• Tidak ada hasil yang ditemukan

COVID-19 DAN KEBERSIHAN DARI PERSPEKTIF KONVENSIONAL DAN PANDANGAN ISLAM. Abstrak. Kata kunci: COVID-19, kebersihan, kesihatan, Islam, konvensional.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "COVID-19 DAN KEBERSIHAN DARI PERSPEKTIF KONVENSIONAL DAN PANDANGAN ISLAM. Abstrak. Kata kunci: COVID-19, kebersihan, kesihatan, Islam, konvensional."

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

742

COVID-19 DAN KEBERSIHAN DARI PERSPEKTIF KONVENSIONAL DAN PANDANGAN ISLAM

Ahmad Najaa’ Mokhtari & Maizatul Farisha Mukhtarii

i (Corresponding author). Pensyarah, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, USIM. najaa@usim.edu.my ii Pensyarah, Pusat Tamhidi, USIM. maizatulfarisah@usim.edu.my

Abstrak

COVID-19 yang melanda dunia masakini menyebabkan ramai yang terlibat dari kesihatan hingga membawa maut. Oleh demikian, kertas kerja ini akan menengahkan konsep kebersihan dari perspektif yang berbeza iaitu dari perspektif pengamal perubatan konvensional dan menurut perspektif Islam. Kajian dilakukan hanya menggunakan metod kajian perpustakaan kerana kajian berupa konsep bagi memudahkan masyarakat memahaminya. Hasil penemuan mendapati konsep dari perspektif pengamal kesihatan konvensional dan pandangan Islam mempunyai persamaan walaupun Islam hanya meletakkan kebersihan dan kesihatan pada panduan asasnya sahaja.

Kata kunci: COVID-19, kebersihan, kesihatan, Islam, konvensional.

1. Kebersihan dan COVID-19 Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) Mengapa isu berkaitan kebersihan menjadi fokus utama bagi kawalan dan pencegahan Covid 19 dan apakah hubungkait kebersihan dan COVID-19? Penularan Covid 19 boleh berlaku dengan sangat mudah dan cepat melalui pernafasan seperti melalui bersin atau batuk (Finnish Institute of Occupational Health, 2020) diantara individu dan individu atau kumpulan individu yang berada dalam Kawasan sekitar 6 kaki (Boston Public Health Commission, 2020). Selain daripada itu, penularan Covid 19 juga boleh berlaku dengan sentuhan iaitu individu atau kumpulan inidividu yang tidak dijangkiti Covid 19 menyentuh bahagian yang telah terdedah dengan virus Covid 19 yang tersebar melalui bersin atau batuk (World Health organization, 2020). Penularan boleh berlaku apabila individu atau kumpulan inidividu yang telah dijangkiti Covid 19 menyentuh permukaan atau objek yang telah terdedah dengan virus Covid 19 dan seterusnya menyentuh di

(2)

743

bahagian muka, hidung atau mata boleh terdedah kepada jangkitan Covid 19 (World Health Organization, 2020).

Oleh itu adalah amat penting untuk memastikan persekitaran yang bersih bagi mengelakkan pendedahan penularan Covid 19. Persekitaran yang bersih iaitu penjagaan dan amalan kebersihan seperti sentaisa memastikan objek-objek khusunya yang kerap disentuh dan terdedah kepada orang ramai seperti tombol pintu, mesin ATM, meja makan dan lain-lain sentiasa dibersihkan dan berada dalam keadaan bersih. Selain itu, amalan-amalan kebersihan seperti kerap membasuh tangan juga amat penting bagi memastikan tidak terdedah dengan virus Covid 19.

1.2 Kebersihan Menurut Islam Dari Segi Fizikal, Rohani Dan Akhlak

Islam adalah agama yang menganjur kebersihan zahir dan batin. Kebersihan zahir iaitu kebersihan dari segala najis (kekotoran), hadath kecil dan hadath besar. Kebersihan dari najis iaitu pada tempat atau pakaian sementara kebersihan daripada hadath kecil dan besar adalah kebersihan diri. Manakala kebersihan yang amat dituntut ialah kebersihan dari perkara yang syirik dan perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT. Ia merupakan bentuk spiritual yang tidak nampak dan mungkin tidak disedari. Allah SWT berfirman:

ِباَّوَّ تلا ُّبُِيح ََّللَّا َّنِإ َنيِرِِّهَطَتُمْلا ُّبُِيحَو َي

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri” (Al-Baqarah 2:222).

