• Tidak ada hasil yang ditemukan

SINEMA MALAYSIA DALAM TAHUN 2014 YANG TE

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SINEMA MALAYSIA DALAM TAHUN 2014 YANG TE"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

SINEMA MALAYSIA TAHUN 2014: YANG TERBAIK DATANG DARI MANA?

oleh Hassan Abd Muthalib

Tahun 2014 menjanjikan pelbagai harapan kepada Sinema Malaysia. Filem The Journey arahan Chiu Keng Guan mencatat kutipan yang luar biasa (RM17 juta). Filem-filem arahan tiga pengarah muda ditayangkan di Festival Filem Tokyo: Lelaki Harapan Dunia (Liew Seng Tat), River of Exploding Durians (Edmund Yeo) dan Terbaik Dari Langit (Nik Amir Mustapha). Filem epic, Hanyut oleh U-Wei Hajisaari ditayangkan secara komersil di Indonesia.

Beberapa karyawan filem yang sudah mengarahkan filem-filem pertama mereka diberi peluang untuk terus berkarya. Bernard Chauly melahirkan

Manisnya Cinta di Cappadocia dengan menggunakan pendekatan popular tetapi dengan skrip dan garapan yang sangat mantap. Ini merupakan filem terbaik Bernard setakat ini.

Syafique Yusof tidak mengecewakan dengan filem keduanya, Abang Long Fadil yang menggabungkan aksi, komedi dan drama, mengetengahkan budaya manusia kampong di tengah-tengah kotaraya. Liew Seng Tat melalui Lelaki Harapan Dunia, memperlihatkan keperihatinannya tentang beberapa aspek sosio-politik yang sedang melanda negara dengan membawa pelbagai kesan buruk dalam perhubungan etnik.

Ramai juga muka baru yang muncul sebagai pengarah. Cerita dan penceritaan mereka juga cuba lari dari gaya filem-filem arus perdana yang seringkali ‘membodohkan’ penonton. Lambakkan filem-filem murahan - yang mendapat gelaran ‘filem sampah’ - telah mencairkan industri dan merudumkan kutipan tiket dan juga penjualan DVD, terutama bagi filem-filem berbahasa Melayu. Keadaan ini memberi tempias dan menggugat karyawan-karyawan filem baru untuk terus bertapak di dalam industri. (Nik Amir juga merujuk kepada ini melalui dialog Nam Ron dalam TDL:

“Lain kali buat filem, buatlah filem bagus. Ni buat filem sampah!“

(2)

ramai lagi pengarah baru muncul, di antaranya, Ryon Lee (penulis skrip The Journey) dengan filemnya, Seventh, yang bersandarkan budaya orang-orang Cina dalam hal kematian. Felix Tan dan Kethsvin Chee pula membuat kejutan dengan ‘filem realiti’ tanpa skrip melalui The Cage – satu eksperimen yang sangat menarik. Pembikin kedua-dua filem ini tidak menjadi hamba kepada tuntuan arus perdana, ia itu, ‘memberi apa yang dikehendakki penonton’.

Kemunculan Karyawan Generasi Baru

Tahun in memperlihatkan beberapa karyawan filem Melayu muncul. Syamil Othman, graduan sekolah filem di Australia, mengarahkan Kami Histeria. Premis filem ini sangat luar biasa, ia itu, lagu nyanyian sekumpulan remaja meletup di pasaran kerana trek bunyinya mengandungi ngilaian langsuir. Syamil sudah menampakkan kewibawaannya sebagai seorang pengarah, namun filem ini menjadi cacat akibat product placement yang teramat ketara.

Filem Cuak arahan Khairil M Bahar, Lim Benjy, Tony Pietra Arjuna, Manesh Nesaratnam dan Shamaine Othman meneroka perhubungan di antara dua orang berlainan bangsa dan agama, yang mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga. Isu-isu yang dibawa - dari kacamata

pembikin-pembikin filem muda ini - tidak seperti yang biasa dibawa oleh filem-filem arus perdana Melayu. Sebaliknya ia hanya kepada perhubungan sesama manusia dan tidak menyenyuh aspek bangsa dan agama.

