• Tidak ada hasil yang ditemukan

BIOLOGI TINGKATAN 4 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 2012

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BIOLOGI TINGKATAN 4 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia 2012"

Copied!
80
0
0

Teks penuh

(1)

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

SPESIFIKASI KURIKULUM

BIOLOGI

TINGKATAN 4

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

(2)

Buku

Spesifikasi Kurikulum Biologi Tingkatan 4

ini ialah terjemahan yang sah daripada buku Curriculum

Specifications Form 4 Biology terbitan Curriculum Development Centre, Ministry of Education Malaysia, Putrajaya.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Kementerian Pelajaran Malaysia

Aras 4-8, Blok E9

Kompleks Kerajaan Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

Malaysia

Tel: 603-88889917

Laman Web: http//www.moe.gov.my

Cetakan Pertama 2012

© Karya Terjemahan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum

© Curriculum Development Centre, 2006

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian teks, ilustrasi dan isi kandungan buku ini

dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain

kecuali dengan keizinan bertulis daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum.

(3)

Rukun Negara

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Sains Negara

Kata Pengantar

Pendahuluan

Matlamat

Objektif

Kemahiran Saintifik

Kemahiran Berfikir

Sikap Saintifik dan Nilai Murni

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Organisasi Kandungan

Pengenalan Kepada Biologi

Bidang Pembelajaran: 1. Pengenalan Kepada Biologi

Menyiasat Sel Sebagai Unit Asas Kehidupan

Bidang Pembelajaran: 1. Struktur Dan Organisasi Sel

Bidang Pembelajaran: 2. Pergerakan Bahan

Merentas Membran Plasma

iii

iv

v

vi

1

2

2

3

4

10

12

16

18

18

20

20

20

Bidang Pembelajaran: 3. Komposisi Kimia Dalam Sel

27

Bidang Pembelajaran: 4. Pembahagian Sel

32

Menyiasat Fisiologi Hidupan

35

Bidang Pembelajaran: 1. Nutrisi

35

Bidang Pembelajaran: 2. Respirasi

49

Menyiasat Perhubungan Hidupan Dengan

Persekitaran

56

Bidang Pembelajaran: 1. Ekosistem Dinamik

56

(4)
(5)

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang

lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta

masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan

saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan

berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan

teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk

mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

(6)
(7)

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

(8)
(9)

FALSAFAH PENDIDIKAN SAINS NEGARA

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya

Sains dan Teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif,

dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi.

(10)
(11)

Aspirasi bangsa untuk menjadi masyarakat perindustrian

dapat direalisasikan melalui kemajuan dan pembangunan

sains dan teknologi secara berterusan. Demi mencapai hasrat

ini pendidikan sains yang berkualiti perlu disediakan agar

negara dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan,

berkemahiran serta berkeupayaan mempelopori pesaing lain

di peringkat antarabangsa dalam kemajuan sains dan

teknologi.

Kurikulum Biologi direka bentuk bukan sahaja untuk

menyediakan peluang kepada murid memperolehi kemahiran

dan pengetahuan sains, membina kemahiran dan strategi

berfikir, dan membina aplikasi pengetahuan dan kemahiran

dalam kehidupan tetapi juga menyemai nilai murni dan

semangat patriotisme. Adalah diharapkan proses pendidikan

menjadi wahana untuk mencapai matlamat menghasilkan

bangsa dan masyarakat yang seimbang, harmoni dan berjaya.

Kurikulum Biologi bertujuan menghasilkan murid yang aktif

melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran yang telah dicadangkan.

Untuk mencapai hasrat ini, murid diberi peluang yang luas

dalam penyiasatan saintifik melalui aktiviti amali dan

eksperimen.

Justeru

kurikulum

Biologi

menekankan

berfikrah dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Bermula tahun 2012, Bahasa Malaysia boleh digunakan

sebagai

bahasa

pengantar

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran sains dan matematik bagi murid Tingkatan 4

sehingga kohort ini tamat Tingkatan 5 pada tahun berikutnya.

Penggunaan Bahasa Inggeris dan/atau Bahasa Malaysia

dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di

peringkat menengah atas boleh diteruskan sehingga tahun

2015, iaitu tahun akhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

disediakan dalam

dwibahasa.

Langkah

ini

bertujuan

membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan

perubahan dari segi bahasa pengantar yang digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik.

Kepada semua pihak yang terlibat menghasilkan spesifikasi

kurikulum terjemahan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima

kasih.

(DATO’ HAJI IBRAHIM BIN MOHAMAD)

Pengarah

Bahagian Pembangunan Kurikulum

Kementerian Pelajaran Malaysia

(12)
(13)

PENDAHULUAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat melahirkan insan yang seimbang, harmoni dan bermoral tinggi. Hasrat ini termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan sains sekolah rendah dan menengah dibangunkan dengan matlamat membentuk individu seperti yang dihasratkan.

Malaysia yang menuju ke arah status negara maju, perlu mewujudkan masyarakat yang berbudaya sains, progresif, berilmu, berkemampuan membawa perubahan, berpandangan jauh, inovatif serta menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dimasa hadapan. Selari dengan aspirasi ini, pembangunan warganegara yang kritis, kreatif dan berketerampilan, bersifat terbuka dan berdaya saing dalam sains dan teknologi adalah diperlukan.

Kurikulum sains Malaysia merangkumi tiga mata pelajaran sains teras dan empat matapekajaran sains elektif. Mata pelajaran teras adalah sains sekolah rendah, sains menengah rendah dan sains menengah atas. Mata pelajaran sains elektif ditawarkan di peringkat menengah atas dan terdiri daripada Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan.

Mata pelajaran Sains Teras untuk sekolah rendah dan menengah di reka bentuk untuk memberi pengetahuan asas sains, menyediakan murid celik sains dan murid mampu mengikuti sains di peringkat menengah atas. Mata pelajaran Sains Teras untuk menengah atas di reka bentuk untuk menghasilkan murid yang celik sains, inovatif dan berupaya mengaplikasikan pengetahuan sains dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan.

Mata pelajaran sains elektif menyediakan murid yang cenderung, dalam bidang sains untuk menceburi kerjaya bidang sains dan teknologi yang khusus dan profesional. Golongan murid ini akan menjadi sumber tenaga manusia dalam bidang sains dan teknologi yang memainkan peranan penting dalam pembangunan Negara.

Setiap mata pelajaran sains dibekalkan dua dokumen iaitu Sukatan Pelajaran (SP) dan Spesifikasi Kurikulum (SK). SP mengandungi tujuan, objektif dan garis panduan bagi kandungan kurikulum untuk tempoh dua tahun bagi mata pelajaran sains elektif dan lima tahun untuk mata pelajaran Sains Teras. SK mengandungi maklumat kurikulum yang meliputi tujuan dan objektif kurikulum, penerangan kemahiran berfikir dan stategi berfkir, kemahiran saintifik, sikap saintifik dan nilai murni, stategi pengajaran dan pembelajaran dan kandungan kurikulum. Kandungan kurikulum mengandungi objektif pengajaran, cadangan aktiviti pengajaran, hasil pembelajaran dan perbendaharaan kata.

(14)

MATLAMAT

Matlamat kurikulum Biologi untuk sekolah menengah adalah bertujuan untuk membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi serta membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian berdasarkan sikap saintifik dan nilai murni.

