PEMBINAAN KONSEP PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM: ANALISIS PEMIKIRAN MUHAMMAD SYUKRI SALLEH
Mohd Shukri Hanapi1
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia 11800 USM, Pulau Pinang E-mail: [email protected]
Abstrak
Artikel ini bertujuan menganalisis pemikiran Muhammad Syukri Salleh berhubung pembinaan konsep pembangunan berteraskan Islam (PBI). PBI di sini merujuk kepada proses pembangunan yang komprehensif, bersepadu dan seimbang. Ia melibatkan semua aspek kehidupan seseorang, baik di peringkat individu mahupun komuniti dan merangkumi aspek pembangunan rohani dan jasmani. Selain itu, ia juga lahir daripada pelaksanaan fungsi individu dalam kehidupan sebagai hamba Allah SWT dalam perspektif perhubungan menegak (habl min Allah) dan sebagai khalifah Allah SWT dalam perspektif hubungan mendatar (habl min al-Nas). Persoalannya, bagaimanakah konsep PBI itu dibina? Apakah acuan yang digunapakai dalam pembinaannya? Artikel ini akan cuba menjawab semua persoalan ini dengan menganalisis tiga perkara utama. Pertama ialah meneliti konsep PBI. Kedua pula ialah meninjau acuan pembinaan konsep PBI tersebut, manakala ketiga ialah menganalisis proses pembinaan konsep PBI. Ketiga-tiga perkara ini dibuat dengan memfokuskan perbincangan kepada pemikiran Muhammad Syukri Salleh. Bagi tujuan pengukuhan, pemikiran ini disokong oleh pandangan-pandangan pemikir Islam kontemporari yang lain. Semua pandangan ini ditinjau berdasarkan penulisan-penulisan yang sedia ada. Akhirnya artikel ini merumuskan bahawa pembinaan konsep PBI bermula dari akar umbinya lagi, iaitu tasawwur Islam diletakkan sebagai acuannya.
Abstract
The aim of this article is to analyse the thoughts of Muhammad Syukri Salleh regarding the formulation of the Islamic-based Development (PBI) concept. PBI here refers to the process of development that is comprehensive, integrated and balanced. It involves all aspects of a person’s life, whether at the individual level or at the community level and encompasses the spiritual and physical development. Besides, it also stems from the execution of an individual’s function in his life as a servant of Allah SWT from the vertical relationship perspective (habl min Allah) and as a khalifah of Allah SWT from the horizontal relationship perspective (habl min al-Nas). The question is how was the PBI concept formulated? What was the mould used in its formulation? This article tries to answer all these questions by analysing the three main components. First is to examine the PBI concept. Second is to assess the mould used in formulating the PBI concept, whereas the third is to analyse the process of formulating the PBI concept. These three components are carried out with the discussion focused on the thoughts of Muhammad Syukri Salleh. For the purpose of reinforcement, these thoughts are supported by the views of other contemporary Muslim thinkers. All these views are assessed based on present writings. Finally this article puts forward that the formulation of the PBI concept starts from the very core roots, that is, the Islamic tasawwur which is made as its mould.
PENGENALAN
PBI secara relatif merupakan satu disiplin ilmu yang baru. Ia muncul sekitar tahun-tahun 70-an yang lalu (Muhammad Syukri Salleh, 2001a:1 & 4, 2002:3). Menurut Muhammad Syukri Salleh (2002:1-3), terdapat dua faktor utama yang mendorong kemunculan ilmu PBI ini. Faktor pertama ialah timbulnya kesedaran dalam kalangan umat Islam sendiri berikutan daripada kebangkitan semula Islam2 sekitar akhir tahun-tahun 60-an dan awal
tahun-tahun 70-an. Hasil daripada kesedaran tersebut, komitmen umat Islam terhadap Islam semakin meningkat dan kukuh. Malahan usaha-usaha serius mula dilakukan agar ajaran-ajaran Islam dapat dipraktikkan dalam semua aspek kehidupan umat Islam3.
Faktor kedua pula ialah kemelut-kemelut pembangunan yang semakin memuncak pada ketika itu. Misalnya, muncul di seluruh dunia isu-isu seperti kemiskinan yang bertambah meruncing, pengangguran, penyalahgunaan kuasa, rasuah, inflasi, krisis hutang dan masalah pergantungan yang semakin meningkat, jurang pendapatan dan keadilan sosioekonomi yang bertambah ketara, kemerosotan ekologi dan keruntuhan akhlak semakin mencapai tahap yang membimbangkan (Mohd. Kamal Hasan, 1988:249 & 1990:3; Saiful Azhar Rosly, 1992:82; Fadzila Azni Ahmad, 2008:3). Dalam merumuskan pandangan Shujaat A. Khan (1998:10), Fadzila Azni Ahmad (2008:3) menjelaskan bahawa walaupun pelbagai pendekatan dan dasar telah diterapkan, namun matlamat pembangunan yang diharapkan masih tidak berjaya dicapai. Hal ini mendorong umat Islam terutamanya para cendekiawan berfikir semula tentang bentuk dan kaedah pembangunan yang seharusnya dilaksanakan (Muhammad Syukri Salleh, 2002:1; Fadzila Azni Ahmad, 2008:3).
Inilah dua faktor utama yang menjadi antara pendorong kepada lahir PBI pada tahun-tahun 70-an yang lalu. Walaupun ia baru berusia lebih kurang tiga dekad, namun perkembangannya kelihatan agak pesat. Perkembangan disiplin ilmu PBI ini jelas dilihat sekurang-kurangnya dalam dua aspek. Pertama, aspek perbendaharaan ilmunya yang sepadu dan holistik; dan kedua pula, aspek pelaksanaannya secara praktikal4 (Muhammad Syukri Salleh, 2002:8; Fadzila Azni Ahmad, 2008:3-4).
Sebagai ilmu yang baru, sudah tentu ia boleh diperkemaskan dan digilapkan lagi. Setakat tinjauan penulis, didapati ilmu PBI ini telah diperkemaskan dan digilapkan oleh seorang tokoh pemikir Islam kontemporari, iaitu Muhammad Syukri Salleh5. Beliau 3 Untuk perincian tentang perkara ini lihat Muhammad Syukri Salleh (2002:3-7).
4 Untuk huraian terperinci tentang kedua-dua aspek ini lihat Muhammad Syukri Salleh (2002:3-11) dan Fadzila Azni Ahmad (2008:4-5).
boleh dikatakan seorang tokoh pemikir ilmu PBI terulung di Malaysia khususnya dan di rantau Nusantara umumnya. Beliau dilihat telah berusaha membina kembali ilmu PBI supaya ia benar-benar lahir dari acuan Islam itu sendiri. Menurut Muhammad Syukri Salleh (2003a:21-22), sesuatu pembangunan itu tidak boleh dikatakan PBI jika ia lahir dari acuan bukan Islam atau secara campur aduk antara acuan Islam dengan bukan Islam. Sebenarnya inilah usaha untuk membina ilmu PBI yang tulen dan hakiki.
Persoalannya, bagaimanakah ilmu PBI itu dibina menurut pemikiran Muhammad Syukri Salleh ini? Apakah acuan Islam yang beliau gunakan? Untuk menjawab persoalan ini, maka perbincangan dalam artikel ini akan memfokuskan kepada proses pembinaan konsep PBI menurut pandangan pemikir PBI Muhammad Syukri Salleh.
Secara keseluruhannya, perbincangan dalam makalah ini terbahagi kepada empat bahagian utama. Bahagian pertama membincangkan tentang konsep PBI. Bahagian kedua pula menyentuh tentang acuan PBI menurut pemikiran Muhammad Syukri Salleh, iaitu tasawwur Islam. Bahagian ketiga memuatkan analisis tentang bagaimana Muhammad Syukri Salleh membina konsep PBI berdasarkan acuan tasawwur Islam. Akhir sekali merupakan bahagian penutup dan rumusan daripada keseluruhan perbincangan dalam makalah ini.
KONSEP PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM
Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, Muhammad Syukri Salleh telah cuba membina ilmu PBI. Dalam usaha pembinaan ini, Muhammad Syukri Salleh (2002:49, 2003b:5, 2004:370) telah memulakan dengan mendefinisikan semula ilmu PBI itu agar ia lebih jitu, komprehensif dan mempamerkan ia perlu bermula dari akar umbinya sendiri. Akar umbi yang dimaksudkan oleh Muhammad Syukri Salleh ialah tasawwur
Islam. Menurut beliau, PBI merujuk kepada satu proses pembangunan yang komprehensif, bersepadu dan seimbang. Ia melibatkan semua aspek kehidupan seseorang, baik di peringkat individu mahupun komuniti. Ia merangkumi aspek
pembangunan rohani dan jasmani. Ia juga lahir daripada pelaksanaan fungsi individu dalam institusi sebagai hamba Allah SWT dalam perspektif perhubungan menegak (habl min Allah) dan khalifah Allah SWT dalam perspektif hubungan mendatar (habl min al-Nas). Sebenarnya, ini merupakan definisi awal PBI yang telah dikemukakan oleh Muhammad Syukri Salleh. Ketika ini ia masih kurang mendalam. Beberapa aspek dalam definisi ini, seperti ungkapan pembangunan yang komprehensif, merangkumi aspek rohani dan jasmani, dan melibatkan semua aspek kehidupan seseorang pernah dikemukakan oleh Aidit Ghazali (1990:21) dan kemudian oleh Hussain Othman dan Abdullah Sulaiman (2007:3).