Ayat tersebut menyatakan bahawa Allah SWT mengasihi orang yang bertaubat iaitu orang yang berusaha untuk membersihkan diri dari segala perkara syirik, dosa dan juga mengasihi orang yang sentiasa membersihkan fizikal iaitu tempat dan tubuh badan. Dalam konteks wabak COVID-19 yang melanda di seluruh dunia masa kini telah membuktikan kepada kita bahawa kebersihan memainkan peranan penting dalam membendung wabak ini. Dunia hari ini amat berada dalam suasana ketakutan dengan penularan wabak tersebut walau pelbagai langkah telah dilaksanakan namun ia kembali kepada punca penularan tersebut iaitu kebersihan.

Jika dilihat dalam masyarakat Islam di mana sahaja, kebersihan merupakan perkara yang tidak boleh dipisahkan daripada amalan mereka. Malah di peringkat awal pembesaran anak-anak lagi, ibu bapa telah memasak di akal anak-anak mereka bahawa

(3)

744

kebersihan adalah sebahagian daripada agama seperti yang disebut dalam hadis Nabi SAW:

نايَلإا نم ةفاظنلا

“Kebersihan adalah sebahagian daripada Iman” (Al-Tirmizi, 1996).

Hal ini bukan sahaja disebut dan ingatkan dalam kalangan umat Islam bahkan dipraktikkan dalam amalan kehidupan mereka sejak kedatangan Islam. Ini adalah kerana Islam mewajibkan umatnya mempraktikkan kebersihan pada setiap masa khususnya kebersihan diri dan tempat ibadat ketika mereka hendak melakukan ibadat harian sekurang-kurangnya 5 kali setiap hari. Selain itu, praktik penjagaan kebersihan dilakukan sebelum dan sesudah makan dengan membasuh tangan dan selepas makan dengan berkumur, membersihkan diri dari segala najis (kekotoran) sesudah membuang air dan memastikan najis tersebut tidak tersisa pada tubuh badan sebelum keluar dari bilik air. Perkara ini amat penting dilakukan bagi menentukan amalan ibadat mereka diterima Allah SWT.

Dalam konteks akhlak pula, Islam meletakkan garis panduan agar umat Islam tidak terpesong dari tuntutan berakhlak. Akhlak dalam Islam merangkumi tingkah laku yang baik dan buruk. Tingkah laku tersebut dikira terpesong atau buruk apabila tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh agama Islam. Seseorang yang melanggarnya perlu bertaubat kepada Allah SWT. Konsep taubat adalah kebersihan dalam diri terhadap kesalahan yang dilakukan. Ia adalah berbentuk spiritual.

Oleh itu, kebersihan dalam Islam menyentuh pada segenap kehidupan manusia bagi memastikan kesejahteraan dalam dan luar diri manusia benar-benar bersih dari segala unsur yang kotor. Dengan itu, ancaman dalam bentuk luaran seperti wabak COVID-19 sepatutnya dapat dibendung dengan jayanya selain mematuhi saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang juga memperkasakan penularan tersebut seperti memakai pelitup muka, penjarakan dan hindari dari kesesakan. Bonus daripada kefahaman agama ini adalah penerimaan wabak penyakit sebagai ujian Allah SWT yang mesti dilalui dan ditangani bersama berlandaskan hadis Nabi SAW:

َعاَدَت ٌوْضُع ُهْنِم ىَكَتْشا اَذِإ ؛ِدَسَْلجا ُلَثَم ْمِهِفُطاَعَ تَو ْمِهُِحَاَرَ تَو ْمِهِِّداَوَ ت ِفِ َيِنِمْؤُمْلا ُلَثَم ىَّمُْلِاَو ِرَهَّسلِبا ِدَسَْلجا ُرِئاَس ُهَل ى

"Perumpamaan seseorang Mukmin sesama Mukmin dalam hal saling mencintai, mengasihi dan menyayangi seumpama satu badan. Apabila ada salah satu anggota

(4)

745

badan yang menanggung kesakitan, maka seluruh badannya akan turut terjaga (tidak akan tidur) dan terasa panas (merasakan sakitnya)" (Al-Bukhari, 2002).

Allah SWT juga menegaskan dengan firmanNya:

َنوُنِمْؤُمْلا ِلَّكَوَ تَ يْلَ ف َِّللَّا ىَلَعَو ۚ َنا َلاْوَم َوُه اَنَل َُّللَّا َبَتَك اَم َّلاِإ اَنَ بيِصُي نَّل لُق

“Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal" (Al-Taubah 9:51).

