• Tidak ada hasil yang ditemukan

Nota Sains Tingkatan 5

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Nota Sains Tingkatan 5"

Copied!
36
0
0

Teks penuh

(1)

MIKROORGANISMA DAN KESANNYA KE ATAS

KEHIDUPAN

1. PENGELASAN

Mikroorganisma dikelaskan kepada 5 Kumpulan iaitu bakteria, kulat, virus, protozoa dan alga. Setiap Kumpulan mikroorganisma ini mempunyai bentuk, saiz, cara pembiakan, nutrisi(cara pemakanan) dan habitat(tempat tinggal) yang agak berbeza. Bakteria boleh berbentuk

kokus(macam bola ping pong) ,

rod(macam sosej) ,

(2)

vibrio(macam simbol koma (,)) .

Virus tidak mempunyai bentuk tertentu dan boleh membentuk hablur. Kesemua mikroorganisma membiak secara asek iaitu pembelahan dedua ataupun pertunasan. Yis adalah mikroorganisma dari kumpulan kulat yang boleh membiak secara pertunasan.

Mikroorganisma mendapatkan nutrisi melalui 3 cara iaitu :-i. Saprofit - menyerap makanan dari benda yang reput.

ii. Parasit - menyerap makanan dari benda hidup (haiwan & tumbuhan). iii. Autotrofit - membina makanan sendiri.

Kebanyakan bakteria, kulat, protozoa hidup secara saprofit manakala virus hidup secara parasit. Alga adalah autotrofit. Air kolam yang berwarna hijau menunjukkan adanya pertumbuhan alga didalamnya. Dari segi saiz pula

mikroorganisma yang paling besar ialah protozoa manakala yang terkecil ialah virus. Bakteria hidup di mana-mana, protozoa boleh hidup dalam kolam dan kulat pula di atas roti basah virus seperti HIV(penyebab AIDS) hidup dalam badan manusia.

2. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI AKTIVITI

Aktiviti mikroorganisma dipengaruhi oleh faktor suhu, kelembapan, nutrien, cahaya dan pH. mikroorganisma suka tumbuh pada suhu 37oC (suhu badan). Sebab itulah kita sering sakit. Saintis mendapati mikroorganisma tidak aktif dalam kedaan sejuk. Pada keadaan yang panas ia akan mati. Sebab itulah makanan yang disimpan dalam peti sejuk boleh disimpan lama kerana mikroorganisma di dalamnya tidak berpeluang membiak. Human being are smart :-).

Mikroorganisma memerlukan kelembapan yang tinggi untuk hidup. Contohnya kulat suka pada kulit yang lembap. Seperti manusia,

(3)

mikroorganisma memerlukan nutrien untuk hidup. Ia sukakan bahan yang mengandungi kanji dan protein yang tinggi. Tidak seperti tumbuhan, mikroorganisma tidak sukakan cahaya malah sesetengah mikroorganisma senang mati apabila terkena cahaya matahari. Bila kita menjemur pakaian, sebenarnya kita juga menghapuskan mikroorganisma :-).

3. FAEDAH MIKROORGANISMA KEPADA KITA

Mikroorganisma memainkan peranan yang penting kepada kehidupan kita. Ia menolong kita (a)mencerna makanan, (b) mereput hasil buangan dan (c) menyumbang kepada bidang perubatan, pertanian dan perindustrian.

Setengah bakteria memilih usus manusia untuk hidup. Pada masa yang sama ia menolong dalam pencernaan dengan memecahkan zat-zat makanan supaya zat ini boleh diserap oleh usus kita.

Kebanyakan jenis bakteria dan kulat menolong kita mereputkan bahan buangan seperti sampah sarap. Hasil pereputan ini menjadi baja yang akan diserap semula oleh tumbuhan.

Dalam bidang perubatan pula sesetengah jenis kulat digunakan untuk membuat antibiotik(ubat). Antibiotik boleh membunuh bakteria dan menyembuhkan penyakit. Walaupun halus, bakteria menolong para petani menyuburkan tanah. Ada sejenis Bakteria istimewa yang hidup dalam akar kekacang. Bakteria ini membuat bahan bernitrogen (baja) dari udara. Baja ini dikembalikan ke dalam tanah. Tanah menjadi subur!!!.

Yis merupakan sejenis kulat yang sangat penting. Ia digunakan untuk membuat roti. Dalam proses membuat roti, yis itu menggunakan kanji dalam tepung untuk tumbuh Pada masa yang sama ia menghasilkan gas karbon dioksida. Gas ini yang menyebabkan roti itu kembang dan mempunyai rasa yang enak.

Para saintis sentiasa berusaha menyelidik kegunaan lain mikroorganisma. Mungkin pada suautu hari nanti saintis akan menemui sejenis bakteria yang boleh melawan virus HIV !!! wow..bestnya.

4. MIKROORGANISMA JUGA BERBAHAYA ! Kita hendaklah sedar bahawa mikroorganisma boleh menyebabkan penyakit serta merosakkan makanan kita.

(4)

Jadual berikut menunjukkan beberapa jenis penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma.

KUMPULAN

MIKRORGANISMA PENYAKIT GEJALA (TANDA-TANDA)

Bakteria tibi (batuk kering) batuk berpanjangan, mengeluarkan kahak kuning kehijauan, mengeluarkan kahak pekat.

(lihat imej peparu yang diserang tibi)

Bakteria taun cirit birit dan muntah Protozoa malaria demam berpanjangan

Virus AIDS selalu sakit

Kulat Kurap kulit gatal-gatal

Penyakit ini boleh merebak melalui beberapa cara. Tibi merupakan penyakit yang merebak melalui titisan cecair yang tersembur semasa pesakit batuk atau bersin. Mikroorganisma yang terdapat dalam tisisan cecair ini akan memasuki sistem pernafasan mangsa dan menyerangnya.

Taun pula merebak melalui air yang tercemar. Bakteria penyebab taun hidup dalam tinja(tahi) pesakit. Apabila pesakit "melepas"kan tinja itu ke dalam sungai bakteria akan dibawa sehingga seseorang meminum air itu.

Malaria ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh protozoa yang di bawa oleh vektor nyamuk. Protozoa ini dipindahkan kepada mangsa lain apabila dia digigit nyamuk itu.

HIV dipindahkan ke seseorang melalui sentuhan. Apabila seseorang melakukan seks rambang dengan pembawa HIV maka dia akan dijangkiti virus yang

berbahaya itu. HIV setersnya menyebabkan mangsa mengidap AIDS. Kurap juga merupakan sejenis penyakit yang di sebabkan sentuhan. ini berlaku apabila seseorang berkongsi pakaian.

5. MENCEGAH DAN MERAWAT PENYAKIT Bagaimana kita boleh mencegah penyakit ini???

(5)

:-CARA

PENCEGAHAN APA YANG DILAKUKAN

CONTOH PENYAKIT YANG DICEGAH KAWALAN "VEKTOR"

Vektor seperti lalat

dan nyamuk dihapuskan dengan racun serangga atau menggunakan ubat jentik-jentik untuk

menghapuskan larva. Kitar Hidup Nyamuk Kitar Hidup Lalat

Denggi dan Malaria

PENSTERILAN

SEBATIAN KARBON

1. APA ITU SEBATIAN KARBON?

Sebatian karbon ialah bahan kimia yang mengandungi unsur karbon didalamnya. Terdapat 2 jenis sebatian karbon.

a. Sebatian organik - sebatian karbon yang berasal dari benda hidup (haiwan & tumbuhan

b. Sebatian tak organik - Sebatian karbon yang buakan berasal dari benda hidup (batu & mineral)

Protein ialah satu contoh sebatian organik manakala kalsium karbonat ialah sebatian tak organik.

Hidrokarbon ialah sebatian organik yang mengandungi unsur karbon dan hidrogen di dalamnya. Hidrokarbon berasal dari petroleum, arang batu atau gas asli.

