• Tidak ada hasil yang ditemukan

Usaha doa iktiar dan tawakal persepsi me

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Usaha doa iktiar dan tawakal persepsi me"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Usaha,ikhtiar, doa & tawakkal tangga kejayaan

Oleh

Norizan Binti Yusof

Puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t..pujian yang setinggi-tingginya buat DIA yang menciptakan seluruh makhluk, menciptakan hidup dan mati sebaagai ujian buat hamba, memberi nikmat pendengaran dan penglihatan untuk menguji sejauh mana sesorang hamba bersyukur, memberi nikmat akal menguji sejauh mana manusia mengambil hikmah daripada setiap perkara yang berlaku. DIA memberi wahyu sebagai pemandu kehidupan dunia agar hambanya mampu hidup berudarakan dunia bernafaskan akhirat, DIA yang mengurniakan ujian sebagai tanda rahmat dan kasih sayang serta mahu menguji sejauh mana hambaNYA kembali kepadaNYA apabila dalam situasi menghadapi ujian hidup…

“Yang pipih tak datang melayang, yang bulat tak datang bergolek”

Seringkali kita mendengar ungkapan di atas, ungkapan biasa bagi masyarakat kita. Ungkapan ini mengandungi maksud yang benar-benar tersurat dan tersirat.Yang jelas sesuatu perkara yang berlaku dalam kehidupan dunia ini tidak berlaku dengan mudah, tetapi ia perlu melalui satu proses iaitu USAHA.. Maka bila disebut usaha sudah pasti ada juga ungkapan yang kerap kita dengan suatu masa dahulu iaitu usaha tangga kejayaan. Benar!! Usaha adalah tangga kejayaan, tetapi kebiasaanya dalam hidup, dalam berhadapan dengan ujian, dalam mengecap sebuah kejayaan tidak cukup dengan usaha. Ianya ada apitan iaitu ikhtiar, doa dan tawakkal.

Entri kali ini saya berminat untuk mengupas isu proses Usaha dengan apitan ikhtiar, doa dan tawakkal berkisarkan kisah sejarah Agung yang terkandung dalam qalam-qalam cinta Allah.

Firman Allah Taala yang bermaksud :

“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” - Surah al-Baqarah : 155-157

(2)

ungkapan mengeluh atau mengadu sekadara oada makhluk yang kita lakukan, tetapi pada saat itu kita meluahkan kepada tuhan, menahan dalam hati iaitu sabar dan cuba menerima iaitu redha dengan ujian yang diberikan.

Setiap perkara yang kita lalui dalam hidup adalah takdir daripada Allah s.w.t, dan takdir ini akan berlaku berdasarkan apa yang kita fikirkan, apa yang kita doakan dan apa yang kitra usahakan. Timbal balik takdir ini cukup indah dan menarik. Mengapa Allah jadikan begitu?? Kerana Allah mahu hamba-hambanya sentiasa berusaha dalam masa yang sama optimis terhadap DIA.. Ingatkah kita tentang hadis Qudsi yang berbunyi:

“Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku. Dan Aku bersamanya tatkala Dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu.

Sekiranya dia mengingatiKu di khalayak ramai, maka Aku akan mengingatinya di depan khalayak ramai yang lebih mulia(para malaikat dan nabi-nabi). Jika hambaKu mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika hambaKu mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa.

Jika hambaKu mendekatiKu dalam keadaan berjalan, Aku akan mendekatiNya dalam keadaan berlari(cepat).” Hadith Qudsi Riwayat Bukhari dan Muslim. Hadith nombor 59 dalam Kitab Al-Wafi karangan Imam An-Nawawi.