Selepas itu, Muhammad Syukri Salleh (2000b, 2002, 2003b, 2004) telah berusaha mengemukakan huraian mendalam dan komprehensif tentang maksud PBI berbanding pengertian awal di atas. Menurut Fadzila Azni Ahmad (2008:31), penghuraian Muhammad Syukri Salleh tentang maksud PBI ini boleh dilihat dengan jelas dalam tiga aspek utama, iaitu aspek tasawwur, epistemologi dan ontologi6.
Dari aspek tasawwur, Muhammad Syukri Salleh (2002:57, 2003a:21) menjelaskan bahawa PBI mestilah lahir daripada tasawwur Islam. Menurut beliau lagi, terdapat tiga asas utama dalam tasawwur Islam. Pertama, Allah SWT adalah Pencipta. Kedua, pelaku pembangunan adalah makhluk. Ketiga, peralatan pembangunan juga adalah makhluk. Ketiga-tiga asas inilah merupakan acuan yang membentuk PBI. Dari aspek epistemologi pula, Muhammad Syukri Salleh (2001a:17 & 27, 2002:21-29) menghuraikan bahawa ilmu PBI merangkumi kesepaduan antara ilmu daruri dengan ilmu nazari, dalil-dalil
‘aqli dengan dalil-dalil naqli, ilmu fard ‘ayn dan ilmu fard kifayah. Manakala dari aspek ontologi pula, Muhammad Syukri Salleh (2001a:12-13, 2002:8 & 67) menekankan bahawa inti pati PBI melibatkan pembangunan spiritual dan material, akal dan hati, ilmu dan amal, perkaedahan saintifik dan perkaedahan metafizik. Ia juga merupakan gabungan bersepadu disiplin-disiplin ekonomi, politik, kewangan, sosiologi, psikologi, antropologi, falsafah, perundangan dan sebagainya.
Setakat tinjauan penulis, tidak ditemui satu pun definsi PBI yang mendalam dan komprehensif sebagaimana yang dikemukakan oleh Muhammad Syukri Salleh ini. Jika adapun, kebanyakannya hanya memberi penekanan kepada aspek ontologi sahaja. Misalnya, Ataul Huq Pramanik (1998:xi), Surtahman Kastin Hasan (1992:238) dan Surtahman Kastin Hasan dan Sanep Ahmad (2005:320) yang sekadar mendefinisikan PBI sebagai sistem pembangunan yang komprehensif dan merangkumi aspek-aspek moral, kerohanian dan kebendaan. Definisi ringkas ini kemudiannya diperincikan pula oleh Mohd. Kamal Hasan (1988:251) sebagai suatu kegiatan yang berorientasikan nilai dan matlamat penyempurnaan kesejahteraan manusia dalam semua aspek itu. Aspek moral dan kebendaan, ekonomi dan sosial, kerohanian dan fizikal tidak boleh dipisah-pisahkan. Matlamatnya bukan sekadar mendapat kesejahteraan di dunia, malah ingin melihat kesejahteraan itu berterusan sehingga ke hari akhirat. Selain itu, Sadeq al-Mahdi (1996:25) mendefinisikan PBI sebagai proses komprehensif yang melibatkan semua aspek kehidupan seseorang individu mahupun sesebuah komuniti dengan tujuan untuk memenuhi matlamat penciptaan manusia itu sendiri (disebut dalam Fadzila Azni Ahmad, 2008:108).
Begitulah juga dengan Wan Mohd Nor Wan Daud (2005:21). Beliau tidak memberi penekanan kepada aspek tasawwur dan epistemologi Islam, bahkan dilihat lebih memfokuskan perbincangannya tentang penggunaan istilah islah untuk makna PBI sahaja. Dalam hal ini, beliau menjelaskan bahawa penggunaan istilah islah7 dapat menjelaskan makna PBI yang sebenar, sama ada dari segi etimologi mahupun dari segi konsepnya. Berdasarkan makna yang terkandung dalam perkataan islah ini, Wan Mohd Nor Wan Daud (2005:21-22) menjelaskan PBI sebagai menghasilkan kebaikan dari semua segi dan dalam semua jenis kegiatan manusia serta menghapuskan nilai-nilai negatif (fasad) dari pelbagai sudut dan jenis kegiatan manusia8. Sehubungan itu, Wan
7 Islah merupakan perkataan Arab. Ia merupakan bermaksud perbuatan ke atas seseorang atau sesuatu yang membuatnya baik, betul, teratur, adil, sesuai dengan segala nilai yang tinggi (Wan Mohd Nor Wan Daud, 2005:21).
orang-Mohd Nor Wan Daud (2005:21) merumuskan setiap tindakan sama ada maju ke depan atau mundur ke belakang, bertambah atau berkurang, aktif bergerak atau tetap adalah dianggap PBI sekiranya ia dapat menghasilkan kebaikan dan keadilan dalam berbagai segi. Malah PBI dengan makna islah ini juga memberi maksud meruntuhkan dan menghapuskan, seperti meruntuhkan kezaliman dan menghapuskan kejahilan. Hal ini merupakan intisari pembangunan sebenar yang tidak terdapat dalam jaringan makna istilah pembangunan.
Selain perbincangan tentang penggunaan istilah islah untuk menjelaskan makna PBI, terdapat juga perbincangan tentang istilah lain yang digunakan untuk tujuan yang sama. Misalnya, Fathi Yakan (2002:47) yang menggunakan istilah al-Tanmiyyah (peningkatan, kebangkitan dan pertumbuhan) untuk menjelaskan erti PBI. Berdasarkan makna yang terkandung dalam istilah al-Tanmiyyah ini, Fathi Yakan (2002:47) menjelaskan bahawa PBI sebagai peningkatan, kebangkitan dan pertumbuhan dalam semua aspek kehidupan seperti peningkatan keimanan, keilmuan, beribadah, akhlak, dakwah, kebajikan dalam masyarakat, pengeluaran dan pengurusan. Demikian ini kerana sifat kehidupan ini sentiasa berubah-ubah dan tidak statik. Meskipun begitu, Wan Mohd Nor Wan Daud (2005:14-15) tidak bersetuju dengan penggunaan istilah al-Tanmiyyah untuk menjelaskan erti PBI. Hujahnya ialah istilah al-Tanmiyyah yang bermakna peningkatan dan pertumbuhan itu tidaklah sentiasa memberi erti bahawa ianya sentiasa membawa ke arah kebaikan. Hal ini diumpamakan dengan jasad manusia yang tidak sentiasa tumbuh dan berkembang besar. Pada suatu ketika ia akan mencapai satu tahap kelemahan, khususnya ketika sampai usia tua.
Kedua-dua penulis ini, Wan Mohd Nor Wan Daud (2005) dan Fathi Yakan (2002) lebih memperdebatkan tentang istilah yang sesuai digunakan untuk PBI. Mereka langsung tidak membincangkan tentang acuan PBI sebagaimana yang telah diketengahkan oleh Muhammad Syukri Salleh.
Berdasarkan perbincangan di atas, didapati definisi PBI yang dikemukakan oleh Muhammad Syukri Salleh (2001a, 2002, 2003a) cukup mendalam dan komprehensif. Ia jelas berlandaskan kepada akar umbi Islam, yakni aspek tasawwur dan epistemolgi Islam. Justeru, definisi Muhammad Syukri Salleh itulah yang akan diguna pakai dalam makalah ini.
