BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Malaysia kini dibelenggu dengan masalah penjanaan sisa pepejal yang kian meningkat dari hari ke hari tidak kira dikawasan bandar mahupun diluar bandar. Pembangunan yang kian pesat dan pertambahan jumlah penduduk yang tinggi di Malaysia menjadi salah satu penyebab utama kepada permasalahan ini. Ini turut menyumbang kepada masalah penyediaan tempat atau kaedah untuk melupuskan sisa pepejal yang terjana dan ianya melibatkan kos pengurusan yang tinggi. Kerajaan telah memperuntukkan RM 20.9 juta untuk menyediakan sembilan buah tapak pelupusan sampah baru termasuk kos penyelenggaran 34 buah tapak sedia ada. Selain dari itu, kerajaan juga telah membenlanjakan RM 17 juta untuk pembelian mini incinerator yang berkeupayaan melupuskan sampah 5 hingga 20 tan sehari.
1.2 Latar Belakang Kajian
Kebanyakan negara membangun seperti Malaysia menghadapi masalah peningkatan penjanaan sisa pepejal. Isu ini menjadi cabaran besar kepada pihak berkuasa tempatan. Kitar semula merupakan pendekatan yang digunakan untuk mengurangkan kuantiti sisa pepejal yang dilupuskan. Peningkatan kuantiti sisa pepejal mengakibatkan banyak sampah atau sisa pepejal yang boleh dikitar semula dibuang merata. Sistem pengutipan sampah juga tidak sistematik. Selain daripada itu, ruang yang diperlukan untuk menyimpan sisa pepejal, khususnya botol plastik adalah terhad. Tempat pelupusan sampah sedia ada tidak lagi dapat menampung lambakan sisa pepejal ini jika tiada penyelesaian dan pendekatan menanganinya diambil. Oleh itu, latar belakang kajian kami adalah menjurus kepada sisa pepejal dari jenis botol plastik. Kajian kami adalah tertumpu kepada cara untuk mengisar botol plastik kepada kepingan kecil bagi membantu menyelesaikan masalah ruang pembuangan daripada bahan plastik. Disamping itu kajian kami juga bertujuan untuk memudahkan proses kitar semula sisa pepejal daripada botol plastik.
1.3 Penyataan Masalah
Masyarakat luar bandar kebanyakannya kurang peka akan pentingnya pengurusan sisa pepejal yang teratur. Mereka beranggapan bahawa sisa yang mereka janakan sudah tidak lagi boleh digunakan serta tidak boleh dikitar semula. Mereka beranggapan sedemikian kerana kurang pendedahan serta tidak diberi kemudahan.
Pengguna dirumah juga tidak peka dalam proses pengasingan sampah. Misalnya mereka mencampurkan bahan seperti plastik, sisa cecair dan sebagainya. Seperti yang kita sedia maklum sisa pepejal seperti plastik bersaiz besar. Hal ini akan memakan ruang yang banyak. Jisim plastik juga akan bertambah dan menyukarkan proses pembuangan.
Selain itu, masalah ini juga menyukarkan tugas tenaga kerja kitar semula. Sisa pepejal yang bercampur mengambil masa untuk diasingkan.
Akibat daripada sistem pengasingan dan pembuangan sampah yang tidak sistematik, pencemaran kawasan sekitar juga akan berlaku. Landskap akan tercemar akibat longgokan sisa pepejal yang tidak boleh terlupus.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini mempunyai beberapa objektif tertentu yang menjadi garis panduan utama:
Mereka bentuk mesin untuk memberi kemudahan bagi proses pelupusan sampah (botol plastik) di rumah.
Mengenal pasti kaedah untuk menjimatkan ruang dalam pembungkusan sisa pepejal (botol plastik).
Menguji dan menganalisa sistem pelupusan dan mengitar semula sisa pepejal.
Menggalakkan gaya kitar semula dalam masyarakat.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian adalah seperti berikut:
Sejauh manakah penggunaan mesin penghancur plastik ini berkesan bagi memudahkan proses kitar semula ?