Murid yang telah mengikuti kurikulum biologi sekolah menengah akan memperolehi asas biologi yang membolehkan mereka memperolehi pendidikan lanjutan dalam sains dan teknologi secara rasmi dan tidak rasmi.

Kurikulum ini juga bertujuan untuk membangunkan masyarakat yang bertanggungjawab, dinamik dan berdaya maju dengan membudayakan sains dan teknologi secara semulajadi dalam menangani pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

OBJEKTIF

Kurikulum Biologi untuk sekolah menengah membolehkan murid: 1. Memperolehi pengetahuan tentang konsep dan prinsip biologi

serta menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena alam semulajadi dan pengalaman harian.

2. Memperolehi kefahaman tentang aplikasi konsep dan prinsip biologi dalam bidang teknologi dan kehidupan harian.

3. Menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.

4. Mengaplikasikan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai murni dalam penyelesaian masalah, dan membuat keputusan berkaitan isu biologi.

5. Menggunakan pengetahuan biologi untuk meningkatkan status kesihatan dan menangani cabaran dunia sains dan teknologi dan boleh menyumbang ke arah pembangunan sains dan teknologi.

6. Menilai maklumat mengenai sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan.

7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.

8. Menyedari kepentingan saling hubungan antara kehidupan dan pengurusan alam semulajadi serta sumbernya dengan bijaksana demi kesinambungan hidup manusia sejagat.

9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat. 10. Menyedari bahawa penemuan melalui penyelidikan sains

adalah usaha manusia berasaskan kemampuan akal untuk memahami fenomena alam ke arah mencapai kesejahteraan hidup manusia sejagat.

(15)

11. Mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan kasih sayang kepada alam sekitar dan memainkan peranan dalam pemuliharaan dan pemeliharaannya.

KEMAHIRAN SAINTIFIK

Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Dalam proses inkuiri dan menyelesaikan masalah, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir digunakan. Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik seperti menjalankan eksperimen dan projek.

Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.

Kemahiran Proses Sains

Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan murid mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem. Kemahiran proses ini terdiri daripada kemahiran yang mudah kepada yang kompleks.

Penerangan tentang setiap kemahiran proses sains diberi seperti berikut:

Kemahiran Manipulatif

Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid melakukan perkara yang berikut:

 menggunakan dan mengendalikan bahan dan peralatan sains dengan betul.

 mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.

 melakar spesimen, bahan dan peralatan sains dengan tepat.

 membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.

 menyimpan bahan dan peralatan sains dengan betul dan selamat.

KEMAHIRAN BERFIKIR

Berfikir merupakan satu proses mental yang memerlukan individu menggabung jalinkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ada pada dirinya bagi membolehkannya memahami dan mencorak alam sekeliling. Salah satu objektif sistem pendidikan negara adalah untuk mempertingkat daya berfikir di kalangan murid. Objektif ini boleh dicapai melalui kurikulum yang menekankan pembelajaran berfikrah.

(16)

Pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kemahiran berfikir dan strategi berfikir adalah teras kepada pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah boleh dicapai jika murid dilibatkan secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses ini aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dapat mencungkil minda murid dan mendorongnya untuk berfikir agar mereka dapat mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Seseorang yang berfikir secara kritis akan sentiasa menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum menerimanya. Seseorang yang berfikir secara kreatif mempunyai daya imaginasi yang tinggi, berupaya menjanakan idea yang inovatif dan asli, serta boleh mengubah suai idea dan produk yang sedia ada. Strategi berfikir merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya (peringkat tinggi) yang melibatkan beberapa langkah dan setiap langkah melibatkan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Strategi berfikir merupakan fungsi utama dan matlamat akhir kepada proses berfikir.

Kemahiran Berfikir Kritis

Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir adalah seperti yang berikut: Mencirikan Membandingkan dan membezakan Mengumpulkan dan mengelaskan Membuat urutan Menyusun mengikut keutamaan Menganalisis

Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek.

Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa.

Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat sepunya.

Menyusun objek dan maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan.

Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau kesegeraan.

Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat.

(17)

Mengesan kecondongan

Menilai

Membuat kesimpulan

Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak kepada atau menentang sesuatu.

Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan keburukan, berdasarkan bukti atau dalil yang sah.

Membuat pernyataan tentang hasil sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis.

Membuat inferens

Meramalkan

Membuat kesimpulan awal yang munasabah, yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian.

Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

Kemahiran Berfikir Kreatif

Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir kreatif adalah seperti yang berikut:

Mengitlakkan Membuat pernyataan umum terhadap

sesuatu perkara untuk keseluruhan kumpulan berdasarkan pemerhatian ke atas sampel atau beberapa maklumat daripada kumpulan itu.

Menjanakan idea

Menghubungkaitkan

Menghasilkan idea yang berkaitan dengan sesuatu perkara.

Membuat perkaitan dalam sesuatu keadaan atau peristiwa untuk mencari sesuatu struktur atau corak hubungan.

Membuat gambaran mental

Mensintesiskan

Membuat tanggapan atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau gagasan dalam minda atau fikiran.

Menggabungkan unsur yang berasingan untuk menghasilkan satu

(18)

Membuat hipotesis

gambaran menyeluruh dalam bentuk seperti pernyataan, lukisan dan artifak.

Membuat suatu pernyataan umum

Strategi Berfikir

Penerangan tentang setiap strategi berfikir adalah seperti yang berikut:

Menganalogikan

Mereka cipta

tentang hubungan antara pemboleh ubah yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa. Pernyataan ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya. Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep yang kompleks atau abstrak secara mengaitkan konsep itu dengan konsep yang mudah atau maujud yang mempunyai ciri yang serupa.

Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatu yang sedia ada untuk mengatasi masalah secara terancang.

Mengkonsepsikan

Membuat keputusan

Menyelesaikan masalah

Membuat pengitlakan ke arah membina pengertian, konsep atau model berdasarkan ciri spesifik sepunya yang saling berhubung kait.

Memilih satu alternatif penyelesaian yang terbaik daripada beberapa alternatif berdasarkan kriteria tertentu bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.

Mencari penyelesaian yang tepat secara terancang terhadap situasi yang tidak pasti atau mencabar ataupun kesulitan yang tidak dijangkakan.

Selain daripada kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang tersebut, kemahiran menaakul merupakan satu lagi kemahiran yang diutamakan. Kemahiran menaakul ialah kemahiran yang digunakan

(19)

untuk membuat pertimbangan secara logik, rasional, adil dan saksama. Penguasaan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan strategi berfikir menjadi lebih mudah jika seseorang itu berkebolehan membuat penaakulan secara induktif dan deduktif. Rajah 1 memberi gambaran keseluruhan tentang kemahiran berfikir dan strategi berfikir. Kritis  Mencirikan  Membandingkan & membezakan  Mengumpulkan & mengelaskan  Membuat urutan  Menyusun mengikut keutamaan  Menganalisis  Mengesan kecondongan  Menilai  Membuat kesimpulan Kemahiran Berfikir Menaakul Kreatif  Menjana idea  Menghubungkait  Membuat inferens  Meramalkan  Membuat hipotesis  Mensintesiskan  Mengitlakan  Membuat gambaran mental  Menganalogikan  Mereka cipta Strategi Berfikir  Mengkonsepsikan  Membuat keputusan  Menyelesaikan masalah

(20)

Penguasaan kemahiran berfikir dan strategi berfikir (KBSB) melalui pengajaran dan pembelajaran sains boleh dikembangkan melalui peringkat berikut:

1. KBSB diperkenalkan.

2. KBSB dipraktikkan dengan bimbingan guru. 3. KBSB dipraktikkan tanpa bimbingan guru.

4. KBSB diaplikasikan ke situasi baru dan diperkembangkan dengan bimbingan guru.

pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan murid untuk berfikir secara berkesan.

