• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERINGKAT DIPLOMA ( LEPASAN SPMPRA-DIPLOMA ) PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA ( LEPASAN STPMASASIMATRIKULASIDIPLOMA IPT LAIN ) PENERAPAN ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERINGKAT DIPLOMA ( LEPASAN SPMPRA-DIPLOMA ) PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA ( LEPASAN STPMASASIMATRIKULASIDIPLOMA IPT LAIN ) PENERAPAN ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH"

Copied!
54
0
0

Teks penuh

(1)

Modul

3

PEMBANGUNAN PROFESIONALISME

PERINGKAT DIPLOMA

( LEPASAN SPM/PRA-DIPLOMA )

PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA

( LEPASAN STPM/ASASI/MATRIKULASI/DIPLOMA IPT LAIN )

PENERAPAN ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH

KEPIMPINAN

KOMUNIKASI

ETIKA DAN MORAL PROFESIONAL

PEMIKIRAN KRITIS DAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN

MASALAH

(2)

MODUL 3 DIPLOMA/IJAZAH SARJANA MUDA : PROFESIONALISME

PENGENALAN

Modul ini mendedahkan konsep profesionalisme dalam membentuk seorang mahasiswa

yang holistik dan mapan. Profesionalisme merupakan sifat-sifat kemampuan,

kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada

seorang profesional. Ia merupakan elemen penting dalam menjayakan sesebuah

organisasi samaada dalam konteks kepimpinan atau keusahawanan.

MATLAMAT

Untuk mencapai matlamat universiti dalam melahirkan graduan profesioanal yang

mempunyai daya kepimpinan dan keusahawanan tinggi berdasarkan kepada nilai-nilai

murni dan etika ke profesionalisme.

OBJEKTIF

1. Memberikan pendedahan dan kesedaran mengenai kepentingan profesionalisme

dalam kepimpinan.

2. Memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai elemen-elemen, persiapan,

pengurusan dan pelaksanaan program.

3. Memberikan pendedahan dan kesedaran mengenai kepentingan profesionalisme

(3)

KANDUNGAN DAN JADUAL PERLAKSANAAN

UNIT KAEDAH PELAKSANAAN

KETERANGAN BAHAN/PERALATAN TEMPOH

(4)

KUMPULAN SASARAN

 Semua mahasiswa Lepasan Diploma (Lepasan SPM dan Pra Diploma)

 Semua mahasiswa semester 3 Peringkat Ijazah dan Profesional (Lepasan STPM,

(5)

UNIT 1 : CERAMAH

TAJUK CERAMAH : PROFESIONALISME DAN KEPIMPINAN

TEMPOH MASA : 2 JAM

OBJEKTIF :

 Memberikan pendedahan tentang keprofesionalisme kepimpinan.

 Memberikan pendedahan kepada pelajar berhubung kejayaan tokoh-tokoh

usahawan di peringkat negara dan antarabangsa.

 Untuk mencapai matlamat universiti dalam membentuk keprofesionalisme

(6)

NOTA CERAMAH UNIT 1

PROFESIONALISME DAN KEPIMPINAN

PENDAHULUAN

Setiap manusia mempunyai tugas kepimpinan. Seseorang suami, isteri, pegawai

kerajaan, ketua parti politik, ketua kampung, pelajar dan individu biasa mempunyai

tugas kepimpinan terhadap kelompok atau terhadap individu lain. Hadis riwayat

Bukhari dan Muslim; “Tiap-tiap seorang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap

pemimpin akan ditanya bagaimana kamu memimpin.” Justeru itu setiap manusia yang memimpin adalah bertanggungjawab terhadap mereka yang berada di bawah

pimpinannya. Ketua negara bertanggung-jawab terhadap rakyatnya. Ketua keluarga

adalah pemimpin dalam keluarganya. Majikan pula bertanggung jawab menjaga

pekerjanya.

DEFINISI KEPIMPINAN

Kepimpinan adalah satu proses yang mempengaruhi aktiviti-aktiviti kelompok ke arah

mencapai matlamat kelompok dalam masa tertentu. Abdullah Hassan (1998), mentakrif

kepemimpinan sebagai sejenis tingkahlaku yang bertujuan untuk mempengaruhi orang

lain supaya mereka sanggup dan secara senang hati melakukan apa yang dikehendaki

oleh orang yang memimpin. Oleh itu boleh dirumuskan kepimpinan sebagai seni atau

proses mempengaruhi orang lain supaya mereka akan berjuang atau bekerja dengan

(7)

KONSEP KEPEMIMPINAN

De Pree (1989), menyatakan kepemimpinan merupakan satu seni, kepercayaan, suara

hati dan bukan sekadar perkara-perkara yang perlu dilaksanakan. Kepemimpinan yang

berseni itu diterjemahkan dalam bentuk kata-kata dan amalan-amalan. Ringkasnya,

walaupun terdapat banyak takrifan tentang kepimpinan, dua definisi operasional yang

dipersetujui ialah:

(i) Kepimpinan ialah fungsi kumpulan: ia berlaku dalam proses dua atau lebih orang

berinteraksi untuk mencapai matlamat, dan

(ii) Pemimpin secara sengaja mempengaruhi tingkahlaku orang lain (Hersey &

Blancard,1982). Seperkara lagi, kepemimpinan juga berkaitan dengan

memperkenalkan sesuatu yang baru atau cuba memperbaiki keadaan sedia ada

(Stogdil, 1974).

Kefahaman terbaharu tentang kepemimpinan adalah berkaitan dengan visi (Bennis dan

Nanus, 1983), yang mana berkemampuan pemimpin itu mewujudkan serta menjelaskan

visinya dan seterusnya mampu diterjemahkan dalam bentuk tindakan oleh ahli-ahli

dalam organisasinya. Hart (1998), berpendapat kepemimpinan sebenarnya berlaku

apabila ahli-ahli dalam kumpulan itu menerimanya sebagai pemimpin. Menurut Bass

(1990), kepemimpinan dianggap sebagai satu faktor yang paling kritikal dalam

menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah organisasi. Kesan kepemimpinannya

adalah secara tidak langsung yang mana pemimpin menterjemahkan makna

kepemimpinan dan mampu mewujudkan impak terhadap penghasilan organisasi.

Nik A. Rashid Ismail (1993), pula mengaitkan kepimpinan dengan penggunaan

pengaruh, komunikasi dan matlamat. Kepemimpinan ialah satu percubaan untuk

pengaruh-mempengaruhi antara peribadi, yang diarahkan melalui proses komunikasi,

(8)

Menurut Idris Zakaria (1996), setiap manusia adalah pemimpin. Dalam konteks ini,

seseorang itu sekurang-kurangnya menjadi pemimpin kepada dirinya sendiri atau

kepada kelompok-kelompok tertentu seperti keluarga, masyarakat dan negara. Dalam

Islam, konsep khalifah dan kekhalifahan sentiasa bergerak seiring dengan persoalan

kepemimpinan kerana Islam menegaskan bahawa setiap manusia yang akil baligh

adalah khalifah yang diberi tanggungjawab untuk memakmurkan bumi ini melalui

pendekatan “amar makruf nahi mungkar”.

Justeru itu pemimpin adalah inidividu yang menjadi ketua ke atas sesuatu komuniti

(kelompok) yang besar atau kecil. Pemimpin juga merupakan individu yang

bertanggungjawab mempengaruhi orang-orang bawahan atau para pengikutnya untuk

menggerakkan mereka melaksanakan sesuatu tugas bagi mencapai matlamat organisasi.

Mereka juga berusaha sedaya upaya untuk menanamkan keyakinan, membimbing dan

menjadi sumber inspirasi atau contoh kepada pengikutnya. Seorang pemimpin yang

baik perlu memenuhi prasyarat tertentu seperti memiliki keupayaan fizikal dan spiritual

yang ampuh, mempunyai visi dan berupaya mempelopori anjakan paradigma ke arah

kecemerlangan organisasi dan yang lebih penting memiliki keperibadian mulia (Idris

Zakaria, 1996).

