• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 1 LATAR BELAKANG PROJEK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAB 1 LATAR BELAKANG PROJEK"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 1

LATAR BELAKANG PROJEK

1.1 Latar belakang kajian

Dewasa ini dunia kita tidak asing lagi dengan golongan kurang upaya. Negara kita juga tidak memandang rendah golongan ini. Sehubungan itu negara telah mewujudkan pelbagai pusat pengajian khas untuk membantu golongan ini mendapatkan pendidikan supaya mampu bersaing secara sihat. Namun tidak dapat dinafikan golongan kurang upaya mengalami kesukaran untuk melakukan sesuatu kerja secara normal dalam kehidupan mereka. Pergerakan mereka juga lebih terbatas dari golongan normal. Bagi pengguna kerusi roda, mereka lebih terbatas untuk bergerak sama ada di tempat awam ataupun dirumah. Mereka mengalami kesukaran untuk mencapai atau meletakkan sesuatu barang di tempat yang lebih tinggi seperti menyangkut atau mengambil pakaian dari dalam almari.

1.2 Penyataan masalah

Kebanyakkan pengguna kerusi roda mengalami kesukaran untuk menyangkut pakaian di dalam almari kerana kebanyakkan almari yang dihasilkan pada masa kini lebih besar dan tinggi. Faktor fizikal mereka yang tidak boleh berdiri dan mencapai barang di tempat yang lebih tinggi menyebabkan kerja menjadi beban. Konsep reka bentuk almari ini adalah untuk meringankan beban yang ditanggung oleh pengguna kerusi roda. Oleh yang demikian, almari dengan penyangkut pakaian boleh laras amatlah diperlukan.

(2)

1.3 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

i. Mereka bentuk almari dengan penyangkut boleh laras dan memiliki ciri-ciri keselamatan kepada pengguna.

ii. Mengfabrikasi almari yang mudah dan praktikal untuk kegunaan orang kurang upaya.

iii. Menguji system handicapped e-cupboard oleh pengguna kerusi roda dalam melakukan kerja harian seperti mengambil pakaian untuk dipakai atau menyimpan pakaian.

1.4 Skop

Kajian ini menggunakan power window motor yang beroperasi dengan menggunakan sumber kuasa elektrik. Almari turut dilengkapi lampu LED almari automatik yang beroperasi menggunakan bateri 3A. Bahan utama untuk menghasilkan almari ini ialah keluli lembut berongga dan plywood.

1. Menggunakan kuasa power window motor 2. Menggunakan sistem takal

3. Boleh mangangkat beban maksimum 15 kilogram 4. Boleh menampung maksimum 25 pakaian

(3)

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1. PENGENALAN

Almari, (berasal dari perkataan bahasa Portugis (“Armario”), manakala dalam bahasa Inggeris disebut Wardrobe, juga dikenali dengan Armoire berasal dari bahasa Perancis, merupakan sebuah kabinet berdiri tinggi atau bersaiz sederhana untuk menyimpan pakaian atau buku atau barang-barangan perhiasan. Pada awal kemunculan almari, almari secara fizikalnya mempunyai struktur fizikal dan ia tidaklah digunakan sehingga ke sesuatu ketika dimana para pemegang darjat kebesaran yang tinggal didalam istana agung dan para bangsawan yang berpengaruh kuat yang mana ada diantara mereka yang menginap dalam sesuatu kamar yang berasingan dari bilik menyimpan pakaian. Nama sesuatu Almari itu diberikan bergantung kepada sesuatu bilik yang mempunyai keluasan dinding yang diselaputi oleh cupboard dan lokar, laci menjadi penemuan yang relatif pada alaf moden. Dari almari dan lokar, pakaian moden, dengan ruang yang mempunyai penggantung, rak dan laci, berevolusi perlahan-lahan juga merupakan revolusi reka cipta almari dari hari ke hari.

Pada masa kini, almari merupakan suatu objek yang bagaikan wajib berada di setiap rumah, tempat belajar, bekerja dan tempat-tempat penginapan. Fungsi khusus almari kini pelbagai, tidak terhad hanya kepada menyangkut baju atau berkaitan pakaian. Apabila kita lihat bentuk almari kini, kebanyakkannya mempunyai tempat menyangkut yang tinggi. Daripada keadaan ini, muncul beberapa persoalan, bagaimanakah orang kelainan upaya (OKU) yang berkerusi roda, lumpuh atau lain-lain menyangkut baju-baju mereka di dalam almari. Setelah

(4)

berfikir secara berkumpulan, maka muncullah idea Handicapped E-Cupboard. Sebuah almari yang boleh

dilaraskan batang penyangkutnya untuk memudahkan proses penyangkut bagi kegunaan golongan-golongan (OKU).

