Pantun Enam kerat
MAKSUDRangkap 1
Kelukaan di hati disembunyikan daripada pengetahuan orang lain walaupun pedihnya amat mendalam.
Rangkap 2
Sesuatu yang berlaku kepada kita harus diterima dengan perasaan yang reda kerana itu semua sudah suratan takdir bukannya salah ibu yang melahirkan kita. Rangkap 3
Sudah menjadi kelaziman manusia sering melebihkan orang yang baru sehingga orang lama terasa disisihkan dan tidak diperlukan lagi.
TEMA
Kekecewaan dalam hidup. PERSOALAN
1. Persoalan menyembunyikan hati yang terluka (rangkap 1)
2. Persoalan menerima suratan takdir (rangkap 2)
3. Persoalan mengutamakan yang baru berbanding yang lama. (rangkap 3)
nnnn
Bentuk
1.Mempunyai 3
rangkap
2. Mempunyai 6 baris
bagi setiap rangkap
Jumlah perkataan antara 4 hingga 5 perkataan sebaris
Contoh : Putik kelapa menjadi muda ( 4 perkataan – rangkap 1)
Contoh : Sudah mendapat orang yang baru
(5 perkataan – rangkap 3)
4. Terdiri
daripada
8 hingga
12 suku
kata.
5. Rima
abcabc
6. Bentuk
pantun terikat
Gaya
bahasa
1. Unsur bunyi Asonansi – hati luka pura tiada ( rangkap 1 baris 4) – pengulangan vokal ‘a’ Aliterasi – kail tersangkut di tepi batang ( rangkap 3 baris 3) – pengulangan konsonan ‘t’ 3. Sinkope Rasa pedih buat tak tahu (rangkap 1 baris 5)2. Peribahasa Ibarat kaca jatuh ke lantai ( rangkap 1 baris 6)
Ibarat melukut di 4. Repitisi
Sudah takdir sudah suratan (rangkap 2 baris 5)
5. Unsur alam Haiwan – ikan cencaru, ikan gelama Tumbuhan – kelapa, kedondong, buluh,
Nilai
1. Nilai keredaaan.Contohnya reda dengan suratan takdir.
2. Nilai ketabahan. Contohnya sentiasa tabah dengan kesedihan yang menimpa diri.
PENGAJARAN
1. Kita janganlah terlalu menunjukkan rasa kecewa.
2. Kita janganlah sesekali menyalahkan takdir.
3. Kita janganlah melupakan orang yang pernah berjasa kepada kita.
Latihan
1.Nyatakan maksud rangkap pertama pantun tersebut.
. Kelukaan di hati disembunyikan daripada pengetahuan orang lain walaupun
pedihnya amat mendalam.
2. Berikan maksud ibarat melukut di tepi gantang.
. Maksud ibarat melukut di tepi gantang ialah orang yang kurang penting.
1. Berikan maksud ibarat kaca jatuh ke lantai.
-perasaan yang sangat sedih
2. Pada pendapat anda, apakah faedah jika kita tidak menyalahkan nasib
apabila sesuatu perkara buruk menimpa kita?
….supaya tidak mudah berputus asa … akan sentiasa berfikiran positif … akan sentiasa mencari jalan menyelesaikan masalah
3. Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam pantun di atas.
-Kita hendaklah bersikap rasional dalam menangani masalah percintaan agar tidak mengganggu masa hadapan hidup kita
…Kita hendaklah tabah dalam menghadapi dugaan hidup seperti ditinggal kekasih …Kita hendaklah bertanggungjawab atas segala masalah yang menimpa diri sendiri dan tidak menyalahkan orang lain
1.Apakah yang menyebabkan watak dalam pantun di atas bersedih? …putus cinta
…ditinggalkan kekasih
2. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang wajar dilakukan oleh seseorang.Bagi menghilangkan rasa sedih akibat putus cinta?
…cuba menerima dugaan secara positif/menerima takdir
…meluahkan masalah kepada orang yang boleh dipercayai/kaunseling
… elakkan diri bersendirian … melancong/bersiar-siar …berdoa kepada tuhan
3. Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam pantun di atas.
….bertanggungjawab – bertanggungjawab atas segala yang terjadi dalam hidup kita …ketabahan – tabah menghadapi dugaan dalam percintaan/hidup
… rasional – menerima dugaan walaupun pahit
1. Beri maksud rangkap ke tiga pantun di atas?
…setelah mendapat kekasih baharu, yang lama ditinggalkan/dipinggirkan / tidak dipedulikan
2. Pada pendapat anda, apakah
langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk membantu mereka yang
menghadapi masalah putus cinta?
…memberi nasihat/motivasi agar tabah menerima dugaan hidup
… membawa berjumpa guru kaunseling/kaunselor
… mengajak bersiar-siar/melancong/ berhibur bagi melupakan masalah …mengajak mereka mendekatkan diri dengan tuhan
3. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam pantun di atas.
…kepedihan/kesedihan hati
keran…ketabahan menerima takdir hidup…bertanggungjawab atas segala yang terjadi dalam hidup
Pantun Lapan Kerat MAKSUD
Rangkap 1
Bersifat sabar ialah tanda orang yang beriman. Orang yang beriman tidak akan terpedaya dengan bisikan iblis dan itu sebagai tanda kejayaan.
Rangkap 2
Keturunan manusia berasal daripada Nabi Adam. Dipilih menjadi menjadi khalifah/ pemimpin di muka bumi Allah.
Rangkap 3
Kelalaian manusia menyebabkan bumi rosak binasa. Kebudayaan Timur telah dicemari oleh budaya Barat malah bahasa ibunda juga turut diabaikan.
TEMA Keagamaan PERSOALAN
1. Persoalan kunci kejayaan ialah bersabar. (rangkap 1)
2. Persoalan keistimewaan sebagai seorang manusia. (rangkap 2)
3. Persoalan pencemaran budaya dan bahasa . (rangkap 3)
BENTUK
1. Mempunyai 3 rangkap.
2. Mempunyai 8 baris dalam setiap rangkap.
3. Jumlah perkataan antara 3 hingga 5 patah perkataan.
Contoh : ikan teluk parang-parang ( 3
perkataan – rangkap 2)
4. Terdiri daripada 8 hingga 13 suku kata. 5. Rima akhir abcdabcd
6. Bentuk pantun terikat. GAYA BAHASA
1. Unsur bunyi
Asonansi - kerana lalai rosak binasa (rangkap 3 baris 6)
Aliterasi – bumi kandungan nenek
moyangku (rangkap 3 baris 5)
2. Sinkof
Bumi kandungan nenek moyangku (rangkap 3 baris 5)
3. Kata ganda
Anak ketam disangka lelabi (rangkap 2 baris 2)
4. Unsur alam
Tumbuhan – kubis, papaya Haiwan – ikan , ketam, lelabi Alam – hutan, langit, bumi NILAI
1. Nilai kesabaran. Kesabaran amat penting untuk menepis segala hasutan iblis.
2. Nilai kesyukuran.Bersyukurlah kita dengan segala anugerah Allah kepada kita. 3. Nilai keimanan. Keimanan penting dalam mengharungi kehidupan. PENGAJARAN
1. Kita hendaklah sabar dalam menjalani kehidupan agar kita beroleh kejayaan. 2. Kita hendaklah bersyukur apabila dipilih sebagai pemimpin.
3. Kita janganlah merosakkan budaya dan bahasa Melayu.
LATIHAN
1. Apakah akibat jika kita bersikap lalai seperti yang dinyatakan dalam pantun di atas?
bumi/tanah pusaka/negara musnah
-kebudayaan timur tercemar/dinodai
barat
-bahasa ibunda terbiar/terabai
2. Sebagai khalifah Allah, manusia pasti akan menghadapi pelbagai masalah dalam membimbing manusia ke jalan yang benar. Pada pendapat anda apakah masalah-masalah yang mungkin dihadapi?Masalah-masalah yang dihadapi:
-lemah iman/mudah terpengaruh/lalai
-kurang sokongan/kerjasama
masyarakat
-pengaruh persekitaran
-Kesuntukan masa/sibuk
3. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam pantun di atas.Dua persoalan -tanggungjawab terhadap bahasa, budaya & Negara
tabahan menghadapi kehidupan -kepentingan menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi
1. Terangkan kebaikan-kebaikan yang kita perolehi jika kita mengamalkan sifat sabar. -tidak mudah dipengaruhi iblis -mampu mencapai kejayaan
2. Rangkap kedua pantun menyatakan bahawa manusia
sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.Pada pendapat anda, apakah yang harus kita lakukan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini?
berusaha menjaga tingkah laku/peribadi -menyedarkan/menasihati orang lain agar tidak melakukan perkara yang tidak baik - membantu mereka yang lemah/yang memerlukan bantuan
3. Huraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam pantun di atas.
Kesabaran – sabar dalam menhadapi dugaan atau keadaan yang tidak baik …kegigihan – gigih berusaha dalam mencapai kejayaan
…bertanggungjawab –bertanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi dengan sebaik-baiknya
i. Apakah factor-faktor yang
menyebabkab negara menjadi rosak binasa?
lalai terhadap budaya sendiri
…memandang tinggi/menyanjung budaya barat
ii. Rangkap ketiga pantun di atas memaparkan kebudayaan dan bahasa kita telah tercemar. Pada pandangan anda, bagaimanakah caranya kita menjaga kebudayaan dan bahasa kita agar tidak
tercemar?
