• Tidak ada hasil yang ditemukan

Konsep manusia menurut al Quran

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Konsep manusia menurut al Quran"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENDAHULUAN

Al-Qur’an adalah kitabullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. sebagai panduan dan pegangan dalam kehidupan manusia. Intipati kandungan kalam suci ini penting kerana Allah telah menyeru manusia melaksanakan segala perintah dan meninggalkan larangan-Nya, mengajarkan tauhid dan menyucikan hati manusia dengan melaksanakan pelbagai ibadah, menunjukkan manusia kepada hal-hal yang dapat membawa kebaikan serta kemaslahatan dalam kehidupan individu dan sosial.

Selain itu, ia juga berperanan membimbing manusia kepada agama yang luhur agar mewujudkan jati diri yang tinggi, membentuk akhlak dan peribadi, serta meningkatkan diri manusia ke taraf kesempurnaan sebagai seorang insan yang bertakwa. Al-Qur’an juga mendorong manusia untuk merenung perihal diri dan keajaiban penciptaannya yang sangat unik dan istimewa berbanding dengan makhluk ciptaan Allah yang lain. Ini kerana pengenalan manusia terhadap dirinya dapat membawa kepada pengetahuan ma’rifatullah, sebagaimana firman Allah S.W.T :

     

      

  

Maksudnya: Maka hendaklah manusia memperhatikan dari apakah dia diciptakan? (5) Dia diciptakan dari air yang dipancarkan (6), yang keluar dari antara tulang sulbi laki-laki dan tulang dada perempuan (7).

(Surah at-Taariq, 86: 5 – 7)

(2)

bermoral, merasakan keindahan, kenikmatan beriman dan kehadiran Ilahi secara spiritual. Kedudukan manusia sebagai sebaik-baik kejadian juga diabadikan oleh Allah dalam al-Quran (Nor Anisah 1992: 44).

2.0 KONSEP MANUSIA MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN

2.1 Definisi Manusia

Manusia secara bahasa disebut juga insan dalam Bahasa Arab berasal dari kata nasiya

yang bererti lupa dan jika dilihat dari kata dasar al-uns yang bererti jinak. Perkataan insan digunakan kerana manusia memiliki sifat lupa. Manakala, jinak pula membawa maksud iaitu manusia selalu menyesuaikan diri dengan keadaan baru disekitarnya. Menurut Islam, manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang paling mulia berbanding makhluk-makhluk lain. Ini kerana manusia dianugerahkan akal untuk berfikir dan sekaligus dijadikan oleh Allah sebagai khalifah di alam ini. Manusia diberi amanah oleh Allah untuk memakmurkan bumi Allah ini dengan sebaik yang mungkin berlandaskan penetapan yang telah dibuat oleh Allah dalam al-Qur‘an. Melalui segala usaha, kerja keras dan doa, manusia dapat menemui jalan kehidupan sendiri kecuali pada beberapa ketetapan yang tidak boleh diubah seperti beberapa penetapan Allah sejak azali lagi iaitu rezeki, kematian dan jodoh (Ammar Fadzil 2007: 45).

Dalam al-Quran, terdapat tiga istilah berbeza yang terkenal iaitu merujuk kepada manusia. Antara istilah tersebut ialah al-Basyar, al-Insan dan al-Nas. Perkataan al-Basyar disebut dalam al-Quran sebanya 37 kali. Kata al-Basyar pada kebiasaannya adalah menyentuh berkenaan dengan sifat-sifat biologi seperti berasal daripada tanah liat dan manusia berupaya makan serta minum.

Manakala perkataan al-Insan juga disebut dalam al-Quran sebanyak 65 kali. Kata ini merujuk kepada konsep Islam yang selalu dihubungkan pada sifat psikologi dan spiritual manusia sebagai makhluk yang berfikir, diberi ilmu pengetahuan, dan memikul amanah. Insan atau manusia adalah makhluk yang pengetahuannya berkembang dan terus bergerak menuju ke arah kesempurnaan.

(3)

demikian, al-Quran memandang manusia sebagai makhluk biologi, psikologi dan sosial. Manusia sebagai Basyar diertikan sebagai makhluk sosial yang boleh hidup tanpa bantuan orang lain atau makhluk lain. Manusia juga terdiri daripada tiga bahagian iaitu jasmani, ruh dan jiwa. Manusia memiliki fitrah semulajadi dalam erti potensi yang dapat dibahagikan kepada dua hal iaitu potensi rohani dan potensi fizikal (Ahmad Amri 2009: 12).

Ibnu Sina yang terkenal dengan falsafah jiwanya menjelaskan bahawa manusia ialah makhluk sosial dan sekaligus makhluk ekonomi. Manusia juga berperanan dalam menyempurnakan jiwa manusia demi kebaikan hidupnya kerana manusia tidak hidup dengan baik tanpa bantuan dan sokongan orang lain. Dalam erti kata yang lain, manusia dapat capai kepuasan dan memenuhi segala keperluannya bila hidup bersama dalam sebuah organisasi (Ammar Fadzil 2007: 55).

