• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sikap Dan Amalan Orang Melayu Yang Terli

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sikap Dan Amalan Orang Melayu Yang Terli"

Copied!
27
0
0

Teks penuh

(1)

Sikap Dan Amalan

Orang Melayu Yang

Terlibat Dalam

Perniagaan Kecil

Oleh Salwah/Ma Yamin

NEJ130241

(2)

Bab 1 Pengenalan

Di Malaysia dan juga banyak negara, perniagaan kecil

menjadi perusahaan yang sangat popular. Perniagaan kecil

mempunyai banyak ciri-ciri seperti saiznya kecil,

mempunyai fleksibiliti dan kepelbagiannya. Pengurusan

perniagaan kecil boleh dilihat di mana-mana tempat.

Dalam sesebuah negara, perniagaan kecil banyak

bersumbang kepada pembangunan ekonomi. Dalam

kalangan orang biasa, perniagaan kecil memberi peluang

untuk cari rezeki dan memenuhi cita rasa mereka.

Satu kes yang menarik di Malaysia, orang Cina memegang

kebanyakan perniagaan sama ada yang bersaiz besar

ataupun bersaiz kecil oleh sebab sejarah penjajahan,

manakala penyertaan orang Melayu dalam perniagaan

amat kurang. Ketidakseimbangan ini disedari oleh

kerajaan selepas merdeka dan seterusnya mengeluarkan

dasar-dasar untuk memperbaiki keadaan ini. Walaupun

pada masa ini, semakin ramai orang Melayu melibatkan

diri dalam perniagaan tetapi kebanyakan mereka hanya

berniaga secara kecil-kecilan sahaja. Sebahagian besar

daripada usahawan Melayu masih tidak mampu bersaing

(3)

Bab 2 Permasalahan

Dengan kegiatan kerajaan melalui dasar-dasar, kedudukan

peniaga Melayu telah banyak meningkat.

Walaupun begitu, yang menjadi persoalannya adalah,

adakah berlaku pengembangan perniagaan bagi

peniaga-peniaga bumiputera yang telah menceburi bidang ini.

Sekiranya dikaji tentang organisasi perniagaan kecil

bumiputera di Malaysia, sebahagian besar dari mereka

adalah secara kecil-kecilan dan tidak pernah berkembang

sejak ianya ditubuhkan . (Ahmad Zukni Johari, 2000).

Menurut Noor Azam Shain (2000),ianya sukar untuk

menemui peniaga bumiputera di kawasan perniagaan

utama seperti di pasaraya besar atau kedai berjabatan.

Selain daripada faktor sejarah, apakah yang kuat

mempengaruhi keadaan ini? Adakah ini berkaitan dengan

pola hidup orang Melayu? Kenapa orang Melayu tetap

menguruskan perniagaan kecil dan tidak pernah

(4)

Inlah menjadi permasalahan yang mendorong pengkaji

ingin menyelidik tentang hal ini.

Bab3 Objektif kajian

Dalam penyelidikan ini, pengkaji ingin mengetahui sikap

dan amalan peniaga Melayu dan bagaimana faktor ini

mempengaruhi cara perniagaan mereka.

Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat beberapa

faktor yang menyebabkan keadaan seperti di atas.

Dengan penelitian pengkaji, terdapat tiga faktor yang

berkemungkinan besar, iaitu kekurangan modal,

kekurangan pengalaman dan nilai hidup.

Kajian ini juga bertujuan untuk memberi gambaran

mengenai sosioekonomi peniaga-peniaga Melayu di

Kampung Tradisi Sri Pantai. Ini meliputi umur, jantina, latar

belakang pelajaran dan lain-lain.

Selain itu, pengkaji ingin mendapat satu pandangan

umum mengenai prestatasi dan masalah orang Melayu

(5)

Kampung Tradisi Sri Pantai.

Bab4 latar belakang

kawasan kajian yang akan diberi tumpuan adalah

Kampung Tradisi Sri Pantai. Kampung ini terletak di pinggir

bandaraya Kuala Lumpur. Oleh sebab itu, kampung ini

telah banyak menerima pengaruh perbandaran dan

merupakan sebahagian dari bandar yang sangat sibuk

dengan aktiviti perniagaan.

