• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGGUNAAN CATUR FILEM BUJANG LAPOK DALA (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGGUNAAN CATUR FILEM BUJANG LAPOK DALA (1)"

Copied!
34
0
0

Teks penuh

(1)

PENGGUNAAN CATUR FILEM BUJANG LAPOK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERBAHASA BAHASA MELAYU

Oleh:

Mazura binti Sulaiman Jabatan Pengajian Melayu

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah

(2)

1.0 PENGENALAN

Pengarah veteran, Allahyarham Omar Rojek pernah berkata, “Beri P. Ramlee sesuatu yang baik, dia akan menjadikannya lebih baik”. Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee legenda tersohor filem Melayu. P. Ramlee telah di Tanah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973. Meskipun sudah 40 tahun meninggalkan kita, namun namanya masih diingati hingga kini. Filem lakonannya juga terus diminati bukan saja oleh generasi lama, malah generasi baru yang lahir selepas pemergiannya juga mengagumi karya agungnya.

Nama sebenar P. Ramlee ialah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh, dan beliau dilahirkan di Pulau Pinang pada hari Rabu 22 Mac 1929 tepat pada pagi Hari Raya Idil Fitri. Bapanya, Teuku Nyak Puteh merupakan seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho’ Seumawe, Aceh yang telah berkahwin dengan Che Mah Hussin pada 1925 di Kubang Buaya, Butterworth.

(3)

Sukatan pelajaran Bahasa Melayu pula menitiberatkan konsep 5P dalam strategi

pengajaran dan pembelajaran. Konsep 5P ialah bermaksud adanya elemen

penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian yang digarapkan

dalam satu pengajaran dan pembelajaran. Memasukkan aspek seni boleh dibuat

secara langsung dalam elemen penggabungjalinan dan penyerapan. Kemahiran atau

ilmu dalam seni perlu diintergrasikan kerana murid akan melibatkan perasaan, daya

kreativiti, penajaman intuisi, persepsi, konsepsi, imaginasi dan estetika melalui aktiviti

pengajaran dan pembelajaran. Justeru melalui Program Memartabatkan Bahasa

Melayu terdapat dua modul yang boleh dikaitan dengan senario ini iaitu Modul Seni

dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dan Modul Kreativiti dan Didik

Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Filem pula merupakan

satu bahan yang boleh digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu. Pemaduan antara teknik, kaedah dan bahan yang sesuai dapat memastikan

pendidikan Bahasa Melayu berjaya mencapai matlamat.

(4)

2.0 KEMAHIRAN BERBAHASA BAHASA MELAYU

Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur, Membaca dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi dan cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akan membantunya dalam proses membaca dan menulis.

2.1 Kemahiran Lisan

Kemahiran lisan melibatkan kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Dalam konteks ini, kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktiviti pemerolehan mesej atau maklumat; manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan menghasilkan penghasilan maklumat. Menurut Jalongo (1992), kemahiran lisan melibatkan tiga perkara iaitu pendengaran, mendengar dan auding.

Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat penting dalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami dan memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga, seorang penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan berkesan dalam interaksi tersebut.

(5)

hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

Sesuai dengan itu dalam KBSR kemahiran lisan diterjemahkan sebagai:

Kemahiran Mendengar dan Bertutur merupakan keupayaan murid memahami perkara yang didengar dan dituturkan dalam pelbagai situasi pengucapan sama ada perbualan harian atau situasi formal. Kemahiran ini bertujuan menimbulkan kemesraan dan mengeratkan persahabatan serta dapat membincangkan topik yang lebih mencabar. Semua perbualan harus mengambil kira aspek sosiobudaya dan tatasusila untuk menjamin kesejahteraan hubungan. Hasil Pembelajaran bagi Kemahiran Mendengar dan Bertutur ialah berbual, bercerita, menyampaikan maklumat, dan berbincang.

1.0 Berbual dengan keluarga, rakan sebaya, dan pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal

1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan dengan kehidupan seharian menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai.

1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. 1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara.

1.4 Menyatakan permintaan secara berterus terang dan meyakinkan dengan intonasi dan paralinguistik yang sesuai untuk menguatkan permintaan.

1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat.

1.6 Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan transaksi dalam urusan harian untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca , atau dialami

(6)

3.0 Menyampaikan maklumat dalam pengucapan yang mudah, betul, menarik, dan berkesan

3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk menggunakan kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.

3.2 Menghuraikan maklumat dengan alasan yang meyakinkan.

3.3 Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti yang terancang.

4.0 Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara bertatasusila

4.1 Mengemukakan idea, pandangan, dan pendapat tentang sesuatu perkara secara terperinci, tepat , dan tersusun.

4.2 Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian, pengalaman, dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain.