Oleh itu dapat dirumuskan kepemimpinan sebagai:

1. Percampuran teladan, pujukan dan paksaan yang mendorong orang melakukan

apa yang anda hendak lakukan.

2. Proses menggunakan kuasa untuk mendapatkan pengaruh (interpersonal

influence).

3. Kepimpinan adalah penonjolan personaliti.

(9)

5. Pemimpin adalah seorang yang akan diikuti ketempat yang anda tidak akan pergi

bersendirian.

6. Kebolehan mempengaruhi dan mengarah tindak-tanduk orang lain, memberi

motivasi, membantu tugasan dan melatih pengikut.

7. Pemimpin bukan dilahirkan tetapi dibina dalam diri melalui penambahan ilmu dan

bakat yang sedia serta diperkukuhkan dengan pengalaman yang sesuai.

PEMIMPIN, PENGURUS DAN PENGIKUT DALAM ORGANISASI

Kepimpinan dan pengurusan organisasi yang efektif dan efisyen memerlukan seorang

pengurus dan pemimpin yang cekap dan berwibawa. Namun persoalannya, bagaimana

pengurus berbeza daripada pemimpin? Pengurus yang efektif tidak semestinya

merupakan seorang pemimpin yang efektif dan sebaliknya seorang pemimpin yang

cekap dapat disamakan dengan seorang pengurus yang efektif. Adalah malang jika

pengurus, pentadbir, penyelia, dan para eksekutif tertinggi melepaskan tanggungjawab

mereka tanpa menjadi seorang pemimpin yang baik dan cekap. Pengurus yang paling

baik perlu memiliki daya kepimpinan yang efektif.

Pengurus perlu menangani kompleksiti harian yang rutin dan pemimpin yang cekap

dapat menguruskan dan menumpukan perhatian dalam menyelaras perubahan secara

efektif. Pengurus amat menekankan perancangan dan belanjawan rutin, manakala

pemimpin pula menyediakan arahan dan visi organisasi. Pengurus juga perlu

menstruktur dan menstafkan organisasi dengan memilih pekerja yang berkebolehan

mengetuai aktiviti dan sebaliknya pemimpin mendorong pengikutnya merealisasikan

visi yang telah dibentukkan tersebut. Pemimpin yang berkesan selalu menfokuskan

pergerakan organisasi ke arah masa depan yang lebih ideal dan memotivasikan mereka

(10)

Perbezaan yang paling nyata antara seorang pengurus dan pemimpin dapat dilihat pada

sumber kuasa dan paras kepatuhan yang diberikan oleh pengikut dan pekerja dan kuasa

merupakan daya potensi dalam mempengaruhi perangai atau kelakuan orang lain.

Keberkesanan pengikut dalam mengikuti segala arahan yang diberikan oleh pemimpin

menentukan kejayaan sesebuah organisasi dan ini bermakna kewujudan sesebuah

organisasi tidak boleh mengecualikan peranan yang dimainkan oleh pemimpin dan

pengikutnya. Hanya pengikut yang efektif berkebolehan berfikir secara berdikari dan

pada masa yang sama memberi sumbangan kepada matlamat organisasi. Seorang

pengurus mempunyai dua peranan, yakni memimpin bawahan membuat segala laporan

kepada beliau dan beliau juga akan membuat laporan kepada ketuanya. Dalam perkara

tersebut, beliau bertindak sebagai seorang pemimpin dan juga sebagai seorang pengikut

yang dipimpin oleh pihak lain. Dalam hal ini, pengikut mestilah menjalankan segala

tanggungjawab secara berhati-hati.

Selain itu, ancaman sering dihadapi oleh pengikut yang efektif dalam sesebuah

organisasi kerana terdapat segelintir pengikut yang tidak sehaluan dengan mereka.

Golongan ini selalu mempersembahkan semangat dan penglibatan yang kurang

menyenangkan kepada organisasi, kakitangan dan idea serta produk sesebuah

organisasi. Pengikut yang efektif selalu menguasai kemahiran yang berguna untuk

diimplementasikan kepada organisasi. Piawai kerja mereka selalu lebih tinggi daripada

apa yang dijangkakan walaupun tidak mendapat sebarang pujian dan ganjaran. Mereka

tahu bahawa sumbangan mereka kepada organisasi adalah penting sekali dan dalam

proses tersebut, mereka telah dapat mempelajari cara kepemimpinan yang efektif lagi

(11)

KEPIMPINAN CEMERLANG

Pemimpin yang efektif dan efisyen memerlukan kecekapan (kompeten)kepimpinan,

kualit kepimpinan, sikap yang sesuai dan kemahiran komunikasi yang tertentu.

Gabungan semua ini akan menghasilkan kepimpinan yang cemerlang yang mampu

mengurus organisasi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

a. Kompeten Kepimpinan:

Berikut adalah antara kecekapan yang perlu ada pada seorang pemimpin:

1. Ketahui dan hargai kelemahan dan kekuatan sendiri serta berusaha

membaikinya.

2. Menerima dan bertanggungjawab dalam urusan kumpulan.

3. Kepimpinan melalui teladan.

4. Menentukan tugas difahami, diawasi dan dicapai dengan kejayaan.

5. Fahami ragam ahli dan ambil berat tentang kebajikan orang bawahan

terdahulu.

6. Membina kepimpinan ahlai atau persatuan dalam penyediaan pelapis.

7. Mengenal pasti potensi dan melatih ahli kumpulan bagi membolehkan

prestasi ditahap optimum.

8. Layan dan hukum anggota dengan adil dan wujudkan suasana kerjasama dan

(12)

9. Ikut saluran komunikasi dalam pengurusan dan pimpinan.

10. Jangan suruh orang lain buat kerja yang anda sendiri tidak rela membuatnya.

11. Libatkan anggota dalam semua tahap tugas dan beri penerangan semula

tentang misi atau tugas apabila berlaku perubahan serta gambaran

keseluruhan prestasi semasa.

12. Tunjukkan penghargaan dan memimpin dengan hikmah, kasih sayang dan

tegas.

b. Kualiti Dalam Kepimpinan

Ciri-ciri kualiti yang patut diberi perhatian di dalam kepimpinan;

1. Dorongan kendiri dan ahli-ahli

2. Keberanian, ketabahan, kecekalan fizikal dan mental

3. Cekap membuat keputusan yang berkesan

4. Bertanggungjawab

5. Sihat dan cergas

6. Amanah

(13)

8. Ilmu pengetahuan

9. Taat setia

10. Tidak mementingkan diri

11. Azam kemahuan yang tinggi

12. Setia kawan yang kukuh

13. Kemahiran berkomunikasi

14. Sabar

15. Beriman

16. Keterbukaan dan ketegasan

17. Inisiatif

18. Pembimbing, penggalak dan pengawal

c. Sikap Pemimpin

Seterusnya, Mohd. Hizam dan Zafir (2002) menyatakan bahawa para penyelidik

telah mengutarakan sifat-sifat asas yang perlu ada pada seorang pemimpin.

(14)

i. Desakan

Pemimpin mempunyai keinginan untuk mencapai kejayaan dalam

tugas-tugas mereka. Mereka pandai mengambil peluang dan kesempatan serta

berusaha untuk mencapai matlamat organisasi.

ii. Motivasi

Pemimpin yang baik bukan hanya berkeinginan untuk berjaya sahaja, malah

mereka menginginkan kuasa, iaitu lebih suka memimpin daripada dipimpin

oleh orang lain.

iii. Kejujuran dan Keikhlasan

Pemimpin yang baik bersifat jujur dan ikhlas. Mereka melakukan apa yang

mereka janjikan. Sifat ini sangat penting kerana kejujuran dan keikhlasan

seseorang pemimpin membolehkan orang lain percaya kepadanya.

iv. Keyakinan Diri

Tugas seseorang pemimpin sangat mencabar, mereka akan menghadapi

pelbagai halangan dan rintangan dalam urusan organisasi. Keyakinan diri

seseorang pemimpin membolehkannya menghadapi rintangan itu, membuat

keputusan yang betul dan meyakinkan orang lain. Sifat ini perlu mencapai

wawasan pemimpin.