ACUAN PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM
Definisi PBI yang dikemukakan oleh Muhammad Syukri Salleh (2000b, 2002, 2003b, 2004) sebelum ini jelas mempamerkan tasawwur diletakkan sebagai acuan kepada pembinaan konsep PBI. Dalam erti kata lain, konsep PBI lahir dari acuan tasawwur
Islam ini. Menurut pandangan Muhammad Syukri Salleh (2003a:21, 2003b:15), PBI sama sekali tidak boleh muncul daripada tasawwur lazim yang lahir daripada pemikiran Barat. Hujah beliau ialah epistemologi ilmu Islam9 itu sendiri adalah jauh berbeza dari epistemologi ilmu pembangunan lazim. Epistemologi ilmu pembangunan lazim berakar umbi dari pemikiran (‘aql) Barat10 semata-mata, manakala epistemologi ilmu Islam berakar umbi daripada empat sumber utama, yakni al-Qur’an, hadis, ijmak dan qiyas. Keempat-empat sumber ini membentuk satu tasawwur Islam yang jauh berbeza dari
tasawwur lazim. Malah ia menjadi asas kepada pembentukan ilmu PBI (Muhammad
9 Epistemologi ilmu Islam berdiri atas asas sumber naqli, iaitu wahyu dan tidak menolak faktor ‘aqli (akal) yang berasaskan penyuburan akal dan perkembangan pemikiran. Dalam perkataan lain, epistemologi ilmu dalam Islam terbentuk dalam acuan yang sepadu (Sidek Baba, 2006:187).
Syukri Salleh, 2003a:21). Dalam erti kata lain, ilmu PBI terbentuk daripada gabungan antara dalil-dalil ‘aqli yang berdasarkan epistemologi dan tasawwur Islam dengan dalil-dalil naqli daripada al-Qur’an dan hadis (Muhammad Syukri Salleh, 2003b:15).
Secara lebih jelas, Muhammad Syukri Salleh menggilap ilmu PBI dengan membinanya semula atas acuan tasawwur dan epistemologi Islam. Dalam hal ini ia berlandaskan kepada keyakinan bahawa Allah SWT adalah Pencipta, manakala manusia dan alam semesta adalah makhluk. Semua perkara ini bertunjangkan pula kepada epistemologi Islam yang sumber utamanya ialah al-Qur’an dan hadis di samping sumber sokongan iaitu ijmak dan qiyas ulamak. Ertinya, PBI dibina bermula akar umbi Islam. Ia dibentuk dari dalam falsafah dan kerangka Islam sendiri.
TASAWWUR ISLAM DAN ELEMEN-ELEMEN ASASNYA
Menurut pandangan Muhammad Syukri Salleh (2003a:21, 2008:2), tasawwur Islam yang diletakkan sebagai acuan dalam pembinaan konsep PBI merujuk kepada gambaran bentuk Islam yang hakiki, yang menjelaskan secara keseluruhan prinsip-prinsip asas Islam secara benar dan lengkap, sehingga bersebati di dalam diri orang yang memahaminya. Maksud tasawwur Islam yang dikemukakan oleh Muhammad Syukri Salleh (2003a & 2008) ini bukanlah merupakan sesuatu yang baru. Sebelum ini, sudahpun terdapat beberapa penulis lain yang mengemukakan definisi tasawwur Islam yang sama, misalnya Haron Din (1992:3), Mohd. Kamal Hassan (1993) dan Ramli Awang (1997:6). Menurut mereka, tasawwur Islam ialah gambaran atau penjelasan yang komprehensif dan benar mengenai Islam.
Islam yang lain11. Sebilangan tokoh pemikir Islam lain seperti al-Mawdudiy (1985), Abdullah Yasin (1990), Abdul Halim El-Muhammady (1992), Ramli Awang (1997), M. Umer Chapra (1992 & 1996), Muhammad Nasri Md Hussain dan Ab. Aziz Yusof (2005), dan Ahmad Mohd Salleh (2004) turut mengemukakan ketiga-tiga elemen asas yang sama dalam karya-karya mereka.
Dalam kalangan tokoh pemikir Islam ini, M. Umer Chapra (1992:201-213, 1996:6-7) memiliki pandangan yang sedikit berbeza daripada Muhammad Syukri Salleh. Menurut beliau, tiga elemen asas tasawwur Islam itu ialah tawhid, khalifah, dan ‘adalah
(keadilan). Walau bagaimanapun, jika disesuaikan dengan elemen-elemen asas
tasawwur Islam yang dikemukakan oleh Muhammad Syukri Salleh, didapati elemen
tawhid termasuk dalam elemen asas yang pertama, yakni Allah SWT sebagai Pencipta. Manakala khalifah termasuk dalam elemen asas yang kedua, yakni manusia sebagai hamba dan khalifah Allah SWT.
Berbezanya di sini ialah M. Umer Chapra (1992:201-213 & 1996:6-7) meletakkan keadilan sebagai elemen asas yang ketiga dan bukannya hubungan dengan alam semesta sebagaimana yang telah dikemukakan oleh Muhammad Syukri Salleh dan beberapa pemikir Islam lain. Mengikut M. Umer Chapra (1992:209, 1996:8), penegakan keadilan dan penghapusan segala bentuk ketidakadilan ialah misi utama yang ingin dicapai oleh para Rasul Allah (al-Hadid, 57:25)12 kerana al-Qur’an menempatkan keadilan itu sebagai sesuatu yang paling hampir dengan ketakwaan (al-Ma’idah, 5:8)13. Jelaslah bahawa
11 Misalnya, elemen-elemen asas tasawwur Islam yang dikemukakan oleh Qutb (1965 & 1988) ialah uluhiyyah (ketuhanan) dan rububiyyah (perhambaan); al-Zayn (1989) ialah bersumberkan dari wahyu Allah SWT, berdasarkan konsep al-Din (agama) dan seimbang antara material dan fizikal; dan Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1996) pula ialah konsep tentang hakikat Tuhan, konsep tentang wahyu (al-Qur’an), konsep tentang penciptaan, konsep tentang hakikat kejiwaan manusia, konsep tentang ilmu, konsep tentang agama, konsep tentang kebebasan, konsep tentang nilai dan kebjikan dan konsep tentang kebahagiaan. Untuk perincian tentang perkara ini lihat Mohd Shukri Hanapi (2010).
12 Allah SWT berfirman yang bermaksud “Demi sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat-mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan.”
13
ketakwaan ialah nilai atau sifat yang paling penting kerana ia berfungsi sebagai pendorong bagi semua amalan baik termasuklah menegakkan keadilan.
Meskipun M. Umer Chapra (1992:209 & 1996:8) tidak menzahirkan hubungan dengan alam semesta sebagai salah satu elemen asas tasawwur Islam, namun beliau membincangkan elemen ini dalam elemen asas yang kedua, yakni manusia sebagai hamba dan khalifah Allah SWT di muka bumi. Apabila manusia ditugaskan sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi, maka sudah tentu ia bukan sahaja dipertanggungjawabkan untuk mengurus manusia, malah termasuk juga mengurus alam semesta yang dianugerahkan oleh Allah SWT.
Sebenarnya, Muhammad Syukri Salleh sekadar menyebut sahaja ketiga-tiga elemen asas
tasawwur Islam itu sebagai matan. Setakat ini, beliau belum lagi memperincikan secara satu persatu elemen-elemen tersebut dengan lebih mendalam. Justeru, dalam memperincikan elemen asas tasawwur Islam yang pertama sebagaimana yang dikemukakan oleh Muhammad Syukri Salleh sebelum ini, yakni hubungan dengan Allah SWT sebagai Pencipta, penulis-penulis seperti al-Mawdudiy (1985:2), M. Umer Chapra (1992:202 & 1996:6), Abdul Halim El-Muhammady (1992:5), dan Muhammad Nasri Md Hussain dan Ab. Aziz Yusof (2005:29) menyatakan bahawa Allah SWT merupakan Pencipta, Penguasa dan Pemilik seluruh alam semesta, mencipta manusia dan menyediakan baginya tempat tinggal sementara di muka bumi. Tiada sesuatu pun yang menyamai dan dapat menyaingi-Nya. Lagipun setelah mencipta alam, Allah SWT tidak membiarkannya begitu sahaja, sebaliknya terus menerus mengurus hal ehwal alam yang diciptakan-Nya itu (Yunus, 10:3)14. Menurut Muhammad Syukri Salleh (2002:56), hubungan yang wujud antara manusia (hamba) dengan Allah SWT (Pencipta) ini adalah berbentuk hubungan menegak.
melakukan keadilan. Hendaklah kami berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.”
Menurut Ahmad Mohd Salleh (2004:22) pula, semua ini merupakan hakikat ketuhanan yang wajib diimani dan diyakini oleh setiap insan. Lagipun hakikat hubungan antara manusia dengan Allah SWT ini merupakan konsep rububiyyah dan uluhiyyah Allah SWT. Segala urusan diserahkan kepada Allah SWT yang mencipta manusia dan seluruh alam semesta. Dalam hal ini, Abdullah Yasin (1990:87) dan Ramli Awang (1997:15) menyatakan sekiranya keimanan seseorang kepada hakikat ketuhanan ini tidak menepati kehendak uluhiyyah, ia akan menjadi seperti akidah orang-orang kafir. Golongan musyrikin tersebut hanya beriman dengan rububiyyah Allah SWT, tetapi mereka tidak beriman dengan uluhiyyah Allah SWT, yakni tidak mengabdikan diri kepada-Nya. Untuk menjelaskan tasawwur akidah kaum musyrikin terhadap Allah SWT. sebagai Pencipta, Ramli Awang (1997:15-16) dan Abdul Halim El-Muhammady (1992:5) bersandarkan kepada beberapa firman Allah SWT, antaranya ialah daripada Surah al-‘Ankabut (29:62-63)15, Yunus (10:31)16 dan al-Zukhruf (43:87)17.
