• Tidak ada hasil yang ditemukan

Prinsip Makroekonomi yang mengacu pada

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Prinsip Makroekonomi yang mengacu pada"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

1

FACULTY OF BUSINESS SCHOOL

BBEK 4203

PRINSIP MAKROEKONOMI

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PRODUKTIVITI DI MALAYSIA

Name :

Matrix No :

Contact No :

Email :

SANDAKAN LEARNING CENTRE

(2)

2

JADUAL KANDUNGAN

Muka Hadapan

1.0 Pedahuluan (3)

2.0 Faktor Dalaman yang Mempengaruhi Produktiviti di Malaysia (6)

I. Sumber Alam II. Teknologi III. Tenaga Buruh IV. Modal

3.0 Faktor Luaran yang Mempengaruhi Produktiviti di Malaysia (8)

I. Perdagangan Antarabangsa II. Pelaburan Asing

III. Syarat Perdagangan IV. Organisasi Antarabangsa

4.0 Cadangan Bagi Merangsang Produktiviti di Malaysia (11)

Kesimpulan (14)

(3)

3

1.0 PENDAHULUAN

Pertumbuhan ekonomi merupakan perkembangan sesuatu kegiatan ekonomi di

sesebuah negara yang mana menyebabkan peningkatan kepada Keluaran Negara Kasar

(KNK) benar. Pertumbuhan ekonomi dalam negara Malaysia merupakan entiti yang amat

penting untuk pembangunan negara bagi masa depan negara dan rakyatnya. Setiap

pengeluaran negara merupakan penyumbang utama kepada pendapatan negara dan disamping

menitikberatkan keseimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi dengan kesejahteraan

penduduk serta sosial dan politik penduduk bagi menentukan pembangunan negara yang

cemerlang.

Malaysia kini menghadapi pelbagai cabaran ekonomi dari segi daya saing global dan

pertumbuhan produktiviti yang semakin berkembang secara berterusan. Proses pertumbuhan

ekonomi ini dipengaruhi beberapa faktor termasuk tanah, buruh, modal dan teknologi yang

digabungkan dengan sistematik bagi menghasilkan ekonomi yang seimbang dan berkualiti

kepada pengguna. Secara umumnya, pertumbuhan ekonomi negara adalah merujuk kepada

peningkatan dalam nilai barangan dan perkhidmatan yang dapat diukur dengan peratus

peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan Keluaran Negara Kasar (KNK).

1.1 KEPENTINGAN PENGELUARAN NEGARA KEPADA PERTUMBUHAN EKONOMI

Pertumbuhan ekonomi merupakan peningkatan dalam KDNK benar pada suatu tahun

tertentu berbanding KDNK benar pada tahun sebelumnya. Setiap sektor pengeluar di negara

ini mempunyai kepentingan yang tertentu dalam menjana ekonomi negara. Jadual 1.1 adalah

kadar perubahan struktur ekonomi Malaysia mengikut jenis aktiviti dari tahun 2006 hingga

2014. Data pendapatan negara pada Jadual 1.1 memberi kepentingan dalam mengukur dan

menentukan pertumbuhan ekonomi negara dengan membandingkan pendapatan negara antara

satu tahun dengan tahun yang lain. Peningkatan atau penurunan kegiatan ekonomi pada suatu

tahun tertentu menunjukkan kadar kestabilan pertumbuhan ekonomi seperti sektor pembinaan

iaitu jumlah pada tahun 2008 adalah sebanyak 4.4% telah meningkat kepada 11.4% pada

tahun 2010 dan terus meningkat dengan kukuh pada tahun 2012 iaitu 18.6%. Namun pada

tahun 2014 pula, sektor tersebut menurun kepada 12.7% disebabkan beberapa faktor

ekonomi.