Hipotesis yang akan diuji dalam kajian ini adalah:
1. Terdapat keberkesanan yang jelas dalam proses kitar semula apabila mesin ini digunakan.
2. Tiada keberkesanan dalam proses kitar semula apabila mesin ini digunakan.
1.6 Skop Kajian
1. Mesin shredder dikhususkan untuk pengguna di tempat atau kawasan kitar semula yang menggunakan bahan plastik
2. Mengisar plastik yang bersaiz sederhana kecil sahaja.
3. Saiz mesin yang sederhana besar berukuran lebar 40cm dan tinggi 37cm 4. Anggaran berat mesin adalah 5kg
5. Menggunakan bekalan elektrik terus (AC) untuk beroperasi.
1.7 Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian ini adalah untuk membuktikan keberkesanan mesin penghancur plastik dalam proses kitar semula. Seperti yang diketahui, pembuangan plastik amat berleluasa dan mengakibatkan landskap tercemar. Jadi, kajian ini akan membuktikan hasil daripada plastik yang telah dihancurkan akan mengurangkan pembuangan sisa pepejal khususnya plastik boleh diatasi.
1.8 Takrifan Istilah
Keberkesanan: Dalam kajian ini, keberkesanan merujuk kepada hasil yang diperoleh daripada penghasilan mesin penghancur plastik ini. Hasil yang diperoleh dilihat daripada statistik pembuangan sisa pepejal iaitu plastik boleh dikurangkan. Sekiranya, statistik pembuangan sisa pepejal menurun, ini menunjukkan mesin ini telah memberi kesan yang baik seterusnya memudahkan proses kitar semula.
1.9 Rumusan Bab
Melalui bab ini, mesin ini perlu dikaji dan diuji keberkesanannya untuk mengurangkan pembuangan sisa pepejal dalam kawasan sekitar skop kajian. Kajian dijalankan dengan mengambil 4 aspek penting iaitu teknologi plastik dalam kehidupan seharian, statistik pencemaran disebabkan plastik, teknologi kitar semula plastik dan akhir sekali mesin pengancur plastik atau shredder.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
Dalam bab ini, kami akan mengkaji setiap aspek penting dalam menghasilkan mesin ini daripada beberapa rujukan. Aspek yang pertama adalah jenis-jenis plastik dan ciri-ciri fizikal dan kimia. Selain itu kami juga mengkaji pencemaran yang berlaku akibat daripada plastik. Proses-proses mengitar semula di industri juga dipertengahkan bagi menjelaskan kepentingan kitar semula plastik. Akhir sekali, kami akan menjelaskan ciri-ciri dan fungsi mesin shredder ini.
2.2 Teknologi Plastik
2.2.1 Plastik terbahagi kepada dua jenis iaitu thermoplastik dan thermosetting:
Thermoplastik
Polimer termoplastik adalah polimer yang mempunyai sifat tidak tahan terhadap panas. Jika polimer jenis ini dipanaskan, maka akan menjadi cair dan apabila dipanaskan akan mengeras. Proses tersebut dapat terjadi berulang kali, sehingga dapat dibentuk dalam berbagai bentuk melalui cetakan yang berbeza untuk mendapatkan produk polimer yang baru.
Polimer termoplastik memiliki sifat – sifat khusus seperti berat molekul kecil dan tidak tahan terhadap panas yang melebihi takat lebur. Jika pemansan berterusan diberikan terhadap polimer ini akan cair dan apabila dikenakan suhu yang sejuk ianyaakan mengeras.
Polimer ini mudah diregangkan atau fleksibel. Termoplastik mempunyai takat lebur yang rendah dan mudah untuk dibentuk semula. Polimer ini mudah larut dalam pelarut yang sesuai. Dan memiliki struktur molekul linear/bercabang.
Contoh plastik termoplastik sebagai berikut.