v. Kebolehan Kognitif

Pemimpin berusaha untuk menunjukkan kebijaksanaan, persepsi yang tepat

dan kemahiran dalam menjalankan tugas tetapi mereka tidak semestinya

pintar. Mereka dapat menunjukkan kebolehan menganalisis, membuat

(15)

d. Komunikasi Kepimpinan

Kajian pakar psikologi dalam bidang komunikasi seperti Redding (1972)

mendapati, seorang pemimpin yang efektif memiliki ciri-ciri berikut,

antaranya:

i. Kemahiran komunikasi

Seorang pemimpin sewajarnya pandai menerangkan dengan jelas

arahan dan dasar-dasar organisasi. Malah mereka merasakan suatu

keseronokan untuk berbincang dengan orang yang dipimpin. Dalam

konteks ini, pemimpin yang mengekalkan komunikasi vertikal dan/atau

komunikasi horizontal akan menjamin hubungan baik antara pihak

atasan dan bawahan.

ii. Kemahiran interpersonal:

Menjalin perhubungan merupakan satu daripada tugas utama

pemimpin. Melalui komunikasi interpersonal yang berkesan, pemimpin

dapat menjalin hubungan dengan sebanyak mana pihak yang berkaitan

dengan institusi yang dipimpinnya sama ada di dalam atau di luar

institusi itu.

iii. Kemahiran menjalin hubungan

Jalinan hubungan amat penting kerana kejayaan sesuatu pencapaian

matlamat adalah bergantung kepada sokongan dan kerjasama orang

lain.

iv. Kemahiran mendengar

Seorang pemimpin yang bijak berkomunikasi adalah pemimpin yang

pandai mendengar empati dan sedia membuka telinga kepada orang

(16)

dianggap ‘bodoh’, cadangan dan rungutan dengan sikap bertimbang rasa.

v. Kemahiran memproses maklumat

Justeru itu, pemimpin yang berkesan merupakan pemimpin yang

berupaya untuk mendengar, menerima dan mempunyai persepsi yang

tepat terhadap maklumat yang diterima. Ini bermakna pemimpin

tersebut mampu untuk memproses maklumat dengan cara mengupas,

mempertimbangkan secara saksama tentang maklumat yang

diterimanya dan mengaitkannya dengan pengalaman peribadinya serta

individu yang menjadi pimpinannya. Beliau juga sentiasa mendiagnosis

interaksi komunikasi dengan menilai motif di sebalik maklumat yang

diterimanya, membezakan fakta, pemerhatian dan andaian dalam

maklumat yang diterima serta menggunakan kriteria yang bersesuaian

untuk menilai kesimpulan utusan maklumat yang diterima.

KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI

Kepimpinan berkait rapat dengan kewujudan sesebuah organisasi. Pemimpin

bertanggung jawab merancang dan melaksanakan sistem pentadbiran, polisi dan misi

sesebuah organisasi. Organisasi ialah dua atau lebih orang yang berada dalam satu

kumpulan berinteraksi sesama mereka untuk mencapai matlamat kumpulan. Organisasi

adalah satu unit sosial yang sengaja di bentuk untuk mencapai sesuatu matlamat yang

memerlukan keberkesanan dan kecekapan.

Dalam pengurusan organisasi pemimpin menjadi pemandu kepada pengikut untuk

mencapai misi organisasi. Mereka juga menjadi pengatur, pembentuk dan perancang

sesuatu aktiviti. Pemimpin perlu berlandaskan sistem pentadbiran yang telah

(17)

merubah sesuatu polisi atau peraturan tanpa mendapat persetujuan semua pihak yang

berkepentingan dalam organisasi.

Dalam mengurus organisasi pemimpin mestilah berlandaskan struktur, polisi dan misi

yang bertulis. Ini membolehkan pemimpin dapat mengawal tingkahlaku pengikut

dengan cekap kerana wujudnya peraturan yang perlu diikuti oleh semua. Selain itu

pemimpin dapat memandu pengikut mencapai misi dan visi organisasi dengan lebih

mudah di mana pemimpin dan pengikut saling memahami dan tahu tanggungjawab

masing-masing. Oleh itu kegagalan pemimpin memimpin organisasi bukanlah

kelemahan pemimpin semata-mata, tetapi kegagalan semua pihak.

Pemimpin organisasi yang ada kaitan dengan badan-badan kerajaan, adalah

bertanggung jawab menyampaikan maklumat dan dasar kerajaan kepada rakyat dan

dalam masa yang sama mendapatkan maklumat daripada rakyat untuk

dipertimbangkan oleh pihak atasan. Peranan pemimpin dalam organisasi seperti ini

ialah untuk memastikan tanggung jawab yang diamanahkan bagi membantu rakyat

terbanyak dilaksanakan selancar mungkin.

Organisasi korporat pula memerlukan pemimpin yang dapat merancang, dan mengurus

organisasi ke arah mengaut keuntungan dan dalam masa yang sama memastikan

kepuasan pelanggan.

Organisasi yang berasaskan semangat kesukarelawanan pula dibentuk bagi mencapai

matlamat tertentu seperti kerana minat yang sama seperti Kelab Kembara, Persatuan

Bulan Sabit Merah dan sebagainya. Peranan kepimpinan dalam organisasi seperti ini

ialah untuk memastikan aktiviti-aktiviti dapat dirancang dan dilaksanakan demi

(18)

Justeru itu boleh dirumuskan peranan pemimpin dalam mengurus sesuatu organisasi itu

bergantung kepada jenis organisasi itu sendiri. Organisasi yang berbeza memerlukan

peranan dan stail kepimpinan yang berbeza juga.

PERANAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN TERHADAP ORGANISASI

Peranan dan tanggungjawab asas kepimpinan ialah untuk membangun, menyalur dan

memperkembangkan sumber yang sedia ada dalam diri manusia iaitu pengikut. Adalah

satu kegagalan dalam mengurus organisasi, pemimpin dalam kepimpinannya tidak

mampu dan berupaya membangkit, membentuk, menyalur dan mengembangkan

potensi dan sumber yang sedia ada pada diri pengikutnya. Sesebuah organisasi menjadi

cemerlang sekiranya memilikki pemimpin cemerlang dengan mengimplikasikan

kepimpinan yang menepati kehendak dan aspirasi organisasi dan pengikutnya.

Oleh itu peranan dan tanggungjawab pemimpin ialah:

1. Membentuk Visi dan Objektif Organisasi:

Pemimpin berperanan dan bertanggung jawab membentuk visi dan objektif bagi

mencipta kejayaan dan meningkatkan produktiviti organisasi yang dipimpinnya.

2. Menyampai dan menjelaskan pelaksanaan visi dan objektif kepada warga

organisasi

Visi dan objektif ini perlu difahami oleh semua individu dalam sesebuah

organisasi supaya mereka sama-sama berkongsi visi dan objektif organisasi dan

seterusnya melaksanakan apa yang telah digariskan. Pemimpin memainkan

peranan penting dalam meyakinkan pengikutnya untuk bergerak dan

(19)

3. Menggembleng kepakaran kesemua warga organisasi

Dalam membina satu pasukan yang teguh, pemimpin perlu menggembleng semua

tenaga dalam organisasi berdasarkan kepakaran masing-masing untuk

bersama-sama berganding bahu merealisasikan visi dan objektif organisasi. Pemimpin

seperti nakhoda, mengemudikan seluruh anak kapal bagi mengharungi cabaran

organisasi dan seterusnya meningkatkan produktiviti organisasi. Seorang

pemimpin perlu mempunyai kebolehan untuk menyusun organisasi sebaik yang

mungkin. Firman Allah dalam ayat 4 Surah As-Shaff yang mafhumnya;

“Sesungguhnya Allah menyukai hambanya yang berperang (bekerja) dijalanNya

dalam barisan yang teratus seakan-akan mereka seperti satu bangunan yang

tersusun kukuh.”

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPIMPINAN DALAM ORGANISASI

Organisasi diwujudkan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Tercapai atau

tidaknya matlamat organisasi bergantung kepada keberkesanan kepimpinan yang

diamalkan oleh pemimpin dalam organisasi tersebut. Organisasi memerlukan

kepimpinan efektif yang akan membawa organisasi ke arah kecemerlangan dan

keberkesanan.