Pengeluaran juga memberi kepentingan sebagai petunjuk kebajikan dan taraf hidup

penduduk contohnya peluang pekerjaan yang disediakan di semua sektor pengeluaran. Ini

(4)

4

dan mengurangkan kadar pengangguran. Keluaran negara akan meningkat sehingga mencapai

tahap maksimum menyebabkan KDNK negara meningkat dan taraf hidup rakyat juga

meningkat seperti dalam sektor perkhidmatan komunikasi yang terus melonjak peratus

keluarannya.

Jadual 1.1 Keluaran Dalam Negeri Kasar Mengikut Jenis Aktiviti Ekonomi pada tahun 2006 hingga 2014 (RM Juta)

Perdagangan borong dan runcit Penginapan dan restoran Pengangkutan dan penyimpanan Komunikasi

Kewangan dan insurans

Hartanah dan perkhidmatan perniagaan Perkhidmatan lain-lain2

1 Termasuk ternakan dan hortikultur.

2 Perkhidmatan kemasyarakatan, sosial dan persendirian, perkhidmatan swasta tanpa keuntungan kepada isi rumah dan perkhidmatan

domestik bagi isi rumah.

p Permulaan e Anggaran

Selain itu, belanjawan negara juga meliputi prestasi ekonomi semasa, anggaran hasil

yang diterima oleh kerajaan dan juga anggaran perbelanjaan untuk tahun berikutnya. Dalam

pembiayaan perbelanjaan, ia merangkumi tentang sumber-sumber hasil yang diperolehi

daripada pelbagai sektor untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat. Dengan sumbangan

setiap sektor ekonomi kepada pendapatan negara, kita dapat menentukan sumbangan tersebut

berdasarkan nilai keluaran dan dapat mengenalpasti kepentingan relatif terhadap pembiayaan

belanjawan negara. Keadaan ini memudahkan kerajaan untuk mengambil langkah-langkah

pembaikan bagi meningkatkan potensi setiap bahagian yang terlibat dalam perbelanjaan

mengurus seperti emolumen yang mana merupakan perbelanjaan yang paling penting sekali

daripada perbelanjaan yang lain iaitu bayaran gaji dan upah kepada kakitangan kerajaan. Nota : Angka dalam kurungan adalah peratus perubahan tahunan.

(5)

5

Berdasarkan Jadual 1.2, peratus perbelanjaan pada tahun 2014 adalah yang paling tinggi iaitu

24.3% kerana pertambahan guna tenaga dan pemberian intensif daripada kerajaan.

Jadual 1.2 Peratus Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Persekutuan 2010 – 2014 (RM Juta)

Tahun 2010 2011 2012 2013 2014

Nota:- Angka adalah dalam peratus perubahan tahunan

Oleh itu, pendapatan per kapita di negara ini amat penting dalam keseimbangan

taburan sumber kekayaan negara dengan rakyat di negara ini. Peratusan peningkatan dan

penurunan produktiviti setiap sektor dalam KDNK benar dan belanjawan adalah dipengaruhi

(6)

6

2.0 FAKTOR DALAMAN YANG MEMPENGARUHI PRODUKTIVITI DI

MALAYSIA

Kadar pertumbuhan ekonomi yang berkembang positif dan lebih kukuh adalah

dipengaruhi oleh beberapa faktor dalaman iaitu sumber alam, penggunaan teknologi, tenaga

buruh dan juga modal yang dimiliki negara ini.

2.1 SUMBER ALAM

Negara yang mempunyai kekayaan alam seperti tanah subur, deposit tanah yang

dimiliki iaitu emas, bijih timah, gas dan petroleum adalah faktor utama yang membantu

negara ini untuk mencapai pertumbuhan ekonomi mampan. Iklim yang baik di Malaysia juga

merupakan satu kelebihan yang dimiliki bagi menjana pengeluaran sumber tanaman utama

iaitu getah, koko dan kelapa sawit.

Berdasarkan Jadual 1.2, kumpulan perbelanjaan bagi perkhidmatan ekonomi

menunjukkan peratusan yang sama pada tahun 2010 dan 2011 iaitu masing-masing 13.4%.