Seperti yang ditandakan dalam peta di bawah, kedai dan

gerai lebih cenderung berkumpul di kawasan yang

berhampiran dengan sekolah dan tempat kediaman. Di

kampung ini, penjaja membuka kedai dan gerai di depan

sekolah atau tempat kediaman untuk menyediakan

makanan atau barangan harian kepada pelajar-pelajar,

pekerja-pekerja yang tinggal di sekelilingnya. Kerajaan

juga menyediakan tempat pasar malam untuk membantu

perkembangan perniagaan di kampung ini. Pengkaji

mendapati dua medan selera pula telah disediakan untuk

memenuhi permintaan penduduk.

(6)

sini kebanyakannya penduduk yang bekerja di Kuala

Lumpur, pelajar-pelajar dari sekolah agama dan Universiti

Malaya.

Ada berbagai kedai dan gerai di kampung ini seperti gerai

makanan, kedai runcit, kedai gunting, kedai jahit dan

sebagainya. Peniaga di sini hampir semuanya adalah

orang Melayu, namun ada ramai orang Indonesia di pasar

malam yang kelihatan sama dengan orang Melayu.

Penyelidikan ini hanya fokus kepada orang Melayu.

Bab5 Konsep

(7)

ialah suatu perniagaan yang melibatkan hanya 5 hingga

10 pekerja dan lingkungan pasaran tertumpu di peringkat

tempatan sahaja.

Kebanyakan pihak yang cuba mendefinisikan perniagaan

kecil menggunakan kriteria yang berdasarkan jumlah

pekerja sepenuh masa.

Perbadanan Pembangunan Industri Kecil Dan Sederhana

mendefinisikan perniagaan kecil sebagai perniagaan yang

dapat jumlah jualan antara 250,000 RM dan kurang

daripada 10 juta RM serta mempunyai 5hingga 50 pekerja

sepenuh masa.

Perniagaan kecil berbentuk dagangan termasuklah

kedai-kedai runcit, pengedar dan pemborong yang mempunyai

kedai-kedai di premis yang disewa atau dimiliki sendiri.

(Ong Cheng Hwa, 1999)

Dari perspektif Islam, segala aktiviti perniagaan yang

dijalankan oleh usahawan Musim tidak boleh dipisahkan

daripada konsep HablumminaAllah dan Hbalumminannas,

Iaitu beribadah dan memenuhi kewajibannya kepada Allah

SWT (Hablumminallah) dan juga kepada sesama manusia

(8)

Bab6 Sorotan

Terdapat banyak kajian yang telah dilakukan ke atas

peniaga-peniaga orang Melayu. Khususnya selepas Dasar

Ekonomi Baru dilaksanakan, ramai pengkaji ingin melihat

hasilnya dalam penyelidikan mereka.

Pengkaji yang bernama Ong Cheng Hwa bertujuan untuk

melihat beberapa aspek yang berkaitan dengan masalah

penglibatan orang Melayu di dalam bidang perniagaan

dan melihat pencapaian mereka setelah beberapa waktu

terbabit dalam kegiatan perniagaan. Dia menjalankan

penyelidikannya di Mukim Rawang dan memperoleh hasil

kajian yang bermakna.

Pengkaji Hue Liew Mei turut melakukan kajian yang

bertajuk pengurusan perniagaan kecil di antara peniaga

kecil Melayu dan Cina di Kuantan untuk meninjau dan

melihat bagaimana peniaga kecil Melayu dan Cina dalam

perniagaan–perniagaan kecil bertindak balas terhadap

sesuatu perubahan dalam konteks pengurusan perniagaan

mereka.

Rosman Mahmood dan Mohd Rosli Mohamad dalam buku

(9)

kecil Melayu berdasarkan kajian kes AIM (Amanah Ikhtiar

Malaysia) dan TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha

Niaga).

