• Tidak ada hasil yang ditemukan

CIRI CIRI KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "CIRI CIRI KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

CIRI-CIRI KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI

1.Pendahuluan

Kepemimpinan adalah merupakan satu topik yang diminati kerana ia menyentuh kehidupan masyarakat dunia tanpa mengira budaya, sama ada dalam masyarakat primitif atau sebaliknya. Ia juga diminati kerana kepemimpinan membawa konotasi kuasa, kedinamikan dan kejayaan individu dalam lapangan masing-masing.

฀ Kepemimpinan juga menjadi penting kerana kita boleh memilih sesiapa sahaja untuk dijadikan pemimpin tetapi kita tidak boleh memilih untuk tidak mempunyai pemimpin.

฀ Kepemimpinan menjadi penting kerana ia sering dikaitkan dengan keberkesanan dan kecekapan sesebuah organisasi termasuklah sekolah. Berasaskan premis inilah maka timbulnya slogan: "Pemimpinlah yang menjadikan organisasi itu berbeza dengan yang lain".

฀ Dalam alam pendidikan, Fred M. Hetchinger, Presiden New York Times pernah menulis:

"I have never seen a good school with a poor principal or a poor school with a good principal. I have seen unsuccessful schools turned around into successful ones and, regrettably, outstanding schools slide rapidly into decline. In each case the rise or fall could readily be traced to the quality of the principal".

2.Definisi Kepemimpinan

2.1Kepemimpinan boleh dedefinisikan sebagai Satu proses bagaimanakah seseorang mempengaruhi orang lain untuk mengikutnya dalam mencapai

matlamat-matlamat organisasi.

2.2Daripada definisi di atas kunci utama kepemimpinan ialah pengaruh seseorang ke atas orang lain yang menjadi pengikutnya akur. Semakin banyak

pembolehubah yang terdapat di dalam organisasi, semakin banyak pengaruh yang diperlukan.

2.3Daripada definisi ini juga, ia menjelaskan bahawa jika tiada pengikut tak mungkin wujudnya pemimpin

2.4Persoalan yang timbul ialah dari manakah seseorang pemimpin itu memperolehi pengaruhnya?

(2)

3.1Kuasa Sah (Legitimate Power)

Kuasa ini merujuk kepada pengikut menetapkan bahawa pemimpin mempunyai hak yang sah untuk mempengaruhinya dan dia sendiri mempunyai obligasi untuk

menerima pengaruh itu atas sebab-sebab status atau jawatannya yang dilantik secara sah oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi.

3.2Kuasa Ganjaran

Kuasa ini berakar pada keupayaan seseorang pemimpin memberi ganjaran kepada pengikutnya. Pengikut akan patuh kepada pemimpin jika sekiranya pengikut mengamati bahawa pemimpin berupaya memberi ganjaran. Misalnya

Pengetua/Guru Besar yang boleh memperakukan kenaikan pangkat

guru-guru/stafnya dan perakuan ini dipakai oleh orang atas, Pengetua/Guru Besar ini akan diamati sebagai mempunyai lebih kuasa ganjarannya.

3.3Kuasa Paksaan

Kuasa ini membabitkan kebolehan seseorang pemimpin mengenakan paksaan. Kuasa ini datang dari jangkaan pengikut bahawa dia akan dihukum oleh pemimpin jika dia gagal untuk akur kepada pemimpin hingga menyebabkan orang bawahan cuba mengelakkan dirinya daripada dikenakan tindakan yang berupa hukuman. Misalnya, orang yang melibat pembuangan kerja/ditukar tempat kerja sebagai sesuatu yang menyeksakan akan akur kepada permintaan pemimpin.

3.4 Kuasa Pakar

Kuasa ini berasaskan kepada kebolehan atau kepakaran seseorang dalam sesuatu bidang tertentu hingga menyebabkan orang bawahannya patuh kerana percaya bahawa pemimpin mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kemahiran

konseptual, perhubungan manusia dan teknikal. Kuasa ini berkesan jika pengikut memerlukan kepakarannya.

3.4.1 Kemahiran Konseptual

Iaitu kebolehan menganalisis, berfikir secara logik, kreatif dalam pengeluaran idea dan penyelesaian masalah.

3.4.2 Kemahiran Teknikal

Iaitu pengetahuan tentang kaedah-kaedah prosedur-prosedur dan teknik-teknik untuk menjalankan aktiviti khusus serta kebolehan menggunakan peralatan yang digunakan dalam menjalankan aktiviti tersebut.

3.4.3 Kemahiran perhubungan manusia

Iaitu pengetahuan tentang gelagat manusia dan kemahiran hubungan

perorangan, kebolehan memahami perasaan dan sikap orang lain, kebolehan berkomunikasi dengan jelas dan berkesan.