Dua lagi pengarah cuba melawan arus dengan membawa kisah yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga membawa sesuatu yang mengajak penonton merenung beberapa isu sosial. Raja Mukhriz menghidangkan Ophilia. Seperti Mamat Khalid dengan manusia rockersnya di dalam Rock dan Rock Oo!, Mukhriz membawa kisah beberapa remaja Melayu yang berminat dengan budaya punk. Ophilia adalah kisah tiga rakan baik yang akhirnya kecundang apabila bertembung dengan keadaan yang tidak pernah dihadapi mereka.

Terbaik Dari Langit arahan Nik Amir Mustapha

Satu lagi penceritaan yang menarik datangnya daripada Nik Amir Mustapha dengan Terbaik Dari Langit (TDL). Filem pertamanya, Kil,

(3)

dengan zaman persekolahan mereka. Maka road trip ini membolehkan mereka memahami dan mengenali diri sendiri serta menyelami perasaan

masing-masing.

Seperti beberapa pengarah veteran, Nik Amir mengambil pendekatan self-reflexive, ia itu, melihat dirinya sendiri dan kedudukannya dalam industri filem tempatan di dalam TDL. Ia cuba melahirkan gestalt (bentuk) yang baik dengan merujuk kepada sejarah filem tempatan dan juga Hollywood yang berkait dengan naratifnya. Ini dapat dilihat dalam aspek pemilihan pelakon (Datuk Aziz Sattar) yang mewakili karyawan filem lama dan penggunaan efek musik dari filem Close Encounters of the Third Kind arahan Steven Spielberg. Nama watak yang dimainkan Bront Palarae adalah Berg – singkatan dari nama Spielberg.

Beberapa karyawan masakini juga ditampilkan oleh Nik Amir seperti Dain Said, Nam Ron, Mamat Khalid, Khir Rahman dan Zahiril Adzim. Dalam hal ini – sayangnya! - Nik Amir menjadi over-ambitious. Ia memberikan terlalu banyak penekanan kepada teknik penceritaan dan tidak kepada tujuan

penceritaan. Terlalu banyak yang mahu dirujuknya dan terlalu repititous dengan penggunaan simbol seperti hujan dan laut (membersihkan diri, ‘being reborn’, yada yada!). Bila tidak digarap dengan baik, ia memberikan kesan terhadap gestalt filem TDL sebagaimana yang sudah juga berlaku pada Kil.

Seringkali disebut dalam pengajian ilmu hakikat tentang makna diri, yang terbahagi kepada empat: - diri, diri sendiri, diri terperi dan diri sebenar diri. Para penulis lakonlayar harus merujuk kepada budaya sendiri untuk meneroka

manusia dan keperibadian mereka. Ini akan menjurus kepada rekaan watak yang lebih baik dan yang akan memenuhi tuntutan untuk melahirkan gestalt yang baik.

Mencari Diri dan Tempat

Tema mencari diri dan identiti pernah dibawa oleh Mansor Puteh melalui filemnya Seman (1987). Watak Seman akhirnya akur dengan kehendak alam, ia itu, tidak ada tempat bagi manusia semacamnya di zaman yang lebih

mengutamakan keuntungan. Di akhir filem, Seman menjulang keris dan menyatakan pendiriannya (yang menjadi pendirian Mansor juga):

“Aku seorang pejuang bangsa, tak tahu khianat kepada negara. Yang punya ugama, keluarga dan budaya. Ini

(4)

Isu yang dibawa oleh U-Wei di dalam Hanyut lebih kurang sama. Semasa watak utama, Almayer didatangi dua soldadu British untuk menangkapnya, Almayer mengeluh dan meraung:

“Aku tak boleh tinggalkan tempat laknat ini! Sudah dua puluh tahun aku mencub! Aku tak boleh! Aku tak boleh!”

Seperti Mansor, filem U-Wei juga satu autobiography. Keluhan Almayer adalah keluhan U-Wei yang terperangkap di dalam kancah sinema Malaysia selama 20 tahun. Namun begitu, ia masih mahu menetap di Malaysia walaupun mendapat pelawaan untuk berkarya di luar negara (diwakili imejan soldadu British).

