• Tidak ada hasil yang ditemukan

IDOLA Sinopsis

Dalam dokumen nota komsas tingkatan 5 (Halaman 43-53)

Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong

IDOLA Sinopsis

Kehidupan si penjaga panggung yang menjadikan hero sebagai idola hidupnya. Pendiriannya bercanggah dengan

pendapat isterinya yang meminta dia mengubah cara hidup agar kehidupan mereka yang miskin dapat diubah.Si penjaga panggung setia dengan tugasnya menyusun kerusi hingga ke tengah malam usai pementasan bangsawan. Dia

berangan-angan menjadi hero, sambil bermonolog dengan kerusi yang kaku. Ketika isterinya mempersoalkan angan-angannya itu suatu pagi, penjaga

panggung masih cuba memberi justifikasi (alasan). Suatu petang penjaga panggung sengaja datang awal untuk menonton sesi latihan dan bertemu hero pujaannya. Tanpa disangka olehnya, hero pujaannya mengatakan dunia lakonan tidak sama

dengan dunia sebenar, dan menyifatkan pujian penonton (khalayak) sebagai racun paling berbisa yang menjerumuskan kepada penyakit lupa diri. Dia mahu penjaga panggung berhenti memuji kerana sesuatu pekerjaan itu tidak semestinya dilakukan disebabkan minat. Malah, si hero mengatakan tidak perlulah terkesima (kagum) dengan dunia lakonan (penglihatan zahir), sebaliknya perlu kembali ke dunia nyata. Akhirnya si hero berjaya meneka hasrat sebenar si penjaga panggung, lalu menasihatinya supaya menjadi dirinya sendiri. Pada sebelah malamnya, selesai persembahan, penjaga panggung tidak bernafsu menjalankan tugasnya, sebaliknya dia melemparkan satu demi satu kerusi ke dinding panggung seolah-olah letusan gunung berapi yang terpendam dalam dirinya. Hal ini menyedarkan si penjaga panggung bahawa idola yang ideal hanya wujud dalam pementasan sandiwara dan dia perlu melakukan perubahan diri. TEMA

Kekeliruan hidup antara fantasi dan realiti iaitu antara pementasan sandiwara dengan kehidupan sebenar

Persoalan

1. Persoalan kesempitan hidup dan kemiskinan kerana pendapatan yang rendah. Si penjaga panggung dan keluarganya hanya mampu tinggal di sebuah rumah kecil .

2. Persoalan suka berkhayal untuk menjadi seperti idola. Si penjaga panggung sentiasa beranggan-anggan menjadi hero.

3. Persoalan kejujuran memberi pengertian kehidupan yang sebenar. Hero meminta si penjaga panggung kembali pada diri sendiri kerana kehidupan sebenar lebih menuntut perjuangan yang sesungguhnya.

4. Persoalan kesedaran diri untuk mengubah nasib diri. Isteri Si penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya bahawa pentas sandiwara tidak sama dengan pentas kehidupan sebenarnya. Plot

(i) Permulaan

Pembaca diperkenalkan dengan watak penjaga panggung yang tinggal seorang diri setelah panggung kosong dan akan menyusun kerusi-kerusi yang ditinggalkan begitu sahaja oleh orang sebelum

panggung dibuka, datang berbondong-bondong dari segenap penjuru kota sedangkan ketika itu jam sudah menunjukkan jam dua belas tengah malam.

(ii) Perkembangan

Pada bahagian ini, watak penjaga panggung memerhatikan setiap gerak-geri hero sepanjang pementasan dan berangan-angan menjadi watak hero. Sambil bekerja selepas pementasan tamat dia terkenangkan isteri dan sepuluh orang anak-anaknya yang tinggal di rumah kecil kawasan setinggan. Dia juga memikirkan nasib diri yang masih belum berubah sehinggakan isterinya mula

mempersoalkan pekerjaannya kini yang belum mampu membawa sebarang perubahan walaupaun anak lelakinya sudah menjelang remaja.