4.3 Mengemukakan hujah untuk menyokong atau menentang sesuatu pendirian dengan memberikan alasan yang sesuai secara sopan dalam aktiviti yang terancang.

4.4 Menyatakan pilihan untuk menerima atau menolak pandangan dan pendapat dalam perundingan bagi mencapai kata sepakat.

2.2 Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Di samping itu, murid juga berupaya menghayati teks yang dibaca.Kurikulum Standard Sekolah Rendah (2010) . KBSR (2003) menegaskan Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.

(7)

5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi, dan gaya pembacaan yang sesuai

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

6.0 Membaca dan memahami maklumat yang terdapat dalam pelbagai teks

6.1 Merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet.

6.2 Mengenal pasti pelbagai genre penulisan.

6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.

6.4 Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh. 6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus.

6.6 Membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yang diberi dalam bahan ilmu.

7.0 Membaca, menaakul , dan menghayati kandungan teks yang dibaca

7.1 Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat.

7.2 Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat, dan gaya bahasa daripada bahan sastera dan bukan sastera yang dapat membawa kesan tertentu kepada pembaca.

7.3 Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berkualiti untuk meningkatkan dan memperkukuh minat membaca.

2.3 Kemahiran Menulis

(8)

Menulis ialah keupayaan menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana, mencatat dan menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif, dan membuat ulasan. (PPK:2003).

Berdasarkan KBSR (2003) Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Ini termasuk penulisan tentang pengalaman peribadi yang dilalui, bahan sastera serta bahan berunsur ilmu. Penulisan hendaklah menggunakan ayat yang gramatis serta tanda baca dan ejaan yang betul. Tulisan berangkai yang jelas dan cantik hendaklah digalakkan. Hasil pembelajaran bagi Kemahiran Menulis ialah keupayaan menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana, mencatat dan menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif, dan membuat ulasan.

8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

8.3 Menulis perkataan dan ayat dengan tulisan berangkai yang kemas.

8.4 Membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara.

8.5 Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam satu perenggan bagi sesebuah karangan.

8.6 Membina wacana yang sempurna bagi keseluruhan karangan.

9.0 Mencatat dan menyusun maklumat

9.1 Mengambil imlak bahan yang diperdengarkan.

9.2 Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau dibaca.

9.3 Menyusun maklumat daripada nota atau catatan hasil daripada bahan yang didengar atau dibaca secara kohesif.

(9)

10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna.

10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.

10.3 Membuat ringkasan daripada bahan yang didengar dan dibaca.

11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton, atau dibaca 11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam sesebuah karya.

11.2 Mengulas karya bukan sastera dari segi penggunaan perkataan, idea, ayat, wacana, nilai dan pengajaran.

11.3 Mengulas karya sastera yang mudah secara umum dari segi tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran, dan gaya bahasa.

11.4 Memberikan komen dan pandangan tentang pendapat yang disampaikan oleh pihak lain.

Dalam mencapai objektif kemahiran berbahasa ini, dalam pendidikan bahasa Melayu aspek sistem bahasa juga hendaklah diutamakan. KBSR (2003) menyatakan sistem bahasa ini seperti berikut:

2.4 Sistem Bahasa

Sistem Bahasa berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa.

Tatabahasa

Tatabahasa hendaklah dijadikan dasar kecekapan berbahasa dan diajarkan secara terancang dalam konteks untuk ketepatan berbahasa. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis.

(10)

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk kata, dan penggolongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambing (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan , dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Aspek morfologi yang diberi tumpuan adalah seperti yang berikut:

a. Struktur kata merujuk kepada pola suku kata bagi i. kata asli bahasa Melayu

ii. kata pinjaman bahasa Melayu

b. Bentuk kata i. kata tunggal ii. kata terbitan iii. kata majmuk iv. kata ganda

• Proses pembentukan kata bahasa Melayu ialah: i. pengimbuhan

ii. penggandaan iii. pemajmukan

Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata, yang amat kompleks ialah sistem imbuhan bahasa Melayu. Oleh itu, penekanan hendaklah diberi kepada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari segi bentuk dan makna.

(11)

Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur , dan binaan atau konstruksi ayat. Ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberi tumpuan

adalah seperti yang berikut :

a. unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa, dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat,

b. jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan,

c. ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif, d. susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang,

e. binaan dan proses penerbitan ayat: i. ayat dasar

ii. ayat tunggal

iii. ayat terbitan atau ayat majmuk, dan f. aspek tanda baca

Sistem Ejaan

Perkara yang diberi penekanan ialah: i. pola keselarasan huruf vokal ii. ejaan kata pinjaman

iii. ejaan kata dasar dan kata terbitan

Sebutan dan Intonasi

Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang dipupuk ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya murid dapat menyampaikan sesuatu makna dengan tepat. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku.

