• Tidak ada hasil yang ditemukan

1. Tawaran Pengambilan adalah sah untuk setiap permohonan baharu Kad Kredit Hong Leong MATTA yang diserahkan di Pameran MATTA semasa Tempoh Kempen.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "1. Tawaran Pengambilan adalah sah untuk setiap permohonan baharu Kad Kredit Hong Leong MATTA yang diserahkan di Pameran MATTA semasa Tempoh Kempen."

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

KUALA LUMPUR MATTA FAIR MARCH 2015 Tempoh Kempen

Tawaran Pengambilan dan Penggunaan Kad Kredit Hong Leong MATTA adalah sah di

Pameran MATTA KL (“Pameran”) dari 13 March 2015 hingga 15 March 2015, termasuk kedua-dua tarikh (“Tempoh Kempen”), kecuali dimaklumkan sebaliknya.

Kelayakan

1. Tawaran Pengambilan adalah sah untuk setiap permohonan baharu Kad Kredit Hong Leong MATTA yang diserahkan di Pameran MATTA semasa Tempoh Kempen.

2. Tawaran Penggunaan adalah sah untuk semua Pemegang Kad Kredit Hong Leong MATTA sedia ada.

3. Kategori mereka yang berikut TIDAK layak menyertai Kempen ini:

a) Pemegang Kad yang tidak lagi memiliki mana-mana Kad Kredit Hong Leong yang sah atau Pemegang Kad yang mana akaun kad kredit mereka sedang/telah ingkar.

b) Pemegang Kad yang telah membatalkan Kad Kredit Prinsipal Hong Leong Bank (“HLB”) mereka dan telah memohon semula untuk Kad Kredit Prinsipal HLB baharu dalam tempoh 12 bulan selepas tarikh pembatalan tersebut.

c) Kakitangan tetap dan berkontrak Kumpulan Hong Leong (termasuk subsidiari dan syarikat berkaitnya); kakitangan mana-mana rakan niaga HLB, wakil atau agen (termasuk juruaudit luaran, vendor, pembekal, agen promosi dan pengiklanan) dan ahli keluarga terdekat mereka (seperti pasangan, anak, ibu bapa dan adik beradik).

Kaedah Kempen

A. Tawaran Pengambilan untuk Pemohon Baru Kad Kredit Hong Leong MATTA (“Pemohon Baru”)

1) Hadiah Permohonan

Selepas memohon untuk Kad Kredit Hong Leong MATTA baharu dengan serahan dokumen pendapatan lengkap, Pemohon Baharu layak mendapat hadiah serahan (“Hadiah Serahan”). “Dokumen pendapatan lengkap” bermaksud slip gaji 3 bulan terkini atau penyata rasmi KWSP untuk pemohon bergaji, dan penyata bank syarikat 6 bulan terkini untuk mereka yang bekerja sendiri. Hadiah Permohonan hanya boleh ditebus dari Ruang Pameran Hong Leong Bank di Dewan 2 & 3, PWTC, Kuala Lumpur pada bila-bila masa semasa Tempoh Kempen.

2) Hadiah Kelulusan

a) Setiap permohonan Kad Kredit Hong Leong MATTA yang diserahkan di Pameran semasa Tempoh Kempen, yang diluluskan akan layak menerima satu hadiah kelulusan yang berupa satu (1) beg troli kabin (“Hadiah Kelulusan”), tertakluk kepada perbelanjaan runcit minimum terkumpul RM1,000 (“Transaksi Kelayakan”) dalam masa 60 hari dari tarikh kad diluluskan. Kad Kredit mesti diluluskan pada atau sebelum 15 April 2015. (“Tempoh Diluluskan”).

(2)

b) Perbelanjaan runcit merangkumi pembelian runcit dan dalam talian tempatan dan antarabangsa, bayaran berulang, 0% Interest Easy Payment Plan (EPP) dan Zero Interest, Installment Plan (ZIIP).

c) Transaksi Kelayakan (“QT”) adalah berdasarkan kriteria berikut:

i. QT akan merangkumi pembelian runcit dan atas talian, arahan tetap, 0% Interest Easy Payment Plan (EPP) dan Zero Interest Installment Plan (ZIIP) dengan transaksi tempatan dan antarabangsa;

ii. QT tidak merangkumi insurans, pecahan perbelanjaan runcit dengan lebih daripada tiga (3) transaksi di saudagar yang sama pada hari yang sama, pendahuluan tunai, Balance Transfer (BT), Cash-on-Call (COC), Call-for-Cash (CFC), Flexi-Payment Plan (FPP), pindahan dana, yuran dan caj yang dikenakan oleh HLB;

iii. Amaun QT mestilah minimum RM1,000. EPP dan ZIIP akan dianggap sebagai satu QT berdasarkan amaun penuh yang dibelanjakan;

iv. Untuk Pemegang Kad Layak dengan kad tambahan, QT yang dilakukan menggunakan kad tambahan akan dimasukkan sebagai sebahagian QT prinsipal.

