• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAJUK 1 DOMAIN AFEKTIF DALAM PEMBENTUKAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "TAJUK 1 DOMAIN AFEKTIF DALAM PEMBENTUKAN"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

TAJUK 1 DOMAIN AFEKTIF DALAM PEMBENTUKAN SIKAP

POSITIF

1.0 SINOPSIS

Tajuk ini memberi fokus kepada disiplin Pengajian Sosial untuk pemupukan domain afektif yang merangkumi nilai murni, nilai patriotik dan nilai alam sekitar.

1.1 HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan domain afektif dalam pembentukan sikap positif

2. Menerangkan dengan contoh nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar dalam kehidupan seharian

3. Mencadangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan kesedaran umum terhadap nilai murni, unsur patriotisme dan alam sekitar

1.2 KERANGKA TAJUK

DISIPLIN PENGAJIAN SOSIAL UNTUK PEMUPUKAN DOMAIN AFEKTIF

Disiplin Pengajian Sosial untuk pemupukan domain

afektif

(2)

1.2.1 NILAI MURNI

Nilai murni boleh ditakrifkan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Wan Zaid (1968) menyatakan nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Menjadi tujuan semua agama untuk membentuk kehidupan penganutnya bersikap baik dan berakhlak mulia.

Di sekolah guru-guru memainkan peranan sebagai ibu bapa dalam membentuk kanak-kanak selaras dengan penerapan yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. Nilai-nilai murni hendaklah diterapkan bermula daripada pendidikan prasekolah hinggalah kepada proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak dalam membentuk peribadi dan amalan murni.

Dalam Jadual berikut ialah contoh-contoh nilai murni dan subnilai yang bukan sahaja boleh diterapkan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran malah boleh juga diterapkan secara sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui aktiviti kokurikulum dan aktiviti khidmat komuniti.

NILAI MURNI SUBNILAI

Baik Hati

Sikap yang sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sikap baik hati ini boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk seseorang terhadap orang lain.

Belas kasihan

Bertimbang rasa Murah hati

Berdikari

Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung pada orang lain

Bertanggungjawab

(3)

Hemah Tinggi

Budi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan lemah lembut serta budi bahasa yang patut diamalkan oleh seseorang individu dalam hubungannya dengan anggota masyarakat yang lain.

Kesopanan

Mengakui kesalahan diri Ramah mesra

Hormat-menghormati

Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dengan memberikan layanan yang sopan.

Hormat kepada ibu bapa, guru, rakan dan pemimpin Hormat kepada raja dan negara

Patuh kepada undang-undang

Kasih Sayang

Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan yang lahir daripada hati yang rela terhadap sesuatu

Sayang kepada nyawa yang saksama dan tidak berat sebelah

Adil

Kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati. Keberanian itu perlu ada pada setiap orang tetapi ia harus tahu batas dan keupayaannya kerana keberanian yang melulu boleh mengakibatkan bencana

Berani dengan tidak membuta tuli

Sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah dan ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

Amanah

(4)

Kebersihan Fizikal dan Mental

Kebersihan diri merupakan kebersihan tubuh badan yang perlu dijaga oleh setiap indvidu. Pemeliharaan alam sekeliling supaya bebas daripada kekotoran dan pencemaran. Pandangan, cadangan, pendapat, dan pemikiran yang bernas harus dipupuk untuk kebaikan diri dan masyarakat.

Kebersihan diri

Kebersihan persekitaran Pertuturan dan kelakuan yang sopan

Pemikiran yang sihat dan membina

Kerajinan

Usaha berterusan yang penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan daya usaha dalam melakukan pada peringkat individu, komuniti, masyarakat dan negara untuk mencapai sesuatu dengan norma dan nilai

Sederhana dalam menimbang kepentingan diri dan orang lain Tidak keterlaluan dalam

pertuturan dan tingkah laku

Kesyukuran

Kesyukuran bermaksud kita harus berterima kasih dan bersyukur di atas kemudahan-kemudahan yang kita peroleh. Kesyukuran merujuk kepada perasaan dan perlakuan yang dilahirkan kerana nikmat dan kesenangan yang diperoleh seseorang itu.

