• Tidak ada hasil yang ditemukan

PROLEGOMENA KEPINCANGAN PEMBANGUNAN DALA docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PROLEGOMENA KEPINCANGAN PEMBANGUNAN DALA docx"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

PEMBANGUNAN DALAM

ISLAM

ISEU 2306

PROLEGOMENA KEPINCANGAN PEMBANGUNAN

DALAM ISLAM

PENSYARAH:

DR. AIZAN BINTI ALI @ MAT ZIN

Disediakan Oleh:

MOHAMAD WALIY BOLKINI BIN HAJI AHMAD

NEI 110213

MOHD FARHAN BIN MD ARIFFIN

IEJ 090021

UNIVERSITI MALAYA

(2)

SESI 2011/2012

ISI KANDUNGAN

Tajuk

Halaman

Pendahuluan 3

Pengertian Tajuk 4

PengenalanPembangunan Dalam Islam 6

Kepincangan Aspek Pembangunan Akal Fikiran (IQ) 7

Kepincangan Aspek Pembangunan Emosi (EQ) 11

Kepincangan Aspek Pembangunan Rohani (SQ) 14

Kepincangan Aspek Pembangunan Fizikal 16

Kepincangan Aspek Pembangunan Ekonomi 19

Kepincangan Aspek Pembangunan Sosial Dan Kemasyarakatan 21

Kesimpulan 24

BIBLIOGRAFI 25

(3)

ميحرلا نمحرلا هللا مسب

نيلسرملاو ءايبأنلا فرشأ ىلع املسلاو اةلصلاو نيملاعلا بر هلل دمحلا

.نيعمجأ هبحصو هلآ ىلعو دمحم اأنديس

Pelbagai kenikmatan yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. pada seluruh manusia di dunia ini, sama ada berbentuk nikmat yang sementara mahupun yang berkekalan. Akan tetapi, ketika mana manusia dikuasai oleh hawa nafsu dan tidak mampu mengawal dirinya dari membuat kemaksiatan, maka akan timbullah sifat lupa, lalai, dan takabbur terhadap nikmat yang telah dianugerahkan.

Di antara nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. adalah asal kejadian manusia dengan penuh sempurna dan sebaik-baik makhluk di dunia. Dengan itu, anugerah tersebut hendaklah dipelihara dengan sebaik mungkin dari bertuhankan nafsu syahwat dan syaitan. Justeru itu, Islam telah mendidik diri manusia agar tetap teguh pada landasan tauhid kepada Allah s.w.t, tidak bergantung pada selain-Nya serta menahan diri dari terjerumus pada perbuatan maksiat.

Melangkah ke alam teknologi penuh canggih, masalah berhubung dengan kepincangandalam aspek pembangunan di kalangan rakyat Malaysia khasnya dan umat Islam amnya memang tidak dapat dinafikan.Selanjutnya, pembangunan dari segala aspek seperti aspek pembangunan akal fikiran dan rohani semestinya perlu berlandaskan Qur’an dan al-Hadith.Jika tidak, akan terjadinya kepincangan dari segala elemen kehidupan lantas akan merosakkan umat Islam dari sudut akidah, ibadah dan syariah.

Jadi, kertas kerja ini akan membicarakan dengan lebih lanjut tentang elemen-elemen pembangunan menurut perspektif pembangunan Islam serta masalah-masalah kepincangan yang berlaku di dalamnya yang berlaku kepada masyarakat kini.

(4)

Prolegomena menurut takrifan The Free Dictionary ialah“A preliminary discussion, especially a formal essay introducing a work of considerable length or complexity.”1Prolegomena juga

bermakna pendahuluan dalam buku atau kata pengantar2. Ia juga bermaksud kata pengantar yang

memberikan huraian atau ulasan mengenai karangan dan tulisan ilmiah3.

Kepincangan berasal dari perkataan “pincang”, ia memberi maksud keadaan yang tidak seimbang atau tidak yang sepatutnya dan mengandungi kecatatan, kekurangan dan cacat cela.4

Pembangunan berasal dari perkataan “bangun” bermaksud perihal membangun, proses membangun untuk mencapai kemajuan, perkembangan dan sebagainya. Ia juga usaha atau kegiatan membangunkan untuk memajukan dan mengembangkan sesuatu.5

Pembangunan merupakan proses kemajuan sesebuah negara. Malah manusia itu sendiri tidak dapat menafikan kepentingan kemajuan kepada manusia. Justeru itu Islam juga menitik beratkan soal pembangunan, kerana Islam merupakan sebuah agama yang meliputi seluruh aspek kehidupan. Di dalam aspek pembangunan, Islam juga menitikberatkan pembangunan material, selain dari pada rohani, jasmani, dan spiritual.

Islam ialah secara umumnya ialah satu agama Samawi yang disyariatkan Allah s.w.t (Dinullah) kepada para Nabi-Nya sejak Nabi Adam a.s sehinggalah Nabi Muhammad s.a.w. Antara seruan penting di dalam agama Islam ialah meng-Esakan Allah s.w.t sebagai Rabb al-Jalil6. Firman

Allah s.w.t,

امملس

س ل

ل ا هللللا ددنسعل ن

د ِّيددلا ن

ل إل

Maksudnya: “Sesungguhnya agama (yang diredhai) di sisi Allah hanyalah Islam.”7

1Rujuk The Free Dictionary, di laman sesawang http://www.thefreedictionary.com/prolegomena. Diperolehi pada 29 March 2012.

2Kamus Inggeris-Indonesia, di laman sesawang http://www.masinosinaga.com/id/kamus/kamus-inggris-indonesia/terjemahan-dari-prolegomena, diperolehi pada 27 March 2012.

3Wiktionary di http://id.wiktionary.org/wiki/prolegomena, diperolehi pada 27 March 2012. Lihat juga Artikata.com di laman sesawang http://deskripsi.com/p/prolegomena, diperolehi pada 27 Mac 2012.

4Hajah Noresah bt Baharom (2007), Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, h. 1210.

5Ibid, h. 123.

6Haji Mohd Sanusi Mahmood, Mengenal Islam Dan Hubungannya Dengan Sains dan Teknoloji, Kelantan: Syarikat Dian Sdn. Bhd, h. 1-2.

(5)

Islam ialah satu agama yang syumul yang merangkumi segala aspek kehidupan.Islam datang untuk berhadapan secara langsung dengan kepincangan dan kesesatan umat manusia. Umat Islam ialah umat di golongan pertengahan (Ummatan Wasatan) yang mana menjadi pemimpin kepada umat manusia di antara golongan ekstremis kanan dan kiri8, sebagaimana firman-Nya,

ن

د ُوك

م ِّيدود س

ل

انللا ىلدع

د ءداددهدش

م اُوأنمُوك

م تدلل ااَطس

د ود ةاملأ

م مسكماندلسعدجد كدللذدكدود

ااديهلشد مسكميسلدعد لمُوس

م رللا

Makudnya: “Dan demikianlah (sebagaimana Kami memimpin kamu ke jalam yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai Umat Muhammad) sebagai umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan (saksi) kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah dan terhadap kepincangan umat manusia) dan Rasullullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu itu.”9

PENGENALAN PEMBANGUNAN DALAM ISLAM

8Dr. Basri bin Ibrahim al-Hasani Al-Azhari (2009), Isu-isu Fiqh Halal dan Haram Semasa, Ilmu, Akidah, Syariah dan Akhlak, Selangor: al-Hidayah Publication, Cet.1, j. 1, h. 5.

(6)

Sebelum membahaskan dengan lebih lanjut tentang kepincangan pembangunan dalam Islam, maka dapat difahami bahawa pembangunan dalam Islam terbahagi kepada beberapa kategori, antaranya ialah,

1. Pembangunan Akal Fikiran (IQ) 2. Pembangunan Emosi (EQ) 3. Pembangunan Spiritual (SQ) 4. Pembangunan Fizikal

5. Pembangunan Ekonomi

6. Pembangunan Sosial Dan Kemasyarakatan

Dapat difahami di sini, bahawasanya segala bentuk pembangunan di dalam Islam sekalipun, ia akan saling berkait rapat antara satu sama lain, secara dalaman mahupun luaran. Segalanya akan kembali menjurus kepada ketaatan dan penyembahan kepada Khaliq (Pencipta Seluruh Alam), iaitu hubungan dengan Allah s.w.t dan hubungan dengan manusia sejagat. Ini jelas sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.”10

Dengan dalil yang tertera, ini membuktikan bahawa kepercayaan dan ketaatan pada Allah s.w.t adalah penanda aras dan matlamat atas apa yang kita jua yang dilakukan. Segalanya bentuk perlakuan mestilah dilakukan berlandaskan iman dan taqwa pada-Nya dan hasilnya juga mesti berlandaskan ajaran dan syariat agama Islam yang sebenar.

