• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penulis sebagai Intelek Awam Dalam Karya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Penulis sebagai Intelek Awam Dalam Karya"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Paper1

Penulis sebagai Intelek Awam Dalam Karya

Sastera Melayu Tentang Masalah Hubungan kaum

Ding Choo Ming

Antara karya sastera Melayu yang terawal yang mendokumensikan orang bukan Melayu, terutamanya Cina dan India, di Tanah Melayu, tanah air bagi orang Melayu, adalah manuskrip Melayu tulisan tangan dan pantun yang disebarkan secara lisan. Dalam pantun, Harun Mat Piah dalam kata pengantarnya kepada koleksi pantun yang diselenggarakannya

Bingkiasan Permata (2007) menyebut bahawa perkataan 'Cina' merujuk kepada orang Cina yang disukai orang Melayu telah muncul sebanyak 34 kali dalam koleksi 4,00l rangkap pantun Melayu – angka yang tertinggi berbanding dengan orang Keling (merujuk kepada orang India) hanya 3 kali. Selain itu, perkataan 'Cina' telah muncul 69 kali dalam Hikayat Hang Tuah, 169 kali dalam Syair Siti Zubaidah Perang Cina dan 100 kali dalam

Sejarah Melayu, tiga buah karya sastera Melayu lama yang masih popular sehingga sekarang.

Tetapi, orang Cina dan India dimarahi dan dibenci orang Melayu yang lain dalam Syair Dagang Berjual Beli yang percayai Muhammad Haji Salleh (1994) telah ditulis Tuan Simi pada sekitar tahun 1830-an di Singapura kerana peniaga Cina dan India telah menipu, membuli dan mengeksploitasi pedagang Melayu dan Bugis, selain didiskriminasi oleh penjajah dan peniaga British sendiri.

Rasa benci dan permusuhan daripada orang Melayu terhadap orang Cina dan India, khususnya dan orang Arab secara umumnya, timbul semula seratus tahun kemudian dalam karya sastera Melayu yang lain, termasuk cerpen Kerana Mata Dacing, Hati Saya Terpancing (1946) oleh Harun Aminurrashid, Anak Dibuat Denak (1938), Dolly - dari Shanghai Bidadari (1940) dan Istana Berembun (1938) semuanya nukilan Ishak Haji Muhammad. Bersama-sama Ini Syair Potong Gaji,

(2)

Sebelum melanjutkan perbincangan ini, elok diketahui sebab orang Melayu mengubah rasa 'sayang' kepada rasa 'benci' terhadap orang Cina dan India masa dahulu. Ini boleh dilakukan dengan memberi sinopsis karya sastera itu. Dalam

Syair Dagang Berjual Beli dikisahkan sampan dan perahu orang Melayu dan Bugis bergegas-gegas datang untuk berdagang (berjual beli) dengan peniaga Cina dan India. Pada mula-mulanya, peniaga Cina dan India berjanji akan bayar wang tunai kepada peniaga Melayu dan Bugis dalam urusan perniagaan borong. Tetapi, selepas memunggah semua barang daripada peniaga Melayu, peniaga Cina dan India minta peniaga Melayu dan Bugis yang berkenaan untuk mengambil kain yang cantik sebagai ganti wang1.

Sementara itu, dalam cerpen Kerana Mata Dacing, Hati Saya Terpancing (1946), Harun Aminurrashid menceritakan kisah peniaga Cina datang ke kampung Melayu untuk membeli ayam dan ternakan lain. Dalam urus niaga itu, peniaga Cina tadi mengambil kesempatan untuk memperdayakan penduduk kampung Melayu dengan menipu mata dacing yang orang Melayu tidak boleh baca dan faham, dan dalam cerpen Anak Dibuat Denak (1938) Ishak Haji Muhammad, membantai orang Cina dengan memanggil mereka Tauke Tong Sam Pah kerana mereka telah berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan tanah di kampong Melayu untuk melombong emas dengan bantuan daripada ketua dan penghulu Melayu, dan seterusnya dalam cerpen Dolly - Bidadari dari Shanghai, Ishak Haji Muhammad telah mendedahkan pelbagai tipu helah yang

1 Perasaan marah dan benci itu boleh dilihat dalam baris-baris syair yang

berkienaan:

Perahu-perahu datang masing-masing berebut-rebut berjual beli sambut-menyambut

Cina-Cina Keling-Keling pandai mengugut Melayu-Melayu Bugis-Bugis bodoh penakut.

