• Tidak ada hasil yang ditemukan

JARINGAN KESELAMATAN SOSIAL TERHADAP KUALITI HIDUP MASYARAKAT DI INDONESIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "JARINGAN KESELAMATAN SOSIAL TERHADAP KUALITI HIDUP MASYARAKAT DI INDONESIA"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Proceeding of The International Conference on Government & Public Affairs 2016 (ICOGPA2016) ISBN 978-983-44661-7-6

© 2016 ICOGPA2016

JARINGAN KESELAMATAN SOSIAL TERHADAP KUALITI HIDUP MASYARAKAT DI INDONESIA

Jamaruddin1,Rozita Binti Arshad2

1Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Penggajian AntaraBangsa,Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia

2 Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Penggajian AntaraBangsa,Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia

Abstract: Program Jaringan Keselamatan Sosial (JKS) adalah wujud keterlibatan kerajaan untuk memenuhi keperluan asas kepada masyarakat miskin dan terdedah yang bertujuan meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Kajian ini adalah pengenalan tentang konsep JKS dan kualiti hidup. Metode kajian yang digunakan ialah analisis literarur dan analisis dokumen. Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat banyak program jaringan keselamatan sosial yang di jalankan kerajaan Indonesia dan berkesan meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

Key words: Jaringan Keselamatan Sosial (JKS), kualiti hidup dan masyarakat miskin.

1. Pengenalan

Di dalam Undang Undang Dasar 1945 Indonesia tercantum amanah pada seksyen 34 Ayat 2 bahawa:

“Negara memajukan sistem jaminan sosial bagi seluruh rakyat dan memperkasakan masyarakat yang lemah dan tidak mampu sesuai dengan martabat kemanusiaan”. Oleh itu, kerajaan di katakan berjaya dengan peningkatan kesejahteraan atau kualiti hidup masyarakat baik daripada aspek pendapatan mahupun segala kemudahan fasiliti seperti kesihatan, pendidikan, infrastruktur, pengangkutan, perumahan, sumber tenaga, aset, persekitaran, keselamatan, pelancongan, perniagaan dan lain lain. Menurut Mahathir (1999) bahawa kemajuan sesebuah negara sebenarnya hanya boleh diukur berdasarkan kualiti hidup masyarakat yang bertambah baik secara berterusan.

Garis kemiskinan di Indonesia menurut Jabatan Pusat Statistik (BPS, 2016) menggunakan standar pendapatan Rp. 334.706/USD26.5/perkapita/bulan (kurs 1 USD = Rp.13,000). Berdasarkan standar tersebut sampai mac 2016 terdapat 28.01 juta orang di bawah garis kemiskinan (BPS, 2016). Oleh itu, untuk membasmikan kemiskinan kerajaan Indonesia telah menjalankan pelbagai program JKS secara berterusan yang bermula saat krisis ekonomi tahun 1998 kerana kadar kemiskinan mencapai 49.5 juta orang atau 24.2%. Program ini mampu menurunkan kadar kemiskinan sehingga menjadi 28.01 juta orang atau 10.8% pada mac 2016. Pelbagai kajian juga menunjukkan bahawa program JKS kepada masyarakat miskin dan terdedah dapat memberi impak pada peningkatan kualiti hidup masyarakat (Devereux, 2002; Tabor, 2002; Ravallion, 2003;

Sumarto et al., 2005; Emil, 2006; Ansel, 2011; Pradhan et al., 2013; Rozita dan Ummu, 2014).

Bentuk JKS secara umum ada tiga iaitu, (i) bantuan kewangan, (ii) bantuan bukan kewangan, (iii) bantuan pekerjaan umum (public works). Bentuk bantuan kewangan lebih banyak dijalankan di negera negara maju (Tabor, 2002; Emil, 2006), sebaliknya di negara negara membangun lebih banyak dalam bentuk bantuan bukan kewangan (Tabor, 2002; Sumarto et al., 2005; Pradhan et al., 2013; Rozita et al., 2014).

Manakala di negara negara kurang membangun lebih banyak menggunakan bantuan pekerjaan umum (public works) (Smith dan Subbarao, 2003; Bank Dunia, 2014). Bantuan kewangan atau bukan kewangan di jangkakan dapat membaiki kualiti hidup, walau bagaimanapun kualiti hidup individu/masyarakat dapat di ukur secara subjektif dan objektif (Ventegodt et al., 2003).

Tujuan kajian

Kajian ini mencuba melihat daripada aspek analisis literatur dan analisis dokumen mengenai program jaringan keselamatam sosial (JKS) terhadap kualiti hidup masyarakat yang dijalankan kerajaan Indonesia.

Sorotan Karya 1. Analisis literatur

Ada tiga prinsip Jaringan Keselamatan Sosial (JKS) secara umum iaitu, (i) bahawa bantuan JKS umumnya fokus pada keselamatan sosial secara saksama, (ii) bahawa bantuan JKS ada wujud bantuan tunai dan bantuan bukan kewangan, (iii) keterlibatan JKS dalam wujud bantuan bersyarat, bantuan tidak bersyarat dan bantuan kedua duanya (kerja awam).

Berdasarkan prinsip berkenaan, maka dikenal pasti 475 program yang dijalankan di 146 negara negara

(2)

membangun daripada 155 negara yang di survei (Bank Dunia, 2014). JKS merupakan bahagian daripada sistem perlindungan sosial, seperti Lampiran 1.

Banyak program JKS yang dijalankan di pelbagai negara, namun pada asasnya Bank Dunia membahagi 5 (lima) iaitu; (i) bantuan kewangan bersyarat (conditional cash transfers), (ii) bantuan kewangan tanpa syarat (unconditional cash transfers), (iii) bantuan bukan kewangan bersyarat (conditional in- kind transfers), (iv) bantuan bukan kewangan tanpa syarat (unconditional in-kind transfers), dan (v) kerja awam iaitu bantuan kewangan mahupun bukan kewangan (public works).

Bentuk JKS menurut Bank Dunia

Bantuan kewangan

Bantuan kewangan tanpa syarat

Bantuan kewangan

bersyarat Kerja awam

Bantuan bukan kewangan

Bantuan bukan kewangan tanpa syarat

Bantuan bukan kewangan bersyarat

Tiada syarat Bersyarat Kerja awam

JKS penting untuk yang berpendapatan rendah atau mengalami krisis sementara dan diberi bantuan keperluan asas, bantuan tunai dan perniagaan warga tua, kanak-kanak dan orang kurang upaya. (Grosh et al., 2008). Menurut Tabor (2002) bahawa lebih daripada 80% bantuan tunai dijalankan di negara- negara maju, selari dengan kajian Emil (2006) bahawa di Benua Eropah, AS, Jepun dan Australia umumnya bantuan tunai kepada individu/keluarga, subsidi rumah, tunjangan keluarga dan kanak-kanak dengan syarat tertentu, bantuan tunai atau pengurangan cukai untuk ibu bapa tunggal, insentif pekerja, bantuan yuran sekolah untuk kanak-kanak.