Oleh demikian, COVID-19 perlu dicegah dan dihalang penularannya dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh KKM dan amalan harian umat Islam membersihkan diri dari segala najis dan memastikan pakaian sentiasa bersih bagi memelihara kebersihan yang dituntut oleh agama Islam.

1.4 Skop Dan Objektif Kajian

Kajian ini berfokus kepada amalan kebersihan dan Covid 19 menurut perspektif koventional dan Islam. Objektif utama kajian yang dilakukan ini melihat amalan kebersihan khususnya amalan-amalan tertentu yang menjadi keutamaan dan fokus sejak pendemik Covid 19 menular di Malaysia serta negara-negara lain sebagai langkah kawalan dan pencegahan penularan. Kajian juga akan melihat prinsip amalan kebersihan menurut pandangan Islam dan pelaksanaan Prosedur Kendalian Standard (SOP) diperingkat antarabangsa dan Malaysia. Selain daripada itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan amalan kebersihan serta cabaran-cabarannya sebagai langkah kawalan dan pencegahan penularan Covid 19.

Skop kajian termasuk mengkaji sejarah dan perkembangan terkini khususnya di Malaysia dan negara-negara yang terpilih berkaitan amalan kebersihan dan Covid 19 selain daripada perbincangan umum tentang sejarah wabak dan penularan di dunia dan langkah mengatasinya. Walau bagaimanapun kajian ini akan dibuat secara umum sahaja di negara-negara terpilih.

(5)

746

3. COVID-19 Dan Kebersihan Pada Perspektif Islam 3.1 Sejarah Penularan Virus Dan Wabak Menurut Islam

Wabak penyakit adalah ketentuan atau disebut qada’ dan qadar dalam Islam yang wajib diyakini oleh setiap individu muslim. Ia juga merupakan sunnah Allah (kitaran alam yang ditentukan oleh Allah SWT) bagi menduga keyakinan hamba-hambanya terhadap kekuasaanNya yang tidak ada sesuatu pun boleh menghalangnya. Selain itu, manusia yang mempunyai akal akan mula berfikir untuk pencegahan dan memperolehi ubat yang dapat mengurangkan risiko penularannya.

Dalam Islam, wabak penyakit seperti taun disebut dalam hadis Nabi SAW:

ُنوُعاَّطلا

ٌزْجِر

ْقَ ت َلاَف ،ٍضْرَِبَ ِهِب ْمُتْعَِسَ اَذِإَف ،ْمُكَلْ بَ ق َناَك ْنَم ىَلَع ْوَأ َليِئاَرْسِإ ِنيَب ىَلَع َلِسْرُأ ٌباَذَع ْوَأ

،ِهْيَلَع اوُمَد

اَذِإَو

َعَقَو

ُهْنِم اًراَرِف اوُجُرَْتَ َلاَف ،اَِبُ ْمُتْ نَأَو ٍضْرَِبَ

“Taun adalah kesengsaraan dan azab yang ditimpa kepada Bani Israil atau orang-orang terdahulu. Apabila kamu mendapat khabarnya di suatu tempat maka jangan kamu mendekatinya. Jika ia berlaku di tempat kamu maka jangan kamu keluar melarikan diri darinya” (Hajjaj, 1374H).

Ini bermakna wabak taun memang diketahui oleh masyarakat dunia pada ketika itu yang tidak mempunyai penawar. Sesiapa yang terperangkap dalam kawasan tersebut tidak dibenarkan keluar begitu juga sebaliknya, jika orang luar tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan tersebut.

Terdapat hadis lain juga yang menyebut tentang kebaikan dan keburukan wabak penyakit seperti sabda Nabi SAW:

ْلِبا ىَّمُْلِا ُتْكَسْمَأَف ِنوُعاَّطلاَو ىَّمُْلِِبا ُم َلاَّسلا ِهْيَلَع ُليِْبِج ِنيَتاَأ ِفاَكْلا ىَلَع ٌسْجِرَو ْمَُلِ ٌةَْحََر ِتَِّمُِلأ ٌةَداَهَش ُنوُعاَّطلاَو ِماَّشلا َلِإ َنوُعاَّطلا ُتْلِسْرُأَو ِةَنيِدَم

َنيِر

“Jibril AS telah datang kepadaku bersamanya penyakit demam dan taun, lalu aku mengambil penyakit demam untuk ditinggalkan di Madinah sementara penyakit taun aku lepaskan ke Sham. Taun adalah penyaksian dan rahmat bagi umatku tetapi bagi orang kafir ia merupakan kesengsaraan” (Hanbal, 2001).