… menyanjung tinggi budaya & bahasa sendiri
…mengamalkan budaya & bahasa ibunda …tidak mudah dipengaruhi budaya & bahasa asing
…peka terhadap pengaruh luar
… menimbang/memikirkan baik buruk sesuatu budaya asing sebelum
mengamalkannya
iii. Huraikan tema pantun ini.
…Tanggungjawab terhadap diri sendiri, bahasa, budaya dan negara – Kita
bertanggungjawab.Sebagai khalifah Allah untuk menjaga diri sendiri, bahasa, budaya & negara agar tidak tercemar.
1. Berikan maksud rangkap Pantun Lapan Kerat dibawah.
Biarlah sabar dengan perlahan, Itulah tanda tuan beriman
Tidak patah digoncang iblis Akhirnya menang berjaya.
1. Bersifat sabar ialah tanda orang yang beriman. Orang yang beriman tidak akan terpedaya dengan bisikan iblis dan itu sebagai tanda kejayaan.
2. Nyatakan unsur-unsur alam yang terdapat dalam Pantun Lapan Kerat.
2. Unsur alam
Tumbuhan – kubis, papaya Haiwan – ikan , ketam, lelabi Alam – hutan, langit, bumi
3.Apakah maksud Bahasa Ibunda hina terbiar?
Bahasa ibunda hina terbiar bermaksud bahasa Melayu kian disisihkan oleh bahasa-bahasa asing.
4.Apakah kepentingan sifat sabar?
Kepentingan sifat sabar ialah manusia akan lebih berhati-hati dalam menghadapi perjuangan hidup. Manusia akan memiliki sifat ketahanan diri yang berterusan dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Manusia akan lebih rajin dalam usaha untuk mencapai sesuatu yang dicita-citakan.
5.Berikan dua persoalan yang terdapat dalam pantun ini.
Dua persoalan dalam pantun tersebut ialah persoalan dalam menempuh dugaan hidupnya. Pemantun mengingatkan pembaca agar sabar melawan godaan iblis yang berusaha untuk merosakkan iman seseorang. Sabar ialah kunci kemenangan bagi orang yang beriman. Persoalan budaya Timur dan bahasa Melayu sebagai akibat pengaruh budaya Barat juga dikemukakan. Setiap orang perlu mempertahankan budaya Timur dan bahasa ibunda daripada tercemar oleh budaya asing.
6.Bagaimanakah lebudayaan kita boleh dipertahankan?
Kebudayaan kita boleh dipertahankan dengan memupuk rasa bangga terhadap warisan kebudayaan kita kepada anak-anak muda sejak kecil lagi. Kerajaan juga boleh sering mengadakan pameran tentang kebudayaan kita. Masyarakat boleh menggalakkan anak-anak muda melibatkan diri dengan aktiviti
kebudayaan.
7.Apakah pengajaran yang terdapat dalam pantun ini?
Pengajaran dalam pantun tersebut ialah kita mesti mengakui keagungan Tuhan. Cucu Adam yang menjadi khalifah kepada Allah mengesahkan keagungan Tuhan. Kita juga perlu bertanggungjawab
menjaga bumi yang diwarisi. Hal ini kerana kelalaian kita boleh menyebabkan bumi rosak binasa.
Syair makna riak MAKSUD
Rangkap 1:
Riak merupakan satu perbuatan atau sifat baik untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. Perbuatan ini dibenci oleh tuhan kerana mendatangkan syirik. Rangkap 2:
Kadang-kadang perbuatan riak ini ditunjukkan dengan cara berpuasa, bercakap dengan lemah lembut dan melakukan sesuatu perkara tanpa menghiraukan kepentingan diri. Rangkap 3:
Dia melakukan perkara itu agar orang menganggap dirinya wali yang tidak peduli hal dunia. Perbuatannya nampak baik tetapi sebenarnya dia sekadar berpura-pura.
Kadang-kadang riaknya dilakukan dengan meninggi-ninggikan kelebihan ilmunya. Dia sentiasa membaca al-quran dan memberi ceramah. Namun perkara yang betul dan salah semua dicampur aduk. Rangkap 5:
Kadang-kadang dia bercakap seolah-olah idea/fikirannya logik. Seolah-olah telah membuat penyelidikan supaya dia disangka cerdik. Oleh itu, banyak orang ingin menjadikannya sebagai menantu. Rangkap 6:
Kadang-kadang orang riak dengan cara berpakaian. Mereka berserban dan sejadah sentiasa terletak di bahunya serta di tangannnya memegang tasbih.
Rangkap 7:
Duduk bersila dan mata terpejam sambil berzikir menyebut nama Allah. Gayanya keterlaluan seolah-olah dialah ketua. Rangkap 8:
Riak boleh mendatangkan bala. Amalan kita akan ditolak dan Allah tidak suka dengan sifat riak.
TEMA
Syair ini mengemukakan tema tentang sifat-sifat manusia yang riak.
PERSOALAN
1. Persoalan sifat riak merupakan sifat yang dibenci oleh tuhan.
2. Persoalan terdapat golongan manusia yang suka menunjuk-nunjuk tentang kelebihan diri.
3. Persoalan ilmu yang dimiliki digunakan untuk kepentingan diri
4. Persoalan kehidupan orang yang riak pasti tidak mendapat keberkatan – amalan tidak diterima oleh Allah.
BENTUK
1. Rima akhir aaaa.
2. Syair ini mengandungi lapan rangkap. 3. Setiap rangkap mengandungi empat baris.
4. Jumlah perkataan antara empat hingga lima patah kata setiap baris.
5. Jumlah suku kata antara 7 hingga 14 suku kata setiap baris.
GAYA BAHASA
1. Diksi (Bahasa Arab)-Contoh : syirik, jazbah, Allah, zikir dan sebagainya. 2. Simile-Contoh: Terkadang jazbah seperti gila.
3. Asonansi-Contoh: supaya disangkanya ianya wali (pengulangan vokal ‟a‟)
4. Aliterasi – Contoh: Tetapi hatinya ke dunia bertali (pengulangan konsonan „t) 5. Inversi-Contoh – akan dunia tidak peduli.
NILAI
1. Nilai kesyukuran.Contoh: bersyukur dengan ilmu yang dimiliki.
2. Nilai kesederhanaan.Contoh: bersederhana dalam segala perbuatan tanpa menunjuk-nunjuk.
PENGAJARAN
1. Kita janganlah bersifat riak.
2. Kita janganlah suka menunjuk-nunjuk kelebihan yang ada pada diri kita.
3. Kita haruslah menggunakan ilmu yang dimiliki ke arah jalan benar.
4. Kita hendaklah melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas.
5. Kita janganlah melakukan perkara yang membawa kepada syirik.
LATIHAN
1. Berikan maksud rangkap kedua Syair Makna Riak.
Kadang-kadang perbuatan riak ini ditunjukkan dengan cara berpuasa, bercakap dengan lemah lembut dan melakukan sesuatu perkara tanpa menghiraukan kepentingan diri.
2. Kemukakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam Syair Makna Riak
i) Diksi (Bahasa Arab)- Contoh : syirik, jazbah, Allah, zikir dan sebagainya. ii) Simile-Contoh: Terkadang jazbah seperti gila
(i) Nyatakan kesan perbuatan riak sebagaimana yang terdapat dalam puisi di atas
Terdapat beberapa kesan perbuatan riak yang dijelaskan dalam Syair Makna Riak. Antaranya ialah amal ibadat orang yang riak tidak diterima oleh Allah. Selain daripada itu, adakalanya mereka akan menanggung dosa akibat daripada
perbuatan mereka.. (ii) Pada pendapat anda,
bagaimanakah cara yang dapat dilakukan untuk membendung
perasaan riak yang terdapat dalam diri seseorang?
Pada pendapat saya, kita dapat
membendung perasaan riak dengan cara beribadat kepada Tuhan dengan hati yang benar-benar ikhlas. Kita juga perlu sedar akan kesan dan dosa akibat daripada perbuatan tersebut. Selain daripada itu kita juga hendaklah sesalu mengikuti kelas-kelas agama untuk menyucikan jiwa kita.
(iii) Jelaskan tiga pengajaran yang terdapat dalam puisi tersebut.
Antara pengajaran yang dapat dipetik daripada puisi ini ialah kita janganlah riak dalam melakukan ibadat kerana perbuatan itu menyebabkan amalan kita tidak
diterima oleh Allah. Disamping itu pembaca mendapat pengajaran bahawa keimanan hendaklah dizahirkan dari hati yang ikhlas terhadap Allah tanpa niat untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Kita juga hendaklah melakukan amal ibadat dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh agar segala ibadat kita akan
diterima oleh Allah. Pengajaran seterusnya ialah kita hendaklah mengamal dan mempamerkan ketinggian budi pekerti walaupun di mana sahaja kita berada.
