• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengaruh Lokus Kawalan Terhadap Simptom

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pengaruh Lokus Kawalan Terhadap Simptom"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Pengaruh Lokus Kawalan Terhadap Simptom Tekanan Emosi Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah

Rosly Kayar (PhD)

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan, IPG Kampus Temenggong Ibrahim.

Email: oslykay68@yahoo.com

ABSTRAK

Tekanan emosi merupakan satu keadaan bangkitan yang mengganggu garis dasar keseimbangan individu dalam aspek perubahan fisiologi, psikologi dan tingkah laku. Simptom tekanan emosi pula merupakan satu set tindak balas automatik, viseral dan komunikasi yang dipaparkan oleh seseorang yang mengalami tekanan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar, hubungan antara lokus kawalan dengan simptom tekanan emosi dan seterusnya pengaruh faktor lokus kawalan terhadap simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar. Responden kajian ini merupakan pelajar sekolah menengah dalam tingkatan 2 dan 4. Sekolah-sekolah yang dikaji adalah dalam pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru, Johor yang melibatkan sebanyak 30 buah sekolah. Seramai 600 orang pelajar yang telah melakukan pelbagai kesalahan disiplin di sekolah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini yang merangkumi pelbagai kaum. Kajian ini menggunakan soal selidik Simptom Tekanan Emosi (2002) dan soal selidik Lokus Kawalan (2009). Analisis kuantitatif menggunakan min, sisihan piawai, korelasi dan regresi digunakan bagi menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan pelajar yang bermasalah disiplin mengalami simptom tekanan emosi pada tahap sederhana tinggi dengan nilai min 3.90. Kajian ini mendapati hubungan yang signifikan antara lokus kawalan dalaman (r = .358) dan luaran (r = .430) dengan simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar. Kajian ini juga menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan antara lokus kawalan dalaman (β=.287) dan luaran (β=.164) terhadap simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar. Satu model peramal simptom tekanan emosi melalui faktor lokus kawalan dalaman dan luaran telah dibina oleh penyelidik. Kajian ini membuktikan lokus kawalan mempunyai implikasi yang sangat berguna dalam membantu pelajar menangani masalah simptom tekanan emosi.

Kata Kunci: Simptom Tekanan Emosi, Lokus Kawalan Dalaman, Lokus Kawalan Luaran

PENGENALAN

(2)

kehidupan mereka seolah-olah dipenuhi dengan pelbagai masalah, sukar untuk meneruskan kehidupan, dunia menjadi semakin sempit dan mengalami perasaan kebimbangan yang tinggi (Mohd Anuar & Norshahril, 2011).

Mengikut Terri Mauro (2004) terdapat banyak faktor yang menyebabkan menyebabkan tekanan emosi dalam kalangan pelajar seperti persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga, pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan kurikulum sekolah. Kajian mengenai tekanan emosi dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Malaysia telah lama dilaporkan oleh pelbagai pihak. Pelajar yang menunjukkan simptom tekanan emosi didapati sukar untuk belajar dan ini memberikan implikasi yang besar dalam proses pengajaran, pembelajaran dan disiplin di sekolah. Keadaan ini akan mengganggu tugas guru untuk mendidik generasi pemimpin yang akan mentadbir negara pada masa akan datang.

PERNYATAAN MASALAH

Pelajar sekolah menengah merupakan golongan remaja yang mengalami pelbagai perubahan kematangan yang sedang berlaku dalam kehidupan mereka. Konsep remaja dapat dibahagikan kepada tiga tahap iaitu remaja awal yang berusia 13 – 14 tahun (tingkatan 1 hingga 2), remaja pertengahan berusia 15 – 17 tahun (tingkatan tiga hingga 5) dan remaja akhir berusia 18 – 21 tahun (tingkatan 6 hingga universiti). Ketiga-tiga peringkat perkembangan ini meliputi perubahan fisiologi, biologi dan kognitif. Zaman remaja sebenarnya merupakan proses membentuk identiti kendiri yang unik dan berbeza dengan orang dewasa. Dalam keadaan ini juga pelajar mengalami masalah yang tidak seimbang antara hormon tubuh badan dalam aspek fizikal, kognitif dan emosi. Hall (1904) menyatakan, pelajar berada dalam keadaan ‘storm and stress’ bagi menggambarkan keadaan yang penuh dengan ketegangan, perubahan-perubahan hormon dan sering mengalami konflik. Ketika ini pelajar sentiasa ingin bersama dengan rakan sebaya dan pada masa yang sama sering berkonflik dengan orang dewasa seperti ibu bapa dan guru (Mead, 1968). Proses perubahan dan penyesuaian yang berlaku ini menyebabkan pelajar mengalami tekanan emosi dan sebahagiannya mengalami simptom tekanan emosi hingga ke tahap yang kronik (Mates & Allison, 2002).

