• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGAMBILAN DAN PROMOSI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENGAMBILAN DAN PROMOSI"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

PENGAMBILAN DAN PROMOSI

S2 : Bolehkah saya memohon untuk bertukar ke universiti lain?

J2 : Tawaran kemasukan untuk pelajar baharu adalah muktamad. Walaubagaimanapun, selepas melalui 1 semester pengajian di universiti asal pelajar boleh memohon untuk bertukar universiti.

S3 : Adakah dibenarkan untuk menukar program ke Pusat Pengajian lain atau hanya dalam Pusat Pengajian yang sama sahaja?

J3 : Pertukaran Program hanya dibenarkan antara aliran sains dengan sains sahaja atau aliran sastera dengan sastera sahaja.

1

S1 : Saya adalah pelajar baharu yang telah mendapat tawaran program pengajian yang saya tidak minat. Bolehkah saya memohon untuk bertukar program?

J1 : Tawaran kemasukan untuk pelajar baharu adalah muktamad dan tidak dibenarkan bertukar program. Walau bagaimanapun, selepas satu semester pengajian, pelajar boleh memohon untuk bertukar program jika memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Universiti.

S4 : Sekiranya alamat tetap dan maklumat peribadi saya berubah, di mana saya boleh mengemaskini maklumat terkini?

J4 : Pelajar boleh mengemaskini maklumat melalui portal rasmi Warga UMT/MyNemo (log masuk-pelajar) di alamat http://mynemo.umt.edu.my. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk mengemaskini maklumat peribadi masing-masing.

2 3

4

(3)

PENGAMBILAN DAN PROMOSI

S6 : Adakah pelajar baharu boleh membuat penangguhan pengajian?

J6 : Pelajar baharu tidak dibenarkan menangguhkan pengajian kecuali atas kes kesihatan.

S7 : Bagaimanakah cara saya mendaftarkan kursus untuk semester ini?

J7 : Semua kursus akan didaftarkan secara automatik ke dalam sistem kecuali untuk Ko-kurikulum. Pelajar diminta menyemak, membuat tambahan dan menggugurkan kursus menerusi MyNemo (log masuk-pelajar) dalam tempoh 3 minggu selepas buka semester.

5

S5 : Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan berhenti pengajian?

J5 : Permohonan Berhenti Pengajian boleh dibuat bila-bila masa dengan membuat permohonan di Kaunter Pusat Pengurusan Akademik Dan Kualiti (PPAK) atau emel kan kepada PPAK@umt.edu.my.

S8 : Bilakah saya boleh menyemak semua kursus yang saya telah daftarkan?

J8 : Untuk menyemak kursus yang telah didaftarkan, pelajar boleh menyemak dalam MyNemo (log masuk-pelajar) menerusi menu Akademik.

6 7

8

(4)

PENDAFTARAN KURSUS

S2 : Keperluan kursus ko-kurikulum bagi program saya adalah 3 jam kredit. Namun, saya telah mendaftar kursus ko-kurikulum dengan 2 jam kredit sahaja. Bolehkah saya bergraduat dengan kursus ko-kurikulum yang telah diambil?

J2 : Tidak boleh. Pelajar perlu merujuk kepada keperluan sebenar pada skima program yang telah disediakan. Skima program pengajian mungkin/boleh berbeza mengikut sesi kemasukan pelajar.

S3 : Saya telah mendaftar kursus ‘Pengurusan Acara’ pada Semester I Sesi 2017/2018 dan pada Semester II Sesi 2017/2018 mendaftar kursus

‘Pemimpin 1’. Adakah kursus ‘Pemimpin 1’ akan dikira sebagai keperluan elektif program untuk bergraduat?

J3 : Secara asasnya, ya. Walaubagaimanapun, ia tertakluk kepada kelulusan fakulti/ pusat pendidikan dan keperluan program pengajian.

Pelajar boleh merujuk kepada buku program pengajian.

1

S1 : Saya telah mendapat status akademik ‘Amaran’ pada keputusan peperiksaan semester lepas. Bolehkah pada semester ini saya mendaftar kursus dengan 20 jam kredit mengikut skima program supaya dapat bergraduat dalam tempoh yang ditetapkan?

J1 : Pelajar yang mendapat status Amaran atau Percubaan hendaklah mendaftar dengan jumlah 12 jam kredit. Dalam keadaan tertentu, pelajar boleh mendaftar selain daripada 12 jam kredit tertakluk kepada kelulusan Dekan fakulti pelajar.

S4: Saya telah mengikuti latihan industri dalam semester II Sesi 2017/2018. Pada minggu ke-10, saya menyedari saya belum lagi mendaftar kursus latihan industri pada semester tersebut. Adakah saya masih boleh mendaftar kursus latihan industri, memandangkan saya merupakan pelajar tahun akhir?

J4 : Permohonan dan pengguguran kursus di luar tempoh memerlukan kelulusan khas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).

Sekiranya diluluskan, denda sebanyak RM100.00 bagi setiap kursus yang didaftarkan.