Untuk menguasai kemahiran proses sains, seseorang perlu menguasai kemahiran berfikir yang berkaitan. Kemahiran berfikir utama yang berkaitan dengan setiap kemahiran proses sains adalah seperti berikut:

5. KBSB digunakan bersama dengan kemahiran yang lain untuk mencapai tugasan berfikir.

Penerangan lanjut tentang peringkat penerapan KBSB dalam sains diberi dalam Buku Panduan Penerapan Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains ( Pusat Pembangunan Kurikulum, 1999).

Perkaitan antara kemahiran Berfikir dan Kemahiran Proses Sains

Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Ia merupakan satu proses mental yang menggalakkan pemikiran secara, kreatif, analitis dan sistematik. Penguasaan kemahiran proses sains bersama dengan sikap dan

Kemahiran Proses Sains Memerhatikan Mengelaskan Mengukur dan menggunakan nombor Membuat inferens Kemahiran Berfikir Mencirikan

Membandingkan dan membezakan Menghubungkaitkan

Mencirikan

Membandingkan dan membezakan Mengumpulkan dan mengelaskan

Menghubungkaitkan

Membandingkan dan membezakan

Menghubungkaitkan

(21)

Menganalisis Membuat Menghubungkaitkan Menganalisis Meramalkan Menggunakan perhubungan ruang dan masa Mentafsir data Menghubungkaitkan Membuat gambaran mental

Membuat urutan

Menyusun mengikut keutamaan

Membandingkan dan membezakan Menganalisis Mengesan kecondongan Membuat kesimpulan Mengitlakkan Membuat hipotesis Mengeksperimen Berkomunikasi Mencirikan Menghubungkaitkan Membandingkan dan membezakan Menjana idea

Membuat hipotesis Meramalkan Mensintesiskan

Semua kemahiran berfikir

Semua kemahiran berfikir

Mendefinisi secara operasi Mengawal pemboleh ubah Menilai Menghubungkaitkan Menganalogikan

Membuat gambaran mental Menganalisis

Mencirikan

Membandingkan dan membezakan

Pengajaran dan Pembelajaran yang Berteraskan Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Saintifik

Kurikulum biologi ini menekankan pembelajaran berfikrah yang berteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam kurikulum ini, hasil pembelajaran yang dihasratkan ditulis secara mengintegrasi pemerolehan pengetahuan dengan penguasaan kemahiran iaitu kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menitikberatkan

(22)

penguasan kemahiran bersama dengan pemerolehan pengetahuan, di samping penerapan nilai murni dan sikap saintifik.

Berikut diberi contoh hasil pembelajaran yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik serta penerangannya.

Contoh:

Hasil Pembelajaran : Membanding dan membezakan sel haiwan dan sel tumbuhan berdasarkan struktur dan organel.

Kemahiran berfikir : membanding dan membezakan Penerangan:

Untuk mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan ini, pengetahuan mengenai struktur dan organel dalam sel haiwan dan tumbuhan boleh dipelajari melalui aktiviti membanding dan membeza. Penguasaan kemahiran membanding dan membeza adalah sama pentingnya dengan pengetahuan mengenai sel haiwan dan sel tumbuhan itu sendiri. Ini membolehkan murid memahami tajuk mitosis dan meiosis.

SIKAP SAINTIFIK DAN NILAI MURNI

Pengalaman pembelajaran biologi boleh memupuk sikap dan nilai positif dalam diri murid. Sikap dan nilai positif yang dipupuk adalah seperti berikut:

• minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling. • jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data. • rajin dan tabah.

• bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta terhadap alam sekitar.

• menyedari bahawa sains merupakan satu daripada cara untuk memahami alam.

• menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan sihat.

• menghargai keseimbangan alam semula jadi. • berhemah tinggi dan hormat-menghormati. • menghargai sumbangan sains dan teknologi. • mensyukuri nikmat yang dikurniakan tuhan. • berfikiran kritikal dan analitis.

• luwes dan berfikiran terbuka. • baik hati dan penyayang. • bersifat objektif.

• sistematik. • bekerjasama. • adil dan saksama.

(23)

• berani mencuba. • berfikir secara rasional. • yakin dan berdikari.

Penerapan sikap saintifik dan nilai murni secara umum berlaku mengikut peringkat berikut:

• Menyedari dan memahami kepentingan dan keperluan sikap saintifik dan nilai murni.

• Memberi perhatian kepada sikap dan nilai murni. • Menghayati dan mengamalkan sikap saintifik dan nilai

murni.

Peringkat ini perlu diambil kira oleh guru semasa merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains agar penerapan sikap saintifik dan nilai murni berlaku secara berkesan dan berterusan. Sebagai contoh, semasa pengajaran yang melibatkan kerja amali, guru perlu sentiasa mengingatkan murid dan memastikan mereka menjalankan eksperimen secara berhati-hati, bekerjasama dan jujur.

Perancangan yang rapi adalah diperlukan untuk mengoptimumkan penerapan sikap saintifik dan nilai murni semasa pelajaran sains. Guru perlu meneliti semua hasil pembelajaran dalam sesuatu bidang pembelajaran yang berkaitan termasuk hasil pembelajaran tentang penerapan sikap saintifik dan nilai murni sebelum memulakan pelajaran.

Berikut diberi contoh objektif pembelajaran yang berkaitan dengan penerapan sikap saintifik dan nilai murni.

Contoh :

Tingkatan : Tingkatan Empat

Hasil Pembelajaran : 2.0 Ekosistem Terancam Objektif

Pembelajaran : 2.3 Menyedari kepentingan pengurusan aktiviti pembangunan dan ekosistem yang mampan .

Hasil

Pembelajaran : Merangkakan langkah dalam pengurusan pembangunan dan pengurusan

ekosistem untuk mengekalkan keseimbangan alam.

Cadangan Aktiviti

Pembelajaran : Perbincangan dalam kumpulan kecil dan pembentangan hasil dapatan berdasarkan yang berikut.

a) Penguatkuasaan undang-undang; b) Pendidikan dalam pengurusan sumber,

termasuk mengurangkan , guna semula, dan kitar semula bahan.

(24)

Sikap saintifik

dan nilai murni : Menyayangi dan menghargai alam sekitar.

Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri, orang lain dan alam sekitar.

Menghargai keseimbangan alam. Sistematik.

Bekerjasama.

Penerapan Unsur Patriotisme

Kurikulum biologi dapat mengukuhkan dan memupuk unsur patriotisme di kalangan murid. Sebagai contoh, dalam pembelajaran proses pengkolonian dan proses sesaran di dalam ekosistem, murid akan belajar mengenai kekayaan biodiversiti negara, mereka akan menghargai kepelbagaian dan keunikan sumber semulajadi negara dan meningkatkan kecintaan kepada negara.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum biologi mengutamakan pembelajaran berfikrah. Pembelajaran berfikrah adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang murid ke tahap yang optima. Pembelajaran berfikrah dapat

mencetuskan pelbagai pendekatan pembelajaran seperti inkuiri, konstruktivisme, pembelajaran kontekstual dan pembelajaran masteri. Aktiviti yang dirancang dalam pembelajaran berfikrah mestilah yang dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan berbentuk rutin. Murid perlu sedar secara eksplisit kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang digunakan dalam pembelajaran. Soalan atau masalah yang beraras tinggi diberikan kepada murid dan murid diminta menyelesaikan masalah menggunakan daya kreatif dan kritis mereka. Murid dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan sikap saintifik.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains

Inkuiri penemuan

Inkuiri penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti seperti eksperimen akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing murid untuk memahami konsep sains melalui hasil inkuiri tersebut.