(3)

(Gerdes & Mllinckrodt, 1994) atau menjejaskan pencapaian akademik mereka (Sennett, et al., 2003; Wintre & Bowers, 2007).

Pelajar sekolah menengah juga didapati mengalami tekanan emosi disebabkan sistem persekolahan yang berorientasikan peperiksaan. Mereka perlu menghadapi dua peperiksaan utama yang menentukan masa hadapan mereka iaitu Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Waktu pagi dan petang dihabiskan dengan berlajar di sekolah manakala waktu malam pula mereka perlu menghadiri kelas tuisyen. Mereka juga menjadi harapan ibu bapa, sekolah, pejabat pendidikan daerah dan negeri untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Situasi ini menyebabkan kehidupan mereka terkongkong, kebebasan bersosial dihalang dan tidak mempunyai masa yang mengcukupi untuk menguruskan kehidupan sendiri sehingga menyebabkan emosi mereka terganggu (Ma’arof dan Haslinda, 2008).

Penemuan data kajian-kajian lalu menunjukkan simptom tekanan emosi yang dialami oleh pelajar mempunyai kaitan dengan lokus kawalan yang lemah (Cole dan Sapp (1988), Toler dan Murphy (1985), Vaux dan Ruggiero (1983), Mates dan Allison (1992) dan Rosly (2007). Penemuan yang diperolehi oleh para pengkaji ini membuktikan bahawa tekanan emosi yang tidak terkawal boleh mendatangkan implikasi yang negatif kepada pelajar yang mengalaminya. Justeru, identifikasi awal kepada simptom-simptorn tekanan emosi boleh membantu pelajar berkenaan.

Dalam menghadapi pelbagai perubahan dan tekanan emosi, golongan remaja harus mengalami anjakan paradigma dengan pemupukan ciri-ciri yang mampu memperkuatkan daya tahan mereka melalui lokus kawalan diri (Jamaludin & Nazwa, 2011). Lokus kawalan dalaman dan luaran yang kuat dan kukuh mampu membantu remaja membina benteng pertahanan diri daripada pelbagai unsur yang tidak sihat (Jamaludin & Nazwa, 2011). Ramai remaja kita telah membuktikan mereka mempunyai daya tahan yang tinggi dan mampu menghadapi pelbagai cabaran dalam hidpnya dengan penuh kejayaan (Rohani, 2008). Ainon (2011) mendapati kualiti lokus kawalan diri yang baik telah sedia wujud di kalangan remaja negara ini dan mereka juga mempunyai potensi besar dalam membangunkan diri. Apa yang perlu sekarang adalah untuk menggilap dan memperkukuhkan lagi kualiti lokus kawalan diri seiring dengan perubahan pesat yang melanda negara (Yonca & Nuray, 2006). Sesungguhnya, dengan adanya ciri-ciri lokus kawalan diri yang kuat dalam kalangan pelajar, diyakini golongan ini mampu terus berdaya saing dan menjadikan mereka golongan yang cemerlang dan gemilang.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti tahap simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar

2. Mengenal pasti hubungan antara lokus kawalan dengan simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar.

(4)

4. Membina model peramal simptom tekanan emosi melalui faktor lokus kawalan.

PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah tahap simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar?

2. Apakah tahap simptom tekanan emosi berdasarkan jumlah pelajar, jantina dan kaum?

3. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara lokus kawalan dalaman dan luaran dengan simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar?

4. Adakah terdapat pengaruh yang signifikan antara lokus kawalan dalaman dan luaran terhadap simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar?

