• Tidak ada hasil yang ditemukan

HUTAN RIMBA Sinopsis

Dalam dokumen nota komsas tingkatan 5 (Halaman 53-70)

Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong

HUTAN RIMBA Sinopsis

Pak Tua sebagai pemandu traktor menyesali pekerjaannya yang

mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. harapannya agar kawasan hutan kembali merimbun. Hasil pekerjaannya dia berjaya membesarkan anak-anaknya dengan kerjaya masing-masing. Atas nasita anak-anaknya Pak Tua dapat dipujuk agar reda dengan pekerjaannya yang banyak membantu menyara keluarga dan pendidikan anak-anaknya. Akhirnya Pak Tua dan anak-anaknya menceburi bidang pelancongan dengan membuat resort keluarga di hutan simpan miliknya bagi memelihara alam sekitar.

Tema

Tekanan perasaan seorang pemandu traktor yang memusnahkan alam sekitar untuk tujuan pembangunan Kekesalan Pak Tua sebagai pemandu traktor akan tindak-tanduknya selama ini yang telah menyebabkan

kemusnahan flora dan fauna. Namun, Pak Tua berbangga dengan kejayaan dan keberhasilan anak-anaknya dalam bidang akademik dengan hasil usaha selama ini sehingga mampu menjawat jawatan tinggi dalam pekerjaan masing-masing. Akhirnya Pak Tua telah mengusahakan hutan simpan bagi memulihara alam sekitar Persoalan

Persoalan pembangunan sehingga memusnahkan flora dan fauna

Pak Tua sangat kesal akibat pekerjaannya sebagai pemandu traktor yang banyak memusnahkan pokok-pokok dan haiwan-haiwan demi pembangunan

Persoalan rasa bersalah yang menghantui jiwa

Pak Tua rasa bersalah kerana

memusnahkan alam sekitar walaupun dengan tujuan untuk aktiviti pertanian Persoalan kemusnahan hutan sebagai khazanah alam

Pak Tua menyesal akibat pekerjaannya sebagai pemandu traktor telah banyak memusnahkan hutan sebagai khazanah negara

Persoalan tanggungjawab memberikan pendidikan kepada anak-anak

Pak Tua berjaya memberikan pendidikan kepada empat orang anaknya sehingga menjawat jawatan yang tinggi dalam pekerjaan masing-masing

Persoalan kepentingan pembangunan kepada negara

Pembangunan dalam sektor pertanian mampu menjana pendapatan kepada negara

Persoalan tanggungjawab menjaga alam sekitar-Pak Tua mengekalkan hutan simpan miliknya untuk memulihara alam sekitar atas kesedarannya sebelum ini yang banyak memusnahkan alam sekitar Persoalan keindahan alam mampu memajukan industri pelancongan negara Anak-anak Pak Tua ingin melibatkan diri dalam industri pelancongan kerana

mampu menjana pendapatan sekali gus mengekalkan keindahan alam sekitar

Nilai

Cinta alam sekitar

Pak Tua sangat menyesal kerana banyak memusnahkan alam sekitar ketika bekerja dengan syarikat pembalakan

Kasih sayang

Pak Tua dan Mak Tua mengasihi anak-anak sehingga mereka berjaya dalam kerjaya masing-masing

Kegigihan

Pak Tua dan Mak Tua mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang sehingga anak-anak mereka saling menghormati Redha

Mak Tua meminta supaya Pak Tua tidak menyesal pekerjaannya yang banyak memusnahkan hutan kerana perbuatan itu adalah tuntutan pekerjaannya

Tanggungjawab

Pak Tua bertanggungjawab memberikan pendidikan kepada anak-anak sehingga berjaya dalam kerjaya masing-masing Prihatin

Mak Tua menasihati Pak Tua supaya tidak menyesali perbuatannya memusnahkan alam sekitar dahulu

Pengajaran

Kita hendaklah mencintai alam supaya flora dan fauna tidak musnah

Pak Tua begitu menyesal kerana banyak memusnahkan flora dan fauna ketika bekerja sebagai pemandu traktor caterpillar

Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kerana mereka menjadi tempat bermanja

Pak Tua begitu menyayangi cucu-cucunya dan menggunakan kesempatan waktu

tuanya dengan bergembira bersama-sama mereka

Kita hendaklah memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anak

Pak Tua bertanggungjawab memberikan pendidikan kepada empat orang anaknya sehingga mereka berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing

Kita hendaklah bersyukur dnegan rezeki yang dikurniakan

Pak Tua bersyukur kerana hasil

pekerjaanya dahulu berjaya memberikan pendidikan kepada anak-anak

Watak & perwatakan Perwatakan Pak Tua

Bertanggungjawab

Pak Tua dan Mak Tua bertanggungjawab memberi pendidikan kepada anak-anak sehingga berjaya dalam kerjaya

Bersyukur

Pak Tua rasa bersyukur kerana empat orang anaknya telah berjaya hasil pekerjaanya sebagai pemandu traktor Cintai alam sekitar

Pak Tua menyesal atas perbuatannya memusnahkan alam sekitar semasa bekerja dengan syarikat pembalakan dahulu

-Gigih

Pak Tua sangat gigih bekerja sehingga berjaya membesarkan anak-anak dengan pendidikan yang tinggi

Mak Tua

Pandai memasak

Mak Tua pandai memasak semasa menyediakan makanan kepada keluarganya

Pandai memujuk

Mak Tua pandai memujuk Pak Tua supaya tidak menyesali perbuatannya

memusnahkan alam Bertanggungjawab

Mak Tua berjaya mendidik anak-anak dengan penuh tanggungjawab kerana mereka saling menghormati

Prihatin

Mak Tua menyedari kegelisahan suaminya dengan memberi nasihat supaya tidak mengambil peduli akan pekerjaanya yang banyak memusnahkan alam sekitar Latar

Latar masa

-30 tahun yang lalu

-Sewaktu Pak Tua bekerja sebagai pemandu traktor caterpilar dengan syarikat pembalakan

-Malam Jumaat

-Majlis bacaan Yaasin diadakan Latar tempat

Hutan rimba-Kawasan hutan yang diteroka oleh Pak Tua untuk dijadikan kawasan pertanian

Sungai

Sungai di belakang rumah merupakan tempat Mak Tua mencari ikan

Sungai Kinabatangan

Tempat kayu balak dihanyutkan Latar masyarakat

-Masyarakat yang gigih bekerja Pak Tua gigih bekerja sehingga mampu membesarkan anak-anak dengan pendidikan yang tinggi

Masyarakat yang bertangungjawab Pak Tua dan Mak Tua bertanggungjawab membesarkan anak-anak sehingga berjaya dalam kerjaya masing-masing

-Masyarakat yang menyayangi alam sekitar

Pak Tua mengusahakan hutan simpan kerana sayangkan alam sekitar

-Masyarakat yang bersyukur Pak Tua bersyukur kerana berjaya mendidik anak-anak dengan pelajaran yang tinggi

-Masyarakat yang berpandnagan jauh Pak Tua tidak menghalang anak-anaknya yang ingin mengusahakan tanah dusunnya sebagai kawasan pelancongan

1. Berikan dua kepentingan hutan kepada manusia

JAWAPAN: Dua kepentingan hutan ialah sebagai sumber makanan dan sumber herba serta akar kayu untuk perubatan.

2. Nyatakan dua langkah lain selain menjadikan tanah pusakanya sebagai hutan simpan yang boleh diambil oleh Pak Tua untuk melestarikan warisan alam.

JAWAPAN: Selain menjadikan tanah pusakanya sebagai hutan simpan, dua langkah lain ialah memberikan

penerangan tentang kepentingan

khazanah alam kepada para pengunjung dusunnya. Antara langkah lain ialah bekerjasama dengan Jabatan Hutan agar hasil hitan simpannya tidak dieksploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

(i) Kenapa keluarga Mak Tua menentang perkahwinan Pak Tua dengan Mak Tua

Keluarga Mak Tua menentang

perkahwinan antara Pak Tua dengan Mak Tua kerana Pak Tua bukan salah seorang daripada ahli masyarakat tempatan. Mereka khuatir Pak Tua akan membawa Mak Tua ke negara asal Pak Tua.

(ii) Pada pendapat anda, kenapakah Mak Tua tertarik dan menerima cinta Pak Tua?

Pada pendapat saya, Mak Tua tertarik kepada Pak Tua adalah kerana Pak Tua mencintai Mak Tua dengan ikhlas. Selain daripada itu, Mak Tua juga mungkin tertarik dengan ketabahan dan ketekunan Pak Tua bekerja mencari rezeki untuk menyara hidup. Mak Tua juga mungkin tertarik dengan ketampanan Pak Tua berbanding dengan pemuda tempatan di kampung itu.

(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat yang terdapat dalam petikan di atas.