d) Hadiah Kelulusan dan Hadiah (dirujuk secara bersama sebagai “Hadiah”) disediakan atas dasar “Sedia Ada”. Visual Hadiah yang ditunjukkan dalam bahan bercetak dan/atau laman sesawang adalah sebagai ilustrasi sahaja. Dimensi luaran sebenar beg troli kabin ialah 19”.

e) Hadiah akan dihantar ke alamat pengebilan Pemegang Kad Layak di antara enam (6) hingga lapan (8) minggu selepas memenuhi syarat perenggan 2 (a) di atas. Sebarang permintaan untuk menghantar Hadiah ke alamat lain tidak akan dilayan.

f) Pelaksanaan dan penghantaran Hadiah disediakan dan disokong oleh penyedia khidmat pelaksanaan dibenarkan HLB, PCM Perfect Marketing Sdn Bhd (“PCM”), yang boleh dihubungi di Tel: 03-6280 1212 atau Talian Khidmat Pelanggan: 1300-80-0133 (dari 9.00pg-5.30ptg, Isnin hingga Jumaat).

g) Sekiranya Pemegang Kad Layak tidak menerima Hadiah tersebut, Pemegang Kad Layak bertanggungjawab untuk memaklumkan secara bertulis kepada cawangan HLB yang

berkenaan tidak lewat dari 15 Jun 2015 untuk memaklumkan mengenai ketidakterimaan Hadiah tersebut. Kegagalan berbuat demikian, HLB tidak boleh dipertanggungjawabkan dalam apa jua cara di atas ketidakterimaan Hadiah tersebut oleh Pemegang Kad Layak.

3) Rebat Tunai RM50

Pemegang Kad Baharu MATTA - Hong Leong Credit Card “Kepada Bank yang baru diluluskan” dan Pemegang Kad Sedia Ada Kepada Bank yang melakukan satu (1) leretan runcit dalam masa 45 hari selepas tarikh kad diluluskan layak mendapat rebat tunai RM50 (“Rebat”). Ia akan

(3)

diberikan sekali sahaja tanpa mengambilkira jumlah Kad Kredit HLB yang dimohon dan diluluskan semasa Tempoh Kempen.

a) Rebat Tunai RM50 akan dikreditkan ke dalam akaun Kad Kredit Prinsipal dalam tempoh lapan (8) minggu dari tarikh kad diluluskan.

b) Pemegang Kad “Baharu Kepada Bank” ditakrifkan sebagai pemegang kad baharu yang tidak memiliki sebarang kad kredit sedia ada Hong Leong Bank/bekas EON Bank atau tidak

membatalkan sebarang kad kredit sedia ada Hong Leong Bank/bekas EON Bank dalam tempoh 12 bulan lepas.

c) Pemegang Kad “Sedia Ada Kepada Bank” ditakrifkan sebagai pemegang kad kredit sedia ada Hong Leong Bank/bekas EON Bank atau pemegang kad kredit Hong Leong Bank/bekas EON Bank yang telah membatalkan kad kredit sedia ada Hong Leong Bank/bekas EON Bank dalam tempoh 12 bulan lepas.

4) Pengecualian Yuran Tahunan

a) Sah untuk pemegang kad yang baru diluluskan dengan satu (1) leretan runcit dalam masa 45 hari dari tarikh kad diluluskan. Pengecualian yuran tahunan seterusnya tertakluk kepada syarat-syarat pengecualian yuran tahunan sedia ada.

b) Untuk maklumat lanjut, rujuk laman produk Kad Kredit MATTA di laman sesawang HLB di www.hlb.com.my.

5) Masuk Percuma ke Pameran MATTA melalui Laluan Ekspres VIP

a) Masuk percuma melalui Laluan Ekspres VIP yang disediakan untuk setiap Pemohon Baharu dan seorang (1) tetamu selepas memohon untuk mendapatkan kad di Ruang Pameran Hong Leong Bank semasa Tempoh Kempen.

b) Pemohon Baharu boleh menebus kemasukan percuma atau pembayaran balik kemasukan berbayar dengan menyerahkan replika Kad Kredit Hong Leong MATTA yang diberikan semasa memohon di Kaunter Tiket Pameran MATTA.

c) Ia hanya sah untuk permohonan Kad Kredit Hong Leong MATTA yang dilakukan di Ruang Pameran Hong Leong Bank di Dewan 2 & 3 PWTC Kuala Lumpur, hanya semasa Tempoh Kempen.