Dalam menjelaskan tasawwur akidah kaum musyrikin berdasarkan kedua-dua ayat di atas pula, Abdullah Yasin (1990:87) dan Abdul Halim El-Muhammady (1992:5) menyatakan meskipun kaum musyrikin mempercayai tentang kewujudan Allah SWT dan meyakini bahawa Allah SWT yang menjadikan keseluruhan alam, menurunkan hujan, memberikan rezeki, menghidupkan dan mematikan, namun mereka tetap dianggap kufur kerana mereka masih menggunakan perantaraan dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT; peraturan dan pentadbiran mereka tidak diambil daripada hukum serta ketetapan Allah SWT; nilai-nilai hidup, budaya, sosial, ekonomi dan sebagainya
15 Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan sekiranya kamu bertanyakan kepada mereka itu (golongan musyrik): Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan? Tentu mereka akan menjawab: Allah. Dan sekiranya kamu bertanyakan kepada mereka: Siapakah yang menurunkan air dari langit (hujan) lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya? Tentu mereka akan menjawab: Allah”.
16Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Bertanyalah kepada mereka yang musyrik itu, siapakah yang memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup daripada yang mati, dan mengeluarkan makhluk yang mati daripada yang hidup? Dan siapakah yang mentadbirkan sekalian alam? (dengan pertanyaan-pertanyaan itu) mereka akan menjawab, ‘Allah’. Oleh itu, katakanlah mengapa kamu tidak mahu bertakwa”.
tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar; dan menjadikan nafsu sebagai ukuran dalam melakukan sesuatu perkara. Justeru, tasawwur akidah seseorang Muslim terhadap Allah SWT hendaklah merangkumi kedua-dua konsep ketuhanan, iaitu konsep rububiyyah dan
uluhiyyah. Seseorang hamba itu tidak dianggap beriman selagi tasawwur akidahnya terhadap Allah SWT hanya sekadar beriman dengan konsep rububiyyah sahaja atau sebaliknya. Dengan keyakinan tauhid ini, yakni tauhid rububiyyah dan uluhiyyah, maka tempat pergantungan, perlindungan, penghormatan dan pengabdian manusia hanya kepada Allah SWT semata-mata (al-Fatihah, 1:5).18
Berhubung elemen asas yang kedua pula, iaitu manusia sebagai hamba dan khalifah Allah SWT, Muhammad Syukri Salleh (2002:56, 2003a:31) menjelaskan hubungan ini adalah berbentuk hubungan mendatar. Menurut, M. Umer Chapra (1992:202-208), Abdul Halim El-Muhammady (1992:8) dan Mardzelah Makhsin (2003:73-74), meskipun begitu, ia sama sekali tidak boleh terpisah daripada hukum Allah SWT kerana tunjang kepada hubungan sesama manusia ini adalah berasaskan kepada hubungan antara manusia dengan Allah SWT melalui disiplin kerohanian. Kalau dalam peribadatan khusus manusia sentiasa terikat dengan ingatan kepada Allah SWT dan hukum-Nya, maka begitu juga apabila ia berada dalam masyarakat sebagai pelaku PBI, ikatan perhubungan itu masih wujud, cuma bentuknya sahaja berbeza. Oleh itu, manusia perlu mempertahankan statusnya sebagai hamba (al-Dhariyat, 51:56)19 dan khalifah di muka bumi (al-Baqarah, 2:30)20 dengan beribadah kepada Allah SWT.
Menurut Muhammad Syukri Salleh (2002:56, 2003a:15), seperti juga pernah dikemukakan oleh Ab. Aziz Mohd Zin (1995:211-217), kedudukan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah SWT ini membuatkan manusia selaku pelaku PBI mempunyai falsafah dan fungsi yang berbeza dengan pembangunan lazim. Sebagai hamba Allah
18 Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai di hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan”.
19 Firman Allah SWT yang bermaksud “Dan (Ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku”.
SWT pelaku pembangunan dalam PBI tidak putus hubungannya dengan Allah SWT (habl min Allah). Mereka terlibat dengan aktiviti pembangunan sebagai salah satu cara mengabdikan diri atau beribadah kepada Allah SWT. Dalam melakukan ibadah ini, mereka terus menerus mempertahankan rasa kehambaan kepada Allah SWT. Dalam erti kata lain, sebagai pelaku PBI mereka tidak terikat dengan aspek-aspek ekonomi yang dinilai dengan ukuran produktiviti, pengeluaran dan kepenggunaan semata-mata, sebagaimana yang difahami dalam pembangunan lazim. Sebagai khalifah Allah SWT pula, mereka menghubungkan diri sesama manusia dan sumber-sumber alam (habl min al-Nas). Mereka berinteraksi sesama manusia dan sumber alam dengan penuh rasa tanggungjawab, amanah, berakhlak dan penuh beretika. Hal ini sesuai dengan peranan mereka sebagai khalifah Allah SWT yang ditugaskan untuk memakmurkan muka bumi ini (al-An‘am, 6:16521 & Yunus, 10:1422).
Dalam menjalankan tugas sebagai hamba dan khalifah di muka bumi, al-Mawdudiy (1985:2-3) menjelaskan manusia tidak bebas dari sebarang peraturan. Mereka ditempatkan di muka bumi ini buat sementara waktu sahaja. Pada suatu masa nanti ia akan dikembalikan kepada Pemiliknya (Allah SWT) untuk diadili. Segala-galanya bergantung kepada sejauh mana amanah yang dilaksanakannya ketika berada di alam dunia.
Dalam menghuraikan elemen asas yang ketiga, yakni alam semesta sebagai makhluk, M. Umer Chapra (1992:205), Md Zawawi Abu Bakar (2003:80-81), dan Muhammad Nasri Md Hussain dan Ab. Aziz Yusof (2005:31) menyatakan bahawa Allah SWT merupakan Pencipta23 dan Pemilik mutlak24 alam semesta ini. Manakala manusia pula 21 Firman Allah SWT yang bermaksud “Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan sesetengah kamu atas sesetengah yang lain beberapa darjat, kerana ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu”.
22 Firman Allah SWT yang bermaksud “Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) sebagai khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan berbentuk kelakuan dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan”.
23 Untuk pembuktian bahawa Allah SWT Pencipta alam ini, lihat Surah al-Baqarah, 2:21-22, 29 & 164; Ali ‘Imran, 3:27; al-’An‘am, 6:1-3, 101-102 & 141; al-Anbiya’, 21:30-33.
al-dipertanggungjawabkan sebagai pengurus kepada sumber alam. Kedudukannya sebagai khalifah telah mengangkat manusia ke status yang lebih mulia dan tinggi di alam ini (al-Isra’, 17:70)25.
Berhubung perkara ini, Abdul Halim El-Muhammady (1992:5-6), seperti juga Muhammad Syukri Salleh (2003a:63) menyatakan Allah SWT memberikan sumber alam itu untuk kegunaan dan kemudahan manusia26, agar dengan itu manusia sedar tentang sifat Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Meskipun begitu, manusia tetap terikat dengan peraturan dan batasan yang telah ditentukan oleh Allah SWT (al-Jathiyah, 45:13)27 dalam meneroka dan menggunakan sumber alam ciptaan-Nya. Inilah persepsi PBI terhadap alam semesta atau lebih dikenali sebagai sumber alam.
Sebenarnya hal ini jauh berbeza daripada persepsi teori pembangunan lazim yang menganggap sumber-sumber alam28 merupakan sesuatu yang telah tersedia ada dan wujud secara semula jadi. Malah mereka mengeksploitasi sumber-sumber alam tersebut secara optimum tanpa mengambil kira rahsia dan fungsi ciptaannya (Muhammad Syukri Salleh, 2003a:54).
Menurut Ramli Awang (1997:43), Abdul Halim El-Muhammady (1992:6) dan Md. Zawawi Abu Bakar (2003:83) pula, kejadian alam semesta ini saling berhubungan antara
Rahman, 55:24-25.
25 Firman Allah SWT yang bermaksud “Dan sesungguhnya Kami telah muliakan anak-anak Adam, kami angkut mereka di daratan dan di lautan, kami berikan mereka rezeki dari yang baik-baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan”.