(12)

Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata dengan betul. Sebutan bahasa Melayu yang diajarkan di sekolah hendaklah sebutan bahasa Melayu baku.

ii. Intonasi

Intonasi ayat bahasa Melayu hendaklah diajarkan mengikut pola yang berikut:

a. Jenis ayat i. ayat penyata ii. ayat tanya iii. ayat seruan iv. ayat perintah

b. Susunan ayat i ayat biasa ii. ayat songsang

c. Ragam ayat i ayat aktif ii. ayat pasif

Kosa kata

Kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata perlu dipertingkatkan dan diperkembang selaras dengan pertambahan ilmu dalam mata pelajaran peringkat sekolah rendah.

Peribahasa

(13)

3.0 SENI DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik dan menyeluruh.

Perkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani amat berkaitan dengan matlamat pelaksanaan Seni dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana aspek seni boleh mempengaruhi intelek, rohani, emosi dan jasmani kanak-kanak.

Aspek ini jika dimasukkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan memberi peluang kepada kanak-kanak dan remaja untuk meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir dengan setiap aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu pewujudan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani boleh terhasil.

3.1 Konsep Seni dalam Pendidikan Bahasa Melayu

Secara umumnya Seni merupakan sesuatu yang halus dan indah. Seni boleh ditakrifkan sebagai kesanggupan akal manusia untuk menciptakan sesuatu karya yang bermutu dan bernilai tinggi. Seni adalah salah satu manifestasi dan pancaran rasa keindahan, pemikiran, kesenangan dan perasaan yang lahir dari seniman. Ini merupakan hasil idea para seniman yang berlandaskan imaginasi, pengetahuan, pendidikan, inspirasi, dan tenaga seniman. Seni juga merupakan suatu medium pendidikan yang dapat membentuk kehidupan dan sifat-sifat peribadi seseorang kanak-kanak Seni itu haruslah digalakkan demi meningkatkan daya kreativiti dan pemahaman terhadap kehidupan itu sendiri.

(14)

kanak-kanak tidak memperolehi pengetahuan secara pasif, tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif. Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner telah menyokong seni diberi peranan yang lebih penting dalam kurikulum. Ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui kecerdasan yang pelbagai.

3.2 Objektif Seni dalam Pendidikan Bahasa Melayu

Secara umumnya, pengajaran dan pembelajaran seni dalam pengajaran Bahasa Melayu digubal untuk memenehi beberapa matlamat. Menurut Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu sekolah Menengah (KBSM) 2011, seni dalam pengajaran Bahasa Melayu tergolong di dalam hasil pembelajaran bidang Seni Berbahasa untuk sekolah rendah dan bidang estetik untuk sekolah menengah. Ia diharapkan dapat mempertingkatkan keupayaan pelajar di dalam penguasaan aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa. Di samping itu, komponem ini juga mengutamakan penikmatan hasil karya yang indah, penglahiraan perasaan dan penghayatan.

Sehubungan itu, seni dalam pengajaran Bahasa Melayu diajarkan untuk memenuhi objektif-objektif berikut :

(i) Menerapkan minat membaca dan kemahiran berbahasa sebagai amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan.

(ii) Memupuk semangat keyakinan diri.

(iii) Mengaplikasikan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa.

(iv) Mengaplikasikan pengetahuan seni dalam pengajaran bahasa Malaysia di peringkat sekolah rendah dan menengah.

(v) Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis.

(vi) Menghargai dan menghayati nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan perasaan cintakan Negara.

(vii) Bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi. (viii) Membaca pelbagai bahan berunsurkan pengetahuan menggunakan teknik membaca

(15)

3.3 Kepentingan Seni dalam Pendidikan Bahasa Melayu

Seni dalam Pendidikan melibatkan ekspresi, emosi dan imaginasi.

(a) Peranan ekspresi

Seni dalam pendidikan Bahasa Melayu menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan, pernyataan emosi, idea dan manifestasi pemikiran. Aktiviti seperti ini memberi peluang kepada murid-murid untuk membina keyakinan, menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti dan meningkatkan nilai estetik.

(b) Peranan emosi

Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan geli. Manakala emosi yang mempengaruhi ingatan pula boleh digolongkan dalam dua jenis, iaitu seronok dan tenang, serta kurang seronok dan cemas.

(c) Peranan imaginasi

Proses kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan;

(i) Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti

(ii) Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil (iii) Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.

3.4 Unsur Seni dalam Pendidikan Bahasa Melayu

(16)

3.5 Kesan Positif Seni dalam Pendidikan Bahasa Melayu

Rajah 1.1 Kesan Positif Seni dalam Pendidikan Bahasa Malaysia

4.0 DIDIK HIBUR DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Didik hibur merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan kepada murid-murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Malaysia. Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menjadi seronok untuk diikuti murid-murid. Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas Bahasa Malaysia dalam kalangan murid melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penghayatan dan apresiasi juga akan diberikan kepada Kesusasteraan Melayu untuk murid-murid sekolah menengah.