Berborong-borongan segala dagangan sedikit pun tidak berutang-utangan berjanji bersetia dengan senangan sampai terserah'' wang di tangan.

Setelah habis dagangannya dipunggah Cina-Cina Keling-Keling berbuatlah olah

ditunjukkan kain-kain barang-barang yang indah

(3)

digunakan orang China untuk melemahkan kedudukan ekonomi orang Melayu dengan membuat mereka menjadi malas, leka dan cuai.

Antara tipu helah yang digunakan, dalam karya sastera Ishak, termasuklah mendirikan kedai kopi untuk membuat orang Melayu melepak, maka meninggalkan kerja, mengajar orang Melayu meminjam wang dan membuat mereka menjadi berhutang dan akhirnya menjual tanah mereka, selain mengajar orang Melayu berjudi, minum arak dan bermain perempuan. Dalam cerpen yang lain, Anak Dibuat Denak, Ishak menulis taktik orang Cina sudah menggunakan perempuan cantik, Dolly, untuk memainkan peranan besar untuk 'menguasai' Malaya. Tetapi, aktiviti sulit itu dibongkar oleh sekumpulan pemuda Melayu yang menggelarkan diri mereka MTAHB (Merampas Kembali Tanahair dan Harta Benda).

Daripada dua buah syair tahun 1830-an sudahlah jelas bahawa orang Melayu di Singapura sudah mengalami banyak penyalahgunaan kuasa, penipuan, diskriminasi dan eksploitasi, manakala daripada cerita-cerita pendek dalam tahun 1930-an dan 1940-an, ternyata perasaan takut orang Melayu dari seluruh Tanah Melayu terhadap keselamatan diri akibat perbuatan orang Cina sudah membuat orang Cina sebagai sasaran rasa benci, marah dan tidak percaya mereka. Kesemua itu dengan sendirinya mempunyai kesan negatif yang besar ke atas hubungan antara orang Melayu dengan orang bukan Melayu, terutamanya orang Cina.

Dalam detik-detik masa itulah masalah hubungan antara kaum sudah menjadi masalah dalaman yang paling serius di Tanah Melayu. Seperti yang diketahui masalah itu sangatlah rumit kerana ia melibatkan bukan sahaja isu ekonomi, politik dan sosial, tetapi juga maruah dan kebanggaan orang Melayu, India dan Cina khususnya, kumpulan kaum-kaum utama di Malaysia.

(4)

Setelah merasa cemas sedemikian, orang Melayu mendapati ada tiga jalan untuk dibuat pilihan: sama ada mempersalahkan diri kerana apa yang sudah berlaku ke atas mereka atau bersabar sahaja, ataupun mencari jalan untuk meluahkan rasa benci, kecewa dan marah mereka. Sekiranya jalan yang pertama itu adalah yang sia-sia, manakala jalan yang kedua itu hanya merugikan diri sendiri kerana ianya bermakna melarikan diri daripada realiti, maka hanya tinggal jalan yang ketiga. Itu adalah satu-satunya cara yang terbaik, lebih-lebih lagi yang mampu mereka lakukan.

Kebetulan pada masa itu telah muncul sekumpulan pengarang Melayu yang setengah nama mereka sudah disebut tadi. Mereka telah cuba menggunakan pena di tangan, lebih-lebih lagi kuasa sastera, akhbar dan majalah untuk menghubungi dan menggerakkan orang Melayu yang lain supaya tampil ke depan untuk berjuang bersama-sama. Dalam kontek pergolakan sosial-ekonomi-politik yang mengecewakan orang Melayu itu Ishak Haji Muhammad, Harun Aminurashid, A. Rahim Kajai, Ahmad Bakhtiar, Abdullah Sidek, Muhd. Yassin Makmur, Ahmad Murad Nasaruddin dan lain-lain lagi yang amat dihormati kerana kedudukan mereka memegang pelbagai jawatan yang penting dan yang berpengaruh dalam bidang mereka masing-masing. Merekalah juara dan jaguh pembela kepentingan dan hak orang Melayu. Mereka sudah melakukan yang terbaik dan yang terdaya dengan menggunakan kuasa sastera, akhbar dan majalah sebagai senjata orang lemah untuk melindungi diri mereka dalam masa yang sangat sukar itu.

