• Tidak ada hasil yang ditemukan

Nota KOMSAS (Antologi)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Nota KOMSAS (Antologi)"

Copied!
67
0
0

Teks penuh

(1)

Nota KOMSAS (Antologi)

Senarai Tajuk dalam Antologi

Puisi Tradisional • Pantun Dua Kerat (Nasihat)

• Syair Pohon Buluh Puisi Moden • Kita Umpama Sehelai

Daun

• Kuingin Berterima Kasih

• Aku

• Kunci Bahasa Prosa Tradisional • Asal Padi

Cerpen • Oren

• Hadiah

• Kuih Bakul Limau Mandarin

Drama • Hadiah

Nota Antologi Tingkatan 1

Pengenalan

Pantun

Pantun Dua Kerat (Nasihat)

Mohd Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh Maksud

Rangkap Maksud

Rangkap pertama

Setiap perbuatan dan tingkah laku seseorang dapat menggambarkan diri, sikap, cara berfikir dan cara seseorang itu membuat keputusan.

Rangkap kedua

Orang yang suka tidur dan tidak mahu melakukan apa-apa pekerjaan selalunya bersikap malas.

Rangkap Maksud

Rangkap ketiga

Walaupun seseorang itu

mempunyai kekurangan, dia tetap mempunyai keistimewaan atau kelebihan yang tersendiri.

Rangkap keempat

Seseorang yang tidak mahu berusaha akan menghadapi kegagalan dan tiada peluang untuk berjaya.

Rangkap kelima

Kedua-dua belah tangan memiliki fungsi masing-masing. Kedua- duanya mestilah kita gunakan dengan sebaik-baiknya untuk memajukan diri.

Tema

Pelbagai nasihat tentang kehidupan manusia.

Persoalan

• Sifat manusia dilihat daripada tingkah lakunya.

• Keburukan sikap orang yang suka tidur.

• Setiap manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

• Kekurangan diri bukanlah penghalang kejayaan.

• Kepentingan sikap rajin berusaha demi memperoleh kejayaan.

• Kerjasama penting dalam kehidupan manusia.

Bentuk

• Pantun ini terdiri daripada lima rangkap, yang setiap rangkapnya terdiri daripada dua baris.

• Terdiri daripada tiga hingga lima patah perkataan sebaris.

• Mempunyai bentuk yang terikat dan rima akhirnya ialah a-b.

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh

Imej alam pucuk kawa, buah sintang dan buah senikul

(2)

Kata ganda Hitam-hitam

Repetisi Buah sintang buah senikul, (R5; B1) Satu memegang satu memikul. (R5;

B2) Unsur Bunyi

Unsur Bunyi Contoh

Asonansi Sarang semut dalam gelap – pengulangan vokal a (R2; B1) Sejauh lutut dengan pelipat. – pengulangan vokal u (R1; B2) Aliterasi Emas, perak, tembaga, suasa, –

(pengulangan konsonan s (R4; B1) Petunjuk: R – Rangkap B – Baris

Nilai

Nilai Huraian

Berhati-

hati Setiap perbuatan mestilah

dilakukan secara berhati-hati kerana akan mencerminkan diri kita.

Kerajinan Sifat rajin perlu ada dalam diri manusia supaya memperoleh sesuatu yang diingini.

Keredaan Seseorang itu mesti reda dengan kekurangan diri dan berusaha untuk menjadi yang terbaik.

Kerjasama Bekerjasama amat penting dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Pengajaran

• Kita mestilah berhati-hati dalam setiap tingkah laku dan perbuatan kita supaya tidak mendatangkan masalah.

• Kita mestilah rajin supaya kita sentiasa kelihatan cergas dan produktif untuk memperoleh sesuatu yang diingini.

• Kita mestilah reda dengan kekurangan diri dan berusaha untuk menjadi yang terbaik.

• Kita mestilah berusaha dengan bersungguh- sungguh supaya memperoleh kejayaan.

• Kita mestilah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Syair

Syair Pohon Buluh

Mohd Yusof Md Nor dan Abd Rahman Kaeh (Peny.)

Maksud

Rangkap Maksud

Rangkap pertama

Serumpun buluh ibarat sebuah menara yang tinggi dan bertingkat- tingkat tetapi tidak memiliki bilik dan tangga. Setiap ruas buluh dikawal oleh miang buluh.

Sama seperti kehidupan manusia, terdapat pihak berkuasa dalam menjalankan tugas dengan sebaik- baiknya tanpa mengira kedudukan atau pangkat seseorang itu.

Rangkap kedua

Dedaun buluh umpama kibaran bendera dari pangkal rumpun buluh hingga ke puncak buluh yang paling atas. Secara umumnya, saiz daun buluh adalah sama. Keadaan ini sama juga dengan kehidupan manusia yang terdiri daripada golongan kaya dan golongan miskin. Namun begitu, wujud sikap tolong-menolong kerana golongan yang kaya ini sudi menghulurkan bantuan kepada golongan miskin.

Rangkap ketiga

Kepelbagaian saiz buluh dalam rumpun yang sama menggambarkan kesatuan yang kuat. Situasi seperti ini turut berlaku dalam masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan tetapi saling bekerjasama dalam memperkukuh perpaduan hidup bermasyarakat.

Rangkap keempat

Sifat buluh adalah licin sama ada di luar atau di dalam buluh. Bahagian dalam batang buluh diumpamakan gelap seperti malam malah boleh menakung air tanpa tumpah. Rumpun buluh yang banyak menyebabkan kawasan sekitar menjadi teduh. Keadaan ini sama dengan kehidupan bermasyarakat yang bertanggungjawab menjaga keharmonian dan imej negara.

Tema

Kekuatan dan keutuhan hidup bersatu.

Persoalan

• Kepentingan hidup bersatu padu.

• Kerjasama dalam menjayakan sesuatu pekerjaan.

• Tanggungjawab setiap anggota dalam ke- hidupan bermasyarakat.

(3)

Bentuk

• Syair ini mempunyai empat rangkap dan setiap rangkap terdiri daripada empat baris.

• Setiap baris terdiri daripada sembilan hingga 12 suku kata.

• Terdiri daripada empat hingga enam perkataan dalam sebaris.

• Rima akhirnya ialah a-a-a-a.

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh

Kata ganda panji-panji (R2; B1) mata-mata (R1; B4)

Simile Gelapnya di dalam seperti malam (R4; B2)

Sinkope tak (R4; B3) Imej alam kolam (R4; B3)

alam (R4; B4)

Inversi Banyak ada ia bersaudara, (R2; B3) Unsur Bunyi

Unsur Bunyi Contoh

Asonansi mata-mata menjaga segenap pangkat – pengulangan vokal a (R1; B4)

Aliterasi menara tinggi banyak bertingkat – (pengulangan konsonan g (R1; B1) Petunjuk: R – Rangkap B – Baris

Nilai

Nilai Huraian

Bersatu padu Dalam serumpun buluh terdapat buluh yang kecil dan yang besar. Sama seperti anggota masyarakat hidup bersatu padu tanpa mengira pangkat.

Tanggungjawab Setiap masyarakat

bertanggungjawab menjaga nama baik negara.

Tolong-menolong Semua anggota masyarakat tolong-menolong antara satu sama lain.

Pengajaran

• Kita mestilah bersatu padu dalam kumpulan tanpa mengira darjat.

• Kita mestilah bertanggungjawab menjaga nama baik negara.

• Kita mestilah tolong-menolong dalam ke- hidupan agar dapat melahirkan masyarakat yang sejahtera.

Puisi Moden

Sajak

Kita Umpama Sehelai Daun

SMahadzir

Maksud

Rangkap Maksud

Rangkap pertama

Kehidupan manusia di muka bumi ini boleh diibaratkan

sebagai sehelai daun. Apabila manusia dilahirkan, membesar dan menjadi dewasa, seharusnya mereka telah mampu menyumbangkan jasa untuk menerangi kehidupan insan lain agar keluar dari belenggu penderitaan.

Rangkap

kedua Jika kita gagal menjadi manusia yang tahu membuat jasa, maka tiadalah ruang dan peluang bagi mereka yang hidup dalam kepayahan untuk bergantung harap.

Rangkap

ketiga Kehidupan manusia ibarat sehelai daun yang akan menjadi layu dan gugur.

Maka, janganlah kita terlalu sombong dan bangga diri dengan kelebihan yang dimiliki sehingga melupakan kesusahan hidup orang lain yang bergantung harap pada kita.

Rangkap keempat

Jadikanlah hidup kita seperti sehelai daun; sewaktu hidup menyumbang jasa, malah setelah mati pun, banyak jasa dan bakti kita masih dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

Tema

Amalan yang baik dalam kehidupan.

Persoalan

• Berjasa kepada orang lain

• Sikap merendah hati

• Keprihatinan terhadap orang lain

• Kasih sayang terhadap orang lain Bentuk

• Sajak ini terdiri daripada empat rangkap dan jumlah baris bagi setiap rangkap tidak sama.

• Rangkap satu dan tiga mempunyai lima baris.

(4)

Rangkap dua mempunyai empat baris, manakala rangkap empat mempunyai tiga baris.

• Sajak ini merupakan sajak bebas.

• Rima akhirnya adalah bebas.