2.2 Penciptaan Manusia Oleh Allah S.W.T. a) Kejadian manusia pertama (Adam A.S)

Di peringkat awal sebelum penciptaan manusia bermula Allah S.W.T telah mekhabarkan kepada malaikat bahawa akan menjadikan seorang khalifah di bumi ini. Sebagaimana firmanNya:

    

     











   

     

    

Maksudnya: Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”.

(4)

Berkenaan penciptaan manusia pertama, dalam al-Quran terdapat beberapa surah yang kebanyakan ayat menyatakan bahawa manusia adalah dicipta daripada tanah. Sudah tentu penciptaan ini mempunyai intisari dan falsafahnya yang tesendiri sebagaimana dipaparkan di dalam al-Quran sebagai ciptaan yang dihubungkan dengan tanah. sebagaimana firman Allah:

     









 

Maksudnya: Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sabaik-baiknya. Kemudian Dia mengembalikan kamu ke dalam tanah dan mengeluarkan kamu (daripadanya pada hari kiamat) dengan sebenar-benarnya.

(Surah Nuh, 71: 17 – 18) Merujuk kepada ayat-ayat di atas, ianya menunjukkan bahawa aspek spiritual mengenai asal-usul kejadian manusia daripada tanah ialah menekankan bahawa manusia akan kembali kepada tanah selepas mati. Selain itu, ia juga merujuk kepada kebangkitan manusia pada hari penghabisan atau hari perhitungan (Jamshed Akhtar 2005: 53).

b) Proses Kejadian Manusia

Proses kejadian manusia ini melalui beberapa peringkat dengan merujuk kepada beberapa ayat al-Quran yang bersesuaian. Kejadian manusia adalah penciptaan Allah yang istimewa dan sempurna dengan melalui peringkat-peringkat tertentu sebagaimana yang telah menjadi ketetapan Allah.

(5)











   

 

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat.

(Surah al-Insan, 76 : 2) Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran. Daripada

nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan, tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentuk saraf, dan tulang, manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging (Gabriel Said 2008: 78).

Seterusnya, peringkat kedua ialah ‘alaqah’. Peringkat ke dua ini merujuk kepada pembentukan alaqah iaitu pada hujung minggu pertama atau hari ketujuh. Pada hari yang ke tujuh benih yang telah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim. Sebagaimana firman Allah:

    

   

    

     

  

Maksudnya: Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.

(6)

yang bergantung atau melekat, pacat atau lintah, suatu buku atau ketulan darah. Peringkat alaqah juga adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim.

Peringkat ke tiga ialah ‘mudghah’. Pada peringkat ini, pembentukan mudghah

dikatakan berlaku pada minggu ke empat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14.

Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu, sistem pernafasan bayi sudah terbentuk. Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri (Jamshed Akhtar 2005: 53).

Seterusnya, peringkat ke empat ialah “Izam dan Lahm”. Peringkat ini berlaku pada minggu kelima, keenam dan ketujuh dimana terhasilnya pembentukan tulang yang mendahului pembentukan otot-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tulang tersebut. Hal ini merujuk kepada firman Allah S.W.T. dalam surah al-Mukminun ayat 14 yang bermaksud:

Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging”.

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus, seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah pinggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap (Mohamed El-Tahir 2001:37).

(7)

menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.

Peringkat terakhir ialah “nafkhur ruh” atau peringkat peniupan roh. Para ulama bersepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telah pun mempunyai hubungan dengan Allah S.W.T. melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf ayat 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah.

2.3 Penggunaan Istilah-istilah Manusia dalam al-Quran

Manusia merupakan makhluk Allah yang paling tinggi darjatnya berbanding makhluk-makhluk lain. Di dalam kitab suci al-Qur‘an, Allah S.W.T. menggunakan beberapa istilah yang pada dasarnya menjelaskan tentang konsep manusia. Istilah-istilah manusia dalam al-Qur‘an memiliki erti yang berbeza-beza. Antara istilah-istilah tersebut ialah:

a) Konsep al-Basyar

Penelitian terhadap kata manusia yang disebut al-Qur’an dengan menggunakan kata

basyar menjelaskan bahawa manusia adalah anak keturunan Nabi Adam A.S. dan makhluk yang secara semulajadinya gemar kepada makan dan minum. Kata 'basyar'

disebutkan sebanyak 36 kali dalam bentuk tunggal dan hanya sekali dalam bentuk

'mutsanna' atau 'jama'. Sebagai makhluk yang bersifat fizik, manusia tidak jauh berbeza dengan makhluk biologi lain.