(3)

Kuasa ini diasaskan kepada perasaan kesatuan di antara yang memiliki kuasa

dengan yang mengikutinya. Kalau seseorang itu tertarik, kagum dan hormat kerana pemimpin berkenaan adalah model kepadanya, dia akan mempunyai keinginan untuk dikaitkan dengan pemimpin itu, dan akan melakukan sesuatu keinginan untuk dikaitkan dengan pemimpin itu, dan akan melakukan sesuatu bukan kerana apa-apa tetapi kerana hormat, tertarikh dan kagum, juga supaya dia diterima oleh pemimpin berkenaan.

4.Kesan Penggunaan Kuasa Ke Atas Organisasi dan Orang Bawahan 1. Kuasa paksaan mendorong ke arah penentangan yang kuat

dibandingkan dengan kuasa ganjaran.

2. Pemimpin yang menggunakan kuasa ganjaran lebih diminati berbanding dengan pemimpin yang menggunakan kuasa paksaan. 3. Orang-orang bawahan akan lebih patuh jika dendaan yang diterima

itu berat.

4. Terdapat perkaitan yang tinggi di antara kuasa pakar dengan kepuasan dan prestasi orang bawahan.

5. Kuasa sah bersama-sama dengan kuasa pakar didapati mempunyai kesan yang besar ke atas kepatuhan orang-orang bawahan.

6. Kuasa rujukan mempunyai kesan yang besar ke atas kepatuhan orang bawahan dan prestasi organisasi.

7. Kuasa paksaan ialah yang paling lemah untuk membuat kakitangan menurut perintah dan mempunyai kaitan secara negatif dengan keberkesanan.

8. Kuasa pakar dan kuasa rujukan mempunyai perkaitan positif dengan kepuasan dan prestasi orang bawahan.

9. Dapatan kajian tentang kuasa sah, ganjaran dan paksaan didapati tidak tekal, dan perkaitan dengan kriteria keberkesanan adalah lebih kepada perkaitan yang negatif atau tidak signifikan.

10.Pemimpin yang berkesan banyak bergantung kepada kuasa pakar dan kuasa rujukan untuk mempengaruhi orang bawahan.

11.Rajah berikut menerangkan perkaitan di antara jenis-jenis kuasa yang digunakan dengan kepuasan kerja dan prestasi orang-orang bawahan:

Apabila staf mematuhi arahan Pengetua/GB kerana:

Kepuasan Kerja Prestasi Kerja

Kuasa Rujukan Tinggi Tinggi

Kuasa Pakar Tinggi Tinggi

Kuasa Ganjaran Dari sederhana ke rendah

Dari tinggi ke sederhana

Kuasa Sah Dari sederhana ke

rendah

Tiada perbezaan

(4)

5. Selain daripada kuasa-kuasa di atas, seorang pemimpin seharusnya memiliki tektik yang boleh mempengaruhi orang bawahan, iaitu: 5.1 Tektik Pujukan Rasional

Pemimpin menggunakan hujah-hujah yang logik dan bukti-bukti nyata untuk memujuk orang bawahan supaya matlamat yang ditetapkannya tercapai. Untuk menggunakan tektik ini, pemimpin haruslah

mempunyai sifat yang amanah dan boleh dipercayai serta mempunyai kemahiran berucap.

5.2 Taktik Daya tarikan yang memberikan inspirasi

Pemimpin mempengaruhi orang bawahan dengan membangkitkan semangat dan emosi orang bawahan hingga mereka berasa mereka adalah penting dan berupaya menyumbangkan sesuatu kepada organisasi. Untuk menggunakan taktik ini, pemimpin hendaklah mempunyai kemahiran berkomunikasi dan menggunakan metafora, simbol dan daya imaginasi yang tinggi serta mempunyai suara yang menarik dengan gerak-geri yang menawan.

5.3 Taktik Perundingan

Taktik ini digunakan dengan mengajak orang bawahan memberi pendapat, kaedah dan cara-cara melaksanakan sesuatu untuk mencapai objektif yang ditetapkan oleh pemimpin.

5.4 Taktik Berbuat Baik (Ingratiation Tactics)

Taktik ini ialah tingkah laku yang membuatkan seseorang berasa dia dihargai, misalnya memberitahu orang ketiga bahawa seseorang itu adalah yang layak melaksanakan tugas. Taktik ini kadang-kadang menjadi sebagai cara memanipulasi seseorang. Tetapi apabila seseorang itu sudah percaya tentang kejujuran pemimpinnya, taktik ini akan menjadi berkesan.