Melalui Johnny Bikin Filem, Anuar Nor Arai turut melahirkan

kekecewaannya berkarya di Malaysia. Watak Johnny (yang mewakili Anuar sendiri), mengatakan:

“Singapura (baca: Malaysia) tidak memberikan apa pada seni.”

Justeru, Nik Amir hanya melakukan kesinambungan dengan idea-ideanya melalui TDL. Kegusaran yang dirasai olehnya (serta pembikin-pembikin filem seangkatan dengannya) dapat dilihat melalui pemilihan cerita dan watak-watak rekaannya. Mereka mempunyai kebolehan tetapi di manakah pengiktirafan dan sokongan untuk mereka ‘mengangkat martabat’ sinema Malaysia? Apakah mereka perlu mencari pengiktirafan di negara lain sebelum diangkat di negara sendiri. Nik Amir menyampaikan semua ini dalam adegan Berg yang diangkat ke langit oleh kapal alien dari angkasa lepas.

Raja Mukhriz juga cuba melakukan distanciation (penjarakkan) melalui watak-watak punk agar penonton lebih objektif di dalam penilaian mereka. Namun, ia pula akur (atau terpaksa?) dengan tuntutan filem arus perdana untuk mengakhiri filemnya. Sepatutnya Mukhriz memberikan disclosure (keterangan) dan bukannya closure (kesudahan). Disclosure tentunya akan menyempurnakan harapan yang diberikan di awal filem tentang kelainan Ophilia.

(5)

Di akhir filem Dari Jemapoh ke Manchestee (Hishamuddin Rais), Kassim Selamat (penyanyi yang mana lagu La Obe meletup di negara Jerman dalam tahun 1960-an), tersenyum memandang tiga remaja dalam kereta yang terbang ke langit. Ia (golongan lama) tidak dapat mencapai apa yang boleh dicapai oleh remaja sekarang, tetapi ia tetap menyokong usaha mereka. Inilah yang

diharapkan oleh golongan veteran dan birokrat.

Tiga remaja dalam Jemapoh itu adalah mereka yang melawan arus. Di dalam Terbaik Dari Langit, Berg akhirnya dipeluk oleh Atuknya (dimainkan oleh Datuk Aziz Sattar). Atuk puas hati dengan penemuan diri Berg yang mahu terus memburu impiannya sebagai pembikin filem. Tidak seperti Toyu (Ameerul Affendi) yang, walaupun seorang pelukis berbakat, memilih menjadi seorang guru. Pesanan akhir Atuk kepada Berg:

“Sesuatu yang dibuat mesti dengan jujur dan ikhlas. Teruskan.”

Nik Amir (dan yang lain-lain) tentunya berkarya dengan jujur dan ikhlas. Itulah nawaitu ramai karyawan, sesuatu yang sering diulang-ulang dalam sesi-sesi perbincangan. Tetapi itu masih belum mencukupi. Banyak lagi yang masih perlu diterokai. Kata-kata Edward Scott Fitzgerald boleh menjadi panduan:

“Before you sit down to write, stand up and live.”

Itulah yang terbaik. Sebenarnya ia bukan datang dari langit tetapi dari lelangit…

Referensi

Dokumen terkait

Hasil dari penelitian yang didapat adalah hubungan variabel komunikasi terhadap variabel kinerja rantai suplai melalui variabel kualitas kerjasama merupakan hubungan mediasi

competence, di kuadran B adalah dimensi credibility, di kuadran C adalah dimensi access, serta di kuadran D adalah dimensi communication dan courtesy.

Dalam makalah ini akan dibuktikan keterbatasan operator integral fraksional I α di ruang Lebesgue tak homogen dengan menggunakan keterbatasan operator maksimal

Visi mata pelajaran Teknologi Informasi dan Komunikasi yaitu agar siswa dapat dan terbiasa menggunakan perangkat Teknologi Informasi dan Komunikasi scara tepat dan

Untuk duct entry loss, atau kehilanganberhubungan dengan tekanan kecepatan udara di duct karena adanya faktor kehilangan tekan pada saat masuk di hood (F h ), dalam

4.. menandatangani Berita Acara hasil pemeriksaan dan penerimaan Peralatan Sarana Pembelajaran Berbasis TIK Tahun 2016 dan disampaikan kepada Penyedia Barang/Jasa dengan