Elemen Penting Dalam Pembangunan
Pertumbuhan dan Pembangunan
Pertumbuhan — peningkatan kepada jumlah output benar atau output per kapita barang-barang dan perkhidmatan yang dicapai dalam jangka panjang.
Pertumbuhan biasanya diukur dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan Pendapatan Per Kapita.
. Pertumbuhan ekonomi yang pesat dapat mengurangakan kadar kemiskinan melalui penciptaan peluang pekerjaan, peningkatan produktiviti buruh dan kadar upah yang lebih tinggi.
. Pembangunan pula keupayaan ekonomi negara untuk mencapai dan menetapkan pertumbuhan Keluaran Negara Kasar (KNK) pada kadar 5.0-7.0 % setahun.
.Ukuran pembangunan — penggunaan kadar pertumbuhan KNK per kapita untuk melihat keupayaan sesebuah negara mengeluarkan outputnya dengan kadar lebih cepat daripada kadar pertumbuhan ekonominya.
. Pertumbuhan ekonomi yang pesat memberi feadah pembanguna kepada semua penduduk terutama penduduk luar bandar (proses titisan ke bawah).
. Masalah kemiskinan tidak dapat diatasi kerana pengagihan yang tidak seimbang dan fenomena ini digelar sebagai pertumbuhan tanpa pembangunan.
. Dudley 5eers (1969), memasukkan 3 unsur penting dalam konsep pembangunan iaitu kemiskinan, pengangguran dan ketidakseimbangan.
. Todaro (1989) , pembangunan sebagai 1 proses pelbagai dimensi yang melibatkan pembentukan dan penyesuaian semula keseluruhan sistem ekonomi dan sosial.
. Pembaikan dalam pendapatan dan pengeluaran , pembangunan juga melibatkan perubahan yang radikal dalam struktur institusi, sosial, pentadbiran, sikap, adat dan kepercayaan.
. Goulet (1971) memperkenalkan 3 komponen asa iaitu, penampung hidup, harga diri dan kebebasan.
. Penampung hidup@ keperluan asas ialah makanan, kesihatan dan perlindungan. Jika Keperluan-keperluan ini tidak dapat dipenuhi maka wujudla kemiskinan mutlak.
Pembangunan Manusia
. UNDP (1990) — proses untuk memperluaskan pilihan individu.
. 3 perkara penting yang diingin individu
- mudah memperolehi sumber-sumber yang boleh membawa kepada satu kehisupan yang selesa.
. Penghargaan diri — perasaan yang dihormati dan tidak dikongkong oleh orang lain @ negara luar.
. Negara tidak akan dianggap telah membangun jika negara tersebut masih lagi dipengaruhi @ dikuasai oleh pihak luar.
. Kebebasan — bebas daripada kesengsaraan, institusi-intitusi yang mencengkam, penindasan daripada manusia lain, serta bebas daripada kepercayaan kuno.
. Masyarakat mempunyai kebebasan untuk memilih dan membuat pilihan.
. Manusia juga perlu mempunyai kebebsan berpolitik, jaminan hak asasi manusia dan harga diri.
. Pembangunan manusia mempunyai dua bahagian :
. 1) pembentukan manusia melalui pembaikan kesihatan, pendidikan dan latihan.
. 2) bagaimana individu menggunakan kemampuan yang dimiliki untuk tujuan2 yang produktif @ melibatkan diri secara aktif.
PERBEZAAN ANTARA PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN.
Pertumbuhan ekonomi Pembangunan ekonomi
1) Diukur dari segi kuantiti iaitu proses bersifat kuantitatif.
2) Biasanya diukur menggunakan pendapatan per kapita.
3) Pertumbuhan boleh terjadi tanpa pembangunan.
1) 1 proses yang bersifat kuanlitatif.
2) Diukur melalui keupayaan output.
3) Pembangunan membawa implikasi yang lebih daripa peningkatan pendapatan negara.