Penumpuan memperkasa penguasaan Bahasa Malaysia amat ditekankan. Oleh itu, Kerajaan akan mula melaksanakan transformasi kurikulum Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah yang mana akan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa dalam kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa.

Menjadikan P&P lebih seronok

Memahami potensi diri murid

Memupuk nilai kerjasama

Murid berpeluang

meneroka Memenuhi

keperluan sosial

Kesan

Positif

(17)

Di sekolah rendah, kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa bagi merealisasikan hasrat transformasi berkenaan. Manakala di peringkat sekolah menengah pula, transformasi kurikulum Bahasa Malaysia akan memberi penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek Kesusasteraan Melayu. Kaedah pengajaran akan lebih interaktif, iaitu berkonsepkan didik hibur supaya pengajarannya lebih mudah dihayati dan difahami.

4.1 Konsep Didik Hibur

Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati.

Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen sastera iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi. Oleh itu, keseronokan murid secara total dalam mempelajari Bahasa Malaysia akan dapat direalisasikan secara terancang dan bersistematik.

4.2 Ciri-Ciri Didik Hibur

( i ) Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.

( ii ) Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur. Justeru murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif dan tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya. ( iii ) Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan

pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.

(18)

ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti Bahasa Malaysia.

( v ) Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.

( vi ) Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.

( vii ) Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik tetapi terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.

( viii ) Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya tetapi terkawal.

( ix ) Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.

4.3 Objektif Didik Hibur

Terdapat tiga objektif pelaksanaan pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah, iaitu:

( i ) Mengguna dan memahami lirik lagu secara didik hibur;

( ii ) Mengguna dan memahami bahasa yang indah dan bahasa badan dalam lakonan dan bercerita; dan

( iii ) Mengguna dan memahami pantun dua kerat secara didik hibur.

4.4 Pelaksanaan Didik Hibur dalam Pendidikan Bahasa Melayu

Didik hibur dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran Bahasa Malaysia dengan berfokuskan kepada aktiviti mengguna dan memahami lirik lagu, bahasa indah, bahasa badan dan berpantun (dua kerat). Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai, murni, dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001).

Terdapat empat unsur penyerapan sedia ada dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, iaitu:

( i ) Pelbagai bidang ilmu serta tema,

(19)

( iii ) Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan kemahiran bernilai tambah.

Didik hibur termasuk dalam penyerapan jenis pertama iaitu pelbagai bidang ilmu serta tema kerana iaitu penyerapan didik hibur menekankan empat bidang utama iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi. Dalam modul ini, penyerapan bermaksud proses menyerapkan pelbagai aktiviti nyanyian, bercerita, lakonan dan berpantun dua kerat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah dan menengah.

5.0 PENGGUNAAN FILEM DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Dalam usaha memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran kemahiran berbahasa dalam pendidikan Bahasa Melayu tercapai, seorang guru yang baik perlu memiliki cirri-ciri seperti sahsiah yang baik, memiliki latar belakang pengetahuan yang hendak diajar, dan berkemampuan dalam penyampaian (Atan Long, 1982). Schulman (1986, 1987) pula menganggap untuk menjadi guru yang efektif guru perlu menonjolkan kecekapan dalam penguasaan isi kandungan, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan pedagogi. Dalam konteks ini pengetahuan kandungan pedagogi meliputi kebolehan menyampaikan pengetahuan kandungan untuk meningkatkan pemehaman dan pencapaian. Sehubungan itu, pedagogi guru perlu mengambil kira keperluan penggunaan bahan bantu mengajar untuk menjadikan pengajaran lebih menarik. Kebanyakan guru bergantung kepada bahan bantu yang sesuai untuk mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Medium filem merupakan salah satu bahan yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut.

(20)

Dari segi mutu penulisan murid, terdapat peningkatan dari segi pemerengganan, penjanaan dan kesinambungan idea dalam karangan murid. Dari sudut menjana idea pula, murid dapat berfikir sambil menghasilkan frasa dan kata-kata yang sesuai berkenaan karangan yang ditulis. Secara tidak langsung, murid bukan sahaja dapat mempelajari dan memperkaya kosa kata, mereka juga dapat menghayati penulisan dari kaca mata watak dalam gambar tersebut. Murid juga dapat menerapkan unsur perasaan, insiden serta pengajaran yang terdapat dalam gambar yang diberikan. Secara keseluruhan, murid dapat mempamerkan sikap yang positif semasa mengikuti aktiviti pembelajaran yang dijalankan.