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh

Simile kita umpama sehelai daun (R1; B1) Personifikasi tempat bercanda unggas meriang

(R1; B4)

Repetisi kita umpama sehelai daun (R3; B1) Imej alam daun (R1; B1) ranting (R1; B2) mentari (R1; B5) unggas (R1; B4)

Unsur Bunyi

Unsur Bunyi Contoh

Asonansi andai kikir jasa dan bakti – pengulangan vokal a (R2; B1) Aliterasi hijau menunas menyegar mata –

pengulangan konsonan m (R4; B2)

Petunjuk: R – Rangkap B – Baris Nilai

Nilai Huraian

Tanggungjawab Bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain.

Keprihatinan Prihatin terhadap golongan miskin dan anak-anak yatim.

Kesederhanaan Sentiasa mengamalkan sikap sederhana dalam kehidupan.

Kasih sayang Kasih sayang antara sesama manusia.

Pengajaran

• Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap kepentingan masyarakat.

• Kita mestilah prihatin terhadap golongan yang memerlukan.

• Kita hendaklah sentiasa mengamalkan sikap yang sederhana dalam kehidupan.

• Kita mestilah menyayangi antara satu sama lain.

Kuingin Berterima Kasih Ihsan Norzali

Maksud

Rangkap Maksud

Rangkap pertama

Penyajak berterima kasih kepada hujan yang turun membasahi bumi.

Kehadiran hujan menyejukkan suasana dan jiwa manusia.

Kedinginan yang dibawa mampu meredakan api kemarahan.

Rangkap kedua

Penyajak juga ingin berterima kasih dan berbakti kepada tanah subur yang telah memberikan rezeki dan pendapatan kepada para petani.

Rangkap ketiga

Penyajak juga ingin berterima kasih kepada ikan-ikan di laut kerana memberikan rezeki kepada nelayan.

Rangkap keempat

Penyajak juga berasa kagum atas pengorbanan para perajurit yang telah banyak berkorban demi mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh. Pengorbanan mereka itu mempamerkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi seorang rakyat terhadap tanah air.

Rangkap kelima

Kadangkala penyajak teringin untuk menjadi sukarelawan yang dapat mengubati kedukaan dan penderitaan mangsa peperangan. Penyajak

juga berharap dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat dunia tentang betapa peperangan hanya akan menimbulkan lebih banyak kehancuran dan penderitaan.

Rangkap keenam

Penyajak berpendapat bahawa dunia akan lebih aman dan damai jika semua pihak dapat berfikir secara waras dan bersama-sama berganding bahu menuju kejayaan dan keamanan sejagat.

Tema

Sifat menghargai dan mensyukuri kurniaan Tuhan.

Persoalan

• Kepentingan hujan kepada hidupan

• Kepentingan berbakti kepada tanah

• Penghargaan kepada perwira negara

• Kesedaran untuk mengekalkan keamanan dunia

(5)

Bentuk

• Sajak ini terdiri daripada enam rangkap dan jumlah baris bagi setiap rangkap adalah tidak sama.

• Rangkap satu dan dua mempunyai empat baris.

Rangkap tiga, empat dan lima mempunyai lima baris, manakala rangkap enam mempunyai tiga baris

• Jumlah perkataan bagi setiap baris adalah tidak sekata, iaitu antara tiga hingga lima patah perkataan.

• Sajak ini merupakan sajak bebas.

• Rima akhirnya juga bebas.

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh

Simile kepada hujan bagai tetamu (R1; B2)

Personifikasi ikan-ikan yang riang (R3; B2) Metafora darah kesetiaan (R4; B4)

Kata ganda di taman-taman keresahan hidup (R5; B3)

Unsur Bunyi

Unsur Bunyi Contoh

Asonansi kepadamu pejuang negara – pengulangan vokal a (R4; B2) Aliterasi sesekali kuingin kalungkan

kagum – pengulangan konsonan k (R4; B1) Petunjuk: R – Rangkap B – Baris Nilai

Nilai Huraian

Mengenang jasa Setiap individu perlulah mengenang jasa pejuang negara.

Keinsafan Setiap manusia perlulah menginsafi bahawa perang menyebabkan kerosakan kepada manusia dan alam.

Kesetiaan Seorang pejuang perlulah setia kepada negara.

Kesyukuran Nikmat pemberian Tuhan haruslah disyukuri.

Pengajaran

• Kita hendaklah mengenang jasa mereka yang telah berjuang untuk negara.

• Kita haruslah mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita.

• Kita hendaklah sanggup berjuang demi negara yang tercinta.

• Kita mestilah insaf dan tidak bersengketa sehingga terjadinya peperangan.

• Kita mestilah berbudi kepada tanah untuk mendapatkan rezeki.

Aku

Rosli K. Matari Maksud

Rangkap Maksud

Rangkap pertama

Penyajak mendapati dirinya

keseorangan tanpa ada manusia lain di pantai ini.

Rangkap kedua

Penyajak menyusuri sepanjang pesisir pantai sambil membayangkan dirinya adalah seperti Nabi Adam, manusia pertama yang dicipta oleh Tuhan.

Rangkap ketiga

Penyajak menggambarkan hari tersebut seolah-olah merupakan hari Nabi Adam dapat melihat keindahan alam ciptaan Tuhan buat kali pertama.

Rangkap keempat

Sebelum penyajak dicipta oleh Tuhan, dia tidak pernah mendengar deruan ombak.

Rangkap kelima

Penyajak juga tidak pernah merasa tiupan angin.

Rangkap keenam

Penyajak juga tidak pernah

mengetahui kewujudan hidupan laut dan tumbuh-tumbuhan di situ.

Rangkap ketujuh

Penyajak percaya akan kekuasaan Tuhan yang Maha Pencipta kerana dia baru sahaja dicipta.

Tema

Kecintaan kepada Pencipta.

Persoalan

• Kesyukuran terhadap kurniaan Tuhan

• Ketaatan kepada Tuhan

• Kedamaian alam semula jadi Bentuk

• Sajak ini terdiri daripada tujuh rangkap dan setiap rangkap mempunyai tiga baris.

• Jumlah perkataan bagi setiap baris adalah tidak sekata, iaitu antara satu hingga empat patah perkataan.

• Rima akhir sajak ini adalah bebas.

(6)

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh

Sinkope kecuali diriku

Kata ganda bertiup di mana-mana

Imej alam laut, langit, pohon, angin, ombak.

Personifikasi sentuhan angin ini Inversi Kelmarin aku belum ada.

Unsur Bunyi

Unsur Bunyi Contoh

Asonansi kerana aku baru ada – Perulangan vokal a (R7; B3)

Aliterasi Kususur pasir panjang –

Perulangan konsonan s (R2; B1) Petunjuk: R – Rangkap B – Baris

Nilai

Nilai Huraian

Kesyukuran Penyajak bersyukur diciptakan oleh Tuhan dan dapat merasai nikmat yang ada di dunia.

Keinsafan Penyajak insaf akan kebesaran dan kekuasaan Tuhan.

Pengajaran

• Kita haruslah mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita.

• Kita hendaklah menjaga alam sekitar agar terpelihara kelestariannya.

• Kita hendaklah menginsafi diri agar tidak melakukan perkara yang membawa kemurkaan Tuhan.

• Kita mestilah beriman kepada Tuhan.

Kunci Bahasa Abdul Hadi Yusof Maksud

Rangkap Maksud

Rangkap pertama

Penyajak menegaskan bahawa bahasa yang bermaruah digambarkan oleh penutur yang berbicara dan bertutur dengan bahasa yang betul dan penuh kesantunan.

Rangkap Maksud

Rangkap kedua

Bahasa yang maju sentiasa

mengalami perubahan yang dinamik dan bersistematik walaupun berlaku perubahan zaman.

Rangkap ketiga

Sejak dahulu lagi, susunan bahasa dibuat begitu sistematik sehingga tidak timbul sebarang kekeliruan.

Rangkap keempat

Penggunaan bahasa yang bersusila akan menjadi pengikat hubungan sesama insan.

Rangkap kelima

Bahasa digunakan untuk berkomunikasi.

Rangkap keenam

Bahasa didapati begitu indah melalui ungkapan-ungkapan dan susunan kata serta bahasa yang puitis.

Tema

Kepentingan bahasa.

Persoalan

• Penggunaan bahasa yang bersusila.

• Silaturahim yang terjalin melalui bahasa.

• Perkembangan bahasa Bentuk

• Sajak ini terdiri daripada enam rangkap dan setiap rangkap mempunyai dua baris.

• Jumlah perkataan bagi setiap baris juga adalah sekata, iaitu dua patah perkataan pada baris pertama dan empat patah perkataan bagi baris kedua setiap rangkap.

• Sajak ini berbentuk terikat.

• Rima akhirnya adalah a-a.

Gaya Bahasa

Unsur Bunyi Contoh

Repetisi bahasa (B1) tidak (B2) Bahasa Arab ukhwah (R4; B2)

ummah (R5; B2)

Metafora jambatan ukhwah (R4; B2) Unsur Bunyi

Unsur Bunyi Contoh

Asonansi tidak berbilur bahasa di lidah – Perulangan vokal i (R1; B2)

Aliterasi bahasa berbuah – Perulangan konsonan b (R2; B1)

Petunjuk: R – Rangkap B – Baris

(7)

Nilai

Nilai Huraian

Kesopanan Bahasa bermaruah/bahasa berbudi.