(iii) Konflik

Pada peringkat ini, watak penjaga panggung datang ke panggung pada suatu petang

walaupun tidak bertugas waktu itu kerana terlalu ingin bertemu dengan watak hero yang menjadi idolanya selama ini. Penjaga panggung berjabat salam dan berdialog serta memuji lakonan hero. Hero telah menyambut pujian dengan menyatakan lakonannya bukan gambaran sebenar kehidupannya dan meminta penjaga panggung kembali menjalankan tugasnya dan menerima kenyataan hidup walaupun

mengetahui penjaga panggung amat teringin menjadi seperti hero.

(iv) Klimaks

Pada tahap ini watak penjaga panggung yang bertugas pada waktu malam selepas pementasan tamat seperti tidak ada kemahuan menyusun kerusi-kerusi seperti biasa kerana dia teringatkan kata-kata hero pada waktu siang semasa mereka bercakap yang sekaligus membuatkan dia berfikir tentang kekuatan dirinya sendiri. (v) Peleraian

Penjaga panggung telah bertindak melemparkan kerusi-kerusi panggung ke dinding sebagai tanda melepaskan

amarah dan rasa bersalah yang terpendam dalam dirinya.

Teknik Plot 1. Pemerian

Jam di belakang pentas berdentang dua belas kali. Si penjaga panggung

membelingas matanya ke sekeliling panggung, menatap dinding. Lamanya ditenungnya dinding kaku bercat kelabu itu…

2. Monolog

“aku…aku berupaya menjadi hero kepada diriku sendiri,” bisik si penjaga panggung kepada dirinya sendiri, antara dengan tidak.

3. Dialog “Err… tidak,”

“Bercakap benarlah saudara.” Err… ya…ya…”

4 Suspens

-Dengan bantuan tangan sasanya, si penjaga panggung mencapai kerusi di sisinya. Dengan sekuat tenaga, kerusi itu dijulangnya, kemudian dilemparkannya ke dinding. Satu demi satu di dalam

panggung itu dilemparkannya ke dinding. Watak perwatakan

Watak Utama

Si Penjaga Panggung

orang anak.

idola. Si Panjaga Panggung selalu mengagumi kehebatan hero tanpa

mengetahui bahawa Si Hero bukan hanya mahu memegang watak hero.

Watak Sampingan 1. Si Hero

Penjaga Panggung berhenti memuji dirinya dan meminta memuji diri sendiri. watak utama (hero)

kehidupan yang dilaluinya. Si Hero menyatakan bahawa kehidupan di sini hanya sementara. Dia meminta Si Penjaga Panggung melupakan kehidupan di dalam panggung.

2. Isteri Penjaga Panggung

nasib. Isteri penjaga panggung cuba menyedarkan suaminya tentang pekerjaan suaminya.

Latar Latar Masa

1. Waktu malam semasa si penjaga panggung menjalankan kerja. 2. Waktu pementasan sandiwara,

contohnya pementasan dilakukan sebelum hari menjelang tengah malam.

Latar Tempat

1. Panggung sandiwara dipersembahkan yang menjadi tempat kerja si penjaga panggung.

2. Rumah penjaga panggung di lorong sempit dan longkang yang tersumbat oleh sampah.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang terlibat dengan pementasan, contohnya hero yang menjadi pelakon pentas.

2. Masyarakat yang tinggal di

perkampungan setinggan, contohnya keluarga penjaga panggung.