B. Tawaran Penggunaan untuk Pemegang Kad Kredit Sedia Ada Hong Leong MATTA (“Pemegang Kad”)

1) Masuk Percuma ke Pameran MATTA melalui Laluan Ekspres VIP

Masuk percuma ke Pameran melalui Laluan Ekspres VIP yang disediakan untuk setiap Pemegang Kad Kredit Sedia Ada Hong Leong MATTA dan seorang tetamu. Pemegang Kad dikehendaki menunjukkan Kad Kredit Hong Leong MATTA mereka di Kaunter Tiket Pameran MATTA untuk menebus tiket masuk percuma.

2) Masuk Percuma ke Lounge Premium Kad Kredit Hong Leong MATTA dengan Makanan & Minuman Percuma

(4)

Setiap Pemegang Kad layak menebus satu kupon F&B untuk memasuki Lounge Premium Kad Kredit Hong Leong MATTA di Kaunter Tiket Pameran MATTA.

3) Zero Interest Installment Plan 12-bulan

Eksklusif untuk Pemegang Kad dengan perbelanjaan minimum RM1,000 dalam satu resit semasa Pameran. Pemegang Kad boleh memohon dengan menghubungi 03-7626 8899 atau kunjungi mana-mana Cawangan Hong Leong Bank dalam masa 7 hari selepas Pameran. 4) Tebus Hadiah Penggunaan dengan Perbelanjaan Minimum RM1,500 dan ke atas a) Pemegang Kad dengan perbelanjaan minimum RM1,500 dalam satu resit semasa Pameran

boleh menebus Penimbang Bagasi Digital (“Hadiah Penggunaan”) di Ruang Pameran Hong Leong Bank di Dewan 2 & 3, PWTC Kuala Lumpur. Pengumpulan resit dalam gandaan RM1,500 dari transaksi di lokasi saudagar yang sama tidak dibenarkan.

b) Terhad kepada 300 Pemegang Kad pertama sepanjang Pameran dan akan diberikan atas dasar siapa cepat.

c) Setiap Pemegang Kad yang memenuhi syarat perbelanjaan hanya berhak mendapat satu (1) Hadiah Penggunaan pada hari yang sama.

5) Tebus Hadiah Premium dengan Perbelanjaan Minimum RM6,000 dan ke atas

a) Pemegang Kad dengan perbelanjaan minimum RM6,000 dalam satu resit semasa Pameran boleh menebus Beg Troli Valentino Creation (“Hadiah Premium”) di Ruang Pameran Hong Leong Bank di Dewan 2 & 3, PWTC Kuala Lumpur. Pengumpulan resit dalam gandaan

RM6,000 dari transaksi di lokasi saudagar yang sama pada hari yang sama tidak dibenarkan. b) Hadiah Premium terhad kepada 150 unit sepanjang Pameran dan akan diberikan atas dasar

siapa cepat.

c) Setiap Pemegang Kad yang memenuhi syarat perbelanjaan hanya berhak mendapat satu (1) Hadiah Premium pada hari yang sama.

Am

1. Semua tawaran di sini adalah terhad kepada satu penebusan hadiah untuk setiap Pemegang Kad atau Pemohon Baharu sehari, atas dasar siapa cepat dan sah selagi stok masih ada.

2. Hadiah Kelulusan, Hadiah penggunaan dan hadiah Premium dirujuk secara bersama sebagai “Hadiah”.

3. Hadiah disediakan atas dasar 'Sedia Ada'. Visual Hadiah yang ditunjukkan dalam bahan bercetak dan/atau laman sesawang

adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Sebarang hiasan, aksesori atau peralatan yang dipaparkan bersama Hadiah dalam sebarang bahan bergambar adalah sebagai hiasan sahaja dan tidak membentuk sebahagian daripada Hadiah

(5)

5. Dengan menyertai Kempen ini, Pemegang Kad dan Pemohon Baharu: a) bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat yang terkandung di sini; b) bersetuju bahawa sebarang pembalikan Transaksi Layak akan dikecualikan;

c) bersetuju bahawa semua rekod transaksi di dalam atau di luar Malaysia yang dirakamkan oleh sistem HLB semasa Tempoh Kempen adalah tepat dan muktamad;

d) bersetuju bahawa keputusan HLB mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad, konklusif dan mengikat ke atas semua Pemegang Kad. Sebarang surat-menyurat dan/atau rayuan tidak akan dilayan;

e) memberi kebenaran kepada HLB untuk mendedahkan atau menerbitkan nama dan/atau nombor KP mereka (dalam bentuk terlindung) di laman sesawang HLB;

f) bersetuju untuk mengambil bahagian dalam penyerahan hadiah, temubual atau sebarang acara publisiti yang diperlukan oleh HLB tanpa sebarang pampasan;

g) bersetuju untuk melayari laman sesawang HLB di www.hlb.com.my secara tetap untuk menyemak Terma dan Syarat Kempen, dan untuk memastikan mereka mengetahui maklumat terkini mengenai sebarang perubahan atau variasi kepada Terma dan Syarat; dan