5.5 Taktik Daya Tarikan Peribadi

Taktik ini merujuk kepada pemimpin meminta orang bawahan melaksanakan sesuatu kerana atas sifat setiakawan atau ketaatan orang bawahan terhadap pemimpin mereka.

5.6 Taktik Pertukaran

Taktik ini merujuk kepada pemimpin membuat tawaran sesuatu ganjaran sama ada secara explisit atau implisit kepada seseorang yang membuat tugsan yang diminta olehnya. Taktik ini akan menjadi berkdsan jika orang bawahan mengamati bahawa pemimpin

(5)

5.7 Taktik Sah

Taktik ini merujuk kepada pemimpin menggunakan aktiviti, polisi, peraturan, program dan tradisi yang mana semua orang perlu mematuhinya. Mungkin juga apa yang hendak dilaksanakan ini diperlukan atau direstui pihak atasan.

5.8 Taktik Tekanan

Taktik ini merujuk kepada penggunaan ancaman dan ugutan, amaran, dan tingkahlaku seruan seperti membuat permintaan dan semakan yang kerap. Kadang-kadang jika permintaan tidak dipenuhi, orang bawahan akan dimarahinya. Kaedah ini digunakan sebagai tindakan terakhir setelah cara-cara lain gagal.

5.9 Kesan taktik-taktik tersebut ke atas keberkesanan organisasi dan komitmen orang bawahan:

Bil. Taktik Sumber Kuasa Darjah Keberkesanan & Komitmen

1. Pujukan Rasional Pakar Sederhana

2. Daya Tarikan Inspirasi Rujukan Tinggi

3. Perundingan Kelima-lima Tinggi

4. Berbuat Baik ( Ingratiation)

Rujukan Sederhana ke Rendah

5. Daya Tarikan Peribadi Rujukan Sederhana

6. Pertukaran Ganjaran Sederhana

7. Gabungan Kelima-lima Rendah

8. Sah Sah Rendah

9. Tekanan Paksaan Rendah

6. Bagaimana menggunakan kuasa dengan lebih berkesan.

Di bawah ini disertakan satu jadual garis panduan bagaimana mempertingkat dan mengekalkan kuasa serta bagaimana menggunakan kuasa dengan lebih berkesan.

Nota:

 Autoriti (kewibawaan) merupakan kuasa sah

(6)

Bagaimana mempertingkatkan dan mengekalkan kuasa

Bagaimana menggunakan kuasa dengan Berkesan

Kuasa Sah

Dapatkan autoriti formal Suruh orang bawahan dengan sopan santun dan jelas perkara yang perlu dilaksanakan.

Gunakan simbol autoriti Terangkan sebab-sebab mengapa perkara itu perlu dilaksanakan.

Dapatkan orang lain untuk mengesahkan autoriti.

Buat tindak ikut untuk mengesahkan kepatuhan

Gunakan autoriti sepanjang masa Jangan membuat arahan melampaui kuasa yang ada

Gunakan saluran sah dalam membuat arahan

Hendaklah sensitif dengan kerisauan orang bawahan.

Gunakan kuasa ganjaran dan paksaan untuk menguatkan autoriti.

Kuasa Ganjaran Kenali apa yang diperlu dan

dikehendaki orang bawahan

Tawarkan ganjaran yang mengghairahkan

Perolehi kuasa ganjaran sebanyak mungkin

Buat tawaran ganjaran yang saksama dan beretika

Pastikan orang tahu bahawa anda mempunyai kuasa ke atas sesuatu ganjaran.

Jelaskan kriteria untuk ganjaran itu.

Jangan membuat janji jika tidak boleh ditepati

Tunaikan ganjaran yang dijanjikan

Jangan gunakan ganjaran untuk Memanipulasi

Guna ganjaran sebagai simbol untuk membuat peneguhan terhadap tingkah laku yang mengkagumkan.

(7)

Kuasa Pakar Dapatkan pengetahuan berkaitan

sebanyak mungkin.

Jelaskan sebab-sebab mengapa perkara itu perlu dilaksanakan

Ambil makluman tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan teknikal.

Berikan bukti-bukti bahawa cadangan yang dikemukakan itu akan mencapai kejayaan

Kembangkan sumber-sumber Maklumat

Dengar dengan serius kerisauan orang bawahan

Pamerkan ketrampilan dengan Menyelesaikan masalah yang sukar

Hormatilah orang bawahan dan jangan sekali-kali berlagak sombong

Jangan keluarkan kenyataan dengan terburu-buru

Bertindaklah dengan penuh yakin semasa wujudnya krisis

Jangan berbohong

Bersikap tegas

Kuasa Rujukan Tunjukkan yang orang bawahan

diterima

Gunakan daya tarikan peribadi apabila perlu

Bertindak menyokong dan membantu Tunjukkan bahawa permohonan itu adalah penting kepada anda

Jangan memperkudakan orang

bawahan untuk kepentingan diri Janji hendaklah ditunaikan

Jangan minta pertolongan untuk diri sendiri

Pamerkan tingkah laku yang boleh dicontohi.