3. Masyarakat yang sukakan hiburan, contohnya penonton yang membanjiri panggung semasa pementasan. 4. Masyarakat yang suka berkhayal, contohnya penjaga panggung yang berkhayal ingin menjadi seperti hero. Gaya Bahasa

1. Kata ganda

Contoh: putera-puteri 2. Metafora

Contoh: kawah lupa diri 3. Simpulan Bahasa Contoh: merendah diri 4. Hiperbola

Contoh: suaranya bak halilintar 5. Personifikasi

Contoh: kerusi-kerusi tetap kaku 6. Falsafah

Contoh: seberkas sampah yang hanya layak digilai lalat dan gagak

Nilai

1. Nilai kejujuran, contohnya hero menyampaikan realiti kehidupan yang dilalui adalah berbeza dengan lakonannya. 2. Nilai kesabaran, contohnya isteri penjaga panggung yang sabar

menghadapi kemiskinan hidup dan masih lagi tinggal di rumah kecil.

3. Nilai ketabahan, contohnya isteri penjaga panggung yang tabah menghadapi cabaran hidup dan

membesarkan sepuluh orang anak dalam keadaan miskin san tinggal di kawasan setinggan.

Pengajaran

1. Kita hendaklah jujur dalam

pekerjaan, contohnya hero dengan jujur memberitahu kenyataan hidupnya berbeza dengan dunia lakonan.

2. Seorang isteri mestilah bersabar menjalankan tanggungjawabnya dalam

rumahtangga. Isteri Si penjaga panggung sabar dengan karenah suaminya yang terlalu mengagong-agongkan hero. 3. Seorang isteri hendaklah tabah melalui cabaran membesarkan dan mendidik anak-anak. Isteri Si penjaga panggung menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu walaupun dalam keadaan hidup mereka yang susah.

Latihan

1. Nyatakan tugas rutin yang dilakukan oleh penjaga panggung selepas tamat pementasan drama.

Tugas rutin yang dilakukan oleh penjaga panggung ialah menyusun kerusi setelah panggung kosong apabila tamat sesuatu pementasan.

2. Jelaskan mengapa hero dikagumi.

Hero dikagumi kerana lakonannya yang mengkagumkan dan berkesan. Hero juga sanagat komited dengan tugasnya sebagai pelakon.

i. Apakah maksud terkesima?

Maksudnya ialah tercengang / termangu-mangu / hilang akal

ii. Mengapakah si hero menyuruh penjaga panggung berhenti memuji dirinya?

Sebab si hero menyuruh penjaga

panggung berhenti memuji dirinya ialah dia menjadi hero atas tuntutan lakonan, bukannya kerana minat. Selain itu, hero juga mengatakan supaya penjaga panggung tidak terkesima akan sesuatu yang lahirnya tampak cemerlang dan cerlang sinarnya.

iii. Jelaskan punca masyarakat terlalu mengagumi golongan pelakon dan penyanyi mengikut pandangan anda.

Masyarakat mengagumi pelakon dan penyanyi kerana penampilan mereka yang bergaya dari segi bakat dan persembahan yang ditampilkan semasa beraksi. Selain itu, masyarakat menganggap kehidupan pelakon dan penyanyi yang sentiasa mendapat liputan media untuk tatapan

peminat yang mahu mengikuti

perkembangan karier dan kisah hidup di luar bidang persembahan mereka.

iv. Huraikan satu pengajaran daripada petikan di atas dan satu pengajaran daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan di atas.

Pengajaran daripada petikan ialah kita tidak sehajarnya memuji seseorang artis secara keterlaluan. Hero bangsawan telah menasihati penjaga panggung supaya memuji diri sendiri, iaitu memberi fokus terhadap kenyataan hidup diri sendiri. Pengajaran daripada cerpen ialah kita hendaklah sentiasa amanah dalam tugas. Si penjaga panggung seharusnya terus membuat kerja seperti biasa, dan tidak bertindak membalingkan kerusi ke dinding panggung semata-mata menurutkan kata hatinya yang ingin berubah.

(a) Berikan maksud ‘menampilkan kejantanan’?

- Mempamerkan sifat-sifat kelelakian

(b) Pada pendapat anda, apakah tindakan si penjaga panggung untuk memperbaiki kedaifan hidupnya?