(5)

kebudayaan, pusat pendidikan, pusat komunikasi dan pusat perbankan dengan semua kemudahan yang tercanggih yang ada pada masa itu, seperti kemudahan telekomunikasi, kereta, mesin cetak dan institusi pendidikan. Kesemua itu membuat orang Melayu merasa lebih pesimistik dan dengan sendirinya menjadi lebih tidak selamat tentang kedudukan dan masa depan mereka.

Untuk melindungi dan menjaga kepentingan orang Melayu menghadapi orang bukan Melayu, golongan penulis ini merasakan mereka perlu memainkan peranan yang penting dalam menyedarkan orang Melayu untuk memperbaiki diri mereka, termasuk meninggalkan tabiat buruk seperti bersikap acuh tak acuh mereka terhadap kemajuan, pembangunan, pendidikan, pemodenan dan lain-lain. Mereka menulis tentang isu yang penting untuk disiarkan dalam pelbagai surat khabar dan majalah, termasuk Hiburan, Mutiara, Mastika, Majalah Guru, Warta Ahad, Warta Jenaka, Semangat Asia dan Utusan Zaman dari tahun 1920-an ke 1940-an.

Sehubungan itu, Hashim Awang (1975: 189) berpendapat bahawa masa itu bukan sahaja era kewartawanan Melayu (walaupun masih di peringkat bayi), tetapi juga tempoh orang Melayu sudah menemui diri. Kesemua itu tercapai dengan kuasa akhbar dan majalah Melayu dengan penulis Melayu merangkap wartawan pada masa itu memainkan peranan penting bukan sahaja menghubungkan orang Melayu, tidak kira di mana sahaja mereka ada, tetapi juga mendedahkan mereka kepada peristiwa yang berlaku di seluruh negara, malahan seluruh dunia. Dengan cara ini, orang Melayu sudah dapat memahami perbezaan antara mereka dengan orang bukan Melayu, selain dapat mengikuti pergolakan politik antarabangsa, termasuk kemerosotan kuasa-kuasa besar di Timur Tengah dan Turki di satu pihak dan kemunculan Jepun dengan cepat sekali setelah mengalahkan Rusia di satu pihak yang lain.

(6)

terdaya dengan menggunakan kuasa pena, sastera, akhbar, majalah dan persatuan yang sudah ditubuhkan di banyak tempat sebagai senjata untuk membuka minda dan mata orang Melayu, selain membebaskan mereka daripada kejahilan, kemunduran dan kemiskinan.2

Penulis-penulis yang datang daripada kalangan rakyat biasa itu telah mencurahkan tenaga dan masa demi kebaikan semua orang Melayu di seluruh negara. Mereka adalah penulis yang pro-rakyat seperti yang didakwa Ismail Hussein (dipetik oleh A. M Thani 1990: 36) yang antara lain telah mengatakan kesusasteraan Melayu moden adalah sastera pro-rakyat, dan bukan lagi sastera pro-raja untuk menjaga kepentingan raja, putera dan puteri di istana, seperti sepupu mereka, masa dahulu.

Memang perkembangan kesusasteraan Melayu moden sejak Munshi Abdullah (1796-1854) adalah untuk membebaskan rakyat daripada ikatan tradisi yang menghalang, daripada pemimpin Melayu yang menyekat, daripada sistem sosial feudal masyarakat Melayu yang bertentangan dengan pembangunan dan sebagainya. Perjuangan penulis generasi baru itu telah diberi sambutan baik oleh orang Melayu yang diancam gaya hidup barat yang bukan sahaja didapati berbau materialistik, kapitalistik dan individualistik, tetapi juga ancaman daripada orang bukan Melayu yang didapati begitu agresif sehinggakan seolah-olah ingin menguasai ekonomi negara dalam masa yang terdekat. Kesedaran itu telah juga ditunjukkan dalam Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan (1927) oleh Ahmad Kotot yang menceritakan ayah Yazid telah berulang kali mengingatkan Yazid dan sepupunya untuk mengikut ajaran ugama Islam, selain perlunya tekun bekerja supaya kaum lain tidak akan mengambil alih negara ini (Virginia 2000 : 44).