(6)

Alkohol adalah bahan yang mengandungi unsur karbon, hidrogen dan oksigen di dalamnya. Etanol dan propanol adalah contoh alkohol. [nama tersebut berakhir dengan OL]

Lihat cara bagaimana menamakan ahli kumpulan alkohol lain Alkohol boleh dihasilkan melalui proses "penapaian" [alcoholic

fermentation]. Penapaian dilakukan apabila yis menukarkan glukosa menjadi alkohol dan karbon dioksida.

Alkohol mempunyai sifat istimewa seperti boleh larut dalam air dan senang terbakar untuk menghasilkan nyalaan biru. Alkohol juga boleh bertindak balas dengan asid organik untuk menghasilkan ESTER. Ester ialah bahan kimia berbau wangi yang sering digunakan untuk membuat perisa buah-buahan. Alkohol selalunya digunakan untuk membuat minuman keras. Dalam bidang perubatan alkohol boleh digunakan untuk membasmi kuman dan digunakan sebagairamuan ubat batuk. Di sesetengah negara, alkohol digunakan sebagai bahan api kenderaan.

Pengambilan alkohol boleh memudaratkan kesihatan manusia. Ia menyebabkan gangguan sistem saraf dan menyebabkan seseorang tidak berfikiran waras. Kehadiran alkohol dalam badan boleh merosakkan hati (sirosis hati) dan seterusnya boleh mengakibatkan penyakit jantung.

Ketagihan alkohol telah menimbulkan banyak masalah sosial seperti penderaan kanak-kanak, kemalangan jalanraya dan kecacatan fetus.

3. LEMAK JUGA SEJENIS SEBATIAN KARBON

Seperti alkohol, lemak [FAT] juga mempunyai unsur yang sama iaitu karbon, hidrogen dan oksigen tetapi dalam komposisi yang berlainan.

Lemak terbahagi kepada 2 jenis iaitu lemak tepu dan lemak tak tepu. Lihat perbezaan antara lemak tepu dan tak tepu dibawah

:-LEMAK TEPU LEMAK TAK TEPU

Berasal dari

sumber haiwan seperti lembu, babi dan kambing

Berasal dari

sumber tumbuhan seperti kacang soya dan kelapa sawit

(7)

Mempunyai takat lebur

yang tinggi Takat lebur yang rendah Tidak baik untuk kesihatan

kerana mengandungi banyak

kolestrol

Tidak memudaratkan kesihatan kerana kandungan kolestrol yang rendah

Lemak berfaedah kepada badan kerana ia memberi tenaga. Selain daripada itu ia juga membawa vitamin A,D,E dan K yang sangat penting kepada badan. Walau bagaimanapun, kita hendaklah memilih jenis lemak yang kita makan. Lemak tepu yang mengandungi kolestrol yang tinggi boleh menyebabkan penyakit jantung. Kolestrol yang berlebihan itu boleh terenap di dalam lumen arteri yang menyebabkan pengaliran darah tersekat. Ini menyebabkan jantung terpaksa mengepam darah dengan lebih kuat. Lama kelamaan jantung akan "letih" dan tidak boleh menanggung beban kerja yang lebih. Oleh itu jagalah pengambilan makanan anda.

4. KELAPA SAWIT SEBAGAI SUMBER LEMAK KITA DAN SUMBER PENDAPATAN NEGARA

Minyak kelapa sawit berasal dari buah kelapa sawit (gambar atas kiri). Buah kelapa sawit mengandungi sabut, tempurung dan isirung. Minyak kelapa sawit tertumpu di kawasan sabut dan isirung. minyak kelapa sawit yang berasal dari sabut disebut sebagai minyak sawit [palm oil] dan minyak yang berasal dari isirung disebut minyak isirung [palm kernel oil].

(8)

:-Pemprosesan Minyak Kelapa sawit melibatkan :-

a. Pensterilan - Tandan (gambar atas kanan) dan buah disembur dengan stim untuk membunuh mikroorganisma dan melembutkan tandan. b. Pengekstrakan - Minyak diperah dari buah kelapa sawit dengan

"penekan skru".

c. Penulenan - Minyak kelapa sawit ditulenkan dengan mengalirkannya kedalam "karbon diaktifkan" untuk membuang bau dan

menjernihkannya.

Minyak kelapa sawit digunakan untuk membuat minyak masak, majerin dan sabun. Ia berkhasiat kerana ia mengandungi vitamin A dan E yang tinggi. Industri kelapa sawit penting kerana ia menyediakan banyak peluang pekerjaan di ladang. Minyak Kelapa sawit juga merupakan sumber pendapatan ekspot negara. Oleh sebab itu penyelidikan dan pembangunan kelapa sawit adalah sangat penting. Semua aktiviti penyelidikan berkaitan dengan industri kelapa sawit dilaksanakan oleh MPOB (Malaysian Palm Oil Board).

Potensi kelapa sawit amatlah besar. Minyak kelapa sawit telah dikenal pasti sebagai satu sumber bahan api kenderaan. Ia juga telah dikenal pasti sebagai sumber vitamin A dan E yang baik.

(9)

Sabun diperbuat daripada minyak kelapa sawit. Molekul Minyak kelapa sawit dipecahkan oleh tindakan haba dan alkali pekat (Natrium hidroksida). Sabun yang terhasil dimendakkan oleh garam dan seterusnya ditapis untuk

membentuk pepejal sabun.

Sabun terbentuk dari molekul gliserol dan asid lemak. "Kepala" Molekul sabun suka kepada air manakala "ekor"nya suka kepada gris. Sifat ini menyebabkan sabun sangat sesuai digunakan sebagai ejen pencuci.

Mekanisme tindakan pencucian gris dari kain adalah seperti berikut

:-Ekor molekul sabun melekat pada gris--->Kepala molekul sabun berada dalam air---> Apabila air cucian dikocak, molekul sabun akan menarik gris keluar dari kain----> Kekotoran tertanggal dari kain.

6. APA ITU POLIMER?

Tahukah anda nasi yang anda makan setiap hari adalah terdiri daripada glukosa. Para saintis mendapati bahawa beribu-ribu glukosa membentuk rantai panjang. Rantai panjang ini ialah kanji, bahan yang terdapat dalam nasi. Para saintis telah bersetuju memangggil kanji sebagai satu "POLIMER" dan glukosa sebagai "MONOMER". Polimer secara ringkasnya adalah rantai panjang molekul-molekul. Monomer pula ialah molekul yang membentuk polimer itu. Dalam dunia kita, terdapat 2 jenis polimer. Polimer asli ialah polimer yang berasal dari benda hidup. Polimer sintetik ialah polimer buatan manusia dengan menggunakan bahan kimia. Seperti contoh di atas, kanji ialah polimer asli kerana ia berasal dari tumbuhan padi. Perspeks ialah polimer sintetik. Ia terbina dari sejenis bahan kimia iaitu metil metakrilat (Puiii...susahnya nak sebut). Metil metakrilat ni sebenarnya ialah monomer bagi perspeks. Perspeks ialah polimer yang keras. Nak lihat apa kegunaannya? Klik kat sini ya... Ha.. dah lihat. Perspek digunakan untuk membuat kerangka basikal. Perspek juga boleh digunakan untuk membuat lampu kereta mewah. Mari kita kaji dengan lebih mendalam sejenis polimer asli yang banyak terdapat di negara kita.

(10)

7. POLIMER ASLI

Imbas kembali sebelum kita teruskan. Monomer ialah molekul kecil. Polimer ialah molekul besar dan panjang monomer-monomer. Getah asli ialah satu contoh polimer yang terdiri dari rantaian monomer "isoprena".

Pempolimeran ialah proses menyatukan monomer-monomer untuk membentuk polimer. Disebaliknya Penyahpolimeran ialah proses memecahkan polimer untuk menghasilkan monomer.

