• Tidak ada hasil yang ditemukan

AGENDA MELAYU DAN ISLAM MELAINPERANAN DA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "AGENDA MELAYU DAN ISLAM MELAINPERANAN DA"

Copied!
27
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 Pengenalan

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah merubah perspektif

masyarakat Melayu kepada British kerana gagal menjadi pelindung1. Hal

ini telah menaikan semangat Bangsa Melayu untuk merdeka. Hal ini

memberi tamparan hebat kepada British sebagai penaung negeri Melayu2.

Hal ini menyebabkan British ingin menubuhkan Malaya Union,

namun mendapat tetangan hebat golongan Intelek Melayu, mereka

membuat Kongres Melayu seluruh Tanah Melayu pada 1-4,3,19463.

Sebanyak 41 buah pertubuhan yang berpengaruh seluruh Negeri Melayu

berkumpul. Kesanya tertubuhnya Umno4. Seterusnya pada 30/3/1946,

diadakan kongres oleh Dato Onn untuk menentang Malaya Union yang

secara rasmi akan dirasmikn pada 1,4,19465. kesanya Negeri Melayu

berkabung 1-7/4/1946 bermula hari penubuhan Malaya Union6. Hal ini

telah menyebabkan Malaya Union tidak dilaksanakan.

Seterumya pada 11-12/may/1946 Dato Onn membuat perjumpaan di

istana besar Johor Baharu, 29 pertubuhan dipangil. Kongres ini berjaya

1 Zainal Abidin Abdul wahid, 1979 Hlm 100

2 Ibid, 1979, Hlm 98

3 Ibrahim Mahmood, 1981, Hlm 85-86

4 Ibid, 1981 Hlm 86

(2)

mengesahkan perlembagaan Umno dan membubarkan kongres7. Hal ini

telah membawa kepada penubuhan persekutuan Tanah Melayu 1/1/1948.

Menurut Ahmad Nizamuddin. Kerajaan memerlukan masa yang Panjang

untuk masyarakat berbilang kaum bersatu8. Hal ini dilihat dalam politik

Malaysia parti berbilang kaum tidak dapat diterima, hal ini dapat dilihat

pada tahun 1949-1951 percubaan Dato Onn dalam membuka ahli kepada

bukan Melayu mendapat tentangan yang sangat kuat daripada kalangan

ahli kepimpinan Umno9. Hal ini berkemungkinan disebabkan sifat

perkauman yang masih menebal dalam kalangan Masyarakat Melayu.

Kesan daripada tindakan Dato Onn telah membawa kepada

perpecahan dalam kalangan masyarakat Melayu, hal ini membawa kepada

penubuhan IMP10. Seterusnya jika dilihat dalam pilihanraya pada tahun

1955 parti Perikatan telah menang besar, dan satu kerusi dimenangi oleh

Pas. Hal ini sangat mengejutkan pihak British dan perikatan sendiri11. Hal

ini menunjukan sokongan masyarakat Melayu kepada parti Perikan secara

keseluruhan. Jika dilihat dalam peratusan pengudi, pengundi Melayu

seramai 85%, China 11% dan India kurang 5%. Hal ini menunjukan

7 Ibrahim Mahmood, 1981, Hlm 103/107

8 Ahmad Nidzamuddin Sulaiman, Zaini Othman, Jamaie Hamil, Suzanna Mohamed Isa, pembinaan

keupayaan Melayu dalam arus globalisasi : anjakan paradikma budaya politik Melayu.ukm, atma 2003, seminar pembinaan keupayaan Melayu dalam arus globalisasi, pc ukm

9 Zainal Abidin ABD Wahab, sejarah malaysia sepintas lalu, 1979, kuala lumpur, dbp, Hlm 170-171

10 Ibid, 1979, Hlm 174

(3)

bahawa Umno sebenarnya tidak memerlukan sokongan dari masyarakat

China dan India dalam menubuhkan sebuah negara12. Namun disebabkan

syarat yang ditetapkan oleh British untuk merdeka Umno terpaksa

menerima.

Seterusnya dalam memastikan agenda Melayu sentiasa diperjuangkan

oleh setiap parti. Perlu ada parti yang menetang pemerintah. Hal ini dapat

dilihat melalui sejarah perjuangan bangsa Melayu. Jika terdapat kelompok

kanan yang ingin mengubah agenda Melayu akan ada parti berhaluan kiri

yang agresif dengan isu hak keistimewaan orang Melayu. Hal ini akan

menstabilkan semula hak keistimewaan orang Melayu13. Jika dilihat

sebelum merdeka Imp sangat agresif dalam keterbukaan dalam parti dan

ini diimbang oleh Umno, manakala selepas merdeka Umno telah

diimbangi oleh parti Negara dan Pas dalam melakukan sesuatu tindakan14.

Hal ini juga telah membawa kepada kestabilan dalam politik di Malaysia.