Manakala Bayu Seno Aji (2012) telah membuat kajian tentang penggunaan media filem pendek dalam pembelajaran menulis cerpen. Kajian beliau yang bertajuk “Keefektifan media filem pendek dalam pembelajaran menulis cerpen . Dapatan kajian yang dilakukan ke atas siswa kelas x SMAN 1 Wadaslintang Kec. Wadaslintang, Kab Wonosobo mendapati terdapat perbezaan keterampilan menulis cerpen yang signifikan antara kelompok yang diajar dengan menggunakan media “film pendek” dan yang tidak diajar dengan media “film pendek”. Hasil perhitungan uji scheffe, diperoleh skor F’ hitung (F’h) sebesar 756.919 dengan db 72 dan p sebesar 0.00, skor tersebut dikonsultasikan dengan skor F’ tabel. Skor F’ tabel (F’t) sebesar 30.485. Dengan demikian skor F’ hitung lebih besar daripada skor tabel (F’h. 756.919 > F’t 30.485). Hasil analisis tersebut menunjukkan bahwa pembelajaran keterampilan menulis cerpen menggunakan media “film pendek” lebih efektif daripada pembelajaran keterampilan menulis cerpen tanpa menggunakan media “film pendek”.

Kajian oleh Mulyati (2011) iaitu ‘Penggunaan filem fiksi dalam menulis karangan narasi’ dalam kalangan siswa kelas vii SMPN3 Bandong, Indonesia menunjukkan kemampuan menulis karangan bentuk narasi dalam kalangan siswa semakin meningkat setelah melalui proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan media filem fiksi.

Sumaryati (2009) melalui kajian beliau tentang “Penggunaan media tayangan filem television dalam pembelajaran menulis cerpen pula menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian pelajar setelah penggunaan media filem dalam pengajaran dan pembelajaran.

(21)

imaginasi dan memotivasikan siswa dalam pembelajaran menulis skrip drama. Selain itu, mutu hasil penulisan mereka juga semakin meningkat. Hal ini membuktikan bahawa media filem memiliki pengaruh yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan prestasi pelajar.

6.0 FILEM-FILEM BUJANG LAPOK

PELAKON dan pengarah Allahyarham P. Ramlee adalah sebuah nama yang cukup terkenal di persada seni tanah air. Allahyarham banyak mengarah filem dan mendapat perhatian di peringkat antarabangsa di era 1950-an dan 1960-an. Hingga kini, filem arahan Allahyarham P. Ramlee masih ditonton oleh semua lapisan generasi dan kaum di Malaysia. Daripada 34 buah filem yang diarah oleh Allahyarham, 18 buah filem adalah dari genre komedi. Filem komedi pertama beliau adalah Bujang Lapok diarahkan pada tahun 1957.

Filem-filem arahan Allahyarham jika diteliti dan dihalusi mampu menterjemahkan sesuatu yang positif dalam bidang pendidikan amnya dan pendidikan bahasa khususnya. Catur filem yang menggunakan watak “Bujang Lapok” merupakan antara filem komedi beliau yang masih malar segar hingga kini. Jalan ceritanya agak santai dan dipenuhi dengan unsur komedi, samada kita sedari atau tidak banyak memberi penekanan isu-isu pendidikan di sepanjang plot cerita. Yang utamanya adalah berkenaan dengan situasi buta huruf dalam kalangan masyarakat Melayu pada waktu Itu. Rata-rata memahami bahawa masyarakat Melayu agak jauh ketinggalan dalam bidang pendidikan semasa dan selepas zaman penjajahan British.

(22)

Poster-poster filem Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Ali Baba Bujang Lapok.

6.1 Sinopsis Filem Bujang Lapok

(23)

Aziz pula membantu Sapiah yang menderita di tangan bapa angkatnya yang kejam. Pertolongan Aziz, Ramlee, Sudin dan Normah akhirya Berjaya melembutkan hati dan memberi kesedaran kepada bapa tiri Safiah. Dia akhirnya insaf. Ramlee pula begitu disayangi oleh Normah tuan punya rumah yang disewa Ramlee, Sudin dan Aziz. Tapi Normah hanya memendam rasa. Ramlee juga sebenarnya ada hati dengan Normah. Selepas beberapa lama, ketiga-tiga sahabat ini berkahwin dengan gadis pilihan masing-masing - Sudin dengan Zaiton, Aziz dengan Sapiah dan Ramli dengan Normah.

6.2 Sinopsis Filem Pendekar Bujang Lapok

Tiga pemuda "bujang lapok" yang terdiri daripada Ramli, Sudin dan Ajis sedang menunggu sampan di tengah-tengah pengembaraan mereka untuk menyeberang sungai. Syarikat sampan tersebut dimiliki seorang kaya bernama Ahmad Nisfu, yang menggunakan samseng untuk memastikan perniagaannya berjalan lancar. Seorang tua bernama Pendekar Mustar mahu menyeberang sungai tetapi dilarang samseng-samseng tersebut, tetapi dia berjaya menewaskan kesemua samseng yang rata-ratanya muda dan perkasa.

