• Tidak ada hasil yang ditemukan

SAPULUT NEWSLETTER. Pesanan daripada MDO. Jilid 4/2019, Isu Disember 2019

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SAPULUT NEWSLETTER. Pesanan daripada MDO. Jilid 4/2019, Isu Disember 2019"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Bringing Back The Natural Forest and Managing It Sustainably

SAPULUT NEWSLETTER

Jilid 4/2019, Isu 14

Visi

Memulihkan hutan semula jadi dan menguruskannya secara mampan

Matlamat Dasar

Membekal sumber kayu kayan yang konsisten, me-nepati jangkaan dan mampan dari hutan NFM dan ITP (BASIL)

Nilai-Nilai Dasar

Melakukan perkara yang betul, walaupun tiada sesiapa yang mengetahui;

Cinta dan hormat pada diri sendiri, rakan-rakan dan alam semulajdi;

Mengiktiraf dan menggalakkan kerja berpasukan, dan tidak pernah mengecewakan ahli-ahli pasukan; Peningkatan dan pembaharuan diri dan Sapulut

yang berterusan melalui proses latihan dan pembelajaran, dan mempraktikkan "Saya lihat, Saya berfikir dan Saya lakukan"

Disiplin - disiplin diri, pemikiran dan tingkah laku yang berdisiplin;

Melaksanakan tugasan biasa dengan hasil yang luar biasa dan memuaskan;

Mengetahui peraturan-peraturan, dan tahu bagaimana untuk memecahkannya dengan cara yang betul.

Cetusan idea adalah mudah tetapi pelaksanaan adalah segala-galanya. Ia memerlukan pasukan untuk menjayakannya.

Dikemaskini pada 21 Mei 2018 oleh En. Norman Wong

31 Disember 2019

Sepanjang kami menerbitkan buletin ini, kami sentiasa mencari cara untuk

memperbaiki dan memaparkan kandungan yang anda dapati menarik

dan bermanfaat.

Cara terbaik bagi kami untuk membuat buletin ini dengan lebih baik adalah dengan mendengar dari anda. Kami gembira untuk mendapatkan apa-apa maklumbalas, artikel atau cadangan yang

anda fikirkan perlu dimasukkan. Anda boleh e-mel kepada kami di

[email protected] atau masukkan apa-apa maklum balas di

dalam kotak cadangan yang disediakan di Kompleks Perhutanan.

www.sapulut.com.my

Pesanan daripada MDO

2019 merupakan tahun yang tidak mudah, tetapi saya berharap dapat melihat kembali dan mengin-gatinya sebagai tahun yang baik, sebagai permulaan tahun baru untuk Sapulut.

Antara perubahan-perubahan yang kita hadapi tahun ini:

1. Pengarah Urusan kita telah dinamakan sebagai Presiden untuk Timber Association of Sabah (TAS).

2. Kita telah mengambil langkah-langkah untuk menjadi sebuah organisasi Lean Six Sigmasatu langkah besar dalam mewujudkan budaya prestasi.

3. Kita berada di ambang untuk memperolehi pensijilan untuk ITP bagi mencerminkan prestasi berterusan kita di kawasan NFM.

4. Kita telah menubuhkan unit Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), yang ditugaskan untuk membawa ITP kita ke tahap prestasi kelas dunia.

5. Kita akhirnya komited untuk menaik taraf nurseri dan perkakasan kita, utuk mencerminkan niat kita untuk mencapai ini.

6. MIS telah membangunkan PRISM, HRIS dan mempunyai rancangan untuk peningkatan utama kepada LFISO dan LFRES pada awal tahun baru.

7. Pasukan akaun telah membuat perubahan ketara ke system kita, membolehkan kita mengesan dan menguruskan perbelanjaan yang lebih baik dari sebelumnya.

8. Akhirnya kita telah melancarkan laman web Sapulut, penyumbang utama untuk menyebarkan visi kita untuk membawa balik hutan semula jadi dan menguruskannya secara lestari.

Tidak satu pun dari ini adalah mudah, ia telah mengambil seluruh pasukan turut serta dalam latihan selepas waktu bekerja. Ianya telah mengambil beberapa jam komitmen. Ia telah mengambil pemim-pin dan pasukan yang berazam untuk membuat perubahan ini terjadi. Ia telah mengambil pemimpemim-pin membuka hati dan diri mereka denga cara pemikiran baru, berkomitmen untuk mempercayai diri mereka dan lebih penting lagi, pasukan mereka.