26 Untuk pembuktian bahawa alam ini diberikan oleh Allah SWT untuk kegunaan dan kemudahan manusia, lihat Surah al-Baqarah, 2:21-22 & 29; al-Nahl, 16:5-8, 10-11, 13-14, 66-69 & 80-81; al-Hajj, 22:65; al-Mu’minun, 23:19-22.
27Firman Allah SWT yang bermaksud “Dan Ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripada-Nya; sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaan-Nya) bagi kaum yang memikirkannya dengan adil”.
satu bahagian dengan bahagian alam yang lain. Bahkan antara bahagian alam itu saling tidak terpisah dalam rangka berkhidmat kepada yang lain. Oleh itu, manusia seharusnya melihat alam semesta ini sebagai hamba kepada Allah SWT yang tunduk dan patuh kepada-Nya. Oleh itu, tiada sebab mengapa manusia harus bermusuh dengan alam sekeliling yang boleh membawa kepada kehancuran dan kemusnahan. Jelas di sini bahawa alam semesta merupakan sahabat kepada manusia. Melaluinya manusia dapat mengenali dirinya dengan lebih lanjut dan memahami peranannya terhadap makhluk lain yang diciptakan oleh Allah SWT. Di samping itu, alam sebagai alat kepada manusia bagi membantunya dalam melaksanakan tugas sebagai hamba yang tunduk serta patuh kepada Allah SWT.
KEDUDUKAN TASAWWUR ISLAM DALAM KEHIDUPAN
Berhubung kedudukan tasawwur Islam dalam kehidupan, Muhammad Syukri Salleh (2003a:21, 2003b:5) menyatakan ia sebagai asas, tapak atau acuan setiap aspek kehidupan manusia29. Pandangan Muhammad Syukri Salleh (2003a, 2003b) ini jelas selari dengan pandangan pemikir-pemikir Islam yang lain, seperti Mohd. Kamal Hassan (1993, 1994:12), dan Mohamed Asri dan Mohamed Fahmi (2003) yang berpendapat bahawa segala tindakan manusia dipengaruhi oleh tasawwurnya.
Pandangan Muhammad Syukri Salleh (2003a, 2003b) dilihat selari pula dengan penjelasan Alparslan Acikgenc (1996:6) (disebut dalam Hamid Fahmy Zarkasyi, 2007) tentang kedudukan tasawwur Islam, iaitu:
“The foundation of all human conduct, including scientific and technological activities. Every human activity is ultimately traceable to its worldview, and as such it is reducible to that worldview.”
Terjemahannya: “Sebagai asas kepada segala perilaku manusia, termasuk aktiviti-aktiviti saintifik dan teknologi. Setiap aktiviti manusia akhirnya
dapat dihubungkan kepada pandangan hidupnya (tasawwur), dan dalam pengertian itu maka aktiviti manusia dapat didasarkan pada pandangan hidup tersebut.”
Berdasarkan pandangan Alparslan Acikgenc (1996) ini, Hamid Fahmy Zarkasyi (2007) merumuskan bahawa tasawwur adalah faktor dominan dalam diri manusia. Ia menjadi penggerak, landasan dan acuan bagi keseluruhan aktiviti kehidupan manusia.
Berdasarkan kedudukan tasawwur Islam dalam kehidupan inilah, maka Muhammad Syukri Salleh (2003a, 2003b) meletakkannya sebagai acuan kepada pembinaan konsep PBI. Bagi membuktikan ketepatan perkara ini, dikemukakan bukti-bukti bahawa
tasawwur Islam juga digunakan sebagai acuan kepada pembinaan bidang-bidang lain. Misalnya, al-Buraey (1985:299-303) yang menyatakan pemahaman tentang tasawwur
Islam yang merangkumi aspek Allah SWT sebagai Pencipta, manusia sebagai hamba dan khalifah Allah SWT dan bermatlamatkan untuk mendapat kebahagiaan pada hari akhirat kelak amat penting. Lebih-lebih lagi untuk memahami dan melaksanakan model pentadbiran Islam.
Senada dengan al-Buraey (1985), M. Umer Chapra (1992:200-202) pula berpendapat sistem ekonomi Islam yang adil boleh dicapai asalkan sistem tersebut berasaskan kepada
tasawwur Islam dan strateginya. Menurut beliau, tasawwur Islam ini mempunyai tiga elemen asas, iaitu tawhid (keesaan Allah SWT), khalifah dan ‘adalah (keadilan). Elemen-elemen ini bukan sahaja membentuk rangka tasawwur Islam, tetapi ia juga merupakan sumber kepada maqasid syar‘iyyah dan strategi Islam. Justeru, ternyata bahawa tasawwur Islam bukanlah sebuah tampalan atau fikiran yang datang kemudian sebagai suatu jawapan terhadap tuntutan golongan pluralis atau kelas sosial yang saling bertentangan. Tasawwur Islam, maqasid dan strategi Islam tersebut adalah teradun dalam sebuah entiti yang konsisten dan sentiasa sentiasa selari dan harmoni antara satu sama lain.
tentang bahasa berdasarkan tasawwur Islam. Ia merujuk kepada sumber-sumber utama ilmu Islam, seperti al-Qur’an dan hadis. Menurut beliau, apabila tasawwur Islam dijadikan asas kepada pembinaan linguistik Islam itu, maka dengan jelas ia dapat membezakan antara linguistik Islam dan linguistik bukan Islam. Di samping itu, Muthahhari (2001:17-20) berpandangan sesuatu ideologi itu terbentuk daripada
tasawwur. Kepelbagaian ideologi yang wujud pada hari ini adalah hasil daripada kewujudan pelbagai tasawwur. Ertinya, jika tasawwur saling berbeza, maka ideologi pun turut berbeza. Hal ini bergantung kepada tasawwur yang ada pada seseorang itu. Jika tasawwurnya itu Islam, maka ideologi yang terbentuk adalah idelogi Islam. Begitulah juga sebaliknya.
Seterusnya, Jamal A. Badawi (2002:3-25) menyatakan tasawwur Islam adalah tapak atau asas kepada segala aktiviti pembangunan, sama ada yang berbentuk fizikal atau spiritual dan jasmani atau rohani. Menurut beliau, semua aktiviti pembangunan perlu berasaskan konsep tawhid (keesaan Allah SWT). Dari sinilah akan terbinanya hubungan manusia dengan Allah SWT dan hubungan manusia sesama manusia serta seluruh aspek kehidupan. Di samping itu akan wujud perkaitan antara kehidupan sekarang dengan kehidupan yang akan datang sehinggalah ke alam akhirat.
Selain itu, Mohamed Asri dan Mohamed Fahmi (2003) menyatakan tasawwur Islam berperanan sebagai paksi kepada tadbir urus korporat. Menurut mereka, untuk mentadbir urus korporat dengan berkesan, konsep tawhid (keesaan Allah SWT), khalifah dan taklif
(tanggungjawab) harus diterapkan. Di samping itu, sistem syura, hisbah (pengawalan) dan audit agama juga boleh digunakan. Semua ini jelas bertentangan dengan tatacara tadbir urus korporat yang telah dikeluarkan oleh Barat. Hal ini mempamerkan tatacara tadbir urus korporat yang dikeluarkan oleh Barat tidak sesuai digunakan untuk mentadbir urus korporat Islam. Bagi Muslim, kod etika kerja yang didasarkan kepada nilai-nilai al-Qur’an dan hadis serta tasawwur Islam itu perlu diutamakan.
Spahic Omer (2007:65-80), hal ini berdasarkan kepada kaedah yang diguna pakai oleh Rasulullah s.a.w. untuk membangunkan persekitaran kejiranan di Madinah pada suatu ketika dahulu sehingga berjaya membentuk sebuah tamadun Islam yang unggul. Kejayaan Rasulullah s.a.w. ini adalah hasil daripada pengintegrasian tasawwur Islam, yakni peraturan daripada al-Qur’an dan hadis dalam perancangan pembangunan persekitaran kejiranan. Sebenarnya, usaha Spahic Omer (2007) ini adalah untuk menyedarkan masyarakat tentang peri pentingnya pengintegrasian tasawwur Islam dalam aspek perancangan pembangunan persekitaran kejiranan yang harmoni.
Usaha Muhammad Syukri Salleh meletakkan tasawwur Islam sebagai acuan kepada pembinaan konsep PBI ini bertambah kukuh apabila Noor Shakirah Mat Akhir (2008) meletakkan tasawwur Islam sebagai salah satu daripada tiga perkara asas kepada penyelidikan berteraskan Islam. Dalam hal ini, beliau berpendapat bahawa dalam penyelidikan yang berasaskan tasawwur Islam, akidah tauhid adalah paksi kepada semua aspeknya, seperti permasalahan kajian, objektif kajian, kepentingan kajian, skop dan metodologi kajian. Berasaskan konsep tauhid ini pula, manusia sebagai penyelidik dapat memahami matlamat kehidupannya, iaitu sebagai hamba dan khalifah Allah SWT.