Pemimpin yang berkesan mesti memilikki ciri-ciri berikut:

1. Berilmu Pengetahuan

Seorang pemimpin hanya akan dapat melaksanakan peraturan dan prosedur

sekiranya dia berilmu. Tanpa pengetahuan, seseorang pemimpin akan membawa

(20)

2. Adil

Pemimpin yang adil dapat memastikan organisasinya berada dalam keadaan yang

harmoni, toleransi dan bebas daripada ketegangan, konflik yang boleh

memecah-belahkan pengikut-pengikutnya.

3. Kesanggupan

Pemimpin mesti sanggup melaksanakan segala arahan dan perancangan yang telah

ditetapkan oleh organisasinya, sanggup melakukan segalanya bagi kepentingan

organisasi.

4. Kuat

Mempunyai kemampuan dari segi fizikal, mental dan spritual untuk memimpin

organisasi.

5. Kecerdasan

Pemimpin perlu lebih cerdas(tinggi IQ) daripada pengikutnya kerana ia akan

memotivasikan pengikutnya untuk melaksanakan sebarang perubahan positif.

6. Keperibadian

Pemimpin perlu mempunyai inisiatif dan kemampuan peribadi dalam

melaksanakan sesuatu tanggung jawab yang diamanahkan serta menonjolkan

sikap yang tidak mudah mengaku kalah.

7. Kemampuan Menyelia

Kebolehan menyelia segala aktiviti yang akan dilaksanakan oleh pengikut adalah

(21)

8. Kebijaksanaan

Pemimpin yang mempunyai kebijaksanaan yang tinggi sangat penting dalam

menyelesaikan masalah pengikut. Kebijaksanaan pemimpin akan menyebabkan

pengikut mempunyai rasa hormat yang tinggi.

9. Kematangan Sosial dan Emosi

Pemimpin perlulah mempunyai kekuatan emosi khususnya apabila berhadapan

dengan situasi yang konflik. Kematangan sosial pula akan memudahkan proses

pertukaran maklumat, pembentukkan idea dan membina hubungan.

10. Bersikap positif terhadap orang lain

Pemimpin perlulah bersedia menerima kelebihan dan kekurangan pengikut serta

tidak memperkecilkan kelemahan pengikut. Pemimpin perlu bersedia membantu

pengikut membangunkan potensi diri mereka.

Nik A. Rashid (1993) menulis terdapat enam ciri-ciri pemimpin yang dikaji ole Dr. Karim Zaidan dari iaitu waqi’iyah, thabat wal murunah, inqilabiyyah, alamiyyah,

syumuliyyah dan al-‘adalah. Berikut adalah keterangan tentang ciri-ciri pemimpin yang

berkesan;

i. Waqi’ilah – Pemimpin mestilah pandai bertindak mengikut keadaan semasa dan

tempat. Pemimpin juga tidak rigid dan mampu mengubah cara mengikut

kesesuaian. Mereka juga boleh beradaptasi dengan suasana baru dan mampu

menggunakannya untuk kelebihan diri dan organisasi.

ii. Thabat wal murunah – Pemimpin perlu tetap dan fleksibel. Seorang pemimpin

hendaklah mempunyai pendirian yang tetap dan pada masa yang sama

mempunyai pendekatan yang berhikmah dan berbeza untuk sesuatu perkara.

(22)

cara-cara yang berlainan. Mereka menggunakan konsep individual defferences

dalam pendekatannya.

iii. Inqilabiyyah – Pemimpin tidak mencampur-adukkan perkara yang elok dan

maksiat di dalam pentadbirannya. Pemimpin menegakkan Islam di atas kejatuhan

jahiliah.

iv. Alamiyyah – Pemimpin juga dapat diterima oleh semua golongan manusia tidak

kira agama, bangsa atau negara. Pemimpin mempunyai hubungan yang baik

dengan semua, juga mempunyai imej yang sesuai untuk diketengahkan ke

peringkat antarabangsa.

v. Syumuliyyah – Pemimpin mesti menyeluruh. Seorang pemimpin seelok-eloknya

adalah seorang all-rounder. Ini memudahkan pemahaman yang lebih mendalam

tentang sesuatu pemasalahan orang bawahannya.

vi. Al –‘Adalah – pemimpin mesti adil. Seorang pemimpin mestilah tidak berat

sebelah kepada mana-mana pihak atau mempunyai sebarang kepentingan yang

tidak sihat.

KEWIBAWAAN DALAM KEPEMIMIPINAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI

Kejayaan ataupun kegagalan sesebuah organisasi atau perkumpulan itu banyak

bergantung pada kewibawaan seseorang pengurus dan bagaimana sesebuah organisasi

tersebut di arah, diurus, ditadbir dan dikawal selia. Oleh itu, pengurus mesti mempunyai

kewibawaan yang ampuh dan kemampuan mengurus dan memimpin yang unggul di

samping daya motivasi yang tinggi untuk diteladani oleh anggota organisasi yang lain.

Menurut Aidit Ghazali (2001), kewibawaan seringkali dikaitkan dengan keupayaan dan

kemampuan yang tidak diragukan lagi dalam melaksanakan sesuatu.

Keistimewaan ini seterusnya akan menyebabkan mereka diyakini untuk

(23)

dipatuhi oleh orang lain. Dalam organisasi, kewibawaan menjadi asas yang penting dan

merupakan alat yang membolehkan pengurus berupaya menjalankan kebijaksanaannya

untuk mewujudkan suasana yang dapat meningkatkan prestasi seseorang pekerja. Kewibawaan difahami sebagai “kebolehan orang atasan berlandaskan jawatannya yang formal dalam membuat keputusan yang akan memberikan kesan kepada pegawai rendah”. Kewibawaan dalam konteks ini amat kuat pengaruhnya sehingga berlaku

keadaan pemimpin atas membuat keputusan, pegawai bawahan terpaksa

mengorbankan pendirian mereka dan mematuhi keputusan tersebut.

Barnard (1938) pula berpendapat satu-satu arahan akan diliihat sebagai kewibawaan

apabila empat syarat berikut dipenuhi:

i. Pegawai rendah berkebolehan dan berkemampuan untuk mengerti cara arahan

yang dikomunikasikan.

ii. Ketika membuat keputusan dia mempercayai arahan itu selari dengan tujuan

organisasi.

iii. Dalam masa membuat keputusan, dipercayai arahan itu sepadan dengan minatnya

secara keseluruhan.

iv. Ia secara mental atau fizikal berkebolehan memenuhi arahan itu.

Dalam Islam, kewibawaan seseorang dilihat dari perspektif keperibadian (sakhsiyyah),

kemahiran, pencapaian, kelayakan dan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang

pemimpin atau pengurus. Al-Farabi menyatakan, seorang pemimpin yang berwibawa

adalah seorang yang berfikiran tinggi, memiliki sifat mulia serta akhlak terpuji dan

(24)

Sebagai rumusannya, kewibawaan merupakan sifat yang dimiliki oleh seseorang sama

ada atas kapasiti beliau sebagai seorang yang berkedudukan, berpangkat tinggi atau

diberi kuasa dan kelayakan oleh undang-undang. Kewibawaan seseorang juga terhasil

dari kemampuan, kelayakan akademik, kecemerlangan kerja dan akhlak yang dimiliki.

Hasilnya, kewibawaan menyebabkan seseorang itu dihormati, disegani, disanjungi dan

dipatuhi. Jika seseorang yang berwibawa itu menjadi ketua, keputusan mereka

dihormati dan dipatuhi tanpa bantahan. Jelasnya, kewibawaan merupakan sifat

istimewa yang semula jadi atau terhasil dari proses-proses tertentu yang seringkali

dikaitkan dengan keunggulan, kecemerlangan dan karismatik.