KEPINCANGAN ASPEK PEMBANGUNAN AKAL FIKIRAN (IQ)

Akal ialah satu keistimewaan yang diberikan Allah s.w.t kepada manusia sahaja. Dengannya, kita dapat mengenal, beramal dan bertanggungjawab di atas sesuatu tindakan. Akal juga berupaya

(7)

mengintegrasikan antara aspek keimanan dan aspek kehidupan. Antara bentuk kepincangan pembangunan dan perkembangan akal fikiran umat Islam ialah,

Seperti yang kita sedia maklum, khurafat dan tahyul adalah salah satu daripada wabak penyakit pemikiran ummah yang cukup kritikal pada ketika ini. Hakikatnya, pada ketika ini, kita banyak dimomokkan dengan filem seram yang berlambak di pasaran. Sekaligus, elemen khurafat dan tahyul yang terkandung di dalamnya akan merebak ke dalam pemikiran umat Islam. Bahkan, di zaman Rasulullah s.a.w sendiri, telah lama wujud kepercayaan khurafat perosak pemikiran ummah Islam ini.11

Khurafat berasal daripada perkataan Arab “Kharafa-yakhrifu-kharfan-wa khurafatan”12dan

dalam bahasa Inggerisnya “Superstition”13 yang bermaksud bohong, dongeng dan tidak

munasabah. Menurut Kamus Dewan, ia mempunyai beberapa makna iaitu, kepercayaan karut, dongeng dan tahyul14. Menurut al-Mu’jam al-Wasit, khurafat ialah cerita-cerita yang

mempesonakan yang dicampur adukkan dengan perkara dusta.15Ia juga boleh diklasifikasikan

sebagai segala yang karut marut dan tidak masuk akal samada dari segi amalan dan kepercayaan16.

11Maksudnya: Diriwayatkan dari Sayyidatina ‘Aisyah, beliau berkata: “Pada suatu malam Rasulullah s.a.w bersembang-sembang dengan para isterinya tentang suatu perkara, lalu salah seorang dari kalangan mereka berkata: Perkara ini seperti cerita khurafat. Baginda bersabda: Adakah kalian tahu apa itu khurafat?. Sesungguhnya khurafat itu ialah seorang lelaki dari Bani ‘Uzrah (kabilah Yaman) yang telah disembunyikan oleh jin pada zaman jahiliyyah, lalu dia tinggal bersama golongan jin beberapa ketika, kemudian golongan jin itu menghantarnya pulang kembali ke alam manusia lalu dia menceritakan kepada manusia tentang apa yang telah dilihatnya pada mereka (golongan jin) daripada perkara ajaib. Maka oleh sebab itulah manusia berkata (tentang perkara-perkara pelik sebagai) cerita khurafat.Lihat Ahmad bin Hanbal (1995), al-Musnad Imam Ahmad bin Muhammad bin Hanbal, Cet. 1, Kaherah: Dar al-Hadith, juz. 17, h. 550, no.25120.

12 Lihat Hussein bin Unang (t.t.), Kamus al-Thullab, Kuala Lumpur: Dar al-Fikr, h. 461.

13 Joyce. M. Hawkins (2007), Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, Edisi 4, Cet. 5, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd, h. 406.

14 Rujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, h. 784.

15 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Garis Panduan Bahan Penerbitan Bercetak dan Audio Visual Berhubung Dengan Unsur-Unsur yang Bercanggah dengan Akidah dan Amalan Ahli Sunnah wa al-Jamaah (2008), Cet.2, h. 10. Garis panduan ini merupakan perincian kepada Garis Panduan Penapisan Bahan-Bahan Penerbitan Berunsur Islam yang telah diterbitkan oleh Jakim pada tahun 1996.

(8)

Khurafat menurut Islam ialah semua cerita rekaan atau khayalan (dongeng), ajaran-ajaran, pantang larang dan adat istiadat serta ramalan-ramalan, pemujaan dan kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran Islam.17

Tahyul berasal dari perkataan khayal18 iaitu apa yang tergambar di dalam pemikiran seseorang

mengenai satu-satu perkara yang tidak masuk akal. Jadi, tahyul adalah sebahagian daripada khurafat, akan tetapi, ia lebih cenderung dari segi psikologi dan kepercayaan.

Elemen khurafat dan tahyul yang terdapat di dalam filem seram tempatan antara penyumbang utama pembantutan dan kejumudan pemikiran dan kemajuan ummah masa kini. Ini terbentuk apabila seseorang individu meyakini satu-satu unsur khurafat seperti hantu sehingga mempengaruhi psikologinya dan akhirnya dia menjadi takut dan gagal melaksanakan tugas dengan sempurna. Hal ini juga bahkan akan memberi kesan sampingan kepada pihak lain serta masyarakat sekeliling.

Masyarakat Jahiliyyah sebelum kedatangan Islam terbukti tidak mampu maju dari sudut pembangunan dan akal fikiran oleh kerana wabak khurafat dan tahyul ini. Sorotan sejarah menunjukkan mereka sanggup menanam anak perempuan hidup-hidup oleh kerana ditakuti akan membawa kepada sial kepada seluruh keluarga.19

Seterusnya, kepercayaan khurafat dan tahyul juga akan menimbulkan sifat-sifat negatif pada seseorang individu seperti mudah berputus asa dan malas untuk berfikir dan berusaha. Di samping itu, ia turut menyumbang ke arah pembaziran harta, masa dan tenaga ke arah perkara yang sia-sia oleh kerana membayar pengeras yang mengarut dan menunggu hari yang baik dan bertuah sepertimana yang diberitakan oleh bomoh serta tanpa disedari ianya juga menyekat kewarasan akal untuk berfikir secara bebas dan meluas. Kepercayaan khurafat dan tahyul juga menjatuhkan kemuliaan martabat manusia sebagai makhluk yang dikurniakan akal fikiran dan khalifah di bumi Allah s.w.t ini kerana perlu meminta tolong dan petunjuk dari jin dan burung

17 Kevin Prima Pambuni (2011), Takhayul dan Khurafat, Surabaya: Politeknik Elektronika Negri Surabaya, Insitut Teknologi Sepuluh Nopember, h. 1-2.

18Abd Rauf Dato’ Haji Hassa, Abdul Halim Salleh, Khairul Amin Mohd Zin, Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab, Cet. 6, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd, h. 250. Rujuk juga e-Fatwa, Portal Rasmi Fatwa Malaysia, di

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/khurafat-dan-azimat-menurut-perspektif-islam.

(9)

dahulu sebelum dapat membuat keputusan dan menunaikan hajat20. Al-Tabari juga berpendapat

di dalam tafsirnya bahawa kita hanya bergantung harap pada Allah s.w.t dan juga tiada makhluk yang dapat memberi kemudharatan dan kebaikan selain-Nya.21

Selanjutnya, kejahilan juga adalah punca utama kepincangan perkembangan pemikiran umat Islam masa kini. Hal ini boleh terjadi akibat faktor kemiskinan dan sebagainya. Tanpa ilmu pengetahuan, seseorang itu akan terus dihimpit masalah dan berada di dalam keadaan buta mata hati. Seseorangyang jahil akan melakukan perkara yang menyalahi akal dan syariat agama.22Hal

inilah yang menyebabkan masyarakat terjerumus ke dalam ajaran sesat dan sebagainya.23Islam

amat menggalakkan seluruh umatnya menuntut ilmu dan akal fikiran yang baik dan sihat adalah yang penuh dengan ilmu pengetahuan. Bahkan, fadhilat yang besar akan diperolehi oleh orang yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan.