Dengan itu, semua penambahbaikan mempunyai satu tema yang sama iaitu ianya semua adalah permulaan.Langkah pertama. Ia akan mengambil penambahbaikan dan komitmen yang berterusan dari kita untuk terus mencapai lebih banyak. Tahun depan juga tidak akan menjadi tahun yang mu-dah bagi kita. Kita sedang membuat perubahan besar kepada cara kita mengendalikan ITP. Pasu-kan operasi perlu menangani cabaran yang mempunyai banyak tapak penuaian kerana kita aPasu-kan beralih ke kawasan timur NFM. Pasukan komuniti akan menjadi rajin seperti biasa kerana kita menghadapi cabaran ekonomi yang perlahan yang mempengaruhi kita dan orang-orang sekeliling kita.

Sebagai Presiden TAS, kebanyakan masa MD pada tahun ini dihabiskan untuk memastikan kita tidak perlu risau tentang cabaran dari luar dan kita mempunyai strategi untuk bergerak maju dalam visi kita. Perubahan kerajaan telah memberi kami cabaran dan peluang baru, kita juga mempunyai laluan yang lebih jelas untuk melihat melalui projek bangunan CLT pertama yang dibuat dengan kayu yang ditanam di Sabah.

Kemajuan sedemikian tidak akan terjadi tanpa komtimen di phaknya dan juga komitmen pemimpin kita di pejabat dan kem. Bagi semua kemajuan yang telah kita lakukan, saya bersyukur. Bagi se-mua kekurangan kita, saya menawarkan komitmen peribadi saya untuk melakukan yang lebih baik. 2019 adalah tahun permulaan yang baru. Marilah kita membuat 2020 tahun komitmen untuk kema-juan.

Bryant Wong, Pengurus Besar 31 Disember 2019

(2)

Fasa 6 Latihan dan Bimbingan Lean Six Sigma ~ Edward Lee

Latihan dan Bimbingan Lean Six Sigma diteruskan dalam Jabatan Timber Harvesting Support Services (THSS) dari 25 November 2019 hingga 12 Disember 2019 di pejabat Central Stumping. Para peserta yang menyertai latihan ini ialah Fredolin Martin, Jimmy AK Wesley, Yukor Lami-nit, Deepavali Ansagu, Samsur Samat, Siti Muslamah Binti Buntung, Vernon Bin Joseph, Udi Undoh dan Jerome Gotonis. Para peserta dilatih meng-gunakan sukatan pelajaran yang sama seperti kumpulan terdahulu. Kali ini latihan memfokuskan kepada proses jualan kayu di Central Stumping dan penutupan kompartmen NFM. Pasukan itu mendapati bimbingan ini meningkatkan kerja mereka dan boleh mengesan pembaziran dalam proses mereka. Ucapan penutupan telah diberikan oleh Norman Bandara sebagai Ketua THSS.

Gambar 5: Acara Kaizen—Yukor mengundi bagi punca masalah berpo-tensi yang boleh ditambah baik.

Gambar 6: Fredolin mengetuai pasukan dalam sesi brain storming untuk mencari penyelesaian punca masalah yang berpotensi.

5 6

1 2

Gambar 1 & 2 : Cabaran Marshmallow oleh Fredolin dan pasukannya (sebelum dan selepas).

3 4 Gambar 3 : Perbincangan PDCA diketuai oleh Vernon.

Gambar 4 : Perbincangan untuk Carta Top Down.

7 8

Gambar 7: Permainan Spot Dot Game dengan konsep kanban in place. Gambar 8: Foto kumpulan para peserta dengan sijil mereka.

Lawatan ke Sabah Softwood Berhad

Lawatan ke Sabah Softwood Berhad (SSB) telah dijalankan pada 15 Oktober sehingga 17 Oktober 2019. Terdapat 7 staf yang telah mengambil bahagian dalam lawatan ini iaitu Hue Su Wah, Peter Philip, Matthew Ngui, Edward Lee, G. Ary Michael, Nurvi Vinson and Kuliman Tambuloi. Tujuan lawatan ini adalah untuk:

A) Memerhatikan penggunaan bahan kimia untuk rumpai perosak untuk di lapangan. B) Memahami dan mempelajari proses perancangan sebelum penyemburan.