Mengikut Ahmad Atory Hussain (1986), dalam struktur organisasi kewibawaan menjadi

asas yang penting dan merupakan alat yang membolehkan seseorang pemimpin

mengendalikan organisasi dengan baik. Oleh itu, seseorang pemimpin yang berwibawa

adalah seorang pemimpin yang dapat mengarah organisasi keseluruhannya ke arah

matlamat yang telah ditetapkan. Pemimpin yang berwibawa juga mempunyai sifat yang

unggul sehingga beliau dihormati dan disegani oleh ahli organisasi. Arahan dan

keputusan yang dikeluarkan oleh pemimpin yang berwibawa akan dipatuhi oleh orang

bawahannya tanpa bantahan atau keraguan.

Selain itu, pemimpin yang berwibawa merupakan seorang pemimpin yang berilmu dan

amat memahami matlamat, hala tuju, pendekatan dan kehendak-kehendak organisasi

yang dipimpinnya. Beliau juga mestilah seorang pemimpin yang mampu membuat

keputusan selari dengan kehendak dan matlamat organisasi. Ia juga mestilah mampu

berkomunikasi dengan baik dan sempurna dengan ahli organisasi yang lain. Seterusnya,

pemimpin yang berwibawa mestilah seorang yang mempunyai akhlak yang mulia dan

keperibadian (syakhsiyyah) yang unggul.

(25)

KEPIMPINAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

Kepimpinan dari perspektif Islam difahami menerusi pendapat Al-Farabi, Ibnu Sina dan

al-Mawardi, yang menyimpulkan bahawa seorang pemimpin merupakan individu yang

mempunyai keperibadian yang unggul dan akhlak yang mulia. Ibnu Sina menyatakan

seorang pemimpin yang berwibawa mestilah mempunyai kebolehan dan keistimewaan

melebihi orang lain supaya ia boleh memimpin rakyat dan negara. Islam telah mengetengahkan konsep “insan kamil” (manusia sempurna) sebagai pemimpin yang berwibawa yang hanya dapat dizahirkan oleh para nabi dan rasul. Sementara Al-Farabi

mengatakan bahawa pemimpin yang unggul adalah seorang yang berfikiran tinggi,

memiliki sifat mulia serta akhlak terpuji dan fizikal yang sempurna. Manakala

al-Mawardi dalam bukunya Al-ahkam as-Sultaniyah menjelaskan beberapa kriteria

seorang pemimpin yang berwibawa iaitu:

i. Hendaklah seseorang yang adil dengan erti kata yang sebenarnya dalam semua

tindakan sama ada pada dirinya atau kepada orang lain.

ii. Mempunyai ilmu agama (faqih) yang sempurna hingga melayakkan beritijihad

dalam sesuatu perkara apabila ia perlu berbuat demikian.

iii. Hendaklah mempunyai anggota badan yang sempurna supaya ia dapat

melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan lancar.

iv. Memiliki pancaindera yang sempurna dari segi penglihatannya atau

pandangannya dan pendengarannya kerana kecacatan dalam salah satu

daripadanya boleh mengurangkan keupayaanya mengendalikan sesuatu urusan

negara.

v. Mempunyai fikiran yang baik supaya ia dapat mengatasi segala masalah rakyat

(26)

Sebagai rumusannya, pemimpin berwibawa sama ada dari perspektif ilmu pengurusan

atau Islam merupakan seorang yang berkelayakan dari segi kemahiran dan

pengetahuan, berkemampuan melaksanakan tanggungjawab dan mempunyai karektor

yang sempurna. Beliau juga merupakan seorang yang dihormati dan disegani bukan saja

kerana pangkat, tetapi juga kerana akhlak dan keperibadiannya yang unggul. Lazimnya

keputusan, tindakan dan arahan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin yang

berwibawa akan dipatuhi dan tidak dibantah atau dipertikaikan serta diterima oleh

ahli-ahli organisasi yang lain.

Secara umum terdapat tiga (3) aspek utama, ciri-ciri pemimpin berwibawa, iaitu (i)

kelebihan dalam penggunaan pemikiran yang rasional; (ii) kelebihan dalam rohaniyah

(spiritual) dan; (iii) kelebihan dalam badaniyyah (fizikal). Jadi, antara ciri-ciri utama

pemimpin berwibawa ialah individu itu mesti mempunyai kelebihan-kelebihan yang

disebutkan tadi mengatasi orang lain.

Ahmad Atory Hussin (1986), menjelaskan maksud kelebihan dalam penggunaan

pemikiran rasional adalah kelebihan dalam menerapkan ilmu pengetahuan untuk

mencapai matlamat atau cita-cita organisasi, masyarakat dan negara yang dipimpin

supaya berhasil dengan baik. Kelebihan rohaniyah pula ialah kelebihan dalam akhlak

dan etika yang bersifat tanggungjawab pada tugas yang diamanahkan. Sementara itu,

kelebihan badaniyyah ialah kesempurnaan anggota badan, kesihatan fizikal dan

kemampuan tenaga agar kepemimpinan tersebut lebih bersifat dinamis dan efisyen.

Ketiga-tiga ciri ini akan membentuk kekuatan, pengaruh dan karisma.

Menurut Idris Zakaria (1996), pada pandangan Al-Farabi, pemimpin adalah seorang

yang berfikiran tinggi, memiliki sifat mulia serta akhlak terpuji dan fizikal yang

sempurna. Al-Farabi menyebutnya sebagai “ar-rais al- awwal” (pemimpin ulung) yang

(27)

ini sebenarnya terlalu unggul untuk diaplikasikan di abad ini kerana ciri-ciri yang

disebutkan di atas hanya dimiliki oleh Rasulullah s.a.w.. Namun begitu, terdapat dua

belas ciri pemimpin yang berwibawa diketengahkan oleh Al-Farabi, iaitu:

i. Kemampuan fizikal – Hendaklah sempurna tubuh badan, sihat dan bertenaga

atau berkemampuan supaya ia dapat menjalankan tugasnya dengan mudah.

ii. Kuat ingatan – baik hafalan (ingatan) tentang sesuatu yang ia telah faham, lihat

dan juga bukan seorang yang pelupa.

iii. Kecerdasan akal – Baik kefahamannya serta dapat menggambarkan setiap

sesuatu yang ia lafazkan atau ucapkan, serta tahu apa yang harus dibuat.

iv. Bijaksana – Bijaksana dan cerdik bila mendengar sesuatu. Walaupun hanya

dengan reaksi sahaja, ia boleh memahami sesuatu perkara.

v. Cintakan ilmu pengetahuan – Sangat suka atau berminat pada ilmu pengetahuan,

senang menerima ilmu dan tidak berasa penat dalam menimba ilmu pengetahuan.

vi. Luas pengetahuan dan peka dengan sesuatu situasi semasa – Dapat membuat

penjelasan atau huraian yang jelas berhubung dengan sesuatu perkara yang

berlaku secara cepat, jelas dan tepat.

vii. Bersederhana – Hendaklah tidak bersikap buruk, lebih-lebih lagi dalam hal

mengenai makan minum dan hubungan kelamin serta menjauhkan diri dari

melakukan sesuatu yang hanya untuk bersuka-suka.

viii. Cintakan kebenaran – Memiliki sifat kebenaran dan cintakan kebenaran.

Bencikan pembohongan serta orang-orang yang bersifat demikian.

ix. Berhemah tinggi – Memiliki jiwa besar atau berhemah tinggi hingga dapat

(28)

x. Tidak cintakan kekayaan dan tiada kepentingan diri.- Tidak berminat untuk

mengumpulkan wang ringgit dan segala bentuk kekayaan dunia yang lain.

xi. Adil kepada semua pihak – Bersikap pro keadilan dan anti kezaliman dan

penindasan, tidak mudah dipengaruhi oleh perkara-perkara yang buruk.

Sebaliknya mudah diseru kepada kebaikan, keadilan dan seumpamanya.

xii. Berani dan berazam tinggi – Mempunyai keazaman yang kuat dan berani

menghadapi sesuatu perkara yang dirasakan perlu dilakukan dan tidak mudah

lemah semangat atau jiwa.