Berterima kasih Mengenang budi Memberi penghargaan

Semangat Bermasyarakat

Kesediaan melakukan sesuatu dengan semangat kekitaan bagi kepentingan bersama untuk mewujudkan keharmonian hidup dalam masyarakat.

Bermuafakat Kejiranan

(5)

Rasional

Rasional bererti boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata serta dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar tanpa dipengaruhi oleh emosi. Orang yang rasional boleh membuat pertimbangan dan penaakulan serta berfikiran secara logik dan terbuka.

Sikap rasional asas

pertimbangan yang wajar Kesudian memberi teguran membina dan bersedia

menerima teguran orang lain. Pemikiran rasional penting dalam menangani konflik

Membuat Nota

1. Nyatakan tiga domain afektif dalam

pembentukan sikap positif seseorang murid.

2. Terangkan dengan contoh yang sesuai tentang nilai murni dalam kehidupan seharian anda.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.

Rehat

1.2.2 UNSUR PATRIOTISME

Pada umumnya, patriotisme ditakrifkan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap negara oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. Patriotisme juga berkaitan dengan bangsa dan negara itu sendiri. Patriotisme juga merujuk sikap-sikap seperti bangga akan pencapaian dan budaya bangsa melalui pemeliharaan ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa itu. Patriotisme juga membayangkan bahawa seseorang itu wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan kelompoknya.

(6)

peribadi kerana seseorang itu berperasaan dan sukarela untuk mematuhi nilai-nilai patriotik. Patriotisme rasmi biasanya penuh dengan simbolik dan istiadat untuk kepentingan negara itu sendiri supaya memperoleh kesahan bersama komuniti politik. Sebagai contoh, Hari Pahlawan dan Tugu Negara ialah patriotisme rasmi yang diatur oleh protokol dengan tujuan tertentu.

Berikut ialah beberapa contoh unsur patriotisme yang boleh diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pengajian Sosial.

CONTOH-CONTOH UNSUR PATRIOTISME

 Bersyukur dan berbangga dengan rumah sendiri

 Berterima kasih kepada keluarga kerana menyediakan rumah yang selesa

 Berbangga dengan keistimewaan tempat sendiri

 Bersama bertanggungjawab untuk meningkatkan imej tempat sendiri

 Menghormati ketua-ketua pentadbiran setempat

 Menyedari bahawa masyarakat setempat terdiri daripada pelbagai kaum

 Bekerjasama dengan negara jiran untuk kepentingan bersama.

 Menghormati negara-negara lain untuk menjamin keamanan dunia.

 Menghargai jasa pengasas kerajaan Melaka

 Menyedari pentingnya menuntut ilmu

 Kesedaran bersama untuk mempertahankan negara

 Bersatu padu mempertahankan negara

 Memupuk semangat kekitaan serta perpaduan menentang penjajahan

 Menjaga alam sekitar merupakan tanggungjawab bersama.

 Menghormati amalan dan kepercayaan setiap kaum

 Menyemaikan semangat cinta akan negara

 Menyemaikan semangat integrasi nasional

 Bersama bertanggungjawab memelihara warisan sejarah.

(7)

Membuat Nota

Terangkan dengan contoh yang sesuai tentang unsur patriotisme dalam kehidupan seharian anda.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.

Rehat

1.2.3 NILAI ALAM SEKITAR

Pendidikan alam sekitar bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kualiti alam sekitar supaya generasi masa hadapan dapat mengawal kehidupan mereka dan memakmurkan masa hadapan. Pelajar diharapkan dapat menghargai betapa pentingnya usaha-usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Bagi mencapai matlamat tersebut maka seseorang guru khususnya guru mata pelajaran Pengajian Sosial perlu menerapkan nilai alam sekitar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, penerapan nilai alam sekitar juga boleh dilakukan melalui aktiviti kokurikulum dan juga aktiviti khidmat komuniti. Berikut ialah beberapa contoh nilai alam sekitar yang boleh diterapkan melalui aktiviti-aktiviti tersebut.