Getah asli merupakan polimer semulajadi yang sangat penting kepada manusia. Getah asli merupakan satu lagi sumber pendapatan negara. Getah asli sangat kenyal. Ini adalah disebabkan oleh molekulnya yang mudah menggelongsor antara satu sama lain apabila ditarik. Getah asli boleh diperolehi dari pokok getah. Pokok getah yang ditoreh, mengeluarkan susu getah yang disebut "lateks". Lateks boleh dibekukan (istilah yang sesuai ialah "menggumpal") dengan mencampurkan asid etanoik kedalamnya. Ini memudahkan pengusaha menjadikan ia dalam bentuk kepingan yang mudah dijual. Untuk mencegah penggumpalan pula, larutan ammonia ditambahkan kedalam lateks. Ini

membolehkan lateks dihantar ke kilang penggumpalan dengan menggunakan lori tangki.

Jika latek didedahkan, ia juga boleh menggumpal secara semula jadi. Ini adalah kerana ia mudah diserang oleh bakteria. Bakteria tersebut menghasilkan asid yang seterusnya menggumpalkan lateks.

Kepingan getah asli seterusnya diproses untuk menghasilkan barangan lain seperti tayar, sarung tangan dan kondom. Proses "Pemvulkanan" getah

digunakan untuk mengeraskan getah asli. Ia dilakukan dengan memasak getah asli dengan serbuk sulfur. Atom sulfur boleh mengikat molekul getah untuk membentuk "rangkai silang sulfur". Rangkai silang ini menghalang rantaian molekul getah dari menggelongsor. Getah menjadi keras. Getah asli telah divulkankan [getah tervulkan] sesuai digunakan untuk membuat tayar. Ini menyebabkan industri getah boleh menyumbangkan pendapatan yang lumayan kepada negara.

8. PENGARUH SEBATIAN KARBON KEPADA KEHIDUPAN

Sebatian karbon mempunyai banyak kegunaan kepada manusia. Ia digunakan sebagai sumber bahan api, makanan,minuman dan tayar.

(11)

Oleh sebab itu ramai ahli sains telah berkecimpung dengan aktifnya dalam aktiviti penyelidikan sebatian karbon. Teknologis polimer menyelidik dan cuba memperluaskan kegunaan sebatian karbon seperti polimer. Pembangunan produk baru penting supaya hidup manusia lebih sejahtera. Kita hendaklah berterima kasih terhadap sumbangan mereka. Bayangkanlah jika kenderaan anda tidak bertayar. Apa akan terjadi???

NUTRISI DAN PENGELUARAN MAKANAN

1. AMALAN NUTRISI YANG BAIK

Terdapat 3 kelas makanan utama dalam makanan kita. Mereka ialah karbohidrat, lemak dan protein. Ketiga-tiganya mempunyai "nilai kalori"(kandungan tenaga) tertentu seperti jadual berikut.

KELAS MAKANAN NILAI KALORI(kilokalori) SUMBER

Karbohidrat 4 nasi

Lemak 9 minyak masak

protein 4 ikan dan daging

Rujuk nilai kalori makanan-makanan di Malaysia

Setiap individu memerlukan kalori yang berbeza. Ini bergantung kepada

jantina, saiz badan, umur, aktiviti dan iklim. Golongan lelaki memerlukan lebih kalori kerana mereka lebih aktif. Saiz badan yang besar juga memerlukan kalori yang tinggi kerana ia mengandungi sel yang lebih banyak.

Golongan kanak-kanak dan remaja yang sedang tumbuh pesat juga

memerlukan lebih kalori kerana metabolisme (keperluan tenaga asas) mereka tinggi. Pekerja atau ahli sukan memerlukan kalori tinggi untuk menampung aktiviti yang cergas. Jika kita tinggal di tempat yang sejuk, kita juga

(12)

Apabila seseorang mengambil kalori yang tinggi atau terlampau rendah, maka berlakulah masalah kesihatan. Jadual berikut menyenaraikan beberapa contoh masalah kesihatan itu.

MASALAH

KESIHATAN PUNCA GEJALA MENCEGAHCARA MERAWATCARA

Malnutrisi Kekurangan kalori Sangat kurus dan tidak bertenaga

Makan makanan seimbang dan mencukupi Memberi zat tambahan Anoreksia Tabiat tidak mahu makan kerana ingin menguruskan badan

Terlalu kurus Pendidikan Kaunseling

Kegendutan Pengambilan kalori berlebihan

Kelihatan terlalu gemuk, pengumpulan lemak di bawah kulit Mengawal pengambilan makanan Bersenam atau mengambil ubat dari doktor Penyakit Jantung dan Tekanan Darah Tinggi Makan makanan berlemak berlebihan Serangan penyakit jantung dan cepat letih apabila melakukan aktiviti fizikal Mengurangkan makanan berlemak Pembedahan dan pengambilan ubat

"Piramid makanan" merupakan satu carta yang boleh menolong kita menyelia jenis makanan yang kita makan. Kita hendaklah mengurangkan makanan yang terdapat di atas piramid dan makanan yang tersenarai di bawah bolehlah

diambil dalam kuantiti yang lebih banyak.

2. TUMBUHAN SEBAGAI "PENGELUAR MAKANAN"

Tumbuhan adalah kawan kita !. Ini adalah kerana ia menghasilkan makanan melalui satu proses yang digelar "fotosintesis" (Photosynthesis).

Semasa fotosintesis tumbuhan menukarkan air dan karbon dioksida kepada makanan. Makanan ini kebanyakannya dalam bentuk kanji.Pada masa yang sama tumbuhan juga menghasilkan gas oksigen. Proses fotosintesis ini berlaku dengan bantuan cahaya matahari (foto).

(13)

Seperti manusia, tumbuhan juga memerlukan nutrien(zat makanan) tertentu untuk terus hidup. Nutrien yang larut air itu diserap dari tanah melalui akar. Nutrien terbahagi kepada 2 jenis iaitu

:-• Makro nutrien - nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang banyak.Mikro nutrien - nutrien yang diperlukan dalam kuantiti yang sedikit. Berikut adalah beberapa contoh Makronutrien dan Mikronutrien.

JENIS CONTOH

Makronutrien Karbon (C) Hidrogen (H) Oksigen (O) Nitrogen (N) Fosforus (P) dan Kalsium (Ca) Mikronutrien Boron (B) Zink (Zn) dan Kuprum (Cu)

Kekurangan nutrien akan menjejaskan pertumbuhan tumbuhan. Jadual berikut menunjukkan kesan kekurangan nutrien N,P dan K.

UNSUR KESAN KEKURANGANNYA

Nitrogen (N) Daun menjadi kuning Fosforus (P) Akar sedikit dan lemah.

Bunga dan buah sedikit, daun menjadi unggu Kalium (K) Tompok perangBatang lemah. pada daun.

3. "KITAR NITROGEN" (NITROGEN CYCLE)

Nitrogen di atmosfera boleh dikitar semula. Pengikatan nitrogen dari udara berlaku melalui 2 cara iaitu tindakan kilat dan aktiviti bakteria pengikat nitrogen. Nitrogen ini ditukar kepada ion nitrat yang akan diserap oleh tumbuhan.

Apabila tumbuhan dan haiwan mati ia akan reput. Pereputan dilakukan oleh bakteria saprofit untuk menghasilkan sebatian ammonium.

Sebatian ammonium seterusnya ditukarkan menjadi nitrit dan nitrat. Nitrat akan diserap oleh tumbuhan semula.

(14)

Terdapat sejenis bakteria yang istimewa bernama "Bakteria Pendenitratan". Ia boleh menukarkan nitrat dalam tanah menjadi nitrogen. Nitrogen ini akan dibebaskan ke udara semula.