Bentuk bantuan di negara negara membangun termasuk Indonesia seperti bantuan tunai syarat atau tanpa syarat, pembebasan yuran sekolah, perkhidmatan kesihatan, subsidi makanan, elekrik, air bersih, perumahan, pengangkutan, latihan kemahiran dan lain-lain (Tabor, 2002; Sumarto et al., 2005;

Rozita et al., 2012; Pradhan et al., 2013). Manakala negara-negara kurang membangun banyak menggunakan pekerjaan awam (public works) khususnya untuk tenaga kerja pengangguran seperti membina atau membangun aset publik dan infrastruktur masyarakat (Smith dan Subbarao, 2003;

Bank Dunia, 2014).

Menurut Ashraf (2014) bahawa bentuk bantuan JKS ialah bantuan rasmi (formal) ialah bantuan daripada kerajaan dan bantuan tidak rasmi (informal) ialah

bantuan bukan daripada kerajaan. Bantuan informal seperti bantuan keluarga, rakan-rakan, tetangga atau institusi seperti FBOs (Faith-Based Organizations) iaitu kumpulan penganut agama katolik di Amerika Serikat yang setiap tahun membantu lebih daripada 10 juta orang baik berbentuk kewangan mahupun bukan kewangan (Ashraf, 2014).

Sekarang ini, Indonesia menjalankan program bantuan tunai bersyarat yang merangkumi dua program besar iaitu, (i) Bantuan Siswa Miskin (BSM) atau program indonesia pintar yang fokus pada sektor pendidikan, (ii) Program Keluarga Harapan (PKH) yang fokus pada sektor kesihatan dan pendidikan.

Program berkenaan fokus pada pelaburan pendidikan, nutrisi dan kesihatan kanak kanak dalam rumah tangga yang sangat miskin. Oleh itu, program ini membantu mengurangi sebaran kemiskinan antar generasi (Survey Ekonomi OECD Indonesia, 2015).

Strategi kerajaan Indonesia untuk mencapai matlamat meningkatkan kualiti hidup dijalankan dengan membahagi program pembasmian kemiskinan ke dalam tiga kumpulan iaitu : (i) kumpulan satu adalah program-program yang diarahkan kepada rumah tangga. Kumpulan ini merangkumi beberapa program seperti subsidi bantuan beras miskin, Program Keluarga Harapan (PKH), Bantuan Siswa Miskin (BSM), dan kesihatan percuma atau kartu indonesia sihat, (ii) kumpulan kedua adalah program-program yang diarahkan kepada masyarakat. Program ini berbasis masyarakat yang ada dibawah program nasional pemerkasaan masyarakat (PNPM), (iii) kumpulan ketiga adalah program-program yang diarahkan kepada peniaga kecil dan sederhana.

Kerajaan menyediakan skem pinjaman mudah dengan nama Kredit Usaha Rakyat (KUR) (Ari, 2014).

Konsep kualiti hidup didapati banyak perbezaan pendapat oleh para pakar bergantung daripada pengukuran dan tanggapan terhadap kualiti hidup.

Oleh itu, konsep kualiti hidup berkembang dan dinamis serta tidak ada yang diterima secara saksama (Dalia dan Juozas, 2007; Azahan et al., 2006). Namun secara amnya UNDP (2015) menetapkan pengukuran kualiti hidup melalui Indeks Pembangunan Manusia (HDI) iaitu kadar jangkaan hidup, jangkaan lama sekolah, purata lama sekolah dan pariti kuasa beli (PPP). World Health Organisation (WHO) mengukur dengan persepsi individu terhadap kesihatan fizikal, psikologi, hubungan sosial, kebebasan dan persekitaran (Marvin, 1997). Seterusnya Milinium Development Goals (MDGs) mengukur dengan kadar kemiskinan, kesihatan (kadar kematian anak, kesihatan ibu, HIV dan AIDS, Denggi serta penyakit lain), sosial (kesamaan gender dan pemerkasaan perempuan, kerjasama global) dan persekitaran yang kekal (Bank Dunia, 2015).

Kajian Harun dan Idris (2012) mengukur kualiti hidup orang asli di Malaysia secara objektif dengan Indeks Kualiti Hidup Orang Asli Berwajaran (IKHOAw) iaitu indeks kesampaian kepada bekalan

(3)

air paip, elektrik, rumah yang kukuh dan selesa, sanitasi, pemilikan kenderaan berenjin, kebolehan hidup bermasyarakat dan bebas dari penyakit.

Manakala Liu (1975) melihat kualiti hidup adalah konsep yang amat subjektif. Oleh itu, Ventegodt et al.

(2003) dalam perpaduan teori kualiti hidup menyatakan bahawa kualiti hidup boleh dipandang secara objektif dan subjektif. Secara objektif iaitu keperluan biologi, memenuhi keperluan asas, pengembangan potensi diri mengikut norma-norma budaya dimana individu hidup. Manakala subjektif ialah persepsi terhadap arti hidup, kebahagiaan, kepuasaan dan kesejahteraan yang dirasai. Oleh itu, kualiti hidup memberi perbezaan konsep dan pandangan mengenai pengukuran secara objektif dan subjektif.

2. Analisis dokumen

Indonesia adalah salah satu negara membangun dengan kadar kemiskinan yang amat tinggi, tahun 2013 (28,5 juta orang/11.47%), 2014 (28,2 juta orang/11.25%) dan 2015 (28,5 juta orang/11.22%) dan tahun 2016 (28.01 juta orang/10.86%). Menurut Jabatan Pusat Statistik Indonesia (BPS, 2016) bahawa standar garis kemiskinan menggunakan standar pendapatan Rp.334.706/USD26.5/perkapita/bulan (kurs 1 USD = Rp.13,000). Penggunaan purata garis kemiskinan di Indonesia belum menggunakan standar Bank Dunia iaitu USD 1.25/hari atau USD 37.5/bulan (BPS, 2015). Kadar kemiskinan bisa mencapai 50%

dengan menggunakan standar USD 2/hari atau USD 60/bulan (http://www.indonesia-invesment.com).

Manakala Malaysia purata Garis Kemiskinan Kebangsaan tahun 2014 ialah RM830/bulan (Free Malaysia Today, 2014), seterusnya FAO dan WHO tidak berdasarkan pendapatan namun menetapkan had minima kalori sesuai keperluan manusia ialah 2,100 kkal.

Menentukan keluarga miskin di Indonesia didapati perbezaan kerana pengukuran yang berbeza. BPS tahun 2010 mengukur keluarga miskin minima 5 (lima) kriteria berikut, (i) luas lantai kurang dari 8 meterpersegi (m2) perorang; (ii) lantai tempat tinggal terbuat dari tanah; (iii) punca bekalan air minum dari air hujan/sumur tidak terlindungi; (iv) tidak ada fasiliti tandas, (v) tidak memiliki aset, (vi) total pendapatan keluarga perbulan ialah ≤ Rp.350,000/RM100/USD 29), (vii) perbelanjaan untuk makanan lebih daripada 80%, (viii) makanan lauk pauk (daging/ikan/telur/ayam) tidak bervariasi.