2 Sehubungan itu,Hashim Awang 1975: 189 mengatakanb cerpen yang

(7)

Inilah juga yang dilakukan penulis Melayu dalam tahun 1930-an dan 1940-an: berjuang untuk mencapai cita-cita unggul orang Melayu yang sudah terpinggir, lebih-lebih lagi sudah dieksploitasi di tanah air mereka sendiri. Keadan mereka lebih kurang sama dengan maksud yang terbayang dalam peribahasa Melayu: ayam bertelur di atas pagi mati kelaparan, atau itik berrenang mati kehausan. Di sini, ternyata bahawa penderitaan telah menjadi rangsangan untuk bertindak. Sehubungan itu, mereka merasa masanya sudah sampai untuk bangun dan melawan tanpa berlengah-lengah dan ragu-ragu lagi. Tanggongjawab yang amat sukar itu sudah membuat mereka memainkan peranan yang baru yang belum dilakukan penulis Melayu sebelum itu dan melakukannya dengan aktif dan masif sebagai intelek awam Melayu.

Yang diperkatakan ini secocok dengan peranan yang mereka mainkan dengan jiwa dan semangat mereka untuk berjuang demi kebaikan dan kepentingsan orang dan masyarakat Melayu. Mereka mendapati mendidik, membimbing dan meningkatkan kesedaran orang Melayu, lebih-lebih lagi memimpin mereka ke arah yang betul ke arah kemajuan dan pembebasan diri orang dan masyarakat Melayu adalah tugas, tanggungjawab dan misi mereka.

(8)

Dengan berbuat demikian, mereka didapati sudah melakukan suatu yang positifm malahan yang strategik bagi mengubah keadaan yang sedih, iaitu kemiskinan orang Melayu, kemunduran orang Melayu, orang Melayu yang merasa tidak selamat dan marah terhadap orang bukan Melayu. Dengan menulis cerita, sama ada yang benar atau berdasarkan khayalan, sama ada yang bernada propanda atau yang berwawasan, mereka cuba mengubah sesuatu yang luar biasa menjadi yang biasa, yang lama kepada yang baru, atau sesuatu yang mereka rasa perlu diubah itu menjadi semacam kuasa yang positif dengan menggunakan kuasa sastera.

Kuasa-kuasa yang disebut itu juga datang daripada kuasa mereka yang memegang jawatan yang tinggi dan yang berpengaruh dalam masyarakat Melayu, termasuk guru, ustaz, wartawan, editor, penerbit dan sebagainya, maka dikatakan orang yang berwibawa. Disebabkan kedudukan mereka, lebih-lebih lagi keupayaan mereka sebagai penulis, maka mereka merasa mempunyai kuasa dan juga kewibawaan yang tersendiri untuk menulis tentang orang Melayu yang merana dalam lembah kemiskinan, kemunduran, dan lebih teruk lagi yang tidak dapat mengejar dan bersaing dengan orang Cina dan India di British Malaya yang sudah berubah dengan cepat dan membangun.

Kewibawaan Itu juga telah diiktiraf khalayak pembaca Melayu di seluruh negara kerana percambahan puluhan akhbar dan majalah Melayu ketika itu. Inilah juga diharapkan dan yang telah dilakukan Ishak Haji Muhammad, Harun Aminurrashid, A. Rahim Kajai, Ahmad Bakhtiar, Abdullah Sidek, Muhd. Yassin Makmur, Ahmad Murad Nasaruddin dan lain-lain pada tahun 1930an dan 1940an dan juga telah dilanjutkan Abdullah Hussain, Atan Long, Awang Had Salleh, Keris Mas, Usman Awang, A. Samad Said, Arena Wati dan lain-lain pada tahun 1970-an dan 1980-an. Seperkara yang penting lagi di sini ialah mereka dianggap dan dipadang sebagai pemimpin, penyelamat dan wira yang dihormati dan dikagumi.

(9)

dinamo yang mempercepatkan rentak pembangunan ekonomi di England, selain kekayaan pendatang Cina dan India yang hanya sehelai sepinggan ketika mereka mula-mula sampai di Tanah Melayu. Tetapi, sekarang pendatang itu sudah menjadi lebih kaya, selain menduduki keadaan yang lebih baik berbanding dengan orang Melayu.