(25)

Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri ini. Namun demikian, perlu diingat bahawa pendekatan inkuiri tidak sesuai digunakan dalam semua situasi pengajaran dan pembelajaran. Beberapa konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara langsung oleh guru atau melalui inkuiri terbimbing.

Konstruktivisme

Konstruktivisme adalah satu fahaman yang mencadangkan murid belajar sesuatu bila mereka membina pemahaman mereka sendiri. Antara unsur penting dalam konstruktivisme ialah:

guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid

pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri.

pembelajaran berlaku bila murid menghubungkan idea asal dengan idea baru bagi menstruktur semula idea mereka.

murid berpeluang bekerjasama, berkongsi idea dan pengalaman serta membuat refleksi.

Sains, Teknologi dan Masyarakat

Pembelajaran yang bermakna akan berlaku jika murid dapat menghubungkaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan harian mereka. Pembelajaran bermakna berlaku dalam pendekatan seperti pembelajaran kontekstual dan pendekatan Sains, Teknologi dan Masyarakat (STM).

Tema dan objektif pembelajaran yang berunsurkan STM diwujudkan dalam kurikulum ini. Pendekatan STM mengesyorkan pembelajaran sains melalui penyiasatan dan perbincangan berlandaskan isu sains dan teknologi dalam masyarakat. Pengetahuan sains dan teknologi dipelajari bersama dengan aplikasi, sains dan teknologi serta implikasi kepada masyarakat.

Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual adalah pembelajaran yang dikaitkan dengan kehidupan murid. Dalam konteks ini murid tidak belajar secara teori sahaja tetapi dapat menghargai kerelevanan pembelajaran sains dengan kehidupan mereka. Pendekatan kontekstual digunakan di mana murid belajar secara menyiasat seperti dalam pendekatan inkuiri penemuan.

Pembelajaran Masteri

Pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan yang memastikan semua murid menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Pendekatan ini berpegang kepada prinsip bahawa setiap murid mampu belajar jika diberi peluang. Peluang perlu diberi kepada murid untuk belajar mengikut kadarnya, tindakan pengayaan dan pemulihan perlu dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran

(26)

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran tersebut boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek dan lawatan. Dalam kurikulum ini, cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pembelajaran yang tertentu dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk ‘Cadangan Aktiviti Pembelajaran’. Walaubagaimanapun, guru boleh mengubahsuaikan cadangan pengalaman pembelajaran jika perlu.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat meningkatkan minat murid terhadap sains. Pelajaran sains yang tidak menarik akan membosankan murid dan seterusnya mempengaruhi pencapaian murid dalam sains. Penentuan kaedah pengajaran dan pembelajaran seharusnya berdasarkan kandungan kurikulum, kebolehan dan kepelbagaian jenis kecerdasan murid serta sumber dan prasarana yang ada. Di samping berperanan sebagai penyampai pengetahuan dan pakar rujuk bidang pengajarannya, guru juga berperanan sebagai fasilitator dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu prihatin terhadap kepelbagaian jenis kecerdasan di kalangan murid. Kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu dirancang untuk murid yang mempunyai cara belajar dan kecerdasan yang berbeza.

Berikut diberi penerangan ringkas tentang beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Eksperimen

Kaedah eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pembelajaran sains. Murid menguji hipotesis melalui penyiasatan untuk menemui konsep dan prinsip sains tertentu secara saintifik. Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran berfikir, kemahiran saintifik dan kemahiran manipulatif.

Lazimnya, langkah yang diikuti secara eksperimen adalah seperti berikut:

Mengenal pasti masalah.

Membuat hipotesis.

Merancang eksperimen. - Mengawal pembolehubah.

- Menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan. - Menentukan langkah menjalankan eksperimen, kaedah

mengumpulkan data dan menganalisis data.

Menjalankan eksperimen. Mengumpulkan data. Menganalisis data. Mentafsirkan data. Membuat kesimpulan. Membuat pelaporan.

(27)

Dalam kurikulum ini, adalah dicadangkan selain daripada eksperimen yang dibimbing oleh guru, murid diberi peluang merekabentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka cara eksperimen yang berkenaan, data yang boleh diukur dan bagaimana menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka.

Perbincangan

Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan alasan yang sahih. Perbincangan perlu dijalankan sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti. Guru bertindak sebagai fasilitator dan mengetuai perbincangan dengan bertanyakan soalan yang merangsang murid untuk mempamer kebolehan diri.

Simulasi

Aktiviti yang dijalankan menyerupai yang sebenarnya. Contoh simulasi yang utama ialah main peranan, permainan dan

penggunaan model. Dalam main peranan, murid melakonkan

sesuatu peranan secara spontan berdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan. Permainan pula mempunyai peraturan yang harus dipatuhi. Murid bermain untuk mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk memahami proses untuk membuat keputusan. Model boleh digunakan untuk mewakili objek atau keadaan sebenar. Murid dapat membayangkan situasi tersebut dan seterusnya memahami konsep dan prinsip yang dipelajari.

Projek

Aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu. Projek mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang formal untuk dilengkapkan. Hasil projek dalam bentuk laporan, artifak atau lain- lain perlu dibentangkan kepada guru dan murid lain. Kerja projek menggalakkan perkembangan kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran pengurusan masa dan pembelajaran kendiri.

Lawatan dan Penggunaan Sumber Luar

Pembelajaran sains tidak hanya terhad di sekolah sahaja. Pembelajaran sains boleh melalui lawatan ke tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, institut penyelidikan, paya bakau dan kilang. Lawatan ke tempat-tempat sedemikian boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna. Untuk mengoptimakan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang secara rapi. Murid perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan.

Penggunaan Teknologi

Teknologi merupakan alat yang amat berkesan dan mempunyai potensi yang tinggi untuk meningkatkan minat dalam pembelajaran sains. Melalui penggunaan teknologi seperti televisyen, radio, video, komputer dan internet, pengajaran dan pembelajaran sains boleh

(28)

menjadi lebih menarik dan berkesan. Simulasi dan animasi berkomputer merupakan alat yang berkesan untuk menjelaskan pengajaran dan pembelajaran yang abstrak atau konsep sains yang sukar.

Simulasi dan animasi berkomputer juga boleh dipersembahkan dalam bentuk perisian atau melalui laman web. Perkakasan aplikasi seperti ‘word processers’, perisian persembahan grafik dan hamparan elektronik adalah merupakan satu alat yang bernilai untuk menganalisis dan mempersembahkan data.

Penggunaan teknologi lain seperti ‘data loggers’ dan antara muka berkomputer dalam eksperimen dan projek dapat membantu pengajaran dan pembelajaran sains berkesan.