2

3

4

(5)

PENDAFTARAN KURSUS

S6 : Saya merupakan pelajar yang bertukar daripada program K kepada program L. Saya telah mengambil dan lulus beberapa kursus teras program semasa program pengajian lama (K). Adakah kursus berkenaan boleh digunapakai untuk permohonan pengecualian kursus sebagai elektif di program pengajian baharu (L)?

J6 : Pelajar boleh memohon, namun ia tertakluk kepada kelulusan fakulti/pusat pendidikan yang menawarkan kursus dan/atau ketetapan program pengajian.

4

S5 : Saya telah mendaftar Kursus BBB3013 (AWS) pada semester lepas dan mendapat gred F. Kursus BBB3013 (AWS) adalah prasyarat bagi kursus BBB3033 (EOP).

Adakah saya dibenarkan mendaftar kursus BBB3013 (AWS) dan BBB3033 (EOP) secara serentak pada semester ini memandangkan saya merupakan pelajar tahun akhir dan akan bergraduat?

J5 : Pendaftaran kursus yang memerlukan prasyarat hanya boleh dibuat sekiranya pelajar telah mengambil kursus prasyarat atau kursus setara yang telah ditetapkan, tertakluk kepada keperluan program pengajian. Ini membolehkan pendaftaran kursus berprasyarat dan kursus prasyarat boleh diambil secara serentak.

S7 : Saya pernah mendapat kelulusan pengecualian kursus pada semester lepas. Adakah saya boleh mendaftar semula kursus tersebut pada semester ini bagi tujuan meningkatkan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK)?

J7 : Tidak boleh. Pelajar hanya dibenarkan mengambil semula kursus tersebut sebagai taraf Audit sahaja dan ia tidak dikira dalam pengiraan keputusan.

5

6

(6)

PENJADUALAN KULIAH

S2 : Mengapa slot kuliah kursus E dislotkan pada jam 4.00 petang sedangkan jadual program masih lagi terdapat masa kosong sebelum waktu tersebut?

J2 : Penjadualan kuliah turut mengambilkira faktor jadual pensyarah serta kekosongan ruang dengan kapasiti yang bersesuaian.

S3 : Bolehkah pensyarah kursus membuat perubahan pada slot kuliah jadual muktamad bagi kursus D bagi membantu pelajar yang gagal supaya dapat mengulang kursus D?

J3 : Jadual muktamad tidak boleh dipinda. Pelajar yang perlu mengulang kursus hendaklah membuat penyusunan semula jadual individu pelajar berkenaan.

1

S1 : Jadual waktu kuliah kursus wajib saya telah bertembung dengan kursus elektif selama 1 jam sahaja. Bolehkah saya meneruskan mengambil kursus elektif tersebut?

J1 : Pelajar perlu mengutamakan kursus wajib terlebih dahulu dan boleh memilih kursus elektif lain yang yang tidak bertembung dengan mana-mana kursus wajib.

S4 : Kenapa 2 kursus elektif program dijadualkan secara serentak dalam hari dan masa yang sama?

J4 : Ia dijalankan secara serentak kerana kepadatan jadual program mengikut tahun pengajian pelajar. Walaubagaimanapun, kursus elektif program tidak bertembung dengan slot kursus teras pelajar.

2

3

4

(7)

PEPERIKSAAN DAN PENGIJAZAHAN

S2 : Berapa kalikah saya boleh mengulang sesuatu kursus yang berstatus gagal (F)?

J2 : Pelajar diwajibkan lulus semua kursus wajib dan sekiranya gagal, pelajar perlu mengulang kursus tersebut dalam tempoh pengajiannya sehingga lulus. Manakala pelajar yang gagal dalam kursus elektif hendaklah mengulang kursus tersebut atau menggantikannya dengan kursus lain sehingga lulus.

S3 : Saya berhasrat untuk membaiki PNGK yang diperolehi kepada lebih baik. Adakah saya boleh mengulang semula sesuatu kursus yang telah diambil bagi membaiki gred yang diperolehi?

J3 : Pelajar boleh mengulang sekali sahaja sesuatu kursus bagi tujuan meningkatkan gred kursus yang diperoleh, tertakluk kepada kelulusan pensyarah kursus berkenaan. Gred yang diperolehi bagi sesuatu kursus yang diulang akan dicatat dan diambilkira dalam pengiraan Purata Nilaian Gred (PNG). Gred yang terbaik di antara gred asal dan gred terkini akan diambil kira dalam pengiraan PNGK.

1

S1 : Saya mendapat PNGK kurang daripada 2.00 pada semester ini. Adakah saya akan diberhentikan dari universiti.

J1 : Tidak. Pelajar akan mendapat status Amaran jika mendapat PNGK bawah 2.00 pada kali pertama dan akan diberhentikan jika mendapat PNGK bawah 2.00 sebanyak 3 kali berturut-turut.

S4 : Saya tidak dapat hadir peperiksaan akhir kerana masalah kesihatan dan mendapat sijil sakit daripada Pusat Kesihatan Universiti. Adakah saya boleh membuat permohonan kepada pensyarah untuk mengadakan semula peperiksaan akhir kepada saya?