Beruntungnya kita andai kita memahami setiap yang berlaku punyai hikmah yang tersendiri dan beruntungnya kita andai kita mampu memposisikan diri kita dalam kalangan orang yang sentiasa berusaha dan berharap. Indahnya kehidupan kita anda kita mampu berpaut pada ranting kepercayaan yang kukuh terhadap kalimah “la ila ha illallah” dan beruntungnya kita andai kita mampu mendayung perahu menuju destinasi akhirat dengan harapan dan keyakinan yang tidak pernah bertepi. Untungnya andai kita mampu merasakan setiap titis keringat yang jatuh semasa pelayaran itu sebenarnya detik bahagia kehidupan dan beruntungnya andai kita mapu merasa setiap butir mutiara jernih yang mengalir itu satu pengharapan.

Usaha dengan kombinasi ikhtiar, doa dan tawakkal merupakan satu resepi yang mengandungi intipati yang cukup unik. Adunannya memberi satu perasaan kegembiraan dan kebahagiaan yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Kombinasi ini juga perlulah dilihat dalam skop yang lebih komprehensif dalam kehidupan semoga ianya menjadi satu landasan untuk kita sentiasa bergerak.

Konsep ini jelas dalam al-quran dan cerita cerita sejarah yang terkandung dalamnya.Ketika seseorang ditimpakan dengan ujian dan musibah, bukan sahaja senjata doa yang diperlukan ketika itu…selagi dia tidak mampu untuk berusaha untuk mengeluarkan diri daripada ujian tersebut, maka dia tidak akan mampu mengatasi masalah yang dilalui.

(3)

Allah takdirkan hidup ini perlu kepada kombinasi usaha iktiar doa dan tawakkal adalah kerana kehidupan ini sebagai satu satu medan ujian yang tidak pernah berakhir dan fitrahnya selagi mana kita berusaha, selagi itu Allah akan membantu urusan kita.

Sejarah yang terpampang luas mengenai cerita Nabi Ayyub a.s yang di uji dengan sakit. Allah berikan penderitaan demi penderitaan buat dirinya. Mengapa Allah memberi ujian tersebut kepada seorang hamba pilihannya? Kerana Allah mahu menguji sejauh mana dia berusaha. Sakit yang dilaluinya lebih kurang 100 tahun menyebabkan pelbagai usaha dan ikhtiar dilakukan olehnya untuk berubat dan akhirnya Allah memberi jalan penyelesaian keluar dari ujian bahkan ditambah lagi kegembiraan atas kesabaran dan usah ayang dilakukan. Berikut merupakan kisah Nabi ayyub.

DERITA NABI AYYUB A.S

Di dalam Al-Quran ada merakamkan kisah penderitaan penyakit yang terpaksa ditanggung oleh Nabi Ayyub. Di dalam Kitab Duratun Nasihin, pada bab kisah kesabaran Nabi Ayyub. Secara ringkasnya, Nabi Ayyub a.s merupakan seorang Nabi Allah yang dikurniakan nikmat kekayaan, kesihatan serta anak pinak. Beliau tidak pernah lupa untuk mensyukuri atas segala nikmat yang telah Allah SWT kurniakan. Dengan izin Allah, kesabaran Nabi Ayyub a.s. diuji apabila Iblis membakar rumah, harta benda dan anak-anak Nabi Ayyub a.s. Iblis belum berpuas hati lantaran melihat ketabahan dan kesabaran Nabi Allah Ayyub. Lalu sekali lagi Nabi Ayyub di uji dengan jangkitan penyakit kulit yang kronik sehinggakan masyarakat di sekeliling merasa jijik melihatnya. Isteri-isterinya meninggalkan beliau kerana tidak mampu lagi menanggung malu dan kesengsaraan hidup. Yang tinggal hanyalah Nabi Ayyub bersama Siti Rahmah salah seorang dari isterinya yang solehah menemaninya walaupun keadan beliau yang serba dhaif. Selama 7 tahun Nabi Ayyub menderita, namun tidak lekang dari mulutnya berzikir memuji Allah SWT. Siti Rahmah juga akhirnya berjaya dihasut oleh iblis seterusnya meninggalkan Nabi Ayyub keseorangan.