Manakala Jabatan Kependudukan Keluarga Berencana Nasional (BKKBN) mengukur kesejahteraan dengan kriteria kesejahteraan; (i) makan 2 kali sehari atau lebih, (ii) ahli keluarga memiliki pakaian berbeza untuk dirumah, bekerja/sekolah dan bepergian, (iii) bahagian lantai yang terluas bukan daripada tanah, (iv) menjalankan ibadah menurut agama oleh masing masing, (v) bila anak sakit atau pasangan yang ingin kontrasepsi (pencegahan hamil) dibawa petugas kesihatan, (vi) ahli keluarga melaksanakan ibadah secara teratur, (viii) paling kurang sekali seminggu keluarga menyediakan daging/ikan/telur, (ix) seluruh ahli keluarga memperoleh paling kurang satu stel

pakaian baru per tahun, (x) luas lantai rumah paling kurang 8 meter persegi (m²) tiap penghuni rumah, (xi) seluruh ahli keluarga dalam 3 bulan terakhir dalam keadaan sihat, (xii) paling kurang satu orang ahli keluarga yang berumur 15 tahun keatas mempunyai penghasilan tetap, (xiii) seluruh ahli keluarga yang berumur 10-60 tahun bisa membaca tulisan latin, (xiv) seluruh anak berusia 5 - 15 tahun sekarang sekolah, (xv) bila anak hidup 2 atau lebih dan bila ingin kontrasepsi (pencegahan hamil) dibawa petugas kesihatan, (xvi) mempunyai upaya untuk meningkatkan pengetahuan agama, (xvii) sebahagian dari penghasilan keluarga dapat disimpan untuk tabungan keluarga, (xviii) makan bersama paling kurang sekali sehari dan kesempatan itu dimanfaatkan untuk komunikasi dengan ahli keluarga, (xix) ikut dalam aktifiti masyarakat di persekitaran tempat tinggalnya, (xx) mengadakan rekreasi bersama diluar rumah paling kurang 1 kali dalam 6 bulan, (xxi) mendapatkan berita dari surat akhbar/TV/majalah, (xxii) ahli keluarga mampu menggunakan sarana pengangkutan yang sesuai dengan keadaan daerah tempatan, (xxiii) secara teratur atau pada waktu tertentu dengan sukarela memberikan sumbangan bagi aktifiti sosial masyarakat dalam bentuk wang atau barangan.

Oleh itu, untuk mengurangkan kemiskinan, kerajaan Indonesia terus menambah bajet bantuan sosial seperti tahun 2010 (Rp. 68.6 trillion/USD 5.7 billion), tahun 2012 (75.6 trillion/USD 6.3 billion) dan tahun 2014 (Rp. 91,8 triliun/USD 7.6 billion) (Kementerian Keuangan, 2014). Beberapa program yang dijalankan kerajaan ialah kesihatan percuma, pendidikan percuma melalui Biaya Operasi sekolah (BOS), bantuan tunai secara langsung (BLT/BLSM/PSKS), Program keluarga harapan (PKH) dan Bantuan Siswa Miskin atau Program Indonesia Pintar, subsidi beras miskin, subsidi bahan api, subsidi elektrik, subsidi rumah, program pemerkasaan masyarakat dan pinjaman mudah.

Berikut beberapa penjelasan butiran (details) program JKS keluarga atau masyarakat miskin di Indonesia :

a. Kesihatan Percuma

Kesihatan percuma merupakan perhidmatan kesihatan bagi keluarga miskin/terdedah yang yurannya dibayar oleh kerajaan dan dijalankan secara nasional untuk mewujudkan perhidmatan kesihatan seluruh masyarakat (Kementerian Kesihatan, 2010).

Program ini telah dijalankan Kementerian Kesehatan tahun 2005 sehingga sekarang. Perhidmatan kesihatan percuma berlandaskan Peraturan Kerajaan No. 101 tahun 2012 tentang Penerima Bantuan Iuran Jaminan Kesihatan dan seterusnya dikuatkuasakan dengan peraturan daerah (Perda) atau Peraturan Menteri Besar.

Perhidmatan kesihatan percuma dianggap bermanfaat bagi masyarakat miskin (Nurmeilita, 2010; Hadi et al., 2001) dan menyokong peningkatan kualiti hidup dengan kemudahan perhidmatan kesihatan (Aishah 2013; Sumarto et al., 2005).

(4)

Perkhidmatan kesihatan percuma baik ubat dan rawatan akan membantu mengurangkan belanja kesihatan. Oleh itu, masyarakat yang sihat akan memberi impak pada pekerjaan dan pendapatan.

Masyarakat miskin tidak membayar yuran bulanan dan dapat berubat di pusat kesihatan atau hospital deengan percuma ubat/rawatan yang ditetapkan kerajaan indonesia.

Umumnya di negara-negara membangun ada biaya rasmi dan tidak rasmi kerana minimnya kewangan kerajaan dan permintaan terus bertambah (Bitran dan Gideon, 2003). Program kesihatan percuma di Indonesia, Thailand dan Kamboja lebih baik dan berkesan memberi perkhidmatan kerana ada pampasan kepada petugas kesihatan seperti dokter, perawat dan bidan diluar gaji yang mereka terima berbanding dengan negara-negara lain seperti Ghana, Kenya dan Zimbabwe. Namun demikian masih banyak warga miskin yang belum tahu tentang kesihatan percuma kerana jabatan yang berkenaan tidak maksima menyebarkan maklumat kepada masyarakat (Bitran & Gideon, 2003).

Menurut Bitran dan Giedion (2003) bahawa kesihatan percuma berjaya apabila; (i) tidak ada kebocoran, namun realiti banyak penduduk kategori tidak miskin menerima jaminan kesihatan seperti Thailand dan Chile sehingga subsidi menguntungkan mereka; (ii) kriteria penerima kesihatan percuma jelas; (iii) ada kos pengangkutan dan makanan selama di hospital;

(iv) staf memiliki pengetahuan dan kemahiran yang cukup, (v) penyebaran maklumat, masyarakat dan petugas harus tahu hak dan tugasan masing masing, (vii) melawan stigma, bahawa untuk menjadi peserta kesihatan percuma tidak berbelit-belit/sukar. Selari kajian Dwicaksono et al. (2012) bahawa akses perhidmatan, matlumat yang terhad dan lokasi yang jauh dari tempat tinggal dapat menyebabkan kualiti kesihatan masyarakat menjadi rendah.

b. Bantuan tunai secara langsung

Bantuan tunai dijalankan Kementerian Sosial dan Kementerian Pendidikan dan Menengah Indonesia iaitu :