12 Ibid Hlm 184

(4)

2.0 Kedatangan Islam di Alam Melayu

Seterusnya terdapat beberapa pendapat yang menyatakan kedatangan

Islam ke Alam Melayu dari tempat yang berbeza bermula dari Arab, India

dan China. Menurut Hashim Musa beliau menyatakan bahawa kedatangan

Islam di Alam Melayu bermula sejak abad ke 7 apabila berlaku

perdagangan antara kerajaan di Alam Melayu dengan semenanjung Tanah

Arab. Pedagang dari Arab telah membawa golongan pendakwah untuk

berdakwah dan menyampaikan Islam di Alam Melayu. Hal ini dapat

dilihat dengan kewujudan perkampungan Arab di Sumatera15. Hal ini

membuktikan bahawa telah wujud Islam di Alam Melayu sebelum

kedatangan Islam dari China.

Seterusnya pendapat yang kedua menyatakan bahawa Islam datang

dari china16. Manakala menurut Hashim Musa, belau menyatakan bahawa

kedatangan Islam di Conton China. Hal ini dapat dilihat melaui penemuan

batu bersurat di kawasan Champa 1082, Brunai 1048, Laren Jawa 1082

dan batu bersurat di Teregganu 1303, ini menunjukan telah wujud

perdagangan di Alam Melayu dengan China17.

15 Hashim musa, zainal Abidin Borhan, Othman Mohd Yatim, 2001. Hlm 163

16 Abdul Rahman Abdullah, 2006, Hlm.74-75

(5)

Seterusnya pendapat ketiga kedatangan Islam dari India. Menurut Dr

Ismail Hamid, beliau menyatakan bahawa penemuan batu nisan Maulan

Malik Ibrahim di Gresik yang bertarih 1424. Hal ini menunjukan bahawa

kedatangan Islam dari India turut mempengaruhi penyebaran Islam di

Alam Melayu18. Pendapat ini turut disokong oleh sarjana Melayu seperti

Hashim Musa19. Ini menunjukan terdapat tiga pendapat yang mengatakan

kedatangan Islam bermula dari Arab, China dan India. Kesemua pendapat

mengaitkan perdagangan merupakan punca utama kedatangan Islam di

Alam Melayu.

Seterusnya agama Islam semakin berkembang luas ke seluruh Alam

Melayu. Pada abad ke abad ke 15 keseluruhan Alam Melayu menganuti

agama Islam dan mereka telah mewujudkan banyak kerajaan Islam di

Alam Melayu. Menurut, Muhammad Yusof Hashim beliau menyatakan

kerajan Islam di Alam Melayu yang paling terkenal ialah kerajaan Melaka.

Kerajan Melaka mengamalkan ajaran Islam hampir secara keseluruhan20.

Hal ini dapat dilihat melalui pengunaan undang undang Islam dalam

perundangan bertulis Melaka. Dalam Undang Undang Melaka terdapat

dua undang undang satu untuk darat dan satu untuk laut. Undang undang

di darat dikenali sebagai hukum kanun Melaka. Dan untuk laut Undang

18 Ismail Hamidi, 1985, Hlm 19

(6)

Undang Laut Melaka. Hampir keseluruhan hukum dan tanggungjawab

yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang Undang Laut

Melaka adalah berpandukan undang-undang Islam21. Selain itu, dapat

dilihat juga selepas kerajaan Melaka lahir ramai golongan ulamak dan

cerdik pandai di Alam Melayu seperti Hamzah Fansuri, Tun Seri Lanang,

dan banyak lagi.

Seterusnya setelah kehadiran Islam di Alam Melayu. Terdapat

beberapa gerakan yang cuba untuk membawa gerakan dalam

pembaharuan Islam di Tanah Melayu. Mereka mahu membersihkan Islam

dari pelbagai perkara khurafat yang wujud di Alam Melayu. Pergerakan

ini bermula pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20. Gerakan ini

menekankan ajaran Islam yang sebenar dan berfikiran terbuka terdiri dari

golongan muda yang baru tamat belajar di kawasan Asia Barat, mereka

terpengaruh dengan gerakan yang berlaku di Timur Tengah. Gerakan ini

menyampaikan konsep Islam yang sebenar dan tidak mempunyai

pengaruh dari agama lain. Gerakan ini dipelopori oleh Muhammad Abd

Al Wahab (1703-1792), Syed Muhamammad Jamal Al Din Al Afghani

(1839-1897) dan Syeikh Muhammad Abduh (1849-1906)22, Syeh Tahir

21 Muhammad Yusuff Hashim, 1989, Hlm 220-221

(7)

Jalaluddin (1869-1957), Syeh Ahmad katib (1860-1916)23. Golongan ini

menyebarkan idea pemikiran mereka melalui penulisan majalah dan surat

khabar. Seperti syed syeikh al hadi telah menubuhkan madrasah di

Melaka (1917), Pulau Pinang (1919), majalah Al-Ikhwan (1926), majalah

Saudara (1928)24.

Golongan muda ini memperjuangkan kemajuaan dalam dunia Islam25.