Kebijaksanaan Kebijaksanaan menguasai bahasa.

Perpaduan Bahasa menyatukan antara satu sama lain.

Pengajaran

• Kita hendaklah bersopan santun semasa berkata- kata agar tidak menggores hati orang lain.

• Kita hendaklah memelihara bahasa agar tidak hilang ditelan zaman.

• Kita mestilah bijaksana dalam menguasai sesuatu bahasa.

• Kita mestilah menggunakan satu bahasa yang dapat menyatupadukan masyarakat.

Prosa Tradisional

Asal Padi

Mohd Yusof Md Nor dan Inon Shaharuddin Abdul Rahman (Peny.)

Sinopsis

Cerita ini mengisahkan sepasang suami isteri yang kaya. Setelah mereka meninggal dunia, kedua-dua orang anak lelaki mereka yang masih kecil dianiaya oleh penjahat. Harta yang tinggal hanyalah sebuah kolam ikan. Pada suatu hari, Si Bongsu melihat tujuh orang wanita baru selesai mandi. Si Bongsu mendapat keizinan daripada mereka untuk ikut pergi ke kayangan. Di kayangan, Si Bongsu melihat sesuatu yang berkilau-kilau seperti emas, iaitu padi. Si Bongsu ingin meminta sedikit padi untuk ditanam di bumi tetapi tidak dibenarkan oleh empunya padi itu. Apabila berpeluang, Si Bongsu mengambil segenggam padi lalu melarikan diri. Dia yang telah dapat ditangkap bermohon supaya dia dibenarkan bekerja dengan empunya padi untuk menebus kesalahannya. Si Bongsu berjaya menyembunyikan segenggam padi dan memberitahu empunya padi bahawa dia mahu kembali ke bumi. Di bumi, Si Bongsu menanam padi dan berbuah dengan lebat tetapi padi di kayangan sudah tidak menjadi. Empunya padi telah menghantar burung pipit untuk menyiasat jika padi hidup di bumi. Burung pipit pulang ke kayangan lalu melaporkan bahawa tiada tanaman padi di bumi. Namun begitu, empunya

padi tidak percaya lalu menghantar Si Tekuri pula.

Si Tekuri akan membunuh burung pipit jika di bumi ada padi dan jika sebaliknya, burung pipit pula akan membunuh Si Tekuri. Sebaik-baik tiba di bumi, Si Tekuri mendapati burung pipit berkata bohong. Si Tekuri berkelahi dengan burung pipit.

Si Tekuri menyepit kerongkong burung pipit hingga temboloknya telah beralih ke arah tengkuknya.

Itulah punca tembolok burung pipit berada di tengkuknya dan inilah asal usul padi di bumi.

Tema

Kebijaksanaan seseorang dalam menyelesaikan masalah. Si Bongsu bijak menyelesaikan masalah dalam usahanya mendapatkan padi yang berasal dari kayangan untuk dibawa pulang ke bumi.

Persoalan

Persoalan Huraian

Keberanian melakukan sesuatu tindakan

Si Bongsu dengan berani memasukkan padi itu ke dalam mulutnya dan melarikan diri namun dapat ditangkap oleh empunya padi sehingga tumitnya luka.

Kebijaksanaan mencari akal

Si Bongsu mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu di dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh empunya padi.

Mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain

Orang-orang jahat telah mengambil segala harta yang ditinggalkan oleh pasangan suami isteri kepada anak-anak mereka yang masih kecil.

Bersungguh- sungguh menjaga hak

Empunya padi benar-benar memastikan padi yang ditanamnya tidak dicuri orang.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama Si Bongsu

Perwatakan Huraian

Seorang yang berani.

Si Bongsu telah

menyembunyikan padi di dalam mulutnya untuk dibawa pulang ke bumi.

(8)

Perwatakan Huraian Seorang yang

bijak mencari akal.

Si Bongsu mendapat idea menyembunyikan beberapa butir padi di dalam luka pada tumitnya agar padi tersebut tidak akan dijumpai oleh empunya padi.

Seorang yang gigih.

Si Bongsu gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber pendapatan walaupun dia masih kecil.

Seorang yang rajin.

Si Bongsu rajin bekerja sebagai penjaga dan mengawasi jemuran padi di kayangan.

Seorang yang berpandangan jauh.

Si Bongsu mahu membawa padi di kayangan ke bumi agar rakyat di bumi dapat menikmati kelazatan padi tersebut.

Watak Sampingan Si Sulung Seorang yang

setia.

Si Sulung tetap menanti kepulangan adiknya yang kini berada di kayangan.

Anak yang cacat.

Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain seperti kaki itik dan kedua-dua tumitnya berlubang.

Seorang yang gigih.

Si Sulung gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya sebagai sumber pendapatan walaupun dia masih kecil.

Empunya padi (orang kayangan) Seorang yang

sangat berhati- hati.

Setiap kali Si Bongsu ingin pulang ke bumi, dia akan memeriksa seluruh badan Si Bongsu agar Si Bongsu tidak dapat membawa padi pulang ke bumi.

Seorang yang pemaaf.

Empunya padi memaafkan kesalahan Si Bongsu yang menyembunyikan padi di dalam mulut ketika dia ingin pulang ke bumi.

Seorang yang baik hati.

Empunya padi baik hati kerana telah memberi Si Bongsu makan padi yang ditanamnya.

Seorang yang bijaksana.

Empunya padi tidak percaya akan kata-kata burung pipit apabila melihat paruh pipit nampak putih sampai ke hujungnya yang menunjukkan bahawa pipit telah makan padi.

Burung Pipit Seekor burung

yang tidak jujur.

Burung pipit telah menipu tuannya dengan melaporkan bahawa di bumi tidak ada padi sedangkan dia telah memakan padi di bumi sehingga kenyang.

Seekor burung yang licik.

Burung pipit tidak mahu mengaku kesalahannya kepada empunya padi sebaliknya meminta empunya padi menyuruh burung tekuri untuk turun ke bumi bagi menunjukkan kebenarannya.

Latar

Latar

Latar Masa Huraian

Waktu siang Pada waktu siang, ada tujuh orang wanita yang baru sahaja selesai mandi dan sedang bersiap-siap untuk berangkat pulang.

Latar Tempat Huraian Kampung Si Bongsu dan abangnya

tinggal di kampung dan menguruskan ternakan kolam ikan bagi menampung keperluan mereka.

Kayangan Si Bongsu memakan tanaman yang enak yang dipanggil padi di kayangan.

Kolam Tujuh orang wanita dari kayangan mandi di kolam ikan Si Bongsu.

Latar

Masyarakat Huraian

Masyarakat kampung

Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan menguruskan ternakan kolam ikan peninggalan orang tua mereka.

Masyarakat kayangan

Tujuh orang wanita yang mandi di kolam tinggal di kayangan.

(9)

Masyarakat yang patuh pada arahan

Burung pipit dan burung tekuri patuh pada arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat akan kewujudan tanaman padi di bumi.

Masyarakat yang jahat

Harta orang tua Si Bongsu telah dicuri dan diambil oleh orang- orang jahat.

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh

Peribahasa Untung tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak.

Kata ganda lubang-lubang, harta benda, sekali- kali

Sinkope tak

Imej alam padi, burung pipit, burung tekuri Hiperbola benda itu kuning warnanya, berkilau-

kilau ditimpa sinar matahari Simile Kakinya kerekot, jari-jari kakinya

tumbuh melekat satu sama lain, seperti kaki itik.

Nilai

Nilai Huraian

Keberanian Si Bongsu berani

menyembunyikan padi di dalam luka pada tumitnya untuk dibawa turun ke bumi.

Kesetiaan Abang Si Bongsu setia

menunggu kepulangan adiknya dari kayangan.

Kepatuhan Burung Tekuri patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat kewujudan padi di bumi.

Kebijaksanaan Si Bongsu bijak mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu di sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh yang empunya padi.

Pengajaran

• Kita mestilah berani menghadapi cabaran hidup.

• Kita wajarlah bersikap setia kepada ahli keluarga.

• Kita haruslah mempunyai sikap patuh pada arahan ketua.

• Kita hendaklah bertindak secara bijak dalam menyelesaikan masalah.

• Kita hendaklah gigih berusaha untuk me- neruskan kehidupan.

Cerpen

Oren

Saifullizan Yahaya Sinopsis

Kehilangan Oren, iaitu seekor kucing jantan telah membimbangkan ayah sekeluarga. ‘Aku’

berpendapat bahawa kehadiran Kelabu, juga seekor kucing jantan telah menyebabkan Oren membawa diri. Kelabu yang lebih manja dan pandai mengambil perhatian telah membuatkan ayah ‘Aku’ dan semua anggota keluarga lebih memberi perhatian kepada Kelabu. Ayah teringat ketika Oren dibawa pulang olehnya. Hal ini membuatkan ibu tertanya-tanya kerana ayah tidak suka akan kucing. Kemudian, pertanyaan ibu terjawab kerana Oren telah dilanggar oleh ayah tanpa disedari. Akibat terlalu bimbang, ayah bermimpi Oren pulang ke rumah dan dia bermanja dengan Oren. Keesokan harinya, ayah bertanyakan Oren. Namun begitu, Oren masih tidak kelihatan kelibatnya. Tiba-tiba, Anis muncul di ruang dapur sambil membawa Oren. Anis menemukan Oren yang telah mati di celah pokok yang tumbang. Air mula menggenangi mata ayah.