ORGANISASI KANDUNGAN

Kurikulum biologi ini disusun atur mengikut beberapa tema. Setiap tema mengandungi beberapa Bidang Pembelajaran (BP), setiap BP mempunyai beberapa Objektif Pembelajaran (OP) dan setiap OP mempunyai satu atau lebih Hasil Pembelajaran (HP).

HP umum ditulis mengikut peringkat dalam domain kognitif dan afektif. Peringkat dalam domain kognitif adalah mengetahui,

memahami, mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan menilai. Peringkat dalam domain afektif adalah menyedari, menghargai, menghayati, mengagumi, menyayangi, mensyukuri, mendalami dan mengamalkan. HP dalam domain afektif adalah tersirat dalam aktiviti pembelajaran yang dicadangkan. Penerapan sikap siantifik dan nilai murni perlu dijadikan teras dalam setiap aktiviti pembelajaran. Ini adalah untuk memastikan penerapan nilai dan sikap secara spontan dan semulajadi. HP dalam domain psikomotor adalah tersurat dalam aktiviti pembelajaran.

HP ditulis dalam bentuk objektif perlakuan yang boleh diukur. Secara am, HP dalam sesuatu OP disusun secara berurutan daripada mudah kepada yang lebih kompleks. Walaubagaimanapun, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, aktiviti pembelajaran perlu dirancang dalam perlakuan holistik dan integrasi yang membolehkan pelbagai HP di capai mengikut keperluan dan konteks. Guru perlu menggunakan strategi pengajaran untuk cuba mencapai HP secara bersepadu mengikut susunan dalam spesifikasi kurikulum.

Cadangan Aktiviti Pembelajaran memberi cadangan pengalaman pembelajaran dan maklumat tentang skop dan kedalaman sesuatu hasil pembelajaran. Cadangan Aktiviti Pembelajaran diberi untuk membantu guru merancang aktiviti yang perlu dijalankan bagi mencapai HP yang berkaitan. Satu aktiviti mungkin dicadangkan untuk mencapai satu atau lebih hasil pembelajaran. Pada masa yang

(29)

sama, lebih daripada satu aktiviti mungkin dicadangkan untuk satu hasil pembelajaran. Guru boleh mengubahsuai cadangan aktiviti ini sesuai dengan jenis kecerdasan, tahap kebolehan murid dan juga keadaan sekeliling mereka. Guru digalakkan merekabentuk aktiviti

tambahan yang inovatif dan berkesan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran biologi.

(30)

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan

Kata 1.1

Memahami Biologi

Menjalankan aktiviti perbincangan dan pembentangan mengenai perkara- perkara berikut:

(a) apakah kajian Biologi?

(b) kepentingan Biologi daripada aspek bidang ilmu untuk mengkaji hidupan, persekitaran, hubungan di antara hidupan dengan persekitaran.

Membina peta konsep berdasarkan maklumat yang dikumpul tentang pelbagai bidang kajian dan kerjaya yang berkaitan dengan Biologi. Menjalankan perbincangan dalam kumpulan kecil tentang kepentingan perkara-perkara berikut:

(a) penguasaan kemahiran saintifik. (b) kaedah saintifik.

(c) mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.

Murid boleh:

 menyatakan apakah kajian

Biologi.

 menerangkan kepentingan

Biologi.

 menyenaraikan bidang yang

berbeza dalam kajian Biologi.

 menyenaraikan kerjaya

berkaitan Biologi.

 menyatakan pelbagai kaedah

mempelajari Biologi.

bidang – fields

kerjaya – career

TEMA : PENGENALAN KEPADA BIOLOGI

(31)

BIDANG PEMBELAJARAN : 1.0 PENGENALAN KEPADA BIOLOGI Objektif

Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan

Kata 1.2

Mengaplikasi penyiasatan saintifik

Memerhatikan satu situasi dan

mengenalpasti semua pembolehubah. Mencadangkan satu soalan yang sesuai bagi penyiasatan saintifik dan menjalankan perbincangan untuk: (a) membuat hipotesis.

(b) merancang kaedah penyiasatan termasuk pemilihan radas dan kaedah kerja.

Menjalankan satu eksperimen: (a) untuk mengumpul dan

menjadualkan data.

(b) mempersembahkan data dalam bentuk yang sesuai.

(c) mentafsir data dan membuat kesimpulan.

(d) menulis satu laporan lengkap. Menjalankan eksperimen membuat roti menggunakan yis dengan kehadiran gula dan tanpa gula. Merekodkan masa yang diambil untuk doh menggandakan saiz. Garam digunakan untuk

penyiasatan lanjut.

Semasa penyiasatan, penekanan perlu diberi terhadap keperluan mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni seperti kejujuran dan ketepatan dalam merekod dan mengesahkan data.

Murid boleh:

 mengenalpasti pembolehubah

dalam situasi yang diberi.

 mengenalpasti hubungkait

antara dua pembolehubah bagi membentuk hipotesis.

 merekabentuk dan menjalankan

eksperimen ringkas untuk menguji hipotesis.

 merekod dan membentangkan

data dalam bentuk yang sesuai.

 mentafsir data untuk membuat

kesimpulan.

 menulis laporan tentang

sesuatu eksperimen.

 mengamalkan sikap saintifik

dan nilai murni.

Aktiviti ini membantu guru menilai kebolehan murid menjalankan penyiasatan saintifik.

Sikap saintifik dan nilai murni perlu diperhatikan dalam semua penyiasatan bagi bidang pembelajaran lain. penyiasatan saintifik – scientific investigation sikap saintifik – scientific attitudes nilai murni – noble values

(32)

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan

Kata 1.1

Memahami struktur dan fungsi sel

Menyedia dan mengkaji slaid untuk membandingkan sel epidermis bawang atau sel daun Hydrilla dan sel pipi. Memerhati, melukis dan melabel gambar rajah sel haiwan dan sel tumbuhan yang dilihat menerusi mikroskop cahaya.

Mengkaji mikrograf elektron sel haiwan dan sel tumbuhan untuk mengenalpasti komponen-komponen sel:

(a) membran plasma dan dinding sel. (b) sitoplasma.

(c) organel-organel:

(i) nukleus: nukleolus, kromosom, nukleoplasma dan membran nuklear.

(ii) jalinan endoplasma kasar dan licin.

(iii) mitokondria. (iv) jasad Golgi.

(v) lisosom. (vi) ribosom. (vii) kloroplas. (viii) sentriol. (ix) vakuol. Murid boleh:

 melukis dan melabel sel

haiwan.

 melukis dan melabel sel

tumbuhan.

 mengenalpasti komponen-

komponen sel haiwan.

 mengenalpasti komponen-

komponen sel tumbuhan.

Struktur organel tidak perlu ditekankan. Komponen - komponen sel – cellular components

TEMA : MENYIASAT SEL SEBAGAI UNIT ASAS KEHIDUPAN

(33)

BIDANG PEMBELAJARAN : 1.0 STRUKTUR DAN ORGANISASI SEL Objektif

Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan

Kata Bekerja dalam kumpulan kecil untuk

memadankan komponen sel dengan fungsinya.

Murid menunjukkan perbandingan antara struktur sel haiwan dan sel tumbuhan.