5. Tidak terdapat model peramal simptom tekanan emosi yang signifikan melalui faktor lokus kawalan?

HIPOTESIS KAJIAN

Berdasarkan soalan kajian 2 dan 3, hipotesis berikut dikemukakan;

Ho1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara lokus kawalan dalaman dan luaran dengan simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar

Ho2 Faktor lokus kawalan dalaman dan luaran tidak mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan tinjauan deskriptif dan inferensi berkaitan tahap, hubungan dan pengaruh lokus kawalan dalaman dan luaran terhadap simptom tekanan emosi dalam kaalangan pelajar sekolah menengah. Sampel kajian ini merupakan pelajar sekolah tingkatan 2 dan 4 daripada sekolah menengah harian biasa dalam Pejabat Pendidikan Daerah, Johor Bahru pada tahun 2012. Jumlah sampel adalah seramai 600 orang pelajar yang dipilih secara rawak bertujuan. Pelajar-pelajar yang dipilih sebagai sampel dalam kajian ini merupakan pelajar yang pernah melakukan kesalahan disiplin dalam sekolah dan nama telah dicatatkan dalam buku rekod disiplin. Maklumat mengenai pelajar ini diperolehi dengan bantuan guru disiplin, guru kaunseling dan guru penolong kanan hal ehwal pelajar.

(5)

Data kajian telah dianalisis menggunakan perisian ‘Statistical Packages for Social Sciences (SPSS)’ berasaskan statistik min, korelasi dan regresi bagi menjawab persoalan kajian yang telah dikemukakan. Nilai min adalah berdasarkan interpretasi Nunally (1994) seperti Jadual 1.

Jadual 1: Jadual Interpretasi Skor Min (Nunnally, 1994).

_________________________________________________________________________________

Selang Skala Min Interpretasi

_________________________________________________________________________________

1.00 – 2.00 Rendah

2.01 – 3.00 Sederhana Rendah

3.01 – 4.00 Sederhana Tinggi

4.01 – 5.00 Tinggi

_________________________________________________________________________________

Skala Davies (1971) dalam Jadual 2 digunakan bagi menilai hubungan antara dua pemboleh ubah.

Jadual 2: Skala Davies (1971) Bagi kekuatan Korelasi Antara Dua Pemboleh Ubah

_________________________________________________________________________________

Nilai Pekali Tafsiran Deskriptif

_________________________________________________________________________________

0.70 – 1.00 Amat Tinggi

0.50 – 0.69 Tinggi

0.30 – 0.49 Sederhana Tinggi

0.10 – 0.29 Rendah

0.01 – 0.09 Diabaikan

_________________________________________________________________________________

DAPATAN KAJIAN

Analisis dapatan kajian dalam Jadual 3 menunjukkan tahap simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar adalah min 3.90 (S.P= .348). Dapatan ini menunjukkan pelajar menunjukkan simptom tekanan emosi secara keseluruhannya pada tahap yang sederhana tinggi.

Jadual 3: Tahap Simptom Tekanan Emosi Dalam Kalangan Pelajar

Pemboleh Ubah Min Sisihan Piawai

Simptom Tekanan Emosi 3.90 .348

(6)

Jadual 4: Tahap Simptom Tekanan Emosi Berdasarkan Jumlah Pelajar

________________________________________________________________________________________

Min Jumlah Pelajar Peratus Tahap

________________________________________________________________________________

1.00 – 2.00 0 0 Rendah

2.01 – 3.00 0 0 Sedehana Rendah

3.01 – 4.00 379 63.17 Sederhana Tinggi

4.01 – 5.00 221 36.83 Tinggi

_________________________________________________________________________________

Analisis dapatan kajian dalam Jadual 5 menunjukkan min keseluruhan pelajar lelaki mengalami simptom tekanan emosi pada tahap 3.92 (Sisihan Piawai = .378) dan bagi pelajar perempuan ialah 3.84 (Sisihan Piawai = .255) iaitu kedua-duanya pada tahap yang sama sederhana tinggi.