Kaum muda mahu bangsa Melayu bangkit dan berubah dari kehidupan

tradisional kepada kehidupan moden dan maju. Manakala konsep ini

ditentang oleh kaum tua kerana bertentangan dengan aliran pemikiran

mereka. Mereka berfikiran konservatif dan tradisional dalam mentafsir

agama Islam. Kaum tua hanya menekankan perkara akhirat dan tidak

mementingkan dunia26.

Menurut Haji Abbas Mohd Taha beliau menyatakan bahawa seorang

ulamak Islah perlulah berani dalam menghadapi segala gejala dan

persoalan yang datang kepada mereka. Beliau turut menyeru bangsa

Melayu supaya keluar dari kedudukan selesa dan berfikiran tradisional

dan mula keluar untuk menuntut ilmu supaya menjadi maju dan tidak lagi

berfikiran tradisional dan kolot. Selain itu menurut Mohd Jamil Mukmin, 23 Gerakan Pembaharuan Islam satu kajian di negeri perlis dan hubungkaitnya dengan malaysia, Mohd

Radzi Othman, o.k. Rahmat, pulau pinang. Penerbitan usm, 1996, Hlm 29

24 Ibid29-30

(8)

beliau menyatakan bahawa surat khabar Al-Imam telah menyeru umat

Islam di Tanah Melayu supaya meninggalkan adat resam, bidaah dan

kesemua pantang larang yang bercangah dengan agama dan semua

amalan yang diwarisi dari amalan golongan tua dan amalan Hindu27. Hal

ini menyebabkan masyarakat Melayu tidak maju dan tertutup.

Seterusnya kesinambungan dari perjuangan kaum muda di Nusantara

mereka telah mengeluarkan banyak tulisan yang cuba untuk membuka

pemikiran masyarakat Melayu, antara tulisan yang dibuat ialah majalah

Neraca 1910, Tunas Melayu1913. Penulisan ini menceritakan tetang

agama Islam dan Kesusahan Masyarakat Melayu yang hidup dalam

cengkaman penjajah, mereka juga menegur penyelewengan agama yang

diamalkan oleh mesyarakat Melayu dalam kehidupan seharian28.

Seterusnya kesan dari perjuangan kaum muda telah membawa kepada

penubuhan Hizbul Muslimin, Pas, Persatuan Kebangsaan Pelajar Pelajar

Islam Malaysia(PKPIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

perjuangan dari pertubuhan Islam adalah bertujuan untuk mengubah

sistem yang diadun untuk masyarakat Melayu oleh British kepada sistem

yang berlandaskan Islam29.

27 Mohd Jamil Mukmin, Hlm 5

28 Ibid, Hlm 4-5

(9)

4.0 Pecahan Umno penubuhan Pas 1951

4.1 penubuhan Umno

Penubuhan Umno adalah adalah hasil dari kongres persatuaan Melayu

semasa menentang Malaya Union. Pada 11-12,5,1946 Dato Onn telah

memanggil kembali kongres buat kali kedua adalah bertujuan untuk

mengesahkan piagam Umno sekaligus membubarkan kongres30. Hal ini

menandakan bahawa telah tertubuh satu parti politik yang akan

memperjuangkan hak orang Melayu. Secara skala besar dan merangkumi

keseluruhan kawasan persekutuan tanah Melayu. Dato Onn telah dilantik

sebagai presiden Umno yang pertama. Selain itu, dapat dilihat juga slogan

yang dibawa oleh Umno adalah “Hidup Melayu31”. Seterusnya pada

29-30,6,1946, persidanagn yang kedua telah dibuat. Seterusnya

perkembangan Umno semakin besar sehingga ditubuhkan di setiap Negeri

Melayu32.

Terdapat pelbagai aspek yang menyebabkan berlakunya perpecahan

dalam Umno pada tahun 1951. Punca utama yang menyebabakan

perpecahan Umno pada tahun 1951 ialah dasar yang ingin dibawa oleh

30 Ibrahim Mahmood, 1981, Hlm 103/107

(10)

Dato Onn yang mahu membuka keahlian kepada bukan Melayu33 yang

menyebabkan orang Melayu tidak setuju. Selain itu dalam mesyuarat

dalam persidangan agung Umno 10-11,6,1950. Dato Onn telah menerima

pertuduahan dari perwakilan dengan tuduhan yang berat dan pedas yang

ditujukan kepada Dato Onn. Hal ini telah menjadi salah satu sebab

mengapa Dato Onn mengistihar perletakan jawatan yang dipertuan agong

Umno pada 11/jun/ Umno34. Antara sebab Dato Onn meletak jawatan

dalam Umno kerana “ia memandang bahawa soal mengadakan undang

undang kerakyatan adalah satu dasar dan pokok, jika parti tidak mahu

menerima dasar yang di bawa, maka tiada cara lain hanyalah dengan

meletak jawatan dan dan memberi peluang kepada orang kepada orang

lain yang dasrnya dipersetujui dan diterima oleh ahli persidangan

agong”35.