Kitar ini menyebabkan kandungan nitrogen dalam udara dan bumi sentiasa seimbang.

klik disini untuk melihat kitar nitrogen

4. PELIHARA TUMBUHAN SUPAYA HIDUP SEJAHTERA

seperti yang anda sudah ketahui, tumbuhan memainkan peranan yang amat penting ke atas kehidupan manusia. Oleh itu kita hendaklah sama-sama menjaga dan memelihara tumbuhan dengan baik. Kita tidak boleh menebang pokok-pokok dengan sewenang-wenangnya kerana tanpa pokok tiadalah oksigen.

5. JANGAN MEMBAZIR !

Pada masa yang sama kita harus bersyukur kerana Tuhan telah mengurniakan makanan yang cukup untuk kita. Kita hendaklah menjaga dan menghargai

(15)

sumber makanan kita dan pembaziran hendaklah dielakkan. Jika terlebih makanan, ia boleh diproses supaya boleh digunakan semasa kekurangannya.

GERAKAN

1. JISIM DAN INERSIA

Jisim ialah kuantiti jirim yang terkandung dalam sesuatu benda. Jisim sesuatu benda tidak berubah walaupun dibawa ke bulan. Inersia pula merupakan satu sifat semulajadi sesuatu benda yang ingin mengekalkan kedudukannya. Pernahkah anda terfikir kenapa penumpang dalam bas terhumban ke hadapan apabila bas itu berhenti tiba-tiba? Penumpang itu mempunyai inersia, iaitu mereka cenderung untuk terus bergerak ke hadapan walaupun telah

diberhentikan.

Para saintis telah mendapati satu perhubungan yang amat menarik berkaitan dengan jisim dan inersia. Melalui pemerhatian, mereka mendapati bahawa lebih banyak jisim sesuatu benda maka ia juga mempunyai inersia yang tinggi.

Penumpang yang mempunyai badan lebih besar (berjisim besar) akan terhumban lebih jauh. Sebab itulah kita mesti menggunakan tali pinggang keselamatan apabila menaiki kenderaan.

Cuba anda perhatikan senario dua orang budak yang bermain buaian di padang permainan. Anda sudah pastilah akan melihat budak yang lebih besar akan berhayun lebih lama berbanding budak yang kecil.

2. KENDERAAN DARAT

Terdapat 2 jenis kenderaan di darat. Kenderaan tidak berenjin dan kenderaan berenjin. Kenderaan berenjin yang paling popular ialah motosikal dan kereta (macam kereta Proton kita tu!!!). Kenderaan tidak berenjin termasuklah kereta lembu dan basikal (bujang lapuk).

Basikal digerakkan oleh kaki kita. Apabila injak (pedal) dikayuh, ia akan menggerakkan gegancu (gear) yang akan menarik rantai. Rantai yang

dihubungkan dengan hab (gear belakang) akan menggerakkan hab ini. Putaran hab ini menyebabkan tayar belakang berpusing dan seterusnya menggerakkan

(16)

basikal ke hadapan. Pew !!!!...teruknya nak menjelaskan. Mengayuh basikal lebih senang kan???.

Kenderaan berenjin pula mendapat tenaga dari pembakaran bahan api seperti petrol dan diesel. Pembakaran bahan api berlaku dalam enjin. Pada masa kini terdapat 2 jenis enjin, iaitu 2 lejang(two stroke) atau 4 lejang(four stroke). Enjin 2 lejang mempunyai 2 lejang iaitu lejang ke atas dan lejang ke bawah. Enjin 4 lejang pula mempunyai lejang Aruhan, Mampatan Kuasa dan Ekzos. Keempat-empat lejang ini mempunyai gabungan kedudukan omboh dan injap-injap yang berbeza seperti ditunjukkan dalam jadual dibawah.

LEJANG KEDUDUKAN OMBOH (PISTON) KEDUDUKAN INJAP MASUK KEDUDUKAN INJAP EKZOS

ARUHAN turun terbuka tertutup MAMPATAN naik tertutup tertutup KUASA turun tertutup tertutup EKZOS naik tertutup terbuka

Walaupun petrol dan diesel boleh digunakan sebagai bahan api, enjin yang menggunakan bahan api ini adalah berbeza.

ENJIN PETROL 4 LEJANG ENJIN DIESEL 4 LEJANG STRUKTUR mempunyai palam

pencucuh sebagai sumber bunga api.

mempunyai pemancit. PEMBAKARAN lebih efisien kurang efisien PENGHASILAN

JELAGA kurang lebih berjelaga PENGGUNAAN kenderaan kecil seperti

motosikal dan kereta

kenderaan berat seperti lori dan bas Enjin petrol 2 lejang dan 4 lejang juga berbeza sedikit.

ENJIN PETROL 2 LEJANG

ENJIN PETROL 4 LEJANG

(17)

PEMBAKARAN tidak efisien efisien

SAIZ kecil besar

PENGGUNAAN pam air atau pemotong rumput (bush cutter) kereta dan motosikal

Pergerakan omboh ke bawah dan ke atas akan memutarkan aci engkol. Gear yang menyambungkan aci pacu (drive shaft) membenarkan aci pacu berputar. Putaran aci pacu menyebabkan gandar yang berhubung dengan roda berputar dan menghasilkan gerakan ke hadapan.

3. APA ITU LAJU, HALAJU DAN PECUTAN

Laju ialah jarak pergerakan sesuatu dalam masa tertentu. Unitnya ialah meter per saat (ms-1). Halaju pula berbeza sedikit dengan laju kerana ia mempunyai unsur arah. Pecutan pula ialah kadar perubahan laju yang disukat dalam unit meter per saat per saat (ms-2). Bagi sesebuah kereta, laju boleh dibaca dengan menggunakan "speedometer"..

Kita boleh mengira pecutan sesuatu objek bergerak jika kita tahu laju awal dan laju akhir.

pecutan=(laju akhir - laju awal)/masa perubahan laju

Jika sebuah kereta bergerak dari keadaan pegun (0 ms-1) sehingga ke laju 20 ms-1 dalam masa 5s, maka pecutan ialah

:-pecutan = (20-0)/5 Pecutan = 4 ms-2 4. MOMENTUM

Momentum ialah jisim sesuatu benda bergerak darab halajunya. Sebagai contoh, sebuah kenderaan yang berjisim 100 kg bergerak dengan kelajuan 10ms-1. Momentumnya ialah

:-100 x 10 = :-1000 kgms-1

Saintis telah menyatakan satu prinsip yang menarik berkaitan momentum. "Prinsip Keabadian Momentum" menyatakan bahawa jumlah momentum 2

(18)

objek yang bergerak adalah dikekalkan sehinggalah ia diganggu oleh daya dari luar.

Penemuan konsep momentum mempunyai kesan yang mendalam terhadap kehidupan manusia. Dalam sesuatu perlanggaran kereta, penumpang yang lebih berat (berjisim tinggi) akan mengalami kecederaan yang teruk. Reka bentuk bampar kereta yang senang menyerap hentakan telah menyelamatkan banyak nyawa. Walau bagaimanapun kita hendaklah berhati-hati supaya kemalangan tidak berlaku.

5. TEKANAN

Tekanan ditakrifkan sebagai daya dibahagi luas. Tekanan = Daya/luas (Nm-2)

Tekanan boleh dikurangkan jika kita menambah luas permukaan kasut apabila berjalan dalam lumpur. Ini boleh mengelakkan kita dari terbenam dalam lumpur.

Tekanan juga boleh berlaku dalam cecair. Penggunaan tekanan dalam bendalir menolong dalam operasi sistem hidraulik.

6. SISTEM HIDRAULIK

Apabila sesuatu tekanan dikenakan keatas bendalir, tekanan tersebut akan dipindahkan sama rata dalam bendalir tersebut. Konsep digunakan dalam sistem hidraulik.