Jadual 5: Min Simptom Tekanan Emosi Berdasarkan Jantina

_________________________________________________________________________________

Jantina Min Sisihan Piawai Tahap

_________________________________________________________________________________

Lelaki (N=424) 3.92 .378 Sederhana Tinggi

Perempuan(174) 3.84 .255 Sederhana Tinggi

_________________________________________________________________________________

Analisis dapatan kajian dalam Jadual 6 menunjukkan min keseluruhan simptom tekanan emosi kaum Melayu ialah 3.94 (SP=.369), Cina 3.89 (SP=.279), India 3.67 (SP=.202) dan lain-lain kaum 3.68 (SP=.198).

Jadual 6: Min Simptom Tekanan Emosi Berdasarkan Kaum

_________________________________________________________________________________

Kaum Min Sisihan Piawai Tahap

_________________________________________________________________________________

Melayu 3.94 .369 Sederhana Tinggi

Cina 3.85 .279 Sederhana Tinggi

India 3.67 .202 Sederhana Tinggi

Lain-lain Kaum 3.68 .198 Sederhana Tinggi

_________________________________________________________________________________

(7)

Jadual 7: Hubungan antara Lokus Kawalan Dalaman dan Luaran dengan Simptom Tekanan Emosi

Analisis Regrasi Pelbagai telah digunakan untuk mengenal pasti perubahan dalam dua faktor yang menyumbang kepada perubahan dalam satu pemboleh ubah bersandar. Analisis Regrasi Pelbagai dengan prosedur ‘Stepwise’ telah digunakan untuk menjawab soalan kajian berikut:

Ho2 Faktor lokus kawalan dalaman dan luaran tidak mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar

Jadual 8 menunjukkan kedua-dua pemboleh ubah iaitu lokus kawalan dalaman menyumbang kadar varians yang signifikan terhadap simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar iaitu R = .358 dan signifikan pada aras p .05 = 000. Kombinasi faktor lokus kawalan dalaman dan˂ lokus kawalan luaran didapati menyumbang kadar varians sebanyak R = .387, signifikan pada aras p

.05 = 000.

(8)

Jadual 9: Coefficientsa

Analisis AMOS (Analysis of Moment Structures) digunakan dalam pembentukan model yang sesuai (Fit Model) bagi melihat pengaruh faktor lokus kawalan dalaman dan luaran terhadap simptom tekanan emosi. Jadual 10 menunjukkan pengaruh yang signifikan antara semua pemboleh ubah yang dikaji. Analisis dalam Jadual 10 menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan antara pemboleh ubah yang dikaji iaitu lokus kawalan dalaman dengan simptom tekanan emosi (STE <-- LKD, p < 0.05 = 0.001), simptom tekanan emosi dengan lokus kawalan Luaran (STE <-- LKL, p 0.05 = 0.124). ˂

Jadual 10: Regression Weight

Estimate S.E. C.R. P

STE <--- LKD .252 .057 4.440 .001

STE <--- LKL 1.868 1.216 1.536 .124

Analisis dalam Jadual 11 menunjukkan bahawa keputusan Ujian Khi Kuasa Dua Goodness-of-Fit adalah signifikan [X²(N=600, df=663) = 1195.290, p .05. Ini bererti bahawa secara signifikan model˂ hipotesis yang dicadangkan oleh pengkaji adalah sepadan dengan data kajian yang dikumpulkan daripada responden.

Jadual 11: CMIN

Model NPAR CMIN DF P CMIN/DF

Default model 116 1195.290 663 .000 1.803

Saturated model 779 .000 0

Independence model 76 3560.560 703 .000 5.065

(9)