Ishak Haji Muhammad (1909-1991) adalah ahli PETA (Pembela Tanah Air) yang kemudiannya sudah membentuk kumpulan orang muda yang berjiwa nasionalis yang dikenali dengan nama API, singkatan daripada Angkatan Pemuda Insaf. Daripada segi politik, Ishak bersimpati dengan objektif dan cara perjuangan Ibrahim Yaakob. Sokongan Ishak kepada KMM (Kesatuan Melayu Muda) adalah penyataan cita-citanya sendiri. Kepopularan Ishak boleh diukur tidak sahaja daripada segi bilangan ahli-ahli yang menjadi akar umbi kepada KMM yang terdiri daripada guru sekular dan agama dari seluruh negara, tetapi juga dari segi pemimpin-pemimpin lain, wartawan dan penulis yang menjadi pengikut dan penyokongnya.

Setelah mendapati pembangunan ekonomi dan kekayaan

(10)

Sementara itu, penulis Melayu yang lain, seperti Abdul Rahim Kajai dan Shamsuddin Salleh, juga menulis tentang perasaan tidak selamat orang Melayu yang telah membuat mereka menjadi marah, benci dan curigai penjajah British, orang Cina dan orang India. Dengan kata lain, kebencian, permusuhan dan syak wasangka orang Melayu terhadap orang bukan Melayu telah meresap ke dalam sebahagian besar karya sastera Melayu masa itu. Dalam cerpen Cerita Awang Putat

(1941) daripada Abdul Rahim Kajai, misalnya orang India dan Arab yang dipanggil sebagai DKK (Darah Keturunan Keling) dan DKA (Darah Keturunan Arab) dikatakan telah juga menjadi antara puncanya orang Melayu menjual tanah dan kedai mereka di bandar-bandar besar di Pulau Pinang, Ipoh dan Singapura untuk berpindah ke tempat yang lain. Contoh lain tentang penjualan tanah dan kedai Melayu kepada orang bukan Melayu kerana sebab lain akan diberi nanti.

Yang menarik di sini ialah sama ada penulis atau pembaca turut merasa bahwa mereka sudah mendapat suatu setelah menulis atau membaca cerita yang menunjukkan perasaan marah dan benci itu dalam penulisan, dan bukannya serangan secara fizikal yang mungkin akan membawa kepada konfrontasi, pergaduhan dan tumpah darah antara kaum. Namun, sesetengah penulis Melayu yang lain, termasuk Muhammad Yusof Ahmad dan Abdullah Sidek, pula mendapati orang Cina yang lain adalah ramah, tekun, amanah dan boleh dipercayai, maka patut dipelajari. Dalam kontek ini, maka terdapat cerpen tentang kahwin campur seperti Mencari Isteri

(1928 - 1929) daripada Muhammad Yusof Ahmad. Masalahnya ialah karya seumpama itu amatlah sedikit bilanganya berbanding dengan karya yang menunjukkan perasaan marah, benci dan syak wasangka orang Melayu kepada orang Cina dalam tahun 1920-an, 1930-an dan 1940-an. Perkembangan itu wajar dikaji dalam kontek Tanah Melayu adalah‘sarang’ natianolalis Melayu di bawah penjajahan British dalam tempoh masa itu.

(11)

terpengaruh dengan perkembangan itu. Sebahagian mereka itu ternyata adalah pengikut orang lain. Walaupun mungkin tidak tahu menahu kisah yang sebenarnya, tetapi mereka didapati cenderung untuk menganggap semua orang Cina adalah tidak baik, suka menipu, selain sangat licik.

Oleh sebab rasa benci akan membuak rasa benci yang lain secara ‘boomberang’ yang pasti ada kesannya, maka kata-kata yang boleh menyingung perasaan dan melukakan hati, lebih-lebih lagi yang menjatuhkan harga diri orang lain, seperti Tauke Puki Mat dan Tauke Tong Sampah daripada Ishak Haji Muhammad bukanlah tidak berbahaya. Kata-kata itu adalah untuk mempersendakan orang Cina, selain boleh diterima sebagai tanda untuk menunjukkan permusuhan kepada mereka dan mungkin ingin memutuskan hubungan dengan mereka. Begitu juga yang akan dirasai orang Melayu darIpada sikap Cing Huat dalam novel Interlok (1971), karya Abddullah Hussain, yang suka memperkecilkan, malah menghina orang Melayu, dengan memanggil orang Melayu sebagai hua na.