Tekanan yang dikenakan keatas omboh kecil akan dipindahkan ke omboh besar. Tekanan yang dipindahkan ke omboh besar ini digunakan untuk menggerakkan beban yang besar. Sistem hidraulik digunakan dalam jek

hidraulik (digunakan untuk mengangkat lori bila tayar rosak). Selain itu ia juga digunakan dalam sistem brek lori.

7. GERAKAN DI AIR

Kapal, kapal selam dan hoverkraf merupakan kenderaan di air. Setiap kenderaan ini mempunyai prinsip gerakannya yang tersendiri.

(19)

Kapal digerakkan oleh bebaling yang diputarkan oleh enjin. Bebaling (propeller) menolak air kebelakang untuk menghasilkan momentum yang menolak kapal ke hadapan.

Hoverkraf pula mempunyai karung yang memerangkap udara hasil tolakan enjin. Udara yang terperangkap dalam karung ini mengurangkan seretan (seolah-olah hoverkraf itu terapung). Kipas menolak udara ke belakang dan menghasilkan "daya tujah" ke hadapan.

Oleh kerana pergerakan di air menghasilkan daya geseran yang tinggi maka kenderaan air telah direka supaya mempunyai bentuk "larus" (streamline). Bentuk ini menyerupai bentuk ikan.

Terdapat seorang ahli sains bernama Archimedes yang suka mengkaji sifat bahan di dalam air. Beliau telah menemui beberapa prinsip yang

penting. "Prinsip Archimedes" menyatakan bahawa bila satu benda direndam dalam air, daya tujah keatas adalah sama dengan berat bendalir yang tersesar keluar. Prinsip ini adalah merupakan asas pergerakan tenggelam dan timbulnya kapal selam.

Apabila air dimasukkan ke dalam tangki balast, kapal selam akan tenggelam. Bila air dipam keluar dari tangki balast ini, kapal selam akan timbul.

8. KENDERAAN UDARA

Kapal terbang, roket dan helikopter merupakan kenderaan udara.

Kapal terbang mempunyai enjin jet yang menolak udara pada kelajuan tinggi ke belakang. ini menyebabkan momentum yang akan menolak kapal terbang ke hadapan pada kelajuan yang amat tinggi.

Daya angkat kapal terbang adalah disebabkan struktur sayap yang dikenali sebagai "aerofoil". Pergerakan udara yang amat tinggi di atas sayap kapal

(20)

sayap menolak sayap ke atas untuk menghasilkan satu daya angkat. Prinsip ini dikenali sebagai prinsip "Bernoulli".

Roket merupakan kenderaan udara dan angkasa yang menggunakan cecair oksigen dan cecair hidrogen sebagai sumber bahan api. Pembakaran dua bahan ini menghasilkan gas panas yang tertolak ke bawah pada kelajuan tinggi. Momentum yang terhasil menolak roket ke atas. Sumber oksigen diperlukan kerana ruang angkasa tiada oksigen yang boleh digunakan untuk pembakaran. 9. TERIMA KASIH SAINTISKU"

Kita harus bersyukur dan berterima kasih kepada saintis yang telah menolong manusia merekacipta kenderaan. Kenderaan di darat, air dan udara telah banyak mengubah cara hidup manusia. Kehidupan manusia lebih selesa kerana boleh bergerak kemana-mana bahagian dunia dengan pantas dan selamat. Terima kasih saintisku. "We salute you".

BAB 5

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM

SEKITAR

1. KESEIMBANGAN ALAM

Keseimbangan alam bermaksud keadaan di mana interaksi antara organisma atau antara organisma dengan alam sekitar. Keseimbangan ini dapat

mengekalkan kehidupan. Untuk mencapai keseimbangan alam, peranan kitar semulajadi amatlah penting. Antara kitar semula jadi tersebut adalah

:-• Kitar karbon • Kitar Nitrogen • kitar air

(21)

Kesemua kitar semula jadi itu membolehkan organisma terus hidup dan

beranak. Dalam kitar nitrogen, nitrogen digunakan untuk membekalkan nutrien kepada tumbuhan. Dalam kitar karbon pula, karbon dioksida yang terbebas semasa respirasi (pernafasan) digunakan oleh tumbuhan. Tumbuhan pula mengeluarkan makanan dan sumber oksigen untuk haiwan. Dalam kitar air pula, air tersejat dari proses transpirasi tumbuhan dan respirasi haiwan. Air yang tersejat ini membentuk awan dan turun semula ke bumi sebagai hujan. Selain dari keseimbangan alam, kita juga sering diancam oleh bencana alam. Letupan gunung berapi(volcano), gempa bumi(earth quake), kemarau(drought), Kebakaran hutan(forest fire), banjir(flood) dan taufan(tornado) boleh

menyebabkan keseimbangan alam tergugat. Antara kesan bencana alam ini ialah

:-a. merosakkan habitat(tempat tinggal haiwan) b. menyebabkan kematian haiwan dan tumbuhan c. Mengganggu kitar semula jadi

d. Pencemaran alam sekitar 2. KESAN PENCEMARAN

Selain daripada bencana alam, manusia juga menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Penggunaan kenderaan dan jentera yang menggunakan bahan api fosil(petrol dan diesel) menyebabkan pencemaran udara yang teruk. Hasil pembakaran bahan api fosil menghasilkan gas beracun seperti karbon monoksida dan sulfur dioksida. Kilang-kilang yang didirikan boleh menghasilkan sisa toksik(beracun) seperti bahan buangan radioaktif dan merkuri.

Dalam industri pertanian pula, penggunaan racun yang berleluasa boleh

mengancam keselamatan alam sekitar. Insektisid(racun serangga) seperti DDT boleh masuk ke rantai makanan. Sumber makanan seperti daging dan ikan mengandungi DDT yang seterusnya akan di makan oleh manusia.

Jika hendak disenaraikan punca pencemaran, amatlah banyak sehinggakan website ini tak cukup untuk menampung senarai tersebut. Ini menunjukkan bahawa kebanyakan punca pencemaran adalah disebabkan oleh aktiviti manusia.

(22)

Akibat pencemaran yang teruk, pelbagai isu berkaitan dengan alam sekitar timbul. Antaranya ialah

:-a. Pemanasan Global (Global Warming) - dimana suhu bumi kita

meningkat akibat daripada peningkatan gas karbon dioksida diatmosfera. Gas ini memerangkap haba dan menyebabkan suhu di bumi meningkat. Fenomena ini juga dikenali sebagai "Kesan Rumah Hijau" (Green House Effect).

b. Penipisan Lapisan Ozon (Depletion of Ozone Layer) - Gas

Klorofluorokarbon (CFC) yang digunakan dalam peti sejuk dan aerosol bertindak balas dengan lapisan ozon dan seterusnya menipiskannya. Penipisan ini menyebabkan sinaran U/V matahari menembusi atmosfera dan menyebabkan penyakit kulit.

Kita hendaklah melindungi alam sekitar kita. banyak perkara yang boleh kita lakukan untuk tujuan ini.

i. Mencari sumber tenaga alternatif seperti tenaga solar. ii. Mengurangkan pembakaran.

iii. Menukar CFC kepada HCFC yang lebih selamat. iv. Menanam pokok

v. Perhutanan semula(reforestation)

4. MENGURUS SUMBER ALAM YANG TERHAD

Selain daripada masalah pencemaran, kehidupan kita juga sedang diancam oleh kekurangan sumber alam. Makanan, air, logam dan bahan api merupakan sumber alam yang kian berkurangan akibat daripada penuaian berleluasa dan penggunaan yang tidak terancang.

