• Muka tuan puteri kelihatan pucat tidak berseri adalah kerana
- tuan puteri bermimpi sewaktu tidur - seekor naga telah menggigitnya tetapi tiada kesan
- rupa naga tersebut terlalu indah
- puteri dapat menghidu bau bunga ketika berselimut
- naga naik ke puncak mahligai . - naga menelan gemala
• Tindakan yang akan saya lakukan sekiranya bermimpi seperti tuan puteri ialah
• menceritakan kepada rakan/kenalan rapat/keluarga terdekat
• Meminta nasihat daripada orang yang berpengalaman
(iii) Apakah tindakan yang akan anda lakukan sekiranya anda mengalami mimpi seperti yang dialami oleh tuan puteri?
• Sembahyang dan berdoa • mencari pentaksir mimpi untuk menjelaskan makna mimp
(i) Berikan maksud rangkai kata nikmat pun diangkat oranglah.
hidangan makanan disajikan (ii) Berdasarkan petikan, jelaskan keistimewaan gemala hikmat yang diberikan oleh tuan puteri kepada Inderaputera.
• Keistimewaan gemala hikmat ialah - Inderaputera boleh menyeru Dewa Langkurba apabila hendak membina sebuah negeri yang lengkap
- Dua orang hulubalang iaitu Dikir Kilat dan Dikir Agus boleh dipanggil
- Dikir Kilat boleh dipanggil untuk pergi ke sesebuah negeri atau ke dalam laut - Dikir Agus boleh dipanggil untuk menurunkan hujan dan api
• Berikan alasan mengapa anda akan memberikan gemala hikmat kepada Inderaputera?
• menunaikan janji
• sebagai tanda kasih/sayang
• sebagai cenderamata kenang-kenangan • sebagai tanda terima kasih
• sebagai tanda persahabatan
Hikayat Opu Daeng Menambun Sinopsis
Bab III
Kisah bermula dengan pelayaran Opu Daeng dengan lima bersaudara dan disertai Sultan Muhammad
Zainuddin.Baginda berkenaan
menjodohkan anakanda puteri baginda dengan Opu Daeng dan lima
saudaranya.Daeng Perani menolak kerana telah berkahwin.Daeng Perani
mencadangkan Daeng Menambung berkahwin dengan Puteri Kesumba anakanda Sultan Muhammad Zainuddin.Opu Daeng Menambung bersetuju.
Bab IV
Setelah berkahwin dengan
puterinya,SultanMauhammad Zainuddin bertitah kepada Opu Daeng dan lima sudaranya menyerang Panembahan Agung.Kedatangan Opu Daeng sampai sampai ke pengkalan negeri
Matan.Menantu Panembahan Agung iaitu Daeng Mataku dan tuan Hj.Hafiz berjumpa Opu Daeng berlima.Mereka bersalaman dan bertanya khabar.selepas itu mereka menghunus keris untuk bertikaman.Opu Daeng Menambun berkata kepada Daeng Mataku dan Tuan Hj.Hafiz bahawa mereka orang Bugis menyebabkan Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz serba salah kerana arahan Panembahan supaya menghalang Opu Daeng berlima daripada masuk ke kota sama ada secara lembut atau kekerasan.Tuan Hj.Hafiz mencadangkan
agar tidak ada pertumpahan darah.Opu Daeng lima bersaudara masuk ke dalam kota dan menawan Panembahan Agung dan dibawa menghadap Sultan Muhamad Zainuddin.
Bab V
Opu Daeng berlima telah belayar ke Riau berjumpa dengan Sultan Raja
Sulaiman.Baginda meminta pertolongan Opu Daeng berlima pergi menyerang Siak kerana Yang Amtuan Raja Kecil telah menculik saudara perempuannya dan dijadikan isteri.Opu Daeng bersetuju dengan syarat salah seorang daripada mereka berlima dilantik sebagai Yamtuan Muda.Berperanglah antara orang siak dan Bugis.Yam Amtuan Kecil terpaksa
berundur ke hulu Siak.seperti yang dijanjikan Yam Amtuan Sulaiman memilih Opu Daeng Merewah dilantik menjadi Yam Amtuan Muda di Riau.Opu Daeng Chelak dijodohkan dengan adinda Yam Tuan Raja Sulaiman ,Tengku Puan. Bab IV
Raja Kedah telah berbalah dengan saudaranya berkaitan tahta lalu meminta bantuan Opu Daeng berlima.Mereka sanggup menolong Yam Amtuan Raja Kedah dan berjanji memberikan setiap seorang lima belas bahara sebagai balasan. Opu Daeng berjaya mengumpul pedagang dari Timur untuk membantu Raja Kedah ditabal menjadi Yang
Dipertuan Raja Kedah.Saudara Raja Kedah yang tidak bersetuju dengan pelantikan itu menyerangnya dan berlarutan selama lapan hari.Kemenagan berpihak kepada orang Bugis.Raja Kedah yang baharu mengahwinkan Opu Daeng Perani dengan saudara perempuan nya dan membayar tiga bahara seorang seperti yang dijanjikan.