- Melakukan kerja sampingan - Belajar lagi sambil bekerja untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik - Meningkatkan kemahiran diri dalam bidang yang diminati seperti lakonan

(c) Huraikan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. Nilai dalam petikan:

- Amanah : si penjaga panggung mengemas panggung dan menyusun kerusi sebaik sahaja persembahan tamat pada setiap malam.

Nilai dalam keseluruhan cerpen:

- Bertanggungjawab : si penjaga panggung bertanggungjawab menjaga panggung

- Berbangga dengan kebolehan diri sendiri : hero menasihati si penjaga panggung supaya berbangga dengan kebolehan dirinya sendiri

- Merendah diri : hero tidak sombong walaupun sering dipuji oleh penonton

(a) Apakah tujuan si penjaga panggung datang ke panggung walaupun dia tidak bertugas waktu itu?

- Untuk bertemu dengan si hero

(b) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang hero sering dikagumi oleh para penonton?

- Hero itu seorang yang gagah - Hero itu seorang yang baik hati - Hero itu seorang yang tampan - Hero sering berjaya menumpaskan kejahatan

(c) Huraikan satu perwatakan si hero yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan si hero yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.

Perwatakan yang terdapat dalam petikan:

- Merendah diri : hero menganggap lakonannya tidak seberapa dan tidak suka dipuji oleh si penjaga panggung Perwatakan yang terdapat dalam keseluruhan cerpen:

- Berbakat : hero berbakat besar dalam lakonan sehingga dikagumi para penonton

- Amanah : si hero menjaga mutu lakonannya kerana sedar pengarah memberi kepercayaan kepadanya

(a) Apakah nasihat si hero kepada si penjaga panggung?

- Kembali kepada diri sendiri

- Kehidupan di luar panggung menuntut perjuangan

- Kehidupandi panggung hanya sementara

(b) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri seorang pelakon yang sering menjadi idola kepada para penonton?

- Meningkatkan mutu lakonan - Menjaga tingkah laku

- Menjaga penampilan diri - Menjaga disiplin diri

- Mematuhi peraturan kerja

(c) Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan dua pengajaran yang terdapat dalam keseluruhan cerpen.

Pengajaran dalam petikan:

- Kita hendaklah menghargai diri sendiri dan mempunyai jati diri yang kental

Pengajaran dalam keseluruhan cerpen:

- Kita hendaklah menjalankan tugas dengan amanah dan bertanggungjawab - Kita tidak boleh terlalu memandang rendah kepada diri sendiri

- Kita hendaklah mempunyai kekuatan untuk melawan nafsu yang boleh merosakkan diri sendiri

Penanggungan Sinopsis

Kapten Mamat menanggung penyesalan atas tragedi maut yang meragut nyawa Baharum seorang kelasi kapal. Ekoran itu, Masnah janda Baharum terpaksa

menanggung penderitaan hidup kehilangan suami serta dua orang anaknya. Kapten Mamat cuba

menenangkan perasaan Masnah dengan mengandaikan segala yang berlaku perlu ditanggung kerana sudah ketentuan Allah. Tema

Tanggungjawab pada amanat

kehidupan yang terpaksa dilalui oleh Kapten Mamat dan Masnah atas ketentuan Ilahi. .Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kematian Baharum, suami Masnah. Baharum yang menjadi kelasi kapal yang diketuai oleh Kapten Mamat telah meninggal dunia kerana terjatuh dari atas tiang agung ke atas geladak.Kapten Mamat

bertanggungjawab terhadap kehidupan Masnah dan dua anaknya setelah kematian Baharum.Masnah terpaksa bertanggungjawab terhadap kehidupan diri dan dua orang anaknya setelah kehilangan suaminya..

Persoalan

1. Persoalan kesengsaraan hidup janda setelah kematian suami. Masnah

terpaksa mengharungi kehidupan tanpa seorang suami.

2. Persoalan rasa bersalah yang menghantui jiwa. Kapten Mamat rasa bersalah kerana Baharum,, suami Masnah telah menemui ajal di atas kapal yang diterajuinya..