Kehidupan manusia terikat dengan kaedah atau prinsip kehidupan biologi seperti berkembang biak. Mengenai proses dan fasa perkembangan manusia sebagai makhluk biologi telah ditegaskan oleh Allah SWT dalam Al-Qur’an sebagaimana firman-Nya:

(8)

   

     

    

Maksudnya: Dan Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) daripada tanah (13). Kemudian kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim) (14). Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain, maka Maha sucilah Allah, Pencipta yang paling baik.

)

Surah al-Mu’minuun, 23: 13 – 14

(

Oleh yang demikian, manusia dalam konsep al-Basyar ini dapat berubah secara fizikal, iaitu semakin tua dan akan semakin lemah serta akhirnya meninggal dunia. Dalam konsep al-Basyar ini juga tergambar tentang peranan manusia sebagai makhluk biologi yang mempunyai amanah sebagai khalifah di bumi Allah ini. Hal ini merujuk kepada bagaimana manusia berupaya memenuhi keperluan secara benar sesuai dengan tuntutan pencipta (Ahmad Amri 2009: 30).

b) Konsep al-Insan

(9)

     

     

Maksudnya: Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut?

(Surah al-Insaan, 76:1)

c) Konsep al-Nas

Al-Nas merujuk kepada fungsi manusia sebagai makhluk sosial yang tidak dapat hidup sendiri. Manusia harus menjaga hubungan baik sesama sendiri kerana secara semulajadinya manusia memerlukan antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan masing-masing. Hal ini menunjukkan bahawa manusia harus hidup bersaudara dan saling membantu (Mohd Liki Hamid 1975: 60).

Seperti yang telah diketahui, asal penciptaan manusia bermula dari pasangan lelaki dan perempuan (Adam dan Hawa), seterusnya berkembang menjadi masyarakat. Dalam erti kata yang lain, ia menunjukkan bahawa manusia harus hidup bersaudara dan tidak boleh saling menjatuhkan. Inilah sebenarnya fungsi manusia dalam konsep al-Nas. Sebagaimana firman Allah S.W.T. :

    

     

    











    



(10)

"Sesungguhnya orang ini (Muhammad) benar-benar adalah tukang sihir yang nyata".

(Surah Yunus, 10: 2)

d) Konsep Bani Adam

Manusia dalam istilah ini memiliki erti keturunan Adam. Istilah ini digunakan untuk menyebut manusia jika dilihat dari asal keturunannya. Istilah 'Bani Adam' disebut sebanyak tujuh kali dalam tujuh ayat al-Quran. Menurut Thabathaba’i dalam Samsul Nizar, penggunaan kata bani Adam merujuk kepada erti manusia secara umum. Dalam hal ini wujud tiga aspek yang dikaji.

Pertama, anjuran untuk berbudaya sesuai dengan ketentuan Allah, antaranya adalah dengan berpakaian secara manutup aurat. Kedua, mengingatkan pada keturunan Adam agar jangan terjerumus pada pujukan Syaitan yang sentiasa mengajak kepada perkara-perkara mungkar. Ketiga, memanfaatkan semua yang ada di alam semesta dalam rangka ibadah dan mentauhidkan-Nya. Semua perkara ini merupakan anjuran sekaligus peringatan Allah dalam rangka memuliakan keturunan Adam. Ditegaskan oleh Allah S.W.T. dalam al-Qur’an:

     

     

  

Maksudnya: Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu".

(Surah Yassiin, 36: 60)

e) Konsep Al-Ins

(11)

ghaib yang tidak dapat dirasai oleh pancaindera manusia. Berbeza dengan manusia yang disebut menggunakan istilah al-Ins. Manusia adalah makhluk yang tidak liar, ertinya kewujudannya jelas dan dapat menyesuaikan diri dengan lingkungannya. Kata Al-Ins

disebutkan sebanyak 18 kali dalam al-Qur‘an, masing-masing dalam 17 ayat. Salah satu ayat al-Quran yang menjelaskan berkenaan manusia dan jin ialah dalam surah al-An’aam ayat 112 iaitu:

















































Malsudnya: Dan Demikianlah kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkan mereka dan apa yang mereka ada-adakan.

)

Surah al-An’Aam, 6: 112

(

f) Konsep Khalifah Allah

Khalifah bererti pengganti, iaitu pengganti dari jenis makhluk yang lain atau pengganti bagi erti makhluk yang diberi amanah oleh Allah agar melaksanakan perintah-Nya di muka bumi. Pada hakikatnya, eksistensi manusia dalam kehidupan dunia ini adalah untuk melaksanakan amanah Allah iaitu dengan cara mengelola dunia sesuai dengan kehendak penciptanya (Esa Khalid 1999: 56).

(12)

pula menggambarkan bagaimana manusia berperanan sebagai hamba Allah melalui cara pengabdian diri hanya kepada-Nya (M. Quraish Shihab 1992:78).