Adalah penting kita menggunakan kebijaksanaan kita untuk mengurus sumber alam ini supaya ia kekal lebih lama untuk digunakan oleh generasi yang akan datang. Beberapa langkah yang praktikal ialah

:-a. Menghadkan aktiviti pembalakan dengan menuai kayu balak yang matang sahaja. Kayu kayan yang tidak mempunyai nilai komersial yang tinggi tidak harus ditebang.

b. Mengharamkan penggunaan pukat harimau yang boleh merosakkan terumbu karang (coral reef).

c. Mengawal pembukaan tanah baru dengan melakukan kajian terperinci berkaitan kesannya kepada alam sekitar sebelum sesuatu projek

(23)

d. Menghadkan aktiviti perlombongan dan mencari idea baru untuk menggunakan bekas lombong.

5. UBAH SIKAP KITA !

Kehidupan kita akan lebih sejahtera jika kita hidup dalam alam sekitar yang bersih dan sihat. Ini dapat dicapai jika kita mengubah sikap kita. Sebagai contoh kita hendaklah mengitar semula plastik dan kertas supaya kita tidak perlu menuai hasil petroleum dan kayu-kayan. Setiap orang yang inginkan kehidupan yang lebih sejahtera harus memainkan peranan yang proaktif.

"MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMELIHARA DAN MEMULIHKAN ALAM SEKITAR KITA"

SILA BACA

Pemanasan Global Penipisan Lapisan Ozon Kesan Rumah Hijau Tenaga Alternatif Pembalakan Terpilih Kesan DDT

BAB 6

PENINGKATAN PENGELUARAN DAN

TEKNOLOGI MAKANAN

1. PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKANAN

Penduduk di negara kita sangat untung kerana mempunyai banyak makanan. Kadang kala, kita mempunyai lebihan makanan yang tidak dijual segar. Dengan ini kita harus memproses makanan tersebut. Antara sebab kita memproses makanan itu ialah

:-• menggelakkan makanan dari dirosak oleh mikroorganisma. • memudahkan pencernaan.

(24)

• mencegah jangkitan penyakit.

Manusia telah memperkenalkan beberapa kaedah pemprosesan makanan. Mari kita tinjau satu persatu seperti jadual dibawah. Phuii...jadual lagi. Tak putus-putus dengan jadual ya..

KAEDAH CARA CONTOH MAKANA N KEBAIKAN KELEMAHAN PENGETINAN[CANNING] makanan diletakkan dalam tin dan dipanaskan pada suhu 116oC - 121oC, ditutup dan dipateri. Kari Daging, Ayam dan tuna Makanan boleh disimpan lama dan senang dibawa kemana-mana.

Tin mahal dan jika tin kemek boleh menyebabkan makanan terdedah kepada jangkitan mikroorganism a serta bahan toksik dari tin.

PEMPASTEURAN[PASTEURIZA TION] Pemanasan cecair pada suhu 63oC selama 30 min atau 72oC selama 15 s Susu, Wain dan Jus Kemusnahan vitamin adalah sedikit dan kebanyakan mikroorganis ma berbahaya dibunuh Waktu simpanan adalah tidak lama dan pemprosesan jenis ini adalah khas untuk cecair sahaja. PENDEHIDRATAN[DEHYDRAT ION] Sama maksud dengan "pengeringan". Makanan dijenur dibawah cahaya matahari atau meletakkan makanan dalam garam. Penggunaan oven juga boleh dilakukan. Ikan Masin, Bunga Kekwa, Teh dan Sayur Jisim makanan kurang dan senang dibawa. Makanan tahan lama dan tidak mudah dijangkiti mikroorganis ma. Rasa berubah dan kebanyakan vitamin termusnah. PENYEJUKBEKUAN[FREEZIN

(25)

sejuk dibawah -18oC Lembu, Sosej dan Ais krim disimpan lama. dibawa dan memerlukan kos yang tinggi. PENDINGINAN[CHILLING] Simpanan dalam peti sejuk bersuhu 0oC - 5oC Sayur-sayuran, Buah-buahan, Mentega dan Telur Vitamin boleh dikekalkan dan tahan lebih lama Susah dibawa dan memerlukan kos yang tinggi

PEMBUNGKUSAN

VAKUM [VACUM PACKAGING]

Makanan disimpan dalam plastik kedap udara setelah udara didalamnya disedut keluar. Kacang tanah, Sosej, Keropok dan Daging disejukbek u Tahan lama dan mengurangkan ruang simpanan. Kos yang mahal dan memerlukan mesin pemvakuman yang mahal. PENYINARAN[RADIATION] Makanan didedahkan kepada sinaran radioaktif untuk membunuh serangga dan memperlahank an percambahan. Biji Benih, Bawang dan kentang Vitamin tidak termusnah. Mungkin mendatangkan kesan sampingan dan memerlukan kos yang mahal.

Semasa menjalankan pemprosesan makanan, pengilang akan menambahkan bahan kimia. Bahan Kimia ini mempunyai fungsi yang tertentu

:-BAHAN KIMIA FUNGSI CONTOH BAHAN KIMIA CONTOH MAKANAN Bahan Awet Menyebabkan makanan tahan lama

Garam dan Gula Buah-buahan kering dan sos Pewarna Menyebabkan makanan

kelihatan sedap

pandan (hijau),

karamel (Coklat) Kaya dan kicap

Perisa

Menambahkan rasa supaya lebih sedap Monosodium glutamat (MSG) nama pasaran ialah "ajinomoto" Makanan ringan dan mee

(26)

Penstabil Mencegah makanan dari termendap ke bawah gam akasia (yak!!!..apa benda ni?)

Sos dan mayonis (yang burgerboy selalu bubuh lam burger tu lah...) Pengantiokida Mencegah makanan berlemak menjadi busuk Vitamin E dan BHT Minyak masak

Walaupun pada mulanya penggunaan bahan kimia menolong dalam pemprosesan makanan, penggunaan yang berlebihan boleh mendatangkan kemudaratan (kesan buruk). Penggunaan bahan kimia seperti sulfur dioksida, asid benzoik dan asid sorbik boleh menyebabkan penyakit seperti sesak nafas, gatal dan kanser. Oleh itu kerajaan telah menggubal undang-undang untuk melindungi pengguna dari bahan kimia makanan yang tidak dikawal. Akta makanan (1983) diwujudnya bertujuan menghindari pengilang makanan dari menggunakan bahan kimia secara berleluasa tanpa kawalan. Penggunaan bahan kimia merbahaya seperti nitrit dalam daging dapat dihalang. Nitrit telah

terbukti boleh menyebabkan penyakit kanser.

2. USAHA MENINGKATKAN KUALITI MAKANAN

Disebabkan pertambahan penduduk, usaha untuk meningkatkan kuantiti (Jumlah) dan kualiti makanan hendaklah dipertingkatkan dengan aktiviti pertanian dan pemprosesan makanan. Terdapat pelbagai cara ia dapat dilakukan.

Penggunaan baka bermutu

Usaha untuk menghasilkan baka tumbuhan dan haiwan yang bermutu tinggi sedang giat dijalankan di negara kita. Kejayaan yang telah kita capai adalah seperti penghasilan kelapa sawit jenis tenera yang menghasilkan banyak buah dan minyak. Buah betik eksotika menghasilkan buah yang manis dan besar. Kacukan lembu tenusu (menghasilkan susu) dengan baka dari iklim tropika menghasilkan baka yang boleh menghasilkan susu yang banyak dan tahan cuaca panas.

Penggunaan Teknologi Moden

Selain menggunakan baka yang bermutu tinggi, kita harus juga menggunakan teknologi moden. Penggunaan mesin dalam aktiviti pertanian telah membantu para petani mengatasi masalah pekerja mahir. Penggunaan mesin juga

(27)

menghasilkan hasil yang seragam yang menbolehkan pemprosesan makanan lebih senang.

Makanan "Gergasi" [Monster Food]

Merupakan istilah yang merujuk kepada makanan yang dihasilkan dari dari tumbuhan yang telah diubahsuai melalui kaedah genetik. Tumbuhan yang kandungan genetiknya telah diubahsuai boleh menghasilkan buah yang besar serta tahan terhadap cuaca dan penyakit. Usaha menghasilkan makanan dari tumbuhan ini walau bagaimanapun telah menimbulkan masalah pencemaran dan kesan buruk kepada alam sekitar.