- Polietilena (PE) = Botol plastik, mainan, bahan cetakan, ember, drum, paip saluran, isolasi kawat dan kabel, bekas plastik dan jaket hujan.
- Polivinilklorida (PVC) = paip air, paip plastik, paip kabel listrik,bungkus makanan,sarung tangan dan botol detergen.
- Polipropena (PP) =tali, botol minuman, serat,insulator, kerusi plastik, alat-alat rumah sakit, komponen mesin cuci, pembungkus tekstil
2.2.2 Polimer termoseting
Polimer termoseting adalah polimer yang mempunyai sifat tahan terhadap panas. Jika polimer ini dipanaskan, maka tidak dapat melebur. Sehingga tidak dapat dibentuk kembali. Susunan polimer ini bersifat kekal pada bentuk cetak pertama kali (pada saat pembuatan). Bila polimer ini rosak/pecah, maka tidak dapat disambung atau diperbaiki lagi.
Polimer termoseting memiliki ikatan – ikatan silang yang mudah dibentuk pada waktu dipanaskan. Hal ini membuat polimer menjadi keras. Semakin banyak ikatan silang pada polimer ini, maka semakin keras dan mudah patah. Bila polimer ini dipanaskan untuk kedua kalinya, maka akan menyebabkan rosak atau lepasnya ikatan silang antara rantai polimer.
Sifat polimer termoseting adalah keras(tidak fleksibel) berlawanan dengan polimer thermoset. Polimer ini akan mengeras jika dipanaskan dengan berterussan. Polimer ini tidak boleh dibentuk semula apabila diacairkan. Polimer ini juga tidak boleh larut dalam semua jenis pelarut. Polimer ini akan melebur jika dipanaskan. Mempunyai ikatan silanag antara rantai-rantai molekul.
Contoh plastik termoseting :
Rajah 2.2 : Thermosets
2.3 PENCEMARAN YANG DISEBABKAN OLEH PLASTIK
(Sumber: Jabatan Alam Sekitar)
Rajah 2.3 : Statistik Pembuangan Sampah di Malaysia
0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 2012 2013 2014 2015
STATISTIK PEMBUANGAN SAMPAH DI MALAYSIA
Statistik menunjukkan bahawa pembungan sisa pepejal semakin membimbangkan. Pada tahun 2012, sebanyak 55% sisa pepejal yang mencemarkan alama sekitar berpunca daripada plastik diikuti dengan kertas sebanyak 30% dan logam, kaca 15% dan logam 5%.
Setiap tahun hampir 2 juta tan plastik dibuang dan bilangan itu semakin meningkat tahun demi tahun bagi memudahkan kehidupan seharian. Daripada 2 juta tan plastik itu, 35% plastik boleh dikitar semula. Tetapi, pembuangan pelastik terus berlaku kerana tiada kesedaran dalam diri masayarakat.
Saban tahun, pencemaran plastik meningkat sebanyak 55% pada tahun 2013, 57% padan tahun 2014 dan 60% pada tahun 2015. Pencemaran ini sejajar dengan penghasilan plastik yang semakin meningkat.
Rajah 2.5 : Berita Harian 5 Januari 2016
Keratan-keratan akhbar tersebut menunjukkan bahawa kesedaran kitar semula dan pengasingan sampah masih lemah dalam masyarakat Malaysia. Pengasingan sampah mengikut jenis adalah amat penting bagi memudahkan proses kitar semula. Bagi kes plastik, ini amat berbahaya daripada sisa-sisa pepejal yang lain kerana plastik jenis termoplastik tidak akan terurai. Hal ini menyebabkan longgokan plastic jenis termoplastik ini dikawasan sekitar yang boleh mencemarkan landskap.