Syair Pemberontakan Pattani MAKSUD
Rangkap 1:
Laksamana telah dititahkan oleh betara ke negeri Patani dengan segera untuk pergi mendapatkan panji-panji atau perintah daripada Raja Senggora tentang peraturan dan hukuman.
Rangkap 2:
Mereka yang dikenakan hukuman harus menerimanya. Mereka boleh memohon agar diberikan pengampunan daripada pegawai yang berkenaan.
Rangkap 3:
Setelah mendengar titah betara,
laksamana tidak lagi risau kerana negeri yang ditinggalkannya akan tetap
terpelihara daripada huru-hara. Rangkap 4:
Pada masa yang sama bonda Duli Mahkota Indera iaitu emak saudara laksamana, sudah lama gering dan laksamana tidak sanggup meninggalkan baginda.
Rangkap 5:
Walaupun dengan berat hati, laksamana tetap menjunjung perintah betara. Rangkap 6:
Laksamana tidak dapat berkata apa-apa kerana dia terpaksa menurut perintah dan laksamana menyerahkan segala-galanya pada Allah.
Rangkap 7:
Harapan laksamana agar dapat mendaulatkan nama baginda demi
keamanan negara walaupun laksamana terpaksa berkorban.
Rangkap 8:
Dalam menjalankan tugas, laksamana tetap tidak melupakan bonda yang gering meskipun dalam hati kecilnya
kemungkinan tidak dapat bertemu dengan bondanya.
Rangkap 9:
Sudah tersurat bahawa masalah yang dihadapi dalam negeri lebih berat berbanding dengan masalah bondanya yang sakit seorang diri kerana melibatkan rakyat jelata.
Rangkap 10:
Maka laksamana melaksanakan titah seri betara dengan segera bagi mendapat panji-panji/perintah Raja Senggora. TEMA
Syair ini mengemukakan tema tentang tanggungjawab seorang laksamana melaksanakan perintah raja.
PERSOALAN
1. Persoalan kesetiaan terhadap pemimpin.
2. Persoalan mematuhi arahan pemerintah. 3. Persoalan kepentingan negara menjadi keutamaan bagi setiap rakyat.
4. Persoalan keamanan negara tanggungjawab kita.
BENTUK
1. Rima akhir aaaa
2. Syair ini mengandungi sepuluh rangkap. 3. Setiap rangkap mengandungi empat baris.
4. Jumlah perkataan antara tiga hingga lima patah kata setiap baris.
5. Jumlah suku kata antara sembilan hingga tiga belas suku kata setiap baris. GAYA BAHASA
1. Diksi (Bahasa Melayu Klasik)-Contoh: masyghul, dura, pegari, peri dan
sebagainya.
2. Asonansi-Contoh: Laksamana
dititahkan betara (pengulangan vokal ‟a‟) 3. Aliterasi-Contoh: Barang yang hendak dihukumkan (pengulangan konsonan ‟n‟) 4. Kata ganda-Contoh: Huru-hara, terkata-kata, bersegera-segera. NILAI
1. Nilai kesetiaan-Contoh: Setia kepada pemerintah dan negara
2. Nilai amanah-Contoh: Laksamana melaksanakan amanah betara. 3. Nilai cinta akan Negara-Contoh: Laksamana sanggup tinggalkan bondanya yang sakit demi negara.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan.
2. Kita haruslah akur dengan arahan pemimpin demi kepentingan negara. 3. Kita perlulah mengutamakan
kepentingan negara daripada kepentingan diri.
4. Kita hendaklah setia kepada raja dan negara.
5. Kita janganlah bersedih dengan keputusan yang diambil sekiranya mendatangkan kebaikan kepada orang lain.
LATIHAN
1. Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam Syair Pemberontakan Patani.
Tiga pengajaran yang terdapat dalam Syair Pemberontakan Patani ialah:
i. Kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan.
ii. Kita haruslah akur dengan arahan pemimpin demi kepentingan negara.
iii. Kita perlulah mengutamakan
kepentingan negara daripada kepentingan diri.
2. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk menanam semangat cinta akan negara dalam kalangan remaja?
Cara untuk menanam semangat cintakan akan negara dalam kalangan remaja ialah melalui :
i. Pendidikan di sekolah
ii. Kempen, seminar atau bengkel iii. Penyertaan remaja dalam persatuan atau pertubuhan belia.
1. Mengapakah Laksamana bersedia untuk melaksanakan perkara yang dititahkan oleh raja?
Laksamana bersedia untuk melaksanakan perkara yang dititahkan oleh raja bagi membuktikan ketaatannya kepada raja serta mengelakkan negara dilanda huru-hara.
2. Pada pendapat anda, mengapakah golongan raja digambarkan sebagai golongan yang memiliki daulat yang tinggi?
Golongan raja digambarkan sebagai golongan yang memiliki daulat yang tinggi untuk mengangkat imej mereka, mewujudkan rasa taat setia dan patuh dalam kalangan rakyat, dan supaya dapat menimbulkan rasa takut kepada pihak luar atau musuh.
3. Nyatakan dua perintah Betara kepada Laksamana dalam syair tersebut.
Betara memerintahkan Laksamana pergi ke negeri Patani dengan segera, dan menerima arahan daripada Raja Senggora.
4. Terangkan maksud rangkai kata 'tiada berani dura’
Maksud 'tiada berani dura' adalah tidak berani menunjukkan kebimbangan.
5. Apakah yang akan terjadi kepada Laksamana jika enggan mematuhi arahan Betara?
Jika Laksamana enggan mematuhi arahan Betara, Laksamana akan dianggap sebagai penderhaka. Jawatannya sebagai
laksamana akan dilucutkan, dan beliau akan dibuang negeri.
6. Bagaimanakah perasaan Laksamana apabila menerima perintah daripada Raja Senggora?
Laksamana dalam keadaan serba salah kerana terpaksa meninggalkan ibu saudaranya yang sakit tenat.
7. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengutamakan kepentingan negara daripada hal peribadi?
Kita perlu mengutamakan kepentingan negara daripada hal peribadi untuk memastikan negara dalam keadaan aman; untuk menunjukkan rasa cinta akan tanah air. Selain itu, negara memerlukan rakyat untuk mencapai kemajuan.
8. Huraikan perwatakan Laksamana seperti yang terdapat dalam syair tersebut.
Laksamana bersemangat patriotik dan sanggup berkorban demi cinta akan negara. laksamana berani menghapuskan pemberontak di Patani. Laksamana juga penyayang.
Gurindam Tonggak Dua Belas MAKSUD
Rangkap 1
Masa yang ada hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya dan jangan membazirkan masa.
Rangkap 2
Kejayaan akan dikecapi jika kita berusaha dengan tekun dan gigih.
Rangkap 3
Apabila kita seronok bekerja, hidup kita akan lebih gembira.
Rangkap 4
Kesederhanaan dituntut dalam kehidupan dan semua tindakan perlu dilakukan dengan bijaksana.
Rangkap 5
Peribadi unggul dan kejujuran hati.perlu diterapkan dalam kehidupan .
Rangkap 6
Sifat baik hati, bertimbang rasa dan bersimpati jadikan amalan.
Rangkap 7
Pemimpin yang baik menjadi ikutan. Rangkap 8
Tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilaksanakan dengan sempurna
Rangkap 9
Pembaziran perlu dielakkan dalam melaksanakan sesuatu kerja. Rangkap 10
Kesabaran dan ketenangan fikiran perlu dalam menghadapi sebarang situasi. Rangkap 11
Kebolehan diri yang ada perlu ditonjolkan sebagai motivasi.
Rangkap 12
Nikmat mencipta budaya kreatif, Kembangkan bakat semoga aktif. Tema
Nilai-nilai murni dalam kehidupan Gurindam ini menekankan penghayatan nilai-nilai murni yang perlu ada dalam diri seseorang.
Persoalan
1. Persoalan menghargai masa penting dalam kehidupan ( rangkap 1)
2. Persoalan tekun berusaha membawa kejayaan ( rangkap 2)
3. Persoalan kepimpinan melalui teladan (rangkap 7)
4. Persoalan berfikiran tenang dalam membuat keputusan (rangkap 10)
5. Persoalan berfikiran kreatif dan inovatif (rangkap 12)
Bentuk
1. Mempunyai 12 rangkap.
2. Setiap rangkap mengandungi 2 baris Contohnya : Hendak pandai menghargai masa
Jangan dinanti esok lusa
3. Mengandungi 4 patah perkataan dalam satu baris-Contohnya Nikmat mencipta budaya kreatif:
4. Suku kata antara 9 hingga 14 suku kata-Contohnya ; Ja/ngan di/nan/ti e/sok lu/sa – 9 sukukata sebaris
Hi/dup da/lam ke/mu/lia/an
ke/se/der/ha/na/an – 14 sukukata sebaris 5. Rima akhir aa-Contohnya : Nikmat mencipta budaya kreatif,
Kembangkan bakat semoga aktif Gaya Bahasa
1. Simpulan bahasa – baik hati (rangkap 6 baris 1)
2. Unsur Bunyi
Asonansi – pengulangan vokal a
Kekuatan sifat baik hati ( rangkap 6 baris 1)
Nikmat mencipta budaya kreatif (rangkap 12 baris 1)
3. Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan n
Bertindak dengan penuh kebijaksanaan (rangkap 4 baris 2)
Nilai
1. Nilai kegigihan, Contohnya kegigihan apabila bekerja.
2. Nilai kebijaksanaan, Contohnya kebijaksanaan dalam melaksanakan tanggungjawab.
3. Nilai kesederhanaan, Contohnya kesederhanaan dalam kehidupan.:
4. Nilai kesabaran, Contohnya kesabaran menghadapi cabaran.
Pengajaran
1. Kita hendaklah bertindak secara bijaksana
2. Kita hendaklah menghargai masa 3. Kita haruslah menunjukkan teladan yang baik
4. Kita janganlah suka membazir. 5. Kita hendaklah tekun berusaha untuk mencapai kejayaan.
Latihan
1. Nyatakan bentuk gurindam di atas.
Bentuk gurindam di atas ialah rima akhir setiap rangkap aa dan setiap rangkap mempunyai dua baris.