Walaupun tidak ada karya sastera daripada yang dikaji ini boleh dikaitkan secara langsung dengan mana-mana juga rusuhan kaum yang berlaku sepanjang tahun 1940an, misalnya di Batu Pahat pada tahun 1945 dan 1946, Batu Malim, Raub pada tahun 1946 dan Batu Kikir pada tahun 1946, tetapi kata-kata kesat yang digunakan itu mungkin boleh berubah menjadi ‘batu api’ yang boleh mencetuskan konflik sama ada pada masa itu juga atau pada suatu tarikih lain kemudiannya. Yang diperlukan hanyalah seorang dua yang tidak bertanggungjawab untuk memulakan pergaduhan, konflik dan perkara lain yang tidak diingini dalam suasana yang sudah tegang itu.

Menurut kajian ini, catatan sastera Melayu tentang pertelingkahan kaum antara orang Melayu dengan orang Cina yang pertama adalah Syair Dagang Berjual Beli. Inilah kata-kata yang dipetik dalam catatan kaki daripada kajian Muhammad Haji Salleh (1994: 14)3:

3 “Bukan sahaja Nakhoda Melayu atau Bugis diserang secara mulut

(12)

Kira-kira seratus tahun kemudian, rusuhan kaum kali yang kedua dalam karya sastera Melayu telah diceritakan dalam cerpen Hilang Anak (1938) daripada Mahmud Ahmad yang mengisahkan dua belas orang Melayu sudah tercedera dan seorang laki-laki Cina sudah terbunuh dalam pergaduhan antara orang Melayu dengan orang Cina di Pulau Tekong. Pergaduhan itu disebabkan beberapa orang budak laki-laki Melayu melontar batu sampai mencederakan beberapa ekur itik yang berkeliaran di kampong itu. Kejadian itu membuat tuan punya itik, orang Cina, marah dan sampaikan telah memukul budak laki-laki itu.

Sebelum lebih banyak dokumen sastera tentang rusuhan kaum diberi nanti, eluk juga disebut satu lagi peristiwa yang nyaris-nyaris telah mencetuskan pergaduhan antara kaum. Ia telah dirakamkan dalam Biru Warna (1966) oleh Awang Had Salleh yang menceritakan keadaan yang sangat tegang yang hampir-hampir menyebabkan kedai Ah Kau dibakar penduduk kampung Melayu kerana perbezaan pendapat antara orang Melayu dan Cina terhadap perjuangan orang Melayu terhadap Malayan Union.

Penulis-wartawan yang berdarah muda, maka amatlah romantik, idealistik dan sensitif orang-orangnya seperti Ishak Haji Muahmmad, Shamssudin Salleh dan Abdul Rahim Kajai, sangatlah marah dan benci, selain merasa takut terhadap orang bukan Melayu yang sudah membuat mereka semakin lama semakin miskin dan mundur setelah melihat dengan mata mereka sendiri peluang perniagaan sudah berpindah ke tangan

dipasung dengan syarat: ... Nakhoda kena beri belanja

ditutup dikurung tak boleh bersaja sudah adatnya diperintahkan raja bukannya kita berkata sengaja.

Belanjanya itu kesemuanya sekali Nakhoda kena beri sehari setati apabila terbayar utang yang asli

belanjanya nakhoda dipulangkan kembali.

Seterusnya:

Adatnya di negeri Singapura ini

begitulah sudah perintahnya Kompeni sudah naik bicara sekali ini

(13)

orang bukan Melayu, lebih-lebih lagi merasa orang Melayu akan kehilangan tanah airnya. Berdasarkan ini, bergabung dengan banyak sebab yang lain, mereka menjadi semakin lama semakin marah, selain benci dan syak wasangka terhadap orang bukan Melayu. Disebabkan merasa tidak selamat, mereka mula menutup minda mereka sekaligus menjauhkan diri daripada orang bukan Melayu. Dengan kata lain, golongan penulis-wartawan itu telah menjadi pencetus kesedaran orang Melayu tentang kemiskinan, kemunduran dan delima mereka yang miskin dan mundur dalam negaranya sendiri yang kaya dan maju. Berdasarkan kesedaran diri seperti itu, maka banyak karya sastera Melayu sudah ditulis untuk pembangunan diri selanjutnya (Hashim Awang 1975: 192-3).