digunakan ialah Normed Fit Index (NFI), Relative Fit Index (RFI), Incremental Fit Index (IFI), Tucker Lewis Index (TLI) dan Comparative Fit Index (CFI) dan root mean square error of approximation (RMSEA). Jadual 12 menunjukkan kesemua pekali kesesuaian yang telah dijelaskan serta nilai ‘cut off’ di samping perbandingannya dengan dapatan analisis kesepadanan model kajian. Dalam Jadual 9 iaitu The Fitness Index: Baseline Comparisons Indexes, kesemua index yang terbentuk adalah di atas paras 0.6 yang mana menunjukkan model yang dicadangkan adalah sesuai (nilai yang terbaik bagi The Fitness Index: Baseline Comparisons Indexes adalah di atas paras 0.90). Jadual di bawah menunjukkan jadual kesesuaian untuk model yang dicadangkan. Semua indeks iaitu Normed Fit Index (NFI) ialah 0.664, Relative Fit Index (RFI) ialah 0.644, Incremental Fit Index (IFI) ialah 0.816, Tucker Lewis Index (TLI) ialah 0.802 dan Comparative Fit Index (CFI) ialah 0.814. Secara keseluruhannya nilai indeks iaitu Normed Fit Index (NFI), Relative Fit Index (RFI) dan Tucker Lewis Index (TLI) berada di atas paras 0.60 yang menunjukkan model berada pada tahap yang signifikan dan bersesuaian dengan data kajian (Bentler & Bonet, 1980 &190).

Jadual 12: Baseline Comparisons

Model NFI RFI IFI TLI CFI

Delta1 rho1 Delta rho2

Default Model .664 .644 .816 .802 .814

Saturated model 1.000 1.000 1.000

Independence model .000 .000 .000 .000 .000

Selain daripada itu dalam Jadual 12 nilai RMSEA (root mean square error of approximation) adalah indeks yang kerap dirujuk. RMSEA adalah salah satu daripada langkah-langkah yang menilai sejauh mana model tidak sesuai dengan data satu darjah kebebasan, dan cenderung untuk memihak kepada model yang lebih kompleks. Jadual 13 menunjukkan nilai RMSEA adalah 0.037 (model sepadan dengan data kajian jika nilai RMSEA .06). Ini menunjukkan bahawa model hipotesis yang˂ dicadangkan oleh penyelidik adalah sepadan dengan data kajian iaitu kurang daripada paras .06 yang mana menunjukkan model adalah baik. Ini menunjukkan bahawa model hipotesis yang dicadangkan oleh penyelidik sepadan dengan data kajian. Oleh itu, penyelidik tidak melakukan modifikasi terhadap model yang dipaparkan.

Jadual 13: RMSEA

Model RMSEA LO 90 HI 90 PCLOSE

Default model .037 .033 .040 1.000

Independence model .082 .080 .085 .000

(10)
(11)

PERBINCANGAN

Analisis data menunjukkan bahawa tahap simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana tinggi dengan nilai min 3.90 (Sisihan Piawai .348). Dapatan ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Mahmud (2008), Hasnah (2008) dan Mohd Nizam (2009) yang mendapati bahawa tahap simptom tekanan emosi pelajar berada pada tahap sederhana tinggi. Walau bagaimanapun dapatan kajian ini bertentangan dengan kajian yang dijalankan oleh Zaitie (2007) di Kuala Lumpur yang mendapati simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin berada pada tahap yang membimbangkan dengan nilai min =4.3 hingg 4.7 khususnya dalam aspek merokok, mudah bosan dan fikiran tidak tenang. Dapatannya juga menunjukkan pelajar perempuan mengalami simptom tekanan emosi yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar lelaki.

Dalam aspek jumlah pelajar pula, seramai 379 orang pelajar (63.17 peratus) mengalami simptom tekanan emosi pada tahap sederhana tinggi dan 221 orang pelajar (36.83 peratus) pada tahap tinggi. Dapatan kajian ini selaras dengan penemuan Azrina (2011) di sekolah-sekolah menengah dalam daerah Putrajaya yang melaporkan 4.8 peratus pelajar-pelajar yang mengalami masalah disiplin merupakan mereka yang mengalami masalah simptom tekanan emosi yang tinggi. Mereka didapati mengalami masalah simptom tekanan emosi yang tinggi dalam aspek tanda-tanda keresahan yang teruk (17.1 peratus atau 1,118 pelajar) dan tanda kemurungan yang teruk (5.2 peratus atau 340 pelajar).

(12)

kalangan pelajar bermasalah disiplin merupakan satu perkara yang perlu diberikan perhatian kerana berada pada tahap sederhana tinggi.