Nilai pertama yang dapat dikesan dalam petikan ialah nilai cinta antara jejaka dan gadis. Jejaka itu adalah Pak Tua semasa empat puluh tahun yang lampau telah

jatuh cinta pandang pertama kepada Mak Tua yang merupakan seorang gadis tempatan di Sabah. Manakala nilai yang kedua yang dapat dikesan ialah nilai keikhlasan atau keluhuran budi. Nilai ini terdapat pada diri Pak Tua sehingga ayah Mak Tua percaya dan menerimanya sebagai menantu.

Drama Tiang Cengal Dinding Sayung Sinopsis

Mak Jimah isteri Pak Jumaat menghadapi kesedihan apabila Pak Jumaat didapati hilang semasa kejadian ombak tsunami di Kedah. Anak-anak Jimah iaitu Sabri, Shahrul, Sabriah dan Salmah, manakala Sani anak angkatnya cuba menenangkan perasaan Jimah agar sabar dengan takdir Tuhan. Shahrul meminta pertolongan Sani agar menyatakan hasratnya pulang ke Kuala Lumpur kepada emaknya kerana telah tamat cuti, sebaliknya Sani meminta Shahrul sendiri memberitahunya. Sabriah yang panas baran baru balik dari London menyalahkan bapaknya (Jumaat) yang terus turun ke laut untuk menangkap ikan. Sebenarnya dia telah mengirim wang kepada ibu bapanya supaya mereka tidak perlu bekerja. Sikapnya ditegur oleh Pak Man jiran mereka yang tidak memahami Jimah. Salmah merupakan anak Jimah yang baru balik dengan pakaian seksi dimarahi Sabriah supaya menukar pakaian sebelum berjumpa emaknya. Berlaku pertengkaran antara Sabri dan Sabriah untuk menyerahkan tugas menjaga emak mereka. Sikap mereka ditegur Pak Man. Sikap anak-anaknya menyebabkan Jimah menyerahkan kembali buku bank hasil pemberian mereka. Sabriah memarahi Jimah yang masih berharap bapa mereka akan selamat. Dalam keadaan kecoh itu Wahid dan Senin mengambil kesempatan untuk menipu serta mencuri barangan mangsa tsunami.

Akhirnya Jumaat dijumpai dan dikhabarkan oleh Man Bengap serta

menyatakan Sani sahaja diminta

menemani Jimah menjemput Jumaat di balai polis. Walau bagaimanapun, atas sikap bertolak ansur Sani maka mereka sama-sama menjemput Jumaat. Sabriah, Salmah, Shahrul memohon maaf kepada Jimah. Pak Man dan Mak Jah terharu dengan peristiwa itu. Atas pengajaran peristiwa yang menimpa Mak Jah, maka Pak Man berfikir bahawa dia harus bersyukur mempunyai Man Bengap walaupun hanya sebagai cucu angkat tetapi dapat menghiburkannya terutama dalam masa dia dan isterinya sunyi. Tema

Kesetiaan isteri dan kasih sayang isteri dan anak-anak terhadap ketua keluarga

(suami/bapa) serta kepincangan sikap anak-anak dalam menjalankan

tanggungjawab mereka sebagai anak-anak.

Persoalan

1. Persoalan kasih sayang isteri kepada suami yang tidak berbelah bagi.

2. Persoalan sikap hormat menghormati antara ahli keluarga.

3. Persoalan simpati atas nasib malang yang menimpa seseorang.

4. Persoalan jujur dan amanah dalam menyampaikan maklumat.

5. Persoalan sikap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup. 6. Persoalan kepincangan masyarakat yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

Plot

(i) Permulaan

• Dialog Pak Man dengan Sani yang bertanya khabar dan menyatakan simpati atas nasib keluarga Jimah yang kehilangan Pak Jumaat semasa kejadian tsunami. (ii) Perkembangan

• Nasihat Pak Man terhadap nasib Sani walaupun sebagai anak angkat dalam

keluarga Mak Jimah tetapi telah

dibesarkan dengan mendapat pendidikan yang sempurna.

• Berlaku pertengkaran antara Shahrul dan Sani mengenai sikap Shahrul yang

mementingkan kerjayanya dan hendak pulang ke kuala Lumpur walaupun bapa mereka belum ditemui lagi.

(iii) Konflik

• Arahan Shahrul agar Sani menasihati Jimah (ibu mereka) agar menerima kenyataan bahawa bapa mereka telah meninggal di laut semasa kejadian tsunami.