Membincangkan hubungan di antara ketumpatan sesuatu organel dengan fungsi sel-sel khusus:

(a) mitokondria dengan fungsi sel sperma, sel otot penerbangan bagi serangga dan burung, sel meristem. (b) kloroplas dengan fungsi sel palisad.

 menyatakan fungsi komponen

sel haiwan.

 menyatakan fungsi komponen

sel tumbuhan.

 membanding dan membezakan

antara sel haiwan dan sel tumbuhan.

 mengaitkan antara kepadatan

organel tertentu dengan fungsi sel-sel khusus. mengaitkan – relate ketumpatan – density 1.2 Memahami organisasi sel

Membuat pemerhatian melalui animasi berkomputer/video/mikroskop terhadap proses hidup organisma unisel seperti pemakanan, pergerakan dan pembiakan. Menjalankan aktiviti perbincangan dan pembentangan mengenai:

(a) pengkhususan sel dalam organisma multisel.

(b) keperluan pengkhususan sel dalam organisma multisel.

Murid boleh:

 menyatakan keperluan

pengkhususan sel dalam organisma multisel berbanding organisma unisel.

 menghuraikan pengkhususan

sel dalam organisma multisel.

Proses-proses kehidupan – living processes pengkhususan sel – cell specialisation

(34)

BIDANG PEMBELAJARAN : 1.0 STRUKTUR DAN ORGANISASI SEL Objektif

Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan

Kata (c) organisasi sel dalam pembentukan

tisu, organ dan sistem dalam manusia, haiwan dan tumbuhan.

Membina model tisu, organ dan sistem dalam manusia, haiwan dan tumbuhan. Menjalankan perbincangan tentang: (a) maksud persekitaran dalam. (b) faktor-faktor yang mempengaruhi

persekitaran dalam termasuk suhu, pH, tekanan osmosis dan aras glukosa.

(c) kepentingan bagi sel organisma mengalami keadaan yang

menyebabkannya berfungsi secara cekap.

(d) penglibatan pelbagai sistem dalam mengekalkan persekitaran dalam yang optimum.

 menghuraikan organisasi sel

dalam pembentukan tisu, organ dan sistem dalam organisma multisel.  menyatakan maksud persekitaran dalam.  mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi persekitaran dalam.  menerangkan keperluan mengekalkan persekitaran dalam yang optimum.

 menghuraikan penglibatan

pelbagai sistem dalam mengekalkan persekitaran dalam yang optimum.

Penerangan ringkas.

1.3

Menghargai keunikan sel

Membincang dan meramalkan keadaan sel tanpa organel tertentu.

Menjalankan aktiviti main peranan untuk menunjukkan penyesuaian sel untuk fungsi-fungsi yang berbeza.

Murid boleh:

 meramal keadaan sel tertentu

tanpa salah satu organel.

 mengilustrasikan kebanyakan

sel-sel yang mengalami pengkhususan mengikut fungsinya.

keunikan –

(35)

BIDANG PEMBELAJARAN 2.0 PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA Objektif

Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan

Kata 2.1 Menganalisis pergerakan bahan-bahan merentas membran plasma Membincangkan:

(a) bahan-bahan yang diperlukan oleh sel.

(b) bahan-bahan yang perlu disingkirkan daripada sel.

(c) keperluan pergerakan bahan-bahan merentas membran plasma.

Membincangkan struktur membran plasma yang merangkumi fosfolipid dwilapisan, protein pembawa dan protein liang.

Menjalankan eksperimen,

menggunakan ampaian kanji dan larutan glukosa, untuk mengkaji pergerakan bahan merentas membran telur atau tiub Visking.

Membincangkan sifat membran plasma sebagai membran separa telap.

Membincangkan pergerakan bahan terlarut merentas membran plasma melalui resapan ringkas dan resapan berbantu.

Murid boleh:

 menyatakan bahan yang

diperlukan oleh sel-sel hidup.

 menyatakan bahan yang

perlu disingkirkan dari sel.

 menerangkan keperluan

pergerakan bahan merentas membran plasma.

 menghuraikan struktur

membran plasma.

 menghuraikan sifat ketelapan

membran plasma.

 menerangkan pergerakan

bahan merentas membran plasma melalui proses pengangkutan pasif. Hanya penjelasan ringkas tentang struktur membran plasma diperlukan. ketelapan – permeability resapan ringkas – simple diffusion resapan berbantu – facilitated diffusion pengangkutan pasif – passive transport

(36)

BIDANG PEMBELAJARAN 2.0 PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA Objektif

Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan

Kata Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan

osmosis dengan menggunakan osmometer ringkas.

Membincangkan pergerakan bahan merentas membran plasma melalui pengangkutan aktif.

Menjalankan aktiviti simulasi untuk menunjukkan pergerakan bahan merentas membran plasma melalui pengangkutan pasif dan pengangkutan aktif.

Menggunakan simulasi komputer untuk menunjukkan pergerakan bahan merentas membran plasma.

Membincangkan proses pengangkutan pasif dan aktif dalam organisma hidup seperti yang berikut:

(a) pertukaran gas di alveolus dan kapilari darah (resapan ringkas). (b) penyerapan makanan tercerna

dalam vilus (resapan berbantu). (c) penyerapan air oleh akar rambut

tumbuhan (osmosis).

(d) pengambilan ion pada akar rambut tumbuhan (pengangkutan aktif).

 menerangkan pergerakan

molekul air merentas membran plasma secara osmosis.

 menerangkan pergerakan

bahan merentas membran plasma melalui proses pengangkutan aktif.

 menjelaskan proses

pengangkutan aktif dalam kehidupan dengan

menggunakan contoh yang sesuai. Hanya penerangan asas tentang pengangkutan aktif diperlukan. pengangkutan aktif – active transport

(37)

BIDANG PEMBELAJARAN 2.0 PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA Objektif

Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan

Kata Membina peta konsep tentang

pergerakan bahan merentas membran plasma.

Menggunakan penyusun grafik untuk membanding dan membezakan antara pengangkutan pasif dengan

pengangkutan aktif.

 membanding dan

membezakan antara pengangkutan pasif dengan pengangkutan aktif. 2.2 Memahami konsep pergerakan bahan merentas membran plasma dalam kehidupan seharian

Menjalankan aktiviti untuk mengkaji kesan larutan hipotonik dan hipertonik ke atas sel tumbuhan dan sel haiwan: (a) plasmolisis dan deplasmolisis dalam

sel tumbuhan.

(b) hemolisis dan krenasi dalam sel darah merah.

Menjalankan perbincangan tentang perkara-perkara berikut:

(a) larutan hipotonik, hipertonik dan isotonik.

(b) plasmolisis, deplasmolisis, hemolisis dan krenasi.

(c) keadaan flasid dan segah pada sel tumbuhan.

Menjalankan penyiasatan

menggunakan pelbagai kepekatan larutan gula atau larutan garam untuk menentukan kepekatan larutan luar sel

Murid boleh:

 menerangkan maksud larutan

hipertonik, hipotonik dan isotonik.

 menerangkan kesan larutan

hipotonik, hipertonik dan isotonik terhadap sel tumbuhan dan sel haiwan.

 menerangkan plasmolisis,

deplasmolisis, hemolisis dan krenasi.

 merekabentuk eksperimen

untuk menentukan kepekatan larutan yang isotonik dengan sap sel tisu tumbuhan.

Penggunaan darah manusia tidak digalakkan.

Penentuan kepekatan larutan luar sel yang isotonik terhadap sap sel tisu

kesan – effects

(38)

BIDANG PEMBELAJARAN 2.0 PERGERAKAN BAHAN MERENTAS MEMBRAN PLASMA Objektif

Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan

Kata yang isotonik terhadap sap sel tisu

tumbuhan.