Sabda Nabi s.a.w, “Dari Kathir bin Qais, ketika mana aku duduk bersama Abi Darda’ di satu masjid di Damsyik, ada seorang lelaki telah datang kepada Abi Darda’ dan minta diberitahu mengenai hadith Rasululluh, lantas Abi Darda’ berkata, aku mendengar Rasullullah bersabda, “Barang siapa yang melangkahkan kakinya ke suatu perjalanan untuk menuntut ilmu, Allah s.w.t akan menunjukkan kepadanya satu jalan daripada jalan-jalan ke syurga, para malaikat akan membentangkan sayap-sayapnya kerana suka ke atas orang yang keluar menuntut ilmu. Para penghuni di langit, di bumi dan ikan-ikan di laut, semuanya mendoakan keampunan bagi orang yang menuntut ilmu.Sesungguhnya kemuliaan seorang alim ke atas seorang abid adalah seperti kemuliaan bulan purnama ke atas bintang-bintang, Dan sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para Nabi s.a.w, Dan sesungguhnya para Nabi s.a.w tidak meninggalkan harta pusaka seperti dinar dan dirham (kekayaan), kecuali ilmu pengetahuan.Oleh itu, sesiapa yang mencari pusaka ini, maka dia telah menerima satu kebaikan yang besar."24

20Rujuk Ust.Saif Abidurrabby, Mushaf al-Masar, Al-Quran Terjemahan dan Terjemah Perkataan, Selangor: Masar Enterprise, Surah Saba’ (34) :22, h. 430.

21Abi Ja’afar Muhammad bin Jarir al-Tabari (2001), Tafsir al-Tabari, Jami’ al-Bayan ‘An Ta’wil Ay al-Qur’an, Hajar: Hajar lil Thaba’ah wa al-Nasyar wa al-Tauzi’ wa al-I’lan, Cet. 1, j. 20, h. 211-212.

22 Mardzelah bt Makhsin (2006), Sains Pemikiran dan Etika, Kuala Lumpur: PTS Professional, Cet. 1, h. 145-146. Rujuk juga Mohd Asri Zainul Abidin (2008), Mengemudi Bahtera Perubahan Minda, Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd, Cet. 1, h. 277.

23Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, Ajaran Sesat Mengenali Jalan Yang Terpesong, Malaysia: PTS Publication and Distributors Sdn Bhd, h. 144.

(10)

Antara faktor lain yang menyumbang kepada kepincangan pembangunan pemikiran umat Islam ialah sistem pendidikan yang memisahkan di antara hal agama dan duniawi (Sistem Sekular). Sistem pendidikan sekarang terbukti lebih membicarakan tentang ilmu Aqli dari ilmu Naqli. Jika dilihat kepada ulama’ terdahulu seperti Ibnu Sina, al-Biruni dan Ibnu Khaldun, mereka adalah orang yang paling mendalami ilmu agama pada zamannya dan juga mampu menelan ilmu keduniaan seperti ilmu perubatan, matematik, sejarah dan astronomi25. Ini membuktikan bahawa

akal yang terbaik adalah akal yang seimbang ilmu agama dan duniawi. Pendidikan yang terbaik ialah sistem pendidikan yang mementingkan pembentukan sahsiah dan rohani di samping pembangunan akal fikiran.

Jika terus dipisahkan, masyarakat yang kononnya intelek akan terus jahil tentang agama26 dan

akan menjadi seperti orang Barat yang maju duniawi, tetapi sentiasa di dalam kegelisahan dan ketidakamanan hidup dan selalunya berakhir dalam kehinaan ukhrawi. Penggunaan sains, akal dan kekuatan fizikal semata-mata tanpa falsafah hidup dan pegangan agama yang kukuh, maka manusia akan hancur.27

Akhirnya, anggota masyarakat yang pasif dan tidak mahu menerima ijtihad insya’i atau ijtihad kreatif juga adalah punca kepincangan dan kejumudan pemikiran umat Islam. Masyarakat yang sekadar berpada dengan kajian ulama’ terdahulu dan kitab turath tidak akan mampu berkembang oleh kerana budaya ulama’ silam yang tinggal di wilayah Arab amat berlainan dengan ‘uruf umat Melayu ini. Selain itu, ijtihad juga ialah antara sumber pengambilan hukum yang penting di dalam Islam.28 Ijtihad baru bukanlah menafikan al-Qur’an dan al-Hadith yang bersifat syumul,

akan tetapi ia salah satu wadah syariah menggunakan ketajaman akal fikiran untuk menyelesaikan permasalahan semasa berlandaskan al-Qur’an dan al-Hadith.29

25Mohd Ismail Mustari (2007), Menjadi Belia Cemerlang, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd, Cet. 3, h. 73 dan 83. Lihat juga Bill Scheplerr (2006), Al-Biruni, Master Astronomer and Muslim Scholar of The Eleventh Century, New York: The Rosen Publishing Group, h. 80-83.

26Mohd Asri Zainul Abidin (2008), Mengemudi Bahtera Perubahan Minda, Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd, Cet. 1, h. 277.

27Lihat Surah al-Isra’ (17) : 36. “Sesungguhnya janganlah manusia mengikuti (melakukan)sesuatu tanpa ada ilmu agama yang secukupnya, maka dia akan ditanya dan diazab di akhirat kelak atas apa yang dia lakukan dan penyaksian yang benar adalah dari anggota badan kita sendiri yang tidak mungkin menipu di hadapan Allah s.w.t.”

28 Dr. Muhammas Sayyid Tantawi (2009), Konsep Ijtihad Dalam Hukum Syarak, Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia, h. 130.

(11)

Umat Islam mestilah bersikap positif dan bersedia menerima aliran pemikiran baharu selama mana ia tidak bertentangan dengan al-Qur’an dan al-Sunnah. Hal ini akan berlaku, dan ia terjadi seiring dengan keperluan dan kehendak zaman.Dengan akal, manusia dianjurkan untuk beramal, meninggalkan taklid buta, mengembangkan akal fikiran dengan berijtihad dan menganalisis dengan terperinci setiap data yang disampaikan, tidak kiralah berkaitan falsafah, etika, sosial, ekonomi dan sebagainya.

KEPINCANGAN ASPEK PEMBANGUNAN EMOSI (EQ)

Emosi berasal daripada perkataan Latin, iaitu “Emover” yang bermaksud bergerak, kegembiraan dan kegusaran. Menurut Kamus Dewan, ia memberi maksud perasaan pada jiwa yang kuat seperti sedih, marah dan lain-lain lagi.30Emosi adalah sesuatu yang melibatkan hati, jiwa dan

perasaan manusia dan berkait rapat dengan pengaruhnya kepada akal fikiran manusia.31Emosi

ialah satu kekuatan jika kita dapat mengendalikannya dan satu keburukan apabila kita tidak dapat mengawalnya.32Allah s.w.t telah menyatakan bahawa manusia adalah makhluk yang dikurniakan

dengan hati, perasaan, jiwa dan roh dengan firman-Nya,

عدمسس

ل لا م

س ك

م لد ل

د عدجدود ااْئيسشد ندُومملدعستد ل مسكمتلاهدملأم نلُوَط

م بم نسمل مسكمجدردخسأد هملللاود

) ن

د ورمك

م ش

س تد مسك

م للعدلد اةدددْئلفسل

د اود رداصدبسلداود

78

(

Maksudnya: “Dan Allah mengeluarkanmu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.”33

Pertamanya, perlakuan mazmumah (kejahatan) yang sering dilakukan juga berupaya mempengaruhi kestabilan emosi, jiwa dan perasaan seseorang. Misalnya, seseorang yang melakukan jenayah sudah pasti akan merasa tidak aman dan dalam keadaan takut. Begitulah jua halnya dengan pelaku dosa yang pasti merasa gelisah selepas melakukan dosa. Hal ini kerana setiap dosa adalah salah, dan kesalahan pastiakan mewujudkan satu bentuk emosi yang tidak stabil kepada pelakunya. Sabda Nabi s.a.w mengenai dosa dan pahala yang bermaksud,

30Hajah Noresah bt Baharom, (2007), Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, h. 388.

31Mohd Azhar Abd Hamid (2007), EQ Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd, Cet. 4, h. 2.