Buat pengorbanan untuk menandakan keperihatinan

Jujur dalam segala tindakan,

(8)

Kuasa Paksaan Kenal pasti denda yang boleh

menghalang tingkah laku menentang

Beritahu orang bawahan tentang peraturan dan penalti yang akan dikenakan

Dapatkan kuasa sah untuk menggunakan denda/hukuman.

Berikan masa yang secukupnya untuk melaksanakan hukuman

Jangan membuat ancaman secara terburu-buru.

Fahami situasi terlebih dahulu sebelum mengenakan hukuman

Jangan gunakan kuasa paksa untuk tujuan memanipulasi

Bertenang semasa menjatuhkan hukuman, dan jangan tunjukkan sikap bermusuhan

Kenakan hukuman yang memang dalam kekuasaan kita.

Galakkan orang-orang bawahan Mengelakkan diri daripada dikenakan hukuman.

Hukuman hendaklah setimpal Mintalah orang bawahan Mencadangkan cara-cara untuk Meningkatkan prestasi

Jangan gunakan kuasa paksaan untuk kepentingan peribadi

Uruskan kes-kes disiplin secara Sulit

7. Selain daripada kuasa dan taktik-taktik, sifat pemimpin juga sering disebutkan sebagai faktor yang penting yang berupaya mempengaruhi orang bawahannya.

1. Sifat-sifat fizikal seperti saiz badan, umur, berat badan, jantina, perawakan didapati tidak berkait dengan keberkesanan dan kemunculan kepemimpinan.

2. Kecerdasan dan kepemimpinan didapati ada perkaitan tetapi kecerdasan semata-mata adalah bukan faktor tunggal yang menentukan kejayaan kepimpinan.

3. Personaliti seseorang dikatakan berkait rapat dengan keberkesanan dan kemunculan pemimpin.

Ciri-ciri personaliti yang dikaitkan dengan kejayaan kepemimpinan ialah:

o Penguasaan (dominas)

(9)

pemimpin, cuba mempengaruhi orang lain dan berusaha mewujud dan mengekalkan penguasaan tersebut. Mempunyai sifat yakin,

bertenaga, tegas dan bersemangat, lantang, dan yakin kepada pendapatnya.

o Keyakinan kendiri

Merujuk kepada sejauh manakah individu itu berasa selesa dengan pertimbangan, keupayaan dan kemahirannya. Individu yang tidak berkeyakinan tidak suka menanggung risiko dan berasa tidak selesa apabila terpaksa membuat keputusan. Pemimpin yang berkeyakinan lebih berjaya berbanding dengan pemimpin yang rendah keyakinan kendiri.

o Berorientasi Pencapaian (Achievement Oriented)

Individu yang berorientasi pencapaian berusaha melaksanakan tugas dengan jayanya kerana individu ini akan hanya berasa puas jika ia beroleh kejayaan. Individu seperti ini cenderung bekerja keras, bercita-cita tinggi dan suka persaingan. Manakala orang yang rendah orientasi pencapaian adalah tidak bercita-cita tinggi, suka dengan keadaan yang sedia ada, dan pasif serta usaha-usahanya adalah sedikit, kecuali jika ia dijanjikan ganjaran ekstrinsik.

o Bertanggungjawab

Individu yang bertanggungjawab cenderung melaksanakan kerjaya dengan penuh hati-hati dan bersedia mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sifat ini sering dikaitkan dengan kejayaan seseorang pemimpin.

o Bertenaga

Pemimpin yang berjaya mempunyai tenaga yang kuat berbanding dengan pemimpin yang kurang berjaya. Orang yang bertenaga sering bekerja keras dan mengeluarkan output yang banyak berbanding dengan orang yang kurang bertenaga. Pemimpin yang bertenaga dikatakan waktu tidurnya pendek dan tidak banyak makan.

o Pengawasan kendiri (self-monitoring)

Pintar/bijak mengenali isyarat-isyarat dan dengan serta merta menyesuaikan diri dengan kehendak isyarat tersebut.

o Lokus Kawalan (Locus of Control)

(10)

o Kesabaran Kepada Kekaburan (Tolerance of Ambiguity)

Sifat ini penting dalam keadaan dunia yang sentiasa berubah dan sukar diramalkan. Didapati pemimpin yang mempunyai kesabaran yang tinggi kepada kekaburan, sering beroleh kajayaan.