Selain dari usaha diatas, pendidikan petani, pengurusan tanah yang cekap serta optimum boleh meningkatkan kuantiti makanan.

3. TANPA MAKANAN ?

Bayangkan apa yang akan berlaku jika kita kekurangan makanan?. Sudah pastilah ramai yang akan kekurangan zat makanan akibat pengambilan

makanan yang tidak seimbang. Pada akhirnya ramai yang akan mati kebuluran. Kita sangat beruntung kerana mempunyai bekalan makanan yang mencukupi. Kualiti makanan kita juga jauh telah meningkat. Ini adalah kerana hasil titik peluh saintis-saintis kita yang terlibat secara langsung dalam industri makanan negara. Para saintis seperti teknologis makanan dan ahli pertanian telah

menggunakan teknologi moden untuk menambahkan pengeluaran makanan negara.

4. PILIHAN BIJAK

Oleh kerana kita didedahkan dengan bermacam-macam jenis makanan terproses, kita hendaklah membuat pilihan bijak supaya kita boleh mendapatkan makanan yang selamat dan berzat. Walaupun aktiviti pemprosesan makanan dikawal rapi menggunakan Akta Makanan (1983) namun kita harus menggunakan kebijaksanaan apabila membeli makanan. Maklumat yang terdapat pada pembungkus hendaklah dibaca dengan teliti sebelum membelinya. Kita juga hendaklah peka supaya tidak hanya tertarik kepada pembungkus yang cantik dan maklumat yang mengelirukan seperti tanda "tanpa Kolestrol", "Bervitamin Tinggi" dan sebagainya. Sebagai seorang konsumer (pengguna) yang bijak kita berhak untuk menolak makanan yang telah rosak serta membahayakan seperti tin yang berkarat. Aduan boleh dibuat menerusi Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

(28)

Akhirnya kita hendaklah sedar bahawa masalah akan timbul jika pengeluaran makanan negara tidak boleh menyaingi pertambahan penduduk. Sebagai individu kita hendaklah menghindari segala pembaziran makanan seperti membuang sisa makanan yang boleh dikitar semula. Semoga kita sama-sama berusaha mengekalkan keadaan dimana kita boleh membuat banyak pilihan makanan.

BAB7

BAHAN BUATAN DALAM PERINDUSTRIAN

1. APA ITU POLIMER SINTETIK

Polimer ialah sejenis bahan yang mengandungi rantaian molekul panjang dan besar. Molekul-molekul ini juga disebut sebagai monomer.

Sintetik pula bermaksud bahan yang dibuat (direka) oleh manusia dengan

menggunakan sumber asli seperti petroleum.

Polimer Sintetik [Synthetic Polymer] bermaksud polimer yang dibuat oleh manusia. Ia dibuat dengan menggunakan proses pempolimeran. Getah sintetik dan plastik merupakan 2 jenis polimer sintetik yang penting di negara kita.

2. GETAH SINTETIK

Getah sintetik [Synthetic Rubber] ialah getah yang hampir serupa dengan getah asli. Ia bukan berasal dari pokok getah. Bahan yang dibuat dari bahan

petrokimia (bahan petroleumlah tu..) ini adalah lebih keras, lebih kenyal dan tahan terhadap haba dan kimia.

Nampak gaya ianya lebih baik dari getah asli. Satu persaingan bagi industri getah kita. Walau bagaimanapun ianya sangat mahal dan hanya mempunyai kegunaan yang tersendiri [specific usage] seperti digunakan untuk membuat tayar dan hos.

(29)

Pernah tengok "plastic men"?. Sifat plastic men adalah sama dengan bahan plastik iaitu mudah dibentuk dan dilenturkan. Keluarga plastik juga merupakan bahan-bahan yang dibuat dari bahan petrokimia.

Keluarga plastik terbahagi kepada 2 jenis. Termoplastik [Thermo Plastic] dan Plastik Termoset [Thermoset Plastic]. Jadual berikut memuatkan maklumat tentang kedua-dua jenis plastik ini.

JENIS

PLASTIK TERMOPLASTIK PLASTIK TERMOSET

SIFAT

• Boleh diacu

(dibentuk) berulang kali melalui proses pemanasan dan penyejukan.

• Tidak tahan haba.

• Boleh diacu hanya sekali sahaja. • Tahan haba. CONTOH (KEGUNAAN) • Politena untuk membuat beg plastik. • Polisterina untuk membuat bekas makanan sejuk (Ta Pau).

Polivinil

Klorida/PVC untuk

membuat paip air.

Bakelit untuk membuat soket elektrik. • Melamina untuk membuat pinggan mangkuk.

Gam Epoksi untuk

membuat gam industri.

4. MASALAH PENCEMARAN

Kedua-dua polimer sintetik diatas tahan lama dan tidak mudah mereput [Non Biodegradable]. Oleh itu ia sangat mencemarkan alam sekitar jika tidak diurus dengan baik.

Pencemaran yang berasal dari polimer sintetik menyebabkan :

Longkang tersumbat yang seterusnya mengakibatkan banjir kilat serta

pembiakan nyamuk.

Kehidupan laut mati. Penyu yang menyangka bahan plastik adalah

makanan boleh menyebabkan ia tercekik dan mati. Hidupan laut yang berharga itu akan pupus.

Pencemaran udara. Apabila bahan plastik dibakar ia akan

(30)

penyakit seperti kanser. Gas ini juga menyebabkan penipisan lapisan ozon.

Pembuangan serta penggunaan polimer sintetik perlu diurus dengan baik. Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan adalah seperti :

Kitar Semula. Semua polimer sintetik yang telah digunakan boleh

dibawa kekilang untuk diproses semula kepada bahan yang berguna. Beg plastik boleh diguna semula.

Menghadkan penggunaan plastik serta memilih untuk menggunakan

bahan yang mudah "terbiodegradasi" (mereput jika dibuang) seperti kertas. Kerusi kayu boleh menggantikan kerusi plastik.

Membakar bahan plastik dalam insinerator [Incinerator] supaya gas

toksik yang dikeluarkan dapat dikurangkan.

5. KEPENTINGAN POLIMER DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Walaupun polimer sintetik telah dikenalpasti sebagai bahan pencemar ia memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Ia merupakan satu pilihan dalam pembuatan bahan yang tahan lama dan dengan ini sangat murah. Ciri-ciri istimewanya seperti ringan telah menyebabkan terciptanya alat-alat seperti baldi, pasu bunga dan kerusi yang mesra

pengguna.

Oleh kerana negara kita menghasilkan bahan petroleum maka industri petrokimia telah menyumbangkan kepada pendapatan negara. Industri hiliran yang berasasaskan polimer sintetik penting dan telah dikenalpasti sebagai penyumbang kepada ekspot negara.

BAB 8

(31)

1. GELOMBANG RADIO DAN SIFATNYA

Pernahkah anda pergi ke tepi pantai untuk melihat gelombang air laut menghempas pantai?. Anda mungkin memerhatikan bentuk gelombang itu yang turun naik. Gelombang ini dinamakan gelombang mekanikal kerana ia mempunyai medium iaitu air.

Apakah persamaan gelombang air laut dengan gelombang radio. Anda sudah pastilah tidak dapat melihat gelombang radio dengan mata kasar kerana ia bergerak dalam atmosfera dan angkasa (dalam bentuk vakum agaknya). Tahukah anda bahawa kehidupan kita banyak dipengaruhi oleh gelombang radio. Kita akan menilai dengan lebih mendalam tentang gelombang yang sangat istimewa ini.

Dengan menggunakan alat tertentu kita boleh melihat bentuk gelombang radio. Lihat profil gelombang di bawah.