Dengan itu dapatlah dirumuskan bahawa Islam menekankan ciri-ciri kekuatan fizikal

dan spiritual secara bersepadu, akhlak yang mulia, kemahiran, ilmu pengetahuan dan

komitmen yang tinggi untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa. Oleh itu,

dapat dirumuskan bahawa individu yang bergelar pemimpin berwibawa itu merupakan

seorang insan yang memiliki sifat keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain

dalam sesuatu kelompok. Kewibawaan yang dimiliki akan membantu seseorang

pemimpin itu dalam memimpin keluarga, masyarakat, masyarakat dan negara dengan

lebih sempurna. Sebagaimana yang telah ditegaskan, kewibawaan merupakan satu asas

penting yang membolehkan seseorang pemimpin mewujudkan suasana kerja yang

kondusif serta memupuk motivasi ahli-ahli organisasi dalam melaksanakan amanah

yang diberikan. Sesuatu kemahiran dalam apa jua bidang yang dimiliki oleh seseorang

pemimpin akan memantapkan lagi kewibawaanya. Jadi, kemahiran pengurusan yang

dimiliki oleh seseorang pemimpin akan memantapkan lagi kewibawaanya dalam

(29)

KESIMPULAN

Kepimpinan dan pengurusan organisasi adalah sangat penting bagi seorang pemimpin

dalam mengurus sesesuah organisasi. Namun kepimpinan ini boleh dipelajari, dilatih,

diasuh dan dibimbing. Jika diberi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang betul daya

kepimpinan seseorang itu akan semakin baik dan akan menjadi efektif dan efisyen.

Pemimpin yang berkesan akan mengemudi kearah pengurusan organisasi dengan

(30)

RUJUKAN

Abdullah Hassan dan Ainon Muhamad. (1998). Komunikasi untuk Pemimpin. Kuala

Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Ahmad Atory Hussain (1986), Tingkahlaku Organisasi Dalam Pengurusan Moden.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Aidit Ghazali (1991). Islamic Thinkers on Economic, Administration and

Transaction. Kuala Lumpur : Quil Publishers.

Barnard, G. (1938). The Function of Executive . Cambridge : Harvard University,

Bass, B.M. dan Avolio (1990). Bass & Stogdill’s handbook of leadership: theory,

research, and managerial application. 3rd edition. New York: The Free Press.

De Pree (1989). Leadership is an art. New York: Donideday.

Hart, A. N. dan Bredeson, P.V. (1998). The Principalship: A theory of professional

learning and practice. USA : McGraw-Hill.

Hersey, P, Blanchard,K.H (1982). Grid ® principles and situationalism: Both: A

response to Blake and Mouton Group and Organization Studies, 7, 207-210.

Idris Zakaria (1996), Kepimpinan Negara : Persamaan Pemikiran Plato, Al-Farabi

dan Ibnu Sina, Pemikir (Oktober-Disember 1996). Kuala Lumpur: Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, hal. 104.

Mohd. Hizam Hanafiah dan Zafir Mofh. Makhbul (2002). Pengurusan Organisasi. Kuala

Lumpur : McGraw Hill.

Nik A. Rashid Ismail (1993). Kepemimpinan : Ulasan Teori dan Kajiannya Di

Malaysia. Dlm. Psikologi Melayu, diselenggara oleh Abdul Halim Othman. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Redding, W.C. (1972). Communication Within The Organisation. New York: Industrial

Communication Council.

(31)

UNIT 2 : LATIHAN DALAM KUMPULAN 1 (LDK 1)

NAMA LDK : PENGURUSAN ORGANISASI BERKESAN

BILANGAN AKTIVITI : 03

TEMPOH MASA : 2 JAM

OBJEKTIF LDK :

 Melatih pelajar kaedah dan strategi terbaik dalam mengurus, mengendali dan

menjalankan aktiviti persatuan atau kelab.

 Melatih dan mendedahkan kepada pelajar kaedah-kaedah dalam

(32)

LDK 1

AKTIVITI : 01

NAMA AKTIVITI : ICE BREAKING HUMAN BINGO

PERALATAN : KERTAS MAHJONG, KERTAS A4, PEN MARKER,

PITA PELEKAT

BILANGAN PESERTA : 20 30 0RANG

ANGGARAN MASA : 30 MINIT

TUJUAN :

Mengenali antara satu sama lain, membentuk suasana yang selesa, serta menyingkirkan perasaan malu.

Arahan:

1. Ambil sehelai kertas A4, lipat dua, lipat dua lagi, dan lipat lagi dua, angkat kertas masing-masing, pastikan sama besar

2. Pastikan ada lapan bahagian (jumlah bahagian lipatan bergantung kepada bilangan peserta)

(33)

4. Di setiap petak tersebut, fasilitator diminta membuat pemerhatian untuk memilih ciri–ciri unik yang hanya terdapat pada salah seorang peserta sahaja dan membuat penyataan tentang ciri-ciri tersebut.

5. Setelah selesai menuliskan kelapan lapan ciri-ciri tersebut, peserta diminta untuk mencari individu yang memenuhi ciri-ciri tersebut.

6. Dengan memberikan masa selama 3 minit, peserta diminta untuk mencari individu yang memenuhi ciri-ciri tersebut dan mendapatkan tandatangannya. 7. Setelah selesai, fasilitator memanggil semula individu yang mempunyai ciri-

ciri yang unik tadi lalu ditanyakan perasaannya apabila kesemua peserta terpaksa menemuinya untuk mendapatkan tandatangannya. Dan selepas itu fasilitator terus bertanya kepada individu tersebut tentang perkataan terima kasih. Berapa banyakkah ucapan terima kasih yang telah diterima oleh individu yang menurunkan tandatangannya tadi kepada peserta lain.

(34)

LAMPIRAN 1

HUMAN BINGO

Saya seorang yang bercermin mata

Saya dilahirkan pada bulan Januari

Saya memakai tudung berwarna

merah

Saya suka makan nasi paprik

Saya anak bongsu Saya suka warna biru Saya suka makan durian

Saya memakai jam tangan berwarna

(35)

LDK 1

AKTIVITI : 02

NAMA AKTIVITI : PENGURUSAN PROGRAM

PERALATAN : KERTAS MAHJONG, KERTAS A4, PEN MARKER,

PITA PELEKAT

BILANGAN PESERTA : 20 30 0RANG

ANGGARAN MASA : 90 MINIT

TUJUAN :

Memberi kefahaman dan melahirkan peserta yang mampu merancang, menganjur, mengetuai dan mengawal (berdasarkan konsep POSDCoRB) dalam pelaksanaan projek/program.

Memberi pemahaman kepada peserta dalam membuat perancangan dan mengenalpasti keperluan sesuatu projek/program.

Memberikan pendedahan kepada peserta tentang kaedah penganjuran yang berkesan

(36)

ARAHAN:

1. Fasilitator menerangkan kaedah pembentukan jawatankuasa.

2. Fasilitator mengedarkan gambarajah susunan kedudukan dalam mesyuarat (Lampiran 2) untuk rujukan setiap peserta.

3. Fasilitator menerangkan kedudukan yang betul dalam pengendalian sesuatu mesyuarat.

4. Fasilitator mengedarkan Lampiran 3 kepada setiap peserta.

5. Fasilitator membantu peserta di dalam memahami peranan setiap jawatankuasa tersebut.

6. Lampiran 4 diedarkan oleh Fasilitator untuk rujukan setiap peserta.

7. Fasilitator menjelaskan kepentingan penyediaan agenda dan minit mesyuarat kepada peserta mengikut format yang betul.

8. Fasilitator meminta setiap kumpulan untuk membuat minit mesyuarat mengikut format yang telah dibincangkan.

9. Semua kumpulan akan menunjukkan hasil penyediaan minit mesyuarat masing-masing (ditampalkan secara serentak) untuk diperbincangkan.

10.Fasilitator akan mengulas secara ringkas berhubung dengan minit mesyuarat yang dihasilkan oleh setiap kumpulan.

11.Fasilitator membuat rumusan kepentingan mengatur dan merancang pengendalian mesyuarat oleh sesuatu jawatankuasa.