o Penyesuaian

Merujuk kepada ketahanan dan keupayaan emosi menghadapi tekanan, konflik, dan kekecewaan. Pemimpin yang berupaya mengharungi rintangan-rintangan ini adalah lebih berkesan

berbanding dengan pemimpin yang tidak boleh menyesuaikan diri dalam keadaan tertekan.

o Suka bergaul/ramah

Sifat ini juga disebutkan sebagai penting dalam kejayaan

kepemimpinan kerana orang yang suka bergaul biasanya memperolehi banyak pengalaman dan mudah mempengaruhi orang-orang dalam organisasinya.

o Dapat diterima

Merujuk kepada sifat amanah, mudah bekerjasama, mesra, dan sopan. Orang seperti ini mudah bekerjasama dengan orang lain. Manakala sifat orang yang sukar diterima, biasanya tidak sabar, muram, syak wasangka, dan sukar bekerjasama dengan orang lain.

7.4 Selain daripada sifat-sifat tersebut, Al-Farabi ada menyebutkan bahawa pemimpin yang berjaya memiliki sifat-sifat seperti berikut:

o Sempurna tubuh badan dan berkemampuan supaya dia dapat menjalankan tugasnya dengan mudah

o Baik kefahamannya serta dapat menggambarkan setiap sesuatu yang dilafazkan atau diucapkan serta tahu apa yang patut dilakukan

o Baik ingatannya.

o Bijaksana dan cerdik. Boleh memahami, sesuatu dengan cepat

(11)

8.Gaya dan Tingkah Laku

8.1 Ada 3 gaya yang sering dibincangkan iaitu:

a. Autokratik

o Merujuk kepada gaya mengarah yang melampau yang mempunyai ciri-ciri seperti:

o Pemimpin menetapkan semua polisi

o Teknik dan langkah melaksanakan tugas ditentukan oleh pemimpin o Tugas-tugas dan rakan kerja ditentukan oleh pemimpin

o Tugas-tugas dan rakan kerja ditentukan oleh pemimpin o Pemimpin akan mengkritik apabila dirasakan

b. Demokratik

o Merujuk kepada gaya yang mempunyai ciri-ciri berikut: o Polisi organisasi ditentukan oleh kelompok

o Teknik dan langkah pelaksanaan kerja dibincangkan sehingga semua orang faham

o Pemimpin akan memberi nasihat kepada ahli dalam melaksanakan tugas

o Anggota bebas bekerja dengan siapa yang dia suka o Pembahagian tugas ditentukan oleh kelompok

o Pemimpin cuba bersikap objektif dalam memberi pujian dan kritikan

c. Laissez faire

Merujuk kepada gaya lepas-tangan di mana kebebasan diberi sepenuhnya kepada kelompok menentukan matlamat, teknik dan kaedah bekerja. Pemimpin hanya campur tangan apabila diterima pelanggan.

Walaupun gaya autokratik sering disebutkan sebagai gaya yang tidak popular, tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu gaya autokratik juga adalah perlu dan berkesan terutama apabila faktor masa yang singkat serta orang bawahan yang tidak produktif. Gaya Laissez-faire pula adalah disebutkan sebagai gaya yang paling tidak berkesan.

Pengalaman gaya ini sering menjadikan organisasi tidak mempunyai arah. Namun begitu jika gaya ini dikenakan kepada orang-orang bawahan yang matang dan bermotivasi tinggi, gaya Laissez-faire ini adalah antara yang sangat sesuai.

8.2 Tingkah laku pemimpin yang berkesan, iaitu yang berupaya

mempengaruhi orang bawahan ialah seperti yang ditemui dalam kajian-kajian yang dilakukan oleh Ohio State University dan University of Michigan, iaitu.

a. Tingkah laku timbang rasa/orientasi pekerja/hubungan kemanusiaan

(12)

8.3 Tingkah laku timbang rasa ialah tingkah laku yang menunjukkan persahabatan, saling percaya mempercayai, hormat, mesra, dan hubungan yang baik di antara pemimpin dengan ahli organisasinya, misalnya:

 Pemimpin memberi pertolongan persendirian kepada semua stafnya.

 Pemimpin mengambil berat tentang sesuatu perkara yang kecil untuk menarik hati stafnya.

 Pemimpin meluangkan masa memberi perhatian kepada stafnya.

 Menerima saranan-saranan yang dibuat oleh orang bawahannya.

 Pemimpin mendapat persetujuan dari stafnya terlebih dahulu sebelum memulakan sesuatu perkara.