2.2 KOMPONEN UTAMA

2.2.1 Power Window Motor

(5)

Sistem power window merupakan rangkaian dari electrical body yang berfungsi untuk membuka dan menutup kaca pintu dengan menggunakan suis, dimana suis power window motor terpasang pada sisi bagian dalam pintu.

Mekanisme pengangkat Regulator Power Window adalah komponen terpenting pada sistem power window. Sebuah motor elektrik kecil yang melekat pada regulator dengan menggunakan nisbah jumlah gigi yang memberikan tenaga putar yang cukup untuk mengangkat tingkap kenderaan, sekaligus menjaga agar kaca tingkap mampu naik atau turun dengan lancar.

2.2.2 Lampu LED Automatik

Rajah 2.2.2: Lampu LED Automatik

Lampu LED adalah produk diod pancaran cahaya (LED) yang disusun menjadi sebuah lampu. Lampu LED memiliki ketahanan yang lebih baik dan menggunakan cahaya elektrik lebih sedikit berbanding daripada lampu pijar dan tetap jauh lebih berkesan daripada lampu neon. Lampu led automatik menggunakan konsep suis sentuh, apabila terdapat hadangan pada suis, ia akan memutuskan arus pada litar. Apabila dijauhkan ia akan menyambung kembali arus kuasa dan mentol akan menyala

(6)

2.2.3 Keluli lembut

Rajah 2.2.3: Keluli Lembut

Keluli lembut digunakan sebagai rangka utama untuk penghasilan projek ini.

(7)

RAJAH 2.2.3: Plywood

Papan plywood merupakan sebuah papan nipis yang diperbuat daripada kayu. Dalam projek ini, ia digunakan sebagai tapak dan dinding almari. Bahan ini dipilih kerana ianya ringan, murah dan mudah dibentuk.

2.3 JENIS-JENIS ALMARI DI PASARAN

2.3.1 Almari kanak kanak

(8)

Almari kanak kanak biasanya mempunyai bentuk yang unik dan khas dengan dunia kanak kanak. Bagi almari kanak kanak biasanya menggunakan bahan yang selamat, kuat dan kukuh.

Hal ini untuk memastikan aktiviti kanak kanak yang aktif selamat dari segala bahaya. Almari ini juga direka berdasarkan minat kanak kanak dari segi motif dan bentuknya.

2.3.2 Almari Pakaian

Rajah 2.3.2: Almari Pakaian

Almari pakaian adalah untuk menyimpan pakaian atau baju keluarga yang biasanya disimpan di dalam setiap bilik. Biasanya almari ini tidak mementingkan aspek yang terlalu mendalam, kerana fungsi utamanya ialah hanya sebagai tempat meletak pakaian. Namun terdapat juga penambahan cermin solek untuk menjadikan almari lebih menarik.

(9)

2.3.3 Almari hiasan

Rajah 2.3.3: Almari Hiasan

Almari hiasan mempunyai ruangan utama yang luas dan biasanya pintunya dipasang kaca untuk memperlihatkan hiasan di dalam almari. Pemilihan kabinet hiasan ini boleh menjadi

(10)

pelengkap dalaman bilik yang tentunya boleh memperlihatkan isi dalaman almari. Fungsi almari hiasan biasanya berfungsi sebagai tempat meletakkan barang barang bernilai seperti piala,sijil penghargaan, foto ataupun lukisan.

2.4 RUMUSAN

Setelah di analisis, sesuatu reka bentuk diperhalusi dari segi fungsi binaan, bahan yang digunakan serta keadaan yang ekonomik. Pada peringkat ini lukisan berskala dilukis bagi mendapatkan gambaran sebenar projek tersebut. Setelah semuanya selesai barulah proses pembinaan Handicapped E-Cupboard dilakukan.

Binaan yang dibuat adalah berasaskan pada sambungan struktur yang dicantumkan menggunakan kaedah-kaedah tertentu supaya dapat digunakan dengan baik dan selamat. Struktur tersebut direkabentuk dan dibina untuk menyokong beban atau daya supaya binaan tersebut kukuh, tidak mudah tumbang atau rosak. Struktur binaan akan mengalami beban statik, beban dinamik atau kedua-duanya sekali. Untuk itu beberapa aspek penting dakam mereka bentuk perlu diberi perhatian yang lebih seperti:

i. Kekuatan struktur ii. Saiz anggota struktur

iii. Faktor pemasangan dan penyelenggaraan iv. Faktor keselamatan

(11)

BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Metodologi merupakan sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan. Fungsi metodologi adalah bertujuan untuk melancarkan perjalanan sesuatu reka bentuk bagi menghasilkan produk yang sistematik dan bermutu tinggi. Menggunakan kaedah PRIME:

Kaedah PRIME digunakan untuk membuat projek: P - Problem (mereka satu reka bentuk baru). R - Research (penyelidikan).