Tema

Kasih sayang antara manusia dengan haiwan.

Buktinya, ayah membawa Oren pulang selepas kematian ibu Oren, malahan ayah sekeluarga amat bimbang apabila Oren hilang dari rumah.

Persoalan

Persoalan Huraian

Belas kasihan terhadap haiwan

Ayah membawa Oren pulang ke rumah setelah ibu Oren mati.

Keprihatinan terhadap haiwan

Ayah menunjukkan keprihatinannya terhadap Oren dengan memelihara haiwan yang kematian ibu itu.

Sikap pilih kasih

Layanan yang diberikan oleh ayah dan keluarganya terhadap Kelabu berbeza dengan layanan mereka terhadap Oren. Kelabu lebih mendapat perhatian mereka berbanding Oren.

(10)

Watak dan Perwatakan

Watak Utama Huraian

Ayah Bapa kepada tiga

orang anak

Ayah kepada ‘Aku’, Anis dan Azura.

Seorang ayah yang penyayang

Menunjukkan kasih sayang kepada Oren dengan membelai-belai bulu pada badan Oren.

Seorang yang mengambil berat akan Oren

Hilang selera makan setelah menyedari kehilangan Oren.

Seorang yang berbelas kasihan

Membawa Oren pulang ke rumah setelah terlanggar ibunya.

Watak Sampingan Oren Seekor kucing

yang mempunyai bulu yang berwarna oren.

Nama Oren diberikan kerana keseluruhan bulu kucing itu berwarna oren.

Dibela sejak kecil selepas kematian ibunya.

Ayah membawa Oren pulang setelah terlanggar ibu Oren sehingga mati.

Seekor kucing yang suka mengalah.

Oren makan sisa makanan selepas Kelabu makan.

Kelabu Seekor daripada

kucing

peliharaan ayah.

Dinamakan Kelabu sempena bulunya yang berwarna kelabu.

Pandai menarik perhatian.

Pandai bermanja dengan menggesel-geselkan badannya ke kaki ayah.

Menjadi pesaing kepada Oren.

Kelabu menjadi saingan kepada Oren dalam merebut perhatian daripada ayah dan keluarganya.

Plot Permulaan

Kisah bermula dengan Oren yang sudah empat hari menghilangkan diri. Kehilangan Oren telah dirasai oleh seluruh ahli keluarga.

Perkembangan

Ayah tidak mengetahui punca Oren menghilangkan diri dari rumah. Kehilangan Oren telah mendatangkan kesedihan kepada ayah. Azura

memberitahuku bahawa Oren melarikan diri kerana mencemburui Kelabu yang mendapat perhatian daripada seluruh ahli keluargaku.

Klimaks

Ayah mula sedar kesilapannya mengabaikan Oren telah menyebabkan Oren menghilangkan diri dari rumah tanpa dapat dikesan. Kerisauan ayah semakin berganda apabila musim tengkujuh pada hujung pertengahan Disember yang mungkin mendatangkan masalah kepada Oren.

Peleraian

Anis menjumpai bangkai Oren di bawah pokok tua yang tumbang di taman permainan di hadapan rumah mereka. Mata ayah berkaca selepas mengetahui kejadian tersebut.

Latar

Latar

Latar Masa Huraian

Empat hari Tempoh kehilangan Oren.

Seminggu Tempoh hujan turun.

Hujung pertengahan Disember

Hujan turun diiringi guruh dan angin.

Latar Tempat Huraian

Rumah Ayah membawa Oren

pulang ke rumah.

Halaman Anis ada melihat kelibat Oren dua hari sebelum kehilangannya di kawasan halaman rumah.

Taman permainan Tempat bangkai Oren ditemui oleh Anis.

Dapur Ayah membawa

Oren ke dapur dan memberikannya susu.

Ruang tamu Setiap kali ayah pulang daripada kerja, Kelabu akan datang ke ruang tamu untuk bermanja dengan ayah.

Tepi longkang Tempat Oren membuang najisnya.

Latar Masyarakat Huraian Masyarakat yang

menyayangi binatang.

Ayah dan keluarganya sangat menyayangi binatang dan telah memelihara dua ekor kucing.

(11)

Masyarakat yang bertanggungjawab.

Ayah melaksanakan tanggungjawabnya dengan membawa Oren pulang ke rumah untuk dipelihara setelah melanggar ibu Oren hingga mati.

Masyarakat yang pemurah.

Ayah dan anak-anaknya menjaga kucing

peliharaan mereka dengan memberi makanan yang

berkhasiat seperti susu.

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh

Simile … seperti ada yang membersihkannya.

Personifikasi … setiap kali mata Oren dan matanya bertemu.

… Oren cemburu akan kehadiran Kelabu.

Sinkope tika

Nilai

Nilai Huraian

Kasih sayang Ayah dan keluarganya menyayangi kucing peliharaan mereka.

Tanggungjawab Ayah bertanggungjawab memelihara Oren selepas kematian ibunya.

Baik hati Ayah memberikan makanan yang

berkhasiat kepada kucing peliharaannya.

Pengajaran

• Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang walaupun kepada makhluk selain manusia.

• Kita perlulah bertanggungjawab dalam me- lakukan sesuatu perbuatan dan tidak meng-

aniayai orang lain.

• Sifat baik hati adalah sifat yang terpuji dan perlu diamalkan oleh semua orang untuk menjamin kesejahteraan dalam hidup.

Hadiah Tie Camar Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan Azizah, seorang murid miskin yang tidak mampu membeli hadiah untuk guru kesayangannya, iaitu Cikgu Zaleha. Rakan- rakannya seperti Rahimah, Zaiton, Rashid dan Hashim akan memberikan hadiah yang mahal untuk guru masing-masing. Ibu Azizah mencadangkannya membuat tudung saji untuk dijadikan hadiah Hari Guru untuk Cikgu Zaleha. Setelah mempelajari cara menganyam tudung saji, Azizah berusaha untuk menyiapkan tudung saji yang cantik sebagai hadiah untuk guru kesayangannya. Pada Hari Guru, setelah menyerahkan hadiah itu kepada Cikgu Zaleha, Cikgu Zaleha memuji Azizah kerana rajin, serba boleh dan kuat berusaha. Selepas itu, Cikgu Zaleha menawarkan borang kepada Azizah untuk menyertai suatu pertandingan. Azizah menyertai pertandingan tersebut berbekalkan kata-kata semangat bapanya dan bimbingan daripada ibunya. Azizah berjaya memenangi Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah dan seterusnya ke peringkat negeri. Dia juga berjaya menambat hati juri dan hakim di peringkat kebangsaan. Usaha gigih dan kerajinan yang ditunjukkan oleh Azizah ialah kejayaan Cikgu Zaleha yang terbesar. Cikgu Zaleha pula dinobatkan sebagai pemenang Kategori Guru Inovatif pada Hari Guru Peringkat Daerah.

Tema

Kegigihan dan kecekalan seorang murid yang berjaya memperoleh kejayaan. Buktinya, Azizah gigih dan cekal menyiapkan tudung saji untuk Cikgu Zaleha serta menyertai Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah. Seterusnya, Azizah berjaya melayakkan diri ke pertandingan peringkat negeri seterusnya ke peringkat kebangsaan.

Persoalan

Persoalan Huraian

Penghargaan kepada guru yang telah berjasa.

Azizah dan rakan-rakannya teruja untuk memberikan hadiah kepada guru masing-masing yang telah berjasa sempena sambutan Hari Guru.

Kegigihan dan kerajinan seorang murid.

Azizah gigih dan rajin menghasilkan tudung saji yang ingin dihadiahkan olehnya kepada Cikgu Zaleha.

(12)

Persoalan Huraian

Selain itu, dia juga gigih dan rajin menghasilkan pelbagai rekaan yang berkualiti dan menarik sehingga memenangi Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah.

Kebijaksanaan menyelesaikan masalah.

Ibu Azizah mencadangkan pembuatan tudung saji sebagai ganti hadiah untuk Cikgu Zaleha kerana mereka tidak berwang untuk membeli hadiah.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama Azizah

Perwatakaan Huraian

Seorang murid yang miskin.

Azizah tidak mampu membeli hadiah seperti rakannya yang lain.

Murid kesayangan Cikgu Zaleha.

Cikgu Zaleha menyayangi Azizah yang rajin, serba boleh dan kuat berusaha.

Seorang yang terlalu merendah diri.

Cikgu Zaleha yakin sungguh akan Azizah yang diiktiraf sebagai murid yang serba boleh, cuma sifat rendah diri Azizah itu terlalu tebal.

Seorang murid yang rajin.

Azizah juga dipuji kerana rajin belajar dan merupakan murid yang berdisiplin.

Watak Sampingan Cikgu Zaleha Cikgu kepada

Azizah.

Azizah meminta wang daripada ibu dan bapanya untuk

membelikan hadiah kepada Cikgu Zaleha.

Seorang guru yang baik.

Cikgu Zaleha menawarkan borang kepada Azizah untuk menyertai suatu pertandingan.

Seorang guru yang berdedikasi.