Bab VII
Opu Daeng lima bersaudara telah
dijemput olah raja Sambas antara mereka dengan adik perempuannya yang
bernama Urai Tengah seterusnya dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di Sambas.Opu Daeng Menambung menerima tawaran itu dan pergi ke Sambas bersama-sama Opu Daeng Kemasi.Kedatangan mereka telah disambut oelh sultan Adil dan
anakandanya dan disediakan satu sebuah rumah dalam sebuah kampung.Setelah tiga hari,Sultan Adil menyuruh pangeran dan kiai bertujuh untuk mengahwinkan salah seorang daripada mereka dengan adiknya Raden Tengah.Opu Daeng Menambung mencadangkan agar Opu Daeng Kemasi dikahwinkan dengan Raden tengah dan Sultan Adil bersetuju lalu mereka berkahwin.Opu Daeng Kemasi telah dilantik menjadi pangeran
Mangkubumi di dalam daerah Sambas. BabVIII
Setelah sekian lama di negeri Sambas,Opu Daeng Menambung teringin untuk balik ke negeri Matan.Hal ini mengembirakan Sultan Muhamad Zainuddin lalau
mengadakan sambutan yang hebat untuk menyambut ketibaanya.setelah
setahun,Sultan Muhamad Zainuddin mengumpulkan anak-anaknua serat saudaranya dan pengeran Kiai untuk membincangkan hal berkaitan penggantinya.Pangeran dan Menteri penggawa meminta tangguh untuk memilih orang yang layak menjadi pengganti Sultan Muhammad
Zainuddin.Seluruh penduduk Mantan tidak bersepakat untuk memilih pengganti Sultan Muhammad.Sultan Muhammad Zainuddin akhirnya berkahwin dengan anak Raja Mempawah.
Khabar berita telah sampai ke Sultan Muhammad Zainuddin bahawa Duli Panembahan Sangkawak telah
mangkat.lalu anakanda Puteri Kesumba dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun dan diraikan dengan besar-besaran.Setelah acara keraian selama tujuh hari tujuh malam,rombongan raja perempuan .Mereka kemudiannya sampai ke sebukit lalu membuka negeri di situ.Setelah selesai segala urusan membuka negeri,mereka berangkat ke makam Marhum
Panembahan Sangkawak.
Tema
Kepahlawanan.Kepahlawanan Opu Daeng lima bersudara dalam menakluk dan meluaskan pengaruh di Tanah
Melayu.Keupayaan mereka diperakuan oleh raja-raja Nusantara.
Persoalan
Persoalan keberanian dan menegakkan keadilan.
Persoalan menunaikan janji yang telah dibuat.
Persoalan perebutan tahta kerajaan membawa kepada pertelingkahan.
Watak Utama
Opu Daeng Menambun Anak raja
Mempunyai empat saudara yang lain iaitu Daeng Perani,Daeng Kemasi,Daeng Merewah dan Daeng Celak.
Berkahwin dengan Puteri Kesumba dari Riau.
Dilantik menjadi raja di Mempawah. Daeng Perani
-Saudar yang tertua antara lima bersaudara.-Beristerikan anak Nakhoda Alang dari siantan.
Mempunyai dua orang anak iaitu Daeng Kemboja dan Daeng Khadijah.
Daeng Kemasi
-Beristerikan anak Raja Mempawah. Dilantik menjadi raja di sambas. Daeng Chelak
-Dilantik menjadi raja di Riau.
Berkahwin dengan Tengku puan,adinda Sultan Raja Sulaiman
Daeng Merewah
Menjadi Yang Amtuan Muda di Riau. Berkahwin dengan Ungku Datuk Temenggung.
Latar Masyarakat
Masyarakat Feudal.Contoh :Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
Masyarakat Istana.Contoh : Masyarakat yang tinggal di istana seperti raja. Latar Tempat
Riau.-Contoh : Opu Daeng menambung lima bersaudara membantu Sultan Raja Sulaiman menyerang Siak.