Semua kajian lepas menumpukan perhatian terhadap

orang Melayu dan berbanding mereka dengan kaum lain

namun tiada satu kajian yang jelas nyatakan kenapa

kebanyakan orang Melayu berniaga secara kecil-kecilan

dan apakah yang menghalang mereka memperbesarkan

perniagaan mereka. Kajian ini diharapkan dapat menjawab

pertanyaan ini dengan lebih baik.

Bab7 Kaedah

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan beberapa

kaedah bagi mendapatkan data daripada responden dan

pihak lain. Berikut merupakan kaedah yang telah

digunakan:

Temubual

Soal selidik

Pemerhatian

Kaedah rujukan di perpustakaan

(10)

merujuk kepada banyak buku dan tesis. Oleh sebab

kekurangan pengalaman , pengkaji telah membaca buku

pedoman seperti fieldwork yang ditulis oleh Awang Sarian

supaya dapat melakukan kajian dengan lancar.

Pengkaji telah temu bual dengan 5 orang Melayu yang

menguruskan gerai makanan. Selain itu, pengkaji

menyediakan borang soal selidik dan mengedarkannya

kepada responden. 30 borang soal selidik telah diedar,

antaranya ada 15 orang mengurus gerai yang tidak tetap

dan 15 orang mengurus kedai tetap di tepi jalan.

Pengkaji juga mengambil kaedah pemerhatian ke atas

peniaga untuk melihat amalan dan cara pengurusan

mereka.

Bab8 Analisis data

Sosio ekonomi peniaga Melayu di Kampung Tradisi Sri

Pantai

Umur dan jantina:

jantina dalam perniagaan kecil tidak memainkan peranan

yang begitu penting, golongan wanita juga menceburi diri

(11)

makan, kedai jahit dan kedai gunting rambut. Kalau bagi

perniagaan yang memerlukan tenaga seperti kedai baiki

kereta, pengurusnya adalah lelaki. Dalam 30 responden

yang ditanya, 23 adalah lelaki. ini menunjukkan bahawa

lelaki masih menguasai perniagaan dan lebih

bertanggunjawab untuk mencari rezeki. Walaupun garis

pembahagian kerja tidak begitu ketara sekarang, ini tetap

menjadi satu tradisi di kalangan orang Melayu.

Dilihat dari segi umur, peniaga yang termuda berumur 24,

majoritinya berumur antara 46-55, iaitu 14 orang. Ada 2

orang lagi yang berumur lebih daripada 56.

Saiz keluarga:

Didapati keluarga peniaga di kamgpung ini tidak bersaiz

(12)

hidup di pinggir bandar juga terhad dan mereka yang

berasal dari tempat lain hanya membawa isteri dan

anaknya. Selain itu, kebanyakan peniaga sudah

berkahwin, hanya 3 orang yang masih bujang.

Tempat asal:

Peniaga-peniaga di kampung ini, ada 26 orang yang

berasal dari tempat lain, tempat asalnya kebanyakan

dekat dengan Kuala Lumpur seperti negeri Selangor,

negeri Perak, negeri Sembilan. Hanya 4 orang peniaga

membesar di Kuala Lumpur dan mereka semuanya

(13)

Tahap pendidikan

Berdasarkan data yang dikumpulkan dari soal selidik, 18

orang hanya menerima pendidikan rendah dan 8 orang

tamat pelajaran dalam sekolah menengah, 4 orang lagi

pernah masuk ke institut pengajian tinggi. Keempat-empat

orang peniaga itu menerima pendidikan di Kuala Lumpur

sejak kecil lagi. Namun kebanyakan responden berasal

dari tempat lain dan berkemungkinan besar tidak

mempunyai kesempatan untuk meneruskan pelajaran.

Maklum balas daripada temu bual dengan informan pula,

mereka menyatakan perniagaan kecil tidak memerlukan

tahap berpendidikan tinggi untuk mencapai prestasi yang

baik.

Latar belakang pekerjaan sebelum berniaga

Berdasarkan data yang dikutip, 2 orang pernah bekerja

sebagai kakitangan kerajaan, seorang penjaja baru

bersara dari tentera. 3 orang perempuan adalah suri

rumah sebelum menjalankan perniagaan. 15 orang

berasal dari keluarga yang menguruskan perniagaan.