Dalam aspek kaum pula, semua pelajar yang bermasalah disiplin mengalami simptom tekanan emosi pada tahap yang sama iaitu sederhana tinggi dengan didahului oleh pelajar Melayu (min=3.94, SP=.369), diikuti oleh pelajar Cina (min=3.85, SP=.279), India (min=3.67, SP=.202) dan Lain-lain Kaum (min=3.68, SP=.198). Dapatan ini bertekalan dengan kajian Samsul Baharin (2002) di Shah Alam yang membuktikan pelajar-pelajar Melayu mengalami menghadapi simptom tekanan emosi yang tinggi berbanding dengan kaum lain di Malaysia. Dapatan kajian ini tidak perlu dipertikaikan kerana jumlah pelajar Melayu merupakan majoriti berbandingan kaum lain di Malaysia. Kajian lain yang berkaitan dikemukakan oleh Lee Wah (2012) yang mendapati pelajar Melayu yang bersekolah di sekolah jenis kebangsaan Cina didapati mengalami simptom tekanan emosi yang tinggi di sebabkan jumlah mereka yang sedikit dan perlu menyesuaikan diri dengan pelajar-pelajar berketurunan Cina yang menjadi majoriti dalam sekolah tersebut. Keadaan ini juga menyebabkan ramai pelajar mengalami masalah disiplin di sekolah. Lee Wah (2012) juga mendapati pelajar-pelajar Melayu yang dapat terus bersekolah di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina walaupun mengalami simptom tekanan emosi yang tinggi tetapi mereka didapati dapat mengatasinya dengan baik dan menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pelbagai aspek kurikulum dan kokurikulum di sekolah. Pelajar-pelajar ini didapati mempunyai tahap jati diri dan lokus kawalan diri yang tinggi apabila berada di sekolah yang majoriti terdiri daripada pelajar Cina.

Hasil kajian yang dijalankan juga membuktikan terdapat hubungan yang signifikan antara lokus kawalan dalaman (r =.36) dan luaran (r = .43) dengan simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin iaitu pada tahap sederhana tinggi. Kajian ini menyokong dapatan kajian Shi Kim (2007) yang menjalankan kajian terhadap pelajar-pelajar bermasalah disiplin di Kolej-kolej Matrikulasi di Sabah yang mendapati lokus kawalan mempunyai pengaruh dalam menentukan orientasi diri pelajar di mana golongan pelajar percaya bahawa lokus kawalan yang baik dapat mengubah takdir, keadaan dan sesuatu yang terhasil dalam diri seseorang. Dapatan kajian ini juga, selaras dengan kajian Rohani (2008) di Kuala Lumpur yang mendapati 10 aspek penting dalam lokus kawalan iaitu keperibadian, sifat humor, kemahiran penyelesaian masalah, autonomi diri, lokus kawalan dalaman, orientasi masa hadapan, optimistik, penghargaan kendiri, efikasi diri dan kemahiran sosial mempunyai hubungan yang signifikan dalam mengawal masalah simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar. Aspek-aspek ini menunjukkan pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin juga meyakini bahawa lokus kawalan mempunyai hubungan yang signifikan dengan simptom tekanan emosi yang berlaku dalam diri mereka.

(13)