Perletakan jawatan ini menujukan bahawa Dato Onn tidak lagi

sefahaman dengan parti yang ditubuhkanya. Hal ini menyebabkan Umno

menjadi tidak tentu hala kerana hilang pemimpin yang hebat. Terdapat

beberapa usaha untuk memujuk Dato Onn untuk kembali dalam Umno,

pada 28,7,1950 seramai lima ribu orang termasuk perwakilan berkumpul

di hadapan rumah Dato Onn untuk memujuk Dato Onn. Pada jam 9 pagi

33 Ibrahim Mahmood, 1981, Hlm 291 34 Ibid, Hlm, 271

(11)

perwakilan mula bergerak ke rumah Dato Onn untuk memberi ucapan,

setiap perwakilan memberi ucapan dan akhirnya Dato Onn menyatakan

terima kasih kepada semua perwakilan dan berucap. Dato Onn

menyatakan tindaknya keluar dari Umno dibuat berdasarkan beberapa

sebab, yaitu pandanganya terhadap ahli Umno dan masyarakat Melayu

yang tidak dapat menerima pandanganya dan tidak lagi sealiran dengan

pemikiranya. Selain itu, pengunduran Dato Onn dari Umno adalah

disebabkan dasar yang dibawa oleh Dato Onn tidak dapat diterima oleh

masyarakat Melayu36.

Namun pada pemilihan tahun 50/51, Dato Onn bertanding tetapi

keluar parti tidak lama kemudian kerana dasar yang dibawa oleh Dato

Onn tidak dapat diterima oleh orang Melayu. Sebenarnya Dato Onn ingin

membuka pintu keahlian kepada ahli bukan Melayu37. Hal ini merupakan

punca utama mengapa Dato Onn meninggalkan Umno dan bercita cita

untuk menubuhkan parti baru. Seterusnya pada 25-26/ogos/1951, satu

mesyuarat diadakan dan perbincangan antara pimpinan tertingi Umno

setuju untuk melantik Tengku Abdul Rahman sebagai yang dipertua

Umno mengantikan Dato Onn.

(12)

4.2 Penubuhan parti Pas

Persidangan alim ulamak Islam peringkat kebangsaan dibuat di

bangunan kelab Muar, Johor pada 21-22/Februari/1950. Tuan Haji

Ahmad Fuad Hasan sebagai pengerak. Seramai 46 wakil dan 300

pemerhati. Seterusnya pada 23/ogos/1951 di kelab sultan Sulaiman Kuala

Lumpur persidangan kedua dan mendapat tiga keputusan perbincangan

pertama mendirikan satu persatuan alim ulamak yang bebas, kedua

melantik jawatankuasa sementara bagi menggubal perlembagaan, ketiga

meneruskan ikhtiar bagi menyatukan pentadbiran agama Islam dalam

persekutuan Tanah Melayu. Satu jawatankusa Dibuat untuk mengubal

undang undang persatua38. Persidangan ketiga telah dibuat di Butterworth

pada 23-24/novenber1951. Persidangan ini telah ditaja oleh Umno namun

keputusan persidangan ini menetapkan perlu untuk menubuhkan satu

badan yang bergerak sendiri dan tidak bersama Umno. Persatuan alim

ulamak ini dinamakan Pas, Yang dipertua pertamanya ialah Tuan Haji

Ahmad Fuad. Hal ini kerana persatuan ini mahu menubuhkan satu

gerakan yang bebas bergerak sendiri dan tidak dinaungi oleh mana mana

ahli politik39. Hal ini menunjukan bahawa Pas mahu bergerak sendirian

dengan prinsip Islamiyah yamg dipegang.

(13)

Punca punca mengapa Pas keluar dari Umno adalah disebabkan,

Umno telah terkeluar jauh dari landasan yang asal, mereka juga

mengangap kemenangan yang dapat di tanah Melayu seperti kosong dan

tidak membawa apa apa erti. Hal ini kerana di struktur pemerintahan

mengikut barat40.

Selain itu, Pas juga menentang pegangan sesetengah ahli politik

Umno yang menganggap bahawa politik dan agama tidak boleh dicampur,

dan mengamalkan loteri dalam mendapatkan duit. Hal ini kerana menurut

Pas, agama dan politik perlu selari kerana politik itu dipandu oleh agama.

Penyataan Pas itu turut selari dengan ajaran agama Islam yang

menerapkan agama Islam dalam setiap aspek dan agama dan dunia tidak

boleh dipisahkan41.

Seterusnya Pas juga menuntut supaya undang undang Islam diadakan,

hak kerakyatan yang lebih ketat kepada orang bukan Melayu, Islam

dikanun sebagai agama rasmi, jawatan menteri besar, ketua menteri,

gabenor dan ketua angkatan tentera perlu diketuai oleh orang Melayu42.

Hal ini menunjukan perjuangan Pas menekan perjuangan berdasarkan

syariat Islam dan tidak berlandaskan landasan barat.

(14)

Seterusnya pada 11/oktober/1953. Parti perikatan telah mengadakan

persidangan National Convention dan dihadiri dua wakil Pas, yaitu

Muhammad Hanif dan Muhammad Asri. Hasil persidangan meluluskan

laporan jawatan kuasa pilihanraya, pilihan raya Federal dan perlembagaan.