Dalam pada itu, bermunajat Nabi Ayub a.s merintih pada Allah SWT sebagaimana firman-Nya :

"(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang". - Surah Al-Anbiya’: 83

Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, Allah tidak membiarkan Nabi-Nya sepi sendirian. Maka Allah mengabulkan rintihan Nabi Ayub. Allah menyuruhnya agar menghentakkan kaki ke tanah, lalu keluarlah air yang sejuk dingin lalu diminum, dimandikan sebagai penawar. Firman Allah SWT :

“Maka kami pun memperkenankan seruannya itu, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Allah”. - Surah Al-Anbiya’: 84

(4)

Cebisan kisah Nabi Ayyub a.s. ini memberi pengajaran kepada kita bahawa musibah penyakit adalah ujian dari-Nya sebelum Allah mengurniakan rahmat kasih sayang-Nya. Allah SWT ingin menilai kesabaran dan keteguhan iman dan cinta kita kepada-Nya. Jangan sesekali berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar rintihan hamba-hambanya yang soleh. Percayalah, akan tiba masanya jika tidak di dunia, pasti di akhirat kelak akan terbit sinar kebahagiaan dan rahmat-Nya menerangi kehidupan, berkat kesabaran serta keimanan menempuhi ujian demi ujian.

Usaha mengumpulkan jerami sebagai galang ganti sumpah yang diemukakan ketika beliau sedang sakit membuktikan itu sebahagian daripada jalan keluar yang dilakukan. Dan ketika Allah menyuruh Nabi Ayyub menghentakkan kaki ke tanah, itu juga usaha. Kelihatan ringkas tetapi punyai maksud mendalam bagi kita yang mendalami sejarah. Dengan terpancarnya air dari tanah ia dijadikan air minuman dan untuk mandi dengan air sejuk ini sebenarnya usaha yang Allah mahu hambanya lakukan.

Begitu juga dengan kiah inspirasi Maryam, ibu kepada Nabi Isa a.s..ketika Allah beri ujian yang bertalu-talu, bukan Allah tidak boleh hadirkan hidangan yang sedap untuk mengembalikan tenaga Mariam setelah melahirkan, bahkan Allah meminta Mariam menggongcangkan pohon kurma itu sebgai isyarat dan pengajaran buat hambanya pada maa yang akan datang bahawa setiap sesuatu itu perlu ditempuh dengan usaha..

Tetapi bukan sekadar usaha, ianya perlu juga dengan ikhtiar. Ikhtiar merupakan pelbagai teknik,kaedah dan cara yang dilakukan oleh seseorang untuk mendapatkan sesuatu. Sebagai contoh mahu Berjaya dalam peperiksaan, ikhtiarnya pastilah pelbagai. Pertamnya membaca buku, kedua membuat nota ringkas, ketiga berbincang dengan rakan, keempat bertanya dengan guru, kelima membuat latihan tambahan. Kepelbagaian usaha untuk Berjaya ini dijadikan ikhtiar.

Konsep ikhtiar ini juga banyak diceritakan dalam kisah nabi-nabi sebagai contoh kisah nabi Musa dan Harun yang ingin berdakwah kepada kaum bani israil, nabi Musa yang menyedari kelemahan dirinya dalam bertutur meminta bantuan Nabi Harun, selain itu ikhtiar yang lain adalah dengan menggunakan kepelbagaian teknik berdakwah atas bantuan dan pertyolongan Allah. Contohnya Apabila dikumpulkan semua ahli-ahli sihir untuk berhadapaan dengan Musa, Allah memberi Ilham kepada Nabi Musa untuk melemparkan tongkat yang berada di Tangannya. Perintah Allah ini juga merupakan salah satu metod dalam berdakwah sehingga ramai dalam kalangan ahli sihir yang sujud kepada Allah. Sebelum ini pelbagai kaedah yang digunakan oleh Nabi Musa a.s dalam menyebarkan dakwah kepada kaum bani israil..Inilah yang dikatakan sebagai ikhtiar