Ramli, Sudin dan Ajis terpesona dengan kehandalan Pendekar Mustar dan mengambil keputusan berguru dengannya. Mereka bersemuka dengan Pendekar Mustar sambil menyarakan hasrat untuk belajar silat dengannya. Pendekar Mustar menerima ketiga-tiga pemuda tersebut dan mula mengajar mereka silat, tetapi mendapat tahu mereka bertiga kesemuanya buta huruf. Maka dia menghantar pemuda-pemuda tersebut ke sekolah orang dewasa di mana anak perempuan Pendekar Mustar, Ros, mengajar mereka menulis dan membaca.

(24)

6.3 Sinopsis Filem Seniman Bujang Lapok

Filem ini mengisahkan kehidupan tiga orang bujang Ramlee, Aziz dan Sudin yang mendiami kawasan perumahan yang sesak. Bujang Lapok yang menganggur berusaha untuk mendapatkan pekerjaan. Mereka tinggal di dalam satu rumah yang besar dan dihuni bersama beberapa kelamin beraneka bangsa dan ragam. Suatu hari, setelah melihat siar raya (iklan) bagi filem terbaru Shaw Brothers Limited, mereka mendapat ilham untuk menjadi seniman. Merekapun bersiap-siap untuk pergi ke studio Jalan Ampas.

Pengurus studio telah berjanji untuk memberikan peluang kepada mereka untuk berlakon sekiranya mereka boleh membuktikan bakat lakonan mereka dalam ’screen test’. Ternyata telatah dan bakat lakonan mereka telah menarik perhatian pengurus studio tersebut. Sebagai pelakon mereka perlu menghafal dialog. Suasana aman dan tenteram tidak pernah dialami di rumah yang penuh sesak itu. Kasihan mereka kerana sukar unutk menumpukan perhatian. Esoknya mereka berlakon. Oleh kerana karenah mereka yang memeningkan kepala Director Ahmad Nesfu pengsan.

(25)

6.4 Sinopsis Filem Ali Baba Bujang Lapok

Ali Baba adalah seorang yang miskin dan papa kedana. Dia sering menghantar isterinya ke rumah Kassim Baba untuk meminjam gandum supaya mereka dapat makan, tetapi Kassim Baba yang kedekut kecewa dengan adiknya itu dan seringkali memberitahu isterinya bahawa Ali Baba ialah seorang yang tidak berguna. Suatu hari, semasa Ali Baba sedang keluar mencari kayu api, dia terlihat sekumpulan 40 penyamun berkawad melalui hutan sambil membawa hasil rompakan. Dia bersembunyi di sebatang pokok dan melihat ketua penyamun berdiri di hadapan sebuah gunung batu sambil menyanyikan mentera di dalam Bahasa Jawa untuk membuka mulut gua batu tersebut. Ali Baba menunggu sehingga kesemua penyamun meninggalkan gua sebelum dia turun dari atas pokok dan menggunakan mentera itu untuk membuka mulut gua tersebut. Dia mendapati di dalam gua tersebut penuh dengan harta-benda dan barang kemas, tetapi dia hanya mengambil satu peti berisi syiling emas sahaja.

Dengan wang emas tersebut Ali Baba mampu membayar balik kesemua hutangnya pada abangnya serta hidup dalam keadaan mewah. Kassim Baba berasa ingin tahu lalu memujuk Ali Baba untuk memberitahunya bagaimana dia boleh jadi cepat kaya. Ali Baba terus memberitahu mengenai gua tersebut serta mentera untuk membuka gua itu, tetapi belum sempat dia memberitahu mentera penutup ataupun mengenai penyamun yang menggunakannya, Kassim Baba terus meluru untuk mencari gua tersebut. Kassim Baba, dengan penuh rasa tamak, cuba mencuri kesemua yang ada di dalam gua penyamun tersebut. Dia tertangkap semasa para penyamun pulang semula ke gua lalu membunuhnya. Ali Baba pergi semula ke gua itu dan menemui mayat abangnya itu. Dia membawa pulang mayat itu dan menghantar mayat Kassim Baba untuk dijahit dan dikebumikan.

(26)

7.0 PENGGUNAAN CATUR FILEM BUJANG LAPOK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BERBAHASA

Filem Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Ali Baba Bujang Lapok tetap mendapat tempat dalam kalangan pelbagai generasi tidak kira yang sudah pada usia emas mahu pun yang masih di bangku sekolah tadika. Justeru penggunaan filem-filem ini didapati mampu menjadi wahana dalam pengajaran dan pembelajaran am nya dan pendidikan kemahiran bahasa Melayu khususnya.