(3)

ROBONEO

Roboneo ialah acara tahunan yang dianjurkan oleh Kinabalu Coders dengan kerjasama Politeknik KK serta Kementerian Pendidikan dan Inovasi. Tahun ini, acara tersebut telah dianjurkan dari 21 November 2019 sehingga 24 November 2019. Sapulut, buat pertama kalinya menyertai acara diluar dari bidang perhutanan telah diwakili oleh Mohd Ridhuan, Nabil, Norazma dan Nurdiana. Pengalaman yang diperoleh amatlahmembuka minda di-mana acara tersebut telah menarik minat peminat-peminat tegar dunia robotik, pengaturcaraan dan artificial intelligence dari pelbagai lapisan masyarakat seperti murid-murid sekolah, guru-guru dan ibubapa. Objektif utama acara tersebut adalah untuk menghubungkan komuniti-komuniti melalui teknologi melalui beberapa kategori berikut :



IoT & Machine Learning Workshops



Robotracer (Open & Youth) - Line Tracking Challenge



RBN-AI - Self-Driving Car Challenge



RBN-ROV - Remotely Operated Underwater Vehicle Challenge



RBN-SUMO500 - Sumo-Bot Challenge (500g)



RBN-SUMO3000 - Sumo-Bot Challenge (3kg)



RBN-DRONE - Surveillance Drone Challenge

Sesi amali dalam acara tersebut telah dibahagikan kepada 2 sesi. Sesi yang pertama ialah fokus pada Internet of Thing (IoT). Dalam sesi ini, peserta didedahkan kepada sebuah alat pemprosesan yang dinamakan sebagai Raspberry Pi. Terdapat banyak inovasi teknologi yang telah dikecapi melalui penggunaan Raspberry Pi, antaranya ialah Stesen Kaji Cuaca mudah-alih, Alat Kawalan Cuaca Mikro dan sebagainya. Walaubagaimanapun, objektif utama latihan amali tersebut adalah mengetengahkan cara-cara Raspberry Pi itu boleh diprogramkan serta mengenal pasti potensi-potensi lain kegunaan Raspberry Pi. Antara potensi-potensi yang telah dikenal pasti ialah pemasangan kamera Sense HAT yang membolehkan Raspberry Pi merekod data-data seperti suhu, kelembapan dan tekanan udara. Raspberry Pi juga sinonim dengan perkataan IoT atau Internet Of Thing kerana kebolehannya menghantar data melalui rangkaian internet. Pada tahap ini, Raspberry Pi lebih popular digunakan sebagai alat bantu-ajar asas se-hingga seseorang itu telah mahir dan mampu menaiktaraf kealat-alat yang lebih canggih dan baik.

Machine Learning pula ialah topic amali untuk sesi kedua. Machine Learning bererti keupayaan mesin untuk belajar dan diajar. Sebagai contoh, para peserta telah didedahkan dengan sebuah replika kereta yang mampu memandu dengan sendirinya. Caranya ialah, pemandu akan memandu kereta beberapa kali mengelilingi litar yang telah disediakan. Video dan data-data lain sepanjang litar itu akan direkod oleh perakam-perakam yang telah dipasang pada kereta itu. Program tersebut akan merumuskan corak dan criteria pemanduan kepada 1 arahan yang boleh ianya ikuti tanpa dibantu oleh pemandu.

Terdapat juga pertandingan-pertandingan lain sepanjang acara tersebut. Antaranya ialah Sumo Challenge di mana 2 robot akan diletakkan di sebuah gelanggang bulat. Pada tiupan wisel tanda bermula, kedua robot tersebut dengan program yang sedia ada, dibantu oleh pengesan-pengesan yang telah dipasang pada robot tersebut untuk mengesan pihak lawan dan cuba menolak pihak lawan sehingga terkeluar dari gelanggang. Acara pertand-ingan lain termasuklah juga drone, kapal selam dan lumba kereta.

Sebagai ringkasan, acara tersebut adalah pembukamata pada reality bahawa rakyat Sabah tidaklah juga terlalu ketinggalan dalam pengejaran teknologi. Ada antaranya menjadikan IoT dan artificial intelligence sebagai hobi masa lapang tanpa mengira umur.

Oleh: Jabatan Managament Information System (MIS)

Gambar 1: Nabil berinterkasi dengan Rasberry Pi Interface

Gambar 2: Raspberry Pi dengan modul kamera

Gambar 3: Raspberry Pi dengan modul Sense HAT

Gambar 4: Salah seorang peserta menguji Kapal Sumo di dalam gelanggang.