(i) Bantuan Langsung Tunai (BLT) atau Bantuan Langsung Sosial Masyarakat (BLSM) dan sekarang menjadi Program Simpanan Keluarga Sejahtera (PSKS) atau unconditional cash transfer adalah bantuan tunai yang dijalankan oleh Kementerian Sosial dengan tujuan dapat meringankan beban keluarga dalam memenuhi keperluan asas kerana impak kenaikan bahan api atau inflasi. Bantuan ini bermula pada tahun 2005 sehingga sekarang. Misalnya tahun 2012 diberikan selama 12 bulan sebesar Rp.600,000/RM 184/USD 50/keluarga/3bulan kepada 18.5 juta keluarga dengan bajet USD 2.1 billion (Tempo, 2012). Menurut kajian Dede (2006) mendapati bahawa tiap-tiap keluarga

merasakan manfaat dalam membantu memenuhi keperluan seharian. Selari Tabor (2002) bahawa bantuan kewangan kepada kumpulan keluarga miskin dan terdedah agar tidak mudah jatuh miskin.

(ii) Program Keluarga Harapan (PKH) atau conditional cash transfer. Program ini dijalankan oleh Kementerian Sosial bermula tahun 2007 sehingga sekarang. Penerima PKH sehingga tahun 2013 ialah 2.4 juta keluarga pada hampir 70% daerah di Indonesia dengan purata menerima Rp. 1.4 juta sehingga Rp. 2.8 pertahun bergantung berapa banyak ahli keluarga yang masuk dalam program (Nazara dan Rahayu, 2013; Ari, 2014). Bantuan diberi dengan kategori memiliki anak usia dibawah 6 tahun atau anak usia sekolah rendah (7-12 tahun) atau anak usia sekolah menengah rendah (12-15 tahun) dan ibu hamil dengan tujuan meningkatkan sosial ekonomi, tahap pendidikan anak-anak, status kesihatan dan makanan ibu hamil ((Nazara dan Rahayu, 2013).

(iii) Bantuan Siswa Miskin (BSM) yang dijalankan Kementerian Pendidikan bermula tahun 2008 atau sekarang disebut Kad Indonesia Pintar.

Bantuan kewangan untuk keluarga yang memiliki anak diperingkat sekolah rendah, sekolah menengah rendah (SRP/PMR) atau sekolah menengah (SPM/STPM). Tahun 2014 BSM sekolah rendah (USD 37.5/siswa/tahun), sekolah menengah rendah (USD 62.5/siswa/tahun) dan sekolah menengah (USD 83.3/siswa/tahun) dengan tujuan memenuhi perlengkapan sekolah (baju, kasut, beg dan alat tulis). BSM telah memberikan bantuan sehingga melebihi 11.1 juta siswa (Kemendikbud, 2014).

(iv) Biasiswa mahasiswa miskin (bidik misi) bermula tahun 2008 sehingga sekarang, manakala bilangan penerima sehingga sekarang melebihi 91 ribu mahasiswa dengan bajet Rp. 914 billion/USD 76.16 juta (Sekretariat Kabinet, 2014).

Bantuan tunai (BLT/BLSM/PSKS, PKH, BSM dan Bidik Misi) dapat menyokong kehidupan masyarakat dalam memenuhi keperluan asas seperti nutrisi, pendidikan dan penjagaan kesihatan. Selari dengan tujuan indeks pembangunan manusia (HDI) dan matlamat Millenium Development Goals (MDGs) seperti pembasmian kemiskinan dan kelaparan xtrem, pemerataan pendidikan dan peningkatan kesihatan ibu dan anak. Bantuan tunai dapat membantu memenuhi keperluan hidup keluarga atau ibu tunggal (Rozita dan Ummu, 2014).

c. Subsidi beras untuk keluarga miskin.

Subsidi beras miskin di Indonesia ialah bantuan beras kepada keluarga miskin sebanyak 15kg/keluarga/bulan dengan harga tahun 2015 ialah Rp.1,600/RM0.46/USD 0.13 perkilogram (Jabatan Urusan logistik, 2015). Beras miskin sebagai instrumen penting dalam perlindungan sosial, namun pengurusan yang tidak berkesan akan mengakibatkan

(5)

banyak penerima yang tidak berhak (Yanita, 2007).

Menurut Subbarao et al. (2007) bahawa subsidi makanan dapat dilakukan dalam 3 bentuk iaitu; (i) subsidi umum terbuka (open general subsidies), (ii) kuantiti catuan (quantity rationing), (iii) setem makanan (food stamp) termasuk nutrisi untuk kanak- kanak dan ibu hamil. Ketiga bentuk tersebut telah dijalankan selama 4 dekad di beberapa negara-negara Asia. Makanan dengan subsidi umum terbuka digunakan di beberapa negara di Afrika, Afrika Utara dan Timur Tengah. Manakala kuantiti catuan banyak dipilih di negara-negara Asia Selatan. Negara-negara dengan infrastruktur fizikal dan pentadbiran yang cenderung baik atau kadar kemiskinan rendah adalah tepat menggunakan setem makanan (food stamp) seperti negara di Asia selatan atau Amerika Latin, namun ianya kurang tepat dibeberapa negara di Afrika (Subbarao et al., 2007)..

Hasil kajian Sumarto et al. (2005) mendapati bahawa program subsidi beras miskin berkesan dalam membantu masyarakat miskin. Program ini dijalankan di Indonesia sejak krisis ekonomi tahun 1998 hingga sekarang. Bantuan beras yang disubsidi dengan harga murah akan menyokong kepada tersedianya makanan dalam keluarga miskin (Aldemar, 2002). Oleh itu, menurut Rogers dan Jennifer (2002) bahawa bantuan makanan memiliki pelbagai tujuan iaitu (i) penghidupan keluarga terjamin; (ii) kuasa beli masyarakat meningkat; dan (iii) kesulitan hidup dapat berkurang dan mempertingkatkan nutrisi dengan tersedianya makanan secara langsung. Selari dengan program Bolsa Famili di Brazil yang menyokong keperluan nutrisi keluarga (Ansell, 2011). Oleh itu, keselamatan makanan adalah penting untuk masyarakat dengan penekanan kepada keupayaan setiap isi rumah mendapatkan makanan, berkhasiat dan berterusan tanpa sebarang halangan. Penglibatan kerajaan dalam menjamin keselamatan makanan adalah untuk memastikan setiap rakyat mendapatkan makanan (Ibrahim dan Chamhuri, 2012). Kerajaan Malaysia memberi subsidi beras tahun 2013 sebesar USD148 juta untuk memastikan bahawa seluruh warga miskin dapat memenuhi keperluan beras dan mengurangkan kos perbelanjaan (Hmetro, 2013).

d. Pendidikan percuma

Pendidikan percuma dimulakan tahun 2005 dengan tujuan meningkatkan kualiti pendidikan dan prestasi pelajar. Pendidikan percuma atau pembebasan biaya di sekolah berjalan selepas kerajaan pusat menyediakan bajet melalui Biaya Operasi Sekolah (BOS). Dana BOS berterusan meningkat daripada tahun 2005 (Rp 5.14 triliun/USD 0.42 billion), tahun 2007 (Rp. 9.84 triliun/USD 0.82 billion), tahun 2009 (Rp. 16,4 triliun/USD), tahun 2011 (Rp 19,86 triliun/USD 1.65 billion), tahun 2013 (Rp 27,48 triliun/USD 2.29 billion) dan tahun 2014 (Rp 28,17 triliun/USD 2.34 billion) dengan kurs 1 USD ialah Rp.

