L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 3
Maklumat Korporat 2
Notis Mesyuarat Agung Tahunan 3
Perutusan Pengerusi 5
Lembaga Pengarah 10
Statistik Kewangan Kumpulan untuk Lima Tahun 12
Penyata Kewangan 13
Senarai Hartanah Kumpulan 60
Senarai Pemegang Saham Utama 63
Borang Proksi
K A N D U N G A N
MAKLUMAT KORPORAT
JURUAUDIT
Ernst & Young
Level 23A, Menara Milenium Jalan Damanlela
Pusat Bandar Damansara 50490 Kuala Lumpur
PENDAFTAR SAHAM
ShareWorks Sdn Bhd
(dahulunya dikenali sebagai Panama Resources Sdn Bhd)
23, Jalan Sri Hartamas 7
Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur Tel: 03-6201 1120
Faks: 03-6201 3121
PEJABAT BERDAFTAR
Tingkat 18, Menara SPK No. 22, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur Tel: 03-2148 1344 Faks: 03-2144 5058 LEMBAGA PENGARAH
Jen. (B) Tan Sri Yaacob bin Mat Zain, Pengerusi Ir. Dr. Azman bin Ahmad, Naib Pengerusi Eksekutif
Saiful Aznir bin Shahabudin, Pengarah Urusan Abdul Rahman bin Teh Mohamed
Ahmad @ Misron bin Yusof Hasnah binti Mohd Salleh
SETIAUSAHA SYARIKAT
Ridwan bin Mustaffa (LS 001020)
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
1. Menerima dan meluluskan Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2003 bersama dengan Laporan-laporan Pengarah dan Juruaudit mengenainya.
2. Perlantikan semula Encik Saiful Aznir bin Shahabudin yang bersara sebagai Pengarah menurut Artikel 105 Tataurusan Syarikat.
3. Perlantikan semula Encik Abdul Rahman bin Teh Mohamed yang bersara sebagai Pengarah menurut Artikel 105 Tataurusan Syarikat.
4. Perlantikan semula Tetuan Ernst & Young sebagai Juruaudit dan memberi kuasa kepada para Pengarah menetapkan ganjaran mereka.
5. Meluluskan yuran para Pengarah.
6. Meluluskan Resolusi Biasa yakni menurut Seksyen 132D Akta Syarikat, 1965, para Pengarah adalah dengan ini diberi kuasa untuk menerbitkan saham-saham dalam Syarikat pada bila-bila masa sehingga berakhirnya Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang dan dengan terma-terma dan syarat-syarat serta untuk tujuan-tujuan sedemikian yang Pengarah-pengarah mungkin, pada budi bicara mutlak mereka, beranggapan sesuai dengan syarat bahawa jumlah agregat saham yang akan diterbitkan tidak melebihi 10 peratus (10%) daripada modal saham terbitan Syarikat buat masa ini, tertakluk sentiasa kepada kelulusan daripada semua pihak berkuasa yang berkaitan diperolehi untuk terbitan dan peruntukan sedemikian.
7. Cadangan membaharui mandat umum seperti yang telah diluluskan pada Mesyuarat Agung Tahunan lepas iaitu pada 28 April 2003.
“Tertakluk kepada Akta Syarikat, 1965 dan Memorandum dan Tataurusan Syarikat, kelulusan dan kuasa diberi kepada Syarikat dan/atau anak-anak syarikat untuk memasuki atau melaksanakan urusan atau urusniaga yang melibatkan kepentingan Pengarah, pemegang saham utama atau orang-orang yang
Resolusi 1
Resolusi 2
Resolusi 3
Resolusi 4
Resolusi 5
Resolusi 6
DENGAN INI DIBERITAHU bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Sharikat Permodalan Kebangsaan
Berhad (“Syarikat”) yang ke Empat Puluh Tiga akan diadakan di Ballroom, Hotel Equatorial, Jalan
Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur pada hari Khamis, 20 Mei 2004, jam 2.30 petang bagi tujuan-
tujuan berikut:-
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
(SAMBUNGAN)berhubungkait dengan para Pengarah dan/atau pemegang saham utama Syarikat dan/atau anak-anak syarikat (selepas ini dikenali sebagai “Pihak Berhubungkait”) DENGAN SYARAT urusan atau urusniaga tersebut:
i. berulang-ulang dan berbentuk pendapatan atau dagangan;
ii. diperlukan untuk operasi harian; dan
iii. dijalankan sebagai urusniaga biasa atas terma-terma yang sama tara dan/atau tidak memberi manfaat atau faedah lebih kepada Pihak Berhubungkait dibanding dengan pihak lain dan tidak memudaratkan pemegang saham minoriti.
Dan resolusi di atas berkuatkuasa untuk satu jangka masa yang berakhir sebaik sahaja tamat Mesyuarat Agung Tahunan tahun hadapan atau sebaik sahaja ditarik balik oleh pemegang saham melalui satu Mesyuarat pemegang saham, yang mana terdahulu.”
8. Menjalankan sebarang urusan biasa Syarikat yang lain di mana notis yang sewajarnya telah diberikan.
Dengan Perintah Lembaga Pengarah
Ridwan bin Mustaffa (LS 001020) Setiausaha Syarikat
Kuala Lumpur 5 Mei 2004
Nota-nota:
1. Seseorang ahli Syarikat yang berhak menghadiri dan mengundi dalam mesyuarat ini berhak melantik seorang proksi yang semestinya ahli Syarikat kecuali sebuah perbadanan yang menjadi ahli Syarikat bolehlah melantik sebagai proksinya mana-mana Pegawai Syarikat itu walaupun ianya ahli Syarikat atau tidak.
2. Instrumen perlantikan proksi hendaklah dibuat secara bertulis di bawah tandatangan orang yang melantik atau di bawah tandatangan wakil yang dilantik atau ahli Syarikat adalah sebuah perbadanan samada di bawah meterai rasmi atau di bawah tandatangan seorang pegawai atau wakil yang dilantik di bawah surat kuasa wakil.
3. Instrumen perlantikan proksi mestilah diserahkan ke pejabat berdaftar Syarikat di Tingkat 18, Menara SPK, No. 22, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur tidak lewat dari 48 jam sebelum waktu mesyuarat yang ditetapkan atau ditangguhkan.
Resolusi 7
Para pemegang saham yang dihormati,
Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan bersama Penyata Kewangan Syarikat dan Kumpulan yang telah diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2003.
TINJAUAN PRESTASI TAHUN 2003
Prestasi kewangan bagi tahun 2003 mengekalkan momentum pertumbuhan pendapatan dan keuntungan yang memberangsangkan. Agihan keuntungan kepada para pemegang saham pada tahun 2003 meningkat sehingga 73%
dalam tahun 2003 kepada RM29.1 juta, berasaskan nilai pendapatan yang berjumlah RM368.8 juta.
PERJALANAN YANG KITA LALUI DALAM TAHUN 2003 Pada tahun 2003, kita meneruskan perjalanan yang telah diterokai dalam tahun 2002 untuk “memperbaiki kecekapan dalaman dan bergerak menjadi syarikat bertaraf dunia”.
Dengan aspirasi ini, kita telah memberikan tumpuan yang tidak berbelah bahagi terhadap usaha untuk menghasilkan projek- projek yang terpuji, di samping meneruskan usaha untuk memperbaiki kecekapan dalaman. Saya percaya pada tahun 2003, kita telah meraih kemenangan yang agak besar dalam perlaksanaan projek dan juga dalam usaha menyelaraskan proses-proses dalaman, mengikut amalan-amalan terbaik, untuk menjadi lebih cekap, lebih berkesan dan lebih berdaya saing. Justeru itu, saya dengan bangganya berkongsi kejayaan- kejayaan kita.
PERLAKSANAANPROJEK
Bahagian Pembinaan
Semua projek pembinaan yang sedang kita laksanakan, berjalan lancar. Pada akhir tahun, semua projek dilaksanakan mengikut jadual atau lebih awal daripada jadual yang dipercepat.
❖ Projek Kuarters Kerajaan di Jalan Duta membabitkan rekaan dan pembinaan 10 blok Kuarters Kerajaan yang merangkumi 856 unit kediaman. Pada bulan Disember 2003, kita telah menyerahkan Fasa 1 projek ini lima bulan lebih awal daripada tarikh yang telah dijadualkan.
❖ Projek Laluan Masuk di Jalan Duta membabitkan rekaan dan pembinaan jalan besar dua lorong sepanjang 3.4 kilometer menuju ke projek Kuarters Kerajaan. Projek ini berjalan lancar mengikut jadual dan akan siap pada bulan Mei 2004.
❖ Projek Hospital Temerloh adalah sebuah kontrak yang kita perolehi untuk mereka, membina, melengkap, menyelenggara dan menguruskan sebuah hospital yang akan memuatkan sebanyak 498 katil di Temerloh,
P e r u t u s a n
Pengerusi
Jen. (B) Tan Sri Yaacob bin Mat Zain
Pengerusi
PERUTUSAN PENGERUSI
(SAMBUNGAN)dilaksanakan dalam tempoh yang dipercepat, iaitu 30 bulan, berbanding tempoh 40 bulan yang lazimnya diberikan untuk projek seperti ini. Pada penghujung tahun 2003, kita berjaya menyiapkan 65% daripada projek ini berbanding 61% yang sepatutnya disiapkan mengikut jadual yang dipercepat. Sesungguhnya, kejayaan ini adalah hasil usaha gigih kumpulan projek, perancangan yang teliti dan tumpuan pada kualiti.