32 Martin Wijokongko (1997), Keajaiban dan Kekuatan Emosi, Yogyakarta: Kanisius Media, h. 6 dan 12.

(12)

Diriwayatkan dari Nawwas bin Sam’an al-Anshari berkata, aku bertanya pada Rasullullah s.a.w tentang (perlakuan) kebaikan (pahala) dan dosa?. Maka Rasullullah s.a.w menjawab, “Kebaikan itu adalah (segala) yang baik rupa bentuknya (disenangi orang) dan dosa itu adalah apa yang meragukan di dalam hati kamu, dan kamu benci apabila ia dilihat (diketahui orang)34

Selain itu, antara faktor yang boleh menyumbang kepada kepincangan pembangunan emosi di kalangan umat Islam ialah kekurangan motivasi, moral dan semangat untuk melakukan sesuatu.Hal ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Motivasi sendiri ialah antara penenang dan pendorong kepada hati-hati manusia yang sering keluh kesah35 selain seni dan zikir.

Motivasi ialah dorongan dalam diri yang membangkitkan semangat pada makhluk hidup, yang kemudiannya menghasilkan tingkah laku dan mengarahkannya pada satu tujuan atau tujuan tertentu.36Motivasi penting kerana ia mendorong manusia untuk lebih bertanggungjawab dengan

memenuhi keperluan utama yang terpenting bagi kelangsungan hidup dan untuk berjaya.37

Motivasi yang tidak kukuh akan mendorong kepada moral yang rendah dan semangat tidak mudah mengaku kalah sekaligus menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan emosi yang tidak stabil dan selanjutnya umat Islam akan dapat melakukan sesuatu kerja dengan tidak efektif.

Misalnya, seseorang askar yang kekurangan bekalan keperluan seperti makanan, rehat dan peluru pasti akan merasai tekanan dan ketidakstabilan emosi apabila hendak berhadapan dengan musuh. Jadi, di sinilah gunanya motivasi dari rakan seperjuangan dan para pegawai serta majikan38yang

perlu untuk terus memimpin ke arah kemenangandi samping menaikkan moral anggotanya ke tahap tertinggi.

34Abi al-Husayn Muslim bin al-Hajjaj (1991), Sahih Muslim, Kitab Birr wa Sillah wa Adab, Bab Tafsir al-Birr wa al-Ithm (5), Beirut-Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Cet. 1, j. 4, h. 1980, no. 14.

35Ust.Saif Abidurrabby, Mushaf al-Masar, Al-Quran Terjemahan dan Terjemah Perkataan, Selangor: Masar Enterprise, Surah al-Ma’arij (70) :19-20, h. 569.Lihat Ismail Hamid (1985), Peradaban Melayu dan Islam, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd, h. 98.

36Sharifah Akmam Syed Zakaria (2005), Panduan Dan Strategi Motivasi Diri, Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors, Cet. 1, h. 13-14.

37Ibid, h. 17.

(13)

Selanjutnya, makanan yang diambil juga mampu mempengaruhi emosi seseorang. Hal ini kerana makanan akan menjadi darah daging setiap orang dan akhlak keperibadian seseorang terbentuk daripada pemakanannya39. Makanan dalam Islam adalah seumpama struktur bangunan bagi

pertumbuhan badan, jika elok strukturnya, maka teguhlah bangunannya dan jika rapuh dan bengkok strukturnya, maka runtuhlah bangunan itu.40

Dari sinilah, makanan haram yang terhadam akan membentuk sikap dan perlakuan yang mazmumah. Emosi yang terhasil juga akan sentiasa dipimpin oleh syaitan seperti cepat marah, cintakan dunia dan takutkan mati serta suka berhasad dengki antara sesama muslim. Jika memiliki hati yang buta, maka hidupnya pasti tidak akan tenteram dan jauh dari petunjuk agama. Menurut perspektif Islam, melalui kecerdasan emosi (Qalbiyyah) yang rendah, manusia tidak mampu berakhlak dengan akhlak yang mulia dan tidak akan menjadi manusia yang soleh.

Seterusnya, di antara kepincangan yang berlaku di dalam pembangunan emosi juga, ialah kurang mengingati Allah s.w.t, dan lena diulit kenikmatan duniawi. Sebagai akibatnya, mereka ini akan lupa pada Allah s.w.t dan kekuasaan-Nya. Manusia yang kurang berzikir pada-Nya, lalai akan suruhan-Nya, serta kufur pada nikmat-Nya pasti akan merasai ketidakstabilan emosi dan tidak akan tenteram jiwanya di dunia dan di akhirat. Hal ini thabit kerana Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud, “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah, hati (jiwa) akan menjadi tenteram.41

KEPINCANGAN ASPEK PEMBANGUNAN ROHANI (SQ)

Islam menggalakkan umatnya membangun untuk mengecap kemajuan duniawi. Namun begitu, Islam tidak meminggirkan pembangunan rohani atau akhirat. Hal ini bererti Islam turut mementingkan pembangunan rohani dan dalaman agar kemajuan duniawi dapat dipimpin oleh

39Wisnu Sasongko (2008), Armageddon 2: Antara Petaka dan Rahmat, Jakarta: Gema Insani, Cet. 1, h. 331. Lihat juga Haji Muhamad Endut, Johan Seman, Mashitoh Ahmad (2008), Fokus Super Hot PMR Pendidikan Islam, Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd, Cet. 1, h. 16.

40Imam al-Ghazali, Rahasia Halal Dan Haram Hakikat Batin Perintah Dan Larangan Allah, (terj.) Iwan Kurniawan (2007), Bandung: PT Mizan Pustaka, Cet. 1, h. 15.

(14)

rohani. Dengan ini akan lahirlah manusia yang cemerlang di sisi Allah s.w.t.42Manusia yang

cemerlang juga ialah manusia yang mantap dari segi rohani, emosi dan jasmani dan akal fikirannya. Hal ini kerana ketiga-tiga elemen ini berkait rapat antara satu sama lain.43

Abdul Ghani Shamsuddin daripada Ahmad Mohd Salleh telah menggariskan enam prinsip dalam pembangunan rohani iaitu, Islam memberi penekanan khusus kepada pendidikan rohani atas keyakinan manusia terdiri dari unsur roh, akal dan jasad yang saling berhubung. Seterusnya, penyembahan hanya pada Allah s.w.t, menghapuskan sifat mazmumah, dan mengamalkan ma’ruf dan sifat bertanggungjawab. Akhirnya, kebergantungan pada Allah s.w.t, mencintai-Nya, rasul-Nya dan orang yang soleh.44

Manusia dijadikan Allah s.w.t sebagai hamba kepada-Nya dan juga sebagai khalifah di atas muka bumi ini45. Pembangunan rohani dalam Islam amat berkait rapat dengan iman, hubungan manusia

dengan Khaliq dan hubungan manusia sesama manusia. Selain itu, pendekatan pembangunan manusia rohani amat berkaitan dengan Nafs. Kita dituntut supaya menaikkan tingkat nafs manusia dari peringkat yang terbawah46 ke tingkat nafs pertengahan47sehinggalah sampai pada

tahap tertinggi.48

Antara kepincangan pembangunan rohani yang berlaku sekarang ialah tidak menitikberatkan pembangunan dalaman (rohani) dalam individu setiap anggota masyarakat. Gejala sosial yang berleluasa sekarang seperti bohsia, bohjan, pelacuran, pembuangan bayi dan murtad ialah sebenarnya berpunca sendiri dari kelalaian dan kegagalan pembangunan rohani dalam diri setiap individu.49

42Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (2003), Gejala Sosial Dalam Masyarakat Islam, Punca Dan Penyelesaian,

Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd, Cet. 1, h. 1.

43 Mazidah Muhamad, Dr. Nor Hisyam Mad Nawi (2011), Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam, Selangor: PT Millennia Sdn. Bhd, Cet. 1, h. 9. Rujuk juga Prof Dr. Sidek Baba (2006), Pendidikan Rabbani Mengenal Allah Melalui Ilmu Dunia, Selangor: Karya Bestari Sdn. Bhd, h. 15.

44 Ibid, h. 9-10.

45Adi Sasono (1998), Solusi Islam Atas Problematika Umat, Ekonomi, Pendidikan, Dakwah, Jakarta: Gema Insani Press, h. 37.

46 Lihat Surah Yusuf (12) :53, berkaitan nafs di tingkat terbawah sekali iaitu Nafs Ammarah .

47Lihat juga surah al-Muzammil (73) :1-2berkaitan nafs di tingkat pertengahan iaitu Nafs Lawwamah.