Ini menunjukkan kerajaan masih tertumpu kepada penyediaan kemudahan infrastruktur di

sektor pertanian dan pengangkutan bagi meningkatkan sosio-ekonomi luar Bandar. Namun

peratusan telah menurun sejak tahun 2012 iaitu sebanyak 1% pada tahun 2014 berikutnya

kerana beberapa perkhidmatan ekonomi seperti kemudahan awam, perdagangan dan

perindustrian kini bertambahbaik dengan inisiatif kerajaan dalam Model Ekonomi Baru

(MED) dan Program Transformasi Ekonomi untuk mencapai matlamat merangsang

pelaburan swasta dalam berintensif teknologi pada tahun 2012.

2.2 TEKNOLOGI

Sektor teknologi khususnya bagi perkhidmatan komunikasi merupakan penyumbang

utama dalam KDNK pada tahun 2014 iaitu 10% daripada 9.5% pada tahun 2012. Peningkatan

peratusan produktiviti negara bagi sektor perkhidmatan juga disebabkan oleh usaha kerajaan

dalam penyatuan sub sektor melalui pendigitalan dan perubahan struktur ekonomi daripada

tradisional kepada moden seperti dalam sektor pertanian, perdagangan dan perindustrian

selain sektor komunikasi. Menurut Chua (2007), penggunaan teknologi yang meluas

terutamanya seperti e-dagang, e-perbankan dan pelaksanaan proses kerja yang lebih inovatif

merupakan penyumbang kepada produktiviti negara. Ini dapat dijelaskan dengan peratusan

belanjawan yang diperuntukkan pada tahun 2010 dan 2011 iaitu 13.4% bagi membantu sektor

industri dan perkhidmatan lain untuk menjadi pengeluar produk yang lebih berkualiti serta

(7)

7

Selepas tahun 2012, peratus peruntukan bagi perkhidmatan ekonomi telah menurun

kerana kerajaan memberi fokus kepada sektor lain iaitu subsidi tetapi walau bagaimanapun,

kerajaan masih menitikberatkan penambahbaikan terhadap faktor teknologi dalam beberapa

sektor yang lain. Menteri Kewangan mengatakan bahawa ia bertujuan untuk mengekalkan

tingkat produktiviti dan membangunkan sektor perkhidmatan sebagai peneraju kepada

pertumbuhan ekonomi (2010). Secara ringkasnya, semakin maju dan canggih teknologi yang

digunapakai dalam sektor-sektor industri tempatan, semakin tinggi pengeluaran produk yang

lebih bermutu disamping kos purata pengeluarannya yang lebih rendah.

2.3 TENAGA BURUH

Dengan kombinasi teknologi, buruh dan modal yang sama, ia akan membolehkan

proses pengeluaran dapat berjalan dengan cekap dan produktif. Kesan daripada pengeluaran

yang semakin banyak dan meningkat akan membolehkan matlamat negara untuk mencapai

tingkat guna tenaga penuh dapat direalisasikan selaras dengan matlamat negara untuk

mengurangkan kadar pengangguran di negara ini. Berdasarkan Jadual 1.2, peruntukkan

kerajaan terhadap buruh jelas pada peningkatan peratusan perbelanjaan bagi emolumen yang

bermula pada tahun 2011 dan meningkat terus sehingga 2014 dengan jumlah 24.3%.

Trend peningkatan emolumen pada tahun 2014 itu adalah disebabkan banyak

penawaran kerja dalam sektor kerajaan dan sektor swasta sama ada untuk tenaga mahir atau

bukan mahir pada ketika itu. Permintaan terhadap pekerja juga kekal kukuh dengan bilangan

kekosongan jawatan seperti yang diiklankan melalui JobMalaysia Portal telah mencerminkan

peluang pekerjaan yang lebih tinggi merentasi semua sektor utama. Selain itu, kerajaan

mengambil inisiatif untuk memberi banyak intensif seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia

(BR1M) untuk isi rumah berpendapatan rendah, memberi kenaikan gaji kepada kakitangan

awam dan kenaikan pencen kepada pesara kerajaan pada tahun 2013. Pengeluaran sektor

pertanian juga semakin kukuh pada tahun 2014 kerana usaha kerajaan dengan memberi

intensif kepada peneroka FELDA untuk merangsang semangat pekerja dalam sektor tersebut.

