudlah nombor kod bahan, penerangan, spesifikasi, unit pemgukuran, kuantiti dan kod ringkas bagi mempercepatkan proses pembinaan.

(57)

41

Program kerja yang disediakan adalah berdasarkan kepada prosedur kerja dan sumber yang diperlukan untuk menunjukkan masa keseluruhan yang diperlukan untuk sesuatu pembinaan, turutan dan fasa-fasa kerja sesuatu projek (Ahamad Abdullah, 2006). Satu plan induk secara kasar akan disediakan diikuti dengan program kerja yang lebih terperinci.

Menurut Wyatt (1991), penggunaan kaedah lain seperti penjadualan bahan binaan banyak membawa kesan kepada kerja pembinaan yang dilaksanakan. Antara masalah yang timbul dengan menggunakan penjadualan bahan binaan ialah kuantiti bahan binaan tidak mencukupi, jenis bahan binaan yang tidak tepat dan juga bahan tertinggal dalam senarai pembelian. Dengan timbulnya masalah-masalah ini akan mengganggu perjalanan projek pembinaan yang sedang dilaksanakan. Hal ini kerana, akan menyebabkan kerja tidak dapat dijalankan kerana ketiadaan atau ketidakcukupan bahan binaan.

2.6 Rumusan Bab

Jurukur bahan merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam membuat pengukuran kuantiti dan menyediakan kontrak-kontrak yang berkaitan dengan projek pembinaan yang dilaksanakan. Pengukuran yang baik akan memudahkan kontraktor untuk melakukan pembinaan dengan lancar. Hal ini kerana memudahkan mereka menggunakan kuantiti tersebut terutamanya dalam pembelian bahan binaan daripada pembekal bahan. Sekiranya pihak kontraktor tidak bersetuju dengan kuantiti yang disediakan jurukur bahan, pelbagai alternatif lain akan digunakan oleh pihak kontraktor bagi mengelakkan pihak mereka kerugian. Hal ini kerana, kontraktor lebih mementingkan keuntungan bagi pihak mereka.

Referensi

Dokumen terkait

Ada hubungan yang lemah antara status gizi dengan Kejadian Infeksi Saluran Pernapasan Akut (ISPA) pada Bayi Umur 3 - 6 Bulan di Puskesmas Ranomeeto Kabupaten

dilakukan oleh Leli dan Barbara (2011). Dalam penelitiannya menjelaskan bahwa keputusan pendanaan tidak berpengaruh terhadap nilai perusahaan. Dalam penelitian tersebut juga

[r]

Melihat potensi dari mikroalga yang sangat menjanjikan, maka telah dilakukan penelitian untuk mengisolasi beberapa spesies mikroalga laut yang dikumpulkan dari laut Pantai

Berdasarkan hasil penelitian dan analisis data yang telah dilakukan, dapat diambil kesimpulan sebagai berikut: (1) Terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi

Selain itu, dengan uji Mann-Whitney dihasilkan bahwa tidak ada perbedaan signifikan antara nilai asupan panas kompor gas dua tungku yang diperoleh dari penjumlahan

juncea, namun hasil panen yang optimum ditunjukkan pada perlakuan kombinasi pupuk kandang kambing 10 t ha-1 dengan pupuk hijau C.. Hasil panen tomat sebesar 19,06 t ha-1 tidak

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui penerapan pembelajaran konstruktisme model jigsaw dalam meningkatkan kreatifitas belajar pada mata pelajaran Ilmu Pengetahuan Sosial