Berdasarkan semua perbincangan di atas, Ramli Awang (1997:6-7) menjelaskan bahawa
tasawwur yang jelas tentang sesuatu akan memberi kesan terhadap segala tindakan. Dalam perkataan lain, tasawwur Islam tulen30 akan melahirkan tindakan yang betul serta tunduk dan patuh kepada Allah SWT sahaja, manakala tasawwur bukan Islam31 pula akan melahirkan tindakan yang bertentangan dengan prinsip-prinsip asas Islam yang sebenar. Sebenarnya, hal ini mempamerkan perbezaan antara kehidupan yang beracuankan tasawwur Islam dan tasawwur lazim.
30 Iaitu menggambarkan prinsip-prinsip Islam yang sebenar dan seterusnya memahami dan menghayati Islam secara menyeluruh dalam kehidupan. Meletakkan Islam dalam tasawwurnya yang sebenar bermakna menjadikan Islam sahaja sebagai satu-satunya manhaj (jalan) kehidupan. Justeru, umat Islam yang hidup beracuankan tasawwur Islam tulen akan tunduk dan patuh kepada Allah SWT sahaja. Mereka juga akan benar-benar bebas daripada memperhambakan diri kepada sesama manusia. Inilah perbezaan yang paling ketara antara tasawwur Islam dengan tasawwur lazim (Ramli Awang, 1997:7).
Aspek teoretikal berhubung kedudukan tasawwur Islam yang dikemukakan oleh Muhammad Syukri Salleh ini telah diperkuatkan lagi oleh dapatan sebilangan kajian empirikal berhubung kesan pembelajaran mata pelajaran Tasawwur Islam terhadap pembentukan sikap, sahsiah, pemikiran dan amalan mulia pelajar. Ahmad Yunus Kassim (2000), Aubaidillah Yusoff (2003), Marhida Ramli (2004), Haryati Borham (2004), Yusnidah @ Yusnidiah Mahat (2005) dan Ahmad Jawahir Tugimin, et. al. (2009) menyatakan pembelajaran Tasawwur Islam dapat memberikan kesan positif kepada pembentukan sikap, sahsiah, pemikiran dan amalan mulia pelajar. Ini berdasarkan wujudnya peningkatan kefahaman dan kesedaran Islam dalam kalangan pelajar. Pemikiran para pelajar juga lebih bersifat terbuka dan kritis. Selain itu, para pelajar semakin minat untuk menuntut ilmu, menghormati ibu bapa dan guru, komited dengan ajaran Islam dan segala aktiviti harian yang bermanfaat. Hal ini sedikit sebanyak dapat membuktikan fungsi tasawwur Islam sebagai acuan atau tapak segala aspek kehidupan manusia.
Berdasarkan perbincangan di atas, didapati bahawa pandangan Muhammad Syukri Salleh yang meletakkan tasawwur Islam sebagai acuan kepada pembinaan konsep PBI adalah tepat dan benar. Ia telah dibuktikan sama ada dari aspek kajian teoretikal dan empirikal.
HUJAH DIPILIH TASAWWUR ISLAM SEBAGAI ACUAN
Pemilihan tasawwur sebagai acuan kepada pembinaan konsep PBI oleh Muhammad Syukri Salleh ini telah disertakan dengan hujah-hujah yang kukuh. Ia dilakukan melalui penelitian secara akademik. Selain dari hujah bahawa tasawwur Islam yang mencorakkan matlamat dan hala tuju kehidupan manusia sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, Muhammad Syukri Salleh (2003a:21) menyatakan pembangunan yang muncul dari tasawwur lazim32, yakni yang didukung kuat oleh sistem liberal-kapitalis
dan sosialis-komunis bukanlah merupakan PBI yang tulen. Selagi ia tidak membebaskan dirinya dari ikatan tasawwur lazim, selagi itulah ia terperangkap dalam paradigma lazim. Selagi ia terperangkap dalam cengkaman tasawwur lazim, selagi itulah pembangunannya tidak boleh dikatakan PBI. Maksudnya ialah tidak bermakna jika sesuatu pembangunan itu dikatakan PBI jika akarnya masih lagi menggunakan akar yang bukan Islam.
Pandangan Muhammad Syukri Salleh ini (2003a) dilihat selari dengan pandangan Ramli Awang (1997:8) yang menyatakan kehidupan manusia yang berasaskan tasawwur lazim ini menyebabkan mereka akan mementingkan kebendaan dalam kehidupan. Apabila kehidupan manusia dikuasai oleh sifat material itu, maka skala waktu pembangunan mereka hanya terbatas kepada kehidupan dunia semata-mata. Justeru, mereka tidak mengambil kira kehidupan akhirat yang kekal abadi dan seterusnya tidak meletakkan al-Falah (kejayaan) dan mardatillah (keredaan Allah) sebagai matlamat akhir kehidupan. Ringkasnya, tasawwur mereka ialah ingin mendapatkan pulangan yang bersifat material semata-mata.
Dalam keadaan ini, matlamat pelaksanaannya juga tidak akan berjaya dicapai. Kalau berjaya pun, ia hanya di dunia sahaja. Malahan pembangunan yang dilaksanakan itu pula tidak kukuh dan banyak kelemahan. Bukti tentang perkara ini jelas tercatat dalam al-Qur’an, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Misalnya peristiwa yang menimpa Kerajaan Saba’33 pada tahun 120 sebelum Masihi. Suatu projek besar iaitu Empangan Ma‘rib34 telah didirikan oleh Kerajaan Saba’ dengan didukung oleh rakyatnya yang sangat kuat berusaha. Empangan ini mampu membekalkan air selama tiga bulan kepada penduduk Saba’ ketika musim kemarau. Air dari empangan ini digunakan untuk mengairi daerah pertanian seluruh negeri Saba’. Dengan terbinanya Empangan Ma‘rib
33 Kerajaan Saba’ terletak di daerah Yaman dengan ibu kotanya Ma‘rib (Harun Yahya, 2004:118).
ini, negeri Saba’ berjaya mencapai tahap kemakmuran yang paling tinggi. Kemuncak kemakmuran negeri Saba’ ini ialah apabila penduduknya berjaya membina dua buah taman tergantung yang cukup indah35 (Harun Yahya, 2004:118).
Kemakmuran negeri Saba’ tidak kekal lama. Kemakmuran dan pembangunan yang dikecapi telah menyebabkan penduduk Saba’ lupa dan berpaling daripada agama Allah SWT. Mereka tenggelam dalam kekufuran dan bermacam-macam kemewahan hidup dunia. Akhirnya Allah SWT menghancurkan umat Saba’. Antaranya dengan keruntuhan Empangan Ma‘rib yang telah menyebabkan berlakunya sayl al-‘Arim (banjir al-‘Arim) dan kemusnahan yang amat besar. Kebun-kebun, taman-taman dan ladang-ladang pertanian yang diusahakan oleh kaum Saba’ sejak sekian lama telah musnah sama sekali (Saba’, 34:16-17)36 (Ibn Kathir, 1992:540; al-Zuhayliy, 1991:165-166). Masyarakat Saba’ juga telah mengalami kemelesetan ekonomi sebaik sahaja ditimpa bencana banjir tersebut (Harun Yahya, 2004:118).
Jika diteliti, pembangunan yang dibina oleh Kerajaan Saba’ ini jelas hanya mementingkan aspek hubungan mendatar dan mengetepikan hubungan menegak. Pengutamaan keupayaan ekonomi seperti memaksimumkan pengeluaran dan penggunaan oleh kaum Saba’ telah menafikan Allah SWT sebagai Pencipta dan sekaligus menafikan keredaan-Nya (mardat Allah) yang seharusnya dijadikan matlamat akhir. Selain itu, fungsi manusia juga turut bercanggah dengan asas tasawwur Islam yang pertama iaitu manusia sebagai hamba Allah SWT. Bagi mereka manusia dianggap sebagai makhluk ekonomi yang fungsinya hanyalah untuk mengeluar dan mengguna semata-mata. Sedangkan berdasarkan kepada tasawwur Islam, manusia selaku hamba Allah SWT, mempunyai fungsi yang lebih khusus daripada itu. Aktiviti pengeluaran dan
35 Kisah Kaum Saba’ ini telah diceritakan oleh Allah SWT dalam al-Qur’an menerusi Surah Saba’ (34:15-17).
penggunaan hanyalah sebahagian sahaja daripada alat untuk manusia menjalankan atau mempertahankan fungsi khusus yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka37. Fungsi khusus manusia yang dimaksudkan ialah sebagai hamba dan khalifah Allah SWT.