Jadi, amat penting bagi melestarikan landskap plastik perlu diasingkan dan dikitar semula bukannya dibuang. Hal ini kerana plastik yang dibuang dan tidak boleh terurai akan mengakibatkan keburukan kepada tanah dan makhluk bawah tanah. Racun-racun dari partikel plastik yang masuk ke dalam tanah akan membunuh haiwan-haiwan pengurai didalam tanah seperti cacing. Plastik-plastik yang berkemungkinan besar akan tercemar ke dalam laut membahayakan haiwan lewat yang tidak boleh mencerna plastik tersebeut apabila memakananya.
2.4 Mesin pengurai plastik dalam industri
2.4.1 Mesin pegurai plastik
Rajah 2.6 : Plastic Shredder Machine
Mesin pengurai plastik dalam industri adalah adalah skala besar. Mesin ini berfungsi untuk mengurai plastik yang sampai ke indsutri kitar semula. Plastik-plastik yang dikutip di kawasan perumahan mahupun tempat pelupusan sampah adalah dalam saiz yang besar. Selain itu, plastik yang dikutip juga masih belum dikelaskan atau diasingkan mengikut jenis-jenis yg boleh dikitar semula.
Selepas diasingkan, plastik perlu dikisar menggunakan mesin ini untuk mendapatkan hasil plastik yang bersaiz lebih kecil untuk proses yang setersunya. Dengan mesin yang berskala besar ini, plastik-plastik yang perlu dikisar tidak mempunyai had untuk diproses. Untuk lebih efektif, plastik yang dikutip dikisar dengan jumlah yang banyak. Tidak menjadi masalah kepada mesin ini kerana mempunyai kuasa yang besar sehingga 30HP.
Selepas plastik-plastik dikisar kepada saiz yang lebih kecil, kepingan-kepingan kecil ini dipanaskan didalam satu chamber untuk mencairkan molekul-molekul plastik tersebut. Plastik yang dicairkan itu dibentuk semula untuk dijadikan bahan yang baharu untuk kegunaan harian. Ini adalah kitar penuh proses kitar semula dalam industi Malaysia.
BAB 3
METADOLOGI
3.1 PENGENALAN
Metodologi merupakan kaedah-kaedah atau tatacara yang digunakan bagi melaksanakan projek secara terperinci. Langkah-langkah ini amat penting dalam melaksanakan projek ini bagi memastikan projek ini berjaya disiapkan pada masa yang ditetapkan.
Dalam menghasilkan sesuatu projek, beberapa langkah yang perlu dilalui sebelum projek berkenaan siap. Langkah-langkah ini perlu dilakukan dengan penuh ketelitian agar dapat menghasilkan sesuatu projek yang bermutu dan berkualiti. Dalam menghasilkan projek ini, terdapat beberapa langkah yang telah dilakukan. Penerengan seterusnya akan menerangkan langkah metodologi.
3.2 CARTA ALIR PROSES REKABENTUK
Jadual 3.1 : Carta alir proses reka bentuk MULA PEMILIHAN TAJUK MENGHASILKAN PROPOSAL TIDAK MENYEDIAKAN BAHAN YA
PROSES MENGHASILKAN BAHAGIAN-BAHAGIAN UTAMA PROSES PEMASANGAN PROSES PENGUJIAN MEMBUAT KEMASAN PEMBENTANGAN TAMAT TIDAK YA
3.3 PEMILIHAN TAJUK
Pemilihan tajuk merupakan langkah yang paling awal ditempuhi sebelum memulakan ketilitian berkaitan projek. Tajuk projek yang dicari perlulah bersesuaian dengan taraf diploma kerana merupakan satu projek akhir sepanjang pengajian dalam kursus Diploma Kejuruteraan Mekanikal ini.
Selain itu, pemilihan projek yang bersesuaian membantu daya pemikiran yang kreatif dan inovatif disamping melambangkan taraf pemikiran seseorang individu dan setinggi mana taraf pengetahuan individu tersebut dalam aspek-aspek melibatkan pengunaan elektrik dan elektronik.
Selepas projek dipilih, tajuk kepada projek tersebut perlu dipilih berdasarkan kemampuannya, menarik minat orang lain untuk mengetahui lebih dalam lagi mengenai projek tersebut secara dekat. Tajuk yang mampu menarik perhatian orang lain melambangkan status awal projek tersebut.