pelajar. Hasil kajian beliau menunjukkan kemahiran berfikir, penampilan yang positif, kasih sayang ibu bapa, guru yang peka dan persekitaran yang aman membantu pelajar mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam mengatasi simptom tekanan emosi dalam diri mereka. Azlin et al. (2007) juga mengemukakan dapatan kajian yang sama iaitu lokus kawalan dalaman luaran bukan sahaja dapat membantu pelajar-pelajar mengatasi simptom tekanan emosi, malahan lokus kawalan dapat menjadikan mereka pelajar yang mempunyai tahap pemikiran dan kesihatan yang tinggi. Lokus kawalan yang baik juga didapati dapat mengelakkan pelajar-pelajar daripada mengambil ubat-ubatan yang berkaitan dengan simptom tekanan emosi seperti xanax, valium, klonopin dan ativan (Azlin et al., 2007). Pengaruh lokus kawalan terhadap simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar bermasalah disiplin juga bersesuaian dengan dapatan kajian Posiah (2012) yang mendapati lokus kawalan amat berpengaruh dalam mententeramkan dan memberikan panduan yang berguna dalam mengatasi simptom tekanan emosi pelajar Melayu dan Cina khususnya dalam aspek hilang tumpuan, mudah kecewa dan bosan dalam hidup. Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan lagi bahawa lokus kawalan mempunyai pengaruh yang sangat penting terhadap simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar-pelajar.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, tahap simptom tekanan emosi pelajar adalah pada tahap sederhana tinggi. Dalam aspek hubungan dan pengaruh pula, lokus kawalan merupakan pemboleh ubah yang signifikan dengan simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar. Dapatan kajian ini mempunyai implikasi yang jelas kepada ibu bapa supaya sentiasa peka melihat simptom tekanan emosi dalam kehidupan seharian anak-anak. Ibu bapa seharusnya mementingkan aktiviti kekeluargaan yang dapat menyumbang ke arah mengatasi masalah tekanan emosi dalam kalangan pelajar. Kementerian Pendidikan Malaysia perlu memainkan peranan yang amat penting supaya dapat menerbitkan pelbagai bentuk program atau aktiviti yang efektif untuk membantu pelajar mengatasi tekanan emosi. Guru-guru perlu diberikan pendedahan masalah tekanan emosi yang dihadapi oleh pelajar agar mereka dapat bergerak seiring dengan hasrat ibu bapa dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mengatasi masalah simptom tekanan emosi dalam kalangan pelajar.

RUJUKAN

Akmal (2010). A cultural species: How culture drove human evolution.A multi-disciplinary framework for understanding culture, cognition and behaviour. Perspectives in Psychological Science, 1(4), 377-388.

Azlin Baharom, Hatta Shukor, Norzila Zaid, Sharifa Ezat (2007). Health Locus of Control Among Non-compliance Hypertensive Patients Undergoing Pharmacotherapy. Department of Psychiatry, Faculty of Medicine, Universiti Kebangsaan Malaysia. Malaysian Journal of Psychiatry March 2007, Vol. 16, No. 1

Azrina Ahzan (2011). Projek Rintis Minda Sihat Menangani Stress dalam KalanganMurid Sekolah di Putrajaya. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Davis, J. A. (1971). Elementary survey analysis. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.

Fatimahwati Halim & Wan Shahrazad Wan Chik (2002). "Tekanan di Tempat Kerja." Dalam Pasca Sidang Seminar Psikologi PSIMA 2. Bangi: Jabatan Psikologi, UKM.

(14)

students: a longitudinal study of retention [Versi elektronik]. Journal of Counseling & Development, 72 (3), 281-288

Hair J.F., Rolph E.Ahair, William C.B. & Bary J.B. (2010). Multivariate Data Analysis (7th Edition). New Jersey: Prentice Hall Higher Education.

Hall G.S. (2004). Adolescence: Its psychology and its relations to physiology, anthropology, sociology, sex, crime and religion. London:Routledge & Kegan Paul Ltd.

Hu, L.-T., & Bentler, P. (1995). Evaluating model fit. In R. H. Hoyle (Ed.), Structural Equation Modeling. Concepts, Issues, and Applications (pp. 76-99). London: Sage.

Hu, L., & Bentler, P. M. (1999). Cutoff criteria for fit indexes in covariance structure analysis: Conventional criteria versus new alternatives. Structural Equation Modeling, 6, 1-55.

Lim Shi Kim (2007) Lokus Kawalan Dalam Kalangan Pelajar Program Matrikulasi di Sabah. Tesis Master (Tidak diterbitkan) Sekolah Pengajian Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia, Sabah.

Mahmud Ahmad (2008). Masalah pelajar di Sekolah Menengah Bandar & Luar. Tesis Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ma’rof Redzuan dan Haslinda Abdullah (2008). Psikologi. Kuala Lumpur:

McGraw-Hill

Mead G.H (1968). Critical Assessments. London: Routledge.

Mohamad Zaid Mustafa, Ali Suradin, Siti Sarah Muhammad, Ahmad Rizal Madar dan Abdul

Rashid Razzaq (2007).Kajian Stress Dalam Kalangan Pelajar Wanita Program Sarjana Muda Kejuruteraan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor, Malaysia.