Dalam peranan ini manusia perlu menyedari bahawa kemampuan yang dimilikinya untuk menguasai alam dan sesama manusia adalah kerana perintah dari Allah. Sebagaimana ditegaskan oleh Allah S.W.T. dalam Al-Qur’an:

    

     











   

     

    

Maksudnya: Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.

(Surah al-Baqarah, 2: ayat 30)

3.0 UNSUR JASMANI DAN ROHANI MANUSIA

(13)

rohani dalam diri manusia dimana jasad merupakan unsur jasmani dan roh, jiwa, akal dan qalbu merupakan unsur rohani dalam diri manusia.

3.1 Unsur Jasmani

Unsur jasmani manusia merujuk kepada unsur pembentukan tubuh badan manusia yang terdiri daripada tanah dan air. Dalam kata lain unsur jasmani itu ialah jasad atau fizikal manusia itu sendiri. Jasad merupakan alat bagi roh untuk mengambil kehidupan di atas dunia. Jasad adalah bersifat sementara dan perlu dipelihara dengan baik. Manusia perlu mengambil bahan yang berfaedah dan sesuai dengan kesihatan badan(keperluan fisiologi) dan mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebinasaan dan kecacatan kepada anggota tubuh. Apa yang dimaksudkan dengan keperluan fisiologi adalah keperluan yang merangkumi keperluan mendapat makanan, minuman, oksigen, tidur, rehat, aktiviti fizikal seks dan kepuasan deria. Jasad perlu dipelihara agar kita dapat melakukan segala tuntutan agama yang diperintahkan oleh Allah SWT. Jasad yang sempurna dan baik dapat menjamin kualiti ibadah yang lebih baik (Hairunnaja Najmuddin 2002: 56-57).

3.2 Unsur Rohani

Unsur rohani atau spiritual yang terdapat dalam diri kita boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu:

a) Roh

Perlu diketahui bahawa hakikah roh dan jasad adalah sangat berbeza sama sekali. Jasad boleh dilihat dengan pancaindera tetapi roh seperti angin yang masuk kedalam tubuh badan tanpa dapat dilihat oleh mata kasar. Sekiranya tubuh adalah rumah, roh diumpamakan seperti lampu yang mana cahaya-cahayanya terpancar di setiap sudut rumah tersebut. Di dalam al-Quran roh juga disebut dengan al nafs( jiwa) (Paul Olson 2002:334).









(14)

(Surah Al-Fajr, 89: 27) Al- ghazali membahagikan roh kepada dua bahagian:

Pertama: Roh secara tabi’i dapat diertikan seperti wap atau gas yang keluar dari dalam hati kasar (jantung) yang berisi darah hitam. Wap dan gas ini berjalan lancar ke seluruh bahagian urat-nadi dalam anggota tubuh badan manusia. Ruh seperti inilah yang dinamakan nyawa yang sama dengan nyawa yang ada pada haiwan yang tidak berakal. Kedua: Roh pada hakikat yang sebenar adalah unsur halus yang mengetahui dan merasa, tetapi tidak dilihat secara langsung. Roh ini dipanggil latifah-rabbaniah, ia mempunyai maksud yang sama dengan qalbu. Oleh itu, Roh dan qalbu pada hakikatnya adalah perkara yang sama, ia merupakan ciptaan Allah halus dan berseni (Luqman Junaedi 2009: 385).

Maksud roh yang kedua ini tidak dapat difahami oleh pancaindera dan akal manusia sebagaimana firman Allah:





























Maksudnya: "Dan mereka lagi akan bertanya kepada engkau wahai Muhammad, berkenaan dengan ruh hendaklah engkau menjawab kepada mereka bahawa ruh itu adalah daripada urusan Tuhanku."

(Surah al-Isra’, 17: 85)

b) Hati

Al-Ghazali membahagikan pengertian hati kepada dua bahagian, iaitu:

(15)

Kedua: Al-qalb dalam pengertian yang lebih halus ialah latiffah rabbaniyyah, sesuatu yang halus yang memiliki sifat ketuhanan dan keruhanian (Deden Himawan 2007 : 120).

Al-Qalb dari pengertian kedua inilah yang menjadi tumpuan dan pandangan Allah. Hal ini kerana hati merupakan hakikat manusia itu sendiri. Hati menjadi kayu ukur perbezaan antara setiap individu, dan keadaan hati yang ada pada seseorang itulah yang membezakan karakter seseorang individu itu.

Al-Ghazali membahagikan keaadan hati kepada tiga bahagian, pertama ialah hati yang sihat. Hati yang sihat ialah hati yang sentiasa mensyukuri nikmat Allah. Manusia yang mempunyai al-qalb yang bersih sentiasa tenang dan tenteram hidupnya. Mereka mempunyai iman yang kuat dan sentiasa beribadah kepada Allah. Segala larangan Allah ditinggalkanya. Bila mereka melakukan kesilapan, ia akan segera sedar dan kembali bertaubat. Al- Qalb jenis inilah yang dikehendaki Allah. Manusia yang mempunnyai keadaan hati seperti ini akan sentiasa dijamin keselamatannya didunia dan akhirat kelak.