Selepas tajuk yang sesuai dipilih, langkah yang perlu dilalui pula ialah memilih komponen dan bahan yang berkaitan dengan projek berkenaan perlu dilakukan dengan betul agar ia mudah didapati dan tidak menimbulkan satu masalah yang besar untuk mendapatkannya. Ini kerana, komponen yang sukar untuk didapati akan memberikan kesan kepada projek yang akan dibuat kerana ia mungkin akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkannya.
3.4 MENYEDIAKAN BAHAN
Pemilihan bahan merupakan suatu proses yang penting dalam menghasilkan sesuatu projek. Melalui pemilihan bahan ini, kita mampu menilai kualiti projek yang akan kita hasilkan dan kesempurnaan projek yang bakal kita hasilkan. Disamping itu juga ia
bertujuan untuk memenuhi kepuasan pengguna. Projek yang akan dibuat juga haruslah selamat dan efisien untuk digunakan. Justeru itu, pemilihan bahan ini juga membolehkan kita mengetahui atau menganggarkan kos dalam melaksanakan sesuatu
projek. Oleh itu, pelbagai faktor yang penting perlu dipertimbangkan supaya projek yang dihasilkan berkualiti dimana factor-faktor yang dikaji adalah seperti berikut;
a) Kos yang dipilih.
b) Ketahanan bahan dan kesesuaian bahan dengan keadaan sekeliling c) Cara untuk mendapatkan bahan tersebut
d) Cara pemasangan
3.4.1 Faktor-faktor Yang Dikaji Untuk Pemilihan Bahan
3.4.1.1 Kos Bahan Yang Dipilih
Kos bahan yang digunakan merupakan faktor yang paling penting untuk mengahsilkan sesebuah produk yang mempunyai kegunaan yang lebih tetapi nilai kos yang minimum dan sesuai dengan produk yang sedia ada dipasaran supaya dapat bersaing dengan produk lain. Selain kos, bahan yang digunakan perlu juga diselaraskan dengan kekuatan dan kegunaan bahan tersebut.
3.4.1.2 Ketahanan Bahan dan Kesesuaian Bahan pada Keadaan Sekeliling
Ketahan bahan dikaji supaya mendapat bahan yang sesuai untuk digunakan diamana bahan tersebut dapat menyokong dan berfungsi dengan baik. Selain itu, struktur bahan juga dipertimbangkan supaya bahan yang dipilih adalah sesuai dengan keadaan sekeliling seperti tekanan, beban, kelajuan dan lain-lain.
3.4.1.3 Cara Untuk Mendapatkan Bahan
Bahan yang digunakan perlulah senang didapati dan dibuat kerana masa yang diberi untuk menghasilkan projek ini boleh diakatakan singkat dan barang yang hendak
diperolehi ini perlu juga sesuai dengan rancangan masa kerja pemasangan atau
menghasilkan projek sekiranya barangan atau bahan tersebut perlu didapati dari tempat lain.
3.4.2 Komponen Yang Diperlukan
1) Plat besi 20x20 cm
2) Shaft diameter 20mm panjang 250mm 3) Motor 4) Rib 5) Stand 6) Blade diameter 10cm 7) Bearing 8) Wire connector 9) Plug
3.5 IDEA DAN REKABENTUK
3.5.1 Reka Bentuk Yang Sedia Ada Di Pasaran
Reka bentuk yang sedia ada di pasaran ini telah dipilih untuk membuat kajian dan
rujukan (rajah). Mesin ini direka khas untuk kerja-kerja kitar semula plastik dalam industri kitar semula.
Rajah 3.1 : Mesin Pengisar
Kelebihan
i. Mesin ini mengisar plastik dengan skala yang besar. ii. Memerlukan masa yang singkat untuk mengisar plastik. iii. Kuasa yang kuat dan effektif.