8.4 Tingkahlaku pendayautamaan struktur atau yang berorientasikan tugas menunjukkan pemimpin yang menentukan, mengatur dan menetapkan tugas dan perkara yang harus dijalankan oleh orang bawahan, misalnya:

 Pemimpin menjelaskan pendapatnya kepada semua staf

 Pemimpin menentukan apa dan bagaimana sesuatu perkara itu hendak dilakukan

 Pemimpin menentukan jadual tugas semua stafnya

 Pemimpin menentukan kerja-kerja yang diberi itu dilaksanakan mengikut jadual

 Pemimpin menentukan semua stafnya menjalankan tugas dengan sepenuhnya.

8.5 Teori tingkah laku kepemimpinan ini membuat rumusan bahawa pemimpin yang mengamalkan kedua-dua jenis tingkah laku secara tinggi adalah lebih berkesan.

Tinggi

Orientasi Tinggi orientasi pekerja

dan Tinggi orientasi Tugas

Pekerja

Rendah Orientasi Tugas

Rendah Tinggi

8.6 Jika diabaikan tingkah laku yang berorientasikan tugas akan menyebabkan keberkesanan sekolah terhad, manakala jika diabaikan dimensi orientasi pekerja akan menyebabkan rendahnya tahap kepuasan orang bawahan. Oleh itu pengamalan kedua-dua dimensi secara tinggi adalah perlu untuk kelicinan dan keberkesanan organisasi.

8.7 Daripada kajian-kajian yang seterusnya, dapatlah dirumuskan tingkah laku pemimpin yang berkesan meliputi tingkah laku berikut:

(13)

o Menggalakkan komunikasi terbuka

o Bersedia membimbing dan menyokong orang bawahan o Memberi pengiktirafan pencapaian

o Mewujudkan mekanisme kawalan yang mantap o Memahami implikasi setiap keputusan yang dibuat o Menggalakkan inovasi dan idea baru

o Berikan orang bawahan keputusan yang jelas o Sentiasa menunjukkan kejujuran yang tinggi.

8.8 Imam Al-Ghazali menggariskan bahawa seseorang pemimpin harus mempertimbangkan perkara berikut semasa melaksanakan tugas

kepemimpiannya, iaitu:

Dia sepatutnya meletakkan dirinya dalam kedudukan orang yang

diperintahnya supaya dia tidak mengarahkan orang bawahannya melakukan perkara-perkara yang dirinya sendiri tidak menyukai melakukan perkata itu.

 Hidup dengan cara sederhana

 Melaksanakan kerja dengan tenang tanpa nampak susah payah

 Dia harus cuba memuaskan semua pihak jika hal itu tidak melanggar undang-undang dan peraturan.

 Sedar akan tanggungjawab besar jawatannya.

 Sentiasa suka bersahabat dengan para ilmuan dan mendengar arahan mereka

 Mengawal tingkah laku orang bawahannya supaya tidak bongkak.

8.9 Al-Farabi menyebutkan bahawa tingkah laku pemimpin yang baik ialah:

 Sangat suka kepada ilmu pengetahuan, senang menerima ilmu dan tidak penat menimbanya.

 Tidak bersikap buruk dan menjauhkan diri daripada bersuka-ria.

 Cintakan kebenaran dan bencikan pembohongan

 Berjiwa besar dan berhemah tinggi

 Tidak berminat menjadi orang kaya

 Bersikap adil dan anti kezaliman

 Mempunyai keazaman yang kuat dan berani terhadap sesuatu perkara yang perlu dilakukan.

8.10 Satu tingkah laku yang tidak disebutkan dalam teori kepemimpinan barat, tetapi disebutkan dalam ciri-ciri pemimpin yang baik mengikut perspektif Islam ialah pemimpin yang baik tidak berminat menjadi kaya.

9.Kepemimpinan dan situasi

9.1 Walaupun telah banyak kajian telah dilakukan untuk mengenal pasti tingkah laku kepemimpinan yang berkesan, tetapi dapatannya tidak begitu memberangsangkan. Oleh itu timbullah proposisi yang mengesyorkan bahawa pemimpin hendaklah mengenali situasi dan sesuaikannya mengikut keadaan berkenaan. Umpamanya,

(14)

tinggi, bermotivasi, penuh keyakinan dan sering berusaha dengan gigih akan hanya membawa masalah. Namun begitu gaya autokratik ini juga mungkin sesuai jika diamalkan dalam situasi di mana ahli-ahlinya tidak berkemahiran tinggi, tidak matang, dan belum disahkan dalam jawatannya. Gaya Leissez-Faire dikatakan berkesan jika

dikenakan kepada orang-orang bawahan yang matang dan bermotivasi tinggi.

9.2 Salah satu teori yang popular dalam pendekatan ini ialah teori kepimpinan situasi yang dikemukakan oleh Hersey dan Blanchard. Teori ini mencadangkan bahawa:

 Orang yang rendah kematangannya perlu diberitahu atau dirah supaya menjalankan tugasnya.