2.4 MODAL

Salah satu faktor yang mempengaruhi produktiviti Malaysia juga adalah pembentukan

modal yang bergantung kepada tahap tabungan masyarakat Malaysia. Dengan jumlah

tabungan yang tinggi, pembentukan modal tetap juga adalah tinggi kerana sebahagian besar

pelabur adalah sangat bergantung terhadap pasaran modal di negara ini. Secara jelasnya,

(8)

8

7.3% daripada 10.7% pada tahun 2010. Hal demikian disebabkan kerajaan banyak

melaksanakan projek infrastruktur, pendidikan dan program latihan yang moden untuk

meningkatkan kecekapan dan kecekapan guna tenaga pada tahun 2010. Selepas pelaksanaan

tersebut, kerajaan mengurangkan perbelanjaan bagi sektor perkhidmatan sosial bermula tahun

2011 kerana pertumbuhan keluaran menjadi sederhana semasa ekonomi sedikit merosot

ekoran pelaburan langsung asing (FDI) yang rendah dan pengumpulan modal adalah lebih

perlahan disebabkan krisis luar negara. Namun begitu, kerajaan telah mengambil langkah

dengan menggalakan tenaga mahir untuk menghasilkan teknologi baru tempatan yang

memberi manfaat kepada daya pengeluaran di negara ini.

3.0 FAKTOR LUARAN YANG MEMPENGARUHI PRODUKTIVITI DI

MALAYSIA

Perubahan dan struktur ekonomi Malaysia bukan sahaja disebabkan oleh faktor

dalaman malah faktor luar juga telah banyak mempengaruhi produktiviti negara ini iaitu

faktor globalisasi yang terdiri daripada perdagangan antarabangsa, pelaburan asing, syarat

perdagangan dan tukaran mata wang asing melalui organisasi antarabangsa yang ditubuhkan.

3.1 PERDAGANGAN ANTARABANGSA

Produktiviti di Malaysia mengalami peningkatan dan penurunan pada KDNK juga

disebabkan faktor seperti perdagangan antarabangsa yang menjalankan kegiatan pasaran

bebas di negara ini khususnya dari segi eksport dan import sesuatu barangan. Sebagai contoh

adalah seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri, ekonomi global dijangka berkembang

perlahan dengan kadar 2.9% pada tahun 2014 kerana pertumbuhan eksport komoditi yang

lebih rendah disebabkan harga dan permintaan yang rendah daripada komoditi pertanian.

Namun pertumbuhan kekal mapan dengan dasar monetari dan akomodatif yang kukuh

dengan eksport mineral yang kekal tinggi ekoran permintaan serantau yang kukuh dalam

keadaan harga gas asli yang lebih tinggi. Manakala dari segi import pula, peningkatan

tersebut didorong oleh pertumbuhan yang kukuh dalam import modal dan import barangan

pengantara seperti kapal terbang, jentera, makanan dan minuman yang di proses selaras

dengan permintaan yang teguh.

Dengan pertumbuhan produktiviti ekonomi global yang mapan ini, ia mampu

menyokong perbelanjaan mengurus yang disalurkan terutamanya kepada emolumen dan

(9)

9

3.2 PELABURAN ASING

Sebahagian daripada peningkatan pengeluaran negara adalah daripada pelaburan asing

sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kegiatan syarikat-syarikat multinasional

(MNC) adalah sebahagian daripada pelabur yang banyak menyumbang kepada KNK

Malaysia melalui pelaburan langsung asing (FDI) dalam operasi syarikat-syarikat sektor

minyak dan gas serta perkhidmatan, yang dipacu dalam aktiviti subsektor kewangan dan

insuran. Selain itu, sektor perkilangan juga menerima pelaburan yang amat besar terutamanya

dalam sektor petrokimia.