Cikgu Zaleha telah dinobatkan sebagai Guru Inovatif.

Emak Emak kepada

Azizah.

Emak Azizah mencadangkan Azizah membuat tudung saji untuk dihadiahkan kepada gurunya.

Seorang yang cacat sebelah kakinya.

Emak Azizah yang cacat sebelah kakinya mengambil upah menganyam tikar mengkuang.

Plot Permulaan

Sekumpulan murid sedang bercakap-cakap mengenai hadiah yang akan diberikan kepada guru masing-masing sempena sambutan Hari Guru.

Perkembangan

Azizah cuba meminta duit daripada emak dan bapanya untuk memastikan dia dapat membeli hadiah untuk gurunya. Namun, semuanya hampa kerana ibu bapanya tidak mampu untuk memberikan duit akibat kehidupan mereka yang serba kekurangan. Akhirnya, Azizah telah mendapat idea daripada emaknya untuk membuat tudung saji sebagai hadiah kepada Cikgu Zaleha.

Klimaks

Azizah menerima borang Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah daripada Cikgu Zaleha.

Peleraian

Azizah telah menjadi johan untuk Pertandingan Kraf Tangan Peringkat Daerah dan naib johan peringkat negeri. Seterusnya, Azizah telah berjaya menambat hati juri dan hakim peringkat kebangsaan manakala Cikgu Zaleha telah dinobatkan sebagai Guru Inovatif.

Latar

Latar Masa Huraian

Waktu pagi Azizah bertanya kepada bapanya mengenai duit sewaktu mereka sedang bersarapan pagi.

Waktu petang Azizah sibuk menganyam tudung saji yang akan diberikan kepada Cikgu Zaleha.

Hari Guru Cikgu Zaleha dikerumuni ramai peminat cilik yang beratur untuk memberikan hadiah kepadanya.

Latar Tempat Huraian Kelas Tempat Azizah dan kawan-

kawannya berbincang mengenai hadiah yang akan diberikan kepada guru mereka.

(13)

Rumah Azizah Sewaktu Azizah meminta duit dengan emaknya untuk membelikan hadiah kepada Cikgu Zaleha.

Bilik guru Sewaktu Azizah bertanya kepada Cikgu Zaleha mengenai hadiah yang diinginkan oleh cikgunya itu.

Tapak perhimpunan

Tempat majlis sambutan Hari Guru diadakan.

Latar

Masyarakat Huraian

Masyarakat murid

Rakan-rakan Azizah sibuk membincangkan hadiah yang akan diberikan kepada guru mereka semasa sambutan Hari Guru nanti.

Masyarakat yang miskin

Ayah Azizah bekerja sebagai penarik beca manakala ibunya pula mengambil upah menganyam tikar mengkuang.

Masyarakat guru Cikgu Zaleha dikerumuni peminat cilik semasa sambutan Hari Guru di sekolahnya.

Nilai

Nilai Huraian

Ketabahan Azizah tabah mengharungi kehidupannya walaupun miskin.

Kasih sayang Azizah sayang akan Cikgu Zaleha kerana guru itu selalu memuji kepandaiannya dalam kebanyakan mata pelajaran.

Kegigihan Azizah pulang pada tengah hari itu dengan tekad dan semangat kuat untuk membuktikan bahawa usaha gigih dapat membina dirinya.

Pengajaran

• Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup.

• Kita mestilah gigih dalam melakukan sesuatu kerja.

• Kita perlulah menanam sifat kasih sayang kepada guru.

• Kita mestilah menghargai jasa guru.

• Kita mestilah berjimat cermat dengan menabung.

Kuih Bakul Limau Mandarin Mohd. Helmi Ahmad Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan Sim Pau, seorang ibu yang gembira apabila menerima panggilan telefon daripada Lim Meng yang hendak pulang ke rumahnya sempena sambutan Tahun Baharu Cina. Namun, berita gembira itu tidak disenangi oleh Lim Pooi, si ayah yang masih menyimpan kemarahan terhadap anak perempuannya itu. Anak bongsu keluarga berbangsa Cina itu dipersalahkan atas segala musibah yang menimpa keluarga mereka termasuklah kematian anak sulung lelaki mereka, Lim Foong. Sim Pau yang selama ini bersabar, akhirnya bersuara menentang suaminya.

Lim Pooi terkejut melihat keberanian isterinya.

Sim Pau menceritakan segala-galanya termasuklah punca kematian Lim Foong. Lim Pooi menginsafi kesalahannya. Sehari sebelum Tahun Baharu Cina, kepulangan Lim Meng disambut oleh kedua-dua orang tuanya dengan perasaan terharu. Akhirnya, mereka berkumpul sebagai sebuah keluarga semula.

Tema

Cerpen ini bertemakan kekeluargaan. Buktinya, Lim Pooi, Sim Pau dan Lim Meng berkumpul semula sebagai sebuah keluarga setelah mereka melupakan konflik yang melanda keluarga mereka.

Persoalan

Persoalan Huraian

Keegoan seorang bapa.

Lim Pooi tidak mahu menerima kepulangan Lim Meng kerana dia berpendapat bahawa Lim Meng ialah punca segala kesedihannya.

Keberanian menyuarakan pendapat.

Sim Pau berani menyuarakan pendapatnya tentang perkara sebenar yang berlaku yang berkaitan dengan Lim Foong.

Keinsafan seorang bapa.

Lim Pooi menginsafi kesalahannya terhadap Lim Meng setelah mendengar perkara sebenar daripada Sim Pau.

(14)

Watak dan Perwatakan

Watak Utama Sim Pau Isteri kepada Lim

Pooi.

Sim Pau merupakan isteri kepada Lim Pooi.

Ibu kepada

Lim Foong dan Lim Meng.

Sim Pau mempunyai dua orang anak, iaitu Lim Foong dan Lim Meng.

Seorang yang berani menyatakan kebenaran.

Sim Pau berani menyatakan kebenaran tentang punca sebenar kematian Lim Foong kepada Lim Pooi.

Seorang yang penyabar.

Selama ini, Sim Pau bersabar atas keegoan Lim Pooi yang tidak mahu menerima kehadiran Lim Meng.

Seorang yang sensitif/mudah terasa.

Sim Pau mengalirkan air mata apabila mendengar kata-kata Lim Pooi yang tidak mahu mengakui Lim Meng sebagai anaknya.

Watak Utama Lim Pooi Suami kepada Sim

Pau.

Lim Pooi merupakan suami kepada Sim Pau.

Seorang yang pendendam.

Lim Pooi mendendami Lim Meng yang dianggap sebagai pembawa malang dan pembunuh Lim Foong.

Seorang yang ego. Lim Pooi bersikap ego dan tidak mengakui Lim Meng sebagai anaknya.

Seorang peniaga yang tamak.

Lim Pooi mengaut keuntungan dengan menyorokkan gula yang kemudiannya dijual pada harga yang mahal.

Seorang yang pemarah.

Lim Pooi merotan Lim Meng yang mengadu tentang Lim Foong yang mencuri wang di kedai.

Seorang yang menginsafi kesalahannya.

Selepas bertengkar dengan Sim Pau, Lim Pooi

menyedari kesalahannya lalu insaf.

Lim Meng Seorang yang

bertanggungjawab.

Lim Meng cuba

menyelamatkan Lim Foong daripada lemas sebaliknya dia pula yang hampir lemas.

Seorang yang suka mengalah.

Lim Meng mengalah dengan keluar dari rumah apabila Lim Pooi mengugut hendak melaporkan bahawa Lim Meng ialah pembunuh Lim Foong.

Seorang yang pemaaf.

Lim Meng memaafkan bapanya yang pernah berlaku kejam kepadanya.

Lim Foong Anak sulung

daripada dua beradik.

Lim Foong mempunyai seorang adik yang bernama Lim Meng.

Anak kesayangan Lim Pooi.

Lim Foong merupakan anak kesayangan bapanya.

Seorang yang suka berjudi.

Lim Foong mencuri duit untuk berjudi.

Sudin Seorang yang

ikhlas.

Sudin membantu

menyelamatkan Lim Meng daripada lemas dengan ikhlas tanpa mengira perbezaan bangsa.

Plot Permulaan

Sim Pau menerima panggilan telefon daripada Lim Meng yang mahu pulang pada Tahun Baharu Cina. Berita kepulangan Lim Meng tidak disenangi oleh Lim Pooi. Lim Pooi tidak mengakui Lim Meng sebagai anaknya.

Perkembangan

Lim Pooi menyalahkan Lim Meng atas nasib malang yang menimpa keluarganya. Sikap Lim Pooi diselar oleh Sim Pau yang sudah hilang sabar.

Pertengkaran antara mereka berlaku. Sim Pau menceritakan keadaan sebenar kepada Lim Pooi.

Lim Pooi menyedari kesalahannya lalu memohon maaf kepada Sim Pau tetapi Sim Pau mahu Lim Pooi meminta maaf kepada Lim Meng.

Klimaks

Lim Meng pulang ke rumah dan disambut oleh Sim Pau dengan pelukan. Namun, dia masih ragu- ragu akan penerimaan bapanya.

Peleraian

Lim Pooi meminta maaf kepada Lim Meng yang masih menyimpan dendam. Akhirnya, Lim Meng tidak mahu mendendami bapanya lagi lalu memeluk bapanya. Kemudian, mereka membuat persiapan perayaan dengan penuh gembira.