2. Huraikan tema gurindam tersebut.
Tema gurindam tersebut ialah nilai-nilai murni dalam kehidupan. Contohnya kegigihan dan ketekunan bekerja.
1. Pada pendapat anda,
mengapakah kita perlu menghargai
masa?
·
masa yang lepas tidak akan berulang
lagi
·
agar kita tidak ketinggalan dalam
mengejar kemajuan
·
dapat menyiapkan kerja kita dengan
lebih sempurna
2.Sekiranya
anda
merupakan
seorang pemimpin,apakah ciri-ciri
kepimpinan yang anda harap dapat
diteladani oleh rakyat bawahan?
·bersikap amanah dalam menjalankan
tugas
·bertindak adil dalam mengambil
sesuatu tindakan
·cekap dalam menjalankan tugas
3.Apakah nasihat penyair kepada
mereka yang berbakat?
·
memberikan tunjuk ajar kepada orang
lain
·meningkatkan bakat yang ada supaya
lebih maju
·jangan bersikap sombong dengan
bakat yang ada
4. Berikan maksud rangkai kata
'baik buruk dijadikan sempadan'.
- perkara yang elok atau tidak
menyenangkan
perlu
dijadikan
panduan hidup.
5.Mengapakah bakat yang ada harus
dikembangkan?
·agar kebolehan diri dapat dikenal
pasti
·dapat menjadi haluan kepada kerjaya
masa hadapan
·
untuk menunjukkan potensi diri agar
dapat dinilai oleh orang lain
6.Berikan pandangan anda tentang
cara-cara untuk menjadi insan yang
cemerlang.
·
melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan
·
sentiasa berfikiran positif
·
bijak dalam mengambil sesuatu
tindakan
·menghayati dan patuh kepada ajaran
agama
7.Pada pendapat anda, mengapakah
kita perlu bergembira semasa
bekerja?
·agar tidak mengalami tekanan
perasaan atau stres
·
supaya waktu bekerja berlalu dengan
cepat
·
dapat menghasilkan kerja yang
berkualiti
·
suasana bekerja menjadi harmoni
8.Mengapakah sikap berjimat cermat perlu ada pada seseorang pekerja?·
mengelakkan berlakunya amalan
membazir
·barangan yang dibeli haruslah
mengikut keperluan
·
wang
yang
dijimatkan
dapat
digunakan pada masa depan
·dapat memaksimumkan keuntungan
syarikat atau jabatan
9.Berdasarkan gurindam tersebut,
nyatakan tiga ciri penting untuk
melahirkan pekerja cemerlang.
·
bijak menguruskan masa
-gigih ketika menjalankan tugas yang
diamanahkan
·berseronok semasa bekerja
10.Pada pendapat anda, apakah
kesan
buruk
amalan
suka
menangguhkan kerja?
·
akan hilang kepercayaan orang ramai
atau pelanggan
·kerja tidak dapat disiapkan mengikut
jadual
·akan menimbulkan masalah kepada
orang ramai
11.Apakah kebaikan nilai sabar
dalam gurindam tersebut?
·fikiran menjadi tenang
·pekerjaan yang sukar akan menjadi
mudah.
·keputusan yang dibuat tidak mengikut
perasaan
Seloka Si Luncai MAKSUD
Sikap Si Luncai yang tidak
bertanggungjawab menyebabkan kehilangan harta benda. Sebagai contoh ada rumah tetapi tidak dijaga dengan baik. Ada anak tetapi tidak diasuh, ada ternakan tidak dibela, tidak bercucuk tanam
walaupun ada kebun. Kesimpulannya,Si Luncai kerugian kerana tidak
memanfaatkan segala yang dimiliki. TEMA
Sikap negatif menyebabkan kerugian PERSOALAN
1. Persoalan sikap tidak bertanggungjawab membawa kerugian
2. Persoalan tidak mengamalkan ilmu yang diperoleh.
3. Persoalan tidak menggunakan kudrat yang ada.
BENTUK
1. Mempunyai satu rangkap sahaja. 2. Mempunyai 12 baris.
3. Jumlah perkataan antara dua hingga enam perkataan dalam satu baris.- Contoh : biarkan, biarkan...! (2 perkataan - baris 11)
Ada kuat tiada buat (4 perkataan – baris 10) Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan (5 perkataan – baris 1)
GAYA BAHASA
1. Anafora-Contoh:Ada rumah tidak dijaga,
Ada anak tidak dilataih
2. Repitisi-Contoh: Biarkan...biarkan 3. Unsur bunyi
Contoh: Asonansi – Ada mata tiada kuasa (baris 9) (pengulangan vokal ‘a’)-Aliterasi – Si Luncai pun terjun dengan
labu-labunya (baris 12) (pengulangan konsonan „n‟)
1. Nilai bertanggungjawab.-Contoh: bertanggungjawab terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
2. Nilai kebijaksanaan-Contoh:
Kebijaksanaan dalam menjalankan apa jua kerja.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menjaga harta benda dengan sebaik-baiknya.
2. Kita hendaklah bijak menggunakan akal. 3. Kita janganlah membiarkan perkara yang salah tanpa menegur kesalahan itu. Latihan Seloka Si Luncai
1. Berikan maksud rangkai kata 'ada kuat tiada buat'.
· memiliki kemampuan tetapi tidak mahu melakukan sesuatu
2. Pada pandangan anda, mengapakah manusia perlu menghindari sikap negatif dalam kehidupan mereka?
· agar hidup mereka lebih sejahtera ·mereka tidak mudah ditindas oleh orang lain
·mereka dapat bersaing dalam dunia moden ini
3. Nyatakan sikap-sikap negatif Si Luncai.
· tidak menjaga rumah yang dimiliki dengan baik
· tidak mendidik anak dengan betul · tidak mengusahakan tanah kebun yang dimilikinya
4. Seloka ini mempunyai unsur jenaka melalui gambaran sikap negatif Si Luncai. Nyatakan tiga tujuan unsur jenaka ini digunakan.
· penyair mengharapkan masyarakat menjaga anak dengan baik
· jika mempunyai kebun, hendaklah diusahakan dengan tanaman yang sesuai
· jika hendak belajar, hendaklah belajar betul-betul sehingga memperoleh pengetahuan
5. Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku jika ibu bapa tidak mendidik anak-anak mereka dengan baik?
·anak-anak akan bersikap tidak sopan ·anak-anak akan gagal dalam hidup · anak-anak akan mudah terjebak dalam gejala sosial.
(i) Apakah maksud Ada belajar kepalang ajar?
Maksud Ada belajar kepalang ajar: - menuntut ilmu tetapi separuh jalan - mempelajari sesuatu tetapi tidak habis
- ilmu yang tidak sempurna dituntut
(ii) Pada pendapat anda, apakah akibat jika kita tidak menggunakan akal fikiran dalam mengambil sebarang tindakan dalam sesuatu perkara?
Akibat tidak menggunakan akal fikiran
- mengakibatkan rasa menyesal - keputusan / tindakan yang salah/ silap - merugikan/ menyusahkan diri sendiri/
orang lain - merendahkan maruah/ tercemar/
dipandang rendah
- salah/ bertentang dengan ajaran agama
(iii)Nyatakan empat nilai murni yang terdapat dalam seloka di atas.
Empat nilai murni:
- Nilai kerajinan/ kegigihan - Nilai bertanggungjawab - Nilai berilmu pengetahuan - Nilai kesedaran - Nilai kasih sayang
(i)Apakah maksud Ada cerdik tidak selidik?
Maksud Ada cerdik tidak selidik: - mempunyai akal fikiran tetapi tidak menyiasat
- memiliki fikiran tetapi bertindak terburu-buru
(ii) Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku jika ibu bapa tidak mendidik anak-anak mereka dengan baik?
Akibat tidak mendidik anak-anak
- anak-anak tidak menghormati ibu bapa - anak-anak akan bertindak mengikut kata
hati/ fikiran sendiri/ hawa nafsu - anak-anak akan melakukan
perkara-perkara yang dilarang agama/ salah - anak-anak akan memalukan ibu bapa/
mencemar maruah/ menconteng arang - masa depan anak-anak gelap/ musnah/
tidak terjamin/ tidak bahagia
(iii) Berikan tiga persoalan yang terdapat dalam seloka di atas.