Selebihnya berniaga setelah tamat persekolahan dan tidak

(14)

pembantu keluarga dalam perniagaan pada peringkat

awal dan setelah mempunyai cukup pengalaman baru

mengambil alih perniagaan itu.

Pendorong dalam perniagaan

Peniaga-peniaga Melayu di Kampung Tradisi Sri Pantai

memberi pelbagai alasan yang mendorong mereka

melibatkan diri dalam perniagaan. Antaranya , majoriti (14

orang) adalah minat dalam perniagaan manakala 8 orang

berniaga untuk meneruskan perniagaan keluarga. Seramai

8 orang mengatakan ini sebab tidak ada kemahiran lain

untuk cari rezeki. Hasil daripada temu bual menunjukkan

bahawa mereka ingin memperolehi pendapatan yang lebih

tinggi berbanding dengan pekerjaan lain. Seorang peniaga

yang baru bersara dari tentera menganggap perniagaan

lebih untung daripada kerja makan gaji kalau dapat

mengurusnya dengan baik.

Pendorong Orang

Berminat 14

Meneruskan perniagaan

keluarga

(15)

Tidak ada kemahiran lain 8

Perniagaan

Jenis perniagaan

Antara responden yang dikaji, terdapat pelbagai jenis

perniagaan. Majoritinya menjual makanan dan minuman di

kedai atau gerai, bilangannya ialah 25. Aktiviti lain ada

yang menguruskan sebuah kedai runcit, ada yang

memberi perkhidmatan menjahit dan menyewa baju

pengantin.

Jenis perniagaan Bilangan

Kedai makan 9

Kedai jahit 1

Kedai sewa baju 1

Kedai gunting rambut 1

Kedai runcit 3

gerai makan 11

Gerai minum 2

Gerai buah-buhan 2

(16)

Tempoh berniaga di kampung ini:

Mengikut data yang didapat dari soal selidik, 3 orang

berniaga kurang daripada setahun. 2 orang sudah

berniaga antara 1- 5 tahun. 10 orang sudah berniaga

antara 6-10 tahun sedangkan 15orang sudah berniaga di

kampung ini lebih daripada 10 tahun. Apabila temu bual

dengan informan, mereka mengatakan bahawa ramai

orang yang berasal dari tempat lain datang ke sini untuk

mencari nafkhah selepas pasar disediakan.

Tempoh perniagaan Orang

Kurang daripada setahun 3

1 tahun—5 tahun 2

6 tahun—10 tahun 10

Lebih daripada 10 tahun 15

Jumlah 30

Waktu perniagaan

Dalam borang soal selidik yang telah dikumpulkan, kedai

selalunya buka pukul 9 pagi hingga pukul 10 malam.

Walaupun begitu, apabila pengkaji sampai ke lapangan

(17)

berhampiran dengan sekolah buka. Gerai pun jarang

dinampak. Namun selepas pukul 11, ramai pelajar

bersurai dari sekolah, muncul banyak gerai di depan

sekolah dan sekejap lagi penjaja semuanya hilang. Kedai

yang dekat dengan tempat kediaman juga banyak buka

pada masanya ramai pekerja balik ke rumah. Semasa

pengkaji temu bual dengan seorang penjaja yang baru

habis menjual buah-buahan di depan sekolah, dia hendak

memindah ke tempat lain untuk mendapat lebih ramai

pelanggan.

Maklumat daripada soal selidik menunjukkan bahawa

kebanyakan penjaja gerai bermula perniagaan mereka

pada pukul 3 atau 4 petang hingga pukul 11 malam.

Menurut seorang penjaja, mereka yang mengurus gerai

tidak tetap waktu perniagaan, selalunya mengikut

pemasaran. Pada waktu yang penting seperti membuat

solat, mereka juga berhenti dan serahkan perniagaan

kepada pembantu. Di kampung ini juga telah

menyediakan tempat untuk mengejar ibadat.