(15)

Latar

Latar Masa Huraian

Beberapa hari sebelum Tahun Baharu Cina.

Setelah menerima

panggilan telefon daripada Lim Meng, Sim Pau dan Lim Pooi bertengkar.

Sehari sebelum Tahun Baharu Cina.

Lim Meng pulang ke rumah.

Tiga hari Selama tiga hari, Lim Pooi tidak makan apa- apa semasa menunggu kepulangan Lim Meng.

Latar Tempat Huraian

Dapur Sim Pau sedang

menyiapkan sup untuk Lim Pooi.

Kedai Lim Meng ternampak Lim Foong mencuri wang di kedai.

Stor di belakang kedai

Lim Pooi menyorokkan gula di stor di belakang kedai untuk menjualnya pada harga yang tinggi pada suatu masa lain.

Latar Masyarakat Huraian Masyarakat yang

berdendam.

Lim Pooi berdendam terhadap Lim Meng yang menurutnya Lim Meng ialah pembunuh Lim Foong.

Masyarakat yang menginsafi kesalahan.

Lim Pooi menginsafi kesalahannya yang bersangka buruk terhadap Lim Meng.

Masyarakat yang sabar menghadapi masalah.

Sim Pau sabar menghadapi masalah keluarga apabila suaminya menghalau anak perempuannya keluar dari rumah.

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh

Simpulan

bahasa Baginya hutang darah … darah.

Air matanya sudah …

Peribahasa … menegakkan benang yang basah

Sinkope “Aku tak benarkan …”

“… dah mati.”

Gaya Bahasa Contoh

Personifikasi Segala kekusutan dan kerinduan yang membelit hatinya …

… ibarat racun … bunga-bunga gembira yang baru berputik … Simile … ibarat racun yang disembur … Metafora … berada dalam kandang

kemarahan.

Nilai

Nilai Huraian

Keberanian Sim Pau berani menyatakan kebenaran bahawa Lim Meng tidak bersalah atas kematian Lim Foong.

Keikhlasan Sudin ikhlas membantu menyelamatkan Lim Meng daripada lemas.

Kasih sayang

Lim Meng cuba menyelamatkan Lim Foong yang lemas atas dasar kasih sayang sesama keluarga.

Pengajaran

• Kita tidak boleh berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa usul periksa.

• Kita mestilah bersikap jujur dalam kehidupan kita.

• Kita mestilah mengelakkan sikap yang tidak bermoral.

Drama

Hadiah Aripin Said Sinopsis

Setelah kematian Sarjan Akhbar, keluarga Sarjan Akhbar mengalami masalah kewangan. Hayati tidak dapat menjelaskan bayaran asrama lalu mengambil keputusan pulang ke kampung buat sementara waktu. Keluarga Hayati hanya bergantung hidup pada datuknya, Pak Mail yang menerima pencen yang sedikit. Masalah mereka telah diadukan kepada penghulu kampung dan guru besar. Mereka berjanji akan membantu keluarga Hayati. Nasib menyebelahi Hayati sekeluarga apabila wakil daripada Kementerian Pertahanan, iaitu Encik Musa telah datang untuk menyampaikan bantuan kewangan sebanyak RM10,000.00 atas jasa ayah Hayati yang terkorban semasa mempertahankan negara. Dengan bantuan yang diperoleh, Hayati dapat meneruskan persekolahannya.

(16)

Pemikiran

Kemiskinan hidup. Buktinya, Hayati dan keluarganya bersabar dalam mendepani kesempitan hidup setelah kematian bapanya.

Masalah kewangan ini menyebabkan Hayati hampir tidak dapat meneruskan pelajarannya.

Kesabaran mereka terbalas apabila mereka memperoleh hadiah berbentuk wang tunai.

Persoalan

Persoalan Huraian

Ketabahan menghadapi dugaan dalam kehidupan.

Fauziah tabah menerima kematian suaminya, Sarjan Akhbar yang terkorban semasa bertempur di sempadan.

Penghargaan terhadap jasa seseorang.

Kementerian Pertahanan telah menghantar Encik Musa sebagai wakil mereka untuk menyerahkan sekeping cek bernilai RM10,000.00 kepada Fauziah sekeluarga sebagai penghargaan jasa Sarjan Akhbar.

Berusaha untuk

menyelesaikan masalah.

Pak Mail berusaha untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarganya dengan mengadukan hal mereka kepada Datuk Penghulu.

Adab menerima tetamu.

Pak Mail mempelawa Datuk Penghulu dan Encik Musa naik ke rumah lalu menjemput mereka duduk sebagai adab melayan tetamu.

Kegigihan meneruskan pelajaran.

Hayati tetap gigih berusaha untuk terus tinggal di asrama bagi meneruskan pelajarannya.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama Hayati Bersekolah

di Sekolah Menengah Seri Setia, Melaka.

Hayati tinggal di asrama Sekolah Menengah Seri Setia, Melaka.

Seorang yang gigih berusaha.

Hayati gigih berusaha untuk meneruskan pelajarannya walaupun hidup dalam kemiskinan.

Seorang yang tabah.

Hayati tabah menghadapi kehilangan ayahnya yang terkorban di sempadan.

Seorang yang penyayang.

Hayati tetap merindui arwah ayahnya dan ingin menatap gambarnya apabila dia pulang ke kampung.

Seorang yang mementingkan pelajaran.

Hayati berusaha untuk mendapatkan bantuan bagi meneruskan pelajarannya.

Watak Sampingan Fauziah Ibu kepada

Hayati.

Fauziah merupakan ibu kepada Hayati dan Farid.

Seorang yang tabah.

Fauziah tabah menghadapi kehilangan suami tercinta.

Seorang yang penyayang.

Fauziah sangat menyayangi suami dan anak-anaknya.

Pak Mail Bapa kepada

Fauziah.

Pak Mail merupakan bapa kepada Fauziah yang telah kehilangan suaminya di medan perang.

Seorang yang tabah.

Pak Mail tabah menghadapi musibah yang menimpa keluarga mereka.

Seorang yang bertanggung- jawab.

Pak Mail seorang yang bertanggungjawab menjaga anak dan cucu-cucunya setelah mereka kehilangan ayah yang tercinta.

Seorang yang penyayang.

Pak Mail seorang yang penyayang terhadap anak dan cucu-cucunya.

Datuk Penghulu Seorang yang

bertanggung- jawab.

Tuk Penghulu bertanggungjawab terhadap aduan yang

disampaikan oleh Pak Mail, anak buahnya.

Seorang yang amanah.

Tuk Penghulu seorang yang menjaga amanah dengan baik apabila berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh keluarga Pak Mail.

(17)

Encik Musa Seorang

pegawai tentera yang berbadan tegap dan memakai uniform.

Datuk Penghulu memperkenalkan Encik Musa, pegawai tentera dari Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur yang memakai uniform dan berbadan tegap itu kepada Pak Mail sekeluarga.

Seorang yang amanah.

Encik Musa amanah menjalankan tugas apabila menyampaikan cek

penghargaan kepada keluarga Pak Mail atas sumbangan Sarjan Akhbar dalam mempertahankan tanah air.

Plot Permulaan

Fauziah menerima sepucuk surat daripada Hayati yang memberitahu bahawa dia akan pulang ke kampung kerana tidak dapat menjelaskan baki yuran asrama.

Perkembangan

Pak Mail menasihati Fauziah agar tidak bersedih dan berjanji akan mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka. Hayati tiba di rumah dan telah memberitahu guru besarnya tentang masalah keluarganya. Guru besar telah berjanji akan membantunya. Pak Mail juga memaklumkan bahawa dia telah meminta pertolongan daripada penghulu.

Klimaks

Penghulu dan wakil Kementerian Pertahanan datang ke rumah mereka untuk menyerahkan cek berjumlah sepuluh ribu ringgit bagi menghargai pengorbanan Sarjan Akhbar semasa bertugas mempertahankan negara.

Peleraian

Pak Mail berjanji akan menghantar Hayati ke asrama bagi meneruskan pelajarannya.

Latar

Latar Masa Huraian

Pagi Pak Mail menemui Datuk Penghulu bagi menceritakan masalah yang sedang dihadapi oleh keluarganya.

Petang Waktu Hayati tiba di kampung dari sekolahnya dan kunjungan wakil Kementerian Pertahanan untuk menyampaikan

sumbangan penghargaan kepada keluarga Pak Mail.

Latar Tempat Huraian Rumah Pak

Mail

Pak Mail menerima kunjungan wakil Kementerian Pertahanan untuk menyampaikan

sumbangan RM10,000.

Pejabat guru besar

Hayati bercerita tentang masalah yang dihadapi oleh keluarganya kepada guru besar.

Asrama sekolah

Tempat Hayati tinggal di asrama semasa belajar di sekolah tersebut.

Perbatasan negara

Tempat Sarjan Akhbar gugur ditembak oleh musuh negara.

Latar

Masyarakat Huraian

Masyarakat kampung.

Pak Mail menemui penghulu kampung untuk menceritakan masalah yang dihadapi oleh mereka.

Masyarakat yang gigih berusaha.

Pak Mail gigih berikhtiar mencari duit bagi membayar yuran asrama Hayati.