Tiga persoalan:
-Sikap manusia yang tidak
bertanggungjawab terhadap keluarga - Tindakan manusia yang melulu dan tidak
menggunakan akal fikiran yang waras - Ilmu yang ada tetapi tidak digunakan dengan sewajarnya - Sikap malas yang perlu dihapuskan
dalam diri - Sikap tidak mengambil endah terhadap keadaan persekitaran.
1. Gambarkan sikap Si Luncai seperti dalam Seloka Si Luncai.
Si Luncai seorang yang tidak bertanggungjawab dan pemalas.
2. Nyatakan pengajaran yang boleh diambil daripada Seloka Si Luncai Kita hendaklah menjadi manusia yang bertanggungjawab.Kita juga mestilah rajin mengusahakan tanah..
Dirgahayu Bahasaku (Ahmad Sarju) Latihan
(i) Berikan maksud hak bangsaku mendaulatkanmu di bumi bertuah ini.
- bangsa Melayu berhak memartabatkan bahasa Melayu di negara ini
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah bahasa Melayu perlu didaulatkan?
- bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan / bahasa rasmi
- bahasa Melayu lambang perpaduan rakyat berbilang-bilang kaum
- bahasa Melayu merupakan bahasa ilmu untuk memajukan agama, bangsa dan negara
- bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di sekolah-sekolah
(iii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.
- kita hendaklah cinta akan bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi negara
Malaysia
- kita hendaklah mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan - kita mestilah mempertahankan martabat bahasa Melayu sebagai lambang jati diri bangsa daripada dicemari oleh bahasa asing
- kita haruslah menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam
pelbagai bidang
- kita haruslah bersyukur kerana bahasa Melayu yang diwarisi sejak turun-temurun masih diamalkan hingga kini
LATIHAN 2
(i) Berikan maksud rangkap kedua sajak tersebut.
- bahasa Melayu sebagai maruah bangsa - mesti dipelihara martabatnya
- bahasa Melayu hendaklah digunakan sebaik mungkin
- mengeratkan ikatan mesra / hubungan silaturahim
(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha yang perlu anda lakukan untuk
- mempelajari bahasa Melayu dengan lebih mendalam
- bertutur menggunakan bahasa Melayu dengan lebih kerap
- mendengar forum, seminar, kolokium berkaitan dengan bahasa Melayu - membaca bahan-bahan ilmiah untuk mengayakan perbendaharaan bahasa Melayu
(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.
- persoalan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
- persoalan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan dan
penyatuan masyarakat
- persoalan penerimaan dan penghayatan masyarakat dunia terhadap bahasa Melayu
LATIHAN 3
(i) Berikan maksud dirgahayu bahasaku berdasarkan sajak tersebut
Maksud:- semoga bahasa Melayu terus berkembang
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah masih ada segelintir masyarakat Melayu yang enggan bertutur menggunakan bahasa Melayu
. (ii) Sebab segelintir masyarakat Melayu enggan bertutur menggunakan bahasa Melayu:
- tanggapan masyarakat bahawa bertutur bahasa Melayu melambangkan status yang
rendah
- mengagung-agungkan bahasa Inggeris - bahasa Melayu bukan bahasa
antarabangsa
- bahasa Melayu tiada nilai komersial
(iii) Nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam sajak tersebut
- nilai cinta akan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara ini
- nilai tanggungjawab iaitu memastikan bahasa Melayu tidak pupus dan dicemari - nilai hemah tinggi iaitu menyanjungi kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
- nilai kesyukuran iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang terkenal dan digunakan secara meluas
Sajak Tingkatan 5 Kecek – (V) Maksud
Rangkap 1
Seorang pengarah syarikat
mengumpulkan kekayaannya dengan melakukan penipuan atau pecah amanah dan perkara itu menyusahkan orang lain. Rangkap 2
Seorang petani di kampung pula berusaha dengan tenaga dan kudrat yang
dimilikinya untuk mencari rezeki bagi membesarkan anak-anaknya yang ramai. Namun begitu, dia tidak pernah
mengambil harta atau kekayaan orang lain untuk meneruskan kehidupannya yang sekian lama dalam kemiskinan.
Rangkap 3
Seorang nelayan yang hidup miskin meneruskan hidupnya dengan mencari rezeki di laut untuk membesarkan anak-anaknya. Namun begitu, nelayan itu tidak pernah mengambil kesempatan daripada kesenangan orang lain semasa mencari rezeki walaupun dia sudah lama hidup dalam keadaan susah.
Rangkap 4
Walau bagaimanapun, Tuhan tidak pernah mungkir untuk mencatatkan setiap
perbuatan yang dilakukan oleh manusia untuk menegakkan keadilan pada hari pembalasan nanti.
Pertentangan sikap antara orang kaya yang tidak amanah dengan orang miskin yang jujur.
Persoalan
1. sikap orang kaya yang menyusahkan orang lain
2. kegigihan petani yang berusaha untuk mencari rezeki
3. ketabahan nelayan yang mencari rezeki untuk menanggung keluarga
4. hari pembalasan pasti akan dihadapi oleh setiap orang
Gaya Bahasa
1. Metafora – akaun kemiskinannya - pagar sengsara - akaun sengsaranya - ruang kedaifan - rahang laut - pusaran nasib - rumah keadilan
2. Pengulangan – tetapi, ke dalam, di, ke dalam
3. Asonansi – yang telah lama pecah 4. Aliterasi - dia mencantum kemiskinan Nada Sinis Nilai 1. Kejujuran 2. Kegigihan 3. Ketabahan 4. Keadilan Pengajaran
1. Kita hendaklah mencari harta kekayaan dengan cara yang halal supaya diberkai oleh Tuhan.
2. Kita haruslah gigih berusaha untuk mencari rezeki yang halal demi keperluan keluarga.
3. Kita mestilah percaya akan balasan Tuhan terhadap orang yang tidak amanah.
4. Kita tidak patut mengambil kesempatan daripada kesenangan orang lain demi memperoleh kekayaan.
Latihan
(i) Dalam rangkap ketiga sajak ini penulis menyatakan sikap seorang nelayan yang wajar dicontohi. Nyatakan sikap tersebut.
(i) Satu sikap seorang nelayan di kawasan pantai yang wajar dicontohi
- Walaupun dibelenggu kemiskinan dan membesarkan anak-anak dalam serba kemiskinan, nelayan tersebut tidak pernah menggunakan hasil titik peluh orang lain.
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang melakukan pecah amah.
Pada pendapat saya, sebab-sebab
berlakunya gejala rasuah dalam kalangan masyarakat kita kerana
- Dipengaruhi sikap tamak/ mementingkan diri sendiri
- kurangnya didikan agama / pegangan agama yang tidak kukuh.
- Keinginan untuk menjalani kehidupan yang mewah sedangkan berada di luar kemampuan.
(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.
(iii) Pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut
- Kita hendaklah bersikap amanah semasa menjalankan tugas agar mendapat
keredaan Allah.
- Kita janganlah mencari kekayaan dengan menindas orang lain agar kehidupan sentiasa dalam keberkatan.
- Kita mestilah bertanggungjawab mencari rezeki yang halal agar dapat menjamin kebahagian keluarga.
(i) Nyatakan kehidupan seorang pengarah seperti yang terdapat dalam sajak tersebut.
Kehidupan seorang pengarah seperti yang terdapat dalam sajak
- Sibuk mengumpul kekayaan dengan hasil simpanan pelanggannya,
- Semasa menjalankan tugas, dia begitu licik pecah amanah / menggelapkan wang.
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah golongan nelayan di negara kita masih dibelenggu oleh kemiskinan?
Pada pendapat saya, golongan nelayan di negara kita masih dibelenggu oleh kemiskinan kerana
- Masih menggunakan peralatan
tradisional - tidak mendapat tangkapan ikan yang banyak
- Wujudnya orang tengah yang mengaut keuntungan yang lebih.
- Kekurangan modal untuk membeli peralatan moden
(iii) Jelaskan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam sajak tersebut.
Dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam sajak tersebut
- Nilai amanah – melaksanakan tugas dengan penuh amanah
- Nilai bertanggungjawab – mencari rezeki yang halal
- Nilai kegigihan – gigih berusaha mencari rezeki
- Nilai bersimpati – terhadap nasib golongan kurang berada
- Nilai rasional – dalam menjalani kehidupan.
(i) Nyatakan kehidupan seorang petani seperti yang terdapat dalam sajak tersebut.
Kehidupan seorang petani seperti yang terdapat dalam sajak tersebut.
- Hidup dalam kemiskinan / kedaifan - Anak-anak petani dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan
- Tidak pernah mengambil hasil titik peluh orang lain
(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan pendapatan petani?
Pada pendapat saya, usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan pendapatan petani ialah
- Memberikan bantuan kewangan / modal - Membantu petani memasarkan sendiri barangan mereka – mengelakkan orang tengah mengaut keuntungan
- FAMA – memberikan khidmat nasihat, - Memberikan subsidi – benih, baja - Petani mengusahakan kegiatan sampingan yang lain
(iii) Huraikan tema yang terdapat dalam sajak tersebut.