Gambar 5: Kenderaan memandu sendiri di trek. Gambar 6: Bot Toolkit

1 2 3 4

(4)

Lawatan daripada Kumpulan Jane Manjaji

Sapulut telah menerima lawatan yang terdiri daripada 13 orang yang diketuai oleh Pn. Jane Manjaji dari Kota Kinabalu pada 30 Oktober 2019 sehingga 01 November 2019. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengeta-hui akan pengurusan hutan di Sapulut atau dikenali sebagai FMU 14. Sepanjang dua hari dan satu malam, mereka dapat melakukan aktiviti-aktiviti termasuklah mendaki ke Salt Lick dan melawat tapak NFM dan BASIL untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai sistem penuaian dan penanaman FMU 14. Kumpulan ini juga diperkenalkan dengan tra-disi Murut dan memberi taklimat mengenai sejarah legenda Batu Pung-gul melalui lawatan di rumah Ketua Kampung di Kampung Tataluan. Pada akhir lawatan itu, kumpulan itu mengucapkan terima kasih atas pengalaman dan perkhidmatan dari Sapulut. Mereka juga menyatakan hasrat untuk melawat semula kampung tersebut pada Disember 2019 dengan beberapa sumbangan serta merancang untk mendaki batu Punggul.

Oleh: Jeffica Jaihon & Lyevivialyne Sopital Mendaki ke Salt Lick.

Lawatan ke kawasan penanaman BASIL dan tapak penuaian NFM.

(5)

Borneo Forestry Cooperative:

Tinjauan Operasi Penuaian—Sapulut Forest Development Sdn Bhd

Lawatan 2 hari ini dilakukan oleh Bruce Calder, Penasihat Penuaian, ke Sapulut Forest Development Sdn Bhd dari 04 November hingga 05 Novem-ber 2019 sebagai sebahagian daripada Program Sokongan Boden & Associates 2019 di bawah naungan Borneo Forestry Cooperative.

Objektif-objektif lawatan:

 Meninjau operasi penuaian dengan tujuan untuk meminimumkan pemadatan tanah di kayu keras tropika bercampur.  Menilai peralatan kontraktor dengan tujuan untuk mengoptimumkan produktiviti dan meminimumkan kerosakan tanah.  Menyemak perancangan penuaian.

 Mengesyorkan operasi penuaian untuk kawasan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) (CPT 218) untuk meminimumkan kerosakan tanah.  Meninjau potensi 3 buah yarders yang berada di bengkel.

Lawatan ini termasuk perkara-perkara berikut:

 Melawat operator pengekstrakan penuaian di CPT 220 B.  Menilai peralatan pengekstrakan kayu milik kontraktor, Sim Gaya.  Melawat CPT 194 untuk tumbangan secara ’clear fell’ pada tahun 2020.  Melawat ruang R&D di CPT 218A.

 Menjalankan bengkel perancangan di CPT 41 dengan merancang pasukan GIS dan kontraktor.  Melawat bengkel dan memeriksa kabel yarders.

Hasil daripada lawatan ini, mereka telah mencadangkan supaya sistem penuaian dikekalkan berdasarkan pengekstrakan oleh bulldozer tetapi aspek berikut dilaksanakan untuk memastikan kerosakan ke tapak dan tanah disimpan pada tahap minimum dan ia digunakan di bawah system ‘clear fell’ dan bukan sistem pengurusan silvikultur BASIL. Aspek-aspek berikut disyorkan:

 Menetapkan perancangan penuaian dengan semua jabatan yang terlibat.

 Mewujudkan borang perancangan penuaian yang membolehkan semua pihak menambah input.  Pengawasan dan kawalan yang lebih baik diperlukan dengan fokus pada gangguan tanah.

 Menetapkan tanggungjawab dan akauntabiliti untuk semua pihak yang terlibat akan membantu membangunkan operasi penuaian yang lebih berkesan.

 Rancang untuk membaiki dan menjaga yarders dan penanda aras bagi kos dan pengeluaran di penanaman getah atau di kayu kecil yang lain di masa akan datang.

 Komunikasi terbuka dengan kontraktor untuk bekerjasama.

 Pada setiap hari, perbincangkan trek pengekstrakan dan operasi yang digunakan hari sebelumnya dan hasil perbincangan digunakan untuk melaksanakan penambahbaikan.

(6)

SAPULUT bangga kerana dipilih oleh Malaysian Timber Council (MTC) untuk lawatan mereka bersama para wartawan asing dari United Kingdom, China, Korea Selatan, Australia, Afrika Selatan dan Belanda pada 22 November hingga 23 November 2019. Tujuan utama lawatan mereka adalah untuk mendapatkan wartawan antarabangsa membiasakan diri dan melihat amalan pengurusan hutan di Malaysia khususnya di Sabah.