Masyarakat yang sanggup berkorban demi tanah air.

Sarjan Akhbar terkorban semasa menjalankan tugas di sempadan.

Masyarakat yang percaya kepada Tuhan.

Pak Mail menasihati Fauziah agar menerima ketentuan Tuhan dengan reda.

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh

Bahasa istana persuratan

bonda, anakanda, nenda, adinda

Kata ganda sekali-sekala, sama-sama, rajin-rajin, moga-moga Sinkope mak, tuk, nak, dah Simpulan bahasa minta diri

Bahasa Arab assalamualaikum, waalaikumussalam

Nilai

Nilai Huraian

Kasih sayang Pak Mail amat menyayangi Fauziah, Hayati dan Farid.

Ketabahan Fauziah tabah menerima kematian suaminya.

(18)

Nilai Huraian Kegigihan Hayati gigih berusaha

mengatasi masalah

kewangan yang dihadapinya.

Bantu- membantu

Penghulu berjanji akan membantu keluarga Pak Mail.

Pengajaran

• Kita hendaklah mementingkan pelajaran bagi menjamin masa depan.

• Kita haruslah mengenang jasa perwira yang sanggup berkorban untuk negara.

• Kita hendaklah percaya kepada Tuhan.

• Kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain.

Antologi Tingkatan 2

Senarai Tajuk dalam Antologi Puisi

Tradisional

• Pantun Alam Remaja

• Pantun Kiasan

• Pantun Budi

• Pantun Nasihat

• Pantun Kasih Sayang

• Syair Nasihat

Puisi Moden • Dalam Persekitaran Kata-kata

• Roti

• Kucari Damai di Sini

• Pada Sekuntum Mawar Prosa

Tradisional

• Pelanduk Mengajar Memerang Cerpen • Banjir di Mata Emak

• Talia dan Raksasa Qadqad

• Menuai Emas

Drama Mahkamah

Puisi Tradisional

Pantun

Pantun Alam Remaja

Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh (peny.)

Maksud

Rangkap Maksud

Rangkap pertama

Anak-anak berasa sangat gembira apabila ibunya telah pulang ke rumah.

Rangkap Maksud

Rangkap kedua

Apabila ibu sudah ada di depan mata, perasaan cemas tiada lagi.

Rangkap ketiga

Apabila melihat ibu pulang cepat, anak-anak berasa terlalu gembira.

Rangkap keempat

Sebagai tanda kegembiraan ibu sudah pulang, secara spontan anak-anak menyanyi girang.

Rangkap kelima

Setelah ibu pulang ke rumah, ayah pula sampai. Perasaan gembira bertambah-tambah kerana kedua-dua ibu bapa telah ada bersama mereka.

Rangkap keenam

Anak-anak berasa lebih gembira apabila dibelikan baju dan seluar baharu.

Rangkap ketujuh

Anak-anak berpantun sebagai tanda kemesraan dengan ibu bapa mereka.

Tema

Kegembiraan anak-anak apabila ibu dan bapa pulang ke rumah.

Persoalan

• Kasih sayang terhadap keluarga.

• Hubungan yang erat sesama keluarga.

• Tingkah laku anak-anak.

Bentuk

Terdiri daripada tujuh rangkap dan setiap rangkap mempunyai empat baris.

Mempunyai pembayang dan maksud.

Rima akhirnya a-b-a-b kecuali rangkap kedua dan rangkap kelima yang rima akhirnya a-a-a-a.

• Bilangan perkataan setiap baris antara tiga hingga lima patah perkataan.

• Bilangan suku kata dalam setiap baris antara sembilan hingga 10 suku kata.

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh

Inversi elok rupanya kumbang jati (R1; B1)

Kata Ganda dapat di rumput bilang-bilang (R2; B2)

Sinkope Hatiku besar bukan kepalang (R3; B4)

Simpulan bahasa

Tidak terkatakan besar hati (R1; B3)

Imej alam kumbang, itik, rumput, ayam kinantan

(19)

Unsur Bunyi

Unsur Bunyi Contoh

Asonansi Hinggap di ranting bilang-bilang – perulangan vokal i (R3; B2) Aliterasi menepuk gendang dengan rebana

– perulangan konsonan n (R6; B2)

Petunjuk: R – Rangkap B - Baris Nilai

• Kasih sayang

• Kesabaran

• Tanggungjawab Pengajaran

• Kita mesti menyayangi ibu bapa kita kerana mereka amat menyayangi kita.

• Kita perlu sabar menanti kepulangan orang yang dikasihi.

• Kita mestilah menjadi ibu bapa yang

bertanggungjawab kepada anak-anak dengan mendidik dan membimbing mereka.

Pantun Kiasan

Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh (peny.) Maksud

Rangkap Maksud

Rangkap pertama

Bahan rosak tidak seharusnya dibuang begitu sahaja kerana boleh dikitar semula atau dijadikan sesuatu barangan untuk kegunaan lain.

Rangkap kedua Apabila merantau di tempat orang, seseorang itu perlulah merendah diri.

Rangkap ketiga Seorang lelaki yang mengharapkan sesuatu perkara yang sangat sukar untuk dicapai.

Rangkap keempat

Seseorang itu tidak boleh terlalu berharap walaupun tanda-tanda kejayaan sudah ada selagi tidak beroleh kepastian.

Rangkap kelima Jika hal yang besar berjaya ditangani, tentulah hal kecil menjadi lebih mudah untuk diselesaikan.

Rangkap Maksud

Rangkap keenam Perbuatan suka

menghebohkan sesuatu perkara yang kecil adalah tidak wajar.

Rangkap ketujuh Usah dihairankan jika seseorang itu tidak lagi bersikap seperti dahulu.

Rangkap kelapan Sesuatu masalah tidak semestinya berjaya diatasi menerusi idea yang hebat atau peralatan yang canggih.

Rangkap kesembilan

Seseorang perantau yang berhijrah ke tempat lain akan kembali ke tempat asal juga.

Rangkap kesepuluh

Sesuatu perkara yang berlaku pasti ada puncanya.

Rangkap kesebelas

Keinginan tinggi yang sukar tercapai kerana kurang keupayaan diri.

Rangkap kedua belas

Jika keupayaan diri terhad, seseorang itu tidak perlu terlalu mencuba.

Rangkap ketiga belas

Jika sesuatu berita itu belum pasti, tidak wajar membuat persiapan yang berlebihan.

Rangkap keempat belas

Sesuatu masalah yang sudah terlalu rumit untuk diselesaikan.

Rangkap kelima belas

Kurang munasabah memasang impian yang tidak mungkin kesampaian.

Rangkap keenam belas

Penyesalan yang sudah tidak berguna lagi.

Rangkap ketujuh belas

Wanita cantik tetapi tidak berakhlak mulia.

Tema

Sindiran terhadap pelbagai ragam manusia.

Persoalan

• Sikap berjimat cermat dalam kehidupan.

• Sikap merendah diri.

• Kepentingan sikap berkeyakinan diri.

• Perantau yang pulang ke tempat asal.

• Hajat yang tidak kesampaian.

• Penyesalan terhadap sesuatu perbuatan.

• Akhlak mulia dalam kehidupan.

(20)

Bentuk

• Terdiri daripada 17 rangkap, dan setiap rangkap mempunyai empat baris.

• Bilangan perkataan dalam setiap baris antara tiga hingga lima patah perkataan.

• Bilangan suku kata dalam setiap baris antara lapan hingga 11 suku kata.

• Semua rangkap mempunyai rima akhir a-b-a-b kecuali rangkap 14, iaitu a-b-a-c.

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh

Repetisi Tikar pucuk tikar mengkuang (R1;

B1)

Inversi Tidak sudah seluang melaut (R9; B3) Simile Sungguh laksana bunga dedap (R17;

B3)

Sinkope Hajat hati nak peluk gunung (R11; B3)

Hiperbola Harimau di hutan lagi kutangkap (R5; B3)

Peribahasa Burung terbang dipipiskan lada (R13; B4)

Unsur Bunyi

Unsur Bunyi Contoh

Asonansi Berembang buah pedada – perulangan vokal a (R13; B2) Aliterasi Nyawa menangis di pintu kubur –

perulangan konsonan n (R16; B3) Petunjuk: R – Rangkap B – Baris

Nilai

• Berjimat cermat

• Berhati-hati

• Keinsafan

• Merendah diri

• Keberanian

• Keyakinan diri Pengajaran

• Kita mestilah berjimat cermat dalam kehidupan dengan mengitar semula barangan yang masih boleh digunakan.

• Kita mestilah berhati-hati dalam setiap tindakan.

• Kita mestilah insaf setelah melakukan kesalahan dan kesilapan.

• Kita mestilah merendah diri supaya disenangi oleh orang lain.

• Kita mestilah berani menghadapi pelbagai cubaan dan dugaan hidup.

• Kita mestilah yakin akan kemampuan diri dalam melakukan sebarang pekerjaan.

Pantun Budi

Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh (peny.) Maksud

Rangkap Maksud

Rangkap pertama

Apabila hati terkenang akan budi baik seseorang, mulut akan menyebut namanya kerana amat menghargai budinya itu.

Rangkap kedua

Keindahan budi dan bahasa saling melengkapi.