Setiap hari penjaja mengambil masa antara 7-9 jam untuk

berniaga di kampung ini. Pekedai mengambil masa yang

(18)

sepenuh masa, tetapi penjaja sering tukar tempat

sedangkan pekedai hanya duduk di kedai yang tetap.

Dalam borang soal selidik, hujung minggu merupakan hari

cuti daripada perniagaan. Namun pada hari Sabtu, iaitu

hari pasar malam di kampung ini, mereka tetap berniaga

di tepi jalan.

Pekerja atau pembantu

Bilangan pekerja amat terhad oleh sebab saiznya kecil,

walaupun gaji rendah tetapi kos mengupah juga besar

untuk perniagaan kecil. Didapati daripada hasil soal

selidik, hanya 2 buah kedai makanan yang sibuk

mengupah orang luar dan bilangannya lebih besar

berbanding dengan pengurusan lain, iaitu 3 orang.

Pembantu di kedai lain ataupun di gerai, semuanya terdiri

daripada ahli keluarga atau saudara mara. Dengan

strategi ini, kos untuk mengurus amat mengurangkan dan

wajarlah datangnya lebih banyak keuntungan.

Pendapatan

Apabila ditanya anggaran pendapatan bulanan, lebih

(19)

dengan lancar, pendapatannya antara 2000-3000.

Pendapatan ini tidak kira kos dan unsur lain. Bagi kedai

yang mengurus dengan baik, pendapatannya lebih

daripada 3500. Dalam temu bual, pengkaji dapat

mengetahui bahawa kebanyakan peniaga tidak bertabiat

untuk mengira pendapatan bulanan dan jumlah kos.

Pendapatan bulanan Kedai/gerai

Bawah 2000RM 7

2000RM—3000RM 18

Lebih daripada 3000RM 5

jumlah 30

Kebanyakan peniaga yang mempunyai pendapatan kurang

daripada 2000RM sebulan adalah terdiri daripada

peniaga-peniaga kedai jahit, kedai runcit. Kedai makan dan gerai

makan minum mendapat banyak sambutan oleh sebab

inilah permintaan tetap dan tidak akan mengukang.

Pengurus kedai runcit merungut bahawa pengguna lebih

berminat membeli belah di pasar raya besar dan

(20)

Bab9 huraian Masalah-masalah

Sikap dan pandangan

Peniaga-peniaga di kampung ini telah mencapai prestasi

yang tinggi, maklum balas daripada soal selidik

menunjukkan bahawa mereka semuanya berpuas hati dan

menganggap pendapatan sekarang sudah cukup untuk

hidup. Di samping itu, ahli keluarga mereka juga turut

berniaga jadi taraf kehidupan mereka dapat terjamin.

Walaupun kebanyakan mereka pernah fikir

memperbesarkan perniagaan tetapi tidak mengambil

langkah sebab kekurangan modal. Dalam temu bual

dengan seorang penjaja, dia menyatakan berniaga secara

besar amat memenatkan.

Majoriti peniaga kecil Melayu berpegang pada prinsip

perniagaan untuk hidup dan bukannya sebagai peluang

untuk menjana kekayaan. Mereka tidak mempunyai

kecenderungan untuk mengembangkan aktiviti

perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi. (Rosman

Mahmood& Moho Rosli Mohamad)

(21)

sebagai daki dunia dan punca segala kejahatan. Mereka

menganggap orang yang terlalu kaya akan sentiasa leka

dan lalai dengan harta dunia. Di samping itu kekayaan

juga dianggap sebagai punca kerosakan keharmonian

seseorang itu. Oleh itu mereka akan bekerja hanyak untuk

secukup hidup saja, bukan untuk dijadikan modal bagi

membesarkan lagi perniagaan yang sedia ada. Nilai-nilai

yang wujud dalam masyarakat Melayu ini dapat

menghadkan mobiliti sosial yang mungkin dialami oleh

seseorang itu seperti membesar perniagaan dan

sebagainya.(Ong Cheng Hwa)

Masalah modal

Modal perniagaan merupakan satu komponen yang

mustahak untuk memulakan perniagaan dan juga

meneruskannya. Modal dapat dikategorikan kepada dua

mengikut sumbernya, iaitu modal sendiri dan modal yang

dipinjam.