48Rujuk surah al-Fajr (89) :27-30berkaitan nafs di tingkat teratas sekali iaitu Nafs Muthmainnah.

49Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (2003), Gejala Sosial Dalam Masyarakat Islam, Punca Dan Penyelesaian,

(15)

Selain itu, kepincangan rohani yang berlaku sekarang juga adalah disebabkan kekaburan dan tidak mengetahui tujuan kita diciptakan di atas dunia ini. Manusia yang tidak mengetahui tujuan penciptaannya dan pincang rohaninya pasti tidak memahami roh ayat ini,

) ل

ا يص

ل أدود اةاردك

س بم همُوحمبدس

د تمود همورمقدُودتمود همورمزدعدتمود هلللُوس

م ردود هللللابل اُونمملؤستملل

9

(

Maksudnya: “Supaya kamu sekalian beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, meninggikan

(agama) Nya, membesarkan-Nya. Dan bertasbih kepada-Nya di waktu pagi dan petang.”50

Seterusnya, antara kepincangan rohani yang berlaku sekarang ialah manusia yang berpenyakit hatinya dan buta sinar hatinya. Mereka ini suka iri hati dan berhasad dengki sesama manusia dan mementingkan diri sendiri dalam segenap aspek. Jadi, Nabi s.a.w telah memberi amaran kepada semua muslimin yang berpenyakit hatinya dengan sabdanya yang bermaksud: daripada Anas r.a, sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: “Janganlah kamu saling berhasad dengki di antara satu sama lain, jangan membenci antara satu sama lain dan janganlah kamu memutuskan tali silaturrahim di antara satu sama lain. Sesungguhnya semua hamba Allah s.w.t itu bersaudara”.51

KEPINCANGAN ASPEK PEMBANGUNAN FIZIKAL

Pembangunan fizikal dan jasmani amat dititikberatkan oleh Islam. Segala perbuatan yang dilakukan dengan anggota tubuh yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Ini jelas sebagaimana firman Allah s.w.t,

ددَاؤدففففللَاود ردففص

د بدللَاود ع

د م

ل ففس

س لَا ن

س إإ ممففللعإ هإففبإ ك

د لد س

د

يللد َامد ف

ف ق

ل تد ل

د ود

Maksudnya: “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu (anggota tubuh) akan diminta pertanggung jawabnya.” Surah al-Isra’ (17): ayat 36.

Antara kepincangan pembangunan jasmani atau fizikal yang berlaku sekarang ialah kurangnya kesedaran tentang penjagaan kebersihan jasmani. Allah s.w.t telah menitikberatkan tentang

50Ust.Saif Abidurrabby, Mushaf al-Masar, Al-Quran Terjemahan dan Terjemah Perkataan, Selangor: Masar Enterprise, Surah al-Fath (48) :9, h. 511.

(16)

penjagaan kebersihan dengan firman-Nya,“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuhperempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih); sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan

nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur.”52

Ayat tersebut menjelaskan pelbagai jenis kebersihan. Perintah supaya bersuci ketika hendak solat ataupun bertayammum ketika mudarat. Kebersihan itu adalah untuk menyucikan dan membersihkan dari dosa-dosa kerana wuduk itu dapat menghilangkan dosa-dosa.53

Allah s.w.t juga menyuruh orang yang beriman supaya berwuduk apabila hendak mendirikan sembahyang. Sesungguhnya wuduk yang dilakukan mampu memelihara jasad, menjaga kulit daripada perkara najis yang terdapat padanya. Begitu juga dengan amalan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung dan bersiwak.

Allah s.w.t. juga menyuruh orang yang berjunub agar membersihkan diri untuk membersihkan seluruh jasad, mengembalikan kecerdasan tubuh. Pada yang sama, sembahyang merupakan tuntutan menyucikan batin dan juga mengelakkan diri daripada melakukan dosa kecil yang ber-panjangan dan kemungkaran dosa besar.

Para ulama’ membincangkan ayat tersebut kepada kepentingan berwuduk dan bersuci. Ibn ‘Arabi berkata: Wuduk adalah asas dalam agama, dan kebersihan adalah tuntutan (wajib) untuk Muslimin dan keseluruhan umat manusia.54

Seterusnya, permasalahan yang kedua dalam pembangunan fizikal ialah manusia yang tidak menjaga nafsu syahwatnya dari tempat yang haram tidak kira lelaki mahupun wanita. Kini, ramai orang sudah terjebak ke dalam gejala khalwat dan zina hingga melahirkan zuriat yang tidak sah

52Ust.Saif Abidurrabby, op.cit, Surah al-Ma’idah (5) : 6, h. 108.

53 Nasir al-Din Abu Sa’id ‘Abdullah bin ‘Umar bin Muhammad al-Shayrazi al-Baydawi (1997), Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Ta’wil, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, j. 2, h. 117.

(17)

statusnya. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Katakanlah kepada lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."55

Jelaslah, gejala sosial yang berlaku sekarang banyak disebabkan oleh tidak menjaga mata dan tubuh badan dari benda yang haram dan bagi orang yang beriman hendaklah menahan pandangannya dari melihat kemaksiatan dan memelihara kemaluan mereka kecuali diantara suami isteri.56Sesungguhnya Allah s.w.t. telah membataskan penglihatan mata manusia, dari

melihat sesuatu yang haram. Maka Allah memerintah dan melarang sesuatu dan membataskan nafsu sama ada ia lakukan atau tinggalkan.57Mata dan hati mempunyai suatu ikatan yang kuat

kerana apa yang dilihat akan membentuk perasaan di hati. Maka berwaspadalah terhadap segala kemaksiatan dan segala perkara yang boleh mendatangkan fitnah.58

Seterusnya, permasalahan ketiga ialah manusia yang tidak tahu menghargai masa dan tidak menunaikan hak tubuh badan untuk mendapatkan rehat secukupnya. Berapa banyak orang yang menzalimi diri sendiri tanpa disedari apabila tidak menunaikan hak badan untuk berehat selepas penat memerah keringat dengan melakukan pekerjaan yang tidak bermanfaat seperti kutu rayau. Firman Allah s.w.t, “Dan Kami jadikan tidurmu untuk istirehat”59

Sebagaimana yang diterangkan, jasad kita perlukan tenaga untuk bekerja dan memerah keringat. Jadi wajib ke atas kita supaya merehatkan badan setelah penat berhempas pulas bekerja. Badan juga memerlukan rehat yang mencukupi bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan kita terjamin. Tidur adalah pemutus segala amalan kerana tidur seumpama mati yang seketika. Dengannya, kita boleh beristirehat dari segala bentuk urusan dan pekerjaan.60Ibnu Qutaibah pun berpendapat

55Ust.Saif Abidurrabby, Mushaf al-Masar, Al-Quran Terjemahan dan Terjemah Perkataan, Selangor: Masar Enterprise, Surah An-Nur (24) :30, h. 353.

56Nasir al-Din Abu Sa’id ‘Abdullah bin ‘Umar bin Muhammad al-Shayrazi al-Baydawi (1997), Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Ta’wil, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, j. 4, h. 104.

57Muhammad Mutawalli al-Sha’rawi (1997), Tafsir al-Sha’rawi, Mutaba’ Akhbar al-Yaum, j. 2, h. 1274.

58Abu ‘Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr al-Qurtubi (2006), al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an, Beirut -Lubnan: Muassasah al-Risalah, j. 15, h. 203.

59 H. Zainuddin Hamidy Fachruddin Hs (1997), Tafsir al-Qur’an, Selangor: Klang Book Centre Surah al-Naba’ (78) : 9, h. 884.

(18)

bahawa tidur merupakan sesuatu pemutus kepada segala kesibukan.61 Kesimpulannya, Allah

S.W.T menjadikan tidur sebagai salah satu cara kita istirehat dari kesibukan dunia. Ini menunjukkan badan kita memerlukan tidur dan istirehat yang mencukupi. Ketahuilah, setiap benda mempunyai hak ke atas yang lain. Maka, tunaikanlah hak jasad kita untuk mendapat rehat yang secukupnya dan jangan menzaliminya.