Dalam persidangan ini Pas menentang beberapa usul seperti

memperluaskan kelayakan hak mengundi43.

Seterusnya Perkembangan Pas tahap pertama tamat selepas peneraju

utama Ahmad Fuad turun dari kerusi kepimpinan selepas proses

pengeluaran Pas dari Parti Negara september 195344. Seterusnya pada

perkembangan kedua kepimpinan Pas berada di bawah kepimpinan

Burhanudin Helmi, dan Zulkifli Muhammad. Mereka mengambil alih

kepimpinan Pas pada 1956. Semasa kepimpinan Burhanudin Helmi beliau

berjaya dalam mengembangkan sayap Pas terutamanya di negeri Kelantan

dan Terengganu. Namun kepimpinan beliau melalui waktu yang singkat,

dan peritini kerana ketua pemuda Pas dibunuh semasa ceramah,

kemalangan kepada Zulkifli dan penagkapan Burhanudin Helmi sendiri,

dan akhirnya beliau meningal dunia pada 195645.

43 Ibnu Hasyim, 1993, Hlm 50-51 44 Ibid, Hlm 13

(15)

3.0 Isu isu pragmatik di Malaysia

3.1) Isu Kebangsaan

Isu pragmatik yang pertama ialah isu kebangsaan, isu kebangsaan

semistinya menjadi isu utama dalam kempen pilihanraya yang selalu

dimainkan oleh banyak parti politik. Dalam isu ini terdapat dua

penekanan dalam yang selalu ditekankan pertama berhubung dunia luar

dan isu kemerdekaan dalam pilihanraya 1955. Isu kemerdekaan

bermaksud pembebasan negara dari cengkaman penjajah British.

Seterusnya pada 1963-1966 isu ini sekali lagi dimainkan disebabkan

berlakunya konfrantasi di Indonesia terhadap penubuhan Malaysia. Hal

ini telah membawa kepada kesan yang sangat banyak dalam

mempengaruhi keputusan pilihanraya pada tahun 1964. kesan dari isu

kebangsaan BN telah menang besar dalam pilihanraya pada 196446.

Seterusnya dalam pilihanraya pada tahun 1974 isu ini sekali lagi

berlaku semasa pemerintahan Tun Abdul Razak. Semasa pemerintahanya

beliau telah membuat hubungan dengan republik China, hal ini

menyebabkan rakyat china mempengaruhi undi dalam pengundi bukan

Melayu. Selain itu berlakunya persidngan menteri menteri luar negara

(16)

kenegaraan ini47. Pengaruh dan pencapaian yang berjaya dilakukan oleh

pihak kerajaan telah membawa kepada sokongan padu oleh rakyat. Hal ini

membawa kepada kesukaran dalam penentangan yang dibuat oleh parti

parti lawan. Selain itu, terdapat juga pemimpin perikatan yang

menyatakan penyataan bagi sesiapa yang mengundi perikatan bermaksud

dia telah melakukan taat setia kepada negara. Manakala mereka yang

mengundi parti lawan bermaksud dia menyokog pemimpin Sukarno

sekaligus menderhaka kepada tanah air sendiri. Hal ini telah membawa

kepada kemenangan besar kepada pihak kerajana kerana mengunakan isu

ini dalam meraih undi48.

Seterusnya dalam isu kenegaraan turut dimainkan tentang hak

istimewa orang Melayu, agama Islam dan bahasa Melayu yang telah

termaktub dalam perlembagaan. Pada pilihanraya 1959, 69, 78 dan 82. Isu

seperti ini banyak dimainkan oleh pihak kerajaan untuk meraih undi49.

Hal ini kerana masyarakat Melayu merasa kedudukan mereka tergugat

dalam bumi sendiri, oleh itu mereka mengambil pilihan dengan memilih

parti yang terjamin kelangsungan dan mempunyai perjalanan yang baik.

Selain itu jika dilihat dalam parti selain dari Umno mereka lebih

mendokong agenda kaum, agama dan kepentingan diri sendiri, dan tidak

47 Hussain Mohamed, 1987, Hlm 139

48 Ibid, 1987, Hlm 140

(17)

menyeluruh seperti parti perikatan yang merangkumi kesemua aspek

seperti kaum agama dan kepentingan dalam ekonomi dan hak dalam

negara. Hal ini tidak sesuai jika diperaktikan di Malaysia yang

mempunyai kepelbagaiaan kaum. Hal ini menunjukan bahawa setiap kali

pilihanraya akan berlaku perpecahan dalam kalangan masyarakat Melayu,

hal ini dapat dilihat dalam pilihanraya 1978 apabila Pas ditendang keluar

oleh Barisan Nasional dan kekalahan kerajaan Pas di Kelantan50.

