Kelas sosial
Secara geografinya, etnik Cina kebiasaannya tinggal di kawasan bandar terutama bandar-bandar besar di Malaysia termasuklah Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Selangor. Ini terbias daripada dasar penjajahan lampau British yang mengamalkan dasar pemerintahan ‘pecah dan perintah’. Oleh sebab itu, Etnik ini mempunyai peluang pendidikan yang lebih baik berbanding kaum-kaum lain seperti Melayu yang tinggal di kawasan persisir pantai dan pedalaman serta etnik India yang tinggal di ladang-ladang dan estet. Seperti yang kita sedia maklum, isu pendidikan dari aspek prasarana lebih dititik beratkan di kawasan bandar. Selalunya, sekolah-sekolah di kawasan bandar dilengkapi dengan peralatan belajar yang lebih lengkap berbanding di luar bandar. Ini memberi kelebihan bukan sahaja penduduk di kawasan bandar tetapi juga dari segi etnik yang dirujuk iaitu etnik Cina. Di pedalaman yang rata-rata diduduki oleh etnik Melayu, mereka kurang diberi pendedahan peluang pendidikan yang baik. Oleh sebab itu, mereka hanya menganggap pendidikan ini hanyalah sekadar menulis, membaca dan mengira (3M). Setelah penguasaan asas tersebut tercapai, mereka akan lebih berminat untuk menyambung legasi ibu bapanya seperti menangkap ikan, menjual di kedai runcit dan sebagainya.
Etnik Cina mempunyai advantage kerana secara umumnya, penguasaan ekonomi masih lagi berada di tangan mereka. Oleh itu, mereka mempunyai pendapatan bulanan yang lebih besar berbanding kaum-kaum lain di Malaysia. Oleh sebab itu, mereka dapat menghantar anak-anak ke sekolah. Malah, mereka yang hartawan pula sanggup menghantar mereka ke sekolah yang lebih baik berbanding sekolah kerajaan. Mengikut siaran berita Al-jazeera pada 24 April 2009, etnik Cina di Johor Bahru sanggup menghantar anak mereka ke Singapura semata-mata kerana inginkan pendidikan yang lebih baik berbanding di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Dianggarkan lebih 5000 pelajar Malaysia bersekolah di Singapura dengan berulang alik ke sana setiap hari dengan merentasi sempadan kedua-dua buah negara. Ini menggambarkan mereka mempunyai kesungguhan yang tinggi serta ditampung pula dengan faktor kewangan yang baik. Sudah semestinya, kaum-kaum lain di Malaysia seperti Melayu dan India rata-rata kurang berkemampuan berbuat demikian kerana kita sedia maklum, pecahan pendapatan kedua-dua kaum tersebut jauh lebih rendah berbanding etnik Cina.
kebangsaan dan sekolah swasta. Tumpuan utama kerajaan semestinya kepada sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan di mana setiap tahun, peruntukan yang besar diberikan kepada kedua-dua bentuk sekolah ini. Kewujudan sekolah jenis kebangsaan ini menyerlahkan lagi ketidaksamaan peluang pendidikan kepada setiap etnik di Malaysia.
Tidak dapat dinafikan konsep diskriminasi yang ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran, dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik lain masih menebal dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini. Ini tergerak dek perasaan prejudis dan saling membenci akibat kecelaruan politik semasa. Faktor ini menyumbangkan masalah semakin lebarnya jurang pendidikan bagi setiap etnik di Malaysia. Sebagai contoh, di peringkat IPT, wujud fenomena etnik Cina memberi nota yang diperoleh kepada kalangan etnik mereka sahaja. Begitu juga etnik Melayu dan sebagainya. Sebagai akibatnya, pasti terdapat perbezaan ketara keputusan peperiksaan akhir setiap etnik. Sememangnya, sikap diskrimasi dan prejudis ini melebarkan jurang ketaksamaan peluang pendidikan.
Jantina
Jurang ketidaksamaan peluang pendidikan antara jantina juga amat ketara. Lazimnya, kita mendengar sesuatu kursus yang ditawarkan di peringkat IPT sering dimonopoli oleh satu-satu jantina sahaja. Sebagai contoh perandingan, kursus kejuruteraan masih dimonopoli oleh lelaki manakala perempuan masih memonopoli hampir keseluruhan kursus di IPT termasuklah kursus perguruan. Ini jelas membuktikan bahawa ketaksamaan peluang pendidikan wujud dengan ketara di antara kedua-dua jantina ini.
Faktor ini disokong oleh minat atau interest satu-satu jantina itu. Kaum lelaki sememangnya sesuai serta menyukai sesuatu kursus yang mencabar dari segi fizikal, dan ini membuatkan kursus kejuruteraan menjadi monopoli mereka. Berbeza pula dengan perempuan yang lebih bersifat keibuan, mementingkan ilmu teori serta kurang terhadap aktiviti lasak, mereka pasti memilih kursus yang lebih feminin seperti bidang keguruan, kedoktoran serta kulinari.