Mohd Nizam Zakaria (2009). Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid. Ipoh: IPG Kampus Ipoh. Mohd Zuri Ghani, Nik Rusila Nik Yaacob, Aznan Che Ahmad, Rahimi Che Aman dan Zainuddin Mat

Isa (2010). Perbezaan Personaliti Kestabilan Emosi Dalam Kalangan Pelajar Pintar Cerdas Akademik (PCA) Berdasarkan Jantina dan Jenis Sekolah. Asia Pacific Journal of Educator and Education, Vol. 25, 153–167, 2010

Nunally J.C. & Bernstein I.H. (1994).Psychometric theory. New Yorh: McGraw Hill.

Posiah Mohd Isa (2012). Study Of The Academic Motivation, Academic Locus Of Control And

Academic Performance Of Malay And Chinese Students In Malaysia. Tesis PhD, Universiti Teknologi Malaysia.

Rohani Nasir (2009).Modul Ketahanan Diri (Bantuan Geran Penyelidikan IPPBM. Dalam Buletin Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, Kuala Lumpur, Edisi 3, 4-5.

Rosly Kayar (2007). Kelangsangan Dalam Media dan Kesannya Terhadap Tingkah Laku Agresif Pelajar. Tesis Master. Universiti Teknologi Malaysia. Tidak diterbitkan.

See Ching Mey dan Lee Siew Siew (2005). Kemurungan di Kalangan Pelajar: Satu Kajian Kes. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jilid 20, 113–129.

Sennett, J., Finchilescu, G., Gibson, K., & Strauss, R. (2003). Adjustment of black students at a historically white south African university [Versi elektronik]. Educational Psychology, 23(1), 107-116.

Shamsul Bahrain Haron (2002). “ Pengurusan Tekanan Di Kalangan Remaja.” Seminar Kaunseling dan Psikologi Remaja 2002, Politeknik Shah Alam. Buku Prosiding Seminar m.s. 26-40. Terri Mauro (2004). The Everything: Parents Guide To Sensory Integration Disorder. New York: S.A.

Publisher.

Ullman & Bentler (2006). Structural Equation Modeling: Reviewing the Basics and Moving Forward, Journal of Personality Assessment, 87(1), 35–50.

Wan Lee Wah (2012). Simptom Tekanan Emosi dalam Kalangan Pelajar Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Thesis Sarjana, UKM. Tidak diterbitkan.

Zaitie Satibie (2007). Stress dalam Kalangan Pelajar Wanita. dalam Harian Metro Online: The New

Referensi

Dokumen terkait

DAPATAN DAN PERBINCANGAN 4.1 Pengenalan 4.2 Latar Belakang Responden 4.3 Keputusan Kajian 4.3.1 Tahap Kecerdasan Emosi Pelajar Bermasalah Disiplin 4.3.2 Hubungan Peranan Ibu bapa

Dapatan kajian dalam Jadual 4.24 mengenai pengaruh Kursus Pendidikan Islam terhadap pergaulan dengan rakan-rakan berada pada tahap tinggi apabila skor nilai min

Dapatan kajian menunjukkan bahawa kurikulum Pendidikan Islam di Politeknik berkesan dalam membentuk sahsiah muslim pelajar mereka dengan nilai minnya ialah 4.51, iaitu berada

Bagi menepati kajian yang lebih seimbang, kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan dan peranan instrumen- instrumen yang telah dipilih ini dalam memberi

Hasil dapatan kajian yang telah dijalankan ke atas pelajar menunjukkan 125 orang pelajar (59.7 peratus) tidak bersetuju Secara keseluruhannya purata keseluruhan skor min bagi

Dapatan merumuskan bahawa ibu kepada responden dalam kajian ini mengamalkan gaya keibuan autoritatif, autoritarian dan permisif yang didapati mempengaruhi pelajar

Dapatan menunjukkan bahawa cabaran yang dihadapi oleh pelajar mahupun guru ialah tahap kesediaan teknologi dari aspek kebolehcapaian internet dan kemudahan peranti seperti komputer,

Pengaruh Pesonaliti Terhadap Kecerdasan Emosi Pelajar Luar Bandar di Sabah ABSTRACT Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti pengaruh trait personaliti terhadap kecerdasan emosi