Selain itu jika dilihat parti Pas semasa berada dalam Umno dan

selepas keluar dari Umno sentiasa menjadi ancaman utama kepada

kerajaan pimpinan Umno. Hal ini kerana Pas dan Umno memperjuangkan

bangsa Melayu, namun Pas lebih dominan dalam negeri yang mempunyai

banyak sekolah agama dan pondok pondok, hal ini kerana Pas dipimpin

oleh golongan ulamak dan mahu menubuhkan kerajaan Islam dan

menegakkan syiar Islam dalam kerajaan Malaysia, berbeza pula dengan

perikatan yang banyak dipinpin pemimpin dari golongan yang mendapat

pendidikan di barat dan lebih kepada kemajuan sahaja dan tidak terlalu

mementingkan agama dalam pemerintahan51. Dominasi Pas dalam

kalangan golongan agama dapat dilihat dalam kerajaan Kelantan yang

mempunyai 90 etnik Melayu yang kebanyakanya kuat dalam

(18)

mengamalkan agama Islam telah membawa kepada kepimpinan Pas di

Kelantan 1959 Mac 197852. Selain itu, kesan dari persaingan Umno Pas

juga membawa kepada penahanan beberapa pemimpin Pas yang dituduh

sebagai anti Nasional, seperti DR Burhanudin Helmi menjelang pilihan

raya 1964. Manakala pada pilihanraya 1969 pula pemimpin Pas dituduh

sebagai berkerjasama dengan parti komunis Malaya, ratusan orang

ditahan termasuk pemimpin Pas53. Oleh itu dapat dipastikan bahawa

permainan politik di Malaysia mempunyai banyak liku dan kepentingan

bagi memastikan sesuatu parti terus berkuasa.

52Hussain Mohamed, 1987, Hlm, 141

(19)

3.2) Isu Rang Undang Undang 355

Seterusnya isu pragmatik yang kedua ialah isu Rang undang undang

355 yang meningkatkan bidang kuasa dalam mahkamah syariah dalam

menjatuhkan hukuman kepada pesalah beragama Islam.

Seterusnya bagi pihak pembangkang mereka telah menyatakan usul

persendirian apabila pihak kerajaan enggan membentangkan Rang undang

Undang ini, Rang undang undang ini yaitu, Seksyen 2 dan 2 A

memperuntukkan54:

Perkara 2

“2. Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang

penganut agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah

perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Butiran 1 Senarai Negeri di

bawah Jadual Kesembilan Undang-Undang Persekutuan."

Seksyen 2A baru memperuntukkan:

Perkara 2A

"2A. Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2

(20)

undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di

bawah seksyen yang disebutkan diatas, selain dari hukuman mati.”55

Seterusnya menurut Mohd Amar Nik Abdullah menyatakan tujuan

untuk dibentangkan Rang undang undang Ruu 335 adalah untuk

memartabatkan mahkamah Syriah dan hanya melibatkan umat Islam

sahaja, selain itu kita juga ingin menaikkan hukuman yang lebih tinggi

berbanding peruntukan undang undang yang sedia ada56

Seterusnya menurut Dr Zulkifli Al Bakri terdapat beberapa perkara

penting dilakukan perlu dilakukan bagi melaksanakan pengubalan Ruu

355. Pertama perlu mengambil pendapat setiap rakyat Malaysia kerana

mereka mempunyai hak bersuara dan mengetahui Ruu 355. Kedua

kejahilan dan tidak tahu menjadi punca kepada salah faham dalam

masyarakat tentang Hudud dan Ruu. Ketiga terdapat beberapa

perbincangan yang dibuat untuk mencari penyelasaiaan dalam

perundangan seperti di bandar Lahai pada 1938, pihak Al-Azhar diundang

2 ulamak hadir untuk membincangkan “tanggungjawab kemajuaan dan

jenayah dalam syariat Islam dan fiqh Islam yang bebas dan tidak

berpengaruh dengan undang undang Roman” hasil dari kongres telah

meninggalkan beberapa kesepakatan seperti “pertama syariat Islam

(21)

dianggap sebagai salah satu sumber rujukan syariat umum, Islam adalah

syariat yang boleh menerima segala perkembangan dan syariat Islam

adalah syariat yang tulen bukan diambil dari syariat lain.57”.

Seterusnya dalam sejarah Ruu 355 pernah digubal pertama kali

pada 1965 dengan mengambil punca kuasa dari perlembagaan. Rang

undang undang 355 turut dibincangkan oleh ramai ahli parlimen seperti

Abdul Rahman Yaakub (Tun Datuk Patinggi), YB Mohamed Asri Haji

Muda. 19 tahun kemudian pada 1984 Ruu 355 dibentang untuk bacaan

kali kedua dan dipersetujui oleh Dewan Rakyat pada 10-12/10/1984.

Seterusnya pada 1989 akta 355 digubal dan digunapakai di Sabah dan

Sarawak dan dipersetujui pada 24, mac 1989. Seterusnya yang terbaru

pada 26/mei/ 2016 Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang telah mendapat

kebenaran untuk membentangkan Ruu 355 dengan usul persendirian.

Beliau telah menambah seksen 2 dan 2A58.