12,000 (Setkab, 2014). Program ini juga disokong dengan bajet kerajaan negeri dan tempatan.

Peraturan Kerajaan No. 47 tahun 2008 tentang wajip belajar seksyen 9 ayat 1 bahawa “kerajaan pusat, negeri dan daerah menjamin terselenggaranya program wajib belajar minima pada jenjang pendidikan dasar tanpa memungut biaya”. Kemudian seksyen 9 ayat 4 bahawa “Warga Negara Indonesia usia wajip belajar yang orang tua/wali tidak mampu membiayai pendidikan, kerajaan dan atau kerajaan tempatan wajib memberikan bantuan biaya pendidikan sesuai peraturan undang-undang” (PP, 2008: 5).

Walaupun pembebasan yuran sekolah, namun bagaimanapun kos pengangkutan dan kelengkapan sekolah juga menjadi keperluan. Menurut kajian Ahmad et al. (2013) mendapati bahawa purata kos pengangkutan pelajar perbulan adalah Rp.

150,000/RM 43. Sehingga sepatutnya kos pengangkutan dan kelengkapan sekolah siswa miskin perlu mendapat keutamaan dalam bajet dana Biaya Operasi Sekolah (BOS).

Kajian Kattan (2006) mendapati bahawa terdapat 76 negara berjaya mengenal pasti lima kategori kos di sekolah iaitu yuran, kos buku, pakaian seragam, sumbangan masyarakat dan kos aktiviti lain dan didapati tujuh negara termasuk Indonesia menggunakan lima kategori berkenaan. Tingginya kos pendidikan telah memberi impak negatif terhadap kadar penyertaan sekolah dan kadar keciciran, Oxfam (2001) membuktikan bahawa alasan utama kanak kanak tidak bersekolah kerana tidak mampu membayar yuran sekolah. Selari kajian Deininger (2013) bahawa faktor utama ialah yuran sekolah, keluarga (pendidikan ibu bapa), keterlibatan masyarakat, kualiti dan kesesuaian pendidikan, kurang upaya, nilai/norma budaya.

Oleh itu, pendapatan keluarga adalah salah satu faktor yang berpengaruh terhadap peningkatan kadar penyertaan sekolah di semua peringkat pendidikan, kerana penting di pertimbangkan dalam menganggarkan kos pendidikan (Bray, 1996).

Rendahnya pendapatan keluarga miskin menyebabkan 50 daripada 100 orang miskin tidak mampu bersekolah di sekolah menengah (RPJMN, 2014). Ini kerana lebih 70% daripada kos pendidikan masih ditanggung oleh orang tua (Gozali, 2005).

Pendidikan sangat penting bagi kanak-kanak seperti di Brazil memberi pampasan kepada orang tua USD 8- 10/bulan/siswa (Ansell, 2011). Menurut kajian Fox (2003) bahawa pentingnya pendidikan sehingga bajet subsidi pendidikan perlu ditingkatkan dan menghapus subsidi yang tidak terarah. Selari kajian di Columbia mendapati bahawa ada peningkatan 4-8%

kanak-kanak miskin dapat bersekolah daripada sekolah rendah sehingga sekolah menengah kerana adanya keringanan/pembebasan yuran (Baez dan Camacho, 2011). Pendidikan percuma dapat meningkatkan jumlah siswa, mengurangkan kadar putus sekolah, meningkatkan purata lama sekolah, celik huruf dan peringkat pendidikan yang pada akhirnya pelaburan pendidikan dapat meningkatkan

(6)

produktiviti dan pendapatan.

e. Program nasional pemerkasaan masyarakat (PNPM)

Program Nasional Pemerkasaan Masyarakat (PNPM) Mandiri bermula tahun 2007 yang merupakan gabungan beberapa program pemerkasaan masyarakat seperti program pengembangan mukim (PPK), program pembangunan daerah terbelakang dan khusus (P2DTK), program pembasmian kemiskinan di perkotaan (P2KP), program pengembangan infrastruktur sosial ekonomi wilayah (PISEW), program pemerkasaan ekonomi masyarakat pesisir (PEMP) dan program kumpulan usaha bersama (KUBE) (ILO, 2012). PNPM Mandiri atau pekerjaan umum (public work) iaitu program untuk pembinaan infrastruktur sosial dan fizikal di mukim dan kampung seluruh Indonesia. Program ini adalah program pembasmian kemiskinan yang melibatkan elemen masyarakat. Dalam program ini setiap aktifiti pembinaan diawali dengan perbincangan mengenai projek pembinaan apa yang prioriti. Oleh itu semua elemen masyarakat kampung bersama sama menyusun tahapan pelan, pelaksanaan sehingga pemantauan dan penilaian. Melalui proses pembangunan penyertaan, kesedaran kritis dan kemandirian masyarakat utamanya masyarakat miskin. Program ini dapat di kembangkan, agar masyarakat bukan sebagai obyek tetapi sebagai subyek pembasmian kemiskinan. Program PNPM Mandiri yang bajetnya daripada kerajaan pusat, sekarang bajet berkenaan di transfer ke akaun masing masing kampung dengan nama Alokasi Dana Desa (ADD) untuk program pemerkasaan masyarakat.

f. Bantuan jaminan ibu melahirkan (jampersal) Program ibu melahirkan adalah Tanggungan pembiayaan yang dignnakan untuk pemeriksaan kehamilan, pertolongan masa akan melahirkan, perkhidmatan nifas termasuk perkhidmatan pencegahan kehamilan selepas melahirkan dan perkhidmatan bayi baharu lahir yang kos di tanggung oleh kerajaan (Suplemen, 2011). Program ini bermula tahun 2011 sehingga sekarang dengan tujuan menurunkan kadar kematian ibu dan bayi. Tingginya kadar kematian umumnya berlaku di luar bandar kerana mereka tidak ditolong daripada petugas kesihatan (Aryastami et al., 2014). Program jampersal merangkumi rawatan ibu melahirkan termasuk pemeriksaan sebelum dan selepas melahirkan.

Pemeriksaan dan persalinan disediakan di pusat kesihatan/hospital dengan bilik rawatan kelas III (tiga). Bajet tahun 2011 Rp 1.2 triliun/USD 0.1 billion untuk 2.6 juta ibu (ILO, 2012). Dalam pelaksanaan program masih banyak masyarakat yang belum mengenal dan paham mengenai program jampersal.