Permasalahan yang seterusnya ialah makan dan minum berlebihan hingga melemahkan pemikiran dan anggota tubuh badan.Allah s.w.t telah berfirman dengan maksudnya:“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan

pula kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui

batas”.62

Syara’ juga melarang dari makan atau minum berterusan kerana akan melemahkan jasad, membinasakan diri dan melemahkan manusia dari beribadah. Keperluan makan dan minum untuk menghalang dari kelaparan dan kehausan, bagi menjaga diri dan tubuh badan. Ibnu Abbas ada menjelaskan bahawa makan dan minum itu harus selagi mana tidak melampau atau berlebihan.63

Rasullullah s.a.w ada bersabda: “Makan dan minumlah dan pakailah pakaian yang indah serta jangan melampau dan berlebih-lebihan kerana sesungguhnya Allah S.W.T suka melihat limpahan nikmatnya ke atas hambanya”64. Kesimpulannya, Allah s.w.t telah memberikan nikmat

kepada hambanya dan Dia tidak menyukai perbuatan melampau (berlebihan) yang dilakukan oleh hambanya ke atas limpahan nikmatnya kerana itu menunjukkan kita ini hamba yang tidak mensyukuri nikmatnya. Mujahid dan Ibnu Abbas ada menafsirkan: “ayat di atas merupakan suruhan supaya makan dan minum dari rezeki Allah S.W.T”. Hal ini turut disokong oleh tafsiran

61Muhammad bin Yusuf al-Shahid bi Abi Hayyan al-Andalusi (1993), Tafsir al-Bahr al-Muhit, Cet.1, Beirut -Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiah, j. 8, h.403.

62 H. Zainuddin Hamidy Fachruddin Hs (1997), Tafsir al-Qur’an, Selangor: Klang Book Centre, Surah al-A’raf (7) : 31, h. 213.

63 Abi ‘Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr al-Qurtubi (t.t.), al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an, Cet. 1, Beirut: Muassasah al-Risalah li al-Thaba’ah wa Nashar wa al-Tauzi’, j. 9, h. 196-202.

(19)

Ibnu Jarir yang menjelaskan bahawa Allah S.W.T juga tidak suka kepada berlebihan dalam hal makan minum.65

Kesimpulan yang dapat difahami ialah, orang yang mengambil makanan yang berpatutan, berkhasiat serta halal, akan sejahteralah alat penghadaman tubuhnya. Sekaligus, tubuh dan hatinya berada dalam keadaan baik. Sebaliknya orang yang banyak makan, alat penghadamannya akan lemah, cepat penat dan berkemungkinan akan rosak, dan menyebabkan rosak seluruh jasad, keras hatinya, pendengarannya lambat menerima hakikat, menyebabkan seluruh pancainderanya sukar tunduk taat kepada perintah Allah untuk patuh melakukan sesuatu yang baik.66

KEPINCANGAN ASPEK PEMBANGUNAN EKONOMI

Ekonomi Islam merupakan ekonomi yang tidak bercanggah dengan hukum-hukum Islam.Asalkan ekonomi atau cara-cara susunan ekonomi itu tidak bertentangan dengan syariat Islam, maka ianya dikira ekonomi Islam. Pembangunan ekonomi Islam perlu didasari oleh tiga prinsip, iaitu segalanya di dunia ini adalah milik mutlak Allah s.w.t dan kita hanya meminjamnya, dan sekalian makhluk perlu tunduk kepada Allah yang Maha Esa serta beriman kepada Hari Kiamat (pengadilan).67 Ia juga mesti mementingkan al-Maslahat dan al-Ma’rufat

(kebaikan dan kepentingan masayarakat) serta menjauhi al-Munkarat seperti eksploitasi, ihtikar68

dan lain-lain lagi.69

Dalam ekonomi Islam, ia mempunyai empat hipotesis. Iaitu yang pertama adalah kesepaduan antara kegiatan ekonomi dengan nilai-nilai akhlak yang mulia. Keduanya adalah keseimbangan yang adil dalam hubungan pengeluaran, penggunaan dan pengagihan. Ketiganya adalah kombinasi antara kebebasan individu, dengan pihak berkuasa. Dan keempat adalah tanggungjawab sebagai asas penentuan dasar agihan dan pemindahan sumber.

65 Abi Fida’ ‘Ismail bin Kathir al-Damsyiqi (t.t.), Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, Cet.1, Kaherah: Muassasah al-Qurtubah li al-Thaba’ah wa Nashar wa al-Tauzi’, j. 6, h. 290.

66Yusuf al-Qaradhawi, Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, (terj.) Haji Mu’ammal Hamidy (1993), Indonesia: PT Bina Ilmu, h.15-17.

67Adi Sasono (1998), Solusi Islam Atas Problematika Umat, Ekonomi, Pendidikan, Dakwah, Jakarta: Gema Insani Press, h. 36-38. Rujuk juga Mahmud Abu Saud (1996), GBEI Garis-Garis Besar Ekonomi Islam, Jakarta: Gema Insani Press, h. 17.

68Ihtikar ialah salah satu perlakuan mazmumah yang dilarang syara’ dan telah thabit di dalam hadith nabawi.Ihtikar pada masa kini dikenali sebagai sembunyikan barang agar harga barang naik dan dapat mengaut keuntungan lebih. Lihat Mohd Nidzam Abdul Kadir (2007), Soal Remeh Temeh Tentang Muamalat, Tapi Anda Malu Bertanya, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd, Cet. 1, h. 155.

(20)

Dalam konteks sistem ekonomi di Malaysia sekarang, masih terdapat banyak institusi dan badan perdagangan dan kewangan yang bercanggah dengan hukum Islam. Dari segi amalan perdagangan contohnya, Malaysia masih mengamalkan dasar usaha bebas (free enterprise) dan dengan itu membenarkan kuasa-kuasa besar menentukan harga barangan dengan sesuka hati.Sistem ini juga boleh menimbulkan eksploitasi sesama manusia.

Untuk melaksanakan sistem ekonomi Islam, beberapa langkah perlu diambil. Pertama ialah pemahaman tentang akidah. Keduanya adalah pihak pemerintah mesti memainkan peranan yang lebih aktif bagi memastikan bahawa sistem ekonomi itu berjalan dengan adil dan seimbang mengikut lunas-lunas Islam. Dan ketiganya adalah pihak pemerintah mesti berkuasa penuh dalam penetapan kewangan.70 Dalam Islam tidak ada bayaran tambahan yang perlu dibayar

selain daripada tambahan yang perlu dibayar daripada jumlah yang telah dipinjam.

Dengan kata lain, riba telah diamalkan oleh sistem perbankan di negara kita. Ini adalah sama dengan urusan bank negara Barat diselaputi dengan amalan riba yang haram di sisi undang-undang Islam71. Dengan pembangunan negara mengikut sistem kapitalis Barat di mana riba

berlaku di dalam urusan bank dan perniagaan adalah ditegah oleh Islam. Tapi perlu ditegaskan di sini adalah pengharaman Islam terhadap pembangunan ekonomi cara Barat yang menggunakan riba tidak bermakna kita tidak boleh melakukan pembangunan dalam masyarakat. Tetapi apa ingin ditekankan adalah semua urusan tersebut mestilah mengikut lunas-lunas Islam maksudnya mestilah bebas dari amalan riba dan yang tidak diharamkan dalam Islam.

"Sesungguhnya (mereka berkata) jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba72"

Ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa dalam ekonomi Islam riba amat dilarang kerana ia akan mendatangkan pelbagai masalah kepada individu, masyarakat mahupun negara. Riba sangat berbahaya kepada masyarakat. Sebab yang pertama ialah riba akan menimbulkan

70Pihak Pemerintah adalah juga berperanan dan bertanggungjawab dalam sistem ekonomi rakyatnya dan segala yang berkaitan dengan kepentingan umum. Rujuk juga Anwar Abbas (2010), Bung Hatta Dan Ekonomi Islam, Jakarta: PT Kompas Media Nusantara, h. 255-256.

71Mohd Nidzam Abdul Kadir (2007), Soal Remeh Temeh Tentang Muamalat, Tapi Anda Malu Bertanya, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd, Cet. 1, h. 170-171.