❖ Projek Sambungan Grid Timur-Barat Sabah dilaksanakan sebagai usahasama 50:50 peratus dengan Transmission Technology Sdn Bhd (TTSB), anak syarikat Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB). Kita berjaya menyiapkan 25% daripada projek ini pada tahun 2003 dan kita yakin ia dapat disempurnakan menjelang tahun 2005.
Bahagian Hartanah
Bahagian Hartanah juga telah menunjukkan prestasi yang begitu baik dalam perlaksanaan kesemua tiga projek pembangunan di Lembah Kelang dan Sungai Petani, Kedah, begitu juga dengan pengurusan Menara SPK.
❖ Menara Menjalara, Bandar Menjalara, Kuala Lumpur: Pada bulan November 2003, Menara Menjalara telah diserahkan kepada para pemilik rumah tiga bulan lebih awal daripada jadual yang telah ditetapkan. Pada penghujung tahun 2003, 805 unit (90%) daripada jumlah keseluruhan 896 unit telah berjaya dijual. Baki sebanyak 10% dijangka dapat dijual dalam beberapa bulan lagi.
❖ Usahasama Sunway-SPK, Bandar Menjalara, Kuala Lumpur: Projek ini membabitkan perjanjian usahasama dengan Sunway City Berhad untuk memajukan kawasan seluas 120 ekar di Bandar Menjalara. Pelan pembangunan tanah telah disiapkan dan kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkaitan juga telah diperolehi. Fasa pertama akan dilancarkan pada bulan Julai 2004.
❖ Ambangan Heights, Bandar Amanjaya, Sungai Petani, Kedah: Kita telah mengambil langkah-langkah agresif dalam usaha untuk menawan pasaran di Bandar Amanjaya, dan berjaya menggandakan jualan hingga dua kali purata jualan yang dicapai dalam tiga tahun sebelum ini.
❖ Menara SPK, Kuala Lumpur: Pada tahun 2003, kita berjaya menukar “wajah dan suasana” Menara SPK.
Bahagian luar dan dalam bangunan telah diperbaiki dan pada bulan Oktober 2003 kita telah secara rasmi menukar nama bangunan daripada Wisma SPK kepada Menara SPK. Usaha ini membolehkan kita menaikkan kadar sewa dan meningkatkan kadar penghunian, di samping menjimatkan kos utiliti dan penyelenggaraan bangunan. Kita telah berjaya menarik organisasi- organisasi terkenal seperti Fitness First ke bangunan kita.
Secara purata, kadar sewa di bawah perjanjian baru meningkat 36% berbanding setahun dahulu.
Bahagian Teknologi
Pada tahun 2003, Bahagian Teknologi telah mencapai beberapa kejayaan dalam usaha kita untuk melaksanakan Sistem Informasi Hospital (Hospital Information System, HIS) Kuarters Kerajaan di Jalan Duta
PERUTUSAN PENGERUSI
(SAMBUNGAN)di 14 buah hospital baru Kerajaan. HIS telah dilancarkan di dua daripada hospital ini, iaitu di Lahad Datu, Sabah dan Kepala Batas, Pulau Pinang. Di samping itu, kita juga telah berjaya memperolehi dua kontrak baru. Kontrak pertama adalah untuk melaksanakan HIS di Hospital Kementerian Pertahanan di Lumut, manakala kontrak kedua pula adalah untuk mereka prasarana teknologi maklumat untuk pakej tambahan yang membabitkan 10 hospital baru.
PENINGKATANPROSES-PROSESDALAMANSYARIKAT
Dalam usaha untuk “memperbaiki kecekapan dalaman dan bergerak menjadi syarikat bertaraf dunia”, kita telah mengambil pelbagai langkah agresif pada tahun 2003 bagi meningkatkan proses dalaman dengan mencontohi amalan- amalan terbaik yang diamalkan oleh organisasi-organisasi ternama. Langkah-langkah ini adalah untuk memastikan pemasangan sistem yang lebih cekap, berkesan dan dapat memberi sokongan kepada perniagaan-perniagaan kita.
Kejayaan-kejayaan kita termasuk:
❖ Melaksanakan proses penentuan sasaran dan pengurusan prestasi yang ketat berasas metodologi Kad Pencapaian Seimbang;
❖ Menginstitusikan proses kupasan strategi dan perancangan perniagaan;
❖ Memperbaiki Sistem Informasi Pengurusan untuk mengawasi secara sistematik Penunjuk-penunjuk Utama Prestasi yang telah ditetapkan dalam Rancangan Perniagaan dan Kad Pencapaian Seimbang; dan
❖ Membangun dan melancarkan identiti korporat baru, yang antara lain termasuk pelancaran logo baru SPK dan tiga bahagian perniagaan kita – iaitu SPK Construction (Pembinaan), SPK Homes (Hartanah) dan SPK Technology (Teknologi).
Kita telah membina sebuah tapak yang kukuh pada tahun 2003, untuk memacu pertumbuhan pada masa hadapan.
PROSPEK DAN RANCANGAN MASA DEPAN
Jika dalam tahun 2003 kita memberi tumpuan kepada perlaksanaan kontrak-kontrak dan memulakan perjalanan untuk menjadi syarikat bertaraf dunia, maka tema yang akan menerajui tahun 2004 pula adalah untuk kita memberi penekanan yang dapat membezakan kita daripada pesaing- pesaing kita. Untuk merialisasikan cita-cita ini, kita akan mengambil langkah-langkah berikut:
❖ Memperbaiki lagi rekod pencapaian kita yang cemerlang dalam perlaksanaan projek dengan menyiapkan kesemua projek kita mengikut jadual atau lebih awal daripada jadual yang telah ditetapkan, dan menggunakan rekod yang cemerlang ini untuk mendapatkan kontrak-kontrak baru; dan
❖ Melaksanakan strategi perniagaan kita yang mampu menghasilkan daya saing yang membezakan kita untuk terus melangkah maju pada masa hadapan.
MEMPERBAIKI REKOD PENCAPAIAN SEBAGAI LANGKAH UNTUK
MEMPEROLEHIKONTRAKBARU
Dua daripada projek pembinaan kita, iaitu Projek Laluan Masuk di Jalan Duta dan Projek Hospital Temerloh, dijangka siap dalam tahun 2004; manakala Projek Kuarters Kerajaan dan Projek Sambungan Grid Timur-Barat Sabah dijangka siap dalam separuh pertama tahun 2005.
Maklumat Teknologi Kesihatan
PERUTUSAN PENGERUSI
(SAMBUNGAN)Dalam Bahagian Teknologi, kita merancang untuk menyempurnakan Sistem Menyeluruh Informasi Hospital di dua hospital, berdasarkan Kejuruteraan Semula Proses Perniagaan untuk hospital-hospital kerajaan yang sedang kita laksanakan bersama dengan Kementerian Kesihatan.
Pencapaian matlamat ini akan memberi keupayaan kepada kita untuk melancarkan HIS di kesemua 14 hospital menjelang 2006.
Ini adalah satu cabaran bagi kita untuk menghasilkan yang terbaik dan memastikan yang ketiga-tiga projek ini dapat dilaksanakan mengikut jadual dan peruntukan yang ditetapkan, dan dengan kualiti yang terbaik. Ini adalah janji kita kepada pelanggan kita dan juga kepada diri kita sendiri.
Kejayaan melaksanakan projek-projek yang rumit dan besar ini akan memperkukuhkan lagi rekod kejayaan perlaksanaan
projek kita. Ini akan menjadi bukti kecekapan dan kewibawaan kita yang dapat menguatkan daya saing kita untuk mendapatkan projek-projek baru yang lebih rumit, sama ada di dalam negara atau di arena antarabangsa.
PERLAKSANAANSTRATEGIPERNIAGAAN
Kita akan berusaha memastikan setiap tindakan dan keputusan yang dibuat setiap hari adalah berdasarkan strategi- strategi perniagaan yang jelas dan telah kita rumuskan bersama. Ini penting untuk memastikan kita mampu menghasilkan daya saing yang berlainan dan dapat dikekalkan. Justeru itu, saya ingin menjelaskan beberapa tunjang penting strategi yang akan kita sama-sama pegang.
Bahagian Pembinaan
❖ Untuk mempelbagaikan kontrak supaya merangkumi kontrak kerajaan, swasta dan antarabangsa. Maka dengan itu, kita akan menggunakan simpanan tanah yang dimiliki oleh Kumpulan SPK, dan melaksanakan kebanyakan kegiatan pembinaan untuk SPK Homes, bahagian hartanah Kumpulan;
❖ Untuk melibatkan diri secara mendalam dalam projek- projek kita. Dengan itu, kita akan membangunkan kepakaran dalaman bagi memastikan kita mampu melaksanakan projek-projek besar pada bahagian “sub- trade”;
❖ Untuk meneruskan komitmen kepada pegurusan projek, kos dan kualiti dengan memperbaiki sistem dan proses kita; dan
❖ Untuk membangunkan keupayaan pemerolehan yang terbaik berdasarkan prinsip-prinsip pembinaan modular.
Kita percaya ini mampu memberi kita kelebihan daya persaingan yang membolehkan kita memberikan kualiti yang lebih baik dan konsisten, dalam waktu yang lebih singkat dan dengan kos yang lebih rendah.
Bahagian Hartanah
Dalam Bahagian Hartanah, strategi kita ialah untuk membina
“kediaman”, bukan sahaja rumah, yang disukai dan memenuhi keperluan keluarga kelas pertengahan di Malaysia.