Modal yang diperlukan di dalam perniagaan adalah

berbeza mengikut jenis-jenis perniagaan. Dalam kajian ini,

(22)

didapati lebih banyak daripada gerai makan. Kerana

pembukaan kedai memerlukan modal yang cukup untuk

menyewa dan membayar lesen. Didapati dalam temu

bual, ramai penjaja tidak memohon lesen sedangkan

hampir semua kedai mempunyai lesen dan terpaksa

membayar lebih.

Modal permulaan Bilangan

peniaga

Jenis perniagaan

Tidak tahu 2 Gerai makan

1000—3000RM 2 Gerai minum

3001—7000RM 13 Gerai makan,geraibuah-buahan

7001—12,000RM 11 Kedaimakan,jahit,runcit

12,000—17,000RM 1 Kedai makan

17001—25,000 RM 1 Kedai sewa baju

Sumber modal majoritinya(18) datang dari wang

simpanan sendiri, peniaga yang berniaga dengan

pinjaman berjumlah 7 orang dan ada 5 orang yang

berniaga dengan wang harta warisan. Mereka yang

memulakan perniagaan dengan modal simpanan pernah

melakukan pekerjaan seperti kakitangan kerajaan,

(23)

peniaga yang memulakan perniagaan dengan meminjam

wang daripada pihak lain. sumber pinjaman mereka

kabanyakannya adalah sanak saudara atau sahabat.

Dalam perniagaan, modal akan bertambah melalui

keuntungan yang semakin banyak. jadi timbulnya soalan,

peniaga di kampung ini kenapa masih merungut

kekurangan modal selepas begitu banyak tahun berniaga?

Pengkaji lalu bertanya informan tentang kos dan

keuntungan. Menurut seorang peniaga yang mengurus

kedai sewa baju pengantin, modal permulaan agak besar

dan memerlukan lebih tenaga dan masa untuk

memulangkannya jadi modal tidak pernah tambah. Selain

itu, pendapatannya tidak menentu sebab baju pengantin

hanya diminta apabila berlakunya perkahwinan. Kos

lessen dan sewa juga dikira besar.

Bagi penjaja yang menjual makanan dan minuman di tepi

jalan, kosnya bukan begitu tinggi. Gerai di pasar malam

juga perlu sewa ruang untuk berniaga, tetapi kosnya tidak

melebihi 1000RM. Terdapat juga yang memperbesarkan

saiznya menjadi dua gerai, apabila ditanya mengapa tidak

tetapkan perniagaan di suatu tempat, pemilik mengatakan

(24)

kosnya rendah. Pemilik gerai lebih cenderung

menggunakan modal untuk memulakan satu gerai lain

berbanding dengan pengurusan di suatu tempat. Ini dikira

satu sebabnya kenapa orang Melayu berniaga secara

kecil-kecilan.

Pendapatan daripada informan yang lebih meyakinkan

adalah harga barang yang semakin meningkat

mengakibatkan ketidakmampuan mengumpulkan modal

untuk memperbesarkan perniagaan. Pendapatan ini

dikutip daripada 8 penjaja yang menjual makanan,

material untuk membuat makanan semakin naik harganya

dan mereka menghadapi pesaing yang lebih kuat dengan

teknologi yang canggih.

Ringkasnya, perniagaan kecil tidak mempunyai kelebihan

untuk bersaing dengan perniagaan yang dilengkapkan

dengan teknologi.

Masalah pengalaman

Berdasarkan statistik yang telah dikutip, peniaga di

kampung ini kebanyakan mempunyai pengalaman lama

untuk berniaga. Majoritinya dapat belajar berniaga di

(25)

sendiri. Maka pengalaman bukanlah satu masalah besar

bagi peniaga Melayu.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, orang Melayu telah mencapai

prestasi yang tinggi dalam bidang perniagaan tetapi masih

tinggal di tengah perniagaan kecil dan tidak pernah

mengembang.