(21)

pemerasan, penindasan dan permusuhan diantara manusia. Keduanya pula adalah ia akan menimbulkan satu golongan yang terlalu kaya yang malas, tidak produktif dan hidup menghisap darah rakyat yang rata-ratanya adalah miskin. Seterusnya ia akan meruntuhkan akhlak manusia dan rasa saling tidak hormat menghormati antara satu sama lain. Dan yang terakhir adalah riba akan mewujudkan satu pihak menjadi kaya raya dan berkuasa dengan merampas harta dan wang yang miskin73 dan dengan kekayaan ini ia akan menguasai politik negara serta memusnahkan

kesejahteraan manusia sejagat.

KEPINCANGAN ASPEK PEMBANGUNAN SOSIAL DAN KEMASYARAKATAN

Pembangunan adalah penting dalam sesebuah negara. Pembangunan yang lengkap dalam segala aspek akan membawa kepada pembangunan negara yang sejahtera. Struktur masyarakat dalam sesebuah negara juga harus dibangunkan berlandaskan kepada syariat Islam.Pembangunan masyarakat dalam sesebuah negara khususnya merangkumi dalam segala aspek seperti kerohanian, jasmani dan pendidikan akal fikiran yang saling berkaitan. Dalam rangka pembangunan masyarakat yang kuat lagi bersatu, Islam mengajak untuk mewujudkan keadilan yang mutlak dengan apa pun bentuknya meskipun hal itu menyentuh perkara–perkara yang sangat berat. Allah s.w.t berfirman:

"Wahai orang–orang yang beriman, jadilah kamu orang–orang yang benar–benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah sekalipun terhadap diri kamu sendiri atau ibubapa kamu dan kaum kerabat kamu"74

Islam juga mewajibkan amar makruf nahi mungkar untuk menjaga keseimbangan masyarakat dan menjauhkannya dari kesesatan dan kejatuhan. Allah s.w.t berfirman:

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, merekalah orang–orang yang beruntung"75

73Dr. K.H. Didin Hafidhuddin (2003), Islam Aplikatif, Jakarta: Gema Insani Press, Cet. 1, h. 112.

74Ust.Saif Abidurrabby, Mushaf al-Masar, Al-Quran Terjemahan dan Terjemah Perkataan, Selangor: Masar Enterprise, Surah al-Nisa’ (4) :135, h. 100.

(22)

Islam juga sangat memberi perhatian kepada tentang pembentukan keluarga.Islam membuat peraturan yang teliti yang menjelaskan tentang hak–hak dan kewajipan setiap anggotanya serta peraturan muamalat dalam hal nafkah, perkahwinan, harta benda warisan, pendidikan anak–anak dan menanamkan benih–benih cinta, dan kasih sayang di antara mereka.

Ia adalah kerana, di dalam mengukuhkan institusi keluarga, penetapan tingkah laku para anggotanya merupakan pengukuhan masyarakat dan penetapan tingkah lakunya serta penyebaran nilai–nilai kemanusiaan dan sosial yang tinggi di antara para anggota masyarakat itu, sehinggalah jauh dari kekaburan, kesesatan dan keruntuhan moral. Kajian yang teliti bagi sistem sosial dan masyarakat Islam menempatkan kita di hadapan hakikat yang cemerlang iaitu masyarakat Islam bukanlah masyarakat yang kolot tetapi masyarakat yang terbuka. Islam tidak menegakkan hubungan sosial yang umum di atas dasar fanatik keturunan, golongan atau agama yang kolot.

Islam menyatakan bahawa semua ahli masyarakat adalah hamba Allah dan tugas untuk membangunkan masyarakat mestilah mengikut landas keislaman yang utuh tanpa terikat kepada hawa nafsu. Tiada perbezaan antara mereka dan semuanya bertanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat dan negara.

Hakikat sejarah menyaksikan masyarakat Islam sepanjang sejarah memiliki sifat–sifat kemanusiaan. Kalau kita merenung semula sejarah peradaban umat Islam, nescaya kita akan dapati unsur–unsur Islam dan tidak Islam turut sama dalam proses pembangunan masyarakat. Pada masa itu, kesempatan diberikan dengan kedudukan yang sama dengan seluruh anggota masyarakat untuk menetapkan kewujudannya dan menampakkan kepandaian dalam seluruh bidang kehidupan.

(23)

Oleh itu, semua ahli masyarakat perlulah jelas dengan konsep yang diutarakan oleh Islam demi meningkat pembangunan umat khususnya. Kesimpulannya, dapat kita simpulkan bahawa terdapat beberapa elemen penting dalam pembangunan struktur sosial masyarakat iaitu:

1. Pewujudan keadilan yang mutlak dalam masyarakat

2. Pengamalan konsep amal makruf dan nahi mungkar

3. Pembentukan keluarga bahagia

4. Persamaan taraf antara masyarakat.

Jika hal–hal ini dapat dijalankan dengan sempurna dengan dibantu oleh elemen yang lain seperti kepimpinan dan sebagainya maka proses pembangunan masyarakat menurut Islam akan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan menepati ciri keislaman yang digariskan. Maka bersama-samalah kita melaksanakannya demi kebaikan masyarakat di dunia dan akhirat.

KESIMPULAN

Allah s.w.t telah berfirman di dalam Surah al-An’am (6): Ayat 153,

نع

د م

س ك

م بل ق

د رلفدتدفد ل

د بمس

س لا اسُوعمبلتلتد ل

د ود همُوعمبلتلافد امايقلتدس

س مم ِيط

ل اردص

ل اذدَـهد ن

ل أدود

ن

د ُوقمتلتد م

س ك

م للعدلد هلبل مكماص

ل ود م

س ك

م للذد هللليبلس

د

Maksudnya: “Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa.”

(24)

prinsip tauhid dan taqwa hanya kepada Rabbul Jalil bagi membentuk pembangunan diri dan masyarakat yang seimbang. Maka dengan adanya peranan ketiga-tiga unsur ini, ke mana pun kita pergi dan lakukan, maka akan lahirlah satu bentuk kewaspadaan, kebergantungan hanya semata-mata pada Allah s.w.t dan berusaha mengelak dari elemen-elemen yang boleh merosakkan syariat Islam yang mulia.

Akhirnya, sentiasalah muhasabah diri kita di atas segala perbuatan dosa dan maksiat yang telah dilakukan menggunakan tubuh badan yang dianugerahi Allah S.W.T. Ingatlah, segala perbuatan dan percakapan dan amalan kita akan disoal oleh Allah S.W.T di padang Mahsyar nanti dan ketahuilah bahawa seluruh anggota badan kita adalah hamba Allah S.W.T dan setiap hamba pasti akan patuh kepada Rabbnya. Kesaksian seluruh anggota badan kita nanti adalah pasti benar dan tiada dusta kepada tuannya.

Wallahu ‘alam…

BIBLIOGRAFI

Rujukan al-Qur’an Dan Tafsirnya

H. Zainuddin Hamidy Fachruddin Hs (1997), Tafsir al-Qur’an, Selangor: Klang Book Centre.

Ust. Saif Abidurrabby, Mushaf al-Masar, Al-Quran Terjemahan dan Terjemah Perkataan,

Selangor: Masar Enterprise

Abi Ja’afar Muhammad bin Jarir al-Tabari (2001), Tafsir al-Tabari, Jami’ al-Bayan ‘An Ta’wil

Ay al-Qur’an, Hajar: Hajar lil Thaba’ah wa al-Nasyar wa al-Tauzi’ wa al-I’lan, Cet. 1

Abi ‘Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr al-Qurtubi (t.t.), Jami’ li Ahkam

(25)

Muhammad Nasib al-Rafa’ie (1989), Tafsir al-‘Ali al-Qadir li Ikhtisad Tafsir Ibnu Kathir, Riyad: Maktabah al-Ma’arif

Abi Fida’ ‘Ismail bin Kathir al-Damsyiqi (t.t.), Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, Cet.1, Kaherah: Muassasah al-Qurtubah li al-Thaba’ah wa Nashar wa al-Tauzi’

Muhammad bin Yusuf al-Shahid bi Abi Hayyan al-Andalusi (1993), Tafsir al-Bahr al-Muhit, Cet.1, Beirut - Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiah

Abu ‘Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr al-Qurtubi (2006), Jami’ li Ahkam

al-Qur’an, Beirut-Lubnan: Muassasah al-Risalah

Nasir al-Din Abu Sa’id ‘Abdullah bin ‘Umar bin Muhammad al-Shayrazi al-Baydawi (1997),

Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Ta’wil, Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi

Muhammad Mutawalli al-Sha’rawi (1997), Tafsir al-Sha’rawi, Mutaba’ Akhbar al-Yaum

Rujukan al-Hadith Dan Syarahnya

Abi al-Husayn Muslim bin al-Hajjaj (1991), Sahih Muslim, Beirut-Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Cet. 1

Abi Daud Sulaiman al-Sajistani, Sunan Abi Daud, Riyadh: Maktabah al-Ma’arif lil Nasyar wa al-Tauzi’

Dr. Muhideen Abd Rahman, al-Jami’ fi Ahadith Ahkam, Kelantan: Universiti Malaya Cawangan Nilam Puri

Maulana Muhammad Yusuff al-Kandahlawi, (terj.) Abu Abil Hassan Ibn Musa, Muhammad Sanadi bin Haji Abu Bakar, al-Ahadith al-Muntakhabah, Hadith-hadith Pilihan Muntakhab

al-Al-hadith, Kuala Lumpur: Klang Book Center

Rujukan Kamus

Joyce. M. Hawkins (2007), Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, Edisi 4, Cet. 5, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd

Hussein bin Unang (t.t.), Kamus al-Thullab, Kuala Lumpur: Dar al-Fikr

Muhammad Idris ‘Abdul Rauf al-Marbawi (2008), Kamus Idris al-Marbawi, Cet. 4, Kuala Lumpur: Darul Fikir

(26)

Abd Rauf Dato’ Haji Hassa, Abdul Halim Salleh, Khairul Amin Mohd Zin, Kamus Bahasa

Melayu-Bahasa Arab, Cet. 6, Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd

The Free Dictionary, di laman sesawang http://www.thefreedictionary.com/prolegomena.

Diperolehi pada 29 March 2012

Kamus Inggeris-Indonesia, di laman sesawang

http://www.masinosinaga.com/id/kamus/kamus-inggris-indonesia/terjemahan-dari-prolegomena, diperolehi pada 27 March 2012

Wiktionary di http://id.wiktionary.org/wiki/prolegomena, diperolehi pada 27 March 2012

Artikata.com di laman sesawang http://deskripsi.com/p/prolegomena, diperolehi pada 27 Mac

2012

Rujukan Bahasa Melayu

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Garis Panduan Bahan Penerbitan Bercetak dan Audio Visual Berhubung Dengan Unsur-Unsur yang Bercanggah dengan Akidah dan

Amalan Ahli Sunnah wa al-Jamaah (2008)

Haji Mohd Sanusi Mahmood, Mengenal Islam Dan Hubungannya Dengan Sains dan

Teknoloji, Kelantan: Syarikat Dian Sdn. Bhd

Dr. Basri bin Ibrahim al-Hasani Al-Azhari (2009), Isu-isu Fiqh Halal dan Haram Semasa,

Ilmu, Akidah, Syariah dan Akhlak, Selangor: al-Hidayah Publication

Kevin Prima Pambuni (2011), Takhayul dan Khurafat, Surabaya: Politeknik Elektronika Negri Surabaya, Insitut Teknologi Sepuluh Nopember

Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri, Sirah Nabawiyyah s.a.w, (terj.) Muhammad Ramzi Omar (2011), Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiyyah Malaysia, Cet. 6

Mardzelah binti Makhsin (2006), Sains Pemikiran dan Etika, Kuala Lumpur: PTS Professional, Cet. 1

Mohd Asri Zainul Abidin (2008), Mengemudi Bahtera Perubahan Minda, Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd, Cet. 1

Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, Ajaran Sesat Mengenali Jalan Yang Terpesong, Malaysia: PTS Publication and Distributors Sdn Bhd

Mohd Ismail Mustari (2007), Menjadi Belia Cemerlang, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd, Cet. 3

(27)

Mohd Azhar Abd Hamid (2007), EQ Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd, Cet. 4

Martin Wijokongko (1997), Keajaiban dan Kekuatan Emosi, Yogyakarta: Kanisius Media

Ismail Hamid (1985), Peradaban Melayu dan Islam, Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd

Sharifah Akmam Syed Zakaria (2005), Panduan Dan Strategi Motivasi Diri, Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors, Cet. 1

Dr. K.H. Didin Hafidhuddin (2003), Islam Aplikatif, Jakarta: Gema Insani Press, Cet. 1

Mohd Nidzam Abdul Kadir (2007), Soal Remeh Temeh Tentang Muamalat, Tapi Anda Malu

Bertanya, Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd, Cet. 1

Anwar Abbas (2010), Bung Hatta Dan Ekonomi Islam, Jakarta: PT Kompas Media Nusantara

Adi Sasono (1998), Solusi Islam Atas Problematika Umat, Ekonomi, Pendidikan, Dakwah, Jakarta: Gema Insani Press

Mahmud Abu Saud (1996), GBEI Garis-Garis Besar Ekonomi Islam, Jakarta: Gema Insani Press

Yusuf al-Qaradhawi, Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, (terj.) Haji Mu’ammal Hamidy (1993), Indonesia: PT Bina Ilmu

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (2003), Gejala Sosial Dalam Masyarakat Islam, Punca Dan

Penyelesaian, Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd

Adi Sasono (1998), Solusi Islam Atas Problematika Umat, Ekonomi, Pendidikan, Dakwah, Jakarta: Gema Insani Press

Mazidah Muhamad, Dr. Nor Hisyam Mad Nawi (2011), Indahnya Didikan Awal Anak Cara

Islam, Selangor: PT Millennia Sdn. Bhd, Cet. 1

Prof Dr. Sidek Baba (2006), Pendidikan Rabbani Mengenal Allah Melalui Ilmu Dunia, Selangor: Karya Bestari Sdn. Bhd

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (2003), Gejala Sosial Dalam Masyarakat Islam, Punca Dan

Penyelesaian, Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn Bhd, Cet. 1

Ainon Mohd (2005), Panduan Menggunakan Teori Motivasi Di Tempat Kerja, Pahang: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd, Cet. 3

(28)

Haji Muhamad Endut, Johan Seman, Mashitoh Ahmad (2008), Fokus Super Hot PMR

Pendidikan Islam, Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd

Imam al-Ghazali, Rahasia Halal Dan Haram Hakikat Batin Perintah Dan Larangan Allah, (terj.) Iwan Kurniawan (2007), Bandung: PT Mizan Pustaka, Cet. 1

Rujukan Bahasa Inggeris

Bill Scheplerr (2006), Al-Biruni, Master Astronomer and Muslim Scholar of The Eleventh

Century, New York: The Rosen Publishing Group

Abdullah Saeed (2006), Islamic Thought An Introduction, New York: Routledge

Rujukan Internet

Qurany.net

Referensi

Dokumen terkait

Kempa langsung di definisikan sebagai proses pembuatan tablet dengan langsung mengempa campuran serbuk (zat aktif dan eksipien), dan tidak ada proses sebelumnya kecuali

Dengan harga air tanah pada pajak air tanah yang ditetapkan melalui Nilai Perolehan Air (NPA) diharapkan tersedia biaya yang dibutuhkan dalam upaya pemulihan air

Agen resmi, distributor Resmi, Reseller, Dropshipper, supplier, Sub-Pabrik dari Surga Bisnis Group (Surga Pewangi Laundry).. dapatkan Benefit manfaat bisnis dengan bergabung

Dari pelaksanaan program kerja PPL yang telah dilaksanakan dan hasil yang diperoleh, dapat dikatakan bahwa program PPL berjalan dengan baik. praktikan mendapat

Konsep poros vertical masih ditemukan juga pada rumah Limas masa Kesultanan mendapat pengaruh dari budaya Islam yang kuat sampai masa pasca kesultanan konsep

Desain penelitian ini menggunakan descriptive non-eksperimen dengan metode survei dan mengumpulkan data dengan kuesioner yang melibatkan 32 responden menunjukan bahwa

Dari sekian banyak distro yang terdapat di jalan Soekarno Hatta Malang, Distro Inspired merupakan distro yang paling digemari oleh kaum remaja, terbukti

Berdasarkan permasalahan di atas maka dalam penelitian ini bermaksud untuk mengetahui jumlah pendapatan yang diperoleh petani buah naga dan apakah usahatani buah naga layak