• Tidak ada hasil yang ditemukan

SET 7 Soalan 1: Rumusan ciri-ciri remaja yang boleh menjadi modal insan yang menjadi harapan negara

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SET 7 Soalan 1: Rumusan ciri-ciri remaja yang boleh menjadi modal insan yang menjadi harapan negara"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

1 SET 7

Soalan 1: Rumusan [30 markah]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ciri-ciri remaja yang boleh menjadi modal insan yang menjadi harapan negara dan langkah-langkah membentuk modal insan cemerlang Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Negara kita yang tercinta sudah setengah abad mencapai kemerdekaan. Sepanjang tempoh tersebut, kita telah membuktikan bahawa kita berjaya mentadbirkan dan mengurus negara kita dengan cara kita sendiri tanpa bergantung kepada pemimpin dan negara luar. Kejayaan ini perlu diinsafi oleh generasi muda kita kerana merekalah yang menjadi harapan negara untuk memastikan kemerdekaan terus kita kecapi. Oleh hal yang demikian, kita berharap agar generasi muda kita akan menjadi modal insan yang cemerlang bagi menggalas tanggungjawab dan amanah ini.

Kemerdekaan negara dan bangsa Malaysia akan lebih terjamin sekiranya generasi muda dapat menjadi modal insan yang berilmu dan berpengetahuan. Ilmu pengetahuan, khususnya dalam bidang Sains dan teknologi yang dikuasai oleh generasi muda akan membolehkan mereka menjanakan pelbagai kemajuan demi bangsa dan negara. Generasi muda yang menjadi modal insan yang berilmu dan berpengetahuan akan lebih kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh. Ciri-ciri generasi muda yang sedemikian mampu mencipta sesuatu yang baharu dan bermanfaat serta mengelakkan negara dan bangsa daripada terus bergantung pada negara-negara luar dalam usaha memakmurkan negara.

Dalam usaha menjamin kemerdekaan dan keharmonian hidup dalam negara tercinta ini, sikap tolak ansur sesama kaum hendaklah menjadi amalan dalam kalangan generasi muda negara. Sikap bertolak ansur atau toleransi ini akan memastikan perpaduan dalam kalangan rakyat terbina tanpa mengira agama, bangsa, bahasa dan adat resam. Perpaduan yang berasaskan sikap tolak ansur ini akan memudahkan pelaksanaan segala dasar yang dibentuk atau melancarkan segala program pembangunan yang dirancang. Oleh itu, generasi muda yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu memahami ciri-ciri pembentukan negara dan bangsa yang telah termeterai dalam kontrak sosial harus dijadikan teladan. Cara ini mampu mengelakkan rasa tidak puas hati sehingga melahirkan pertikaian sesama sendiri, lantas menggugat kemerdekaan negara dan keharmonian hidup. Prinsip-prinsip Rukun Negara seperti Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Kedaulatan Undang-Undang, Keluhuran Perlembagaan, serta Kesopanan dan Kesusilaan harus menjadi pedoman dan pegangan remaja kini. Dengan berpegang pada prinsip-prinsip ini, para remaja dapat dipastikan menjadi modal insan yang mempunyai asas-asas yang kukuh dalam menghadapi segala perbezaan pendapat dan pemikiran serta cabaran hidup dalam dunia serba moden.

Kita akur dengan perkembangan dunia hari ini yang dilatari konsep liberalisari ekonomi, konsep dunia tanpa sempadan atau globalisasi dan sebagainya. Seharusnya generasi muda dapat memahami konsep-konsep baharu dalam perkembangan dunia terkini secara tersurat dan tersirat. Justeru, generasi muda hari ini perlu melengkapkan diri dengan pelbagai cabang ilmu dalam arus menerokai dunia globalisasi itu. Pada masa yang sama, mereka juga perlu mempunyai semangat daya saing serta daya ketahanan yang tinggi terhadap segala cabaran. Generasi muda seharusnya mampu mengelakkan negara dan bangsa

(2)

2

tercinta daripada terjajah dalam konteks penjajahan bentuk baharu seperti penjajahan minda dan penjajahan ekonomi.

Tegasnya, generasi muda amatlah diharapkan oleh pemimpin dan masyarakat supaya menjadi modal insan yang benar-benar cemerlang. Oleh itu, etos, sikap, pemikiran dan tingkah laku yang murni dan baik hendaklah dijadikan ciri-ciri penting yang perlu dimiliki oleh generasi muda kini bagi memastikan kemerdekaan Malaysia terus terjamin kekal dan utuh di persada dunia.

((Dipetik dan diubahsuaikan daripada Perutusan SPBY Dipertuan Agong, sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-50, Kementerian Pelajaran Malaysia, Ogos 2007).

Soalan 2: Pemahaman [35 markah] 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri.

i) Berikan maksud rangkai kata termeterai dalam kontrak sosial.

[2 markah] ii) Mengapakah perbezaan pendapat dalam kalangan rakyat mesti ditangani dengan

sebaik mungkin?