Untuk merialisasikan strategi ini, kita akan:
❖ Memperbesar simpanan tanah kita di kawasan-kawasan yang dianggap sesuai untuk kelas pertengahan. Kita Pejabat Kastam, Bandar Amanjaya, Sungai Petani, Kedah
Menara Menjalara, Bandar Menjalara, Kuala Lumpur
PERUTUSAN PENGERUSI
(SAMBUNGAN)akan meninjau tanah di kawasan pinggir bandar besar di seluruh negara;
❖ Merancang taman perumahan kita dan mereka bentuk kediaman yang akan kita bina mengikut keperluan gaya hidup pelanggan yang menjadi sasaran kita. Kita percaya kebolehan membentuk konsep kehidupan yang ideal memerlukan daya pemikiran yang tinggi. Justeru itu, kita akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan keseimbangan antara gaya dan fungsi kediaman yang kita bina; dan
❖ Sentiasa memperbaiki struktur kos dan kecekapan operasi kita bagi memastikan kita mampu menghasilkan kediaman yang memberikan nilai yang lebih baik kepada pelanggan.
Dengan komitmen ini, kita percaya kita mampu mengharumkan nama SPK Homes di kalangan masyarakat kelas pertengahan di Malaysia, yang sememangnya adalah penggerak utama kemakmuran negara.
Bahagian Teknologi
Dalam Bahagian Teknologi, kita menyedari bahawa kontrak semasa bagi melaksanakan HIS di hospital-hospital baru milik kerajaan telah memberi kita satu laluan masuk yang strategik untuk bersaing dalam industri teknologi maklumat kesihatan.
Matlamat kita dalam beberapa tahun akan datang ialah untuk dikenali sebagai sebuah syarikat yang mempunyai rekod prestasi yang terserlah dalam perlaksanaan HIS dan sebagai pemaju sistem pengurusan maklumat yang mampu memperbaiki taraf kesihatan dan pengalaman penjagaan kesihatan untuk rakyat Malaysia.
Untuk mencapai aspirasi ini, pada tahun 2004, kita akan memberi tumpuan yang tidak berbelah bahagi terhadap perlaksanaan kontrak HIS semasa dan kita sasarkan untuk melancarkan Sistem Menyeluruh Informasi Hospital di 2 hospital. Kita juga akan menyumbang kepada pembangunan industri teknologi maklumat kesihatan dengan melancarkan Pusat Kecemerlangan, yang akan menyediakan saluran untuk membangunkan dan mempamerkan teknologi terbaik dalam bidang ini.
❖ ❖ ❖ ❖ ❖ ❖ ❖ ❖ ❖ ❖ ❖ ❖
Tahun 2004 akan merupakan satu tahun di mana kita akan terus mara kehadapan berdasarkan kejayaan-kejayaan yang telah kita capai pada tahun 2003. Perjalanan kita untuk menjadi syarikat bertaraf dunia baru bermula dan kita mesti terus mencabar dan memperbaiki diri kita, agar kita dapat menjadi sebuah organisasi yang bertumpu pada strategi bagi membina daya saing yang berlainan yang akan mampu memberi kita kelebihan dalam industri-industri yang kita ceburi. Aspirasi kita adalah begitu tinggi dan masih banyak yang perlu kita capai. Kita bersedia menempuh cabaran dengan bekerja sebagai satu pasukan dan memberikan yang terbaik kepada syarikat.
Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada para pemegang saham yang dihargai, juga para pelanggan, rakan perniagaan dan badan-badan kerajaan, di atas segala sokongan yang telah diberikan. Lembaga Pengarah juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan dan kakitangan Kumpulan di atas kesetiaan dan dedikasi mereka. Terima kasih.
Hospital Temerloh
LEMBAGA PENGARAH
JEN. (B) TAN SRI YAACOB BIN MAT ZAIN Pengerusi
Y.Bhg. Jen. (B) Tan Sri Yaacob bin Mat Zain dilantik ke Lembaga Pengarah Sharikat Permodalan Kebangsaan Berhad pada 11 November 1997. Beliau merupakan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, sebelum bersara pada Jun 1993. Antara jawatan utama yang disandang dalam masa perkhidmatan beliau di dalam Angkatan Tentera adalah sebagai Panglima Division, Pengarah Bahagian Perisikan Pertahanan, Timbalan Panglima Tentera Darat dan Panglima Tentera Darat. Pada masa ini, Jen. (B) Tan Sri Yaacob bin Mat Zain juga menganggotai beberapa Lembaga syarikat awam dan persendirian seperti SPK-Sentosa Corporation Berhad, Affin Merchant Bank Berhad, Rating Agency Malaysia Berhad, Mah Sing Group Berhad dan NV Multi Corporation Berhad.
IR. DR. AZMAN BIN AHMAD Naib Pengerusi Eksekutif
Ir. Dr. Azman bin Ahmad dilantik ke Lembaga Pengarah Sharikat Permodalan Kebangsaan Berhad pada 20 Jun 2002. Beliau adalah seorang Jurutera Awam berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian) dari University of Adelaide, Australia dan Ph.D kejuruteraan dari Universiti Malaya. Beliau mempunyai pengalaman selama 21 tahun di dalam industri pembinaan dan korporat. Beliau juga memegang jawatan pengarah di Habib Corporation Berhad serta beberapa syarikat sendirian berhad yang lain.
SAIFUL AZNIR BIN SHAHABUDIN Pengarah Urusan
Saiful Aznir bin Shahabudin dilantik ke Lembaga Pengarah Sharikat Permodalan Kebangsaan Berhad pada 12 November 2001.
Beliau berkelayakan sebagai seorang ahli American Institute of Certified Public Accountants dan Malaysian Association of Certified Public Accountants, beliau berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari University of Chicago dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari University of Western Michigan, Amerika Syarikat. Sebelum lantikan ini, beliau bertugas sebagai Ketua Eksekutif Encorp Group Sdn Bhd. Beliau juga memegang jawatan pengarah di SPK-Sentosa Corporation Berhad.
LEMBAGA PENGARAH
(SAMBUNGAN)ABDUL RAHMAN BIN TEH MOHAMED Pengarah
Abdul Rahman bin Teh Mohamed dilantik ke Lembaga Pengarah Sharikat Permodalan Kebangsaan Berhad (SPKB) pada 4 Ogos 1999. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan major dalam “Analytical Economics” dari Universiti Malaya. Setelah tamat pengajian, beliau bekerja dengan United Planting Association of Malaysia sebagai Setiausaha dan bertugas dengan organisasi itu selama 23 sehingga persaraannya pada tahun 1999 sebagai Ketua Eksekutif. Pada masa ini, Abdul Rahman bin Teh Mohamed juga menganggotai Lembaga Pengarah Tropical Hectares Sdn Bhd dan beberapa anak syarikat di bawah Kumpulan SPKB.
AHMAD @ MISRON BIN YUSOF Pengarah
Ahmad @ Misron bin Yusof dilantik ke Lembaga Pengarah Sharikat Permodalan Kebangsaan Berhad pada 10 Mac 2000. Beliau adalah seorang jurutera yang berkelayakan ijazah dan berpengalaman lebih dari 30 tahun dalam bidang pengeluaran barangan kuasa dan perundingan pengurusan. Beliau telah menyandang beberapa jawatan termasuk jawatan sebagai Pengarah Urusan di Federal Power dalam tahun 1993. Beliau kini menganggotai Lembaga Mechmar Corporation (Malaysia) Berhad dan beberapa syarikat sendirian berhad yang lain.
HASNAH BINTI MOHD SALLEH Pengarah
Hasnah binti Mohd Salleh dilantik ke Lembaga Pengarah Sharikat Permodalan Kebangsaan Berhad (SPKB) pada 4 Ogos 1999. Beliau berkelayakan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dari Victoria University of Wellington, New Zealand dan Diploma Perguruan dari Secondary Teacher’s College, Auckland, New Zealand. Beliau bertugas sebagai guru sekolah menengah selama 3 tahun sebelum menukar profesion sebagai Pentadbir di Universiti Malaya, di mana beliau bertugas selama 27 tahun. Pada masa ini, selain menjadi Ahli Lembaga Pengarah SPKB, beliau juga menjadi Ahli Lembaga Pengarah beberapa anak syarikat di dalam Kumpulan SPKB. Beliau juga adalah seorang ahli Institut Perhubungan Raya Malaysia dan ahli Badan Warisan Malaysia.
STATISTIK KEWANGAN KUMPULAN UNTUK LIMA TAHUN
2003 2002 2001 2000 1999
RM’000 RM’000 RM’000 RM’000 RM’000
Pendapatan 368,817 290,710 132,652 68,848 291,445
Keuntungan/(kerugian) sebelum cukai 64,150 40,290 14,408 (357) 234,015
Cukai (22,697) (16,096) (7,534) (4,192) (80)
Keuntungan/(kerugian) selepas cukai 41,453 24,194 6,874 (4,549) 233,935
Keuntungan/(kerugian) bagi tahun untuk
pemegang-pemegang saham 29,125 16,882 9,045 (5,329) 221,951
Modal saham diterbitkan 82,779 82,779 82,779 82,779 82,779
Rizab 231,300 202,175 189,879 180,834 186,163
Jumlah ekuiti pemegang saham 314,079 284,954 272,658 263,613 268,942
Jumlah aset 848,523 751,589 494,336 722,586 497,251
Jumlah liabiliti 346,390 280,932 105,669 319,010 178,783
Kepentingan minoriti 188,054 185,703 116,009 139,963 49,526
Keuntungan/(kerugian) setiap saham (sen) 35.2 20.4 10.9 (6.4) 268.1
Dividen kasar setiap saham (sen) - 7 - - -
Aset ketara bersih setiap saham (RM) 3.04 2.70 3.28 3.15 3.23
Laporan Pengarah 14 Penyata Para Pengarah dan Akuan Berkanun 18
Laporan Juruaudit 19
Penyata Pendapatan 20
Lembaran Imbangan 21
Penyata Perubahan dalam Ekuiti 23 Penyata Aliran Tunai Disatukan 24
Penyata Aliran Tunai 26
Nota-nota kepada Penyata Kewangan 27
P E N Y A T A K E W A N G A N
LAPORAN PARA PENGARAH
Para pengarah dengan sukacitanya membentangkan laporan mereka berserta penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat yang telah diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2003.