[3 markah]
Tema sajak tersebut
- kepentingan sikap amanah dalam kehidupan
- Dalam mencari rezeki, kita perlu amanah kerana wang yang diperoleh digunakan untuk menyara keluarga.
- Golongan yang berjawatan didapati sering kali pecah amanah untuk hidup mewah berbanding golongan yang berpendapatan rendah.
Bangkitlah Maksud Rangkap 1
Anak-anak muda hendaklah bangun daripada tidur kerana hari sudah lama siang.
Rangkap 2
Burung-burung sudah berterbangan di udara pada pagi yang indah ini dengan kehijauan pepohon yang menyegarkan mata memandangnya, tetapi penyajak tidak pasti sama ada anak-anak muda masih belum bangun.
Penyajak menyeru anak-anak muda agar bangun dan usahakan tanah yang subur dan galilah hasil yang ada di bumi yang kaya dengan pelbagai hasil agar tidak menyesal kemudian hari.
Rangkap 4
Penyajak bertanya kepada anak-anak muda tentang nasib mereka pada hari esok, sama ada mereka akan dapat makan untuk meneruskan hidup atau menyesali kesilapan mereka sebelum ini.
Rangkap 5
Oleh itu, penyajak menyeru anak-anak muda agar bangun daripada tidur dan berusahalah untuk mencari rezeki kerana hari masih siang dan masih belum terlambat lagi untuk berusaha. Tema
Seruan kepada rakyat agar berusaha untuk mencari rezeki dan tidak mengabaikan peluang yang ada.
Persoalan
1. Usaha yang gigih untuk mencari rezeki. 2. Kerajinan untuk melakukan sesuatu untuk mendapat hasilnya.
3. Penyesalan pada suatu masa nanti tiada gunanya lagi.
4. Gunakan kesempatan dan peluang yang ada untuk kesenangan hidup
Gaya Bahasa
1. Metafora – madu bumi, perut belantara 2. Sinkof – kaumakan, kau mahu, kau masih
3. Pengulangan - bangkitlah
4. Kata ganda – burung-burung, anak-anak, pepohon
5. Asonansi – Lihat jernihnya pagi ini 6. Aliterasi – tanah atau batu atau debu Nilai
1. Kerajinan 2. Kegigihan
3. Menghargai masa Pengajaran
1. Kita hendaklah rajin berusaha untuk mencari kesenangan di negara yang kaya dengan pelbagai sumbernya ini.
2. Kita perlulah menggunakan peluang dan sumber yang ada untuk mencari rezeki.
3. Kita haruslah berusaha sebelum
terlambat agar tidak menyesal pada suatu hari nanti.
4. Rebutlah peluang yang ada untuk mencari kesenangan hidup.
Latihan
(i) Mengapakah penyajak menasihati anak-anak agar jangan menyesal seperti yang terdapat dalam rangkap ketiga sajak di atas.
Sebab-sebab penyajak menasihati anak-anak agar jangan menyesal
- Madu bumi yang kekeringan - Isi laut kekosongan
- Perut belantara menjadi ladang
(ii ) Pada pendapat anda apakah peranan remaja dalam mencapai wawasan
pembangunan Negara.
Nyatakan tiga peranan remaja.
Peranan remaja dalam mencapai wawasan pembangunan negara
- belajar bersungguh agar berjaya dalam pelajaran
- elakkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial
- lengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran / kepakaran
- menyokong dasar kerajaan
- melengkapkan diri dengan keimanan / jati diri
- berdaya saing
(i) Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak.
- Persoalan mengejar arus pembangunan perlu disedari oleh anak-anak.
- Persoalan kemajuan dan pembangunan negara tidak akan menunggu sesiapa yang leka.
- Persoalan sumber bumi dan khazanah negara semakin berkurangan.
- Persoalan masa depan anak bangsa yang masih leka.
Pasar Perasaan Maksud
Rangkap 1
Penulis mendapati warung atau kedai kopi menjadi gelanggang untuk pengunjung melontarkan pendapat dan berdebat. Perdebatan yang berlaku pula dikuasai oleh emosi.
Rangkap 2
Semasa berdebat, kata-kata yang dilontarkan lebih luahan perasaan dan bukannya hasil daripada pertimbangan akal fikiran.
Rangkap 3
Mereka juga melontarkan pelbagai hujah sesuka hati tanpa sebarang makna dan fakta kukuh. Hujah-hujah yang sebegitu rapuh dan mudah disangkal.
Rangkap 4
Di warung jugalah para pengunjung silih berganti dan kerap menjadi tumpuan. Di sinilah mereka kerap berbual-bual dan berdebat kosong tanpa kesudahan. Rangkap 5
Di warung jugalah, para pengunjungnya memperlihatkan kelemahan mereka yang kurang ilmu pengetahuan. Perdebatan kosong terus menjadi agenda walaupun tidak membawa kebaikan.
Rangkap 6
Penyajak cuba terlibat dan menyelami intipati perdebatan tersebut. Beliau
mendapati pendebat-pendebat itu lebih dikuasai emosi ketika berbicara
berbanding fakta dan ilmu. Rangkap 7
Bagi penyajak perdebatan di warung atau kedai kopi hanya sesuai untuk mereka bercakap tanpa berfikir dahulu.
Perdebatan nampak menarik tetapi tidak membawa makna.
Tema
Perbincangan kosong di kedai kopi. Seringkali dikatakan kedai kopi sebagai tempat perdebatan pengunjungnya. Hujah mereka kosong tanpa fakta dan ilmu. Hanya sekadar meluahkan perasaan. Seringkali juga berlaku perdebatan yang sia-sia kerana dikuasai emosi.
Persoalan
1. Persoalan perbincangan kosong dan tidak ilmiah hanya sekadar
menghamburkan kata-kata dan meluahkan perasaan.
2. Persoalan luahan pendapat akan menjadi sia-sia kerana kurangnya kebijaksanaan.
3. Persoalan pendapat tanpa ilmu dan fakta mudah dipatahkan dan ditepis. 4. Persoalan kepentingan ilmu pengetahuan dalam menyampaikan hujahan.
Nada Sinis
Gaya Bahasa
1. Ayatnya pendek-pendek Contohnya ; ini pasar perasaan 2. Diksi – mudah difahami dan puitis. Contohnya :bagai ranting kering 3. Aliterasi – perulangan konsonan‟n‟ Contohnya :: di tengah-tengah penjual dan pembeli
4. Asonansi – perulangan vokal ‟i‟ Contohnya : kususuri sungai sibuk ini
5. Personifikasi-Contohnya : ini pasar tidak berakal
6. Metafora-Contohnya : pasar perasaan , sungai manusia
7. Simile-Contohnya : bagai kayu buruk. 8. Epifora-Contohnya ; kumasuki pasar ini kususuri sungai sibuk ini
Nilai
1. Nilai rasional . Kerasionalan diperlukan dalam menyampaikan maklumat.
2. Nilai kerajinan. Kerajinan diperlukan untuk mencari ilmu untuk menguasai kemahiran
3. Nilai kebijaksanaan. Nilai ini diperlukan untuk mengemukakan maklumat
4. Nilai kesabaran . Kesabaran diperlukan dalam menghadapi cabaran hidup.. 5. Nilai keprihatinan . Keperihatinan terhadap persekitaran amat diperlukan.. Pengajaran
1. Kita hendaklah mendengar dengan teliti sebelum memberi pendapat.
2. Kita mestilah mengemukakan pendapat yang bernas dan berfakta
3. Kita janganlah beremosi ketika berdebat kerana ini akan mendedahkan kelemahan diri sendiri.
Latihan
(i) Jelaskan ciri-ciri pengunjung warung sebagaimana yang digambarkan oleh penulis dalam sajak di atas
Antara ciri-ciri pengunjung warung yang digambarkan oleh penulis dalam sajak Pasar Perasaan ialah mereka bersikap emosional. Di samping itu mereka juga berhujah mengikut perasaan mereka sendiri. Pengunjung warung juga
digambarkan mempunyai akal yang cetek dengan mengemukakan pendapat yang dangkal dan rapuh.
(ii) Cadangkan cara-cara seseorang itu dapat mematangkan fikiran mereka
Seseorang itu dapat mematangkan fikiran mereka dengan membaca bahan-bahan bacaan yang berbentuk akademik dan pengetahuan am. Selain daripada itu, mereka juga perlu melatih fikiran agar sentiasa berfikiran kritis dan rasional dalam pelbagai perkara. Di samping itu juga mereka perlulah bergaul dengan orang-orang cerdik pandai agar budaya berfikir mereka dapat dipelajari.
(iii) Nyatakan tiga unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut. Gaya bahasa anafora juga terdapat dalam sajak ini iaitu perulangan kata yang dan bagai pada awal baris seperti contoh berikut;
yang rapuh dan lapuk bagai kayu buruk
yang mudah dipatahkan bagai ranting kering
Terdapat beberapa unsure gaya bahasa yang terdapat dalam sajak ini. Antaranya ialah gaya bahasa metafora, contohnya sungai manusia, suara kosong, sungai sibuk dan tajuk sajaknya iaitu pasar perasaan.Penulis juga menggunakan gaya bahasa simile contohnya bagai kayu buruk dan bagai ranting kering.
i) Apakah yang diperdagangkan di pasar perasaan?
iPasar perasaan memperdagangkan kata-kata, hujah dan akal cetek.
ii) Jelaskan dua kesan yang timbul jika masyarakat melayan hujah yang
mengikut perasaan.