(5)

Doa merupakan senjata yang paling hebat dan satu bentuk pengharapan yang paling tinggi kepada Allah. Ianya merupakan satu bentuk komunikasi jangka panjang keran mengkin ia akan di makbulkan serta merta atu ditangguhkan seketika. Doa merupakan harapan dan keyakinan, doa ini merupakan teknik pengzahiran rasa cinta kepada khaliq. Dalam Al-quran banyak kisah-kisah yang dimasukkan dengan doa. Sebagai contoh kisah nabi yunus dengan ikan Nun, Apabila dia dipilih untuk berada dalam perut ikan nun, terus menerus dia berdia kepada Allah s.w.t supaya dia dibebaskan sehingga akhirnya ikan nun tersebut memuntahkan kembali Nabi yunus di tepi pantai. Paling banyak cerita doa yang diceritakan dalam al-quran adalah doa Nabi Ibrahim. Mengapa Allah pilih Nabi Ibrahim berkaitan doa ini?? Kerana Allah hendak memaparkan satu cerita sejarah bagaimana seorang hamba yang istemewa yang sanggup melakukan apa sahaja perintah Allah ini mempunyai satu senjata yang utuh. Kerana doa ini juga merupakan mukjizat yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s. Allah mempersembahkan cerita tersebut bagi memberi peringatan kepada hambanya berdolah kepada Allah seperti firmaNYA:

“Berdoalah kepadaku, nescaya aku akan perkenankan permintaan mu”

Akhir sekali adalah konsep tawakkal. Konsep ini adalah konsep yang tertinggi yang mengkomunikasikan bahawa setiap kejayaan, kemenangan, kenaikan bahkan kemampuan kita keluar daripada ujian itu bukanlah datang daro kemmapuan diri kita sendiri. Ianya merupakan sesuatu yang diberi dan dilaksanakan oleh Allah. Seperti firman Allah dalam surah al-mulk:

“Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada)

burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah.

Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

Konsep tawakkal ini penting supaya manusia sentiasa bermuhasabah diri dan kembali kepada pencipta diri dan alam buana ini. Konsep ini juga menunjukkan kecilnya kita sebagai hamba yang sentiasa berharap, endahnya diri kita sebagai hamba yang tidak mampu melakukan apa-apa melainkan dengan izinNYA

Akhir kata, konsep usaha ikhtiar doa dan tawakkal ini hanya dipandang remeh jika kita melihat dari satu penjuru semata-mata, tetapi jika kita buka mata, minda , hati dan akal untuk melihat konsep ini secara komprehensif, nescaya mapu terzahir perasaan kekerdilan di hadapan tuhan pencipta alam. Hidup adalah proses pembelajaran yang tak pernah berakhir

Firman Allah dalam surah Al-Kahfi

(6)

usaha

ikhtiar

doa

tawakkal

kejayaan,

kebahagiaan,

Referensi

Dokumen terkait

rapat,membahasnya dengan klien, mengkonfirmasi dengan bank, memeriksa kontrak hutang. Manakah dari delapan tujuan audit saldo piutang usaha yang sebagian dapat dipenuhi

harta yang dihibahkan, bantuan atau sumbangan, dan warisan sebagaimana dimaksud dalam Pasal 4 ayat (3) huruf a dan huruf b, kecuali sumbangan sebagaimana dimaksud dalam Pasal 6

Maka, dapat disimpulkan bahwa sistem informasi adalah kombinasi dari komponen yang terpisah (orang, hardware , software , jaringan komunikasi, sumber daya data,

[r]

No Kode Nama Mata Ajar SKS Pembina Kelas Senin Selasa Rabu Kamis Jumat Sabtu.. 1 BIT303 Bioteknologi Lingkungan 2 AGUS

Temperatur yang cocok untuk pertumbuhan Actinomycetes adalah 25- 30oC, tetapi pada suhu 55-65oC Actinomycetes masih dapat tumbuh dalam jumlah