Oleh itu, perlu penyebaran matlumat, dana, perkhidmatan dan menambah petugas di kampung kampung (Aryastami et al., 2014).

g. Program kesejahteraan sosial anak (PKSA), orang kurang upaya (OKU) dan warga tua

Program Kesejahteraan Sosial Anak (PKSA) ialah bantuan tunai bersyarat khusus bagi kanak kanak dengan perkara sosial. Program ini merangkumi lima kumpulan iaitu, (1) kanak kanak kecil telantar atau kurang upaya (disability), remaja (6-18 tahun) terlantar, kanak kanak jalanan (6-18 tahun), kanak kanak memiliki perkara hukum (6-16 tahun ) dan kanak kanak kurang upaya (0-18 tahun) ((Keputusan Menteri Sosial No. 15 tahun 2005). Untuk tahun 2011 bajet untuk program ini ialah Rp 287 billion/USD ).

Program ini diambil kira kanak kanak yang telah mendapat bantuan iaitu, (i) 142,530 kanak kanak terlantar, (ii) 6, 925 kanak kanak kecil terlantar, (iii) 4,200 kanak kanak jalanan, (iv) 930 kanak kanak memiliki perkara hukum dan (v) 1,750 kanak kanak kurang upaya/cacat (ILO, 2012). Kementerian Sosial juga membagi bantuan tunai warga miskin usia lebih 60 tahun dan tidak memiliki pendapatan yang cukup sebesar Rp. 300,000 per bulan, manakala untuk orang kurang upaya (OKU) selain uang tunai juga subsidi di pusat pemulihan berlandasakan Instruksi Presiden Nombor 3 tahun 2010.

Pelbagai program berkenaan yang dijalankan kerajaan Indonesia memiliki tujuan untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Pada skala antarabangsa pengukuran kualiti hidup masyarakat yang disepakati ialah berdasarkan indeks pembangunan manusia (HDI). Data UNDP (2015) menunjukkan bahawa Indonesia berada di urutan 110 di dunia atau kelima di ASEAN selepas Singapura, Brunei Darussalam, Malaysia dan Thailand seperti Jadual berikut :

Jadual

Peringkat HDI di negara-negara Asean tahun 2014

No Negara Urutan Indeks

1.

2. 3.

4. 5.

6. 7.

8.

9. 10.

Singapura Brunei Darussalam Malaysia Thailand Indonesia Filipina Vietnam Laos Kamboja Myanmar

11 31 62 110 93 115 116 143 143 148

0.912 0.856 0.779 0.726 0.684 0.668 0.666 0.575 0.555 0.536

Sumber : http://hdr.undp.org/en/data.

Namun bagaimanapun HDI Indonesia terus mengalami peningkatan daripada 0.606 (2000), 0.635 (2005), 0.665 (2010) dan 0.684 (2014). Menurut Human Development Report (HDR) Indonesia tahun 2015 bahawa kadar jangkaan hidup meningkat daripada 68.3 (2010) menjadi 68.9 (2014), jangkaan lama sekolah daripada daripada 12.5 (2010) menjadi 13.0 (2014), purata lama sekolah daripada 7.4 (2010) menjadi 7.6 (2014) sesuai Rajah 1.1(seperti Lampiran 2). Manakala Pendapatan Dalam Negara Kasar (PDB)

(7)

Perkapita daripada melebih 27 juta rupiah (2010) menjadi lebih 43 juta rupiah (2014).

Hasil analisis

Berdasarkan analisis literatur dan dokumen menunjukkan program JKS seperti bantuan kewangan, bantuan bukan kewangan dan bantuan kedua dua yang dijalankan di pelbagai negara berkesan dapat meningatkan kualiti hidup masyarakat (Devereux, 2002; Ravallion, 2003; Sumarto et al., 2005; Ansel, 2011; Pradhan et al., 2013; Rozita dan Ummu, 2014).

Di Brazil berjaya mengurangkan kadar kemiskinan daripada 12% tahun 2003 menjadi 4.8% tahun 2008 melalui program bantuan tunai kepada petani miskin, melakukan reformasi pencen dan tenaga kerja, bantuan makanan dan gas menyokong peningkatan kuasa beli dan mengurangkan ketidakadilan (Ansel, 2011). Samaada di Bangladesh dalam kajian Pradhan et al. (2013) berjaya menurunkan daripada tahun 2005 sehingga 2010 berkurang 8.5% (40% menjadi 31.5%). Manakala Indonesia daripada tahun 2010 sehingga 2015 cenderung lambat kerana hanya berkurang 2% (13.3% menjadi 11.3%). Pelbagai program JKS yang dijalankan kerajaan Indonesia yang cenderung meningkat namun tidak diikuti penurunan kadar kemiskinan yang patut atau sesuai matlamat Rancangan Pembangunan Jangka Menengah Nasional 2009-2014 (BPS, 2016; Kementerian Keuangan, 2014).

Ini berlaku kerana beberapa faktor iaitu, (i) integrasi kriteria miskin daripada beberapa jabatan berkenaan, (ii) sistim penghantaran, masih banyak masyarakat miskin yang sepatutnya menerima tetapi tidak menerima, oleh itu up date penerima perlu dijalankan sebelum memberi bantuan berkenaan, (iii) penyebaran matlumat perlu kepada masyarakat secara berterusan, (iv) peningkatan kuantiti dan kualiti kaki tangan yang terlibat dalam pengagihan bantuan baik pengetahuan mahupun kemahiran, (v) sistim dan peraturan yang jelas dalam pengagihan bantuan JKS, (vi) kerana kewangan yang terhad, maka pemilihan jenis bantuan harus lebih selektif dan saksama, (vii) infrastruktur yang terhad dapat mempengaruhi pengagihan bantuan utamanya ICT, (viii) jenis bantuan tidak mesti sama di setiap daerah atau kampung kerana faktor budaya tempatan.

Kesimpulan

Dalam kajian menunjukkan bahawa program Jaringan keselamatan sosial (JKS) memberi kesan bagi masyarakat miskin dan terdedah. Walaupun kadar kemiskinan Indonesia cenderung naik turun atau lambat, namun tetap memberi kesan positif dengan meningkatknya GNI per capita atau pariti kuasa beli (PPP) daripada USD 8,267 (2010) menjadi 9,788 (2014) (Survei Ekonomi OECD Indonesia, 2015).

Indeks pembangunan manusia (HDI) indonesia juga meningkat dengan pengukuran kadar jangkaan hidup, jangkaan lama sekolah, purata lama sekolah dan pendapatan negara kasar (GNI PPP) perkapita.

Rujukan

Aishah, Haji Mohamed.(2013). Perubahan Sosial, Kesihatan dan Kualiti Hidup di Wilayah Metropolitan Lembah Klang-Langat Selangor.Akademika, 83 (1), 11-24.