(37)

13. Peserta dibekalkan dengan peralatan yang disediakan.

14. Setiap kumpulan dikehendaki untuk merancang dan melaksanakan satu projek/program berdasarkan tema yang ditetapkan, antaranya;

- Pelancaran Produk Baru

- Pelancaran Ekspo Keusahawanan - Majlis Anugerah Usahawan UiTM - Program Khidmat Masyarakat

15. Sebagai panduan perincian pengurusan & pelaksanaan projek/program berikut boleh dijadikann panduan;

- Pemilihan Nama Syarikat - Struktur Organisasi

- Mesyuarat Penetapan Tajuk dan Pelaksanaan Projek - Penyediaan Minit Mesyuarat

- Aturcara/Jadual Perjalanan Projek/Program

16. Kumpulan diberikan masa selama 50 minit untuk menyiapkan tugasan projek yang telah diberikan.

RUMUSAN

(38)

LAMPIRAN 2

KEDUDUKAN SEMASA MESYUARAT

Petunjuk

(39)

LAMPIRAN 3

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SETIAP JAWATAN DALAM

JAWATANKUASA

Pengerusi :

a. Merancang kerja jawatankuasa

b. Mengendali mesyuarat

c. Memastikan rekod-rekod dan maklumat dalam keadaan kemaskini

d. Mengawasi tindakan yang dilakukan oleh jawatankuasa

e. Membuat penilaian dan tindakan hasil mesyuarat

Setiausaha :

a. Mencatat minit semasa mesyuarat

b. Mengeluarkan surat untuk panggilan mesyuarat

c. Menyediakan peralatan dan tempat mesyuarat

Bendahari :

a. Membuat laporan / penyata kewangan

b. Menguruskan hai-ehwal kewangan organasasi

c. Menyimpan rekod-rekod kewangan

(40)

LAMPIRAN 4

Contoh Agenda Mesyuarat

Ucapan Pengerusi

Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

Perkara berbangkit

Laporan Biro/Jawatankuasa

(41)

Contoh Minit Mesyuarat :

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGANJUR ANUGERAH

KELAB/PERSATUAN CEMERLANG (AKPC) UiTM MELAKA TAHUN 2009 BIL. 1/2009

TARIKH : 11 SEPTEMBER 2009

MASA : 08.30 PAGI

TEMPAT : BILIK MESYUARAT UTAMA, PEJABAT PENGARAH

HADIR;

1. En. Baharim Samuri - Pengerusi

2. En. Ariff Ali

3. Pn. Suriani Hj. Fathilah

4. Pn. Noramalina Md. Yahaya

5. Pn. Ami Zita Ahmad

6. Pn. Marlizawati Mohamat

7. PM Wan Hartini Wan Hassan

8. En. Shamsol Hj. Shafie - Pencatat/Setiausaha

TURUT HADIR

9. Pn. Azlin Shuha Izayu Tajuddin - Wakil HEA

10. Pn. Yunaizun Zulkhaini - Wakil Pusat Kesihatan

11. Pn. Nurliyah Munjat - Wakil BPPF

TIDAK HADIR DENGAN IZIN

12. En. Mohd Ferdaus Hassan Basri

13. En. Ahmad Khairuman Md. Hasim

(42)

BIL PERKARA TINDAKAN

1.

2.

Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul

Kitab Al-Fatihah.

1.2 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih

diatas kehadiran ahli-ahli mesyuarat pada mesyuarat kali ini.

1.3 Walaubagaimanapun, Pengerusi agak sedikit

kecewa dengan ketiadaan wakil dari pejabat Bendahari.

Penerangan Program

2.1 Pengerusi memaklumkan tujuan sebenar

mesyuarat dan persiapan Program Anugerah Kelab & Persatuan Cemerlang UiTM Melaka yang akan dijalankan dalam tempoh terdekat ini.

2.2 Program berkenaan menurut beliau, merupakan

julung kali diadakan di UiTM Melaka tetapi telah dijalankan oleh UiTM Malaysia dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni merupakan penganjur program berkenaan.

2.3 Pengerusi turut memaklumkan bahawa, kertas

kerja penganjuran program telah diluluskan oleh Y. Bhg. Datuk dengan persetujuan Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif.

2.4 Justeru menurut beliau, ahli mesyuarat yang

hadir pada mesyuarat kali ini dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Induk Program Anugerah Kelab Persatuan Cemerlang UiTM Melaka 2009.

2.5 Seterusnya Pengerusi memaklumkan beberapa

(43)

3.

i. Anugerah Kelab/Persatuan Paling

Cemerlang

ii. Anugerah Untuk Individu

iii. Anugerah Khas untuk Staf

- Penasihat Kelab/Persatuan

- Pegawai Pembangunan Pelajar

- Penasihat Program Terbaik

iv. Anugerah Khas untuk Pelajar

- Olahragawan/Olahragawati

- MPP Cemerlang

v. Anugerah untuk Pertandingan 5S

vi. Anugerah Kolej Paling Aktif serta lain-lain

anugerah yang disenaraikan.

Pelantikan Ahli Jawatankuasa Induk

3.1 Pengerusi seterusnya memaklumkan

nama-nama Ahli Jawatankuasa Induk seperti

dilampiran, antaranya;

i. Pengerusi – En. Baharim Samuri

ii. Timb. Pengerusi – Pn. Suriani Hj. Fathilah

iii. Setiausaha – En. Shamsol Hj. Shafie

iv. Bendahari – En. Mohd Ferdaus Hassan Basri

v. AJK Hadiah & Cenderamata – Pn.

Marlizawati Mohamat

vi. AJK Penyertaan & Pencalonan – Pn.

Noramalina Md. Yahaya, Pn. Azlin Shuha Izayu Tajuddin dan Pn. Sharifah Saleha Syed Abd. Kader

vii. AJK Makanan & Minuman – Pn. Ami Zita

Ahmad

viii.AJK Buku Cenderamata, Banner & Publisiti –

En. Ariff Ali

ix. AJK VIP & Tetamu Jemputan – En. Ahmad

Khairuman Md. Hasim

x. AJK Keselamatan – En. Khairul Azman Abu

Bakar

xi. AJK Perubatan – Dr. Sapura Zaleha Yusoff

xii. AJK Teknikal & Logistik – En. Mohamaed

Izrai Abd. Razak

xiii.AJK Panel Pemilihan – PN Wan Hartini Wan

Hassan

(44)

4. Hal-hal lain

4.1 Berhubung dengan konsep “design” untuk “banner” dan penerbitan lain, Pengerusi meminta En. Ariff menyiapkannya dengan kadar segera.

4.2 Pn. Ayu diminta menyemak segera

program-program yang telah dijalankan oleh fakulti-fakulti untuk diselaraskan dengan Jawatankuasa Penyertaan & Pencalonan.

4.3 Pengerusi seterusnya meminta, ahli mesyuarat

menyemak kategori serta anggaran belanjawan

sedia ada dan memaklumkan kepada

jawatankuasa pada mesyuarat yang akan datang.

4.4 Mendapati tiada sebarang pandangan serta

cadangan dari ahli mesyuarat, Pengerusi

mengucapkan terima kasih kepada ahli

mesyuarat di atas kehadiran masing-masing dan menangguhkan mesyuarat ke tarikh yang akan ditentukan kemudian.

4.5 Mesyuarat diakhiri dengan bacaan Tasbih

Kifarah dan Surah Al-Asr dan tamat jam 10.15 pagi.

Disediakan oleh; Disemak & disahkan oleh;

Shamsol Baharim Samuri

SHAMSOL HJ. SHAFIE BAHARIM SAMURI

Setiausaha Pengerusi

Jawatankuasa Induk Anugerah Kelab/ Jawatankuasa Induk Anugerah

Kelab/Persatuan Cemerlang UiTM Melaka 2009 Persatuan Cemerlang UiTM

(45)

UNIT 2 : LATIHAN DALAM KUMPULAN 2 (LDK 2)

NAMA LDK : PELAKSANAAN PROGRAM

BILANGAN AKTIVITI : 03

TEMPOH MASA : 2 JAM

OBJEKTIF LDK :

 Melatih pelajar kaedah dan strategi terbaik dalam mengurus, mengendali dan

menjalankan aktiviti persatuan atau kelab.