• Sabriah yang tidak puas hati atas sikap bapanya yang terus turun ke laut

walaupun dia telah mengirimkan wang kepada bapanya untuk menyara kehidupan mereka.

• Mak Jah menyatakan perasaannya yang mengambil berat terhadap anak-anak Jimah kepada Sani dan dia menganggap mereka sebagai anak-anaknya juga. • Sabriah menyindir sikap Sani yang hanya sebagai anak angkat menumpang

kehidupan mereka.

• Jimah memahami sikap anak-anaknya terutama Sabriah yang hanya

mementingkan kerjaya dan diri sendiri sahaja.

(iv) Klimaks

• Jimah memulangkan wang anak-anaknya yang disimpan di dalam bank dan

meminta mereka pulang ke tempat masing-masing walaupun Pak Jumaat belum ditemui.

(v) Peleraian

• Jumaat dijumpai terselamat dalam kejadian tsunami. Dengan penemui itu memberi banyak kesedaran kepada anak-anak Jimah bagi memohon maaf atas kesalahan masing-masing. Jimah meminta anak-anaknya juga memohon maaf daripada Sani yang banyak dihina oleh mereka. Pak Man bersyukur dengan situasi yang ceria itu dan dia juga bersyukur

dikurniakan cucu angkat seperti Man Bengap.

Teknik Plot 1. Pemerian

• Dia budak lurus. Putih, putihla yang dia kata. Kalau hitam, hitamlah yang dia kata. Dia manusia yang tidak ada kepentingan langsung…(ms 439)

2. Suspens

• Man: Orang sudah jumpa tuk, sudah jumpa dah.

3. Kejutan

• … Kita ni sibuk dengan kerja, dengan laki, dengan bini, dengan perniagaan.

Beginilah, kalau sudah semua tidak mahu, kita hantar ke rumah welfare. Mahu? (ms 434)

Watak Perwatakan Watak Utama 1. Jimah

• Isteri Jumaat, berusia 55 tahun • Seorang yang setia, penyayang dan bertanggungjawab. Setiap hari Jimah ke tepi pantai menanti kepulangan suaminya yang hilang di tengah laut.

• Sabar dengan dugaan dengan berdoa. Jimah sentiasa berfikir dan berdoa pada Tuhan sejak kejadian suaminya hilang di laut.

Watak Sampingan 2. Sani

• Anak angkat Jimah – seorang doktor dan telah beristeri

• Seorang yang bertanggungjawab dan sabar. Sangat mengambil berat akan emaknya terutama ketika bapanya hilang di laut.

3. Sabri

• Anak sulung Jimah • Mengetuai ahli keluarga

• Penyabar. Sabri mahu semua adik beradiknya memujuk emaknya selagi mayat bapa mereka tidak dijumpai. 4. Sabariah

• Graduan ekonomi bekerja di London

• Panas baran, anak kedua dalam keluarga. Dia menyalahkan bapanya kerana tidak berhenti pergi ke laut walaupun wang belanja bulanan dikirim setiap bulan.

• Tidak sukakan Sani. Sabariah memarahi kepada Sani supaya tidak memandai-mandai dan berdolak dalik tentang soal kematian. Dia juga menginggatkan bahawa Sani bukanlah ahli keluarga mereka.

5. Shahrul

• Anak ketiga dalam keluarga

• Seorang akauntan di Kuala Lumpur • Mementingkan kerjayanya. Shahrul hendak balik ke Kuala Lumpur walaupun mayat bapanya belum dijumpai.

• Berselisih faham dengan Sani. Shahrul sindir menyindir dengan Sani ketika dia pulang ke rumah emaknya.

6. Salmah

• Seorang pereka fesyen

• Seorang yang mengikut fesyen terkini. Salmah pulang ke rumah dengan hanya memakai skirt.

• Lebih mementingkan kerjayanya. Salmah lewat pulang ke kampung atas urusan pekerjaan.

7. Wan Malin • Isteri Sani

• Banyak membantu Sani menjaga Jimah. Wan Malin berjanji dengan Jimah akan bersama-sama mentuanya itu menunggu bapa mentuanya sehingga pulang.

8. Man Bengap

• Pemuda kurang akal tetapi lurus bendul. Dia menyebut mayat untuk bangkai ikan dugong sehingga menyebabkan Pak man ketawa. • Cucu angkat Pak Man 9. Pak Man

• Jiran Jimah yang prihatin dengan kelurga Jimah. Pak Man menyuruh

isterinya Mak Jah memujuk Jimah yang begitu sedih dengan kehilangan suaminya. Beliau bimbang akan kesihatan Jimah yang setiap hari pulang lewat malam dari pantai.