KEGIATAN UTAMA
Kegiatan utama Syarikat adalah pegangan pelaburan.
Kegiatan utama subsidiari-subsidiari adalah seperti dinyatakan di Nota 12 kepada penyata kewangan.
Tiada sebarang perubahan ketara dalam kegiatan-kegiatan utama tersebut di sepanjang tahun kewangan.
KEPUTUSAN
Kumpulan Syarikat RM'000 RM'000 Keuntungan selepas cukai 41,453 90,679 Kepentingan minoriti (12,328) - Keuntungan bersih bagi tahun kewangan 29,125 90,679
Tiada sebarang pemindahan ketara kepada atau daripada rizab atau peruntukan di sepanjang tahun kewangan ini.
Pada pendapat para pengarah, keputusan operasi Kumpulan dan Syarikat bagi tahun kewangan ini, tidak dipengaruhi secara berkesan oleh sebarang butiran, urusniaga atau peristiwa yang bersifat penting dan luar biasa.
DIVIDEN
Jumlah dividen yang telah dibayar oleh Syarikat semenjak tahun kewangan yang lepas bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2002 adalah dividen interim saham biasa sebanyak 7 sen sesaham ditolak cukai pendapatan sebanyak 28% berjumlah RM4,172,044, yang dibayar pada 10 Mac 2003.
Para pengarah tidak mencadang sebarang pembayaran dividen untuk tahun kewangan semasa.
PARA PENGARAH
Nama para pengarah Syarikat yang memegang jawatan semenjak tarikh laporan terakhir dan pada tarikh laporan ini ialah:
Jen. (B) Tan Sri Yaacob bin Mat Zain Ir. Dr. Azman bin Ahmad
Saiful Aznir bin Shahabudin Abdul Rahman bin Teh Mohamed Ahmad @ Misron bin Yusof Hasnah binti Mohd Salleh
LAPORAN PARA PENGARAH
(SAMBUNGAN)MANFAAT PARA PENGARAH
Sepanjang dan pada akhir tahun kewangan, Syarikat atau subsidiari-subsidiarinya tidak menjadi pihak kepada sebarang persetujuan yang matlamatnya ialah untuk membolehkan para pengarah Syarikat mendapat manfaat melalui pengambilalihan saham atau debentur Syarikat atau sebarang badan korporat.
Sejak akhir tahun kewangan yang lepas, tidak ada pengarah yang telah menerima atau berhak menerima sebarang manfaat (selain daripada yang termasuk dalam jumlah ganjaran yang telah dibayar atau terhutang kepada para pengarah seperti yang dinyatakan dalam Nota 5 kepada penyata kewangan atau gaji tetap bagi pekerja sepenuh masa Syarikat) disebabkan oleh sesuatu kontrak yang dibuat oleh Syarikat atau syarikat berkaitan dengan pengarah atau dengan sebuah firma di mana pengarah tersebut adalah seorang ahli, atau dengan sebuah syarikat di mana pengarah itu mempunyai kepentingan kewangan yang nyata selain daripada yang dinyatakan di Nota 34 kepada penyata kewangan.
KEPENTINGAN PARA PENGARAH
Menurut daftar pegangan saham para pengarah, kepentingan para pengarah yang memegang jawatan pada akhir tahun kewangan di dalam saham Syarikat dan syarikat berkaitan di sepanjang tahun kewangan adalah seperti berikut:
Bilangan Saham Biasa RM1 Setiap Satu 1 Januari 31 Disember
2003 Beli Jual 2003 Syarikat
Pegangan Langsung
Jen. (B) Tan Sri Yaacob bin Mat Zain 1,000 - - 1,000
Ir. Dr. Azman bin Ahmad 1,000 - - 1,000
Saiful Aznir bin Shahabudin 1,000 - - 1,000
Abdul Rahman bin Teh Mohamed 1,000 - - 1,000
Ahmad @ Misron bin Yusof 1,000 - - 1,000
Hasnah binti Mohd Salleh 1,000 - - 1,000
Pegangan Tidak Langsung
Saiful Aznir bin Shahabudin 18,342,161 3,475 - 18,345,636
S. J. Kumpulan Berhad Pegangan Langsung
Jen. (B) Tan Sri Yaacob bin Mat Zain 1,000 - - 1,000
Abdul Rahman bin Teh Mohamed 1,000 - - 1,000
Ahmad @ Misron bin Yusof 1,000 - - 1,000
SPK-Sentosa Corporation Berhad Pegangan Langsung
Hasnah binti Mohd Salleh 3,000 2,000 - 5,000
Diligent Network Sdn. Bhd.
Pegangan Langsung
Ir. Dr. Azman bin Ahmad 500,000 - - 500,000
Oleh kerana Saiful Aznir bin Shahabudin mempunyai kepentingan di dalam saham Syarikat, beliau juga dianggap mempunyai kepentingan di dalam saham kesemua subsidiari Syarikat setakat Syarikat mempunyai kepentingan.
LAPORAN PARA PENGARAH
(SAMBUNGAN)LAIN-LAIN MAKLUMAT BERKANUN
(a) Sebelum penyata pendapatan dan lembaran imbangan Kumpulan dan Syarikat disediakan, para pengarah telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk:
(i) memastikan bahawa tindakan sewajarnya telah diambil berkaitan dengan penghapuskiraan hutang lapuk dan dalam membuat peruntukan hutang ragu dan telah berpuas hati bahawa kesemua hutang lapuk yang diketahui telah dihapuskirakan dan peruntukan yang memadai telah dibuat bagi hutang ragu; dan
(ii) memastikan bahawa sebarang aset semasa yang tidak mungkin direalisasikan nilainya seperti yang dinyatakan dalam rekod perakaunan dalam urusniaga biasa telahpun dikurangkan nilainya kepada suatu jumlah yang dianggap boleh direalisasikan.
(b) Pada tarikh laporan ini, para pengarah tidak mengetahui tentang sebarang keadaan yang akan menyebabkan:
(i) sebarang jumlah dihapuskirakan sebagai hutang lapuk atau jumlah yang diperuntukkan sebagai hutang ragu tidak memadai secara ketara; dan
(ii) nilai aset semasa yang dinyatakan di dalam penyata-penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat mengelirukan.
(c) Pada tarikh laporan ini, para pengarah tidak mengetahui tentang sebarang keadaan yang boleh menjadikan pematuhan kepada kaedah penilaian yang sedia ada bagi penilaian aset atau liabiliti Kumpulan dan Syarikat mengelirukan atau tidak sesuai.
(d) Pada tarikh laporan ini, para pengarah tidak mengetahui tentang sebarang keadaan yang tidak diambilkira di dalam laporan ini atau dalam penyata-penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat yang akan mengakibatkan sebarang jumlah yang dinyatakan di dalam penyata-penyata kewangan mengelirukan.
(e) Pada tarikh laporan ini, tidak wujud:
(i) sebarang cagaran ke atas aset-aset Kumpulan atau Syarikat yang timbul sejak akhir tahun kewangan yang menjamin liabiliti pihak lain; atau
(ii) sebarang liabiliti luarjangka Kumpulan atau Syarikat yang timbul sejak akhir tahun kewangan.
(f) Para pengarah berpendapat:
(i) tiada liabiliti luar jangka atau liabiliti lain yang telah dikuatkuasakan atau mungkin akan dikuatkuasakan dalam tempoh dua belas bulan selepas tahun kewangan berakhir, yang akan atau mungkin menjejaskan keupayaan Kumpulan atau Syarikat menunaikan kewajipan mereka apabila tiba masanya kelak; dan
(ii) tiada butiran, urusniaga atau peristiwa ketara dan luar biasa yang berlaku dalam tempoh di antara akhir tahun kewangan dan tarikh laporan ini yang mungkin mempengaruhi secara berkesan keputusan operasi Kumpulan atau Syarikat bagi tahun kewangan di mana laporan ini dibuat.
PERISTIWA-PERISTIWA PENTING
Peristiwa-peristiwa penting di sepanjang tahun kewangan ini adalah seperti yang dinyatakan dalam Nota 35 kepada penyata kewangan.
LAPORAN PARA PENGARAH
(SAMBUNGAN)JURUAUDIT
Juruaudit, Tetuan Ernst & Young, telah menyatakan kesanggupan mereka untuk menerima perlantikan semula.
Ditandatangani bagi pihak Lembaga menurut resolusi para pengarah
Jen. (B) Tan Sri Yaacob bin Mat Zain Saiful Aznir bin Shahabudin
Kuala Lumpur, Malaysia 6 April 2004
PENYATA PARA PENGARAH DAN AKUAN BERKANUN
PENYATA PARA PENGARAH
MENURUT SEKSYEN 169(15) AKTA SYARIKAT, 1965
Kami, Jen. (B) Tan Sri Yaacob bin Mat Zain dan Saiful Aznir bin Shahabudin, dua daripada para pengarah Sharikat Permodalan Kebangsaan Berhad, dengan ini menyatakan bahawa, pada pendapat para pengarah, penyata kewangan yang disertakan di muka surat 20 sehingga 59 telah disediakan menurut Piawaian Perakaunan berkenaan yang diluluskan di Malaysia dan peruntukan Akta Syarikat, 1965 untuk memberi gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Kumpulan dan Syarikat pada 31 Disember 2003 dan keputusan serta aliran tunai Kumpulan dan Syarikat bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut.