Ini bermakna wabak penyakit yang melanda umat Islam dikira sebagai rahmat dan penyaksian bagi penghapusan dosa sementara ianya menjadi malapetaka bagi orang

(6)

747

kafir sebagai balasan kerana tidak beriman kepada Allah SWT. Oleh itu, secara jelas, hadis tersebut memberi panduan kepada umat Islam agar menerima takdir Allah SWT apabila dunia hari ini dilanda dengan wabak COVID-19 yang belum ada penawar atau bibit-bibit pengakhirannya.

Menurut catatan sejarawan terkemuka, Ibn al-Athir, pada 1048, pandemik penyakit pernah melanda Makkah, Iraq, Palestin dan Sham. Imam al-Zahabi dalam kitab Siyar A’lam al-Nubala’ meriwayatkan sekitar 1055, peristiwa itu menyebabkan masjid ditutup dan langsung tidak didirikan solat (Hisham, 2020).

3.2 Sejarah Wabak Dan Virus Di Dunia

Berdasarkan sejarah dunia, tiada faktor lain yang boleh menyebabkan kematian yang begitu banyak berbanding dengan kematian yang disebabkan oleh penyakit berjangkit (Bryan Walsh, 2020). Selain daripada menjadi punca kematian tertinggi yang dicatatkan dalam sejarah dunia, penyakit berjangkit juga memberi kesan yang sangat besar kepada masyarakat globaliasi dalam tempoh jangka masa yang panjang yang telah membentuk ekonomi, politik dan ketamadunan manusia (Damir Huremović, 2019). Menurut WHO penyakit berjangkit adalah “Infectious diseases are caused by pathogenic microorganisms, such

as bacteria, viruses, parasites or fungi; the diseases can be spread, directly or indirectly, from one person to another. Zoonotic diseases are infectious diseases of animals that can cause disease when transmitted to humans.”

WHO telah menyenaraikan 20 penyakit berjangkit (pandemik dan epidemik) akibat wabak atau virus yang paling serius sehingga kini iaitu:

1. Chikungunya 2. Cholera

3. Crimean-Congo haemorrhagic fever 4. Ebola virus disease

5. Hendra virus infection

6. Influenza (pandemic, seasonal, zoonotic) 7. Lassa fever

8. Marburg virus disease 9. Meningitis

10. MERS-CoV 11. Monkeypox

12. Nipah virus infection

(7)

748 14. Plague

15. Rift Valley fever 16. SARS

17. Smallpox 18. Tularaemia 19. Yellow fever 20. Zika virus disease

Menurut Owen Jarus (Live science, 2020) 20 epidemik dan pandemik tersebut adalah paling serius.

3.3 Etika Pencegahan Dan Amalan Menghadapi COVID-19 Menurut Perspektif Islam

Islam merupakan agama yang mempunyai panduan yang merangkumi segala aspek kehidupan manusia. Panduan tersebut memadai bagi umat Islam untuk dijadikan sebagai pegangan hidup. Dalam konteks pandemik COVID-19, Islam telah bersedia menghidangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi pencegahan dan juga amalan yang boleh membantu mengurang tekanan orang ramai.

Walaupun saranan dalam Islam adalah panduan umum bagi umat Islam tetapi mampu mencegah tularan pandemik COVID-19 yang masih belum ada vaksin. Dasar yang digunakan sebagai pencegahan seperti firman Allah SWT:

َيِنِسْحُمْلا ُّبُِيح ََّللَّا َّنِإ ۛ اوُنِسْحَأَو ۛ ِةَكُلْهَّ تلا َلِإ ْمُكيِدْيَِبَ اوُقْلُ ت َلاَو

“dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya” (Al-Baqarah 2:195).

Ayat di atas menegaskan bahawa Allah SWT melarang umat Islam menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan. Jadi, pandemik COVID-19 jelas mengundang risiko yang amat berbahaya iaitu kematian yang merupakan satu kebinasaan seperti yang disebut dalam ayat Al-Quran tersebut. Oleh sebab itu, larangan ini menjadi dasar yang wajib dipegang oleh setiap muslim. Dasar ini juga digunakan bertepatan dengan saranan KKM iaitu memakai pelitup muka agar tidak mudah berlakunya jangkitan.