Alderman, Harold.(2002). “Price and Tax Subsidization of Consumer Goods’’, Social Protection Discussion Paper No.

0224.Washington,DC. World Bank.

Ansell, Aaron.(2011). “Brazil’s Social Safety Net Under Lula”.NACLA Report on the Americas.

March/April.23-26.

Azahan, Awang; Abdul Samad, Hadi; Jamaluddin, Md Jahi; Asmah, Ahmad & Abdul Hadi, Harman Shah. (2006). Mendifinisi Semula Makna Kualiti Hidup Masyarakat Bandar Dalam Konteks Ilmu Sosial. Malaysian Journal of Environmental Management, 7 (2006), 19-32.

Ari, A. Perdana. (2014). Masa Depan Program Kesejahteraan Sosial di Indonesia: Dari Subsidi Bahan Bakar Fosil hingga Perlindungan Sosial yang Lebih Baik. Kerjasama Global Subsidies Initiative (GSI), International Institute for Sustainable Development (IISD) dan Tim Nasional Percepatan Penanggulangan Kemiskinan (TNP2K) Republik Indonesia.

Ahmad, Andriani, Lokman Mohd. Tahir dan Bambang Sumintono. (2013). Analisis Cabaran Bantuan Operasi Sekolah di Indonesia: Kajian Kes di SMP Kebangsaan Makassar Provinsi Sulawesi Selatan, Indonesia. 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE).

324-336.

Baez, E Javier and Camacho, Anriana.

(2011).“Assessing the Long-term Effects of Conditional Cash Transfer on Human Capital.

Evidence from Colombia”.

http://worldbank.org/safetynets

Bray, M. 1996. Counting the Full Cost: Parental and Community Financing and Education in East Asia. Washington, D.C: World Bank.

Bank Dunia. (2014).“The State of Social Safety Nets”.

http://worldbank.org/safetynets.

Bank Dunia. (2015). Millennium Development Goals (MDGs) (http://www.worldbank.org/mdgs/).

Bappenas (2013). Penilaian PNPM Mandiri.

Direktorat Penilaian Prestasi Pembangunan Sektoral, Kementeriaan Pelan Pembangunan

Nasional / Bappenas.

file:///C:/Users/windows%207/Downloads/D ocuments/3.Evaluasi%20PNPM%20Mandiri.p df

Bitran, R. dan Giedion, U. (2003). Waives and Exemptions for Health Services in Developing Countries.Social Protection Discussion Paper No.0308. Washington, DC. World Bank. .

(8)

Dalia, A. and Juozas, R. (2007). Quality of life and its Components’ Measurement. Engineering Economics. 2 (52), 44-49.

Deininger, K. (2003). Does Cost of Schooling Affect Enrollment by the Poor? Universal Education in Uganda. Economic of Education Review 22, pp.

291-305.

Dede, A. (2006). Implementasi Program Bantuan Langsung Tunai kepada Rumah Tangga Miskin di Kota Medan. Universitas Indonesia. Tesis.

Devereux, S. (2002). Can Social Safety Nets Reduce Chronic Poverty? Development Policy Review, Washington, D.C: The World Bank. 20(5), 657- 675. http://dx.doi.org/10.1111/1467- 7679.00194.

Dwicaksono,A.; Nurman,A.; Prasetya, P.Y. (2012).

Jamkesmas dan Jaminan Kesihatan Daerah.

Laporan Kajian di 8 daerah dan 2 negeri di Indonesia. Bandung. Inisiatif Perkumpulan.

Press.

Emil, Tesliuc. (2006). “How the Rich Protect Their Poor; Social Safety Nets in OECD Countries”.

World Bank, Human Development Network Social Protection, Social Safety Nets.

http://worldbank.org/safetynets.

Fox, Louise.(2003). Safety Net in Transition Economies: A Primer” Social Protection Discussion paper No. 0306. Washington, DC.World Bank.

Gozali, A. (2005). Analisis Biaya satuan Pendidikan Dasar dan Menengah. Jakarta: Badan Penelitian dan Pengembangan Departemen Pendidikan Nasional.

Hadi, P.; Suriah; Sarifa,Y.H.; Mardewi. (2004). Evaluasi Program Jaring Pengaman Sosial bidang Kesehatan di Kabupaten Bengkulu Selatan, Propinsi Bengkulu.Jurnal Kedokteran Trisakti.

23 (4),134-140.

Harun, M.F.M dan Idris, N.A.H. (2012) Kualiti Hidup Orang Asli : Pengukuran Melalui Indeks Kualiti Hidup Orang Asli Berwajaran. Journal Akademika. 82 (1) 65-69.

Hmetro. (2013). Jaringan Keselamatan Sosial yang lebih komprehensif akan diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang terjejas dengan rasionalisasi subsidi bahan api. Diambil

23 September 2013, dari

http://www.hmetro.com.my/articles/.

International Labour Organization (ILO). (2012).

Penilaian Landasan Perlindungan Sosial Berdasarkan Dialog Nasional di Indonesia.

file:///D:/Jaminan%20sosial%20Indo.pdf Ibrahim dan Chamhuri.(2012). Kawasan Pengairan

Muda: Merentasi Masa Menyangga Keselamatan Makanan Negara. Jurnal

Pengurusan awam, 69-90.

http://www.myjurnal.my/.

Jabatan Kependudukan Keluarga Berencana Nasioanl

(BKKBN). http://www.bkkbn-

jatim.go.id/bkkbn-jatim/html/indikasi.htm.

Kementerian Kewangan.(2014). Program dan Dana Bantuan Sosial Tahun 2014 dan Realisasinya. Di Terima tarikh 7 April 2014.

http://www.anggaran.depkeu.go.id/dja/edef- konten-view.asp?id=977.

Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan.(2014).

“Alokasi Dana BOS ”.

http://bos.kemendikbud.go.id/home/alokasi_d ana/nasional.

Kattan, R. B. (2006). Implentation of Free Basic Education policy. Washington, DC.

Liu, Ben Chieh. (1975). Quality Of Life: Concept, Measure and Results dalam The American Journal of Economics and Sociology. Vol 34, 1- Mahathir Mohammad. (1999). Kata alu-aluan kualiti 14.

hidup Malaysia,

http://www.epu.ipm.my/New%20Folder/publ ication/mqli99/I Jabatan Perdana Menteri Marvin, Oliver. (1997). World Health Organisation

Quality of Life- BREF. University of Washington Seattle, Washington. United State of America.

Nazara, S. dan Rahayu, S.K. (2013). “PKH: the Indonesian Conditional Cash Transfer Program”. Tim Nasional Percepatan Pembasmian Kemiskinan (TNP2K).

Nurmeilita (2010). Persepsi masyarakat miskin terhadap pelayanan kesehatan untuk masyarakat miskin di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo, Jakarta. Skripsi. Universitas Syarif Hidayatullah.