[3 markah] iii) Pada pendapat anda, apakah cirri-ciri remaja yang mempunyai daya saing dan

daya ketahanan yang tinggi. [4 markah]

(3)

3 Soalan 2(b) – Petikan cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Mengapakah dia begitu mudah mengikut Farid ke pejabat surat khabar itu tadi? Suratan takdir? Tiba-tiba dia teringat pada surat kawannya dari seberang Laut China selatan.

“Langkah, rezeki, pertemuan dan maut adalah milik Tuhan,” kata kawannya itu ketika membuat komen tentang cintanya yang gagal, nasibnya yang malang. Cinta fizikal tidak akan kekal, apabila terpenuhi sahaja maksudnya cinta itu pun sirnalah! Ekorannya ialah masalah.

“Bagi kami orang Islam,” kata lagi kawannya itu, “cinta yang paling tinggi ialah cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul-Nya, kemudian baru turun kepada cintakan bangsa dan tanah air. Hanya cinta-cinta itu yang boleh membawa kita kepada sesuatu yang positif.”

Dia setuju dengan kata-kata kawannya itu. Sebab dia sendiri pun sekarang ini sedang dalam proses menghayati salah satu cinta itulah sehingga cintanya yang lain telah beberapa kali terhempas ke batu karang. Dia tahu, cintanya yang ini juga akan berakhir serupa itu. Syahid tidak mungkin mengerti dengan dirinya yang sudah dimiliki oleh kekasihnya yang lain. Syahid tidak akan mengerti. Rasanya, cintanya kepada Hisyam itulah sahaja cintanya yang benar. Walaupun pada waktu itu dia tidak mengerti tentang perasaan yang mengusik hatinya. Dia masih kecil.

(Dipetik daripada Cerpen Melissa, Antologi Harga Remaja, hlm.157-158)

i) Berikan maksud rangkai kata cintanya yang lain telah beberapa kali terhempas ke

batu karang. [2 markah]

ii) Pada pendapat anda, mengapakah dia merasakan cintanya kepada Hisyam adalah

cinta yang benar? [3 markah]

iii) Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain yang

(4)

4 Soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Mak inang pun segeralah membukakan pintu itu lalu ia pergi memberitahu akan Tuan Puteri Cenderawati. Setelah bondanya menengar Indera Nata datang itu maka segeralah ia mendapatkan anakanda itu.

Arakian maka tuan puteri pun terlihatlah kepada tuan puteri tujuh orang itu dibawa oleh anakanda itu. Maka hati bondanya pun terlalu sukacita melihat anakanda itu. Maka ia lalu memeluk mencium anaknya itu seraya katanya, “Wah anakku tuan, hiduplah rasa hatiku tuan dan nyawa bonda tuan adapun selama anakku pergi itu tiadalah aku mau makan dan minum dan tidur daripada sangat aku bercintakan anakku ini!”

Hatta maka Indera Nata pun lalu menyembah serta sujud kepada bondanya itu serta kata bondanya sambil bercucuran air matanya, “Hai anakku Indera Nata, betapakah anakku beroleh gajah bergadingkan emas ini dan tuan puteri sekalian?”

Maka Indera Nata pun berceterakan hal ehwalnya daripada permulaan datang kesudahannya itu. Maka tuan puteri pun menangis menengar cetera anaknya itu serta katanya, “Wah anakku tuan, adapun jika anakku tiada datang nescaya matilah bonda ini tuan!”

(Dipetik daripada “Hikayat Indera Nata” dalam antologi Harga Remaja, DBP)

i) Berikan maksud daripada sangat aku bercintakan.

[2 markah] ii) Apakah yang dilakukan oleh Indera Nata setelah bertemu dengan bondanya?

[3 markah]

iii) Pada pandangan anda, sekiranya Indera Nata masih belum pulang, apakah cara yang perlu dilakukan oleh bondanya untuk mendapatkan anaknya?

(5)

5 Soalan 2(d) - Sajak

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL Orang berakal sangatlah mulia, Pakaian anbia dan aulia, Barang siapa mengikut dia, Itulah tanda orang bahagia. Kerana ia akalnya tajam, Menjadi kepala bela bermacam, Jikalau mata melihatkan kejam, Disebutlah jalannya ia tersunjam. Telek pandangan dengan makrifat, Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat, Tiada mengasihi orang yang jahat, Takut akhirnya menjadi fazihat. Sebagai lagi tanda berakal,

Perintah syarak tidak menyangkal, Menjauhkan tamak hendak tawakal, Ibanya tahu dunia tak kekal.

Jika ia dikasihi raja, Tiadalah ia melanja-lanja,

Tiadalah menyombong pada bekerja, Dengan taulannya bersamaan sahaja. Apabila raja kasih sangat,

Makin itu makin ia ingat,

Segala taulannya hatinya dihambat, Merendahkan diri serta berkhidmat. Demikian lagi dengar olehmu, Tanda berakal kasihkan ilmu, Suka mentelaah tiadalah jemu, Mencari kupasan jangan tersemu. Abu Hassan Sham (penyelenggara) Puisi-puisi Raja Ali Haji,1993 Dewan Bahasa dan Pustaka

(6)

6 i) Nyatakan maksud rangkap ketiga sajak ini.