Kekurangan
i. Bersaiz besar dan sesuai untuk industri sahaja.
ii. Harga yang mahal dan tidak sesuai untuk pengguna rumah dan premis. iii. Binaan yang kompleks dan sukar untuk diselenggara.
Rajah 3.2 Ortografik reka bentuk
Kelebihan : 1. Ringan
2. Mudah dibawa kemana mana 3. Kos yang rendah
Kekurangan :
1. Kurang daya tahan terhadap gegaran 2. Kurang stabil
3.6 PROSES PENYEDIAAN PROJEK
3.6.1 Proses Penyediaan Bahan-bahan Utama Projek
Apabila sampai pada tahap proses pengukuran dan pemotongan ini, semua saiz ukuran dan dimensi projek harus dikaji dengan teliti. Hal ini penting dalam menentukan saiz dan kaedah pemotongan yang akan digunakan dalam menghasilkan projek ini. Selain
itu, kita juga boleh mengetahui peralatan-peralatan yang digunakan dan bagaimana pemotongan dilakukan. Proses pemotongan besi dilakukan mengikut ukuran dan rekabentuk yang telah ditetapkan. Garisan dilukis pada besi dan besi dipotong mengikut garisan yang telah dibuat.
Rajah 3.3 : Besi bilah kisar (Blade)
NAMA BAHAGIAN UKURAN (CM)
Casing x2 20x20
Casing sisi x2 30x20
Shaft x2 25, d=2
Blade x16 d=10
Ribs x16 Height=7, Length=8
Spacer x16 2.4
Stands x4 10
jadual 3.2 : Komponen mesin
3.6.2 Peralatan dan Mesin yang Digunakan
Pemilihan peralatan yang digunakan ketika ingin menyiapkan projek amat penting agar proses menyiapkan projek berjalan dengan lancer. Oleh itu, kajian dijalankan terhadap peralatan yang akan digunakan. Antara perlatan yang digunakan adalah seperti berikut :
Peralatan Catatan
Kikir
Digunakan untuk tujuan mertakan dan mengikir
Pembaris keluli
Digunakan untuk proses pengukuran
Sesiku L
Digunakan untuk mengukur sudut
Mesin pemotong besi
Mesin gerudi lantai
Digunakan untuk membuat lubang
Vernier caliper
Digunakan untuk mengukur diameter dalam
Playar
Digunakan untuk memegang bahan
Pita Pengukur
Mesin Larik
Digunakan untuk melarik batang aci
Milling Machine
Digunakan untuk membuat bentuk
Hand Grinder
Digunakan untuk memotong dan melicinkan permukaan
MIG Welding
Digunakan untuk mengimpal besi
Kertas Pasir
Digunakan untuk melicinkan permukaan
Cat Sembur
Untuk kemasan
Rajah 3.4 : Proses pemotongan aci
Rajah 3.5 : Proses melarik aci
Prosedur-prosedur membuat aci:
Dapatkan besi solid shaft melebihi panjang yang dimahukan.
Potong besi mengikut ukuran atau lebih untuk proses melarik.
Proses melarik dimulakan dengan proses larik muka untuk mendapatkan permukaan besi yang sekata.
Melarik muka diteruskan sehingga mendapat ukuran aci yang dimahukan iaitu panjang 25 cm.
Setelah selesai melarik muka, proses diteruskan dengan melarik tepi untuk mendapatkan diameter yang dimahukan iaitu 2.3 cm.
Proses terakhir bagi memesin adalah “finishing” iaitu membuang 0.1 cm diameter aci bagi mendapatkan permukaan yang baik.
Aci disejukkan untuk proses pembersihan.
Bersihkan aci dengan kertas pasir supaya permukaan licin dan mudah dikendalikan.
Rajah 3.6: Proses melukis bilah
Rajah 3.8 : Kemasan pada bilah
Prosedur-prosedur membuat bilah:
Plat besi berdiameter diambil bagi memudahkan kerja membuat bilah
Plat dilukis dengan diameter bilah yang dimahukan iaitu 10cm.