3. Persoalan simpati atas penderitaan hidup orang lain. Isteri Kapten Mamat simpati terhadap penderitaan yang ditanggung oleh Masnah setelah kehilangan suami .

4. Persolan keredhaan menghadapi ketentuan Allah. Masnah akhirnya reda dengan ketentuan Allah, iaitu setiap yang hidup pasti akan mati.

Plot

(i) Permulaan

Plot dimulakan dengan memperkenalkan Kapten Mamat yang sedang duduk berehat di rumahnya ketika cuaca panas terik dengan tidak berbaju sambil terkenangkan peristiwa kematian

Baharum, seorang kelasi yang terjatuh dari atas tiang geladak lalu terhempas ke petak besi dan mati serta-merta.

(ii) Perkembangan

Kapten Mamat terus mengimbas kembali suasana ketika tragedi itu berlaku. Dia terkenangkan anak-anak yang menjadi yatim dan isteri yang menjadi balu terutamanya isteri Baharum. Dia juga mengimbas kembali saat-saat getir ketika menjalankan tugas syarikat semasa menjadi Kapten kapal. Tiba-tiba dia dikunjungi Masnah dan anaknya. Masnah masih merengek-rengek bertanyakan hal ayahnya yang sudah meninggal dunia sambil dipujuk Masnah. Memandangkan anak Masnah yang menangis itu cukup menyentuh hati lelakinya.

(iii) Konflik

Pada peringkat ini konflik timbul akibat Kapten Mamat yang cuba menasihati dan memberikan motivasi kepada Masnah agar jangan terlalu mengikut perasaan sedih setelah kematian suami kerana nasibnya sedang diperjuangkan oleh kesatuan. Ketika dialog berlangsung, Masnah menegaskan bahawa dia tidak mahu anak-anaknya bekerja di atas kapal seperti bapa mereka.

(iv) Klimaks

Percakapan antara Kapten Mamat dan Masnah telah memberikan tekanan terhadap dirinya sehingga dia telah pitam tambahan pula dalam cuaca yang panas terik ketika itu. Keadaan agak cemas namun Kapten Mamat berjaya memulihkan Masnah berdasarkan

pengalamannya ketika mengemudi kapal walaupun Masnah pulih buat sementara waktu.

(v) Peleraian

Peringkat peleraian berlaku selepas Masnah sedar dari pitam dan Kapten Mamat berjanji untuk membela nasibnya di samping menasihatinya agar membuat pemeriksaan doktor. Masnah pula

menyatakan hasratnya untuk pulang ke kampung dan digambarkan dia mula menerima takdir Allah..

Teknik Plot / Teknik Penceritaan 1. Imbas kembali

Kapten Mamat mengingat kembali bagaimana kecelakaan berlaku dalam kapalnya. Baharum seorang kelasi – terjatuh atas tiang agung ke atas geladak. 2. Suspens

“Perkhidmatannya tidak berpanjangan dan itu sebabnya dia dilupakan. Tetapi saya berasaskan sesuatu yang kejam berlaku terhadap suami saya dan kekejaman itu berpanjangan kepada anaknya.”.

Watak dan Perwatakan Watak Utama

Bekerja sebagai kapten kapal.

buahnya. Kapten Mamat prihatin terhadap nasib yang menimpa Masnah sekeluarga setelah kematian suaminya Baharum.. Baharum. Kapten Mamat berjanji kepada Masnah bahawa selagi dia masih hidup keluarga Masnah tiadak akan disia-siakan. Watak Sampingan

1. Masnah

terhadap suami dan anak-anaknya. Masnah amat menyayangi suaminya meskipun Baharum sudah meninggal dunia.

Masnah merasa keperitan hidup setelah dia kehilangan suami yang menjadi tempat bergantungnya selama ini. 2. Isteri Kapten Mamat

n. Dia amat simpati terhadap nasib yang menimpa Masnah.

menyuruh suaminya memanggil bomoh untuk mengubati penyakit yang dihidapi oleh Masnah.

