PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN FORMASI SEKOLAH RENDAH
1. MATLAMAT
Mendidik pelajar berdisiplin serta menikmati muzik dalam membuat persembahan dan membentuk insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif.
2.3 Mencetuskan idea bernas, bersih serta kreatif.
2.4 Membina keyakinan dan ketrampilan diri murid.
2.5 Mengamalkan semangat toleransi, berdisiplin dan bekerjasama.
2.6 Melahirkan masyarakat yang mencintai budaya kebangsaan.
2.7 Memperluaskan integrasi nasional.
3. PERTANDINGAN
3.1 Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN PALUAN KOMPANG DAN
FORMASI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN. Pertandingan ini bertujuan untuk mempersembahkan pelbagai bentuk paluan kompang dan membuat formasi yang kreatif semasa bermain.
3.2 Pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat dan kreativiti dalam seni budaya tradisional.
3.3 Pertandingan ini dijalankan di peringkat daerah/gabungan, negeri dan
4. PENYERTAAN
4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah kerajaan dan sekolah rendah bantuan kerajaan.
4.2 Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai minimum 8
orang dan maksimum seramai 16 orang.
4.3 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan sahaja atau
campuran dan digalakkan terdiri daripada pelbagai kaum (minimum 2 kaum). 2 markah bonus akan diberi seandainya pasukan terdiri daripada pelbagai kaum. Namun, markah tidak akan ditolak seandainya gagal berbuat demikian.
5. PERSEMBAHAN
5.1 Semua persembahan hendaklah menggunakan kompang yang disediakan sendiri oleh pasukan masing-masing.
5.2 Saiz kompang adalah dari 8 hingga 15 inci (boleh dipelbagaikan dalam pasukan).
5.3 Masa persembahan yang diperuntukkan adalah tidak melebihi 8 minit .
5.4 Tempoh masa persembahan adalah dikira dari paluan pertama mana-mana kompang daripada pasukan tersebut sewaktu berada di dalam gelanggang pertandingan yang berukuran 16 meter X 16 meter.
5.5 Persembahan paluan statik wajib dilakukan dalam masa tidak kurang dari 1 minit dan tidak melebihi 2 minit.
5.6 Irama adalah bebas.
5.7 Setiap kumpulan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 bentuk paluan iaitu MELALU, MENINGKAH dan MENYILANG.
5.8 Sebarang peralatan tambahan adalah dilarang.
5.9 Kompang yang mempunyai loceng (gegenta) adalah tidak dibenarkan.
5.10 Sebarang bentuk penggunaan suara, nyanyian atau dikir tidak dibenarkan setelah pasukan berada di dalam kawasan pertandingan.
6. PAKAIAN
6.1 Pakaian ahli mestilah bersesuaian dan sopan.
7. SISTEM PERMARKAHAN
7.1 Markah dibahagikan seperti berikut :
7.1.1 Paluan Kompang
a. Gubahan Pola Irama (Kreativiti) : 15 markah b. Bentuk Paluan (Kreativiti) : 10 markah
c. Tempo : 10 markah
c. Kesesuaian Gerakan dengan Paluan : 10 markah
d. Ketrampilan : 5 markah
7.3 Setiap persembahan yang melebihi had tempoh yang ditetapkan, 2 markah
akan ditolak bagi setiap minit selepas itu.
7.4 Persembahan yang melebihi 10 minit akan ditolak 20 markah.
9. TEMPAT DAN TARIKH PERTANDINGAN Peringkat Negeri : 24 Julai 2015
: SMK Undang Rembau.
10. HAL-HAL LAIN
Bagi perkara-perkara yang tidak dinyata dalam syarat-syarat pertandingan, pihak Penganjur Pertandingan berhak untuk membuat keputusan dan setiap keputusan adalah muktamad.