Melalui laporan ekonomi Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bahawa

petunjuk ekonomi menunjukkan trend yang menyokong pertumbuhan dengan FTSE Bursa

Malaysia KLCI yang mencecah 1,818 mata bersamaan dengan nilai pasaran RM1.66 trilion

pada tahun 2014. Manakala bagi pelaburan langsung asing bersih pula, ia mencecah lebih

tinggi iaitu RM18.2 bilion pada tahun 2014 berbanding pada tahun 2013 dan ini

membuktikan keyakinan pelabur luar dan domestik semakin meningkat untuk membuat

pelaburan dalam negara ini. Ia jelas telah mempengaruhi produktiviti negara justeru memberi

impak yang besar terhadap perbelanjaan kerajaan.

3.3 SYARAT PERDAGANGAN

Kadar pertukaran antarabangsa yang wujud di antara satu negara dengan negara yang

lain bermaksud kadar syarat perdagangan yang mana banyak memberi kesan perubahan

terhadap imbangan perdagangan di Malaysia. Perdagangan bebas di negara menggunakan

kaedah pengukuran yang melibatkan sekatan tarif dan bukan tarif terhadap sesuatu barangan.

Tarif import yang diamalkan oleh Malaysia lebih kepada perlindungan terhadap

pengeluar tempatan, namun ia memberi kesan kepada peningkatan harga barangan import

dalam pasaran negeri. Sebagai contoh bagi barang perantaraan iaitu alat-alat eletronik serta

jentera pada kadar yang rendah dan kadar tinggi bagi barang pengguna seperti kereta mewah.

Keadaan ini telah mengurangkan pengimportan barang tersebut dan jumlah perdagangan

antara negara di dunia juga berkurangan. Ini menyebabkan pertumbuhan sederhana pada suku

keempat tahun 2010 dan 2011 berikutan risiko luar seperti bencana alam di Jepun dan telah

menimbulkan kebimbangan terhadap hutang kerajaan Kesatuan Eropah. Bagi tarif eksport

pula, cukai yang dikenakan terhadap barang komoditi iaitu minyak kelapa sawit, getah dan

petroleum yang lebih tinggi, telah meningkatkan permintaan luaran dan menjadikan

(10)

10

Selain pelaksanaan kuota, subsidi juga telah mempengaruhi aktiviti pengeluaran di

Malaysia terutamanya subsidi minyak yang telah mengakibatkan peningkatan inflasi pada

tahun 2012. Namun menurut Gabenor Bank Negara Malaysia, nilai tersebut diunjurkan

kepada 2.5% dan tidak melebihi 3.5% pada tahun 2012 bagi mengekalkan ekonomi yang

mapan. Impak daripada strategi ekonomi ini, ia telah memberi kelebihan terhadap

produktiviti kerajaan dengan hasil pungutan cukai pendapatan yang tinggi bagi terus

menyokong perbelanjaan negara.

3.4 ORGANISASI ANTARABANGSA

Antara faktor yang membolehkan sesebuah negara itu terus maju adalah disebabkan

peningkatan saling bergantungan di antara satu dengan negara lain di dunia ini dari segi aspek

ekonomi. Institusi perdagangan antarabangsa seperti Pertubuhan Perdagangan Sedunia

(WTO), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Kesatuan Eropah (EU), Perjanjian

Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) dan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara

(ASEAN) adalah merupakan organisasi kesatuan antarabangsa bagi menyelaraskan ekonomi

dunia. Selain destinasi eksport negara dan berfungsi mengatur pertukaran mata wang asing,

institusi-institusi yang terlibat juga telah mempengaruhi ekonomi di Malaysia contohnya

pelaburan portfolio yang berubah oleh pemastautin dan penjualan sekuriti hutang oleh bukan

pemastautin yang telah mengakibatkan risiko terhadap pasaran kewangan dan krisis hutang

yang bertambah buruk di Eropah.