Jalan ceritanya yang santai, dengan unsur humor , penyerapan nilai-nilai murni, budaya, adat dan agama jika digarap dengan baik dan kreatif mampu memudahkan pencapaian hasil pembelajaran pendidikan Bahasa Melayu khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran berbahasa yang melibatkan kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Bahagian ini akan membincangkan bagaimana keempat-empat filem Bujang Lapok ini dapat digunakan untuk hasrat tersebut.

7.1 Penggunaan Catur Filem Bujang Lapok dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Lisan.

FILEM BABAK APLIKASI DALAM P&P BMASPEK BAHASA

Bujang Lapok

Babak Sudin dan Aziz berbual dengan mak Sudin dengan mengemukakan beberapa ayat tanya.

1. Bila mak sampai?

2. Siapa yang tinggal di belakang rumah makcik?

3. Mengapa engkau orang berdua ni? menggunakan kata, ungkapan,ayat, sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai.

(27)

Pendekar Bujang

Lapok Pendekar Mustar menyebut namaalat muzik “bengo”

2.0 Bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca , atau dialami 2.1 Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas.

Sistem bahasa - sebutan dan intonasi

Sudin menegur pengawal keselamatan menggunakan sapaan “hoi”

1. Lu cakap lekat, tapi nyalan-nyalan

(28)

talak sampei.

2. Lu bikin gua punya mata manyak gilap

3. Gua jayit kasut bukan jayit olang

1.1 Berbual tentang sesuatu perkara

7.1 Penggunaan Catur Filem Bujang Lapok dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Membaca

FILEM BABAK APLIKASI DALAM P&P BMASPEK BAHASA

Bujang Lapok Permulaan filem yang memuatkan maklumat berkaitan filem

1. Starring – pelakon

2. co-starring – pelakon pembantu 3.Story – cerita

4. Play-back singers – penyanyi latar

7.0 Membaca, menaakul , dan surat daripada Ros kerana buta huruf

5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi, dan gaya pembacaan yang sesuai

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

Sistem bahasa-sistem ejaan (tidak kenal huruf – tidak dapat membaca) Bujang Lapok tidak dapat kenal huruf

semasa menghadiri kelas buta huruf

(29)

Seniman

Bujang Lapok Ramlee membaca ayat pada dinding studio

gaya pembacaan yang sesuai

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

Sistem bahasa-sistem ejaan (tidak kenal huruf – tidak dapat membaca)

Ali Baba

Bujang Lapok Ali Baba dan Kassim Baba membaca lagu buka pintu dengan sebutan dan intonasi yang tersendiri

5.0 Membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi, dan gaya pembacaan yang sesuai

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang

7.3 Penggunaan Catur Filem Bujang Lapok dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menulis

FILEM BABAK APLIKASI DALAM P&P BMASPEK BAHASA

Bujang Lapok

Sudin dan Aziz berbual dengan mak Sudin menggunakan ayat tanya 1. Bila mak sampai?

2. Mengapa engkau orang berdua ni?

3. Apa yang dah berhenti ?

8.0 Menggunakan pelbagai jenis ayat dan wacana dalam penulisan 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.

Sistem bahasa-morfologi-kata tugas (kata tanya) dan sintaksis (ayat tanya)

(30)

Pendekar Sistem bahasa – sintaksis - jenis ayat dan ragam ayat menggunakan struktur ayat songsang

1. Ini hari Hari Sabtu

(31)

7.4 Penggunaan Catur Filem Bujang Lapok Menerusi Didik Hibur dan Seni dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Lagu-lagu yang ada dalam keempat-empat filem Bujang Lapok ini amat sesuai digunakan semasa menyerapkan unsur didik hibur dan seni dalam pengajaran kemahiran berbahasa dalam Bahasa Melayu. Berikut diberikan contoh sebuah lagu yang ada dalam filem Pendekar Bujang Lapok berjudul Maafkan Kami.

LIRIK LAGU SEBENAR PENGGUNAAN DALAM

i. Mengguna dan memahami lirik lagu secara didik hibur;

(32)

8.0 KESIMPULAN

Siapakah antara penonton yang ketawa tidak sewaktu menonton filem-filem komedi P. Ramlee. Humor dalam filem-filem P.Ramlee bukan humor yang dibuat-buat tetapi humor yang bermakna yang berupa sindiran sekali gus memberi pengajaran. Kelucuan dalam filem P. Ramlee sungguh mengesankan. Walaupun P. Ramlee bukan ahli bahasa, namun Allahyarham dapat mencipta beberapa kosa kata yang masih digunakan secara meluas sehingga hari ini seperti kugiran, dan pawagam.