Keadaan hati yang kedua ialah hati yang mati yakni hati yang keras dan kaku. Keadaan ini membawa kepada sifat-sifat yang tidak elok(mazmumah) sehingga membawa kepada banyak dosa. Manusia yang berada dalam keadaan hati seprti ini ialah orang yang selaluu mengingkari nikmat Allah, dan selalu mengikut hawa nafsu. Orang yang berada dalam keadaan hati mati ialah mereka yang dikuasai oleh hawa nafsu. Mereka sentiasa melakukan dosa dan menyimpang dari norma-norma agama dan seerusnya akan jauh dari Allah.

Yang ketiga ialah keadaan hati yang sakit. Keadaan ini adalah campuran antara hati yang sihat dan yang mati. Apa yang cuba dimaksudkan ialah hati yang didalamnya ada iman, ada ibadah, pahala tetapi ada juga kemaksiatan dan perbuatan dosa kecil dan besar.

c) Nafsu

(16)

dapat berfungsi menyeimbangkan serta perbuatan manusia supaya bertingkah laku baik berbanding tingkah laku yang kurang baik.

Nafsu mempunyai dua pengertian iaitu negative dan positif. Nafsu menurut pengertian yang negatif adalah kemarahan atau hawa nafsu. Nafsu jenis ini dinamakan nafsu amarah bisu’ dan nafsu lawammah. Nafsu ammarah lebih cenderung kepada sifat jahat nafsu lawammah ialah nafsu yang melakukan kesilapan namun ia menyesali perbuatan tersebut.

Manakala nafsu yang dikatakan positif ini ialah nafsu mutmainnah atau jiwa yang tenang dan ia merupakan tingkat nafsu yang tertinggi, namun sebelum sampai ke maqam nafsu mutma-innah, maka nafsu tadi tidak dapat tidak mesti menempuh jalan 3 peringkat;

1. Peringkat amma-rah, iaitu nafsu yang seentiasa suka dan pecah liur kepada kejahatan. Nafsu ini adalah sejahat-jahat dan sehina nafsu daripada peringkat yang lain.

2. Peringkat lawwa-mah, iaitu nafsu yang kerap mengkritik diri sendiri apabila dia terjatuh ke lembah angkara dosa, dengan cepat-cepat menyesal, bertaubat dan memohon ampun daripada Allah swt.

3. Peringkat mulhamah, iaitu nafsu yang telah bersih daripada segala kekotoran hati peringkat pertama dan kedua tadi. Oleh itu ia sudah biasa mendapat ilham yang berguna dan luar biasa (Yatimah Sarmani 2008: 37-38).

d) Akal

Akal merupakan perkara pertama yang Allah ciptakan kepada manusia. Di dalam al-Quran terdapat sebanyak 49 kali penggunaan kalimah al-aql. Hal ini menandakan betapa pentingnya dan mulianya akal yang Allah ciptakan kepada manusia. Pengertian akal boleh dikategorikan kepada dua:

Pertama: Akal yang secara fizikalnya terletak diotak. Bentuk dan fungsinya sering dikaji untuk mengetahui kepintaran dan tahap IQ seseorang.

(17)

Jelas disini bahawa hakikat hati, roh, nafsu dan akal itu hanya berlainan dari segi sebutan, tetapi hakikatnya tetap satu iaitu latifah-rabbaniah yang merujuk kepada keadaan rohani. Apa yang berbeza cuma bentuk dan sebutan; apabila ia kekal dalam keadaan syahwat, nafsu dan maksiat, maka pada ketika itu ia dinamakan nafsu. Apabila ia berasa takut dan gerun untuk melakukan maksiat dengan sebab terfikir ia adalah perbuatan yang tidak disukai Allah dan masyarakat, maka pada waktu itu ia dinamakan akal. Dan apabila ia tenang berada di bawah cahaya taat, tetapi perasaannya sentiasa berbolak-balik dalam hal-hal keduniaan, maka pada ketika itu ia dinamakan qalbu. Dan apabila ia tenang dan tetap dengan Allah serta dibukakan mata roh basirah dan disyuhudkan nur aslinya maka pada masa itu ia dipanggil ruh. Jelas disini bhawa kempat-empat unsur ini saling berkaitan (Luqman Junaedi 2009: 385).