NILAI ALAM SEKITAR HURAIAN NILAI ALAM SEKITAR

Prinsip bekerjasama Peranan kita adalah untuk memahami,

bekerjasama seiring jalan serta hidup berharmoni dengan alam tabii dan bukan untuk menawan, menjajah serta mengeksploitasinya.

Prinsip menghormati

(8)

Prinsip kehidupan seimbang

Kebahagiaan hidup diperolehi daripada kemajuan dalam aspek kebendaan dan kerohanian tanpa mengabaikan kemajuan alam sekitar.

Prinsip kerosakan minima

Apabila kita terpaksa melakukan perubahan kepada alam / bumi untuk memenuhi keperluan kita, kita mestilah memilih cara yang

mengakibatkan kerosakan yang minima.

Prinsip rendah diri Bumi bukanlah milik manusia sahaja; kita adalah sebahagian daripada bumi / alam ini.

Prinsip mengiktiraf hak

generasi akan datang Kita harus meninggalkan bumi dalam keadaan yang sama kalau tidak pun lebih baik daripada apa yang kita temui pada mulanya

Prinsip tanggungjawab

setiap individu Setiap orang mestilah bertanggungjawab ke atas pencemaran dan degrasi alam sekitar yang diakibatkan olehnya. Membuang bahan cemar di tempat orang lain, seumpama kita racuni orang yang mendiami tempat itu.

Prinsip perlindungan dan pemuliharaan ekosistem

Kita mestilah melindungi ekosistem yang masih liar dan memperbaiki semula yang telah rosak.

Membuat Nota

Terangkan dengan contoh yang sesuai tentang nilai alam sekitar dalam kehidupan seharian anda.

Rehat

Latihan 1

Cadangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi meningkatkan kesedaran umum terhadap nilai-nilai berikut:

1.1 Nilai murni

(9)

TAJUK 2 PERANAN GURU DALAM PEMUPUKAN NILAI,

MORAL DAN ETIKA

2.0 SINOPSIS

Tajuk ini memberi fokus kepada peranan guru dalam pemupukan nilai moral dan etika serta pentaksiran penerapannya dalam pengajaran dan pembelajaran, kegiatan kokurikulum dan aktiviti khidmat komuniti.

2.1 HASIL PEMBELAJARAN

2.1.1 Menggunakan kemahiran berfikir mengenai pemupukan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar seseorang guru.

2.1.2 Mensintesis dan mencadangkan cara-cara bagi pembentukan sikap positif semasa pengajaran dan pembelajaran.

2.1.3 Menulis refleksi kendiri sejauh manakah amalan positif ini telah diterapkan dengan jayanya dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.1.4 Mencadangkan beberapa langkah yang boleh digunakan oleh guru bagi menerapkan nilai, moral dan etika semasa pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.

2.1.5 Memperjelaskan aktiviti-aktiviti yang boleh diserapkan dengan unsur penerapan nilai.

2.1.6 Menghubungkaitkan aktiviti kurikulum dengan penerapan kokurikulum. 2.1.7 Menunjukkan cara bagaimana penerapan nilai boleh diaplikasikan di

dalam kokurikulum.

2.1.8 Menyusun strategi bagi memanfaatkan penerapan nilai dalam kokutikulum.

2.1.9 Mengenal pasti beberapa langkah bagi tujuan penilaian nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar dalam kokurikulum.

(10)

2.1.11 Mengaplikasikan beberapa aktiviti yang boleh dinilai menggunakan kaedah temubual dan pemerhatian

2.2 KERANGKA TAJUK

PERANAN GURU DALAM PEMUPUKAN NILAI, MORAL DAN ETIKA

(11)

2.2.1 PENERAPAN NILAI MURNI, UNSUR PATRIOTISME DAN NILAI ALAM SEKITAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Usaha membangunkan nilai-nilai sosial di dalam diri pelajar amat penting. Nilai sosial adalah nilai yang dianuti oleh sesuatu masyarakat mengenai apa yang dianggap baik dan apa yang dianggap buruk oleh masyarakat itu. Sebagai contoh, seseorang yang menolong orang lain yang berada di dalam kesusahan diterima sebagai nilai baik, manakala mencuri harta benda orang lain adalah nilai buruk.