Keempat-empat filem-filem Bujang Lapok ini amat sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran kemahiran berbahasa sama ada untuk kemahiran lisan, kemahiran membaca mahupun kemahiran menulis. Selain itu filem-filem ini amat sesuai sebagai bahan bantu mengajar yang mampu menarik perhatian dan tumpuan murid-murid. Bertepatan dengan penggunaan unsur didik hibur dan unsur seni dalam pengajaran bahasa, kita dapati filem-filem ini bakal menjadi pilihan utama para guru kerana mempunyai semua unsur yang berkaitan secara langsung dengan konsep didik hibur dan seni.

Filem komedi P. Ramlee boleh dijadikan pedoman kepada generasi baru dalam pengarahan filem komedi. Kebanyakan filem komedi yang dihasilkan oleh P. Ramlee sebenarnya menyelitkan banyak nilai murni serta pengajaran selain memaparkan realiti kehidupan ketika itu. Antara nilai yang selalu diterapkan dalam filem P. Ramlee adalah mengenai nilai persahabatan, nilai ini secara terang-terangan telah diterapkan dalam setiap filem komedinya.

Tidak dinafikan filem-filem ini turut mempamerkan unsur nilai dan budaya yang kurang cocok dengan masyarakat justeru guru juga perlu bijak mengubahsuai dan memberi penerangan yang dapat menanam nilai murni dan budaya yang sesuai.

(33)

Tuntasnya jika kena cara dan gayanya filem-filem ini mampu menjadi medium membantu para guru semasa mengajar kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis dalam bahasa Melayu. Semuanya terpulang kepada para guru itu sendiri. tepuk dada tanya selera. Yang pastinya filem Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Ali Baba Bujang Lapok mempunyai kelebihan tersendiri yang sesuai diaplikasikan dalam pendidikan.

RUJUKAN

Abdul Ghalib Yunus. 2001. Penggunaan drama dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur.Dewan Bahasa September: 14-20.

Atan Long. 1986. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Azizul Rahman Abd. Rahman. 2009. Didik Hibur Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia. Dewan Bonus) 10: 2-3.Siswa

Barry, T.J. 2000. Creativity in The Classroom and Life: A Nurturing Approach. Tanjung Malim. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris

Jamaluddin Harun & Zaidatun Tasir. 2003. Multimedia Dalam Pendidikan. Bentong: PTS Publications.

Kamaruddin Hj. Husin. 1999. Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010 . Modul KPKI Kursus Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu : Bahagian Pendidikan Guru

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010 . Modul KPKI Kursus Seni dalam Pengajaran Bahasa Melayu : Bahagian Pendidikan Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia. 1992. Aktiviti Bahasa Jilid 7 Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Sukatan Pelajaran KBSR, Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003. Sukatan Pelajaran KBSM, Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

(34)

Noresah Baharom et al.

(Ed.). 2000.

Kamus Dewan (edisi ke-3). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Roselan Baki. 2003. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Shah Alam. Karisma Publications Yahya Othman. 2005. Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. PTS

Publications

Yusnor Ef. 2000. P. Ramlee Yang Saya Kenal. Kuala Lumpur. Pelanduk Publications (M) Sdn Bhd.

.Video

Bujang Lapok. 1957. Arahan P.Ramlee: Malay Film Productions Ltd

Pendekar Bujang Lapok. 1959. Arahan P.Ramlee: Run Run Shaw

Seniman Bujang Lapok. 1961. Arahan P.Ramlee: Shaw Brothers Ltd

Referensi

Dokumen terkait

Setelah digunakan untuk proses adsorpsi, terjadi kenaikan bilangan gelombang, yang berarti kuantitas gugus fungsi pada adsorben berkurang karena telah berikatan dengan

Sepanjang pengetahuan penyelidik, kajian lepas yang melaporkan tentang amalan pemberian makanan kepada kanak-kanak dan remaja autisme dan sumber maklumat pemakanan dalam

Berdasarkan hasil penelitian dan pengujian hipotesis dalam penelitian ini, maka dapat ditarik kesimpulan sebagai berikut: Pertama, akuntabilitas, tingkat pendidikan,

Segala puji dan syukur kehadirat Allah SWT atas berkah, rahmat dan hidayah-Nya yang senantiasa dilimpahkan kepada penulis, sehingga bisa menyelesaikan penelitian

Setelah melakukan penelitian maka peneliti mendapat kesimpulan bahwa praktik jual beli yang terjadi di CV Lintang Semesta Surakarta sudah sesuai dengan hukum Islam jika

The fact that Konker is growing the Industrial division most rapidly (highest capex percent to asset percent ratio) is a likely cause for concern and further investigation, since

Dalam definisi ini ada tiga ide pikiran penting yaitu proses transformasi nilai-nilai, ditumbuh-kembangkan dalam kepribadian dan menjadi satu dalam perilaku.7 Sementara itu,

Solusi terbaiknya adalah disimpan pada toko buah dan sayuran yang menyediakan sistem pendinginan yang komplit seperti yang ada di mall-mall kota besar, sedangkan