• Banyak memberi nasihat kepada anak Jimah. Pak Man menasihati anak-anak Jimah supaya bertanggungjawab apabila musibah menimpa ketua keluarga. 10. Mak Jah

• Isteri Pak Man

• Seorang yang penyayang. Mak Jah sanggup bersama-sam keluarga Jimah menenangkan mereka ketika mereka bersedih kehilangan bapa mereka di laut. 11. Wahid dan Senin

• Penjahat yang mengambil kesempatan. Mereka berpura-pura ditugaskan membanci kerugian yang di hadapi mangsa Tsunami.

• Mencuri harta mangsa tsunami. Mereka hendak mencuri barang di rumah Jumaat semasa ketiadaan orang di rumah tersebut.

Latar Latar masa

• Siang, tepi pantai berhampiran dengan sebuah perahu yang telah rosak

• Pagi, semasa Man mencuci kereta Abang Sabri

• Senja di rumah Jimah Latar tempat

• Tepi pantai, Jimah berdiri di gigi air sambil memandang ke tengah laut • Rumah Jimah semasa Sabariah memarahi Salmah.

• Anak tangga rumah Jimah semasa Sabariah duduk termenung memikirkan nasib emaknya

Latar masyarakat

• Masyarakat penyayang iaitu

menyayangi anak-anak contohnya sikap Jimah dan Jumaat yang tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka dalam mencari rezeki pada usia emas.

• Masyarakat yang prihatin dalam memberi bantuan, misalnya Pak Man yang datang menziarahi keluarga Jimah semasa kehilangan Jumaat.

• Masyarakat yang berpendidikan, misalnya anak-anak Jimah yang berjaya dengan kerjaya masing-masing, Salmah sebagai pereka fesyen, Sani sebagai doktor, Shahrul sebagai akauntan. • Masyarakat yang mementingkan kerjaya misalnya Shahrul yang ingin kembali ke Kuala Lumpur setelah tamat cutinya.

• Masyarakat yang menghormati orang yang lebih tua misalnya Sani dan Wan Malini yang menghormati Jimah dan Jumaat.

Gaya Bahasa 1. Diksi

• Kata pinjaman bahasa Inggeris (survey, HQ)

2. Falsafah

• Daun dapat dilayang, getah jatuh ke perdu juga

3. Simile

• .. air matanya itu macam anak air mengalir

4. Metafora

• Ombak susu, gigi ombak 5. Repetisi

• Putih, putihlah yang dia kata kalau hitam, hitamlah

Nilai

1. Nilai kasih sayang kepada suami. Jimah menangisi kehilangan suaminya berterusan.

2. Nilai kesetiaan seorang isteri kepada suami. Misalnya Jimah tetap setia menanti suaminya yang hilang.

3. Nilai hormat-menghormati orang yang lebih tua. Misalnya Sani tetap menghormati Sabariah walaupun kerap dimarahinya.

4. Nilai nasihat-menasihati. Pak Man menasihati Sabariah supaya tidak menghina Sani anak angkat emaknya. 5. Nilai tanggungjawab anak-anak kepada ibu bapa. Misalnya Sani dan Wan Malini terus menjaga Jimah dan Jumaat setiap hari.

Pengajaran

1. Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan sebaik memberi pendidikan kepada anak-anaknya. Contohnya Pak Jumaat dan Mak Jah memberi pendidikan kepada anak-anaknya sehingga ke universiti.

2. Kita hendaklah mengenang jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita. Misalnya menyayangi mereka sepenuh hati walaupun dibesarkan oleh keluarga angkat sahaja.

3. Kita perlu menyesal dan insaf terhadap kelemahan kita. Contohnya Sabariah insaf atas kesilapannya yang tidak dapat meluangkan masa dengan ibu bapanya.

4. Kita perlu bertsyukur dengan apa-apa yang kita miliki, misalnya Man Bengap bersyukur dengan kehidupannya yang serba kekurangan.

5. Kita perlu menjaga hubungan yang baik dalam keluarga.

6. Kita perlu berjimat cermat dalam berbelanja. Misalnya Pak Jumaat menyimpan duit yang dikirim oleh anak-anaknya.

Latihan

1. Berapa lamakah Pak Jumaat hilang di Laut?

Jawapan: Empat hari.