3. Bahar

Latar Latar Masa

1. Tengah hari yang panas terik dan berangin sehingga langsir rumah Kapten Mamat berterbangan dan dia membuka bajunya.

Latar Tempat

1. Rumah Kapten Mamat.Ketika itu

membuka baju dan membiarkan tubuhnya dihembus angin.

2. Anjung rumah Kapten Mamat. Ketika Masnah memimpin tangan anaknya naik ke anjung.

3. Kapal . Tempat Baharum terjatuh kerana memanjat geladak ketika laut bergelora. Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang cekap menghadapi cabaran. Hal ini ditonjolkan Kapten Mamat ketika berdepan dengan isteri dan anak-anak arwah Baharum.

2. Masyarakat yang bertanggungjawab menjaga kebajikan.Setelah kematian Baharum, kesatuan kerjanya akan membayar pampasan.

3. Masyarakat yang simpati atas penderitaan orang lain.Kapten Mamat terharu dan prihatin terhadap penderitaan Masnah dan anak-anaknya yang telah hilang tempat bergantung...

4. Masyarakat yang menghormati tetamu yang berkunjung ke rumah. Tetamu dihidangkan minuman seperti dilakukan isteri Kapten Mamat.

Gaya Bahasa

1. Kata ganda .-Contoh: :tulang-tulang. 2. Simpulan Bahasa-Contoh : tulang belakang, mengikat perut.

3. Penggulangan kata-Contoh ; yang malang, yang melinang air mata, yang menanggung rindu.

4. Personifikasi-Contoh : badannya dihembus angin.

5. Simile-Contoh ; jantung saya terasa bagai ditikam-tikam

Nilai

1. Nilai simpati, Contohnya Kapten Mamat yang simpati atas nasib yang menimpa Masnah dan anak-anaknya. 2. Nilai kasih sayang, Contohnya Masnah yang amat mengasihi suaminya dan amat sukar menerima kematian suaminya. 3. Nilai berani, Contohnya Kapten Mamat yang berani menghadapi cabaran bekerja di laut.

Pengajaran

1. Kita hendaklah bersimpati atas nasib malang yang menimpa ahli keluarga dan juga sahabat handai, Contohnya Kapten Mamat yang bersimpati dengan nasib Masnah dan anak-anaknya setelah kematian Baharum.

2. Kita hendaklah saling menyayangi antara suami isteri.Seorang isteri hendaklah mengasihi suaminya yang dikahwini sepenuh hati, Contohnya Masnah tetap mengasihi suaminya walaupun suaminya telah pergi buat selama-lamanya.

3. Kita mestilah menjadi pemimpin yang memiliki keberanian terutama dalam keadaan genting, Contohnya Kapten Mamat yang bijak mengemudi kapal di lautan terutama ketika laut bergelora.

Latihan

(i) Jelaskan peristiwa yang

menimbulkan tekanan kepada Kapten Mamat.

-mengenang nasib diri / pahit getir kehidupan / bersengkang mata / mengikat perut

- mempertaruhkan nyawa menjalankan kewajipan seharian

- tulang belakang yang kuat menanggung beban kompeni

- ada kelasi yang dibuang kerja dalam masa 24 jam kerana tuduhan menderhaka

(ii) Pada pendapat anda , apakah usaha-usaha yang boleh diambil bagi menjaga kebajikan

pekerja?

- selalu memberi anugerah kepada pekerja - selalu bertanya khabar

- empati kepada masalah pekerja - mencarum dalam pelbagi skim perlindungan

- lawatan muhibah secara berkala - menubukan tabung kebajikan

- anugerah pendidikan kepada anak pekerja

- sumbangan ketika ditimpa musibah.

(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu pengajaran yang lain daripada keseluruhan cerpen.