M.Z. Lawang menyatakan nilai adalah gambaran mengenai apa yang diinginkan, yang pantas, berharga, dan dapat mempengaruhi perilaku sosial daripada orang yang bernilai tersebut. Mengikut Woods, nilai sosial sebagai petunjuk umum yang telah lama berlaku dan mengarahkan tingkah laku dan kepuasan dalam kehidupan sehari-hari. W.A. Green pula mengatakan nilai sosial

adalah kesedaran yang secara relatif berlangsung disertai emosi terhadap objek. Di samping itu, Menurut Hendropuspito nilai sosial ialah segala sesuatu yang dihargai masyarakat kerana mempunyai daya guna fungsional bagi perkembangan kehidupan manusia.

Guru boleh membentuk sikap positif dan menerapkan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pengajian Sosial melalui cara-cara berikut.

(12)

yang digunakan hendaklah berunsur stimulatif, iaitu dapat merangsang minat dan respons pelajar.

Guru hendaklah memastikan bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dapat menggalakkan perlakuan yang bermatlamat. Ini bererti strategi pengajaran dan pembelajaran itu berorientasikan aktiviti dan berpusatkan pelajar serta mengambil kira aspek pencapaian matlamat selaras dengan hasil pembelajaran yang ditetapkan. Guru juga perlu melibatan pelajar dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan pelajar.

Di samping itu, guru perlu menyediakan ruang untuk para pelajar membuat refleksi kendiri terhadap amalan nilai selepas sesuatu langkah pengajaran dan juga dalam penutup.

Seseorang guru hendaklah merancang bagaimana sesuatu nilai itu dapat diterapkan dalam mana-nama langkah pengajaran yang sesuai. Pelaksanaan sesuatu aktiviti penerapan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar dalam prosedur pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pengajian Sosial boleh dibuat sama ada secara langsung atau tersirat.

Penerapan nilai-nilai tersebut hendaklah berpandukan hasil pembelajaran berkaitan nilai yang ingin dicapai, berpusatkan pelajar dan berpusatkan bahan. Penerapan nilai perlulah berbentuk aktiviti (activity-based), berpusatkan pelajar (student-centered), berbentuk inkuiri dan aktiviti penyelesaian masalah.

Membuat Nota

(13)

Rehat

2.2.2 PENERAPAN DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM DAN AKTIVITI KHIDMAT KOMUNITI

Guru perlu menerapkan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar melalui kelab dan persatuan, badan beruniform dan sukan dan permainan serta aktiviti khidmat komuniti dan projek khas sukarelawan. Sebagai contoh, nilai menghormati sesuatu keputusan mesyuarat harus wujud dalam diri murid bagi memantapkan pengurusan dan pentadbiran. Murid hendaklah diberi tanggungjawab untuk mengurus kelab dan persatuan, badan beruniform dan sukan dan permainan mengikut peranan murid-murid tersebut. Contohnya, seseorang murid yang dipilih menjadi pengerusi sesuatu persatuan harus diberi tanggungjawab untuk mempengerusikan sesuatu mesyuarat dan membuat keputusan berdasarkan keputusan bersama.

Penerapan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar juga perlu diterapkan sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti berbentuk amali ke arah pemantapan nilai dan etika dalam diri murid.

Nilai murni seperti kerjasama, guru penasihat yang membuat pemantauan terhadap aktiviti berbentuk amali hendaklah berupaya mengesan penerapan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar menggunakan kaedah pentaksiran yang sesuai.

Membuat Nota

Dalam bentuk grafik, jelaskan bagaimana penerapan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar boleh diaplikasikan di dalam aktiviti-aktiviti berikut:

(14)

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.

2.2.3 PENTAKSIRAN PENERAPAN NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DAN AKTIVITI KO-KURIKULUM.

Pentaksiran penerapan nilai dalam pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti kokurikulum bertujuan untuk menilai perkembangan dan kemajuan setiap murid secara menyeluruh dan berterusan dari segi nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar.