Kampung ini mempunyai ciri-ciri yang tertentu seperti

campur desa dengan bandar, jadi data dari tempat ini

hanya mewakili sebahagian orang Melayu yang terlibat

dalam perniagaan kecil. Tempat ini menerima ramai

pendatang yang sudah tua sekarang, mereka datang ke

sini untuk cari rezeki dengan berniaga secara kecil-kecilan.

Sekarang anak-anak mereka juga turut berniaga, dengan

kegiatan keturunan dari satu generasi ke satu generasi,

keadaan ini mungkin akan berubah sebab dalam kajian ini

dapat memerhatikan 4 orang pemuda yang pernah masuk

ke institut pengajian tinggi berminat perniagaan dan

berusaha ingin menjalankan pengurusan dengan

(26)

Sama dengan jangkaan, nilai adalah unsur yang penting

bagi orang Melayu untuk tetap berniaga secara

kecil-kecilan. Ini berkaitan dengan nilai agama dan adat

istiadat.

Kekurangan modal memanglah satu penyebab yang

menghalang orang Melayu berniaga secara besar.

Walaubagaimanapun, terdapat penyebab yang lebih

mendalam, pengkaji hanya membincang sedikit yang

boleh menjawab pertanyaan.

Kekurangan pengalaman bukan satu alasan yang

menghalang orang Melayu berniaga secara lebih besar.

Selepas dasar-dasar dilaksanakan untuk menggalakan

orang Melayu berniaga, sudah banyak tahun. Orang

Melayu di kampung ini juga telah mendapat banyak

pengalaman kerana mereka kebanyakan pernah belajar

sebagai pembantu di kedai dan sudah lama buka

perniagaan sendiri.

(27)

Perusahaan Kecil Dan Dilema Usahawan Melayu, Rosman

Mahmood dan Mohd Rosli Mohamad, Penerbit Universiti

Malaya, 2011

Pengurusan perniagaan kecil di antara peniaga kecil

Melayu dan Cina di Kuantan: satu kajian di Teluk Cempaka

dan Medan Selera, Hue Liew Mei, Jabatan Sosio Budaya,

Akademik Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala

Lumpur, 2002/2003.

Penglibatan Orang Melayu Dalam Perniagaan Kecil: Satu

Kajian Kes di Mukim Rawang 1, Ong Cheng Hwa, Jabatan

Sosiobudaya, Akademik Pengajian Melayu, Universiti

Malaya, Kuala Lumpur, 1999/2000.

Mengapa masyarakat tertarik kepada gerai makanan :

satu kajian kes di Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka , June

Then Siew Fui. Nik Shahrizan Nik Mad, Jabatan Antropologi

Dan Sosiologi, Fakulti Sastera Dan Sains Sosial, Universiti

Referensi

Dokumen terkait

usia seseoang dikatakan baligh adalah 15 tahun bagi laki-laki dan 9 tahun bagi perempuan. Berdasarkan penjelasan di atas, maka penulis lebih seoakat dengan

Penelian ini dilakukan dengan tujuan untuk mengetahui Komposisi rayap pada kebun gambir di Kanagarian Siguntur Muda Kecamatan Koto XI Tarusan Kabupaten

Maka apabila aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniup kan kedalamnya RuhKu, Maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud. Yakni Allah telah tiupkan ke

Dalam teknik pengumpulan data, triangulasi diartikan sebagai teknik pengumpulan data yang bersifat menggabungkan dari berbagai teknik pengumpulan data dan sumber

Sebagaimana daerah lainnya di Indonesia, berbagai warisan budaya di Kabupaten Agam dapat diklasifikasikan dalam tiga kelompok, yaitu warisan budaya (1) bersifat

EE-3924 has been a regular Research Scholar in the department for a period of two years from the date of his admission.. Saxena Department

Tujuan dalam penelitian ini untuk mengetahui tingkat pola asuh orang tua yang diterapkan, untuk mengetahui tingkat kecerdasan emosional, dan untuk mengetahui

Penelitian tersebut mengembangkan sebuah modul pembelajaran yang dibuat dalam sajian gambar 3D (Pop-Up Book) dan diperoleh hasil berupa tingkat validitas sebesar