Pradhan, M.A.H.; Saidatul, M.A.; Sulaiman,J. (2013).

“An Investigation of Social Safety Net Programs as Means of Poverty Alleviation in Bangladesh”.

Journal Asian Social Science, 9 (2), 139-148.

Peraturan Kerajaan (PP) R.I. No. 101 tahun 2012 tentang Penerima Bantuan Iuran Jaminan Kesihatan.

Peraturan Kerajaan (PP) R.I No. 47 Tahun 2008 tentang Wajip Belajar.

Ravallion, Martin.(2003). “Targeted Transfers in Poor Countries: Revisiting the Trade-Offs and Policy Options.” The World Bank.Washington,DC.

Rozita, Arshad and Ummu,Atiyah Ahmad Zakuan.

(2014). “Empowering Women via Social Safety Nets and Service Delivery. Journal of Goverment and Development University Utara Malaysia (JGD UUM), 10 (1), 183-200.

Rozita, A.; Siti A.J.A.; Samihah, K.; Saadon, A.; Amir, H.

(2012). Institusi dan Mekanisme Jaringan Keselamatan Sosial (JKS) di Malaysia.

University Utara Malaysia (UUM). Press.

Rogers, Beatrice L and Jennifer Coates. (2002). “ Food- Based Safety Nets and Related Programs.”

Social Protection Discussion Paper No. 0225.

Washington, DC.World Bank.

Sumarto,S.; Asep, S. dan Wenefrida, W. (2005).

Assessing the Impact of Indonesian Social Saferty Net Programmes on Household Welfare and Poverty Dynamics, The European Journal of Development Research, 17 (1), 155-177.

Survey Ekonomi OECD Indonesia. Maret (2015).

Diterima Tarikh 23 Jun 2015.

file:///D:/data%20bps/Sosek%20Indonesia%

202015%20OECD.pdf.

Suplemen (2011). Informasi Jampersal.

file:///C:/Users/windows%207/Downloads/D

(9)

ocuments/buku-saku-jampersal.pdf

Smith, W.J. and Subbarao,K. (2003).”What Role for Safety Net Transfers in Very Low income Countries?”. The World Bank. Washington,DC.

Sekretariat Kabinet. (2014). BOS mendukung Pelaksanaan Sekolah Gratis. Diterima Tarikh 21 Oktober 2014. http://setkab.go.id/bos- mendukung-pelaksanaan-sekolah-gratis/.

Tabor, Steven R.(2002). “Assisting the Poor with Cash:

Design and Implementasion of Social Transfer Program.” Social Protection Discussion paper No. 0223. World Bank. Washington, DC.

Tempo, News. (2012). Bantuan untuk Orang Miskin.

Diambil 15 Mac 2012, dari http://www.tempo.co/read/news/2012/03/1 5/087390317/Rp-256-Triliun-Bantuan-Untuk- Orang-Miskin.

Tempo, News. (2012). Bantuan Langsung Tunai Dinaikkan. Diambil 12 mac 2012, dari http://www.tempo.co/read/news/2012/03/0 2/090387508/Bantuan-Tunai-Langsung- Dinaikkan.

Undang-undang Dasar (UUD) 1945 beserta dengan Perubahanannya. (2014). Educative Presindo.

Bandung.

UNDP (2015). Human Development Data (1980- 2015). http://hdr.undp.org/en/data.

Human Development Report (HDR) (2015). Work for Human Development. Briefing note for countries on the 2015 Human Development Indonesia.

file:///C:/Users/windows%207/Downloads/D ocuments/IDN.pdf

Ventegodt, S.; Merrick, J. and Andersen, N.J. (2003).

Quality of Life Theory I. The IQOL Theory: An Integrative Theory of the Global Quality of Life Concept. The Scientific World Journal, 3, 1030- 1040.

Yanita, S. (2010). “Analisis Effektifitas dan Effisiensi Distribusi Beras Miskin (raskin). Studi Kasus:

Desa Securai Utara, Kecamatan Babalan Kabupaten Langkat.

(10)

Lampiran 1

Insurans sosial and polisi pasar tenaga kerja

(pencen, perlindunagn kemalangan kerja, pasar tenaga kerja, etc.)

Perkhidmatan sosial Akses kepada (pendidikan, kesihatan, nutrisi)

Jaringan keselamatan sosial atau bantuan sosial (bantuan tunai, keringanan biaya dan

lain lain) diluar

perlindungan sosial e.g., kredit mikro

Insurans kesihatan

diluar perlindungan sosial seperti latihan guru

Bantuan kewanngan bersyarat (makanan tambahan di sekolah atau school feeding)

Bantuan tanpa syarat Kerja awam, sosial pencen Perlindungan sosial

Rajah. JKS bahagian daripada perlindungan sosial (Bank Dunia, 2014).

(11)

Lampiran 2

Rajah 1.1. Kadar jangkaan hidup, jangkaan lama sekolah dan purata lama sekolah (2010-2014)

68.1 68.3 68.5 68.7 68.9

12.5 12.7 13 13 13

7.4 7.5 7.6 7.6 7.6

0 10 20 30 40 50 60 70 80

2010 2011 2012 2013 2014

Kadar Jangkaan hidup (tahun) jangkaan lama sekolah (tahun) Purata lama sekolah (tahun)

Referensi

Dokumen terkait

Dalam menanggapi isu mengenai independensi auditor, Menteri Keuangan RI pada tanggal 5 Februari 2008 menerbitkan Peraturan Menteri Keuangan No. 17/PMK.01/2008 tentang

Akuntansi adalah proses dari transaksi yang dibuktikan dengan faktur, lalu dari transaksi dibuat jurnal, buku besar, neraca lajur kemudian akan menghasilkan informasi dalam

Pencarian data primer tersebut di atas, dimaksudkan untuk mendapatkan keterangan tentang peristiwa, hal-hal yang dialami, pelayanan yang diperoleh pada saat kejadian dan pasca

(tujuh) kendaraan yang diuji tercapai pada kisaran putaran mesin yang berbeda- beda. 2) Posisi throttle saat tercapai konsumsi bahan bakar optimum pada 7 (tujuh)

Biro Analisa Anggaran dan Pelaksanaan APBN – SETJEN DPR-RI | 15 Sebagai ilustrasi, berdasarkan data BPS pada tahun 2011 jumlah penduduk yang hidup dibawah garis kemiskinan adalah

Pada tahun 2005, sebuah program baru bantuan sekolah yang dinamakan Bantuan Operasi Sekolah (BOS) diperkenalkan sebagai bentuk dukungan pendidikan secara langsung kepada

Pemerintah mengklaim program bantuan langsung sosial masyarakat (BLSM) merupakan keputusan yang tidak hanya akan membantu masyarakat miskin ketika

Variabel prediktor yang digunakan antara lain tingkat pendidikan kepala RT (KRT), kondisi rumah, biaya makanan, biaya non makanan, Bantuan Langsung Tunai(BLT), proporsi anggota