[2 markah] ii) Pada pandangan anda,apakah kepentingan memilih sahabat yang mempunyai

akhlak mulia?

[4 markah] iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.

(7)

7

Soalan 3: pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah]

Jawab semua soalan

(a) Tuliskan satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) bacaan (ii) membaca (iii) membacakan (iv) dibaca (v) pembaca (vi) terbaca [6 markah] (b) Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah tanpa mengubah maksudnya.

Alina : Eh, Izzul! Sudah lama saya tidak nampak kamu. Ke mana kamu selama ini? Izzul : Oh, sudah enam bulan saya tinggal di Cyber Jaya!

Alina : Di Cyber Jaya? Kamu bekerja di sana?

Izzul : Tidak. Saya melanjutkan pelajaran di Universiti MultiMedia.

Alina : Baguslah. Selagi ada peluang untuk belajar, kita harus merebut peluang itu. Kita tidak boleh membuang masa dengan sia-sia.

Izzul : Betul kata kamu. Walaupun saya tidak biasa berjauhan dengan keluarga, namun saya cekalkan hati tinggal di sana demi memenuhi impian dan cita-cita saya.

(8)

8

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan lebih daripada satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Jentera pemeroses minyak kelapa sawit yang diimpot dari luar negara itu sudah rosak dan perlu diganti segera.

(ii) Tahap pembacaan jenerasi muda semakin meningkat dan mereka sudah pandai memilih bahan bacaan yang membentuk ilmiah.

(iii) Walaupun dunia telah mengalami arus glubalisasi, namun ada sesetengah golongan yang memandang rendah terhadap mementingkan bidang teknologi maklumat.

[6 markah] (d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan lebih daripada satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pelaksanaan Kawasan Perdagangan BBebas ASEAN (AFTA) menyebabkan para-para peniaga-peniaga berganding antara satu sama lain.

(ii) Jika ada masa luas, ayah suka bercerita tentang pengalamannya semasa zaman pendudukan Jepun ke Tanah Melayu.

(iii) Puan Aini tetap sayangkan Anita meskipun anak angkatnya itu pernah mencederakan hatinya.

[6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan nyatakan peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.

(i) Usaha kerajaan melahirkan modal insan dalam kalangan belia supaya berperanan sebagai pelapis kepada rakyat yang berkualiti dapat menjamin kesejahteraan, kemajuan dan kedaulatan negara.

(ii) walaupun menghadapi pelbagai kerenah birokrasi di lapangan terbang di sebuah negara Eropah itu, namun kami tetap akur akan peraturan yang telah ditetapkan. Kami sedar bahawa mematuhi peraturan di negara mereka amat penting bagi menjamin keselamatan diri sendiri.

(iii) Para pejuang kemerdekaan sanggup berkorban tenaga dan nyawa demi memastikan negara bebas daripada belenggu penjajah.

(9)

9

Soalan 4: Novel [15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut: (i) Papa … (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof (ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

(iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah (iv) Renyah karya Gunawan Mahmood

(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain (vi) Kembara Amira karya Amer hamzah L. Kadir

(vii) Kabus Di Perbukitan karya Mohammad Kholid Hamzah (viii) Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan

(a) Sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan sebab-sebab novel itu boleh menimbulkan kesedaran kepada pembaca.

[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang memaparkan nilai keberanian dalam setiap novel.

Referensi

Dokumen terkait

Pada gambar 4 merupakan activity diagram usulan pemesanan dengan proses pelanggan masuk ke website toko kurnia collection, lalu pilih menu produk maka sistem

Masih banyak terjadi kesalahan konsep pembelajaran pecahan di antara calon-calon guru di Indonesia yang disebabkan kurangnya pemahaman tentang konsep dasar pecahan

1. Sering tidak terkontrolnya keluar masuknya barang. Dikarenakan pengendalian internal yang dilakukan longgar. Hal ini menyebabkan saldo persediaan di gudang dan catatan tidak

Tujuan dari pemberian asuhan keperawatan ini adalah untuk mengkaji, menganalisis, merencanakan tindakan, berupa meningkatkan latihan batuk efektif, memberikan posisi semi fowler

Untuk mendukung peralatan dalam suatu gedung distribusi Listrik merupakan salah satu rangkaian penting dalam melayani kebutuhan energi listrik, dimulai dari pembangkit

Proses pada client berbentuk aplikasi pengelolaan data potensi prestasi mahasiswa yang mengambil data dari server, mengolah data tersebut dan menyimpan ke database

Bentuk baru tersebut dapat dilihat dalam wacana ustadz selebriti dalam budaya populer, dalam hal ini bagaimana media membentuk seorang Abdullah Gymnastiar, yang kemudian tidak

Dengan demikian urutan kedua ilmu keolahragaan (dalam hal ini tentang tubuh) tidak hendak memberi penjelasan tentang olahraga itu sendiri, namun dapat dan