Bagi mengimbangi kestabilan ekonomi, Bank Negara Malaysia membuat

penyimpanan rizab antarabangsa dan menjaga nilai Ringgit di dalam akaun pengimbangan

pertukaran (EEA) bagi tujuan pengimport-pengimport boleh membeli wang asing untuk

barangan luar negara. Dengan kerjasama organisasi antarabangsa, nilai rizab pada tahun 2012

telah meningkat kerana pelarasan suku tahunan pertukaran asing berikutan pengukuhan mata

wang utama serantau. Hasil kebergantungan institusi-institusi antarabangsa ini sudah

(11)

11

4.0 CADANGAN BAGI MERANGSANG PRODUKTIVITI DI MALAYSIA

Ketidaktentuan iklim ekonomi yang disebabkan faktor penyumbang dalaman dan

luaran sesuatu produktiviti harus perlu melaksanakan beberapa langkah untuk menanganinya.

Dengan berdasarkan analisis KDNK dan belanjawan Malaysia tersebut, kita perlu mengambil

langkah-langkah untuk meningkatkan lagi produktiviti yang lebih mantap agar ekonomi di

negara ini sentiasa kukuh. Antara cadangan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi adalah

seperti berikut:

4.1 MENINGKATKAN PRODUKTIVITI PEKERJA

Lazimnya, pengurangan kos adalah dilaksanakan secara sama rata bagi semua

bahagian dalam organisasi. Sesetengah syarikat kini meningkatkan penggunaan teknologi

secara menyeluruh seperti pemasangan mesin yang beroperasi secara automatik justeru

memberi kesan kepada pekerja buruh. Ini akan menyebabkan jumlah pekerja berlebihan

ditempatkan di bidang kerja yang lain. Selain penempatan dan penamatan khidmat pekerja,

syarikat bukan sahaja kehilangan bakat atau pekerja mahir malah pengambilan pekerja

baharu yang tidak berpengalaman dan tidak terlatih akan mengakibatkan tambahan

perbelanjaan apabila sektor ekonomi tersebut pulih semula.

Keadaan tersebut akan melunturkan semangat pekerja yang tinggal dan menjejaskan

produktiviti. Oleh itu, sebaik-baiknya syarikat perlu mengekalkan jumlah pekerja tetapi

melaksanakan cara yang efektif dalam mengurangkan kos operasi harian dan menggantikan

dengan meningkatkan produktiviti pekerja seperti memberi latihan berjadual, menaja

beberapa pekerja terpilih ke negara maju untuk mengembangkan kemahiran dan menjalankan

program penambahbaikan bersepadu antara majikan dan pekerja. Selain menambahbaik

sistem dan strategi tatacara kerja seperti Persekitaran Berkualiti (5S), ia secara langsung akan

meningkatkan taraf pendidikan dan pengetahuan pekerja yang sedia ada dalam organisasi.

4.2 MENINGKATKAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D)

Kerajaan banyak melaksanakan kaedah bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi

iaitu salah satunya adalah perlaksanaan penyelidikan dan pembangunan (Research & Developement) di beberapa organisasi syarikat-syarikat agar produktiviti semakin memberangsangkan namun perbelanjaan R&D masih rendah berdasarkan KNK pada tahun

(12)

12

kelemahan dan mengukuhkan kekuatan dan keupayaannya dalam penyelidikan dan

pembangunan sesuatu produktiviti.