(8)

749

Justeru, umat Islam perlu berusaha untuk menghindarinya dengan menyahut saranan-saranan sama ada dari panduan agama Islam dan juga pihak berkuasa yang mengawal penyebaran pandemik COVID-19 tersebut.

Antara kaedah pencegahan yang boleh dijadikan panduan seperti yang disebutkan dalam hadis:

“Apabila kamu mendapat khabarnya (taun) di suatu tempat maka jangan kamu mendekatinya. Jika ia berlaku di tempat kamu maka jangan kamu keluar melarikan diri darinya” (Hajjaj, 1374H). Saranan ini bertepatan dengan pandemik COVID-19 yang memerlukan penjarakan fizikal dan tempat yang sesak.

Manakala kebersihan yang menjadi perkara amat penting pada setiap waktu diamalkan sebenarnya telah diterapkan dalam masyarakat Islam iaitu amalan berwuduk (kebersihan untuk tujuan beribadat). Berwuduk juga digalakkan untuk diperbaharui setiap kali melakukan ibadat wajib. Selain itu, kebersihan anggota tubuh badan lain seperti berkumur, gosok gigi, beristinshaq (memasuk dan menghembus air ke dalam hidung), membasuh tangan sebelum dan sesudah makan dan sebagainya turut ditekankan bagi menjamin kebersihan luaran dijaga baik. Oleh itu, tidak boleh dinafikan bahawa konsep kebersihan yang diajar oleh agama Islam adalah bentuk sumbangan terhadap manusia sejagat.

3.3 Penguatkuasaan Pencegahan dan Amalan COVID menurut Islam

COVID-19 yang membadai sesiapa sahaja menjadi sebuah misteri yang tidak dapat dirungkaikan oleh perubatan moden. Vaksin yang merupakan harapan umat manusia bagi meredakan pandemik COVID-19 masih belum ditemui yang menyebabkan para cediakawan dan ahli perubatan mengambil langkah pencegahan bagi membendung penularan tersebut.

Dalam Islam pula, kesihatan merupakan nikmat Allah yang tidak terbalas. Setiap individu wajiblah menjaga kesihatan diri sendiri di samping mensyukurinya dan memohon kesihatan yang berkekalan. Nabi Muhammad SAW sentiasa mengingatkan umatnya agar pelihara kesihatan dengan sabdanya:

َغاَرَ فَو ،َكِرْقَ ف َلْبَ ق َكاَنِغَو ،َكِمَقَس َلْبَ ق َكَتَّحِصَو ،َكِمَرَه َلْبَ ق َكَباَبَش :ٍسَْخم َلْبَ ق اًسَْخم ْمِنَتْغا

َكِتْوَم َلْبَ ق َكَتاَيَحَو ،َكِلُغُش َلْبَ ق َك

(9)

750

“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa muda mu sebelum datang masa tua. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk dan masa hidup sebelum tiba masa mati” (Al-Hakim, 2002).

Oleh demikian, jelas bagi umat Islam memelihara kesihatan merupakan satu ibadat yang dituntut oleh agama. Berdasarkan panduan tersebut, umat Islam secara langsung sudah mempunyai landasan sendiri bagi memelihara diri. Cuma yang menyukar umat Islam adalah penguatkuasaan panduan tersebut kerana dalam langkah penjagaan kesihatan dan pencegahannya, masyarakat lebih cenderung dengan pematuhan bagi langkah-langkah pencegahan, penularan dan penjagaan kesihatan yang datang daripada pihak berkuasa dan pihak yang berwajib. Islam pula tidak melarang malah memperakui tanggungjawab setiap individu mematuhi segala peraturan yang dikeluarkan bagi tujuan pencegahan wabak dan kesihatan bersama.

Oleh kerana dunia pada hari sudah maju, maka kesedaran mengenai kesihatan diambil berat oleh masyarakat dunia. WHO sebagai badan bertanggungjawab berkaitan kesihatan sedunia juga telah meletakkan garis panduan supaya dapat mengawal penularan pandemik COVID-19. Segenap masyarakat di dunia seharusnya menyahut saranan tersebut agar dapat menjamin kesejahteraan bersama.