Siak.-Contoh : peperangan antara Opu Daeng berlima dengan orang Siak. Negeri Matan.Contoh:Tempat Puteri Kesumba diraikan setelah dilantik menjadi Ratu Agung senuhun.
Gaya Bahasa Bahasa
Istana-.Contoh:sultan,ayahanda,patik,paduka,day ang-dayang
Bahasa Pinjaman bahasa Arab-Contoh : warith,Allah Subhanahu Wa Ta‟ala
Kata Ganda-Contoh : berkasih-kasihan,dibagi-bagi,betul-betul Nilai
Nilai Keberanian. -Contoh:Opu Daeng berlima berani menentang musuh. Nilai tolong –menolong. -Contoh:Opu Daeng berlima menolong Raja Sulaiman menentang orang Siak.
Nilai menepati janji. -Contoh:Raja Kedah memberikan wang sebanyak 3 gahara seperti yang dijanjikan kepada Opu Daeng berlima .
Nilai bermuafakat -Contoh:Opu Daeng lima bersaudara sentiasa bermuafakat sebelum membuat sebarang keputusan
Pengajaran
1. Kita hendaklah berani menghadapi musuh . Upu Daeng berlima berani menentang musuh.
2. Kita hendaklah bermusyawarah dalam membuat keputusan. Ratu Sultan
bermesyuarat dengan menantunya orang Bugis yang bernama Upu Daeng
Menambun.
3. Kita hendaklah membantu orang lain yang memerlukan. Upu Daeng berlima menolong Raja Sulaiman menentang orang Siak.
4. Kita hendaklah menepati janji.Raja Kedah memberikan wang sebanyak tiga gahara seperti yang dijanjikan kepada Upu daeng berlima kerana membantu
mendapatkan taktha. Latihan
1. Apakah maksud ungkapan ‘beramu kayu membuat rumah’?
- mencari kayu-kayu yang sesuai untuk membina tempat kediaman.
2. Pada pendapat anda, mengapakah orang-orang yang turun di Kuala Kandang Kerbau segera membina rumah?
- kerana mereka akan berada lama di situ; - kerana kapal mereka tidak dapat
meneruskan pelayaran disebabkan kematian angin;
- kerana mereka hendak mengadakan majlis keramaian.
3. Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri pemimpin yang menjadi pilihan rakyat?
- amanah dalam menjalankan tugas; - adil dalam pemerintahan;
- mengambil berat kebajikan rakyat; - sedia menerima pandangan rakyat bawahan.
4. Pada pandangan anda,
bagaimanakah hubungan persaudaraan dalam keluarga dapat dipererat?
- kasih sayang ibu bapa secara adil; - mengadakan hari keluarga;
- sentiasa berkomunikasi antara ahli keluarga;
- tiada perasaan iri hati antara ahli keluarga.
(i) Mengapakah Opu Daeng dan saudara-saudaranya diutus supaya datang ke Kedah oleh Raja Kedah?
Opu Daeng dan saudara-saudaranya diutus datang ke Kedah oleh Raja Kedah kerana Raja Kedah ingin mereka
membantu dalam usaha mengalahkan saudaranya [1 markah ] dan Raja Kedah akan dapat memerintah Kedah
(ii) Nyatakan perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak sekiranya Raja Kedah berjaya mencapai hasratnya untuk memerintah negeri Kedah.
Perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak sekiranya Raja Kedah berjaya mencapai hasratnya untuk memerintah Kedah ialah Raja Kedah akan memberikan Opu Daeng dan saudara-saudaranya 15 bahara setiap seorang.[ 1 ½ markah] Selain itu, Opu Daeng meminta pengesahan atau persetujuan orang dagang dari Timur Tengah seperti orang Bugis, Mengkasar dan Madura diserahkan di bawah perintahnya.
(iii) Pada pendapat anda,apakah
kepentingan sesuatu perjanjian. Berikan tiga sebab.
Pada pendapat saya, kepentingan sesuatu perjanjian dilakukan adalah supaya kedua-dua belah pihak maklum tentang isi
kandungan perjanjian yang telah dibuat.[ 1 markah] Selain itu, mereka dapat ganjaran atau pulangan sebagaimana yang telah
ditetapkan.[ Akhir sekali, perjanjian juga akan mengelakkan penipuan,penindasan dan penyalahgunaan kuasa yang boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati pada kemudian hari.
PAHLAWAN BUNTUNG