- Pekerja hendaklah sanggup berkorban demi tugas. Contoh Kepten Mamat sanggup berkorban telah menjalankan tugas sebagai kepten kapal di sebuah syarikat perkapalan.

Pengajaran dalam keselurahan cerpen. - Kita hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan. Contoh Kepten Mamat berjanji untuk membantu Masnah dan anak-anak setelah kematian Baharum. - Kita hendaklah meredai ketentuan tuhan. Contoh Masnah seharusnya reda dan meyakini bahawa kematian suaminya ditentukan oleh Allah.

- Kita hendaklah mengelakkan daripada mempercayaai perkara yang karut. Contonya, isteri Kepten Mamat mempercayai penyakit Masnah disembuhkan oleh bomoh.

1. Apakah maksud rangkai kata mengendurkan ketegangan?

- mengurangkan tekanan.

2. Sekiranya anda Kapten Mamat, apakah bantuan yang akan anda berikan kepada Masnah dan anak-anaknya?

- memberikan bantuan kewangan untuk meringankan beban hidup mereka; - menghubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menghulurkan bantuan; - membiayai persekolahan anak-anaknya

3. mengapakah Kapten Mamat berasa amat sedih dengan kematian Baharum?

- dia yang menyuruh Baharum memanjat tiang sehingga menyebabkan Baharum terjatuh;

- Baharum ketika itu berada dalam keadaan tidak sihat;

- Baharum merupakan pekerja yang dedikasi.

4. Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku jika Masnah terus

menyalahkan takdir dan bersikap putus asa?

dia akan terus berasa kecewa dan menjejaskan kebersihan diri;

- hidupnya akan semakin susah kerana malas untuk berusaha mencari rezeki; - menjejaskan masa depan anaknya; - akan bertindak di luar batasan jika diri tidak dapat dikawal.

Cerpen Tanggar Amanat Sinopsis

Di Yellowstone Hawa dan Adam iaitu sepasang suami isteri tinggal di situ. Hawa yang sedang hamil menghadapi konflik apabila Adam suaminya mengajaknya pulang ke Malaysia sedangkan dia ingin terus mempertahankan perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah yang pertama di situ. Tambahan lagi kawasan Yellowstone merupakan kawasan lingkaran gunung berapi. Dalam keadaan kebingungan ditinggalkan Adam, Hawa berhalunisasi dengan janin dalam kandungannya yang berdialog dengannya tentang kemusnahan yang akan dihadapi jika terus tinggal di situ. Atas nasihat dan pandangan yang diberikan olah janin dalam kandungannya, Hawa mengambil keputusan untuk mengikut Adam pulang ke Malaysia.

Tema

Semangat patriotik yang disuntik bagi meneruskan warisan keluarga.Halunisasi janin dan Hawa menyebabkan Hawa mengambil keputusan kembali ke

Malayisa mengikut suaminya Adam yang mahukan mereka meneruskan perusahaan warisan Taman Nasional Melayu Ahmad Abdullah.

Persoalan

1. Persoalan kegigihan mencari rezeki di tempat orang. Adam gigih mencari rezeki di Yellowstone, Amerika Syarikat..

2. Persoalan perkahwinan campur di luar negara. Adam berasal dari Malaysia berkahwin dengan Hawa gadis kelahiran Yellowstone, Amerika Syarikat..

3. Persoalan kepincangan hidup di tempat orang. Kehidupan di luar negara tidak sama dengan kehidupan di tanah air sendiri.

4. Persoalan kepercayaan atas kuasa Yang Maha Besar. Hawa mengaku segala yang berlaku adalah ketentuan Allah. Plot

Secara keseluruhannya, plot cerpen ini digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu: (i) Permulaan

Plot dimulakan dengan memperkenalkan watak Hawa yang mengalami alahan semasa mengandung. Dia terkenangkan

Dalam dokumen nota komsas tingkatan 5 (Halaman 43-53)

Dokumen terkait