 Orang yang memiliki sedikit kemampuan dan komitmennya yang rendah, hendaklah dibimbing.

 Orang yang tinggi keupayaan, tetapi komitmennya berubah-ubah hendaklah disokong.

 Orang yang tinggi kematangannya perlu dibanyakkan empowerment.

10. Beberapa contoh tindakan yang perlu diambil oleh pemimpin apabila menghadapi keadaan yang sukar:

10.1 Orang bawahan tidak bermiant/bersemangat terhadap kerja:

 Tetapkan matlamat yang mencabar dan jelaskan dengan yakin bahawa orang bawahan dapat mencapainya.

 Lahirkan visi dan fikiran yang penuh dengan daya tarikan tentang apa yang akan diperolehi mereka.

 Gunakan pujukan rasional dan daya tarikan yang boleh

membangkitkan inspirasi untuk mempertingkatkan komitmen mereka.

 Amalkan konsep kepemimpinan melalui teladan

 Gunakan teknik perundingan dan delegasi tugas.

 Berikan pengiktirafan yang sewajarnya.

 Berikan ganjaran kepada tingkah laku yang berkesan.

10.2 Orang-orang bawahan keliru apa yang patut dilakukan.

 Jelaskan tugas-tugas/kerja-kerja yang patut dilaksanakan.

 Tetapkan matlamat yang khusus dan beritahu prestasi kerja dari semasa ke semasa.

 Sediakan arahan kerja atau bimbing mereka yang memerlukannya.

 Kenal pasti kemahiran-kemahiran yang diperlukan dan berikan latihan.

10.3 Orang bawahan mengamalkan strategi yang lemah dan tidak teratur:

 Sediakan perancangan untuk mencapai objektif

(15)

 Atur/susun semula aktiviti-aktiviti untuk mempasti penggunaan sumber yang optimum

 Berbincang dengan orang bawahan untuk memperkemaskan prosedur kerja

 Kenal pasti aktiviti/program yang tidak menguntungkan dan pastikan tiada siapa melaksanakan aktiviti/program tersebut.

 Sediakan/lengkapkan arahan untuk mengelakkan aktiviti yang dalam keadaan krisis diteruskan mengikut cara lama.

10.4 Terdapat masalah kerjasama di kalangan orang bawahan:

 Kurangkan sumber-sumber yang boleh menimbulkan konflik

 Tekankan dan galakkan kerjasama dan minat bersama

 Galakkan penyelesaian konflik

 Selesaikan konflik

 Pertingkatkan inisiatif untuk kumpulan

 Kurangkan unsur-unsur pertandingan atau persaingan individu.

 Gunakan simbol dan upacara amal untuk membina pengecaman unit kerja

 Gunakan aktiviti-aktiviti pembinaan pasukan.

10.5 Orang bawahan tidak mencukupi sumber:

 Dapatkan sumber yang dimaksudkan dengan segera.

 Dengan segera cuba selesaikan masalah sumber yang tidak mencukupi

 Usaha dapatkan peruntukan tambahan

 Cari sumber-sumber yang boleh membantu.

10.6 Koordinasi yang lemah:

 Wujudkan jaringan dengan rakan di luar organisasi

 Membuat kawal selia yang rapi untuk mengesan masalah dengan segera

 Berbincang dengan kerap untuk menyelesaikan masalah penyelarasan.

11. Walau bagaimanapun seseorang pemimpin yang ingin berjaya seharusnya mengambil tindakan berikut:

11.1 Pastikan bahawa tingkah laku yang diamalkan itu bertujuan mengimbangi kepentingan matlamat orgaaanisasi dan keberkesanan perhubungan dengan orang bawahan.

11.2 Tingkah laku yang diamalkan itu hendaklah bersesuaian dengan situasi.

11.3 Mengembang dan mengamalkan kemahiran-kemahiran tertentu seperti:

(16)

o Kemahiran ‘asertive’

o Kemahiran merangsang orang bawahan o Kemahiran berkomunikasi

o Kemahiran menangani perubahn o Kemahiran menangani konflik

o Kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

12. Semua kuasa, taktik, sifat, tingkah laku dan kemahiran-kemahiran tersebut adalah bertujuan menjadikan seseorang pemimpin itu dapat memainkan

peranan dan fungsinya dengan lebih berkesan. Antara fungsi kepemimpinan ialah:

12.1 Sebagai eksekutif:

Mentadbir, mendelegasi tugas dan menyelaras aktiviti organisasi

12.2 Sebagai perancang:

o Menetapkan matlamat

o Mengawal supaya perancangan berjalan licin 12.3 Sebagai pembuat polisi

12.4 Sebagai pakar

12.5 Sebagai jurucakap organisasi

12.6 Sebagai pengawal hubungan dalaman 12.7 Sebagai pemberi ganjaran dan denda

12.8 Sebagai orang tengah untuk menyelesaikan konflik 12.9 Sebagai teladan

12.10 Sebagai simbol organisasi 12.12 Sebagai ahli ideologi 12.13 Sebagai tokoh bapa 12.14 Sebagai biri-biri hitam

o Tempat yang sering dikutuk kerana kecewa dan sebagainya o Menerima kutukan walaupun puncanya daripada orang lain

13. Apakah yang membezakan di antara pemimpin dengan pengurus?Warren Bennis menjelaskan perbezaannya seperti berikut:

13.1 Pengurus Mentadbir

Pemimpin Buat Inovasi

13.2 Pengurus seorang yang suka tiru orang lain

Pemimpin suka keaslian

13.3 Pengurus mengekalkan keadaan yang sedia ada

Pemimpin membaiki/membangun/mengembang

(17)

Pemimpin memberi perhatian pada orang

13.5 Pengurus bergantung kepada kawalan

Pemimpin menggalak kepercayaan

13.6 Pengurus mempunyai pandangan jangka pendek

Pemimpin mempunyai pandangan jangka panjang

13.7 Pengurus bertanya: bagaiman dan bila?

Pemimpin bertanya: Apa dan kenapa?

13.8 Pengurus membuat sesuatu yang betul

Pemimpin membuat sesuatu dengan betul

(The manager does the right things, The leader does the things right)

13.9 Yukl (1994:4) membuat rumusan seperti berikut:

"Managers are oriented toward stability, and leaders are oriented toward innovation .... Managers get people to do things more efficiently, whereas leaders to agree about what things should be done".

14. Di antara tingkah laku pengurus dan pemimpin, yang manakah tingkah laku yang harus diikuti?

14.1 Di dalam organisasi birokrtik, proses mengurus dan memimpin saling diperlukan. J.P. Kotter menjelaskan:

"Indeed, any combination other than strong management and strong leadership has the potential for producing highly unsatisfactory results. When both are weak or nonezistent, it is like a rudderless ship with a whole in the hull. But adding just one of the two does not necessarily make the situation much better. Strong management without much leadership can turn bureaucratic and stifling, producing order for orfer’s sake. Strong leadership without much management can become messianic and cult-like, producing change for change’s sake-even if movement is in totally insane direction" (Kotter, 1990:7-8).

15. Penutup

Kajian terhadap kepemimpinan terus menerus menjadi tarikan banyak pihak. Ini kerana kepemimpinan dikaitkan dengan kejayaan dan

kecemerlangan sesebuah organisasi termasuklah sekolah.

(18)

16. Rujukan

16.1 Aminuddin Mohd. Yusoff (1990) Kepemimpinan, Kuala Lumpur: DBP

16.2 Hughes, R.L., Ginnett, R.C. & Curphy, G.J. (1993) Leadership: Enhancing the Lessons of experience. Boston, MA: Irwin.

16.3 Kotter, J.P. (1990). A force for change: How leadership differs from management. New York: The Free Press.

16.4 Nahavandi, A. (1997). The art and science of leadership. New Jersey: Prentice-Hall International.

Referensi

Dokumen terkait

dilakukan posttest. 4) Analisis Hasil Evaluasi Kelompok Kecil Hasil prostest diperoleh data sebagai berikut, rata-rata kemampuan penalaran adalah 77.21 dan rata-rata

Hasil penelitian menunjukkan dari enam varietas yang diuji, tiga varietas lokal memiliki kelebihan yang seimbang dari segi potensi produksi, indeks mutu, indeks tanaman, kadar

Dapat disimpulkan bahwa, berdasarkan penilaian dan masukan ahli media pembelajaran berbasis Mobile Aplication menggunakan App Inventor sebagai media pembelajaran

Asuransi atau pertanggungan adalah suatu perjanjian, dengan mana seseorang penanggung mengikatkan diri terhadap tertanggung, dengan memperoleh premi, untuk memberikan

Terakhir, faktor eksternal yang mendorong terjadinya transformasi pengetahuan pada masyarakat Pandai Sikek dilihat dari adanya teknologi, kebutuhan pasar dan inovasi.

Efek Antiinflamasi Ekstrak Jahe Merah ( Zingiber officinalle roscoe ) pada Gigi Kelinci ( Oryctolagus cuniculus ) (Penelitian In Vivo).. xi +

Berbeda dengan panggung belakang (back stage), disini memungkinkan seorang pemimpin perempuan menggunakan kata-kata kasar ketika berkomentar, marah, mengumpat, bertindak

[r]