2. Mengapakah Pak Man tidak ke laut pada hari kejadian tsunami?

Jawapan: Kerana Pak Man demam

(i) Mengapakah bapa tidak

menggunakan wang yang dikirim oleh anak-anaknya?

-bapa tidak mahu menyusahkan anak-anaknya

- bapa masih kuat untuk bekerja - bapa lebih suka mencari wang sendiri - bapa takut anak-anaknya mengungkit

pemberian wang tersebut

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menyemai tabiat berjimat

cermat dalam kalangan anak-anak?

- mendidik anak-anak dengan

menjelaskan kebaikan berjimat cermat - menunjukkan contoh teladan kepada anak-anak dengan amalan berjimat cermat - menggalakkan anak-anak menabung - membekali anak-anak dengan makanan ke sekolah

- mengelakkan makan di luar dengan kerap

(iii) Nyatakan dua pengajaran dalam petikan drama di atas dan dua pengajaran lain dalam keseluruhan drama.

Pengajaran dalam petikan:

- Kita hendaklah berhati-hati semasa berkata-kata supaya tidak mengguris perasaan ibu bapa

- Kita janganlah mengungkit kebaikan yang dilakukan kepada ibu bapa

- Kita hendaklah berjimat cermat dengan cara menyimpan wang

Pengajaran dalam keseluruhan drama:

- Kita hendaklah bertanggungjawab memberi pendidikan kepada anak-anak - Kita hendaklah menghargai dan mengenang jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita

- Kita hendaklah prihatin terhadap kesusahan orang lain

-Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup

-Kita janganlah mengambil kesempatan atas malapetaka yang menimpa sesebuah keluarga

-Kita hendaklah menjaga hubungan baik sesama ahli keluarga

(i) Nyatakan pengorbanan Jimah terhadap anak-anaknya. ( 2 markah )

Jimah berkorban untuk membesarkan anak-anaknya selama empat puluh tahun dengan berlapar atau mengikat perut supaya anak-anaknya cukup belanja untuk ke sekolah. Selain daripada itu dia juga banyak menghabiskan wang untuk membesarkan anak-anaknya

(ii) Jika anda sebagai anak Jimah, apakah yang akan anda lakukan untuk menunjukkan anda memberikan

perhatian kepada ibu anda? ( 3 markah

Jika saya sebagai anak Jimah, saya boleh memberikan perhatian kepada ibu dengan memperuntukkan lebih masa bersama ibu di kampung. Saya juga boleh meringankan kerja ibu di rumah dengen menyediakan seorang pembantu rumah. Selain daripada itu saya boleh membawa ibu pergi bercuti atau melancong untuk menenangkan perasaan ibu.

(iii)Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan daripada drama tersebut.

Persoalan yang terdapat dalam petikan ialah persoalan pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak. Mereka juga berusaha untuk memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anak sehingga sanggup berlapar. Manakala persoalan yang terdapat dalam drama tersebut ialah persoalan bencana alam yang mengorbankan nyawa dan harta benda. Beberapa orang penduduk kampung terkorban dan hilang semasa tsunami yang melanda kampung berkenaan

1400 Sinopsis

Dollah yang capik menyuarakan rasa tidak puas hati atas sikap masyarakat yang menolaknya disebabkan harta dan

kecacatannya. Dia berazam untuk menjadi kaya dan mengubah pendirian orang kampung.

Dollah bertemu dukun dengan

menggunakan azimat daripada mayat ibunya. Hasil pertolongan dukun Dollah mendapat harta karun dengan

pertolongan Jin. Dollah bertukar corak dengan memakai kaki palsu dan pakaian mahal serta mempunyai pembantu bernama Doli.

Pada peringkat awal peminangannya ditolak. Walaupun begitu dengan kekayaanya Dollah telah membina

empayar yang luas dengan membeli tanah orang kampung. Dollah juga telah

berkahwin dengan Intan Siti Rahimah yang beriman dan baik perangainya. Sikap Intan Siti Rahimah itu menyebabkan dia

disayangi oleh orang surau dan orang kampung. Sebaliknya Dollah dibenci orang kampung kerana Dollah menindas orang kampung dan memelihara kuda yang banyak serta mengotorkan sungai dengan najis kuda yang menjadi sumber air penduduk kampung. Akibat pencemaran tersebut, penyakit merebak dan ramai penduduk kampung yang menggunakan air sungai yang tercemar itu mendapat zuriat yang cacat.

Dalam dokumen nota komsas tingkatan 5 (Halaman 53-70)

Dokumen terkait