4.0 KEPERIBADIAN MANUSIA MENURUT AL –QURAN

Perbicangan di dalam al-Quran mengenai keperibadian manusia meliputi dua bahagian iaitu umum dan khusus. Keperibadian umum ini meliputi karakter atau sifat yang ada pada semua manusia seperti sifat keluh kesah dan gelisah ketika menghadapi masalah dalam hidup. Antara lain ialah sifat material (kebendaan) dan immaterial (tidak kebendaan). Selain dari karakter diatas, menurut al-Quran terdapat juga sifat manusia yang bersifat tidak tetap(berubah-ubah) iaitu perasaan perlu kepada tuhan ketika dalam kesusahan, lalu mendekatinya, tetapi apabila kembali senang mereka kembali lupa kepada tuhanNya. Hal ini berdasakan sebuah kisah yang diceritakan dalam al-Quran tentang masyarakat arab jahiliyyah. Firman Allah:











































    

(18)

kezalimanmu bahayanya akan menimpamu sendiri. Itu hanyalah kenikmatan dunia, selanjutnya kepada kamilah kembalimu, kelak akan kami kabarkankan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

(SurahYunus, 10: 23) Manakala keperibadian yang dianggap khusus menurut al-Quran ialah sifat-sifat yang hanya khusus kepada individu, yang tidak dimiliki oleh semua orang seperti mukmin, kafir, muslim, mufsid, muflih dan sebagainya. Dalam erti kata lain tidak semua orang mukmin, kafir, mufsid dan muslim, tidak semua orang memiliknya. Al-Quran telah memberikan penilaian terhadap setiap watak yang dibincangkan.

a) Orang-orang Beriman.

Orang-orang beriman banyak disebut Allah dalam sebahagian besar surah Al-Qur’an. Tingkah laku mereka dalam pelbagai bidang kehidupan banyak dihuraikan dalam bab aqidah, ibadah, moral, hubungan dengan orang lain, hubungan kekeluargaan, cinta kepada ilmu pengetahuan, upaya untuk mencari rezeki, dan sifat-sifat fizikal (Ahzami Samiun 2006 :223-230).

Dalam keperibadian seorang Mukmin, sifat-sifat tersebut saling bergantungan antara satu sama lain, saling berinteraksi dan saling menyempurnakan. Namun tidak semua orang-orang beriman berada pada peringkat ketakwaan yang sama. Ketakwaan mukmin berada pada tingkat yang berbeza-beza. Sebagaimana firman Allah:











































(19)

mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. yang demikian itu adalah kurniaan yang Amat besar.

(Surah al- Faathir, 35: 32)

Dalam tafsir al-Jalalain dinyatakan, bahawa ”orang yang menganiaya dirinya sendiri” ialah orang yang terbatas dalam berbuat kebaikan. Manakala orang ”yang pertengahan ” ialah orang yang sentiasa menghabiskan sebahagian waktunya untuk berbuat kebaikan. Sementara ”orang yang cepat berbuat kebaikan” ialah orang yang disamping beramal kebaikan dia juga mengajar dan mengajak orang lain untuk beramal kebaikan.

b) Orang-Orang Kafir

Orang-orang kafir juga banyak dikemukakan dalam ayat Al-Qur’an. Mereka digambarkan dengan perbagai sifat utama yang menandakan mereka tidak beriman kepada akidah tauhid, kepada para Rasul, kitab-kitab yang diturunkan, hari akhir, kebangkitan kembali, perhitungan, syurga, dan neraka. Mereka dikategorikan sebagai manusia yang diberi pemikiran tetapi tidak mampu memahami realiti tauhid yang diseru oleh Islam. Oleh kerana itu al-Quran menggambarkan mereka sebagai firman Allah :



























Maksudnya: Allah telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka, dan

penglihatan mereka ditutup. dan bagi mereka seksa yang Amat berat.

(Surah Al Baqarah, 2: 7)

c) Orang-Orang Yang Munafik

(20)

























Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolong pun bagi mereka.

(Surah An Nisaa', 4:

145)

Sifat-sifat utama keperibadian orang munafik dalam Al-Quran dapat digolongkan sebagai berikut:

I. Sifat yang berkenaan dengan akidah: Mereka tidak mempunyai sikap yang tegas terhadap akidah tauhid.

II. Sifat-sifat yang berkenaan dengan ibadah: mereka melaksanakan ibadah untuk menunjuk-nunjuk, dan dalam mendirikan solat secara bermalas-malas.

III. Sifat-sifat yang berhubungan dengan sosial: Mereka menyuruh kemungkaran dan mencegah kebajikan.

IV. Sifat-sifat moral: Suka mengingkari janji, pembohong, kikir, mengambil kesempatan terhadap orang lain, dan suka menuruti hawa nafsu.

V. Sifat-sifat emosional: Mereka membenci dan dengki terhadap kaum Muslimin dan takut terhadap kematian.

VI. Sifat-sifat intelektual: Mereka sentiasa ragu-ragu dan tidak mampu mengambil suatu keputusan dan ketetapan terhadap akidah tauhid, oleh sebab itu Al-Qur’an melukiskan mereka sebagai ”orang-orang yang tertutup hatinya Dari sini dapat disimpulkan al-Quran mengkategorikan watak manusia kepada watak baik dan buruk (Ahzami Samiun 2006: 250)

(21)

manusia, asal usul kejadian manusia mahupun proses penciptaannya, tetapi al-Quran juga menjelaskan keperibadian manusia. Firman Allah:





































Maksudnya: dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya)[7]. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya[8]. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu[9]. dan Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya[10].