Plat kemudian dipotong mengikut saiz yang telah dilukis menggunakan mesin pemotong besi.
Bilah yang telah terbentuk dibersihkan untuk mebuat kemasan dan penajaman.
Proses penajaman dilakukan menggunakan “milling” machine untuk lebih tepat dan kemas.
Bilah yang telah dimesin dibersihkan dan digosok dengan kertas pasir supaya permukaan licin dan tajam.
Rajah 3.9 : Proses pengukuran casing
Rajah 3.11: Proses membuat lubang casing
Prosedur-prosedur membuat casing:
Plat besi yang mempunyai tebal 0.6cm dipilih sebagai bahan utama
Plat besi diukur mengikut ukura yang diperlukan iaitu 20x20 cm
Besi kemudian dilukis mengikut ukuran yang ditetapkan.
Besi yang telah dilukis kemudian dipotong mengikut garisan yang dibuat.
Casing yang telah siap dipotong dibersihkan.
Casing kemudian dibuat 2 lubang untuk aci dengan menggunakan mesin gerudi.
Proses gerudi dilakukan untuk mendapatkan lubang yang berdiameter 2cm.
Kemasan dilakukan dengan menggunakan kertas pasir.
Rajah 3.12: Proses pemotongan besi
Rajah 3.14: Spacer yang telah disembur
Prosedur-prosedur membuat spacer:
Besi hallow shaft dipilih berdiameter dalam 2.3 cm telah dipilih
Besi hallow kemudian dipotong bagi memudahkan proses membuat spacer.
Besi dipotong setebal 1 cm sebanyak 20 keping.
Spacer yang berketebalan 1cm dipilih untuk dibuat kemasan.
Spacer dikikir untuk mendapatkan hasil yang licin dan rata.
Kemasan terakhir dilakukan dengan cat sembur.
Rajah 3.15 : Mengimpal benda kerja
Prosedur-prosedur melakukan kimpalan MIG
Bersihkan benda kerja yang hendak dikimpal menggunakan berus dawai.
Letakkan plat besi diatas benda kerja dan laras arus serta tekanan mengikut kesesuaian plat tersebut serta laraskan mata tungsten.
Letakkan plat untuk ditemukan hujung ke hujung serta lakukan kimpal paku.
Lakukan proses kimpal MIG sehingga selesai produk yang dmahukan.
Bersihkan jermang pada bahan kerja supaya kemas dan kukuh.
Rajah 3.16 : Menyusun atur bilah dan spacer Prosedur-prosedur menyusun atur bilah dan spacer
Bersihkan aci daripada habuk atau segala kotoran yang melekat pada aci
Asingkan bilah dan spacer kepada dua bahagian
Masukkan spacer ke dalam aci, kemudian masukkan pula bilah di dalam aci tersebut
Rajah 3.17 : Pemasangan keseluruhan
Prosedur-prosedur pemasangan keseluruhan
Bearing dipasang dengan mengimpal ke bahagian badan projek.
Proses diteruskan dengan memasukkan aci kedalam bearing untuk mendapatkan padanan yang lurus.
Selepas aci dipasang ke bearing, proses diteruskan dengan mengimpal bahagian badan projek secara 4 sisi.
Proses seterusnya adalah mengimpal bahagian kaki mesin.
Rajah 3.18 Botol Plastik Prosedur uji lari mesin :
1. Dapatkan botol plastik minuman bersaiz sederhana
2. Botol dileperkan bagi memudahkan proses mengisar dan memasukkan kedalam mesin.
3. Mesin dihidupkan dan botol dimasukkan dengan perlahan. 4. Mesin hendaklah dimatikan sesudah botol dikisar.
5. Hasil botol yang telah dikisar dikumpul.
Rajah 3.19 botol plastik yang sudah dikisar
3.7 CARTA GANTT
5 1 2 3 4 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Pemilihan tajuk