Jika masyarakat melayan hujah yang mengikut perasaan, mereka hanya
membazirkan masa untuk pekerjaan yang sia-sia. Selain itu, kemajuan masyarakat akan terbantut kerana pemikiran mereka dipengaruhi oleh cakap-cakap yang berlandaskan emosi dan sentimen semata-mata.
iii) Nyatakan dua persoalan daripada sajak.
Persoalan pertama sajak ialah hujah yang berlandaskan perasaan tiada nilainya, dan kedua ialah kebijaksanaan yang tidak dipedulikan.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan
„akal cetek‟ dalam sajak tersebut? - fikiran yang dangkal.
2. Berdasarkan sindiran penyajak, kemukakan pendapat anda tentang ciri-ciri positif yang perlu dimiliki oleh masyarakat.
- berfikir sebelum bercakap; - berpengetahuan dalam sebelum berhujah;
- rasional dalam sesuatu tindakan
3. Pada pendapat anda, mengapakah segelintir masyarakat gemar duduk- duduk dan berbual di warung?
- dijadikan tempat untuk bertemu kawan terutamanya bagi golongan
yang telah bersara;
- berasa bosan tinggal di rumah; - dapat berbincang dan mendengar pelbagai isu semasa.
4. Nyatakan teguran penyajak terhadap pengunjung warung.
- menegur sikap pengunjung yang bercakap tanpa berfikir panjang tentang sesuatu perkara;
- menegur sikap pengunjung yang sering berhujah tanpa bukti / fakta;
- menegur sikap pengunjung yang banyak menghabiskan masa dengan
berbual kosong
5. Pada pendapat anda, apakah kesan buruk jika seseorang itu memberikan pendapat mengikut emosi?
- dirinya tidak disenangi oleh orang lain; - merenggangkan hubungan
persahabatan;
- berlakunya pergaduhan.
6. Gambarkan keadaan di pasar perasaan.
- penjual sentimental duduk di gerai; - pasar tersebut dikunjungi pembeli emosional;
- berlaku perbahasan antara pengunjung
7. Berikan maksud rangkai kata ‘terbit daripada kalbu’.
- lahir daripada hati.
8. Bagaimanakah penyajak
menggambarkan hujah-hujah yang diperdagangkan di pasar perasaan?
- luahan rasa hati yang dianggap rapuh / longgar;
- kata-kata yang mudah dipatahkan kerana tidak mempunyai fakta yang kukuh
9. Pada pendapat anda, apakah perkara yang sepatutnya dilakukan oleh orang ramai yang suka menghabiskan masa di warung kopi?
- bekerja mencari rezeki; - melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan;
- menghadiri majlis ilmu.
Di Bawah Langit yang Sama Maksud
Rangkap 1
Di bawah langit yang sama kita bernafas tanpa mengira tempat atau lokasinya sama ada di Beirut ataupun di Kuala Lumpur.
Rangkap 2
Penyajak menyukai gerimis di Kota London dan terpesona dengan angin dingin yang mencengkam tubuhnya di Washington yang di kelilingi oleh pepohon yang menghijau dan beraneka warna yang tiada bezanya.
Tidak kira sesiapapun yang menghuni Australia ataupun Afrika, semuanya sama kerana berada di bawah langit yang sama. Rangkap 4
Penyajak ingin menyeberangi Laut Cina Selatan dan melayari lautan teduh yang merentasi laluan sutera yang berkongsi siang dan malamnya. Penyajak menyeru manusia agar memupuk perasaan cinta dan harapan yang sama dalam kalangan warga dunia kerana semuanya berada di bawah langit yang sama.
Rangkap 5
Peta-peta itu cuma memisahkan
sempadan negara dan jangan ditutup pos sempadannya. Visa hanya merupakan keperluan rasmi buat seketika di samping dokumen penting seperti pasport. Kita masih mendakap mimpi yang sama untuk menggapai hasrat agar menghapuskan perasaan kebencian dan melupakan peristiwa silam yang buruk di bawah langit yang sama.
Tema
Hakikat persamaan antara manusia walaupun di mana sahaja mereka berada. Persoalan
1. Persamaan dalam semua aspek kehidupan manusia tanpa mengira tempat.
2. Keamanan sejagat perlu disuarakan oleh semua warga dunia.
3. Lupakan persengketaan dan sejarah silam untuk mewujudkan kemanan.
4. Semua manusia sama sahaja di dunia ini Gaya Bahasa
1. Personifikasi – Anyam cinta pelangikan zaman
2. Metafora – sejarah hitam
3. Pengulangan – Aku, Di bawah langit 4. Sinkof – Beirutmu, Kuala Lumpurku 5. Asonansi – Sesama kita – warga dunia
6. Aliterasi – Lebur kebencian kuburkan sejarah silam Nada Romantis Nilai 1. Hormat-menghormati 2. Mematuhi peraturan 3. Kesaksamaan 4. Keamanan Pengajaran
1. Kita haruslah memahami keadaan yang sama antara setiap warga dunia ini. 2. Semua manusia yang hidup di dunia ini memiliki persamaan dalam semua perkara tanpa mengira sempadan dan negaranya. 3. Kita hendaklah mewujudkan dan mengekalkan keamanan sejagat.
4. Kita perlulah melupakan peristiwa silam yang tidak baik.
Latihan
1. Terangkan maksud rangkai kata ‘lebur kebencian kuburkan sejarah hitam’.
- buangkan perasaan benci dan lupakan kisah pahit.
2. Pada pendapat anda, apakah manfaat yang akan diperoleh jika
semua orang sedar bahawa mereka setaraf antara satu sama lain?
- manusia akan saling menghormati hak masing-masing;
- manusia tidak akan bermusuhan; - manusia akan saling membantu; - dunia akan aman dan damai.
3. Mengapakah penyajak menyatakan bahawa kita hidup di bawah langit yang sama?
- kita menghirup udara yang sama;
-pokok-pokok di London dan Washington adalah sama;
- mereka yang tinggal di Australia juga seolah-olah tinggal di Afrika;
-manusia sejagat berkongsi siang dan malam.
4. Terangkan maksud rangkai kata ‘tiupan harapan senada’.
- memperjuangkan sesuatu hasrat secara bersama-sama dan
bermuafakat.
5. Apakah program-program yang dapat dilakukan untuk membentuk persahabatan dalam kalangan masyarakat dunia?
-pertandingan sukan seperti Piala Dunia dan Sukan Olimpik;
-program pertukaran pelajar antara negara;
-misi bantuan bencana alam kepada negara yang terbabit;
-persidangan dunia bagi membincangkan isu-isu dunia seperti proses damai,
kerjasama antara negara dan sebagainya.
6. Apakah harapan penyajak berdasarkan sajak tersebut?
- manusia hanya dipisahkan oleh sempadan tetapi sempadan wajar sentiasa terbuka;
- manusia perlu berusaha untuk bersatu; - kita perlu membuang perasaan benci untuk mengelakkan perbalahan.
7. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengamalkan hidup berbaik-baik dengan bangsa lain di dunia?
- kita memerlukan kedatangan mereka untuk memajukan industri
pelancongan negara;
- rakyat Malaysia akan melanjutkan pelajaran di luar negara;
- kita dapat mempelajari teknologi moden, mendapatkan sumber makanan serta barang keperluan lain daripada mereka.
8. Nyatakan tiga kesan buruk jika dunia tidak aman.
- manusia akan hidup dalam ketakutan; - ekonomi negara akan lumpuh;
-menyukarkan rakyat untuk pergi ke sesuatu negara atas urusan penting
- berlaku krisis kenaikan harga minyak.
9. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menjadi penghalang keamanan dunia?
-sikap tamak pemimpin yang ingin meluaskan pengaruh dan penguasaan ekonomi
- pertubuhan dunia gagal mencegah berlakunya peperangan;
- kuasa-kuasa besar lebih mementingkan diri sendiri
i. Apakah yang dicadangkan oleh penyajak kepada manusia yang hidup di
bawah langit yang sama? - Cadangan penyajak ialah memadamkan
kebencian dan peristiwa-peristiwa negatif yang telah lepas.
- Penyajak ingin menguburkan segala sejarah hitam yang pernah hadir dalam hidupnya.
iii.Pada pendapat anda, mengapakah penyajak mengingatkan pembaca bahawa hidup kita hidup di bawah
langit yang sama?
-Pada zaman ini, terlalu banyak peperangan yang berlaku
- Penyajak ingin mengingatkan manusia bahawa kita berkongsi bumi, jadi kita perlu bersama-sama menjaga
kesejahteraan bumi.
- Penyajak ingin menyedarkan kita supaya jangan mengamalkan diskriminasi sesama manusia kerana asasnya semua manusia adalah sama.
iii. Huraikan dua nilai yang terdapat dalam sajak ini.