(Surah As-Syams, 91: 7-10)

Dan perlu diketahui bahawa al-Quran juga merupakan pendidik kepada manusia. Firman Allah:



























Maksudnya: Mereka menjawab: "Maha suci Engkau, tidak ada yang Kami ketahui selaindari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; Sesungguhnya Engkaulah yangMaha mengetahui lagi Maha Bijaksana.

(Surah al-Baqarah, 1: 32)

(22)

a) Muslim Terhadap Tuhannya

Keperibadian muslim terhadap tuhan yakni Allah adalah dengan sentiasa melakukan segala perintahnya dan meninggalkan larangannya. Menjadi kewajipan kepada seorang muslim mentaati kesemua perintah Allah dalam semua urusan sama ada dalam ibadat, akidah, syariah dan sebagainya. Hamba yang patuh dan taat kepadaNya sudah tentu mendapat kemulian di dunia dan juga akhirat. Manusia akan terus diuji dengan pelbagai ujian dan cabaran sehinnga hawa nafsunya sendiri mengikut apa yang diperinthkan. Hal ini sebagaimana hadith rasulullah:

Tiada seorang pun dari kau yang benar-benar beriman sehingga mengikuti apa yang aku bawa ini”.

(Hadis Riwayat Al-Bughawi)

Firman Allah:









































Maksudnya: Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.

(Surah An nisa, 4: 65)

(23)

Dengan beriman dengan rukun iman membuktikan keyakinan kita kepada Allah yang satu dan agama islam. Selain itu, bagi membuktikan bahawa keislaman kita, perlulah berpegang dengan rukun islam yang lima. Segala suruhan dilaksanakan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh bagi meraih rahmat dan kemulian daripada Allah (Siti Rabi’ah 2009: 10).

Sebagai seorang muslim, menjadi suatu kewajipan kepadanya untuk sentiasa mengingati tuhan dan bertakwal kepadaNya ketika berusaha membantu dirinya sendiri. Sebagai hamba Allah kita perlulah merasa sentiasa memerlukan pertolongan dan sokongan daripanya setiap masa walaupun kita merasakan bahawa kita boleh melakukan perkara tersebut tanpa memerlukan bantuan dari sesiapa pun (Siti Rabi’ah 2009:12).

Muslim yang benar-benar ikhlas ialah yang sentiasa berhati-hati dan berfikiran terbuka terhadap keindahan ciptaanNya. Kita mengimani bahawa Allah yang maha berkuasa di langit dan di bumi, sentiasa mengingati dan bertakwakal kepadanya. Firman Allah:



































































(24)

atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan Kami, Tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau, Maka peliharalah Kami dari siksa neraka[191].

(Surah Ali ‘Imran, 3: 199-191)

Manusia sememangnya tidak lari dari melakukan kesilapan dalam hidupnya, kadang-kadang muslim itu mendapati dirinya tergelincir atau alpa dari jalan yang lurus, sehingga dia melakukan dosa yang tidak layak baginya sebagai hamba, namun dia segera kembali mengingati Allah, lalu kembali dari dosa dan kesalahan yang telah dilakukan serta bertaubat diatas kesilapannya. Firman Allah:

























Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, Maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.

(Surah Al-a’raf,7: 201)

Hati yang dipenuhi dengan rasa cinta dan takut kepada Allah tidak akan pernah lalai. Hanya orang yang tidak mengendahkan perintah serta larangan Allah sahaja yang akan sesat. Hati muslim yang sebenar adalah sentiasa mahu bertaubat, meminta ampun, gemar mentaatinya dan mencari keredhaannya (Siti Rabi’ah 2009: 15).

b) Muslim Terhadap Dirinya

(25)

Bersenam dapat memberi oksigen yang secukupnya untuk pernafasan. Bersenam juga dapat meningkatkan daya tahan tubuh, menghilangkan stress dan meningkatkan daya ingatan. Kesemua kelebihan bersenam ini memberi kesan kepada ibadah yang kita lakukan (Siti Rabi’ah 2009: 20).