Ditandatangani bagi pihak Lembaga menurut resolusi para pengarah
Jen. (B) Tan Sri Yaacob bin Mat Zain Saiful Aznir bin Shahabudin
Kuala Lumpur, Malaysia 6 April 2004
AKUAN BERKANUN
MENURUT SEKSYEN 169(16) AKTA SYARIKAT, 1965
Saya, Saiful Aznir bin Shahabudin, pengarah yang terutamanya bertanggungjawab terhadap pengurusan kewangan Sharikat Permodalan Kebangsaan Berhad, dengan sesungguh dan seikhlasnya mengaku bahawa penyata kewangan yang disertakan pada mukasurat 20 sehingga 59 adalah pada pendapat saya betul, dan saya membuat pengakuan ini sesungguhnya dengan hemat mempercayai bahawa ianya benar dan menurut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.
Ditandatangani dan diakui sesungguhnya oleh penama di atas Saiful Aznir bin Shahabudin di Kuala Lumpur dalam Wilayah Persekutuan
pada 6 April 2004 Saiful Aznir bin Shahabudin
Dihadapan saya:
Mahzan bin Abdullah Pesuruhjaya Sumpah
LAPORAN JURUAUDIT
No. Syarikat: 4115-H
Laporan Juruaudit Kepada Pemegang-Pemegang Saham SHARIKAT PERMODALAN KEBANGSAAN BERHAD (Diperbadankan di Malaysia)
Kami telah mengaudit penyata kewangan yang disertakan di mukasurat 20 sehingga 59. Penyata kewangan tersebut adalah tanggungjawab para pengarah Syarikat. Tanggungjawab kami adalah untuk menyatakan pendapat mengenai penyata kewangan tersebut berdasarkan audit kami.
Kami melaksanakan audit mengikut Piawaian Pengauditan yang diluluskan di Malaysia. Piawaian tersebut memerlukan kami merancang dan melaksanakan audit untuk mencapai kepastian munasabah mengenai samada penyata kewangan tersebut bebas daripada salah nyata yang ketara. Sesuatu audit juga merangkumi pemeriksaan, berdasarkan ujian, bukti yang menyokong jumlah dan penyataan dalam penyata kewangan. Sesuatu audit juga merangkumi penilaian prinsip perakaunan yang digunakan dan anggaran penting yang dibuat oleh para pengarah, serta penilaian pembentangan penyata kewangan secara keseluruhannya. Kami percaya bahawa audit kami telah memberi asas munasabah untuk menyatakan pendapat kami.
Pada pendapat kami:
(a) penyata kewangan tersebut telah disediakan dengan wajarnya menurut peruntukan Akta Syarikat, 1965 dan Piawaian Perakaunan berkenaan yang diluluskan di Malaysia dan memberi gambaran yang benar dan saksama mengenai:
(i) kedudukan kewangan Kumpulan dan Syarikat pada 31 Disember 2003 dan keputusan serta aliran tunai Kumpulan dan Syarikat bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut; dan
(ii) perkara-perkara yang dikehendaki oleh Seksyen 169 Akta Syarikat, 1965 yang perlu dituruti di dalam penyata kewangan; dan
(b) rekod perakaunan dan lain-lain rekod serta daftar yang dikehendaki oleh Akta untuk disimpan oleh Syarikat dan subsidiari- subsidiari yang mana kami adalah juruaudit telah disimpan dengan wajarnya menurut peruntukan Akta.
Kami telah mempertimbangkan penyata kewangan dan laporan juruaudit bagi subsidiari di mana kami tidak bertindak sebagai juruaudit seperti dinyatakan dalam Nota 12 kepada penyata kewangan, yang telah dimasukkan ke dalam penyata kewangan disatukan.
Kami berpuas hati bahawa penyata kewangan subsidiari-subsidiari yang telah disatukan dengan penyata kewangan Syarikat adalah dalam bentuk dan kandungan yang sesuai dan wajar bagi tujuan penyediaan penyata kewangan yang disatukan dan kami telah menerima maklumat dan penjelasan yang memuaskan sebagaimana dikehendaki oleh kami bagi tujuan tersebut.
Laporan Juruaudit bagi penyata kewangan subsidiari-subsidiari tidak tertakluk kepada sebarang syarat yang ketara kepada penyata kewangan disatukan dan tidak mengandungi sebarang teguran yang perlu dibuat di bawah Seksyen 174(3) Akta tersebut.
ERNST & YOUNG Nik Rahmat Kamarulzaman bin Nik Ab. Rahman
AF: 0039 1759/02/06(J)
Akauntan Berkanun Rakankongsi
Kuala Lumpur, Malaysia 6 April 2004
PENYATA PENDAPATAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2003Kumpulan Syarikat
2003 2002 2003 2002
Nota RM’000 RM’000 RM’000 RM’000
Pendapatan 3 368,817 290,710 6,029 1,641
Operasi berterusan 368,817 285,937 6,029 1,641
Operasi yang diberhentikan 3(a) - 4,773 - -
Lain-lain pendapatan operasi 4 12,592 8,665 95,060 3,637
Kos pembangunan (58,835) (80,908) - -
Perubahan dalam inventori bagi hartanah yang dijual dan
hartanah pembangunan (9,742) 23,207 - -
Kos kontrak (212,093) (169,005) - -
Kos pekerja 5 (8,589) (8,152) (3,454) (2,119)
Susutnilai (1,882) (2,044) (189) (152)
Lain-lain perbelanjaan operasi 6 (26,256) (27,488) (2,939) (3,457)
Keuntungan/(kerugian)
daripada operasi 64,012 34,985 94,507 (450)
Operasi berterusan 64,012 34,473 94,507 (450)
Operasi yang diberhentikan 3(a) - 512 - -
(Kos)/pendapatan
kewangan, bersih 7 (4,239) 178 (3,422) (3,036)
Bahagian keuntungan daripada
entiti dikawal bersama 4,958 - - -
Bahagian (kerugian)/keuntungan daripada syarikat-syarikat
bersekutu (581) 5,127 - -
Keuntungan/(kerugian)
sebelum cukai 64,150 40,290 91,085 (3,486)
Cukai: 8 (22,697) (16,096) (406) -
Syarikat dan subsidiari-subsidiari (22,001) (15,532) (406) -
Syarikat-syarikat bersekutu (696) (564) - -
Keuntungan/(kerugian)
selepas cukai 41,453 24,194 90,679 (3,486)
Kepentingan minoriti (12,328) (7,312) - -
Keuntungan/(kerugian)
bersih bagi tahun semasa 29,125 16,882 90,679 (3,486)
Nota-nota yang disertakan merupakan sebahagian asasi penyata kewangan ini.
LEMBARAN IMBANGAN -
31 DISEMBER 2003Kumpulan Syarikat
2003 2002 2003 2002
Nota RM’000 RM’000 RM’000 RM’000
ASET TAK SEMASA
Hartanah, loji dan peralatan 10 44,479 43,471 574 597
Tanah untuk pembangunan 11 299,518 295,635 - -
Subsidiari-subsidiari 12 - - 296,378 248,017
Syarikat-syarikat bersekutu 13 34,962 19,935 14,750 4,750
Entiti dikawal bersama 14 4,958 - - -
Lain-lain pelaburan 15 65,153 65,153 63 63
Muhibah dari penyatuan 16 62,314 61,642 - -
511,384 485,836 311,765 253,427 ASET SEMASA
Pembangunan hartanah 11 46,998 34,067 - -
Inventori 17 6,450 5,051 - -
Hutang daripada pelanggan
untuk kontrak 18 64,829 14,242 - -
Penghutang perdagangan 19 81,165 88,525 34 120
Lain-lain penghutang 20 5,899 3,395 100,483 107,011
Sekuriti boleh pasar 21 38,816 33,908 - 1,405
Wang tunai dan baki di bank 22 92,982 86,565 6,473 1,164
337,139 265,753 106,990 109,700 LIABILITI SEMASA
Peruntukan liabiliti 23 10,684 3,905 350 350
Pinjaman jangka pendek 24 101,115 67,294 - 40,000
Hutang kepada pelanggan
untuk kontrak 18 27,873 25,618 - -
Pemiutang perdagangan 26 73,803 72,550 - -
Lain-lain pemiutang 27 69,115 42,927 238,234 228,901
Cukai 5,467 6,344 - 180
Dividen boleh bayar - 4,172 - 4,172
288,057 222,810 238,584 273,603 ASET/(LIABILITI) SEMASA BERSIH 49,082 42,943 (131,594) (163,903)
560,466 528,779 180,171 89,524
LEMBARAN IMBANGAN -
31 DISEMBER 2003 (SAMBUNGAN)Kumpulan Syarikat
2003 2002 2003 2002
Nota RM’000 RM’000 RM’000 RM’000
DIBIAYAI OLEH:
Modal saham 28 82,779 82,779 82,779 82,779
Rizab 29 231,300 202,175 96,817 6,138
Ekuiti pemegang saham 314,079 284,954 179,596 88,917
Kepentingan minoriti 188,054 185,703 - -
502,133 470,657 179,596 88,917
Pinjaman jangka panjang 24 602 456 - -
Tanggungan tertunda 30 3,171 3,171 - -
Pendapatan tertunda 31 2,474 2,632 575 607
Cukai tertunda 32 52,086 51,863 - -
Liabiliti tak semasa 58,333 58,122 575 607
560,466 528,779 180,171 89,524
Nota-nota yang disertakan merupakan sebahagian asasi penyata kewangan ini.