Pada hari pertama di Sapulut, delegasi diberikan taklimat oleh Pegawai Hutan Daerah Ulu Segama Malua, Robert Mijol, yang mewakili Jabatan Perhutanan Sabah dengan pembentangan bertajuk "Usaha pemuliharaan di Sabah dan Pemulihan Hu-tan di HuHu-tan Simpan Bukit Piton". Selepas itu, taklimat oleh Sapulut yang dibenHu-tang- dibentang-kan oleh Teddy Sius, bercakap tentang konsep Unit Pengurusan Hutan (FMU) di Sabah dan pelaksanaan dalam konteks Sapulut. Kemudian delegasi dibawa ke la-pangan untuk melihat operasi Pengurangan Log Impak (RIL) di bawah Kawasan Pengurusan Hutan Semulajadi (NFM) dan kemudian dibawa ke kawasan Penanaman Pokok Industri (ITP) untuk melihat penanaman BASIL yang ditanam dengan Red Laran dan Albizia

Keesokan harinya, delegasi itu telah dibawa melawat Kampung Tataluan untuk mem-berikan mereka pengalaman budaya, kehidupan, dan makanan masyarakat setem-pat. Di sana, mereka dihiburkan oleh tarian kebudayaan masyarakat Murut dan dihi-dangkan makanan Murut tempatan. Delegasi juga diberi peluang untuk menari den-gan penduduk kampung. Lawatan mereka berakhir pada tengah hari, di mana mereka akan balik ke Kota Kinabalu. Sebagai tanda penghargaan dan perpisahan, masyarakat setempat 'berkata selamat tinggal' kepada delegasi dengan memainkan 'Gong'. Dengan lawatan ini terutama bagi wartawan asing, ia memberikan gambaran yang jelas dan tepat tentang bagaimana Sabah menguruskan Hutan Simpan di bawah konsep FMU, bukannya berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada sumber yang tidak boleh dipercayai. "Melihat adalah Percaya".

By: Teddy Sius, FMU Executive Manager

Lawatan Malaysian Timber Council (MTC) dan Wartawan

Asing ke Sapulut (FMU14)

Taklimat mengenai Pelan Penuian Komprehensif dan Operasi Logfisher oleh Isidro Genson (Ketua Pasukan Penyelia RIL).

Taklimat oleh Norman Bandara mengenai operasi stumping sebagai sebahagian daripada ‘Chain of Custody’.

Delegasi melawat kawasan penanaman BASIL dan mendengar

taklimat yang diketuai oleh Peter Philip dan pasukannya. Delegasi mengambil peluang untuk bergambar dengan penduduk kampung berpakaian pakaian tradisi kaum Murut.

www.sapulut.com.my

Terima kasih atas tahun kejayan dan kerjasama

yang hebat di syarikat ini. Kita akan berjumpa lagi

di Tahun Baru dengan idea-idea dan tenaga yang

baru.

Diharap permulaan baru menandakan bab baru

diisi dengan halaman kejayaan dan kebahagiaan,

yang ditulis oleh dakwat kerja keras dan kepintaran.

Daripada:

Referensi

Dokumen terkait

Sistem informasi yang dikembangkan pada penelitian ini dapat digunakan untuk penyebarluasan informasi peta Rencana Tata Ruang Wilayah (RTRW) di Kabupaten

LETJEN SUPRAPTO CEMPAKA BARU JAKARTA PUSAT, TELP.. FARIDA

Sebaliknya, tanaman yang disemprot dengan formula minyak cengkeh dan bubur bordo, menunjukkan tinggi tanaman, bobot segar dan kering terna yang lebih rendah dari

Ada 4 (empat) hal penting yang harus dipahami oleh seorang project manager ketika melaksanakan suatu proyek, yaitu cakupan proyek (project scope), waktu pelaksanaan proyek

Kebijakan Pemerintah Pusat dalam program visi dan misi Nawa Cita lewat Kementerian Perhubungan dan Pemerintah Daerah Provinsi Papua dan Kota Jayapura dalam program

Persamaan regresi linier sederhana merupakan suatu model persamaan yang menggambarkan hubungan satu variabel bebas/ predictor (X) dengan satu variabel tak

Lokasi identifikasi flood shelter berada di DAS Beringin Semarang yang terdiri dari 6 Kelurahan yaitu Kelurahan Wates, Kelurahan Wonosari, Kelurahan Mangunharjo, Kelurahan

Hasil penelitian menunjukkan bahwa kapasitas dan efisiensi adsorpsi terbesar dihasilkan oleh adsorben H yang terbuat dari ampas tebu dengan aktivasi asam (ATA).. Pada nisbah