Seterusnya keperibadian manusia yang dijelaskan dalam buku al hasyimi adalah mengenai menimba ilmu. Manusia diciptakan diatas muka bumi ini supaya sentiasa mencari ilmu dan terus mencari ilmu sebagai bekalan kehidupan. Ilmu yang dituntut termasuklah ilmu dunia dan akhirat. Ilmu keduniaan meliputi ilmu mengenai sains, matematik, geologi dan sebagainya. Manakala ilmu ukhrawi(akhirat) adalah imu tentang ibadah, akidah, akhlak dan syariah.

c) Muslim Terhadap Ahli Keluarga

Peribadi muslim terhadap ahli kelurga yang dihuraikan dalam buku al-Hasyimi dikategorikan kepada ahli ibu bapa, isteri atau suami, dan anak-anak. Setiap ahli keluarga dalam sesebuah keluarga mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga mereka mengikut tahap umur masing-masing. Tanggungjawab yang lebih tua dalam keluarga mungkin lebih besar berbanding tanggungjawab yang lebih muda. Tapi, masing-masing mempunyai tanggungjawab mereka tersendiri (Siti Rabi’ah 2009: 60).

Dalam sesebuah keluarga, bapa atau suami merupakan ketua kepada keluarga tersebut dan memainkan peranan yang paling besar dalam pembentukan keluarga. Misalnya, dalam soal agama, ketua keluarga ini wajib menyemai nilai-nilai yang diajarkan oleh Islam ke dalam diri setiap ahli keluarga. Dia wajib mendidik dan mentarbiyah mereka sehingga mereka dapat beramal dan melaksanakan tuntutan agama ke atas mereka selaku orang Islam. Tanggungjawab ini wajib dilaksanakan, kerana ia akan diminta bertanggungjawap di akhirat kelak (Siti Rabi’ah 2009: 65).

d) Muslim Terhadap Masyarakat

(26)































Maksudnya: Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar.

(Surah Ali ‘Imran, 4: 104)

Dalam ayat Al-Quran di atas, Allah SWT telah menerangkan kepada kita tentang tuntutan amar makruf dan nahi munkar. Dapat kita fahami bahawa dalam sesebuah masyarakat itu, wajib ada segolongan yang melakukan amar makruf dan nahi munkar ini. Ini merupakan satu tuntutan ke atas kita, maka ia wajib dilaksanakan. Sebenarnya, setiap daripada kita dapat menjalankan tuntutan ini sesuai dengan kemampuan masing-masing. Rasulullah bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud :

"Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah dengan lidahnya, jika tidak mampu hendaklah dengan hatinya, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Riwayat Muslim)

(27)

Itulah antara peribadi seorang individu muslim terhadap masyarakat di sekelilingnya yang dihuraikan oleh Ali al-Hasyimi, iaitu menjalankan amar makruf dan nahi munkar, atau dalam kata lainnya dakwah. Dakwah itu mesti dijalankan agar orang lain turut sama dapat merasakan kenikmatan berada dalam agama Islam.

5.0 PENUTUP

Kesimpulan yang dapat dirumus berkenaan tajuk manusia dalam al-Quran ini ialah manusia adalah makhluk yang paling sempurna diciptakan oleh Allah SwT kerana manusia dianugerahkan akal untuk berfikir dan sekaligus dijadikan oleh Allah sebagai khalifah di alam ini. Proses penciptaan manusia telah diterangkan secara panjang lebar di dalam al-Quran iaitu bermula daripada persenyawaan yang diberi nama nutfah dan kemudiannya bertukar menjadi alaqah dan mudghah sehinggalah ditiupkan roh keatasnya. Manusia pertama yang diciptakan oleh Allah S.W.T ialah nabi Adam A.S. Baginda diciptakan dari campuran tanah al-tinn dan al-turab.

(28)

nafsu, akal dan qalbu. Kesetipa unsur rohani ini mepunyai hubungkait antara satu sama lain.

Referensi

Dokumen terkait

Bagaimana strategi yang efektif untuk penguatan dan peningkatan daya saing UMKM di Indonesia dengan adanya percepatan pelaksanaan Asean Economic Community dari tahun 2020 menjadi

sebuah media. Tujuannya merangsang motif minat para pembeli atau pemakai. Karena akibat iklan telah merangsang pembeli melalui daya tariknya yang besar maka iklan

kepribadian penutur yang ingkar itu meliputi 15 aspek kepribadian yang diungkapkan satu kaili oleh penutur, yaitu: pendirian/sikap, keayakinan belah dua, pengakuan

penggunaan obat rasional pada diare akut non spesifik di Kabupaten OKU Sumatera Selatan yang menemukan bah- wa permintaan pasien terhadap obat tertentu yang dise- babkan oleh

Kita akan memerlukan paket SciPy sehingga kita dapat menghitung jarak Euclidean antara poin landmark wajah dalam perhitungan rasio aspek mata (bukan persyaratan ketat,

halaman 197.. Putusnya perkawinan atas kehendak Allah sendiri melalui matinya salah seorang suami istri. Dengan kematian itu dengan sendirinya berakhir pula

berguna untuk menambah literatur di bidang pendidikan terutama yang bersangkutan dengan pembiasaan shalat dhuha dalam pembinaan akhlakul karimah peserta didik di MI