PENYATA PERUBAHAN DALAM EKUITI
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2003<--- Rizab --->
Boleh Tidak boleh diagihkan diagihkan Modal Premium Rizab Keuntungan
Kumpulan saham saham modal terkumpul Jumlah
RM’000 RM’000 RM’000 RM’000 RM’000
Pada 1 Januari 2002 82,779 4,375 4,125 181,379 272,658
Keuntungan bersih bagi
tahun kewangan - - - 16,882 16,882
Dividen (Nota 9) - - - (4,172) (4,172)
Pengurangan kepentingan
dalam syarikat bersekutu - - (414) - (414)
Pada 31 Disember 2002 82,779 4,375 3,711 194,089 284,954
Keuntungan bersih bagi
tahun kewangan - - - 29,125 29,125
Pada 31 Disember 2003 82,779 4,375 3,711 223,214 314,079
<--- Rizab --->
Tidak boleh Boleh diagihkan diagihkan Modal Premium Keuntungan
Syarikat saham saham terkumpul Jumlah
RM’000 RM’000 RM’000 RM’000
Pada 1 Januari 2002 82,779 4,375 9,421 96,575
Kerugian bersih bagi tahun kewangan - - (3,486) (3,486)
Dividen (Nota 9) - - (4,172) (4,172)
Pada 31 Disember 2002 82,779 4,375 1,763 88,917
Keuntungan bersih bagi tahun kewangan - - 90,679 90,679
Pada 31 Disember 2003 82,779 4,375 92,442 179,596
PENYATA ALIRAN TUNAI DISATUKAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 20032003 2002 RM’000 RM’000 ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI-AKTIVITI OPERASI
Keuntungan sebelum cukai 64,150 40,290
Pelarasan untuk:
Bahagian keuntungan daripada entiti dikawal bersama (4,958) -
Bahagian kerugian/(keuntungan) daripada syarikat-syarikat bersekutu 581 (5,127)
Kerugian daripada perubahan matawang asing - 21
Deposit dihapuskira - 58
Peruntukan hutang ragu dipulih semula (481) -
Peruntukan hutang ragu 1,308 1,634
Perbelanjaan faedah 6,371 1,880
Susutnilai 1,882 2,044
Pelupusan hartanah, loji dan peralatan 3 18
Keuntungan daripada penjualan hartanah, loji dan peralatan (20) (32)
Keuntungan daripada penjualan sekuriti boleh pasar (957) (4,495)
Keuntungan daripada pelupusan subsidiari-subsidiari (6,033) (525)
Kerugian rosotnilai muhibah dari penyatuan - 252
Kos pelaburan dihapuskira - 113
Sekuriti boleh pasar dihapuskira - 10,935
Pendapatan faedah (1,348) (1,748)
Pendapatan dividen (726) (2,945)
Pelunasan muhibah dari penyatuan 3,451 2,589
Peruntukan liabiliti dipulih semula (1,462) -
Peruntukan liabiliti 8,354 721
Tambahan dalam nilai sekuriti boleh pasar (3) -
Pelunasan pendapatan tertunda (158) (157)
Keuntungan operasi sebelum perubahan modal kerja 69,954 45,526
Tambahan dalam hartanah pembangunan (12,931) (5,090)
Kurangan dalam penghutang 4,228 908
(Tambahan)/kurangan dalam sekuriti boleh pasar (3,948) 8,258
Tambahan dalam inventori (1,399) (1,049)
Tambahan dalam pemiutang 6,611 88,910
Tambahan dalam hutang daripada pelanggan untuk kontrak (47,630) (22,147)
Bayaran untuk tuntutan guaman (113) (3,076)
Tunai dihasilkan daripada operasi 14,772 112,240
Cukai dibayar (22,655) (19,365)
Faedah dibayar (6,371) (1,880)
Dividen dibayar (4,172) -
Aliran tunai bersih (digunakan dalam)/dihasilkan daripada aktiviti-aktiviti operasi (18,426) 90,995
PENYATA ALIRAN TUNAI DISATUKAN
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2003 (SAMBUNGAN)2003 2002 RM’000 RM’000 ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI-AKTIVITI PELABURAN
Dividen diterima daripada syarikat bersekutu 1,296 576
Pembelian saham dalam syarikat-syarikat bersekutu (17,600) -
Pembelian hartanah, loji dan peralatan (3,313) (2,410)
Pembelian pelaburan - (65,000)
Hasil daripada penjualan hartanah, loji dan peralatan 70 119
Faedah diterima 1,348 1,748
Dividen diterima 527 2,945
Aliran tunai dari pembelian subsidiari - (4,656)
Pembelian tambahan kepentingan dalam subsidiari - (55,483)
Hasil pelupusan subsidiari selepas mengambilkira wang tunai
dan baki di bank [Nota 3(a)] - (5,564)
Hasil kurangan kepentingan dalam subsidiari 8,968 -
Bayaran untuk perbelanjaan pembangunan (3,883) (11,501)
Hasil daripada penjualan tanah untuk pembangunan - 77
Kepentingan minoriti dari pembelian subsidiari - 49
Sumbangan modal kepentingan minoriti kepada subsidiari 3,795 -
Aliran tunai bersih digunakan dalam aktiviti-aktiviti pelaburan (8,792) (139,100) ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI-AKTIVITI PEMBIAYAAN
Penerimaan pinjaman berjangka 39,487 47,760
Pembayaran balik sewabeli (133) (77)
Aliran tunai bersih dihasilkan daripada aktiviti-aktiviti pembiayaan 39,354 47,683 TAMBAHAN/(KURANGAN) BERSIH DALAM TUNAI DAN SETARA TUNAI 12,136 (422) TUNAI DAN SETARA TUNAI PADA AWAL TAHUN KEWANGAN 67,575 67,997 TUNAI DAN SETARA TUNAI PADA AKHIR TAHUN KEWANGAN (NOTA 22) 79,711 67,575
PENYATA ALIRAN TUNAI
BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 20032003 2002 RM’000 RM’000 ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI-AKTIVITI OPERASI
Keuntungan/(kerugian) sebelum cukai 91,085 (3,486)
Pelarasan untuk:
Susutnilai 189 152
Deposit dihapuskira - 25
Pelunasan pendapatan tertunda (32) (30)
Peruntukan hutang ragu 1,000 649
Keuntungan daripada jualan hartanah, loji dan peralatan - (31)
Keuntungan daripada penjualan sekuriti boleh pasar (747) (2,826)
Keuntungan daripada pelupusan subsidiari-subsidiari (93,563) (723)
Peruntukan rosotnilai dipulih semula (750) -
Pendapatan faedah (5) (29)
Pendapatan dividen (2,515) (1,047)
Perbelanjaan faedah 3,427 3,065
Kos pelaburan dihapuskira 2 113
Pelupusan hartanah, loji dan peralatan - 8
Kerugian operasi sebelum perubahan modal kerja (1,909) (4,160)
Kurangan/(tambahan) dalam penghutang 6,429 (40,371)
Tambahan dalam pemiutang 5,455 1,701
Kurangan dalam sekuriti boleh pasar 2,152 7,464
Bayaran untuk tuntutan guaman - (3,076)
Tunai dihasilkan daripada/(digunakan dalam) operasi 12,127 (38,442)
Faedah dibayar (1,866) (1,502)
Cukai dibayar (700) (267)
Dividen dibayar (4,172) -
Aliran tunai bersih dihasilkan daripada/(digunakan dalam) aktiviti-aktiviti operasi 5,389 (40,211) ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI-AKTIVITI PELABURAN
Pembelian tambahan kepentingan dalam subsidiari - (2,902)
Pembelian hartanah, loji dan peralatan (166) (208)
Pembelian saham dalam syarikat bersekutu (10,000) -
Hasil daripada penjualan hartanah, loji dan peralatan - 117
Hasil daripada pelupusan syarikat bersekutu - 200
Hasil daripada pelupusan subsidiari 48,267 1,350
Faedah diterima 5 29
Dividen diterima 1,814 1,047
Aliran tunai bersih dihasilkan daripada/(digunakan dalam) aktiviti-aktiviti pelaburan 39,920 (367) ALIRAN TUNAI DARIPADA AKTIVITI PEMBIAYAAN
(Pembayaran balik)/penerimaan pinjaman berjangka, mewakili
aliran tunai bersih daripada aktiviti pembiayaan (40,000) 40,000
TAMBAHAN/(KURANGAN) BERSIH DALAM TUNAI DAN SETARA TUNAI 5,309 (578) TUNAI DAN SETARA TUNAI PADA AWAL TAHUN KEWANGAN 1,164 1,742 TUNAI DAN SETARA TUNAI PADA AKHIR TAHUN KEWANGAN (NOTA 22) 6,473 1,164
Nota-nota yang disertakan merupakan sebahagian asasi penyata kewangan ini.
NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN
- 31 DISEMBER 20031. MAKLUMAT KORPORAT
Kegiatan utama Syarikat adalah pegangan pelaburan. Kegiatan utama subsidiari-subsidiari adalah seperti dinyatakan di Nota 12. Tiada sebarang perubahan ketara dalam kegiatan-kegiatan utama tersebut di sepanjang tahun kewangan.
Syarikat adalah syarikat awam liabiliti terhad yang diperbadankan dan bermastautin di Malaysia. Pejabat berdaftar Syarikat terletak di Tingkat 18, Menara SPK, No. 22, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
Bilangan kakitangan dalam Kumpulan dan Syarikat pada akhir tahun kewangan masing-masing adalah seramai 213 (2002:
186) dan 27 (2002: 23) orang.