Bagi membantu negara meningkatkan lagi pengeluaran, kerajaan perlu menggalakkan

syarikat-syarikat tersebut untuk menuntut pelepasan cukai pendapatan selain diberi banyak

intensif untuk menjalankan aktiviti ini. Penubuhan institusi penyelidikan seperti MARDI,

kerajaan juga perlu menyediakan peruntukan dan kemudahan infrastruktur kepada

universiti-universiti awam atau syarikat sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan agar dapat

mengeluarkan produk yang berdaya saing di pasaran.

4.3 MENGGALAKKAN PERKEMBANGAN PASARAN DALAM DAN LUAR NEGERI

Dalam perniagaan, persaingan daripada segi penetapan harga dan kualiti produk

banyak memainkan peranan dalam pasaran yang kini berterusan tanpa henti. Penetapan harga

sesuatu produk adalah dipengaruhi lokasi jualan, kategori pengguna, kuantiti dan terma

bayaran. Dengan jumlah pasaran domestik yang masih kecil, kerajaan perlu menggalakkan

lagi syarikat-syarikat tempatan untuk mendapatkan ruang pasaran di luar negeri bagi tujuan

menerajui dan mengeksploitasi kedudukan Malaysia sebagai pusat industri makanan halal

dunia.

Selain urusan pembangunan wilayah seperti Wilayah Utara, Wilayah Selatan dan

wilayah lain, kerajaan juga perlu memberi tumpuan kepada pembangunan pasaran merentasi

sempadan iaitu Zon Terengganu Utara-Kelantan Selatan di Koridor Pantai Timur dan pusat

produktiviti luar Bandar di Sabah Sarawak dengan menyediakan peruntukan khas bagi

membantu syarikat tempatan meluaskan pasaran dan pameran perdagangan di luar negeri.

Dengan penempatan kawasan-kawasan pasaran baru di luar negeri, kegiatan ekonomi dapat

menghasilkan pertumbuhan KNK yang lebih baik.

4.4 MENINGKATKAN PELABURAN DOMESTIK DAN ASING

Pada tahun 2014, Perdana Menteri mengatakan bahawa pelaburan langsung asing

bersih lebih tinggi pada separuh pertama tahun tersebut iaitu RM18.2 bilion berbanding tahun

2013 iaitu hanya RM15.9 bilion. Namun bagi mengukuhkan kadar peratus ekonomi

Malaysia, kerajaan harus mengambil langkah berterusan untuk meningkatkan produktiviti

dengan mengembangkan kuasa eksport secara meluas dan mengawal harga komoditi untuk

menarik lebih pelabur luar dan domestik di negara ini.

Selain itu, bagi mengatasi harga komoditi yang meningkat, tekanan inflasi global dan

(13)

13

Barat iaitu menggunakan teknologi pengeluaran baharu dan reka bentuk berkualiti bagi

mendorong pelabur untuk terus melabur di negara ini. Bagi meningkatkan kestabilan dalam

aliran masuk pelaburan langsung asing (Foreign Direct Investment), Malaysia perlu menarik pelabur domestik dan pelabur asing dengan memberi galakan penggunaan biomasa sebagai

sumber tenaga baru, galakan syarikat berasaskan pengetahuan strategic dan pelaburan semula

dalam industry berasaskan sumber agar perluasan peluang pelaburan lebih berkembang di

(14)

14

RUMUSAN

Berdasarkan analisis ekonomi negara, tidak dinafikan faktor dalaman dan luaran

negara banyak mempengaruhi peningkatan dan penurunan KDNK negara. Dalam dunia

moden ini, faktor dalaman iaitu tenaga buruh dan penggunaan teknologi yang meluas telah

memberi kesan yang besar terhadap pengeluaran sumber di Malaysia. Pembangunan modal

insan adalah elemen asas dalam mentransformasikan ekonomi dengan gabungan teknologi

yang diterapkan di sesebuah organisasi firma bagi memudahkan operasi kerja. Dapat

dirumuskan melalui KDNK, pertumbuhan ekonomi negara kekal positif sekitar tahun 2010

hingga 2014 walaupun mengalami sedikit penurunan di beberapa sektor seperti

perlombongan dan kuari.