Pentaksiran penerapan nilai hendaklah bersifat formatif dan menekankan perkembangan individu. Maklumat yang diperoleh memberi maklum balas tentang tahap dan kesan penerapan nilai dalam kalangan murid.

Pentaksiran dikendalikan oleh guru secara bersistem iaitu merancang, mengurus, merekod, melapor dan membuat tindakan susulan. Pentaksiran ini menggunakan pelbagai kaedah seperti senarai semak, rekod anekdot, pemerhatian, temu bual dan soalan subjektif.

Membuat Nota

Terangkan secara ringkas lima kaedah yang boleh digunakan oleh seseorang guru untuk membuat pentaksiran terhadap penerapan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar dalam pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti kokurikulum.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.

(15)

SENARAI SEMAK

Senarai semak mengandungi aktiviti yang disusun dengan teliti bagi membolehkan guru menilai tahap penerapan yang berlaku semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti kokurikulum. Kandungan senarai semak berdasarkan nilai-nilai yang telah dirancang dalam prosedur pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran serta juga aktiviti kokurikulum. Senarai semak boleh disediakan secara individu atau berkumpulan seperti contoh berikut.

Borang Senarai Semak : Sikap Murid Terhadap Jiran

Arahan : Tandakan ( √ ) pada ruang yang sesuai.

Bil. Penyataan Ada Tiada

1. Saya menyapa jiran apabila bersua dengan mereka

2. Saya tidak akan mengambil barang kepunyaan jiran

3. Saya tidak mengotorkan kawasan rumah jiran.

4. Saya berkawan baik dengan anak jiran

5. Saya berbuat bising sehingga mengganggu jiran

Aktiviti

Analisis kekuatan dan kelemahan Kaedah Senarai Semak untuk membuat pentaksiran terhadap nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.

(16)

REKOD ANEKDOT

Rekod Anekdot ialah suatu alat pemerhatian yang menunjukkan tahap dan kualiti penguasaan serta pencapaian tingkah laku murid dalam perkara tertentu. Rekod ini sesuai digunakan untuk mengesan atau memerhati tahap perkembangan murid terutamanya tahap penerapan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar yang diharapkan.

Instrumen Penilaian : Rekod Anekdot – Unsur Patriotisme

Aktiviti : Perhimpunan Sekolah Tarikh : ...

Bil. Nama Murid Menghormati Lagu Kebangsaan Catatan

1 Murid A

Berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Kebangsaan

2 Murid B

Berbual-bual dengan kawan semasa menyanyikan lagu Kebangsaan Tidak berdiri tegak

3 Murid C Menyanyi dengan penuh semangat Berdiri tegak

Aktiviti

Analisis kekuatan dan kelemahan Kaedah Rekod Anekdot untuk membuat pentaksiran terhadap nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas

(17)

TEMU BUAL

Temu bual ialah suatu kaedah untuk memperoleh maklumat tentang pandangan, pemikiran, idea dan prinsip diri responden tentang sesuatu isu atau perkara. Temu bual boleh digunakan oleh seseorang guru untuk membuat pentaksiran terhadap penerapan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar yang hendak dinilai.

Aktiviti : Perkhemahan Unit Beruniform

Tempat : ________________________ Tarikh : ________ Nama Murid : ________________________ Kelas/Tahun : ________

Soalan Temu Bual : Nilai Alam Sekitar

Bil. Soalan Jawapan Murid

1 Bagaimanakah sampah sarap diurus sepanjang tempoh perkhemahan?

2 Apakah peraturan berkaitan dengan alam sekitar yang harus diikuti semasa mendirikan khemah?

3 Nyatakan aktiviti yang dijalankan untuk memelihara alam sekitar sepanjang tempoh perkhemahan?

Aktiviti

Analisis kekuatan dan kelemahan Kaedah Temu Bual untuk membuat pentaksiran terhadap nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.

(18)

PEMERHATIAN

Amalan nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar boleh ditaksir melalui Kaedah Pemerhatian sama ada dalam atau di luar bilik darjah. Melalui kaedah ini guru akan dapat memperoleh pelbagai maklumat berkaitan dengan sikap dan tingkah laku murid semasa pengajaran dan pembelajaran, aktiviti kokurikulum dan aktiviti khidmat komuniti.