6. HLB berhak untuk membatalkan mana-mana atau semua Hadiah Penggunaan atau Premium serta Rebat Tunai sekiranya terdapat ketidakpatuhan terma dan syarat yang terkandung di sini. 7. HLB tidak bertanggungjawab dan tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk:

a) sebarang hadiah yang rosak atau defektif atau terlibat mahupun terbabit dengan sebarang pertikaian oleh Pemegang Kad atau Pemohon Baharu dengan pengeluar; dan

b) sebarang kegagalan atau kelewatan dalam penyerahan permohonan kad kredit.

8. Akaun Kad Kredit Pemegang Kad mesti sah/aktif, memiliki rekod yang baik dan tidak memungkiri mana-mana terma dan syarat Kempen ini dan/atau Perjanjian Pemegang Kad semasa pemberian hadiah yang dinyatakan di atas.

9. HLB juga berhak untuk menambah, memadam, menggantung atau meminda terma dan syarat Kempen ini, sepenuhnya atau sebahagiannya, dan berhak untuk menamatkan Kempen ini, dengan cara memaparkannya di laman sesawang, atau menggunakan sebarang kaedah lain yang dianggap sesuai oleh HLB untuk memberikan notis kepada Pemegang Kad mengenai penambahan, pemadaman atau pemindaan terma dan syarat tersebut atau penamatan

(6)

10. Terma dan syarat yang terkandung di dalam dokumen ini adalah tertakluk di bawah dan dibentuk selaras dengan undang-undang Malaysia dan pelanggan bersetuju untuk berserah kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia.

11. Sebagai tambahan kepada terma dan syarat yang dinyatakan di atas, Pemegang Kad dan Pemohon Baharu bersetuju bahawa terma dan syarat am di dalam Perjanjian Pemegang Kad akan dibaca bersama terma dan syarat ini sebagai perjanjian keseluruhan. Sebarang

percanggahan di antara terma dan syarat ini berbanding terma dan syarat am yang terkandung di dalam Perjanjian Pemegang Kad, terma dan syarat khusus di atas akan berkuat kuasa.

12. Sekiranya terdapat percanggahan di antara terma dan syarat ini berbanding sebarang bahan pengiklanan, promosi, publisiti dan sebarang bahan lain yang berkaitan dengan atau mengenai Kempen ini, terma dan syarat muktamad di laman sesawang HLB akan berkuat kuasa.

Referensi

Dokumen terkait

sumber tidak berada dalam posisi aman, dan (e) tiga sambungan yang hams dilepaskan pada posisi sumber yang arnan yaitu antara kabel kendali dan pigtail, antara rumah kabel kendali

Komposisi kimia dan produksi hijauan sangat berpengaruh terhadap produktivitas ternak, ternak yang dilahirkan pada musim panas umumnya memiliki bobot badan yang rendah, produksi

pembelajaran, dengan tujuan penyusunan bahan ajar dapat terarah sesuai dengan metode yang dipilih. Salah satu metode pembelajaran yang dapat digunakan adalah

Salah satu usaha yang dapat dilakukan oleh guru untuk mengatasi persoalan yang telah disebutkan di atas adalah memilih suatu pendekatan, strategi, metode, atau model

 Kad Pendaftaran Pelajar akan disediakan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran pelajar baharu.  Kad Pendaftaran Pelajar WAJIB dipakai di dalam kawasan kampus.  Kad

 Bagi melayakkan diri untuk menyertai Kempen ini, Pemegang Kad Layak mestilah memohon Kad Layak melalui laman web HLB di www.hlb.com.my (“Laman Web HLB”) atau Perbankan

 Kad Pendaftaran Pelajar akan disediakan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran pelajar baharu.  Kad Pendaftaran Pelajar WAJIB dipakai di dalam kawasan kampus.  Kad

Pemegang Kad dan Pemegang(-Pemegang) Kad Tambahan masing-masing memberikuasa kepada Bank, samada sebelum atau selepas pemberhentian penggunaan Kad Kredit tersebut, untuk menahan wang