Amplitud mewakili tenaga yang di bawa oleh gelombang itu. Panjang gelombang merupakan jarak antara 2 puncak gelombang itu. Oleh kerana gelombang ini bergerak, kita boleh mengira halajunya dengan menggunakan rumus :

Halaju gelombang (v) = Frekuensi (f) X Panjang

gelombang

dimana frekuensi ialah bilangan gelombang lengkap yang terbentuk dalam masa 1 saat.

Gelombang radio ialah sejenis gelombang elektromagnet. Ia sesuai digunakan dalam komunikasi kerana ia mempunyai sifat istimewa seperti boleh membawa maklumat bunyi dan gambar. Ia juga boleh bergerak dalam ruang angkasa yang vakum (tiada udara). Pergerakannya sangat jauh dan pantas. Gelombang radio

(32)

pada frekuensi tertentu mempunyai kegunaan tersendiri. Gelombang radio dalam bentuk gelombang panjang, gelombang sederhana dan gelombang pendek sesuai untuk siaran radio. Satu lagi gelombang radio iaitu gelombang mikro sesuai untuk pancaran TV, Satelit dan Telefon.

Jadual berikut menunjukkan beberapa kegunaan biasa gelombang radio. • AM = Amplitude modulation • FM = Frequency modulation • VHF = Very High Frequency

• UHF = Ultra High Frequency

• Mikro = Mikro Wave

KEGUNAAN JENIS

RADIO

AM - untuk penyiaran radio tempatan.

FM - untuk penyiaran radio berkualiti tinggi

TV VHF, UHF dan Mikro KOMUNIKASI

SATELIT Gelombang mikro

2. KOMUNIKASI RADIO

Satu daripada alat komunikasi yang sangat penting ialah radio. Tahukah anda apakah komponen yang terdapat dalam kotak radio anda?

Berikut ialah beberapa komponen asas radio. Anda mungkin telah belajar bahagian ini dalam KHB tingkatan 3.

(33)

Perintang

digunakan untuk mengawal jumlah arus yang mengalir dalam litar.

Kapasitor

mempunyai sifat istimewa iaitu ia boleh menyimpan cas dan tenaga elektrik.

Diod

hanya membenarkan arus mengalir dalam satu arah sahaja.

Transistor

boleh meguatkan arus elektrik serta bertindak sebagai suis automatik.

Transformer

meningkatkan atau mengurangkan voltan arus ulang alik.

Induktor

dapat menyimpan tenaga dalam medan magnet.

Sistem komunikasi radio terbahagi kepada 2. Pemancar radio dan Penerima radio (Radio set).

(34)

Dalam studio, suara seseorang yang diterima oleh

mikrofon

ditukarkan kepada isyarat

audio(bunyi).

Pengayun

pula menghasilkan gelombang pembawa. Isyarat audio dan gelombang pembawa digabungkan

dalam

modulator

membentuk gelombang radio. Anda bolehlah membayangkan bahawa gelombang pembawa itu sebagai kuda manakala isyarat audio itu sebagai koboi. Isyarat radio ini seterusnya diperkuatkan oleh

amplifier

supaya ia boleh disebarkan oleh

aerial

.

(35)

Di rumah, apabila seseorang memainkan radio,

aerial radio

tersebut

menerima isyarat radio yang dipancarkan dari studio tadi. Oleh kerana studio yang berlainan memancarkan gelombang radio yang berlainan maka kita

menggunakan

litar penala

untuk memilih gelombang yang dikehendaki. Gelombang radio yang mengandungi isyarat audio dan gelombang pembawa tadi melalui

litar pengesan

. Dalam litar ini kedua-dua isyarat itu diasingkan. Gelombang pembawa dialirkan ke bumi manakala isyarat audio diperkuatkan dalam

amplifier

. Isyarat itu

kemudiannya dialirkan ke

pembesar

suara

yang menghasilkan bunyi.

3. TEKNOLOGI PENGHANTARAN MAKLUMAT

Perkembangan teknologi maklumat telah bermula pada kurun ke-19 apabila terciptanya mesin telegraf oleh Samuel Morse yang terkenal pada masa kini dengan bahasa isyarat "morse code". Alexander Graham Bell pula mencipta telefon.

Pada masa kini kita mempunyai banyak alat penghantaran maklumat yang canggih ,cepat serta berteknologi tinggi seperti telefon bimbit, mesin faks serta satelit. Kabel optik (optic cabel) telah mempercepatkan penghantaran isyarat yang banyak pada sesuatu masa.

Satu daripada alat penghantaran maklumat yang tercanggih pada masa kini ialah satelit. Satelit perhubungan Malaysia yang pertama ialah MEASAT. Satelit ialah alat yang dilancarkan ke orbit (laluan) tertentu di angkasa. Ia merupakan alat perhubungan perantaraan yang menghubungkan satelit bumi ke satelit bumi yang lain. Satelit sangat sesuai digunakan dalam siaran langsung.

(36)

Sebagai contoh apabila perlawanan bola sepak FA Cup di England disiarkan secara langsung ke Malaysia perhubungan satelit digunakan dengan berkesan. Isyarat dari stesen TV di England menghantar isyarat ke Satelit Bumi di sana. Satelit Bumi ini seterusnya memancarkan isyarat ke satelit angkasa kita. Satelit angkasa pula memancarkan isyarat terus ke rumah kita atau ke stesen TV tempatan.

Selain daripada kegunaan perhubungan, satelit juga digunakan dalam

penyelidikan angkasa lepas. Terdapat beberapa satelit yang digunakan sebagai teleskop angkasa, menyukat kandungan ozon serta suhu bumi. Satelit juga telah digunakan dalam bidang ketenteraan (macam nak sepai orang lainlah tu....) 4. SAINTIS YANG TERLIBAT DALAM PENCIPTAAN ALAT

KOMUNIKASI

Perkembangan penghantaran maklumat dengan menggunakan alat komunikasi yang moden telah menyumbang kepada pembangunan negara. Maklumat yang dihantar dengan cepat dan tepat itu telah menyebabkan produktiviti penduduk meningkat. Sebagai contoh perdagangan dalam dan luar negeri dapat

dipercepatkan.

Kita harus berterima kasih kepada jurutera-jurutera yang bertanggungjawab dalam pembinaan infrastruktur komunikasi negara. Saintis yang sentiasa berusaha mencipta alat komunikasi canggih seperti komunikasi G3 dan serta gelombang jalur lebar (Broadband Wave) harus dihargai.

Referensi

Dokumen terkait

Amira juga suka menolong orang yang sedang memerlukan bantuan, contohnya Amira menggerakkan usaha untuk menolong Malique dengan mendapatkan bantuan daripada Itai

Sains Sukan ialah satu bidang ilmu pengetahuan yang menekankan gerak laku manusia dalam sukan untuk meningkatkan prestasi lakuan motor manusia ke tahap yang optimum. Bidang

Band 4: Menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik untuk mengkaji saling bersandaran antara organisma hidup dengan persekitaran dalam mewujudkan ekosistem

Piring Petri dieram selama tiga hari pada keadaan suhu bilik.. Rajah 1 menunjukkan mikroorganisma yang dikelaskan mengikut ciri-cirinya yang serupa. Beri satu penyakit yang

………... Nyatakan jenis kerja yang memerlukan bilangan buruh paling ramai. Nytakan jenis kerja yang menunjukkan kos buruh yang paling tinggi. Cadangkan dua usaha untuk mengurangkan

Menjelaskan fungsi laman web sebagai penghubung antara pengguna dan sistem dalam rangkaian Menggunakan Bahasa Penskripan Pelayan untuk membina laman web yang unik bagi

• Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu • Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikannya nilai ekonomi • Memartabatkan bahasa Melayu sebagai

(d) Nyatakan satu contoh situasi yang akan menghasilkan jenis tindakan yang sama seperti Rajah 5. Rajah 3 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji tahap pencemaran udara di