KESIMPULAN

Sebenarnya pandemik COVID-19 berlaku disebabkan masyarakat dunia tidak menyedari bahawa gangguan kesihatan akan berlaku pada bila-bila dan di mana sahaja jika mereka lupa tentang hubungan ketuhanan dan kejadianNya (makhluk). Justeru, apabila pandemik COVID-19 mula menyerang manusia, segala kecanggihan teknologi dan peralatan kesihatan yang bermutu tinggi tidak mampu mengawal penularan wabak COVID-19. Bukan sekadar itu, manusia terdedah dengan masalah pengangguran yang cukup hebat dan masalah ekonomi yang merudum seterusnya melemahkan psikologi manusia untuk terus berhadapan dengan pandemik tersebut. Oleh itu, segala masalah yang dihadapi oleh umat manusia hanya boleh diselesaikan dengan kembalinya mereka kepada Allah SWT dan ajaran RasulNya. Cukup jelas, asas yang diberikan oleh agama merangkumi segala aspek kehidupan manusia dan apabila mereka jauh dengan

(10)

751

ketuhanan serta menganggap material dan teknologi boleh mengatasinya, maka di sinilah punca masalah. Jalan penyelesaiannya adalah kembali kepada agama.

RUJUKAN

Al-Bukhari, M. I. (2002). Sahih Al-Bukhari. Beirut: Dar Ibn Kathir.

Al-Hakim, M. A. (2002). Al-Mustadrak. Beirut: Dar Al-Kutub Al-'Ilmiyyah. Al-Tirmizi, M. I. (1996). Sunan al-Tirmizi. Beirut: Dar al-Gahrb al-Islami. Hajjaj, M. (1374H). Sahih Muslim. Cairo: Dar Ihya' Al-Kutub Al-Arabiyyah.

Hanbal, A. (2001). Musnad Al-Imam Ahmad Ibn Hanbal. Beirut: Muassah Al-Risalah. Hisham, A. I. (18 March, 2020). Expert: UMP News. Retrieved from UMP Web site:

http://news.ump.edu.my

Boston Public Health Commission. (2019). Retrieved from BPHC Web site: https://www.bphc.org.

Cleaning Guidelines For The Prevention Of Covid-19 Infection, Finnish Institute of Occupational Health. Retrieved from TTL Web site: https://www.ttl.fi/

Getting your workplace ready for COVID-19, World Health organization (WHO). Retrieved from WHO Web site: https://www.who.int

Damir Huremović, Brief History of Pandemics (Pandemics Throughout History), National Center for Biotechnology Information. Retrieved from NCBI Web site https://www.ncbi.nlm.nih.gov

Bryan Walsh, Covid-19: The history of pandemics, BBC News. 26 March 2020. Retrieved from BBC Web site https://www.bbc.com

Owen Jarus, 20 of the worst epidemics and pandemics in history. 20 March 2020. Retrieved from Lives Science Web site: https://www.livescience.com

Sintia Radu, Current and Previous Disease Outbreaks Around the World, U.S. News & World Report. Retrieved from US news Web site: https://www.usnews.com

Referensi

Dokumen terkait

Dari pendalaman berkaitan dengan ketiga lembaga tersebut akan mengasilkan pandangan dari tokoh agama yang berbeda yaitu tentang pemahaman Covid-19, bentuk dari doktrin yang

Evaluasi Pemberian Konseling Farmasis dengan Alat Bantu Kartu Pengingat Pengobatan Terhadap Kepatuhan dan Outcome Klinik Pasien Diabetes Melitus Tipe 2 Anggota PROLANIS pada

Aplikasi ini akan secara langsung memperbaharui data dalam database dengan menggunakan input text berupa barcode, sehingga didapatkan waktu untuk input data adalah 26,03

Beberapa permasalahan penting yang perlu diperhatikan pada fenomena ini, yaitu bahayanya titik pertemuan antara pejalan kaki dengan alat transportasi terutama bagi anak-anak

Seksi 10.1 Pemeliharaan Rutin Perkerasan, Bahu Jalan, Drainase, Perlengkapan Jalan Dan Jembatan.1. Penanganan tanah lunak dengan beban timbunan tambahan sementara

sebagai fasilitas Kesehatan yang akan menyimpan dan mengelola vaksin sesuai standard cold chain (rantai dingin) dan memberikan pelayanan vaksinasi sesuai prosedur oleh dokter

Guru dengan kepribadian ekstrovert bebas dari kecemasan dari hasil wawancara peneliti dengan semua guru yang mengajar di TK pertiwi Setda Kota Pontianak diketahui bahwa

Untuk kelompok suku kata berawalan konsonan /V/, data tingkat keberhasilan terdapat pada tabel 2, pembobotan yang terdapat dari konsonan tersebut dapat diketahui