- Nilai kasih sayang – penyajah ingin menjelajah bumi untuk menyebarkan rasa kasih sayang sesama manusia.
- Nilai mencintai alam – penyajak menggambarkan kesukaannya terhadap gerimis di Kota London dan angin dingin yang tajam di Washington.
(i)Apakah perkara yang ingin dikongsikan oleh penyajak dengan warga bumi?
-berkongsi siang dan malam -menyemaikan rasa cinta sejagat
-memberikan harapan yang sama kepada warga dunia
(ii)Pada pendapat anda,mengapakah sesebuah Negara perlu mengamalkan sikap berbaik-baik?
- mewujudkan hubungan diplomatik - menjalinkan kerjasama ekonomi
-mewujudkan keamanan serantau/ dunia -berkongsi kepakaran teknologi
-Mengelakkan peperangan/ perselisihan (iii)Senaraikan dua pengajaran
berdasarkan sajak di bawah langit yang sama.
1.Kita mestilah menganggap manusia sebenarnya sama taraf walau di manapun mereka berada kerana berada di bawah langit yang sama, hanya dipisahkan oleh sempadan politik yang dicipta oleh
manusia. 2.Kita mestilah menganggap setiap tempat
mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana setiap tempat itu mempunyai keindahan alam semula jadi masing-masing
3.Kita perlu mewujudkan keamanan dunia agar rakyat hidup sejahtera
Sajak Arkitek Maksud Rangkap 1
Kawasan kota sepatutnya dibangunkan oleh golongan yang benar-benar bertanggungjawab. Mereka merupakan golongan yang arif dan banyak
pengetahuan tentang selok belok dan keadaan serta keperluan semasa kota yang hendak dibangunkan.
Rangkap 2
Hal ini demikian kerana, mereka
merupakan penghuni yang mendiaminya. Banyak kajian dibuat dan mengambil kira pandangan dan kepentingan pelbagai pihak yang menghuni kota tersebut.
Rangkap 3
Perancang kota juga seharusnya seorang yang mencintai alam sekitar. Kehidupan flora dan fauna perlu dipelihara.
Keindahan alam semula jadi perlu dipertahankan malah perlu diperindah dengan landskap yang mempesona. Rangkap 4
Orang yang membina kota merupakan generasi muda yang bukan sahaja luas ilmu pengetahuannya malah sarat dengan idea-idea yang bernas.
Tema
Keperluan pengetahuan dan pengalaman dalam melaksanakan pembangunan di kota.
Persoalan
1. Persoalan keprihatinan penting dalam memahami sesuatu keadaan.Nilai ini penting supaya sesuatu keadaan dapat difahami.
2. Persoalan pembangunan kota perlu dilihat daripada pelbagai aspek.
Pembangunan kota perlu dilihat menerusi pelbagai sudut.
3. Persoalan kepentingan menjaga alam sekitar.Alam sekitar perlu dijaga.
4. Persoalan generasi muda memiliki pelbagai idea bernas.Golongan ini mempunyai idea-idea baru yang bernas. Nada
Sinis
Gaya Bahasa
1. Ayatnya pendek-pendek Contohnya : perasaan musim 2. Diksi – mudah difahami Contohnya : pemerhati tasik
3. Aliterasi – perulangan konsonan‟p‟ Contohnya : perenung di perpustakaan 4. Asonansi – perulangan vokal ‟i‟ Contohnya : fiil langit dan sabar bumi
5. Kata ganda -Contohnya : berbagai-bagai
6. Metafora-Contohnya : jiwa laut,diam batu, perasaan musim
7. Perlambangan-Contohnya ; pengadil, pemancing, pengawas, pendekar
Nilai
1. Nilai cintakan alam sekitar. Alam sekitar perlu disayangi.
2. Nilai bertoleransi. Nilai ini penting dalam menjalani kehidupan
seharian.terutama di kota. 3. Nilai bertanggungjawab
Bertanggungjawab menjaga keindahan alam sekitar. .
4. Nilai bijaksana dalam membuat keputusan Kebijaksanaan penting apabila membuat keputusan.
5. Nilai rasional dalam semua
aspek.Kerasionalan penting dalam semua aspek.
Pengajaran
1. Kita hendaklah mempunyai
pengetahuan dan pengalaman yang luas semasa merancang pembangunan. 2. Kita hendaklah mengambil kira
kepentingan rakyat ketika membangunkan negara..
3. Kita perlulah membuat pertimbangan yang bijaksana sebelum membuat keputusan.
4. Kita hendaklah memikirkan bencana alam yang mungkin timbul akibat pembangunan kota..
5. Kita hendaklah menjadi perancang yang baik yang mempunyai pelbagai idea bernas dan alternatif.
Latihan
(i) Siapakah yang berhak membina kota ?
Orang yang berhak membina kota ialah : • Seniman peka yang faham akan jiwa laut • Semiman peka yang kenal lambung gelombang laut
• Seniman peka yang kenal alur sungai • Seniman peka yang kenal diam batu • Seniman peka yang kenal perasaan musim
• Seniman peka yang faham akan fiil langit • Seniman peka yang kenal akan sabar bumi
(ii) Pada pendapat anda apakah ciri seorang perancang bandar yang berjaya.
Ciri seorang perancang bandar yang berjaya ialah :
Catatan : Soalan Kemahiran Berfikir (KBKK) • Berilmu pengetahuan profesional. • Berpengalaman luas dalam bidang tersebut.
• Mempunyai kerajinan/ daya usaha yang tinggi
• Tidak merosakkan ekosistem alam semula jadi / mesra alam
• Berfikiran kreatif dan inovatif
• Mempunyai kemahiran interpersonal & intrapersonal
(iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas
Dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas
1. Kita hendaklah mempunyai
pengetahuan dan pengalaman yang luas semasa merancang
pembangunan kota.
2. Kita tidak harus merosakkan alam sekitar untuk membangunkan kota. 3. Kita perlulah membuat pertimbangan yang bijaksana sebelum membuat keputusan untuk
membangunkan kota.
4. Kita hendaklah memikirkan pelbagai masalah yang mungkin timbul akibat pembangunan kota.
5. Kita hendaklah menjadi perancang yang baik yang mempunyai pelbagai idea bernas dan
(i) Siapakah pencipta kota ? Pencipta kota ialah :
• Pencipta kota ialah pendekar muda dengan langkah berbagai-bagai • Pencipta kota ialah kelakar tua yang mengampungkan cerita
• Pencipta kota ialah orang bercinta yang perlukan bulan.
(ii) Pada pendapat anda, apakah kesan yang dihadapi jika tiada perancangan teliti dibuat sebelum membangunkan sebuah kota ?
ii) Kesan yang dihadapi jika tiada perancangan teliti dibuat sebelum membangunkan sebuah kota.:
• Bencana alam seperti banjir kilat, tanah runtuh dan sebagainya.
• Kesesakan lalu lintas yang teruk • Masalah kepadatan penduduk di kota • Masalah kebersihan dan kesihatan penduduk
• Masalah sosial seperti jenayah dan sebagainya.
(iii) Huraikan dua persoalan dalam sajak di atas.
Dua persoalan dalam sajak di atas adalah : 1. Persoalan pembangunan kota yang perlu dilihat daripada pelbagai aspek. 2. Persoalan kepentingan mengekalkan alam sekitar yang indah ketika
membangunkan kota.
3. Persoalan mencari ilmu pengetahuan dan pengalaman untuk menjadi
perancang bandar.
4. Persoalan kepekaan terhadap ekosistem alam yang unik
(i) Nyatakan maksud rangkai kata memungkinkan kemungkinan.
(i) Maksud rangkai kata memungkinkan kemungkinan ialah menterjemahkan idea supaya menjadi
kenyataan.
(ii) Pada pendapat anda, apakah ciri sebuah kota idaman pada abad ke-21 ?
ii) Ciri sebuah kota idaman pada abad ke-21 ialah :
• Mempunyai kemudahan asas yang mencukupi.
• Mempunyai kemudahan telekomunikasi yang canggih.
• Mempunyai pusat perniagaan bertaraf antarabangsa.
• Mempunyai reka bentuk bangunan yang bercirikan antarabangsa dan tempatan. • Mempunyai instiusi pendidikan yang bertaraf dunia
• Mempunyai sistem keselamatan yang canggih.
• Mempunyai landskap yang menarik. • Memiliki rangkaian institusi kewangan yang mesra pengguna.
(iii) Nyatakan tiga nilai kemanusiaan dalam sajak di atas.
iii) Tiga nilai kemanusiaan dalam sajak di atas.
• Bertanggungjawab
Bertanggungjawab ketika merancang kota • Bijaksana
Bijaksana ketika memilih keutamaan dalam membangunan kota
• Jujur
Jujur melaksanakan pembangunan kota tanpa memusnahkan alam sekitar • Berani
Berani mempertahankan warisan bersejarah apabila melaksanakan pembangunan kota
• Tegas
Tegas mematuhi peruntukan undang-undang ketika melaksanakan
pembangunan kota
Hikayat Langlang Buana Sinopsis Cerita
Inang kepada Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi mengatakan bahawa dia bermimpi pada malam sebelumnya dan tuan puteri