 Melatih dan mendedahkan kepada pelajar kaedah-kaedah dalam

(46)

LDK 2

AKTIVITI : 01

NAMA AKTIVITI : ANALISA & PENILAIAN PROGRAM

PERALATAN : KERTAS MAHJONG, KERTAS A4, PEN MARKER,

PITA PELEKAT

BILANGAN PESERTA : 20 30 0RANG

ANGGARAN MASA : 90 MINIT

TUJUAN :

Melahirkan peserta yang mampu merancang, menganjur, mengetuai dan mengawal (berdasarkan konsep POSDCoRB) dalam pelaksanaan program.

Untuk melihat hasil kerja dan pembentangan setiap kumpulan.

Untuk mewujudkan perbincangan berkesan.

Untuk membuat penilaian terhadap setiap ahli kumpulan dari segi komitmen sepanjang aktiviti dan sesi pembentangan.

(47)

ARAHAN:

1. Fasilitator meminta setiap kumpulan (penglibatan semua ahli) untuk membuat pembentangan masing-masing.

2. Fasilitator menggalakkan hubungan interaksi dua hala antara semua kumpulan bagi mewujudkan provokasi pada setiap sesi pembentangan.

3. Fasilitator akan membuat penilaian kepada setiap peserta ketika sesi pembentangan dijalankan.

4. Fasilitator membuat rumusan kepentingan mengatur dan merancang pengendalian sesuatu projek/ program yang ingin dilaksanakan.

RUMUSAN:

(48)

LDK 2

AKTIVITI : 02

NAMA AKTIVITI : RUMUSAN LDK 2

PERALATAN : KERTAS A4

BILANGAN PESERTA : 20 30 0RANG

ANGGARAN MASA : 30 MINIT

TUJUAN:

Mendapatkan pandangan mahasiswa mengenai isu-isu dan aktiviti yang telah dilaksanakan.

ARAHAN:

1. Setiap peserta diberi kesempatan untuk merumus dapatan yang diperolehi daripada setiap aktiviti LDK yang telah dilaksanakan.

RUMUSAN:

(49)

UNIT 4 : LATIHAN DALAM KUMPULAN 3 (LDK 3)

NAMA LDK : KEUSAHAWANAN

BILANGAN AKTIVITI : 03

TEMPOH MASA : 2 JAM

OBJEKTIF LDK :

 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang etika keusahawanan yang

(50)

LDK 3

AKTIVITI : 01

NAMA AKTIVITI : ’BRUCE AL-MIGHTY’

EDARAN/PERALATAN : KERTAS A4, KERTAS MAHJONG, PEN

MARKER DAN PITA PELEKAT

BILANGAN PESERTA : 20 30 0RANG

TEMPOH MASA : 50 MINIT

TUJUAN:

Mengenali dan merasai bagaimana menjadi seorang yang mempunyai kedudukan, kuasa dan tanggungjawab dalam mengurus dan mentadbir organisasi.

ARAHAN:

1. Fasilitator akan menceritakan serba sedikit mengenai filim ”Bruce Al-Mighty”. Seorang manusia yang meminta kepada tuhannya agar memberikannya sedikit kuasa agar dia dapat melakukan pengaturan dan membuatkan dunia ini lebih baik dengan pengurusan dan tanggungjawabnya.

(51)

3. Setiap kumpulan diberkan tajuk perbincangan. Mereka akan berbincang apakah penambahbaikan yang akan mereka lakukan apabila memegangn portfolio-portfolio berikut (dua kumpulan sastu portfolio). Masa perbincangan selama 20 minit.

- Aku seorang Rektor UiTM - Aku seorang Ketua Polis Negara - Aku seorang Menteri Pengajian Tinggi - Aku seorang Ketua Agama

4. Keempat-empat kumpulan akan menampalkan kertas mahjung mereka di dinding secara bersebelahan. Semasa setiap kumpulan membuat pembentangan, fasilitator akan melakukan provokasi terhadap idea-idea mereka dan dilakukan juga oleh kumpulan lain.

5. Setiap kumpulan akan membentangkan selama 10 minit (termasuk provokasi dan soal jawab) 40 minit (4 kumpulan 10 minit).

RUMUSAN

Fasilitator akan membuat rumusan selama 10 minit.

- Bukan mudah melaksanakan sesuatu tugasan yang diamanahkan

- Belajarlah memahami tugasan orang lain dan bukannya hanya pandai mengkritik sahaja

- Inovasi dan kritis memerlukan penerimaan tanggungjawab

(52)

LDK 3

AKTIVITI : 02

NAMA AKTIVITI : “THE APPRENTICE”

EDARAN/PERALATAN : KERTAS A4, KERTAS MAHJONG, PEN

MARKER DAN PITA PELEKAT

BILANGAN PESERTA : 20 30 0RANG

TEMPOH MASA : 50 MINIT

TUJUAN:

Mengenali tokoh-tokoh penting yang berjaya pada dekad ini melalui kaedah pencapaian inovasi dalam kerjaya orgranisasi mereka (pemikiran kritis).

ARAHAN:

1. Fasilitator akan menerangkan serba sedikit kepentingan inovasi dalam pekerjaan, organisasi dan negara.

2. Peserta diminta berpecah kepada kumpulkan kecil (4 atau 5 kumpulan) dan menamakan tokoh- tokoh inovasi yang dikenali untuk dibincangkan selama 30 minit.

(53)

Penyelidikan perlu meliputi maklumat-maklumat berikut dan maklumat lain yang dirasakan bersesuaian.

- Biodata tokoh – dari asal usul beliau dan keluarga. - Senarai inovasi yang diketengahkan

- Kesan inovasi tersebut kepada organisasi, negara, alam sekitar atau hubungan sesama manusia

Antara tokoh-tokoh tersebut adalah; a. Donald Trump

b. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari c. Tan Sri Ananda Krishnan

d. Tan Sri Tony Fernandez e. Tan Sri Robert Kuok f. Tan Sri Goh Chok Tong, dll

4. Setiap kumpulan dinasihatkan untuk melantik seorang ketua dan menyenaraikan hasil perbincangan ke kertas mahjong yang dibekalkan untuk pembentangan. (Peserta digalakkan menggunakan internet atau sumber maklumat lain untuk mendapatkan maklumat berkenaan).

5. Fasilitator akan memecahkan pelajar kepada kumpulan kecil (mengikut nombor KP).

RUMUSAN

(54)

LDK 3

AKTIVITI : 03

NAMA AKTIVITI : RUMUSAN LDK 3

EDARAN/PERALATAN : TIADA

BILANGAN PESERTA : 20 30 0RANG

TEMPOH MASA : 20 MINIT

TUJUAN:

Referensi

Dokumen terkait

Besarnya radio interference (RI) seperti halnya audible noise (AN) yaitu yang dipengaruhi oleh gradient tegangan permukaan konduktor, jumlah berkas, diameter

امويدننيم يداننجنم غنني وننيلم ساننهب .هننبورب توروننت انناضوج ني ساهب حلطصا نغد نكاياكد املسإ امااضا نرجاغف ناد نيافمثف نغد .ثيااضابس ناد ،لوسر ،باتك ،ةكائلم

Tujuan Pembelajaran dalam Kompetensi Dasar (KD) ini adalah diharapkan siswa dapat mengurangkan dua bilangan positif, mengurangkan bilangan positif dan bilangan negatif

Para santriwati memang sadar handphone dilarang dibawa masuk ke pondok, karena di pondok juga disediakan alat komunikasi berupa telepon untuk para santriwati

Pada lansia yang bekerja apabila pekerjaan yang dilakukan saat ini sudah sesuai dengan harapan yang ditanam sewaktu muda nya dulu maka penyesuaian diri yang dilakukan menjadi

Berdasarkan penelitian yang telah dilaksanakan serta hasil yang diperoleh, maka dapat ditarik kesimpulan sebagai berikut: (1) Secara umum: berdasarkan hasil

Berdasarkan hasil penelitian yang telah dilakukan di Badan Penanaman Modal dan Pelayanan Perizinan Terpadu Kabupaten Jepara, diketahui bahwa rata- rata kinerja

Secara spesifik tujuan dari penelitian ini antara lain: melakukan pembuktian ilmiah non- eksperimental dengan melakukan analisis kualitatif berdasarkan