Seterunya antara punca Ruu 355 ditentang, menurut Tuan Guru Abdul

Hadi Awang menyatakan antara sebab Ruu 355 ditentang adalah

berpunca dari penyakit Islami fobia dan sikap cemburu kepada Islam59.

(22)

Seterusnya perbincangan akan menjelaskan beberapa perkara yang

dipersoalkan oleh beberapa pihak dalam isu Ruu 355. Persoalan yang

serinag diutarakan oleh golongan persatuan orang bukan Islam dan NGO

ialah, “apakah keperluan untuk meminda akta Ruu 355”60. Menurut Dr

Asyaraf Wajdi Dusuki beliau menyatakan bahawa akta Ruu 355 bertujuan

untuk meningkatkan kuasa yang ada pada mahkamah syariah dalam

menjatuhkan hukuman kepada pesalah. Selain itu Ruu 355 dipinda untuk

kali terakhir adalah pada 1984. Selain itu kadar denda dan hukuman tidak

lagi mengerunkan pesalah, perkara yang dilakukan oleh Haji Abdul Hadi

awang adalah untuk meningkatkan lagi jumlah hukuman sehingga selaras

dengan hukum syarak. Manakala jumlah hukuman sebat, denda, penjara

akan ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri61.

Kedua “sebatan 100 adakah melampau”, sebatan mengikut syarak dan

sivil adalah berlainan mengikut syarak tidak boleh mencederakan pesalah

manakala sivil melibas dengan sekuat hati62. Ketiga “akta 355 akan

memberi kesan secara tidak langsung kepada orang bukan Islam”. Dalam

persoalan ini terjadi kerana bidang kuasa mahkamah syariah terbatas

kepada orang Islam sahaja. Begitu juga dengan akta Ruu 355 seksen 2

60 Ab dul Hadi Awang. 2017. Mengapa Ruu ditentang. Harakah Daily. 23 Mac.

61 Asyaraf Wajdi Dusuki. 2016. Menjawab 10 salah faham mengenai pindaan ruu akta 355. 6

(23)

hanya orang Islam sahaja boleh dibicara dan hukum Islam di mahkamah

Syariah63. Keempat “akta 355 adalah pintu belakang kepada Hudud”, akta

355 tiada kaitan dengan Hudud, hal ini kerana Ruu 355 hanyalah

pemerkasaaan dalam bidang kuasa mahkamah syariah sahaja. Kelima,

“pindaan Ruu 355 ini membolehkan undang undang berbaur hudud

diperkenal”, dalam hudud hanya menyentuh 6 jenis kesalahan dan 4

berbentuk individu, 2 melibatkan awam. Berbentuk individu seperti zina,

tuduh zina, minum arak dan murtad. Manakala melibatkan awam mencuri

dan merompak64.

Kenam, “ketidak adilan akan berlaku jika terjadi kes rogol yang

melibatkan orang Islam dan bukan Islam”. Orang Islam dihukum di

mahkamah sivil dan bukan Islam didenda di mahkamah sivil” rogol

bukan merupakan kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa negeri kerana

ia terletak di bawah kuasa persekutuan khususnya undang undang penal

code atau akta kanun jenayah persekutuaan. Terakhir “kenapa bukan

pihak kerajaan yang membentangkan Ruu untuk meminda akta 355”, hal

ini kerana kerajan terikat dengan proses dan tertib apabila ingin

melakukan sesuatu pemerkasaan mahkmah syariah65.

63 Asyaraf Wajdi Dusuki. 2016. Menjawab 10 salah faham mengenai pindaan ruu akta 355. 6

64 Asyaraf Wajdi Dusuki. 2016. Menjawab 10 salah faham mengenai pindaan ruu akta 355. 6

(24)

4.0) Rumusan

Dalam arena politik Malaysia terdapat banyak cabaran dan liku yang

sangat tajam yang perlu dilalui oleh setiap ahli politik yang masuk ke

dalam gelanggang politik Malaysia. Selain itu mereka juga perlu

mempunyai semangat yang sangat kental dalam menghadapi pelbagai

cabaran yag dihadapi. Hal ini kerana jika seorang pemimpin tidak

mempunyai pengaruh dan kekuatan yang cukup mereka akan dijatuhkan,

seperti yang terjadi kepada Musa Hitam tengku Ghazali, penendangan pas

keluar dari Barisan Nasional. Selain itu dapt dilihat juga perjuangan

dalam parti politik di Malaysia lebih kepada faktor perkauman bagi Umno,

Mic, Mca dan Dap. Manakala bagi parti Pas lebih memperjuangkan

agama islam dan menjalankan syariat Islam di bumi Malaysia, hal ini

mendapat perhatian dan sokongan dari golongan muda dan terpelajar

yang mempunyai pemikiran Islam.