Menjalankan perbincangan untuk membuat inferens tentang kepekatan sap sel tisu tumbuhan yang setara dengan kepekatan larutan luar sel yang isotonik.

Membincang dan menghubungkaitkan pergerakan bahan merentas membran plasma dengan perbezaan kepekatan antara larutan luar sel dengan sap sel.

Menjalankan perbincangan tentang perkara berikut:

(a) kelayuan pada tumbuhan yang disebabkan oleh penggunaan baja berlebihan.

(b) pengawetan makanan dengan menggunakan garam dan gula.

 membuat inferens tentang

kepekatan sap sel tisu tumbuhan.

 menghubungkaitkan

pergerakan bahan merentas membran plasma dengan kecerunan kepekatan.

 menjelaskan dengan contoh

fenomena kelayuan tumbuhan.

 menjelaskan pengawetan

makanan dengan

menggunakan contoh yang sesuai. tumbuhan adalah berdasarkan graf. Perbincangan hendaklah berasaskan konsep osmosis dan plasmolisis. Kelayuan – wilting pengawetan – preservation 2.3 Mensyukuri ketertiban proses pergerakan bahan merentas membran plasma

Menggubah puisi bagi mensyukuri ketertiban proses pergerakan bahan merentas membran plasma.

Murid boleh:

 menerangkan keperluan

proses pergerakan bahan merentas membran plasma berlaku secara berterusan dan teratur untuk kemandirian sel.

(39)

BIDANG PEMBELAJARAN : 3.0 KOMPOSISI KIMIA DALAM SEL Objektif

Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan

Kata 3.1

Memahami komposisi kimia dalam sel

Menjalankan perbincangan dan

pembentangan tentang perkara-perkara berikut:

(a) Unsur dalam sel iaitu karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen, sulphur, fosforus, kalsium, kalium,

magnesium, klorin, natrium dan ferum.

(b) Kehadiran dan kepentingan sebatian kimia dalam sel.

Murid boleh:

 menyatakan unsur dalam sel.

 menyenaraikan sebatian kimia

di dalam sel.

 menerangkan kepentingan

sebatian organik di dalam sel.

 menerangkan kepentingan air

di dalam sel.

Sebatian kimia dalam sel dihadkan kepada karbohidrat, lipid, protein, asid nukleik dan air.

Hanya penerangan ringkas tentang kepentingan karbohidrat, lipid, protein dan asid nukleik diperlukan. sebatian organik – organic compounds 3.2 Memahami karbohidrat

Menjalankan perbincangan dan

pembentangan tentang perkara-perkara berikut:

(a) unsur dalam karbohidrat. (b) jenis-jenis karbohidrat iaitu

monosakarida, disakarida dan polisakarida, dengan menggunakan contoh-contoh.

(c) pembentukan dan penguraian disakarida seperti maltosa, sukrosa dan laktosa.

(d) pembentukan dan penguraian polisakarida, seperti kanji, glikogen dan selulosa.

Murid boleh:

 menyatakan unsur dalam

karbohidrat.

 menyatakan jenis-jenis

karbohidrat.

 menerangkan pembentukan

dan penguraian disakarida dan polisakarida. Struktur molekul yang terperinci tidak diperlukan. Hanya penerangan ringkas tentang kondensasi dan tindakbalas hidrolisis diperlukan. pembentukan – formation penguraian – breakdown gula penurun – reducing sugar

(40)

BIDANG PEMBELAJARAN : 3.0 KOMPOSISI KIMIA DALAM SEL Objektif

Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan

Kata Menjalankan aktiviti untuk membezakan

antara gula penurun dengan gula bukan penurun. gula bukan penurun – non-reducing sugar 3.3 Memahami protein

Menjalankan perbincangan dalam kumpulan kecil dan pembentangan tentang perkara-perkara berikut: (a) unsur dalam protein seperti karbon,

hidrogen, oksigen, sulfur, nitrogen dan fosforus.

(b) dipeptida dan polipeptida. (c) pembentukan dan penguraian

dipeptida dan polipeptida.

(d) asid amino perlu dan asid amino tak perlu.

Menggunakan penyusun grafik untuk mengilustrasi pelbagai struktur protein iaitu primer, sekunder, tertier dan kuartener.

Murid boleh:

 menyatakan unsur dalam

protein.

 menyatakan pelbagai struktur

protein.

 menerangkan pembentukan

dan penguraian dipeptida dan polipeptida.

 menerangkan maksud asid

amino perlu dan asid amino tak perlu. Struktur molekul yang terperinci tidak diperlukan. Hanya penerangan ringkas tentang tindakbalas kondensasi dan hidrolisis sahaja diperlukan. 3.4

Memahami lipid Menyenaraikan jenis-jenis lipid: (a) lemak.

(b) minyak. (c) lilin.

Murid boleh:

 menyatakan unsur-unsur dalam

lipid.

Struktur molekul yang terperinci tidak diperlukan.

(41)

BIDANG PEMBELAJARAN : 3.0 KOMPOSISI KIMIA DALAM SEL Objektif

Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan

Kata (d) fosfolipid.

(e) steroid seperti kolesterol, testosteron, estrogen dan progesteron.

Menjalankan perbincangan dan pembentangan tentang:

(a) unsur dalam lipid.

(b) komponen dalam lemak dan minyak.

(c) pembentukan dan penguraian lemak dan minyak.

Menggunakan carta untuk

membandingkan lemak tepu dengan lemak tak tepu.

 menyatakan jenis-jenis lipid

yang utama.

 menyatakan komponen dalam

lemak dan minyak.

 menerangkan pembentukan

dan penguraian lemak dan minyak.

 membanding dan membezakan

antara lemak tepu dengan lemak tak tepu.

Hanya penerangan ringkas tentang tindakbalas kondensasi dan hidrolisis sahaja diperlukan. lemak tepu – saturated fats

lemak tak tepu –

unsaturated fats

3.5

Memahami enzim

Membincangkan tentang: (a) apakah enzim.

(b) keperluan enzim dalam proses hidup.

(c) sifat umum enzim.

(d) penamaan enzim berdasarkan substrat.

(e) tapak sintesis enzim.

(f) enzim intrasel dan enzim luar sel berserta contoh.

Murid boleh:

 menyatakan apakah enzim.

 menerangkan mengapa enzim

diperlukan dalam proses kehidupan.

 menyenaraikan ciri umum

enzim.

 menghubungkaitkan penamaan

enzim dengan substrat.

 menyatakan tapak sintesis

enzim.

 menyatakan maksud enzim

intrasel dan enzim luar sel.

enzim intrasel –

intracellular enzyme

enzim luar sel –

(42)

BIDANG PEMBELAJARAN : 3.0 KOMPOSISI KIMIA DALAM SEL Objektif

Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan

Kata Menjalankan aktiviti main peranan untuk

menunjukkan penglibatan ribosom, jalinan endoplasma dan jasad Golgi dalam penghasilan enzim luar sel. Menjalankan eksperimen untuk mengkaji kesan pH dan suhu ke atas aktiviti enzim amilase dan pepsin. Membincangkan kesan kepekatan enzim dan kepekatan substrat ke atas aktiviti enzim.

Membincangkan mekanisme tindakan enzim menggunakan hipotesis ‘mangga dan kunci’.