J4 : Boleh. Pelajar yang memohon untuk menduduki peperiksaan gantian kerana masalah kesihatan, hendaklah mendapatkan sijil cuti sakit/

laporan perakuan kesihatan daripada Pusat Kesihatan Universiti, hospital kerajaan atau mana-mana sijil cuti sakit/ laporan perakuan kesihatan yang disahkan oleh Pusat Kesihatan Universiti UMT. Sijil cuti sakit/ laporan perakuan kesihatan perlu dikemukakan kepada Jabatan Pengurusan Akademik dalam tempoh 24 jam selepas tarikh peperiksaan yang patut didudukinya kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Manakala selain daripada kes kesihatan, kebenaran menduduki peperiksaan gantian adalah tertakluk kepada kelulusan Dekan Pusat Pengajian yang menawarkan kursus tersebut.

2 3

4

(8)

PEPERIKSAAN DAN PENGIJAZAHAN

S6 : Saya pelajar tahun akhir dan tidak layak bergraduat kerana mempunyai satu kursus yang mendapat gred gagal (F). Adakah mekanisme/cara saya mengulang kursus gagal (F) ini tanpa menambah semester?

J6 : Ya, ada. Pelajar tahun akhir pengajian yang memerlukan hanya SATU (1) kursus bagi tujuan bergraduat boleh memohon untuk menduduki ulangan khas (ULK) tertakluk kepada syarat berikut:

Pelajar tahun akhir yang lulus dengan taraf kedudukan Lulus (mendapat sekurang-kurangnya 2.00 ke atas), tetapi gagal dalam SATU (1) kursus yang diambil dalam mana-mana DUA (2) semester terakhir pengajian, tidak termasuk semester di mana pelajar menjalani latihan Industri/Praktikum;

ULK tidak boleh diadakan bagi kursus yang tidak ada peperiksaan akhir;

ULK hanya boleh diambil sekali sahaja, dan sekiranya pelajar masih gagal hendaklah mengulang semula kursus tersebut.

Pelajar yang digagalkan kursus kerana sabit kesalahan salah laku akademik di bawah Peruntukan 5.2 Kaedah Tatatertib adalah tidak layak memohon ULK.

5

S5 : Saya tidak berpuas hati dengan gred yang diperolehi bagi kursus yang diambil. Adakah saya boleh memohon pensyarah untuk menyemak semula penilaian bagi kursus tersebut?

J5 : Pelajar yang tidak berpuashati dengan keputusan bagi kursus tertentu boleh mengemukakan rayuan terhadap gred yang diperoleh.

Walaubagaimana pun, bagi kursus yang mempunyai peperiksaan akhir, semakan hanya melibatkan penilaian untuk peperiksaan akhir sahaja.

Rayuan semakan hendaklah dikemukakan kepada Pusat Pengurusan Akademik dan Kualiti dalam tempoh dua minggu selepas keputusan diumumkan.

6

(9)

KONVOKESYEN

S2 : Bagaimanakah etika pemakaian semasa konvokesyen?

J2 : Sila rujuk notis konvokesyen yang dikeluarkan oleh pihak Universiti. Asasnya, pakaian anda perlulah kemas dan sopan.

1

S1 : Saya akan menghadiri majlis konvokesyen pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Universiti. Apakah yang perlu saya lakukan sebelum, semasa, dan selepas majlis konvokesyen?

J1 : Maklumat dan arahan berkenaan dengan majlis konvokesyen dipaparkan di dalam laman web konvokesyen satu (1) bulan sebelum majlis konvokesyen. Sila semak notis dari masa ke masa untuk perkembangan terkini.

2

Referensi

Dokumen terkait

Dtpergunalcan untufc: Belanta atat tuks kanlor Belanja Dokumeniasi/Dekorasi Dtpergunakan untuk: Belanja Jasa Loundry Belanja Jasa Medls/Paramedis Belanja Jasa Pihak Kebga

Menurut Muhadjir (1996:29), ”pengolahan data dalam penelitian kualitatif adalah data-data yang telah disajikan dalam bentuk kata-kata verbal bukan dalam bentuk angka”.

Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) pada peringkat Matrikulasi / Asasi dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:.. •

Mendapat sekurang-kurangnya Gred B (NGMP 3.00) pada peringkat STPM dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran lain tidak termasuk Pengajian

Pengukuran kinerja usaha adalah proses me- ngukur perkembangan dari parameter-parameter yang ditetapkan sebagai indikator perkembangan. Fungsi pengukuran kinerja

Dengan demikan peneliti fokus terhadap fashion yang bisa menjadi peran dalam branding wilaya Subang, dan Batik Nanas dapat membantu mempromosikan industri batik itu

Strategi dilakukan oleh beberapa perusahaan dalam mempertahankan loyalitas pelanggannya dengan konsep dari Customer Relationship Management (CRM), merupakan suatu

Rotter berpendapat bahwa situasi mengandung semua ciri-ciri yang mengindikasikan kepada kita (berdasarkan pengalaman masa lalu seseorang) mengenai adanya penguatan