(12)

M - Modification (pengubasuaian). E – Evalution (penilaian).

Setiap langkah kerja dalam carta alir metodologi perlu difahami terlebih dahulu, ini penting bagi melancarkan perjalanan projek yang akan dijalankan. Setelah memahami carta alir tersebut, sesuatu projek dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

Sepanjang melakukan kerja-kerja menyiapkan projek Handicapped E-Cupboard. Langkah kerja yang dilakukan oleh kumpulan kami terdiri daripada:

i. Proses rekabentuk produk.

ii. Proses pemilihan bahan mentah dan komponen. iii. Proses pemotongan bahan mentah.

iv. Proses pemasangan komponen-komponen. v. Proses pengujian projek.

Proses-proses ini berkaitan untuk memastikan kami dapat melakukan projek mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

(13)

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

3.2.1 Bahan Mentah

BAHAN UKURAN UNIT

Plywood 3 meter lebar 3 meter tinggi 1 keping

Skru 1 inci 500 gram

Keluli lembut berongga Saiz 0.5 x 0.5 inci panjang 2 meter

1 batang

Keluli lembut berongga Saiz 1 x 1 inci panjang 2 meter

10 batang

Tali kabel Saiz 0.5 cm panjang 2 meter 1 gulung

(14)

Selak pintu Saiz 16 cm x 4 cm 2 buah

3.2.2 Lakaran Projek

(15)

Lakaran ini dilakukan dengan menggunakan perisian berkomputer AutoCad Inventor 2016. Perisian ini adalah aplikasi reka bentuk komputer untuk reka bentuk mekanikal, simulasi, visualisasi dan dokumentasi 3D. Dengan perisian Inventor, jurutera boleh mengintegrasikan data 2D dan 3D ke dalam persekitaran reka bentuk tunggal, mewujudkan perwakilan maya produk akhir yang membolehkan mereka mengesahkan bentuk, muat, dan fungsi produk sebelum dibina. Inventor Autodesk termasuk alat pemprograman parametrik, pengedaran langsung dan pemodelan bebas yang kuat serta keupayaan terjemahan multi-CAD dan lukisan DWG ™.

3.3 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Kajian ini dilakukan secara tinjauan dan temu ramah serta dilaksanakan menggunakan kaedah kaji selidik. Tinjauan dilakukan di rumah-rumah dan pusat-pusat yang menempatkan orang kelainan upaya ( OKU ) di sekitar Kuantan, Pahang. Soalan yang diajukan kepada golongan ini adalah selari dengan objektif untuk membuktikan adakah masalah itu benar-benar muncul. Temu ramah dan soal selidik hanya menumpukan kepada hanya golongan OKU yang berkerusi roda, dan kerdil untuk mendapatkan keterangan masalah yang lebih jelas dan meyakinkan.

3.3.1 Lokasi Tinjauan

(16)

Rajah 3.3.1: Rumah Orang Tua

3.3.4 Peralatan Digunakan Dalam Kajian

Berikut adalah peralatan yang digunakan untuk membuat almari: 1. Gergaji tangan

Rajah 3.3.4.1: Gergaji tangan

 Gergaji digunakan untuk memotong kayu kepada bentuk atau produk yang dikehendaki.

(17)

2. Tukul

Rajah 3.3.4.2: Tukul

 Tukul digunakan untuk mengetuk paku dibahagian-bahagian yang diperlukan.

3. Pita pengukur

Rajah 3.3.4.3: Pita Pengukur

(18)

4. Gerudi tangan

Rajah 3.3.4.4: Gerudi Tangan

 Gerudi digunakan untuk menebuk lubang mengetatkan atau melonggarkan skru.

5.Pencanai Tangan

Rajah 3.3.4.5: Pencanai Tangan

 Digunakan untuk mengasah pemukaan besi yang tidak rata dan memotong kepingan besi yang nipis.

(19)

6. Pemotong besi

Rajah 3.3.4.6: Pemotong Besi

 Digunakan untuk memotong batang besi kepada saiz yang diingini

7. Mesin kimpalan MIG

Rajah 3.3.4.7: Mesin Kimpalan Mig

(20)

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian yang digunakan ialah konsep penilaian dan pemilihan di analisis dengan membandingkan konsep rekaan tersebut. Cara ini dilakukan dengan memberi mata kepada setiap konsep yang dilakarkan didalam konsep yang terbaik.