Bagi faktor luaran, ekonomi Malaysia sedikit merosot disebabkan letusan gelembung

teknologi di Amerika Syarikat (Tech Bust) dan Krisis Kewangan Asia yang telah menggangu

pengantaraan kewangan dan pemberian kredit kepada syarikat perniagaan justeru

menyebabkan penurunan dalam perbelanjaan sektor swasta. Meskipun terjejas akibat eksport

yang lebih rendah, kestabilan kewangan terus terpelihara dan permintaan dalam negeri kekal

berdaya tahan.

Kerajaan juga telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah-masalah

yang menghalang kepada pertumbuhan ekonomi dan melaksanaakan dasar-dasar baru bagi

merangsang produktiviti Malaysia. Antara yang utama adalah pembentukan modal insan

dengan pemantapan kemahiran dalam sektor perkhidmatan, perindustrian dan pembinaan

bagi meningkatkan daya saing agar lebih produktif. Usaha kerjaan untuk membuka banyak

tawaran pekerjaan dalam pelbagai sektor terbukti dengan kadar pengangguran yang menurun

pada tahun 2014.

Secara keseluruhannya, dengan menggunakan pendekatan fungsi pengeluaran dan

perbelanjaan yang dibuat, anggaran tersebut membuktikan hubungan antara inflasi,

pengangguran dan jurang keluaran adalah selaras dengan jangkaan keseimbangan ekonomi.

Hasil kukuh dan intuitif yang diperoleh telah menyokong daya pengeluaran sebagai salah satu

penunjuk penting untuk menilai keadaan ekonomi secara berterusan.

(15)

15

RUJUKAN

Tee Beng Ann, Zulridah Mohd Noor, Liew Chei Siang (2011). Produktiviti Pekerja Dalam

Sektor Perkhidmatan Terpilih di Malaysia, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hamzaid Bin Yahya, (2012). Ekonomi STPM (Makroekonomi), Penerbit Rakan Bimbingan Bestari, Melaka.

Bank Negara Malaysia (2012). Laporan Buletin Suku Tahunan 2012.

Bank Negara Malaysia (2010). Laporan Tahunan 2010.

Laporan Ekonomi (2010 – 2014). Kementerian Kewangan Malaysia

The Malaysian Economy in Figures (2013). Economic Planning Unit, Pencetakan Nasional

Referensi

Dokumen terkait

Disahkan dalam rapat Pleno PPS tanggal 26 Februari 2013 PANITIA PEMUNGUTAN SUARA. Nama

Berdasarkan identifikasi masalah yang ada dan hasil observasi yang dilakukan penulis mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi kinerja pegawai Perum Perhutani KPH

Meskipun perpustakaan bermanfaat sebagai salah satu sumber belajar untuk semua mata pelajaran (termasuk pelajaran sejarah), namun dalam kenyataan ada kecenderungan

Secara singkat dapat dijelaskan bahwa persinggungan antara ajaran agama (Islam) yang dibawa oleh Ki Ageng Gribig, modernitas, dan budaya (Jawa) tergambar dalam ritual dan

Republik Indonesia bertugas : Melaksanakan pengaturan, penjagaan, pengawalan, dan patroli terhadap kegiatan masyarakat dan pemerintah sesuai kebutuhan;

Rasyid Ridha memaparkan pendapatnya bahwa umat Muslim tetap membutuhkan seorang khalifah yang mengerti dengan jelas bagaimana peran agama dalam kehidupan duniawi, namun

masyarakat dalam mencari informasi tempat ibadah yang berada di kecamatan Toboali.tempat ibadah merupakan hal yang penting yang harus ada disetiap daerah. Sarana tempat

Rahyono (2003) menyatakan intonasi sebuah bahasa memiliki keteraturan yang telah dihayati bersama oleh para penuturnya.Penutur sebuah bahasa tidak memiliki kebebasan yang