RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TAHUN 1
Tarikh Masa Kelas
Aspek Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial
Tajuk Kekeluargaan
Standard Kandungan 2.3
Standard Pembelajaran 2.3.1, 2.3.2, 2.3.6
Objektif Pembelajaran
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:-1. Mengenal pasti ahli dalam keluarga/penjaga.
2. Menyedari peranan ahli dalam keluarga/penjaga. 3. Mengenal pasti ahli dalam rumah.
Aktiviti
1. Bersoal jawab dengan murid tentang keluarga mereka seperti nama, umur dan pekerjaan ibu bapa serta ahli keluarga lain yang tinggal bersama.
2. Paparkan gambar/poster keluarga di hadapan kelas (Lampiran 1). (Guru menyediakan bahan ini)
3. Murid memperkenal ahli keluarga mereka yang terdapat dalam gambar.
4. Edarkan Lembaran Kerja 1.
5. Ceritakan peranan sebenar murid sebagai anak dan ahli keluarga lain. Beri penekanan kepada penerapan nilai murni.
6. Edarkan Lembaran Kerja 2.
7. Edarkan Aktiviti Pengayaan sebagai kerja tambahan di rumah.
EMK Kreativiti dan inovasi
BBM Poster atau gambar
Penilaian P&P Soalan lisan dan bertulis
Refleksi Pada akhir pengajaran;
______ murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan ______ murid yang tidak mencapai objektif akan diberi bimbingan khas dalam sesi akan datang.
PdP ditunda