Nama Murid : ________________________ Kelas/Tahun : ________

Perkara : Cara Murid Mempraktikkan Jadual Waktu Nilai : Bertanggungjawab

Perkara Ada/Tiada

BERTANGGUNGJAWAB

 Murid menggunakan waktu belajar dengan bertanggungjawab.

 Murid menggunakan waktu riadah dengan bermanfaat.

 Murid memilih rancangan TV yang sesuai.

 Murid membantu keluarga dengan bertanggungjawab.

ULASAN / KOMEN :

Aktiviti

Analisis kekuatan dan kelemahan Kaedah

Pemerhatian untuk membuat pentaksiran terhadap nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar.

Tahniah ! anda telah berjaya menyiapkan tugasan di atas.

(19)

SOALAN SUBJEKTIF

Melalui soalan subjektif kita akan memperoleh banyak maklumat tentang nilai yang ingin diketahui dengan lebih mendalam kerana responden bebas mengemukakan pelbagai pandangan dan pendapat. Oleh itu, guru akan lebih mudah mentaksir tahap amalan nilai yang dikehendaki.

Nama Murid : ________________________ Kelas/Tahun : ________

Tajuk : Semangat Kejiranan Nilai : Hormat-menghormati

Bil. Soalan Jawapan Murid

1 Bagaimanakah anda mengenali jiran?

2 Apakah aktiviti kejiranan yang pernah anda ikuti?

3 Berapa kerapkah anda mengunjungi rumah jiran dan apakah tujuan anda?

4 Pernahkah anda menziarahi rumah jiran semasa hari perayaan? Ceritakan pengalaman anda.

Aktiviti

Analisis kekuatan dan kelemahan Kaedah Soalan Subjektif untuk membuat pentaksiran terhadap nilai murni, unsur patriotisme dan nilai alam sekitar.

(20)

Rehat

Latihan 2

Sediakan satu langkah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan oleh guru bagi menerapkan nilai-nilai berikut semasa proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pengajian Sosial.

2.1 Nilai murni - Kerjasama

2.2 Unsur patriotisme - Menghormati amalan dan kepercayaan setiap kaum

2.3. Nilai alam sekitar - Prinsip kerosakan minima

Format Langkah Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah Pengajaran dan Pembelajaran Bahan Sumber P&P

2.1. Nilai murni - Kerjasama

a.

b.

c.

Peringatan

Setelah anda menyiapkan segala tugasan di dalam modul ini anda hendaklah menyimpannya dalam portfolio untuk tujuan semakan oleh pensyarah dan juga digunakan untuk sesi interaksi di IPG.

(21)

Referensi

Dokumen terkait

Pengamatan yang dilakukan se- tiap hari selama 3 hari menunjukkan bahwa perlakuan konsentrasi EDS 40% memiliki persentase penghambatan terbesar dan menunjukkan perbedaan

Sekalipun penelitian ini tidak dapat menyimpulkan bahwa peran ayah menjadi sebab perilaku anti sosial dari para subyek, namun berdasar temuan yang ada, kita dapat berharap

Berdasarkan hasil observasi yang dilakukan peneliti di SD N 02 Klaling Jekulo Kudus pada tanggal 13 Maret 2014 dan wawancara dengan guru beserta siswa pada tanggal 19

Dalam penelitian ini hanya menggunakan board of directors untuk melihat pengaruh corporate governance terhadap praktik earnings management, namun dengan hanya board of

Reseacrh dan Development yang meliputi 4 tahap yaitu, (a) Define (pendefinisian), (b).. Pada tahap pendefinisian meliputi analisis siswa, analisis materi, dan pemilihan

Hasil perhitungan arus fasa rata-rata yang diperoleh dari pengukuran dengan menggunakan alat monitoring dan alat ukur milik PLN ditunjukkan pada Gambar 19.

Sistem SFA pada perusahaan asuransi PT X merupakan sebuah sistem informasi berbentuk Sales Force System berupa media bagi para tenaga pemasaran PT X untuk dapat