Penyata kewangan telah diluluskan untuk pembentangan oleh Lembaga Pengarah menurut resolusi para pengarah pada 6 April 2004.
2. DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (a) Asas Penyediaan
Penyata-penyata kewangan Kumpulan dan Syarikat telah disediakan menurut kelaziman kos sejarah. Penyata kewangan mematuhi peruntukan Akta Syarikat, 1965 dan Piawaian Perakaunan berkenaan yang diluluskan di Malaysia.
Dalam tahun kewangan berakhir 31 Disember 2003, Piawaian Perakaunan Lembaga Malaysia (“MASB”) berikut menjadi efektif, Kumpulan dan Syarikat telah mengambilguna Piawaian Perakaunan tersebut untuk kali pertama:
MASB 25 Cukai Pendapatan MASB 27 Kos Pinjaman
MASB 29 Ganjaran-ganjaran Kakitangan
Pengambilgunaan MASB 25, MASB 27 dan MASB 29 tidak menimbulkan sebarang pelarasan kepada keuntungan terkumpul untuk tahun semasa dan tahun sebelumnya atau perubahan kepada angka-angka bandingan.
(b) Asas Penyatuan
(i) Subsidiari-subsidiari
Penyata kewangan yang disatukan termasuk penyata kewangan Syarikat dan kesemua subsidiarinya. Subsidiari- subsidiari adalah syarikat-syarikat di mana Kumpulan mempunyai kepentingan ekuiti jangka panjang dan mempunyai kuasa untuk melaksanakan kawalan ke atas polisi-polisi kewangan dan operasi untuk memperolehi manfaat daripada aktiviti-aktiviti subsidiari-subsidiari tersebut.
Subsidiari-subsidiari disatukan menggunakan kaedah perakaunan pengambilalihan. Subsidiari-subsidiari yang diambilalih atau dilupuskan diambilkira dalam penyata kewangan disatukan dari tarikh pengambilalihan atau sehingga tarikh pelupusan. Aset-aset dan liabiliti-liabiliti subsidiari-subsidiari dinilai pada nilai saksama pada tarikh pengambilalihan dan nilai ini diambilkira dalam lembaran imbangan disatukan. Perbezaan di antara kos pengambilalihan dan nilai saksama bahagian Kumpulan bagi aset-aset bersih subsidiari yang diambilalih pada tarikh pengambilalihan diambilkira dalam lembaran imbangan disatukan sebagai muhibah atau muhibah negatif atas penyatuan.
Urusniaga di antara syarikat-syarikat dalam Kumpulan, baki dan keuntungan tidak direalisasi dihapuskira semasa penyatuan dan penyata kewangan disatukan hanya mencerminkan urus niaga dengan pihak luaran sahaja.
Kerugian tidak direalisasi dihapuskira semasa penyatuan melainkan kos tersebut yang tidak dapat diperolehi semula.
Keuntungan atau kerugian daripada pelupusan subsidiari-subsidiari adalah perbezaan di antara nilai perolehan bersih daripada pelupusan dan bahagian aset-aset bersih yang dimiliki oleh Kumpulan berserta dengan sebarang baki muhibah yang belum dilunaskan dan perbezaan matawang yang belum diiktiraf dalam penyata pendapatan disatukan.
Kepentingan minoriti dinilai mengikut nilai saksama bahagian minoriti bagi aset dan liabiliti subsidiari yang dikenalpasti pada tarikh pengambilalihan, dan bahagian rizab minoriti, untung atau rugi selepas pengambilalihan,
NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN
- 31 DISEMBER 2003(SAMBUNGAN)2. DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN) (b) Asas Penyatuan (sambungan)
(ii) Syarikat-syarikat Bersekutu
Syarikat-syarikat bersekutu adalah syarikat-syarikat di mana Kumpulan mempunyai kepentingan ekuiti jangka panjang dan mempunyai pengaruh penting ke atas polisi kewangan dan operasi syarikat tersebut. Pelaburan dalam syarikat-syarikat bersekutu diambilkira dalam penyata kewangan disatukan dengan menggunakan kaedah perakaunan ekuiti yang berdasarkan penyata kewangan yang telah diaudit atau penyata kewangan pengurusan.
Berdasarkan kaedah perakaunan ekuiti, bahagian Kumpulan di dalam keuntungan selepas pengambilalihan setelah ditolak kerugian syarikat-syarikat bersekutu bagi tempoh semasa diambilkira dalam penyata pendapatan disatukan. Kepentingan Kumpulan dalam syarikat-syarikat bersekutu dinyatakan dalam lembaran imbangan disatukan pada kos berserta bahagian Kumpulan dalam keuntungan atau kerugian tertahan dan rizab tertahan serta muhibah selepas pengambilalihan.
Keuntungan tidak direalisasi atas urusniaga antara Kumpulan dan syarikat-syarikat bersekutu dihapuskira setakat kepentingan Kumpulan dalam syarikat-syarikat bersekutu. Kerugian tidak direalisasi dihapuskira melainkan kos tidak boleh diperolehi semula.
(iii) Entiti Dikawal Bersama
Entiti dikawal bersama adalah perkongsian tidak diperbadankan di mana Kumpulan mempunyai kawalan sama di atas aktiviti ekonomi yang telah dinyatakan dalam persetujuan kontrak.
Pelaburan dalam entiti dikawal bersama dinyatakan di dalam penyata kewangan disatukan atas kaedah perakaunan ekuiti berasaskan penyata kewangan diaudit atau penyata kewangan pengurusan entiti dikawal bersama tersebut. Menurut kaedah perakaunan ekuiti, bahagian keuntungan Kumpulan ditolak bahagian kerugian Kumpulan entiti dikawal bersama sepanjang tahun dan diambilkira dalam penyata pendapatan disatukan. Kepentingan Kumpulan dalam entiti dikawal bersama ini dibawa dalam lembaran imbangan disatukan pada kos dan bahagian keuntungan atau kerugian tertahan Kumpulan selepas pengambilalihan dan lain-lain rizab serta muhibah atas pengambilalihan.
Keuntungan tidak direalisasi atas urusniaga dalam Kumpulan dan entiti dikawal bersama dihapuskira setakat kepentingan Kumpulan dalam entiti dikawal bersama itu. Kerugian tidak direalisasi dihapuskira kecuali jika transaksi tersebut membuktikan kerosotan nilai bagi aset yang dialihkan.
(c) Muhibah atas Penyatuan
Perbezaan antara kos pengambilalihan dan bahagian nilai saksama aset bersih yang diambilalih ditunjukkan sebagai muhibah atas penyatuan. Muhibah atas penyatuan dilunaskan kepada penyata pendapatan sepanjang tempoh 20 tahun.
Muhibah dicatatkan pada kos selepas ditolak pelunasan terkumpul dan kerugian rosotnilai. Dasar pengiktirafan dan pengukuran kerugian rosotnilai adalah selaras dengan Nota 2(p).
(d) Pelaburan dalam Subsidiari-subsidiari, Syarikat-syarikat Bersekutu dan Entiti Dikawal Bersama
Pelaburan Syarikat dalam subsidiari-subsidiari, syarikat-syarikat bersekutu dan entiti dikawal bersama dinyatakan pada kos tolak sebarang kerugian rosotnilai. Dasar bagi pengiktirafan dan pengukuran kerugian rosotnilai adalah selaras dengan Nota 2(p).
Semasa pelupusan pelaburan-pelaburan tersebut, perbezaan di antara nilai perolehan bersih dan nilai dibawa bersih diiktiraf dalam penyata pendapatan.
NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN
- 31 DISEMBER 2003 (SAMBUNGAN)2. DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN) (e) Pengiktirafan Pendapatan
Pendapatan diiktiraf apabila kemungkinan yang manfaat ekonomi berkaitan dengan transaksi akan mengalir kepada Kumpulan atau Syarikat dan jumlah pendapatan boleh dianggar dengan pasti.
(i) Pendapatan hartanah pembangunan
Pendapatan daripada jualan hartanah pembangunan diiktiraf mengikut kaedah peratusan penyiapan yang berdasarkan nisbah kos pembangunan yang diperbelanjakan kepada jumlah kos yang dianggarkan di mana hasil projek-projek tersebut boleh dianggarkan dengan pasti.
(ii) Pendapatan kontrak
Pendapatan daripada kontrak dikira dengan peratusan siap seperti yang dinyatakan dalam Nota 2(i).
(iii) Pendapatan dividen
Pendapatan dividen diiktiraf apabila hak pemegang saham untuk menerima bayaran telah terbukti.
(iv) Pendapatan faedah
Pendapatan faedah diiktiraf atas asas pembahagian masa untuk menggambarkan hasil faedah berkesan ke atas aset.
(v) Yuran pengurusan projek
Yuran pengurusan projek diiktiraf bersih daripada cukai perkhidmatan dan diskaun, apabila perkhidmatan tersebut dilaksanakan.
(vi) Pendapatan sewa
Pendapatan daripada sewa bangunan diiktiraf secara asas akruan.
(f) Pertukaran dan Terjemahan Matawang
Urusniaga dalam matawang asing telah ditukar kepada Ringgit Malaysia pada kadar pertukaran yang berkuatkuasa pada tarikh urusniaga. Aset dan liabiliti matawang asing yang bersifat kewangan pada tarikh lembaran imbangan diterjemahkan kepada Ringgit Malaysia pada kadar pertukaran yang berkuatkuasa pada tarikh tersebut. Butiran tidak bersifat kewangan yang dibawa pada kos sejarah diterjemahkan menggunakan kadar pertukaran yang wujud pada tarikh pengambilalihan dan butiran tidak bersifat kewangan yang dibawa pada nilai saksama diterjemahkan menggunakan kadar pertukaran yang wujud semasa nilai saksama ditentukan.