Selain itu dapat dilihat juga dalam politik Malaysia perjuangan kepada

bangsa melayu sangat penting dalam memancing undi setiap pilihan raya

yang berlaku. Hal ini dapat dilihat melalui pilihan raya pada 1959, 69, 78

dan 82. Isu seperti ini banyak dimainkan oleh pihak kerajaan untuk

meraih undi. Hal ini juga menyebabkan kerajaan atau parti perikatan

mendapat kemenangan besar66. Selain itu dalam ekonomi juga kerajaan

(25)

perikatan turut memain peranan dalam menubuhkan dasar ekonomi baru,

Felda dalam meningkatkan lagi ekonomi masyarakat Melayu, selain itu

terdapat juga perubahan dalam politik yang dimainkan Umno selepas

peristiwa 13 Mei, hal ini kerana Umno ingin menyeimbangkan kuasa

ekonomi yang dipegang China dalam negara67. Hal ini juga telah

membawa kepada perubahan yang sangat banyak ke dalam politik yang

dimainkan oleh perwakilan Umno, kerana Umno sudah mula kaya dan

mempunyai banyak syarikat perniagaan yang dipegang. Oleh itu dapat

dipastikan bahawa Umno dan Pas sangat memainkan peranan penting

(26)

4.0) Rujukan

Abdul rahman hj abdullah.2006. Sejarah kebudayaan asia enggara tradisional. Shah alam. Karisma publication.

Ahmad nidzamuddin sulaiman, zaini othman, jamaie hamil, suzanna mohamed isa, 2003. pembinaan keupayaan Melayu dalam arus globalisasi: anjakan paradikma budaya politik Melayu.ukm, atma, seminar pembinaan keupayaan Melayu dalam arus globalisasi, pc ukm

Anwar Abdullah.2004. Biografi Dato onn Hidup Melayu. Bangi. Penerbitan ukm.

Hashim musa, zainal abidin borhan, othman mohd yatim, 2001 tamadun Islam dan tamadun asia, penerbitan universiti malaya, kuala lumpur.

Hussain mohamed, membangun demokrasi pilihan raya di malaysia, 1987, kuala lumpur, percetakan kum

ibrahim Mahmood,1981, sejarah perjungan bangsa Melayu, kuala lumpur, pustaka antara

Ismail hamidi, peradaban Melayu dan Islam, penerbitan fajar bakti, petaling jaya, 1985.

Ibnu Hasyim. Pas kuasai malaysia. Gg edar. kuala lumpur. 1993. Jammaie haji Hamil. 2016. Umno dalam politik dan perniagaan melayu. Bangi. Penerbitan university kebangsaan Malaysia.

Muhammad yusuff hashim. Kesultanan melyu melaka. Dewan bahasa dan pustaka. Kuala lumpur. 1989.

Mohd jamil bin mukmin. Gerakan Islam di malaysia kesinambungan respon dan perubahan 1957-2000. shah alam. Universiti teknologi mara.

(27)

Zainal abidin abdul wahid, 1979, sejarah malaysia sepintas lalu, kuala lumpur, dbp

Zainal Abidin ABD Wahab, sejarah malaysia sepintas lalu, 1979, kuala lumpur, dbp, H

Malaysia kini, zulkifli al Bakri (sinarharian.com.my/mobil/nasional, Kepentingan memahami pindaan akta Ruu355)2/sep/2016

Harakah daily, Bdul hadi awang, presiden pas, 23/mac/

2017(www.harakahdaily.net.my/index.php/berita/presiden/ mengapa Ruu355 ditentang)

Sinar harian, 30, mac, 2017,

(sinarharian.com.my/mobil/nasional/kerajaan tidak akan bentangkan Ruu35

Tun Abdul Hamid Mohamad, 2016, Berita harian, 2/ jun, Rang undang undang persendiriaan pas apa tujuanya

Sinar harian 30, mei, 2016mohd amar

(sinarharian.com.my/mobil/nasional/Fahami tujuaan pindaan Ruu

mahkamah Syariah

Referensi

Dokumen terkait

Dengan berangan-angan produk ini dapat menjadi produk andalan Desa Tegalweru, maka tentu saja upaya inovasi produk perlu dilakukan untuk memperbaiki kualitas agar lebih mampu

EE-3924 has been a regular Research Scholar in the department for a period of two years from the date of his admission.. Saxena Department

Jika sejumlah air ditunjukkan dalam satuan berat, lalu ψm pada satu titik adalah ukuran vertikal antara titik ini dalam tanah dan permukaan air dari suatu manometer yang diisi

Penelian ini dilakukan dengan tujuan untuk mengetahui Komposisi rayap pada kebun gambir di Kanagarian Siguntur Muda Kecamatan Koto XI Tarusan Kabupaten

[r]

Adalah nyata bahwa pribadi bangsa Indonesia seharusnya memiliki kepribadian yang luhur, kepribadian yang tinggi dan mempunyai identitas diri yang terdidik karena

Hasil analisis proksimat pakan penggemukan di Laboratorium Bahan Makanan Ternak di Balitnak Ciawi bahwa kandungan protein pakan perlakuan Clebih tinggi dari perlakuan B yaitu

Pada bulan September tahun 2020 kondisi tekanan udara rata-rata per jam di Stasiun Kualanamu menunjukkan bahwa tekanan udara maksimum terjadi 2 kali pada tanggal 24 dan 25 Dengan