3.4.1 Konsep Lakaran

(21)

Rajah 3.4.1.1 : Konsep Lakaran 1

Kelebihan Kekurangan

Boleh memuatkan pakaian pelbagai saiz Tidak boleh memuatkan banyak pakaian

Mudah dialihkan Sistem pergerakan penyangkut tidak lancar

Boleh diletakkan dikawasan yang kecil Terlalu tinggi iaitu 6 kaki

(22)

Rajah 3.4.1.2: Konsep 2

Kelebihan Kekurangan

Boleh dimasukkan banyak pakaian Tidak boleh memuatkan pakaian yang panjang lebih daripada 70 cm

Mudah dialihkan Sistem pergerakan penyangkut tidak lancar

Boleh diletakkan dikawasan yang kecil Rekabentuk tidak cantik dan terlalu rendah ketinggiannya

(23)

 Konsep 3

Rajah 3.4.1.3: Konsep 3

Kelebihan Kekurangan

Boleh memuatkan banyak pakaian sehingga 25 helai

Tidak boleh memuatkan pakaian yang melebihi 80cm

Mudah dialihkan

Boleh diletakkan dikawasan bilik yang kecil Sistem pergerakan penyangkut lancar Rekabentuk yang cantik

(24)

Keputusan adalah berdasarkan kelebihan dan kelemahan. Jika terdapat kelemahan didalam konsep yang dipilih ianya boleh diperbaiki.

NO Kriteria Interest

criteria

Konsep 1 Konsep 2 Konsep 3

1 Kecekapan 4 - + + 2 Rekaan komersial 3 - - + 3 Kos 3 - - + 4 Operasi 4 - + + 5 Mudah alih 5 + + + 6 Saiz projek 2 + - + 7 Jumlah + 2 3 6 8 Jumlah - 4 3 0 9 Jumlah keseluruhan -2 0 6

Rajah 3.4.1.4: Jadual Penilaian Dan Pemilihan

3.4.2 Kos Anggaran

KOS ANGGARAN

(25)

3.5 RUMUSAN BAB

Metodologi yang jelas amat penting sebelum menjalankan sesuatu kajian. Ini kerana kualiti kajian itu bergantung kepada ketepatan penggunaan kaedah yamg sesuai dengan objektif

Plywood 3 unit RM200

Power window motor 1 unit RM40

Lampu led automatik 2 unit RM10

Paku 500 gram RM5

Double roller 3 unit RM36

Engsel 4 unit RM10

Keluli lembut pelbagai saiz 11 unit Percuma

Selak pintu 1 unit RM2

Roda 4 unit RM10

Skru 1 paket RM5

(26)

kajian, objektif dan persoalan yang ditetapkan oleh penyelidik. Metodologi ini sewajarnya menggunakan teknik yang betul dan bersistematik bagi menghasilkan dapatan idea yang

mempunyai kesahihan dan nilai yang tinggi. Selain itu, prosedur pengumpulan data iaitu kaedah soal selidik juga diterangkan bagi memastikan idea dapat digabungkan dan dicerna dengan lancar dan sistematik dan menghasilkan projek yang berkualiti dan inovatif.

Referensi

Dokumen terkait

Diperdengarkan deskripsi pendek dan sederhana  tentang alat transportasi/rambu lalu lintas/dan alat-

Bahan ajar kaparigelan nulis keur barudak SD/MI bisa ditengetan dina Standar Kompetensi (SK) jeung Kompetensi Dasar (KD) dina SKKD Matapelajaran Bahasa dan Sastra Sunda 2006..

Untuk jembatan yang mempunyai lengkung horizontal, harus diperhitungkan gaya sentrifugal akibat pengaruh pembebanan lalu lintas untuk seluruh bagian bangunan.. Beban

Berdasarkan rumusan masalah tujuan penelitian ini yaitu untuk menganalisis dan mengkaji; (1) tingkat kelayakan isi Buku Sekolah Elektronik (BSE) Penjasorkes SD Kelas 4 yang

Dengan demikian dapat disimpulkan bahwa Game Edukasi HOTSNAKER Berbantuan Vlog layak digunakan dalam pembelajaran matematika pada materi Sistem Persamaan Linear Dua

“Enhance Learning Based on Psychological Indexes and Individual Preferences for a Physics Course Using An Adaptive Hypermedia Learning

Sebagai tambahan, Anda akan membuat sebuah ObjectDataSource yang berparameter sehingga dapat melewatkan item yang yang terpilih pada DropDownList ke data komponen untuk

Uji ini dilakukan untuk mengetahui apakah alat ukur yang digunakan mengukur apa yang perlu diukur. Suatu alat ukur yang validitasnya tinggi akan mempunyai tingkat kesalahan