Rangkap ketiga

Jika besi dihina kerana berkarat, manusia pula dihina kerana tidak berbudi.

Rangkap keempat

Sudah menjadi adat di dunia apabila orang lebih memandang emas daripada budi baik seseorang.

Rangkap kelima

Biarlah kita berpakaian buruk kerana hidup miskin asalkan kita kaya dengan budi yang baik.

Rangkap keenam

Keindahan dan ketampanan seseorang dipandang kerana budinya, manakala sesuatu bangsa akan dipandang tinggi kerana keindahan bahasanya.

Rangkap ketujuh

Sesuatu gandingan yang bijak, sesuai dan padan.

Tema

Kepentingan dan ketinggian budi dalam masyarakat.

Persoalan

• Budi baik yang sentiasa dikenang.

• Keindahan budi bahasa.

• Kesan buruk insan yang tidak berbudi.

• Biar hidup miskin asalkan kaya budi bahasa.

Bentuk

• Terdiri daripada tujuh rangkap, dan setiap mempunyai empat baris.

• Baris di atas ialah pembayang dan dua baris di bawah ialah maksud.

• Bilangan patah perkataan dari tiga hingga enam patah perkataan.

• Bilangan suku kata antara lima hingga 11.

• Rima akhirnya a-b-a-b.

(21)

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh

Sinkope Budi yang baik rasa nak junjung.

Peribahasa Bagai cincin dengan permata.

Anafora Yang kurik kundi, Yang merah saga.

Repetisi Padang Temu padang baiduri;

Unsur Bunyi

Unsur Bunyi Contoh

Asonansi Yang indah bahasa – Perulangan vokal a (R2; B4)

Aliterasi Hati terkenang mulut menyebut – Perulangan konsonan t (R1; B3) Petunjuk: R – Rangkap B – Baris

Nilai

• Berbudi bahasa

• Mengenang budi Pengajaran

• Kita mestilah berbudi bahasa dalam kehidupan agar dipandang tinggi oleh orang lain.

• Kita mestilah sentiasa menghargai budi baik orang yang telah berjasa kepada kita.

Pantun Nasihat

Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh (peny.) Maksud

Rangkap Maksud

Rangkap pertama

Seseorang yang hendak melakukan kebaikan perlulah berhati-hati supaya tidak disalah anggap. Selain itu, seseorang itu juga mesti mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan buruk.

Rangkap kedua

Walaupun ganja itu mengkhayalkan dan mendatangkan kesan buruk, masih ada orang yang menghisapnya.

Rangkap ketiga

Walaupun dalam kesusahan tetapi masih ketawa, namun kesusahan itu kelihatan juga.

Rangkap keempat

Setiap orang perlu menjaga tutur kata supaya tidak terlanjur sehingga terpaksa menanggung akibatnya.

Rangkap kelima

Isteri tidak boleh memarahi suami yang keletihan takut dia akan mencari perempuan lain.

Rangkap Maksud

Rangkap keenam

Semasa hidup kita mestilah mematuhi adat kerana budi bahasa itu tinggi nilainya.

Rangkap ketujuh

Semasa berada di tempat orang, kita mestilah menjaga diri dan tingkah laku.

Tema

Kepelbagaian nasihat dalam kehidupan.

Persoalan

• Kesederhanaan dalam kehidupan.

• Keburukan ganja.

• Keperitan hidup.

• Kepentingan menjaga tutur kata.

• Ketaatan seorang isteri.

• Kepentingan menjaga diri di perantauan.

Bentuk

• Terdiri daripada tujuh rangkap dan setiap rangkap terdiri daripada empat baris.

• Dua baris di atas ialah pembayang dan dua baris di bawah ialah maksud.

• Bilangan patah perkataan dalam sebaris adalah antara tiga hingga lima patah perkataan.

• Bilangan suku kata antara tujuh hingga 11 dalam sebaris.

• Rima akhirnya a-b-a-b.

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh

Simile Bagai panas mengandung hujan.

Repetisi Pulau di balik Pulau Gosong, Perlambangan bunga

Unsur Bunyi

Unsur Bunyi Contoh

Asonansi Tanam balik buah peria – Perulangan vokal a (R1; B1) Aliterasi Badan dan nyawa

menanggungkan – Perulangan konsonan n (R4; B4)

Petunjuk: R – Rangkap B – Baris Nilai

• Kesederhanaan

• Ketabahan

• Berhati-hati

• Merendah diri

• Ketaatan

(22)

Pengajaran

• Kita mestilah mengamalkan kesederhanaan dalam kehidupan.

• Kita mestilah tabah menjalani cubaan dan dugaan hidup.

• Sebagai seorang isteri, kita mestilah mentaati suami.

• Kita mestilah mematuhi adat dan budaya sesuatu kaum.

• Kita mestilah berhati-hati dan sentiasa menjaga tutur kata kita.

Pantun Kasih Sayang

Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh (peny.) Maksud

Rangkap Maksud

Rangkap pertama

Senyuman seseorang yang sangat manis daripada gula madu.

Rangkap kedua

Keinginan terhadap seseorang yang amat disayangi sehingga menganggap halangan itu mudah untuk diatasi.

Rangkap ketiga

Kecantikan seseorang perempuan itu menyebabkan orang yang menyukainya tidak sabar untuk memiliki perempuan tersebut.

Rangkap keempat

Seseorang yang sanggup berpura-pura mencari sesuatu untuk melihat orang yang disayanginya.

Rangkap kelima

Walaupun tinggal berjauhan tetapi jika ada masa mereka akan bertemu lagi.

Tema

Perasaan kasih sayang terhadap seseorang.

Persoalan

• Kesanggupan menghadapi halangan demi orang yang disayangi.

• Kecantikan seorang perempuan yang menyebabkan orang tertarik.

• Keyakinan terhadap takdir yang mempertemukan dua insan.

Bentuk

• Terdiri daripada lima rangkap.

• Setiap rangkap ada empat baris.

• Dua baris di atas ialah pembayang dan dua baris di bawah ialah maksud.

• Bilangan patah perkataan dari tiga hingga enam patah perkataan.

• Bilangan suku kata antara lapan hingga sepuluh.

• Rima akhirnya a-b-a-b.

Gaya Bahasa

Gaya Bahasa Contoh

Sinkope Buah mengkudu kusangka kandis, (R1; B1)

Kata ganda Jalan-jalan sepanjang jalan, (R4; B1) Simile Bagaikan rasa hendak dicapai.

(3; B4)

Peribahasa Melihat bulan dipagari bintang, (R3; B3)

Unsur Bunyi

Unsur Bunyi Contoh

Asonansi Pura-pura mencari ayam – Perulangan vokal a (R4; B3) Aliterasi Singgah-menyinggah di pagar orang

– Perulangan konsonan g (R4; B2) Petunjuk: R – Rangkap B – Baris

Nilai

• Kasih sayang

• Keyakinan diri Pengajaran

Kita mestilah saling menyayangi antara satu sama lain.

Kita mestilah mempunyai sifat yakin diri agar sesuatu yang kita hajati dapat dimiliki.

Syair

Syair Nasihat – Penghujung Thamarat al-Muhimmah

Abu Hassan Sham (peny.) Maksud

Rangkap Maksud

Rangkap pertama

Kitab itu telah siap dikarang, namun si ayahanda ini berasa risau jika kandungan buku itu menimbulkan kesan negatif.

Rangkap kedua

Si ayahanda ingin melepaskan segala yang terbuku di dalam hati supaya dapat menjadi pengajaran kepada anak-anaknya. Harapan si ayahanda supaya anak-anaknya berakhlak mulia.

Rangkap ketiga

Nasihat yang diberikan oleh seseorang ayah perlu dituruti dan janganlah mengamalkan sikap malas dalam kehidupan.

Referensi

Dokumen terkait

Nilai yang terakhir yaitu penanaman nilai insan kamil (manusia sempurna) yang meliputi berbagai aspek dalam keseluruhan kehidupan manusia dalam menjalani

seseorang menjadi cacat. Kondisi yang tidak sempurna membuat penyandang.. difabel memiliki keterbatasan dan hambatan dalam menjalani

Makna tersebut diwujudkan dalam sikap dan perilaku menjalani kehidupan dan penghidupan praktis sehari-hari dengan sungguh- sungguh, dilambari rasa ikhlas, jujur,

Bunga yang dibawa oleh saudagar (suami) itu tidak layu walaupun ketika itu musim kemarau. Raja di negeri itu tertanya-tanya akan keunikan bunga itu menyebabkan saudagar

Kiranya dalam menjalani kehidupan di tengah dunia yang penuh gelombang ketidakpastian ini, Tuhan terus menolong kita untuk memelihara pengharapan kepada-Nya, seperti

Salomo yang sukses dengan kekayaan, kekuasaan, dan seks, tidak menikmati kehidupan penuh shalom, malah ia menjalani kehidupan yang galau, baik yang dirasakan dari

Berdasarkan uraian diatas, maka ciri-ciri yang mempengaruhi makna hidup adalah menjalani kehidupan sehari-hari dan penuh gairah, memiliki tujuan hidup yang jelas, penuh

Dalam masa yang sama Ahmad Mutawakkil berjaya mengajak penduduk kampung untuk menjalinkan silaturahim dengan Tuan Booth sekeluarga yang tidak pernah memusuhi masyarakat di