Menurut Muhammad Syukri Salleh (2003a:31), fungsi manusia dalam PBI sebagai hamba dan khalifah Allah SWT ini direalisasikan menerusi dua dimensi perhubungan. Fungsi manusia selaku hamba Allah SWT direalisasi menerusi hubungan menegaknya dengan Allah SWT (habl min Allah) selaku Pencipta. Manakala fungsi sebagai khalifah Allah SWT direalisasi dalam hubungan mendatar sesama manusia dan sumber alam selaku makhluk-makhluk Allah SWT (habl min al-Nas).
Atas hujah-hujah itu, Muhammad Syukri Salleh (2002:57, 2003a:22) menyatakan PBI mesti dibina dan lahir dari acuannya sendiri, iaitu daripada epistemologi dan tasawwur
Islam. Atas sebab itu jugalah tidak boleh ada sistem PBI yang lahir dari campur aduk antara epistemologi dan tasawwur Islam dengan epistemologi dan tasawwur lazim. Dengan ini tidak boleh ada percampuran antara isme-isme lain dalam Islam, seperti kapitalisme Islam atau sosialisme Islam. Hanya dengan epistemologi dan acuan
tasawwur Islam sendiri sahajalah maka akan lahir PBI yang tulen.
PROSES PEMBINAAN KONSEP PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM
Sebagaimana dijelaskan sebelum ini, tasawwur Islam itu mencorakkan segala aspek kehidupan manusia. Oleh itu, jelaslah bahawa tasawwur juga sememangnya mempunyai kedudukan yang paling penting dan utama dalam PBI. Lebih-lebih lagi, pelaksanaan PBI adalah salah satu daripada aspek kehidupan manusia. Mengikut Muhammad Syukri Salleh (2002:48, 2000a:60-61, 2002:57, 2003a:21, 2003b:4), tasawwur Islam merupakan
acuan atau prinsip PBI yang paling utama. Ia terdiri dari tiga elemen asas. Elemen-elemen asas berkenaan ialah hubungan manusia dengan Allah SWT sebagai Pencipta; hubungan manusia sesama manusia sebagai makhluk dan hubungan manusia dengan alam keseluruhannya juga sebagai makhluk38.
Ketiga-tiga perkara asas inilah merupakan tapak bagi setiap aspek kehidupan manusia dan sekaligus menjadi acuan yang membentuk konsep PBI. Dalam pada itu, ia juga merupakan prinsip PBI yang utama dan paling penting. Dari sinilah Muhammad Syukri Salleh membina enam prinsip PBI yang lain. Misalnya, sebagaimana yang telah dibina oleh Muhammad Syukri Salleh (2003a:13-14, 2003b:5) bahawa prinsip PBI yang kedua (manusia sebagai pelaku pembangunan) lahir dari tasawwur Islam yang meyakini bahawa manusia adalah makhluk Allah SWT. Prinsip PBI yang ketiga (alam roh, alam dunia dan alam akhirat sebagai skala waktu pembangunan), keempat (ilmu fard ‘ayn
sebagai kerangka pembangunan), kelima (ibadah sebagai perkaedahan pembangunan) dan ketujuh (mardatillah sebagai matlamat pembangunan) pula berhubung rapat dengan
tasawwur Islam yang meyakini bahawa Allah SWT adalah Pencipta, manakala prinsip PBI yang keenam (sumber alam sebagai peralatan pembangunan) pula lahir dari
tasawwur Islam yang meyakini bahawa alam semesta adalah makhluk Allah SWT39. Kesemua perbincangan tentang pembinaan PBI beracuankan tasawwur Islam ini dapat digambarkan dengan lebih jelas dan ringkas dalam Jadual 1 seperti berikut:
38 Untuk perincian tentang tiga perkara asas tasawwur Islam ini, lihat (Abdul Halim El-Muhammady, 1992:5-10); Muhammad Nasri Md Hussain dan Ab. Aziz Yusof (2005:29-31) dan Ramli Awang (1997:16-54).
Jadual 1:
Proses Pembinaan Konsep Pembangunan Berteraskan Islam
Elemen Tasawwur Islam Prinsip PBI
Allah SWT Sebagai Pencipta - Alam Roh, Alam Dunia dan Alam
Akhirat Sebagai Skala Waktu Pembangunan (Prinsip Ketiga)
- Ilmu Fard ‘Ayn Sebagai Kerangka
Pembangunan (Prinsip Keempat)
- Ibadah Sebagai Perkaedahan
Pembangunan (Prinsip Kelima)
- Mardat Allah Sebagai Matlamat Akhir
Pembangunan (Prinsip Ketujuh)
Manusia Sebagai Hamba dan Khalifah
Allah SWT - Manusia Sebagai Pelaku Pembangunan (Prinsip Kedua)
Alam Semesta Sebagai Makhluk - Sumber Alam Sebagai Peralatan
Pembangunan (Prinsip Keenam)
Sumber: Diolah daripada Muhammad Syukri Salleh (2003a:13-14, 2003b:5)
KESIMPULAN
Daripada perbincangan di atas dapatlah dirumuskan bahawa pemikiran Muhammad Syukri Salleh tentang pembinaan konsep PBI itu adalah jauh berbeza daripada pemikiran pemikir-pemikir Islam kontemporari yang lain. Beliau tetap berpegang bahawa
tasawwur Islam mesti diletakkan sebagai acuan kepada PBI. PBI yang dibina beracuankan tasawwur Islam yang bercampur aduk dengan tasawwur lazim bukanlah merupakan PBI yang hakiki atau tulen. Demikian ini samalah juga dengan PBI yang dibina berasaskan tasawwur lazim atau berasaskan ideologi-ideologi ciptaan manusia.
RUJUKAN
Ab. Aziz Mohd Zin (1995). Keagungan Pencipta. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) & Kementerian Pendidikan Malaysia.
Abdullah Yasin (1990). Hakikat Dua Kalimah Syahadat. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Abdul Halim Muhammady (1992). “Tasawwur Islam”, dlm. Abdul Halim El-Muhammady, ed., Dinamika Dakwah Suatu Perspektif Dari Zaman Awal Islam Hingga Kini. Selangor: Budaya Ilmu Sdn. Bhd.
Ahmad Jawahir Tugimin, Rosli Saadan, Asiah Mohd Pilus & Noridah Abdullah (2009). “Kefahaman Terhadap Peranan Mata Pelajaran Tasawwur Islam Dalam Pembentukan Modal Insan: Satu Kajian di Sekolah Menengah Negeri Melaka”, kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Kemahiran Insaniah dan Kerja Sosial (SKIKS), anjuran Pusat Bahasa dan Pembangunan Insan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dengan kerjasama Institut Sosial Malaysia (ISM), di Hotel Everly, Melaka, 24-26 Julai.
Ahmad Mohd. Salleh (2004). Pendidikan Islam Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ahmad Yunus Kasim (2000). Matapelajaran Elektif Tasawwur Islam (KBSM): Kesannya Terhadap Perubahan Sikap Pelajar-Pelajar Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Seremban. Tesis Sarjana Pendidikan yang diserahkan kepada Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Tidak diterbitkan.
Aidit Ghazali (1990). Development: An Islamic Perspective. Selangor: Pelanduk Publications.
Al-Buraey, Muhammad. (1985). Administrative Development: An Islamic Perspective. London: Keagan Paul International.
Al-Mawdudiy, Abu al-A‘la. (1985). Cara Hidup Islam, terj. Wan Salim Muhammad Nur. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar Sdn. Bhd.
Al-Zayn, ‘Atif. (1989). Al-Islam wa Idulujiyyah al-Insan. Beirut: Dar Kitab al-Lubnani.
Al-Zuhailiy, Wahbah. (1991). Al-Tafsir Munir fi ‘Aqidah wa Syari‘ah wa al-Manhaj, Jld. 22. Beirut: Dar al-Fikr al-Mu‘asarah.
Ataul Huq Pramanik (1998). Pembangunan dan Pengagihan Dalam Islam, terj. Amar Said. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Aubaidillah Yusoff (2003). Pengajian Tasawwur Islam dan Kesannya Dalam Pembentukan Sahsiah Pelajar: Suatu Kajian di Sekolah Menengah Agama, Yayasan Islam Kelantan. Disertasi Sarjana Usuluddin yang diserahkan kepada Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Tidak diterbitkan.
Awang Sariyan (1998). “Membina Tasawwur Islam Melalui Pendidikan Bahasa Melayu”, dlm. Samat Md. Nasir & Rogayah A. Razak (Eds.), Pengajian Bahasa Melayu Memasuki Alaf Baru. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Dusuki Ahmad (1980). Islam di Malaysia: Kebangkitan dan Masa Depan. Selangor: Al-Hilal.