Sebagai pengkaji masalah hubungan kaum dari abad ke 21, kita berterima kasih kepada penulis-penulis Melayu ini kerana sudah meninggalkan dokumen bertulis dalam bentuk karya sastera mengenai isu itu. Mereka amatlah berbeza daripada orang yang lain yang bukan sahaja mendapati sukar untuk menulis, tetapi juga telah mencari 1001 alasan untuk melarikan diri daripada melakukan semacam khidmat sosiol kepada masyarakat. Sebaliknya, penulis-penulis Melayu ini telah menggunakan masa dan tenaga mereka untuk mengkaji kermarahan, kebencian dan syak wasangka orang Melayu kepada orang bukan Melayu dalam tahun 1930an dan 1940an. Selain itu, mereka juga berbeza daripada satu lagi golongan penulis Melayu yang lain kerana mendapati orang Cina yang lain itu baik-baik, jujur, amanah, malah boleh dipercayai, maka eluk dijadikan teman kerja, malah teman hidup setelah berkahwin.

Inilah perbezaan antara mereka. Kedua-dua mereka menulis tentang hubungan antara kaum dan kedua-duanya menggunakan akhbar, majalah dan buku untuk menyatakan perasaan dan pandangan mereka yang berbeza itu. Kalau yang satu menulis tentang kehilangan peluang, penindasan dan masalah lain untuk menunjukkan rasa marah, rasa tidak percaya, syak wasangka orang Melayu kepada orang bukan Melayu, tetapi yang satu lain itu menulis tentang peperangan, kemiskinan, penderitaan dan penindasan yang merentasi kaum untuk menunjukkan peri kemanusiaan dan cinta antara umat manusia.

(14)

A M Thani. Integrasi sosial dalam kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1990.

Abdul Rahim Kajai. Cerita Awang Putat. Utusan Zaman, 1- 8 Nov 1941.

Ahmad Kotot. Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan. Al-Matbaah al-Rawdzah al-Islam wa Syarikah, 1927.

Awang Had Salleh. Biru Warna. Kuala Lumpur: Usaha Penerbitan Menara, 1966.

Harun Aminurrashid. Kerana Mata Dacing, Hati Saya Terpancing Hiburan, Nov 1946.

Harun Aminurrashid Kerana Mata Dacing, Hati Saya Terpancing

(1946),

Hashim Awang. Cerpen-cerpen Melayu Sebelum Perang Dunia Ke-dua: Satu Analisa Tentang Tema dan Struktur, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975.

Ishak Haji Muhammad. Anak Dibuat Denak. Utusan Zaman, 12 – 19.6.1938.

Ishak Haji Muhammad. Istana Berembun. Warta Ahad, 3 - 10 Apr 1938.

Ishak Haji Muhammad. Dolly - Bidadari dari Shanghai. Utusan Zaman, 24 Ogo - 21 Sep 1940.

Mahmud Ahmad. Hilang Anak. Saujana, 1.10.1938.

Muhammad Haji Salleh. ed. Syair Tantangan Singapura abad kesembilan belas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1994.

Muhammad Yusof Ahmad. Mencari Isteri. Majalah Guru, 1 Ogo 1928 - 1 Mei 1929).

Referensi

Dokumen terkait

Pengertian secara etimologis dari Taman Bermain dan Belajar Anak-anak di Manado adalah suatu tempat yang mewadahi aktifitas atau kegiatan utama anak-anak yaitu bermain

Varietas yang paling sesuai digunakan untuk kondisi kekurangan air adalah varietas Tanggamus karena pada semua nilai pengamatan terhadap komponen produksi dengan

[r]

Pengelolaan limbah resin dilakukan dengan cara meluruhkan resin tersebut di tangki limbah resin KBK 01 selama 6 bulan, sedangkan pengendalian dilakukan dengan

Pembangunan SPAM di Kawasan Kumuh Sistem Penanganan Persampahan Inovasi Pembinaan dan Pengembangan Air Minum Pembangunan SPAM Perkotaan. Pembangunan

Pertumbuhan yang baik pada media juga ditunjukkan dari akar yang mampu menembus lapisan tanah pasca pertambangan hingga menyentuh dasar pot dan kemampuan

Efisiensi reduksi pada ketinggian medium filter 50 cm adalah yang paling besar karena jumlah mikroba denitrifikasi dalam media biofilter lebih banyak secara kuantitas dibandingkan

bahwa berdasarkan Pasal 55 Peraturan Daerah Kota Semarang Nomor 13 Tahun 2008 tentang Organisasi dan Tata Kerja Lembaga Teknis Daerah dan Badan Pelayanan Perijinan