Membincang dan menghubungkaitkan pH,suhu, kepekatan enzim dan kepekatan substrat ke atas aktiviti enzim menggunakan hipotesis ‘mangga dan kunci’.

Mengumpul maklumat daripada internet dan sumber-sumber lain mengenai kegunaan enzim dalam:

(a) kehidupan harian seperti melembutkan daging. (b) industri seperti pemprosesan

makanan dan pembuatan serbuk pencuci.

 menerangkan penglibatan

organel khusus dalam penghasilan enzim luar sel.

 menerangkan kesan pH, suhu,

kepekatan enzim dan kepekatan substrat ke atas aktiviti enzim.

 menerangkan mekanisme

tindakan enzim.

 menghubungkaitkan

mekanisme tindakan enzim dengan pH, suhu, kepekatan enzim dan kepekatan substrat.

 menerangkan dengan contoh

penggunaan enzim dalam kehidupan harian dan dalam industri. enzyme kepekatan – concentration substrat – substrates

(43)

BIDANG PEMBELAJARAN : 3.0 KOMPOSISI KIMIA DALAM SEL Objektif

Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan

Kata 3.6

Menyedari kepentingan komposisi bahan kimia dalam sel

Menjalankan aktiviti main peranan atau bercerita tentang akibat yang mungkin berlaku sekiranya kekurangan salah satu komponen kimia dalam sel.

Murid boleh:

 meramalkan akibat yang

mungkin berlaku sekiranya kekurangan karbohidrat, protein, lipid atau enzim dalam sel.

kekurangan –

(44)

BIDANG PEMBELAJARAN : 4.0PEMBAHAGIAN SEL Objektif

Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan

Kata 4.1

Memahami mitosis

Menjalankan sesi sumbang saran mengenai:

(a) keperluan penghasilan sel baru kepada organisma.

(b) keperluan sel anak yang seiras dengan sel induk dihasilkan.

Mengumpul maklumat tentang pengertian dan kepentingan mitosis daripada sesi sumbang saran. Mengkaji carta untuk mengenalpasti pelbagai fasa dalam kitar sel. Membuat model untuk

mendemonstrasikan mitosis dan sitokinesis.

Menyedia dan memerhati slaid tisu hujung akar bawang untuk

mengenalpasti peringkat-peringkat mitosis.

Mengkaji proses mitosis yang terkawal dan tidak terkawal serta sitokinesis melalui simulasi dan animasi berkomputer serta video.

Murid boleh:

 menyatakan keperluan

penghasilan sel-sel baru dalam organisma.

 menerangkan keperluan

penghasilan sel-sel baru yang seiras dengan sel induk .

 menyatakan kepentingan

mitosis.

 mengenalpasti fasa dalam kitar

sel.

 menjelaskan proses mitosis dan

sitokinesis.

 menyusun peringkat-peringkat

dalam proses mitosis mengikut urutan yang betul.

 membanding dan membezakan

antara mitosis dan sitokinesis dalam sel haiwan dengan sel tumbuhan.

seiras – identical

kepentingan –

(45)

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan

Kata Menjalankan sesi sumbang saran bagi

mendapatkan contoh bagi menunjukkan bahawa mitosis adalah suatu proses terkawal untuk kemandirian hidupan seperti pertumbuhan semula ekor cicak, bahagian tertentu tumbuhan dan penyembuhan kulit.

Mengumpul dan mentafsirkan data tentang penyakit seperti kanser atau tumor akibat mitosis yang tidak terkawal dalam hidupan.

Mengadakan lawatan ke institusi penyelidikan untuk mengkaji teknik kultur tisu.

Menjalankan perbahasan atau forum berkaitan dengan isu pengklonan.

 menerangkan kepentingan

proses mitosis yang terkawal.

 menerangkan kesan daripada

mitosis yang tidak terkawal dalam kehidupan.

 menghuraikan aplikasi

pengetahuan mitosis dalam pengklonan.

 menerangkan kebaikan dan

keburukan pengklonan. Teknik pengklonan merangkumi kultur tisu. mitosis terkawal – controlled mitosis pertumbuhan/ penjanaan semula – regeneration mitosis tidak terkawal – uncontrolled mitosis 4.2 Memahami meiosis Membincangkan mengenai : (a) pewarisan ciri oleh anak.

(b) keperluan mengekalkan bilangan kromosom diploid dari generasi ke generasi.

(c) keperluan untuk menghasilkan sel gamet yang mempunyai bilangan kromosom haploid.

(d) keunikan bilangan kromosom diploid dalam setiap spesies.

Murid boleh:

 menyatakan keperluan

pewarisan ciri pada anak untuk kesinambungan hidup.

 menyatakan keperluan

mengekalkan bilangan

kromosom diploid dari generasi ke generasi.

 menyatakan keperluan

menghasilkan sel gamet yang mempunyai bilangan kromosom haploid dalam pembiakan seks.

pewarisan ciri –

trait inheritance

(46)

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan

Kata (e) kepentingan meiosis.

(f) jenis sel yang menjalani meiosis dalam manusia, haiwan dan tumbuhan.

Membuat pemerhatian terhadap proses meiosis melalui animasi berkomputer, fotomikrograf, slaid tersedia dan video. Menjalankan aktiviti simulasi untuk menunjukkan perubahan pada perlakuan kromosom semasa proses meiosis I and meiosis II.

Menggunakan gambar rajah skema untuk membanding dan membezakan: (a) meiosis I and meiosis II.

(b) meiosis dan mitosis.

 menyatakan kepentingan

meiosis.

 mengenalpasti jenis sel yang

menjalani meiosis.

 menerangkan proses meiosis.

 menyusun peringkat-peringkat

dalam meiosis mengikut urutan yang betul.

 membanding dan membezakan

antara meiosis I dengan meiosis II.

 membanding dan membezakan

antara meiosis dengan mitosis.

Penerangan yang terperinci tentang peringkat Profasa 1 tidak diperlukan. 4.3 Mensyukuri ketertiban perlakuan kromosom semasa mitosis dan meiosis

(a) Menjalankan aktiviti main peranan. (b) Menghindari bahan radioaktif dan

bahan karsinogen.

Murid boleh:

 menghuraikan kesan

ketidaktertiban pergerakan kromosom semasa mitosis dan meiosis.

 Mengetahui dan mengelakkan

bahan-bahan yang boleh mendatangkan bahaya.

Gambar

Gambar  rajah  keratan rentas  daun diperlukan. Keperluan  tenaga – energy requirement

Referensi

Dokumen terkait

styrofoam , serbuk gergaji dan semen portland yaitu besarnya kuat tekan beton dan modulus elastisitas dari beton ringan yang dihasilkan.. Mengetahui jumlah

Sistem SFA pada perusahaan asuransi PT X merupakan sebuah sistem informasi berbentuk Sales Force System berupa media bagi para tenaga pemasaran PT X untuk dapat

Berdasarkan hasil survey dan hasil analisis data diperoleh kesimpulan bahwa kesiapan beberapa Satuan Kerja Perangkat Daerah (SKPD) dilingkungan pemerintah Kabupaten

Sentra balok , Sentra balok ini memberikan bekal kepada guru untuk lebih mengerti tentang pembangunan dalam permainan anak-anak.Sentra ini mengembangkan fisik motorik

[r]

[r]

Hasil penelitian ini diharapkan dapat menjadi bahan atau sumber informasi dalam pengembangan ilmu pengetahuan pendidikan anak usia dini dan diperolehnya pengetahuan