Semua perbezaan pertukaran diambilkira dalam penyata pendapatan.
Kadar pertukaran utama yang digunakan untuk setiap mata wang asing pada tarikh lembaran imbangan adalah seperti berikut:
2003 2002
RM RM
Dollar Amerika 3.80 3.78
Euro 4.77 3.94
Sterling Pound 6.78 6.18
Dollar Australia 2.85 2.11
NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN
- 31 DISEMBER 2003(SAMBUNGAN)2. DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN) (g) Hartanah, Loji dan Peralatan dan Susutnilai
Hartanah, loji dan peralatan dinyatakan pada kos atau penilaian tolak susutnilai terkumpul dan kerugian rosotnilai.
Dasar pengiktirafan dan pengukuran kerugian rosotnilai adalah berpandukan Nota 2(p).
Tanah pegang bebas tidak disusutnilai. Tanah pegang pajak disusutnilai sepanjang tempoh pajakan selama 99 tahun.
Susutnilai untuk hartanah, loji dan peralatan lain diperuntukkan berdasarkan pada kaedah garis lurus untuk menghapuskirakan kos atau nilai penilaian setiap aset kepada nilai sisa sepanjang anggaran hayat kegunaan pada kadar tahunan seperti berikut:
Bangunan 2% - 10%
Perabot, perkakas, kelengkapan dan peralatan pejabat 10% - 57%
Ubahsuaian pejabat 10%
Kenderaan bermotor 20% - 44%
Sebahagian tanah pegang kekal dan pegang pajak serta bangunan Kumpulan dan Syarikat yang dinyatakan pada penilaian tidak dinilaikan semula sejak penilaian pertamanya pada tahun 1983 dan 1970 masing-masing. Para pengarah tidak memperkenalkan polisi penilaian semula ke atas aset berkenaan seperti yang dibenarkan di bawah peruntukan peralihan Piawaian Perakaunan Antarabangsa No. 16 (Edisi Semakan): Hartanah, Loji dan Peralatan yang diluluskan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia. Aset tersebut dinyatakan pada harga penilaian yang berlaku pada 1983 dan 1970 masing-masing.
Semasa pelupusan sesuatu hartanah, loji dan peralatan, perbezaan di antara hasil pelupusan dan nilai dibawa bersih diiktiraf dalam penyata pendapatan.
(h) Pembangunan Hartanah dan Tanah untuk Pembangunan
Perbelanjaan untuk tanah dan pembangunan di mana kerja pembangunan penting telah dilaksanakan dan dijangka akan siap dalam masa kitaran operasi biasa dikelaskan sebagai pembangunan hartanah. Pembangunan hartanah dinyatakan pada kos dicampur keuntungan ditolak kerugian dianggarkan dan tuntutan kemajuan kerja yang berkenaan. Kos termasuk kos tanah, semua kos bangunan langsung, dan lain-lain perbelanjaan pembangunan yang berkaitan, termasuk perbelanjaan faedah yang ditanggung sepanjang tempoh pembangunan yang aktif.
Tanah untuk pembangunan terdiri daripada tanah untuk pembangunan akan datang dan di mana tiada pembangunan penting dilaksanakan dan dinyatakan pada kos. Kos termasuk kos tanah dan perbelanjaan pembangunan yang berkaitan. Aset-aset ini dipindahkan ke pembangunan hartanah apabila kerja pembangunan penting telah dilaksanakan dan dijangka akan siap dalam masa kitaran operasi biasa.
(i) Kontrak Pembinaan dan Teknologi
Apabila hasil pencapaian sesuatu kontrak pembinaan dan teknologi dapat dijangka, pendapatan kontrak dan kos kontrak diiktiraf sebagai pendapatan dan perbelanjaan berdasarkan tahap penyudahan aktiviti kontrak pada tarikh lembaran imbangan. Tahap penyudahan ditentukan berdasarkan nisbah kos kontrak yang diperbelanjakan kepada jumlah kos yang dianggarkan.
Apabila hasil pencapaian sesuatu kontrak tidak dapat dianggarkan, pendapatan kontrak diiktiraf terhad kepada kos kontrak yang dianggarkan yang dapat dipulihkan. Kos kontrak diiktiraf sebagai perbelanjaan dalam tempoh ianya diperbelanjakan.
Jikalau jumlah kos kontrak dijangka melebihi jumlah pendapatan kontrak, kerugian yang dijangkakan tersebut akan diiktiraf sebagai perbelanjaan dengan serta-merta.
Baki ditunjukkan sebagai jumlah hutang daripada pelanggan kontrak apabila kos yang dikenakan atas kontrak ditambah keuntungan diiktiraf atau ditolak kerugian diiktiraf melebihi tuntutan kemajuan kerja. Baki ditunjukkan sebagai jumlah hutang kepada pelanggan kontrak apabila tuntutan kemajuan kerja melebihi kos dikenakan dicampur keuntungan diiktiraf atau kerugian diiktiraf.
NOTA-NOTA KEPADA PENYATA KEWANGAN
- 31 DISEMBER 2003 (SAMBUNGAN)2. DASAR-DASAR PERAKAUNAN PENTING (SAMBUNGAN) (j) Inventori
Inventori dinyatakan pada nilai terendah di antara kos (ditentukan pada asas masuk dahulu, keluar dahulu) dan nilai boleh direalisasi bersih.
Hartanah untuk penjualan semula dinyatakan pada nilai terendah di antara kos atau nilai boleh direalisasi bersih. Kos ditentukan pada asas pengenalan khusus dan termasuk kos tanah, pembinaan dan perbelanjaan pembangunan yang sewajarnya, termasuk perbelanjaan faedah yang ditanggung sepanjang tempoh pembangunan. Nilai boleh direalisasi bersih mewakili anggaran harga jualan ditolak semua anggaran kos untuk penyiapan dan anggaran kos yang akan dikenakan untuk pemasaran, jualan dan pengedaran.
(k) Tunai dan setara tunai
Bagi tujuan kegunaan di dalam penyata-penyata aliran tunai, tunai dan setara tunai termasuk tunai di tangan dan baki di bank dan deposit panggilan yang sedia ditukar kepada nilai tunai dengan risiko perubahan nilai yang tidak ketara, ditolak baki overdraf bank tertunggak.
(l) Pajakan
Pajakan diiktiraf sebagai pajakan kewangan jika ia memindahkan sebahagian besar risiko dan manfaat akibat daripada hakmilik. Pajakan-pajakan lain diklasifikasikan sebagai pajakan operasi.
Aset diambilalih secara sewabeli atau pajakan kewangan dinyatakan pada nilai setara dengan nilai terendah nilai saksama dan nilai semasa pembayaran pajakan minima pada permulaaan pajakan, ditolak susutnilai terkumpul dan kerugian rosotnilai. Liabiliti berkaitan dinyatakan dalam lembaran imbangan sebagai pinjaman. Dalam pengiraan nilai semasa pembayaran pajakan minima, faktor diskaun yang digunakan ialah kadar faedah yang terkandung di dalam pajakan bila ia boleh ditentukan secara praktikal, jika tidak, kadar pinjaman faedah peningkatan Syarikat digunakan.
Bayaran pajakan diagihkan di antara kos kewangan dan pengurangan baki liabiliti. Kos kewangan, yang mewakili perbezaan di antara keseluruhan komitmen pajakan dan nilai saksama aset diambilalih, diiktiraf dalam penyata pendapatan di sepanjang penggal pajakan berkenaan untuk menghasilkan kadar faedah berkala yang tetap atas baki tanggungan untuk setiap tempoh perakaunan.
Dasar susutnilai bagi aset pajakan adalah konsisten dengan susutnilai hartanah, loji dan peralatan seperti yang dinyatakan dalam Nota 2(g).
(m) Peruntukan bagi Liabiliti
Peruntukan bagi liabiliti diiktiraf apabila Kumpulan mempunyai kewajipan kini hasil daripada peristiwa lampau dan adalah berkemungkinan terdapat aliran keluar sumber yang mengandungi manfaat ekonomi yang diperlukan untuk menyelesaikan kewajipan tersebut dan anggaran yang munasabah boleh dibuat bagi jumlah tersebut. Peruntukan akan dikaji semula pada setiap tarikh lembaran imbangan dan diselaraskan untuk menggambarkan anggaran semasa yang terbaik. Di mana kesan nilai masa wang adalah penting, jumlah peruntukan adalah perbelanjaan yang dijangka perlu untuk menjelaskan kewajipan tersebut.
(n) Cukai Pendapatan
Cukai pendapatan atas keuntungan atau kerugian untuk tahun semasa terdiri daripada cukai semasa dan cukai tertunda. Cukai semasa mewakili cukai pendapatan yang dijangka akan dikenakan ke atas keuntungan tahun semasa yang boleh dicukai dan dikira pada kadar cukai yang berkuatkuasa pada tarikh lembaran imbangan.
Cukai tertunda diperuntukkan menggunakan kaedah liabiliti atas perbezaan sementara antara asas cukai dan nilai dibawa aset dan liabiliti pada tarikh lembaran imbangan. Mengikut prinsip, liabiliti cukai tertunda diiktiraf untuk semua perbezaan sementara yang boleh dicukai dan aset cukai tertunda diiktiraf untuk semua perbezaan sementara yang dibenarkan untuk taksiran cukai, kerugian cukai belum diguna dan kredit cukai belum diguna setakat mana