Fadzila Azni Ahmad (2008). Kaedah Pengurusan Institusi-Institusi Pembangunan Berteraskan Islam Di Malaysia. Tesis Ijazah Doktor Falsafah yang diserahkan kepada Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia. Tidak diterbitkan.
Fa’iz, Ahmad. (1975). Tariq al-Da‘wah fi Zilal al-Qur’an, Jld 2. Beirut: Mu‘assasat al-Risalat.
Hamid Fahmy Zarkasyi (2007). Islam Sebagai Pandangan Hidup. Diakses pada 10 Mei 2010, dari http://idrusali85.wordpress.com/2007/07/09/islam-sebagai-pandangan hidup/.
Haron Din (1992). Tasawwur Islam. Shah Alam: Pustaka Hizbi.
Harun Yahya (2004). Kaum-Kaum Yang Pupus, terj. Rozalli Hashim. Kuala Lumpur: Saba’ Islamic Media Sdn. Bhd.
Haryati Borham (2005). Mata Pelajaran Tasawwur Islam: Minat dan Keberkesanannya Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan di Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Disertasi Sarjana Pengajian Islam yang diserahkan kepada Jabatan Pengajian Islam, Bahagian Pengajian Bersama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Tidak diterbitkan.
Hussain Othman & Abdullah Sulaiman (2007). “Islam dan Pembangunan Masyarakat”, dlm. Hussain Othman, et. al., ed., Islam dan Pembangunan Masyarakat. Johor: Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Hussin Mutalib (1993). Islam in Malaysia From Revivalism To Islamic State?.
Mardzelah Makhsin (2003). “Konsep Tasawwur Islam”, dlm. Mardzelah Makhsin (Ed.),
Pendidikan Islam. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Marhida Md. Ramli (2004). Keberkesanan Pengajaran Tawasur Islam: Kajian di SMK di Pulau Langkawi. Disertasi Sarjana Usuluddin yang diserahkan kepada Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Tidak diterbitkan.
Md Zawawi Abu Bakar (2003). “Konsep Alam”, dlm. Mardzelah Makhsin (Ed.),
Pendidikan Islam. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mohd. Kamal Hassan (1993). “The Islamic World-View”, kertas kerja yang dibentangkan di Seminar On Islam and Its World-View: An American Perception, anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan The Malaysian-American Commission On Education Exchange, di Hotel Pan Pasific, Kuala Lumpur, 19 Ogos.
Mohd. Kamal Hassan (1994). “The Islamic World-View”, dlm. Abdul Monir Yaacob dan Ahmad Faiz Abdul Rahman, eds., Toward A Positive Islamic World-View: Malaysian and American Perceptions. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Mohd Shukri Hanapi (2010). “Meletakkan Tasawwur Sebagai Acuan Pembangunan: Kes Pembangunan Berteraskan Islam”, dlm. Prosiding The First AMRON (ASEAN Muslim Research Organization Network) International Conference, anjuran Walailak University, pada 2 hingga 3 Oktober 2010, di Walailak University, Nakhon Si Thammarat, Thailand, hlm. 182-208.
Mohamed Asri & Mohamed Fahmi (2003). Contribution of the Islamic Worldview Towards Corporate Governance. Diakses pada 4 Oktober 2009, dari http://www. iiu.edu.my/iaw/Students%20Term%20Papers_files/Asri%20and%20Fahmi %20IslWwandCG.htm.
Muhammad Nasri Md Hussain & Ab. Aziz Yusof (2005). Pengurusan Sumber Manusia Dari Perspektif Islam. Petaling Jaya: Pearson.
Muhammad Syukri Salleh (1985). Falsafah Ilmu PBI: Beberapa Asas Kesepaduan. Pulau Pinang: Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia.
Muhammad Syukri Salleh (1994). “Islamisation of State and Society: A Critical Comment”, dlm. Norani Othman (Ed.), Shari‘a Law and the Modern Nation-State: A Malaysian Symposium. Kuala Lumpur: Sisters in Islam, hlm. 106-111. Muhammad Syukri Salleh (1999). “Acuan Pembangunan”, Dewan Ekonomi, November,
hlm. 62-63.
Muhammad Syukri Salleh (2000a). “Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam”, Dewan Ekonomi, Ogos, hlm. 60-61.
Muhammad Syukri Salleh (2000b). “Pelaku Pembangunan Berteraskan Islam”, Dewan Ekonomi, September, hlm. 60-61.
Muhammad Syukri Salleh (2000c). “Skala Waktu Pembangunan Berteraskan Islam”,
Dewan Ekonomi, Oktober, hlm. 62-63.
Muhammad Syukri Salleh (2000d). “Kerangka Waktu Pembangunan Berteraskan Islam”, Dewan Ekonomi, November, hlm. 63-64.
Muhammad Syukri Salleh (2001a). “Pengurusan Pembangunan Berteraskan Islam”,
Pemikir, No. 26, Oktober-Disember. hlm. 1-47.
Muhammad Syukri Salleh (2001b). “Perkaedahan Pembangunan Berteraskan Islam”,
Dewan Ekonomi, Januari, hlm. 62-63.
Muhammad Syukri Salleh (2002). Pembangunan Berteraskan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Muhammad Syukri Salleh (2003b). Pengurusan Pembangunan Berteraskan Islam: Konsep dan Perkaedahan (Siri Syarahan Umum Perlantikan Profesor). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Muhammad Syukri Salleh et. al. (2004). “Masjid dan Pembangunan Berteraskan Islam” dlm. Asmadi Mohamed Naim dan Mohd Yusnaidi Md Sabri, Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Masjid 2004. Sintok, Kedah: Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia.
Muhammad Syukri Salleh (2008). “Keperluan, Kedudukan dan Hala Tuju Kaedah Penyelidikan Berteraskan Islam”, Pemikir, Bil. 54, Oktober-Disember. hlm. 133-164.
Muthahhari, Murtadha. (2001). Mengenal Epistemologi Sebuah Pembuktian Terhadap Rapuhnya Pemikiran Asing dan Kokohnya Pemikiran Islam, terj. Muhammad Jawad Bafaqih. Jakarta: Penerbit Lentera.
M. Umer Chapra (1992). Islam and the Economic Challenge. Leicester, UK: The Islamic Foundation.
M. Umer Chapra (1996). Islam dan Pembangunan Ekonomi, terj. Adi Setia Mohd Dom. Selangor: The International Institute of Islamic Thought, Malaysia dan Thinkers Library Sdn. Bhd.
Noor Shakirah Mat Akhir (2008). “Falsafah Penyelidikan Berteraskan Islam: Satu Tinjauan Awal”, kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Pengurusan Pembangunan Islam II: Kaedah Penyelidikan Berteraskan Islam, anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, di Bilik Latihan, Institut Pengajian Siswazah, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 6 Februari.
Qutb, al-Sayyid. (1965). Khasa’is al-Tasawwur al-Islami wa Muqawwimatuh. Beirut: Dar al-Syuruq.
Qutb, al-Sayyid. (1988). Muqawamat al-Tasawwur al-Islamiy. Kaherah: Dar al-Syuruq. Ramli Awang (1997). Tasawwur Rabbani Menurut Al-Qur’an dan Al-Sunnah, Cet.
Pertama. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication.
Saiful Azhar Rosly (1992). “Konsep Pembangunan Dari Kaca Mata Islam”, dlm. Ahmad Sobri Jaafar & Abd. Razak Chik (Eds.), Ekonomi Islam: Asas, Falsafah & Aplikasi. Kedah: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Saiful Muzani (1993). Pembangunan dan Kebangkitan Islam di Asia Tenggara, terj. M. Abduh Hisyam. Jakarta: LP3ES.
Sidek Baba (2006). Pendidikan Rabbani. Selangor: Karya Bestari Sdn. Bhd.
Spahic Omer (2007). “Integrating The Islamic Worldview into The Planning of Neighbourhoods”, Journal of Construction in Developing Countries, Vol. 12, No. 2, hlm. 63-80.
Surtahman Kastin Hasan (1992). “Konsep Pembangunan Islam”, dlm. Baharuddin Yatim & Sulaiman Noordin, Islam, Al-Qur’an dan Ideologi Masa Kini. Bangi: Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Surtahman Kastin Hasan & Sanep Ahmad (2005). Ekonomi Islam, Dasar dan Amalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1996). “The Worldview of Islam: An Outline”,dlm.
and Contemporary Contexts. Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC).
Wan Mohd Nor Wan Daud (1994). Budaya Ilmu: Konsep, Prasyarat dan Pelaksanaan di Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Wan Mohd Nor Wan Daud (2005). Pembangunan di Malaysia: Ke Arah Satu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna. Kuala Lumpur: Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC).
Yusnidah Mahat (2006). Persepsi Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Tasawwur Islam di Sebuah Sekolah di Daerah Gombak. Disertasi Sarjana Pendidikan yang diserahkan kepada Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.